Selasa, 13 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 13 Nov 2012 03:31 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


"Happy Deepavalli"...kepada yang beragama Hindu...

Posted: 12 Nov 2012 04:15 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 13 Nov 2012 01:27 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Selamat Hari Depavali

Posted: 12 Nov 2012 10:29 PM PST

Selamat hari Depavali, Semoga cahaya menerangi perjalanan hidup kita

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 12 Nov 2012 11:50 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Program Lawatan DSAI ke Pahang pada 18.11.12

Posted: 12 Nov 2012 07:15 PM PST

WAKTU                    PROGRAM

8.30 Pagi                    Bas Merdeka Rakyat mengelilingi Bandar Kuantan

9.00 pagi                    Majlis Sambutan Deepavali bersama kaum India bertempat di GC Curry House
                                  Jalan Air Putih, Kuantan

10.00 pagi                  Bergerak ke Sungai Lembing

11.00 pagi                  Ramahmesra bersama penduduk berbilang kaum di Pekan Sg Lembing

11.30 pagi                  Bergerak ke Felda Bukit Sagu

12.00 t.h                     Di Felda Bukit Sagu, Kuantan
                                   Makan Tengah hari, Ceramah dan Solat Zohor

1.30 ptg                     Bergerak ke Tasik Paya Bungor

2.15 ptg                     Singgah sebentar di Tasik Paya Bungor  berjumpa masyarakat Orang Asal

3.45 ptg                     Perjalanan ke Simpang  Felda Jengka 6, Jengka

4.00 ptg                     Di Simpang Felda Jengka 6, Majlis Ramah Mesra  

5.00 ptg                     Di Bandar Mentakab, Minum Petang, Ceramah

6.00 ptg                     Bergerak ke Kg Paya Luas (Rumah Sdr Azmi, Timbalan Ketua Cbg K.Krau),
                                  Makan malam, solat Maghrib

7.15 mlm                   Ke Kg Penderas, Ceramah

9.00 mlm                   Bergerak ke Simpang Felda Bukit Kepayang

10.00 mlm                 Di Felda Bukit Kapayang, Bera,

11.00 mlm                 Ceramah Umum

12.00 t.mlm               DSAI meninggalkan Majlis

       
                             

Menyedari Kelemahan Diri

Posted: 12 Nov 2012 04:13 PM PST

Dari kecil lagi saya memiliki satu kelemahan diri dan kelemahan ini hingga sekarang tidak dapat saya atasi.  Saya suka berjuang.  Suka buat kerja yang berat-berat.  Suka duduk dihadapan.  Menjadi jurucakap.  Tidak ada apa yang saya gentarkan.

Terhadap musuh saya akan lawan.  Terhadap musuh saya akan tentang.  Tetapi saya tidak dapat berkompromi dengan golongan yang berpeluk tubuh, golongan yang kata "tak apalah", golongan yang kata "biar dululah", golongan yang tidak berdisiplin, golongan yang mempermain-mainkan perjuangan, golongan yang bodoh sombong, golongan pembodek dan golongan pengampu..

Lebih-lebih lagi saya tidak boleh terima sikap yang tidak jujur dan golongan penipu.

Saya sudah terjerat atau terjebak didalam pelbagai episod.  Saya adalah anak seorang pejuang, anak seorang gerila, anak seorang yang ditahan oleh penjajah Inggeris selama bertahun-tahun.  Saya membesar didalam kemiskinan keluarga.  Dari kecil saya menoreh getah, pergi ke sawah membantu ibu.  Balik dari sekolah saya turun ke sawah, dan hujung minggu saya menoreh getah.  Kerja berat tidak ada masalah.

Didalam perjuangan saya memilih sosialisme, satu ideology yang saya raikan sebagai ideology untuk rakyat marhaen.  Saya pelajari dari ayah saya, seorang pejuang API yang kental, seorang nasionalis dan sosialis menentang penjajahan Inggeris.

Moh...menentang musuh.  Tidak ada masalah.

Masalah yang saya hadapi ialah apabila berhadapan dengan orang-orang yang saya anggap rakan, tetapi menikam dari belakang.  Oleh kerana saya terlalu ingin mahu melonjakkan perjuangan Parti Rakyat Malaysia supaya dapat sampai ke massa dan ke kampong-kampong, saya mengaturkan program yang rupa-rupanya tidak terikut oleh pimpinan, maka saya dituduh sebagai left wing adventurist dan mereka kelaskan left wing adventurist itu sebagai musuh parti, dan saya dianggap sebagai agen kepada Barisan Nasional.

Saya tidak pertahankan kedudukan saya didalam Parti Rakyat, tetapi saya mengalah dan keluar darinya.

Semasa saya berada didalam PAS, saya mengaturkan program dengan gerak kerja rumah ke rumah yang tidak dapat diikuti oleh pimpinan setempat.  Dan saya tidak berkenan dengan sifat penakut yang ditunjukkan oleh kawan-kawan berhadapan dengan isu Felda Lubok Merbau di mana seorang anggota PAS terkorban, akhirnya, saya dituduh untuk menjatuhkan Ustaz Fadhil Nor dan menaikkan Ustaz Haji Hadi, suatu tuduhan yang sangat berat untuk saya menerimanya.  Maka saya mengalah dan keluar dari PAS.

Saya terumbang ambing tanpa parti politik.  Hidup saya kosong tanpa perjuangan tertentu.  Di masa itulah saya melibatkan dirii saya dengan gerak kerja sukan.  Saya menjadi Setiuasaha Persatuan Bolasepak Temerloh, Presiden Persatuan Lumba Basikal Temerloh, Setiausaha Lumba Basikal Negeri Pahang, Naib Presiden Persatuan Berbasikal Malaysia dan Presiden Persatuan Mountain Bike Malaysia.

Didalam badan-badan belia pula saya menjadi Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Temerloh, dan apa yang saya lakukan ialah menjadikan 4B Daerah yang hanya ada beberapa cawangan itu kepada melebihi 80 Cawangan di seluruh Daerah Temerloh.  Setiap cawangan saya mempastikan wujud projek belia tani dan belia niaga, dan saya memberikan fokus supaya semua projek-projek ini berjaya.

Rakan-rakan saya melebar ke seluruh Daerah Temerloh, dan sehingga sekarang pun rakan-rakan ini masih berada di kampong masing-masing, kebanyakannya bergerak didalam UMNO, sesetengahnya didalam PAS dan ada juga didalam PKR, dan hubungan saya dengan mereka masih akrab.

\Pada waktu itulah saya dijinakkan dengan UMNO.  Saya sertai UMNO sehinggalah saya berjaya menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, dan jawatan terakhir sebelum meninggalkan UMNO adalah Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh.

Saya tidak berhajat bertanding menjadi Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh tetapi apabila saya terdengar Dato Sabbaruddin Chik berhajat bertanding jawatan itu, maka saya tawarkan diri saya untuk berlawan dengan Dato Sabbaruddin, seorang musuh tradisi saya, walaupun kami didalam satu keluarga.

UMNO bukanlah pilihan yang tepat bagi saya.  Parti itu berjuang untuk orang-orang atasan tetapi memperalatkan rakyat Melayu marhaen.  Dan apabila Dato Seri Anwar dipecat dari UMNO, saya mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO.

Didalam semua pergerakan yang saya ceburi, kelemahan saya adalah sama.  Saya memang kuat buat kerja.  Semua orang didalam semua persatuan yang saya ceburi mengakui akan hakikat itu.  Ini adalah tabiat semula jadi saya.  Buat kerja bersungguh-sungguh.

Kelemahan saya pula, saya terlalu mudah tersentuh, dan tidak boleh menerima walaupun sedikit tindakan menikam saya dari belakang.

Apabila saya ditikam dari belakang, jarang saya mahu melawan, tetapi saya mengambil sikap mengalah, dan saya tinggalkan jawatan yang saya pegang.

Ini termasuklah juga jawatan-jawatan bergaji yang saya pegang.  Apabila saya balik dari England, saya menjadi Pegawai Undang-Undang di Kamar Peguam Negara dan kemudian ditukarkan kepada Badan Kehakiman menjadi seorang Majistret, mula-mula di Kuala Lumpur, kemudian ditukarkan ke Ipoh.

Tidak sempat beberapa bulan saya di Ipoh, saya diura-urakan bertukar ke Telok Intan, tetapi belum sempat ke Telok Intan, pihak Judiciary mahu saya bertukar ke Sg Petani.  Wah, macam bola ditendang ke sana ke mari.

Saya bersama-sama 15 orang Magistrate yang lain pergi menemui Ketua Pendaftar Mahkamah di Kuala Lumpur.  Saya menerangkan bahawa saya mempunyai anak yang sudah menncukupi umur untuk bersekolah, dan memerlukan sekurang-kurangnya berada disesuatu tempat walaupun tempat itu berada di kawasan hulu yang terpencil.

Pihak pendaftar mengambil sikap buruk dengan mengatakan bahawa sesiapa yang tak sanggup ditukarkan, bolehlah meletakkan jawatan.  Memang pada waktu itu, Judiciary tidak mencukupi bilangan Magistrate.

Saya tidak teragak-agak menulis pada kotak rokok melepaskan jawatan saya serta merta.  Dan seramai 15 orang Magistrate yang bersama saya itu pun meletakkan jawatan juga.

Saya kembali ke Kuala Lumpur dan ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya, dan beberapa tahun selepas itu saya membuka firma guaman saya sendiri, mula-mula di Kuala Lumpur, kemudian saya berpindah ke Temerloh, kampong saya sendiri.

Orang kata saya ni kuat merajuk.  Mungkin benarlah begitu.  Maka apabila Jadual Dato Seri Anwar Ibrahim dimanipulasi oleh Pak Long dengan membuat Jadualnya sendiri tidak berpandu kepada keputusan Mesyuarat, dan lokasi Kuala Krau ditiadakan didalam Jadual itu, saya tidak ada kompromi lagi.

Saya reda hanya apabila Sdr Rahman Yusof yang menyatakan bahawa program di Kg Penderas, Kuala Krau tetap dijalankan atas arahan Dato Seri Anwar Ibrahim.  Pak Long hanya buat pandai sendiri, apa jenis pemimpinnya dia ni!!!

Saya tidak berhajat nak jumpa muka Pak Long ni lagi.  Maka saya melepaskan jawatan saya sebagai Naib Pengerusi 1, PKR Negeri Pahang.  Ada orang kata bahawa kalau dipujuk saya akan sertai kembali ke jawatan itu.  Merajuk saya bukan sebarang merajuk ia berteraskan prinsip, jangan saya ditipu.

Dan saya berikrar untuk melepaskan jawatan saya diperingkat Pusat jika benar Pusat yang membatalkan lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Penderas.  Saya sangat faham kerenah Orang Asal.  Jika mereka sudah dijanjikan (lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim) dan janji itu diengkari (seperti Jadual Lawatan yang dibuat oleh Pak Long), mereka tidak akan sokong lagi PKR, dan bagi DUN Jenderak, tanpa sokongan daripada Orang Asal, PKR boleh lupakan saja hasrat meletakkan calon di DUN Jenderak, undi Orang Asal adalah besar di sini.

Tetapi oleh kerana pembatalan Jadual di Kg Penderas itu bukan datang dari Pusat, tetapi dari Pak Long seorang sahaja dengan disokong oleh kroni-kroninya di Temerloh, maka perletakan jawatan saya di PKR Pusat tidaklah berlaku.

Peringkat awalnya, saya juga mahu letakkan jawatan saya sebagai Ketua PKR Cabang Kuala Krau, tetapi tanpa pengetahuan saya, AJK PKR Cabang Kuala Krau telah mengadakan perjumpaan tergempar dan meluluskan usul bahawa jika saya meletakkan jawatan, keseluruhan JK PKR Cabang juga akan meletakkan jawatan, malah ada yang mahu terus keluar dari parti.

Saya tidak sanggup melihat perkara ini berlaku, kita sudah hampir 5 tahun membina kekuatan PKR Cabang Kuala Krau, dan akan lenyap semata-mata jika saya meletakkan jawatan.  Maka perletakan jawatan saya di Kuala Krau terpaksalah saya tangguhkan dulu.

Saya memang tidak dapat mengatasi kelemahan saya ini, emosi saya mengatasi pemikiran yang tenang, apabila berhadapan dengan keadaan tikam dari belakang.  Ada kawan-kawan pinta saya ubah dari mengalah kepada melawan.  Entahlah, sikap itu sudah tersemai dari kecil!!!

Sungai Pahang airnya deras....

Posted: 12 Nov 2012 03:16 PM PST

Tergerak juga saya menuliskan pantun untuk saya bacakan di Malam Bacaan Puisi Rakyat malam ini, 13.11.12 di Bandar Lama Lanchang.  Lintang pukang juga pantun yang saya tulis, almaklumlah saya bukan orang seni, hanya hati sahaja meronta-ronta nak zahirkan karya seni.

Sungai Pahang Airnya Deras...

Sungai Pahang airnya deras
Sungguh deras libang libu
orang Pahang hatinya keras
sungguh keras senang ditipu

Dari Raub ke Kuala Lipis
Singgah di Benta mencari arah
Orang Pahang telinganya nipis
mudah tersentuh bila difitnah

Sungai Jelai bersimpang siuh
Mari berlabuh di Batu Talam
Anak Pahang jangan tersentuh
hatinya putih jiwanya hitam

Mari ke Jerantut mencari bijih
bijih dilombong ditepi sawah
hatinya putih jiwanya bersih
rohnya hitam penghalau penjajah

Belatuk di sawah Pipit di ladang
Pokok Berangan di tepi telaga
Tok Gajah perkasa hidup berjuang
Bahaman terbilang pesaka negara.

Sungai Tahan airnya keruh
Berehat sebentar di Kampong Sanggang
Jangan permudahkan Melayu Temerloh
Hidup berbangsa mati berjuang

Sarungan keris biar berhulu
Jangan disimpan diatas para
perjuangan Melayu dari dahulu
Laungan keramat hidup Merdeka

Semangat tani mengasak jiwa
berjuang tegas bukan kepalang
Mara API meluap di dada
Lubok Kawah kampong terbilang

Menuai padi diatas batas
Batas ditanam betik dan tebu
Anak Semantan hatinya keras
Asas perjuangan jangan ditipu.

Sg Pahang airnya deras
Sungguh deras libang libu
Orang Pahang hatinya keras
Sungguh keras lagi bersatu.

Sg Pahang airnya deras
Sungguh deras libang libu
Anak Pahang bekerja keras
Tidak lagi mudah ditipu.


haji suhaimi said,
baitul fath, kg batu 4, Jalan Maran,
Temerloh, Pahang

13.11.12

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 12 Nov 2012 11:05 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Happy Deepavali

Posted: 12 Nov 2012 07:15 AM PST

I would like to take this opportunity to wish everyone, Deepavali Valtukal, Happy Deepavali.

As we light up our homes in celebrating the festival of lights, may we also light up the fire in our spirits.

Let this fire in our spirits continue to guide us in our struggle for truth and justice for all. Indeed the true meaning of this festival is a celebration of the triumph of good over evil.

May it brighten the lives of all Malaysians this Deepavali and beyond as we wait for the coming general elections.

As we enjoy the festivities of Deepavali, we must not forget our responsibilities to our future generation. Let us have the courage to bring CHANGE to Malaysia.

May each of us be that spark that will set the fire going: lighting up this Festival of Lights and a brighter future for Malaysia.

On behalf of my wife, Anne and myself, I wish you all a Happy and blessed Deepavali. I pray also for journey mercies for all those travelling during this period.

Thank you.

Anwar Ibrahim

Posted: 12 Nov 2012 07:13 PM PST

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang & Kedah 15 November 2012 Bersamaan 1 Muharram 1434 (Khamis)

Posted: 12 Nov 2012 08:01 AM PST

15 November 2012 Bersamaan 1 Muharram 1434 (Khamis)

1) 8.30 pagi – Wacana Buku Islam & Melayu

Lokasi : Komplek Tabung Haji, Bayan Lepas
Ahli Panel:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dato' Dr Siddiq Fadzil

iii. YBhg Prof Datuk Dr Mohammad Redwan Othman

iv. YBhg Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin

2) 6.00 ptg – Perjumpaan Dengan JPRN di Yayasan Aman

3) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya

4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P- Sungai Petani, Kedah)

Lokasi: Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Dato' Johari Abdul

iv. YB Tan Choo Kang

5) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (DUN – Sungai Aceh, Nibong Tebal)

Lokasi: Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Dato' Dr Mansor Othman

iv. YB Tan Beng Huat

Keluarga Kami Sudah Lali Difitnah – Wan Azizah

Posted: 12 Nov 2012 04:55 AM PST

KeadilanDaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sudah lali dengan tuduhan dan serangan yang dilakukan terhadap keluarga, terutama suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru, ke atas anaknya.

Ini kerana katanya, serangan tersebut tidak berhenti, sejak dari dulu hingga sekarang dan hanya berserah kepada Allah S.W.T supaya diberi kekuatan.

"Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini.

"Kami cuma boleh minta bantuan Allah dan minta kami boleh atasinya," kata Wan Azizah dipetik Sinar Harian.

Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa serangan terbaru Umno BN apabila difitnah berhubung kenyataan beliau pada sebuah forum awal bulan ini.

Utusan Malaysia pada muka depannya minggu lalu memanipulasi kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab'.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa, kenyataan Izzah tentang kebebasan beragama disifatkan beliau sebagai mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu melampau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sebarang laporan perlu diteliti dan diperjelas 100 peratus sebelum menyatakan pandangan, apatah lagi ia dilapor Utusan.

Pandangan Hadi disokong Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin yang menjelaskan, semakin dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman media Umno semakin rendah.

Senada dalam isu ini, juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat sebagai platform untuk menyerang Pakatan Rakyat.

[VIDEO] Ceramah Perdana Slim River Perak 06/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:18 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kuantan, Pahang 02/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:16 AM PST

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat, Kuala Krau, Pahang 02/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:13 AM PST

[VIDEO]Jelajah Merdeka Rakyat Bdr Tun Razak, Kuala Lumpur 08/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:05 AM PST


[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat Kerteh, Terengganu 09/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:02 AM PST

[VIDEO] Jelajah MerdekaRakyat Syah Bandar, Kuala Terengganu, Terengganu 09/11/2012

Posted: 12 Nov 2012 04:00 AM PST


Wee Choo Keong

Posted: 12 Nov 2012 03:32 PM PST

Wee Choo Keong


Happy Deepavali to all Hindus

Posted: 12 Nov 2012 08:43 AM PST

Deepavali is a festival of lights symbolising joy and peace on earth. Yours truly hopes that this festival of lights will bring all Malaysians of all races together and bind us in the spirit of harmony and uniting us under 1Malaysia. Yours truly would like to take this opportunity to wish all Hindus a Happy [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 12 Nov 2012 02:08 PM PST

BULETIN RAKYAT


selamat menyambut hari deepavali

Posted: 12 Nov 2012 04:52 AM PST

selamat menyambut hari deepavali kpd semua hindus...

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 12 Nov 2012 11:10 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PKR kesal Umno guna kem tentera

Posted: 11 Nov 2012 07:49 PM PST

dipetik daripada FMT

Pihak tentera sepatutnya bersikap berkecuali dan 'apolitical' serta tidak membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.
SEREMBAN: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan 'apolitical' membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.
Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).
"Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.
"Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi.
"Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.
"Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.
"Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis.
Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.
"Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin.

Umno BN jahat fitnah Izzah seolah-olah suruh Melayu murtad – Anwar

Posted: 11 Nov 2012 07:40 PM PST


KUALA LUMPUR 12 Oktober: Umno BN berperangai jahat memfitnah Nurul Izzah Anwar kononnya Naib Presiden KEADILAN itu suruh orang Melayu murtad, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN berkata, anak sulungnya itu dinafi untuk pertahan tohmahan Umno BN menerusi media kawalannya dan agensi kerajaan dalam isu agama.
"Kita jangan hairan siapa yang kuasai media? Umno…siapa yang buat fitnah? Umno…Dia akan pertahankan. Kita nak jawab lima minit pun tak boleh, mana boleh guna jabatan agama, (dia) terus hukum.
"Perangai Umno nak lawan tak boleh…yang (mereka) mampu hanya fitnah, seolah-olah Nurul Izzah suruh orang Melayu murtad. Tapi nak heran apa yang AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) itu kita bantah di Parlimen. Pagi tadi Chua Soi Lek buat kenyataan dia syak sebenar AES ini Anwar Ibrahim pun ada bertanggungjawab, pulak dah…," katanya disambut
gelak tawa hadirin.
"Walbahlulam waltololam, maknanya Umno dan sahabat-sahabat MCA ini sampai macam tu sekali. Seingat saya, aku dah tinggal menteri 15 tahun dah..dan Umno anggap saya musuh utama, tapi saya boleh buat AES ni," katanya sambil disampuk hadirin mengatakan BN nyanyuk.
"Bukan nyanyuk, (tapi) jahat, nyanyuk kita tak boleh marah tapi jahat kita boleh marah," sambut Anwar lagi pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Gelugor, Kerteh, Jumaat lalu.
Beliau memetik pesanan Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi dalam buku tulisannya berjudul 'Khaulah Sha'ab'.
"Sheikh Qaradawi pesan dalam buku terbarunya, apa makna kemerdekaan di Mesir, dunia Islam di Malaysia atau Indonesia, negara merdeka tapi wang negara dibolot oleh pimpinan, suara rakyat tidak didengar, pimpinan controlsemua, wang dia control, tanah dia control, kemudian fitnah dia boleh buat dan tidak ada jawapan (penjelasan) bagi dia.
"Sebab itu Syeikh Qaradawi pesan kepada umat Islam terutamanya, kalau kamu bicara soal Islam, kalau betul istiqad kamu, kalau istiqamah dalam perjuangan, maka Islam mesti mendorong kepada pertama hurriyah (kebebasan), mesti angkat supaya rakyat merasa bebas dan rakyat tentukan masa depannya dengan izin Allah.
"Kedua…walizzah, kekuatan yang dibina, kerajaan yang dilantik oleh rakyat sepatutnya bina kekuatan rakyat, kekuatan politik, kekuatan ekonomi. Ini politik apa tiada kebebasan, media dia control, ini ekonomi apa?" soalnya.
"Ini masalah kita…Terengganu di antara negeri paling kaya kerana hasil minyak, (tetapi) minyak dikuasai, Sabah negeri terkaya termasuk Sarawak, tetapi rakyat miskin kerana pendekatan yang diguna oleh pimpinan Umno BN," kata Anwar.

300,000 tiada IC mahu demo depan JPN 5 Disember

Posted: 11 Nov 2012 07:39 PM PST


Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.
"Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi.
"Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan 'Duduk Bantah' ini," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.
"Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini," tegasnya.
Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu.

Dari Meja SU MPN: Selamat Hari Deepavali 2012

Posted: 11 Nov 2012 07:34 PM PST

Diwali 2012 Messages - Deepavali 2012 Wishes

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Kesibukan dengan beberapa program dan tugasan penting parti menyebabkan masa untuk menulis dari perspektif SU MPN tergendala.

Saya mewakili Pengerusi dan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua masyarakat India khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga sambutan kali ini memberi makna dan kesejahteraan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan