Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 18 Jul 2012 09:40 AM PDT Wakil Rakyat Umno sendiri turunkan bendera PAS? Posted: 18 Jul 2012 01:28 AM PDT Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato' Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.
Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.
| Apa sudah jadi dengan anggota polis kita? Adakah mereka terlalu stres, sakit mental? Posted: 18 Jul 2012 01:27 AM PDT Pegawai Polis Maut Terjun Daripada Menara Telekomunikasi Rabu Julai 18, 2012 MYT 1:48:00 PM
SEPANG: Seorang pegawai polis membunuh diri dengan terjun daripada menara telekomunikasi berhampiran ibu pejabat polis daerah Sepang di sini, Rabu.
Pegawai polis yang berasal daripada Sabah itu dipercayai memanjat menara setinggi 60 kaki (18 meter) pada pukul 10.15 pagi sebelum terjun ke bawah 15 minit kemudian.
Bagaimana motif kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.
"Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam." – Berita Harian
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU Berita Harian 27 Sep 2011
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.
Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
| Bendera Pas, PKR disabotaj Posted: 18 Jul 2012 12:23 AM PDT 18 Julai 2012
REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.
Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan.
Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam.
"Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang. "Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan.
"Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan.
"Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.
Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal.
"Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. "Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang mengenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti.
Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali mengambilnya. "Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan.
"Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin meningkat," katanya.
| Amuk lagi, kali ni Inspektor Polis pula yang mengamuk Posted: 17 Jul 2012 06:02 PM PDT Akhbar The Star 18 Julai 2012 melaporkan seorang Inspektor Polis telah mengamuk, mencederakan dua orang pekerja hotel dan merosakkan beberapa buah kenderaan di Seremban 2. Kedua-dua pekerja hotel tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan parah. Kita tunggu komen Menteri dan Ketua Polis dalam kes ini.
Police inspector runs amok and injures hotel staff July 18, 2012
SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here, injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2.
It is learnt that the officer, who is attached to the Commercial Crime Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a room before running amok hours later.
Sources revealed that during the incident early yesterday, the officer had attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over the use of the weapon.
He then dashed outside and damaged several parked cars.
"Two hotel employees have been admitted to hospital with severe injuries," said the sources.
It is also learnt that authorities are checking to see how the officer had got his hands on the weapon which belonged to another policeman.
The officer, who had returned his own gun to the station early this month, was believed to be under the influence of drugs.
************************
"Anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam." – Berita Harian
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU Berita Harian 27 Sep 2011
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.
Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.
Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).
Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.
Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.
Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.
Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.
Sumber : | Duit kerajaan tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4 Posted: 17 Jul 2012 06:01 PM PDT 17 Jul 2012 - SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.
Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.
Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.
Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.
Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.
"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.
"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu.
| Lagi kejadian samun di tempat letak kereta Posted: 17 Jul 2012 06:00 PM PDT Harian Metro 18 Julai 2012 Penyamun tumbuk muka
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas menerima 10 jahitan di bibir akibat ditinju seorang penyamun yang cuba merampas beg galasnya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang juga peniaga berusia 69 tahun, berjalan bersama isterinya berusia 50-an menuju ke kereta mereka apabila dihampiri seorang lelaki dari belakang.
Lelaki itu cuba merampas beg galas mangsa, namun gagal kerana mangsa memegang kuat beg berkenaan menyebabkan suspek berang lalu menumbuk muka mangsa bertubi-tubi sehingga mulutnya berdarah.
Melihat suami cedera teruk, isterinya menjerit meminta tolong menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil beg atau barangan berharga mangsa.
Kejadian berkenaan mendapat perhatian segelintir pengunjung pusat beli-belah itu akibat kekecohan di tempat letak kereta selain tompokan darah mangsa yang banyak di atas lantai.
Beberapa pengunjung turut merakam kejadian berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit dan memuat turun gambar mangsa yang cedera bersama tompokan darah di lantai ke facebook sehingga mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna laman sosial itu, pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.09 malam dan sepasukan polis tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian.
"Mangsa cedera di bibir akibat ditumbuk suspek iaitu seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan. Namun, beg miliknya gagal dilarikan lelaki itu.
"Polis membawa mangsa ke hospital untuk rawatan dan dia dia membuat laporan polis jam 11 pagi tadi (semalam)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, semalam.
Menurutnya, polis kini berusaha mengesan suspek selain merakam percakapan orang awam serta pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu.
"Tiada rakaman pergerakan suspek kerana tempat letak kereta itu belum dipasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi kami menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan," katanya.
Arjunaidi menafikan dakwaan di facebook mendakwa polis lambat tiba di tempat kejadian selain dakwaan seorang ahli facebook dia dimarahi anggota polis bertugas ketika menghubungi talian 999 untuk meminta bantuan.
"Kami meneliti dakwaan itu dengan mengambil rakaman perbualan antara anggota dan ahli facebook terbabit pada malam kejadian. "Mangsa memaklumkan polis tiba dan menghulurkan bantuan dengan cepat. Malah, mangsa turut menafikan dia yang memuat naik kisah kejadian itu itu di laman sosial berkenaan. Perkara itu mungkin dilakukan orang awam yang menyaksikan kejadian," katanya.
Sehubungan itu, Arjunaidi meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat tampil membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
| |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 18 Jul 2012 01:23 AM PDT Himpunan Hijau Jadikan Harapan Tawan Putrajaya Semakin Menjadi Kenyataan Posted: 18 Jul 2012 01:10 AM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Berdasarkan bilangan manusia yang membanjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor di Stadium Kuala Selangor hujung minggu lalu seolah-olah pusat pentadbiran negara sudah ditawan Pakatan Rakyat.
Penyertaan lebih 20,000 penyokong dan ahli PAS bersama para pemimpin Pakatan bagaikan cerminan peristiwa Dataran Tahrir di mana ratusan anak muda dan rakyat Mesir keluar untuk menggulingkan rejim zalim Presiden Hosni Mubarak.
Kalau di negeri-negeri lain hanya penyokong dan pemimpin PAS sahaja yang hadir tetapi berbeza dengan lanskap penyertaan rakyat yang mewarnai Stadium Kuala Selangor ini.
Kehadiran para pemimpin selain dari PAS seperti Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan bekas menteri Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil memberi satu identiti nasional kepada suatu perjuangan melibatkan rakyat dari semua peringkat umur dan warna kulit.
Para pemimpin PAS yang hadir ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.
Dan tidak ketinggalan turut hadir ialah Sheikh Ismail Abdul Hamid dari Ikwanul Muslimin yang mewakili Presiden Mesir Dr Mohamad Morsi.
Sambutan yang diberikan terhadap perhimpunan ini seolah-olah menggambarkan Putrajaya sudah ditawan atau sekurang-kurangnya memberi harapan dan keyakinan bahawa perjalanan ke Putrajaya sudah semakin dekat dan hampir pasti menjadi kenyataan.
Keghairahan penyokong dan pemimpin yang hadir dapat disimpulkan daripada kata-kata Mohamad Sabu di akhir ucapannya.
Beliau berkata jika pilihan raya umum kali ini tidak dijalankan secara bersih dan adil maka "kita akan bawa Dataran Tahrir ke Malaysia," sambil mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.
Kadir yang sudah bergelumang dalam parti Umno selama 56 tahun mengungkapkan kata-kata yang tidak diduga, "saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.
Sheikh Ismail ketika berucap berkata, sekiranya beliau adalah rakyat Malaysia sudah pasti beliau akan menjadi ahli PAS, sambil menyifatkan kehadiran malam tadi sebagai sesuatu yang beliau tidak duga.
Melayu yang jahat
Terdahulu, Mohamad Sabu hadir pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Presiden PAS bersama ahli Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) di Dewa MBSA, Paya Jaras Kawasan Subang.
Dalam ucapannya beliau berkata, Rasulullah saw melarang para pengikutnya (umat Islam) bercakap atau berjuang atas dasar perkauman atau asobiyyah.
"Melayu yang jahat kita mesti lawan. Umno yang menyokong puak-puaknya yang zalim dan melakukan rasuah serta kejahatan, kita mesti lawan.
"Apabila rumah (Pengerusi Bersama Bersih) Dato' S Ambiga kena 'serang' dengan mendirikan gerai daging burger dan senaman punggung, orang-orang PASlah yang mengawal rumah dan menjaga keselamatannya," ujar beliau, sambil disorak oleh para hadirin.
Pada akhir majlis, Mat Sabu menyampaikan bantuan berupa barangan makanan keperluan harian kepada golongan miskin daripada masyarakat India dan Cina yang bermastautin di sekitar Paya Jaras. -FMT | 173 biri-biri mati disambar petir Posted: 18 Jul 2012 01:03 AM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
ULAN BATOR - Sebanyak 173 biri-biri ditemui mati, semalam akibat disambar petir di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia.
Menurut Alten Bagen, 18, kejadian yang mengorbankan ternakan keluarganya itu seperti satu mimpi buruk.
"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.
Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.
Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.
Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.
"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.
Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.
Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.
"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"
Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.
sinar harian/- | Kemarau terburuk di AS Posted: 18 Jul 2012 01:00 AM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
SEEKOR lembu meragut rumput di kawasan yang kering di Hays, Kansas pada 6 Julai lalu.- Agensi
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 56 tahun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) kelmarin.
Menurut agensi itu, kira-kira 55 peratus wilayah di AS mengalami kemarau pada bulan lalu.
Pada tahun 1956, kemarau melanda 58 peratus daripada wilayah AS.
Cuaca panas dan kering akan berterusan dalam tempoh dua minggu lagi.
Ia akan menyebabkan tanaman jagung dan kacang soya di tengah AS terjejas.
Seorang ahli meteorologi untuk agensi cuaca MDA EarthSat, Don Keeney berkata, cuaca kering akan berterusan di Illinois, Iowa, Kansas, Nebraska, Minnesota, Dakota dan selatan Wisconsin. - Agensi | Buka Hijab Melihat Jin (Makhluk Halus) Posted: 18 Jul 2012 12:55 AM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
"Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-A'raf Ayat: 27)
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, "kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal."
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi' yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie," Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi."
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginda sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
"Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, " Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku."
Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :
1. Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh menaguasai jin.
2. Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).
3. Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan." (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya.
Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia | 173 biri-biri mati disambar petir Posted: 18 Jul 2012 12:49 AM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa akan membawa kes samannya terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad ke Mahkamah Rayuan.
Peguamnya, Hisham Fauzi berkata, beliau sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan kes tersebut di Mahkamah Rayuan.
"Datuk Husam sekarang berada di luar negara, pengurusan kes tersebut di mahkamah lebih tinggi akan dibuat sekembalinya dari luar negara nanti," katanya di sini.
Semalam Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah difailkan Husam terhadap blogger terbabit yang dikaitkan dengan blog ruangbicarafaisal (rbf).
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak dengan kos kerana plaintif gagal membuktikan Mohd Faisal merupakan pemilik blog ruangbicarafaisal.blogspot.com. Peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal.
Blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana yang didakwa berunsur fitnah terhadap Husam bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."
Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.
Ekoran itu plaintif mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi sebanyak RM500,000.
harakahdaily/- | Jika menang, Pakatan umum segera tarikh PRU14 Posted: 17 Jul 2012 10:55 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Pakatan Rakyat (PR) Insya Allah akan menetapkan terus tarikh pilihan raya umum ke 14 jika menang dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, walau pun pimpinan belum lagi membuat keputusan muktamad, namun jika PR menjadi kerajaan (mentadbir negara Malaysia), antara benda yang diberi perhatian utama ialah menetapkan tarikh pilihan raya umum selepas itu.
"Jika PR menang sebagai sebuah kerajaan di peringkat persekutuan dan peringkat negeri, insya Allah PR akan mengisytiharkan segera tarikh pilihan raya umum berikutnya.
"Kerajaan PR gentleman dan kita menjadi satu kerajaan yang berperlembagaan, constitutional government," kata Takiyudin yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini petang semalam.
Mengulas lanjut, beliau mendakwa dalam tempoh pemerintahan PR nanti, insya Allah, akan diisytiharkan tempoh tarikh pilihan raya umum seterusnya.
"Maknanya, dalam tempoh itu sama ada akhir lima tahun atau empat tahun atau empat tahun setengah sekurang-kurangnya, kita boleh beri tempoh.
"Misalnya, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh enam bulan sebelum berakhir penggal atau sebagainya.
"Bagaimana pun tarikh pilihan raya itu sendiri mesti diisytiharkan awal.
"Ini penting kerana ia memberi keselesaan kepada pelanggan (parti) politik, pengamal demokrasi serta pegawai kerajaan sendiri boleh mengurus dengan selesa kerja-kerja pilihan raya," jelasnya.
Takiyuddin melahirkan rasa cukup anih, cukup pelik bagi Malaysia sebagai sebuah negara, yang sentiasa merahsiakan tarikh pilihan raya umum.
"Keadaan ini tidak seperti diamalkan negara lain termasuk Indonesia, Thailand atau negara Barat.
"Di negara itu, selepas saja-satu pilihan raya umum, next election mereka sudah pun tahu.
"Inilah yang menjadi satu bantahan PR terhadap sikap pihak berkenaan," ujarnya.
harakahdaily/- | Umno-BN Tipu Rakyat Seperti Tipu Budak Darjah Tiga, Kata Cikgu Lau Posted: 17 Jul 2012 10:46 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Setiu – Bekas Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan, Cikgu Lau Chin Chua dukacita apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) kini, menggunakan fitnah, tipu muslihat dan memperbodoh kan rakyat demi mahu mengekalkan kuasa.
Katanya, kerana takut kalah dalam pilihanraya umum akan datang Umno-BN telah menipu rakyat dengan mengatakan DAP akan menguasai negara sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
"dia (Umno-BN) guna tipu muslihat dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia, dia kata orang Melayu akan teraniya dengan pemerintahan Pakatan Rakyat,
"dia kata apabila Pakatan rakyat menang, Perdana Menterinya (orang) Cina daripada DAP, (Umno-BN) tipu kita (rakyat) serupa tipu budak darjah tiga,"katanya.
Namun sebaliknya, rakyat sudah cerdik dan tidak mudah ditipu oleh Umno-BN kerana katanya, rakyat sudah ada banyak sumber berita media baru yang tidak terikat dengan media arus perdana.
Bekas guru besar yang juga bekas Pengerusi BN Bahagian Bachok itu berkata demikian ketka beliau berucap dalam majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Renek, Jabi dekat sini, pada Isnin 16 Julai.
Sebelum itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya keluar dari parti Gerakan pada 3 Januari lalu mendakwa Umno-BN sudah terpesong dari landasan perjuangan apabila pemimpinnya hanya mementingkan projek apabila memegang jawatan.
Katanya, jawatan menjadi 'passport' kepada pemimpin Umno-BN untuk menjadi jutawan segera dan hidup dengan kaya raya.
"Puak-puak ni sudah 'gelecoh rel' (keluar dari landasan) kerana orang Umno (BN) terlalu mementingkan projek, dia pegang jawatan dia nak projek, jawatan adalah sebagai 'passport' untuk menjadikan orag yang kaya raya,
"menyebabkan ambo (saya) tak boleh terima perjuangan puak-puak ni (Umno-BN) jadi ambo mari duduk dengan parti yang masih betul, sebab itu ambo mari tolong parti PAS,"jelasnya.
Beliau berkata, mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Umno-BN untuk memerintah negara selama 55 tahun, sudah tidak dianggap satu amanah dan tanggungjawab.
Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Exco kerajaan negeri Kelanta Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim -BO
| TV Hijrah didakwa pecahbelahkan Islam Posted: 17 Jul 2012 10:06 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Kepada: Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Assalamualaikum wr wb
Tuan,
Menyemai Perpecahan Dalam Kalangan Umat Islam
Saluran Televisyen Al Hijrah merupakan salah satu saluran yang mempunyai ramai bilangan penontonnya. Sikap, pemahaman, pandangan dan tindakan mereka yang menonton rancangan televisyen itu akan dipengaruhi apa yang mereka tonton. Oleh sebab itu, sebagai pengendali saluran Islam, anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan penelitian yang rapi dalam penyampaian mesej melalui saluran televisyen kepada penonton agar ia tidak melanggar ajaran al Quran yang menuntut kebaikan dan melarang kemungkaran.
Al Hijrah, dalam kenyataan misi dan visinya, telah berjanji untuk menjadi stesen penyiar dengan misi untuk mendidik, menghibur dan menyatukan umah melalui siaran yang berkualiti dan kreatif berdasarkan ajaran Islam yang sesuai dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Memandangkan misi yang suci ini, kami amat terkejut apabila mendapati bahawa TV Al Hijrah menyiarkan suatu diskusi panel di mana ahli panel yang dianggap sebagai sarjana Islam membuat tuduhan tidak berasas terhadap Syiah yang hanya akan menimbulkan perpecahan dan kebencian dalam kalangan umat Islam.
Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi, menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu... [Surah Al Imran 3:103].
Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran.
Pada Julai 2005, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh 24 ulamak kanan (termasuklah Sheikh Al Azhar, Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi), Raja Abdullah II dari Jordan telah menganjurkan satu persidangan Islam antarabangsa yang dihadiri oleh 200 sarjana Islam terkemuka dunia dari 50 negara yang telah mengeluarkan fatwa berikut:
• Sesiapa sahaja yang patuh kepada salah satu daripada empat Usuluddin Islam mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali), dua Usuluddin Islam mazhab Syiah (Ja'fari dan Zaydi), Usuluddin Islam mazhab Ibadi dan Usuluddin Islam mazhab Thahiri adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang itu sebagai murtad adalah mustahil dan tidak dibenarkan.
• Terdapat lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab Usuluddin Islam berbanding dengan perbezaan antara mereka. Pengikut lapan mazhab Usuluddin Islam ini bersepakat dalam perkara prinsip asas Islam.
• Semua percayakan Allah (Tuhan), dimuliakan dan ditinggikan, esa dan unik; al Quran itu suci dan wahyu yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah, dimuliakan serta tiada sebarang perubahan dan pindaan; dan Muhammad s.a.w adalah Rasul dan Nabi untuk semua manusia.
• Semua bersetuju mengenai lima rukun Islam: mengucap dua kalimah syahadah; solat; mengeluarkan zakat; berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Mekah. Semua bersepakat mengenai rukun Iman: percaya kepada Allah, Malaikat, Al Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar.
• Ketidaksepakatan antara ulama antara lapan mazhab Usuluddin Islam itu hanya pada cabang agama (furu) dan beberapa asas (usul) [agama Islam]. Ketidaksepakatan tentang cabang agama (furu) adalah satu rahmat. Lama dahulu dikatakan bahawa kepelbagaian pendapat dalam kalangan ulama adalah satu rahmat.
Fatwa itu diterima dengan sebulat suara di sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Mekah pada Disember 2005 dan oleh enam perhimpunan ulama Islam antarabangsa lain, kemuncaknya dengan Akademi Fekah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jeddah pada Julai 2006. Jumlahnya, lebih 500 ulama Islam terkemuka dari seluruh dunia menerima dengan sebulat suara fatwa dan Mesej Amman. [Kunjungi laman sesawang rasmi Mesej Amman (Amman Message) untuk senarai lengkap mereka yang menerima fatwa itu].
Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa, Islam dan Satu Ummah, dan mazhab Usuluddin Islam, menyeru supaya diketepikan ketidaksepakatan antara orang Islam, menghormati antara satu sama lain, menguatkan hubungan persaudaraan dan tidak membenarkan perpecahan dan campurtangan luar.
Ia menasihatkan pengajaran fekah berkaitan perpaduan Islam kepada pelajar sekolah menengah dan universiti. Ia menyarankan pihak berkuasa berkaitan di negara Islam mengambil langkah untuk mencegah percetakan, penyebaran dan pengedaran penerbitan yang menambahkan lagi perpecahan ummah.
Resolusi 152 juga menekankan jangan menyalahkan mana-mana lapan mazhab Usuluddin Islam kerana tindakan yang salah daripada pelampau seperti membunuh mereka yang tidak bersalah, menjatuhkan maruah dan merampas harta mereka. Terdapat elemen pelampau dalam kalangan Syiah dan Sunni yang di beberapa negara menggunakan kekerasan, malah kadangkala di dalam masjid sendiri.
Elemen seperti ini perlu didedahkan dan diasingkan kerana ia menyemai perpecahan dalam kalangan umat Islam dan memperburukkan lagi Islam. Dialog antara Syiah dan Sunni mestilah digalakkan dan disuburkan, dan sebarang perbincangan mengenai perbezaan mestilah dibincangkan dalam suasana persaudaraan.
Imam Khomeinie berpesan kepada golongan Syiah yang mengerjakan Haji agar tidak mengasingkan diri mereka daripada orang Islam yang lain.
Beliau menasihati jemaah Haji: "Rakyat Iran dan golongan Syiah dari negara lain dikehendaki untuk mengelakkan semua tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan sesama umat Islam. Mereka juga perlu menyertai perhimpunan Sunni dan mengelakkan menghadiri atau membentuk solat di rumah atau memasang pembesar suara untuk menentang mereka. Mereka mestilah mengelakkan daripada melutut di makam suci atau melakukan apa sahaja yang tidak selaras dengan undang-undang yang mulia."
Kita perlu menyedari bahawa konflik mazhab sebenarnya digalakkan oleh kuasa Barat yang mahu mengenakan hegemoni mereka ke atas umat Islam dan mengawal sumber di negara Islam. Pecah dan perintah telah menjadi dasar mereka sejak berakhirnya Perang Dunia Pertama. Mereka menipu pemerintah Arab supaya menyokong perang mereka terhadap Khilafah Usmaniyah dengan menjanjikan kemerdekaan bagi tanah Arab, tetapi selepas mengalahkan Turki, Britain dan Perancis membahagikan wilayah antara mereka dan menubuhkan Israel dan Arab Saudi.
Kita dapat melihat ulangan dasar yang sama di Iraq, Lebanon dan Pakistan. Kuasa penjajah berusaha untuk memecahkan negara ini melalui mazhab dan suku kaum; menghasut negara Arab 'Sederhana' menyertai Amerika Syarikat dan Israel bagi memusnahkan Hisbullah di Lebanon, Hamas di Palestin dan melakukan pertukaran rejim di Iran.
Amat dikesalkan sekali, beberapa ulama membenarkan diri mereka digunakan sebagai alat oleh penjajah dan pemerintah-pemerintah bagi mewujudkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Kita perlu memberi perhatian kepada amaran yang diberikan oleh Imam Khomeini lebih 25 tahun yang lalu: "Tangan kotor yang memburukkan perbezaan antara Syiah dan Sunni bukanlah terdiri daripada golongan Syiah dan Sunni.
Ia merupakan tangan penjajah yang merancang untuk membawa keluar negara Islam daripada tangan kita. Kuasa penjajah yang mahu merampas kekayaan kita melalui pelbagai skim dan konspirasi adalah mereka yang melahirkan rancangan untuk mewujudkan perpecahan di antara fahaman Syiah dan Sunni."
Kami merayu kepada anda agar memainkan peranan proaktif dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan memberikan publisiti yang meluas kepada Mesej Amman dan Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa.
Anda juga perlu menghasilkan program berhubung sejarah asal cabaran yang dihadapi oleh umat Islam terutama sekali Balkanisasi dan penjajahan Barat di Semenanjung Arab selepas Perang Dunia Pertama. Kami juga menyarankan supaya penerbit rancangan anda mengkaji The Unmaking of the Middle East oleh Jeremy Salt dan The Ethnic Cleasing of Palestine oleh Ilan Pappe dan menghasilkan rancangan berdasarkan karya itu.
Bersama ini saya sertakan dokumen untuk maklumat anda dan menyebarkannya kepada penerbit rancangan TV Al Hijrah:
1. The Amman Message
2. Resolution 152 of the International Islamic Fiqh Academy
3. Ahmed Deedat on Iran: A nation Reborn
4. Qaradawi and Shia-Sunni dialogue
Kami percaya bahawa anda akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap ulasan dan saranan dengan niat untuk menjadikan Al Hijrah sebagai saluran TV yang benar-benar Islam.
Jawapan awal daripada pihak tuan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Yang benar, S.M Mohamed Idris Pengerusi, Citizens International | Khutbah Jumaat di dua negeri Posted: 17 Jul 2012 10:00 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
DUA Jumaat lalu berturut saya mengembara. Maka saya solat Jumaat di negeri yang saya kunjungi itu.
Di Jumaat yang pertama sebagai biasa saya mengangkat tangan mengaminkan doa khutbah terhadap Raja negeri itu. Saya dapati orang di kiri kanan dan di depan tidak mengangkat tangan seperti saya.
Apabila khatib membaca doa untuk perkara lain baru mereka menadah tangan serentak suara amin dari semua.
Minggu kedua saya mengembara pula di sebuah negeri lain. Saya dapati sekalian jemaah mengaminkan doa khatib terhadap Raja, bahkan didoakan juga terhadap waris takhta dan pasangannya serta putera puteri Sultan serta cucu-cucu baginda.
Sebelum itu saya pernah mendengar ada pengembara yang singgah Jumaat di negeri yang pertama itu menyebut dia saja yang menadah tangan mengaminkan doa khatib terhadap Raja. Apabila lihat orang lain tidak mengangkat tangan, dia pun perlahan-lahan menjatuhkan tangannya.
Saya tanyakan hal itu dari orang negeri itu, jawabnya masjid jemaah tidak menadah tangan. Berani dia menyebutkan sebab orang berbuat demikian. Saya berhajat mendengarnya lebih lanjut.
Mendoakan ulil amri dalam khutbah adalah sunat. Tetapi telah menjadi ibadat semua penganut mazhab Syafie menngaminkan doa khatib teradap Raja, malah dianggap beradab kiranya khatib tidak mendoakan Raja atas apa sebab sekali pun.
Telah berlaku satu kejadian imam utama di masjid tempat saya selalu solat Jumaat diadukan tidak mendoakan Raja dalam khutbahnya.
Saya tidak sedar kejadian itu. Setahu saya imam itu adalah seorang rakyat yang setia kepada Raja dan kerajaan. Tidak pernah dia tidak mendoakan Raja.
Ada orang menegurnya selepas solat bahawa dia tidak mendoakan Raja. Jawabnya atas teguran itu ialah, 'Tak mengapa tertinggal doakan raja, ia sunat saja.'
Yang menegur itu tidak memaafkannya, sekalipun sunat tetapi ia tidak boleh ditinggalkan. Lalu dia melaporkan kepada Majlis Agama. Kemudiannya imam itu meletak jawatan.
Pada saya pelik juga kejadian makmum secara sepakat tidak mengaminkan doa terhadap Raja sedang baginda adalah ketua agama negeri. Setahu saya sekalian rakyat di mana-mana saja di Malaysia tidak membantah mendoakan Raja. Hanya di negeri itu saja ada makmum tidak mengaminkan doa itu.
Jika betul hal serupa berlaku di lain-lain masjid, saya kira ia satu unjuk rasa. Tentu ada sebabnya. Apa sebabnya?
Apa pun kejadian itu tidak menjadi isu. Tidak ada yang peduli. Tetapi saya kira ia tidak elok dan tidak harmoni. Sekali pun ia sunat, tetapi ia ibadat juga. Ada pahala jika ibadat itu diterima.
Adapun jika pemerintah itu seperti Hosni Mubarak dan Bashar Assad di Syria, memang patut makmum tidak menadah tangan dan tidak mengaminkannya. Mereka tidak menguntungkan agama, rakyat dan negara.
Mengapa tiada yang menyelidik mengapa kejadian itu berlaku? Supaya keganjilan itu dapat dibetulkan? Makmum rasanya adalah jelas. Mereka tidak membantah doa itu ada dalam khutbah. Cuma mereka tidak mengaminkan saja. Dan mereka tentulah tidak terus begitu kiranya ia boleh dibetulkan.
Raja patut mengambil tahu dan mengambil langkah supaya bantahan dalam diam itu tidak diteruskan, sebaliknya harmoni tambah makmur.
Ada pun di negeri yang satu lagi tadi keadaan di sebaliknya pula. Makmum bukan sekadar mengaminkan dia itu secara nyaring, malah mereka istiqamah mengaminkan keharmonin untuk sekalian kerabat istana yang disebut oleh khatib.
Harmoni mereka itu tidak sekadar pada khutbah itu saja. Doa itu diulang semula oleh imam selepas solat dan makmum terus mengaminkan.
harakahdaily/- | Kad ucapan: Kempen untuk bebas 45 tahanan ISA Posted: 17 Jul 2012 09:24 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI ) akan terus konsisten memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Biarpun masih belum ada sebarang perkembangan positif daripada pihak Kerajaan, GMI optimis dengan desakan berterusan daripada rakyat Malaysia semua tahanan akan dibebaskan. Setelah 3 kali protes dilancarkan di hadapan Kemta, Menteri Dalam Negeri masih enggan mengambil peranan serius dalam menjawab tuntutan tahanan ISA yang menuntut untuk dibebaskan segera.
Sifat Kerajaaan Malaysia ini cukup mempamerkan betapa slogan janji ditepati boleh diragui oleh rakyat Malaysia. Sikap bermanis muka di corong-corong media dan dalam masa yang sama berkeras terhadap minoriti kecil yang ditahan tanpa bicara adalah satu penipuan terhadap rakyat. Jika benar kerajaan telus dalam menunaikan janji, maka 45 orang baki tahanan ISA perlu dibebaskan. GMI yakin, sekiranya semua tahanan dibebaskan, lebih banyak cerita di sebalik tembok ISA akan terdedah kepada rakyat. Mungkin inilah kerisauan yang membelengu Kerajaan Malaysia sehingga enggan membebaskan tahanan.
Protes ketiga yang dijalankan pada 15 Julai lepas mempamerkan peningkatan dalam jumlah yang hadir. Ini menunjukkan rakyat sudah semakin terdedah mengenai isu yang sedang berlaku. Untuk meneruskan momentum kesedaran ini, GMI akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA yang akan bermula pada 19 Julai ini dan tamat pada 25 Ogos 2012.
Kempen yang dijalankan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan. Rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta. Kempen ini juga bertindak sebagai referendum yang bakal menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut keadilan ke atas semua tahanan ISA. Pihak GMI juga akan mengeluarkan Kad Ucapan yang akan diedarkan di program-program anjuran GMI dan juga program jemputan. GMI mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta.
Kempen ini akan dilancarkan pada 19 Julai 2012 bersempena dengan penganjuran forum ISA: Penyeksaan Yang Sempurna yang akan diadakan di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan. Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Blogger Tukar Tiub Hishamuddin Rais, Isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan Blogger, Wan Ji Wan Hussin. Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberikan perkongsian khas kepada hadirin yang hadir.
GMI mengharapkan dengan kempen yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia khususnya Menteri Dalam Negeri agar segera membebaskan tahanan. Segala isu yang berlaku akan selesai sekiranya kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan bersedia untuk menunaikan tuntutan rakyat. GMI tidak menolak kemungkinan gelombang rakyat akan kembali berlaku seperti gelombang pertama pada 1 Ogos 2009 sewaktu rakyat berhimpun menuntut pemansuhan ISA. Namun segalanya bergantung kepada kesediaan pihak kerajaan untuk membuka jalan penyelesaian yang tuntas bersesuaian dengan tuntutan rakyat.
Syed Ibrahim Syed Noh Pengerusi GMI
Syukri Razab Penyelaras SUARAM Sekretariat GMI | Wanita tertekan, pecah cermin bank Posted: 17 Jul 2012 09:19 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
KULIM - Dipercayai disebabkan tekanan setelah ditinggalkan suami, seorang isteri beranak tiga mengambil tindakan nekad memecahkan cermin bank di pekan Kulim kira-kira jam 9.10 malam semalam.
Saksi di tempat kejadian enggan dikenali berkata, suspek dilihat berlegar berseorangan di hadapan bank sebelum mengambil tukul besi lalu memecahkan cermin bank terbabit.
Ketua Polis Daerah Kulim, Ghuzlan Saleh berkata, ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang berada di lokasi memaklumkan insiden itu kepada polis dan meminta bantuan Unit Kereta Peronda (MPV) ke tempat kejadian.
"Apabila tiba polis mendapati suspek di dalam bank dan di tangannya mempunyai tukul besi. Curiga perwatakan suspek, polis memujuknya hampir 10 minit supaya menyerahkan tukul besi dipegang. Akhirnya suspek menyerahkan diri.
"Siasatan dijalankan mendapati suspek berhadapan masalah peribadi dan mempunyai rekod pesakit mental. Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut," katanya.
Ghuzlan berkata, anggota polis tidak menggunakan kekerasan terhadap suspek malah akan berbincang dan menggunakan cara terbaik memastikan mereka menyerah diri.
Menurutnya, itu kejadian pertama pesakit mental melakukan kerosakan harta benda di Kulim. Beliau menasihatkan mereka mempunyai ahli keluarga yang mengalami tekanan perasaan atau penyakit mental supaya tidak membenarkan mereka berjalan bersendirian terutama di waktu malam.
"Kita bimbang sekiranya perlakuan jenayah berlaku terhadap diri mereka. Walaupun mengalami gangguan mental, saya nasihatkan ahli keluarga atau waris supaya menemani mereka ketika berjalan di tempat awam. Keselamatan mereka harus diutamakan," katanya.
sinar harian/- | Saya tak boleh lupa bendera parti - Nik Aziz Posted: 17 Jul 2012 09:10 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz memukul gendang sebagai gimik pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan sambil disaksikan Mustapa Mohamed. Foto: Rizal
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak boleh melupakan 'bendera parti' walau pun Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan.
Ini, katanya kerana kalau tidak ada parti, maka negara atau negeri tidak dapat diperintah.
"Zaman dahulu, zaman tidak ada parti politik. Justeru negara atau negeri pada masa itu diperintah oleh raja-raja. Tetapi sekarang ada parti politik, maka di samping Jalur Gemilang, bendera parti 'ada juga'," kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini malam tadi.
Beliau juga menggesa masyarakat tidak lupa bahawa orang pertama memerdekakan tanah air, bahkan memerdekakan manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Katanya, Nabi Muhammad s.a.w. bukan saja memerdekakan tanah air tetapi juga memerdekakan akal manusia daripada dijajah oleh keduniaan dan 'taghut'.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata Nabi Muhammad s.a.w. walau pun baginda miskin ketika itu, namun apabila baginda sampai di Madinah disambut meriah sebagai 'Perdana Menteri'.
"Dan ini satu benda yang pelik. Baginda miskin, ibu bapa tidak ada, bahkan Madinah bukan negeri dia, negeri dia di Mekah, tetapi orang menerima baginda di Madinah sebagai seorang 'Perdana Menteri', segala kata-katanya dihormati, segala perbuatannya dihormati dan tindak-tanduknya dihormati.
"Inilah benda yang kita nak buatkan di seluruh dunia termasuklah Kelantan khasnya. Mudah-mudahan rakyat Kelantan faham bahawa Islam bukan sekadar meminta negara dimerdekakan, tetapi negara dan kalbu manusia juga dimerdekakan daripada fikiran taghut dan pemikiran keduaniaan," ujarnya.
harakahdaily/- | Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya Posted: 17 Jul 2012 09:01 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
(Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.)
RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.
"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.
Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".
Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.
"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.
Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.
Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.
Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.
Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.
(Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.)
HARAKAHDAILY/- | 140 penjaja kesal dengan DBKL Posted: 17 Jul 2012 07:54 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Ahmad Fauzi Abd. Karim (kiri) dan setiausahanya, Zamaruddin Ayob (kanan) menunjukkan salinan memorandum yang telah dihantar kepada Perdana Menteri berhubung masalah mereka tidak dapat memperbaharui lesen perniagaan mereka dengan DBKL di Setapak, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AHMAD KARDI
KUALA LUMPUR 16 Julai - Lebih 140 penjaja bazar larut malam Uptown Danau Kota di sini tidak berpuas hati dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengenakan syarat mereka perlu mendapatkan pengesahan penganjur bazar itu untuk memperbaharui lesen berniaga.
Penjaja mendakwa, syarat terbaru itu hanya menyusahkan mereka selain menambahkan lagi kemarahan terhadap penganjur iaitu Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Setapak/Genting Klang.
Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abd. Karim berkata, lebih mengecewakan mereka, penganjur mengenakan syarat tambahan iaitu perlu menandatangani surat akujanji sebelum mendapat pengesahan.
"Sudah tujuh tahun kami berniaga di sini, selama ini kami tiada masalah untuk memperbaharui lesen kerana hanya berurusan terus dengan DBKL, tetapi mengapa bermula Julai ini harus melalui penganjur," katanya.
Menurut beliau, masalah itu mungkin timbul apabila keputusan penganjur untuk menaikkan kadar caj perkhidmatan daripada RM150 kepada RM300 dibantah keras oleh peniaga.
"Alasan mereka, syarat menandatangani surat akujanji itu sebagai proses pemutihan. Pemutihan bagaimana yang mereka maksudkan, adakah mahu menghalau kami yang selama ini menentang mereka untuk membela nasib penjaja lain" katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Ahmad Fauzi, penindasan ketara yang dikenakan penganjur terhadap mereka adalah dengan memaksa 333 penjaja menukar dan membeli kanopi baru yang berharga RM650 seunit.
"Walhal, jika mengikut harga pasaran dengan ukuran saiz kanopi yang sama, harganya baru mencecah RM270 seunit. Ini menunjukkan penganjur mahu mengaut untung berlipat kali ganda.
"Menjadi kemusykilan kepada kami adalah segala tindakan penganjur itu seperti dihalal dan disokong oleh DBKL kerana inisiatif kami mengemukakan rayuan kepada pihak tersebut mengenai isu pembaharuan lesen telah ditolak," ujarnya.
Tambah Ahmad Fauzi, antara syarat yang dikenakan dalam surat akujanji itu adalah peniaga perlu bersetuju menjelaskan yuran perkhidmatan bulanan selewat-lewatnya pada tarikh 25 hingga 29 hari bulan.
Ujar beliau, penyewaan tapak penjaja boleh dibatalkan oleh penganjur sekiranya gagal menjelaskan yuran mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selain itu, katanya, penjaja perlu mematuhi sebarang terma dan syarat yang akan ditetap dan dipinda oleh penganjur dari semasa ke semasa demi kepentingan bersama.
"Tetapi malangnya segala aduan yang kami salurkan kepada DBKL atau pihak-pihak berkaitan masih tidak mendapat maklum balas dan jalan terakhir kami adalah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jun lalu," ujarnya.
BERITA HARIAN/- | Kemalangan: Adik maut akibat tersepit di tempat pemandu Posted: 17 Jul 2012 07:47 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - "Saya tidak sangka keinginan untuk membawa semua album gambar adik ke Kuala Lumpur, merupakan petanda yang dia akan meninggalkan keluarga buat selamanya," kata kakak mangsa kemalangan maut, Zemat Che Hat, 32.
Pada kejadian kira-kira jam 8.50 malam kelmarin, mangsa, Mohamad Alias Che Hat,23, maut di tempat kejadian, setelah tersepit di bahagian pemandu apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandunya sendirian, hilang kawalan dan melanggar pokok getah.
"Sudah hampir 12 tahun saya menetap di Kuala Lumpur dan bertugas di sana, namun sebelum ini, saya tidak pernah membawa gambar keluarga bersama, namun pada cuti sekolah bulan Mei lalu, keinginan untuk membawa semua gambar adik ke sana bertambah kuat, jadi ambil semua album miliknya dan bawa pulang.
"Mulanya, saya pun pelik dengan keinginan saya ini, namun selepas adik terlibat dalam kemalangan barulah saya tahu hasrat saya itu, yang ingin selalu berada dekat dengan adik rupanya bertukar menjadi pilu, apabila dia kini meninggalkan keluarga selepas maut dalam kemalangan," katanya.
Menurutnya, mangsa yang baru sahaja tamat belajar di Kolej Masterskill di bandar ini, dalam jurusan Kesihatan (Healthcare) bakal menghadiri majlis konvokesyen pada bulan Oktober ini.
"Saya juga sedih kerana adik bongsu saya dari enam adik-beradik ini tidak dapat menerima diplomanya dan meneruskan cita-citanya dalam jurusan yang diminati. Dia pernah berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan di KualaLumpur, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Limah Deraman, 64, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan hanya mengetahui anaknya terlibat dalam kemalangan kir-kira jam 9 malam.
"Ketika itu saya sedang mengajar kanak-kanak mengaji, dan dia (Mohamad Alias) keluar dari rumah kirakira jam 6 petang. "Dia kata hendak keluar makan bersama rakan dan minta RM 10 dengan makcik, makcik pun tak banyak soal terus bagi duit itu dekat tangannya dan dia keluar ke pekan Kok Lanas," katanya. Limah berkata, selepas dilaporkan mengenai kejadian itu, dia terus ke tempat kejadian namun tidak sampai hati melihat mayat mangsa, secara dekat kerana keadaannya yang tersepit di tempat pemandu.
"Mungkin Allah lebih sayangkan dia, apa pun makcik dokan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk pengurusan jenazah.
sinar harian/- | Kalau Saya Rakyat Malaysia Nescaya Saya Juga Ahli PAS, Kata Wakil Ikhwanul-Muslimin Posted: 17 Jul 2012 07:25 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS," demikian kata Masu'l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam tadi.
Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi.
"Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya.
"Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan. "Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah," ujarnya lagi.
Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak.
Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad.
Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru.
Dalam perhimpunan itu menyaksikan tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.
Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib. -selangorku | Tiga lelaki menyamar VIP ditahan Posted: 17 Jul 2012 07:15 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
SHUKRI menunjukkan pistol, sarung serta peluru yang dirampas daripada tiga suspek yang menyamar VIP pada sidang akhbar di Ipoh semalam.
IPOH – Tembelang tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai ahli perniagaan dan golongan kenamaan (VIP) terbongkar selepas diberkas polis di Greentown di sini kelmarin. Suspek warga asing yang ditahan itu juga disyaki memiliki senjata api tanpa lesen sah berdasarkan penemuan sepucuk pistol bersamanya ketika serbuan pada pukul 5.30 petang itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 35 hingga 51 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah itu berada di dalam sebuah kereta Toyota Harrier yang diletakkan di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di sini.
"Pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada suspek adalah warga asing dan dia memegang sebuah beg kecil hitam mengandungi sepucuk pistol jenis Holek Model 820 Cal.38.
"Selain pistol terbabit yang masing bersarung, polis turut merampas lima butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru yang tersimpan di dalam beg sama," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kosmo/- | [BINGAI] RM28 Juta Untuk 2 Ekor Panda, Kan Lebih Baik Naiktarafkan Zoo Yang Ada? Posted: 17 Jul 2012 07:11 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Kerajaan tidak perlu membazir puluhan juta ringgit semata-mata membawa masuk dua ekor panda dari China sebaliknya menggunakan dana itu untuk menaik taraf zoo.
Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, Shenaaz Khan berkata, zoo di Malaysia masih banyak kekurangan akibat peruntukan terhad dan kebanyakan beroperasi mengguna dana sendiri.
"Kita lihat saja di Zoo Negara dan Zoo Melaka. Keadaannya begitu kritikal disebabkan kerajaan tidak memberi perhatian serius. Sepatutnya zoo-zoo inilah yang perlu diberi peruntukan bukan untuk panda," katanya ketika dihubungi.
Bulan lalu, Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China menandatangani memorandum Persefahaman (Mou) untuk meminjam sepasang panda dari republik itu selama 10 tahun.
16 Julai lalu, akhbar melaporkan Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin kos lebih RM25 juta bagi menyediakan prasarana pasangan panda itu, akan membawa pulangan.
Mengulas lanjut, Shenaaz turut menempelak kerajaan kononnya mahu mengatasi kepupusan panda sedangkan tujuan sebaliknya mengaut keuntungan yang belum pasti.
Beliau berkata, jika kerajaan serius mewujudkan program konservasi, ia boleh dilakukan terhadap haiwan di negara ini yang semakin diancam kepupusan.
"Kita ada banyak haiwan-haiwan yang diancam kepupusan. Sebagai contoh beruang dan harimau. Mengapa kerajaan tidak memberi dana untuk program-program sedemikian sedangkan haiwan ini berasal daripada negara kita," katanya. -KD | Barat daya Jepun berdepan taufan pula Posted: 17 Jul 2012 07:09 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
Barat daya Jepun yang dilanda banjir hari ini berdepan ancaman Taufan Khanun di tengah-tengah kebimbangan ia akan memburukkan lagi keadaan di kawasan itu selepas sekurang-kurangnya 32 orang dilaporkan terbunuh atau hilang selepas berlaku hujan lebat berterusan.
Taufan itu kini melanda rangkaian Pulau Amami, selatan Kyushu yang sebelum ini dilanda hujan lebat berterusan selama empat hari hingga mengakibatkan banjir dan kejadian tanah runtuh, sekali gus memaksa ratusan ribu penduduk meninggalkan rumah masing-masing.
Khanun atau buah nangka dalam bahasa Thailand membawa angin selaju 108 kilometer sejam dan bergerak menuju barat laut pada kelajuan 30 kilometer sejam dan dijangka melanda barat Pulau Kyushu, kata Agensi Meteorologi Jepun.
Hujan lebat yang melanda di seluruh kawasan itu kini kembali reda, namun agensi cuaca memberi amaran hujan lebat akan berlaku lagi sehingga 15 sentimeter dalam tempoh 24 jam di utara Kyushu.
Di Minamiaso di wilayah Kumamoto, kawasan yang paling teruk terjejas, seramai 700 orang penduduk masih tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana ancaman tanah runtuh.
''Kami telah memulakan kerja-kerja membaiki jalan raya yang rosak semalam, namun pekerja tidak dapat melakukan kerja secara berterusan ekoran hujan yang turun sekali sekala.
''Walaupun hujan sedikit, tetapi ia boleh menghasilkan runtuhan lumpur dan lebih banyak hujan dijangka pada petang ini. Justeru kita kekal berwaspada,'' kata pegawai tempatan, Hideki Kuraoka.
Katanya, walaupun agensi cuaca menjangkakan kawasan itu tidak akan terkena taufan berkenaan secara langsung, namun ia masih membimbangkan.
''Kita tidak tahu kerosakan yang boleh disebabkan oleh taufan itu, namun kita amat berhati-hati mengenainya,'' katanya. - AFP | Pesawat Garuda tergelincir ketika mendarat di Pekanbaru Posted: 17 Jul 2012 06:58 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
JAKARTA 18 Julai - Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan Garuda Indonesia tergelincir di hujung landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru, Riau, petang semalam.
Pegawai lapangan terbang berkenaan, Ibnu Hasan mengesahkan kejadian itu namun pihaknya belum mendapat maklumat mengenai jumlah penumpang dan keadaan terkini.
Kejadian pada pukul 3.52 petang waktu tempatan yang membabitkan pesawat dari Jakarta itu telah mengakibatkan beberapa penerbangan lain di lapangan terbang tersebut tergendala. - BERNAMA | Ancaman bom palsu di jambatan sibuk AS Posted: 17 Jul 2012 06:56 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
DETROIT - Satu ancaman bom memaksa pihak berkuasa menutup satu daripada jambatan paling sibuk antara Amerika Syarikat dan Kanada, kelmarin, iaitu empat hari selepas satu panggilan bom palsu ke atas terowong komuter yang menghubungkan Detroit ke Windsor, Ontario.
Menurut polis Detroit, Inspektor Don Johnson satu panggilan kecemasan 911 diterima kira-kira jam 7.20 malam kepada pihak berkuasa Ambassador Bridge, AS yang memberi amaran bahawa sebutir bom akan meletup dalam tempoh 10 minit di sepanjang laluan kargo.
Panggilan yang mengejutkan pihak berkuasa di dua bandar itu memaksa mereka mengarahkan penutupan laluan dan menghentikan semua kenderaan di atas jambatan berkenaan pada jam 12.30 pagi semalam.
Susulan itu, pihak berkuasa bertindak melakukan pencarian bom berkenaan melalui jalan udara dan air sehingga lewat malam, tetapi tidak berhasil.
Penutupan jambatan itu menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas teruk di laluan ekspres dan jalan-jalan utama lain ke dalam pusat bandar Detroit sebelum polis membuka semula jambatan berkenaan pada jam 1 pagi.
sinar harian/- | 17 cedera dalam insiden tembakan di Alabama Posted: 17 Jul 2012 06:42 PM PDT 28 Syaaban 1433H. [MOD] -
WASHINGTON 18 Julai - Seramai 17 orang cedera termasuk empat cedera parah dalam satu insiden tembakan di sebuah bar di Alabama, semalam.
Stesen televisyen WVTM melaporkan, kejadian itu berlaku di Bar Copper Top di Tuscaloosa di mana seorang daripada empat mangsa tersebut kini berada dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa tempatan hanya menyatakan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut. - AFP | Pendek kaki tetapi panjang akalnya Posted: 17 Jul 2012 08:46 AM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
(Adun Semerak, isteri dengan Rohani serta keluarganya)
KOTA BHARU: Dia seorang wanita yang bijak, seorang isteri dan ibu yang mampu menguruskan keperluan kepada seorang suami dan anak walaupun dia adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kerana keistimewaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, menjadikan insan istimewa ini sebagai anak angkatnya.
Rohani Hassan, 31, yang cacat anggota kakinya iaitu antara paras lutut ke bawah, menjadi perhatian masyarakat kerana keistimewaannya itu.
Walaupun bersekolah hanya sampai darjah 6, namun kemampuannya bercakap seumpama 'pakar motivasi', lantang bersuara, penuh dengan fakta seumpama orang yang terpelajar.
Wan Hassan ketika ditemui memberitahu beliau bercadang untuk mengambil anak angkatnya itu sebagai penceramah untuk memberikan motivasi kepada rakan-rakan yang senasib dengannya agar mereka sentiasa tabah menghadapi ujian hidup.
Jelasnya, sepanjang lima tahun beliau mengenali Rohani sehingga akhirnya gadis itu berkahwin, Wan Hassan menilai gadis itu mempunyai keunikannya yang tersendiri.
"Tambahan pula dia gemar membaca, khususnya buku motivasi khususnya bagaimana untuk menjadi insane yang berani, rajin dan sebagainya,"ujar Wan Hassan lagi.
Rohani (gambar) yang menetap di Kampung Pachakan Dalam Rhu, bersama bapanya dilahirkan cacat, di mana betisnya bukan sahaja agak pendek, sebaliknya mempunyai tapak kaki yang tidak normal.
Keadaan itu membuatkan beliau tidak mampu berjalan secara normal sehingga beliau sering dibantu oleh allahyarham ibu dan ayahnya untuk bergerak.
Kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya yang terpaksa menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah, beliau mengambil keputusan untuk tidak mahu belajar lagi.
Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu, ketika meningkat remaja, Rohani tiba-tiba mampu berjalan dan akhirnya mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Tentu ramai yang tidak mengetahui kisah hidupnya yang menarik ini, di mana beliau telah dilamar oleh seorang jejaka dari Sabah yang dikenalinya hanya melalui telefon.
Setelah berkenalan lebih empat tahun dengan jejaka berkenaan yang kebetulan juga sahabat abang kandungnya, akhirnya beliau mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka, dikurniakan seorang cahayamata.
"Saya bersyukur walaupun saya cacat, saya tidak bersekolah, saya mampu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu juga sebagai seorang anak kepada ibubapa saya,"ujarnya.
harakahdaily/- | Transformasi Najib hanya tukar jenama saja Posted: 17 Jul 2012 08:34 AM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Program Transformasi Politik (PTP) yang dibanggakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah program tukar jenama sahaja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Ia tak ubah seperti wain yang lama juga tetapi di dalam botol yang baru," kata beliau ketika menyokong pandangan yang menyifatkan Akta Keharmonian Nasional sebenarnya adalah akta yang mempunyai nama yang salah.
Pandangan tersebut menyifatkan akta tersebut tidak memupuk keharmonian sebaliknya akan menyebabkan suasana tidak harmoni.
Lantaran itulah, menurut pandangan tersebut, nama Akta Keharmonian Nasional tidak sesuai dengan akta yang menggantikan Akta Hasutan 1948 itu.
"Tujuannya masih sama. Malah ia memberikan lebih banyak kuasa kepada kerajaan untuk menindas hak rakyat untuk bersuara.
"Semua program transformasi Najib tak ubah seperti orang yang tukar kopi tongkat ali kepada kopi tunjuk langit. Tujuannya sama, nak 'power' yang lebih dari yang sepatutnya," kata Mahfuz.
Beliau menyifatkan sifat atau ciri utama Akta Keharmonian Nasional itu masih sama dengan Akta Hasutan 1948 iaitu menafikan keadilan untuk rakyat.
"Begitulah juga program transformasi Najib yang lain, ia sama ada tidak adil atau menafikan keadilan untuk rakyat.
"Semua itu tidak bertujuan untuk memberikan keadilan kepada rakyat tetapi semata-mata untuk mengukuhkan kuasa Najib atau untuk publisiti murahan kepadanya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Najib, kata Mahfuz, sepatutnya merasa malu kerana semua program transformasinya tidak diterima oleh mereka yang boleh berfikir dengan baik.
"Bukan sahaja tidak diterima, malah Najib dianggap sebagai demokrat palsu (false democrat) oleh akhbar luar negara," katanya.
Baru-baru ini, akhbar Kanada, menyifatkan Najib sebagai 'false democrat'.
Najib diletakkan pada kategori pertama sebaris dengan Najib Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Palestin Mahmoud Abbas; Presiden Algerian, Abdelaziz Bouteflika; Perdana Menteri Ethiopiam, Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Antara yang sebelum ini digelar 'false democrat' ialah Presiden Yogoslavia, Slobodan Milosevic dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
harakahdaily/- | Rais bidas Umno tidak ketepi fahaman politik? Posted: 17 Jul 2012 08:31 AM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah membidas Umno BN sendiri apabila menyeru semua pihak mengenepikan fahaman politik dalam sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Yusapiza Ya'cob (gambar) walaupun sudah 55 tahun Malaysia merdeka dengan pelbagai tema dibuat untuk menyambut hari bersejarah itu namun, kerajaan tidak pernah sekali pun menjemput pimpinan pembangkang menghadiri upacara hari tersebut.
"Pada tahun ini juga, tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ini.
"Apakah Pakatan Rakyat yang tidak patriotik ataupun Umno BN yang masih degil dan tidak mahu mengenepikan fahaman politiknya dalam menyambut ulang tahun hari yang bersejarah ini?"soalnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Umno BN masih lagi mengalami sindrom 'Malaysia ini aku yang punya' tanpa mempedulikan pihak-pihak yang lain yang turut sama memperjuangkan kemerdekaan.
DPPWP juga melihat kerajaan Umno BN tidak jujur dalam menyambut Hari Kemerdekaan 2012 ini apabila menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati'.
Tema itu, katanya secara terang-terangan menunjukkan bahawa adanya agenda tersembunyi Umno BN untuk menghadapi PRU ke-13.
Jelas Yusapiza, tema ini sahaja sudah menunjukkan bahawa Umno BN tidak mampu mengetepikan fahaman politiknya sendiri.
"Malahan ia jelas menunjukkan keegoan dan keangkuhan mereka terhadap rakyat Malaysia. Namun rakyat semakin cerdik untuk mengetahui janji siapakah yang ditepati," katanya.
Katanya, Umno BN juga dilihat semakin terdesak dalam meraih undi sehingga sanggup menjadikan sambutan hari kemerdekaan sebagai platform untuk berkempen.
"Umno BN dilihat cuba mencari lubang-lubang tikus yang ada untuk memenangi hati rakyat. Semua saluran kerajaan akan dikerah demi memastikan Umno BN bernafas lagi selepas PRU 13," katanya.
Justeru, DPPWP yakin semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat merupakan rakyat yang patriotik meraikan sumbangan semua pihak yang berusaha memerdekaan negara kita.
"Hari kemerdekaan disambut dengan ikhlas tanpa perlu ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya," tambahnya.
harakahdaily/- | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan