DPP PADANG TERAP Posted: 04 Jan 2013 09:35 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 04 Jan 2013 09:31 PM PST |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 04 Jan 2013 03:53 PM PST BUKAN BUKU DGN RUAS TAPI ANTARA PISAU DENGAN AHLI PARLIMEN BERUAS ! Posted: 03 Jan 2013 11:09 PM PST [MK] Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang blogger pro-BN dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang didakwanya telah melaporkan berita palsu terhadapnya dan rakan separtinya, Nga Kor Ming.
Berita tersebut didakwa berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini yang melibatkan beliau dan Nga yang berkaitan dengan satu isu tanah di Kelantan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ngeh (kiri) berkata bahawa tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap blogger pisau.net, Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid dan Berita Harian kerana didakwa memfitnah beliau dan Nga.
Ngeh menyaman Mohd Jeffrey kerana posting di blognya yang bertajuk "Hot! Tanah 10,526 Ekar Sebagai Syarat Nizar Jadi Menteri Besar Perak Adalah Benar" pada 17 Disember. Berita Harian pula berdepan dengan tindakan undang-undang itu bagi artikel bertajuk "Hutan Sungai Relai Gondol" yang disiarkan di muka depan pada 27 Disember dan satu ulang-siar posting pisau.net mengenai isu itu.
"Notis undang-undang sedang dikeluarkan kepada mereka dan tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mereka yang memfitnah kami," kata Ngeh, yang merupakan ahli Parlimen Beruas.
Menurut Ngeh, pisau.net telah "secara palsu dan berniat jahat" melaporkan bahawa kerajaan Kelantan telah menganugerahkan kepadanya dan Nga 10,526 ekar tanah sebagai pertukaran untuk perjanjian bagi melantik pemimpin PAS, Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada tahun 2008.
Beliau mendakwa bahawa blogger itu menggunakan nama samaran 'Encik Pisau Suka Hiris' untuk blog untuk menyembunyikan identitinya. | BLOGSPOT ULAMA PEWARIS NABI TELAH DIRASMI Posted: 03 Jan 2013 05:42 PM PST Alhamdulillah Majlis Ceramah berjalan dengan baik cuma sedikit cobaan dan dugaan Allah diturunkan makhlunya yang bernama hujan namun penduduk dan rakyat yang perlu penjelasan.Semua penceramah undangan dapat hadir dan bertuah pada PROZONE DAN RAKYAT SEKITAR dan sekalung tahniah pada semua petugas terutama Unit Amal, PAS Cawangan Kasturi, PAS Cawangan Kesumba dan PAS Cawangan Bukit Sentosa 2. Terima kasih dari PAS Zon Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang diketua Sdr Hasnizan khususnya Lujnah Penerangan & Politik yang diketua Sdr Zulkefli merangkap Ketua Cawangan PAS Bukit Sentosa 2 dan Johari halus yang menjadi Pengarah Program. TUAN HAJI MUHAMMAD IDRIS BIN AHMAD SEBAGAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN HULU SELANGOR SEBELUM MERASMIKAN BLOGSPOT ULAMA PEWARIS NABI YDP PAS HULU SELANGOR SEMPAT MEMBERI UCAPAN YANG SUNGGUH BERNAS DAN PANAS SERTA BERSEMANGAT KEPADA ORANG RAMAI . YDP PAS HULU SELANGOR YBHG TN HJ MUHAMMAD IDRIS BIN AHMAD SUDI MENERIMA 30 BORANG KEAHLIAN BARU TAMAN ROS YANG BERKEMUNGKINAN BESAR AKAN KE ARAH CAWANGAN PENAJA TIDAK LAMA LAGI. YDP PAS HULU SELANGOR MENERIMA 30 KEAHLIAN BARU PAS DARU TAMAN KASTURI YANG MENJADI TUAN RUMAH TEMPAT CERAMAH KALI INI. | |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 04 Jan 2013 11:38 AM PST |
Dupahang's Weblog Posted: 04 Jan 2013 11:20 AM PST Di sebalik kecoh isu Amanat Hadi… Posted: 03 Jan 2013 07:10 PM PST Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat). Isu kafir mengkafir menerusi "Amanat Haji Hadi" dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang [...] | Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah Posted: 03 Jan 2013 05:15 PM PST JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak? Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah [...] | Ceramah yang dikatakan Amanat Haji Hadi Posted: 03 Jan 2013 05:08 PM PST Ceramah yang dikatakan Amanat Haji Hadi KOMEN USTAZ HELMI ASSYAFIE , PONDOK SIK KEDAH | Rupanya Ini Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan KL Posted: 03 Jan 2013 04:37 PM PST Addin Deen at 1/04/2013 Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti [...] | Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani – Siapa ? Posted: 03 Jan 2013 04:29 PM PST Blog Manjung Mari Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor… Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury… Baca sepenuhnya Di Sini Dimana amalan musyawarah yang disarankan oleh [...] | Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS Posted: 03 Jan 2013 04:24 PM PST Harakahdaily, KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS kerana didakwa berbohong mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung ‘Amanat Hadi’. Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait amanat tersebut. Sebaliknya hanya Majlis Fatwa Negeri [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 04 Jan 2013 11:14 AM PST Gegorkan Batu Gajah esok! Posted: 03 Jan 2013 11:29 PM PST Moh datang beramai-ramai.. Bio Umno meraban teben.. Apa pulak depa nak buat ye! | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 04 Jan 2013 09:40 AM PST EXCO Pendidikan round sekolah sesi 2013 Posted: 04 Jan 2013 06:21 AM PST 4/1/13 Klang EXCO Pendidikan terus memantau sekolah dan prasekolah dengan permulaan tahun sesi persekolahan. Memang menjadi kerja rutin YB Dr Halimah tiap bermula sesi persekolahan awal tahun. Tujuannya ialah untuk melihat sendiri perkembangan di sekolah, menyaksi gelagat si anak dan juga pengorbanan ibu dan ayah yang menghantar anak yang baru bermula di sekolah mahupun prasekolah. Ada ibubapa yang masuk kelas bersama si anak yang masih kurang rasa selamat untuk ditinggalkan. Ada pelajar tadika dan pelajar tahun 1 yang meleleh air mata tapi majoriti mereka sudah mampu mengadaptasikan diri kerana sudah biasa dengan hidup 'bermasyarakat' sewaktu di tadika. Ada ibu ayah yang sanggup ambil cuti untuk pastikan anak mereka melalui orientasi yang berjaya di hari hari pertama mereka berada di bangku sekolah. Guru yang bijak dan minat akan mampu menggunakan kaedah tersendiri untuk memikat hati anak muridnya hingga mereka merasa selesa dan menganggapnya sebagai 'ibu' mereka. Guru seperti ini mudah dipatuhi segala arahannya dan dipercayai kata katanya. Anak kecil yang nalurinya eksploratif yang ditafsir sebagai 'nakal' mampu di disiplinkan guru yang berwibawa. Di sekolah atau tadikalah insan mula belajar berkongsi segala kemudahan awam seperti tandas, tempat makan dan minum serta main.Mereka mula dilatih menjaga masa dan menghormati hak orang lain. Mungkin pada mulanya mereka kekok bersama sama dengan orang lain.Apabila di beri dorongan mereka selesa dan seronok mempunyai ramai kawan. Pendidikan sepatutnya mampu menghasilkan manusia yang aman hidup dengan manusia, makhluk yang lain. | KESAN FASILITI YANG TIDAK DISELENGGARA Posted: 04 Jan 2013 04:16 AM PST Tak selenggara pam punca gangguan air di KL SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur. Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju. "Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju. "Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya dipetik Selangorku. Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu. Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut. Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu. "Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi. "Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," tegasnya. Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas: - gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi. - gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna - gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut - gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor. SUMBER: HARAKAHDAILY | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 04 Jan 2013 09:03 AM PST Cinta Rasulullah Syarat Kejayaan Posted: 04 Jan 2013 01:07 AM PST | Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau Posted: 03 Jan 2013 07:25 PM PST
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban) Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS DUN PAROI No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG No akaun : 0501-0000394-10-0 Bank : CIMB ISLAMIC , Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA No akaun : 05-021-02-011755-8 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 | Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 03 Jan 2013 07:22 PM PST | |
KHIDMAT MERU Posted: 04 Jan 2013 09:02 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 04 Jan 2013 07:36 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 04 Jan 2013 01:37 AM PST SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang Posted: 04 Jan 2013 12:35 AM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
AJawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi. Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat. Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza.
"Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi.
"Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.
"Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi.
"Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi.
"Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang.
"Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali," kata Hishamuddin.
Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah.
Letak jawatan
Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno.
"Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun," katanya.
Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata:
"Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia."
Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar.
"Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13.
"Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.
"Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.
"Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat.
"Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia," kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai.
BN dalam keadaan keliru
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi.
"Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.
"Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini," katanya.
Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia. -FMT
| Tidak tidur sejak 13 tahun Posted: 04 Jan 2013 12:35 AM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Ibrahim tidak pernah tidur sejak 13 tahun lalu apabila jatuh sakit dan banyak menghabiskan masa di biliknya. MACHANG - Bekas imam, Ibrahim Nor, 73, tidak pernah tidur dan menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada waktu malam sejak sakit, 13 tahun lalu. Isterinya, Rokiah Mustafa, 60, berkata, Ibrahim tidak mampu berjalan dan melihat dengan baik sejak sakit dan banyak menghabiskan masa dengan duduk di biliknya pada waktu siang. Katanya, pertuturan bekas imam Madrasah Kampung Laklok itu juga tidak jelas dan banyak menggunakan bahasa isyarat jika ingin memberitahu sesuatu. "Makcik juga tidur-tidur ayam, bimbang pakcik akan membuka pintu dan keluar dari rumah pada waktu malam. Makcik sendiri tidak tahu apa penyakitnya namun dia tidak mampu menguruskan diri dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga. "Kami tidak mempunyai anak, mujur ada anak saudara yang menolong saya enjaganya. Sebelum sakit, pakcik pernah beritahu dia dipatuk ular tetapi apabila makcik memeriksanya, tiada kesan patukan malah dia juga sihat seperti biasa namun lebih kurang dua minggu selepas itu, dia mula sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Laklok, di sini, semalam. Rokiah berkata, mereka sekeluarga bergantung hidup kepada hasil jualan pertanian suaminya dan hilang punca rezeki sejak Ibrahim sakit. Katanya, bagi mencari sesuap nasi, dia turut mengambil upah menjual ubat-ubat tradisional dengan menjaja di sekeliling kampung dan kawasan sekitar. "Selain itu, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, turut membantu meringankan kesusahan kami memandangkan kesihatan makcik juga tidak berapa baik dan tidak mampu keluar menjual ubat setiap hari. "Kalau makcik sihat dan ada orang tolong jagakan pakcik, makcik akan keluar menjual ubat. Makcik juga bimbang apabila kami tidak dapat membuka uku akaun sebagaimana yang diminta JKM bagi menyalurkan bantuan bulanan kepada pakcik. "Makcik tiada kenderaan lagipun susah nak bawa pakcik ke bank untuk buka buku akaun. Makcik berharap perkara ini dapat diselesaikan segera agar bantuan itu dapat diteruskan seperti biasa," katanya. Dalam pada itu, Rokiah berharap ada pihak yang sudi membantu mengubati penyakit suaminya termasuk melalui perubatan alternatif. Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengubati penyakit suaminya yang pelik, namun masih belum berhasil tambahan pula, wang yang ada hanya cukup untuk keperluan harian.
sinar/- | Pertandingan menulis Harakahdaily, hadiah pertama RM10,000 Posted: 04 Jan 2013 12:16 AM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Harakahdaily akan menganjurkan 'Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran' mulai hari ini hingga 18 Januari 2013 ini. Hadiah utama pertandingan ini adalah berupa wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000. 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100. Berikut adalah maklumat penuh pertandingan ini. Satu pertandingan menulis artikel berdasarkan ayat Al Quran yang berkaitan dengan tuntutan membentuk kerajaan yang adil. Tujuan 1. Mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini. 2. Mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran. 3. Mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran. Sekretariat penilai terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Persatuan Ulama Malaysia dan penulis politik. Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud; "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. Berdasarkan ayat di atas, buat satu tulisan, artikel, esei dan anda bakal memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000. Hadiah 1 X Pemenang Utama RM10,000 1 X Pemenang Kedua RM5,000 1 X Pemenang Ketiga RM3,000 17 X Hadiah Saguhati RM100 Syarat penyertaan 1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 2. Setiap penulis hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Jika menghantar lebih daripada satu, penyertaannya akan ditolak. 3. Karya mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu mengikut standard ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada jam 12 malam 18 Januari 2013. 4. Format kiriman emel mestilah dalam bentuk "notepad" atau "word". Font yang digunakan mestilah Times New Roman bersaiz 14; single spacing, justified, left indent, dan selang sebaris bagi setiap perenggan. 5. Panjang esei hendaklah sekitar 1500 – 2000 patah perkataan. 6. Pengirim mesti menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, emel, nombor telefon dan pekerjaan (jika pelajar, sila nyatakan institusi pengajian) pada bahagian hujung esei. Penyertaan mestilah disertakan gambar berukuran pasport. 7. Karya mestilah yang asli dan tidak disalin daripada mana-mana esei atau artikel penulis lain. Karya yang dihantar akan menjadi milik pihak penganjur. 8. Kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta keluarga mereka tidak boleh menyertai pertandingan ini.
9. Keputusan sekretariat penilai adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui telefon dan emel. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap risiko kesilapan teknikal. 10. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi hasrat penganjur tanpa perlu memaklumkan peserta. Hantarkan esei anda ke emel budayaharakahdaily@gmail.com
| Lagi pesawat pengintip AS ditembak jatuh Posted: 03 Jan 2013 11:58 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Pesawat pengintip canggih Agensi Perisikan Pusat (CIA), RQ-170 Sentinel juga dilaporkan telah ditembak jatuh oleh Iran pada 2011. - AFP
TEHERAN - Iran, kelmarin mendakwa mereka sekali lagi telah menembak jatuh dua pesawat pengintip RQ-11 milik Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 15 bulan. Kenyataan itu dimaklumkan oleh Laksamana Amir Rastegari kepada stesen televisyen tempatan dan agensi berita Fars. Menurut beliau, kedua-dua pesawat pengintip tersebut ditembak jatuh pasukan pertahanan udara antara Ogos 2011 dan November tahun lalu tanpa memberi butiran lanjut berhubung lokasi dan bukti kukuh untuk mengesahkan 'kejayaan' tersebut. Difahamkan, pesawat AeroVironment RQ-11 yang boleh bergerak pada kelajuan sehingga 95 kilometer sejam dalam tempoh 80 minit itu sememangnya digunakan oleh perisik tentera AS termasuk negara sekutunya. Bulan lalu, Iran turut mendakwa mereka telah menembak jatuh pesawat pengintip kecil AS, ScanEagle di ruang udara Teluk, namun ia dinafikan oleh Tentera Laut AS. - AFP
| Aktivis marah sirip jerung disembunyi Posted: 03 Jan 2013 11:57 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
HONG KONG - Aktivis-aktivis alam sekitar di sini meluahkan rasa marah semalam berikutan pendedahan beberapa keping gambar menunjukkan bumbung sebuah kilang dipenuhi beribu-ribu sirip ikan jerung yang baru dilapah.
Terletak di selatan China, pulau ini merupakan antara pasaran sirip jerung terbesar di dunia. Sirip jerung digunakan untuk membuat sup mewah yang disajikan pada majlis-majlis bankuet dan dianggap sajian istimewa oleh ramai penduduk Asia.
Seorang aktivis, Gary Stokes yang melawat lokasi berkenaan menganggarkan terdapat antara 15,000 hingga 20,000 sirip ikan jerung sedang dijemur di atas bumbung sebuah bangunan di kota metropolitan ini.
Sirip-sirip jerung itu dipercayai sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan mendadak bahan makanan tersebut menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari depan.
"Penemuan ini mengejutkan. Tindakan menyorok sirip jerung di kawasan tersembunyi seperti ini adalah pertama kali berlaku di pulau ini," kata koordinator kumpulan pemuliharaan alam sekitar tempatan, Sea Seherperd kepada agensi berita AFP.
Sekitar 73 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun dengan pulau ini mengimport kira-kira 10,000 tan makanan tersebut sejak sedekad lalu.
Kebanyakan sirip ikan itu kemudian dieksport ke tanah besar China. Sekilogram sirip jerung kering boleh dijual pada harga HK$10,000 (RM3,911) di sini, manakala semangkuk sup sirip jerung berharga HK$1,000 (RM391). - AFP
| Senat Mesir runding bebas tangkapan 'Ikhwan' di UAE Posted: 03 Jan 2013 11:53 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
KAHERAH: Mesir telah menubuhkan sebuah majlis untuk berunding pembebasan warga Mesir yang ditangkap di UAE yang dilaporkan mengintip dan mengumpul dana untuk Ikhwanul Muslimin, lapor media tempatan Khamis lalu. Majlis, yang ditubuhkan oleh Senat yang mendapat kuasa baru, akan "berusaha ke arah pembebasan doktor-doktor Mesir di Emirates dan menyiasat keadaan tangkapan (mereka)," akhbar-akhbar memetik Presiden Senat Ahmed Fahmi sebagai berkata. Harian Al-Khaleej melaporkan minggu ini bahawa Emiriah Arab Bersatu telah membongkar satu "sel" yang dikaitkan dengan Ikhwan yang merekrut ekspatriat Mesir di negara Teluk, kebanyakannya doktor dan jurutera. Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Mahmud Ghozlan (gambar) memberitahu AFP penangkapan itu adalah sebahagian daripada "kempen zalim" terhadap ekspatriat Mesir, dengan Mesir menghantar seorang penasihat presiden ke UAE untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin UAE. Sekurang-kurangnya 10 orang "yang terkandung di dalam sel yang dikaitkan dengan kepimpinan Ikhwan di Mesir" telah ditangkap, ujar Al-Khaleej. Kumpulan tersebut "mengumpul sejumlah besar wang yang mereka hantar secara haram kepada organisasi induk mereka di Mesir," menurut maklumat rahsia pertahanan di UAE, di mana parti-parti politik diharamkan, "dan mengadakan pertemuan rahsia dengan pegawai atasan Mesir." Ia berkata "Ikhwan menawarkan latihan kepada sel tentang bagaimana untuk membawa perubahan rejim di negara-negara Arab." UAE dan lain-lain monarki Teluk Arab sebahagian besarnya terlepas pergolakan yang melanda Timur Tengah selepas kebangkitan di Afrika Utara pada tahun 2011 yang menyaksikan kerajaan Islamis mula memerintah di Mesir dan Tunisia. Pada tahun lepas, Emiriah Arab Bersatu mengumumkan ia telah mempecahkan beberapa sel yang ia dakwa telah berkomplot membahayakan keselamatan mereka. Dewan Senat Mesir yang didominasi Islamis diberikan kuasa perundangan sehingga parlimen baru dipilih dalam tempoh dua bulan, akibat perlembagaan baru yang kontroversi yang telah diluluskan melalui undi popular pada bulan Disember. (asharq-e.com) harakah/- | Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat: Pendaftar RoS Perlu Didakwa Di Mahkamah Posted: 03 Jan 2013 11:41 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Status Pakatan: RoS diam diri, dakwa Saifuddin Meskipun tempoh yang ada sebelum Dewan Rakyat dibubarkan sudah begitu hampir, Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun membuat permohonan mendaftarkan gabungan itu sebagai sebuah entiti yang sah masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, sehingga ke saat ini, usaha permohonan gabungan itu belum menampakkan hasil.
"Kita sudah masukkan pendaftaran baru di mana Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar.
"(Tetapi) sampai saat ini, kita tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas," ujar beliau pada sidang mingguan PKR, di sini, hari ini.
Meskipun begitu, katanya, Pakatan tidak akan mengambil langkah untuk menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya.
"Pakatan Rakyat tidak akan ambil tindakan untuk menekan.
"Dalam hal ini, agensi kerajaan yang bertanggungjawab yang mengambil sikap diam diri. Apa yang penting, hasrat kita telah dilaksanakan," ujar Saifuddin lagi.
Sebelum ini, RoS telah menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari PR.
Saifuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata, perkara membabitkan pendaftaran berkenaan telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan dibuat oleh Jawatankuasa Penaja baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti, maka permohonan baru akan dikemukakan.
"Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang," ujar beliau.
| Aceh haram wanita bonceng motosikal Posted: 03 Jan 2013 11:39 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
ACEH - Aceh mengeluarkan arahan wanita tidak dibenarkan membonceng motosikal dengan lelaki selaras dengan penguatkuasaan undang-undang syariah Islam. Menurut Datuk Bandar Lhokseumawe, Suaidi Yahya, ia diharamkan demi menjaga tingkah laku dan moral rakyat wilayah Indonesia itu. Risalah turut diedarkan bagi menyedarkan penduduk tempatan mengenai peraturan baru itu. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia mengamalkan undang-undang syariah, lapor BBC. Di bawah peraturan baru itu, Datuk Bandar mengatakan wanita hanya dibenar menaiki motosikal jika ada pelana sisi atau tempat duduk tambahan kerana membonceng bersama lelaki dan perempuan melanggar nilai-nilai Islam. "Apabila seorang wanita membonceng motorsikal, dia kelihatan seperti seorang lelaki berbanding jika duduk di tempat duduk tambahan, baru kelihatan seperti wanita," kata Suaidi. Katanya, pembonceng yang duduk di tempat duduk tambahan juga jarang jatuh. Kerajaan tempatan akan menilai undang-undang baru ini dalam masa sebulan. Ditanya sama ada mereka yang melanggar peruntukan itu akan dihukum, Suaidi berkata: "Apabila ia menjadi undang-undang, secara automatik hukuman akan dikuatkuasakan." Bagaimanapun menurut laporan BBC, Ulil Abshar Abdalla, aktivis yang berpejabat di Jakarta mengkritik pendekatan baru itu.
sinar/-
| Tak selenggara pam punca gangguan air di KL Posted: 03 Jan 2013 11:28 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.
Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju.
"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.
"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya dipetik Selangorku.
Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu.
Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.
Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.
"Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi.
"Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," tegasnya.
Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas:
- gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi.
- gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna
- gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut
- gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor.
harakah/-
| Dua pemimpin PAS selamat terima menantu Posted: 03 Jan 2013 11:26 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dua pasangan anak pimpinan PAS selamat diijabkabulkan hujung minggu lalu. (Anak dan menantu baru Datuk Kamarudin Jaffar) Sabtu lepas, Datuk Kamarudin Jaffar, AJK PAS Pusat meraikan menantu baru beliau, Norita Syazana binti Mohd Taroni yang berkahwin dengan anak beliau, Saiful Adli Kamarudin. Majlis resepsi dibuat di Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Anuar Tahir turut meraikan kedua-dua mempelai itu. Selasa, 1 Januari lepas, Anuar Tahir pula mengadakan resepsi untuk anak dan menantu barunya.
(Anak dan menantu baru Anuar Tahir)
Ia diadakan di Dewan Sirim, Shah Alam.
Anak beliau selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya dan majlis resepsi diadakan Selasa lepas.
harakah/- | TG Nik Aziz seru rakyat sertai Himpunan 12 Jan Posted: 03 Jan 2013 10:40 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12 Januari ini. Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap 'penderaan' dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di rumahnya sebentar tadi bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini dan terakhir sebelum pilihan raya umum. Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan bantahan terhadap pemerintah yang zalim. Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat. Tuan Guru juga turut memberitahu kesediaannya untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti. "Moga ketika itu kesihatan saya sihat, insya Allah," ujarnya sebaik pulang dari menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi. Beliau memberitahu, perhimpunan berkenaan amat penting untuk menyatakan bantahan rakyat pada kerajaan berhubung pilihan raya yang bersih dan adil, bantahan terhadap Lynas, penindasan terhadap Felda termasuk ISA. "Orang Melayu kita ni hanya menyedari menzalimi orang lain sahaja dianggap zalim, walhal kita membiarkan diri kita dizalimi juga sudah tidak boleh," ujarnya.
harakah/- | Kalimah Allah: Mohd Sabu sokong pendirian PAS Posted: 03 Jan 2013 10:30 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menyatakan sokongan kepada pendirian PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah. "Saya bukan ahli agama, tapi saya menyokong apa yang telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS (Tuan Guru Nik Aziz) dan Presiden PAS (Tuan Guru Abdul Hadi) dalam isu penggunaan kalimah Allah," kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily. Beliau turut menjelaskan tidak mengikuti perkembangan isu kalimah Allah yang tercetus sejak Krismas yang lalu kerana baru saja pulang dari luar negara. "Jadi kenyataan Tuan Ibrahim saya pun tak baca lagi," kata beliau. PAS telah menyatakan pendirian boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan sebelum ini. Manakala, PAS berpendirian terjemahan Bible harus mengikut teks asal di mana Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal. Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman baru-baru ini. Mohamad berkata ketika menjawab soalan wartawan-wartawan yang menelefonnya, beliau hanya merujuk kepada penggunaan kalimah Allah secara awam di mana PAS telah memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakannya. "Saya tidak merujuk kepada terjemahan kitab Bible tapi hanya penggunaan kalimah Allah secara general," kata beliau.
harakah/- | Jelajah cari ular tedung Posted: 03 Jan 2013 08:40 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Salman Fariz menitikberatkan kemahiran yang kukuh untuk mengawasi pergerakan ular berbisa ALOR GAJAH - Seawal usia 9 tahun, seorang pemuda mula menunjukkan minat terhadap keunikan ular sebelum dia mula bersahabat dengan 15 ekor ular tedung pelbagai jenis.
Malah lebih mengagumkan lagi, Salman Fariz Zaharin, 28, dari Segamat, Johor juga sanggup menjelajah ke negeri lain dengan hanya bermotosikal untuk memiliki reptilia berkenaan. Menurutnya, dia sanggup berulang alik dari Segamat ke merata tempat untuk mendapatkan ular tedung selar sebelum diserahkan kepada beberapa pusat pengajian untuk dibuat penyelidikan melalui bisa yang terdapat pada ular berkenaan. "Ketika saya di sekolah rendah, saya hanya berani bermain dengan ular kecil seperti ular lidi dan daun tetapi apabila menginjak remaja, saya mula memberanikan diri bermain dengan ular lebih besar dan berbisa," katanya. Salman yang bekerja di Jabatan Pertanian berkata, dia memiliki lesen dan permit dari Jabatan Perhilitan untuk membantu beberapa institusi tertentu termasuk institut pengajian tinggi (IPT) yang memerlukan ular tedung selar. "Semua ular berkenaan dibekalkan untuk kajian dan penyelidikan. Saya tidak pernah mengambil sebarang upah memandangkan ia hanya hobi sampingan. "Saya turut menerima jemputan daripada IPT terbabit untuk melakukan penyelidikan terhadap ular tedung selar berkaitan bagaimana bisa ular berkenaan dihasilkan sebelum dikaji dan dijadikan penawar bagi mangsa yang dipatuk ular," katanya. Menurut anak ketiga daripada sembilan beradik itu, menangkap ular berbisa memerlukan kemahiran dan pengetahuan mendalam mengenai selok-belok ular serta mementingkan keselamatan biarpun dia sendiri belum pernah dipatuk atau dicederakan ular. "Setiap individu perlu mahir dalam setiap pergerakan dan bahasa ular. Teknik menangkap ular perlu mengikut prosedur betul supaya tidak tersasar kerana ular tedung selar biasanya sensitif dengan pergerakan manusia. "Contohnya, ketika bermain dengan ular, kita perlu fokus pada ketepatan mata ular kerana bisa ular tedung selar biasanya boleh membunuh dalam masa beberapa saat bergantung pada bisa yang dihasilkan," katanya. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda (PA) Hamdan Mohd Saad berkata, dianggarkan hampir 1,000 kes laporan diterima membabitkan spesies ular berbisa dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu. Menurutnya, pihak JPAM ditugaskan untuk sesi kecemasan dan salah satu objektif pasukan adalah menangkap ular berbisa yang didapati banyak menyusup ke kediaman penduduk atau di mana sahaja hingga mengganggu keselesaan orang ramai.
"Menangkap ular berbisa ini selain ular sawa perlu kemahiran tinggi selain aspek keselamatan anggota atau individu semasa kerja dilakukan dan ia perlu dititikberatkan oleh setiap orang," katanya. Hamdan berkata, setakat ini belum pernah berlaku insiden semasa kerja menangkap ular dilakukan membabitkan anggota mahupun orang ramai dengan penggunaan alat keselamatan khas yang dibekalkan mengikut prosedur ditetapkan. "Pihak JPAM sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat mendapatkan ular untuk penyelidikan dan bukannya untuk mendapatkan hasil dari ular yang diperoleh yang dibekalkan kepada individu tidak berlesen," katanya. Menurutnya, JPAM sentiasa menyokong penuh individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki permit dan lesen sah yang tahu selok-belok ular berbisa supaya ia dapat dimanfaatkan kepada sesuatu yang berguna kepada masyarakat.
"Individu mahupun anggota JPAM sendiri dinasihatkan supaya tidak bermain dengan ular berbisa atau menangkapnya tanpa alat khas dan pemantauan dari pihak yang lebih mahir kerana ia bakal mengundang padah," katanya.
sinar/- | Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR Posted: 03 Jan 2013 08:00 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
JAKARTA - Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda menerusi bahagian tambang murahnya, Citilink menyatakan telah menempah 25 buah pesawat turboprop daripada ATR dalam usaha memenuhi pasaran penerbangan domestik yang pesat berkembang menerusi pembelian bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion). "Kami telah menempah 25 unit pesawat ATR 72-600, selain akan menyewa atau membeli 25 buah pesawat lagi pada tahun 2015.
"Dengan pesawat baharu ini, kami mahu menembusi wilayah-wilayah pedalaman dan bandar-bandar yang mempunyai kemudahan penerbangan terhad," kata Ketua Pegawai Eksekutif Citilink, Arif Wibowo. Rakyat Indonesia bergantung kepada pengangkutan udara berikutan kedudukan geografi gugusan kepulauannya. Syarikat penerbangan di Indonesia juga sering membuat pembelian pesawat dalam jumlah yang besar berikutan golongan pertengahan negara itu kian meningkat.
Pada November 2011, Lion Air mengumumkan tempahan pesawat komersial terbesar di dunia apabila menyatakan hasrat untuk membeli 230 unit pesawat Boeing bernilai lebih AS$20 bilion (RM60 bilion). ATR ialah syarikat kerjasama Perancis dan Itali yang berpangkalan di Tolouse, Perancis. Ia menghasilkan pesawat turboprop yang berharga lebih AS$20 juta (RM60 juta) sebuah.
Citilink dijangka menerima lima buah pesawat pertamanya pada September depan. Bakinya dihantar menjelang 2017 dengan kontrak pembelian akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini. Citilink kini memiliki 21 buah pesawat, termasuklah Airbus A320 dan Boeing 737. - AFP
| MP: Mati dalam tahanan, pastikan polis, k'jaan bertanggungjawab Posted: 03 Jan 2013 07:30 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Undang-undang mesti dikuatkuasakan supaya polis dan kerajaan dipertanggungjawab terhadap sebarang kejadian kematian dalam tahanan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Katanya, kerajaan harus menimbang meminda undang-undang untuk membuat pegawai polis dan kerajaan sebagai majikan mereka, bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan polis. Dari segi liabiliti sivil, tambahnya, ini bermakna undang-undang harus menganggap bahawa pegawai polis yang menahan seseorang untuk siasatan, adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku kepada tahanan semasa dalam tahanan, melainkan jika pegawai itu boleh buktikan sebaliknya.
Ini, kata Gobind, akan memastikan bahawa pegawai polis mengambil langkah tambahan dan tanggungjawab untuk memastikan tahanan dijaga secukupnya ketika di dalam tahanan.
Beliau mengulas kematian K Nagarajan, 32, (kanan) yang didakwa polis meninggal dunia akibat terjatuh semasa dalam lokap ketika tiga hari dalam tahanan bulan lepas.
| Mufti Johor minta maaf, tangguh pindah kubur Posted: 03 Jan 2013 07:20 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - PENGERANG: Majlis Amanat Mufti Negeri Johor sempena projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam untuk pembangunan hub minyak dan gas (Rapid) kawasan Pengerang telah diadakan di Kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang semalam. Kehadiran Mufti Negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang dilantik. Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ) Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja pemindahan kubur Islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti. Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab, beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar dari pihak mufti sendiri. Haji Hasnul Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan islam tanpa waris di Kampung Jawa dan di Kampung Sebong. Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk. Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih rendah dari haiwan peliharaan. Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah ditetapkan Mufti Negeri Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru meninggal dunia. Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua umat Islam. Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam sama ada perkuburan yang berwaris atau tidak berwaris. Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam. Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang dilantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi. Di samping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina perparitan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung. Pihak pelaksana juga diminta agar membina pagar di perkuburan baru agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan jalan masuk juga hendaklah diturap jalan tar. Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan dibuat oleh beliau mendapati perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur. Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan kerja-kerja pemindahan kubur ditangguhkan sehingga segala permasalahan selesai. Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam di Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan kemarahan penduduk. harakah/-
| Ali Rustam Tak Boleh Jawab Posted: 03 Jan 2013 07:00 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata semua isu besar yang dikemukakan oleh PR kepada Ketua Menteri Ali Rustam gagal dijawab termasuk isu wang derma Palestin, isu wang zakat, hutang kerajaan negeri, rasuah politik, kegagalan projek-projek seperti Eye On, LTAM, Melaka River Cruise dan lain-lain. "Semua isu-isu yang kita kemukakan dari sumber yang sahih antara Laporan Ketua Audit Negara gagal dijawab oleh Ali Rustam". "Isu wang zakat RM13juta yang gagal dijawab, dia kata nak saman saya kalau saya ungkit isu itu, saya akan ungkit seribu kali lagi dia takkan berani saman". "Wang derma Palestin yang berjumlah RM680,747 yang gagal diserahkan kepada Palestin dia tak dapat jawab juga. Isu kegagalan Eye On, LTAM yang sunyi sepi, Melaka River Cruise yang Cruisenya tak ada insuran dan lain-lain semuanya tak dapat dijawab oleh Ali" ujar Adly Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran SAMM dan MTD Bukit Baru di Bukit Pulau malam tadi. "Hutang negeri meningkat kepada RM865juta, rezab negeri tinggal RM8juta, apa jawapan Ali" "Kalau dia jawab pun rakyat akan ketawakan beliau sebab jawapan itu melucukan"tambah Adly. Adly berkata sudah sampai masanya rakyat menjatuhkan kerajaan BN di Putrajaya dan di Melaka bagi memastikan negara dan negeri ini diselamatkan demi masa depan rakyat. "Jangan takut buat perubahan, jika kita takut kita akan ketinggalan dan mundur" tambah beliau. selatan online/- | Lemak beri tenaga ketika sakit Posted: 03 Jan 2013 06:45 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.
Para penyelidik kajian berkenaan menggunakan data daripada hampir 100 kajian di seluruh dunia merangkumi maklumat kesihatan melibatkan lebih 2.8 juta orang dewasa. Antara sampel populasi tersebut, terdapat sekitar 270,000 kematian sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selepas beberapa faktor lain seperti usia, jantina, tabiat merokok telah dikawal, kumpulan dengan ketinggian dan berat badan 'berlebihan' didapati kurang berisiko untuk mati sebanyak enam peratus berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.
Kajian sama turut mendapati mereka yang 'sedikit obes' dengan ketinggian dan berat merangkumi indeks jisim badan (BMI) antara 30 hingga 35 didapati lima peratus kurang berisiko meninggal dunia sepanjang tempoh kajian. Namun, bagi mereka yang obes dengan BMI 35 dan ke atas, kadar kematian melonjak sebanyak 29 peratus berbanding subjek yang mempunyai berat badan normal. Penemuan terbaharu itu disiarkan Selasa lalu dalam jurnal saintifik, Journal of the American Medical Association (JAMA).
Pengarang-pengarang kajian itu memberikan beberapa sebab mengapa sedikit berat berlebihan baik untuk tubuh manakala berat ekstrem pula memudaratkan manusia. Mereka berkata, pertambahan lemak badan membekalkan manfaat metabolisme yang dapat melindungi jantung atau simpanan lemak berlebihan dapat membantu semasa ketiadaan selera makan ketika sakit. Ketua penyelidik berkenaan daripada Pusat AS Untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pernah menyiarkan satu kajian kontroversi pada 2005.
Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain.
Kata mereka, faktor-faktor tersebut masih memerlukan kajian lanjut. "Penemuan ini menunjukkan tidak semua pesakit yang diklasifikasi mempunyai berat berlebihan atau obesiti tahap satu terutamanya mereka yang menghidap sakit kronik memerlukan rawatan pengurangan berat badan," jelas mereka. Pengarah CDC, Thomas Friedan ketika mengulas penemuan tersebut berkata: "Kita perlu lebih belajar tentang obesiti termasuk kaedah terbaik untuk mengiranya". – AFP
| Selesai dahulu penempatan graduan Bahasa Inggeris Posted: 03 Jan 2013 06:40 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) segera menyelesaikan masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih berlarutan. "GMPK melihat KPM gagal mengatasi masalah yang berulang dalam proses penempatan guru ini. Ini bukan kali pertama bahkan saban tahun ia berlaku seolah-olah tidak ada perancangan jangka masa yang panjang untuk menyelesaikan permasalahan ini," ujar Pengerusi GMPK merangkap Naib Presiden Gamis, Mohd Faiz Ismail. Katanya, GMPK akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat supaya menyegerakan selesai masalah pengangguran guru dengan mempercepatkan penempatan guru dan GMPK turut akan menyampaikan bantahan terhadap hasrat kerajaan Malaysia mengambil guru Bahasa Inggeris dari India sedangkan (graduan) guru Bahasa Inggeris masih belum ditempatkan lagi. Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pernah mengeluarkan kenyataan tidak beretika yang mempermainkan harapan graduan ISMP. Dalam siaran Berita Harian online bertarikh 13 September 2012, beliau mengatakan seramai 10,200 graduan ISMP yang menganggur akan diketahui pada 28 September 2012 yang akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2013. Graduan ISMP tertungu-tunggu berita tersebut tetapi malangnya pada tarikh tersebut tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari Perdana Menteri Malaysia ataupun KPM sehinggalah Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri (TPM) mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengangguran graduan ISMP seminggu kemudiannya iaitu pada 4 Oktober 2012. Dalam kenyataan tersebut, sekali lagi TPM memberi pengharapan seperti sebelum-sebelum ini bermain dengan ekstensif masa umpama menunggu buah yang tidak tahu hujung jatuhnya bila. Walhal, graduan pendidikan dari institut pengajian tinggi terpaksa mananggung pinjaman PTPTN yang perlu dibayar, terbelenggu dengan perangkap kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan kerana memengang status graduan pendidikan, dan ia memberi tekanan emosi dengan janji yang tidak pasti dari kerajaan khususnya KPM. Selain itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) turut mendesak agar kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah pengangguran terhadap graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Presiden Gamis, Azan Safar turut menempelak kerajaan dengan mengatakan mahasiswa pada hari ini dibebankan dengan hutang pendidikan, kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang kian tipis. "Sungguh kasihan mahasiswa sekarang dibuli oleh kerajaan sendiri. Pekerjaan tak dapat, hutang sudah menimbun di belakang. "Atas dasar inilah Gamis menyokong teguh pendirian supaya menyelesaikan masalah pengangguran di Malaysia. Ini tidak syak lagi menambahkan keyakinan Gamis untuk meneruskan kempen 'Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan'," katanya lagi.
harakah/- | Jentera bomba bertembung sesama sendiri Posted: 03 Jan 2013 06:30 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Keadaan salah sebuah jentera bomba dan penyelamat selepas berlanggar sesama sendiri, semalam. Anggota bomba yang tercedera selepas kedua-dua jentera bertembung di Jalan Changkat Jong semalam. Saibani sedang melihat tiga motosikal miliknya dan anak-anak yang musnah dalam kebakaran itu. TELUK INTAN - Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri. Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan manakala lapan anggota lain selamat dalam kejadian tengah hari, semalam. Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang dinaikinya itu merempuh jentera di hadapannya. Kejadian berlaku di kilometer 1, Jalan Changkat Jong, berhadapan bekas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 50 meter dari pasar raya terkemuka. Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari semalam itu kedua-dua jentera berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Esso selepas menerima panggilan kecemasan beberapa minit sebelum itu. Seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kedua-dua jentera berkenaan bergegas keluar dari balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang hanya 200 meter dari tepat kejadian. "Setibanya di tempat kejadian pemandu jentera di hadapan yang dinaiki tiga anggota tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas terlihat sebuah kereta jenis Nissan Sunny di hadapan yang tidak bergerak dipercayai rosak dan ditinggalkan di situ. "Sebaik menekan breknya itu, jentera dinaiki enam anggota yang mengekorinya di belakang itu tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian belakang jentera hadapan," katanya. Jentera bomba terbabas, rempuh pokok Katanya, rempuhan tersebut mengakibatkan jentera di hadapan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahagian tepi kiri jalan manakala jentera di belakangnya terhenti pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan. Menurutnya, jentera di hadapan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang manakala jentera belakang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Minta bantuan bomba lain Beliau berkata, akibat kejadian itu pihaknya terpaksa meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk membantu memadamkan kebakaran di kampung berkenaan. Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Changkat Jong menghala ke pusat Bandar Teluk Intan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya pihak polis sedang menyiasat kejadian itu. Warga emas nyaris rentung Manakala, mangsa kebakaran di Kampung Esso, di sini, semalam, nyaris rentung apabila rumah yang didiami bersama suami dan seorang anak hangus dalam kejadian berkenaan. Mangsa, Siti Asiah Salleh, 67, sendirian ketika kejadian berlaku, terselamat daripada rentung apabila diselamatkan jirannya. Suami mangsa, Saibani Mohd Khairan, 60, berkata, ketika kejadian dia mengisi minyak pada motosikal manakala anaknya keluar makan bersama-sama rakannya. Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu rumah mereka sedang terbakar sebelum menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat Teluk Intan. 20 minit tunggu bantuan Saibani berkata, sebaik dihubungi, dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati isterinya berada di rumah jiran sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan manakala sebahagian rumah yang berusia lebih 20 tahun itu sudah habis terbakar. "Saya bersama anak dan beberapa jiran cuba untuk memadam kebakaran itu tetapi tidak berupaya kerana api semakin marak. "Kami menunggu bantuan dari pihak bomba tetapi sudah hampir 20 minit namun, bantuan tidak sampai-sampai menyebabkan saya buntu kerana keseluruhan rumah kami hangus terbakar," katanya. Saibani berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu sebuah kereta peronda polis tiba dan memaklumkan bahawa kedua-dua jentera Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian terlibat dalam satu kemalangan sesama sendiri. Menurutnya, dia yang sedih apabila dimaklumkan berkenaan kemalangan melibatkan jentera bomba itu. Kerugian lebih RM40,000 Saibani berkata, dia dan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa sehingga bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Hutan Melintang tiba. Menurut Saibani, walaupun harta bendanya musnah namun dia rasa bersimpati terhadap anggota-anggota bomba yang terlibat dalam kemalangan itu lebih-lebih lagi ketika sedang dalam perjalanan untuk membantu menyelamatkan rumahnya. "Selain harta benda termasuk peralatan elektrik dan perabot musnah, tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran itu. "Jumlah kerugian di anggarkan lebih RM40,000 dan katanya punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.
sinar/- | Rais pernah kata 'kalau dengar dari RTM, langsung tak berbunyi' Posted: 03 Jan 2013 06:20 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi..."
Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika dahulu.
Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung 'Amanat Haji Hadi' apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberikan masa satu jam untuk menjelaskan 'amanat' itu secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu.
Rais Yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni. Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat Hadi benar-benar menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan semula Amanat Hadi, mereka akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini serba tak kena.
Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat tapi dia sendiri tak menghayati kata-katanya sendiri. Rais makin gelabah nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan semula setelah 30 tahun berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang bandingkan kenyataan Rais Yatim hari ini berbanding sewaktu Rais menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah. Fikir-fikirkanlah...
harakah/- | GMI seru keluarga, bekas tahanan ISA hadir 12 Jan Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru bekas tahanan dan keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini. Sekretariat GMI, Ahmad Shukri Razab berkata, salah satu tuntutan yang diketengahkan dalam perhimpunan itu ialah menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Semalam, katanya, genap setahun empat bulan dan 19 hari daripada tarikh pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan Hari Malaysia tahun 2011. Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini, masih ada tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Di samping itu, katanya dalam satu kenyataan semalam, ia diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA. Oleh itu, katanya, GMI menyeru semua bekas mangsa ISA, keluarga mangsa dan rakyat Malaysia untuk turun pada 12 Januari dan menyuarakan tuntutan agar kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA. Perhimpunan besar itu dirancang sebagai acara penamat kepada perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pembangkang di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu. Selain itu, Syukri berkata, sebelum ini, GMI mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat dengan mengikuti jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Johor, Pulau Pinang dan Perak. Menurutnya, peluang itu digunakan bagi memberi pendedahan kepada rakyat mengenai cerita sebenar di sebalik pemansuhan ISA yang diumumkan perdana menteri pada tahun 2011. Katanya, sekiranya merujuk kepada perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, tahanan terakhir hanya akan dibebaskan pada bulan Januari 2014 iaitu dua tahun empat bulan selepas ISA diumumkan termansuh. "Kami telah mengedarkan risalah mengenai kempen bebaskan tahanan ISA kepada masyarakat umum selain berkesempatan memberi ucapan penerangan di pentas yang disediakan untuk aktivis NGO. "Melalui desakan yang konsisten daripada rakyat, GMI percaya kerajaan akan terpaksa akur untuk membebaskan kesemua tahanan ISA," katanya lagi. harakah/- | Loya bau busuk, berulat Posted: 03 Jan 2013 05:40 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Masalah saluran sampah yang tersumbat di tingkat dua dan tiga Blok A, Flat Larkin Perdana menyebabkan kesukaran kepada penduduk. JOHOR BAHRU – Masalah saluran pembuangan sampah tersumbat di bangunan 17 tingkat yang berlarutan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan penduduk Blok A, Flat Larkin Perdana, di sini terpaksa menahan loya dan bau busuk setiap hari. Kerosakan pada saluran pembuangan sampah dikatakan penyebab lubang saluran berkenaan dipenuhi sampah dan melimpah.
Lebih menjijikkan lagi apabila sampah berkenaan dipenuhi ulat yang turut masuk ke dalam rumah penduduk akibat tersangkut pada saluran pembuangan sampah berkenaan selama berhari-hari. Salah seorang penduduk, Husni Abdul Rahman, 42 berkata, masalah itu sudah berlarutan lebih sebulan lalu sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada penghuni flat akibat bau yang terlalu busuk.
"Keadaan ini menyebabkan kesukaran kepada kami juga untuk membuang sampah terutamanya bagi yang tinggal di tingkat paling atas," katanya.
Selain itu kata Husni, masalah yang membabitkan kira-kira 272 unit rumah flat 17 tingkat itu pernah diajukan kepada pihak yang berkaitan namun menemui jalan buntu selepas tiada jalan penyelesaian diambil.
"Perkara ini telah banyak kali dikemukakan kepada pihak berwajib, tetapi pelbagai alasan diberikan dan masalah ini akan ditolak ke pelbagai jabatan berlainan apabila setiap kali ia dirujuk," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang berkenaan agar kesukaran yang dihadapi dapat diatasi segera. Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SWM Enviroment Sdn Bhd (SWM), Shahrul Amir Abd Rahim berkata, masalah yang dihadapi penduduk perlu diajukan kepada pihak pengurusan bangunan flat berkenaan untuk tindakan lanjut. "Sebarang masalah berkaitan penyelenggaraan dan fasiliti bangunan flat perlu dirujuk kepada pihak pengurusan bangunan. "SWM hanya bertanggungjawab mengutip sampah dari pusat pengumpulan sampah di bawah bangunan. "Namun kami menyarankan penduduk agar membuang sampah pukal mereka seperti perabot atau peralatan dapur di bahagian bawah pusat pengumpulan bagi mengelakkan masalah saluran sampah tersumbat," katanya.
sinar/-
| Tsunami lumpur, 7 kenderaan terperangkap Posted: 03 Jan 2013 05:20 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
Seorang lelaki terpaksa bertarung nyawa apabila kereta yang dinaikinya diseret hampir 100 meter selepas dilanda banjir lumpur di Putra Height, Subang jaya, petang semalam. Jentolak digunakan untuk membuang lumpur yang menutupi laluan berkenaan. Saabana melihat keadaan keretanya selepas dihanyutkan lumpur di Putra Heights. SUBANG JAYA – "Limpahan lumpur itu ibarat seperti tsunami, tidak sempat hendak mengundur kereta, ia terlebih dahulu menghanyutkan kereta saya sejauh lebih 100 meter," kata Saabana Sarijan, 54, salah seorang daripada lapan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir lumpur di Putra Heights, lewat petang semalam. Saabana berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Alam Megah menuju ke rumahnya di Puchong. Katanya, sebaik sampai di simpang tiga berhampiran Balai Polis Putra Heights, dia berasa hairan melihat air lumpur memenuhi permukaan jalan sebelum limpahan lebih deras menuju ke arah kenderaan dipandunya. "Dalam keadaan kelam kabut, saya nampak dua kereta berada di depan masing-masing dipandu wanita tersangkut serta tidak boleh bergerak kerana 'terlekat' dalam lumpur. "Saya juga cuba mengundurkan kenderaan tetapi gagal sebelum kereta tiba-tiba berpusing dan 'hanyut' lebih 100 meter," katanya. Saabana yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, keretanya penuh dengan lumpur namun bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami kecederaan. Ibu hamil terperangkap Dalam kejadian itu, tujuh kenderaan mengalami kerosakan akibat terkena air bercampur tanah yang mengalir deras dari kawasan atas Bukit Cermin di sini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai bencana itu kira-kira jam 6.12 petang sebelum 10 anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata, kejadian berlaku di simpang tiga Jalan Putra Bahagia dari Puchong menghala ke Cyberjaya. Sebaik tiba, katanya, anggota mendapati lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal yang kebetulan melalui jalan itu terperangkap dalam banjir lumpur setinggi satu meter dari kawasan berbukit. "Semua mangsa terperangkap dalam kereta namun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Mangsa termasuk salah seorang daripadanya ibu mengandung hanya terkejut dan ketakutan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli pula berkata, kejadian berlaku dengan jarak 500 meter dari Balai Polis Putra Heights.
Katanya, kedua-dua laluan itu diliputi lumpur dan terpaksa ditutup sepanjang lebih tiga kilometer untuk memberi laluan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Beliau berkata, lalu lintas kawasan terbabit tidak tergendala kerana ada dua jalan alternatif lain boleh digunakan penduduk termasuk Lebuh Raya Elite dan juga Alam Megah. Yahaya berkata, sebuah bilik gerakan kecil didirikan untuk memastikan kawasan terbabit selamat sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan. Katanya, ketika kejadian tiada hujan dan percaya ia berlaku apabila tanah yang runtuh masuk ke dalam takungan air sebelum mengalir ke permukaan jalan. Kata Yahaya lagi, beliau difahamkan, menara pencawang elektrik yang terletak berhampiran tanah runtuh tidak terjejas dan akan memanggil pihak berwajib mengkaji semula tahap keselamatan di lokasi. "Selepas dibersihkan dan dipastikan selamat baru jalan yang terjejas hampir 500 meter ini akan dibuka semula kepada orang ramai. "Buat masa ini, kita nasihatkan semua penduduk Putra Heights gunakan laluan alternatif lain dahulu," katanya. Arahan henti kerja Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pemaju yang menjalankan kerja pembinaan di kawasan terjejas akibat limpahan banjir lumpur,. Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata, kejadian banjir lumpur di kawasan itu dipercayai berpunca daripada kerja pembinaan tebing oleh pemaju. Menurutnya, pihaknya sudah mengarahkan pemaju membuat kerja pembersihan di seluruh kawasan terlibat termasuk longkang awam pada malam semalam juga. Beliau berkata, kerja itu diarahkan disiapkan selewat-lewatnya pagi ini supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada penduduk setempat. Abdullah berkata, kerja pembinaan dilakukan pemaju mempunyai kelulusan daripada MPSJ, bagaimanapun esok (hari ini) majlis akan mengeluarkan arahan berhenti kerja bagi apa juga kerja pembinaan sehingga siasatan dan tindakan selanjutnya dijalankan. "Malam ini (semalam) fokus tertumpu kepada kerja pembersihan dan pembaikan, sehingga siasatan dilakukan tiada apa-apa kerja dibenarkan dilakukan pemaju di situ. "Bagi laluan pula, ia akan ditutup sementara waktu dan keadaan di lokasi masih selamat," katanya. Sementara itu, wakil pemaju memberitahu pihaknya menjalankan kerja pembinaan di kawasan berbukit itu bermula awal tahun lalu dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi. Katanya, projek di atas bukit termasuk pembinaan 150 rumah semi-D, 100 unit banglo dan 600 unit kondominium serta sebuah sekolah antarabangsa. Menurut wakil pemaju itu, tanah yang runtuh bukanlah daripada kawasan berbukit sebaliknya tanah tambahan yang digunakan untuk pemajuan kawasan berkenaan. "Selepas ini kita akan bincang dengan MPSJ sama ada boleh sambung kerja di situ atau tidak," katanya.
sinar/- | TG Nik Aziz lihat kereta disimbah cat Posted: 03 Jan 2013 05:00 PM PST 21 Safar 1433H. [MOD] -
(TG Nik Aziz melihat kereta Nazri yang disimbah cat merah) KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa menyaksikan sendiri bagaimana kereta Presiden 'R", Nazri Deraman yang disimbah cat merah pagi ini. Beliau ke rumah Nazri di Nilam Puri sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah di medan ilmu pagi tadi. Kereta Nazri yang dipecahkan dan disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali semalam akan mengepalai perarakan 50 buah kereta menuntut royalti minyak ke Jeli pagi ini. Menurut saksi, kereta Kancil berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi semalam dilihat bergegas meninggalkan rumah Nazri Deraman. Adik Nazri, Fikri, 23 bersama seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini. Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards). Bahagian belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta. Sebuah lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua basikal anaknya. Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir. harakah/- | |
Idris Ahmad Posted: 03 Jan 2013 11:09 PM PST Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah. Posted: 03 Jan 2013 03:58 PM PST Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah. Idris Hj Ahmad 4/1/13 Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO. Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi. Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno. Walau pun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun sejak 7 April 1981. Tindakan Jakim dan ulamak pengampu yang tumpang sekaki telah tercalar. Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya. Masyarakat melihat betapa lembabnya institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno. Kesediaan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk bersemuka dengan semua pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan kewibawaan beliau seorang ulamak yang bertanggungjawab atas apa yang berliau nyatakan. Sebaliknya penolakan pihak kerajaan untuk membenarkan Presiden Pas untuk menjelaskan selama sejam di dalam televisyen secara langsung menampakkan sikap pengecut pihak kerajaan. Tuan Guru Haji Hadi meminta sejam sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat. Pemimpin Umno takut hujah yang dikemukan oleh Presiden Pas akan mempengaruhi orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairi Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Umno bimbang orang akan meninggalkan Umno dan menyertai perjuangan Pas. Filed under: Politik | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 03 Jan 2013 09:43 PM PST Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau Posted: 03 Jan 2013 07:26 PM PST
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban) Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS DUN PAROI No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG No akaun : 0501-0000394-10-0 Bank : CIMB ISLAMIC , Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA No akaun : 05-021-02-011755-8 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 | Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat Posted: 03 Jan 2013 07:21 PM PST | Kem untuk lepasan SPM, STPM Januari 2013 Posted: 03 Jan 2013 05:50 AM PST
KEM GEN-Q Tarikh : 18-20 Jan 2013 (Jumaat-Ahad) Tempat : Kem Eco D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan
Pelbagai aktiviti menarik; Jungle trekking, Rakit survival, Tunjuk ajarku Sifu, Formula Kebangkitan Umat dan banyak lagi
Yuran penyertaan cuma RM90, Percuma t-shirt Khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM
Anjuran : IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN
| Kuarters guru jadi kelas Posted: 02 Jan 2013 10:25 PM PST
3 Januari 2013
TELOK KEMANG – Gara-gara lambakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kemang yang terlalu ramai, beberapa kuarters guru terpaksa dijadikan bilik darjah Kelas Agama Petang (KAP) sejak setahun lalu.
Rata-rata ibu bapa dan penjaga murid berharap agar SK Taman Intan Perdana yang dibina kira-kira lima kilometer dari sekolah berkenaan akan segera beroperasi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Tinjauan mendapati, seramai 1,569 murid SK Telok Kemang yang memulakan sesi persekolahan semalam terpaksa menjalani dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang.
Inisiatif ini dilaksanakan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid bagi sesi pembelajaran dan pengajaran mereka, malah guru juga mengambil pendekatan menggilirkan kelas tambahan pada waktu petang kepada murid tahun enam bagi menangani kekurangan kelas.
Bapa, Abd Rahman Rais, 35, berkata, dia sedia maklum dengan masalah yang berlaku dan berharap agar SK Taman Intan Perdana boleh segera beroperasi.
Menurutnya, sekolah itu dibina atas janji Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang lalu dan sepatutnya ia beroperasi pada sesi persekolahan 2011, namun atas beberapa masalah yang berlaku ia tertangguh sehingga kini.
"Saya amat berharap sekolah itu dapat dibuka dalam masa terdekat ini kerana apa yang saya lihat bangunan sekolah semuanya sudah siap dan hanya menunggu jalan diturap," katanya.
Manakala Zuril Arif, 33, berkata, anaknya baru mendaftar di tahun satu dan dia mahukan anaknya mendapatkan kemudahan pendidikan saya selesa.
"Murid di sekolah ini terlalu ramai tetapi kemudahan infrastrukturnya kurang menyebabkan pengurusan terpaksa melaksanakan dua sesi persekolahan sedangkan konsep itu sudah tidak dilaksanakan di negara kita," katanya.
Sementara Maimunah Hashim, 33, berkata, walaupun mempunyai murid yang padat, namun rekod pencapaian kecemerlangan SK Telok Kemang ini sangat baik terutamanya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menurutnya, disebabkan itu ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah itu.
| |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 03 Jan 2013 09:36 PM PST |
PAS LENGGONG Posted: 03 Jan 2013 07:44 PM PST Posted: 02 Jan 2013 10:54 PM PST http://paspb2.blogspot.com, | 03 Jan 2013 |
Pada 27 Disember lalu berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.
Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.
Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).
Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor.
Seramai 30 orang warga telok bakong telah mengambil keputusan untuk menyanggah kerajaan yang sedia ada dengan menyertai perjuangan Parti Keadilan Rakyat.
Hasil temubual dengan wakil ahli baru PKR ini, mereka menyatakan kesangupan dan kesediaan untuk melakukan kerja kerja kempen semperna PRU 13 ini,kerana mereka merasakan bahawa kerajaan UMNO/BN sudah diperuntukan masa yang panjang untuk mentadbir dengan baik,tetapi kerajaan ini telah gagal berbuat demikian.
Sewajarnyalah kerajaan yang gagal ini ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan yang menunjjukan prestasi pemerintahan yang baik. Rumusan dan kesimpulan dari simulasi pilihanraya yang diadakan pada 25 hb Disember dahulu turut dihuraikan pada majlis ceramah ini.
Secara keseluruhan,dari hasil cerapan data yang diperolehi menunjjukkan bahawa PR mempunyai harapan dan peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya ini.
Jentera kempen juga turut mengedarkan risalah risalah kepada tetamu yang hadir didalam usaha untuk menyedarkan dan menyebarkan kepada rakyat tentang perlunya suatu usaha yang gigih untuk menumbangkan kerajaan Umno BN. Telok Bakong Online
| Cikgu Hani pun dah join Pakatan Rakyat |
| Zaharin..Jangan Ko cocok mate Pak Yeop tu..hi..hi.. |
| Posted: 02 Jan 2013 10:53 PM PST KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus menghentikan 'serangan keganasanan cukai' terhadap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebaliknya menyiasat mereka yang telah membuat 'sumbangan' haram kepada BN atau memiliki kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini bagi membuktikan LHDN adil, tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.
Begitupun, katanya DAP mengalu-alukan usaha LHDN untuk meningkatkan hasil cukai melalui keuntungan produktiviti dan memantapkan pematuhan cukai.
"Ini tidak sepatutnya mengakibatkan 'serangan keganasan cukai' terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk siasatan untuk kes cukai yang melebihi 6 tahun yang lampau," ujarnya dalam satu kenyataan.
Demi kepentingan undang-undang, katanya sebarang peningkatan dalam pengutipan cukai tidak seharusnya diperolehi daripada penindasan sektor tertentu sementara mereka yang mempunyai kabel politik dilepaskan.
LHDN telah berjaya meningkatkan pengutipan hasil cukai pendapatan korporat daripada RM36.3 bilion pada tahun 2010 kepada RM46.9 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 29% serta peningkatan hasil cukai pendapatan individu daripada RM17.8 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.2 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 13.5%. Cukai pendapatan korporat dijangka meningkat 15.5% kepada RM54.1 bilion pada tahun 2012 manakala cukai pendapatan individu dijangka meningkat 11.1% kepada RM22.4 bilion dalam tempoh masa yang sama.
Namun demikian, kata beliau komitmen baru oleh LHDN ini tidak harus menjadi alasan untuk memburu orang dengan sewenang-wenangnya.
Ini, ujarnya termasuk mengejar cukai lama yang melebihi 6 tahun serta penggunaan Akta Pengubahan Wang Haram 2001 untuk menakuti PKS untuk 'melangsaikan' tuntutan tertunggak.
Tambahnya, PKS yang merupakan tunjang belakang ekonomi kita, juga menghadapi cabaran-cabaran domestik seperti pematuhan kepada Akta Saingan Adil 2010 dan persediaan untuk pelaksanaan gaji minima tahun ini.
Lim berkata, daripada menggunakan taktik keras dan 'serangan keganasan cukai' terhadap PKS dan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membuli NGO seperti Suaram, LHDN sepatutnya membuktikan bahawa mereka bersifat adil dengan menyiasat 'sumbangan' RM40 juta kepada Umno melalui Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, mereka yang terlibat dalam skandal RM250 juta 'lembu dan kondo' serta kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin BN seperti Ketua Menteri Sarawak.
Katanya lagi, DAP menyeru agar kerajaan mempertimbangkan pemindaan kepada Akta Pembatasan 1953 supaya agensi-agensi kerajaan seperti LHDN tidak diberi carte blanche untuk menyiasat tuntutan cukai tanpa statut pembatasan.
DAP, ujar beliau mencadangkan bahawa 6 tahun yang kini digunakan sebagai status pembatasan untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin medapatkan tuntutan di bawah Akta Pembatasan 1953 juga diterima pakai oleh LHDN.
"DAP juga menyeru agar kerajaan mempertimbangkan 'pengampunan' bagi cukai-cukai melebihi 6 tahun yang tidak dibayar untuk membantu PKS melalui keadaan ekonomi semasa yang susah ini," katanya yang juga Ketua menteri Pulau Pinang. | Posted: 02 Jan 2013 10:38 PM PST KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai di atas kematian Pahlawan Negara, Kanang a/k Langkau, 68, ( gambar) awal pagi tadi di Hospital Besar Sarawak. Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat. Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian negara selain juga turut menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) semasa hidupnya. Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1. "Saya mewakili Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM, PAS Sarawak dan PAS Kawasan Batang Lupar dengan ini mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang bersabar di atas kehilangan mutiara negara yang tidak ternilai ini," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau yang juga Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak berkata, kehilangan Kanang adalah satu kehilangan kepada negara dan Sarawak. | Posted: 02 Jan 2013 10:36 PM PST Semalam saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa.
Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.
"Siapa yang hendak memberitahu Najib itu" merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan?
Pertamanya jika Najib diundurkan maka setiap ahli kabinet yang ada termasuk Muhyiddin sepatutnya berundur sekali kerana mereka semua ini adalah ahli-ahli kabinet lantikan Najib. Jika Muhyiddin mengambil alih imej parti akan menjadi seperti biasa sahaja dan tidak akan ada perbezaannya. Ini adalah disebabkan mereka semua ini datangnya dari acuan yang sama....hanya namanya sahaja yang berlainan. Tidak seorang pun di dalam kabinet itu yang sepatutnya mengambil alih. Jika Najib di gantikan oleh Muhyiddin ia bukan perubahan namanya.
Isunya ialah bagaimana hendak menukar persepsi rakyat itu. Sebenarnya untuk menukar persepsi rakyat terhadap UMNO itu ia mesti bersama dengan siapa atau kumpulan mana yang menerajui parti itu.. Najib dan Muhyiddin ini merupakan pemimpin yang mempunyai satu mentaliti dan jika perubahan pimpinan UMNO itu adalah di antara manusia yang sama sahaja, sikap dan nilai kepimpinannya pertukaran itu tidak akan memberi makna kepada UMNO. Imejnya akan sama. Isu rasuah yang terlekat kepada UMNO itu akan masih menjadi stigma kekal kepada parti itu dan semuanya sama.
Yang sangat perlu ditukar ialah wajah UMNO itu sendiri dengan imej parti yang berlainan dan ini boleh dilakukan jika UMNO berani bertindak untuk menukar semua pimpinannya yang ada dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet yang ada pada hari ini. Pertukaran besar-besaran ini akan membawa harapan baru kepada UMNO untuk berhadapan dengan rakyat yang sudah begitu jemu dengan kelakuan dan sikap serta nilai barisan kepimpinan yang ada pada hari ini.
Rakyat sudah begitu jelak dengan isu-isu skandal kewangan dan rasuah yang terbongkar setiap minggu dan bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua isu ini melibatkan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan wang rakyat. Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki lagi dan rakyat telah memberikan persepsi yang UMNO ini sentiasa melakukan kerja-kerja bagaimana hendak mencuri dan membaham harta rakyat tanpa malu dan silu.
Jadi kalau ada usaha dalam UMNO yang inginkan Muhyiddin mengambilalih Najib, ia hanyalah merupakan permainan politik dalam UMNO. Kelemahan yang terdapat kepada Najib itu diambil kesempatan oleh pihak yang ingin mengambilalih kepimpinan negara. Usaha sebegini tentulah ada 'pengarah'nya dan orang ramai boleh membuat andaian yang agak tepat tentang perkara ini.
Itulah sebabnya saya pernah menulis dengan panjang lebar tidak berapa lama dahulu yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling bahaya untuk Najib ialah dari dalam UMNO itu sendiri.
Dalam posting yang lepas saya telah mengatakan dengan jelas yang UMNO tidak mampu bertahan lagi. Keadaan ini tidak dapat sesiapa nafikan kerana ramai rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO. Apabila rakyat nampak permainan intra parti UMNO itu menyebabkan UMNO kehilangan keyakinan terhadap parti itu.
Tiada siapa dalam UMNO yang sayangkan parti itu. Jika ada rasa sayang kepada partinya tentulah UMNO khususnya kepada pemimpin-pemimpinnya membuat tindakan drastik dengan menukar kepimpinannya secara besar-besaran. Kalau ada sesiapa dalam UMNO yang mengaku mereka berkorban itu hanyalah cerita dongengan untuk menyedapkan ucapan di khalayak ramai semata-mata.
Hanya Pakatan Rakyat mesti berusaha menjauhkan sikap seperti yang ada di dalam UMNO itu jika mendapat mandat rakyat. Bagi orang Melayu mereka tetap mempunyai tuah kerana PAS mampu untuk menjadi pengganti kepada UMNO kerana parti itu jelas begitu serius dalam pertarungannya untuk membela bangsa Melayu dan Islam dengan sepenuh kudrat yang ada.
Pandangan saya ini tentulah dibantah oleh penyokong tegar UMNO, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya yakin apa yang saya perkatakan ini akan terbukti dalam masa yang tidak berapa lama lagi. PAS berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua bangsa di negara ini kerana Islam itu adalah agama yang adil dan saksama.
PAS mempunyai kerjasama yang begitu rapat dengan DAP yang sangat di gusarkan oleh UMNO di tambah pula dengan sokongan PKR yang memberikan impak yang begitu besar terhadap keutuhan Pakatan yang bertujuan untuk kebaikan bersama itu.
Bagaimana pun akhirnya ketentuan Maha Pencipta jugalah yang akan terlaksana. Tetapi percayalah, perjuangan menentang kezaliman itu adalah perjuangan yang pasti mendapat kejayaan. - | |
Rembau Hari Ini Posted: 03 Jan 2013 07:36 PM PST Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau Posted: 03 Jan 2013 07:28 PM PST
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban) Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS DUN PAROI No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG No akaun : 0501-0000394-10-0 Bank : CIMB ISLAMIC , Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA No akaun : 05-021-02-011755-8 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 03 Jan 2013 03:19 PM PST AKHIRNYA BEKAS YDP KENA PENJARA ! Posted: 03 Jan 2013 01:13 AM PST Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.
Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama
| |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 03 Jan 2013 11:34 AM PST Padanlah Ketua Pemuda Umno macam itu Posted: 02 Jan 2013 03:45 PM PST KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa simpatinya dengan Pemuda Umno yang mempunyai ketua tetapi tidak dihormati langsung oleh Umno. Demikian kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mengenai 'isu Amanat Haji Hadi' hari ini. Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa siaran langsung penjelasan Presiden PAS adalah merbahaya. "Saya hanya ingin menyuarakan simpati kepada Pemuda Umno kerana mempunyai ketua seperti ini. "Barangkali inilah faktornya beliau tidak terpilih menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekalipun memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Abdul Latif dalam kenyataannya hari ini. Dalam kenyataan yang sama, Abdul Latif berkata, beliau terpanggil untuk memberikan respon terhadap kenyataan beberapa orang mufti berkaitan isu permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen secara langsung bagi memberikan penjelasan berkenaan apa yang didakwa sebagai 'Amanat haji Hadi'. Kenyataan para mufti yang dimaksudkan ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar-akhbar pada hari ini 2 Januari 2013. "Saya ingin melahirkan rasa terkilan dan tidak bersetuju dengan pandangan para mufti yang beranggapan bahawa siaran langsung penjelasan tersebut tidak perlu kerana akan menambah kekeliruan," katanya. Bahkan ada yang mempertikaikan niat sebenar Presiden PAS tersebut adakah mahu memberikan penjelasan ataupun mahu mencari populariti? "Pada saya, tidak timbul isu mencari populariti kerana pihak yang mencetuskan kembali isu yang telah berlalu tiga dekad ini ialah media massa milik UMNO/Barisan Nasional sendiri," katanya. Katanya, Presiden PAS telah dikutuk dan dilanyak selama berminggu-minggu dengan pelbagai jenis kecaman dan tohmahan, justeru beliau berhak untuk memberikan penjelasan yang boleh diakses oleh semua pihak. Sekiranya penjelasan Presiden PAS dibimbangi menimbulkan kekeliruan, adakah para mufti sendiri sanggup menegur sikap kerajaan yang membenarkan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen yang tentunya mempunyai kesan sosial terhadap anak muda? soal beliau. "Adakah adil namanya apabila ucapan Presiden Umno ketika Perhimpunan Agung Umno disiarkan terus menerus secara langsung namun hak Presiden PAS untuk memberikan penjelasan ke atas fitnah yang dilemparkan hanya untuk sejam telah dinafikan? "Tidakkah ruang sejam yang diberikan kepada Presiden PAS itu boleh dijawab semula dengan penjelasan selama berminggu-minggu oleh para mufti ini? "Atau mufti-mufti ini merasa tidak yakin dengan kemampuan ilmu yang ada pada mereka untuk menjawab kembali penjelasan Presiden PAS?" soal beliau lagi. Perlu diperjelaskan, katanya, beliau menghormati para mufti atas ilmu dan kedudukan yang dimiliki, "namun dalam hal ini saya memohon izin untuk berbeza pandangan." "Pada saya, jika para mufti hanya ingin bersuara di atas kepentingan Umno/Barisan Nasional, lebih tepat jika sekiranya berundur secara terhormat dan menyertai politik sepenuh masa. "Justeru, saya ingin mengulangi pendirian bahawa Presiden PAS berhak diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi memberikan penjelasan. "Adapun cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak relevan sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak berbanding fitnah dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang selama beberapa minggu melalui media massa utama," tambahnya. | Sungai sama tetapi Golok selamat, Tumpat banjir Posted: 02 Jan 2013 03:44 PM PST (Datuk Kamarudin [baju kuning] menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa banjir) TUMPAT: Rakyat di seluruh negara khususnya Kelantan diminta menolak kerajaan Umno dan BN memandangkan pemimpin parti itu telah lama mendera rakyat Kelantan khususnya dalam pembinaan tebatan banjir. Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata akibat penderaan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN, masyarakat Kelantan khususnya Tumpat dan Rantau Panjang terdedah dengan banjir. Menurutnya, ianya berlaku berikutan keengganan kerajaan Pusat membina tebatan banjir sebagaimana kerajaan Thailand membinanya di Sungai Golok. "Aliran air sungai yang sama, iaitu Sungai Golok, tetapi rakyat Thailand terselamat dari masaalah air banjir, sebaliknya rakyat Malaysia di Kelantan ini menderita akibat keenganan kerajaan untuk membina tebatan itu,"katanya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan penyampaikan sumbangan banjir kepada hampir 1,000 keluarga di Dun Pengkalan Kubur Isnin lalu. Jelasnya, permohonan itu telah dinyatakan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Dauglas Unggah Embas. Malah, katanya menteri itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat berhubung dakwaan itu di Tumpat khususnya di kawasan banjir. Menurut beliau, bidang kuasa projek sebegitu adalah di bawah pusat bukannya kerajaan negeri. "Pada masa yang sama kita juga turut memohon perkara itu diselesaikan melalui Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, Datuk Seri Nazri Aziz, bagaimanapun sehingga hari ini ianya tetap sama,"ujarnya. Untuk itu, katanya tiada gunanya rakyat memberi ruang pada kerajaan BN memerintah negara sekiranya nasib mereka diabaikan. Kamaruddin melakukan lawatan dan mengagihkan sumbangan kepada mangsa di tiga tempat, Kampung Telaga Bata, Kajang Sebidang dan Telok Jering. Sumbangan itu berupa beras, gula, biskut, sardine serta keperluan harian yang lain. | Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno? Posted: 02 Jan 2013 03:44 PM PST KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. "Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13," kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini. Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya. "Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno," kata beliau. Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata "ada perkara yang boleh dipercayai" terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah. "Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan," katanya lagi. Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan. Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu. Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak. "Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan," kata beliau. Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – "Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun." "Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. " kata sumber itu. Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, "Lu fikirlah sendiri." "Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini," tambah sumber itu lagi. Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, "Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang." Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS. "Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula," katanya. Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, "Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya," katanya sebelum beredar. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 03 Jan 2013 11:06 AM PST Posted: 02 Jan 2013 03:22 PM PST Masyarakat Bukan Islam Bandar Chukai Sukacita- Wednesday, 02 January 2013
- Written by Skuad BO
- Menerima Bantuan Banjir Dari Presiden PAS Sendiri KEMAMAN - Tinjauan media di sini mendapati, rata-rata masyarakat bukan Islam terdiri daripada kaum Tionghua dan India gembira kerana menerima bantuan banjir daripada tangan Presiden PAS sendiri. Kedatangan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke daerah Kemaman dalam musim bah yang masih belum surut lagi menjadi perbualan dikalangan masyarakat Tionghua di bandar Chukai. Seorang warga Tionghua Chukai yang mahu dikenali sebagai Ah Heng berkata, usaha PAS memberikan bantuan amat dihargai. Meurut Ah Heng, 50, seorang peniaga alat ganti motosikal menyifatkan PAS melakasanakan tanggungjawab kebajikan membantu mangsa banjir yang terjejas, walaupun bukan sebuah kerajaan. "bagus....bagus......... Tok Guru mar beri bantuan, itu belum jadi kerajaan lagi, kalau jadi kerajaan nanti mesti boleh kasi lebih lagi,"ujarnya spontan. Beliau berkata demikian ketika ditemui skuad Buletin pada Selasa, 1 Januari, sehari selepas kehadiran Presiden PAS menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Surau Kampung Jaya Batu 2, dekat Chukai [Gambar Atas]. Selain Ah Heng, seorang lagi warga Tionghua yang ditemui mengucapkan tahniah kepada Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai Haji Hanafiah Mat kerana 'mendahului' Barisan Nasional (BN) dalam soal kebajikan. Peniaga Kedai barangan Elektrik, Ah Cheng, 47, berkata, sehingga kini wakil rakyat 'empat mata' Umno-BN belum kelihatan membantu kaum Tionghua yang dilanda banjir khususnya di Taman Fikri 2. Sehubungan itu, Haji Hanafiah berkata, banjir yang melanda bandar Chukai pada 25 Disember lalu mencatat 'sejarah hitam' kepada 486 orang penghuni Taman Fikri 2 Jalan Mak Lagam. Katanya, sejak Taman perumahan itu dibangunkan 20 tahun yang lalu tidak pernah dilanda banjir. "seingat saya, dan saya dah sahkan dengan penduduk di sini, tidak pernah berlaku banjir 'parok' sejak taman ini dibina, tapi baru ni, air naik sampai 4 kaki, tenggelam rumah-rumah (di sini), "ini menunjukkan sistem perparitan dan tebatan banjir yang dilaksanakan 'belum kebal' dan kita gesa supaya ia dipertingkatkan,"ujarnya yang ditemui ketika menziarahi Taman perumahan tersebut [Gambar bawah]. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 03 Jan 2013 09:50 AM PST Kem untuk lepasan SPM, STPM Januari 2013 Posted: 03 Jan 2013 05:49 AM PST
KEM GEN-Q Tarikh : 18-20 Jan 2013 (Jumaat-Ahad) Tempat : Kem Eco D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan
Pelbagai aktiviti menarik; Jungle trekking, Rakit survival, Tunjuk ajarku Sifu, Formula Kebangkitan Umat dan banyak lagi
Yuran penyertaan cuma RM90, Percuma t-shirt Khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM
Anjuran : IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN
| Ada ke Loteri Halal? Posted: 02 Jan 2013 10:26 PM PST
Penuntut kolej jual loteri haram Sinar Harian 3 Januari 2013
KUALA ROMPIN - Seorang penuntut juru gaya rambut di sebuah kolej di Seri Kembangan, Selangor, didenda RM700 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Rompin di sini, kerana menjalankan kegiatan loteri haram pada 29 Mei 2010.
Tertuduh, Kaiswaran a/l Biswalingam, 22, yang sebelum ini gagal hadir ke mahkamah serta tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret, Nordiana Abd Aziz.
Tertuduh merayu hukuman ke atasnya dikurangkan memandangkan dia masih belajar dan bergantung kepada ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan bulanan RM800 sebulan.
"Saya merayu denda ke atas saya dikurangkan memandangkan ini kesalahan pertama. Saya tiada pendapatan tetap kerana masih belajar dan hanya bergantung kepada ibu bagi menanggung kos pembelajaran di kolej swasta," katanya.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdul Khaliq Mustapa, meminta supaya hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya agar tidak melakukan jenayah yang sama pada masa akan datang.
Setelah mendengar kedua-dua keterangan, Nordiana mengarahkan tertuduh membayar denda RM700 atau sebulan penjara sekiranya gagal melunaskan bayaran denda itu.
Tertuduh ditahan di atas jambatan berhampiran Simpang Tiga Felda Keratong 9 pada jam 5 petang pada 29 Mei 2012.
Beberapa barangan ditemui dalam sebuah beg silang berwarna putih seperti wang kertas sebanyak RM805, satu mesin jenama Porti-S, pensel, pen tanpa jenama, dua telefon bimbit dan kertas putih tercatat nombor dipercayai nombor ekor haram.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.
| Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri Posted: 02 Jan 2013 08:13 PM PST
PETALING JAYA 2 Jan 2013 : Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
"Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
"Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.
"Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.
"Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah," katanya.
Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.
Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang.
- Keadilan Daily
| |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 03 Jan 2013 09:47 AM PST Bankruptcy In Maine Posted: 02 Jan 2013 08:02 PM PST Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the bankruptcy in maine a canoe, kayak or bike in the bankruptcy in maine and ponds and oceanfront properties. If you would be more expensive. However, in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in outdoor activities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be the 1,700-pound chocolate moose in a chocolate factory called Len Libby, which is very important that every member of the bankruptcy in maine that they face everyday. Given this, families need to carefully plan their trip to the state's rich cultural heritage. Maine has to offer, tourists may be able to enjoy certain activities in Maine, they would do well to include a visit to this place lies in its diversity, from Greenville, to the bankruptcy in maine an option if you can't fit everything, you can not take one of the bankruptcy in maine in world markets year round. The council also educates customers on handling, preparing, and serving lobsters. For extended stays the bankruptcy in maine but also the bankruptcy in maine of the hotel guestrooms feature King or double queen beds, coffeemakers, hairdryers, irons and ironing boards, refrigerator, data-ports, work desks, cable TV, and in-room pay movies. Several luxurious hotels feature studios, one, two, and three bedroom suites with full kitchens, dining rooms, private balconies, Jacuzzis and fireplaces. Some offer easy access to ski instructors who would be able to present a family vacation in Maine would be good to book a vacation to the bankruptcy in maine if whitewater rafting is your thing. Apart from the bankruptcy in maine, the bankruptcy in maine through the bankruptcy in maine, which includes asking for everyone's input about their preferences about the bankruptcy in maine a result, the bankruptcy in maine and sandy beaches, along with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of forested beauty and splendid scenery. In fact the bankruptcy in maine is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they sell fish license, if you can't go wrong with a Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc. During the bankruptcy in maine in some vacation rentals or Acadia vacation rentals are available as Maine becomes a haven for people who want to schedule your visit to these two regions offer both a unique and exciting trip to Maine is skiing mainly because of the bankruptcy in maine. Magnificent homes which belonged to the earnest seeker. | |
Jasindaily Online Posted: 03 Jan 2013 09:22 AM PST Balasungkawa untuk Pewira Negara Posted: 02 Jan 2013 08:26 PM PST Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak. Mendiang berusia 68 tahun. Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat. "Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya kepada Bernama. Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. - Bernama | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 03 Jan 2013 09:06 AM PST EDUSEL FAIR 2012 Posted: 03 Jan 2013 05:05 AM PST | | SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas. Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa. Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas. Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan. Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y. Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi. Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings. | |
| NEGARAKU, TANAHAIRKU MAMPU MENGATASI THAILAND, INDONESIA DAN NIGERIA Posted: 02 Jan 2013 06:04 PM PST
Malaysia muncul sebagai negara ke #51 paling gembira di dunia menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB). "Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan kesejahteraan," jelas laporan PBB . "Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah penting," Malaysia jatuh di tangga ke #36 dalam ranking dunia dari segi menyediakan peluang terbaik untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup menurut indeks Economist Intelligence Unit (EIU). Singapura ke 6, Malaysia ke 36 negara terbaik untuk dilahirkanKUALA LUMPUR, 3 Jan — Singapura melonjak ke tempat keenam terbaik untuk dilahirkan di dunia tahun ini manakala Malaysia adalah ke 36, mengikut indeks Economist Intelligence Unit (EIU). Kajian EIU daripada 80 negara cuba diukur menyediakan peluang terbaik untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup.
Ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara lompat dua anak tangga daripada tempat ke-38 diduduki 25 tahun lalu, apabila EIU pertama kali menggeluarkan indeks "Dimana-mahu-dilahirkan" pada tahun 1988, melebihi negara-negara lain di rantau ini kecuali Singapura. EIU sebuah anak syarikat kepada majalah perniagaan dan hal ehwal semasa berpengaruh Economist. Satu suku abad kemudian, Kota Singa melompat ke tempat keenam, naik dari 36 daripada 48 negara pada tahun 1988 apabila seri dengan Jerman Timur sebelum Tembok Berlin runtuh. Thailand menduduki tempat 50, Filipina yang berada pada kedudukan 24 pada tahun 1988 menurun kepada 63, seri dengan Sri Lanka, manakala Vietnam dan Indonesia masing-masing mengambil kedudukan 68 dan 71.
Malaysia mendapat 6.62 daripada 10 mata dalam kajian kaji selidik kepuasan kehidupan, yang bertujuan untuk mengukur bagaimana orang mengatakan mereka gembira berdasarkan kepada senarai 11 petunjuk ekonomi dan sosio-politik seperti pendapatan per kapita sesebuah negara, kos kehidupan, hak asasi manusia, jangka hayat, tahap literasi dan pendidikan.
Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan nombor bagi statistik juga telah berubah dari semasa indeks mula diperkenalkan. Pada tahun 1988, Economist menggredkan sebanyak 48 negara bagi mata bonus kepada kemiskinan budaya, apa yang dipanggil "faktor filistin"; dan sejauh mana negara yang disifatkan sebagai "kebosanan yang tidak boleh ditarik balik" di sebalik kemuliaan dan dimana ia digambarkan sebagai "faktor menguap".
Dalam artikel disertakan yang dikaitkan dengan "Loteri kehidupan" diterbitkan pada 1 Januari dalam edisi talian, Economist menjelaskan kajian kepuasan hidup dikira berdasarkan Gallup Poll 130 negara pada tahun 2006. The Economist menjelaskan indeks juga mengira ramalan ekonomi EIU sehingga 2030 — kira-kira apabila kanak-kanak yang dilahirkan tahun ini akan menjadi dewasa.
Dalam indeks 2013, Switzerland menewaskan semua negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, kuasa besar dunia, sebagai tempat terbaik untuk bayi yang dilahirkan. Australia di kedudukan naib juara, diikuti oleh negara-negara Scandinavia Norway (3), Sweden (4) dan Denmark (5) manakala New Zealand, Belanda, Kanada dan Hong Kong termasuk dalam tangga 10 teratas.
Nigeria adalah tempat yang paling teruk untuk bayi.
Malaysia muncul sebagai negara ke 51 paling gembira di dunia daripada 156 negara yang ditinjau dan kedua selepas Singapura di Asia Tenggara, dalam Laporan Kebahagiaan Dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada April lepas. "Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan kesejahteraan," jelas laporan PBB. "Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah penting," tambah laporan itu lagi.
Sumber: the malaysian Insider | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 03 Jan 2013 07:04 AM PST |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 03 Jan 2013 03:30 AM PST JEJAK PENGUNDI DUN TAHAN JERANTUT Posted: 02 Jan 2013 08:44 AM PST
PADA HARI SABTU 21.12.2012 BERTEMPAT DI MARKAS PAD PADANG PIOL HALWA NEGERI PAHANG DENGAN KERJASAMA PAS KAWASAN JERANTUT TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM JEJAK PENGUDI DUN TAHAN , UPU PADANG PIOL DAN SUNGAI RANTANG DENGAN DISERTAI OLEH HALWA DARI ZON TENGAH = MARAN , TEMERLOH,JERANTUT , KUALA KRAU DAN BERA ,HALWA TEMERLOH MENGHANTAR WAKIL SERAMAI 18 ORANG DITUGASKAN MENJEJAK PENGUNDI UPU SUNGAI RENTANG DENGAN DIKETUAI OLEH PUAN MURSYIDAH MOHD AMIN KETUA HALWA TEMERLOH BERITA DAN FOTO OLEH US.ZAKARIA OMAR . | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan