Buat penat je budak-budak PR datang ke KL, menyemak naik basikal entah dari mana dan buat kecoh kat KLCC masa KL112. Ada yang sampai jatuh-jatuh dan tergolek dog sebelum sampai Gombak. Mak ayah mereka yang tak mengaji tinggi pun boleh faham apa yang Ustaz Kamal Saidin terangkan pasal duit minyak dan hak untuk terima duit minyak. Mungkin akibat terlalu lama diberi `candu' oleh Nik Aziz dan pemimpin Pas, budak-budak ni jadi macam `zombie' yang tidak boleh berfikir lagi dah... kesiaaannn..
Jom kita tengok berapa banyak duit dah Abby dan Hairie kumpul melalui ceramah dan mereka naik apa turun berceramah. Penyokong Pas yang diperbodohkan, tukang bagi derma atau macam bayar tiket tengok funfair atau sarkis. Penceramah pula naik kereta mewah dan mahal memperbodohkan pak cik dan makcik yang naik motor tak berlampu dan kancil buruk. Make sense juga cakap ustaz Kamal Saidin. Teringat seorang YB Pas di Perak yang buat majlis kutip derma dari rakyat selepas dia terpilih jadi wakil rakyat untuk membolehkan dia berkhidmat kepada rakyat.
Ish, ish, ish - ibarat kata Azhar Idrus - "bod-doooh..."
Tak dipanggil membela diri juga macam Datuk Dr Hasan Ali?
Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga di saat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.
Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.
Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.
Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.
Nasharudin Mat Isa Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kisah orang kampung ditipu Pas Kedah bersambung lagi, kali ni Mc berikan video temubual orang kampung dan menceritakan bagaimana mereka ditipu oleh mangkuk-mangkuk Pas Kupang yang mengutip duit permohonan tanah tanpa pengetahuan pejabat tanah dan menipu orang kampung dalam jumlah yang besar.
Untuk baca siri sebelum ini boleh klik kat SINI dan SINI.
Dengarlah rintihan seorang penduduk kampung yang ditipu oleh YB Pas Kupang.
Disebabkan desakan penduduk yang mahu perkara ini diselesaikan, UMB, UMNO Kedah, Pemuda UMNO dan UMNO Baling mengambil inisiatif membuat forum bersama penduduk untuk mencari jalan penyelesaian. Untuk mengatasi masalah ini.
Adun Bayu menunjukan Sijil Penghargaan Beli Tanah Tipu!
Di kiri Peguam Tun Ammar, Penasihat Undang-undang UMB bersama Ketua Pemuda UMNO Baling.
Setelah dinasihat oleh Tun Mohammad Ammar, Adun Bayu Dato Che Azmi membuat keputusan akan mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut lunas undang-undang. Video boleh tengok dibawah,
Insyallah video sesi dialog bersama penduduk ini akan Mc upload secepat yang mungkin. Juga video bersama Tun Mohammad Ammar, mengenai tindakan undang-undang yang boleh penduduk kampung buat terhadap Pas Kupang dan Kerajaan negeri.
Ishh.. bersambung lagi, mungkin Mc siri dialog ini akan Mc sambung esok. Sebab hari ni kalau dok boh cerita ni saja pun, cemuih juga. Apa yang penting, rakyat Kedah kenal siapa Pas yang sebenar. Cerita disebalik parti Islam yang mereka agong-agongkan, sebenarnya penuh dengan penipuan dan pembohongan.
Kalau rakyat susah pun mereka sanggup tipu, cuba bayangkan apa lagi yang sanggup mereka buat untuk kuasa dan wang! McTheory: Masa untuk berubah, TOLAK Pas Kedah!!
Rakyat makin meluat dengan propaganda pelik mainan pembangkang. Terbaru, Mat Jambu Rafizi `RaRa' Ramli menyalahkan UMNO dan menuduh cybertroopers UMNO menggodam akaun facebooknya. Apa punya propa la you main ni Rafizi? Sendiri hack, lepas tu salahkan orang lain ka?
Rakyat makin bijak lah. Jika mereka rajin meneliti propaganda dan sandiwara pemimpin pembangkang, mereka boleh mengesan beberapa persamaan tertentu. Mari lihat persamaan insiden ini dengan beberapa insiden yang lain yang melibatkan mahasiswa pro-pembangkang sebelum ini.
Lihat link di bawah untuk memahami apa yang dimaksudkan -
Kalau lah akaun facebook Rafizi digodam, sudah tentu dia tidak boleh mengakses dan menggunakan akaun facebook nya sama sekali. Bila saya lihat akaun facebook Rafizi sebentar tadi, nampaknya macam tiada masalah langsung dan Rafizi masih boleh mengemaskini status dan menggunakan akaun facebook tersebut dengan lancar.
Sandiwara? Takkan kaedah dan taktik Pakar Strategi PKR sama dengan kaedah Mahasiswa Pro-Pembangkang (Pro-M)? Apa barang sama level, tak de kelas la pak cik....
Berikut kenyatan media yang dikeluarkan oleh Rafizi:-
"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.
Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.
Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.
Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.
Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini."
"Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya" - Razali
MUAR - Lebih 200,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan terbabit dalam politik selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dipinda hujung tahun lalu.
Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 14,000 daripadanya adalah ahli Umno yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selain pelbagai lagi terlibat dengan kerja kesukarelaan yang disertai parti-parti politik.
Menurutnya, jika dulu mahasiswa tidak boleh terbabit secara langsung dalam politik, namun kini sudah dibenarkan yang memberi peluang kepada golongan berkenaan menyertainya secara lebih serius.
"Dulu nak masuk politik tidak boleh kerana mengikut peraturan hanya pemimpin selain mahasiswa dibenarkan, akhirnya yang boleh masuk kepimpinan ialah rakyat, tetapi bukan mahasiswa.
"Bukan kita nak mahasiswa masuk politik, tetapi apabila Auku tarik balik sekatan terhadap politik, kita rugi jika tidak melakukannya kerana ia sudah dipinda. Sekarang mahasiswa sudah ada pilihan, kecemerlangan akademik adalah paling utama, tetapi adalah lebih baik jika mereka boleh kendalikan dua-duanya," katanya ketika sidang media selepas menyertai Majlis Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Muar, dekat Parit Keroma, semalam.
Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kerajaan akan membenarkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk bertanding pada PRU13, pada 15 Disember lalu.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, mengikut rekod pihaknya, 14,000 mahasiswa adalah ahli Umno di seluruh negara daripada jumlah keseluruhan iaitu 200,000 yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, katanya, Pemuda Umno akan melancarkan Sukarelawan Siswa4U bagi mengetengahkan kepimpinan dimiliki golongan terbabit dan ia akan dikendalikan oleh 184 mahasiswa ahli Umno dari Muar sendiri.
"Dan selaras pelancaran program sukarelawan My Beautiful Malaysia pada 3 Februari depan anjuran 1Malaysia For Youth (IM4U) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kita akan lancarkan Siswa4u, di sini, esok (hari ini) bagi mengetengahkan kepimpinan golongan ini.
"Antara tema program berkenaan ialah semangat kesukarelaan selain pelbagai lagi program yang kita tidak hadkan, terpulang kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, antara perkara dirancang termasuk kebersihan di kalangan masyarakat, pembelajaran Bahasa Inggeris, keagamaan serta gotong-royong selain penyerahan bantuan.
Tahun 2000 dulu Pakteh pernah katakan PKR akan hancur dan pada PRU11 2004, memang betol....Hanya Wan Jijah sahaja bertahan untuk kerusi PKR.
Kali ni Pakteh berkata lagi...PKR akan hancur. Pas akan bungkus dan DAP akan jadi seperti 2004.
Itu kenyataan Pakteh dan tn Haji Sanusi Setpol MB Kedah serta Ketua Penerangannya boleh salin ayat pakteh ni.
Tapiiiiii...
Ada tapinya....Ada syaratnya....
UMNO jangan jadi macam UMNO 2008. Biar siapa calon, bekerja lah untuk parti dan bukan untuk diri. Pakteh percaya tuan badan sudah merasai dirinya akan tersingkir dan ada yang dapat hint akan tersenarai...berbaik sangka dan terimalah segala keputusan dengan hati yang terbuka.
Siapa pun anda. Apapun jawatan anda dalam UMNO sekarang....DS Najib mempunyai kriteria tertentu yang mungkin menyebabkan anda tersingkir.
Atau jangan terperanjat jika nama anda terpilih...
Pakteh tak perlu sebut kelemahan PR kali ni kerana apa sahaja tentang PR adalah keburukan. Pakteh hanya ingin ahli-ahli UMNO di semua peringkat bekerja untuk parti. Baik Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Puteri atau Ketua Pemuda.....gerak kerja anda sepanjang 4 tahun selepas 2008 telah dinilai oleh pasukan DS Najib. Senarai nama calon yang dikeluarkan bukan berdasarkan merit selection by computer but dibuat melalui pemerhatian yang rapi dari segenap sudut.
Pemerhatian yang rapi dan teliti ini akhirnya boleh menyebabkan anda yang terasa Winnable Candidate tertolak ketepi.
Saranan Pakteh: Bermuhasabah diri dan merenung kembali kemampuan diri. Janji anda bekerja untuk rakyat adakah sudah tertunai atau hanya syok sendiri?
bagi pendokong tegar calon-calon tertentu....jangan kerana calon kegemaran anda tidak tersenarai...keinginan sejak 4 tahun lalu menjatuhkan PR dilupakan.
Jumpa lagi dalam siri-siri terakhir menjelang PRU13.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebenarnya saya tak pernah dengar nama sebuah NGO yang bergelar "Save Malaysia Stop Lynas" (SMSL) ini. Maklumlah, NGO tersebut terlalu kecil, kerdil dan difahamkan kurang mendapat sambutan dari masyarakat di negara ini.
Setelah di"google" di dalam internet, barulah saya dapat tahu bahawa NGO tersebut ditubuhkan semata-mata untuk menghentikan operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Begitu rupanya tujuan NGO itu ditubuhkan…
Merisik lagi mengenai NGO ini, saya dapat tahu bahawa SMSL juga ditubuhkan dalam bentuk "syarikat" di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Entah apa yang mereka jual saya kurang pasti. Mungkin mereka jual "temberang" kot..?
Merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan sebelum ini, saya menjangka bahawa SMSL mempunyai dana yang sangat besar dan berkemungkinan mencecah jutaan ringgit. Mungkin mereka "untung jual temberang" kot..?
Antara aktiviti yang pernah mereka lakukan adalah seperti demonstrasi-demonstrasi, cetak puluhan ribu baju-T, buat ratusan video dan hebahan yang berkonsepkan "anti-Lynas". Mungkin itulah semua "produk temberang" yang mereka jual di dalam syarikat SMSL…
Biarpun mempunyai penyokong yang sedikit, Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet, mampu untuk membiayai anak-anak buahnya untuk melakukan aktiviti melancong di Australia pada November lalu sambil mencari "bahan-bahan temberang" mereka.
Bun Teet membawa seramai 19 "lembu-lembu"nya untuk bersiar-siar di Sydney dan Canberra, sambil mempamerkan perangai buruk mereka "menglembukan diri" serta menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas di negara itu.
Mungkin mereka meniru perangai "boss" mereka, Anwar Ibrahim, yang sememangnya gemar buat perkara tak senonoh di luar negara dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia…
Persoalannya, BANYAK BETUL DUIT SMSL..! Mana NGO itu dapatkan duit yang begitu banyak untuk menaja 19 orang anggota mereka ke Australia? Australia bukannya negara yang bermata wang rendah seperti Indonesia , Thailand atau Vietnam. AUD 1 bersamaan dengan RM3.20! Mahal..!!!
Kalau Bun Teet kata semuanya ditaja oleh tabung SMSL, siapa pula yang baik hati sangat memberikan dana yang dianggarkan ratusan ribu ringgit untuk sesi makan angin di Australian itu? Takkanlah 19 orang itu duduk dalam khemah, tak mandi dan bawa meggi selama di sana?
Setibanya di Australia, takkanlah mereka "menapak" jalan kaki ke Sydney dan Canberra? Pergi dan balik dari Malaysia ke Australia ditaja oleh AirAsia, kah? MAS? JetStar atau Singapore Airlines? Atau "Pakatan Haram Airlines" yang tanggung semuanya?
Kalau Pakatan Haram yang tanggung semuanya, tak payahlah cakap SMSL itu merupakan sebuah NGO yang sepatutnya bebas dari sebarang sokongan politik. Kalau bebas, buatlah cara bebas. Bukankah lebih baik gunakan nama "Sokong Pakatan Haram" (SPH) sebagai nama NGO, kan senang?
Lagipun, takkanlah nak harapkan Bun Teet. Dia hanyalah seorang bekas guru. Berapa sangatlah "pencen" yang dia dapat Kerajaan Malaysia setiap bulan, kan? Dia guna duit "pencen" dari Kerajaan BN untuk burukkan nama Kerajaan BN? Memang muka tak malu…
Saya dengar tak lama lagi SMSL akan "terbang" ke Jerman pula. Kali ini siapa pula yang taja? "DAP Airlines", "PKR Airlines" atau "PAS Airlines"?
SMSL kini dalam usaha mengumpulkan derma dari orang ramai untuk meneruskan kerja keji mereka. Tan Bun Teet sanggup menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk ke Australia dan ke Jerman, boleh lagi mintak derma?
Rasanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar menyiasat tentang kedudukan kewangan SMSL dengan kadar segera. SMSL perlu buktikan "ketelusan" dan "integriti" mereka kepada masyarakat Malaysia.
Saya percaya, ramai yang ingin tahu siapakah "funder" terbesar kepada SMSL sehingga dapat hidup mewah dan melancong ke luar negara walaupun baru berusia "setahun jagung". Agak-agaknya siapa yang taja SMSL? Takkan UMNO pulak kot..?
Memang kecoh di laman-lama blog Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya Presiden Palestine, Mahmood Abbas kurang senang dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke bumi Palestin, atau lebih tepat lagi ke Gaza.
"Meriah" sungguh mereka menyerang dan menyebarkan cerita itu ke seluruh negara bagi memperlekehkan lawatan Datuk Seri Najib ke sana. Harapan mereka agar rakyat kononnya akan turut memandang serong kepada beliau…
Tapi secara logiknya jika difikirkan, apakah masuk akal dakwaan mereka bahawa Mahmood Abbas tidak tahu tentang lawatan Najib itu ke Gaza? Sedangkan Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang sudah semestinya tahu tentang protokol dan menghormati "tuan rumah".
Rupa-rupanya, berita itu adalah fitnah semata-mata dan Najib sendiri menegaskan bahawa beliau telah memaklumkan lawatannya ke Gaza kepada Mahmood sebelum melawat ke kawasan yang ditindas Israel itu.
Selidik punya selidik, rupanya pihak pertama yang melaporkan berita "kemarahan Mahmood Abbas" itu ialah sebuah media di Israel, The Times Of Israel, di dalam kolum khas, Israel & The Region. Dari situlah para blogger Pakatan Rakyat kutip berita rupanya…
Persoalan terbaik kepada tindakan blogger-blogger itu, sejak bila pula mereka percaya kepada puak-puak rejim Zionis Yahudi Israel itu?
Di antara kenyataan dari pihak Yahudi yang menyokong kezaliman terhadap umat Islam di Palestin, dibandingkan dengan kenyataan dari seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sering membantu umat Islam di Palestin, yang mana satukah yang kita percaya?
Percaya kepada media propaganda Yahudi atau seorang muslim yang begitu ikhlas melawat saudara seagamanya yang tertindas?
Saya sangat hairan dengan pemikiran pemilik-pemilik blog pro-Pakatan Rakyat yang rasanya kurang bijak berfikir itu.
Atau mereka sememangnya dikurniakan dengan akal yang suka memutar belitkan kebenaran tanpa berpandukan yang haq, serta gemar kepada perlakuan batil? Itukah yang mereka hidangkan sebagai santapan minda rakyat?
Kalau benar pun terdesak mahu menjajah negara ini, tak perlulah sehingga mengikut telunjuk Yahudi yang terang-terangan merupakan musuh kepada Islam.
Bukankah Islam telah menegaskan bahawa para yahudi laknatullah alaihim itu tidak akan redha selagi kita tidak mengikut kehendak dan telunjuk mereka?
Dan kini para blogger Pakatan Rakyat mahu rakyat negara ini terpengaruh dengan propaganda Yahudi itu?
Agak menyedihkan apabila saya mendapat tahu bahawa blogger-blogger Pakatan Haram ini sebenarnya beragama Islam. Lupakah mereka tentang bahaya Yahudi kepada umat Islam di seluruh dunia?
Mungkin mereka terpengaruh dengan ketua mereka, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyokong rejim Zionis Israel laknatullah itu menyerang Palestin sekiranya pihak berkuasa di negara haram itu rasa terancam.
Mungkin kerana inilah para blogger bersetuju untuk menyokong propaganda Israel dan menipu rakyat marhain di negara ini.
Anda masih lagi nak percaya dan sokong Pakatan Rakyat dan blogger-blogger upahan mereka?
Ingat Azizan dan Cikgu Joe..!!! Orang-orang kampung di 11 buah kampung di sekitar Gunung Inas ni beri masa sampai tarikh bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah saja. Sampai tarikh tu saja..!!!
Kalau takdak tindakan membela orang-orang kampung yang hangpa tipu sampai ratusan ribu ringgit ni, hangpa siap la PRU ke-13 nanti. Aku "sesah" hangpa cukup-cukup kat blog aku ni..."Kebajikan" apa lagu ni?
Puak-puak PAS jangan ingat orang kampung di Kedah ni bodoh-bodoh belaka macam pengikut hangpa tu. Orang kampung tu dah ready dengan Lawyer. Depa akan tubuhkan badan bertindak secepat mungkin untuk pantau tindakan hangpa...
Dah la hangpa botak licinkan semua balak kat Gunung Inas tu. Hangpa tipu pulak penduduk kampung! Hangpa "balun" balak sampai untung berjuta-juta...hangpa "balun" pulak duit orang kampung! Manusia jenis apa la puak-puak PAS ni..???
Apa? Duit tu disimpan kat pejabat ADUN PAS Kupang? Lepas tu duit tu hilang, kononnya ada perompak pecah masuk? Itu hangpa punya pasal laaa..!!! Sapa suruh simpan duit tu kat pejabat??? Deyyy..orang simpan duit ratus-ratus ribu tu dalam bank la deyyyy..!!!
Sekarang, hangpa ganti balik duit pakcik-pakcik dan makcik-makcik tu! Aku dengar Amirudin kata duit untung balak sampai RM80 juta, Tapi jangan guna duit tu. Hangpa guna duit poket hangpa sendiri pasal hangpa yang tipu duit depa...!!!
Tak adil la hangpa guna duit kerajaan negeri ganti balik duit orang kampung yang hangpa tipu tu. Duit kerajaan negeri tu duit rakyat! Hangpa guna la duit yang hangpa dok kutip dalam karung masa dok ceramah menipu orang tu..!!! Aku tak halal kalau hangpa guna duit rakyat Kedah..!!!
Ini la muka ADUN Kupang, Cikgu Joe, pemimpin PAS yang lesapkan duit orang kampung yang dia tipu hidup-hidup tu..!!! Beratus ribu dia lesapkan duit orang kampung..!!!
Katanya duit tu dah hilang sebab pejabat Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas tu dipecah masuk perompak dan bawak lari duit tu. Dia buat report polis pasal kejadian tu...
Pada aku, itu dia punya pasal la. Sejak bila Pejabat Tanah Baling bagi kuasa kat Jawatankuasa tu kutip duit permohonan tanah TOL? Ganti la balik woiii..!!!
Paling bodoh, alamat Jawatankuasa tu sama alamat dengan pejabat ADUN Kupang! Pejabat Cikgu Joe la tuuuu..!!! Duit tu lesap kat pejabat dia? Woooiii..!!! Bayar balik laaa..!!! Tak reti bahasa ke? Tu semua duit orang kampung la woiii..!!!
Cuba tengok kat bawah...alamat pada resit Jawatankuasa Tanah tu sama dengan alamat pejabat ADUN Kupang...!!! Woiiii...jangan lari la woiii..!!! Kasi balik duit orang kampung tu woii..!!!
Resit "kedai 2 hengget" yang Pejabat ADUN Kupang bagi kat orang kampung..???
Alamatnya sama dengan alamat pejabat DUN Kupang kat atas tu kan? Cikgu Joe kena settle cepattt..!!!
Hallooo bossss..!!! Ambo doh pecat dia dooohhhh...
Aku diberitahu semalam oleh seorang rakan bahawa Nik Aziz telah menyambut "besday"nya yang ke-82 di rumah "sahabat setan"nya, Koperal Singh, ehhhhh.. silap...Karpal Singh. Eppy besday Pok Nik Ajisss...
Dah tua rupanya Pok Nik Ajis ni yer? Dah 82 dah umurnya. Pendek kata, rumah kata pergi, kubur kata mari! Tapi tak sedar-sedar diri, masih lagi nak memecah-belahkan umat Islam lagi...
Melihat pada umur Pok Nik, aku yakin ramai yang setuju bahawa dia patut bersara dari politik. Dah tak larat dah tu!
Dulu officenya di tingkat 3, dah diturunkan ke tingkat bawah sekali. Dan banyak kali dia keluar masuk hospital, muntah darah dan sebagainya. Masuk wad sampai Najib pun datang melawat dia.. Larat lagi ke dia nak berkhidmat untuk rakyat? Atau dia wakilkan kat orang untuk buat kerja dia?
Peliknya, dia sampai awal 30 minit semalam di rumah Karpal. Sama sehari dengan pengumuman Majlis Syura tentang pemecatan Ustaz Nasha dari majlis tertinggi PAS tu...
Err.. Pok Nik datang mengadap Karpal sebab nak kasi tahu pasai Nasha kena pecat tu ke? Alaaa..satu Malaysia tahu Nasha herdik Karpal dan sifatkan Pengerusi DAP tu sebagai anti-Islam.. Pok Nik datang nak hantar report "gembira" kat "tuan" dia ke? Heh!
p/s: Aku tanya je...bukan apa pun...Wakakakakaaaaa..!!!
Ni apa cerita ni, PAS Kedah??? Apa cerita ni Cikgu Joe??? Amboiii...mentang-mentang la pakcik tu orang kampung...senang-senang ja hangpa muhong dia noooo...!!! Sampai bergolok bergadai hangpa buat kat orang kampung noooo...!!!
Memang dasar bajingan! Macam ni ke pemerintahan PAS? Kedah "Sejahtera"? "Sejahtera" tengkorak kamu..!!! Gula-gulakan orang kampung, kononnya nak bagi geran tanah usaha (TOL)..mana geran tanah yang hangpa janji kat orang kampung tu???
Macam ni ke "buat kerja cara Islam"? Kepala hotak hangpa! Nama saja Parti "Islam" SeMalaysia, buat buruk nama "Islam" jer..!!! Memang muka toya tak malu sungguh..!!! Lepas bagi duit..terus hilang..senyap sunyi..!!!
Sorry la sampai 3 perenggan aku marah. Bukan apa, aku memang tak boleh tahan bila tengok orang kampung kena tipu macam ni. Orang Islam pulak tu..dan ditipu oleh sebuah Kerajaan PAS yang kononnya "buat kerja cara Islam"...Puiii..!!!
Aku nak tanya PAS Kedah, sejak bila pejabat Cikgu Joe (ADUN PAS Kupang) tu ditukar jadi "Pejabat Tanah"? Awat? Pejabat Tadbir Tanah di Baling tu takdak ka? Setahu aku, ada 2 pejabat tanah di Baling, satu HQ kat Pekan Baling, satu lagi kat Kuala Ketil...
Bila Cikgu Joe dapat kuasa dari PTG bukak Pejabat Tanah kat pejabat dia? Mana Hj Md Nor PTG tu?Awat ingat dia sepupu sepapat Azizan Razak dan sokong PAS pekat, maka ADUN PAS boleh buat sesuka hati? Awat tak pantau penipuan ADUN PAS ni? Mana respon PTG Kedah?
Mana Sanusi Setpol Azizan yang depa kata "cenge" sangat tu? Mana Zul Ya yang dok putar alam menipu banyak sangat tu? Manaaaaa...??? Awat tak jawab??? Jawab laaaa...!!!
Note: Kisah ini adalah merupakan rentetan dari segmen "Bongkar Balak Azizan di Gunung Inas"...!!!
Korang pernah dengar nama Mazlan Aliman? Kalau kenal dengan Mazlan Aliman, sudah tentu pernah dengar nama Dr. Rosli Yaakop. Tapi ramai tak tahu siapa Dr. Rosli ni, kan? Kata Mazlan Aliman, Dr. Rosli ni "pakar analisis ekonomi" dan dia dilantik jadi Penasihat Ekonomi ANAK...
Itu kata Mazlan Aliman. Seorang pengacau Felda yang bercerita tentang seorang rakannya yang akan "dikeldaikan" untuk membantunya mengacau saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Dah tentu dia akan "lambung" tinggi-tinggi "keldai"nya tu, kan?
Tapi, siapa sebetulnya Dr. Rosli ni? Meh sini aku cerita...heh!
Menurut maklumat yang aku dapat, Dr. Rosli ni bekas Ketua Jabatan di dalam Bank Negara dulu. Tapi khabarnya dia mengaku berjawatan Timbalan Gabenor Bank Negara..!!! Dia kerja kat situ selama 18 tahun...
Masa di Bank Negara, dia sempat sambung belajar dan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara sampai dia dapat PHD dalam bidang ekonomi. Bila dah dapat PHD, dia sokong pulak parti pembangkang. Dia masuk PAS.
Jenis tak kenang budi punya orang. Dia pakai duit rakyat untuk kepentingan dirinya dan bila dah dapat gelaran "Dr", dia hentam pulak kerajaan! Orang jenis macam ni pun ada..?
Nak tahu kenapa dia sokong pembangkang? Rupanya dia ni orang Anwar Ibrahim yang diseludup masuk ke dalam PAS. Anwar memang dah rancang dari awal????
Lepas keluar dari Bank Negara, Dr. Rosli ni pernah jadi CEO di Abrar Finance Berhad dan turut dilantik jadi Pengarah dalam beberapa anak syarikat Abrar tu. Abrar tu kumpulan syarikat kroni Anwar..!!! Mungkinkah Rahim Ghouse letakkan Dr Rosli di dalam anak syarikat kumpulan Abrar???
Memang satu keputusan yang baik masukkan Dr Rosli jadi CEO Abrar Finance sebab lepas tu "pakar ekonomi" ni telah kapankan Abrar Finance ni… Syarikat tu rugi hampir RM200 juta dan dibeli oleh AmBank kemudiannya. "Pandai" betul Dr. Rosli jaga finance syarikat Abrar tu, kan? Sampai "kena jual" dikerjakan syarikat tuuu...heh!
Mungkin dia dah tak laku untuk "dipungut" oleh syarikat-syarikat kewangan di Malaysia, ya lah perlantikan dalam institusi kewangan kena dapat approval Bank Negara. Kalau masa jadi CEO Abrar Finance dah dilingkupkan, takkan nak dapat approval kan.
Dr. Rosli terpaksa cari kerja di Bangladesh jadi CEO sebuah syarikat kewangan di sana.
Peliknya, dia kerja di Bangladesh, tapi dia banyak menghabiskan masa di Malaysia sebok bantu Mazlan Aliman buruk-burukkan saham peneroka dalam FGVH! Dia dah kena pecat dari syarikat di Bangladesh tu ke?
Dari apa yang diceritakan kat aku, Dr Rosli ni hanyalah pencacai ekonomi je. Dia mungkin tahu pasal ekonomi dan sikit-sikit pasal pasaran saham. Dia bukan pakar analisis pelaburan pun, tapi Mazlan Aliman yang bagi gelaran tu kat dia..heh!
Baru-baru ni pada 21 Januari lepas dia kata saham FGVH akan jatuh merudum. Kononnya pasal stok minyak sawit banyak dalam pasaran dunia dan kurang permintaan. Dia confident je ramal saham FGVH tu akan jatuh teruk sejak hari tu...
Mungkin Allah nak tunjuk la kan, lepas dia kata macam tu, harga saham FGVH melonjak naik dari RM4.38 kepada RM4.51..!!! Banyak tuuuu..!!! Kan dah kena sebijik..!!! Dr. Rosli kata jatuh merudum, sekali naik la pulakkkk..!!! Kah! Kah! Kahhhh..!!!
Pelik lah "pakar ekonomi" ni tak tahu harga saham semestinya ada turun naiknya mengikut perkembangan pasaran. Kadar inflasi pun turun naik.. Matawang pun turun naik … Takkan lah saham FGVH ajer yang menurun.. Kalau FGVH menurun, bermakna saham-saham berkaitan sawit macam Sime Darby, IOI, TH Plantations semua pun turun lah …
Macam tu ke ramalan "PAKAR ANALISIS" yang Mazlan Aliman pilih? Kalau Dr. Rosli ni jadi "pakar ekonomi" FGVH, saya yakin lingkup Felda dikerjakan dia. Sama la macam yang dia buat pada Abrar tu...habis lingkup sampai "kena jual" kat bank..!!!
Rasanya peneroka yang dah lebih 50 tahun buat ladang sawit lagi pandai… Mereka dah melalui asam garam turun naik harga sawit, boleh jadi "pakar ekonomi sawit" yang lebih baik daripada Dr Rosli
Jadi, mana kreadibiliti dia sebagai seorang "pakar ekonomi"?
Ramalan dia tu "sampah" belaka! Tak boleh pakai..!!! Sekaligus segala kenyataan dia pasal ekonomi pun memang tak boleh pakai. Tak de kreadibiliti untuk dipercayai...kan?
Aku sarankan Mazlan Aliman cari la orang lain untuk jadi "pakar ekonomi" ANAK. Buat malu je ada "pakar ekonomi cap ayam" macam Dr. Rosli tu. Suruh je Dr. Rosli tu jadi "pakar ekonomi" KOHILAL.
Manalah tahu dia boleh buat PAS kaya raya lepas jadi "penasihat ekonomi" syarikat yang nak mampos tuuu...
Minta-minta jangan dibuat macam kat Abrar Finance…Kah! Kahh..!! Kahhhhh..!!!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh.
"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.
"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam.
"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan Pas," katanya dipetik Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada Pas.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin," katanya di Kuala Lumpur.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Kelana Jaya: Kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar menegaskan insiden pergaduhan membabitkan rakan sepasukannya dengan pemain Tentera yang meletus sejurus tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam Jumaat lalu bukan berpunca daripada Afiq Azmi.
Sebaliknya, pemain pertahanan Red Giants itu yang kini mengikuti latihan pusat bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia pantas menuding jari kepada pemain tengah The Gladiators, Shukor Adan sebagai punca bermulanya insiden malang itu. Walaupun mengakui tindakan Afiq melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan pasukan Tentera tidak wajar, namun Asraruddin tidak mahu kesalahan itu dituding kepada sebelah pihak saja, sebaliknya ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum kejadian itu meletus.
"Afiq tidak akan provokasi kalau tak ada benda lain yang menjadi punca dan bagi saya sesuatu yang tidak logik kalau provokasi itu berlaku tanpa sebab. Saya pertahankan Afiq sebab tindakan itu dilakukannya bersebab.
"Kalau tengok daripada rakaman video perlawanan, ketika Shukur Jusoh diarahkan keluar padang oleh pengadil, apa tindakan yang dilakukan pemain tengah Tentera itu pada Shukur? - BH-
Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.
Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.
Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. - SUMBER-
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.
Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.
Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.
Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.
"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza."... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.
"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
"Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu," katanya.
Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.
Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.
"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.
"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.
George Town, 27 Jan 2013 - Sekumpulan 20 orang terdiri daripada ahli SUARAM, ALIRAN dan Citizen For Independent Journalism (CIJ) berhimpun di sebuah taman permainan di Padang Kota Lama dekat sini dalam satu sesi yang dinamakan "Holy Book Reading".
Sesi yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri oleh beberapa personaliti NGO seperti Melanie Yong, bekas Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Soh Sook Hwa, aktivitis SUARAM. Seah Ho, Penyelaras SUARAM Pulau Pinang, Anil Netto, Bendehari ALIRAN yang juga merupakan salah seorang penulis Herald-The Catholic Weekly. Turut kelihatan ialah seorang pelakon yang juga aktivis teater, Mislina Mustafa selain dari seorang wanita Jerman dan seorang wanita Cina mualaf.
Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kumpulan ini turut menyentuh kononnya perkataan "Allah" telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia ini.
Mereka juga mengatakan bahawa pelaksanaan negara Islam adalah tidak elok untuk umat Islam di negara ini manakala hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor penduduk yang berbilang kaum.
Isu bible versi Bahasa Melayu juga turut disentuh di mana mereka secara berlapik mempertikaikan kenyataan seorang pemimpin Melayu yang menggesa agar bible seumpama itu dibakar.
Ketika sesi itu berlangsung, kumpulan itu turut mempamirkan beberapa plakad / risalah yang tercatat dengan perkataan, "Read it, not burn it!! We respect othet religion!!", "Tolerance and respect other are the basics of peace" dan "Holy is full of holes".
Apa yang menarik, aktiviti anjuran CIJ dengan kerjasama Penang Office Of Human Development (POHD) dan SUARAM Pulau Pinang melibatkan penganut Islam, Kristian, Hindu dan Buddha ini, kononnya dikatakan bertujuan untuk mewujudkan persefahaman serta perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pegangan agama.
Namun begitu, berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan dalam sesi itu yang lebih tertumpu terhadap persoalan melibatkan agama Islam termasuk isu kalimah Allah yang didakwa telah digunakan sebelum wujudnya agama Islam di dunia, jelas memperlihatkan kumpulan berkenaan mempunyai agenda tersembunyi ke arah menyamakan agama Islam dengan agama-agama yang lain.
Lebih dari itu, apa yang diketengahkan boleh mengelirukan dan diyakini mempunyai niat tertentu atau setidak-tidaknya ke arah untuk "menghalalkan" penggunaan kalimah Allah dalam bible.
Inilah di antara agenda Yahudi di seluruh dunia yang amat merbahaya dan matlamat mereka amat jelas mahu menghancurkan Islam di muka bumi ini.
Sebagaimana yang diketahui umum Yahudi akan menggunakan apa saja cara untuk menjayakan agendanya termasuk menggunakan sesiapa saja samada individu mahupun pertubuhan-pertubuhan yang telah diresapi oleh anasir-anasirnya.
Apa yang menarik untuk diperkatakan, siapakah dan apakah kelayakan mereka yang hadir itu untuk memperkatakan serta membicarakan hal-hal berkaitan agama Islam?
Adakah Mislina Mustafa seorang yang benar-benar berpengetahuan tinggi tentang agama Islam? Mislina Mustafa misalnya, kalau dilihat dari segi penampilan diri serta caranya berpakaian... nauzubillah..
Tak payahlah nak kata "don't judge the book by it cover?" Kelompok yang beginilah yang mudah menjadi alat serta diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan Islam!
Sudah sampai masanya umat Islam perlu bersatu. Sudah sampai masanya umat Islam perlu berdepan dengan puak-puak laknatullah ini. Ketepikan persoalan remeh temeh dan pemikiran politik sempit serta jumud. Semoga kita sentiasa diredhai serta dirahmati Allah.
Kerana isu kalimah Allah yang didesak Guan Eng untuk digunakan Kristian telah menyedarkan seorang anak muda P.Pinang yang bergelar Ustaz Wan Khairudin Ahmad berkelulusan Al Azhar daripada terus diperalatkan DAP .
Jawatan beliau sebelum ini dalam DAP adalah Pengerusi Cawangan Prmtg Sintok , Kepala Batas dan kini telah menyertai perjuangan Islam bersama UMNO atas hasil usaha ILMU .
Ternyata beliau telah insaf dan sedar bahawa perjuangan Pakatan adalah memecahbelahkan umat Islam dan mengancam akidah apabila DAP dengan berani mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible.
" Saya terasa tertipu kerana selama ini percaya Islam dipelihara DAP sekalipun P.Pinang diperintah DAP tetapi hakikatnya saya sedar permintaan itu tidak munasabah & tidak masuk akal . "
Kalau anak muda ini yang berada di dalam DAP sendiri boleh terasa terhina & tercabar dalam soal akidah & kalimah Allah , bagaimana pulak dengan yang masih sokong perjuangan songsang PKR & PAS ini ??
- Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang masih mempertahankan keputusan rakan di dalam pakatan disifatkan sebagai 'bacul' dalam memperjuangkan Islam.Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Mohamad Abduh jelas memperlihatkan parti ini takut untuk memperjuangkan Islam dan sanggup menggadaikannya.
"Kenyataan ini juga menggambarkan bahawa DPP sanggup menggadaikan apa sahaja yang selama ini diperjuangkan oleh oleh mereka semata-mata untuk menjaga hati rakan dalam pakatan terutama dalam isu yang seharusnya dipertahankan oleh mereka.
"Selain itu, kenyataan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam. Terutama apabila Majlis Syura Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh untuk umat Islam,"Sebelum ini, Nik Mohamad Abduh membuat pengakuan bahawa parti itu tidak boleh memaksa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menerima keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu kalimah Allah membuktikan Pas bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Menurut Wan Khairul, kenyataan tersebut menunjukkan sayap parti itu 'baculdan dayus' dan langsung tidak memikirkan kesan serta impak kepada masyarakat.
"Sepatutnya kita mengharapkan pendirian tegas dari DPP berhubung isu ini agar rakan-rakan dalan pakatan tidak lagi mempermainkan isu sensitif dan banyak menimbulkan kekeliruan," katanya.
Semalam heboh di media pencacai Pakatan pasal Pok Nik pi sambut Hari Jadi di rumah Karpal Singh. Ini bagi menunjukkan la betapa akrab la hubungan antara Pas dan Dap walaupun panas sekarang tentang isu kalimah Allah yang tidak dipersetujui Majlis Syura.
Biasa la lakonan drama minggu ini oleh Pok Nik-Karpal bila nak PRU13. Jangan terkejut lepas ini akan ada lagi drama Pas dengan Dap demi nak tawan putrajaya walaupun akidah digadaikan.
Antara Pos- Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail jelas rimas apabila diajukan persoalan mengapa PKR tidak menghormati keputusan Dewan Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh diizin menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
Lantas beliau dengan tangkas mempersoalkan mengapakah tiba-tiba pihak media berminat untuk menuruti keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi PAS itu.
"Majlis Syura Ulama PAS yang terdiri daripada 12 orang dalam pandangan-pandangan politik mereka, (juga) mengajak rakyat supaya terus kekal menyokong PAS, menolak UMNO-BN. Yang itu kenapa tak ikut?
"Jadi kita tidak boleh selektif, isu ini isu politik sahaja, isu politik Umno yang sudah semakin tersepit, itu saja," katanya.Sehubungan itu beliau mengulangi pendirian "boss" PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada penegasan yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan itu pada 8 Januari lalu.
Hadi menjelaskan bahawa selagi penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim tidak disalahguna untuk tujuan menghina Islam, maka ia boleh diizinkan.
Bagaimanapun pendirian ini berubah apabila pada 13 Januari lalu, Dewan Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memutuskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan dalam bible untuk menterjemahkan maksud perkataan God atau Tuhan.
Sebagai Dewan tertinggi yang membuat dasar PAS, keputusan itu mutlak dan muktamad menjadi pendirian PAS. Hakikat ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
Malah beberapa ulama PAS kini mula menggerakkan "roadshow" seluruh Negara untuk menerangkan pendirian Dewan Ulama dalam isu ini yang sewajibnya menjadi pendirian rasmi PAS.
Oleh kerana Anwar Ibrahim adalah pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat maka sudah sewajarnyalah beliau peka akan perubahan ini dan dengan segala jiwa kepemimpinan Islamnya wajib memberitahu kepada rakan kongsi Pakatan Rakyat yang bukan muslim – PKR dan DAP— akan perubahan pendirian PAS ini.
Keputusan politik lawan akidah ummah
Malangnya ini tidak berlaku. Malah sama seperti anak didiknya, Saifuddin, Anwar juga menemplak persoalan itu sebagai permainan politik Umno-BN yang dianggap terdesak.
"Jadi sekarang ini tiba-tiba media termasuk Antarapos hendak rakyat mempercayai sepenuhnya kebenaran keputusan Majlis Syura Ulama PAS dalam isu kalimah Allah?," jerkah beliau.Ditanya bahawa adakah wajar semua keputusan Majlis Syura PAS dipatuhi, Saifuddin berkata:
"Ya! Sebab Majlis Syura Ulama (PAS) juga mengajak rakyat menolak UMNO-BN. Dalam semua konteks, dalam semua konteks tak kira...dalam keputusan politik baik, dalam keputusan kalimah Allah baik, okay?"
Lantaran dicengkam emosi, Saifuddin agak samar neraca pertimbangannya untuk membezakan di antara keputusan politik Dewan Syura Ulama PAS dengan fatwanya berhubung soal akidah ummah.
Cukup ironi apabila mendapati majoriti penyokong PKR hari ini adalah golongan yang tidak menyokong parti itu pada awal pembentukannya.
Contoh dari kawan teman yang kuat PKR, ketika PRU 1999 dan 2004, hamba Allah ini belum membenci UMNO.
Tetapi selepas PRU 2008, dia menjadi penyokong totok PKR sehingga ke hari ini. Lebih banyak wajah sebenar pembangkang didedahkan, lebih berat sindrom penafian mewabaki hidupnya.
Bila di kaji sejarahnya, pergerakan wang dalam hidupnya adalah sangat laju. Sejak terkencing dek entah siapa, dia telah menjadi marah-marah kepada UMNO.
Tidak tahu siapa individu yang mengencingnya, marah-marahnya terhadap UMNO berlanjutan ke hari ini sejak tahun 2006 - 2007.
Walaupun banyak memperlihatkan simpati kepada nasib Palestin, dia membalas kenyataan 'saya menyokong semua usaha memastikan keselamatan Israel' dengan 'Felda jual minyak sawit ke Israel'.
Ia seperti kanak-kanak sekolah rendah yang bermulut jahat bermain-main nama bapa masing-masing.
Tiada yang relevan dapat dilihat paksi sokongan mereka yang bersama PKR hari ini melainkan kebencian yang meluap-luap seolah-olah mereka tidak dibenci sesiapa. Kebanyakan mereka adalah mereka-mereka yang dikecewakan oleh himpunan individu penipu yang menggunakan nama UMNO dalam dasawarsa yang lalu.
Jiwa-jiwa kecewa ini tidak pula menghentam si penipu mereka melainkan pucuk pimpinan UMNO yang tiada kena mengena dengan mereka.
Transformasi politik dan ekonomi yang sedang berjalan mulus tidak seharusnya diganggu oleh proses pilihanraya yang tidak telus dalam menampilkan muka wakil rakyat.
Mereka yang kalah pada tahun 2008 harus ditiadakan melainkan terdapat bukti sokongan yang meyakinkan.
Justeru, kedengaran ada negeri yang dengan selamba mengugut untuk tidak menyokong calon baru jika muka-muka lama tidak dikembalikan merupakan langkah anti-transformasi yang menjijikkan.
Mereka harus ada sebab besar perlu dikalahkan pada PRU 2008 yang sebenarnya, paling kotor dalam sejarah kerana terdapat berjuta-juta undi boikot dan sabotaj.
Jika para pemimpin hanya sekadar mengambil janji supaya jangan dilakukan perkara tersebut lagi kepada ahli UMNO sendiri, bagaimana pula dengan kehendak mereka?
Atau kita perlu wujudkan Pilihanraya Pusingan I , Penamaan Para Calon. Kalau teman, memang setuju benorlah.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.
Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.
Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.
Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.
Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.
Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..
Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.
Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.
Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.
Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
Nasharuddin Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media. -Bernama
Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.
Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.
"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.
"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin mengambilnya kembali, itu adalah hak parti," kata bekas timbalan presiden PAS itu.
Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita pemecatan tersebut melalui media.
"Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.
"Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti," katanya lagi.
Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.
Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.
Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.
Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.
Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.
Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.
Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.
Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.
Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.
Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.
Apapun, Nasharudin sudah dianggap 'habuk dalam mata' oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.
Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.
Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.
Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.
Pengakuan dari penduduk kampung bahawa anaknya telah mengalami kerugian hampir RM 10,000 setelah membayar kos membuat geran seperti mana yang di janjikan Kerajaan Negeri.
Segala pembayaran telah di buat di Pejabat Adun Kupang, YB Johari Abdullah dan sehingga kini masih gagal mendapat geran seperti yang di janjikan.
Menurut maklumat yang di perolehi, hasil pencarian di Pejabat Tanah, tiada fail pemohonan geran di buka di atas tanah yang di usahakan penduduk kampung yang membayar duit kepada wakil Pejabat Adun Kupang.
"Hepi besday Nicky Ajis" ucapan Karpal Singh kepada Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang di sambut di rumah Karpal Singh. Majlis memotong kek hari jadi ini di lakukan selepas berita pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura PAS.
Khabarnya Nik Aziz telah membuat kunjungan maaf ke rumah Pengerusi DAP di Jelutong, Pulau Pinang semalam, untuk mengambil hati Karpal Singh yang telah banyak terguris berhbung isu Kalimah Allah...
Nik Aziz juga memohon maaf diatas isu pijak bendera DAP dan demo dihadapan pejabat Karpal Singh yang di lakukan oleh akar umbi PAS tempohari!
Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?
Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa sosang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?
Sudah tentu fatwa berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.
PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.
PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.
Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.
Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.
DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu.
Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.
Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut.
Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.
Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!
Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.
Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.
Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.
Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.
DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.
Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.
Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.
Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri.
Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.
Sekumpulan penduduk dan ahli Pas mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.
Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak."DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri."Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.
"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini. Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng."Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.
Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini.
Kerajaan Selangor didakwa gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008.
Pengerusi Badan Bertindak Rakyat (BTR) Selangor, Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.
"Kita akan buat tuntutan secara berperingkat bagi memudahkan kes ini dibicarakan di mahkamah pada kadar segera," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyertai demonstrasi aman melibatkan lebih 40 penduduk pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini yang menuntut elaun murid prasekolah seperti yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008.
Menurut Said Anuar, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada minggu depan meminta penjelasan kenapa kerajaan negeri gagal menepati janji.
Sebelum itu, kerajaan negeri berjanji akan memberikan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah di Selangor sekiranya berjaya mentadbir negeri tersebut pada tahun 2008.
Sementara itu, seorang penduduk, Ahmad Kamil Ahmad Nazri, 33, berkata, tuntutan yang diminta rakyat adalah wajar kerana selama ini mereka diperdaya demi meraih undi. "Kami menuntut hak kami seperti apa yang telah dijanjikan sebelum ini dan tidak salah kami meminta dengan cara baik," katanya.
Selain itu, BTR Selangor juga pernah menuntut elaun ibu tunggal RM100 sebulan, caj air percuma bagi penggunaan RM20 ke bawah bagi perumahan bertingkat, menuntut kerajaan negeri Selangor ambil alih hutang rumah PKNS dan pengecualian cukai terhadap mana-mana premis yang tidak didiami atau disewa.
Nota: Tahniah Khalid Ibrahim kerana menjadi MB yang paling tak guna dalam Pakatan Haram...
Tindakan Lim Kit Siang mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh, Hipokrit!
Isu seperti ini tidak harus dipolitikkan dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Seharusnya semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang... Takziah kepada kedua ibu bapa William Yau Zhen Zhong...
Tweet Lim Kit Siang tersebut mendapat kritikan dari Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang mengkritiknya kerana sanggup mempolitikkan kejadian itu. Malah tiada siapa pun yang mahukan kejadiaan seperti itu berlaku.
@limkitsiang: 6yr William Yau's tragic death - apart from Umno/BN Ministers/leaders, Msia just not safe even 4children like William!
Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this? Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik.
"Kalau Umno ambil berat betul pandangan Majlis Syura (PAS), maka saya cadangkan Majlis Tertinggi Umno akan datang teliti semua keputusan Majlis Syura," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lantas dengan nada menyindir Umno BN, Anwar mencadangkan supaya Umno mengamal dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama PAS jika benar ia mengambil berat pandangan badan tertinggi PAS itu.
Demikian agresifnya pemikiran Anwar terhadap sebarang pandangan pihak yang tidak sealiran dengannya. Walhal yang lebih patut mengambil berat keputusan, pemikiran dan sensitiviti PAS (terutama Dewan Ulama PAS) ialah beliau sendiri dan PKR yang dipengaruhinya.
Jika diamati, Anwar jelas gelisah. Beliau resah sebab PAS kini mengambil keputusan yang agak bertentangan dengan pendiriannya. Bagi Anwar tidak mengapa jika orang Kristian Malaysia guna kalimah Allah dalam Bible. Itu hanya helah politik.
Sebab itu beliau mengulang-ulangi kenyataan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "terikat" dengan kenyataan Presiden PAS pada 8 Januari 2013. Namun kini Dewan Syura Ulama PAS pula menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif muslimin sahaja.
Anwar menafikan laporan yang mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013. Sebaliknya, beliau cuba mengalih perhatian umum dengan menuduh bahawa ia adalah permainan jahat dan fitnah media Umno BN.
Soalan yang perlu Anwar jawab
Persoalan lebih penting dijawab oleh Anwar ialah apakah pendirian sebenar beliau terhadap keputusan Dewan Ulama PAS itu. Setuju atau tidak ?
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup dan secara ikhlas memperbetulkan pendiriannya dalam isu ini. Malah beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat syura yang lalu.
Jika bersetuju mengapa sebagai pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Anwar tidak dengan secara ikhlas pula berusaha untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kembali isu ini ?
Lebih-lebih lagi jika beliau benar ikhlas mengatakan menghormati keputusan Majlis Syura PAS, sudah tentu beliau faham bahawa inisiatif sebegitu adalah tanggungjawab pengerusi.
Bukankah Anwar orangnya yang memanggil mesyuarat majlis berkenaan pada 8 Januari lalu ? Ketika itu adalah jelas motif Anwar ialah untuk mempertegas pendirian Pakatan Rakyat yang diambil pada 2010 berhubung isu ini.
Namun apa yang tidak diduga oleh Anwar ialah Dewan Syura Ulama mempunyai iltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Isu kalimah Allah ini dikupas menurut realiti atau waqi' masyarakat majmuk Malaysia hari ini.
Undi Kristian Sabah Sarawak diidam PR
Kini apabila nyata PAS mempunyai keberanian politik dan pendirian yang syarie, Anwar khuatir ini akan menggencatkan skim politiknya sendiri. Sebelum ini Anwar melihat isu kalimah Allah boleh melonjakkan kedudukannya sebagai wira yang memperjuangkan kepentingan rakyat Kristian Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak.
Sebab itu, Anwar segera memberikan reaksi pada gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Ini kerana, menurut analisis Anwar sendiri, pada pilihan raya umum ke-12, lima tahun lalu, gabungan DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mengatasi majoriti kerusi Umno-BN di Semenanjung. Namun ia gagal meyakinkan pengundi di Sabah dan Sarawak hingga menyebabkan ia gagal menawan Putrajaya.
Maka naluri politik Anwar mengatakan jika beliau dapat menghangatkan impian penganut Kristian berhubung isu kalimah Allah, pasti peluang diterima sebagai jaguh pengundi Kristian Sabah dan Sarawak akan mendorong mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
Lantas keputusan Dewan Ulama PAS yang bertentangan dengan strategi ini dianggap sebagai "kacau daun". Sebab itu, baginya cuma Umno sahaja yang layak melaksanakan keputusan dewan tertinggi PAS (walaupun ia dilakukan dengan tujuan menyindir)!
Maka persoalannya ialah, pada pandangan Anwar apakah sebenarnya nilai pendirian Ulama PAS ? Islami atau tidak ? Lebih tepat lagi ialah adakah keputusan itu betul atau tidak ? Anwar tidak patut berhujah secara retorik kononnya beliau tidak pernah mengatakan beliau menolak keputusan Dewan Ulama PAS itu.
Lebih buruk lagi ialah perangai Anwar yang cuba melempiaskan "kekecewaan" kepada media yang dituduhnya sebagai alat Umno BN yang cuba memfitnahnya. Fitnah apakah namanya jika beliau sendiri tidak menjawab persoalan asas -- adakah beliau bersetuju dengan pendirian ulama PAS ?
Anwar mahu Hadi buat pembetulan ?
Kini yang jelas ialah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang yang cuba "ditekan" oleh Anwar. Ketua Pembangkang itu seolah-olah mengatakan bahawa Hadi yang patut membuat pembetulan jika pendirian PAS benar- benar sudah berubah. Bagi Anwar itu adalah prosedur.
Persoalannya, ke manakah perginya jatidiri Anwar sebagai pemimpin Islam suatu ketika dahulu ? Jika beliau menghormati ulama, mengapa Hadi yang perlu "ditekan" dan diletakkan dalam keadaan serba salah kerana tidak ikut prosedur ?
Anwar tahu apakah akibatnya jika Hadi tidak melaksanakan keputusan Dewan Ulama Syura. Di segi politik Anwar seolah-olah mahu Hadi bersikap "malu-alah" kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Ia sebagai satu cabaran supaya Hadi bersikap tegas.
Maka jika Hadi memilih untuk kekal dengan pendirian 8 Januari, tentu ia akan mencetuskan ketidaksenangan di kalangan ulama. Kedudukan Hadi tentu tergugat sebagai Presiden PAS.
Sebaliknya, jika Hadi akur kepada keputusan ulama, tentu penyokong- penyokong Anwar dalam saf kepimpinan PAS sekarang ini akan tidak senang pula dengan Hadi. Jika itu berlaku, kedudukan Hadi juga kurang selamat.
Apakah Anwar sendiri sebenarnya kurang senang jika Hadi terus menjadi presiden PAS ? Adakah pemikiran Hadi tidak secocok dengan laras politik Pakatan Rakyat ?
Anwar lebih senang "menawarkan" Umno mengambil berat keputusan ulama PAS daripada menyatakan pendiriannya sendiri terhadap cara dan corak kepemimpinan PAS yang mahu mewakili kepentingan Islam di Negara ini.
Sebenarnya, siapakah yang menggunakan isu agama, tidak kira Islam mahupun Kristian untuk kepentingan politik ?
Hampir 1,000 penduduk di Pandamaran di sini menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk melaksanakan pengurangan 20 peratus cukai pintu rumah kediaman dan harta komersil sebanyak 10 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Ching Eu Boon berkata desakan itu dibuat melalui borang tuntutan yang telah diedarkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata dalam tempoh dua hari ini, pasukannya yang terdiri daripada beberapa anggota parti dan sukarelawan telah mendaftarkan hampir 1,000 nama penduduk yang masih belum menerima 'imbuhan' itu.
"Kami berjanji akan membawa semua tuntutan yang tidak dipenuhi oleh kerajaan Selangor ke mahkamah. Kami pada masa ini menumpukan untuk mendaftar nama penduduk yang tidak mendapat sebarang potongan dalam cukai pintu mereka dan ibu tunggal yang masih tidak mendapat elaun mereka.
"Kami harap dapat merekodkan sekurang-kurangnya 5,000 penduduk (di Pandamaran) kerana tanpa bukti, perkara ini tidak boleh dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kira-kira 300 penduduk Pandamaran turut mengadakan demonstrasi aman di lokasi berhampiran pejabat Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang terletak di situ.
Ching berkata kumpulan penduduk itu akan diwakili oleh peguam Kamarudin Ahmad yang menawarkan khidmatnya secara percuma.
Beliau berkata sudah sampai masanya rakyat memilih parti yang tepat untuk mentadbir Selangor berikutan tindakan kerajaan negeri yang didakwa memperdayakan rakyat untuk meraih undi daripada mereka.
"Barisan Nasional (BN) tidak sewenang-wenangnya membuat janji yang tidak boleh ditunaikan tetapi apabila kami memberi (janji) ia akan dilaksanakan, tidak seperti Pakatan Rakyat dan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang mendakwa manifesto mereka bukan satu perjanjian," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana di sini, Lim Ah Cai menyifatkan kerajaan negeri sebagai pemerintah yang tidak berperikemanusiaan kerana hanya tahu menabur janji.
"Mereka ini mulut sangat manis. Sewaktu pilihan raya umum lepas, macam-macam mereka janji, tetapi apa yang terlaksana, satu pun tiada. Saya berharap kerajaan BN berjaya membantu kita dan kembali memerintah Selangor. Apa yang penting kita mesti tolak pakatan (pembangkang)," katanya.
KAHERAH: Walaupun dihentam pelbagai pihak berikutan penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri ke Gaza namun bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa tidak melatah.
Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.
Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.
"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
Nasharudin berkata demikian mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam PAS yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.
Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.
Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.
Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.
"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan PAS yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli PAS yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.
"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.
Rafizi Ramli akhirnya membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi di atas tuduhan palsu yang mengaitkan Zahid Hamidi mengambil wang caruman milik anggota tentera berjumlah RM130 juta.
Malah Rafizi Ramli turut mengatakan akan mengadakan satu sidang media esok pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PKR.
Hahaha...
Pagi tadi bukan main samseng, konon nak lawan di court...
Berita Terdahulu - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru - kali ini difailkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dua kes sebelum ini.
"Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata beliau ketika dihubungi.
"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.
Laporan media semalam menyebut Zahid yang juga Naib Presiden Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog.
Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
SHAH ALAM: Former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa has been removed from the party's Syura Council, reports Sinar Harian Online. It quoted Syura Council secretary Datuk Nik Zawawi Nik Salleh as saying that Nasharudin was found to be in violation of several of the council's regulations. "The decision (to remove Nasharudin) was made on Jan 13 during a meeting chaired by PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," he was quoted as saying. He added that among the reasons for the removal was Nasharudin's absence from the council's meetings. "The letter on the removal was delivered after the meeting," Nik Zawawi told the website.
tunku : we challenge Pas to sack him from the party....but Pas dare not.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang wakil rakyat Ditahan malam tadi akibat terlibat dalam satu pesta yang turut melibatkan Najis Dadah.....
Wanda Hamidah yang merupakan wakil rakyat di Jakarta Ditahan Bersama Raffi Ahmad yg juga bakal calon Ahli Parlimen mewakili parti Amanat Nasional (PAN) pada pilihanraya akan Dayang.
Turut Ditahan ialah Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar .....
Lagenda badminton dan juara empat kali All England, Datuk Eddy Choong, 82, meninggal dunia di Hospital Loh Guan Lye, Georgetown jam 3 petang tadi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Parti Aslam Sa-Malaya (PAS) akan mengadakan majlis puja roh Mat Indera esok bermula di Kamunting dan akan berakhir di tanah perkuburan Kg Jambu Taiping. Sebelum itu konvoi tersebut akan berhenti di Penjara Taiping untuk satu demo memperingati tempat komunis dihukum gantung.
Mat Sabu dijangka akan mengetuai majlis memperingati kematian komunis Mat Indera yang terlibat dalam serangan di balai polis Bukit Kepong Muar Johor yang membunuh anak-anak dan isteri-isteri polis zaman darurat dahulu.
Oleh itu beberapa NGO di daerah Taiping akan membuat satu laporan polis petang ini terhadap tindakan biadab parti Pas yang akan mengadakan majlis puja roh esok.
Esok kita akan tengok lebai-lebai kera dan cicak mengkarung Pas akan menjadi pecacai Komunis alaf baru akan bertakbir mengangkat martabat Komunis Malaya
Lebuhraya PLUS dari kedua-dua arah antara sempadan Selangor dan Perak dilihat merupakan kawasan kemalangan yang kerap berlaku kemalangan yang teruk-teruk. Terkini pemain bola sepak pasukan Felda United, Ahmad Fauzi Saari parah manakala rakannya maut selepas kereta jenis BMW yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan di kilometer 407.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara di sini semalam.
Ahmad Fauzi, 30, mendapat kecederaan di badan dan tangan kanannya patah manakala rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, maut di tempat kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, berkata, kejadian berlaku apabila kereta BMW dipandu Muhammad Khairul Adnan itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh penghadang jalan.
TM juga pernah terlibat dalam kemalangan di kilometer 385 menghala ke selatan. dalam kemalangan tersebut yang melibatkan 6 buah kenderaan berpunca dari sebuah kereta toyota camry yang hilang kawalan, berpusing dan merempuh besi penghadang jalan di kiri dan kanan lebuh raya 3 lorong itu.
MPV Tm tersadai di sebelah penghadang jalan setelah merempuh camry
Ramai longkai yang bersembunyi dalam gelap sebelum kejadian
longkai , mungkin mereka yang merancang kemalangan
Kereta camry rosak teruk dan melintang di tengah-tengah lebuh raya. Peliknya ialah terdapat beberapa buah kereta longkai dan lebih dari 5 orang longkai bersembunyi disebalik kereta rosak dan menunggu mangsa untuk menghentam camry dalam kegelapan malam.
Setelah kereta TM menghentam camry dan tersadai di sebelah besi penghadang, tiba-tiba beberapa orang longkai-longkai muncul secara tiba-tiba dan menyuluh ke dalam kereta TM dan bertanya " berapa orang dalam kereta dan abang tarak apa-apakah?"
Sekiranya mereka (longkai) ikhlas dalam menjalankan tugas mereka boleh menyalakan lampu hazard kereta mereka dan menyalakan lampu suluh dan sebagainya ke arah kenderaan yang datang untuk mengelakkan kemalangan kepada kenderaan lain.
Salah seorang longkai yang baik hati sudi membawa TM ke hospital Slim River melalui Trolak dan didapati ditempat bahagian kaki tempat duduk belakang kereta tersebut terdapat tangki minyak 4 liter yang berat dan kemungkinan minyak diesel yang di tuang ke atas jalan yang menyebabkan camry tersebut hilang kawalan dan berpusing di atas jalan.
Pelik juga kerana pihak longkai siap dengan kamera untuk merakam kenderaan yang terlibat untuk tujuan tuntutan insurance.
Mana mungkin sebuah kereta mewah yang mahal boleh hilang kawalan di jalan raya tanpa sebab. Selalunya orang yang memandu laju di lebuh raya adalah pemandu muda yang cekap mengendali akan kenderaan mereka.
TM mengharapkan pihak MKN dapat menyiasat perkara ini secara rahsia, kemungkinan ia melibat banyak pihak.
Sekembalinya Najib ke tanah air selepas kunjungan ke Gaza dan Davos, kini Pas pula sibuk mahukan Hadi Awang ke Masjidil Aqsa.. Ada orang ada lah depa....ini menunjukkan Pas panas bontot dengan jihad yang ditunjukkan oleh Najib.
Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City. GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak. Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya. "Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini. "Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa," ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin. Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza. Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin. Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin. "Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam. "Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah," ujarnya. Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi. Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.
Amat sedih apabila kematian William Yau 6 tahun menjadi modal politik oleh abang besar Dap. Kenyataan beliau menyebabkan ramai rakyat Malaysia menghentam beliau.
Pun begitu beliau LKS tetap tersenyum kerana berjaya menutup kelemahan kerajaan Selangor dalam mengurus tadbir kerajaan tempatan.
Polis telah menemui petunjuk bahawa mangsa telah terjatuh kedalam longkang tidak bertutup kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dijumpai.
Kesalahan yang sebenar ialah kesilapan penjaga yang meninggalkan anak dalam kereta dengan harapan anak akan duduk diam dalam kereta, tetapi sifat seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Perasaan ingin tahu, ingin meneroka benda baru atau anak OKU seperti autism, ADHD dan sebagainya menyumbang kepada punca kejadian.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga patut dipersalahkan kerana difahamkan longkang tidak bertutup. Jika merujuk kepada akta perancangan bandar dan desa 1976 kerajaan tempatan bertanggung jawab dalam membina bentung dan membaiki, mengubah, menutup atau membinasakan bentung-bentung dalam kawasan pentadbiran mereka.
Selangor diperintah oleh siapa? Sudah tentu oleh kerajaan Pakatan ( Dap, Pkr dan Pas). So segala kos dan sebab adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah iaitu parti tiga serangkai. Lim Kit Siang sebenarnya telah meludah ke langit dan jatuh atas muka sendiri.
Kes jenayah juga banyak berlaku di negeri Selangor, maka Dap, Pas dan Pkr perlu memikirkan bagaimana dan cara mengurangkan atau mencegah kejadian jenayah seperti memperbanyakkan CCTV, menerangkan kawasan dengan lampu limpah, mewujudkan kawalan rondaan sukarela dan sebagainya.
Ini tidak, Pas, Dap dan Pkr hanya tahu membela penjenayah, jika penjenayah ditangkap dan ditembak atau dibelasah oleh orang ramai, polis sahaja yang dipersalahkan. Salah kerajaan tempatan tak nampak.
Ini lah yang dikatakan dalam pepatah melayu moden, kutu disebarang laut nampak, bangkai babi depan hidung buat-buat tak nampak.
Sejak akhir-akhir ini semakin ketara persamaan antara Pas dan Dap.
Mat Sabu Naib Presiden Pas kini seolah-olah telah menjadi ahli majlis eksekutif Dap kerana setiap kali dalam ceramahnya acapkali mengampu kehebatan Lim Guan Eng.
Persamaan lain ialah Pas dan Dap bertindak autocratic kerana memecat ahli tanpa diberi peluang membela diri.
Ahli Dap ramai dipecat kerana menyuarakan pendapat mereka yang mengkritik corak pentadbiran kuku besi pemimpin mereka.
Pas juga melakukan perkara yang sama sama ada peringkat akar umbi dan juga peringkat kepimpinan.
Peringkat akar umbi ramai yang tidak diketahui umum kerana mereka hanya cicak mengkarung saja bagi kepimpinan Pas.
Mereka dipecat kerana mempertikai perkara-perkara kecil seperti isu salah urus KOHILAL. Lebih menyedihkan mereka yang dipecat dituduh sebagai berfahaman syiah.
Terkini Ustaz Nasharudin Isa dipecat dari majlis syura dengan alasan tidak hadir menyuarat. Esok atau lusa mungkin dipecat dari Pas. Sememangnya kita tahu bahawa Nik Aziz sememangnya sudah lama tidak menyukai beliau.
Tindakan Pas dan Dap mungkin kerana arahan dari abang besar mereka tak lain dan tak bukan Abang Non kita.
Bang Non sewaktu berkuasa dalam Umno juga melakukan perkara yang sama. Sesiapa yang cuba menentang dan membantah atau cuba melawan orang-orang kepercayaan beliau, pasti akan dipecat.
Dato Tajudin Rahman MP Pasir Salak salah seorang mangsa Bang Non yang dituduh bersalah kerana politik wang. Ini berlaku apabila Dato Tajudin Rahman menyampaikan bantuan basikal kepada anak-anak miskin di Pasir Salak.
Jika disingkap sejarah pemecatan Anwar pada 2 September 1998, beliau dipanggil ke PWTC bersama semua majlis tertinggi Umno untuk membela diri. Keputusan memecat Anwar bukan dilakukan secara berseorangan oleh Tun Mahathir tetapi secara kolektif. Hanya beberapa orang sahaja yang mengambil sikap berkecuali pada malam itu. Semua MT yang hadir diberi peluang untuk bercakap dan Anwar juga diberi peluang membela diri,
Hasil keputusan ialah majoriti bersetuju Anwar dipecat kerana cerita salah laku beliau sudah lama diketahui oleh ahli MT.
Cuma generasi muda seperti Adam Adli diperdaya oleh Anwar, kononnya pemecatan beliau bukan kerana salah laku seks dan salah guna kuasa tetapi keengganan beliau meluluskan pinjaman RM 2 Billion kepada anak Mahathir. Itulah yang dipercayai oleh anak-anak muda seperti Adam Adli dan rakan-rakannya.
Anwar melakukan satu pembohongan besar terhadap anak-anak muda supaya menyokongnya. Pembohong seperti Anwar wajar humban ke lubang neraka jahanam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pagi tadi negara menyaksikan kepulangan seorang pahlawan negara bernama Najib Tun Abdul Razak.
Lebih terharu apabila Ayahanda Tun Mahathir turut hadir menyambut kepulangan pahlawan Najib.
Misi Najib ke Gaza mengingatkan kita tentang kehebatan Tun Mahathir yang banyak membantu tentera Bosnia menentang kezaliman Serbia yang mendapat sokongan dan bantuan Zionis. Malah Tun sendiri pernah ditembak di medan perang.
Isteri Tun juga pernah mempertaruhkan nyawanya dalam misi bantuan ke Iraq sewaktu perang teluk.
Kini tibalah masa dan ketika Najib juga membuktikan kehebatan beliau menjadi pendamai antara Hamas dan Fatah. Najib juga telah berjaya membantu umat islam di Selatan Filipina.
Sekembalinya dari misi pelaburan di Davos Najib sekali lagi pulang dengan kejayaan.
Apa lagi yang hendak dicemuh oleh pembangkan, segalanya sudah terbukti bahawa Najib merupakan pemimpin yang telah membawa satu anjakan dalam kemajuan negara. Cita-cita beliau kini ialah untuk menjadikan setiap warganegara sebagai rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Misi dan visi Tun Mahathir terus didokong kemas oleh Najib. Beliau juga mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, hormat menghormati satu sama lain. Tidak menyakiti sesiapa walaupun musuh yang pernah mendoakan bala ke atas dirinya.
Ayoh! Rakyat Malaysia, pasangkan cita-cita dan harapan untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh kemakmuran untuk masa depan generasi kita.
Jom undi BN, tinggalkan Pas yang kluk klek dalam isu Kalimah Allah, tinggalkan Pkr yang penuh hasad dengki, tinggalkan Dap yang penuh dengan tipu daya dan pembohongan. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai 'mesra kerajaan Pusat.' Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.
Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat. Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.
"Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu.
"Nasharudin dipecat kerana antaranya beliau kerap tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama dan selalu membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian serta ketetapan majlis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.
Malah, sebelum ini beliau pernah dihadap ke lembaga disiplin Pas kerana mendakwa Karpal Singh yang menentang keras hukum hudud dan penubuhan negara Islam sebagai anti-Islam sehingga Pengerusi DAP itu mengugut mahu mendakwanya di mahkamah.
Dalam pada itu, ditanya mengapa keputusan pemecatan Nasharudin hanya dibuat hari ini dan tidak diumum terus pada 13 Januari lalu, Mustafa berkata, beliau tidak dapat mengulas tentang perkara berkenaan kerana mendakwa beliau bukan ahli majlis syura.
Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk 2 menteri Kabinet dan orang kenamaan hari ini membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kehadiran mereka bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza Selasa lalu sebelum menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.
Ketibaan Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 11.05 pagi, disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.
Kenamaan lain termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut membawa sepanduk dan kain rentang, antaranya bertulis "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".
Dalam ucapannya, Najib berkata beliau terharu atas sambutan yang tidak disangka itu dan merestui perhimpunan tersebut kerana ia sebenarnya menunjukkan komitmen rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Katanya beliau mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke Gaza bagi menyampaikan pendirian rakyat serta melihat sendiri keadaan di kawasan tersebut. "Kita dah hulur derma, NGO (badan bukan kerajaan) kita sudah pergi ke bumi Palestin, tetapi kita atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia, atas nama Barisan Nasional, belum lagi sampai ke bumi Palestin," katanya.
Najib berkata walaupun dalam tempoh lawatan yang singkat, beliau sempat dibawa melihat sekitar Gaza yang penduduknya padat dan daif, serta melihat kemusnahan akibat serangan Israel terhadap bangunan kerajaan, masjid dan stadium yang semuanya tidak mempunyai 'kepentingan ketenteraan'.
Beliau berkata serangan seperti itu bertujuan untuk meningkatkan penindasan dan cengkaman terhadap rakyat Palestin,serta meruntuhkan semangat mereka, justeru itu amat penting untuk pergi ke sana dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak berseorangan dalam perjuangan itu.
"Ada orang kata kita patut melakukan apa saja untuk menentukan keselamatan Israel, tetapi bagi kita, bagi rakyat Malaysia, bagi Barisan Nasional, bagi kerajaan, yang kita pentingkan adalah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan serta keselamatan yang terjamin," katanya.
Najib berkata penubuhan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah adalah penting bagi memastikan perjuangan mereka di bumi Palestin mencapai kejayaan.
"Ingatlah bahawa tunjang kepada segala-galanya adalah perpaduan, perpaduan itu amat penting. Pengajaran kepada kita di bumi Malaysia ini juga, perpaduanadalah tonggak kepada segala-galanya.
"Kita boleh beri sokongan moral, kewangan dan politik tetapi kesudahannya rakyat Palestin mesti ambil langkah ke arah perpaduan. Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam perjuangan mereka," katanya.
Gaza merupakan satu daripada penempatan di Palestin yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang walaupun hanya seluas separuh negeri Perlis. Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.
Menteri Besar yang 'syok sendiri', Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa sebanyak 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, kajian dijalankan Kerajaan Negeri sejak Ogos lalu mendapati tahap kepercayaan rakyat terhadap beberapa kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu merosot kepada 20 peratus.
"Tiga bulan kita (Kerajaan Negeri) buat kira-kira sama ada boleh menang dan tawan Putrajaya atau tidak.
"... gegee..graf penerimaan rakyat terhadap PR lebih tinggi daripada BN.
"Berapa ramai orang percaya kepada (Setiausaha Umno Selangor), Datuk Seri Ir Mohd Zin? Kurang 20 peratus. Berapa orang percaya pada (Timbalan Pengerusi Umno Selangr) Datuk Seri Noh Omar? Pun begitu, lebih kurang 20 peratus. Berapa orang percaya Menteri Besar Selangor sekarang? Lebih 60 peratus," katanya ketika berucap meraikan lebih 400 sukarelawan dan jentera pilihan raya bahagian Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok di kediaman rasminya di sini, semalam.
Bagaimanapun dakwa Abdul Khalid, kajian terbabit mempunyai asasnya apabila kajian yang sama dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), yang diumumkan Rabu lalu, mendapati sokongan rakyat terhadap PR semakin tinggi.
Tambah beliau, hal ini dikuatkan lagi apabila keputusan yang sama diperolehi hasil kaji selidik oleh pihak polis dan tentera baru-baru ini.
"Mereka (unit khas polis dan tentera) telah bocorkan maklumat ini sendiri, membuktikan rakyat semakin menolak Umno-BN "... hasil survei ini, rakyat dah setuju untuk tukar kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan rakyat Selangor supaya tidak menggadaikan mandat mereka hanya semata-mata gelap mata dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diagihkan BN menjelang pembubaran Parlimen bulan depan.
Bagaimanapun Abdul Khalid tidak melarang rakyat untuk menerima sambil menyifatkan bantuan kewangan itu bukannya milik ahli politik atau parti, sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan melaksanakannya sejak 50 tahun lalu.
"... bukan duit bapak dia, itu duit rakyat," tegas Abdul Khalid.
Sejak bila pula Khalid percayakan kepada polis dan tentera! Teringat kata-kata Khalid 'G' ini iaitu manifesto bukanlah janji pilihanraya? Sila baca di sini.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kata khalid dalam satu forum syok sendiri sesama pemimpin pakatan, "keyakinan rakyat selangor terhadap kerajaan negeri pakatan semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh mereka"
Soalan aku pada khalid, apakah rakyat selangor bodoh nak beri keyakinan mereka pada pakatan setelah 4 tahun mereka di tipu hidup-hidup oleh rejim khalid dan pakatan???
Janji-janji dalam manifesto masih banyak yang belum tertunai, masaalah air masih belum selesai, elaun untuk ibu tunggal dan elaun untuk anak pra sekolah seperti yang di janjikan dalam manifesto belum sesen pun kerajaan selangor bayar pada mereka dan banyak lagi masaalah seperti sampah, longkang, pertumbuhan rumah urut dan pusat perjudian di selangor kian menjadi jadi banyaknya.
Takan rakyat selangor buta mata kut...? khalid nak tipu sapa sebenarnya nie...?
PM selamat tiba di balai bunga raya klia tepat jam 11.10 pagi (ikut jam kamera aku) beliau di sambut oleh ribuan rakyat yang hadir sejak dari jam 8 pagi tadi, turut sama hadir menyambut kepulangan pm ialah, tan sri muhyiddin yasin dan isteri, mantan perdana menteri, tun dr mahathir dan tun siti hasmah dan berberapa pemimpin umno dan parti komponen bn...
Bila PM ke Palestin dan beri sumbangan berjuta ringgit maka pembangkang memandang sinis perbuatan tersebut.
Walhal mereka sendiri tidak mampu lakukan seperti mana Umno lakukannya.
Sudahlah gagal menghulurkan bantuan kepada rakyat tertindas di Palestin, menghina pula pihak yang melakukannya.
Jenis manusia apakah ini ?
Senang cerita yang bersikap sebegini layak digelar munafiq.
Mencari kesilapan sepanjang masa bukan mencari kebaikan saudaranya. Mudah mengutuk dari memuji walau berlainan parti.
Rakyat sudah cerdik... Rakyat sudah bijak untuk menilai apakah baik atau tidak lawatan Perdana Menteri ke Gaza yang diikuti isteri tercinta bergadai nyawa demi saudara seagama.
Menurut sumber memberitahu, lawatan ke Gaza tidak disyorkan pihak yang menjaga keselamatan namun diteruskan juga oleh Perdana Menteri yang mengikut gerak hatinya yang mahu ke sana.
Mari kita berbangga dengan PM berani seperti Mohd Najib Tun Ab Razak dan jangan biarkan parti Barisan Nasional tidak mendapat 2/3 dalam PRU akan datang.
MUAR, 26 Jan – Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mencemuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin Selasa lalu, sebagai sesuatu yang menyedihkan.
Beliau berkata kenyataan pemimpin sayap kanan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam membuktikan beliau tidak matang dan terperangkap dalam kejumudan.
Katanya kunjungan Perdana Menteri bukan berunsur politik tetapi bertujuan membantu negara Islam yang sentiasa ditindas Israel.
"Nasrudin perlu melihat lawatan itu sebagai wakil negara secara keseluruhannnya, bukan melihat pada kacamata sempit semata-mata kerana beliau (Najib) adalah pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma, Jalan Temenggung di sini hari ini.
Razali berkata Nasrudin mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berfakta malahan dikuasai perasaan emosi serta berbaur politik semata-mata.
Beliau sedih kerana Ketua Pemuda PAS Pusat itu hanya ingin mencari populariti tanpa berusaha membawa perubahan dalam kepimpinannya yang sangat diharapkan oleh anggota sayap kanan parti itu.
"Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat cakap, selama 26 tahun jadi Menteri Besar (Kelantan) dia belum nampak lagi pelapis yang boleh mengambil alih tempatnya," kata beliau.
Razali berkata langkah Perdana Menteri melawat negara Islam itu harus dihormati kerana dilakukan seorang pemimpin negara ketika rakyat Palestin memerlukan sokongan saudara seagama mereka dari seluruh dunia.
CUBAAN BUNUH!!! Pemimpin parti nyris maut mahu dibunuh depan-depan mangsa yang sedang memberi ucapan. Pembunuh dengan berani naik keatas pentas dan mengacu pistol tetapi sempat ditangkis menyebabkan dia gagal seterusnya du belasah oleh yang lsin. Pembunuh juga menyamar sebagai salah seorang petugas untuk tidak disyaki semasa dalam majlis
Ambil iktibar bagaimana kejadian sebegini boleh terjadi...
Ahmed Dogan, ketua sebuah parti liberal yang mewakili golongon minoriti turkish di Bulgaria, selamat dalam cubaan bunuh ketika sedang memberi ucapan di persidangan dekat ibu kota Sofia, Bulgaria.
Kerana terlampau dan terlalu banyak fitnah amat membimbangkan kita, Malaysia juga tidak ketinggalan, jangan terlalu alpa dengan segala perbuatan yang melembukan rakyat, Fitnah supaya rakyat menyimpan rasa berhasad antara satu sama lain,
Tidak mustahil dinegara kita juga boleh terjadi! Rata-rata kita dapat melihat rakyat diajak serta dirosakan segala budaya kita yang cukup sopan dan berhemah, begitu amannya Makaysia tetapi digambarkan betapa huru hara bila diajak rakyat supaya mengganas diatas jalanraya, di ibukota dan banyak lagi yang kita amat tahu hasilnya menyebabkan 38 juta rakyat tidak disenangi oleh rakyat.
Apakah cukup selesa kalau kerajaan bertukar dengan cara ramoasan atau dengan fitnah bagi tujuan menjatuhkan? Apakah akan selamat jika negara dirampas? Bukankah tindakan yang sama juga bakal dihadapi oleh pembangkang kerana mengajar rakyat supaya menjadi ganas, nampaknya kenaler terima kembali apa yang selama ini dilakukan kepada Malaysia supaya Rakyat boleh memberontak dan menghalalkan ganas. Aoakah sekitar 70 ribu yang hadir sudah boleh mewakili majoriti wal hal sekadar 0.07 peratus kalau mahu dibandingkan dengan jumlah rakyat seramai 38 juta?
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pagi tadi negara menyaksikan kepulangan seorang pahlawan negara bernama Najib Tun Abdul Razak. Lebih terharu apabila Ayahanda Tun Mahathir turut hadir menyambut kepulangan pahlawan Najib.
Misi Najib ke Gaza mengingatkan kita tentang kehebatan Tun Mahathir yang banyak membantu tentera Bosnia menentang kezaliman Serbia yang mendapat sokongan dan bantuan Zionis. Malah Tun sendiri pernah ditembak di medan perang.
Isteri Tun juga pernah mempertaruhkan nyawanya dalam misi bantuan ke Iraq sewaktu perang teluk.
Kini tibalah masa dan ketika Najib juga membuktikan kehebatan beliau menjadi pendamai antara Hamas dan Fatah. Najib juga telah berjaya membantu umat islam di Selatan Filipina.
Sekembalinya dari misi pelaburan di Davos Najib sekali lagi pulang dengan kejayaan.
Apa lagi yang hendak dicemuh oleh pembangkan, segalanya sudah terbukti bahawa Najib merupakan pemimpin yang telah membawa satu anjakan dalam kemajuan negara. Cita-cita beliau kini ialah untuk menjadikan setiap warganegara sebagai rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Misi dan visi Tun Mahathir terus didokong kemas oleh Najib. Beliau juga mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, hormat menghormati satu sama lain. Tidak menyakiti sesiapa walaupun musuh yang pernah mendoakan bala ke atas dirinya.
Ayoh! Rakyat Malaysia, pasangkan cita-cita dan harapan untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh kemakmuran untuk masa depan generasi kita.
Jom undi BN, tinggalkan Pas yang kluk klek dalam isu Kalimah Allah, tinggalkan PKR yang penuh hasad dengki, tinggalkan Dap yang penuh dengan tipu daya dan pembohongan.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kali ini MyMassa bongkarkan bagaimana seorang pemimpin PKR pula mendapat kerakyatan secara 'tidak sah' mengikut definasi pembangkang.
Pemimpin yang ingin kami kongsikan di sini bukan calang-calang orangnya tetapi seorang Ketua Propaganda Pembangkang! Orang yang kami adalah Badrulamin bin Bahron, Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor.
Nama : Badrulamin bin Bahron No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327
Tempat Lahir : Indonesia No. Sijil Warganegara : 570294
Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.
Setelah mendapat status warganegara, Wak Badrul yang mendapat pendidikan di Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di UIA.
Lulusan BA Azhar, Mesir. LLM Kent, UK. Ph.D Birmingham, UK. Pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) UIA (1984 - 1999)
Mungkin ada yang ingin menafikan maklumat yang kami paparkan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Badrulamin sama seperti kes Azmin, Wan Azizah dan Zuraidah. Bagaimana pula dengan ini?
Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin) Kad Pengenalan : 330814-71-5139 Tempat Lahir : Indonesia Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973
Arwah Bahron yang merupakan bapa kepada Badrulamin telah meninggal dunia pada 3 Julai 2011. Namun namanya masih lagi dalam sistem SPR. Ertinya dalam kerakusan pembangkang menghentam SPR, mereka juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu SPR membersihkan data pengundi.
Nah. Kenapa Malaysiakini cuba menyembunyikan fakta bahawa ramai di kalangan pemimpin pembangkang sebenarnya warganegara asing yang telah mendapat kerakyatan Malaysia? *Sebar-sebarkan.
Inilah rahsia kenapa Guan Eng sayang sangat kat Zairil.
Sehubungan dengan itu, MyMassa harap pemimpin DAP yang bernama ZAIRIL KHIR JOHARI @ Christopher Ross Lim ini akan juga dipanggil sebagai saksi kerana jelas dalam dokumen ini menunjukkan bahawa dia merupakan bukan warganegara semasa dia diambil menjadi anak angkat kepada pemimpin tertinggi UMNO ketika itu.
Alasan yang tidak masuk akal, MyMassa melihat keputusan Majlis Syura yang hanya menggugurkan jawatan Ust. Nasha adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia dan Penyokong Tegar PAS. Kenapa tidak pecat daripada menjadi ahli PAS saja? MyMassa rasa PAS tidak mahu dilihat sebagai parti yang bermasalah. Jika dipecat terus,akan menjatuhkan populariti Parti PAS, tetapi jika dibiarkan pula, kesannya juga sama. Mungkin itu sahaja jalan Majlis Syura bagi mengelak akibat yang lebih besar kepada PAS.
Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut.
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan."Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat... Selebihnya tidak mahu ulas. maaf ya."
Beliau juga mengesahkan surat perlucutan jawatan telahpun diserahkan kepada Nasharuddin petang tadi. Tindakan ini telah diputuskan sejurus tindakan Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini. -KLPOS
Adakah perbalahan dengan Karpal Singh salah satu punca pengguguran Ustaz Nasha?
Tetapi yang menjadi persoalan besar, adakah keputusan ini mendapat campurtangan dan desakan rakan sebantal PAS? Kita tunggu dan lihat!
Sebahagian daripada penyokong dan ahli Pas mengadakan bantaran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah, di hadapan Masjid Khairiyah Bedong, Sungai Petani hari ini.
SUNGAI PETANI - Sekumpulan penduduk dan ahli Pas di sini hari ini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong di sini selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.
Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak.
"DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri.
"Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.
"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini.
Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng.
"Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.
Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.
Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu. Takziah kepada keluarga William. Hentikanlah membuat spekulasi yang tidak sepatutnya kepada pihak berkuasa. Hormatilah keluarga mangsa.
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak. Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gazaserta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya. "Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini. "Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa," ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin. Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza. Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin. Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin. Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin. "Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam. "Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah," ujarnya. Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza. Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi. Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.
Bercakap, berkokok, bertempik pasal Palestin sekian lama rupa-rupanya dia tidak pernah sampai ke Gaza untuk berjumpa PM Palestin dari Hamas.....kah....kah....kah....kah....
Bukan main lagi dakwa Pas telah sekian lama jalin hubungan dengan Hamas, tapi presiden Pas tak pernah pergi jumpa pemimpin Hamas. Kah....kah....kah...kah.....
Malu lah weh....pemimpin Hamas terpaksa kirim salam dan undang secara terbuka untuk Presiden Pas datang ke Gaza.....kah....kah....kah...kah....
Malu lah dengan Umno weh........pemimpin Umno yang dituduh kapir, sesat, sekular dan sebagainya lebih awal pergi jumpa Ismail Haniyeh berbanding dengan Presiden Pas yang mendakwa telah lama jalin hubungan dengan Hamas.
Terima kasih harakah kerana melaporkan berita yang 'membogelkan' pemimpin Pas. Kini dan dah nampak semua parut, panau , kurap dan kudis yang ada di badan mereka. Bercakap ja lebih...bercakap ja besar....tapi hampeh.....
Sampai terpaksa kirim weh untuk Presiden Pas sampai ke Gaza.....kah...kah...kah....kah....kah....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan