Pas Kawasan Tanjung Malim Posted: 26 Nov 2012 01:14 AM PST Konvoi Jelajah DUN Slim Berjaya... Posted: 25 Nov 2012 09:22 AM PST Konvoi Jelajah DUN Slim yang diadakan pada 24 November telah berjaya menggusarkan pihak lawan sehingga mereka telah mengatur satu perancangan bagi menggagalkan program jelajah tersebut. Namun, berkat kesabaran dan ketokohan kepimpinan Pas kawasan Tg Malim, hal ini telah berjaya menaikkan momentum perjuangan di kalangan ahli dan menarik sokongan dan simpati daripada pihak yang tidak berparti untuk bersama memenangkan Pas.
Konvoi yang dijadualkan bermula di Besout 4 & 5 telah diganggu oleh pihak yang tidak bertamadun. (Maklumat lanjut boleh baca di http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/11/konvoi-jelajah-dun-slim-disekat-di.html )
YDP Pas Tg Malim selaku pihak yang dihalang untuk ke Besout pada pagi itu telah bergerak ke Kg Changkat Sulaiman untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, terus menuju ke Sungkai untuk bersarapan dan sesi taklimat daripada pengarah program, Us Mohd Shafie Hamid.
Kg Klah Baru merupakan tempat pertama yang dikunjungi dan menyampaikan sumbangan kebajikan serta sumbangan kepada mangsa banjir. Kira-kira 15 buah rumah telah diziarahi. sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan dibantu oleh Tn Hj Razman, Timb. Pesuruhjaya II, Pas Perak.
Seterusnya, pasukan konvoi bergerak ke Pekan Trolak dan Slim River sebelum ke Kg Kuala Slim untuk berehat serta makan tengah hari. Selepas solat Zohor di Masjid kuala Slim, solat hajat diadakan bagi memohon kemenangan sahabat pejuang Islam palestin khususnya serta pejuang Islam seluruhnya.
Konvoi bertolak dari Kg Kuala Slim sekitar jam 3.00 petang menuju ke Felda Trolak Utara dan selepas Solat Asar, terus ke Markas Pas Trolak Selatan kira-kira jam 5.00 petang. Walaupun jadual asalnya akan ke Felda Trolak Timur, namun insiden sekatan berlaku sekali lagi. Akhirnya, jawatankuasa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ceramah di Trolak Timur demi mengelak berlakunya sebarang pergaduhan.
Walau bagaimanapun, atas sikap biadap dan tidak bertamadun beberapa pihak dan individu yang menyekat dan melakukan provokasi untuk menggagalkan konvoi ini, pihak Pas Tg Malim akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tersebut. kita tunggu berita seterusnya akan menyusul...
Gambar sekitar konvoi boleh dilihat di www.facebook.com/pastanjungmalim | |
Salam Perjuangan Posted: 25 Nov 2012 11:15 PM PST PAS TETAP SAMA SEPERTI DULU Posted: 25 Nov 2012 04:41 AM PST 11 Muharram 1434 H | 25 November 201225 NOV — Telah timbul isu PAS dikatakan tergelincir dari dasar Islamnya dan kepimpinan ulama gara-gara dikatakan setelah ditembusi oleh para parasit. Justeru itu PAS telah ditohmah mulai leka mengutamakan untuk berkuasa dari memajukan politik dakwahnya sambil meningkatkan dakwah politiknya.
Mungkin yang dikatakan PAS tergelincir dari pimpinan ulama kerana Mohamad Sabu yang bukan ulama telah mengalahkan dua calon ulama dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar sebelum ini. Tetapi ia tidak cukup untuk mengatakan ulama telah dipinggirkan kerana sistem kepimpinan PAS bertunggakkan kepada Majlis Syura Ulama, pimpinan bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Harun Din. Wibawa Mursyidul Am dan Presidennya yang ulama belum tercabar.
Seperti Iran, Presidennya boleh ulama dan boleh juga bukan ulama. Pernah bukan ulama menjadi Presiden seperti Bani Sadr, Rajai seorang guru matematik dan Ahmadenejad sekarang. Ia juga pernah ada Presiden ulama seperti Ayatullah Ali Khaminae, Hojatul Islam Mashimi Rafsanjani dan Khatami. Tetapi tidak pernah Iran terlucut dari pimpinan ulama.
Adapun kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat mengikutkan lunas siasah syariyah yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Kerjasama politik atau tahaluf siasi sudah PAS jalani sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari Umno sejak tahun 1985 menjelang PRU 1986. Uztaz Ibrahim Libya yang terkenal keras itu sebelum terbunuhnya tidak menentang tahaluf itu kerana ia diputuskan mengikut kaedah siasah syariyah.
Politik PAS itu ada turun naiknya, tetapi tidak pernah ia tergelincir dari pejuangan Islamnya. Ketika ia berada dalam kerajaan BN telah merasa sedap dengan nikmat kerajaan, tetapi PAS mengambil langkah sedia ditendang dari mengikut arahan Hussein Onn dan Dr Mahathir. Ia kembali kepada perjuangan tulinnya.
PAS telah selamat dari tergelincir tetapi dari semasa ke semasa, orang ada yang tergelincir. Hatta dua orang yang pernah menjadi Presidennya tergelincir — Haji Ahmad Fuad dan Dato Asri. Sejak pimpinan Dr. Burhanuddin Alhilmy hinggalah ke zaman Ustaz Haji Abdul Hadi ada yang bertaraf pimpinan tergelincir baik tergelincir dari parti mahupun pemikiran Islam yang dibawa PAS.
Sebagai sebuah parti yang terbuka ia disertai oleh semua lapisan rakyat yang pelbagai latar belakang pendidikan. Maka tidak terlepas ia dari dibolosi oleh orang yang dikatakan parasit. Tetapi para parasit yang tidak dapat menjadikan dirinya benar-benar PAS, maka satu demi satu telah gagal menjadi ahli yang baik.
Ada parasit yang melarikan diri dan ada juga yang disuruh lari. Mereka juga tergelincir. Jika jenis itu belum hari, mereka juga akan tergelincir pula.
PAS pernah berkawan dengan Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan Datuk Harun Idris. Mereka juga tergelincir. Tetapi PAS tetap seperti ketika ia ditubuhkan dulu. * Subky Latif - pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.
| |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 25 Nov 2012 11:13 PM PST Tiada dakwaan rasuah atau penyelewengan isu balak di Papua Posted: 25 Nov 2012 05:09 AM PST
| ALOR SETAR – Masih belum terdapat dakwaan rasuah mahupun penyelewengan terhadap kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkata, sekiranya terdapat dakwaan membabitkan rasuah dan penyelewengan, kerajaan negeri tidak akan melindungi mereka yang bersalah.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah masuk dan sebahagian besar fail bukan di tangan kita (kerajaan), telah diberi kepada SPRM. "Ingin saya tegaskan di sini, sekiranya ada terbabit apa-apa dengan rasuah, kita terbuka untuk dibawa ke muka pengadilan," jelas beliau ketika menjawab soalan lisan yang dikemukan oleh YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak). YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman mahukan penjelasan apakah tindakan kerajaan negeri terhadap kegagalan ini dan juga kepada pihak pengurusan yang terlibat. Dalam laporan audit, penemuan mendapati kedudukan kewangan Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah lemah kerana mencatat kerugian pada tahun 2008 hingga 2010, yang mana kerugian dialami akibat daripada kerugian yang ditanggung dalam projek pembalakan di Papua New Guinea. Menurut YB Dato' Ir Amiruddin, jumlah RM134 juta yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu merupakan jumlah pinjaman dibuat oleh KCB dengan firma Capital Investment Agency yang berpusat di London. Pinjaman tersebut bagi membiayai pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd yang memperolehi kawasan pembalakan di negara Papua New Guinea. "Setelah melihat perkembangan usaha untuk majukan projek ini tak berkesudahan, terlalu banyak kewangan perlu diletakkan untuk memastikan ia berjalan, maka lembaga pengarah memutuskan untuk hentikan projek ini. "Berlakunya kegagalan projek ini adalah disebabkan pelaksanaan projek yang banyak dipengaruhi maklumat-maklumat yang tidak betul dan disembunyikan oleh pemegang asal saham (MAS Incorporated)," jelas beliau. Bagi menjawab soalan tambahan YB Dr Leong Yong Kong (BN-Gurun) mendakwa sejak kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan sejak Mac 2008, banyak penyelewengan didedahkan. "Tahun kita (PR) memerintah masih tiada kes-kes rasuah dan penyelewengan dikemukan dan dibuktikan oleh SPRM," ujar beliau. | | Skandal KCB di zaman BN lebih dahsyat Posted: 25 Nov 2012 05:08 AM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYAPendedahan oleh Ketua Audit Negara mengenai pelaburan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam sebuah syarikat yang menjalankan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) menjadi bahan cuba disensasikan oleh pihak pembangkang di Kedah, setelah perniagaan tersebut gagal di tengah jalan. Kerajaan negeri dikatakan mengalami kerugian yang agak besar. Ada yang menyebut jumlah jumlah kerugian atau penyelewengan adalah sebanyak RM134 juta. 'Angka itu dipetik dari buku laporan audit, takkan audit nak menipu?' mereka berhujah. UMNO memang terbukti sangat pakar kalau dalam bab menipu orang kampung. RM134 juta (USD44 juta) bukanlah jumlah kerugian atau penyelewengan. Ia adalah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency berpusat di London untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bagi membiayai aktiviti lain KCB. Bagaimanapun pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMbKed) mendapati pinjaman dan penglibatan dalam perniagaan di PNG akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat. Jawatankuasa ini juga mengsyorkan KCB menamatkan perniagaan mereka di negara itu memandangkan suasana tidak menentu dalam prosedur urusniaga dan perjanjian yang dimeterai. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed. Ertinya pinjaman RM134 juta itu tidak berlaku! Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu. Ianya bukan penyelewengan atau rasuah. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan menyebabkan semua modal dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan. Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada Jawatankuasa Penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri. Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik selepas Mac 2008, yang menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan beliau menyaman PMBKed kerana penamatan itu yang didakwa melanggar undang-undang (Akta Pekerjaan 1955). Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KCB, beliau yang juga seorang usahawan sudah terbabit dengan individu dalam MAS Incorporated iaitu Dato' Manaf untuk menjalankan perniagaan di PNG. Ada pihak mendakwa KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan mereka. Mereka bukan orang PAS atau Pakatan Rakyat bahkan ada yang mendakwa bahawa mereka adalah ahli UMNO sewaktu BN berkuasa dahulu. (Namun politik kepartian bukan isunya di sini). Mereka menggunakan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa. Kerajaan Pakatan Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko yang lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa. KCB adalah syarikat warisan dari kerajaan BN dahulu. Kalau hendak menilai prestasi KCB sekarang, kena bandingkan juga dengan yang terdahulu. KCB menanggung beban projek Monda (S'pore) Ltd. CEO pada masa itu ialah Dato' Tajul Urus yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Merbok. Pada 2007 KCB terbabit dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian. Ia meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat yang lebih besar berbanding perniagaan di PNG. Anggaran kasar kerugian yang terpaksa ditanggung PKB melebihi RM43 juta, sebahagian besarnya melibatkan pembayaran premium tanah. (Semuanya dijangka terbongkar dalam Sidang Bajet 2013 Dun Kedah November nanti). Isunya ialah KCB yang sama; mengalami dua kali kerugian. Di zaman Pakatan kerugiannya RM6.4 juta dan di zaman BN kerugiannya melebihi RM43 juta. Yang mana lebih teruk? Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengambil kesempatan untuk menyerang kerajaan negeri dengan dakwaan kononnya kerugian pelaburan di luar negara itu memalukan negara kerana tidak pernah berlaku. Spesis 'Melayu mudah lupa' rupanya si Mukriz ini. Lupakah beliau pada skandal BMF di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, komisyen kapal selam Scorpene, bahkan skandal NFC juga melibatkan pelaburan yang kemudiannya mengalami masalah di Singapura. Apakah itu semua tidak memalukan negara? Mukhriz juga wajar bertanya kepada diri sendiri bagaimana kerajaan BN sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah sehingga kerajaan sekarang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah dalam kes-kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat melibatkan RM11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti di Jerai International Park di penghujung tahun 90-an melibatkan tuntutan kerajaan negeri sebanyak RM60 juta. Apakah Mukriz tidak rasa ini memalukan?wartautara.com/ | Politik BN Kedah bergantung kepada talihayat Papua New Guinea Posted: 25 Nov 2012 05:07 AM PST Oleh Muhammad Sanusi Md Nor Kes Papua New Guinea menjadi satu-satunya modal BN Kedah menghadapi PRU13. Semua pimpinan yang ternama -seperti Dato' Bashah, Mukhriz dan Bekas Menteri Besar- dan sedang berusaha mencari tempat - seperti Badrulhisham dan Kheng Liang- memberi tumpuan sepenuhnya membuat serangan. Matlamat semua pemimpin kecil dan besar dalam BN ialah mencalarkan imej dan integriti Ustaz Azizan dan kerajaan PR. Saya telah menjumlahkan kehilangan modal pengurusan dan pelaburan dalam laporan audit, jumlahnya RM6.4 juta. BN berulang kali menjumlahkannya menjadi lebih RM13 juta. Saya memeriksa sekali lagi dengan Jawatankuasa Penilaian yang telah pergi ke PNG dan London untuk menghantikan pelaburan yang sangat berisiko itu. Jawapan mereka ialah angka yang dibangkitkan oleh BN itu ialah jumlah yang terkumpul sejak zaman BN memerintah Kedah dan orang mereka menguruskan KCB. Jumlah itu turut disumbangkan oleh projek 99 East di Langkawi. Jika ditolak 'kehilangan' dalam kes PNG, kerugian teraudit yang dijana oleh KCB di zaman BN sekitar RM7 juta. Itu tidak termasuk kehilangan yang dapat dihentikan dalam projek 99 East bila PMBKed mengarahkan perjanjian KCB dengan Terra Monda dikaji semula. Untuk rekod, KCB terpaksa menanggung premium tanah berjumlah RM36 juta, dan tanah seluas 360 ekar itu akan diserahkan kepada 99 East sebagai balasan ditawarkan 20% pegangan dalam 99 East. Mujur bin nasib baik kebodohan BN dulu disedari, dan projek dihentikan sementara, menyelamatkan Kedah daripada kehilangan tanah berharga dan wang berpuluh juta. Bekas MB- Mahdzir Khalid Hari ini bekas Menteri Besar mensasau dalam akhbar kerana 99East ditangguh oleh Kerajaan PR. Projek itu tetap ada walau apapun kata kerajaan sekarang, dia membebel. Kalau dijodohkan dengan projek NFC, jawapannya itu seperti dia berkata...lembu tetap ada walaupun RM49 juta dilesapkan ke dinding kondo. Katanya lagi Ustaz Azizan hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara KCB dan MAS Incorporated (PNG) Ltd. Masakan Ustaz Azizan tak tahu apa kandungan perjanjian dan apa jenis perniagaan itu. Kheng Liang dan Badrulhisham juga berkongsi idea pandir itu. Adakah orang yang menyaksikan sesuatu majlis menandatangani perjanjian perlu dan wajib tahu apa yang dua pihak lain ( KCB dan MAS) persetujui. Dalam hal meneliti dan mengkaji apa-apa perjanjian bagi pihak sebuah Kerajaan Negeri adalah tanggungjawa Penasihat Undang-undang Negeri (LA). Hakikatnya, sebelum atau selepas ia dipersetujui, ia tidak langsung dibawa untuk LA menunaikan tanggungjawabnya. Bukankah Ustaz Azizan sudah menjelaskan bahawa semua urusan KCB dalam kes PNG tidak dimaklumkan kpd ALP? Badrulhisham Mengintai Peluang Badrul sedang mengintai kerusi untuk bertanding. Dia sedang berkira- kira menggulingkan Adun Pedu, bekas bosnya. Bagaimana? Menyerang PNG bermakna membuka ruang supaya kes- kes lama bosnya dibongkar seluas mungkin. Setakat ini sudah empat kes projek sakit didedahkan. Laporan ke SPRM akan dibuat oleh pemuda esok. Kes 99 East, kes Dewan Mentaloon dan Kes Udang Kerpan berlaku di zaman Adun Pedu menjadi MB. Hanya kes RM11 juta dengan Long Island berlaku di zaman Syed Razak. Badrul membuat sidang akhbar di pejabat MCA, komponen paling ceroi tapi berani dalam BN Kedah sekarang. Presiden MCA menghina Islam, UMNO seluruh dunia diam membisu. Badrul tidak menggunakan pejabat UMNO untuk menumbangkan seorang tokoh UMNO yang bermasalah. Dia akan menduduki kerusi itu. Kuala Nerang tidak selamat untuk Badrul kerana Syed Sobri sudah lama mengkancing gigi menunggunya. Badrul menyebut MB patut tahu sebab dia mengarahkan Dato' Puat ke London menguruskan pinjaman. Saya rasa mahu ketawa, kenapa Badrul boleh tersalah dengar atau tersalah baca atau sengaja tersalah cakap tentang pemergian Jawatankuasa Penilaian dan pinjaman itu. ( saya seperti mahu bertanya hang pokak ka?). Dato' Puat tidak ke London untu membuat pinjamantetapi membatalkan pinjaman atas saranan Ustaz Azizan selepas mengetahui tentangnya. Pinjaman bersendiket itu atas nama MAS Incorporated dan cagarannya ialah projek yang dimiliki 70% sahamnya oleh KCB melalui satu perjanjian. Badrul boleh mengira walaupun tidak menjejak menara gading. Dia tahu RM6.4 juta tercatat dalam laporan audit, tapi dia memilih untuk menyebut RM13 juta dalam sidang akhbarnya. Dia mahu bekas bosnya merasai pedih calar 7 juta yang tidak dapat dijelaskan! Pedih itu membawa rebah bersekali kerusi Pedu. Tok Det mungkin ke Parlimen? Tengoklah nanti. Ada satu kes lain dengan KCB sewaktu Tok Det menjadi MB yang belum didedahkan. Badrulhisham patut tahu hal ini. Semua staff KCB mengetahuinya. Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB kepada KCB. Tajul Urus dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita, sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Siapa yang boleh menjelaskan kejadian ini? Tan Kheng Liang - Kesumat Perkauman Dia membawa agenda Parti Gerakan. Mereka hanya ada kerusi Derga sekarang. Dia berhajat membunuh UMNO satu koloni. Gerakan berhajat bertanding lebih banyak kerusi dan dia mengidamkan satu untuk dirinya. Dia tahu semua isu yang dibangkitkan sebelum ini bahananya akan pergi kepada UMNO. Melemahkan UMNO akan memudahkan urusan menuntut lebih banyak kerusi. Dia menghina Islam melalui twitternya. UMNO diam! Haris Che Mat berpeluang mengisi muka depan akhbar menasihati Kheng Liang. Tanpa sedar Haris mengurut dan menepuk-nepuk belakang pemuda Gerakan yang menghina Islam. UMNO akan menanggung akibat penghinaan itu nanti. Kheng Liang membangkitkan isu perumahan. Sepanjang sejarah, hanya PAS sahaja yang berani membuat polisi yang dilihat menjamin masa depan melayu dalam sektor perumahan. Komposisi kaum berasaskan penempatan akan disusun semula melalui polisi ini. Polisi yang tidak berani disentuh oleh BN kerana takut kehilangan undi cina berubah sedikit menjelmakan keadilan untuk semua kaum, melayu bumiputra dan bukan bumiputra. Menyerang polisi ini sebenarnya melondehkan seluar UMNO dan akan membangkitkan sokongan melayu kepada PAS dan PR. Menekan isu PNG akan meransang kurap dan songkla pemimpin UMNO sewaktu memimpin kerajaan didedahkan. Dia mahu pemimpin parti melayu yang mengetuai BN ditalanjangkan. Dia juga tahu mengira, dia lawyer! Dia juga memakai angka 13 juta. Dia lawyer, kesilapan angka sebesar ini dalam kes mahkamah boleh menyebabkan kalah walaupun hujah lain dia kukuh. Kalau dia jujur dan bertanggungjawab dari awal, dia patut membangkitkan banyak penyelewengan kerajaan BN sebelum 2008. Sahlah dia ada niat lain! Kheng Liang jarang meneliti fakta dalam mengangkat isu. Dia sering tersasar membuat tuduhan. Contohnya dalam isu garis panduan baru papan iklan MBAS. Lama seblum garis panduan itu diumumkan, banyak syarikat sudah memahami kehendak pasaran di Kedah. Banyak syarikat sudah memaparkan imej model wanita bertudung. Terpampang sebesar gergasi iklan syarikat telekomuikasi di bangunan PKNK dengan imej wanita bertudung, tiada siapapun yang berasa sensitif sama sekali. Malah penduduk beragama Islam merasa bangga pula. Dalam hal ini Kheng Liang melawan arus untuk mencuri perhatian akhbar. Dia sebetulnya menjauhkan pengundi melayu daripada BN. Kheng Liang menuduhkan projek Aman Central dibuat tanpa tender terbuka, bertentang dengan manifesto. Kheng Liang mungkin tak tahu, projek itu projek swasta. Kalau ada syarikat membawa modal sendiri RM500 juta untuk membangunkan semula projek yang terbengkalai selama 33 tahun di tengah bandaraya Alor Setar, dan kerajaan mengarahkan projek itu dibuat tender terbuka, tidakkah mereka wajar menuduh kerajaan ini gila? Dalam kes Aman Central yang tak mampu diselesaikan selama 33 tahun di bawah 5 Menteri Besar BN, saya rasa terjahan Kheng Liang itu yang gila! Sepanjang sejarah Gerakan mengepalai Kerajaan BN di Pulau Pinang, satu demi satu penyelewengan dalam isu tanah dibuka oleh DAP selepas 2008. Isu dalam PDC, isu perumahan, isu penempatan orang-orang Melayu, isu Tanjong Tokong, isu Balik Pulau, dan banyak lagi. Gerakan melingkupkan politik baru Malaysia disebalik pintu perkauman dan penindasan. Kecelaruan Parti Gerakan membawa Presidennya tewas di dua kerusi yang ditandingi. Gerakan tinggal nyawa-nyawa ikan dalam politik Malaysia. Ia bakal dihantar ke taman peringatan. Sila toleh sejenak ke belakang, apa yang Gerakan buat hingga ditolak rakyat, khususnya masyarakat cina di Malaysia. Kerusi Derga itu hanya terlepas ke tangan Gerakan di Kedah kerana tiga penjuru. Kheng Liang patut baiki rumah sendiri sebelum menunjukkan bocor di rumah orang. Kalau rumah kau daripada kaca, jangan membaling batu ke rumah orang lain. Kheng Liang akan membuat sidang akhbar setiap selasa, memancing respon MB pada hari rabu selepas mesyuarat Exco. Hanya hari rabu lalu dia menerima bungkusan yang kena dengan seleranya. Mungkin ada sedikit lagi saki baki buah dan daun cermai untuk dihinggut. Aiiyaaa...Hinggutlah! | MB Kedah bercakap tentang bolasepak Posted: 25 Nov 2012 05:05 AM PST | ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak hari ini menunjukkan pengetahuan dan minatnya yang mendalam tentang sukan khasnya bolasepak.Ketika menggulung perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, beliau memberitahu, bukan mudah untuk mengurus sebuah pasukan bola sepak kerana permainan bola sepak ini ada kalanya di atas dan ada masanya di bawah.
Beliau mengulas pandangan ahli dewan berkaitan kemerosotan pasukan bolasepak Kedah pada tahun ini.
Beliau memberitahu sidang dewan bahawa bahawa pengurusan sesebuah pasukan bolasepak bukanlah mudah sepertimana yang dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Cardiff City (Vincent Tan) dan Queens Park Rangers (Tony Fernandez).
"Saya dulu tak suka pasukan Manchester United pasal ada Jordan (Joe Jordan) dan saya sokong Liverpool kerana ada Kevin Keegan. Manchester ada dua pasukan United dan City. Manchester City dulunya hebat kemudiannya jatuh dan mengambil masa untuk bangun semula.
"Sekarang City dah ada pengurus baru, Mancini. Mereka kuat balik, tapi malam tadi kalah dengan Real Madrid," katanya.
Katanya, lagi pasukan bolasepak Kedah pada musim akan datang akan distruktur semula dengan gandingan pemain yang terdiri pemain tempatan dan luar negera termasuk dari Brazil. | | Gaza bermandi darah lagi! Posted: 25 Nov 2012 05:04 AM PST Oleh Johan Jaaffar Pada tahun 2006, tentera Israel menyerang Lubnan. Di tengah kemarahan dunia terhadap Israel, bekas pegawai tinggi tenteranya, Ave Azrieli menulis di dalam akhbar International Herald Tribune tentang perlunya negara itu berubah sikap. Azrieli menggesa Israel menjadi sebahagian daripada 'negara Asia Barat', bukan sebuah pulau di tengah wilayah yang membenci dan mengasingkannya. Menurut beliau, demi kelangsungan, Israel 'harus menerima hakikat bahawa manusia di sekelilingnya bukan sahaja perlu dilihat sebagai musuh tetapi juga mereka yang harus hidup bersama-sama di dalam wilayah yang paling bermasalah di dunia." Malah beliau mencadangkan agar Israel menghantar mesej yang jelas kepada dunia Arab, 'bahawa kami menghormati kamu.' Pandangan sedemikian tidak pernah dan tidak mungkin dipedulikan oleh pimpinan Israel. Banyak lagi sebenarnya ilmuwan dan pemikir berbangsa Yahudi yang tidak menyenangi dasar Israel dan fahaman Zionisme. Noam Chomsky, cendekiawan berbangsa Yahudi, yang juga ahli falsafah, tokoh sejarah dan ahli linguistik tersohor banyak menyuarakan kecaman beliau terhadap dasar Israel. Israel hantar mesej pada Obama Gaza in Crisis: Reflections on Israel's War Against the Palestinians yang merupakan koleksi wawancara dan esei beliau yang terbit pada tahun 2010 amat relevan ditelaah pada masa ini. Dua buah bab di dalamnya, 'The Ghettoization of Palestine' dan 'The Killing Fields of Gaza 2004-2009' sangat penting dibaca hari ini. Serangan ke atas Lubnan pada tahun 2006 tidak menguntungkan Israel. Pada tahun itu, dalam satu tinjauan ke atas rakyat negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mendapati 59 peratus responden mengatakan dalam konteks mengacau keamanan dunia, Israel lebih berbahaya daripada Iran, Korea Selatan dan Pakistan. Seperti biasa, Israel tidak akan menghormati sesiapa. Malah tidak memandang sebelah matapun pada bantahan dan kecaman 1.3 bilion umat Islam. Serangan ke atas Gaza yang bermula dua minggu lalu menunjukkan satu lagi contoh bagaimana Israel akan berbuat apa sahaja yang disukainya. Seperti biasa juga, alasan yang diberikan adalah demi 'mempertahankan diri'. Tiada siapa yang menanyakan hak rakyat Palestin untuk hidup. Apakah dengan menyerang pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dan membunuh dan Ahmad Jabari sebahagian daripada usaha mempertahankan diri? Israel sebenarnya mahu menghantar mesej pada Presiden Barack Obama bahawa "kami tidak perlu mengikut cakap kamu." Atau amaran pada Obama bahawa Israel tidak menghormati sesiapa dalam konteks menangani jiran-jirannya. Obama yang dilantik semula sebagai Presiden AS antara lain kerana sokongan lobi Yahudi yang kuat, tidak akan mengecam tindakan Israel. Pada waktu yang sama AS meminta Mesir menggunakan 'pengaruhnya' di rantau itu untuk menenangkan keadaan. Apakah pula 'nasihat' AS terhadap sekutunya, Israel? Kebangkitan 'Arab Spring' Kali ini tindakan Israel membawa implikasi yang jauh lebih berbahaya. 'Arab Spring' telah memberikan nafas demokrasi baru di negara-negara Arab. Kemarahan anak-anak muda kali ini tidak mampu dibendung oleh kerajaan baru yang lebih demokratik dan terbuka. Kita semua tahu Palestin adalah punca utama kemarahan orang Islam terhadap Israel dan AS. Sikap radikal di kalangan anak-anak muda Islam dicetuskan sebahagian besarnya oleh isu Palestin. Tidak ada seorangpun Presiden AS yang sehingga ini dapat menyelesaikan masalah Palestin. Harapan umat Islam pada Obama nampaknya terlalu tinggi. Kita semua tahu siapapun di Rumah Putih tidak akan mengubah dasar AS terhadap Israel. Nampaknya untuk empat tahun lagi, rakyat Palestin akan terus menderita. Sebahagian besar daripada mereka menjadi pelarian di negara orang – tanpa negara, tidak dikehendaki dan hanya menjadi statistik dalam bentuk jumlah pelarian. Selepas Obama? Keadaan mungkin lebih buruk. Jikalau Obama tidak dapat mengekang keganasan Israel, tiada siapa lagi yang boleh berbuat demikian. Tidak lama dahulu seorang penulis sejarah berbangsa Yahudi menulis buku Hitler's Willing Executioners: Ordinary Germans and the Holocaust. Menurut beliau, bukan Hitler dan anggota Parti Nazi sahaja yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kaum Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua. Rakyat Jerman seluruhnya 'turut bertanggungjawab'. Apakah agaknya teori beliau terhadap kekejaman kerajaan Israel hari ini terhadap rakyat Palestin? Tidakkah seluruh rakyat Israel sepatutnya 'bertanggungjawab'? Bukankah mereka juga pada masa ini 'willing executioners' seperti juga tuduhan yang beliau lemparkan ke atas seluruh rakyat Jerman sewaktu pemerintahan HitlerOleh Johan Jaffar | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 25 Nov 2012 11:09 PM PST Lagi enam 'ekor biawak hidup' tinggalan BN di kedah Posted: 25 Nov 2012 05:20 AM PST Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Saya telah menjelaskan empat projek 'biawak hidup' tinggalan BN, yang juga disebut oleh Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan dalam kenyataannya membalas serangan pihak pembangkang di Kedah. Berikut ialah enam 'ekor biawak hidup' lagi yang perlu didedahkan kepada rakyat. 1) Tanggung beban hutang Seri Temin RM14 juta sampai gulung tikar Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item 'sumbangan' sebanyak RM8 juta. Daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik UMNO. STDC di bawah PR kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan penalty RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian. Dibebankan pula dengan tuntutan hutang oleh pihak pembekal lebih RM14 juta sehingga memaksa syarikat tersebut hampir gulung tikar. 2) Kerajaan negeri tanggung beban hutang, tolak geran bina logi air Kerajaan negeri di zaman BN menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman. Pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat. Mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian. 3) Perjanjian dengan Syarikat Taliworks Langkawi merugikan Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerugian diangkarkan dalam masa lima tahun ialah RM125 juta. 4) Kemusnahan alam projek kuari Gunung Jerai Terma perjanjian berat sebelah (menguntungkan pemaju) dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan. Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat. 5) Skandal pembinaan Kompleks MPSPK Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid telah meluluskan pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga siling RM40 juta, dinaikkan menjadi RM46 juta oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada syarikat rakan MB, Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta itu hanya mampu menyiapkan kerja sekitar RM1 juta. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar. Kerajaan kini yang menanggung kerugian yang dibuat oleh BN. 6) Projek balak jalan ke Sungai Burung lesap Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada KCB. Datuk Tajul Urus Md Zain dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Sehingga ini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 25 Nov 2012 09:42 PM PST |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 25 Nov 2012 09:11 PM PST |
PAS LENGGONG Posted: 25 Nov 2012 07:47 PM PST Posted: 25 Nov 2012 07:28 PM PST Jauhilah Golongan Yang Zalim: Peringatan Dari Imam Al Ghazali. | |
Posted on Monday, November 26 @ 00:03:47 MYT by paktamOleh: Tok Janggut Dalam isu menghadapi golongan atau pemerintah yang melakukan kezaliman terhadap ra kyat, Imam Al Ghazali telah memberikan beberapa nasihat. Antaranya ialah:- "Janganlah kamu bergaul dengan pemimpin dan pembesar yang zalim, malahan jangan sekali-kali bertemu dengan mereka. Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, janganlah kamu memuji mereka kerana Allah sangat murka apabila orang fasik dan zalim dipuji. Sekiranya sesiap mendoakan golongan zalim ini dipanjangkan umur, maka sebenarnya mereka suka akan kezaliman itu terus berlaku dan Allah didurhakai sepanjang waktu".
"Janganlah kamu menerima apa-apa pemberian daripada pembesar atau pemimpin yang zalim walaupun kamu tahu bahawa pemberian itu dari sumber yang halal. Sikap tamakan pemberian samada berupa hadiah, wang atau sebagainya akan merosakan agama, kerana dari pemberian itu kelak akan menimbulkan rasa simpati kamu terhadap mereka. Maka kamu akan mula menjaga kepentingan, kekuasaan dan apa sahaja kehendak golongan zalim itu dan akan berdiam diri terhadap apa sahaja kezaliman yang dilakukan. Ini semua akan merosakan agama, masyarakat dan negara. Sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan menjadi sayang terhadap mereka pula. Seterusnya kamu akan mendoakan mereka agar kekal lama berkuasa dan berada terus pada kedudukan mereka." "Mengharapkan golongan zalim dan fasik itu kekal lama berkuasa dan berada ditempatnya adalah sama seperti mengharapkan kezaliman itu akan terus berpanjangan tanpa kesudahanya terhadap hamba-hamba Allah dan agar alam, negara dan masyarakat musnah sepenuhnya. Dan yang paling buruk ialah kemusnahan kepada Islam itu sendiri". "Kamu harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia) melalui kata-kata manis mereka kepada kamu seperti: 'Lebih baik kamu ambil sahaja wang, hadiah atau sebagainya yang mereka berikan itu dan kamu boleh membahagikanya kepada orang miskin, kalau kamu menolaknya, maka mereka akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan maksiat dan mungkar'. Sesungguhnya terlalu ramai manusia disesatkan oleh syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia) dengan cara ini." Ingatlah bahawa: Riak itu dikalungkan kepada orang yang kuat beribadah! Tamak itu dikalungkan kepada orang kaya dan banyak harta! Zalim itu dikalungkan kepada pemimpin/pembesar dan penguasa. Hanya golongan yang benar-benar ikhlas, beriman dan bertaqwa serta mendapat hidayah dari Allah sahaja yang selamat dari sifat tamak, riak dan zalim itu. Hayatilah peringatan Allah dan Rasul kita agar kita tidak bersekongkol dan bersubahat dengan golongan yang jelas melakukan kezaliman secara terang supaya kita tidak disambar oleh api neraka kelak: "Janganlah kamu cenderong kepada golongan yang zalim (samada menyokong/mempertahan dan bersama mereka), nescaya kamu akan disambar oleh api neraka".(Firman Allah) "Esok, akan ada raja, pemimpin dan penguasa yang datang mengumpulkan rakyat serta melakukan kezaliman dan berbohong kepada mereka, maka barangsiapa ikut kepada raja/pemimpin/penguasa ini dan membenarkan kezaliman dan pembohongan mereka maka mereka bukanlah dari golonganku" (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Ya'la dan Ibnu Hibban). "Sabda Nabi" "Terdapat seorang lelaki berpakaian yang lusuh lalu berdoa kepada Allah dengan katanya: Ya Robbi! Ya Robbi! sambil mendahkan tanganya ke langit. Bagaimanakah Allah akan mengabulkan doanya sedangkan pakainya, minumanya dan makananya adalah dari sumber yang haram" (HR Imam Muslim). Dan inilah yang berlaku sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba bagi lembu buat Qurban sehinggakan berpuluh ekor, bagi wang pada anak yatim , orang miskin dan masjid serta madrasah, sedangkan wang tersebut adalah dari hasil riba, rasuah, penipuan harta negara dan rakyat. Adakah Allah akan menerima semua itu sebagai ibadah? Tentu tidak sekali-kali. Firman Allah: "Sesiapa yang tidak memutuskan sesuatu hukuman itu berdasarkan hukum Allah, maka dia adalah zalim" (Al Maidah ayat 45). Sabda Nabi: "Allah tidak akan menerima solat seseorang pemimpin yang memutuskan sesuatu hukum/keputusan itu selain dengan cara yang diturunkan oleh Allah" (HR Hakim dari Talhah bin Ubaid". Dan yang terakhir untuk kita renungkan bersama Sabda Nabi: "Hamim itu ada tiga golongan. Satu golongan masuk syurga dan dua lagi masuk ke neraka. Mana-mana Hakim yang tahu akan kebenaran dan memutuskan sesuatu hukuman itu dengan benar, maka ia akan masuk syurga manakala mana-mana hakim itu tahu akan kebenaran tetapi memutuskan satu-satu hukuman itu secara curang, palsu dan penipuan secara sengaja maka dia akan masuk neraka, mana satu golongan hakim lagi yang memutuskan sesuatu hukuman itu dalam keadaan jahil maka dia akan ke neraka juga" (HR Abu Daud, At Tharmuzi dan Ibnu Hibban). Kini kita sedar ramai hakim yang menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan apa yang diwahyukan oleh Allah dan yang diajarkan oleh Nabi tetapi menjatuhkan hukuman atas arahan dan keputusan pemerintah yang zalim dan fasik. Oleh kerana mereka khianat dan tidak amanah dengan kerjaya mereka, apakah gaji yang mereka ambil itu halal atau haram? Begitu juga pemimpin yang menang dalam pilihanraya secara menipu, apakah gaji dan elaun mereka itu halal atau haram? Begitulah Sabda Nabi kita bahawa "Setiap yang masuk ke dalam perut itu dari sumber yang haram, maka nerakalah yang layak baginya". Termasuklah mengambil hak rakyat dan hak negara tanpa sah. Dalam isu MURTAD, pembaca diminta merujuk kepda Kitab Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri Jilid Kedua yang ditandatangani oleh bekas PM Tun Mahathir. Disana pembaca boleh mengetahui bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Murtad/batal iman samada melalui percakapan, melalui perbuatan dan melalui hati. Bacalah dan kemudian bandingkanlah dengan kenyataan pemimpin UMNO termasuk Tun Mahathir dan Dato Najib yang berkaitan dengan syariat Allah termasuk hudud dengan buku tersebut, kemudian fikirkanlah. Wallahualam. |
| Posted: 25 Nov 2012 07:25 PM PST Berita Buruk Buat Yahudi Zionis- Israel dijangka serang lagi selepas pilihanraya Posted on Sunday, November 25 @ 01:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber Gendang Perang
Senior Hamas leader Ismail Haniyeh, Islamic Jihad leader Mohammed Al-Hindi, and senior Fatah official Nabil Shaath celebrate the end of the war at a Gaza City rally Nov. 22, 2012. (Reuters/Ahmed Zakot)
Senior Hamas leader Ismail Haniyeh, Islamic Jihad leader Mohammed Al-Hindi, and senior Fatah official Nabil Shaath celebrate the end of the war at a Gaza City rally Nov. 22, 2012. (Reuters/Ahmed Zakot)
Ini adalah gambar terbaru sempena meraikan gencatan senjata Hamas dan israel di Gaza. Khabar mengembirakan untuk umat Islam di seluruh dunia apabila gambar ini menunjukkan Hamas dan Fatah bersama-sama meraikan kedamaian ini.
| Hamas |
| Fatah |
Kedua-dua pihak itu tidak pernah bersatu hati dalam apa jua bentuk sebelum ini. Malah mereka pernah berperang hingga menumpahkan darah dan nyawa suatu ketika dahulu iaitu selepas Hamas memenangi pilihanraya 25 januari 2006.
Selepas pilihanraya itu Paletine telah terbahagi kepada dua pemerintahan dengan Hamas menguasai Gaza manakala Fatah mentadbir Tebing Barat. Pada April 2011 kedua-dua parti politik ini bersetuju untuk bergabung dan menyatukan kedua-dua kerajaan selepas pilihanraya umum 2012.
Gambar di atas sungguh menenangkan jiwa. Gambar ini menunjukkan bukan sahaja pemimpin mereka bersetuju bergabung malah kesemua pengikut dan penyokong kedua-dua kerajaan ini. Gabungan dua parti terbesar Palestine ini akan membawa kepada satu era baru untuk rakyat Palestine. Palestine bakal digeruni Israel dan usaha pasti akan dilakukan untuk menggagalkan gabungan ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua-dua belah pihak berwaspada dengan hasutan syaitan dikenali yahudi Isreal...(macam ameno la pulak... wakaka) Al-Qassam, al-Quds Battalions, Jerusalem Battalions, Jerusalem Brigades,dan Sayf al-Islam Brigades perlu menangkis segala fitnah yang bakal ditimbulkan yahudi bagi menggagalkan penyatuan ini | Posted: 25 Nov 2012 07:18 PM PST Akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah. Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin.
Dengan kata-kata itu ia memberi makna yang selama ini mereka mengaku UMNO dan BN telah membuat kesalahan dan UMNO telah mengakui apa yang dituduh oleh pelbagai pihak yang UMNO itu telah melacurkan politik dan siasah negara. Justeru UMNO sememangnya parti yang telah berdosa dan sekarang mahu bertaubat. Saya gembira dengan pengakuan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO yang lain yang UMNO telah melakukan kesalahan dan sekarang mahu bertaubat dan meminta diberi lagi peluang untuk memerintah kita rakyat yang sudah begitu lama dalam pencarian ini.
Persoalannya sekarang apa yang mereka telah taubatkan itu? Maaf-memaafkan sesama sendiri itu memang amalan orang mukmin. Tetapi tidak bermakna menjanjikan taubat itu sudah cukup untuk meneruskan penguasaan lagi terhadap rakyat dan negara. Apabila UMNO sudah taubat, parti itu sepatutnya direhatkan untuk melaksanakan apa yang mereka taubatkan itu. Jika RM ratusan billion wang rakyat dicuri dan diambil oleh pimpinan BN secara haram, ia memakan masa untuk melakukan proses pemulangan balik harta-harta curi itu kepada rakyat jelata.
Orang yang telah sedar dan bertaubat tidak boleh lagi melakukan apa-apa kesalahan yang terbesar terutamanya terhadap sesama manusia. Saya selalu katakan rasuah itu merupakan ketagihan tegar yang dihidapi oleh UMNO dan BN itu. Seperti penagih dadah yang hendak kembali berbuat baik dan menjauhi amalan mengambil dadah itu mereka sepatutnya duduk di dalam pusat-pusat serenti yang banyak di sediakan oleh kerajaan sekarang ini untuk beberapa lama yang wajar. Mereka dikawal dan dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan supaya merawat ketagihan itu dengan bersistem. Banyak cara untuk merawat penagih ini.
Ada juga yang berjaya dirawat dan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berbuat baik selepas keluar dari pusat pemulihan serenti itu. Tidak kurang juga yang kembali menagih dan kembali ke pusat-pusat serenti itu. Di dalam pusat-pusat serenti itu panagih-penagih ini akan diberikan bimbingan untuk menjadi insan yang baik dengan kelas agama dan memberikan mereka kegiatan riadah seperti bersenam dan sebagainya untuk memulihkan mereka kembali. Mereka ini perlu bimbingan dan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi umat yang baik dan berguna untuk masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi untuk agamanya.
Begitu jugalah dengan pimpinan-pimpinan UMNO. Seperti yang kita tahu salah satu dari salah laku pimpinan UMNO ialah rasuah. Rasuah ini merupakan salah satu dari penyakit ketagihan yang boleh merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah sepatutnya dijadikan musuh nombor satu negara kerana banyak tamadun telah runtuh oleh kegiatan rasuah pemimpinnya.
Oleh kerana secara terus menerus UMNO telah melakukan ketagihan itu, maka UMNO patut berihat dan melakukan pembaik-pulihan supaya parti itu menjadi parti yang berguna kepada rakyat dan negara dan tidak lagi menjadi penagih rasuah yang telah hampir menjahanamkan negara kesayangan kita ini.
Maka tidak boleh lah UMNO sendiri mengisytiharkan yang mereka telah pulih dari semua penyakit merbahaya untuk manusia itu dan meminta terus memerintah negara ini seperti biasa. Penagih ini tidak semua yang baik dengan sendirinya. Selalunya ia perlu dibimbing dan diatur segala kegiatan kehidupan mereka. Maka UMNO perlu berihat dan memulihkan penyakit ketagihan ini. Kita tidak mahu penagih rasuah ini kembali melakukan rasuah seperti penagih dadah yang kembali menagih selepas keluar dari pusat serenti itu.
Tetapi yang pentingnya sekarang UMNO sudah mula sedar dan mengakui kesalahannya dan serangan terhadap pembangkang yang menuduh mereka (UMNO) itu rasuah sepatutnya di tarik balik dan di dalam hati meminta maaf kepada mereka yang membuat tuduhan yang benar itu.
Ramai pemimpin-pemimpin UMNO telah mengisytiharkan yang mereka telah berjaya memulihkan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu dan telah mengakui kesilapan dan kesalahan mereka. Mengakui kesalahan itu sudah cukup untuk mengakui yang pihak pembangkang adalah pihak yang benar dan kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka (pembangkang) sepatutnya mendapat galakan dan sokongan dari orang ramai.
Buat sementara waktu UMNO biarkanlah mereka duduk berihat sambil memperbaiki diri mereka supaya parti itu pula yang akan menjadi parti alternatif kepada Pakatan Rakyat yang memerintah nanti. Jika Pakatan Rakyat melakukan kesalahan yang sama UMNO yang sudah pulih semasa dalam 'political confinement' itu boleh kembali dan menjadi UMNO yang bertenaga dan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin semasa itu nanti UMNO akan menjadi bertenaga dan berseri-seri wajah pimpinan mereka setelah melakukan rawatan mereka selama beberapa tahun semasa menjadi pembangkang itu.
Maksud saya ini ialah, menjadikan negara ini sebagai negara demokrasi yang mempunyai sistem dua parti itu akhirnya akan memberikan kenaikan kepada rakyat. Semasa itu nanti baru lah rakyat sedar betapa nikmatnya jika kuasa itu sebenar-benar berada ditangan mereka dan bukannya di tangan 'war lords' UMNO seperti sekarang ini.
Rakyat yang bermaruah tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengawal hak mereka dengan wang sogokan atau bantuan seperti gigi palsu percuma, BRIM dan sebagainya. Rakyat tidak boleh memberikan hak kepada pihak lain setelah mendapat tayar teksi percuma dan sebagainya.
Harga diri rakyat itu lebih tinggi dari harga tayar dan bantuan BRIM serta pembayaran bonus satu setengah bulan gaji dan sebagainya. Sedangkan kucing belaan kita pun sekarang tidak makan ikan mentah lagi. Mereka (kucing) sekarang makan Friskies dan Whiskas yang dibeli dari pasaraya. Kucing pun tahu harga diri mereka. | Posted: 25 Nov 2012 07:09 PM PST http://manjongmari.blogspot.com, | 26 Nov 2012 |
Bercakap atas kebenaran, walaupun tak suka atau pun juga terpaksa, bukan bercakap kerana jawatan yang disandang, tahun depan nak sambung lagi jawatan...ehem..ehem... Dr Asri: Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi SAPINAH AB GHANI 26 November 2012 Mohd Asri (berdiri, dua kiri) berbincang sesuatu dengan peserta kembara sebelum meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, semalam. KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
"Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.
"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.
"Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?
"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam," katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.
Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).
Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.
"Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.
"Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara," katanya.
"Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama," katanya. | Posted: 25 Nov 2012 07:05 PM PST SATU dari acara menyemarakkan Mukktamar PAS ke-58 di Kota Bharu minggu lalu ia solat hajat raksasa dan berdoa moga-moga Allah musnahkan UMNO/Barisan Nasional.
Ia mendapat reaksi yang berbagai khususnya dari pemimpin dan penyokong UMNO. Macam-macam mereka burukkan tindakan PAS itu.
Apa yang PAS buat itu adalah haknya. Ia tidak dilarang oleh perlembagaan dan tidak menyalahi peraturan dan undang-undang pertubuhan. Ia juga tidak menyalahi amalan demokrasi.
PAS itu dipimpin oleh para ulama. Tiadalah organisasi ulama yang paling besar dan paling berwibawa di negara ini selain dari PAS. Muafakat para mufti dan majlis fatwa hanya dianggotai oleh tidak lebih 30 orang. Ulama yang menyertai UMNO pula mungkin paling ramai 300 orang.
Tetapi yang bersama PAS ada di mana-mana. Bagi mereka berdoa minta UMNO dibinasakan tidak melanggar syarak. Jika ada di kalangan ulama yang mengatakan tindakan PAS itu tidak betuk pada syarakatnya, ia adalah kejadian yang terpinggir. Tetapi yang bersama PAS itu boleh dikira ijmak.
Apapun yang PAS buat itu ialah antaranya dengan Allah. Ia mengadu tentang nasibnya yang lemah untuk menghadapi UMNO itu kepada Allah. Orang PAS tidak boleh tipu Allah. Orang-orang PAS itu merasa yakin mereka ditindas oleh UMNO dan kerajaan.
Dan doa yang paling makbul ialah doa orang yang tertindas. Allah membuka perkenanNya jika hambaNya tertindas mengadulah kepadaNya, nescaya diperkenanNya doa itu.
Kalau UMNO tidak pernah tindas dan tipu mereka, tidaklah bodoh hendak perkenankan doa PAS itu. Masakan PAS boleh tipu Allah.
Dan jika UMNO rasa bahawa tindakan PAS itu tidak betul kerana mereka tidak buat apa-apa pada PAS selama ini, maka UMNO pun mengadu pula kepada Allah, solat hajat, baca Yasin, puasa dan sebagainya minta Allah jangan kabulkan doa PAS itu.
Bahkan UMNO juga berhak berdoa kepada Allah supaya binasakan pula PAS.
PAS yang berdoa itu kerana mereka percaya bahawa doa itu senjata orang beriman. Berdoalah apa saja asal jangan mendoakan keburukan kepada agama Allah dan orang-orang yang beriman. Jika UMNO percaya doa itu senjata orang beriman dan ia percaya bahawa PAS adalah kaki pecah belah dan tidak betul-betul Islam, bolehlah ia pula mendoakan kebinasaan PAS.
Sebagaimana UMNO pernah mencadangkan supaya nama Islam itu dipotong dari PAS, maka ia boleh doakan setiap lepas solat moga-moga Allah cabut kalimah Islam itu dari nama PAS.
Apa yang PAS buat itu sebenarnya tidak mengganggu UMNO dan tidak memaksa rakyat supaya mengaminkannya. Jika orang UMNO terperangkap dalam majlis PAS dan PAS berdoa minta UMNO dibinasakan, kalau UMNO merasa takut orang kata apa kalau dia tidak angkat tangan, maka dia boleh angkat tangan tetapi jangan aminkan doanya.
Oleh kerana itu tidak ada apa-apa sebab bagi UMNO, kiranya ia adalah pertubuhan yang betul-betul membela orang Melayu dan Islam untuk bersusah payah mengutuk PAS yang berdoa itu. Masakan Allah akan memihak kepada orang yang salah.
Jika cara PAS tidak rasional, tiada integriti, terdesak, politik bodoh dan lain-lain biarkan ia dengan kebodohannya. Biarkanlah PAS jadi macam Luncai dan Pandir.
Yang peliknya UMNO kelam kabut dengan doa itu. | Posted: 25 Nov 2012 06:54 PM PST Hadis riwayat Anas R.A, ia berkata: "Bahawa Rasulullah S.A.W menjenguk seorang lelaki kaum muslimin yang telah lemah sekali sehingga (keadaannya) seperti anak burung. Rasulullah S.A.W bertanya kepada lelaki itu: "Apakah kamu pernah berdoa memohon sesuatu?" Lelaki itu menjawab: "Ya, aku berdoa: Ya Allah! Apa yang hendak Engkau seksa aku di akhirat, maka laksanakanlah segera di dunia." Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: "Maha Suci Allah! Kamu tidak akan kuat atau tidak akan mampu menanggungnya. Kenapa kamu tidak berdoa dengan: Ya Allah! Berikan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta jagalah kami dari seksa neraka." Ia (Anas) berkata: Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa kepada Allah untuknya sehingga Allah pun menyembuhkannya. (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Abu Hurairah R.A, ia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Allah S.W.T berfirman: "Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari." (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Ubadah bin Shamit R.A, ia berkata: Bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Barang siapa menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya, dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya." (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Anas bin Malik R.A, ia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah diangkatnya ilmu, munculnya kebodohan, banyak yang meminum arak, dan timbulnya perzinaan yang dilakukan secara terang-terangan." (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Aisyah R.A, ia berkata: Rasulullah S.A.W membaca firman Allah yang berbunyi: "Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang-orang yang berakal."
Setelah membaca firman tersebut Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat dari Al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Maka berwaspadalah terhadap mereka." (Sahih Muslim)
| Posted: 25 Nov 2012 06:50 PM PST Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang beberapa orang pemimpin UMNO mengakui yang UMNO memang nya telah melakukan kesalahan dan akan memulakan perubahan. Semalam semasa berjumpa dengan 1,500 wakil-wakil NGO di seluruh negara Najib mencadangkan supaya jangan mengubah kerajaan kerana perubahan boleh dilakukan oleh BN sendiri.
Kata-kata Najib ini seperti seorang pencuri yang telah mengaku salah tetapi menyeru supaya semua orang jangan mengunci rumah kediaman atau kilang-kilang mereka kerana mereka (pencuri-pencuri) telah berjanji tidak akan mencuri lagi. Kata-kata Najib ini sangat mengaibkan diri beliau dan UMNO itu sendiri. Dalam kepimpinan serta kenegaraan jika seseorang itu telah melakukan kesalahan dia akan berhenti dengan secara sukarela kerana itulah etika kepimpinan dalam sebuah negara yang berdaulat.
Najib sepatutnya belajar apa dia kedaulatan itu. Apa dia negara yang berdaulat itu? Dari mana datangnya kedaulatan itu mesti difahami oleh beliau kerana beliau seorang Perdana Menteri, bukannya kerani kilang padi. Saya begitu hairan etika yang senang difahami itu pun Najib tidak dapat merasakan kepentingannya di dalam sesebuah kepimpinan kerajaan.
Apa perubahan yang Najib hendak lakukan melalui BN itu?
Apa yang dimaksudkan oleh Najib itu tentulah BN sedar yang kerajaan selama ini adalah kerajaan yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa. Menyedari itu BN tidak akan melakukan rasuah sebesar itu lagi. Maka adalah wajar bagi rakyat memberikan mandat itu lagi kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Satu lagi perkara yang BN mesti lakukan untuk berubah ialah dengan mengelakkan dari menjadikan isu agama dan memainkan isu bangsa sebagai modal politik mereka. Inilah salah satu lagi yang akan di ubah oleh BN, mungkin. Banyak lagi isu-isu buruk yang kita sama semua tahu dilakukan oleh BN tidak akan dilakukannya lagi. BN mahu berubah dan jangan ubah kerajaan. Tidak payah ubah kerajaan kerana BN yang melakukan kesalahan dan BN akan berubah menjadi parti yang baik untuk rakyat dan negara.
Satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah tidak lagi membiarkan isteri-isteri pemimpin mempengaruhi suami dalam pentadbiran kerajaan. BN juga mungkin tidak akan lagi membiarkan pemimpin-pemimpin nya menyeludup wang ratusan billion ringgit keluar negara untuk melarikan dari pengetahuan rakyat ATAU satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah untuk tidak mengambil komisyen besar dalam pembelian bekalan pertahanan negara. Tidak akan berlaku lagi pembelian Scorpene dan mengambil komisyen yang ratusan juta ringgit.
BN tidak akan lagi mengambil tanah Felda yang sepatutnya dimasukkan 80,000 peneroka dan disenaraikan di pasaran saham untuk pemodal dan kroni yang besar-besar pimpinan dalam dan luar negara kita.
BN juga mungkin tidak lagi memberikan keistimewaan kepada anak-anak Mahathir dengan memberikan anak-anak Mahathir menyandarkan masa depan mereka kepada UMNO. Anak-anak Mahathir tidak payah lagi menggunakan UMNO sebagai modal untuk mereka berniaga dengan besar-besaran. Diharap juga BN tidak akan menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan masalah perniagaan anak-anak pemimpin seperti Mirzan Mahathir dalam jumlah berbillion ringgit.
BN akan berubah dan tidak akan lagi memberikan segala-gala peluang perniagaan kepada Syed Mokhtar dari laut ke darat dan dari darat ke udara seperti yang berlaku sekarang.
Mungkin inilah dia cara BN hendak berubah. Mengaku dengan segala kesalahan ini dan berpura-pura bertaubat dan diberikan lah lagi kuasa kepada mereka. Sekarang mereka benar-benar hendak berubah dan tidak mahu buat jahat lagi. Najib ke hulu dan ke hilir meminta sedekah sokongan rakyat untuk melakukan kebaikan dan tidak hendak buat zalim dan jahat lagi. BN sudah penat membuat jahat, sekarang masanya untuk berbuat baik pula.
Maka berikan lah sokongan kepada BN. Najib sudah berubah dan akan membuat baik pula sekarang ini. Najib ini seperti penagih tegar dadah yang berjanji tidak akan mengambil dadah lagi. Najib meminta rakyat jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini kerana mereka (BN) sudah berubah dan berubah.
Dalam jiwa Najib sedang bergelora dan sentiasa menjerit, "tolonglah jangan undi PR…aku dah berubah…aku tidak akan takut kepada isteri aku lagi…akan tidak akan dengar nasihat Mahathir lagi….aku taubat....aku taubat".
Tetapi boleh kah kita percaya semua janji-janjinya ini?
Jawapannya..jangan sekali-kali! Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan, apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat apa-apa lagi.
Rakyat akan akhirnya menderita dan menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. Percayalah! - http://aspanaliasnet.blogspot.com | Posted: 25 Nov 2012 06:49 PM PST Terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Nov 2012 |
KAHERAH: 'Roket rintangan' yang menyerang Tel Aviv menunjukkan perubahan dalam imbangan kuasa antara Hamas dan entiti Israel, kata ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud al-Zahar ketika bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat.
(Roket jarak jauh Hamas yang memasuki Israel membentuk keseimbangan baru di Gaza)
Beliau mendakwa, roket ini menyeimbangkan 'keganasan' oleh satu pihak ke atas pihak yang lain, menambah keseimbangan baru ini akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memulakan apa-apa pencerobohan baru terhadap Semenanjung Gaza. Al-Zahar juga memuji kedudukan yang diambil oleh Mesir dalam konflik dan usahanya dalam mendapatkan perjanjian gencatan senjata, berkata "kami menjangka kedudukan ini dari Mesir yang baru yang mana Presiden, kerajaan dan rakyatnya berdiri teguh di belakang rakyat Palestin". Al-Zahar ( gambar) menyamakan peluru berpandu jarak jauh Hamas seperti "batu-batu dari tanah yang dibakar keras", merujuk al-Quran, Surah al-Fil. Al-Zahar berkata "pertempuran batu-batu dari tanah yang dibakar" dengan Israel telah memberi faktor baru dalam konflik dan akan membentuk pengakhiran pencerobohan melalui pertempuran yang terancang dan meningkat yang akan mendedahkan tahap khayalan musuh yang mengabaikan kehendak rakyat Palestin dan ketahanan mereka." Beliau menambah, "peperangan ini akan menjadi peristiwa penting, bukan sahaja dalam sejarah di rantau ini, yang telah menyaksikan perubahan rejim yang banyak, khususnya di Mesir, tetapi juga dalam sejarah dunia. " Al-Zahar juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "[Perdana Menteri Israel] Netanyahu mahu menamatkan perang selepas tiga hari kerana pihak keselamatan beliau memberitahunya bahawa musuh hanya memiliki 300 roket yang boleh dilancarkan, namun mereka terkejut apabila roket terus dilancarkan dan menghujani Israel pada hari-hari terakhir di mana pada pencerobohan dipesatkan, bukan dikurangkan." Al-Zahar mendedahkan bahawa Israel telah menerima semua syarat Palestin, tanpa apa-apa pindaan, tidak seperti yang didakwa oleh media Israel. Beliau berkata "Kami tidak menerima cadangan Israel mengenai penyelesaian dua peringkat, iaitu pertama gencatan senjata dan kemudian membuka lintasan sempadan. Kami menolak cadangan tersebut dan tetap dengan tuntutan asal kami iaitu gencatan senjata dan membuka lintasan sempadan dalam satu langkah, dan Israel bersetuju untuk ini." Beliau menambah, "Kami telah membuktikan bahawa pilihan melawan kembali ketika konflik berlangsung adalah satu-satunya pilihan yang menunjukkan kejayaan dan kita telah menunjukkan ini ketika menghalau keluar pendudukan Israel dari Gaza pada tahun 2005." Beliau berkata "Tempoh di mana musuh menyerang kita sudah berlalu, dan kita sekarang dalam peringkat kita menyerang mereka." Beliau mengesahkan bahawa tempoh ini adalah "pertumpahan darah dan senjata" dan satu-satunya pilihan rakyat Palestin adalah melawan kembali. Di samping itu, beliau menyeru semua individu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dan membentuk sebuah gabungan yang menyokong penentangan bersenjata, menegaskan bahawa rakyat Palestin yang keluar meraikan kemenangan Gaza mewakili satu referendum mengenai pilihan jihad dan penentangan. Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin hari ini menyokong penentangan dan berdiri teguh dalam menghadapi pencerobohan Israel. Beliau berkata, "darah pemimpin kekal membakar perjuangan rakyat dan penentangan." Al-Zahar juga menafikan laporan bahawa dia melarikan diri dari Gaza semasa pencerobohan Israel, mengatakan "syahid di tangan Allah dan mengalahkan penjajahan adalah matlamat kami, rakyat Palestin, yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya. "Kami telah menyerahkan anak-anak kami demi Islam dan untuk mempertahankan tanah dan tapak suci kami. Oleh itu, bagaimana anda boleh mengatakan bahawa saya, seorang pemimpin Hamas, akan lari dari peperangan ke Mesir? " Beliau menambah, "Saya di Gaza dan saya bertemu dengan delegasi Mesir dan berkongsi kegembiraan rakyat Palestin malam tadi dalam kemenangan kita. Saya akan kekal di sini di atas tanah Palestin, di barisan hadapan rakyat Palestin sehingga menang atau syahid!" | Posted: 25 Nov 2012 06:46 PM PST KETIKA memenangi penggal pertama sebagai Presiden Amerika empat tahun lalu, Barack Obama bertekad untuk menjadi kawan dunia Islam. Antara programnya ialah mengeluarkan tenteranya dari peperangan di dua negara Islam – Iraq dan Afghanistan.
Dia bercadang untuk mendarat di sebuah negara Islam antara kunjungan awalnya ke luar negara. Lalu dia pun memilih Mesir. Dia pun memberi lucapan persahabatan untuknya dengan negara dan umat Islam dan untuk negaranya Amerika dengan dunia dan umat Islam.
Ia dikira satu ubat bagi menyembuhkan rasa sakit hari umat Islam gara-gara tempelak anti-Islam George W Bush yang melihat Islam sebagai agama pengganas.
Sekalipun tidak banyak yang dapat dibuatnya bagi merapatkan pentadbirannya dengan dunia Islam dan penyelesaian isu Palestin terus jadi harapan saja, tetapi kebencian terhadap Amerika reda. Tidak banyak harapan kepada penyelesaian Israel-Palestin selain daripada Obama.
Tetapi apabila dia menang selesa untuk penggal Presiden kedua, kurang dua minggu saja dia tiba-tiba menjadi seteru utama dunia Islam apabila dia menyokong serangan kejam Israel terhadap Gaza dan mengira serangan tidak beradab itu adalah langkah Israel mempertahankan diri.
Semasa kempennya menentang calon Republikan, Mitt Romney, dunia Islam mengharapkan dia menang dengan jangkaan dasar Romney yang amat memihak kepada Yahudi. Tidak dapat dibayangkan apa akan jadi kiranya Romney menang?
Terbakar dan berdarahlah bumi Palestin.
Tetapi tanpa Romney menang pun, Gaza terbakar dan berdarah juga. Dunia seluruhnya minta Obama menekan Israel supaya menghentikan serangan darat dan udara terhadap Gaza. Jawab Obama, dia menyokong kebiadapan Israil, bukan menyuruh Israel berhenti menyerang.
Polisi yang dirong-rong awal kemenangan pertamanya dulu telah dirosakkan oleh kemenangan yang kedua ini.
Sepatutnya dia mengurangkan pembunuhan Israel terhadap umat Palestin kalau pun tidak menghentikannya sama sekali. Tetapi yang berlaku, bukan sekadar dia gagal untuk berkawan dengan dunia dan umat Islam tetapi dia menjadikan berlumur darah umat Islam Gaza.
Sebagai cucu orang Islam dari Kenya, muka Obama sama saja hodohnya dengan semua Presiden Amerika yang terdahulu. Dan dia sama kejam dengan semua Perdana Menteri Israel. Dia gagal untuk menjadi kawan dunia Islam tetapi dia juga adalah seteru besar Islam.
Dia mesti dikutuk seperti umat Islam diwajibkan mengutuk Yahudi dalam solatnya. Tiada solat tanpa al-Fatihah. Hujung surat al-Fatihah disebutkan kutukan kepada orang dimurkai Allah Ghairil maghdhu bi'alaihim iaitu puak Yahudi.
Tidak diterima solat orang Islam tanpa melafazkan ghairil maghdhu. Demikianlah murkanya Allah kepada orang Yahudi. Orang Islam bukan sekadar melafazkan kebencian itu tetapi mesti membuktikan kebencian itu dalam semua perkara.
Atas dasar itu Islam tidak dapat menerima kelahiran negara Yahudi Israel itu. Mana-mana orang Islam yang redha dengan negara itu dia telah tidak ikhlas dengan solatnya.
Obama sekarang menjadi pembela terhadap pembunuhan Israel atas umat Islam Gaza. Dia pun sama saja dengan Yahudi zionis itu, maka dia sudah layak termasuk dalam kumpulan orang yang dikutuk yang dilafazkan dalam solat itu.
Dia tidak lagi menjadi kawan. Dia sama saja dengan Yahudi yang banyak mambunuh Nabi dan Rasul, dan dia juga sama kejam dengan Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang sudah 10 tahun jadi mayat bernyawa sekarang. | Posted: 25 Nov 2012 06:45 PM PST Terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Nov 2012 |
Presiden Mesir, Mohamed Morsi akan bertemu hakim kanan Isnin ini untuk cuba meringankan krisis rampasan kuasa yang telah mencetuskan protes ganas mirip revolusi tahun lepas.
Aktivis Ahad lalu telah berkhemah di Dataran Tahrir untuk hari ketiga, menyekat trafik dengan penghadang sementara untuk membantah apa yang mereka sifatkan sebagai rebutam kuasa oleh Morsi. Polis rusuhan dan penunjuk perasaan bertempur di kawasan berdekatan.
Seorang ahli Ikhwanul Muslimin telah dibunuh dan 60 orang cedera lewat Ahad lalu dalam serangan ke atas pejabat utama Ikhwanul Muslimin di Delta Nil bandar Damanhour, lapor laman web Kebebasan dan Keadilan Parti milik Ikhwanul Muslimin.
Lebih daripada 500 orang telah cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan membimbangkan Morsi yang cuba untuk menyatukan kuasa.
Membahayakan demokrasi
Badan kehakiman tertinggi Mesir membayangkan untuk berkompromi untuk mengelakkan peningkatan krisis, walaupun penentang Morsi mahukan pembatalan penuh dekri yang mereka lihat membahayakan demokrasi.
Majlis Kehakiman Agung berkata dekri Morsi hanya sah dalam "perkara berdaulat", menunjukkan ia tidak menolak perisytiharan itu secara terus, dan menggesa hakim dan pendakwa, yang sebahagian daripada mereka mula mogok Ahad lalu, untuk kembali bekerja.
Morsi akan bertemu dengan majlis tersebut Isnin ini, lapor media kerajaan.
Pejabat Morsi mengulangi jaminan bahawa langkah-langkah tersebut hanyalah untuk sementara waktu, dan berkata beliau mahu mengadakan dialog dengan kumpulan politik untuk mencari "titik persamaan" dalam apa yang perlu diletakkan dalam perlembagaan Mesir, salah satu daripada isu dalam krisis ini.
Hassan Nafaa, seorang profesor sains politik di Universiti Kaherah, memahami usaha yang dilakukan oleh presiden dan badan kehakiman untuk menyelesaikan krisis berkenaan, namun menambah kenyataan mereka adalah "kabur".
"Ia hanya menuju ke arah yang lebih bermasalah," katanya.
Pasaran saham jatuh Ahad lalu sehingga hampir 10 peratus - yang dihentikan hanya oleh sekatan automatik - adalah yang terburuk sejak pemberontakan yang menggulingkan Mubarak pada bulan Februari 2011. (aljazeera.com) | Posted: 25 Nov 2012 06:42 PM PST http://pinkturtle2.wordpress.com, | 26 Nov 2012 |
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" :Al Imran:169 Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi. Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa a-jiwa umat ini.Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta. Dari kiri atas: 1) Asy Syahid Ir Imad Aqal 2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin 3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash 4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi 5) Asy Syahid Dr Said Syiam 6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja'abarri Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya…. | Posted: 25 Nov 2012 06:04 PM PST Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga... Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : "Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim). | Posted: 25 Nov 2012 05:38 PM PST | Posted: 25 Nov 2012 05:30 PM PST Hazayani Zakaria, | 25 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi. Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka. "Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita. "Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya. Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu. Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang. Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar. Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar. Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka. Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur. Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 25 Nov 2012 03:25 PM PST |
DUN Lembah Jaya Posted: 25 Nov 2012 11:35 AM PST Ceramah PAS: Provokasi Bukti Umno / BN Semakin Terdesak Posted: 24 Nov 2012 09:05 PM PST
"Kalau buat perangai buruk macam ni macam mana nak tarik orang sokong parti kita? Buatlah perangai elok sikit, jangan buat malu terjerit-jerit di sana.."
~ Dato' Tamrin Tun Ghafar mengulas sikap segelintir penyokong parti pembangkang Selangor yang cuba berbuat kacau di majlis ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Taman Seri Raya, Ampang pada Jumaat 23 Nov 2012 lalu.
| |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 25 Nov 2012 11:06 AM PST Awang Adek diminta lapor Jabatan Agama dan SPRM Posted: 24 Nov 2012 03:52 PM PST KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan mencadangkan Datuk Awang Adek Husein ( gambar) agar melaporkan kepada Jabatan Agama dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar membukti bukti penyelewengan. Jika tidak, kenyataan Awang Adek baru-baru ini mahu membawa kes konon PAS ada masalah akidah ke Perhimpunan Agung Umno hanya retorik semata-mata. Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadli Shaari kepada Harakahdaily. Katanya, Pemuda PAS Negeri Kelantan tertarik untuk memberikan respon terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa UMNO Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 nanti. Kenyataan beliau disiarkan oleh akhbar Sinar Harian versi dalam talian pada 24 November 2012. Dalam hal ini, kata Fadli, suka untuk DPPNK mencadangkan kepada Awang Adek agar melaporkan sahaja apa yang didakwa penyelewengan akidah tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk diambil tindakan sekiranya tidak yakin dengan siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) yang merupakan agensi kerajaan negeri Kelantan. "Dalam hal ini, DPPNK tidak mahu Awang Adek hanya sekadar beretorik semata-mata," kata Ahmad Fadli (gambar kanan) yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan. Ini kerana masyarakat umum masih lagi melihat PAS sebagai sebuah parti yang serius melaksanakan dasar-dasar yang selari dengan Islam berbanding Awang Adek sendiri yang pernah mencadangkan agar judi bola sepak dibenarkan sempena Piala Dunia 2010 yang lepas, kata Fadli. DPPNK juga mencadangkan kepada Awang Adek supaya terus melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penyelewengan yang dimaksudkan melibatkan skandal rasuah dan pecah amanah. "Dalam hal ini, Awang Adek boleh merujuk lokasi bangunan baru SPRM Kota Bharu kepada sebuah badan bukan kerajaan OMBAK yang pernah menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan tersebut beberapa minggu lepas. "Kemungkinan juga Awang Adek boleh memasukkan sekali di dalam laporan tersebut isu seorang Timbalan Menteri yang didakwa menerima suapan sebanyak RM80,000 semasa memegang jawatan penting di Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu. "Suapan tersebut ialah dalam bentuk dua keeping cek bernilai RM30,000 dan RM50,000 daripada Advance Maintenance Precision Management (AMPM) Sdn Bhd bertarikh 6 Disember 2010," katanya. Pada hari yang sama, kata beliau, AMPM menulis surat kepada individu terbabit selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) untuk melanjutkan kontrak penyelenggaraan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu. "Sehingga hari ini, tiada sebarang penjelasan diberikan oleh Timbalan Menteri tersebut. "Sekiranya Awang Adek hanya berdegar-degar menjanjikan pendedahan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 tetapi dalam masa yang sama enggan membuat laporan kepada badan berwajib, DPPNK sifatkan Awang Adek hanya beretorik semata-mata," katanya. | "BEKWOH"Jamuan Rakyat & Ifthor Perdana Bersama YAB. Tuan Guru. Posted: 24 Nov 2012 03:52 PM PST | Pejabat PAS Kota Kinabalu dibaling telur dan batu Posted: 24 Nov 2012 03:48 PM PST KOTA KINABALU: Seorang kakitangan Pejabat Pemuda PAS Negeri Sabah terkejut apabila mendapati pintu dan papan tanda pejabat berkenaan dibaling telur serta diconteng dengan perkataan kesat awal pagi kelmarin. (Pintu pejabat PAS Kota Kinabalu dibaling telur dan batu) Kejadian itu disedari kira-kira jam 8.30 pagi ketika kakitangan tersebut ingin membuka pejabatnya. Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu percaya perbuatan membaling telur dan melemparkan batu itu dilakukan sesetengah pihak yang kurang menyenangi tindakan PAS yang agresif melawan kezaliman yang diperlakukan oleh pihak tertentu. "Kita sendiri berasa kurang selesa bila diperlakukan sebegini. Perbuatan ini langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi di kalangan individu mahupun parti yang terkesan akibat tindakan agresif yang dilakukan oleh PAS sejak akhir-akhir ini," katanya dalam satu kenyataan, kelmarin. Bagaimanapun Lahirul berkata, beliau tidak mengesyaki pihak yang terbabit dan tidak berhasrat untuk melaporkan perbuatan berkenaan kepada pihak polis. "Kali ini kita maafkan mereka, supaya mereka benar-benar menginsafi bahawa perbuatan mereka ini adalah yang tidak bermoral," ujarnya.
PAS Sepanggar (Tingkap pejabat PAS Sepanggar dipecahkan) Sementara itu, pejabat PAS Kawasan Sepanggar turut dipecahkan cermin apabila dibaling objek keras awal pagi kelmarin. Kejadian yang mengejutkan kakitangan pejabat berkenaan yang sedang tidur itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Saifuddin Ahmad berkata, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku setelah pejabat berkenaan beroperasi sejak dua tahun yang lalu. Beliau berkata, wakilnya telah membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra berhubung perkara berkenaan. | PAS mempunyai peluang cerah untuk kuasai Penaga Posted: 24 Nov 2012 03:47 PM PST PULAU PINANG: Siapa kata Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga tidak boleh di menangi PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini? Ini kerana, kerana kedudukan Umno yang semakin terperuk dengan masalah tersendiri sejak kebelakangan ini. Malah Adun BN di situ, Datuk Azhar Ibrahim walaupun beliau salah seorang exco pada waktu Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini mula diperkatakan rakyat. Selain jarang turun ke padang bertemu rakyat beliau juga dikatakan lebih membiarkan politiknya dimainkan oleh isterinya terutama ke majlis kenduri kendara di kampung- kampung. Memandangkan PAS sudah lama bertapak khususnya di Penaga dan Parlimen Kepala Batas maka tidak dapat tidak masyarakat telah mengenali PAS sebaris Umno. Manakala dua Dun lagi iaitu Bertam dan Pinang Tunggal ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut Penyelaras Dun Penaga, Rosidi Husain ( gambar atas), memandangkan runggutan rakyat yang membuak- buak maka pada tahun 2010 Pusat Khidmat Penyelaras Dun Penaga ditubuhkan bermula di Dewan Banjir Permatang Bendahari dan kini berpindah ke sebuah bangunan di Persimpangan Pasir Gebu. "Berbagai masalah seperti jalan tar, longkang dan banyak lagi yang diabaikan oleh Dato' Azhar terpaksa dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Penyelaras Dun Penaga. Ini membuktikan beliau seolah lepas tangan kerana kecewa dengan rakyatnya sendiri, " terangnya yang juga pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang. Sokongan anak muda di Penaga makin meningkat ke tahap 66 peratus manakala kaum Tiounghua pula tidak jemu- jemu menanti tarikh pilihanraya umum untuk memangkah PAS dan Pakatan Rakyat. Bagi mereka Umno dan komponen BN tidak boleh diharap lagi sebagai pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan. Program warga emas, ibu tunggal, pelajar emas, anak emas, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat sokongan padu tanpa berbelah bahagi walaupun pada mulanya ramai yang sangsi dan terikut- ikut dengan rentak Umno yang senantiasa menyebarkan fitnah. Paling mengembirakan golongan muda ujar Rasidi, ialah pembinaan Gelanggang Rakyat yang dalamnya terdapat padang futsal, bola jaring dan takraw di Kampung Tuan Syed. "Saya selaku Penyelaras Dun mengucapkan jutaan terima kasih pada Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kerana membina Gelanggang Rakyat di Kampung Tuan Syed demi mencari bakat baru, menjalinkan ukhwah sesama sendiri di samping membentuk jati diri kalangan pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan, " terangnya. | Peserta antarabangsa terpesona dengan budaya Kelantan Posted: 24 Nov 2012 03:47 PM PST (Peserta forum dakwah antarabangsa turut menikmati kesenian Kelantan) KOTA BHARU: Peserta 13 negara yang menghadiri Forum Antarabangsa Dakwah: Pelancongan Islam dan Mutawwif Profesional selama dua hari mulai 22 hingga 23 November 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini yang berakhir malam ini amat terpesona dengan kesenian dan kebudayan Islam di Kelantan. Forum antarabangsa dakwah itu bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat di samping 'memperkasa' minda dan intelektual pendakwah mengenai fenomena masyarakat alaf baru. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berharap dengan berlangsungnya forum itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pelancongan sebagai satu ibadah selain membantu Kerajaan Negeri mempromosikan 'pelancongan ibadah'. Forum berkenaan memberi fokus, antara lain kepada lestari dakwah dan peluang dakwah melalui pelancongan, membabitkan dimensi pelancoangan Islam termasuk 'pelancongan masjid, amanah pemandu dakwah pelancong dan mutawwif professional. Bercakap kepada wakil Harakahdaily pada Malam Kesenian dan Kebudayan Islam yang berlangsung di Gelanggan Seni, Jalan Mahmood dekat sini, beliau berkata program itu sebagai sokongan kepada program menjadikan 2012 Tahun Melawat Kelantan, yang JAHEAIK turut terbabit. Menurutnya, JAHEIK memainkan peranan dalam semua sektor berkaitan dakwah kepada masyarakat termasuk program pelancongan Islam. (Pengarah JAHEAIK bersama para peserta forum dakwah) "Pelancongan sebagai methodologi baru, sebagai medium dakwah yang perlu diberi perhatian. "Kita mengharapkan kehadiran pelancong ke Kelantan ini memberi peluang kita berdakwah kepada mereka," katanya. Mengengenai bentuk persembahan kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan kepada peserta forum dan pelancong antarabangsa itu seni silat, permainan gasing dan persembahan Dikir Seri Halaqat, beliau berkata pada awal pelancongan dan peserta forum antarabangsa itu melihat persembahan itu, sekaligus mereka melihat Islam adalah suatu yang 'terbuka', yang boleh diterima manusia sejagat. Fokus juga diberikan kepada program lawatan ke masjid yang menekankan bahawa pelancong yang datang ke masjid bukan saja memakai 'jubah' tetapi juga menghayati apa yang berlaku di masjid berkenaan. "Kenapa kita sembahyang lima kali sehari, kenapa waktu sembahyang berbeza-beza, dan pergerakan sembahyang macam ini, apa disiplinnya, kenapa ambil wudhuk. "Itu sebagai satu pendidikan baru kepada orang yang belum Islam untuk mengenali Islam," jelasnya. Mengulas persembahan dikir oleh Kumpulan Dikir Sri Halaqat pada malam ini, beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Islam tidak menolak 'hiburan'. "Apa yang dibenarkan syarak, kita tidak menolak, bahkan manusia dan masyarakat keseluruhannya boleh memenuhi keperluan hidup mereka, tidak bertentangan dengan Islam," tegasnya. Mengulas lanjut, beliau berkata kerajan mempromosikan Dikir Sri Halaqat ini pada persada masyarakat di setiap program yang kita adakan sama ada majlis makan malam atau lain majlis di peringkat negeri, peringkat nasional dan antarabangsa. "Kita cuba tonjolkan kumpulan dikir ini, dan malam ini (persembahan dikir oleh kumpulan ini) adalah peringkat antarabangsa. Kini 'budaya' dan maklumat mengenai persembahan kumpulan ini dimiliki warga dunia, bukan saja di Kelantan," beritahunya. Antara yang sempat menyaksikan persembahan tadi ialah peserta daripada 13 negara termasuk Amerika Syarikat, Mesir, Bahrain dan German. Mereka terdiri dari muslim dan non-muslim. Pengarah JAHEAIK berharap program Malam Kesenian dan Kebudayan Islam itu akan dijadikan program tahunan. "Dan saya telah mendapat persetujuan daripad Bahrain tadi, mereka sanggup untuk memberi kerjasama dalam tempoh dua tahun sekali untuk hadir ke Kelantan menjayakan program ini," ujarnya. | Majlis Berkhatan & Derma Darah Dun Pulai Chondong Posted: 24 Nov 2012 03:46 PM PST | Lebih 1,000 sertai demonstrasi bantah Israel Posted: 24 Nov 2012 03:42 PM PST Ustaz Mohd Nor mengetuai perhimpunan aman membantah Kezaliman Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU: Hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat umat Islam khususnya di kalangan Pemuda PAS yang menyertai himpunan secara aman membantah serangan Israel terhadap umat Islam di Gaza, Palestin. Lebih 1,000 orang menyertai demontrasi aman tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu, semalam. Katanya, perhimpunan aman menentang kezaliman tentera Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin sebagai bukti kebersamaan PAS dengan nasib rakyat di Gaza. "Ini menunjukkan kebersamaan kita, sayang kita dan simpati kita terhadap umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza, Palestin. "Walau pun kita berhimpun dalam masa yang singkat, jarak yang jauh dari Palestin, tetapi kita mahu menunjukkan bahawa sebenarnya hati kita merasai apa yang disabdakan oleh Nabi saw dengan maksudnya. Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, dalam simpati mereka ibarat satu jasad. Apabila satu anggota dari jasad ini sakit, maka seluruh tubuh akan mengadu sakit dan deman," ujarnya ketika berucap pada perhimpunan aman itu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menyifatkan negara Palestin itu seumpama 'jantung hati' bagi umat Islam di seluruh dunia hari ini. "Jantung hati kita ialah Palestin, yang sedang diburu dan diperangi oleh Israel. Marilah kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah dan menunjukkan sikap kita menentang Israel. "Hari ini, Israel menyerang umat Islam Palestin tetapi sebenarnya Israel sedang 'menggali kubur' mereka untuk kehancuran mereka. "Ini kerana, Islam sedang bangkit di Asia Tengah. Islam sedang berkuasa di Timur Tengah dan Islam juga akan berkuasa di Malaysia ini, Insya Allah," tegasnya disambut dengan laungan takbir para hadirin. | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 25 Nov 2012 09:47 AM PST |
Jasindaily Online Posted: 25 Nov 2012 09:13 AM PST PROGRAM CINTAI PANTAI Posted: 25 Nov 2012 05:08 AM PST Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganjurkan "Program Cintai Pantai' bertempat di Pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi. program yang julung kali dianjurkan ini merupakan salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh lajnah berkenaan dengan tujuan memastikan kebersihan dan keindahan pantai khususnya dalam negeri Melaka dan amnya di Malaysia dijaga dengan sebaiknya. Program yang diadakan sehari ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Firdaus Jaafar Ahli Parlimen Jerai yang merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat telah disempurnakan perasmiannya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari. Gerak kerja yang dilakukan ialah membersihkan sampah sarap yang terdapat disekitar pantai Tanjung Bidara, Sungai Tuang hingga ke Kuala Linggi.
Diharapkan segala usaha murni yang dilaksanakan mendapat ganjaran pahala setimpal dengan apa yang dilaksanakan nanti insya Allah .. Tahniah buat yang telah memberikan kerjasama menjayakan program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari menyampaikan ucapan perasmian
Perasmian Disempurnakan Oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari
Yb Firdaus Jaafar turut sama memeriahkan program Antara hadirin yang turut sama menjayakan program
Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Pantai
Beristirehat setelah penat melaksakana aktiviti
Santapan Makan Durian
| Himpunan Hijau Anti Lynas Di Dataran Merdeka Posted: 25 Nov 2012 04:52 AM PST Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi. Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka. "Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.
"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya. Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu. Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang. Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar. Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar. Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka. Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur. Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 25 Nov 2012 09:03 AM PST Muslim Care kumpul dana baiki masjid runtuh di Gaza Posted: 24 Nov 2012 03:34 PM PST
Harian Metro 24 Nov 2012 - Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat serangan roket tentera Zionis.
Muslim Care kini giat mengumpul dana termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom.
Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.
Menurutnya, rancangan mengutip dana bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah.
"Setakat ini, RM100,000 berjaya dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana," katanya.
Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah.
Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747.
| Dua Isu Utama Rakyat di N.Sembilan Menjelang PRU Posted: 24 Nov 2012 02:54 PM PST
Dua isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat di Negeri Sembilan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ialah ;
2. Pembinaan jalan baru Pasir Panjang ke Linggi sepanjang 22.5 km yang dibina sejak tahun 2005 yang masih belum siap sehingga kini. Kos asal projek RM118 juta, kemudian ditambah lagi RM118 juta pada kontraktor yang sama pada tahun 2008, ditambah lagi RM47.5 juta juga pada kontraktor yang sama, dimana salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dianugerahkan membina jalan ini ialah Dato Napsiah Omar, bekas Menteri Kabinet serta bekas pimpinan tertinggi Umno dan Wanita Umno. Ulasan penuh isu ini dengan fakta di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/jalan-pasir-panjang-ke-linggi-rm300.html | |
mtdchenderoh Posted: 25 Nov 2012 07:23 AM PST USTAZAH UMNO YANG NAK JAGA AGAMA Posted: 25 Nov 2012 07:10 AM PST Anda lihat... dan nilaikan sendiri... | BUKTI PAS TAK PERNAH GADAI PRINSIP Posted: 25 Nov 2012 07:00 AM PST Larang kedai gunting unisex di Kelantan sejak 1991 KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menjelaskan peraturan melarang kedai gunting lain jantina (unisex) dikuatkuasa sejak 1991 dan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peraturan tersebut sebagai langkah awal kerajaan bagi membendung gejala tidak sihat membabitkan semua rakyat. "Cuba bayangkan kalau rambut isteri atau anak perempuan kita digunting tukang gunting lelaki, begitu juga keadaan sebaliknya. Ini tentunya kita tidak mahu berlaku sedemikian. "Peraturan itu diwujudkan bukan kerana sentimen agama semata-mata sebaliknya bagi membendung lebih awal gejala kurang sihat berlaku. "Sepatutnya semua pihak faham termasuk juga rakan kita daripada DAP. Langkah yang dibuat kerajaan negeri bertujuan untuk mendidik rakyat," katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di sini, hari ini. Semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan segera kekeliruan yang timbul apabila undang-undang Islam turut dilaksanakan terhadap orang bukan Islam. Sebelum itu seorang pengurus kedai gunting Ong Lee Ting dilaporkan mendakwa terpaksa membayar banyak saman dikeluarkan MPKB BRI kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam. Takiyuddin berkata, peraturan kedai gunting lain jantina sudah dilaksanakan sejak lebih 20 tahun lalu, sebagai usaha kerajaan negeri mengurangkan gejala kurang sihat. Menurutnya juga sekiranya ada pihak yang kurang berpuas hati dengan peraturan tersebut mereka boleh mencabar di mahkamah memandangkan peraturan tersebut sudah diterima umum rakyat Kelantan. Baru-baru ini Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan sekumpulan peniaga Cina dari sini yang mencabar peraturan menghalang premis menjual nombor ekor. Peniaga terbabit difahamkan turut mendapat sokongan pemimpin MCA. Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14814--larang-kedai-gunting-unisex-di-kelantan-sejak-1991 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan