Sabtu, 1 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 31 Aug 2012 07:38 PM PDT

Anwar Ibrahim


Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Posted: 31 Aug 2012 04:17 PM PDT

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Sekarang Masa Untuk Kembali Tuntut Kemerdekaan

Posted: 31 Aug 2012 12:32 PM PDT

KeadilanDaily

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat pejuang kemerdekaan adalah untuk memberikan kebebasan kepada rakyat sepertimana terkandung dalam perisyhtiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Sebab itu disebut oleh Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy – 'Di bawah robohan Melaka, kita dirikan jiwa merdeka. Tapi, sampai hari ini rakyat seperti tidak merdeka.

"Ketika sebelum mencapai kemerdekaan, penjajah menjarah kekayaan negara untuk dibawa pulang ke tanah jajahan. Hari ini, aset negara diagih-agihkan sesama kroni Umno-BN untuk menimbun kekayaan.

"Apa dia janji yang diucap Bapa Kemerdekaan pada malam 31 Ogos 1957? Untuk menjamin kebebasan. Untuk menjaga hubungan rakyat antara kaum. Hal yang ini pun belum tercapai

"Zaman Inggeris ada akhbar, bebas kritik penjajah. Zaman Umno, tak bebas, tak boleh kritik.

"Sekarang adalah masa untuk kita tuntut kembali kebebasan itu," kata Anwar di hadapan 300 hadirin pada jamuan hari raya Keadilan Bentong di Taman Meranti, hari ini.

Tambahnya, paling kritikal ketika ini adalah ketidaksamaan ekonomi, dengan jurang pendapatan golongan kaya-miskin semakin melebar.

"Semua kena hutang. Orang miskin dipaksa bayar. Tapi, bila Menteri hutang tak mengapa. Ini tak betul.

"Tidak boleh ada anak Melayu, anak Cina atau anak India yang nak masuk belajar, tapi sampai berhutang, kena pinjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara).

"Sebab itu Pakatan Rakyat mahu bawa perubahan, mahu beri penerangan," kata Anwar, merujuk jelajah 'Merdeka Rakyat' yang dilakukan Keadilan.

Jelajah Merdeka Rakyat Dilancar

Posted: 30 Aug 2012 11:04 PM PDT

KeadilanDaily

Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah 'Merdeka Rakyat'.

"Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini  untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar," katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

"Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik," kata Anwar.

Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang AsalN Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah 'Merdeka Rakyat'

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah 'Merdeka Rakyat'

Jelajah 'Merdeka Rakyat' akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 31 Aug 2012 11:14 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum

Posted: 31 Aug 2012 03:23 AM PDT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan