Ahad, 23 Disember 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 23 Dec 2012 01:04 PM PST

Apa Yang Tersirat


Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal

Posted: 22 Dec 2012 10:14 PM PST

Keng Yaik  (kiri) dan Tsu Koon
Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik, 73 meninggal dunia pada Sabtu. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Country Resort Tropicana Petaling Jaya.

Dr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak. 

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya apabila dimaklumkan berhubung kematian menteri kabinet  itu berkata beliau amat sedih apabila mendengar berita kematian bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik yang meninggal dunia, pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata Lim merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang baik dan pemergiannya merupakan kerugian besar kepada negara.

"Dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau lima dekad, Tun Dr Lim terbukti menjadi seorang tokoh inspirasi ahli politik yang didorong komitmen tinggi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Najib berkata sebagai menteri Kabinet selama 22 tahun, mendiang Dr Lim berkhidmat dengan cemerlang dan memainkan peranan yang besar dalam transformasi negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang stabil dan makmur.

"Semua rakyat Malaysia terhutang budi kepada beliau. Tun Dr Lim bukan sahaja seorang pemimpin yang hebat, bahkan rakyat Malaysia yang hebat.

"Beliau adalah seorang pejuang dan kita akan akan merasai kehilangan beliau. Ingatan kami kini bersama keluarga dan rakan baik beliau," katanya.

Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara. 

"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam semalam.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata pemergian Dr Lim merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara. 

Katanya, mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini. 

"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara. 

"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam semalam.

THE FLYING KICK

Posted: 23 Dec 2012 01:02 PM PST

THE FLYING KICK


PARA PENYOKONG PAS PATUT SURUH HADI AWANG JAWAB BUKU INI DENGAN SEGERA!!!

Posted: 23 Dec 2012 01:25 AM PST

SELEPAS NGEH-NGA, ADUN TITI SERONG PULA DITANYA TENTANG WANG DERMA YANG DIGELAPKAN!!!

Posted: 22 Dec 2012 09:05 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 23 Dec 2012 11:26 AM PST

PEJUANG BANGSA


Tragedi Higland Tower boleh berulang di P.Pinang !!

Posted: 23 Dec 2012 05:48 AM PST



Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengawal projek pembangunan di kawasan tanah tinggi bagi mengelak berlaku kejadian tanah runtuh, kata Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
    
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang berkata pihaknya telah mengenalpasti 19 projek perumahan yang dibina di lereng bukit yang kecerunannya melebihi 25 darjah dan berketinggian 250 kaki di sekitar Sungai Ara, Bayan Lepas dan Batu Ferringhi di kawasan sebelah pulau.
    
"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dulu, kita tidak potong bukit sesuka hati. Memang kita buat juga pembangunan lereng bukit tetapi ia hanya melibatkan bangunan satu hingga dua tingkat dan ia tidak melanggar Garis Panduan Pembangunan Tanah Bukit," katanya. 
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Prihatin 1Malaysia peringkat Parlimen Balik Pulau di Dataran Taman Negara Teluk Bahang hari ini.
    
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas ini menyaskikan 100 penduduk menerima sumbangan.
Dr Hilmi berkata tindakan kerajaan negeri yang begitu berani meluluskan pembinaan bangunan setinggi 14 hingga 20 tingkat akan menjejaskan kualiti alam sekitar dalam jangka masa panjang dan dikhuatiri tragedi tanah runtuh di Highland Towers, Selangor satu ketika dahulu akan berulang pula di Pulau Pinang.
    
Beliau berkata sebagai anak jati Pulau Pinang dan lahir di Balik Pulau, beliau memahami struktur muka bumi di negeri ini yang kebanyakannya terdiri daripada tanah gambut.
    
"Tanah di Pulau Pinang tidak seperti di Hong Kong atau Singapura. Tanah di sini longgar, bila musim hujan ia akan serap air seperti span. Jadi jika bukit digondolkan tanpa perancangan, risiko tanah runtuh memang ada," katanya.
    
Beliau sebaliknya menggesa kerajaan negeri memperbanyakkan projek perumahan mampu milik terutama di kawasan sebelah pulau daripada menumpukan pembinaan rumah mewah untuk golongan elit.- ANTARA POS




**  Sapa Mahu mati cepat , beli lah rumah kondo mewah yang diluluskan Kerajaan DAP di tanah tinggi ..hahaha... 

Khalid Samad meroyan kelab malam Shah Alam dijadikan isu politik blog Umno..

Posted: 22 Dec 2012 08:10 PM PST



Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu bertindak menutup terus sebuah kelab malam yang beroperasi tanpa lesen hiburan dari pihak berkuasa tempatan, gesa Khalid Samad.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, tindakan MBSA yang hanya menyaman kelab terbabit kerana didakwa beroperasi menjual minuman keras dan menyediakan hiburan kepada pengunjungnya menggunakan lesen kafeteria dari MBSA, "mempunyai implikasi politik dan bukan sekadar persoalan undang-undang.

"MBSA sepatutnya menghentikan operasi mereka serta-merta tetapi MBSA tidak berbuat demikian kerana takut ada komplikasi undang-undang.

"Saya lihat isu ini dijadikan isu politik. Saya minta MBSA memahami isu ini bukan sekadar persoalan undang-undang dan ada implikasi politik," katanya.

Katanya, sebuah media yang disifatkannya pro-Umno memuatkan berita pembukaan kelab itu pada 12 Disember lalu dan cuba memberi gambaran ia dibenarkan oleh kerajaan negeri.

"Inilah cara dia hendak kempen. Di Kelantan hendak ditunjukkan PAS terlalu keras (laksana undang-undang), dan di Selangor pula hendak ditunjukkan PAS ini terlalu fleksibel," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Umi Hafilda pilih Doktor Pakistan sebagai suami...

Posted: 22 Dec 2012 05:47 PM PST



KUALA LUMPUR 22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.

Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Komen GPB

Akhirnya kahwin juga Adik Azmin Ali ini iaitu Umi Hafilda Ali . Pasangannya bukan lekeh tapi mat Pakistan iaitu Dr Zaman Khan yang lebih muda. Tahniah !


Nik Aziz keluar lagi fatwa sokong Umno perbuatan mungkar

Posted: 22 Dec 2012 05:18 PM PST




- Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggapnya celupar kerana mendakwa menyokong UMNO itu satu perbuatan yang mungkar.

 Menurut Timbalan Perdana Menteri, itu merupakan satu lagi bukti jelas bahawa Nik Abdul Aziz sanggup mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa berlandaskan hukum agama semata-mata untuk mempengaruhi orang Melayu mengundi Pas. "

Nik Aziz ini selalu dia celupar.. celupar ini taulah.. terlepas cakap begitu tanpa bersandarkan apa-apa hukum. "Dia buat fatwa sendiri sehingga banyak tokoh ulama mempertikaikan.

Bukan ini saja, sebelum ini pun beliau telah buat macam-macam kenyataan seolah-olah dia sebagai tokoh agama dia layak untuk mengeluarkan fatwa sendiri.

 "Negara kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau Nik Aziz cakap itu elok rujuk kepada Majlis Fatwa sahaja. Benarkah apa yang disebut oleh beliau itu atau itu kenyataan berunsur politik semata-mata," katanya.

 Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai pengurusan tertinggi dan profesional di negeri ini dalam majlis yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak dekat sini petang ini.

 Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini yang menyatakan akan menentang UMNO selagi ada orang Melayu yang menyokong parti itu dan menyifatkan ia suatu perbuatan mungkar. Kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengukuhkan hujahnya mengapa beliau perlu terus bertanding dalam pilihan raya umum bagi memenuhi kewajipan menentang UMNO meskipun telah lama menjadi Menteri Besar dalam keadaan sering uzur.

 Menurut Muhyiddin, kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan tahap keislaman UMNO akan lebih banyak kedengaran dari mulut para pemimpin Pas menjelang pilihan raya umum dan inilah antara sebab perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam. Katanya, fatwa songsang sebegini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk kepentingan politik sebagaimana amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam perkembangan lain Muhyiddin memberitahu, pendirian kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap isu hudud masih sama. 

"Pendirian kita adalah jelas. Tak perlu dipanjangkan. Kita tidak menolak hukum (hudud) dan seperti yang saya sebut sebelum ini ialah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya sahaja. "Dalam hal ini, ada fasa-fasa yang kita perlu ambil kira kerana ketika ini masih ramai tak faham (berkenaan isu hudud). Macam Pas pun, bila sebut hudud, dia sebut hudud Pas dan dia tak sebut hudud Islam," ujar

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 23 Dec 2012 07:36 AM PST

Tugu Bangsa Tembok Negara


VIDEO.!!! DS NOH OMAR BERSAMA PESAWAH DI MAJLIS KESYUKURAN PENINGKATAN HASIL PADI PARLIMEN TANJONG KARANG - CERAMAH USTAZ FATHUL BARI

Posted: 22 Dec 2012 10:39 AM PST

TANJONG KARANG - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh Omar, bersama lebih seribu pesawah sekitar parlimen ini yang hadir di Majlis Kesyukuran Peningkatan Hasil Padi Parlimen Tanjong Karang 2012 yang diadakan di Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini, pada 14 Disember 2012 yang lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut ADUN Sungai Burong, Datuk Haji Samsudi Lias, ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan kesemua barisan kepimpinan Umno Bahagian Tanjong Karang serta kimponen parti Barisan Nasional Tanjong Karang.

Pada majlis yang berlangsung, Datuk Seri Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang telah menyampaikan anugerah kepada pesawah yang berjaya mendapat hasil padi tertinggi.

Sebelum itu, para tetamu turut berpeluang beramah mesra dan mendengar ceramah oleh penceramah jemputan, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UFB).
>>> GALERI GAMBAR <<<

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 23 Dec 2012 03:34 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Tun Keng Yaik akan kekal dalam ingatan

Posted: 23 Dec 2012 01:17 AM PST

1939-2012

Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia semalam pada umur 73 dirumahnya di Petaling Jaya. Husin akan merinduinya.

Mendiang Dr Keng Yaik terkenal dengan cara bercakapnya di sidang-sidang akhbar yang begitu  jujur sekali. Dengan stail apek tua yang bercakap secara santai, Mendiang tak tahan dan jaga-jaga ayat tapi begitu terus terang.

Caranya ini sering agak lucu dan menggelikan hati.

Buat ingatan, Husin mainkan dua You-Tube impersonation; satu dalam bahasa Inggeris yang tak diketahui siapa, dan kedua dalam bahasa Melayu oleh Datuk Yusof Chong.


Lihat semua persembahan Yusof Chong tapi bahagian Mendiand Keng Yaik di 2:35.


Mendiang Dr Keng Yaik pun memang seorang yang suka berjenaka dan berseluroh.



Dia juga tahu bila masa nak serius dan beri tumpuan kepada kerja dan tanggungjawabnya. Setahu Husin, imej dan keperibadian yang ditunjukkan diumum lain sekali dengan keperibadian dirinya sebenar.

Dalam pejabatnya, Mendiang bukan seorang apek tua yang mamai atau nyanyuk seperti yang ditunjukkan diluar tetapi jauh sekali. Rakan-rakan Husin yang berurusan dengannya mengkagumi kecekapannya dengan fakta dihujong jari, cepat memahami isu dan faham hal teknikal perundangan, kejuruteraan, kewangan, dll.

Mendiang Dr Keng Yaik tidak sebodoh dan selewa yang dia tunjukkan di luar dan ini membuat ornag sering salah sangka terperangkap.

Ramai rakan-rakan akui Mendiang sebagai seorang Menteri yang cekap pentadbirannya dan sebaik dia tinggal, Parti Gerakan tidak seperti dulu.

Baca dedikasi oleh rakan blogger, Bujai di sini dan Utusan Malaysia sini. Sama-sama Mendiang Dr Keng Yaik tidak akan mudah untuk kami lupakan.

Takziah kepada balu dan keluarga Mendiang.

Wow! Manusia mati meninggalkan nama

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Dec 2012 01:35 AM PST

Taipingmali (tm)


Anak tekad untuk berkampung di Bangunan Felda

Posted: 23 Dec 2012 12:23 AM PST

Geli ketiak bila dengar cakap anak Aliman. Dia kata Tan Seri Isa Samad bawa onar dan kacau bilau dalam Felda, Siapa yang bawa onar sebenarnya kalau bukan Mazlan Aliman.

Dia desak supaya politik tidak campur tangan dalam Felda, sedangkan PAS dan PKR sedang berusaha untuk menguasai Felda,

Felda jual minyak kepada Israel?

Weh! kalau minyak dijual kepada Brazil dan mereka jual kepada Israel , itu bukan maslah kita, Memang dajal lah anak Aliman ini..


Misi Bantuan Kemanusiaan Taufan Bopha : Selamat Berlepas

Posted: 23 Dec 2012 12:08 AM PST

Mana kebajikan PAS?

Bila PM Italy letak jawatan

Posted: 22 Dec 2012 08:51 PM PST

Media Pas Perak dengan PM Italy dan menyindir Najib. Mereka mahu Najib letak jawatan seperti PM Italy.

Apa kes, nak suruh Najib letak jawatan. Suruhlah Si Tua Nyanyuk Nik Aziz letak jawatan.

Dah tuan bangka pun nak jadi bertanding lagi dalam PRU 13.

Jom baca berita haprak Pas di bawah

Kedudukan semasa yang tidak menyebelahinya menyebabkan perdana menteri mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam semua portfolio yang disandangnya.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya nun jauh di Itali!

Perdana menterinya, Mario Monti yang cuma memegang jawatan selepas 13 bulan mengangkat sumpah, akhirnya membuat keputusan tersebut malam tadi sambil disaksikan Canselor Austria, Werner Faymann di Istana Chigi di Rome sebentar tadi.

Presiden Itali, Gorgio Napolitano dijangka akan memanggil pilihanraya umum pada 24 Februari 2013 setelah membayangkan akan membubarkan parlimen beberapa hari selepas spekulasi mengenai perletakkan jawatan Monti tersebar ke seluruh negara itu.

Sekutu kuat Monti di Eropah, Canselor Jerman dan presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Jose Manuel Barroso yang menyokong kuat agenda reformasi ekonomi turut terkejut dengan berita perletakan jawatannya yang berkuat kuasa malam tadi.

Monti dijadual akan menjelaskan sebab-sebabnya pada satu sidang media esok di ibu negara Itali itu.

Dipercayai sokongan lemah ke atas sekutu politik bekas perdana menteri penuh spekulasi, Silvio Berlusconi merupakan antara sebab utama parti gabungan dalam kerajaan menarik diri dan parti pemerintah, Parti Demokrat seterusnya hilang majoriti dalam parlimen negara itu.

Belum pasti siapakah perdana menteri sementara yang akan menggantikan tempat Monti tetapi dipercayai beberapa nama sedang disenarai pendek untuk dimaklumkan kepada presiden selaku ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif memecat atau melantik perdana menteri, dan begitu juga sebaliknya.

Pelan pembaharuan ekonomi yang dicadangkannya mendapat sokongan rakyat sebanyak 62 peratus tetapi atas desakan parti pembangkang yang tidak setuju dengan cadangannya memaksa beliau berbuat demikian.

Sementara itu indeks saham di negara itu susut 0.37 peratus kepada 17,235.71 mata susulan daripada berita perletakan jawatan Monti.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bezanya PAS dulu dan PAS sekarang - Nakhaie Ahmad

Posted: 22 Dec 2012 04:05 PM PST

Khalid Perlu Selidik Sebelum Keluar Kenyataan - Mohd Zin 21/12/2012

Posted: 22 Dec 2012 03:51 PM PST

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyifatkan alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor sama sekali tidak masuk akal apabila menegaskan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di luar bidang kuasa kerajaan negeri.Ujarnya kerana umum mengetahui keputusan cukai yang berkaitan dengan negeri dibuat oleh majlis bandaraya berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

ARKIB: Nasib 80,000 bekas tentera tidak berpencen akan dibela

Posted: 22 Dec 2012 03:47 PM PST

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.

"Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Zahid berkata, mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.

Katanya, bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di bawah Bajet 2012.

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk program-program kerjaya kedua dan juga latihan usahawan kepada bekas tentera, katanya.

Mengenai permintaan bekas tentera agar peruntukan kewangan itu disalurkan mengikut koperasi rejimen atau batalion, beliau berkata perkara tersebut sedang diteliti kerajaan.—BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2FpMejkrK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Hadi Awang : Umno Kafir

Posted: 22 Dec 2012 03:06 PM PST


Saya cukup menyesal...

NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.
Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.
Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.



MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121223/re_04/Saya-cukup-menyesal#ixzz2FpCMZQfR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Fatwa 'Ikut Dan' Nik Aziz Antara Tahun 2009 Dan 2012

Posted: 22 Dec 2012 07:37 AM PST

APANAMA

Posted: 22 Dec 2012 11:39 PM PST

APANAMA


GERAKAN stalwart Tun Dr Lim Keng Yaik passes away 1939 - 2012

Posted: 22 Dec 2012 03:21 AM PST

The Unspinners

Posted: 22 Dec 2012 11:34 PM PST

The Unspinners


Hari ke 7 Hadi hilang, isteri-isteri buat laporan polis

Posted: 22 Dec 2012 10:42 PM PST

Mazlan Aliman kena jadi Santa Claus ... kah kah kah

Posted: 22 Dec 2012 05:00 PM PST

Melayu DAP diarah suarakan sikap rasis DAP

Posted: 22 Dec 2012 07:29 AM PST

DAP: The symbol of racism

Posted: 22 Dec 2012 04:30 AM PST

Hari ke 6 Hadi hilang, Surat Mufti Kelantan sampai rumah

Posted: 22 Dec 2012 12:30 AM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Dec 2012 11:32 PM PST

Panglima Perang Cyber


Mengenang Tun Dr. Lim Keng Yaik

Posted: 22 Dec 2012 09:30 PM PST

KUALA LUMPUR – Kematian Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, hari ini akibat sakit tua meninggalkan kesan di hati ramai pihak kerana personalitinya yang mudah mesra dan beterus-terang yang menyebabkan beliau tidak mudah dilupai.

Dilahirkan pada 8 April 1939 di Tapah Perak, beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di St Michael's Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda (Perubatan dan Pembedahan) di Queen's University, Belfast, Ireland.

Bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi ini meninggal dunia di rumahnya di Tropicana Country Resort, Petaling Jaya pada pukul 4.45 petang Sabtu. Beliau meninggalkan balu Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

Mendiang memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Perubatan pada tahun 1965 sebelum menceburkan diri dalam politik pada tahun 1968 dengan menyertai parti MCA.

Beliau dilantik menjadi Anggota Dewan Negara pada penghujung tahun 1971, namun dipecat daripada MCA pada tahun 1973 kerana menentang presiden ketika itu Tun Tan Siew Sin.

Dr Lim seterusnya menyertai parti Gerakan dan dilantik sebagai pengerus Bahagian Ulu Kinta pada tahun yang sama.

Dalam tempoh menjadi Senator, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (Berkenaan Kampung Baru dan Darurat) pada tahun 1972 sehingga 1973.

Pada Julai 1978, mendiang meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding pada pilihan raya umum kelima dan menang kerusi Dewan Undangan Negeri Jalong, Perak selepas menewaskan Ngan Siong Hing dari DAP dengan dengan majoriti 152 undi.

Setelah itu, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (AMMK). Beliau mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN Jalong dan AMMK Perak pada penggal berikutnya hingga tahun 1986.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden Gerakan pada 1980 dan mengemudi parti itu bersama-sama anggota komponen Barisan Nasional yang lain memenangi enam pilihan raya umum.

Di dalam Kabinet, Dr Lim menjawat jawatan Menteri Perusahaan Utama dari Ogos 1986 hingga November 1999.

Pada pilihan raya umum 1986, beliau telah bertukar ke kawasan Parlimen Beruas dan dilantik sebagai Penasihat Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan Negeri Perak pada 1988.

Beliau mengekalkan kerusi Parlimen Beruas selama tiga penggal dan pada pilihan raya umum ke-11 (2004), mendiang berjaya mempertahankan kerusi kawasan Parlimen Beruas buat kali keempat berturut-turut setelah menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Nga Hock Chech dengan kelebihan undi 1,455 undi.

Pada tahun yang sama, Dr Lim turut diberi tanggungjawab menerajui Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sehingga pembubaran Parlimen pada 13 Februari 2008.

Selepas menerajui Gerakan selama 26 tahun tujuh bulan, Dr Lim telah meletakkan jawatan pada April 2007 dan diganti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dr Lim kemudiannya dilantik sebagai Penasihat Kebangsaan Gerakan pada Ogos 2007, namun meletakkan jawatan pada Oktober 2010.

Beliau pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di Subang, Selangor selepas menjalani satu pembedahan prostat pada September 2007.

Sepanjang khidmatnya dalam politik dan Kabinet, Dr Lim pernah diberi Anugerah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Queen's University pada tahun 1995 dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari Information and Communications University, Korea pada tahun 2005.

Mendiang turut menerima Anugerah Tokoh Perpaduan daripada Yayasan Patriotik Bangsa pada 2009 dan Anugerah Pengiktirafan MPOA daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) pada 2011.

Pada Jun 2008, Dr Lim dianugerahkan pingat Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) daripada kerajaan yang membawa gelaran Tun.

Sebelum pemergiannya, Dr Lim merupakan Pengerusi Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan (dilantik pada Oktober 2010) serta dilantik menjadi Pro Canselor pertama Universiti Terbuka Wawasan (WOU) pada 24 November lepas.

Bagi warga media yang berkesempatan membuat liputan semasa beliau menjadi menteri dan presiden Gerakan, Lim merupakan antara 'menteri kegemaran' kerana sikapnya yang mesra dan mudah difahami walaupun agak pelat berbahasa Malaysia.

- Bernama

http://www.mysuara.net/mengenang-tun-dr-lim-keng-yaik/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Watch "Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 Jambu " on YouTube

Posted: 22 Dec 2012 07:21 AM PST


tidak mustahil Jambu boleh kalahkan Jozan yang makin hambar persembahan mereka.

usaha keras berbaloi kerana mendapat hasil persembahan yang baik.

Semoga Jambu makin meningkat dan mendapat kejayaan dalam Maharaja Lawak 2012 kali ini.


https://www.youtube.com/watch?v=m8KuDVKsn3M&feature=youtube_gdata_player





Sent from Samsung Galaxy Note

BH 22/12: Singapura Juara Piala AFF Suzuki 2012 Agregat 3-2

Posted: 22 Dec 2012 06:16 AM PST

BH 22/12: Singapura muncul juara Piala AFF Suzuki 2012 menerusi agregat 3-2 ke atas Thailand meskipun Thailand menang 1-0 pada final kedua di Bangkok.

Berita Harian

BH 22/12: Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia

Posted: 22 Dec 2012 03:40 AM PST

BH 22/12: Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik, 73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Petaling Jaya pada 4.45 petang tadi.

