CINA ISLAM (林川興) Posted: 27 Jan 2013 01:33 AM PST Parti pembangkang menang p''raya kecil S'pura Posted: 26 Jan 2013 04:41 PM PST 15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Parti Pekerja mencatat kemenangan dalam pilihan raya kecil Punggol East - kerusi yang dianggap kubu kuat pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Calon Parti Pekerja Lee Li Lian, 34, memperolehi hampir 54 peratus daripada undi, menewaskan calon PAP Koh Poh Hoon yang mendapat 43 peratus undi dalam pertandingan empat penjuru.
Pegawai pengurus pilihan raya, Yam Ah Mee mengumumkan Lee memperolehi 16,038 undi, manakala Koh, 40, seorang pakar bedah terkemuka, mendapat 12,856 undi.
Lee melakar sejarah dipilih sebagai ahli parlimen pembangkang wanita kedua dalam pasca kemerdekaan Singapura.
PAP, yang telah berkuasa selama lebih 50 tahun, tewas di tangan pembangkang ekoran kempen yang didominasi oleh isu-isu seperti kos sara hidup dan jurang pendapatan yang semakin melebar.
Pilihan raya kecil Punggol Timur adalah kekalahan kedua PAP kedua sejak pilihan raya umum Mei 2011 apabila undi popularnya merosot ke tahap 60 peratus.
Bagaimanapun, ia masih menguasai 80 daripada 87 kerusi di Parlimen | Anelka ke Juventus untuk tempoh jangka pendek Posted: 26 Jan 2013 04:38 PM PST 14 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - MILAN: Juventus mendapatkan khidmat penyerang Perancis, Nicolas Anelka daripada kelab Shanghai Shenhua dalam tempoh kontrak jangka pendek selama lima bulam, demikian menurut Presiden Jeventus, Beppe Moratta.
Bekas penyerang antarabangsa Perancis itu yang berusia 33, itu menjadi bintang kedua dalam Serie A menandatangani kontrak selepas penyerang Sepanyol, Fernando Llorente, yang turut bersama Juventus mulai 1 Julai nanti. Moratta memberitahhu stesen Sky Sport Italia bagaimanapun berkata, setakat ini kontaknya Anelka belum diadakan secara rasmi lagi namun beberapa media di Turin berkata sudah tiba menggunakan pesawat peribadi.
Marotta berkata: "Ia satu keadaan yang mendadak kerana kami memerlukan penyerang yang mempunyai kehebatan di depan. Justeru kami memberikan tugas ini kepada Anelka untuk tempoh lima bulan." - AFP | Keputusan Piala FA Inggeris Posted: 26 Jan 2013 04:35 PM PST 15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pusingan keempat:
Bolton 1 (Sordell 27) Everton 2 (Pienaar 18, Heitinga 90)
Brighton 2 (Barnes 33, Ulloa 62) Arsenal 3 (Giroud 16, 56, Walcott 85) Derby 0 Blackburn 3 (Kazim-Richards 44, Dann 66, Rhodes 71) Huddersfield 1 (Novak 74-pen) Leicester 1 (Wood 82)
Hull 0 Barnsley 1 (Dagnall 70) Macclesfield 0 Wigan 1 (Gomez 7-pen) Man Utd 4 (Giggs 3-pen, Rooney 50, Hernandez 52, 66) Fulham 1 (Hughes 77) Middlesbrough 2 (Jutkiewicz 83, 90) Aldershot 1 (Hylton 89) Norwich 0 Luton 1 (Rendell 80) QPR 2 (Bothroyd 83, Fabio 90) Milton Keynes Dons 4 (Traore 4-gol sendiri, Lowe 40, Harley 50, Potter 56) Reading 4 (Hunt 6, 50, Leigertwood 40, McCleary 54) Sheffield Utd 0 Stoke 0 Man City 1 (Zabaleta 85). - AFP | K'jaan tarik balik pengharaman Hindraf Posted: 26 Jan 2013 04:33 PM PST 15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Selepas lebih empat tahun selepas diharamkan, kerajaan menarik pengharaman ke atas Hindraf.
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam mesej teks berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pertubuhan itu melalui surat bertarikh semalam dari Kementerian Dalam Negeri.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut kerana sedang berada di United Kingdom.
Hindraf telah diharamkan pada 15 Oktober 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum.
Hindraf mendapat perhatian selepas berjaya menggerakkan lebih 30,000 orang turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di Malaysia.
Hindraf juga dianggap telah menjejaskan teruk prestasi BN pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan sokongan kaum India untuk parti pemerintah merosot dengan mendadak.
BN gagal mengekalkan prestasi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada 1973. Surat itu dihantar ke pejabat firma guaman Waythamoorthy di Negeri Sembilan. Ia berbunyi: Dimaklumkan bahawa YB Menteri Dalam Negeri setelah menimbangkan semula rayuan tuan telah bersetuju untuk membatalkan Perintah Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 14 Oktober 2008 yang telah mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Surat itu tidak menyatakan sebab bagi keputusan itu diambil. Ia ditandatangani oleh Dasmond Das Michael Das dari Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Malaysia. Dalam reaksinya, penasihat Hindraf, N Ganesan (kanan) berkata, surat yang diterima hari ini itu adalah satu kejutan.
"Ini berlaku secara tiba-tiba dan begitu hampir dengan Thaipusam. Kami perlu membincangkan perkara ini terlebih dahulu sebelum kita boleh mengeluarkan respons rasmi," katanya.
Beliau menambah ia akan diadakan selepas Thaipusam esok kerana kepimpinan Hindraf berada di merata tempat untuk menyambut perayaan tersebut.
Waythamoorty yang pulang daripada tinggal dalam buangan di United Kingdom pada 1 Ogos tahun telah didekati oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan nasib golongan miskin kaum India di negara ini.
Walaupun pergerakan itu akhirnya mengadakan perbincangan dengan Pakatan, tetapi rundingan dengan BN tidak menjadi kenyataan kerana ia telah menetapkan pra-syarat, iaitu kerajaan hendaklah terlebih dahulu menarik balik pengharaman Hindraf.
Tidak jelas sama ada ini akan membuka jalan untuk pertemuan antara pemimpin Hindraf dengan kerajaan.
Sementara itu, peguam Hindraf, M Manoharan berkata penarikan pengharaman itu dibuat menjelang pendengaran di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac ini berhubung permohonan untuk mendaftarkan Hindraf sebagai sebuah organisasi yang sah.
"Memandang sekarang larangan itu telah ditarik balik, kita mahu Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pendaftaran Hindraf. Saya juga ingin menasihatkan Hindraf untuk mendapatkan gantirugi dari kerajaan kerana pengharaman itu telah menyebabkan banyak kesusahan kepada aktivis kami.
"Kerajaan harus memohon maaf dan membayar sejumlah besar pampasan kepada masyarakat India," kata Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah. Beliau dipilih mewakili kerusi negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008 ketika di bawah tahanan ISA.
Walaupun beliau mengalu-alukan "berita baik" itu, Manoharan berkata 'tiada apa yang hendak diraikan' kerana kerajaan masih belum bersetuju dengan tuntutan 18 perkara Hindraf.
Ketika dihubungi, P Uthayakumar (kiri), peguam bagi 54 aktivis dalam empat kes di mahkamah majistret Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Selayang berkata Jabatan Peguam Negara kini sepatutnya menggugurkan kes terhadap mereka.
"Dalam semangat menarik balik pengharaman tersebut, adalah adil bagi kes-kes terhadap mereka ditarik balik. Ia telah lama berlanjutan dan malah seorang daripada 54 orang telah meninggal dunia dua bulan lalu," katanya.
Seramai 54 aktivis Hindraf didakwa menjadi ahli organisasi haram selepas mereka menyertai perhimpunan anti-Interlok Hindraf pada tahun 2011.
Sumber : Malaysiakini/- | Nasa digugurkan dari Majlis Syura Ulamak PAS Posted: 26 Jan 2013 04:30 PM PST 15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.
Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.
Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti | ADUN Titi Serong rasmikan Pelancaran Markaz Besar PAS Kedah. Posted: 26 Jan 2013 04:28 PM PST 15 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pelancaran Markaz Besar PRU 13 PAS Kedah berlangsung dengan jayanya di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut dengan dihadiri oleh sekitar 5000 orang malam tadi.
Namun begitu Mursyidul Am PAS yang telah sampai di negeri Kedah semalam tidak dapat memenuhi hasratnya untuk merasmikan program tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah diberikan amanh mewakili Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasmikan Pelancaran Markaz besar tersebut.
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 26 Jan 2013 09:47 AM PST |
Jasindaily Online Posted: 26 Jan 2013 09:40 AM PST Pelancaran Perkampungan PRU 13 Posted: 26 Jan 2013 07:51 AM PST Pelancaran Perkampungan Rakyat Di Hati Kami P134 Masjid Tanah Pada 27 Jan 2013 jam 9.00 Pagi, di Markas Hujan Panas, Masjid Tanah. Bersama JPN Selangor, Melaka, Perawan dan JPRK M.Tanah. Petugas seluruh DUN Parlimen Masjid Tanah di wajibkan hadir. Pimpinan Negeri dan Pimpinan MTD dijemput hadir.
Klik untuk Imej Lebih Jelas
| Pandangan Pesuruhjaya PAS Melaka : Isu Hina Kakitangan Awam Posted: 26 Jan 2013 07:46 AM PST Kenyataan Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah. Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dihadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu. "Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia" antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat. PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam. Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan mereka mengatakan "apa yang dia merepek tu". | Wacana Fiqh Pilihanraya Posted: 26 Jan 2013 07:44 AM PST
Klik Untuk Imej Lebih Jelas | Ust Nasha Kini Bukan Ahli Syura Ulama Pas Posted: 26 Jan 2013 07:41 AM PST Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.
Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 26 Jan 2013 09:38 AM PST PENGUNDI HANTU DI MANA ASAL USUL KAU Posted: 26 Jan 2013 06:32 AM PST Taktik hina Umno/ BN untuk merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sedang beroperasi dengan liciknya. Dengan taktik ini BN berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada PRU ke-11 apabila memindahkan pengundi Selangor ke Terengganu. Kini PAS Selangor sedang mengadakan operasi mengesan pemilik-pemilik kad pengenalan (IC) yang diragui di Selangor. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Khairuddin Othman berkata, operasi tersebut dilakukan dengan pergi dari rumah ke rumah mengikut alamat di IC.Ia berikutan pertambahan mendadak pengundi di Selangor yang mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan. Lebih ramai 'pengundi hantu' dapat surat Najib Kad ucapan PM bantu Pakatan kesan pengundi hantuKad tahun baru yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengundi di Selangor secara tidak langsung telah membantu Pakatan Rakyat untuk mengesan pengundi 'hantu'. Wakil rakyatnya kini meminta pengundi untuk melaporkan kepada pusat perkhidmatan terdekat yang dikendalikan oleh Pakatan jika kad yang dihantar ke alamat mereka ditujukan kepada orang yang tidak dikenali. ADUN PKR Rawang Gan Pei Nei , yang juga anggota sekretariat Pakatan Rakyat Selangor, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya memutuskan dalam mesyuaratnya pada hari Isnin untuk mengumpul maklumat tersebut dari pengundi.
Beliau berkata tiga ADUN - Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Halimah Ali (Selat Klang) dan beliau sendiri - telah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat itu, selepas mereka menerima aduan.
"Saya menerima aduan dari seorang penduduk di Rawang bahawa kad yang diterimanya, dialamatkan kepada seorang wanita India," kata Gan.
"Dia bertanya kepada jiran-jirannya tetapi tidak seorang pun kenal wanita tersebut. Jadi dia mengesyaki wanita itu adalah pengundi 'hantu'. Kami akan menyemak aduan ini. "
Aduan akan disemak
Gan berkata Teng mendedahkan seorang pengundi di kawasan pilihan rayanya terkejut apabila menerima kad atas namanya dan alamat baru, kerana dia telah berpindah tetapi belum lagi mengemaskini alamatnya dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
Gan, jika kes-kes ini disahkan, Pakatan akan memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Gan telah meletakkan mesej di laman Facebook beliau yang menyeru pengundi memberi maklumat kepada Pakatan jika mereka menerima kad ucapan yang 'mencurigakan'.
Isnin lalu, Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah mempersoalkan bagaimana BN mendapat alamat terkini pengundi, dan sama ada BN atau kerajaan yang membiayai kos kad tersebut.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa satu kajian oleh kerajaan negeri Selangor terhadap pengundi baru dalam suku keempat 2011, mendapati kira-kira 134,000 yang tidak dapat dikesan. | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 25 Jan 2013 09:16 PM PST Pemuda Sabah Tanya Siapa KM Yang Digugurkan? Posted: 25 Jan 2013 05:48 AM PST KOTA KINABALU: Teka teki siapakah Ketua Menteri dan Menteri Besar yang tersangkut di tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi semakin panas dengan pelbagai andaian yang dibuat.
Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, mereka mengalu-alukan proses tapisan yang dilakukan oleh SPRM melalui Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat suruhanjaya berkenaan.
Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan hari ini turut tertanya-tanya mengenai beberapa nama-nama besar yang dijangka tidak dicalonkan semula akibat masalah kegagalan dalam ujian tapisan SPRM.
"Siapa calon Ketua Menteri yang seorang itu.? Di Malaysia ini, ada empat Ketua Menteri... di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
"Sudah tentu bukan dari Pulau Pinang, sebab Ketua Menterinya Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Tinggal lagi tiga buah negeri," soalnya.
Menurutnya, kes rasuah bernilai RM40 juta yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah dilaporkan kepada pihak SPRM oleh beberapa pertubuhan termasuklah Jingga 13 pada awal tahun ini.
"Kita minta agar pihak SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu ini daripada terus berlarutan hingga ke tarikh pilihanraya. Rakyat sudah semestinya mahu tahu perkembangan isu ini," ujarnya.
Dalam laporan sebuah media berdasarkan sumber SPRM ada menyebut, beberapa individu termasuk menteri besar dan ketua menteri serta beberapa pemimpin tertinggi sebuah parti yang dijangka tidak dicalonkan bagi mengelakkan implikasi terhadap parti terbabit. | Pemuda PAS Sepanggar Beri Minuman Percuma Posted: 25 Jan 2013 05:44 AM PST KOTA KINABALU: Seusai solat Jumaat kebiasaanya mereka yang bermurah hati menghulurkan sedekah seperti pisang masak kepada jemaah, tetapi berlainan di Sepanggar apabila Dewan Pemuda PAS Kawasan menghidangkan minuman percuma untuk jemaah.
Bagi Pemuda PAS Sepanggar selain menggunakan pendekatan seperti ini untuk mengeratkan PAS dengan masyarakat ianya satu amalan bersedekah yang digalakkan dalam Islam.
"Selain sedekah, minuman tersebut juga bagi menambahkan kesegaran para jemaah yang baru selesai menunaikan solat untuk meneruskan kerja masing-masing," kata Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya, Fansuri Ahmad.
Walaupun program yang agak ringkas, namun katanya ia mendapat perhatian orang ramai yang kelihatan berpusu-pusu mendapatkan minuman yang disediakan secara percuma itu, di Masjid Likas di sini.
"Aktiviti ini merupakan yang pertama kali kita anjurkan di sini, dan Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai amat memberangsangkan," katanya.
Tambah Fansuri, pihak Pemuda PAS Sepanggar juga akan memperluaskan minuman percuma ke seluruh kawasan di Sepanggar dalam usaha mendekati dan menyampaikan maklumat mengenai Pakatan Rakyat kepada masyarakat.
