Menjelang PRU 13 PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini mengadakan sesi taklimat bersama parti-parti politik - sebahagian daripada persiapan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan dipanggil selepas sambutan Aidilfitri.

Sesi taklimat ini, pertama kali diadakan dengan menggabungkan semua parti politik di Semenanjung.

Ia sedang berlangsung di ibu pejabat SPR di sini.

Tujuannya bagi menjelaskan semua isu yang berkaitan, termasuk proses perjalanan pilihan raya - bermula dari penamaan calon sehingga hari mengundi termasuk undi pos.

Sesi taklimat diketuai Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.