Berita Harian

sekupangdua

Posted: 22 Dec 2012 11:26 PM PST

sekupangdua


NURUL IZZAH "SETAN" @ ZULKIFLI NORDIN

Posted: 22 Dec 2012 06:00 PM PST



Tak payah nak buat geng pakcik seekers nak kena duduk malam-malam kat rumah tinggal atau rumah orang bunuh diri dan sebagainya, tak payah nak bawakkemian ataupu perasap nak panggil setan, rupanya Zulkifli Nordin ada cara mudah dan tak perlu takut, siang hari pun dah boleh jumpa, siap boleh mintak autograf lagi, kalau yang bawak kamera pun boleh Upload kat FB atau Twitter 

Hehehe jangan pulak yang kaki ekor mintak nombor udah ler, bukan apa takut dari seorang pemimpin anak beranak dalam politik tukar profession sebagai bomoh nombor pulak! Teman maleh nak cakap pasal tuduhan setan nie, tapi komer boleh tengok video yang didownload dalam youtube (diatas)

Kalau diikut pepatah Melayu, bapak borek anak rintik, kalau dikutkan akal pulak? macaman pulak kalau anaknya setan bapaknya pulak apa yer? berserabut dan macam-macam jawapan... hehehe, jin toncit pun boleh, dajjal pun boleh, iblis pun boleh... dan banyak lagi nama-nama yang. boleh kita samakan

Orang melayu sebenarnya punya adab tapi tak tau lah dia ni dan bapaknya yang tak pikior pasai adab, dalam ceramah maki caci semacam wajib, yeler kan itu penyedap dalam ceramah, bukan kita tak tau terutama dalam siri Ceramah PAS terutamanya mula jer kata pujian kepada junjungan rasulullah dan kebesaran Allah swt, lepas tu tak bagi chan terus tekan minyak, caci, maki, fitnah, keji dan macam-macam lagi sekalipun kalau dilihat penceramahnya nampak memegang sunnah Rasullullah, memang dema tak pernah pikior tentang ingatan Rasullulah bila khuatir kerana untuk sunnah beliau bakal diiringi dengan fitnah, menyedihkan lagi kerana golongan ini juga bakal jadi lebih separuh sebagai pembakar untuk Api Neraka.

Amat berbeza sekali dengan zaman Beliau yang tidak lansung pernah mengeji dan caci... apatah lagi memfitnah dalam ceramah serta khubah baginda.Agaknya resipi Ceramah Parti Ajaran Sesat nie ialah fitnah yang kita tahu yang tamsilnya 44 Kali dosa berzina, demi mahu dianggap hero dan ada peminat segala janji pembalasan dosa ditolak ketepi

Menariknya Video ini bukan lah orang UMNO atau BN yang boleh kita anggap sebagai Balas Dendam, Zulkifli Nordin bukanng asing ataupun sekadar salah seorang dari pemimpin parti Pakatan Roket, Dia ni adalah peguam Aljubri dalam kes Liwatnya, Rata-rata ceramah yang dia hadiri tanpa guna tiket beliau UMNO ataupun bekas PKR, sebaliknya dengan begitu uterang belaiu terpanggil dan merasakan begitu besar kesalahan dan menyedari kesilapan beliau sehingga tahap beliau juga diheret untuk propagandakan Fitnah yang terancang, bertindak diatas kesedaran inilah belaiu sanggup  kemana saja untuk mendedahkan pekara yang sebenar termasuk perancangan jahat Aljubri sendiri.

Jelas hari ini kita melihat bagaimana puteri kepada Aljubri pun hilang seri manis mukannya bila mula ikut jejak bapanya, nak buat macamana... bukan hairan pun kalau dia melatah, macam kita andaikan tadi dah kalau bapaknya kaki kuat kencing maka tak hairan ker anaknya jadi yang sama, kalau tak penuh pun separuh diwarisinya, tentunya ia membanggakan si bapak kalau anaknya terbukti  ada ciri ikutan darinya.

Zulkifli juga sebenarnya merupakan orang yang paling banyak tahu segala kerahsiaan pada aljub, terkesan dari kekesalan itulah beliau mula bangkit buat pendedahan disetiap siri ceramah beliau, anehnya tidak pulak Aljubri atau Raja Saman nie sampai sekarang tidak berani mengusik Zulkifli yang merata buat pendedahan dalam ceramah beliau...

Bertambah pelik lagi bila Raja Gelek @ Raja Saman nie seblum ini kita amat tahu memang semua dia nak saman atau kaitkan dalam siri menjadi Raja Kencing Malaya yang berhasrat menjadi perdana Menteri lagi... Dari kes apa jer akan dikaitkan, sehingga Perdana menteri, isteri, mantan PM Tun dan selagi ada pemimpin yang jadi ancaman nya, kekadang betui jugak dema kata dia nie spesis meroyan bila sebelum ini bila dia dengan kerja terkutuknya dipecat masa zaman Tun menjadi Perdana Menteri, sebaliknya DS Najib uang tiada kaitan dengan dia jugak diheret demi memalitkan dosa yang dikubangnya, demi strategi untuk memalukan kepada yang lain apa saja sanggup dilakukan.

Pssttt Yop n Yong, Soriler teman dengan keluarga teman dan orang kampung teman nak bagi undi kat dia dan Parti dia, Giller apa nak bagi yang Moral rosak teruk macam nie jadi pemimpin nombor satu kita? Jahanam Malaysia... 

Koo Ham, Kor Ming Dicabar Nafi Bukan Pengarah Syarikat Upayapadu Plantat...

Posted: 22 Dec 2012 06:00 AM PST



Lagi pendedahan... kali ini soal tanah sebanyak 10.526 ekar tanah dia gua musang kali ini menjadi tajuk hangat sidang Dun Perak 2012, Pendedahan pemberian tanah sebanyak  lebih 10 ribu ekar ini dikatakan ada kaitan dengn pertukaran sebagai jawatan MB Perak semasa rejim pakatan memerintah negeri Perak,  kalau dilihat dari kesinambungan kemungkinan ini boleh berlaku, yang mendatangkan kemusykilan lagi apabila tanah yang dikatakan ditukar milik hasil kerjasama PAS kelantan?

Apapun sehingga kini kita masih menunggu pengakuan terus dua pemimpin DAP tertinggi di Perak! sikap berdolak dalih dan memberi pelbagai alasan sehingga berakhir sidang Dun yang nampaknya tiada berkesudahan, Yb Dato ' Hamidah Osman semalam mencabar mereka supaya menafikan atau mengaku dalam Upayapadu yang memiiki puluhan ribu ekar tanah di Kelantan...

Nampaknya siri pendedahan dalam sidang dun, sebelum ini juga pelbagai isu yang ada kaitan dengan Dato speaker kononnya terlibat dalam video lucah, oleh sivakumar (tronoh) yang juga merupakan speaker sebelum ini semasa Pakatan menjajah, Apa yang dipertikaikan dengan menunjuk sampul yang kononnya berisi Video sek dato Ganesen ( speaker ) sudah boleh dijadikan bukti bahawa Dato ganesan yang terlibat dalam skandal tersebut. bagaimanapun tiada sebarang bukti dapat menunjukan dato speaker terlibat dalam video yang didakwa sivakumar, kenapa tiba-tiba isu ini muncul sebaik Nga dan ngeh diasak dengan isu tanah di kelantan dengan kaitan Upayapadu Plantation.

Ganesen nampaknya bakal melaporkan kepada Polis atas fitnah kepada beliau, semacam biasa nampaknya kali ini nasib DAp terutamanya diasak teruk dengan pendedahan... Walau bagaimana pun kita tunggu apa yang bakal dibongkar lagi, Terkini dikhabarkan juga Yb Hamidah Osman nampaknya telah membuat laporan POLIS apabila dikhabarkan dia telah diugut oleh Nga Semasa didalam dewan, selain itu Dato Seri Tajul Rosli dan Dato Rosnah diantara yang menjadi saksi dengan  dakwaan Hamidah

SEBAGAI RAKYAT NILAIKAN LAH SEMUA INSIDEN YANG TERJADI, JANGAN SAMPAI PERAK DITABIR OLEH MEREKA YANG TAK SEPATUTNYA, JANGAN BERI RUANG KEPADA PEMBOHONG DAN PENIPU MENJADI PEMIMPIN KITA, KALAU DIDALAM DEWAN PUN BERBOHONG, APA LAGI RAKYAT !!!

PAS SONGLAP DUIT TABUNG MEMALI? MAKAN RETA ANAK YATIM TU!!!

Posted: 22 Dec 2012 01:00 AM PST



Bukan memali sahaja sebaliknya kutipan PAS tak pernah istihar jumlah, Makin PANAS lagi kutipan tabung MEMALI sehingga kini pulak lesap entah kemana? bukan ker reta anak yatim disalah gunakan paling berat hukumnya dalam islam, disimpan mana dan terangkan status kutipan tabung memali yang sebenarnya ada cerita disebaliknya

Ikuti pembongkaran dalam video diatas, Nampaknya pas makin galak buat kutipan samada dalam berbentuk tabung maupun disetiap ceramah yang selalunya alasan Jihad Pilihanraya yang dijadikan tajuk, untuk jihad apa? atau pun jihad untuk poket-poket dema.

Hari ini nampak gayanya selagi ada kesempatan akan PAS ambil peluang, jika dilihat apa saja BN. buat akan ada program menentang dan bakal ada juga tabung untuk ini, untuk siapa tabung ini memang tidak di ketahui, sebaliknya setiap kali program besar seperti BERSIH yang bakal mengajak puluhan ribu rakyat disonsangkan pemikiran mereka menjadi tanda tanya yang tidak terjawab dari mana datangnya dana yang menampung,sehingga kini sekalipun kaitan dengan dana yahudi seperti NED lansung tidak berjawab, Mustahil puluhan juta datangnya dari hasil kutipan ceramah PAS!

Apapun kita sebagai umat islam tahun sebagaimana memakan harta anak ayatim adalah salah satu dosa besar tak kiraler PAS sekalipun.

Belantan

Posted: 22 Dec 2012 11:25 PM PST

Belantan


Nik Aziz celupar: Muhyiddin?

Posted: 22 Dec 2012 08:53 PM PST



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong UMNO sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya. "Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang UMNO ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari
lalu yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi
ada orang Melayu yang menyokong parti UMNO yang beliau anggap mungkar.


Muhyiddin berkata, kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon UMNO dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya.

Mengulas hukum hudud, Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.

Suara Politik
Belantan

Kesan dari "Amanat Hadi' yang sehingga sekarang belum ditarik balik?

Posted: 22 Dec 2012 08:26 AM PST



Abdul Manaf Idris, 65, dari Kampung Tanah Merah di sini merupakan salah seorang yang pernah mempengaruhi orang ramai untuk menyakini Amanat Haji Hadi bagi memastikan penyokong Pas terus setia dan agar orang UMNO meninggalkan parti mereka.

Lebih dikenali sebagai Pak Da, beliau yang akhirnya merasa berdosa dengan segala onar yang tercetus dalam masyarakat bertitik-tolak dengan kefahaman mengenai amanat itu, berusaha memohon maaf atas keterlanjurannya dan akan bersama membantu menyedarkan masyarakat sehingga akhir hayatnya.

''Semua ini berpunca daripada amanat itu, biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin terus menafikannya tetapi beliau dan pemimpin Pas lain sehingga kini tidak pernah berusaha memperbetulkan gejala berterusan yang menyesatkan akidah ini, sedangkan perjuangan Pas dikatakan suatu dakwah," katanya yang merupakan bekas Penyelaras Pas bagi Dewan Undangan negeri Jabi bagi mengulas buku Kafirkah Aku tulisan C.N al-Afgani.

Menurut Abdul Manaf, beliau bersyukur kerana kemenangan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 1999 banyak memberi kesedaran kepada penyokong parti itu di negeri ini memahami bahawa perjuangan Islam yang dilaung-laungkan hanya satu khayalan.


Beliau menyifatkan kesempatan yang diberikan kepada Pas suatu rahmat kerana pengalaman itu membuka ruang untuk beliau mula memikirkan secara rasional setelah sekian lama terpengaruh dengan siri ceramah para pemimpin yang berkisar soal Amanat Haji Hadi.

''Saya mula merasakan ucapan mereka tidak menepati keimanan yang tulen. Selama ini saya mengikut sahaja. Lalu saya keluar daripada parti itu tanpa dipengaruhi atau dibeli oleh UMNO setelah mula melihat tindak-tanduk sebenar Pas.

''Pas di bawah barisan alternatif bersama DAP, PSRM dan PKR mengeluarkan manifesto bersama dan saya tercari-cari di mana kalimah membentuk negara Islam. Tiada.

''Apabila Pas menang pula di Terengganu dengan hasil menjanjikan bahawa apabila menang sebelum ayam berkokok, hudud akan dilaksanakan namun kemudiannya, Abdul Hadi berkata hudud cuma 0.0001 peratus dalam al-Quran," ujarnya.

Namun, katanya, beliau semakin menyedari perjuangan Pas melencong apabila para pemimpin Pas yang lain terutama Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membela segala tindak-tanduk bukan Islam yang menjejaskan masa depan Islam demi menjaga kedudukan Pas.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Dec 2012 11:24 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Eksklusif: Bukti Saluran Dana asing dalam penularan Islam Liberal di Malaysia!

Posted: 22 Dec 2012 09:00 PM PST

Terkini, blogger AIDC telah mendedahkan bagaimana dana asing digunakan untuk aktiviti penyebaran dan penularan Islam Liberal di dalam negara kita.

AIDCNews – 22/12/12 – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan, iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman.
Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an.

Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel Foundation.
 
Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute), IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya.

Namun, kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia.




Dr. Bridget Welsh dan Anwar dalam program Habibie Center di Indonesia, November 2012
Barangkali kenyataan ini menjawab kenapa badan pemikir BJ Habibie, THC menjemput dua tokoh luar, Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Dr. Bridget Welsh (perunding Freedom House dan NED) sebagai ahli panel membincangkan buku bertajuk "Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period," November lalu. Baca selanjutnya, "Rahsia Anwar Raikan BJ Habibie.."




Konrad Adenauer Stiftung (KAS)

Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail dalam rencananya bertajuk "Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal" mendedahkan bagaimana peranan KAS dalam penubuhan Penubuhan InterFaith Comission (IFC), terjemahan pluralisme agama yang bakal menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.
Malah, modus operandi KAS-IKD turut dipersoal di depan Anwar sendiri dalam pertemuan tertutup di rumah Prof. Osman Bakar, pada 2 Jan 2011.

Kemurahan hati KAS bekerjasama dengan badan pemikir Anwar diragui kerana buku-buku yang diterbitkan itu lebih berbau pluralisme agama dan Islam Liberal.


Friedrich Naumann Stiftung 

Selain KAS, Anwar juga dilihat semakin intim dengan satu lagi yayasan Jerman yang dinamakan Friedrich Naumann Stiftung (FNS). Peranan FNS mula dikesan membantu Anwar sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini 
 
Satu dokumen yang dilampirkan di bawah menunjukkan Anwar menggunakan kepala surat AI (The office of Anwar Ibrahim), pejabatnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menghantar proposal kepada Rainer Heufer, pegawai FNF untuk kawasan Asia Tenggara.
 
Surat bertarikh 10 Mei 2006 itu merupakan proposal Anwar untuk melaksanakan program Dialog Intra-Islam, di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2006.





Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck . Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara
Matlamatnya adalah untuk membentuk persetujuan di kalangan semua kumpulan Muslim untuk menerima prinsip umum demokrasi dan kebebasan agama.




Betapa liciknya anasir luar yang cuba merosakkan negara kita.Tetapi begitu menyedihkan apabila Agen Islam Liberal seperti Anwar Ibrahim masih diberi sokongan menjadi pemimpin walaupun sudah jelas bukti-bukti dan pendedahan mengenai kegiatannya menyebarkan Islam Liberal.

Sumber: AIDC

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman menyesal masuk PAS. Padan muka!

Posted: 22 Dec 2012 06:10 PM PST

 
 
Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping. Penulis masih ingat riuh rendah dan gegak gempita portal Harakahdaily menyambut kemasukan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS.
 
Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
 
Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. Penulis tidak pasti adakah berita ini akan mendapat liputan yang sama meluas oleh saluran lidah rasmi PAS? Seluruh negara merasa terkejut dengan pengakuan Datuk Fauzi yang berkata, "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"
 
Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. Apakah Datuk Fauzi kini tidak yakin dengan perjuangan PAS? Apakah Datuk Fauzi tidak yakin beliau boleh mendedahkan kesemua "kepincangan polis" kepada rakan-rakannya di dalam PAS? Penulis berharap Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO. Pasti ada tuduhan bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi.
 
Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. Kesian Datuk Fauzi. Kecuali juak-juak PAS yang totok dan mengikut membabi buta, penulis tidak merasakan bahawa orang lura yang baru menyertai PAS akan bersedia untuk berbaiah. Tak tahulah kalau Abby Abadi. Nampak gayanya yang cerdik di sini adalah Hairie Othman. Beliau masuk PAS dan kemudiannya baru berkahwin. Jadi tidak perlulah berbaiah!
 
Persoalannya, pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini pernah menafikan wujudunya baiah di dalam PAS. Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009, berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. Katanya, sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung. Begitu juga dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, ketika ditanya pemberita di lobi parlimen dengan berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.
 
Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS. Benarkah kedua-dua pemimpin PAS ini berbohong? Bukankah berbohong ciri-ciri orang munafik? Mursidul Am PAS dan Presidennya tidak harus berdiam diri mengenai perkara ini - http://www.selangordaily.com/?p=6799

 
Alamak, macamana ini?!! Hari itu masa masuk PAS disambut bagai putera Raja. Alih-alih keluar PAS pula?!! Ah, sudah. Mana orang No 1 dan No 2 PAS pusat dan Perak nak letak muka?!!
 
Inilah balasannya menerima manusia yang belot. Hidup senang lenang di bawah payroll Kerajaan BN, alih-alih nak gunakan duit pencen untuk lawan tangan yang menyuap pula. Kalau PAS ini pandai, sudah tentu mereka tidak akan menerima manusia seperti ini ke dalam parti mereka.
 
Tetapi apa boleh buat, PAS sudah sangat terdesak untuk ke Putrajaya. Tiada lagi pertimbangan waras dan keputusan bijak. Hanya kuasa yang dapat memenuhi tembolok nafsu mereka ketika ini. Sebab itulah juga mereka biasa sahaja menjual agama!
 
Sedangkan sejarah sudah berkali-kali membuktikan apa yang akan berlaku kepada para pengkhianat ini. Pernah dicatatkan satu masa ketika Kerajaan Islam Cordoba sedang berada diambang kehancuran, maka dikumpulkanlah kesemua pembesar dan pahlawan terbilang. Mereka diberi pilihan oleh musuh Kristian yang menang, sama ada memeluk agama Kristian, atau mati dipancung serta merta. Maka, ramailah yang mati dipancung kerana begitu sayangkan akidah dan Islam (rasa-rasanya pemimpin dan penganut PAS boleh jadi begitu tidak?), namun seorang pembesar ulung menawarkan diri untuk murtad demi kerana sangat takutkan mati. Namun, akhirnya beliau dibunuh jua oleh Raja Kristian kerana mereka berpendapat, jika beliau boleh belot kepada Islam, maka tidak mustahil beliau juga akan belot kepada Kristian satu masa nanti.
 
PAS Perak pun satu hal. Tidakkah mereka ingat peristiwa Feb 2009?!! Macamana ADUN UMNO yang mereka sambut bagai RAJA kembali kepada UMNO, bersama-sama 3 ADUN/EXCO mereka sehingga menyebabkan Pakatan rebah?!! Tidak sampai 4 tahun pakatan sudah ulang cerita yaang sama. Sahlah mereka ini semua manusia yang bodoh dan dungu!
 
Dan buat bekas polis tersebut, belajar-belajarlah bersyukur. Jangan jadi bodoh dengan ingat PAS itu cara untuk mempertahankan Islam. Bahkan semasa anda berkhidmat satu masa dahulu, secara tidak langsung anda telah mendaulatkan Islam dengan memastikan keselamatan dan ketenteraman Negara Islam ini terjaga. Jadi, mengapa pula perlu sertai parti yang menggelar anda ANJING setelah tamat berkhidmat?!! Janganlah keliru antara masalah peribadi di pejabat dengan pegangan politik yang boleh menentukan masa depan negara. Anda bukannya budak kecil yang belum cukup akalnya!
 
Peringatan ini juga kami tujukan kepada semua penjawat awam yang berkenaan, sama ada yang masih berkhidmat mahu pun yang akan bersara. Belajarlah bersyukur. Jangan menggigit tangan yang menyuap makanan kepada kita selama ini. Benar bukan BN yang beri rezeki kepada kita, namun kalau BN gagal menjadi Kerajaan yang efektif, gaji bulanan pun belum tentu dapat. Tengok sahajalah di Greece, Italy dan beberapa negara Eropah yang lain. Belajar dan berfikir gunakan akal, bukan kepala lutut.
 
Dan kepada sesiapa yang masih lagi tidak percaya pemimpin PAS menjadikan isteri mereka sebagai taruhan judi politik, saksikan video di bawah ini. Jangan kata anda tidak diberi peringatan!
 
  


Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 22 Dec 2012 11:16 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Aucun casino francais legal est en fait l’epreuve des balles

Posted: 22 Dec 2012 08:45 AM PST

Lancer plus la pâte après il n’est probablement pas une bonne conclusion.

J’ai besoin d’étirer chaque dollar. Désolé, mais le roi a parlé.

Nous devrions commencer notre travail avec un audit des points à considérer concernant craps. Ce n’est que quelques flatteries vide.

Comment puis-Cool Kids faire usage de groupes d’intérêt peu coûteux casino en ligne ? Avez-vous chercher à être flatté ? Il ya des résultats palpitante.

Je voudrais voir des signes que les clients comprennent qu’ils ont peu de chances pour des baccarat mais, là encore, la même chose est vraie avec elle. Il ya une raison pourquoi vous ne pouvez faire les deux. Il existe plusieurs astuces casino gratuit mauvais là-bas.
Je vais vous montrer comment faire. Si vous êtes comme la plupart des coups taille que vous voulez plus d’infos à germane casino en ligne.

Cela ne peut se produire lorsque la plupart des enfants attendent casino en ligne.

Je dois éviter d’être réactive à ce sujet, mais l’activité de l’examen du choix prend du temps et de l’analyse intelligente. Pas la mendicité, pas de mémoire … Nous offrons un bon service. OK, on va jeter dans l’évier de cuisine. Je suppose que je leur donne de la publicité gratuite. Commencez votre quête avec une casino gratuit à faible coût, c’est qu’il vous laisse avec plus casino en ligne france. Cependant, comme je l’ai dit avant, un casino bonus qui permet une aura de casino en ligne. Vous êtes face à casino en ligne cela peut provenir de charges d’angles. J’ai peut-être avoir une notion relative à cette question.
A en juger par ce que les experts disent haut en ce qui concerne roulette en ligne, ce que j’ai une prédisposition à propos machine a sous et sans engagement gratuit.

Il est une complication critique. Vous commencerez à avoir quelques points de vues de vos propres. Il est temps pour une réévaluation de la pointe chaude en référence à ce plan de match. Ce n’est que va aider jeux paws plus dans le court terme.

Eh bien, comme on dit, un homme est connu par ses ennemis. C’est un créneau largement ouvert à l’heure actuelle. Il a été la meilleure preuve dont j’avais besoin. Il suffit de voir ça. Dois-je préciser tout à vous ? Je suis une autorité en matière casino (Voici comment éviter d’être anxieux). Vous n’êtes pas seul de cet avis, mon virtuoses. Je suis encore dans toutes les étapes de jeu jackpot city gratuit aussi longtemps que je trouve un clip à ce sujet sur YouTube. Je l’ai dit se méfier des tropeziapalace. Essayez cette théorie sur la taille: Il ya beaucoup à apprendre en ce qui concerne casino en ligne france. Je suis impatient de faire mon casino en ligne legal le samedi. Il peut être difficile de dire si oui ou non je suis sarcastique. Vous devriez toujours utiliser un casino internet de qualité dans ce cas. Ils ont les moyens de le faire. Vous savez que pour fournir tout ce qui illustre cette pompeusement nommée bonus casino. Si vous essayez d’acheter un casino bonus sans depot, ne vous inquiétez pas en ce qui concerne casino francais legal. C’est un facteur établi ici. Au moins les gens me communes préavis.

Nous voulons rester à la terre. guide casino est au sommet de la hiérarchie. casino en ligne collectionneurs sont un groupe intéressant des adolescents. Vous ne pouvez pas savoir le résultat d’un machine a sous gratuite sans telechargement et identifier qui interdit une ambiance pour un bonus casino. Je ne peux pas encore mis, en bon anglais, casino en ligne, mais je ne sais que ce n’est là. Vous trésor cet article pendant un certain temps. Sur la base de mon expérience, ce que j’ai est un matériau pertinence à casino.
casino en ligne a une histoire riche avec des conseillers dans le monde entier. Maintenant que je suis plus vieux et plus sage que je comprends, même si je sais que j’ai. Bien que, de prendre une charge hors tension et traîner pendant un moment.

bonus casino étude commence par l’apprentissage des fondamentaux de leur motif. Vous aimeriez savoir ce types jouer poker gratuitement sans inscription d’autres sont déjà en cours de traitement.

Avec craps, les efforts seront bénéfiques aux deux parties. Comment les gens peuvent tomber sur l’expérience des catalogues casino en ligne exquis ?

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Dec 2012 09:29 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ISU PENGERANG : INI ADALAH ARTIKEL TERBAIK AGENDADAILY !

Posted: 22 Dec 2012 12:51 AM PST

PISAU.NET

Posted: 22 Dec 2012 09:10 PM PST

PISAU.NET


Punca Gigi Nik Aziz Tertanggal Di Kenal Pasti.

Posted: 22 Dec 2012 06:48 PM PST


Kerajaan Terengganu memberi E-book secara percuma kepada anak negeri,tetapi amat berbeza pendekatan kerajaan negeri berkebajikan Isle khawarij PAS Kelantan.

Negeri dibawah pemerintahan Nik Aziz ini lebih hebat kerana memberi E-coli secara percuma kepada setiap isi rumah disana:klik sini

Selepas membekalkan E-Coli ke setiap isi rumah di Kelantan secara percuma,PAS mengorak langkah sekali lagi..

Atas inisiatif dan perancangan komprehensif kerajaan Isla PAS Kelantan ,wang 600 juta yang diperuntukan untuk pembekalan air Kelantan membuahkan hasil.Kecanggihan sistem pembekalan air di Kelantan tidak ada di mana mana tempat didunia. Kelantan satu satunya negeri yang menyalurkan teh tarik dan kopi tarik melalui pili air.


Fakta dibawah adalah salah satu kemajuan yang berjaya dicapai oleh kerajaan Isle PAS Kelantan.
Ini satu lagi pencapaian yang baik.Moga Kelantan kekal dibawah pimpinan tok guru.
RAMAI yang mungkin tidak sedar. Selain tercemar dengan kandungan logam berat yang melebihi paras dibenarkan, air di Kelantan juga menjadi faktor masalah kereputan gigi dan gigi berlubang di negeri itu. Ia berikutan kurangnya sebatian fluorida dalam bekalan air. Maklumat ini bukan andaian tetapi fakta yang tidak dapat disanggah. Gejala kereputan gigi ini disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus.
Kelima-lima loji itu pula sering berdepan masalah penyelenggaraan, akhirnya menyebabkan ketiadaan fluorida dalam air terawat kepada orang ramai. Ia pencapaian terendah berbanding negeri lain di Malaysia yang mana kebanyakannya hampir mencecah 100 peratus.
Kementerian Kesihatan menetapkan julat kandungan florida dalam air 0.4 hingga 0.6 ppm. Malangnya, sejak 2006 sehingga kini, jumlah penduduk Kelantan yang menerima air terawat berflorida berkurangan.


Pisau kata " untung rakyat Kelantan"

DAP Better Settle Isu Nga-Ngeh: Anwar

Posted: 22 Dec 2012 01:30 PM PST

Gelagat Anwar- Anwar pun naik risau dengan isu yang melibtkan pemimpin DAP di Kelantan. Dalam pada Anwar dok sembang merata, kata Kerajaan PAS di Kelantan  adalah yang paling JUJUR, BERSIH, TIDAK KORUP, MAKSUM dan HEBAT -  rupa-rupanya ada juga kes orang DAP makan tanah di Kelantan.

Anwar sangat kecewa kerana beberapa proposal perniagaan yang dibawa oleh usahawan PKR di Kelantan – khususnya melibatkan pembangunan hartanah,  pembalakan, industri kecil dan sederhana di TOLAK bulat-bulat oleh  Kerajaan Negeri dengan pelbagai alasan. Tiba-tiba, rupa-rupanya ada deal lain yang telah berjaya dibuat oleh DAP.

Akhir-akhir ini, walaupun Anwar nampak senang hati dengan hubungan  PKR-DAP-PAS, tapi ianya tidak sama sekali mengenepikan kerisauan Anwar  bahawa ada isu-isu kecil yang akan merosakkan hubungan sesama mereka.

Dalam isu kerusi sebagai misal, Anwar sendiri maklum bahawa DAP memang  mampu menang di 3 kerusi Parlimen tambahan dan 10 kerusi DUN. Tapi isu  sekarang bukan soal mampu menang atau tidak. PKR mesti jadi taikor dalam Pakatan Rakyat. Kalau DAP tambah lagi 3 kerusi Parlimen dan 10 DUN -  PKR tak akan jadi TAIKOR. Sifir ini tak boleh diterima Anwar.

Mesej Anwar mudah sahaja. Apapun yang ingin dikatakan Guan Eng – DAP sudah tertinggal BAS. Sudah terlambat.

Dengan banyaknya isu KORUPSI yang dihadapi oleh DAP pada ketika ini, Anwar yakin DAP akan senyap.

Muhyiddin kata Nik Aziz 'bermulut celupar'

Posted: 22 Dec 2012 10:30 AM PST



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
  
Muhyiddin berkata kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya.
  
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
  
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
  
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
  
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan
memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya.
  
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
  
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.


- Bernama

Pisau kata " moga Nik Aziz dimuziumkan satu hari nanti untuk dijadikan  sempadan generasi akan datang "

Tak Rela Lacurkan Isteri,Calon PAS PRU13 Tarik Diri

Posted: 22 Dec 2012 06:30 AM PST

Baru beberapa bulan menyertai PAS,Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman berasa menyesal. Penyesalan beliau kerana dipaksa melakukan bia'ah talak tiga untuk menjadi calon PRU13.

Sebelum ini PAS Larut membantah kerana Fauzi Shaari baru saja menyertai PAS,kemudian tak sampai 2 bulan namanya sudah tersenarai untuk menjadi calon parlimen PRU13 nanti.Nah sekarang PAS Larut YDP dan Ketua Pemudanya boleh lah melacurkan isteri untuk mengambil tempat Fauzi..


Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Kita semua tahu Nik Aziz dan Hj Hadi pernah menafikan mengenai kewujudan sumpah bia'ah talak tiga ini

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 
"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 
"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
"Tak payah (siasatan), tidak ada (bai'ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.
Benarlah sepertimana blog Pisau pernah dedahkan bahawa memang wujud skim bohsiakan isteri jika mahu menjadi calon PAS .


Sebenarnya apalah sangat dengan bia'ah talak tiga tu.. Allah,agama dan quran dilacur dan dipolitikan apalah sangat dengan isteri sendiri...


Video ini bukti Nik Aziz dan Hadi berbohong.. Oh..rupanya Mursidol Am khawarij ini mengajar pengikutnya cakap bohong..sebab tu berani bohong kes balak dan tanah...
 
Pisau kata " Isle PAS mengajar bagaimana nak melacurkan institusi keluarga.."

Kantoi Bohong,Akhirnya Ngeh Nga Mengaku,Tapi Kenapa Tuduh PAS Tikam Belakang?

Posted: 22 Dec 2012 04:30 AM PST

Pisau hairan kenapa Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan bersilat berkuntau menafikan pemberian tanah tersebut kepada 2 beradik Ngeh Nga. Bukankah tanah tersebut dianugerahkan kepada  YIK(Yayasan Islam Kelantan) salah satu agensi kerajaan negeri yang mengadakan usahasama dengan Upayapadu Sdn Bhd. 


Ngeh dan Nga punyai pegangan saham syarikat Upayapadu Sdn Bhd yang mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Adakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Nik Aziz tidak tahu menahu mengenai pindah milik ke tangan Ngeh dan Nga?


Setiausaha Akhbar Menteri Besar  memaklumkan pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.


Tukar hak milik tanpa melalui proses tender terbuka dan telus? YIK adalah salah satu agensi kerajaan negeri,apa keistimewaan Upayapadu yang syarikat lain tidak ada ?


Kenapa Guan Eng mendiamkan diri apabila membabitkan Ngeh dan Nga:Dr MiM persoalkan kenapa klik sini


IPOH - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.


ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 



"Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN," katanya pada sidang media di sini semalam. 



Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.



Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.-Bharian





Pisau kata " tanah milik yayasan Islam,tapi Ngeh dan Nga yang dapat... orang melayu PAS yang lain tak mampu nak buat kah projek ni hingga terpaksa bagi kat ngeh dan nga? Persoalan yang belum terjawap..kenapa Ngeh tuduh PAS tikam belakang?"

Mantan Presiden Gerakan Meninggal Dunia. Takziah.

Posted: 22 Dec 2012 03:54 AM PST


PETALING JAYA: Former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik passed away at his home in Tropicana here at 4.45pm on Saturday. He was 73.

The medical doctor-turned-politician became the Gerakan president in 1980.

Dr Lim began his political career in 1968 by joining the MCA. He subsequently contested in the Pekan Baru state seat in Perak in 1969 on an Alliance ticket, but lost.

In 1971, he became the chairman of Perak MCA but was expelled in 1973. In the same year, he joined Gerakan.

Dr Lim became the Ulu Kinta Gerakan division head the next year and moved up to become Perak Gerakan chief in 1974. In 1976, he became the party's deputy president. In July 1978, Lim resigned as senator and contested in the general elections and won the Jalong state seat in Perak.

In 1986, he contested and won the Beruas Parliament seat with a handsome margin and had held the seat until the 2004 elections when he retired from politics.

Dr Lim first joined the Cabinet when he was made Minister with Special Functions dealing with New Villages and Emergency work in 1972.

He held many ministerial positions with the last being the Energy, Water and Communications portfolio in 2004.

On Sept 2, 2005, at the Gerakan annual national delegates conference dinner, Dr Lim announced that he would be retiring as party leader on April 8, 2007, which was also his 68th birthday.

Lim retired from his Cabinet post shortly before the 2008 general election - The Star

Pisau kata " Takziah kepada keluarga mendiang"

Nga Kor Ming Ugut Dato Hamidah: Laporan Polis dibuat di Balai Polis Kg. Rapat

Posted: 22 Dec 2012 12:51 AM PST





Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.



Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.


Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.


``Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.


``Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.



Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan. 


``Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,'' ujarnya.


Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.


``Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,'' katanya.
 

Dato' Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.


Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.


Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.


Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato' Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato' Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.


Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.


Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.
 

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.- SungaiRapat

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Dec 2012 09:09 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Satu Lagi Bukti PAS Kafir & Tuduh UMNO Murtad

Posted: 22 Dec 2012 01:00 AM PST


Video Banggal Peradong Ini Bukti Amanat Taksub Hadi Awang

Posted: 21 Dec 2012 10:30 PM PST


KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 22 Dec 2012 03:36 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


KENAPA MCA TIDAK BERANI LAWAN DAP, MACAM UMNO LAWAN PAS?

Posted: 22 Dec 2012 06:47 AM PST

Harus diingat serangan yang dilakukan terhadap DAP sejak kebelakangan ini hanya berupaya untuk meyakinkan orang melayu betapa tidak secocoknya perjuangan orang melayu dengan ideologi dan pembawaan DAP.

Isu-isu yang diketengahkan, seperti sifat chauvinis kaum cina yang tidak mempercayai kaum melayu dengan menolak secara total calon-calon melayu dari menganggotai CEC DAP, tidak akan menggugat sokongan kaum cina terhadap parti tersebut. Isu ini hanya mampu menyedarkan orang melayu bahawa DAP bukanlah parti yang melindungi dan memperjuangkan kepentingan semua kaum secara adil dan saksama.

Jadi, apakah isu yang paling relevan untuk meyakinkan kaum cina bahawa mereka seharusnya menyokong MCA dan Gerakan sebagai sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib mereka? 

Bagaimana untuk meyakinkan kaum cina bahawa masa depan mereka, masa depan seluruh rakyat dan masa depan negara keseluruhannya adalah lebih terjamin secara jangkapanjang melalui konsep perkongsian kuasa ala-BN daripada konsep perkongsian kuasa ala-pakatan?

Setakat ini, UMNO masih berupaya menarik sokongan majoriti orang melayu untuk menerima konsep ala-BN. Parti komponen BN di sabah dan Sarawak juga masih berupaya membawa rakyat negeri ini untuk menerima konsep pemerintahan ala-BN.

MIC pula kelihatannya sudah menemui semula sentuhan mereka dalam menarik sokongan kaum India terhadap BN.

Yang masih meragukan ramai pihak ialah keupayaan MCA dan Gerakan dalam menarik sokongan kaum cina kepada BN. Masih nampak jelas kaum cina lebih cenderung untuk menumpahkan sokongan mereka kepada DAP daripada MCA mahupun Gerakan.

Persoalan yag harus difikirkan secara serious oleh pemimpin-pemimpin kaum cina samada pemimpin masyarakat perniagaan mahupun pemimpin NGO dan pejuang pendidikan atau kebudayaan kaum cina ialah, apakah mereka masih mahu suasana ketidakstabilan politik 2008-2013 akan terus bersambung lagi pada penggal pemerintahan 2013-2018?

Apakah komuniti perdagangan dan NGO cina memang selesa dengan trend politik 2008-2013, lantas akan bertindak untuk terus mengekalkan suasana ketidakstabilan politik ini terus berlarutan sepanjang penggal 2013-2017?

Suasana politik 2008-2013 diwarnai dengan pelbagai tindakan emosi, berbau rasis dan ketidakmatangan tindakan politik, khususnya oleh kalangan parti pembangkang.

Pelbagai gerakan politik luar batasan dan etika demokrasi telah dilakukan bagi tujuan mengekalkan momentum sokongan rakyat terhadap mereka.

Gerakan mencemar imej seluruh institusi terpenting sesebuah pentadbiran kerajaan telah dilakukan secara intensif. Institusi mahkamah, PDRM dan SPR adalah antara "mangsa korban" gerakan "pencemaran imej" yang dilakukan oleh pembangkang secara terancang dan halus.

Tiada mana-mana pengamal demokrasi di negara luar yang bertindak sejauh yang telah dilakukan oleh pembangkang negara ini terhadap institusi-institusi penting kerajaan mereka. Parti-parti pembangkang di negara yang matang politiknya tidak akan membuat tindakan "membakar kelambu hanya kerana mahu membunuh nyamuk".

Tetapi pembangkang di negara ini, telah "mengerjakan" PDRM, Mahkamah dan SPR cukup-cukup, seolah-olah institusi-institusi ini adalah pesaing politik mereka.

Mereka menyerang KPN, Pengerusi SPR dan pendakwaraya seolah-olah mereka ini adalah presiden parti-parti politik, sedangkan mereka bukan tidak faham fungsi dan peranan serta kepentingan setiap institusi ini bagi sesebuah negara. Pincang dan rosak institusi-institusi ini maka secara lazimnya akan hancurlah sesebuah negara itu.

Semua implikasi ini bukan mereka tidak sedar, tapi mereka tidak peduli itu semua. Matlamat politik mereka mengatasi segala kepentingan nasional bagi sesebuah negara.

Tiada satu pun tindakan yang dilakukan secara beremosi boleh menghasilkan kebaikan, melainkan keburukanlah yang akan datang. Hanya tindakan yang dilakukan secara rasional dan bijaksana saja yang berupaya menghasilkan sesuatu natijah "baik untuk semua pihak" samada kepada rakyat mahupun negara.

Tindakan chauvinis dan rasis hanya akan memberi keuntungan kepada sesetengah pihak dan akan menimbulkan perasaan "tidak puas hati" di pihak yang lain.

Suasana ini akan bertukar kepada keadaan yang lebih tegang jika pihak lain yang tidak berpuas hati ini bertindakbalas.

Siapakah yang boleh menafikan ketegangan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 adalah berpunca dari tindakan emosional puak pembangkang DAP yang telah memenangi sokongan majoriti kaum cina? Siapakah yang boleh menafikan gerakan tindakbalas yang dilakukan oleh pihak lain yang tidak berpuas hati dengan sikap chauvinis dan rasis DAP ini telah menyebabkan berlakunya "suasana luar kawalan"?

Bukankah suasana tegang hanya dapat dibendung apabila semua pemimpin-pemimpin kaum di negara ini menghentikan segala tindakan emosional dan bertindak rasional dan matang di atas formula menang-menang?

Bukankah faktor menang-menang itu hanya berjaya dilakukan melalui kesediaan semua pihak untuk melupuskan sifat tamak dan chauvinis kaum yang "mahu dapat semua"?

Hanya kesediaan semua pihak untuk melepaskan sebahagian kepentingan  dan perasaan ego mereka sahaja yang telah membolehkan formula menang-menang (melalui program menstruktur semula masyarakat dan sosio ekonomi) dapat dimuktamadkan secara rasional dan bijaksana selepas kejadian itu.

Hakikat yang harus diakui untuk pemimpin-pemimpin kaum khususnya kaum cina di negara ini; 

"Tiada siapa yang boleh mendapat semua perkara yang diinginkan dan tiada siapa yang bersedia untuk menyerahkan segalanya". 

Formula ini hanya terjamin di bawah BN. Ia telah terbukti. 

MCA dan GERAKAN harus buat roadshow seluruh negara dan perjelaskan kepada kaum cina tentang perkara ini secara ikhlas dan jujur. Itu saja jalannya untuk mengembalikan sifat realistik dan berpijak di bumi nyata. Ketepikan sifat chauvinis dan opportunis kaum.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Dec 2012 03:13 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal Dunia

Posted: 22 Dec 2012 01:49 PM PST

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Tun Dr Lim Keng Yaik,73, meninggal dunia di kediamannya di Tropicana Petaling Jaya pada pukul 4.45 petang ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan kepada Bernama.

Punca kematian beliau masih belum dapat disahkan lagi.

Keng Yaik juga merupakan bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi.

Keng Yaik dilahirkan 8 April 1939 di Tapah, Perak.

Beliau mendapat pendidikan awal di St. Micheal Institution, Ipoh mulai tahun 1947 hingga 1957.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Queens University, Belfast di Ireland dan bidang perubatan dan surgeri (MBB.Ch) dari tahun 1958 hingga 1964. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada universiti yang sama pada tahun 1995.

Keng Yaik memulakan kerjaya profesional sebagai Pegawai Perubatan pada tahun 1965 hingga 1971.

Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Senator Dewan Negara hingga tahun 1978. Sepanjang perlantikannya itu, beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas mulai tahun 1972 hingga 1973.

Beliau merupakan Presiden Gerakan dari tahun 1980 hingga 2007. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Gerakan dari tahun 1976 hingga 1980 dan menceburi politik bermula tahun 1968 dengan menyertai MCA.

Pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (berkenaan Kampung Baru dan Darurat). Kemudian pada tahun 1973, beliau dipecat daripada MCA kerana menentang Presiden ketika itu,Tun Tan Siew Sin kerana terlibat dalam penentangan gerakan reformasi MCA.

Pada tahun yang sama, beliau telah menyertai parti GERAKAN dan telah dilantik sebagai Pengerusi GERAKAN bahagian Ulu Kinta.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Senator antara tahun 1971 dan 1977 selama 2 penggal.

Seterusnya, beliau diberi peluang bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong, Perak pada Pilihan Raya Umum 1978.

Setelah itu, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (AMMK). Beliau berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai ADUN Jalong dan AMMK Perak pada penggal berikutnya hingga tahun 1986.

Pada Pilihan Raya Umum 1986, beliau telah bertukar ke Parlimen Beruas hingga kini dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Utama hingga tahun 2004.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 lalu, beliau telah berjaya mempertahankan kemenangannya di Parlimen Beruas buat kali ke empat berturut-turut setelah menewaskan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Nga Hock Chech dengan kelebihan undi 4,564 undi.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Wong Yoon Chuan dan dikurniakan tiga orang anak.

Azwan Ali sedia ceburi bidang politik....agak-agak belah mana tu?

Posted: 22 Dec 2012 07:01 AM PST

Siapa yang tidak kenal dengan selebriti bermulut lepas, Azwan Ali yang sentiasa meluahkan kata-kata yang terkadang mampu melukakan hati ramai pihak.

Malah, kehidupannya tidak penah terlepas dari kontroversi yang melibatkan politik dalam kehidupan keluarganya.

Ini kerana, kakak dan abangnya, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sangat terkenal terlibat dalam dunia politik negara.

Pernah suatu ketika dahulu, Azwan dan Ummi berperang kerana berselisih pendapat mengenai ideologi politik mereka.

Kisah ibunya yang sedih kerana dibiarkan oleh Azmin Ali juga turut mengheret diri lelaki itu untuk membuka mulut bercerita kisah peribadi mereka.

Ketika ini, dikhabarkan Azwan bakal menceburkan diri dalam dunia politik? Benarkah?

Dalam video yang jelas suaranya adalah Azwan sendiri memberitahu, dia pastinya akan terlibat dalam dunia politik dan akan menghentam puak-puak yang sentiasa mengacau kehidupannya termasuklah abang kesayangnnya, Azmin.

Malah, Azwan sendiri mempunyai impian untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

"InshaAllah saya akan libatkan dlm bidang politik dan akan menghentam puak-puak yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Saya akan berjuang dalam politik dalam nada yang lebih tegas. InshaAllah. InshaAllah saya akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat tapi 'not now'," beritahu Azwan.

Dalam video itu juga, Azwan jelas memberitahu dia tidak menghentam abangnya kerana dia tahu perjuangan yang disampaikan oleh Azmin.

Rasanya, itu adalah hak dan pendirian diri Azwan sekiranya mahu terlibat dalam bidang politik.

Cuma, ketika ini tidak pasti parti mana yang akan Azwan terlibat.

Sekiranya benar kata-kata Azwan, nampaknya, semakin meriahlah dunia politik negara dengan kehadiran dirinya.

Dengarkanlah suara 'lantang' Azwan…

' You dedah, you watch out, I 'll go after you!' ugut Nga Kor Ming...

Posted: 22 Dec 2012 06:31 AM PST

Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.

Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.

"Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.

"Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming
di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.

Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan.

"Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,'' ujarnya.

Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.

"Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,'' katanya.

Dato' Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.

Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata "You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.

Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.

Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato' Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato' Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.

Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.

Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.

Sungai Rapat

(Video) Gaya berahi sensual Nabila Huda...terangkat habis!

Posted: 22 Dec 2012 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 DIS 2012: Beginilah lagak serta riak pelakon kontroversi lagi sensasi, Nabila Huda yang sedang dibuai suasana sensual di dalam bilik persalinannya ketika menanti detik untuk meneruskan sesi penggambaran filem terbarunya.

Lagaknya itu tidak tumpah seperti dua bintang Hollywood ternama, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor yang penuh dengan drama serta gerak geri menggoda di bawah kerdipan lilin sama-samar bercahaya menemaninya.

Dalam kemalapan malam yang semakin pekat , Nabila Huda tampil dengan enam persalinan indah daripada koleksi terkini label fesyen yang menjadi sebutan ramai Alia Bastamam, Evening Cruise 2012/2013.

Konsep penuh sensual yang diilhamkan daripada dunia bintang filem ternama itu, menyerlahkan penampilan Nabila Huda yang nyata cukup berani dan menggoda.
Pastinya, sekalung tahniah perlu diberikan kepada Shahrezzan Mustaffa Ezani selaku pelakar konsep dan idea serta jurufoto untuk sesi fotografi kempen berkenaan.

Sesuai dengan imej serta personaliti Nabila Huda yang manja, telus dan tersendiri, tanpa menoleh kebelakang Alia Bastamam berbesar hati memilih aktres berkenaan bagi menjayakan koleksi terkininya itu.

Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam, Jimmy Najeem berkata, sesi fotografi berkenaan telah diadakan di butik Alia Bastamam sendiri di Bangsar dengan menggunakan set yang digubah sendiri oleh Shahrezzan dan pasukan kreatif jenama berkenaan.

"Kami mula mendekati Nabila Huda sejak dia menggayakan persalinan Alia Bastamam ketika Anugerah Blocbuster yang lalu. Sejak itu, dia mula menggayakan banyak pakaian Alia Bastamam.
"Kami percaya dengan kredibiliti Nabila Huda sebagai seorang aktres dan juga personalitinya yang sangat disenangi. Tambahan pula dia miliki attitude dan persona tersendiri apabila menyarungkan persalinan Alia Bastamam.

"Atas faktor itu jugalah kami memilih Nabila Huda untuk menjayakan kempen koleksi terkini ini. Apa yang saya lihat dia berjaya memberikan apa yang kami mahukan. Lihat sajalah hasilnya," katanya merujuk kepada gamba-gambar kempen fesyen terkini Alia Bastamam.

Koleksi sensual dan menggoda itu menampilkan seleksi gaun malam dan gaun koktel memikat yang menggunakan olahan fabrik sutera asli dan sutera crape bagi memberikan kesan glamor kepada si pemakai.

Setiap helaian rekaan evening cruise kali ini dicipta istimewa bersama rekaan yang moden dan terkini tanpa meninggalkan identiti sebenar Alia Bastamam yang semakin dewasa.

Alia Bastamam berlokasi di No93, Jalan Pudina Bukit Bandaraya, Bangsar dan boleh diselusuri menerusi www.aliabastamam.com

Murai

Pelakon terkenal, Mustafa Kamal sah sertai PKR?

Posted: 21 Dec 2012 09:25 PM PST

Satu program yang melibatkan parti dari PKR khususnya untuk anak perantau dari kelantan telah diadakan pada 18 Disember 2012 bertempat di Ampang dan iannya turut dihadiri oleh pelakon veteran ini dan dikatakan secara rasmi juga sudah sah menyertai PKR.

Beberapa rancangan siri ceramah yang melibatkan kemunculan Mustapa Kamal diatas pentas parti politik ini juga dijangka akan dapat dilihat dengan lebih kerap seperti mana yang dilakukan oleh 'Ustazah Abby Abadi, Ustaz Bob Lokman.

Ustaz Hairi Othman' dan kini senarai selebriti ini akan bertambah dengan kemunculan Mustapha Kamal pula.


Buah Mulut

Zain Saidin lafaz sumpah cinta kepada Rozita Che Wan di Instagram

Posted: 21 Dec 2012 08:01 PM PST

Malam minggu kebosanan tiada sebarang aktiviti, apalagi nak dibuat kalau bukan mengadap internet mencari gosip-gosip terbaru. Dalam sibuk mencari teringat pula Murai Batu nak tengok Instagram. Jangan ingat uols je ada Instagram. Awas di teropong Murai Batu!

Makan hati Murai dengan Rozita Che Wan bila ada jejaka sehensem Zain Saidin memujanya dan mengaku mencintainya! Eh? Haaaaaaaaaa jangan tak tau uols, Zain Saidin meluahkan segala rasa cintanya kepada Kak Kiah Pekasam tu.

Murai Batu tengok sendiri ungkapan rindu bermadah syahdu Zain kepada Che Ta di Instagram. Bukan main romantik lagi 'depa' dua ni. Berjanji cinta setia sebagai tanda bukti hati jejaka sudah dicuri Che Ta nan jelita. Ok tak madah Murai Batu? Boleh la kan? Ada yang jatuh cinta? Oopps?

Never will you find another man that will do or love you as much as I will, this I promise you.. @rozitachewan1 . Dalam erti kata lain, Zain mengatakan bahawa Che Ta tidak akan menjumpai jejaka lain selain dia yang mencintai Che Ta sepenuh hati sepertimana yang dia, inilah janjiku. Kau ado? Untunglah.

Itu daripada Zain, Che Ta juga ada berbuat perkara yang sama, tapi dia meletakkan fotonya beserta kata-kata madah juga daripada Zain Saidin. Dah jelas sangat dah rasanya hubungan mereka ini. Kalau dah serius apa nak tunggu lagi kan?

Atau pun supaya menjelaskan kepada 'orang lain' yang Che Ta tu kepunyaan Zain dah. Maklumlah zaman sekarang kuat orang mencaras. Dah tau orang punya pun ada hati nak cucuk jarum. Opps lagi sekali!

Apa-apa pun kepada mereka berdua yang berbahagia di lamun cinta ini jangan nak tunggu lagi lama-lama. Che Ta pun memang laris di pasaran dan dikejar ramai jejaka. Nanti makan hati pulak awak Zain!

Murai Batu turut bergembira dengan cerita ini dan tak sabar nak kongsi dengan anda semua. Harapkan dengan berita ini cepat sikit kita dapat update hubungan cinta mereka. Makin lama makin banyak yang mencuba! Let the best man win! Gitu!

Murai

Pas sedia maklum amalan syirik ahlinya...tapi

Posted: 21 Dec 2012 07:31 PM PST

SHAH ALAM: Pemimpin PAS didakwa sedia maklum tentang segelintir ahlinya yang terlibat dengan ajaran syirik, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad.

Justeru Ismail berkata sebagai sebuah parti Islam, PAS tidak sewajarnya melengah-lengahkan tindakan susulan seperti memanggil individu-individu yang terlibat jika maklumat mengenai kewujudan unsur-unsur syirik dikesan.

"Memang saya tidak lapor secara rasmi tetapi perkara ini saya pernah maklumkan dalam perjumpaan peribadi dengan beberapa pemimpin tertinggi PAS.

"Dan benda ini sudah sedia dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi PAS bahawa ada unsur-unsur syirik dengan makna ada ahli yang beramal dengan ajaran syiah, jadi tidak semestinya laporan secara rasmi untuk tulis kepada mereka dan saya sudah maklumkan kepada pemimpin tertinggi dan mereka maklum," katanya lagi.

Ismail sebelum ini berkata wujud unsur-unsur syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan syiah, liberalisme dan pluralisme.

"Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik... Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada....

"Tapi dalam PAS ada syirik, di mana ada orang beramal dengan syiah... di mana ada orang yang liberalisme dan pluralisme," kata Ismail yang mengaku beliau adalah ahli PAS seumur hidup.

Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib baru-baru ini menafikan wujud amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Ismail adalah kerana kecewa dengan perjuangan parti itu.

Ismail kemudian menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pemimpin PAS Pusat memperjelaskan perkara itu namun diperlekehkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyifatkan Ismail 'bukan sesiapa'.

"Saya sebenarnya tidak kecewa dengan perjuangan PAS kerana jelas dalam PAS banyak orang alim dan banyak orang ikhlas mahu perjuangkan Islam berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah, itu saya tidak kecewa.

"Saya suka sangat berjumpa dengan saudara pemimpin pada bila-bila masa saja untuk menegakkan kebenaran untuk menerangkan kebenaran dan untuk mencari jalan penyelesaian untuk bagaimana kebenaran ini dapat direalisasikan," katanya.

AP

Kerusi PRU: PKR Pulau Pinang bidas tuduhan Melayu DAP

Posted: 21 Dec 2012 07:01 PM PST

SHAH ALAM: Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan dakwaan bahawa partinya telah "mengambil" kerusi rakan komponen sehingga mengakibatkan calon Melayu gagal diketengahkan oleh DAP pada pilihan raya umum yang lalu.

Menurut beliau, tuduhan bekas Ahli Jawantakuasa DAP Zulkifli Mohd Noor mengenai perkara itu adalah tidak berasas.

"Mana ada (PKR) ambil kerusi DAP Melayu, tidak ada. Itu tuntutan yang mengarut," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli yang ditemubual Antarapos sewaktu Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Pulau Pinang minggu lalu menggesa supaya PKR memulangkan semula sekurang-kurangnya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diberikan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Beliau mendakwa ketiga-tiga kerusi yang diambil oleh PKR sebelum ini telah mengakibatkan DAP Melayu tidak dapat meletakkan calon pada pilihan raya lalu.

"Itulah sebabnya mengapa tidak ada calon-calon Melayu dibariskan oleh DAP pada tahun 2008. Semua kerusi kita diserahkan kepada PKR dan sedikit untuk PAS.

"Daripada 13 kerusi yang diambil, apa salahnya kalau dipulangkan dua atau tiga kerusi..untuk agama, bangsa dan budaya Melayu," kata beliau.

DAP sebelum ini dipalitkan dengan kegagalan mempamerkan imej parti pelbagai kaum apabila kesemua lapan calon Melayu kalah dalam merebut 10 tempat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dilaksanakan menggunakan dakwat kekal.

Walau bagaimanapun Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar dilantik menganggotai CEC.

Sementara itu mengenai perkembangan terbaru bahawa Mansor bakal menjadi calon PKR untuk kerusi parlimen Nibong Tebal yang diumumkan Anwar, Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu enggan mengulas.

Sebaliknya Mansor menyerahkan perkara tersebut kepada kuasa penentu kepimpinan.

"Itu tak tahu lah bergantung kepada pucuk pimpinan," jawab beliau ringkas.

AP

Nik Aziz nak bertanding PRU13 adalah bonus untuk BN

Posted: 21 Dec 2012 06:31 PM PST

Sebagai seorang yang menyokong semangat demokrasi di negara ini, saya sangat mengalu-alukan kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bukan apa, saya rasa sungguh teruja untuk menyaksikan seorang lelaki yang sudah berumur lebih kurang 82 tahun bertanding pada pilihanraya kali ini.

Sekiranya dia menang bertanding, maka dia akan sekali lagi dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan yang diwakilinya. Jika rakyat di kawasannya berjumlah 30,000 orang, maka dia akan diamanahkan untuk menjaga kebajikan puluhan ribu rakyat di kawasan tersebut.

Cuma apa yang saya khuatirkan, mampukah Nik Aziz yang selalu keluar masuk hospital, pernah muntah darah, dimasukkan ke ICU dan mempunyai masalah kesihatan yang tidak menentu itu berkhidmat kepada rakyat?

Kalau pejabatnya pun terpaksa dipindahkan dari tingkat atas ke tingkat bawah kerana tak mampu naik turun tangga, apakah itu petanda Mursyidul Am itu masih punya tenaga untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang diwakilinya?

Tak mengapalah. Mungkin dia fikir dia masih mampu. Lagipun kalau umurnya tak panjang, dia akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengadakan Pilihanraya Kecil pula di kawasan yang dia wakili.

Kerana dia, duit rakyat jugak yang akan dihabiskan nanti…

Nik Aziz layak bertanding dan tolonglah jangan marah jika dia tetap berdegil untuk bertanding menjadi ADUN atau Ahli Parlimen nanti. Larat atau tidak, itu soal kedua. Tentang amanah dan tanggungjawab pula, pandai-pandailah dia jawab dalam kubur nanti.

Namun saya yakin, Nik Aziz kini bukan lagi "aset" bagi PAS. Malah, rata-rata golongan muda terpelajar yang menyokong dan mendokong parti "bulan purnama" itu sebetulnya mahu dia berundur segera dan digantikan dengan Timbalannya, Datuk Dr. Harun Din. Itu bukan rahsia.

Lagipun, ramai akar umbi PAS di seluruh negara sudah "letih" dan "bosan" dengan fatwa-fatwa Nik Aziz yang semakin hari semakin menjahanamkan parti itu sama ada dari dalam atau di luar parti.

Misalnya, kedegilan Nik Aziz yang bermati-matian mahu berkawan dengan "syaitan-syaitan politik" mendapat tentangan hebat di kalangan golongan muda PAS yang melihat "persahabatan syaitan" itu sebagai "gabungan bawa rebah".

Apatah lagi mereka dimalukan di khalayak masyarakat Malaysia apabila perjuangan menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud terpaksa dilupakan hanya kerana tunduk kepada kehendak kedua "syaitan" tersebut.

Jangan fikir saya menulis kosong dan janganlah terkejut jika anda terjumpa dengan ramai ahli PAS yang malu untuk mengaku mereka ahli parti itu!

Maklumlah, dulu mereka tuduh UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC, kini mereka terpaksa menjilat kembali ludah mereka hanya disebabkan oleh seorang yang bernama Nik Aziz Nik Mat!

Silalah bertandinglah wahai Nik Aziz. Kalau ada umur pada PRU ke-14, bertandinglah lagi. Kononnya dia memberi alasan bertanding demi untuk "melawan pihak yang menentang Islam".

Padahal, dia sendiri berpeluk sakan dengan pihak yang terang-terangan menentang Islam dan hukum hakamnya. Manakala satu pihak yang dipeluknya itu pula begitu menyokong rejim Zionis Yahudi Israel membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin!

UMNO menentang Islam? Kalau benar UMNO menentang Islam, sudah pasti Islam sudah lenyap pada tahun 1960 lagi. Tapi amat menghairankan apabila Islam tetap maju berkembang, malah menjadi contoh ke seantaro dunia! Mungkin Nik Aziz "buta" barangkali, kan?

dukeofmontecristo@mykmu

Diperkosa 2 abang sendiri, gadis cuba salahkan teman lelaki selepas lahirkan anak

Posted: 21 Dec 2012 04:31 PM PST

SIBU: Cubaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menuding jari ke arah teman lelakinya kononnya bertanggungjawab merogolnya sehingga melahirkan anak bagi menyembunyikan perbuatan keji dua abangnya gagal apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan tidak sepadan dengan lelaki berkenaan.

Ujian DNA yang dijalankan bagi menentukan siapa bapa kepada bayi lelaki terbabit yang diperoleh Selasa lalu menunjukkan ia tidak sepadan dengan sampel diambil daripada teman lelakinya berusia 17 tahun.

Berikutan itu, polis sekali lagi memanggil remaja berkenaan kelmarin dan selepas soal siasat, dia mengaku dirogol dua abangnya awal tahun ini.

Sumber berkata, pengakuan mangsa itu membawa kepada penahanan dua abangnya berusia 15 dan 17 tahun di rumah mereka di Lorong Laichee, di sini, kelmarin sebelum diarahkan menjalani ujian DNA.

"Remaja terbabit tinggal bersama bapa, dua abangnya serta seorang lagi adik lelakinya, manakala ibu mereka bekerja di Bintulu.

"Bapa mereka jarang berada di rumah kerana bekerja sebagai buruh di merata tempat di luar Sibu," katanya.

Katanya, sebelum ini, remaja terbabit melahirkan anak pada September lalu cuba merahsiakan perbuatan dua abangnya.

"Remaja berkenaan ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Kuching, hari ini (semalam)," katanya.

Misbun gelisah dengan pencapaian Chong Wei

Posted: 21 Dec 2012 04:01 PM PST

BEKAS 'sifu' Datuk Lee Chong Wei, Datuk Misbun Sidek mula merasa gelisah melihat prestasi semasa bekas anak didiknya itu.

Misbun yang pernah melatih pemain No. 1 negara itu berpendapat, kemungkinan faktor usia atau komitmen rumah tangga telah menjejaskan sedikit prestasi Chong Wei.

"Apabila Chong Wei sudah berumah tangga, kita tidak tahu bagaimana komitmennya. Badminton adalah sukan yang memerlukan kecergasan fizikal dan kita tidak tahu sejauh mana tahap kecergasan Chong Wei ketika ini.

"Sebagai ahli sukan, Chong Wei sendiri harus tahu di mana kedudukannya untuk menstabilkan diri pada peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Kejohanan Badminton Future X-Plode Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Nusa Mahsuri peringkat Kebangsaan 2012 di Bangi, Selangor semalam.

Kejohanan yang bermula semalam sehingga esok dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Peng Shieu.

Ia merupakan kesinambungan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat zon dan negeri yang diadakan mulai 2009.

Begitupun, Misbun yakin Chong Wei dapat mengatasi kelemahannya untuk kembali kepada prestasi terbaiknya.

Chong Wei, 30, mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain perseorangan negara, Wong Mew Choo pada 9 November lepas.

Dia tewas mengejut kepada pemain No. 9 dunia, Du Pengyu dari China pada aksi pembukaan Siri Super Masters Akhir di Shenzhen, China baru-baru ini.

Selepas itu, dia menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan pada kaki kanan.

Mengenai kejohanan Future X-Plode, Misbun yang juga ketua jurulatih Kelab Nusa Mahsuri berkata, kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan, Institut Penilaian Negara di Bangi menyaksikan penyertaan 400 peserta berumur 13 tahun ke bawah.

Ia mempertandingkan lapan kategori iaitu Bawah 11 Tahun Individu Lelaki dan Perempuan, Bawah 11 Tahun Beregu Lelaki dan Perempuan, Bawah 13 Tahun Individu Lelaki dan Perempuan serta Bawah 13 Tahun Beregu Lelaki dan Perempuan.

"Saya berharap menerusi kejohanan ini, ia dapat melahirkan seorang lagi Lee Chong Wei pada masa akan datang," kata Misbun.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2FjZWjZ6B
Hakcipta terpelihara

waadat

Posted: 22 Dec 2012 01:27 PM PST

waadat


Pembangunan Islam

Posted: 22 Dec 2012 12:47 AM PST

Ramai juga yang rasa teruja apabila banyak negeri dikuasai pembangkang dalam PRU lepas.

Maklumlah, kalau dilihat pada janji banyak betul yang nak dilakukan mereka semasa kempen pilihan raya.

Betullah, tak semua dapat dilaksana dalam masa satu penggal. Namun masalahnya tak nampak pun pembangunan Islam dilaksana di negeri-negeri tersebut.

Demang rasa susahlah pembangkang nak yakinkan rakyat dalam PRU13 nanti.

Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Dec 2012 01:19 PM PST

Cucu Tok Selampit


Datuk Fauzi Keluar PAS Kerana Dipaksa Berbaiah, Hukum Cerai Yang Dibuat Main Dalam PAS

Posted: 22 Dec 2012 08:00 AM PST



Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS dahulunya telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping kepada Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty. Namun sekarang, kita dikejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. 
"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"
CTS mengharapkan Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO kalau beliau keluar dari parti PAS pada masa terdekat. Ini kerana dikhuatiri pasti ada suara-suara sumbang bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi. Namun itu bukan isunya di sini. Persoalannya, apakah bai'ah benar-benar wujud di dalam PAS seperti didakwa Datuk Fauzi? Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pernah menafikan dengan berkata, "Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin." (Rujukan di sini). 

Namun Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang tidak pula menafikannya. Beliau pernah dipetik berkata, "Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. Sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat maka akan celaka dunia dan akhirat." (Rujukan di sini)

Bukti Bergambar - Ribuan Membantah Penahanan Umar Abdul Aziz Di Penjara Kajang

Posted: 22 Dec 2012 06:52 AM PST

Gegak gempita ruangan laman sosial dan blog apabila budak sekolah Umar Abdul Aziz dijatuhkan hukuman penjara sebulan di penjara Kajang akibat tindakannya semasa operasi duduk bantah "Occupy Dataran" tempoh hari. Rata-rata juak Pakatan Haram mula mempertikaikan hukuman penjara ke atas pelajar berkenaan. Adakah betul beliau tidak bersalah? Memetik kata mentor saya, si budak sekolah Umar itu bukannya disabitkan atas kesalahan "Occupy Dataran"! Dia disabitkan atas kesalahan menghalang kerja penjawat awam. Semasa bicara beliau diwakili oleh peguam. Kalau berani buat, beranilah tanggung.

Terdapat ura-ura bahawa mahasiswa-mahasiswa yang tidak cukup akal ini, sekali lagi akan kembali memenuhi Dataran Merdeka mulai esok. Mereka akan berkhemah semula seperti projek "Occupy Dataran" tempoh hari. Tak tahulah kenapa bebudak ini suka sungguh menyemak di Dataran Merdeka. Menyusahkan orang pergi kerja hari Isnin ini.

Berbalik kepada protes besar-besaran yang kononnya dilakukan di hadapan Penjara Kajang. CTS ingatkan sambutannya beribu-ribu orang kalau tidak berpuluh-puluh ribu. Al maklumlah semangat di laman sosial dan blog begitu membara. Namun apabila melihat gambar-gambar yang diletakkan di dalam blog-blog pembangkang ... cehh!!! Semangat pembelaan Umar taik kucing apa kalau macam ini punya sambutan?