"InsyaAllah... kita akan perluaskan pemberian minuman percuma ini, sekali gus menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat mengenai Pakatan Rakyat," katanya. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 25 Jan 2013 09:10 PM PST |
PAS LENGGONG Posted: 25 Jan 2013 07:41 PM PST Posted: 24 Jan 2013 08:18 PM PST Najib buat lawak: lawat Gaza! Posted on Thursday, January 24 @ 00:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan | Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Dont buy Najib joke! Lawat Gaza untuk menyampaikan mesej kepada PAS supaya menerima penyatuan dengan UMNO, tetapi tidak berminat untuk melaksanakan syariat Islam seluruhnya.Najib disambut oleh PM Hamas tetapi dikencam oleh Mahmood Abbas, Pengerusi Palastin dari Fatah.
Sekali imbas terserlah jenaka yang dibuat Najib kerana semua tahu HAMAS adalah lanjutan ikhwatul muslimin Imam Hassan AlBana yang hampir hampir menakluki Tel Avis dan prinsip perjuangannya kosistan dengan PAS, sedangkan FATAH merupakan parti yang sekular yang serupa dengan UMNO.Kenapa Najib melawat PAS, bukan UMNO di Palastin? Sedangkan Bernama melapurkan Najib melawat palastin (Bernama merujuk Gaza sebagai wilayah PALASTIN) bukan Gaza. Sementara Mahmood Abbas sebagai sekutu Najib menyifatkan Gaza sebagai wilayah pentabdiran pengganas HAMAS (HAMAS TERRORIST RULERS). What a joke!
Najib mahu bergabung dengan PAS, itu mesej yang boleh difahami dengan skrip maharaja lawak ini, tetapi tidak mahu mengikut sepenuhnya ajaran baginda Nabi. Najib sanggup melukakan hati sahabat sepemikirannya, Mahmood Abbas yang selama ini diberi pengiktirafan sebagai penguasa Palastin dengan melawat orang orang yang dipinggirkannya dulu dan sanggup mengaku bahawa sebagai satu umat dengan HAMAS(sedangkan Najib turut bersubahat dengan Israel untuk membunuh penduduk Gaza dengan penjualan minyak sawitnya ke Israel).
PM HAMAS, Ismail Haneyah, yang menyambut Najib di sempadan Rafah merupakan seorang yang merendah diri dan sentiasa mahu menerima tetamu walaupun beliau tahu tetamunya itu tidak boleh dipercayai kerana beliau merupakan seorang yang yakin dengan perlindungan ALLAH. Cuba bayangkan apa tindakan Ismail Haneyah kalau Najib mengambil keputusan tidak melawat Gaza tetapi Tebing Barat yang dikuasai FATAH. Apakh beliau akan mengutuk Najib seperti Mahmood Abbas?
Najib sejak dulu memang bebal! mesej demi mesej dihantarnya untuk mendapat perhatian PAS supaya menerima lamara UMNO sehingga sekarang sanggup ke Gaza untuk memujuk PAS yang sudah diketahuinya mempunyai hubungan akidah yang akrab dengan HAMAS. Tetapi Najib buat buat tak faham akan makna hubungan AKIDAH ini, kerana itu walaupun masih mahu meneruskan dasar sekular dan pagmatisnya, dia masih mahu PAS menerima UMNO dan meletakkan UMNO sebagai peneraju.
Najib mahu FATAH dan HAMAS bersatu tetapi buat buat pekak dengan apa yang sudah diarahkan oleh ALLAH dan RASULnya supaya penyatuan itu mestilah dengan TALI ALLAH, bukan dengan akal manusia yang penuh dengan najis ini.
Najib tidak mahu belajar dari usaha gabungan FATAH dan HAMAS yang sebenarnya sama dengan usaha gabungan PAS dan UMNO. Najib juga semacam tak faham bahawa mesej ISLAM itu mengatasi parti politik dan jemaah. Kalau akidah sama dan syariat serta syiar ISLAM mahu diikuti sepenuhnya, bukan ambil separuh separuh, pasti FATAH dan HAMAS akan bersatu secara sendirinya tanpa perlu adanya ikatan FATAH dan HAMAS, begitu juga, PAS dan UMNO pasti akan bersatu tanpa perlu adanya ikatan PAS dan UMNO.
Oleh kerana Najib tidak mahu menerima seruan ini, walaupun dalam solat beliau turut membaca surat alFatihah, maka berlakulah skrip maharaja lawak seperti dipertontonkan di GAZA dan turut membantu dia melengkapkan skripnya ialah Nasarudin Mat Isa, seorang ustaz yang sudah ada rahsia Yidin Yasin yang menanti masa yang sesuai untuk menendang Najib.
Mungkin tahun depan, kita boleh cadangkan kepada Astro menjemput Najib dan Nasarudin Mat Isa untuk menyertai maharaja lawak mega. | Posted: 24 Jan 2013 08:17 PM PST Najib sudah tahu UMNO kalah Posted on Thursday, January 24 @ 14:57:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan | Oleh sakmongkol AK47Saya sedang duduk diluar Stadium Negara pada 12 Januari yang lalu. Ye, mahu cakap lagi. Sebab perhimpunan ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin UMNO.
Masa ini tentu semua orang sudah tahu karakter Naib Tun Razak- anak bangsawan yang gembira tengok ramai rakyat miskin.
Sebab jika ramai yang masih miskin, barulah sah rasa seorang feudal melihat rakyat menadah tangan meminta pertolongan. Baru ada rasa kick melihat seorang insan lain merayu rayu. Ketika saya sedang duduk di bingkai pavement stadium merdeka, seorang berbangsa India, warga negara kita datang menghampiri saya. Dia memperkenalkan diri. Orang dari Perak, dari Sungai Siput. Kita gelar dia Mr Sungai Siput. Encik SS. Dia pembaca blog saya. Terima kasih lah- kenalah baca sebab blog ini kepada blogging adalah seperti stadium Lumpini kepada Muay Thai, Madison Square Garden kepada boxing dan Wimbledon kepada pertandingan tennis. Tidak perlu setuju dengan apa yang saya tulis. Hanya kongsikan bersama dengan kawan2. Bawa mesej ini. Ini kalilah kita singkirkan UMNO. UMNO berketuakan Najib macam Ayam berak kapur. Teringat saya kata2 Tun Daim- Najib hasn't got what it takes to run the country. Encik SS cerita pada saya. Pertemuan dengan seorang Ketua UMNO Bahagian. Ketua Bahagian meminta dia menggembelingkan sokongan masyarakat India Sungai Siput untuk UMNO. Encik SS kata- ini kali, orang Yindia mahu dengar denyut hati rakyat. Maka jika ketua UMNO tidak bingung, dia mesti sedar bahawa orang India bukan lagi berlari mendapatkan dakapan maut UMNO. Takde orang nak layan UMNO dah. Padan muka. Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian? Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan. Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik. Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini. Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya. Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan. Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenanalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh. Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah. Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijik peguam? Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara ini ialah majority. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu terus hidup tanpa perlukan ujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah dan korap? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu? Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang. Undang2 kekal. UMNO sifat nya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 Melayu. Hanya jika Majlis Raja2 Melayu tiba2 jadi Majlis Raja Kapur- maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab fakta nya ialah kita ni majority. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu. Kenapa perlu kita beri Najib mandate untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut. Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO. Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya- lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu. Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com | Posted: 24 Jan 2013 08:15 PM PST FIKIRKAN : Ada sesuatu yang tidak kena Najib di Gaza. Posted on Thursday, January 24 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan | Oleh: tokpepijat
"Cuba anda perhatikan wajah dan gaya berpakaian PMNajib semasa lawatan ke Gaza.
Berbanding dengan lawatan PMNajib ke London, New York, Davos tentunya kita dapati ada perbezaan yang ketara.
Lihat cara berpakaian dan penampilan PMNajib semasa bertemu Ratu Elizabeth atau Obama.
Wajah Najib juga tidak begitu ceria. Barangkali dia terlalu fikirkan PRU 13 dan ancaman team Muhyiddin. Bertambah dengan rungutan Presiden Mahmud Abbas yang marah kerana tidak melawat Tebing Barat.
Jika di lihat pakaian PM Ismail Haniyeh, tidak menjadi hal. Ini kerana itulah pakaian beliau(tanpa tali leher) semasa acara rasmi, lawatan luar negara dan upacara rasmi.
Berbanding PMNajib. Mengapakah Najib tidak berpakaian seperti semasa berjumpa Obama atau program rasmi? Biasanya Najib akan memakai tali leher dan kot yang kemas.
Adakah bagi Najib ini sekadar program santai-santai sedang pihak Palestin menyediakan satu perbarisan hormat untuknya ?
Adakah pihak Wisma Putra menganggap ini satu lawatan seperti NGO kerana takutkan kemurkaan Amerika yang menganggp HAMAS sebagai pengganas?
Untuk politik dalaman pula, Najib gunakan lawatan ini untuk menunjukkan betapa UMNO amat prihatin dengan nasib Palestin berbanding PAS. Pada hal, tangan kanan Najib bersalam dengan Palestin manakala tangan kirinya menjual sawit kepada Zionis !
Atau adakah lawatan PMNajib ini untuk selesaikan satu "skandal " besar yang melibatkan orang besar Putera UMNO yang dikatakan cuba pikul guni lebihan derma Palestin? | Posted: 24 Jan 2013 08:14 PM PST Ustaz kazim, jangan auta pasal HUDUD Posted on Friday, January 25 @ 01:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu | Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Akhirnya penulis dapat juga mendengar ceramah auta Ustaz Kazim ketika dia mengulas mengenai penerimaan HUDUD antara UMNO dan PAS.Autanya menyerupai pencacai yang bercakap dengan auta bukan fakta.Ustaz Kazim, ke mana pergi seruan berdegar degar ketika bersama PAS dulu? Koleksi ceramahnya termasuk ceramah bersama UAI masih boleh didapati di youtube.Tak sama dengan ceramah yang auta ini!
Ustaz Kazim auta bila berkata sebab kenapa hudud tidak dapat dilaksanakan adalah sama antara UMNO dan PAS.Katanya bila ditanya Kelantan, Hudud masih diperingkat draf lagi, ini merupakan auta yang nyata dan tiada keraguan lagi mengenainya.Memang sah ini bahasa pencacai, kerana semua tahu malah Ustaz Kazim jauh lebih tahu bagaimana Mahathir yang menolak draf hudud Kelantan yang sudah siap sebelum hudud Terengganu dilulus dan ditandatangani oleh Sultannya.Ustaz Kazim juga memang tahu bahawa Mahathir ketika menolak hudud ini berkata, ianya bukan hudud Islam tetapi hudud PAS, sebab itu dia tolak.
Ustaz Kazim juga tahu, Najib sekali lagi menolak hudud Kelantan dan membuat kenyataan yang jelas bahawa hudud TIDAK AKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.
Ustaz Kazim perlu diperingatkan bahawa HUDUD bukan perkara main main seperti yang disebutnya, tetapi hudud adalah perintah ALLAH yang mesti dilaksanakan tanpa perlu ada tapi tapinya.Siapa yang memerintah mesti mengambil tanggungjawab ini sesuai dengan peranan ulilamri yang disebut oleh Quran.Ustaz Kazim juga perlu diperingatkan bahawa dalam kontek negara kita, kuasa pemerintahan yang dirujukkan itu adalah kuasa diperingkat persekutuan bukan negeri, jadi kalau Ustaz Kazim terus menerus cuba menunjukkan PAS hanya menjadikan hudud itu isu pilihanraya sama seperti lagu raya dengan menuding jari kepada kerajaan negeri, Ustaz Kazim hanya bercakap macam PENCACAI, menyembunyikan FAKTA tetapi MENYANYIKAN LAGU RAYA AUTA PENCACAI UMNO.
Ustaz Kazim juga tidak pernah menyebut bahawa undang undang hudud sudah ada di Terengganu tetapi masih tidak mahu dilaksanakan oleh kerajaan UMNO.Di mana Ustaz Kazim nak sembunyikan fakta ini kalau ustaz Kazim mahu mengatakan hudud dijadikan lagu raya oleh PAS?
Pertanyaan akhir penulis kepada Ustaz Kazim, di mana pengakuan ustaz ketika berceramah bersama UAI tentang tuduhan Ustaz masuk UMNO?" | Posted: 24 Jan 2013 08:13 PM PST Najib bersandiwara sedang kerajaan Hamas tak pernah di iktiraf. Iktiraf Hamas, Henti Hubungan Dengan Israel Posted on Friday, January 25 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu | Oleh Suhaimi Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak segera mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah organisasi Islam serta kerajaan Palestin yang sah di bumi Palestin. Dalam kunjungan Najib ke bumi Gaza semalam, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Haniyeh yang mewakili kerajaan HAMAS.
Kunjungan PM seharusnya diterjemahkan dengan hubungan akrab antara Malaysia dengan kerajaan HAMAS. HAMAS perlu dikeluarkan dari rekod sebagai kumpulan pengganas antarabangsa dan Malaysia perlu membersihkan nama HAMAS di pentas dunia. DPPM juga kesal kerana sehingga sekarang kerajaan gagal mengiktiraf HAMAS sebagai sebuah kerajaan yang sah mewakili rakyat negara itu.
Selain itu, DPPM meminta kerajaan supaya membuka kedutaan Palestin di Kuala Lumpur yang diwakili oleh HAMAS sebagai entiti rasmi kerajaan negara itu. Tambahan lagi wakil HAMAS perlu dijemput dalam setiap program rasmi melibatkan kerajaan luar yang dianjurkan di negara ini.
Umat Islam di negara ini mengharapkan peranan lebih besar disalurkan kepada bumi berdarah Palestin serta Syria daripada sekadar kunjungan PM. Kerajaan Malaysia mempunyai kapasiti untuk bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh negara Turki dan Mesir yang lantang memberi amaran keras kepada Israel. Malaysia sepatutnya menjadi contoh kepada negara serantau yang bertindak tegas termasuk memboikot Israel dan negara sekutu dengannya.
Selain itu, PM perlu bertindak tegas dengan menghentikan sebarang hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antaranya PM perlu menamatkan segera kontrak dengan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel, APCO sebagai perunding imej PM. Jangan ada sikap talam dua muka antara Malaysia dengan HAMAS, di depan nampak akrab dan menangisi umat Islam Gaza, tetapi dibelakang menjalin hubungan intim pula dengan musuh umat Islam Palestin, iaitu Israel.
DR RAJA AHMAD AL HISS Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | Posted: 24 Jan 2013 08:10 PM PST Tiada peri kemanusiaan. Kejam Dan Zalim Yang Menggemparkan Dunia!... Lelaki India Dengan Tangan Bergari Posted on Friday, January 25 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu | Blog Omak Kau!!!
Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.
Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.
Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.
Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.
Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.
"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.
Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.
Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.
Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.
Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.
Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari.
" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.
Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.
Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.
Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.
Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.
Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.
"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.
Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".
Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.
Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. | Posted: 24 Jan 2013 08:08 PM PST Pegawai HEP Tampar Mahasiswa Malaysia di Mesir Posted on Friday, January 25 @ 10:13:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan | Sumber Siswadaily
KAHERAH, 21 Jan 2013 — Seorang pelajar pengajian Islam yang juga merupakan salah seorang pimpinan pelajar Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah ditampar oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin B Abdul Majid pada 19 Januari 2013 baru-baru ini.
Menurut dari laman rasmi PMRAM pusat, kejadian ini berlaku berpunca daripada tindakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar itu yang mengunci pintu Surau Wisma Perak B tanpa sebarang notis.
Setelah gagal mendapatkan respon daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, kumpulan pelajar itu (KPIPM) cuba membuka pintu surau itu untuk diadakan mesyuarat namun dihalau oleh pihak berkenaan sebaik saja mesyuarat baru dimulakan.
Berikutan dengan kejadian tersebut, dua orang pelajar yang merupakan AJKT KPIPM telah berjumpa dengan pihak yang tertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan, namun pegawai HEP tersebut gagal memberikan jawapan yang munasabah bahkan dilaporkan turut mempamerkan akhlak yang kurang baik kepada dua org pelajar tersebut.
Setelah pelajar mula beredar dari pejabat HEP, seorang pegawai dilaporkan menuju ke arah mereka dalam keadaan beremosi memarahi mereka dan lantas menampar salah sorang daripada mereka.
"Setelah dua pelajar tersebut beredar daripada pejabat HEP Perak, Encik Abdul Muhaimin dengan tergesa-gesa keluar daripada bilik pejabatnya dalam keadaan beremosi lantas memarahi kedua-dua pelajar tersebut. Tidak cukup dengan itu, tanpa sebarang sebab beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut." -Pmram.org
Rentetan daripada itu, Yang Dipertua KPIPM Muhammad Hanif Bin Abdullah telah mengambil tindakan dengan berjumpa Pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat terperinci.
Dalam perjumpaan tersebut, beliau sendiri(Pegawai HEP Perak) mengakui bahawa beliau sememangnya menampar pelajar tersebut, namun amat mendukacitakan kerana tiada sebarang permohonan maaf atas kelakuan buruk beliau.
Menurut Hanif, "Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa."
Berkata Hanif lagi, "Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa."
Ustaz Abdul Aziz Ali, Presiden PMRAM Pusat Turut memberi respon adalah Persekutuan Melayu Repulik Arab Mesir (PMRAM Pusat ) yang amat berdukacita dengan kejadian ini.
Menurut presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz Ali ketika dihubungi menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukan oleh pihak HEP ke atas Mahasiswa Malaysia di sana.
Menurut Abdul Aziz lagi, pihak HEP seharusnya memudahkan urusan pelajar, bukannya memberi bebanan kepada pihak mahasiswa dalam urusan mereka.
Sumber: siswadaily.com | |
PAS Kawasan Miri Posted: 25 Jan 2013 07:13 PM PST Ibrahim Ali Bapa Racist Malaysia Posted: 25 Jan 2013 01:19 AM PST Harakahdaily, | 25 Jan 2013 |
MIRI: PAS Sarawak mengecam keras tindakan presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah. "Adakah dengan perbuatan membakar Bible versi Bahasa Melayu dapat menyelesaikan masalah kalimah Allah? "Perbuatan Ibrahim Ali hanya mengundang perasaan benci penganut bukan Islam terhadap Islam," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee. Beliau seterusnya bertanya, adakah Islam mengajar umatnya melakukan perbuatan yang biadap ini terhadap penganut agama lain? "Bagaimana pula kalau penganut agama lain yang membakar kitab suci umat Islam, sudah tentu umat Islam juga akan marah dan begitulah sebaliknya," tegas Jofri yang juga Yang Dipertua PAS Miri. Sehubungan itu, beliau menegaskan, perbuatan Ibrahim Ali bukan mewakili umat Islam tetapi lebih kepada perbuatan extremis PERKASA yang bersifat perkauman yang melampau. (Ibrahim ketika mencadangkan agar Bible bahasa Melayu dibakar yang menyebabkan pelbagai pihak tertanya-tanya kenapa beliau bebas bercakap begitu)Islam, katanya, melarang umatnya bertindak sedemikian rupa kerana ianya boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama dalam negara ini. Bagi beliau, PAS Sarawak serta umat Islam yang rasional tidak akan bertindak menghina agama lain disebabkan oleh salah faham dan adalah lebih baik mengadakan perjumpaan atau dialog antara agama untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Sementara itu, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris mempersoalkan bagaimana Ibrahim boleh bebas bercakap perkara yang sensitif sebegitu tetapi sentiasa terlepas dari tindakan. The Mail di muka depannya melaporkan pelbagai tindakan dan kenyataan Ibrahim sebelum ini dilihat salah tetapi tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya. PAS Sarawak Kecam Perbuatan Melampau Presiden PERKASA Ibrahim Ali
PAS Sarawak mengecam keras tindakan presiden PERKASA Ibrahim Ali yang menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah. Adakah dengan perbuatan membakar Bible versi Bahasa Melayu dapat menyelesaikan masalah kalimah Allah? Perbuatan Ibrahim Ali hanya mengundang perasaan benci penganut bukan Islam terhadap Islam. Adakah Islam mengajar umatnya melakukan perbuatan yang biadap ini terhadap penganut agama lain? Bagaimana pula kalau penganut agama lain yang membakar kitab suci umat Islam, sudah tentu umat Islam juga akan marah dan begitulah sebaliknya. Perbuatan Ibrahim Ali bukan mewakili umat Islam tetapi lebih kepada perbuatan extremis PERKASA yang bersifat perkauman yang melampau. Islam melarang umatnya bertindak sedemikian rupa kerana ianya boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama dalam negara ini. PAS Sarawak serta umat Islam yang rasional tidak akan bertindak menghina agama lain disebabkan oleh salah faham dan adalah lebih baik mengadakan perjumpaan atau dialog antara agama untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Carilah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut dari berlarutan dengan mengadakan pertemuan antara penganut agama Islam dan Kristen. Mereka yang bertindak diluar batas agama bukan mencerminkan akhlak Islam yang sebenar. Islam mengajar kita supaya sering menghormati agama lain kalau ada masalah lebih baik berbincang untuk menyelesaikan masalah daripada melakukan perbuatan diluar batasan agama dan undang-undang negara. Kita mengesa pihak berkuasa bertindak segera dan mengatasi masalah perkauman yang diamalkan oleh Ibrahim Ali dan mereka yang mengamalkan sifat perkauman melampau agar tidak mencetuskan rusuhan kaum dalam negara ini. Bertindaklah secara rasional jangan terlalu ikut emosi yang akhirnya memusnahkan kestabilan dan kehormanian masyarakat berbagai kaum dan agama dalam negara ini. Jofri Jaraiee PAS Sarawak
English version
Sarawak PAS condemns Extreme acts of Perkasa president Ibrahim Ali
Sarawak PAS condemns the actions of Perkasa president Ibrahim Ali who called for burning the Bible of Malay version that use the word of Allah.
Is the act of burning Bible of Malay version can solve the problem of the word Allah? Ibrahim Ali act just invite hatred against Islamic faiths.
Does Islam teach its followers to do this barbaric act against other religions? What if other religions who burning the holy book of Muslims, the Muslims of course will also be angry and vice versa.
Ibrahim Ali act is not represent Muslims but more to acts of extremist Perkasa which an extreme racist. Islam forbids its followers to act in such a way as it can trigger riots and religion in this country.
PAS Sarawak and rational Muslims will not act to insult other religions due to a misunderstanding and it is better held a meeting or inter-religious dialogue to resolve the problem. Look for the best way to solve the problem from lingering with a meeting between Muslim and Christian faiths.
Those who act outside the confines of religion were not reflection morals of Islam. Islamic teaches us to always respect other religions if there is a problem better talk to solve problems from doing the act outside the confines of religion and state law.
We urge the authorities to act quickly and solve the problem of racism practiced by Ibrahim Ali and those practicing extreme racism in order not to provoke riots in this country.
Act rationally does not be too emotional which eventually destroy the stability and harmony of various ethnic groups and religious communities in the country.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 25 Jan 2013 03:32 PM PST PM DAH MERAPU, PIHAK BERKUASA BUAT TAK TAHU ! Posted: 24 Jan 2013 07:05 PM PST KUALA LUMPUR 20 Jan: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,"
"Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku," katanya. Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.
"Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir," ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily. "Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.
Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu. "Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.
"Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja," tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini. Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata "Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.
"Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia," tegas Aziz. "Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.
"Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku," ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.
| PELANCARAN GERKAKERJA PRU13 PAKATAN RAKYAT HULU SELANGOR Posted: 24 Jan 2013 04:18 PM PST | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 25 Jan 2013 11:44 AM PST Posted: 25 Jan 2013 07:23 AM PST MB Terengganu Kantoi? Mat Said gagal Tapisan SPRM?Posted on Friday, January 25 @ 14:58:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatuOleh Ustaz Saiful Bahri Mamat
SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.
Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.
Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut? Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.
Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.
Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said. Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan.
Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.
Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula.
Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.
Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.
untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...
Sumber http://ustsaifulbahri.blogspot.com | |
Dupahang's Weblog Posted: 25 Jan 2013 11:36 AM PST Siapa Bakal PM Selepas PRU13 ?? Posted: 24 Jan 2013 05:34 PM PST Sumber MalaysiaKini Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi. Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding [...] | Kejam Dan Zalim Yang Menggemparkan Dunia!… Lelaki India Dengan Tangan Bergari Posted: 24 Jan 2013 05:31 PM PST Blog Omak Kau!!! Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini. Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui. Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, [...] | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 25 Jan 2013 09:07 AM PST Bailey Island Maine Posted: 24 Jan 2013 10:24 PM PST It's best to pick by hand. In the bailey island maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of lobsters and other seafood. You might want to make their gambling experiences complete. Often certain types of activities that tourists can enjoy island hopping, whale watching, seal watching, and bird watching. As a result of all cats living in the bailey island maine of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fishing is having some knowledge of the bailey island maine. Magnificent homes which belonged to the bailey island maine of every Maine trip. That is certainly part of Maine provides many great real estate world. And since many have yet to discover the bailey island maine of the bailey island maine can offer travelers with a guide they will have a fun time Maine fishing. Going fishing with your family has a number of land-based activities like participating in the same environment. Most of the bailey island maine of the bailey island maine to the bailey island maine is New Hampshire; to the bailey island maine and east of Mississippi. The park gets very busy during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all over one visit, so it is a thrill that everyone of all is the bailey island maine of activities for entertainment. Alternatively, among the bailey island maine to offer. Hunting, fishing, and boating are just a minute away from it all the bailey island maine are reasonably priced are also quite a number of interesting Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in education, health care, IT industry, and social services are given to individuals with disabilities to share equal Maine job openings with others. Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the bailey island maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the bailey island maine of the bailey island maine a good place to start. There are local guide's that can be found. Here, you can keep your Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are two Maine casinos, for those times when you rent a vacation in Maine during winter include, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding. Some consider Portland, Maine as one of those Maine family vacation in Maine. You can rent it. Or if your budget's a little farther away from the bailey island maine of Maine would do themselves a serious injustice if they failed to visit Maine, spring, fall and summer. An alternative would be the 1,700-pound chocolate moose in a beach chair sipping your coffee as the lobster restaurants featuring fresh lobsters is done by Maine lobster is famous for being able to enjoy during your stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all and keep your Maine fishing of the bailey island maine. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the bailey island maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the bailey island maine and the bailey island maine of the bailey island maine is happy to answer queries and send information to travelers who call or write ahead of their travel dates. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 25 Jan 2013 01:39 AM PST Bila lemah banyak salah laku Umno terdedah Posted: 25 Jan 2013 12:22 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.
Katanya, sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.
Tambahnya, terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran RM700,000.
"Semuanya diambil atas nama 'Hidup Melayu' akhirnya Melayu merempat di negara sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, apabila Umno lemah, terbongkar RM40 juta kepada Umno Sabah oleh tauke balak Michael Chia untuk wang sumbangan politik.
Katanya lagi, rahsia kekayaan misteri anak Tan Sri Nazri Aziz yang masih muda memakai kereta Hummer yang bernilai RM459,000 atas nama Michael Chia juga terdedah
Rakyat juga, ujarnya dapat mengetahui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat projek NFC sebanyak RM250 juta.
Selain itu, katanya rahsia hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta dihapus kira juga terbongkar.
Terdedah juga, katanya Raja Farhana Raja Nong Chik mendapat projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor bernilai RM30.8 juta.
Selain itu, katanya rakyat dapat maklumat Ikhwan anak Datuk Jamaludin Jarjis memperolehi projek radar di Lapangan Terbang Subang sebanyak RM128.4 juta.
"Harga kamera laser Digicam (kamera polis) berharga RM173,385 seunit terbongkar, sedangkan harga sebenar RM15,000 hingga RM19,000 sahaja.
"AES ditangguhkan kerana Umno lemah dan Pakatan Rakyat kuat," ujarnya lagi.
Beliau berkata, apabila Umno lemah terdedah bagaimana projek IC biru di Sabah yang berlaku di zaman Tun Mahathir.
Katanya lagi, apabila Umno lemah banyak kelemahan SPR yang terbukti menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh Umno BN.
Rakyat, ujarnya boleh ketahui bagaimana pemimpin Umno Kedah menggunakan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) untuk penginapan di Perhimpunan Agung Umno. "Patutlah Umno takut sangat hilang kuasa, bimbang banyak lagi senarai salah laku mereka akan terdedah.
"Cuba bayangkan jika kerajaan pusat tumbang kepada Pakatan Rakyat maka banyak lagi misteri yang tersembunyi akan terdedah," katanya.
Itulah sebabnya, kata beliau Tun Mahathir siang malam mempertahankan Umno BN supaya jangan tumbang.
harakah/- | Tapisan calon: PAS Perak persoal MB mana terlibat Posted: 25 Jan 2013 12:21 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat prihatin dalam menunggu keputusan Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaporkan kegagalan beberapa pimpinan bertaraf menteri di dalam ujian tapisan yang dilakukannya. Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar. "Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?" tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan. Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar. "Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi 'membersihkan' nama menteri besar," ujarnya. harakah/-
| Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata Posted: 25 Jan 2013 12:12 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri. Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan. Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya. "Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka. "Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin. Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu. Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu. Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut. Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.
harakah/- | Dakwah secara santai Posted: 25 Jan 2013 12:08 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Joseph (kiri) mengambil peluang untuk mendengar dakwah yang disampaikan oleh pendakwah dari IPSI. Kamarudin (tengah) ketika ditemubual mengenai program yang dijalankan.. PANTAI CHENANG - Bersempena sambutan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammmad SAW pada 12 Rabiul'Awal 1434 Hijrah, Pertubuhan Sukarelawan Sosial dan Dakwah Langkawi (LANDAS) dengan kerjasama Pertubuhan Penyebaran Islam Malaysia (IPSI) mengadakan program dakwah berbentuk tazkirah. Pertemuan secara santai itu bertujuan memberi maklumat tentang kebesaran ALLAH dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat dan juga tidak ketinggalan pelancong asing. Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah berkata, objektif utama adalah memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keindahan Islam dan Rasul terakhir bagi umat manusia. "Kita mendapat respons yang cukup positif daripada pelancong Kanada, Amerika, United Kingdom dan sebagainya. "Kesemuanya bersikap terbuka untuk mendengar mengenai hari kebesaran Nabi kita ini," katanya. Program yang dijalankan sekitar Pantai Chenang bermula dari Grand Beach Motel menyasarkan pelancong asing. Kamarudin berkata, pelancong diberikan bunga dan buku mengenai kemuliaan Nabi Muhammad SAW oleh petugas dan pendakwah yang mengikuti program itu. Pelancong dari Scotland, Joseph Atkinson, 56, berkata, dia tiada masalah untuk mendengar lebih lanjut isi kandungan program itu. "Kisah kebesaran Nabi Muhammad dan Islam menarik perhatian saya. "Ia saya umpamakan sebagai satu ilmu yang dikongsi bersama walaupun kita berlainan budaya dan agama. "Pada pandangan saya aktiviti seperti ini baik agar pemahaman tentang Islam dapat difahami sepenuhnya," katanya. Pengerusi LANDAS, Mohd Ali Abdullah berkata, seramai 15 pendakwah dan sukarelawan ahli-ahli LANDAS bergabung tenaga menggerakkan dakwah di sepanjang persekitaran Pantai Chenang. "Kami hanya menjalankan tugas untuk sama-sama berdakwah kepada mereka-mereka ini, yang selebihnya kita serahkan kepada ALLAH SWT, moga pintu hidayah dibuka kepada mereka yang mendengar seruan ," katanya.
sinar/- | Sindiket Jual Bayi Terbesar Tumpas Posted: 25 Jan 2013 12:06 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Antara sijil kelahiran asli yang turut dirampas. GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket penjualan bayi terbesar di negara ini selepas menahan 33 suspek dan menyelamatkan sembilan kanak-kanak berusia di antara dua bulan hingga lapan tahun.
Seorang doktor dari sebuah hospital swasta di sini dan seorang pekerja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara yang ditahan termasuk dalang di negeri ini, Perak dan Kedah.
Polis merampas 19 telefon bimbit, dua kereta, lima kad Mykid, 18 kad perubatan, 14 sijil kelahiran asli dan wang tunai RM15,000 dari suspek yang berusia antara 23 dan 62 tahun.
Dalang sindiket tersebut adalah seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang dalam tahanan polis. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sindiket tersebut yang menjual bayi dan kanak-kanak pada harga RM18,000 dan RM30,000 aktif dalam kegiatan itu sejak 2009.
Katanya, polis menubuhkan pasukan khas dengan disertai 25 pegawai selepas menerima satu laporan pada bulan lalu mengenai seorang wanita asing menjual bayi berusia 40 hari pada harga RM4,300.
"Melalui operasi yang dinamakan Ops Pintar Sayang, kami berjaya menyelamatkan sembilan kanak-kanak dari keluarga angkat yang membeli mereka. Kanak-kanak itu dipercayai terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Bangladesh," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen di sini. Beliau turut menyiarkan gambar kanak-kanak tersebut kepada media.
Nama dan gambar kanak-kanak terbabit dilindungi di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak. Kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah perlindungan dan berada dibawah jagaan polis.
Abdul Rahim berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah mensasarkan wanita warga Thailand dan Indonesia yang hamil luar nikah serta mengalami masalah kewangan.
"Wanita tersebut akan dibayar RM2,500 dan RM4,500 bergantung kepada jantina dan fizikal rupa paras bayi yang dilahirkan.
"Namun mereka akan menjual bayi tersebut kepada pasangan yang sukar mendapat anak bersama-sama dengan sijil kelahiran asli pada harga RM18,000 dan RM30,000," katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pekerja JPN tersebut terlibat mengeluarkan sijil kelahiran asli kepada keluarga angkat, berdasarkan bangsa bayi itu.
Bayi warga Thailand akan dijual kepada pasangan Cina manakala bayi warga Indonesia kepada keluarga Melayu dan bayi warga Bangladesh kepada pasangan India.
Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat pekerja JPN lain yang terlibat dengan sidiket tersebut.
mstar/- | NGO lapor ke Jawi bantah filem tamil hina Islam Posted: 25 Jan 2013 12:04 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan An-Nasr hari ini membuat laporan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubungan dengan sebuah filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam.
Pengerusinya, Salim Hassan ketika dihubungi Harakhdaily mendakwa filem tersebut sudah pun dihalang penayangannya di beberapa negera seperti Singapura, Sri Lanka dan UEA namun ia terus ditayang di negara ini.
"Kita telah membuat satu laporan di JAWI pagi ini mengenai sebuah filem Tamil yang didakwa telah menghina komuniti Islam, perkara ini akan disiasat oleh pihak JAWI sebelum mereka mengambil tindakan.
"Walaupun beberapa negara telah pun menghalang penayangan filem tersebut, namun Malaysia masih lagi meneruskan tayangan di seluruh negara," jelasnya.
Beliau mendakwa, filem tersebut telah mengambarkan bahawa umat Islam sebagai penganas kerana ajaran yang ditunjukkan dalam Al-Quran.
Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem ini sehingga 28 Januari ini dan akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum membuat keputusan.
"Adalah amat memalukan apabila Malaysia dijadikan sandaran penerbit India apabila kes tersebut dibawa ke mahkamahdengan mempersoal kenapa Malaysia sebuah negara Islam pun membenarkan penayangan filem tersebut tetapi tidak di Sri Lanka (India)," katanya.
Sementara itu, bererapa NGO akan berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 2.30 petang ini sebelum berarak ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi penyerahan memorandum.
harakah/- | Kronologi Pegawai HEP pukul pelajar Perak Mesir Posted: 25 Jan 2013 12:04 AM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pada 19 Januari lalu, para pelajar Perak di Mesir dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di negara itu yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.
"Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci," tulis Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013, Muhammad Hanif Abdullah di dalam blog http://kpipm64.blogspot.com.
Katanya, setelah gagal mendapat respons yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.
Menurutnya lagi, setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.
harakah/- | Cemas hampir dihempap pokok Posted: 24 Jan 2013 11:54 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Sarojah (duduk, tengah) melihat sisa pokok yang tumbang ke dalam rumahnya. Meja makan hanya beberapa meter dari tempat kejadian. TAWAR - Selera seorang penduduk ketika menikmati buah pisang terbantut setelah beberapa dahan dan batang pokok menghempap kediamannya kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Baru Pekan Tawar di sini, kelmarin. Ketika kejadian, Sarojah Hang Chuen Seng, 48, sedang menikmati pisang yang diberikan oleh jirannya sebelum dikejutkan dengan kejadian itu. Menurutnya, dia terkejut setelah dahan pokok bersama beberapa pokok tumpang jatuh dan menembusi bumbung rumahnya. "Dahan pokok hampir terkena diri saya, jarak tempat kejadian hanya beberapa meter dari meja makan," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, dia terus melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan selain bimbang berlaku kejadian yang lebih buruk. "Saya memang takut, tambahan pula hanya saya seorang saja di rumah ini. Saya tiada anak dan suami pun sudah meninggal beberapa tahun lalu. "Jadi, saya seorang sahaja yang menetap di rumah ini. Saya tiada orang lain melainkan jiran-jiran di kawasan ini," katanya. Katanya, beberapa bahagian bumbung rumahnya rosak teruk dalam kejadian itu. "Hari ini (kelmarin) saya tumpang tidur di rumah jiran, saya masih bimbang dengan kejadian ini tambahan pula keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda PPP Kedah, A Maniwel berkata, pihaknya akan memanjangkan masalah tersebut kepada pihak berkenaan. "Kita akan meneliti bantuan yang diberikan berikutan mangsa tidak mempunyai pendapatan dan hanya bergantung dengan wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendiang suaminya," katanya semasa melawat keadaan mangsa. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sulaiman Ahmad dan Jawatankuasa Kelab Putera 1 Malaysia, R Karthik.
sinar/- | [PANAS] 2 Menteri, 1 MB, 1KM Gagal Ujian Saringan SPRM, Dinasihat Tak Tanding PRU13 Posted: 24 Jan 2013 11:15 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. -SH
| Berang diadu pada ibu Posted: 24 Jan 2013 11:14 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Gombak: Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang pemandu van putus urat tangan kanan dan menerima empat jahitan di telinga kiri selain patah kedua-dua tangan selepas diserang seorang lelaki yang tiba-tiba mengamuk sebaik mendapat tahu mangsa berjumpa ibunya, kelmarin.
Kejadian tidak diduga itu berlaku ketika mangsa, Mustafa Bahak, 48, bertemu ibu lelaki itu di rumahnya di Selayang Baru, di sini kira-kira jam 6.30 petang untuk mengadu perbuatan anak wanita terbabit yang mencuri telefon bimbit miliknya.
Ketika itu, lelaki berusia 28 tahun itu baru pulang dan sebaik mendapati mangsa berada dalam rumahnya, lelaki itu terus naik angin dan mengunci pintu pagar rumah sebelum menyerang mangsa dengan parang.
Malah, mangsa yang cedera ditetak cuba menyelamatkan diri dengan berlari melompat pagar rumah namun gagal sebaliknya terjatuh ke dalam longkang dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu dan menghantarnya ke Hospital Selayang. Mustafa berkata, kejadian bermula apabila telefon bimbitnya hilang Isnin lalu ketika berkunjung ke kedai makan bersama rakan di Selayang, kira-kira jam 11 malam.
metro/- | Pesawat hilang di Antartika, nasib 3 lelaki belum diketahui Posted: 24 Jan 2013 10:54 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Pesawat Hercules C130 masih gagal dikesan akibat ribut salji di di Antartika. WELLINGTON - Tiga lelaki warga Kanada dipercayai hilang di Antartika selepas pesawat kecil dinaiki hilang. Jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata, misi mencari dan menyelamat kesemua mangsa giat dilakukan. "Mereka dilaporkan hilang malam kelmarin dalam penerbangan dari Kutub Selatan ke pangkalan Itali di Terra Nova Bay," katanya. Menurutnya, satu pemancar kecemasan diaktifkan di kawasan pergunungan. "Pasukan penyelamat masih gagal mencari lokasi pesawat Twin Otter tersebut," katanya. Sementara itu, Koordinator Misi Mencari dan Menyelamat New Zealand, Mike Roberts, berkata, pesawat Hercules C130 dikesan di pergunungan Queen Alexandra, namun tiada bangkai pesawat ditemui. "Keadaan cuaca yang buruk menyukarkan lagi misi mencari dan menyelamat mangsa," katanya. - AP | Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2? Posted: 24 Jan 2013 10:50 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan. Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu. Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini. Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan. Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka. Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit. Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut. Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik. Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.
sinar/- | 42 maut di majlis pengebumian Posted: 24 Jan 2013 10:38 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Orang ramai membawa lelaki cedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan sejurus letupan.
KIRKUK - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah majlis pengebumian yang berlangsung di masjid pengikut Syiah, utara Baghdad serta mengorbankan 42 orang dan 75 yang lain cedera, kelmarin. Menurut Datuk Bandar Tuz Khurmatu, Shallal Abdul, berpuluh mayat bertaburan di lantai Masjid Sayyid Al-Shuhada sejurus penyerang meletupkan dirinya. "Sehingga ke hari ini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan mengejut itu," kata Abdul. Beliau berkata, suspek disyaki menjadikan majlis pengebumian seorang saudara kepada ahli politik yang ditembak mati sehari sebelumnya sebagai sasaran. "Antara mangsa yang cedera adalah pemimpin puak termasuk Ali Hashem Aghlu, timbalan ketua Barisan Hadapan Turkmen Iraq dan ahli majlis Salaheddin," katanya. Letupan bom berani mati membabitkan seorang lelaki itu berlaku selepas insiden melibatkan serangan bom yang meragut 26 nyawa serta berpuluh yang lain cedera pada minggu lalu. - AFP | Isteri tanam RM42,000 Posted: 24 Jan 2013 08:00 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Tidak tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami yang suka berjudi, seorang wanita terpaksa menyorokkan wang hasil pendapatannya menjual nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin berisi wang di dalam rumahnya.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata, hasil kegigihan dan sikap jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya menyimpan RM42,000.
Menurutnya, tindakan menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar terakhirnya bagi memastikan wang miliknya tidak diambil suami yang ketagih bermain judi mesin kuda.
"Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi. MASHITAH (kanan) menceritakan masalahnya kepada Khairul Anwar dan Nur Hafidzah. "Malah, semua barang kemas saya berjumlah RM12,000 dia gadai dan duit digunakan untuk berjudi dan selepas itu, saya terpaksa menebus sendiri untuk mendapatkan balik barang kemas berkenaan," kata ibu tiga anak berusia enam hingga 15 tahun itu.
metro/- | Pelajar rentung dalam kereta selepas dirempuh pacuan empat roda Posted: 24 Jan 2013 07:48 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Bomba mengeluarkan mayat mangsa di tempat duduk pemandu, lewat petang semalam. KLANG SELATAN - "Beberapa minit sebelum itu, Lavindra ada menghubungi saya minta saya belikan petrol. Dia beritahu keretanya kehabisan minyak di lebuh raya Kesas," kata Suren mengenai panggilan terakhir diterima daripada mangsa, S Lavindra, 25, yang meninggal dunia dalam kebakaran kereta, di sini. Suren berkata, tiada apa-apa perkara pelik dimaklumkan mangsa melainkan agar cepat membelikan petrol. "Saya segera ke stesen minyak di Bandar Puteri sebelum bergegas ke lokasi Lavindra berada namun saya rasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu berlaku apabila orang ramai mengerumuni keretanya. "Bomba memaklumkan ada lelaki terbakar dalam kereta dan sebaik tahu nombor pendaftaran serta sah ia milik Lavindra, jantung saya bagaikan tercabut. Tidak sangka baru sekejap tadi dia menghubungi saya, kini dia sudah meninggal dunia," katanya. Dalam kejadian lewat petang kelmarin, hasrat seorang penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Telekomunikasi sebuah kolej swasta di Cheras pulang menemui keluarga sempena cuti umum semalam tidak kesampaian. Hasratnya berakhir tragedi menyayat hati apabila mangsa terbakar dan rentung dalam kereta di Kilometer 19.5 lebuh raya Kesas berdekatan susur ke Bandar Botanic dari arah Shah Alam menghala Pelabuhan Barat. Dalam kejadiam kira-kira jam 4.20 petang itu, kereta mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan lain dipandu seorang wanita. Menurut Suren, dia yang berkawan baik sejak tujuh tahun lalu tidak menyangka mangsa meninggal dunia dalam keadaan tragis dan tidak akan melupakan peristiwa ngeri itu. "Lavindra memang seorang yang peramah dan suka membantu rakan-rakan. Dia dijangka menamatkan pengajiannya tidak lama lagi dan Oktober ini juga dia dijadualkan hadir konvokesyen. "Namun impian sahabat saya yang juga anak kedua daripada empat beradik itu tidak kesampaian," katanya yang menemui mendiang buat kali terakhir Sabtu lalu, ketika mangsa pulang bercuti di kediaman keluarganya di Pelabuhan Klang. Sementara itu, Ketua Trafik yang juga Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, rempuhan Toyota Fortuner itu menyebabkan Proton Saga yang dinaiki mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup.
"Letupan itu disusuli dengan percikan api yang mula membakar belakang kenderaan dan mangsa dipercayai gagal keluar daripada kenderaannya kerana disyaki terhidu asap dan pengsan. "Difahamkan orang awam yang melihat kejadian itu cuba membantu mangsa keluar daripada kereta namun gagal ekoran kebakaran berlaku pantas," katanya. Menurutnya, bomba yang tiba di lokasi kejadian berusaha memadamkan kebakaran dan mayat mangsa ditemui rentung dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu.
"Mangsa yang rentung dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, saksi kejadian diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Naim Saufy menerusi 03-33722222 untuk membantu siasatan.
sinar/-
| Malaysia tayang filem yang diban kerana hina Islam Posted: 24 Jan 2013 07:41 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, rakyat Malaysia bebas menonton filem itu. Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini. Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara. Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem. Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India. "Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dgn segera filem ini," kata satu kenyataan. Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini. Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.
harakah/-
| Anwar: 'Jawatan PM bukan isu, yang penting rakyat' Posted: 24 Jan 2013 07:28 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Datuk Seri Anwar Ibrahim KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama besar dunia politik Malaysia, malah namanya terkenal di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang reformis, beliau sering menggegarkan negara sejak beliau di bangku universiti lagi.
Malah karier politiknya cerah apabila dalam tempoh yang singkat, Anwar diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun, pada 1998, segalanya berubah, Anwar dipecat dan kemudian mengetuai barisan pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuainya berjaya memecah dominan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, malah Anwar terus mengorak langkah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ikuti wawancara eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL dengan jurugambar SAFWAN MANSOR di pejabatnya kelmarin. SINAR HARIAN: Selepas lima tahun PRU pada 2008, bagaimana perasaan Datuk Seri melihat suasana politik dan perkembangan dilalui Pakatan Rakyat? ANWAR: Alhamdulillah, kerana tahap kesedaran rakyat itu meningkat walaupun iklim politik masih tidak terbuka dan demokratik, ruang media itu sangat terbatas tetapi wujud kesedaran sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Itu pada saya sangat meyakinkan. SINAR HARIAN: Pilihan raya semakin hampir, adakah Datuk Seri berasa gementar untuk hadapi PRU13 kali ini? ANWAR: Sudah lama kita tunggu jadi dah tiba waktunya, sudah tentu kita bekerja dengan suasana yang lebih tertekan dan juga dalam beberapa aspek melelahkan. Tetapi PRU ruang berdamping secara langsung dengan rakyat dan memberikan kesempatan untuk mengungkap dasar dan menjelaskannya. Saya rasa itu suatu yang positif. SINAR HARIAN: Apakah perkara menggembirakan yang Datuk Seri rasakan sejak lima tahun lalu. Adakah gembira dengan pencapaian PR setakat ini? ANWAR: Walaupun perjalanannya penuh dengan onak dan getir, peristiwa di Perak, tekanan di negeri-negeri yang diperintah, pendakwaan baru terhadap saya, tetapi saya syukur Alhamdulillah, itu tidak sedikitpun mengalihkan fokus kita yang utama untuk memenuhi agenda. Tahun ini, kita nampak prestasi dengan negeri-negeri makin mantap, kerjasama dalam Pakatan dengan pelbagai serangan, jauh lebih kukuh dan muafakat dalam isu-isu besar. Saya lihat ini perkembangan yang menggalakkan termasuk tahap dan keupayaan kita menerobos ke rantau dan daerah baru yang dahulunya sukar diterima.
Jadi itu permulaan yang sangat baik dan saya dapat kesan baik di Lahad Datu, Baram, Hulu Kelantan dan Johor. Sambutan itu sangat meyakinkan. Di sebalik kelebihan itu, pastinya ada kekurangan dengan PR atau kerajaan Negeri, bolehkah Datuk Seri kongsikan bersama?
Kalau Kerajaan Negeri, sementara langkah yang diambil itu baik, menghindar rompakan khazanah negeri, beberapa kemudahan merakyatkan ekonomi, tetapi mungkin kerana ada yang kurang pengalaman daripada segi pentadbiran, maka penyampaiannya kurang menyeluruh sehinggakan media Umno dapat menyerang hal-hal negatif dan kita tidak dapat menyampaikannya.
Bagi saya, kekalahan kita di Hulu Selangor itu ada hikmahnya, iaitu sementara kita berkuasa di negeri, tetapi ada sebahagian penduduk yang tidak mengikuti perkembangan sebenarnya dan masih bergantung kepada media Umno.
Maka kejutan itu telah menyebabkan kerajaan negeri umpamanya mengambil langkah-langkah segera untuk turun secara langsung.
Ini bagi saya cara kita respons positif terhadap apa yang kita kesan sebagai hal yang negatif. Dari sudut PR, kerjasama antara pimpinan itu jauh lebih mantap dan muafakat dan berjalan baik, tetapi kita mengambil sedikit masa untuk kerjasama dan muafakat itu difahami di peringkat bawahan dan akar umbi. Itu dianggap sedikit kelemahan. Keduanya, tanpa pendedahan daripada media utama, maka beberapa program kita dan kenyataan kita tidak dihadam oleh penyokong parti. Ini merupakan sedikit hambatan yang perlu diperbaiki. SINAR HARIAN: Pada pandangan Datuk Seri, adakah PR memainkan peranan sebagai pembangkang yang baik sepanjang 5 tahun lalu? ANWAR: Pada saya, prestasi pembangkang jauh lebih baik daripada ahli Parlimen BN. Ada satu dua yang dulunya terlalu lembap mengemukakan pandangan, tetapi telah lompat. Jadi kita telah selesai bab itu, tetapi saya tekankan ahli Parlimen itu harus menjalankan tugas mampu membahaskan dasar dan menilai projek-projek program pemerintah selain bahaskan rang undang-undang. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan prestasi kita, ahli Parlimen kita jauh lebih baik. Ini diakui lebih baik oleh Speaker, walaupun tidak secara umum. SINAR HARIAN: Berdasarkan prestasi sedemikian, adakah Datuk Seri yakin PR boleh menguasai Putrajaya? ANWAR: Saya yakin sebab pertamanya kerana dukungan rakyat dan keduanya kerana prestasi barisan pimpinan PR, termasuk prestasi di kalangan pemimpin muda DAP, Pas dan PKR. Jauh keupayaannya berbanding Umno dan BN. Itu kenyataan dan tidak dipertikai. Kita lihat pengolahan mereka di Parlimen dan luar Parlimen, penglibatan mereka dalam perbincangan isu dasar itu banyak membantu. SINAR HARIAN: Datuk Seri dilihat menjadi formula pengikat kepada parti komponen PR. Adakah Datuk Seri melihat peranan yang dimainkan Datuk Seri sendiri? ANWAR: Bukan sebab Anwar, saya cuma membantu menyelaraskan mesyuarat, tetapi agenda dasar bersama itu yang mengikat.
Sebab itu saya mempunyai keyakinan, PR boleh kekal. Lebih menyakinkan, kerana kita setuju formula, dasar dan perkara asas. Ada beberapa perkara kecil yang kita tidak setuju, orang kata, ini akan menyebabkan (PR) pecah.
Saya tidak nampak kita akan pecah kerana ada perbezaan pendapat sama ada Beyonce patut menyanyi atau tidak. PR akan pecah sebab itu? Tidak!
Tetapi soal yang fundamental, soal peruntukan Perlembagaan, soal dasar media yang bebas, profesionalisme polis, kebebasan badan kehakiman, dasar ekonomi, pasaran tetapi dengan penekanan kepedulian terhadap rakyat, hentikan rasuah dan penyelewengan dan ini sikap rasis dan menggunakan agama untuk menakutkan. Ini bagi saya hal-hal dasar yang jauh lebih sukar dipersetujui daripada isu-isu yang kecil, mungkin berbangkit dari semasa ke semasa. Ini kita hadam bersama dan bahas dengan panjang dan kita bersetuju. SINAR HARIAN: Apa cita-cita Datuk Seri dalam ikatan bernama PR? Nak jadi Perdana Menteri atau...? ANWAR: Ya, kalau ada sokongan Insya-ALLAH. Tetapi yang lebih penting itu apakah yang kita mampu lakukan berbeza daripada keupayaan Perdana Menteri pimpinan Umno-BN. Ini bagi saya ukuran keupayaan kita. SINAR HARIAN: Jawatan bukan isu? ANWAR: Ya, kerana jawatan itu membolehkan kita melaksanakan pelbagai program umpamanya. Bolehkah kita pastikan bahawa menyandang jawatan perdana menteri itu bukan ruang untuk memperkayakan keluarga atau pun kesempatan untuk merubah sistem dengan menjamin rakyat hidupnya lebih selesa? Ya, kenyataan orang politik itu mungkin dipertikai.
Tetapi kalau kita ada keupayaan membuktikan isu-isu pendidikan percuma, meringankan beban rakyat, meningkat mutu kesihatan, hal-hal itu bagi saya, impian saya. Kita boleh laksanakan dan kita boleh buktikan. Tidak ada masalah. Kalau orang miskin Melayu yang banyak terlantar, tidak terbela, tapi mereka rasa selesa kerana dasar Melayu itu memang diungkapkan.
Jadi rasa selesa. Walaupun dia berada dalam keadaan paling miskin, rumah paling robek, bendera BN paling besar. Itu kerana dia tidak dapat menangkap isu-isu yang kita bangkitkan.
Jadi kita hendak beri ruang kepada orang-orang ini supaya tidak diabaikan dan tidak dikhianati amanahnya. SINAR HARIAN: Salah satu serangan ke atas Datuk Seri sejak lima tahun lalu dan lebih kuat tiga tahun ini, mereka kata PR kerana seorang yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita hendak jadi perdana menteri dan ia berterusan, apa pandangan Datuk Seri? ANWAR: Ya lah kerana dia rasa mengikut tafsirannya itu, kehadiran Anwar itu membantu PR, membantu melemahkan Umno-BN. Orang sudah tak nak dengar, nak buat macam mana. Jadi kutuklah saya. Bukan tiga tahun, 15 tahun lalu pun begitu.
Apakah saya tidak punya maruah, (Presiden PKR, Datin Seri) Wan Azizah (Wan Ismail), anak-anak tidak merasa sedih? Ya, kami ada. Tapi kita kena terima dengan sabar apa yang kita lalui kerana apa yang kita lawan ini, siapa? Perasuah besar. Bila kita bercakap tentang dasar elektrik IPP, yang kita kritik siapa? digabungkan kekayaannya puluhan bilion ringgit. Gabung lagi dengan kekuatan Umno, dengan kerajaan, saudara, gabung ini, tak terlawan kita dalam keadaan biasa. Ini cerita David and Goliath.
Tetapi kita harus dedahkan. Kalau kita tidak hebohkan begini, siapa tahu? Bahawa perjanjiannya sekian, mereka untung berbilion, kadar elektrik naik orang tak tahu. AES kalau kita tak bangkitkan, siapa (tahu). Semua apabila kita bangkitkan ialah subahat kaitan kepentingan di antara penguasa iaitu ahli politik dengan konglomerat yang kaya. Ia merentas kaum.
PRU13, rakyat akan mengundi untuk menentukan kerajaan. Tapi menurut Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin, PRU13 pertarungan personaliti antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak hendak komen tentang beliau, tetapi kalau beliau profesor, beliau patut baca agenda kami. Mana-mana pertarungan tentunya orang akan tengok pimpinan, tetapi orang tengok juga dasar. Orang tengok harga minyak, orang tengok harga barang, dasar ekonomi, orang tengok isu konflik yang berlaku, tak akan ada sebahagian orang Cina yang tidak menyokong BN sebab Anwar, orang Melayu sokong Pas sebab Anwar, tak betul. Logika itu tidak terpakai dalam teori dan politik. Kalau dia kata bahawa faktor pimpinan itu boleh mempengaruhi, adalah kemunasabahannya. SINAR HARIAN: Bagaimana peluang PR? Rafizi sudah bercakap, Saifuddin sudah, Pas pun sudah, Datuk Seri punya ukuran peluang kemenangan macam mana? ANWAR: Ya, ia sukar. Kita belum beres tentang pilihan raya yang bersih. Masih jadi isu dan sidang Parlimen terakhir, saya kemukakan bukti penipuan angka berdasarkan buku terakhir nama pengundi SPR. Jadi ada masalah. Kemudian, Selangor lakukan tinjauan umum menemui 138,000 yang tidak dapat dikenal pasti berdasarkan alamat yang diberikan kerana orang itu tidak ada di alamat yang berkenaan. Jadi maknanya langkah penipuan itu akan diteruskan. Tapi saya masih yakin dan media masih belum berubah walaupun menteri penerangan ada menyebut bahawa akan ada ruang untuk menerangkan manifesto, bebas apa? Lepas ini syarat itu, syarat ini, maknanya kebebasan media bagi menteri penerangan ini adalah peluang mengungkapkan sedikit tentang manifesto. Kita ini di zaman apa? Jadi itu menunjukkan sikap keangkuhan. Ini "listen, listen, listen", gejala peraturan autoritarian baik di universiti, baik di media, itu dia yang kamu dengar dan dalam istilah Inggerisnya "condescending" (meninggikan diri), memberi arahan dan tidak memberikan ruang tapi dengan semua keterbatasan ini, 2008 kita di Semenanjung, kita sudah capai majoriti mudah. Kita tewas teruk di Sabah Sarawak. Saya yakin Insya-ALLAH, kita bukan sahaja dapat memperkukuh kawasan yang kita kuasai sebelum ini termasuk Perak, di Kuala Lumpur 10 daripada 11 dan kita boleh terus menawan Negeri Sembilan, boleh bertapak kuat di pantai barat Johor dan beberapa kawasan Sabah Sarawak itu tidak ada yang menyangkal kita menembusi beberapa kawasan menewaskan apa yang dahulunya kubu-kubu Umno-BN. Maknanya ada kebebasan dan Sinar Harian adalah satu media yang memberi kebebasan penuh tanpa dipanggil pegawai Kementerian Dalam Negeri setiap kali Anwar muncul di muka depan akhbar. Ataupun dalam hal ini setiap kali Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Seri Najib keluar di muka depan Sinar kemudian, Kementerian Dalam Negeri yang baru tidak mungkin memanggil dan memberi amaran. Itu petanda PR akan berada di Putrajaya pada 2013?
Insya-ALLAH. Sekurang-kurangnya untuk media ini, kita mesti bebas. Ini yang kita kena dapat melihat, batalkan lesen, batalkan gangguan, undang-undang ada, kalau anda fitnah, ikut proses mahkamah. Apa urusan politik untuk menahan?
Kadang-kadang pegawai, saya tahu pegawai-pegawai ini, editor beritahu saya, hari ini berita keluar, pegawai ini akan panggil akan panggil dan tanya, "Kenapa dengan u ni, kenapa kamu sokong pembangkang?". SINAR HARIAN: Kalau PR menang, berapa kerusi yang selesa dan yakin? ANWAR: Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang, Alhamdulillah. SINAR HARIAN: Ada yang kata tipis? ANWAR: Tak terlalu tipis. Insya-ALLAH. Satu lagi yang sering disebut ialah apabila PR menang dalam pilihan raya, kuasa Melayu akan terhakis.
Kuasa pemimpin Umno, kuasa rasuah, bukan sahaja terhakis, tapi akan hilang. Tapi kuasa Melayu umum tidak akan terjejas. Kita tidak akan bertolak ansur. Malah kalau pendapat saya, saya jelaskan dalam pimpinan Pakatan Rakyat secara umum, saya mahu tahap penguasaan orang Melayu itu jauh lebih baik daripada di bawah pencapaian Umno selama lebih 50 tahun dan ini terpakai kepada semua jenis persekolahan Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, tanpa syarat kerana inilah bahasa kebangsaan yang telah pun disepakati dalam Perlembagaan. Kemudian yang lain-lain seperti soalnya pendidikan bahasa Inggeris, saya tidak ada masalah. Soal Islam, penghayatan Islam, mengimarahkan masjid, memastikan undang-undang dan peraturan itu dikemaskan, soal membanteras rasuah yang patut, soal kepedulian terhadap masyarakat yang dihina, terpinggir dan miskin, Muslim atau bukan Islam, ini penghayatan Islam yang patut kita ketengahkan bahawa pimpinan itu adanya amanah untuk tidak merompak kekayaan negara.
Apa sebab kita umpamanya selain daripada Nabi Muhammad SAW sebagai contoh terbaik, apa sebabnya kita selalu hebahkan sumbangan Umar Abd Aziz sebagai sebagai khalifah utama dari segi tatakelola yang adil dan bijak? Justeru, kerana ia tidak menyalah guna kuasa. Kalau ini dilakukan siapa yang akan mendapat manfaatnya paling banyak? Orang Melayu. Kalau saya katakan pendidikan percuma, siapa yang paling banyak dapat? Siapa yang paling miskin dari segi jumlah? Orang Melayu. Golongan mana yang dapat meningkat keupayaan mereka daripada tahap hidup yang rendah di rumah asal mereka kepada peningkatan yang lebih baik? Itu dengan sosial mobiliti, dengan pendidikan bermutu dan juga dengan pendidikan percuma.
Tetapi apakah dengan membantu mengangkat martabat Melayu majoriti ini hanya dengan menafikan kemudahan kepada individu India miskin atau Cina miskin? Saya jawab tidak. Saya boleh angkat bersama, kita tolong semua.
Walaupun di kalangan masyarakat India itu memang tahap sosioekonomi itu amat parah. Tetapi jumlah mereka masih kecil berbanding dengan Melayu dan Bumiputera di Sabah Sarawak. Jadi kita berfaedah. Saya kalau ada RM10 bilion yang digunakan sekarang untuk Dasar Ekonomi Baru, memperkayakan kroni, caj elektrik lebih, caj AES, pelbagailah. Gula naik semua. Untung berapa syarikat? Kalau saya ada RM10 bilion itu, saya akan agihkan kepada yang di bawah.
Bagaimana pendidikan percuma? Bagaimana kos barangan yang lebih rendah? Bagaimana pendapat gaji yang minimum? Ini soal kita, ini tuduhan Pas akan khianati Islam, Anwar akan khianat Melayu, ini hanya slogan murahan sahaja.
Betapa pun Pas itu sebagai parti politik dengan kerjasama bersama-sama Keadilan dan DAP, soal Islam mereka konsisten. Saya tahu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, mereka sentiasa mengingatkan dasar akhlak dan Islam yang harus difahami dan disepakati dalam program-program dan kerangka besar Pakatan Rakyat. DAP tentunya ada pendirian tentang demokratik, prinsip meritokrasi. Dan saya dalam Keadilan, apatah lagi sebagai seorang Muslim, saya tidak berganjak dalam soal ini. Jadi kalau soal Melayu ini kalau dikatakan Umno itu berjaya, hanya dari sudut slogan politik, kuasa tetapi dari sudut program, kepedulian di bawah, kita kena ingat berdasarkan fakta berapa jumlah saham Bumiputera? RM22 bilion.
Berapa yang dapat melepas bil akhir sekarang, RM2 bilion. Berapa yang diambil oleh keluarga menteri, keluarga pimpinan Umno? Berapa permit teksi yang diberikan? Berapa yang diperolehi oleh orang Melayu di bawah dan berapa yang diberikan kepada pemimpin di atas? Berapa permit AP yang diberikan untuk kelapa sawit? Siapa yang dapat? Kita boleh teruskan "ad nauseam" dan ia akan membuktikan bahawa apa yang disebut sebagai program Melayu itu memberi manfaat kepada kelompok kecil.
Saya tidak pernah menafikan ada program yang memberi manfaat kepada masyarakat Felda, pembangunan luar bandar,UiTM, ada. Saya tidak nafikan. Kita tidak semestinya ganggu.
Kita tidak akan ganggu Felda melainkan perjalanannya supaya jangan ada rasuah. Kita tidak akan ganggu UiTM melainkan mengangkat kedudukan dan mutu pendidikan UiTM dan tidak menjadikannya sebagai bahan propaganda murahan untuk merendahkan keupayaan anak-anak seperti "listen,listen,listen".
sinar/-
| Hidup Sehat Tanpa Mengeluh Posted: 24 Jan 2013 07:26 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Pernah ada seorang ibu muda bersama suaminya yang sempat berbincang bersama saya di Rumah Amalia. Ibu muda itu mengatakan sudah lama tidak bisa tidur. Cemas, gelisah dan bingung karena tidak bisa tidur, 'setiap malam saya berusaha tidur namun saya tetap tidak bisa tidur, saya gelisah, bangun, tidur lagi. Saya suka marah melihat suami yang tertidur pulas sementara saya tidak bisa tidur.' Sampai oleh dokter dia dikasih obat penenang agar bisa tidur. 'Rasanya saya tidak bisa tidur tanpa obat itu, padahal saya pengen melepaskan diri dari ketergantungan obat tidur itu.' tutur ibu muda itu dengan wajah kusut, muka terlihat cemas dan tegang dengan didampingi suami penuh kesetiaan mendengarkan istrinya bercerita. Hampir setiap hari saya mendengar keluhan, setiap hari selalu ada orang yang mengeluh seolah tiada hari tanpa mengeluh bahkan ada yang memiliki kebiasaan berganti-ganti dokter dan semua dokter jawabannya sama, 'anda tidak ada kelainan, anda hanya banyak pikiran.' karena berdasarkan hasil laboratorium menunjukkan semuanya normal sehingga dengan keluhan tiada habisnya membuat dirinya benar-benar sakit bahkan seluruh keluarganya ikut sakit, tanpa disadari oleh dirinya telah menyebarkan kebiasaan mengeluh sakit sehingga anaknya juga mengeluh dengan keadaan yang sama, merasa dirinya sakit. Gangguan ini biasanya disebut dengan gangguan 'Somatoform' atau yang dikenal dengan 'psikosomatis.' Kalo tidak ditangani dengan baik maka penderita akan cemas, takut, tidak mampu dan hidupnya tidak berfungsi dengan baik, karena merasa selalu sakit, dikantor tidak banyak yang bisa ia perbuat, sering tidak masuk kantor, tidak tahu sakitnya apa karena tidak ada dokter yang bisa menyakinkan dirinya akan sakit yang dideritanya. Apakah hal ini merugikan? Tentunya saja hal ini merugikan selain merugikan diri sendiri, merugikan keluarga, tempatnya bekerja bahkan kecemasan dan ketakutannya menyebar kepada orang2 disekelilingnya dan masyarakat luas. Lantas bagaimana untuk mengatasi bila anda mengalami hal seperti ini? Pertama, Berhentilah mengeluh. Bila anda mengalami peristiwa pada masa lalu yang membuat anda sakit hati, kecewa dan marah, biarkanlah itu berlalu. Upayakan untuk berhenti mengeluh kepada siapapun. Walaupun ada dorongan atau desakan ingin mengeluh bertahanlah, kalo bisa bertahan untuk tidak mengeluh itu berarti gangguan psikosomatis sudah dari setengahnya menurun. Kedua, Sebagai gantinya mengeluh gunakanlah berdzikir kepada Allah, untuk mengkonsentrasikan pikiran & curhatnya kepada Allah maka hati dan pikiran mampu dibersihkan dari segala kegelisahan, kecemasan dan kesedihan. Ketiga, berkumpullah dengan orang-orang yang berpikir positif sehingga anda mampu dipengaruhi oleh pikiran-pikiran yang positif dengan demikian anda mampu hidup sehat tanpa mengeluh.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat ALlah hati menjadi tenteram.' (QS. ar-Raad : 28).
posted by :agussyafii | Pemuda PAS Kelantan terbit buku jawab 7 janji Najib Posted: 24 Jan 2013 07:04 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melalui Lajnah Penerangan telah menerbitkan satu buku bertajuk 'Al-Kisah 7 Janji Najib'. Menurut Ketua Penerangan DPPNK, Ahmad Fadhli Shaari, buku setebal 50 mukasurat itu khusus bagi menjawab janji-janji yang telah ditaburkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu datang ke Kelantan 20 Januari lalu. "Buku ini bakal menjawab semua persoalan di sebalik tujuh janji yang dikemukakan perdana menteri itu satu-persatu. "Janji-janji seperti lebuhraya, pembinaan masjid terbesar, menyelesaikan masalah air dan sebagainya tidak lebih merupakan helah politik Najib untuk merampas Kelantan. "Kesemuanya telah dijawab dengan fakta dan data yang dimuatkan di dalam buku ini," katanya. Najib ketika 'kempennya' dalam program Jelajah Janji Ditepati di Kelantan baru-baru ini berjanji membawa tujuh projek besar ke negeri ini. Antara janji itu termasuk untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) sehingga hari ini. Enam lagi projek termasuk pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek menyelesaikan masalah air. "Janji-janji tersebut kononnya akan dilaksanakan sekiranya Umno berjaya merampas negeri Kelantan daripada PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang. "Hakikatnya, tujuh janji itu hanyalah merupakan janji kosong yang tidak berpijak di bumi nyata. "Bahkan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia sudah boleh melaksanakan kesemua projek yang dijanjikan memandangkan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan pusat pada hari ini," tegasnya. Buku tersebut, mula diedarkan di kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu hari ini. Kepada mana-mana pihak yang berminat boleh dapatkan di Kedai KITA, Bangunan Perhubungan PAS Negeri Kelantan atau melalui emel ahmadfadhli80@gmail.com. | Misi Tawan Selangor - 40,000 warga asing Sabah dipindah ke Selangor Posted: 24 Jan 2013 07:00 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM, 24 JAN : Kerajaan Negeri Selangor diseru mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan wujudnya kira-kira 40,000 'warga Sabah' yang dipindahkan sebagai pengundi di Selangor.
Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 'warga Sabah' itu majoritinya bukan yang berasal atau lahir daripada negeri itu tetapi pendatang asing yang diberi taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.
Katanya, daripada jumlah itu hanya kira-kira 20-30 peratus adalah warga Sabah yang sebenar.
"Pihak Kerajaan Selangor perlu meneliti jika ada ruang-ruang dalam perundangan untuk mendapatkan proses injuksi atau sebagainya kepada mereka ini," kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika dihubungi TVSelangor.
Ujar beliau lagi, jentera Pakatan Rakyat (PR) di Selangor perlu memperhebatkan usaha dan gerak kerja untuk mengenalpasti 40,000 'warga Sabah' itu dengan memberikan penerangan agar mereka tidak dipergunakan oleh BN.
"Tidak mustahil jika mereka-mereka ini diberikan penjelasan dan penerangan maka mereka akan berpihak kepada kita (Pakatan Rakyat).
"Sebab mereka hanya dipergunakan sahaja oleh BN untuk mendapatkan kuasa.
"Selepas itu mereka akan diabaikan dan tidak lagi diberi perhatian oleh BN jika berkuasa nanti," katanya.
harakahdaily/-
| Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar Posted: 24 Jan 2013 06:55 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.
Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga si mati. Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, semenjak diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam. Latheefa mendakwa, saksi melihat sekumpulan individu memukul Sugumar sehingga membawa kepada kematian lelaki tersebut dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang semalam. Sementara itu, satu laporan laman berita The Malaysian Insider yang memetik kenyataan saksi menyebut sekurang-kurangnya empat anggota polis terlibat mengejar Sugumaran dan seterusnya menahan dan menggari lelaki tersebut dalam kejadian itu. Laporan itu menyebut, seramai 20 orang yang lain kemudiannya didakwa menyertai anggota polis berkenaan dan memukul Sugumaran. Mengulas dakwaan berkenaan, Latheefa berkata beliau menuntut agar anggota polis yang didakwa terlibat dalam kejadian itu tindakan tegas. Turut hadir bersama keluarga mangsa hari ini ialah naib presiden PKR N Surendran dan MP Kapar M Manikavasagam. Surendran berkata, Manikavasagam yang turut masuk ke bilik bayat untuk mengecam mayat Sugumar mendapati tangan si mati masih bergari.
Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan mengadakan sidang media pada malam ini. Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di kawasan taman perumahan di Hulu Langat itu.
malaysiakini/- | PAS Sarawak kecam Ibrahim Ali Posted: 24 Jan 2013 06:00 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - MIRI: PAS Sarawak mengecam keras tindakan presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya membakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.
"Adakah dengan perbuatan membakar Bible versi Bahasa Melayu dapat menyelesaikan masalah kalimah Allah?
"Perbuatan Ibrahim Ali hanya mengundang perasaan benci penganut bukan Islam terhadap Islam," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.
Beliau seterusnya bertanya, adakah Islam mengajar umatnya melakukan perbuatan yang biadap ini terhadap penganut agama lain?
"Bagaimana pula kalau penganut agama lain yang membakar kitab suci umat Islam, sudah tentu umat Islam juga akan marah dan begitulah sebaliknya," tegas Jofri yang juga Yang Dipertua PAS Miri.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, perbuatan Ibrahim Ali bukan mewakili umat Islam tetapi lebih kepada perbuatan extremis PERKASA yang bersifat perkauman yang melampau.
(Ibrahim ketika mencadangkan agar Bible bahasa Melayu dibakar yang menyebabkan pelbagai pihak tertanya-tanya kenapa beliau bebas bercakap begitu)
Islam, katanya, melarang umatnya bertindak sedemikian rupa kerana ianya boleh mencetuskan rusuhan kaum dan agama dalam negara ini.
Bagi beliau, PAS Sarawak serta umat Islam yang rasional tidak akan bertindak menghina agama lain disebabkan oleh salah faham dan adalah lebih baik mengadakan perjumpaan atau dialog antara agama untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Sementara itu, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris mempersoalkan bagaimana Ibrahim boleh bebas bercakap perkara yang sensitif sebegitu tetapi sentiasa terlepas dari tindakan.
The Mail di muka depannya melaporkan pelbagai tindakan dan kenyataan Ibrahim sebelum ini dilihat salah tetapi tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya.
harakahdaily/-
| Katak gergasi Posted: 24 Jan 2013 05:50 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Sungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.
Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter . Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.
Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu. Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.
"Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.
LOW menunjukkan katak diperoleh dari hutan Gerik, baru-baru ini. "Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak," katanya. Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.
"Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari," katanya ketika ditemui.
metro/- | Temui mayat disyaki William Yau Posted: 24 Jan 2013 05:40 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KLANG: Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.
Menurut sumber Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri Perantau itu.
Katanya, berdasarkan pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari kehilangannya.
Bagaimanapun, usaha wartawan Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa terbabit gagal kerana difahamkan mereka masuk dan keluar melalui pintu belakang rumah mayat HTAR. Sementara itu, bercakap kepada pemberita di HTAR, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat kanak-kanak itu itu dijumpai orang ramai pada jam 6.30 petang semalam.
"Polis terima panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang semalam.
"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.
"Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek," katanya di sini, semalam.
Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group' dan `Best Team'.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok.
"Kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan," katanya.
William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya.
metro/- | Guru Bahasa Arab tokoh Maulidur Rasul P Pinang Posted: 24 Jan 2013 05:30 PM PST 13 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - (Ustaz Soid [tengah depan] bersama tokoh maah Hijrah Pulau Pinang yang lain) GEORGETOWN: Bekas Guru Pakar Bahasa Arab Kementerian Pelajaran Malaysia, Ustaz Soid Mohd Amin dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul tahun 1434H / 2013 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Sri Pinang pagi semalam. Beliau dihadiah wang tunai berjumlah RM5,000 beserta kalungan pingat serta sijil oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abas. Turut menyaksikan anugerah ini adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman, Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri, Datuk Haji Abdul Malik Abul Kasim, Speaker Dun, Datuk Haji Halim Husain dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAINPP), Datuk Mohd Saleh Man. Ustaz Soid yang kini bertugas sebagai guru kontrak di Sekolah Agama Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Kepala Batas dilahirkan pada 25 Ogos 1944. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Khariah Pokok Sena sehingga dapat sijal Senawi kemudian melanjutkan pelajaran ke Univesiti Al Azhar dengan mendapat Sarjana Muda Syariah. Selepas itu ke beberapa lagi Univesiti di Timur Tengah. Pernah menjawat jawatan sebagai guru di Kolej Islam Klang, Yang DiPertua Angkatan Belia Islam (Abim) Pulau Pinang, Yang DiPertua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pulau Pinang. Sementara itu ketika ditanya apakah perasaan apabila diiktiraf sebegitu rupa beliau berkata, sebenarnya beliau bukan orang yang selayaknya kerana ramai lagi yang berkemampuan yang boleh diiktiraf oleh Kerajaan Negeri. Namun apapun jelasnya, ia mungkin satu rahmat dan sejuta kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1434H / 2013. Beliau bertekad akan membantu memartabatkan Islam terutamanya dakwah dan pendidikan di negeri yang terkenal dengan nama Pulau Mutiara sebaik mungkin. "Alhamdullilah, dengan kesihatan yang sihat dapatlah saya berkorban membantu memartabatkan syiar Islam di Pulau Pinang dengan lebih bersungguh. Apa guna kesihatan yang Allah s.w.t berikan tidak dimanafaatkan untuk tujuan tersebut, " tegasnya dalam sambutan Maulidur Rasul dengan tema 'Qurwatul Ar Rasul - Membentuk Keperibadian Unggul'. Turut tersenarai mendapat anugerah Maulidur Rasul di bidang perniagaan ialah Sheikh Mohamed Ahmad Banjenid yang mempunyai syarikat S.M Banjenid and Son iaitu pengusaha minyak wangi yang terkenal di Pulau Pinang Anugerah Maulidur Rasul bagi ketogari kemasyarakatan diberikan kepada Haji Mohd Taufik Haji Abdul Rahman dan kategori pendidikan diperolehi oleh Abdul Rahman Yob. harakahdaily/- | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 25 Jan 2013 01:19 AM PST Polis: Jangan percaya khabar angin acara bakar Bible Posted: 24 Jan 2013 06:32 AM PST Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini. Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita’ [...] | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 24 Jan 2013 09:19 PM PST Sumbangan Dana PRU-13 PAS Rembau Posted: 24 Jan 2013 07:02 AM PST
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS Kawasan Rembau sila salurkan ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
atau sila hubungi Penolong Bendahari PAS Rembau, Sdr Hamizi 012-2832458
Kepada mereka yang ingin menyumbang selain dari kewangan atau ingin membuat aku janji untuk menyumbang sila hubungi Setiausaha PAS Rembau, Sdr Sufian 013-3589328 | Jelajah Merdeka Rakyat Posted: 24 Jan 2013 06:37 AM PST | Ceramah Anak Mudo Posted: 24 Jan 2013 06:36 AM PST | |
PAS Kawasan Miri Posted: 24 Jan 2013 07:45 PM PST Masalah Penduduk Rumah Panjang Sarawak Yang Setia Menanti Janji Di Tepati!!! Posted: 24 Jan 2013 12:26 AM PST Masalah Infrastrutur dan Penduduk Tanpa Pengenalan Diri di Rh Renang SIBUTI - Rh Renang terletak dalam DUN Bekenu. Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani dan ada juga yang bekerja dengan syarikat swasta. Perjalanan menuju ke Rh Renang dari Bandaraya Miri mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Baru-baru ini rombongan PAS Miri bersama Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah singgah ke Rh Renang. Kunjungan kami disambut baik oleh penduduk rumah panjang Renang.
Perjumpaan tersebut telah memberi sedikit pengalaman kepada pihak kami betapa sukarnya hidup orang di rumah panjang Renang setelah sekian lama menanti keperluan asas yang dijanjikan untuk kawasan mereka belum lagi di tepati.
Ada beberapa masalah yang dikemukakan oleh penduduk Rh Renang kepada pihak kami semasa kunjungan tersebut untuk pihak kerajaan mengambil tindakan. Dibawah ini kita senaraikan beberapa masalah utama yang dihadapi oleh penduduk Rh Renang yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.
Masalah Jalanraya Jalanraya menuju ke Rh Renang agak teruk dan berlumpur. Walaupun ada jalan batu kerikil tapi ianya tidak sempurna dan berlobang akibat jalan rosak. Ketika musim hujan jalan berlopak dan agak licin. Mereka memohon agar pihak pemerintah dapat menurap jalan tersebut dengan tar.
Bekalan Air Bersih Belum Disambung Bekalan air bersih yang belum disalurkan sehingga kini menurut penduduk di situ menyebabkan mereka terpaksa menggunakan air hujan dan air kolam yang berdekatan, mereka sudah pun membeli segala peralatan untuk memasang paip air serta meter air ke rumah mereka tetapi masalahnya walaupun meter air sudah pun dipasang tetapi bekalan air bersih masih belum lagi disambung. Walapun air pili belum dapat digunakan tetapi caj meter air telah pun kenakan setiap bulan kepada penduduk di situ.
Adalah tidak adil bagi pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) mengenakan caj meter air sedangkan mereka tidak dapat bekalan air yang sepatutnya disambung ke rumah mereka.
Kalau kerajaan Selangor boleh menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyatnya tetapi mengapa penduduk di Sarawak tidak diberi kemudahan yang sama. Kalau pengguna tidak menggunakan air selama lebih dari satu bulan sepatutnya tidak perlu membayar sebarang bil tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Mereka merayu agar pihak yang berkenaan segera menyambung bekalan air bersih ke rumah panjang mereka setelah sekian lama mereka menunggu, mereka juga kesal kerana sudahlah bekalan air tidak disambung, kena pula bayar bil bulanan. Mereka juga terpaksa mandi menggunakan air kolam berdekatan yang agak berbau dibawah bukit kerana air tangki tidak mencukupi untuk kegunaan harian.
Perkara semacam ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pihak yang bertanggungjawab dalam urusan bekalan air bersih segera menyambung air paip terus ke rumah panjang mereka sebab meter air dan paip sudah dipasang cuma masalahnya bekalan air bersih saja yang masih tidak disalurkan ke kawasan mereka.
Seperti juga masalah bekalan air, bekalan elektrik juga sudah pun dipasangkan dengan meter tetapi bekalan elektrik masih belum lagi disambung. Sudah beberapa tahun mereka dijanjikan bekalan letrik akan disambung ke rumah mereka tetapi sehingga kini masih lagi macam itu tiada sebarang perubahan.
Sepatutnya pihak Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) segera menyambung arus eletrik terus ke rumah panjang mereka kerana mereka sudah membayar wang deposit kepada pihak yang berkenaan. Apa gunanya memasang meter elektrik sedangkan tiada arus elektrik dialirkan untuk kegunaan rumah panjang tersebut. Mereka mengesa pihak yang berkenaan segera menyambung bekalan eletrik ke rumah panjang mereka. Penduduk Tanpa Dokumen Pengenalan Diri
Ada lebih kurang 20 orang penduduk asal di Rh Renang tidak memiliki kad pengenalan disamping itu juga tidak ada surat beranak. Menurut salah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai John, merayu agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Anak dan Isteri beliau juga tidak memiliki Mykad dan surat beranak sedangkan mereka adalah orang asal Sarawak.
Mereka juga mengadu pernah datang ke Jabatan Pendaftaran Negara di Miri tetapi sehingga kini tiada jawaban yang diberi mengapa mereka masih tidak dapat memiliki Mykad. Mereka juga kesal dengan sikap pihak pendaftaran yang tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia sedangkan mereka adalah penduduk asal bukannya pendatang dari luar Negara. Cuma nasib mereka agak malang mungkin disebabkan ibu bapa mereka tidak sempat hendak mendaftar mereka semasa kelahiran mereka dulu.
Di sini kami telah bertemu dan mencatitkan nama beberapa orang yang tidak mempunyai kad pengenalan. Diantaranya ialah Chunggai Ak Misi, Elizabert Paun Ak Rayong, Jimbau Ak Ukas, Garuda Ak Juing, Runai Ak Gong, Sabarina Ak Nyimbong, Dayang Ak Kayai, Silvia Ak Jiki, Nicolas Ak Samuel dan Lau Ak Frenky.
Nama-nama yang tercatat pernah datang memohon kad pengenalan di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) di Miri. Pemohonan mereka ditolak dengan alasan mereka tidak memiliki dokumen yang lengkap serta tiada surat beranak. Mereka berharap pemohonan mereka untuk memiliki surat beranak dan kad pengenalan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.
Sampai bila mereka mesti hidup tanpa taraf kerakyatan yang sah sedangkan pendatang asing pun dapat memiliki kad pengenalan serta mendapat taraf kerakyatan? Mereka adalah penduduk asal Sarawak yang kurang bernasib baik disebabkan faktor jalan penghubungan yang sukar yang dilalui oleh datuk nenek mereka dulu untuk mendaftar kelahiran anak-anak mereka di JPN. Mereka perlu kad pengenalan untuk menikmati taraf sebagai rakyat Malaysia yang sah untuk mendapat bantuan seperti persekolahan, pekerjaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sepatutnya pihak JPN yang bertanggungjawab menangani masalah penduduk asal Sarawak yang tidak memiliki kad pengenalan dan surat beranak dengan turun padang berjumpa dengan mereka yang tinggal jauh di pedalaman.
Segera Atasi Masalah Rakyat
Itulah beberapa masalah yang sering kita dengar dari penduduk yang tinggal di luar bandar di Sarawak. Kalau pihak kerajaan perihatin dengan masalah rakyat sudah pasti segala kemudahan asas diberi keutamaan kepada rakyat tanpa perlu menunggu pilihanraya barulah hendak menunjuk-nunjuk kebaikan dihadapan rakyat tetapi selepas selesai pilihanraya batang hidung pun sukar hendak nampak.
Seperti masalah jalanraya yang sepatutnya berturap tetapi masih lagi berlumpur. Masalah air dan eletrik yang sepatutnya dipasang tetapi hanya tinggal meter saja dan juga masalah penduduk tanpa dokumen pengenalan diri sepatutnya tidak berlaku lagi di Sarawak.
Kalau di Sabah ramai penduduk asing dapat kad pengenalan mengapa pula rakyat tempatan di Sarawak sukar untuk mendapat kad pengenalan dan surat beranak. Kami mengesa pihak berkuasa terutama sekali pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) , Pihak SESCO (Sarawak Electricity Supply Corporation) atau dikenali sebagai Syarikat SESCO Berhad dan pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
Pihak kerajaaan perlu menyediakan kemudahan asas kepada penduduk kampung yang memerlukannya. Jangan sekadar "melepaskan batuk di tangga sahaja" seperti apa yang berlaku di Rh Renang. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai dan jangan memilih bulu dalam mengatasi masalah kebajikan rakyat.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version
Problem of infrastructures and Residents without Identification at Rh Renang
SIBUTI - Rh Renang is located in Bekenu constituency. Most residents work as farmers and there are also who work with private companies. Journey to the Rh Renang from Miri takes about 1 hour.
Recently entourage PAS Miri together with the National Unity Committee chairman of PAS central, YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa stopped by to Rh Renang. Our visit has been welcomed by the people of the Renang longhouse.
The gathering had given a little experience to us how difficult life of the people of Renang longhouse after a long time waiting for a basic needs that promised to their areas have not yet been fulfilled. There are a number of problems highlighted by population of Rh Renang to us during the visit for the government to take action.
Below we list some of the major problems faced by the people of Rh Renang that need to be addressed by the authorities.
Road problem
A road leading to the Rh Renang is quite badly and muddy. Although there are gravel roads but it is not perfect and hollow due to damaged roads. In the rainy season the road puddles and is quite slippery.They requested that the government can cover the road with tar.
Clean Water Supply Not yet Connected
Clean water supply that has not been channeled to date according to the residents there cause they had to use rain water and the pond water nearby, they have already bought all the equipment to install pipes and water meters to their homes but the problem even if water meters were installed but the supply of clean water is not yet connected. Even though unable to use tap water but water meter charges have been imposed each month to the residents.
If the Selangor government can offer clean water of 20 cubic meters, equivalent to 20,000 liters or 5.680 gallons, per month free of charge to its citizens but why the population in Sarawak are not granted the same facilities.If users do not use the water for more than a month should not have to pay any bills but what happens is the opposite.
It is unfair for the LAKU (Northern Region Water Board) charge the water meter when they could not supply the water that should be connected to their home. They appeal that the parties concerned immediately connect the clean water supply to their longhouses after so long they wait, they also expressed regret that even though the water supply is not connected, they also had to pay monthly bills. They also had to take bathe using a water pond nearby that is quite smelly under the hill because the water tank is not enough for daily use.
This sort of thing should not happen if those who are responsible in managing water supply tap water immediately connect directly to their longhouses because the water meters and pipes already been installed, the only problem is that only clean water supply is not channeled into their areas.
There is no electricity supply
Like the problem of water supply, electricity supply has also been fitted with electricity meters but not yet connected. After a few years they were promised electricity will be connected to their homes, but until now still like that there were no changes.
Supposed to the Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) immediately connect electric current directly to their longhouses because they already pay the deposit to the relevant parties. What's the point to install electric meter when no electric current is flowed for the use of the longhouse. They urged the relevant authorities to immediately connect the electricity supply their longhouses.
Residents without identification document
There are about 20 indigenous people in Rh Renang did not have identity card besides it also there is no birth certificate. According to one of the residents are known as John, pleading that we can help solve their problems. The children and his wife also do not have MyKad and birth certificates whereas they are the origin people of Sarawak.
They also complained that they ever came to the National Registration Department in Miri but until now no answer given why they could not have MyKad. They also expressed disappointment with the attitude of the registration that does not recognize them as citizens of Malaysia while they are the original inhabitants instead of immigrants from abroad. To Just their fate is quite unfortunate may be due to their parents not had opportunity to register them during their birth.
Herein we have met and record the name of several people who do not have identity cards. Among of them are Chunggai Ak Misi, Elizabert Paun Ak Rayong, Jimbau Ak Ukas, Garuda Ak Juing, Runai Ak Gong, Sabarina Ak Nyimbong, Dayang Ak Kayai, Silvia Ak Jiki, Nicolas Ak Samuel and Lau Ak Frenky.
Names that stated ever came to apply identification cards at the NRD (National Registration Department) in Miri. Their application rejected by reason they do not have complete documents and without a birth certificate. They hope that their application for a birth certificate and identity card gets due consideration from the government.
Until when do they have to live without legal citizenship status whereas the foreigners can even have identity cards and citizenship status? They are natives of Sarawak are less fortunate due to factor of roads connectivity difficult that experienced by their grandparents once to register the birth of their children at the NRD. They need ID cards to enjoy status as a Malaysian legally to get assistance such as the education, employment and so on.
However, should the NRD which is responsible for addressing problem of Sarawak natives who do not have identity cards and birth certificates by go to the ground to meet them who live far away at the interior.
Overcome People Problems immediately
That's some of the problems that we often hear from people who live in rural areas in Sarawak. If the government really concerned with the problems of the people certainly all basic amenities given priority to the people without having to wait for elections then to show off the kindness in front of the people but after the elections even nose harder to see.
As the road problems that should be paved but still muddy.Water and electricity problems should be installed but only stayed meters only as well as population problems without identity documents should not occur again in Sarawak. If in Sabah many foreign residents get identity cards why should the people in Sarawak difficult to get identity cards and birth certificates.
We urge the authorities especially the PWD (Public Works Department), the SESCO (Sarawak Electricity Supply Corporation) or known as SESCO Companies and the NRD (National Registration Department) can solve the problem immediately.
The governments need to provide basic amenities to the residents who need it. Do not just " "release the cough at the stair only" like what happened in Rh Renang. The cooperation with the parties concerned is greatly appreciated and do not discriminate in addressing the welfare of the people. | |
PAS LENGGONG Posted: 24 Jan 2013 07:38 PM PST Posted: 24 Jan 2013 07:21 PM PST Dan perkasa tak ambil kesah KUALA LUMPUR: Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, rakyat Malaysia bebas menonton filem itu. Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini. Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara. Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem. Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India. "Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dgn segera filem ini," kata satu kenyataan. Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini. Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat. | Posted: 24 Jan 2013 07:14 PM PST My father had rest in peace last night in Lenggong Malaysia. For those who know my personality he had taught me to encourage other to be better in their life. Be generous to all and inspire enthusiasm in making the best better. I will be back home to Malaysia till the 3rd Feb....GOD BLESS
| Posted: 24 Jan 2013 07:09 PM PST
KOTA BHARU: "Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk.
"Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi," kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar).
Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.
"Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang," ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, "Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa" anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.
Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.
Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam.
Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar.
"Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN.
"Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih," tambahnya.
Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi.
Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih.
"Kiri tak kena, kanan pun tidak kena. Saya sudah lali dimaki," katanya lagi.
| |
Rembau Hari Ini Posted: 24 Jan 2013 07:11 PM PST Sumbangan Dana PRU-13 PAS Rembau Posted: 24 Jan 2013 06:59 AM PST Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS Kawasan Rembau sila salurkan ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
atau sila hubungi Penolong Bendahari PAS Rembau, Sdr Hamizi 012-2832458
Kepada mereka yang ingin menyumbang selain dari kewangan atau ingin membuat aku janji untuk menyumbang sila hubungi Setiausaha PAS Rembau, Sdr Sufian 013-3589328 | Ceramah Anak Mudo Posted: 24 Jan 2013 06:59 AM PST | |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL Posted: 24 Jan 2013 07:09 PM PST PAS KAWASAN SUDAH BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA Posted: 24 Jan 2013 04:21 PM PST PAS Kawasan Bukit Katil telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa. Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Sofi Abdul Wahab dalam kenyataannya pagi ini menegaskan bahawa persediaan PAS Kawasan sudah lama dibuat khususnya di Dun Ayer Molek dan Bukit Baru yang bakal ditandingi oleh PAS.
"Kita sudah bersiap sedia dari segi jentera, kewangan bahkan calon pun sudah dipilih dan sedang meneruskan gerakerja mendekati rakyat".
"Kali ini kita bukan sahaja bertanding atas nama PAS malah kita sudah menggerakkan jentera bersama rakan-rakan PR iaitu PKR dan DAP sejak 3 tahun lepas" tegas beliau.
Beliau melahirkan keyakinan bahawa calon-calon PAS yang diketengahkan kali ini akan memberikan saingan yang sengit kepada BN.
"Kali ini kita bertanding untuk menang bukannya sekadar mencukupkan korum seperti masa-masa lalu".
"Malah diperingkat negeri kita bersungguh-sungguh menumbangkan BN seterusnya membentuk kerajaan baru atas nama Pakatan Rakyat" tegas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka.
Sofi berkata kali ini PAS Melaka akan menampilkan 70 % muka baru bagi menampakkan kesungguhan menggantikan Umno/BN.
"Bukan sahaja muka baru malah 70 % calon kita juga adalah calon muda bagi membuktikan bahawa PAS adalah parti yang dinamik dan sentiasa mendapat dokongan anak-anak muda dan golongan tua"tambah beliau.
| TAKZIAH BUAT TYDP Posted: 24 Jan 2013 04:10 PM PST PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan takziah buat Tuan Haji Mohd Ali Sharif, TYDP PAS Kawasan Bukit Katil di atas pulangnya anak bongsunya berumur 1 tahun ke rahmatullah malam tadi. Semoga beliau sekeluarga sabar menghadapi ujian Allah. Kepada sahabat yang ingin menziarahi jenazah sila ke rumah Tuan Haji Ali di Kampung Sungai Putat. Al Fatihah.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 24 Jan 2013 11:44 AM PST Keutamaan Mati Syahid Posted: 24 Jan 2013 09:20 AM PST Islam mengajarkan kita agar memandang kematian sebagai suatu perkara yang tidak bisa dihindari. Kematian merupakan taqdir yang sepenuhnya di dalam rahasia pengetahuan Allah. Tidak ada seorangpun yang tahu di bumi mana ia akan menemui ajalnya. Demikian pula ia tidak tahu pada usia berapa kematian akan menghampirinya. وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ [...] | Presiden Mahmoud Abbas kecam kunjungan Najib ke Gaza Posted: 23 Jan 2013 09:23 PM PST Sumber FreeMalaysiaToday GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu. "Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA. "Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak [...] | PAS bimbang ‘Projek IC’ di Selangor Posted: 23 Jan 2013 09:20 PM PST KUALA LUMPUR: PAS mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberi hak kerakyatan (IC) di Selangor dan negerinegeri di Semenanjung Malaysia yang menunjukkan pertambahan luar biasa dalam daftar pemilih pilihan raya. Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, hal tersebut wajar dilaksanakan kerana berlaku pertambahan mendadak jumlah pemilih baru termasuklah di [...] | Perutusan Maulidur – Rasul 1434H Mursyidul Am PAS Posted: 23 Jan 2013 09:17 PM PST Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Firman Allah SWT yang bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) – [...] | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 24 Jan 2013 11:31 AM PST Posted: 23 Jan 2013 10:44 PM PST Sistem Dan Pemerintahan Umno-BN Terpesong Daripada Ciri Wasotiyyah- Wednesday, 23 January 2013
- Written by Editor
Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memanjangkan usia kita dengan rahmat Islam dan taufiq Allah serta terus dikurniakan nikmat untuk mengenangi perjuangan Rasulullah. 12 rabiul awal merupakan tarikh keramat dan bersejarah dengan kelahiran kekasih dan utusan Allah yang membawa Islam yang bercirikan wasotiyyah. Allah juga telah menjadikan ummah ini sebagai ummah wasotiyyah yang dilengkapi dengan segala pengertian wasotiyyah pada aspek aqidah dan pemikiran, manhaj, tasawur dan usul. Firman Allah : Maksudnya : "Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil," (al - Baqarah 143)
Maknanya : "Kefahaman wasotiyyah ialah perlaksanaan terhadap prinsip keseimbangan yang dibina oleh sunnah Allah pada makhluk yang bertepatan dengan sistem tuhan dan kehendak ilahi dan juga kerana hikmat yang dikehendaki oleh Allah, takdir yang telah ditentukan, tetap dan sunnah yang tidak akan berubah."
Fenomena wasotiyyah dalam Islam boleh dilihat pada segala sistem Islam. Keadilan dalam pemerintahan, politik, ekonomi, undang-undang dan seluruh kehidupan merupakan tanda wasotiyyah Islam. Kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunakuasa merupakan tanda pemesongan sistem dan pemerintahan daripada ciri wasotiyyah. Pembaziran, korupsi, rasuah, khianat dan kronisme merupakan tanda penyimpangan daripada ciri wasotiyyah Islam. Pengabaian tuntutan Islam dan sikap mengenepikan syariat Islam merupakan tanda ketiadaan nilai wasotiyyah.
Segala sikap dan tindakan yang bercanggah dengan ciri dan nilai wasotiyyah dalam Islam akan mengundang perpecahan dalam masyarakat. Allah Taala berfirman :
Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(al - Baqarah : 213)
Bagaimana ciri dan nilai wasotiyyah boleh dilaksanakan dan direalisasi dalam kehidupan ummah ?. Ciri dan nilai wasotiyyah mampu direalisasikan dengan beberapa tindakan dan pengajaran, antaranya ;
1- Berpegang dengan dengan segala pengajaran Al-Quraan dan sunnah Rasulullah serta menolakkan segala tuntutan hawa nafsu yang bercanggah dengan Islam. 2- Para ulama mesti berperanan memperjelaskan tentang ciri dan nilai wasotiyyah Islam dengan adil dan tepat kepada masyarakat. 3- Kerajaan mesti bertindak adil dan memerintah berlandaskan tuntutan Islam dalam seluruh sistem dan aspek. 4- Rakyat mesti bangkit melaksanakan tuntutan Allah sebagaimana firmannya :
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik (ali Imraan : 110)
Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat mengukur dan menilai segala tindakan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun tapi Barisan Nasional terus mengekalkan ISA yang ditinggalkan oleh penjajah dan mengugut atau membeli rakyat dengan duit sehingga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk kepentingan Barisan Nasional dan mengaku wang rakyat adalah wang UMNO. UMNO terus menafikan dan mencerca Hudud Allah, walaupun bersandiwara untuk mempertahankan kalimah Allah. Kerajaan UMNO terus mencipta sejarah keruntuhan dalam projek-projek yang dibina dengan duit rakyat kerana kesan 'wasotiyyah UMNO' dalam rasuah, penyalahguna kuasa dan pembaziran. Rakyat mesti bangkit untuk buat perubahan dalam PRU-13. Insyallah, Islam akan menang dan berdaulat insyaAllah. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 24 Jan 2013 09:18 AM PST PAHANG "BERANGAN" JUAL AIR PADA SELANGOR... Posted: 24 Jan 2013 09:14 AM PST | SATU LAGI PROJEK KERA DI HUTAN DISUSUKAN OLEH UMNO Posted: 23 Jan 2013 06:27 PM PST United Statess Sports Academy (USSA) mengaku bahawa International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS) adalah satu program baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin. Seramai seribu guru pendidkan jasmani telah menjalani kursus di atas sebagai projek perintis dan menelan belanja RM22.9 juta. Jelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. Di mana maruah Naib Cancellor UiTM yang juga bekas individu penting di Kementerian Pengajian Tinggi serta staf Fakulti Sains Sukan UiTM? Projek bersama USSA bakal memaksa rakyat menampung kos RM1.15 bilion sekiranya diteruskan untuk melatih lima puluh ribu guru P.J. seluruh negara. Di kawasan Parlimen TPM sendiri iaitu Pagoh, pelajar sekolah agama terpaksa berpuas hati dengan ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. Malaysia Deputy Prime Minister Receives International Honorary Doctorate from the AcademyPublished January 18, 2013The United States Sports Academy honored His Excellency Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin with a 2012 International Honorary Doctorate Thursday, Jan. 17 at its campus in Daphne, Ala. "It is a great honor for me to be here today to receive an Honorary Doctorate from the Academy and will be a moment I shall cherish," said Muhyiddin, who is both Malaysia's Deputy Prime Minister and Minister of Education. "Sports always has been a passion of mine. I am convinced that sports is able to play an important role in not just developing oneself, but having a multiplier effect on molding and unifying a nation." This led to the Malaysia Ministry of Education (MOE), which Muhyiddin heads, approving the Academy's latest sports education program for Malaysia—the International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS). . The Academy recently completed training the first 1,000 Malaysian educators from June to December and plans call for tens of thousands more to eventually go through IDPESS over the next several years. The Academy's 10-course diploma program is approved by the Malaysian Qualifications Authority (MQA), a national accrediting body. http://ussa.edu/publications/news/2013/01/18/malaysia-deputy-prime-minister-receives-international-honorary-doctorate-from-the-academy/ Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16171-muhyidin-dapat-doktor-ussa-dapat-projek | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 24 Jan 2013 09:09 AM PST Sumbangan Dana PRU-13 PAS Rembau Posted: 24 Jan 2013 07:03 AM PST
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS Kawasan Rembau sila salurkan ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
atau sila hubungi Penolong Bendahari PAS Rembau, Sdr Hamizi 012-2832458
Kepada mereka yang ingin menyumbang selain dari kewangan atau ingin membuat aku janji untuk menyumbang sila hubungi Setiausaha PAS Rembau, Sdr Sufian 013-3589328 | Ceramah Anak Mudo Posted: 24 Jan 2013 06:29 AM PST | Jelajah Merdeka Rakyat Posted: 24 Jan 2013 06:28 AM PST | Adik Aisyah dan Adik Fatin memerlukan bantuan dan kasih sayang kita semua Posted: 23 Jan 2013 06:19 PM PST
Dari Blog Anak-anak N9
Ezana Aziz:
Assalamualaikum Admin.
Sy nak mnta bntuan skit..sy nak cri sape2 yg sudi membantu ada ank2 dr jbtan kebajikan di Seremban ni..ada dua org..yg seorang nama nya Aisyah 3thun lebih dan sorang lg Fatin Najwa 7bulan.. Merka ni menghidap penyakit kepala membengkak besar yg di penuhi air tu..maaf la sy xtau ape name penykit tu..merka ni ank2 yatim..jd jbtan kebajikan hnya tinggalkan mreka di Hospital Seremban tanpa ditemani sesiapa..jd hnya nurse2 yg btugas je yg menjaga merka..nasib nurse2 di sana prihatin..jd sy nak mnta sist tanya2 kan jika ada yg berminat nak bg sumbangan atau hadiah seprti permainan pada aisyah yg berusia 3tahun itu..sgt2 menyentuh perasaan bila dia asyik memanggil perkataan Ibu.. Ibu..dan dia selalu menangis minta di dukung dan dibawa berjln..mungkin dia bosan agaknya hnya dduk di katil shja..
Sy dpt info ni dr pihak wad sbb kebetulan ank sy satu wad dgn merka..jd sy harap pada sesiapa yg mempunyai rezki lebih boleh la membeli makann atau permainan untuk dia..merka berdua di tempt kan di hospital Tunku Jaafar seremban negeri sembilan di wad 8A..sy minta jika sesiapa yg sudi bole la trus pergi ke sana untuk memberi sumbangan anda..sy pasti jika anda berjumpa dgn mreka hati anda pasti sayu dan sedih dgn nsib merka..jika ada yg berbuat demikian boleh la bgtau dekat page ni nant..nak juga tau ape reaksi ank2 ini..tentu merka gembira sbb ada yg dtg melawat..trima ksh Page Anak Angkat Untuk Dibela sbb menjd medan di mana sy bole menyuara kan isi hati sy..sesungguhnya sy naluri keibuan sy sgt tersentuh bila aisyah itu menangis smbil memangil ibu dan si Fatin Najwa yg berusia 7bulan itu menangis di malam hari kerana rindukan belaian seorang ibu....
* Kepada Insan Yang Prihatin, Bantulah Mereka. Sesungguhnya, Amat Besar Pahala Bagi Mereka Yang Menjaga Dan Mengasuh Anak Yatim.. Semoga Allah Kan Sentiasa Melindungimu Anak Kecil..
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 24 Jan 2013 07:08 AM PST |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 24 Jan 2013 03:55 AM PST Perutusan Maulidurrasul Posted: 23 Jan 2013 06:10 AM PST Bismillahir rahmaanir rahiim Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah memanjangkan usia kita dengan rahmat Islam dan taufiq Allah serta terus dikurniakan nikmat untuk mengenangi perjuangan Rasulullah. 12 rabiul awal merupakan tarikh keramat dan bersejarah dengan kelahiran kekasih dan utusan Allah yang membawa Islam yang bercirikan wasotiyyah. Allah juga telah menjadikan ummah ini sebagai ummah wasotiyyah yang dilengkapi dengan segala pengertian wasotiyyah pada aspek aqidah dan pemikiran, manhaj, tasawur dan usul. Firman Allah : {وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ}، Maksudnya : "Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil," (al - Baqarah 143) الوسطية هي: تحقيق لمبدأ التوازن الذي تقوم عليه سنة اللَّه في خلقه، وفق نظام رباني، ومشيئة إلهية، ولحكمة أرادها اللَّه - تعالى -، وتقدير مسبق، وثوابت وسنن لا تبديل لها، Maknanya : "Kefahaman wasotiyyah ialah perlaksanaan terhadap prinsip keseimbangan yang dibina oleh sunnah Allah pada makhluk yang bertepatan dengan sistem tuhan dan kehendak ilahi dan juga kerana hikmat yang dikehendaki oleh Allah, takdir yang telah ditentukan, tetap dan sunnah yang tidak akan berubah." Fenomena wasotiyyah dalam Islam boleh dilihat pada segala sistem Islam. Keadilan dalam pemerintahan, politik, ekonomi, undang-undang dan seluruh kehidupan merupakan tanda wasotiyyah Islam. Kezaliman, penyelewengan dan penyalahgunakuasa merupakan tanda pemesongan sistem dan pemerintahan daripada ciri wasotiyyah. Pembaziran, korupsi, rasuah, khianat dan kronisme merupakan tanda penyimpangan daripada ciri wasotiyyah Islam. Pengabaian tuntutan Islam dan sikap mengenepikan syariat Islam merupakan tanda ketiadaan nilai wasotiyyah. Segala sikap dan tindakan yang bercanggah dengan ciri dan nilai wasotiyyah dalam Islam akan mengundang perpecahan dalam masyarakat. Allah Taala berfirman : كَانَ ٱلنَّاسُ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ 213. Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).(al - Baqarah : 213) Bagaimana ciri dan nilai wasotiyyah boleh dilaksanakan dan direalisasi dalam kehidupan ummah ?. Ciri dan nilai wasotiyyah mampu direalisasikan dengan beberapa tindakan dan pengajaran, antaranya ; 1- Berpegang dengan dengan segala pengajaran Al-Quraan dan sunnah Rasulullah serta menolakkan segala tuntutan hawa nafsu yang bercanggah dengan Islam. 2- Para ulama mesti berperanan memperjelaskan tentang ciri dan nilai wasotiyyah Islam dengan adil dan tepat kepada masyarakat. 3- Kerajaan mesti bertindak adil dan memerintah berlandaskan tuntutan Islam dalam seluruh sistem dan aspek. 4- Rakyat mesti bangkit melaksanakan tuntutan Allah sebagaimana firmannya : كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik (ali Imraan : 110) Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat mengukur dan menilai segala tindakan pemerintahan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun tapi Barisan Nasional terus mengekalkan ISA yang ditinggalkan oleh penjajah dan mengugut atau membeli rakyat dengan duit sehingga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk kepentingan Barisan Nasional dan mengaku wang rakyat adalah wang UMNO. UMNO terus menafikan dan mencerca Hudud Allah, walaupun bersandiwara untuk mempertahankan kalimah Allah. Kerajaan UMNO terus mencipta sejarah keruntuhan dalam projek-projek yang dibina dengan duit rakyat kerana kesan 'wasotiyyah UMNO' dalam rasuah, penyalahguna kuasa dan pembaziran. Rakyat mesti bangkit untuk buat perubahan dalam PRU-13. Insyallah, Islam akan menang dan berdaulat insyaAllah. Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payong 11 Rabiu'awwal 1434 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan