Jumaat, 2 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 02 Nov 2012 03:06 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Kenapa kami tolak dan mahu nama pondok kami dikeluarkan dari Yayasan Pondok 1Msia?

Posted: 01 Nov 2012 09:50 AM PDT

Suara Sri Andalas

Posted: 01 Nov 2012 11:17 PM PDT

Suara Sri Andalas


An End to Flood Woes in Sight

Posted: 01 Nov 2012 02:30 AM PDT

PETALING JAYA: When it pours, it's trouble for the residents of Bandar Puteri Klang. The water is knee-deep, their furniture gets destroyed and unwanted creatures come out of the drains.

And to end this 10-year flooding problem, developer IOI Corporation, Klang Municipal Council, Kota Raja MP Dr Siti Mariah Mahmud, the Drainage and Irrigation Department (DID) and representatives of the residents had a brainstorming session yesterday.

The developer was asked to deepen the two retention ponds in the area as a short-term measure.
Siti Mariah said the second measure was for all the drains to be cleaned within a week's time. Also, all bulk rubbish is to be disposed off by this week.

"The Klang Municipal Council (MPK) had asked for Sungai Aur, which is between Bandar Puteri Klang and Taman Sentosa, to be upgraded. The project has been approved and will commence in one or two weeks' time," she said.

A new retention pond was proposed to be built at the Botany Park in Klang. The drawings for the project are completed and have been submitted to be approved by the DID.

Siti Mariah said Bandar Puteri Klang's infrastructure should be studied once more as the township was built on peat soil which has different properties from normal soil.

"The Housing and Local Government Ministry was asked to draw up a guideline on peat soil as the guidelines for normal soil are unsuitable.

"We hope for the cooperation from all parties involved and discussion should be done prior to the commencement of a particular project. DID and the ministry should work hand in hand in all future projects," she added.

Source: FreeMalaysiaToday

JPP Perlu Selenggara Projek Baiki Parit Elak Banjir Di Kg Johan Setia

Posted: 01 Nov 2012 02:15 AM PDT

SHAH ALAM ,1 NOV : Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) digesa memperbaiki kerja-kerja membaiki parit yang menjadi punca banjir yang kerap berlaku di Kampung Johan Setia dan Kampung SC.

Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, beberapa aduan dan peringatan sudah dibuat kepada pihak JPP yang berada di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masih belum mengadakan tindakan susulan kerja-kerja menutup sebahagian parit.

Ujarnya, ia menjadi punca aliran air tersekat daripada mengalir laju yang menyebabkan dua kali banjir berlaku dalam tempoh masa sebulan.

Shuhaimi yang dihubungi berkata, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga disarankan agar memantau kerja-kerja pembersihan saliran air dengan baik dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

"Ada beberapa punca banjir yang sudah dikenalpasti iaitu di Sungai Aur dan saya ingin menegur pihak JPS walaupun beberapa aduan sudah dibuat ada beberapa tempat tidak diselenggara sehingga menyebabkan rumput terlalu tebal dibeberapa kawasan.

"Ia menjadi penyumbang kepada berlakunya banjir yang menyebabkan air lambat untuk surut," katanya.

Ujar Shuhaimi, hujan lebih dua jam semalam menyebabkan tujuh kawasan ditenggelami air iaitu di Kampung Johan Setia, Kampung SC, Kampung Bukit Naga, Kampung Bukit Puteri, Kampung Baru 1, Kampung Baru 2 dan Kampung Seri Gambut.

Katanya, tiada penduduk yang dipindahkan walaupun diarahkan berbuat demikian.

Beliau berkata, air surut dengan agak laju kerana pihak JPS Negeri dan JPS Klang mengepam air di Kampung Johan Setia untuk memasuki sungai terdekat dan ia membantu mempercepatkan air banjir surut.

"Semalam kita bekerja sehingga jam 3 pagi, dan mengorek kawasan yang menjadi punca banjir.

"Kita akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terbabit dalam hal banjir ini dalam masa terdekat.

"Dan kini kita sedang menjalankan tinjauan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak JPS mengenalpasti punca banjir dan mencari jalan penyelesaian," katanya.

Sumber: selangorku

Khalid Ibrahim: Rakyat Boleh Memilih, Tak Payah Takut-Takutkan Rakyat

Posted: 01 Nov 2012 02:00 AM PDT


Anwar Ibrahim

Posted: 01 Nov 2012 07:20 PM PDT

Anwar Ibrahim


Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang

Posted: 01 Nov 2012 10:45 AM PDT

4 November 2012 (Ahad)

1) 12.00 tghari – Jamuan Rakyat – Bandar Lancang (P- Temerloh)

2) 3.00 ptg – Minum Petang – Pejabat Keadilan, Pekan Krau (P- Kuala Krau)

3) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib (P – Kuantan)

Lokasi: Surau Taman Medan Warisan, Kuantan

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 (P- Indera Mahkota)

Lokasi: Pelangi Resort, Pantai Balok, Kuantan

5) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat (P- Paya Besar / Pekan)

Lokasi: Batu 11, Taman Mahkota Aman, Kuantan

6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Fauziah Salleh

iv. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

v. YBhg Suhaimi Said

vi. YBhg Dr Hamzah Jaafar

vii. YBhg Nizam Abdul Hamid

Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta

Posted: 01 Nov 2012 12:32 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

1 NOVEMBER 2012

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato' Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato' Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

(Sila rujuk Lampiran A)

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato' Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato' Seri Nazri Aziz:

1.      Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato' Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato' Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

2.      Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence

Lampiran C menunjukkan 4 gambar.

Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.

Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.

Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

3.      Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776

Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai "daddy").

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato' Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato' Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato' Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato' Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato' Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

1 NOVEMBER 2012

Klik Link untuk lihat gambar : http://rafiziramli.com/2012/11/bukti-hubungan-dato-seri-nazri-aziz-dan-michael-chia-conflict-of-interest-dalam-penyiasatan-tuduhan-rasuah-rm40-juta/

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 01 Nov 2012 11:06 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Sekitar Laporan Polis oleh Rafizi Ramli Ke atas MB NS tentang pencerobohan hutan simpan kekal

Posted: 01 Nov 2012 04:15 AM PDT












AES celaru, kerajaan didesak batal semua saman

Posted: 31 Oct 2012 11:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 31 Oktober: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluar sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ," jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.
"Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, pengguna jalan raya yang disaman mungkin hanya akan dikenakan denda RM50 atau dibebaskan dengan amaran jika pergi ke mahkamah, oleh itu mereka tidak perlu membayar kompaun sehingga RM300.
"Kita pergi ke mahkamah ramai-ramai dan kami akan sediakan peguam. Tapi kalau nak kayakan kerajaan dan kroni, bolehlah pergi bayar," sinisnya.
Semalam, Pemuda Umno turut mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem itu sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Isnin lalu, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

Anak Nazri Aziz guna kereta mewah milik Michael Chia

Posted: 31 Oct 2012 10:40 PM PDT


KUALA LUMPUR 1 November: Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
Dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen hari ini, Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.
"Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
"Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan ia milik Michael Chia atau Chia 0tien Woh (670406-12-5261)," jelas Rafizi.
Menurut Rafizi, berdasarkan pemantauan, kereta tersebut kebiasaannya dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim di antara kediaman beliau di Clearwater Residence, dan kedai miliknya di Bangsar Shopping Complex.
Rafizi turut menunjukkan beberapa gambar bukti.

(Laporan menyusul)

Perhimpunan NS, Pakatan sasar 50,000 penyokong

Posted: 31 Oct 2012 09:58 PM PDT

Dipetik dari Malaysiakini

Pakatan Rakyat akan mengadakan perhimpunan mega di Seremban Sabtu ini, dan berharap untuk mengumpul 50,000 penyokong dalam siri pertama jelajah ke seluruh negara.


Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke menolak kenyataan Ketua Polis Serembah, Saiful Azly Kamaruddin bahawa permit tidak akan dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.



"Soalan permit tidak timbul kerana tidak ada permit untuk perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, saya tak fikir beliau (Saiful) tahu apa yang beliau cakapkan," kata Loke ketika dihubungi semalam.



Saiful dilaporkan berkata polis tidak akan memberi permit untuk perhimpunan itu kerana penganjur telah gagal untuk melengkapkan borang permohonan sebelum tarikh akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan