Suara Sri Andalas Posted: 10 Jan 2013 11:30 PM PST Penganjur: Himpunan 12 Jan Tetap di Stadium Merdeka Posted: 09 Jan 2013 11:25 PM PST Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat berkata pengurusan stadium bersetuju dengan cadangan mereka untuk menempatkan limpahan peserta di kawasan padang memandangkan stadium itu hanya berkapasiti 30,000 tempat duduk. Anggota jawatankuasa penganjur, Hishamuddin Rais berkata, pihak pengurusan stadium mempersetujui perkara itu apabila ia dibangkitkannya dalam pertemuan mereka hari ini. "Ya, mereka bersetuju," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Bercakap kepada pemberita sebelumnya aktivis politik itu berkata pintu stadium juga akan terus dibuka semasa acara tersebut dan penganjur menyediakan pembesar suara untuk peserta yang berada di luar stadium. "Kami difahamkan pintu stadium terus dibuka, kalau kapasiti melebihi, kami tidak akan membenarkan orang ramai masuk... Kami akan pasang alat pembesar suara di luar stadium," katanya lagi. Tambahnya, pihak penganjur dalam pertemuan itu turut menyatakan kesediaan untuk membayar deposit RM75,000 bagi menyewa stadium berkenaan. "Kita setuju, mana boleh tidak setuju, kita menyewa tempat orang," katanya sambil menyifatkan perbincangan dengan pihak pengurusan stadium berjalan lancar. Beliau turut mengingatkan peserta supaya bersikap sopan dan tidak melakukan kerosakan harta benda yang mempunyai nilai keasliannya memandangkan tersebut dijaga oleh Merdeka Heritage Trust. Aktivis sosial itu juga mengingat orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium dan tidak digalakkan menggunakan kenderaan sendiri bagi mengelakkan kesesakan di kawasan stadium. Untuk memastikan kawasan tempat letak kereta secara maksimum, beliau turut meminta para peniaga supaya mendirikan gerai berdekatan kawasan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor. Hishamuddin berkata pihaknya turut menyediakan khidmat seramai 80 orang doktor dan lebih 100 pembantunya pada perhimpunan itu sekiranya berlaku kecemasan.. Seorang lagi anggota jawatankuasa berkenaan, Tian Chua pula menegaskan bahawa himpunan itu akan tetap diadakan di Stadium Merdeka walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan supaya mengguna Stadium Bukit Jalil. MP Batu itu berkata, Hishammuddin sepatutnya menawarkan Stadium Bukit Jalil lebih awal sekiranya ikhlas berniat demikian. "Kita akan tetap menggunakan Stadium Merdeka. Kalau beliau ikhlas, sepatutnya tawar lebih awal. Jangan nak sabotaj pengurusan Stadium Merdeka. "Polis juga tidak ada masalah... Sepatutnya (beliau) tulis surat kepada kita, supaya menggunakan Stadium Bukit Jalil. "Tak boleh cakap mulut, iaitu 48 jam sebelum perhimpunan. Menteri (jika) bercakap biar masuk akal lah," katanya ketika ditemui Malaysiakini di perkarangan Stadium Merdeka hari ini. Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang mencadangkan agar perhimpunan itu diadakan di Stadium Bukit Jalil kerana lokasi tersebut menurutnya lebih "sesuai dan selamat" serta "tidak menyusahkan rakyat".
Sumber: Malaysiakini | Penduduk Mahu Bukti Jika SYABAS Tak Sabotaj Posted: 09 Jan 2013 11:00 PM PST Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.
Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya. "Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum. Beliau bersama lebih 40 penduduk lain berhimpun di hadapan Wisma Rozali, yang menempatkan pejabat SYABAS di Shah Alam bagi menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan. Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya. Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS". Memorandum berkenaan diserahkan oleh Arshad yang ditemani empat lagi wakil penduduk kepada pengarah eksekutif SYABAS Ismail Hashim. Ismail semasa menerima memorandum tersebut berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan. Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan. Dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Arshad berkata, pihaknya akan turut mempertimbangkan untuk mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai. Katanya, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan. "Kita akan mempertimbang untuk saman SYABAS. Insya Allah akan bincang dengan pihak peguam untuk ambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini | PKR Hantar Memorandum Kepada SYABAS, Gesa Beri Pampasan Posted: 09 Jan 2013 10:30 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Jan — PKR hari ini menghantar satu memorandum kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana gagal menguruskan air di negeri tersebut serta menggesa syarikat tersebut memberikan pampasan kepada mangsa bencana. Timbalan Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor Zuraida Kamaruddin ditemani ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta persatuan penduduk berkumpul di perkarangan ibu pejabat SYABAS, Pantai Baru pada jam 10.30 pagi untuk menyerahkan memorandum serta mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ruslan Hassan. "Hari ini PKR dan bersama ahli majlis MPAJ akan menyerahkan satu memorandum kepada SYABAS serta mengadakan perbincangan dengan mereka. "Kami menyatakan enam tuntutan kepada SYABAS serta menggesa mereka mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua tuntutan ini," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang. Dalam memorandum tersebut, PKR membuat enam tuntutan kepada SYABAS antaranya penjelasan tentang masalah sebenar rumah pam dan penjelasan mengenai kenyataan pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail mangatakan masalah air akan berlarutan hingga Februari, bentuk pelan tindakan, jaminan masalah sama tidak akan berulang, pampasan atau dana khas bencana dan menggesa SYABAS meminta maaf secara terbuka. Zuraida dibenarkan masuk ke pejabat SYABAS pada jam 10.45 pagi. Dalam pertemuan tersebut, Zuraida memberitahu pihak SYABAS menyatakan bahawa mereka telah mengambil langkah membuat lencongan air bagi memulihkan bekalan yang terputus di kawasan terjejas. "Dalam pertemuan tadi, SYABAS berkata mereka telah mengambil langkah melakukan lencongan air di rumah pam Wangsa Maju. "Pembinaan lencongan tersebut akan mengambil masa lima hari, itu kata mereka. Dengan pembinaan lencongan ini, masalah putus air akan dapat diselesaikan tetapi bukan sepenuhnya," terang Zuraida. SYABAS juga memberitahu mereka telah berjaya mengurangkan kes terputus bekalan air daripada 100 ribu pada 28 Disember tahun lalu kepada 28 ribu keluarga sahaja ketika ini, kata Zuraida lagi. "Baki keluarga yang terjejas ketika ini ialah sebanyak 28 ribu. Menurut SYABAS, pam mereka hanya mampu menghasilkan 170 juta liter air sahaja ketika ini berbanding 210 juta liter asalnya," terang beliau. Dalam pada itu, ekoran laporan media semalam yang mengatakan krisis air di Ampang dan Cheras dijangka berlanjutan sehingga sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Zuraida berkata SYABAS akan melakukan penjadualan air untuk mengelak daripada bekalan air terputus. "Mereka (SYABAS) berkata akan membuat penjadualan air untuk menangani isu tersebut. "Walaupun demikian, SYABAS tidak memberikan jaminan masalah akan selesai selepas sambutan Tahun Baru Cina," kata beliau. Sejak dua minggu lalu, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kelewatan pembangunan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju. Perjumpaan tersebut Zuraida dengan Ruslan dan beberapa pegawai SYABAS lain tersebut berakhir pada jam 12 tengahari.
Sumber: TheMalaysianInsider | |
Anwar Ibrahim Posted: 10 Jan 2013 07:41 PM PST Press Statement from Muslim American Election Observers Committee Posted: 09 Jan 2013 10:29 PM PST PRESS STATEMENT Kuala Lumpur, Malaysia – 10 January 2013 We are members of a Muslim American Election Observers Committee delegation to Malaysia on a fact-finding mission in advance of the upcoming 13th General Elections. Over the past two days, we have met with the Election Commission (SPR) Secretariat, members of parliament, representatives from political parties and representatives of civil society organizations. American Muslims are very interested in the growth, development and prosperity of Malaysia – as it is one of the most developed Muslim majority nations in the world. We feel a special bond with Malaysian Muslims because of their commitment to Islam and the potential for Malaysia to serve as a model throughout the Muslim world as a pluralistic society committed to democratic principles and the rule of law. As democratic movements sweep across the Muslim world, we believe that Malaysia is in a position to set the standard. Our presence here is an effort to urge continued progress towards meeting international standards for free and fair elections. We note the findings of a prior international fact-finding mission on the elections in Malaysia that occurred in late April 2012 that included officials from Australia, Germany, India, Indonesia, Pakistan and the Philippines. Our visit here reinforces the conclusions that the prior mission made and as a result of our meetings and observations we endorse its findings and concur with its recommendations. In particular, we note the following three areas of emphasis: - The integrity of the electoral roll. We have been made aware of serious concerns regarding the integrity of the electoral rolls. These concerns include:
- a. Significant numbers of non-resident voters being registered by political parties in closely-contested constituencies;
- b. Questionable use of government authority to register foreign born residents; and
- c. Difficulties in challenging the validity of the electoral rolls given the lack of access to electronic records and time and cost requirements.
These issues undermine the confidence among the Malaysian people that their elections will be free and fair. Therefore, our recommendation is that the Election Commission (SPR) provide the electoral roll in electronic form and establish its own verification system with input from all parties in order to confirm the authenticity of new electors. - Guarantee free and fair access to the mainstream media. It is critical in any democracy that all parties in an election have free and fair access to the broadcast and print media. We notice in Malaysia that opposition parties are denied fair coverage in mainstream broadcast and print media.
- Caretaker government – we recommend that a caretaker government be established immediately preceding the election to ensure fairness and prevent abuse of government powers and resources to impact the conduct and outcome of elections.
It is to be noted that the views expressed here by the members of the delegation in their personal capacities and not those of any particular organization or government. * * * * * BIOGRAPHIES OF DELEGATION Dr. Mirza Baig, MD, PhD Member, Elections & Democracy Committee, Islamic Medical Association of North America Dr. Baig is respected and well recognized neurosurgeon, scientist, inventor and a community leader from Houston, Texas. He has been active in humanitarian causes throughout his career beginning as a college organizer, from Bosnia relief efforts to Pakistan Flood Relief recently. In Ohio, Iowa and Texas, Dr. Baig has been active in the US electoral process by organizing the American Muslim community’s engagement at various levels. He has facilitated over the years, countless number of candidates and represented the American Muslim community in political forums. Dr. Baig received his BS from University of Maryland. His medical education was at Howard University. His graduated research for his PhD work was completed in National Institute of Health in Bethesda, Maryland. Mazen Asbahi, Esq. Counsel, Islamic Society of North America Mazen Asbahi serves as counsel to the Islamic Society of North America. As an attorney, Mr. Asbahi practices in the areas of business, healthcare and nonprofit law, representing a wide variety of clients, including entrepreneurs, investors, established businesses, physician practice groups, other healthcare-related businesses and nonprofit institutions. Mr. Asbahi received his bachelors degree with highest honors from the University of Michigan, and his juris doctorate degree, with cum laude honors, from the Northwestern University School of Law. He received his principal legal training at Kirkland & Ellis LLP, one of the nation’s premiere law firms. Dr. Inayat Malik, MD Chairman of Board for Islamic Center of Greater Cincinnati; Co-Chair of Interfaith Dialogue at ISNA Dr. Malik is an accomplished surgeon, a leader in the American Muslim community, a human rights advocate and key organizer for inter-faith dialogue across the United States. In addition to Dr. Malik's dedication to medicine, he is also active in the Muslim community and is devoted to improving interfaith relations in Greater Cincinnati. Dr. Malik is a founding member and past president of the Islamic Association of Cincinnati and the Islamic Educational Council. He chaired the committee responsible for envisioning and constructing the Islamic Center of Greater Cincinnati, one of the largest Islamic Centers in the US and is currently serving as its President and Chairman of its Board of Trustees. Dr. Malik has encouraged voter registration through the Islamic Center of Greater Cincinnati, sending out emails and providing on site registration facilities. He has also hosted various candidates for elected political office at local state and national level to present their viewpoint on various issues to the attendees at the Islamic Center, from both the Democratic and Republican parties. Dr. Malik graduated from King Edward Medical College in Pakistan. | |
Wee Choo Keong Posted: 10 Jan 2013 03:44 PM PST DCA failed to withdraw the AOC of FAX / AirAsia X in 2007 (Part 2) Posted: 10 Jan 2013 03:29 AM PST This was part of the report dated 03-07-2007 signed by Mr L. J.F van Meer, Mr J.N.A. Arnold and Mr E.J. Todd of Fokker Services Asia Pte Ltd (FSA), a fully owned subsidiary of Fokker Service B.V. for one of the twelve aircraft, bearing registration no: 9M-MGA. At the material time, this aircraft was under the care and [...] | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 10 Jan 2013 11:51 AM PST HKR: Polis, SB dikehendaki pamer ID & pas nama Posted: 09 Jan 2013 10:36 PM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) mendesak semua anggota polis termasuk Special Branch (SB) yang bertugas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu memaparkan pas, ID, tanda nama dan nombor pengenalan mereka pada uniform masing-masing. Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan supaya sebarang salah laku oleh pihak polis juga boleh direkodkan serta dilaporkan oleh rakyat yang terlibat. Sehubungan itu, katanya WargaAMAN berasa agak kesal dengan keputusan pihak polis untuk mengeluarkan pas khas media serta membezakan kehadiran rakyat jelata pada 12 Januari ini yang akan turut serta dalam HKR. "Pokok persoalannya ialah kenapa perlu membeza-bezakan antara wartawan dan peserta?" soal beliau dalam satu kenyataan, seperti dilapor Harakah Daily. Padahal, kata beliau para wartawan sudah pun memiliki pas media syarikat mereka dan akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang sudah memadai untuk mengenal pasti wartawannya. Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 'Duduk Bantah Bersih 3.0' pada 28 April 2012 yang mana ramai wartawan telah diserang oleh pihak polis ketika membuat liputan sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital serta kad memori kamera telah dirampas dan ada yang rosak. "Tapi sehingga hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil berhubung aduan insiden tersebut. Ini tidak harus berlaku di mana wartawan juga merupakan rakyat Malaysia yang sepatutnya diberikan perlindungan keselamatan oleh pihak polis," ujarnya. Beliau berkata, pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang dan menghormati hak asasi setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Tambahnya, pada masa yang sama, mereka perlu menunjukkan profesionalisme supaya hak asasi rakyat jelata tidak dicabuli dengan sewenang-wenangnya. "Pihak polis harus berperanan sebagai rakan kita dan tidak memihak kepada sesiapa," ujarnya lagi. Katanya, untuk mencapai sasaran 1 juta rakyat untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, WargaAMAN, Tamilar Action Force (TAF), Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) akan berusaha untuk menggerakkan 10,000 hingga 15,000 masyarakat India di Lembah Kelang dan dianggarkan hampir 100,000 masyarakat India dari seluruh negara akan membanjiri Stadium Merdeka yang ingin keadilan ditegakkan di tanah air kita. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42740 | Sah! Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Posted: 09 Jan 2013 10:34 PM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sah diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Ia ekoran pihak pengurusan stadium membenarkan himpunan tersebut berlangsung di situ. "Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," tulis Tian pada twitternya sebentar tadi. Menurut Tian, Jawatankuasa Panitia HKR kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir susulan perkembangan itu. "Ini peristiwa bersejarah, Stadium Merdeka kembali milik rakyat!" kata Ahli Parlimen Batu itu. Dengan perkembangan tersebut, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat diadakan dalam stadium. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42711 | Populariti Najib jatuh – Kajian Merdeka Center Posted: 09 Jan 2013 10:32 PM PST KUALA LUMPUR 10 Jan: Satu tinjauan yang dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke tahap 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu. Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus. Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar. Menurut Merdeka Center, responden dalam sampel itu terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India, yang dipilih berdasarkan etnik, jantian dan negeri. Tinjauan Merdeka Center selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Najib hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November lalu berbanding 64 peratus pada Jun 2012. – Malaysiakini Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42777 | 901: Setahun Anwar dibebas dari fitnah jahat & kekejaman Umno Posted: 09 Jan 2013 10:30 PM PST KUALA LUMPUR 9 Jan: Hari ini, genap setahun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebas dari tuduhan fitnah jahat yang dimainkan pemimpin dan media Umno sejak 14 tahun lalu. Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu disambut gembira kira-kira 10,000 peserta Himpunan 901 yang membanjiri perkarangan mahkamah seawal jam 5 pagi. "Kini sudah setahun keputusan mahkamah yang wajar dan adil membebaskan Anwar dari fitnah jahat selama 14 tahun. "Ia didalangi pemimpin tertinggi Umno," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran ketika dihubungi. Bagaimanapun, menurut Surendran, hasil sokongan dan kepercayaan padu rakyat, Anwar berjaya menempuhi ujian tersebut. "Walau berkali-kali pemimpin Umno menayangkan pelbagai fitnah terhadap Anwar, rakyat tetap percaya pada kebenaran dan menolak politik kotor," tambahnya. Fitnah terhadap Anwar bermula sejak 1998, yang turut dijadikan alasan untuk memecat beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pemecatan tersebut menambah kesedaran serta minat rakyat terhadap politik tanah air, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme Perdana Menteri ketika itu. Buktinya, pada 20 September 1998, hampir 100,000 rakyat yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Dari situlah tercetusnya era reformasi. Akibat ketakutan melihat kebangkitan rakyat, Anwar ditangkap dan diheret ke penjara selama enam tahun. Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004 kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap tuduhan fitnah yang sememangnya sengaja dicipta untuk memburukkan imej Anwar. Tidak puas dengan itu, Umno sekali lagi membuat rancangan jahat pada Julai 2008 dengan cubaan mengheret Anwar ke penjara melalui kes Fitnah II. Bagaimanapun, kes tersebut semakin menguatkan sokongan rakyat terhadap Anwar apabila memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah. Hasilnya beliau diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Akhirnya, semua fitnah ciptaan Umno benar-benar menemui jalan buntu apabila Anwar sekali lagi bebas dari tuduhan Fitnah II pada tarikh bersejarah, 9 Januari. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42684 | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 10 Jan 2013 11:38 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan