Sabtu, 12 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 11 Jan 2013 11:15 PM PST

Suara Sri Andalas


Laporan Langsung Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2012

Posted: 11 Jan 2013 05:00 PM PST

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Pihak Penganjur menetapkan lapan tempat berkumpul untuk memudahkan pergerakan peserta menuju ke Stadium Merdeka.

Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium.

Perhimpunan rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini. Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium Merdeka dijangka bermula awal pagi ini.

Nombor telefon untuk bantuan guaman:

Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
(Brickfileds) Nalini: 019-3758912
(Masjid Negara) Syukri: 019-8013149
(Jalan Sultan) Kar Fai: 016-3832323
(Central Market) Maisarah: 012-2187476
(Masjid Universiti Malaya) Theva: 013-3845740

Hotline Bilik Gerakan Peguam PAS
1. 01-112-835421
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139

Sumber Laporan Langsung dibawah adalah dari HarakahDaily , TheMalaysianInsider , SelangorKu , MalaysiaKini

Laporan langsung:

3.00 pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.

Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".

Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.

"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.

"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.

2.57 pm - Wakil NGO R Kelantan memberi ucapan menuntut Royalti Kelantan.

2.55 pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.

"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.

2.52 pm - Wilfred Bumburing berucap beliau berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

2.51 pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.

2.45 pm - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba di stadium.

2.40 pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31 pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

2.30 pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.

2.25 pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka.

Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.

Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini.
2.15 pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas.

Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.10 pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.
2.08 pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan  menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.

1:54 pm: [Stadium Merdeka] - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.

1.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka puluhan ribu sudah berada di sini. Himpunan rasmi akan berlaku sedikit masa lagi. Menunggu kepimpinan utama tiba.






[Stadium Merdeka] - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.

"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira.

Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.

1.40 pm - [Stadium Merdeka] Kumpulan Kelab Sultan Sulaiman tiba di Stadium Merdeka.

1.35 pm - [Stadium Merdeka] Peserta menunaikan solat Zohor di stadium.


1.34 pm: [Jalan Petaling/Jalan Maharajalela] - Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.

Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.

1.20 pm - [Jalan Hang Tuah] Kumpulan peserta bersolat Zohor di Masjid Al-Bukhari. Suasana masjid seperti solat jumaat.


1.17 pm: [Jalan Sultan] - Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar yang berada di Jalan Sultan. NGO muafakat memberi ucapan.


Aktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya.

1.15 pm - [KLCC] Kumpulan dari KLCC tiba di Pudu. Mereka kini menuju ke Stadium Merdeka.


1.11 pm - [Dang Wangi] - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.

1:00 pm - [Jalan Tun Perak] - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

Sementara itu di KLCC pula, naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ucapannya mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak.

"Jawab isu Altantuya, kenapa berdiam diri. Kalau isu kesihatan dia boleh jawab, tapi isu Altantuya dia senyap," katanya.

Menyentuh isu royalti, beliau mencabar MP Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyertai forum bagi membincangkan dakwaan beliau bahawa negara akan bankrap sekiranya royalti 20 peratus kepada lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Pemimpin umno yang otaknya bankrap akan membankrapkan negara. Royalti 20 peratus kaum Bidayuh, Kadazan, orang miskin di Terengganu, Kelantan, Pahang akan menikmatinya dan mengharap kebangkitan kita," katanya.

12.55 pm - [Jalan Sultan] Kumpulan dari Jalan Sultan sedang bergerak menuju ke stadium.


 12.50 pm - [Kg.Baru] Kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka, berasingan dengan kumpulan dari KLCC.


12.45 pm - [Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka jam 12.45 pm




[Masjid Negara] - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

12.40 pm - [Jalan Sultan] Peserta Jalan Sultan mula bergerak ke stadium melalui Jalan Hang Jebat. Mereka melaungkan hidup rakyat, tutup Lynas, selamatkan Pengerang.

12.35 pm - [Pasar Seni] Polis di Jalan Tun SH Lee menjaga laluan kumpulan wanita pakatan yang bergerak dari Pasar Seni ke Stadium Merdeka.

12.30 pm - [KLCC] Kumpulan KLCC akan bergabung dengan kumpulan dari Kelab Sultan Sulaiman. Kini kumpulan Kelab Sultan Sulaiman sedang menunggu kumpulan dari KLCC di Jalan Ampang bersebelahan Wisma TES. Suasana terkawal dan santai.



12.25 pm - [PDRM] Gelagat peserta menyantuni PDRM yang mengawal keselamatan.


[LRT PWTC] - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini.

Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.

"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan.

Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.

12.20 pm - [Pasar Seni] Kumpulan dari sini mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kira-kira 1000 orang menyertai pergerakan dari sini.

12.20 pm - [Jalan Sultan] Hujan renyai-renyai mula turun. Sekitar 2000 orang peserta berada di sini. Ada sekumpulan kecil sudah bergerak ke stadium. 

12.15 pm - [KLCC] Keadaan semasa pergerakan kumpulan dari KLCC mencecah puluhan ribu orang peserta.


 [Stadium Merdeka] Keadaan dalam stadium kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.



12.12 pm - [Jalan Ampang] - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.
Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.

"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.

Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.

Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.

"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.

12.10 pm - [Masjid Negara] Azmin Ali, Nizar Jamaludin tiba di perkarangan Masjid Negara dan memberi ucapan kepada para peserta di sini.



12.05 pm - [KLCC] Peserta dari KLCC hampir 15000 bergerak memasuki Jalan Sultan Ismail menuju ke stadium. Mereka melaungkan hidup rakyat, royalti sepanjang perjalanan.




[Masjid Negara] Puluhan ribu masih berada di Masjid Negara. Mereka perlahan-lahan berjalan ke Stadium Merdeka.



12.00 pm - [Dataran Merdeka] Polis sedang berkawal di sekitar Dataran Merdeka. Tiada peserta di sini kerana laluan ditutup.

11.55 am - [Jalan Sultan] Suasana di sini meriah dengan penyokong anti Lynas. Turut kelihatan peserta baju kuning, riuh dengan tiupan trompet.

11.50 am- [Pasar Seni] Wanita Pakatan Rakyat sedia bergerak. Mereka membawa belon, sepanduk dan kain rentang suara perubahan wanita.


11.45 am - [Kg.Baru] Kumpulan yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman hampir 1000 orang mula bergerak ke Stadium Merdeka. Mereka akan bergabung dengan kumpulan KLCC dan kumpulan Jalan Sultan.


11.40 am - [KLCC] Hampir 10000 sudah berkumpul di KLCC. Wakil-wakil NGO telah memberi ucapan. Mereka mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka. 

11.35 am - [Petaling Street] Keadaan di Petaling Street.


11:30am - [Masjid Negara] - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.



11.25 am - [Pasar Seni] Kumpulan wanita di Pasar Seni. Mereka mengenakan pakaian berwarna ungu.



11.15 am - [Masjid Negara] Pasukan Unit Amal menerima taklimat terakhir sebelum mengawal perjalanan peserta ke Stadium Merdeka.


11.10 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup. Kumpulan dari Jalan TAR berhampiran Masjid Jamek mula berjalan menuju ke stadium.



11.05 am - [Sogo] Pasukan bermotosikal dilihat melalui jalan ini menuju ke Stadium Merdeka.


[Stadium Merdeka] Suasana terkini di Stadium Merdeka. Peserta berpusu-pusu masuk ke dalam stadium.


11.00 am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.



10.55am: [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju ke Stadium Merdeka.

[Masjid Al-Rahman] - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.

Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.






10.50 am - [KLCC] Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.



10.47 am: [Jalan Sultan] - Perhimpunan ini telah menemukan Eric Chong dari Kuala Lumpur dan Raymond Toh dari Pulau Pinang. Mereka menjadi kawan apabila bertemu semasa membeli baju-T dan barangan lain pagi ini.ini.

Chong, 60, yang bekerja di sebuah kilang, kerap menghadiri perhimpunan. Katanya, kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan raksasa yang akan datang.

"Kami berkongsi pandangan yang sama, kamik adalah bersaudara," kata Chong.

Sementara itu, Toh, 38, seorang pemborong, dan Chong bangga menghadiri perhimpunan hari ini atas perbelanjaan mereka sendiri.

10:45am [Stadium Merdeka] Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.


 Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat
petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

[Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini mula berjalan menuju ke Stadium Merdeka.





10:40am - [Jalan Thambipillay 4, Brickfields] - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.

10.40 am - Biarpun bertongkat, seorang warga emas sanggup turun bersama-sama ke HKR.


10.30 am - [Masjid Negara] Suasana di Masjid Negara ketika ini. Jumlah peserta bertambah dengan mendadak.


[KLCC] - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.


10.25 am - [KLCC] Hampir 100 peserta kini sudah berada di sini. Di sini kumpulan Royalti Kelantan dan Terengganu akan mengepalai perjalanan ke Stadium Merdeka. Mereka mengenakan pakaian Merah dan Hitam.




10.20 am - [Brickfields] Kumpulan di sini sedang mengumpul peserta sebelum berjalan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan komander, kartunis Zunar sedang berada di sini.


10.15 am - [Masjid Ar-Rahman, UM] Kumpulan dari sini akan mula berjalan sedikit masa lagi. Jarak dari UM ke Stadium Merdeka kira-kira 10km.

Sementara itu di Jalan Sultan, sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangnam dengan iringan lagu popular Korea itu yang diubah dengan lirik anti-Lynas.

Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.


Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.

10.10 am -[PDRM] Aliran trafik sekitar Kuala Lumpur adalah lancar, kecuali Jalan Loke Yew ke Jalan Kinabalu sahaja sesak.

9.55 am - Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.

Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

Dianggarkan lebih 5,000 peserta sudah berada di sekitar Masjid Negara ketika ini. Mereka masih menunggu komender bertugas sebelum berjalan santai menuju ke Stadium Negara.




9.45am: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.

Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.




 Berikut adalah lokasi berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya. Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM. Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields. Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC. Komander: Dato' Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman. Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni. Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan. Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara. Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

9.35 am - [PDRM] Keadaan Keselamatan di Kuala Lumpur adalah tenang dan terkawal. Aliran trafik di sekitar Kuala Lumpur adalah lancar. Anggota trafik telah siap sedia untuk kawalan lalu lintas sekitar lokasi utama di Kuala Lumpur.

9.30 am - [Jalan Sultan] NGO Hijau anti Lynas SMSL mula tiba. Wong Tack sedang ditemuramah media. Mereka dijangka berjalan bermula dari kawasan Jalan Sultan.

9.25 am - [KL Sentral] Orang Asal turut tidak ketinggalan untuk menyertai himpunan hari ini. Mereka hadir dengan mengekalkan identiti mereka sendiri.


9.20 am - Perjalanan menuju ke Stadium Merdeka dilaporkan lancar. Tiada sebarang sekatan setakat ini. Biarpun himpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 pm, namun sudah ramai tiba di stadium pagi ini.

9.15 am -[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka.


9.00 am - [Stadium Merdeka] Peserta mula tiba di Stadium Merdeka. Dilaporkan tiada sebarang halangan setakat ini sepanjang jalan menuju ke stadium.

8.40 am - [Masjid Negara] Perkarangan Masjid Negara mula dibanjiri peserta himpunan. Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk Hijau, Kuning, Merah dan Oren.


8.30 am - [Trafik] Jalan mula sesak di Lebuhraya Persekutuan dari Subang menuju KL.

8.00 am -[Jalan Sultan] Ramai yang sudah mula bergerak ke arah Lokasi HKR. Stadium Merdeka.


 7.15 am - [Jln Tun Razak] Papan elektronik Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) memaklumkan trafik ke ibu negara bergerak lancar.

Kelihatan anggota polis trafik ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Razak menuju ke Pusat Bandar.
7.10 am - [Stadium Merdeka] Suasana stadium masih lengang namun beberapa peserta sudah tiba di sini.


 7.00 am - [Stadium Merdeka] Sebahagian anggota Unit Amal DPPM membuat pemeriksaan perbarisan di perkarangan stadium sebelum memulakan tugas. DPPM mengerahkan 5,000 anggota Unit Amal bagi mengawasi himpunan hari ini.


6.30 am - Selesai solat Subuh, kelihatan para peserta mula mengunjungi warung-warung untuk sarapan pagi.




6.00 am - [Masjid Negara] Para peserta HKR beragama Islam memenuhi Masjid Negara untuk solat Subuh.


Anwar Ibrahim

Posted: 11 Jan 2013 08:11 PM PST

Anwar Ibrahim


Dialog Anak Muda #Meetanwar 19 Januari 2013

Posted: 11 Jan 2013 06:10 AM PST

MEETANWAR SELANGOR 19TH JANUARY 13

Di Ambang #KL112: Sepuluh Isu Kontroversi Najib

Posted: 11 Jan 2013 12:37 AM PST

KPRU

Di ambang #KL112 yang juga bermaksud Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, kaji selidik Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus.

Dalam konteks Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan paling lemah setelah memegang tampuk pemerintahan sebagai kerajaan persekutuan semenjak merdeka (baca: Perikatan) dan semenjak penubuhan Malaysia pada 1963, komponen-komponen parti BN termasuk parti politik yang dominan selama ini yang bergelar UMNO, mengharapkan populariti Pengerusi UMNO-BN Najib dapat diterjemahkan sebagai sokongan undi kepada UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh seratus hari. Namun begitu, hakikat bahawa Najib merupakan seorang pemimpin politik yang penuh kontroversi dan senantiasa berdiam diri apabila pentadbirannya dilandai pelbagai isu kontroversi, nampaknya merisaukan kumpulan tertentu dalam UMNO yang semakin hari semakin kehilangan keyakinan untuk memenangi PRU-13.

Tanggal 3 April 2009, Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang ke-6 selepas Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan majoriti dua pertiga dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008. Pada awal tempoh Najib sebagai Perdana Menteri, beliau cuba menonjolkan diri sebagai "Bapa Tranformasi", dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MBE), Gagasan 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GDP) dan Program Transformasi Ekonomi (EDP) untuk menunjukkan keazaman dan semangat bagi mentransformasikan struktur ekonomi daripada negara berpendapatan menengah ke sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Beliau juga mengumumkan sambungan pemberian subsidi dengan mengurangkan subsidi bahan api, tepung, gula dan petrol.

Pengumuman beliau membawa kepada bebanan berterusan yang ditanggung oleh rakyat akar umbi. Hampir semua harga barangan melambung tinggi dalam masa yang singkat sementara harga gula dinaikan sebanyak 20 sen daripada RM1.45 (2008) kepada RM1.65 (2009) di Semenanjung Malaysia.[1]  Tindakan pentadbiran Najib dikritik mengabaikan kepentingan rakyat kerana kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat gagal untuk menyaingi kadar kenaikan harga barangan.

Najib menerangkan rasionalisasi subsidi adalah bertujuan bagi mengelakkan negara bankrap pada masa hadapan, tetapi pada masa yang sama, Najib mengekalkan subsidi kepada syarikat-syarkat kroni.

Ekoran PRU-13 semakin hampir, Najib mengubah retorik mengenai falsafah transformasinya bahkan banyak daripada program yang dirancang oleh beliau tidak dilaksanakan sepenuhnya atau tidak berada di landasan betul dan hampir selalunya berhenti di pertengahan jalan. Beliau yang menyatakan negara akan bankrap jika pemberian subsidisi diteruskan kepada rakyat kini mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 dan seumpamanya untuk menyelamatkan diri dan UMNO-BN daripada kegagalan apabila PRU-13 diadakan nanti.

Melihat kembali perkembangan semenjak Najib menjadi Perdana Menteri, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah meninjau kembali dan menyenaraikan sepuluh isu kontroversi yang mencorakkan kelemahan Najib sebagai seorang Perdana Menteri:

Jadual 1: Sepuluh Isu Kontroversi Sepanjang Najib sebagai Perdana Menteri

No

Isu Kontroversi

Respons Najib/Pentadbiran Najib

1. Kematian Altantuya 

Rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang disyaki terlibat dalam kematian Altantuya telah dibebaskan.

Pada Disember 2012, ahli perniagaan, Deepak Jaikishan menamakan seorang adik Perdana Menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua. Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.[2]

Deepak mendedahkan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai kaitan dengan kontroversi berhubung Altantuya yang mati dibunuh.

      Najib lafaz sumpah tidak mengenali Altantuya. [3] 

Najib dan Rosmah membisu atas semua dakwaan Deepak.

2. Skandal pembelian kapal selam Scorpene 

Suaram, sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian Scorpene.

Pihak Perancis pada 27 November 2012, Peguam Perancis, Apoline Cagnate. Apoline dalam taklimatnya di Kota Singa, Singapore berkata akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan Scorpene.

      Suaram didakwa merupakan sebuah badan yang tidak berdaftar dan juga dibiayai oleh dana asing sejak tahun 2008. 

Suaram didakwa menggunakan dana asing bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

Skandal pembelian kapal selam Scopena masih belum diselesaikan.

3. FBC Media 

Pada Ogos 2011, dunia kewartawanan bersifat penyiasatan dipelopori Sarawak Report menyaksikan pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat sebanyak RM57.68 juta dalam projek 'Global Strategic Communication Campaign' yang juga merupakan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media (UK) Limited, yakni sebuah firma media dan hiburan di Eropah.

      Kerajaan menyatakan projek berkaitan berfungsi untuk mengendalikan kempen media di peringkat antarabangsa dan menjalankan beberapa aktiviti promosi Malaysia. Namun demikian, Sarawak Report telah mendedahkan bahawa apa yang dikendalikan oleh projek tersebut bercorak aktiviti politik kotor yang melibatkan serangan peribadi dan publisiti palsu melalui program televisyen dan blog. 

Najib memberi alasan bahawa FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa.

4. Kematian Teoh Beng Hock, kematian Kugan dan kematian Amirulrasyid 

Badan Teoh Beng Hock ditemui mati di bangunan SPRM.

Kugan ditemui mati dalam lokap. Keluarga mengesyaki Kugan didera semasa di dalam lokap kerana banyak kesan calar balar di belakang, pergelangan tangan dan lehernya.

Seorang pelajar berumur 14, Amirulrasyid  ditembak mati oleh anggota Polis semasa dikatakan melarikan diri daripada sebuah kereta terlanggar yang dipandunya.

      Najib mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock dengan terma siasatan, iaitu Suruhanjaya Diraja hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, dan bukannya punca kematian Teoh Beng Hock. 

Suruhanjaya berkenaan merumuskan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri.

9 suspek dipercayai terbabit dalam kes kematian Kugan, tetapi akhirnya hanya seorang konstabel polis, Navindran dijatuh hukum penjara selama 3 tahun.

Korporal Jenain Subi atas kesalahan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

5. Isu Lynas 

Lynas Corporation Ltd merupakan sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang pengeluaran nadir bumi yang terletak di Gebeng, Kuantan, Pahang. Loji ini dijangka beroperasi pada September 2011 tetapi dibantah oleh penduduk tempatan diketuai oleh Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.

Beberapa perhimpunan yang bernama perhimpunan hijau diadakah bagi membantah operasi kilang Lynas. Perhimpunan hijau 2.0 juga berjaya berhimpun kira-kira 20,000 orang yang datang dari seluruh negara ini bagi membantah perkilang pencemaran yang bakal menjejaskan kehidupan generasi yang akan datang

      Kerajaan telah memberi lesen operasi sementara (TOL) kepada lesen tanpa menangani masalah penempatan sisa buangan radioaktif. 

4 Menteri Kabinet iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas; dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut sekali lagi berkata kabinet memutuskan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dibiarkan di Malaysia. Tetapi, Pengerusi Eksekutif Lynas, Nick Curtis menyatakan bahawa lesen operasi sementara (TOL) tidak menetapkan syarat mengeksport keluar sisa loji itu dari Malaysia. [4]

6. Pembaharuan Sistem Pilihan Raya 

Perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0 diadakah pada tahun 2011 dan 2012. Tuntutan Bersih adalah bersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, menggunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

      Pada 15 Ogos 2011, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen untuk mengkaji sistem pilihan raya. Menurut beliau, jawatankuasa tersebut akan terdiri daripada ahli-ahli parlimen dari kerajaan pusat dan pembangkang yang bakal membincangkan isu-isu pembaharuan pilihan raya sehingga tercapainya sebulat suara. 

Walaupun jawatankuasa telah mengemukakan 22 syor bagi menambahbaikan proses pilihan raya pada 3 April 2012, namun hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen PSC. Tuntutan yang dikatakan lulus ialah penggunaan dawat kekal. [5]

Berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menggandungi pindaan tertentu yang penuh dengan pertikaian dan mampu mengubah wajah proses PRU-13 telah diluluskan pada petang 22 April 2012 di Dewan Rakyat, bakal menguntungkan Barisan Nasional, menyaksikan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah Malaysia apabila RUU tersebut  dikuatkuasakan sebagai satu akta nanti dan pelaksanaannya terpakai semasa PRU-13.

Kumpulan Bersih 3.0 ambil keputusan  mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka tetapi mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. Termasuklah, pihak polis yang telah mengeluarkan arahan dengan tidak membenarkan pihak Bersih mengadakan perhimpunan 3.0 atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, Bersih 3.0 masih berjaya menarik 25 ribu peserta untuk menunjukkan perasaan kepada kerajaan.

Kejayaan Bersih menyebabkan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara pada 10 Mei 2012.

7. Menara Warisan Merdeka 

Cadangan pembinaan Warisan Merdeka 100 tingkat diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Belanjawan 2011.

Projek pembangunan bersepadu itu yang bernilai RM5 bilion dan akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Pembinaannya dijangka siap pada 2015.

      Walaupun kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan BN untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat. Namun projek ini masih dikekalkan. 

Pada 31 Oktober 2012, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengesahkan bahawa ketinggian Menara Warisan Merdeka, akan ditambah menjadi 118 tingkat daripada 100 tingkat seperti yang dirancang.

8. National Fidlot Corporation (NFC) 

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Pihak pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC disalah guna keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ia termasuk membeli lima kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi yang meragukan.

      Najib berkata ianya terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan samada mahu mendakwa lembaga pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) atas tudah pecah amanah atau sebaliknya. Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa siasatan akan membawa kepada sebarang pendakwaan. 

Najib tidak menggesa Datuk Seri Shahrizat meletakkan jawatan demi skandal tersebut.

9. Pelaksanaan AES 

Urusan AES dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan kerana mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.

Saman yang dikeluarkan telah dikomersilkan dan diswastakan di mana dua syarikat terbabit akan mendapat komisen daripada setiap saman bagi 831 kamera yang dipasang.

      Najib di sebelah tangan mengumumkan langkah-langkah bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, tetapi pada masa yang sama melaksanakan Sistem Pengangkutan Automatik (AES). Pelaksanaan AES telah menunjukkan slogan Najib bahawa Rakyat didahulukan adalah retorik. 

Walaupun AES bertujuan meningkatkanPerception of Being Caught (POBC) ke tahap yang lebih tinggi ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya, namun polis mengumumkan ianya juga akan mengekalkan perangkap kelajuan bersama-sama AES untuk menangkap pemandu memandu laju.

Pengumuman polis menimbulkan kontroversi dan mencetuskan lebih banyak bantahan daripada orang ramai kepada kamera baru yang dipasang di lebuh raya dan jalan awam lain. Banyak suara untuk menangguhkan pelaksanaan AES ini dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk dari Barisan Nasional sendiri.

Pada 18 Disember 2012, Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan semua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES.[6]Namun, sistem AES masih akan dijalankan selepas segala masalah teknikal diselesaikan.

10. Aliran Keluar Wang Haram 

Jumlah pengaliran keluar wang haram meningkat 111 peratus dari AS$30.41 bilion pada 2009 atau RM94.27 bilion meningkat kepada AS$64.38 bilion atau RM199.58 bilion pada 2010.

Seorang perlabur balak, Micheal Chia yang dipercayai berhubung rapat dengan Menteri Sabah, Musa Aman yang disyaki membawa wang haram di dalam mata wang Singapura berjumlah 16 juta dollar Singapura (RM40 juta).

      Najib menyebelahi Musa Aman turut menjelaskan, pemberian dana RM40 juta kepada Umno Sabah adalah bertujuan sebagai sumbangan politik dan selagi ianya disalurkan dengan cara yang betul ianya bukan satu kesalahan.

 

Perdana Menteri yang Penuh Kontroversi

Najib merupakan seorang pemimpin politik yang diwarnai dengan pelbagai kontroversi. Beliau telah dibebani skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kematian Altantuya semenjak beliau menjadi Perdana Menteri.

Kematian seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu disyaki mengenali Najib seterusnya mendedahkan Abdul Razak Baginda, rakan karib Najib sebagai  projek service provider bagi perolehan dua kapal selam Scorpene. Altantuya Shaaribuu sebagai penterjemah yang mengiringi Razak Baginda dalam menguruskan transaksi kapal selam di Perancis didapati dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib – ketua inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar dengan tembakan di bahagian kepala dan tubuh diletupkan dengan bahan letupan tentera di hutan Puncak Alam, Shah Alam pada Oktober 2006.

Skandal pembelian kapal selam Scopena dan kematian Altantuya menghantui Najib sehingga hari ini walaupun Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman terhadap Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar manakala Razak Baginda telah dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Namun, kekeliruan yang timbul dalam kematian Altantuya dengan hubungan Razak Baginda dan Najib dan skandal pembelian kapal selam Scoperna yang membabitkan berbilion-bilion ringgit masih dalam siasatan. Tindakan Najib yang tidak menangani kes tersebut secara jujur menjadi punca Najib masih terperangkap dalam skandal tersebut sehingga hari ini.

Sebuah organisasi badan bukan kerajaan, Suaram yang tidak berpuas hati dengan  keputusan Mahkamah Tinggi ke atas kematian Altantuya dan skandal pembelian Scorpena, telah memulakan kes bersama seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian Scorpene diwakili oleh tiga orang peguam iaitu Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian pada 18 April 2011 untuk meneruskan siasatan ke atas dua skandal tersebut.

Tindakan Suaram mencetuskan kebimbangan pentadbiran Najib, di mana pentadbiran Najib seterusnya mengambil tindakan untuk menghalang peguam Perancis, William Bourdon atau pihak yang berkenaan untuk memasuki negara ini bagi melaporkan perkembangan siasatan. Seterusnya Suaram telah didakwa merupakan sebuah badan yang tidak berdaftar tetapi aktif seperti sebuah pertubuhan yang sah dan dibiayai oleh dana asing sejak tahun 2008. Suaram didakwa menggunakan dana asing bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

Serangan pentadbiran Najib terhadap Suaram melalui gangguan secara berterusan dan penganiayaan terhadap Suaram sebagai pertubuhan tidak sah telah pun menunjukkan ketakutan dan kebimbangan Najib ke atas skandal tersebut. Beliau berusaha untuk menutup rahsia berkaitan dan secara tidak langsung kontrovasi ini bakal membawa impak cukup besar sehingga ianya berpotensi untuk menjejaskan posisi beliau sebagai seorang pemimpin negara.

Penyelewengan Wang Rakyat untuk Pulih Imej Najib

Untuk memulihkan imej negatif Perdana Menteri yang dibebani dengan skandal pembelian kapal selam Scorpena dan kematian Altantuya, Najib menggunakan wang rakyat (peruntukan di bawah Jabatan Perdana Menteri) sebanyak RM57.68 juta dalam sebuah projek perhubungan awam, 'Global Strategic Communication Campaign' di mana sebuah syarikat antarabangsa perhubungan awam Eropah, FBC Media (UK) Limited, untuk menjalankan kempen media secara haram yang menyalahi etika kewartawanan memandangkan beliau mengalami krisis publisiti berhubung tuduhan rasuah dan skandal yang melibatkan kes pembunuhan.

Namun demikian, projek 'Global Strategic Communication Campaign' juga telah didedah bercorak sebagai sebuah taktik politik kotor yang melibatkan serangan peribadi terhadap pihak Pakatan Rakyat khususnya Dato' Seri Anwar Ibrahim dan publisiti palsu melalui program televisyen dan blog.

Selepas pendedahan kempen "haram" antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media, CNBC dan BBC World telah membatalkan program FBC Media dan mengadakan penyiasatan ke atas insiden ini. Skandal ini telah memalukan Malaysia di pentas antarabangsa apabila seorang Perdana Menteri terpaksa mengambil pendekatan "merasuahi" media antarabangsa bagi membina imej positif tanpa memberi apa-apa perkara yang memanfaatkan atau apa-apa perkara yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Ini merupakan sikap seorang anak bangsawan yang mementingkan imej dan pujian orang lain.

Gelaran Bapa Trasformasi  

Meskipun Najib diberi gelaran oleh kumpulan penyokongnya sebagai "Bapa Trasformasi Malaysia", namun hasrat Najib untuk mentransformasikan ekonomi politik negara sehingga digelar sekumpulan pengkaji Universiti Harvard sebagai Najibnomics lebih merupakan lanjutan kepada episod Mahathirisme iaitu kecenderungan untuk melaksanakan projek-projek mega dan untuk merangsang ekonomi melalui projek-projek mega tersebut. Namun, projek-projek mega ini hanyalah suatu saluran untuk mengambil wang daripada rakyat bagi memberi manfaat kepada diri dan kroni.

Cadangan pembinaan Warisan Merdeka 100 tingkat diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Belanjawan Negara 2011. Berdasarkan Belanjawan Negara 2011, Projek pembangunan bersepadu itu yang bernilai RM5 bilion akan dibina oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara dijangka siap pada 2015.

Suara bantahan kedengaran kuat selepas pengumuman Najib. Suatu kumpulan bernama 1M Malaysian Reject 100-Storey Mega Tower ditubuhkan di laman sosial Facebook. Jumlah 'Like' mencapai sebanyak 307,552 tetapi tidak dihiraukan. Pengkritik menganggap projek pencakar langit itu tidak diperlukan di ibu negara buat masa sekarang memandangkan ia akan menelan berbilion-bilion ringgit.

Sementara itu, kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center juga menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan BN untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat. Namun projek ini masih dikekalkan, bahkan akan ditambah kepada 118 tingkat daripada 100 tingkat.[7]

Mega projek ini melibatkan tanah milik kerajaan. Di samping itu, tapak Menara Warisan Merdeka itu melibatkan pembangunan di tempat-tempat bersejarah iaitu  Stadium Negara dan Stadium Merdeka. Manakala, kerajaan berniat memusnahkan Stadium Negara dan Stadium Merdeka bagi pembinaan Menara Warisan yang berpotensi untuk gagal seperti lambakan ruang pejabat di KLCC, malahan dengan kadar sewa yang tinggi, ianya juga gagal untuk menarik peniaga tempatan untuk menyewa pejabat di situ.

Alasan Najib untuk mempertahankan pembinaan Warisan Merdeka tiada perbezaan dengan alasan penyokong Mahathirisme; iaitu semakin besar sesuatu projek, semakin besar keuntungan yang diperolehi. Realitinya, semakin besar sesuatu projek, semakin besar tanggungan yang bakal dipikul oleh kerajaan.

Di samping itu, jikalau berdasarkan sikap Najib yang mendambakan pujian, rancangan pembinaan Warisan Merdeka juga membawa manfaat bagi Najib mengekalkan gelaran "Bapa Trasformasi Malaysia". Menara Warisan Merdeka bakal menjadi petunjuk kepada zaman pentadbiran Najib.

Semangat Keadilan diabaikan oleh Anak Bangsawan

Anak bangsawan seperti Najib mementingkan kenamaan, imej, maruah dan kesenangan tetapi membelakangi prinsip keadilan, kebenaran, dan penderitaan walaupun satu demi satu kes kematian kontroversi berlaku termasuk kematian Teoh Beng Hock di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kematian Kugan Ananthan di lokap, dan kematian Amirulrasyid daripada tembakan polis.

Tiga kes kematian tersebut mencerminkan semangat keadilan di negara ini telah diabaikan oleh pentadbiran Najib yang melaungkan slogan "1Malaysia" dalam konteks kes-kes kematian berkaitan.

Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 telah mengejutkan rakyat seluruh negara. Namun, perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang gagal untuk menemui sebarang jawapan. [8]

Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Najib pada 7 Januari 2011.[9]Namun Suruhanjaya tidak menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Sebaliknya, Suruhanjaya hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukannya punca kematian Teoh Beng Hock. Suruhanjaya tersebut tidak menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang harus dipertanggungjawabkan.

Satu-satunya rumusan daripada Suruhanjaya tersebut adalah bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam. Tindakan Teoh Beng Hock membunuh diri didorong oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai-pegawai SPRM pada malam 15 Julai 2009 dan awal pagi keesokan harinya. Maka, adakah pegawai-pegawai berkenaan dijatuhkan hukuman yang berpatutan? Najib mengambil pendirian untuk tidak mengambil peduli kes tersebut.

Di samping itu, adakah individu-individu yang bertanggungjawab ke atas kes kematian Kugan Ananthan dan kematian Amirulrasyid mendapat hukuman yang berpatutan? Najib juga tidak mengambil peduli dalam hal sedemikian yang melibatkan prinsip keadilan.

Pada Jun 2012, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas Navindran yang merupakan konstabel polis yang didapati bertanggungjawab menyebabkan kecederaan terhadap Kugan Ananthan.[10]Namun, ahli keluarga mendiang Kugan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut. Mereka mendesak Navindran dikenakan hukuman setimpal di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu didenda dan dihukum penjara sehingga sepuluh tahun. Selain itu, mereka juga menggesa kerajaan mohon maaf secara terbuka kepada keluarga mereka.

Kematian Kugan Ananthan dalam lokap bukanlah satu-satunya kes kecuaian pihak polis. Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him bahawa seramai 209 orang tahanan meninggal dunia sejak tahun 2000 sehingga September tahun 2012.[11] Menurut kenyataan Hishammuddin, kebanyakan kematian berpunca daripada masalah kesihatan tahanan. Di samping itu beliau juga menafikan kematian – kematian tersebut diakibatkan oleh keganasan polis.

Sementara itu, kes kematian Amirulrasyid akibat tembakan polis berlaku pada 26 April 2010. Amirulrasyid berumur 14 yang ditembak mati oleh anggota Polis semasa apa yang dikatakan sebagai perbuatan melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta dengan sebuah kereta yang dipandu oleh Amirulrasyid.

Pada 15 September 2011, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas Korporal Jenain Subi atas kesalahan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah. Namun begitu, selepas Jenain membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu, Jenain akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 5 Disember 2012.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Rahman berpuas hati bahawa anggota polis tersebut melepaskan tembakan dengan tujuan memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja tersebut.[12] Namun, laporan polis menunjukkan Aminulrasyid mati akibat ditembak di bahagian belakang kepala, menunjukkan cara anggota polis memberhentikan kereta tersebut adalah dengan melepaskan tembakan di bahagian kepala pemandu.

Menurut kenyataan Hishammuddin bahawa sejumlah 298 orang penjenayah telah ditembak mati oleh polis dalam tempoh lima tahun iaitu dari Januari 2007 sehingga Ogos 2012. Jumlah ini termasuklah 134 orang warga Indonesia. Ini juga menunjukkan setiap bulan menemui 5 orang mati akibat tembakan polis.[13]

Adakah jumlah ini termasuk mangsa tembakan polis yang bukan penjenayah, seperti seorang wanita bernama Norizan bt Salleh, berusia 30 tahun yang ditembak sebanyak 5 tembakan kali oleh pihak polis pada tahun 2009?[14] Adakah semua mangsa diberi peluang secukupnya atas prinsip keadilan oleh pentadbiran Najib?

Wang Rakyat Diboros Sewenang-wenangnya

Anak bangsawan seperti Najib tidak peduli akan keganasan oleh pihak berkuasa terhadap rakyat tanpa bersenjata, tidak peduli akan kepentingan prinsip keadilan, dan tidak peduli akan penderitaan rakyat. Namun, apa yang beliau mementingkan adalah kekayaan dan kemewahan diri, keluarga dan kroni.

Isu Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan salah satu contoh yang terbaik bagi membuktikan Najib membiarkan ahli kabinet beliau menyalahgunakan kuasa demi kepentingan sebuah keluarga.

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menemui kegagalan NFC untuk mencapai matlamat penubuhannya. Ianya terus menjadi isu panas selepas Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. Ianya didakwa bahawa peruntukan tersebut disalahgunakan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Penyelewengan yang didakwa termasuklah pembelian lima buah kondominium di Singapura dan Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, kereta mewah dan pelbagai transaksi lain yang meragukan.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas tindakan-tindakan individu-individu yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran kerajaan beliau, Najib mempunyai peluang untuk melaksanakan siasatan telus di bawah Pejabat Peguam Negara. Malangnya, Najib mengambil laluan untuk menekankan bahawa sebarang siasatan tidak akan membawa kepada sebarang pendakwaan.

Ramai pemimpin UMNO telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita UMNO, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga meminta Shahrizat supaya "jangan terlalu sayang kepada jawatan". Namun, Najib mengambil keputusan untuk terus membisu sehinggalah Shahrizat mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada jawatan-jawatan beliau.

Isu NFC ini masih berlanjutan sehingga hari ini di mana ahli keluarga Shahrizat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, walaupun suami Shahrizat telah didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat SPRM dan polis. Sebaliknya, pemberi maklumat, Rafizi Ramli yang membangkitkan isu ini pula dilayani sebagai "seorang penjenayah" di bawah sistem kehakiman negara ini di mana jika disabitkan kesalahan, Rafizi boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.[15]

Sikap Najib memberikan ruang dan peluang kepada individu-individu dalam pentadbirannya untuk menyeleweng wang rakyat juga menjadi punca kepada jumlah pengaliran keluar wang haram untuk meningkat tiga kali ganda pada tahun 2010. Ini menjadi bukti kepada kegagalan pimpinan Najib dalam mengendalikan dasar ekonomi negara secara telus dan berkesan.

Jumlah pengaliran keluar wang haram meningkat 111 peratus daripada AS$30.41 bilion pada 2009 (RM94.27 bilion) kepada AS$64.38 bilion (RM199.58 bilion) pada tahun 2010.[16] Skandal wang haram RM40 juta yang dibangkitkan baru-baru ini telah memberi satu gambaran bahawa kepimpinan tertinggi negara ini disyaki terlibat dalam rasuah namun Najib masih melindungi individu-individu ini.

Pada April 2012, laman web Sarawak Report telah mendedahkan dokumen daripada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) yang didakwa menunjukkan seorang peguam di Sabah memasukkan sejumlah AS$30 juta (RM92 juta) dalam sebuah akaun di sebuah bank di negara Switzerland yang dimiliki oleh Datuk Musa Aman. Kes menjadi lebih hangat apabila Parti Keadilan Rakyat mengemukakan laporan rasmi ICAC berhubung penahanan rakyat Malaysia, Michael Chia yang disyaki membawa wang haram di dalam mata wang Singapura berjumlah 16 juta dollar Singapura bersamaan RM40 juta. Michael Chia didakwa mempunyai kaitan dengan kes Musa Aman.

Namun, Najib mengambil pendirian untuk menyebelahi Musa Aman menjelaskan bahawa pemberian dana sebanyak RM40 juta kepada Umno Sabah bersifatkan sumbangan politik dan selagi ianya disalurkan dengan cara yang betul ianya bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang. Apabila disoal mngenai sumber sumbangan tersebut, Najib enggan mendedahkan butiran perkara tersebut dan mendakwa pembangkang juga menerima sumbangan politik bagi menjalankan operasi parti mereka.[17]

Nazri dalam jawapan bertulis dalam Dewan Rakyat mengatakan bahawa Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan tiada wujudnya elemen rasuah.

Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan sumbangan tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukannya untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.[18]Namun selepas itu, Nazri telah didedahkan mempunyai hubungan rapat dengan Micheal Chia, di mana anak Nazri menerima manfaat daripada Michael Chia melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer, bernilai RM459,000.[19]

Najib mengambil pendirian untuk tidak mempunyai pendirian tetap dan tegas ke atas tindakan-tindakan yang dilakukan oleh individu-individu dalam pentabirannya terutamanya perbuatan yang melibatkan penyelewengan wang milik rakyat Malaysia. Bahkan isterinya Rosmah Mansor juga pernah didakwa terlibat dalam pembelian cincin bernilai jutaan ringgit dan barangan mewah menggunakan wang milik rakyat Malaysia.

 

Penutup

Kontroversi yang didepani Najib sebagai Perdana Menteri dalam tempoh masa khidmat sepanjang 4 tahun telah membuktikan beliau tidak lagi sesuai memimpin negara selepas PRU-13.

Sebagai seorang anak bangsawan, Najib tidak memahami penderitaan rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Beliau tidak memahami konsep memperjuangkan semangat keadilan sepertimana beliau tidak memahami bahawa kuasanya sebagai seorang Perdana Menteri berasal daripada rakyat, bukan daripada warisan keluarga bangsawan. Oleh itu, kes-kes seperti kematian Altantuya menggunakan bahan letupan C4, kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM, kematian Kugan di lokap, kematian Amirulrasyid akibat tembakan polis yang berlaku satu per satu, gagal diselesaikan secara adil.

Oleh sebab itu, rakyat bangkit dan menuntut keadilan. Di Stadium Merdeka pada keesokan hari, akan dituntut supaya dikembalikan hak rakyat kepada rakyat.

#KL112 dan Pesan-pesan al-Qaradhawi

Posted: 10 Jan 2013 07:49 PM PST

Dari JalanTelawi.Com
OLEH HASMI BIN HASHIM

"Rakyat telah berubah, maka Allah Subhanahuwataala mengubah keadaan mereka." ~ al-Qaradhawi, 18 Februari 2011.

Menyorokkan kebenaran juga adalah sejenis "pembohongan". Lebih parah lagi ialah apabila kebenaran sampai, lalu dinafikannya. Ada yang cuba menutup mata, memekakkan telinga dan tak mahu berfikir. Dalam khutbah Jumaat, 4 Februari; ayat Quran inilah yang diingatkan al-Qaradhawi:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raaf [7]: 179)

Menabur wang ke bawah, ke desa-desa atas apa nama program sekalipun bukanlah sifat orang yang mendengar waima mereka mempunyai telinga. Juga memberikan potongan telefon pintar kepada anak-anak muda sebagai sasaran meraih undi golongan itu, juga sama sekali bukan sifat orang melihat akan punca dan segala punca derita warga muda negara ini. Pemerintah dengan ciri-ciri ini, diibaratkan dalam ingatan surah al-A'raaf [7] ayat 179 seperti dipetik al-Qaradhawi adalah "sebagai binatang ternak" dan "orang-orang yang lalai".

Bagaimanakah tidak lalai apabila daripada kelompok yang sama yang diberikan peluang mentadbir negeri ini, namun keadaan rakyat semakin memburuk dan mereka tidak tahu. Di saat gerenderang pembangunan dicanang, tetapi rupa-rupanya dalam senyap-senyap, kekayaan negara dirompak segelintir tokoh korporat dan elit politik. Hutang negara bertambah. Ekonomi gagal dipacu. Sehinggakan segala bentuk korupsi dan rasuah telah menyebabkan potensi yang layak dan mampu terbenam. Diangkat yang bobrok dan pakar curang.

Dalam suasana yang kacau-balau ini, yang memperlagakan rakyat dengan rakyat oleh elit penguasa, maka tidak hairanlah apabila satu lagi demonstrasi besar diatur.

Tarikhnya pada hari Sabtu, 12 Januari 2013. Sasaran demonstrasi kali ini tak lain tak bukan sebagai "peringatan paling besar" dalam sejarah Malaysia—peringatan kepada pemerintah dan penzalim bahawa masa mereka sudah cukup. Cukup-cukuplah dengan perompakan dan kecurangan yang terjadi. Malahan demonstrasi itu juga nanti menjadi peringatan besar kepada mana-mana pihak, parti atau politikus yang mempunyai peluang memerintah selepas ini agar tidak mengkhianati rakyat dan amanah.

Ya! Dataran Merdeka, kata segelintir orang, bukanlah Dataran Tahrir, di Mesir. Di sebalik kata-kata itu, seakan-akan ada pengakuan juga bahawa Dataran Tahrir telah jadi lambang kebangkitan khususnya bagi negara majoriti umat Islam di luar negara Arab. Percubaan sekian lama untuk "mengharam" demonstrasi aman, gagal. Umat Islam di mana sekalipun—termasuk di Malaysia—telah dibentangkan dengan contoh kebangkitan rakyat; serta hujah bahawa agama Allah ini, yakni Islam, tidak melarang umatnya untuk berunjuk rasa dalam menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan hak-hak dan kebebasan rakyat.

Saya tak membayangkan Dataran Merdeka nantinya akan menjadi laksana Tahrir, dengan Sheikh Yusuf al-Qaradhawi yang berdiri di satu sudut. Dia telah berpidato kepada anak-anak muda Mesir; kepada yang Islam dan Kristian, dan penganut agama apapun. Buku "Kebangkitan Rakyat" (diterjemah dan diterbitkan oleh ABIM | 2012) oleh al-Qaradhawi itu kini sudah dapat dibaca sendiri oleh ramai anak-anak muda di Malaysia. Paling tidak, buku itu harus menjadi panduan dan menunjuk jejak sebelum mereka sampai ke tengah-tengah Kuala Lumpur, 12 Januari, yakni pada hari Sabtu mendatang ini.

Perihal paling asas bagi buku al-Qaradhawi ialah pandangan beliau bahawa Islam tak menghalang demonstrasi aman. Rujukannya ialah sirah Nabi Muhammad SAW yang suatu waktu didatangi Saiyidina Umar. Apa mintanya Umar?

Umar bertanya dan meminta kepada Nabi, agar keluar daripada persembunyian. Begitu pula Nabi pun bersetuju dan mengeluarkan para sahabat kepada dua barisan. Satunya diketuai oleh Saiyidina Hamzah dan satu lagi diketuai Umar pula. Dengan derap kaki yang seperti penumbuk batu ke dalam lesung, maka mereka pun berjaya memasuki masjidil haram.

Begitu kemudiannya keberanian anak-anak muda Mesir yang berkumpul di Tahrir, yang mengorbankan bukan sahaja masa dan wang ringgit, malah menjelang Februari 2011, ada 150 orang yang terbunuh. Puluhan lagi hilang. Punca kebangkitan rakyat tidak lain menurut al-Qaradhawi apabila "Parti Kebangsaan yang dikuasai tokoh korporat ini merampas kekayaan negara, melanggar undang-undang dan menghalalkan darah anak bangsa. Kemahuan mereka hanya ingin terus kekal berkuasa."

Dihitung bahawa 8 juta rakyat Mesir telah keluar rumah dan berkumpul di seluruh negara. Tak cuma di Tahrir, bahkan di mana-mana. Apabila demontrasi demi demonstrasi tak tercegahkan, dengan sebuah puisi diingatkan pula oleh al-Qaradhawi kepada pemimpin negara, bahawa: Jangan berlaku zalim walaupun engkau mampu berbuat demikian | Kerana kezaliman itu pasti berakhir dengan penyesalan | Barangkali mata penzalim nyenyak tidur tetapi orang yang dizalimi sentiasa berjaga.

Ya! Semua kesedaran dan bukti sebegini datangnya daripada tradisi negara majoriti umat Islam yang sangat signifikan dan penting, iaitu Mesir. Bukan dengan rujukan seperti revolusi September 1998 di Indonesia yang dicemuh segelintir orang sebagai tidak bersifat "Islamik". Contoh yang Islamik yang bagaimana lagikah yang perlu dibawakan agar umat Islam dan rakyat Malaysia dapat belajar daripadanya?

Jalan-jalan penghalang untuk keluar rumah dan berhimpun dengan aman sesungguhnya telah dibuka. Impian dan usaha pemerintah untuk menggagalkan kebangkitan rakyat nampaknya sudah total gagal—gagal bukan kerana tokoh manapun, atau parti apapun… tetapi gagal disebabkan apabila sampai kesedaran di dalam hati nurani rakyat, bahawa mereka tertindas. Kongkongan adalah hal yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

Nah! Saya tak fikir anak muda yang berhempas membanting tulang untuk membayar PTPTN akan berdiam diri. Tak siapa akan percaya bahawa orang dewasa yang diperas wang saku mereka untuk membayar tol ratusan ringgit sebulan tak akan berbuat apa-apa. Tak masuk akal untuk pemandu teksi yang dihambat seperti lembu untuk membayar sewa kereta ribuan ringgit sebulan akan duduk goyang kaki. Kita semua takkan percaya, pekebun yang tanah mereka dirampas, harga tanaman mereka jatuh teruk; dengan penternak yang kehilangan hak memelihara haiwan ternak akan hanya bermain seruling lalang di tepi padang ragut.

Setiap sendi kekuatan rakyat akan bangkit. Pada 12 Januari ini. Dengan izin Allah, sebuah peringatan tegas akan sampai ke muka para penzalim. Biar sekebal manapun mereka.

Hasmi Hashim, juga dikenali sebagai Buddhi Hekayat, penulis, penulis lirik dan politisi. Boleh juga ikuti @HasmiHashim.

THE BLUNDERS OF NAJIB RAZAK: Dr M waits in the wings to ‘rebuke and whack’

Posted: 10 Jan 2013 07:47 PM PST

Malaysia Chronicle

According to a report, the former Prime Minister, Mahathir Mohamad, has called on UMNO members not to publicly talk about Najib's weaknesses, at least not until the election is over. He desperately wants Barisan to win the 13th general election first and then 'we can correct those mistakes and wrongdoings for the interest of all… when the time comes we can rebuke and whack.'

In other words, this very senior man in UMNO admits that Najib has many flaws in him but he wants the matter to be swept under the carpet for fear that Barisan may lose in the next general election.

But the rakyat may disagree with him. Many in UMNO even would prefer Najib to leave the scene immediately or else Barisan will lose heavily in the next general election.

A liability

Najib as the Prime Minister is perceived by the rakyat – even within the UMNO circle – as a weak leader and apparently is perceived by the majority to be carrying too much baggage to become a politician. This has become a liability of sort to UMNO, Barisan and the nation in general.

There is an old saying, 'If you chose the wrong parents you would still be happy but it would not be the same if you had chosen a wrong spouse.'

The latest shot to hit Najib is the confession by a controversial Carpet Man who was at one time very close to Rosmah Mansor, the wife of Najib until their business relationship – reported to be over RM3 billion – had turned sour. Being very close to the 'First Couple' at one time, he even appraised their personal qualities in a book 'The Black Rose' purportedly written by him.

The Carpet Man had divulged to the press his controversial roles in the Najib–Rosmah– Bala (P. Balasubramaniam) saga that has shocked the nation. This also involves millions spent on jewellery for the First Lady and the trails leading to the shocking murder of model Altantuya Shaariibuu.

Thus far, Najib or the First Lady has provided no substantial answers to the noxious accusations by the Carpet Man – further implicating them to the cover-up over the murder of the model and to the kickbacks from the disreputable French Scorpene submarine deal.

To the rakyat these are not trivial issues as it involves the rakyat's hard-earned money and there are people who have gained and also victimised in the chronicle.

First Lady was desperate

The Carpet Man had mentioned in his press statement the involvement of a prominent lawyer in getting Bala to retract his first SD (Statutory Declaration), which allegedly implicated Najib and the First Lady in the death of Mongolian translator Altantuya.

He specifically mentioned that the lawyer was chosen by Najib and that the First Lady was so desperate after Bala came up with his first SD that she had to seek the Carpet Man's help to make Bala retract his SD.

Bala through his lawyer had maintained that he signed the second SD under duress and what he came up with in his first SD was all based on truth. And of course in this exposed saga a few other prominent names were mentioned by the Carpet Man.

Bala's first SD was avowed and endorsed on July 1, 2008. The second SD, which contradicted the first, appeared on the following day.

From the Raja Ropiaah Raja Abdullah – UMNO Wanita Chief of Selangor – controversial land deal to the events leading to the second SD by Bala, the First Lady's role in the saga was explicitly mentioned during interviews and press statements made by the Carpet Man. He cannot be lying as he risks being sued for libel if he had done so.

With all these stunning revelations UMNO cannot help to change the negative perception of the rakyat on the 'First Couple' and the party. It would be natural for critics to revisit the many other allegations against them in the past that many including those in UMNO are not happy with.

Millions spent on jewellery

There was a prime land deal as confessed by the Carpet Man and evidence that millions were spent on jewellery for the First Lady as seen in the PDF file documents found in a book 'The Black Rose'. And similar documents were available earlier on PKR director of strategy Rafizi Ramli's website.

This cannot be a mere coincident. There must be some truth in all these tacit dealings involving the Carpet Man and the 'First Couple'.

Perception or real, the First Lady before this had been alleged to have a proclivity for a classy lifestyle and a penchant for jewellery. There was at one time the issue of the RM24million diamond ring that was linked to the First Lady. It was first alleged that Rosmah had bought the ring from Jacob & Co for a whopping RM24 million, which of course some sources had later denied this.

A set of import and export declaration documents showed that the ring was brought into the country by Jacob & Co under the care of Malca Amit Kuala Lumpur. Jacob & Co are producers of the ring. And the First Lady's name appeared on the Custom's computer screenshot to be the 'recipient' of the ring.

After the screenshot disclosure, it was later reported that the RM24million "natural fancy blue cushion cut diamond ring" was brought into the country on April 16, 2011 for a private exhibition by an 'unknown VVIP'. In a later report, however, it was mentioned that the ring was sent to Singapore on April 20.

After 19 days, the First Lady finally denied she purchased the RM24million diamond ring. She should have explained to the rakyat why her name had appeared in the Custom Declaration Form. Perhaps she should also have explained why she had to examine the ring if she had no intention to buy.

The rakyat also would want to know who paid RM24, 2670.00 shipping cost and insurance for the diamond ring to be sent all the way from New York to Kuala Lumpur by courier on a CIF basis.

Engagement and birthday bash

There were also allegations that Najib financed his daughter's engagement ceremonies using public funds. Party strategic director Rafizi Ramli said he had receipts to show how RM409, 767, which was the cost to hold a lavish dinner event at a five-star hotel in central Kuala Lumpur, was billed to the Prime Minister's Office (PMO). The bill, for an event on June 13, 2011, disclosed that RM18, 792 was spent for 36 VIPs and RM309, 975 for 862 attendees while handling charges amounted to RM81, 000.

Among the dishes included in the menu were an array of lavish Wagyu beef (imported from Australia), smoked salmon, lobster bisque and scallops. Officials denied that it was the PMO that settled the bill.

Before that, the engagement of Najib's daughter was already mired in controversy. It was reported that the extravagant ceremonies, including a reception in Kazakhstan, was financed by taxpayers.

There was also an allegation that another private event, Najib's birthday party on June 24 2010 was billed to PMO, causing further confusion over the public and personal use of the department.

The event took place at Sri Perdana, Putrajaya, and cost RM79, 053 for around 100 guests. Shangri-La Hotel KL had catered for the event. According to the Banquet Event Order (BEO) from Shangri-La Hotel, the bill was not only addressed to the PMO but was also billed under the PMO's account.

PKR strategic director, Rafizi Ramli, asked why the event was billed under the PMO's account. 'It is okay for the bill to be addressed to the PMO but why is it also under the PMO's account? If Najib says that he is personally footing the bill for the event, it should come in his personal account,' he told reporters in Parliament.

Officials again denied that it was the PMO that settled the bill.

Money on travels and shopping

Prime Minister Najib and his wife spent slightly more than RM17million of taxpayers' money on travels from 2008 to June 2011. The figures were released by the Prime Minister's Department in Parliament in reply to a question from an opposition MP in 2012.

Najib and the First Lady's travels in 2008 amounted to RM1.7million, RM4.81million the following year, RM5.41million in 2010 and RM5.42million up to June 2011.

Opposition lawmakers had accused the ruling coalition of siphoning off public money to finance hefty private travels of the two – an allegation the government had denied.

In October 2011 at the Commonwealth Summit (CHOGM) attended by Najib, it was flashed in 'The West Australia' daily that 'one First Lady' was known to have bought $150 000 worth of WA pearls while Malaysia's Prime Minister Najib Razak's daughter was believed to have spent $60 000 in David Jones'. Some ministry officials denied that the First Lady and her daughter went on a shopping spree in Australia during the Summit.

The 'First Couple' had also been reported to have stayed in posh hotels in Dubai, Australia and many other countries while overseas at the expense of taxpayers' money.

Not only her 'posh lifestyle' that has incurred the wrath of the rakyat, it has become a common perception that compared to her predecessors she is seen as being more involved in government affairs, giving rise to the opinion that she exerts strong influence in her husband's administration.

The Carpet Man did not miss this subtle point in his confession to the press and in the book 'The Black Rose'.

The wrath of the rakyat

The 'First Couple' have been quiet since the first day the Carpet Man made his confessions to the press. They have not denied the accusations or taken legal action against the Carpet Man. All the past dishonourable events and dealings that have inflicted the 'First Couple' – perceived or real – cannot anymore be hidden from the public.

The Carpet Man's confession can be considered as the 'mother of all shots' that will end Najib's career as prime minister. By the 'First Couple' remaining silent over the many issues affecting them signals that the allegations made by the Carpet Dealer and the Opposition do have some basis.

Not many in UMNO are happy with the 'First Couple' today but with their feudal mindset they are remaining silent. But all these 'misdemeanours' by the 'First Couple' – perceived or real – have now become fodder for the Opposition to mangle UMNO and Barisan in the way forward to win the 13th general election.

There is more to come. As for the Carpet Man he has promised to reveal more and this will be done in series, according to him. To the ordinary rakyat, they now want to see justice done. These serious matters affecting the country cannot just be swept under the carpet, as how Mahathir prefers it to be done.

Wee Choo Keong

Posted: 11 Jan 2013 03:39 PM PST

Wee Choo Keong


DCA failed to withdraw the AOC of FAX / AirAsia X in 2007 (Part 3)

Posted: 11 Jan 2013 12:05 AM PST

For Part 1 of this posting, in HERE, and Part 2, in HERE. Tagged: 9M-MGC, AirAsia X Sdn Bhd, AriAsia, DCA, Department of Civil Aviation, FAX, Fly Asian Express, Fokker Service B V, Fokker Services Asia Pte Ltd (FSA, Mr E J Todd, Mr J.N.A. Arnold, Mr L. J.F van Meer

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 11 Jan 2013 11:10 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 11 Jan 2013 01:16 AM PST


PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Posted: 11 Jan 2013 01:16 AM PST


Kuliah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah 15 Jan di Seremban

Posted: 11 Jan 2013 01:15 AM PST



KULIAH MAGHRIB
Penceramah: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
15 Jan 2013 (Selasa)
Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan

Bantuan RM100: Sekolah diminta jemput pemimpin BN

Posted: 10 Jan 2013 07:24 PM PST



11 Jan 2013 - Beberapa sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar sertai menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Arahan ini telah terkandung di dalam dokumen yang ditemui di lamanweb Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah (PPD) di Johor.

Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh "wakil rakyat BN atau wakilnya".

Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan.

Perkara yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan persembahan Powerpoint di lamanweb PPD Kluang.

- Malaysiakini

Remaja daif tidak bersekolah

Posted: 10 Jan 2013 03:52 PM PST



Kosmo 11 Jan 2013, JOHOR BAHRU - Kedaifan hidup menyebabkan seorang remaja yang tinggal di Kampung Sri Jaya, Skudai Kiri di sini terpaksa mencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan keluarga setiap hari.

Muhammad Zaini Abdullah, 18, berkata, pekerjaan itu dilakukan bagi membantu ibu angkatnya, Fatimah Ahmad, 62, menyara kehidupan mereka dengan pendapatan tidak sampai RM20 sehari.

Kata Muhammad Zaini, itu sahaja yang mampu dilakukannya kerana dia tidak pernah berpeluang untuk menimba ilmu di sekolah sejak kecil ekoran kesempitan hidup yang dialami keluarga terbabit.

"Setiap hari, saya dan ibu angkat mencari barangan lusuh seperti surat khabar, tin kosong, payung dan botol untuk dijual bagi mencari sesuap nasi.

"Selain mencari barangan lusuh, saya turut menangkap ikan di sungai berdekatan rumah untuk dijadikan lauk," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Ceramah Umum 13 Jan 2013 di Seremban

Posted: 10 Jan 2013 03:50 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 13 Jan 2013, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw Ampangan, Kg. Gedung Lalang Lama (sebelah Surau Hitam), Seremban
Bersama : Dr Hatta Ramli, Dato' Fauzi Shaari & Zulkefly Mohamad Hj Omar

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 11 Jan 2013 11:08 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Toyota dijangka ambil alih kedudukan Proton

Posted: 11 Jan 2013 12:10 AM PST

dipetik dari Malaysian Insider


January 11, 2013
Proton ditubuhkan oleh Dr Mahathir sebagai sebahagian polisi perindustrian beliau. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pada satu ketika, empat daripada setiap lima kereta yang dijual di Malaysia adalah Proton, namun pengeluar kereta tempatan itu berkemungkinan jatuh ke tangga ketiga dari segi jualan dibelakang Toyota dan Perodua — pembuat kereta nasional kedua negara, yang menduduki kedudukan tinggi sejak lebih dari enam tahun.
Sumber dalaman industri berkata kepada akhbar The Edge, dalam artikel yang disiarkan hari ini, penjualan Proton menurun pada Disember 2012, apabila hanya 17.7 peratus jualan, sedangkan Toyota menghampiri 17.1 peratus penjulan kereta penumpang di negara ini.
"Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) mendahului pasaran, sedangkan Proton sejak penghujung tahun lalu menduduki tangga kedua. Namun sekarang Toyota semakin menghampiri kedudukan Proton," kata sumber industri dipetik dari The Edge.
Proton dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, melalui syarikatnya DRB-Hicom.
Sumber tersebut berkata, penjualan Proton jatuh lebih 11 peratus kepada 140,000 units daripada 158,000 unit tahun sebelum ini, daripada sasaran syarikat itu sebanyak 200,000 unit.
Kadar jualan hanya akan diumumkan dalam beberapa minggu, namun sumber industri itu berkata Toyota semakin hampir mengatasi kedudukan Proton dari segi jualan pada Disember.
Proton diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983 dan menjadi anak emas kepada polisi perindustrian beliau.
Dr Mahathir menjadikan pembelian kereta Proton seolah patriotik, namun syarikat itu menunjukkan penurunan sejak beberapa dekad berikutan peningkatan liberalisasi dalam pasaran Malaysia.
Kebanyakan rakyat Malaysia merasakan mereka dipaksa membeli Proton pada harga yang murah dan lebih berkemampuan berbanding kereta asing yang dikenakan cukai yang terlalu tinggi.
Menurut The Edge, tanpa model baru, Proton akan terus berada dalam tekanan tahun ini.
Bagi tahun 2013 Proton hanya mengeluarkan satu model baru sahaja.

Kenapa KWSP, KWAP beli saham FGVH ketika merosot?

Posted: 11 Jan 2013 12:07 AM PST


PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menjelaskan tindakan mereka membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) ketika majoriti penganalisis saham tidak menyarankan pembelian itu.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak.
"(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham.
"Di samping itu, keseluruhan pembelian mereka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. Pembelian ini akibatkan anggaran kerugian atas kertas sebanyak RM40 juta (KWSP) dan RM35 juta (KWAP," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN.
Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri penjelasan.
"KEADILAN percaya penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik.
"KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV," katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42844

Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13

Posted: 10 Jan 2013 08:23 PM PST

dipetik dari Malaysian Insider


TERKINI @ 11:18:42 AM 11-01-2013
January 11, 2013
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.
Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.
Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.
Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara "spontan" serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan "sabotaj ekonomi" oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.
Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.
Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU.
Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250.
Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU.
Bantuan lain termasuklah voucher buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar.
Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center.
Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama.
Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu.
Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, dimana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan