Selasa, 26 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 25 Jun 2012 11:17 PM PDT

Salam Perjuangan


SUBSIDI TR1MA - 'LAIN YANG SAKIT, LAIN PULA UBATNYA'

Posted: 25 Jun 2012 05:38 AM PDT

5 Sya'ban 1433 H | 25 June 2012

Malaysiakini

Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung 'atas angin' di atas penat lelah pemandu teksi.

Sebagai contoh, secara purata kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi.

Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan sebarang keringat di jalan raya.

Sedangkan daripada kerajaan berhempas pulas mengeluarkan peruntukan sebanyak RM32 juta setiap tahun kepada pemandu teksi, mengapa tidak kerajaan memansuhkan terus permit teksi kepada syarikat-syarikat dan bertindak sebagai pemudah cara kepada pemandu teksi ini untuk mendapatkan permit teksi individu.

Jika ini dapat direalisasikan pemandu teksi ini dapat menjana pendapatan tambahan sekurang -kurangnya RM800 sebulan dengan hanya membayar bayaran teksi secara sewa beli kepada pihak bank yang mana jauh lebih murah daripada kadar sewaan teksi oleh syarikat. Kerajaan juga dapat menjimatkan peruntukan RM32 juta tadi untuk perkara lain yang lebih penting.

Dengan wang lebihan tadi, pemandu teksi mampu melakukan penyelenggaran dan mencantikkan teksi mereka lagi. Jika teksi mereka cantik dan diselenggara secara sempurna, maka makin ramai akan memilih perkhidmatan mereka.

Dengan keadaan sekarang di mana limpahan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT, monorail, teksi dilihat tidak lagi menarik untuk dinaiki, maka jika mereka ini diberikan permit individu, rasa kepunyaan atau 'self of belonging' akan dapat diterapkan kepada mereka.

Justeru itu, mereka akan merasa teksi itu adalah perniagaan mereka dan mereka akan mengusahakan perniagaan mereka secara bersungguh-sungguh dalam menghadapi persaingan semasa.

Akhir kalam, kerajaan perlu melihat pendekatan jangka panjang daripada melakukan pendekatan jangka pendek dan bersifat popular semata. Hanya kerana untuk membeli undi pemandu teksi, kerajaan sanggup berhabis RM32 juta, berbanding memberikan mereka permit teksi yang mana dapat memberi pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun kepada pemandu teksi.

Adalah malang, selepas penubuhan Spad sebagai teraju kepada pengangkutan awam darat, kerajaan masih gagal menelusuri permasalahan sebenar pemandu teksi ini. Yang lebih malang lagi, yang sakitnya PERMIT, tapi ubatnya adalah TAYAR. Itulah pemikiran kerajaan 1Malaysia.


MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah lulusan BBA (Hons) Transport,UiTM, DBS (Transport) UiTM. Beliau merupakan penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu.

PAS TOLAK MANIFESTO SECARA RAKAMAN

Posted: 25 Jun 2012 05:23 AM PDT

5 Sya'ban 1433 H | 25 June 2012

Merujuk kepada saranan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof kepada semua parti politik untuk memberi kerjasama dengan tidak mempertikaikan mekanisme yang hendak digunakan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM secara rakaman semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PAS menyokong kenyataan Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Rekod BN yang tidak jujur dan beramanah adalah penyumbang terbesar mengapa berkemungkinan besar manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagaimana video versi polis insiden Bersih 2.0.

Dalam hal ini, SPR secara terang-terangan gagal memberi tekanan kepada kerajaan BN untuk memberi ruang yang adil kepada pembangkang dan membuktikan kegagalan SPR bertindak dengan tepat dan adil.

Tindakan double standard inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat bahkan tuntutan Himpunan Bersih 3.0 salah satunya ialah media yang adil.

Tindakan menyiarkan rakaman menifesto parti politik tidak lebih sekadar "gincu mulut" untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan BN sudah memberi ruang keadilan yang saksama pada pembangkang.

Kenyataan itu bakal menaikkan semula kemarahan rakyat yang hanya menunggu perisytiharan para pimpinan untuk himpunan selanjutnya menuntut pilihanraya bersih dan adil, kerana jelas kerajaan BN ini pekak.

Pelbagai persoalan kini berlegar di kepala rakyat dengan kenyataan Pengerusi SPR yang terbaru - apakah jaminan rakaman tersebut tidak diedit dan dipotong mengikut kehendak BN seperti video Bersih 2.0, bahkan perkara ini dijangka berulang di video Bersih 3.0 versi BN?

Abdul Aziz Yusof juga berkata cadangan manifesto dibuat secara rakaman adalah bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

Jadi, soalan yang ingin ditanya pada beliau ialah bagaimana pula SPR nak bertindak terhadap BN yang berkempen setiap hari dalam media perdana termasuk melancarkan serangan peribadi?

Sudah menjadi tradisi BN yang secara terangan melanggar akta pilihanraya yang hanya membenarkan kempen sehingga jam 12 malam hari terakhir. BN terus berkempen menggunakan alat media kerajaan sampai hari menggundi.

PAS membantah siaran rakaman manifesto dan menuntut agar semua parti politik diberi ruang berkempen dalam media selama satu jam sehari dan membentang menifesto secara siaran langsung dan membanyakkan ruang debat dan dialog antara parti politik untuk dinilai oleh rakyat.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Jun 2012 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012

Posted: 25 Jun 2012 02:22 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor (sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Jun 2012 07:30 PM PDT

Rembau Hari Ini


Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012

Posted: 25 Jun 2012 02:25 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor (sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Jun 2012 03:34 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


GELOMBANG HIJAU BUAT UMNO JOHOR PIJAU !

Posted: 24 Jun 2012 11:22 PM PDT

Dimaklumkan bahawa program Gelombang Hijau Peringkat Negeri Johor hampir sampai ke kemuncaknya. Sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini, Tuan Guru Mursyidul Am akan turun ke Johor bagi mengisi beberapa aturcara yang telah disediakan.

Aturcara tersebut seperti berikut :
Tarikh : 29 Jun 2012 (Jumaat)
Tema : Warna Hijau
Aturcara : Jamuan Anak Kelantan Di Perantauan
Masa : 04.30 petang – 07.00 malam
Tempat : PPR Taman Kempas Permai
Kempas
Aturcara : Makan Malam Bersama Masyarakat Cina
Masa : 07.00 petang – 09.00 malam
Tempat : Restoran Grand Straits Garden Seafood
Danga Bay
Jualan kupon boleh di dapati di Pejabat Pas Kawasan Kota Tinggi.
Aturcara : Tahlil dan Ceramah Perdana
Masa : 07.00 malam – 12.00 malam
Tempat : Dataran Dahlia
Taman Dahlia, Johor Bahru

PRESIDEN AMERIKA UCAP TAHNIAH PADA PRESIDEN BARU MESIR ! PM MALAYSIA ?

Posted: 24 Jun 2012 09:42 PM PDT

Obama ucap tahniah kemenangan Morsi


2012/06/25
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini mengucapkan tahniah kepada Mohamed Morsi selepas memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Ucapan tahniah itu diberi Obama menerusi telefon dan menyatakan sokongan AS terhadap proses peralihan demokrasi Mesir.
"Beliau menekankan pentingnya kerjasama erat antara presiden baru Mesiri itu dalam konteks hubungan bersama serta memperluaskan lagi kepentingan antara Mesir-AS untuk jangka masa panjang," kata kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.
Obama juga meminta calon presiden yang tewas, Ahmed Shafiq yang juga bekas Perdana Menteri agar terus memainkan peranannya dalam politik Mesir serta berkerjasama sama dalam kerajaan bagi membentuk perpaduan. - AFP

RENUNGKANLAH RENONG WAHAI BN , KALAU TAK KESIHAN TAN SRI KESIHANLAH MALAYSIA !

Posted: 24 Jun 2012 07:11 PM PDT

Syarikat kroni bakal cetus krisis kewangan negara? – Oleh Hafiz Zainuddin
Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mencecah RM34.3 billion?

Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri.

Apa pula 'helah' kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai "memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?"

Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada 'kawan' tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka.

"Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar?

"Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad," soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar.

Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012.

"Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi," ujarnya.

Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus

Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti.

Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion.

"Seperti yang kita tahu, anak-anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda," tambah beliau.

Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah.

"Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion.

"Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation," katanya

Persoalan yang terjawab

Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US$23.42 pada Disember.

Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini.

Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta.

"Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana," jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni..

"Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan.

"Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," jelasnya.

Mengkhianati wang pembayar cukai

Isu melibatkan 'subsidi' sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang-terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri.

Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO-BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik.

Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri.

Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara. – Roketkini.com

Dupahang's Weblog

Posted: 25 Jun 2012 11:47 AM PDT

Dupahang's Weblog


Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pahang, 1 Julai

Posted: 25 Jun 2012 06:45 AM PDT

Sila klik pada imej untuk besarkan paparan poster Himpunan Hijau di atas

Bingkisan Ilmu – Kepada Peminat Ust. Azhar

Posted: 24 Jun 2012 07:08 PM PDT

Jom Gi Kuliah’

Lagi Pendedahan “Kerenah Kerabat Johor”

Posted: 24 Jun 2012 06:52 PM PDT

Oleh: http://jalanpulang1978.blogspot.com Benarkah kesemua kereta ini kepunyaan TMJ? Berapa ramai rakyat Johor nak beli satu kereta pun tak mampu. “Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin [...]

Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz (gambar)

Posted: 24 Jun 2012 06:44 PM PDT

Harakahdaily, 22 Jun 2012 KOTA BHARU: Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini. Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya. [...]

Umno Pun Tak Sanggup Buat Macam Nih..

Posted: 24 Jun 2012 06:38 PM PDT

Posted by Addin Gambar nih membuatkan Umno kecut perut.. Apa tidaknya seorang ahli DAP, cina lagi tuh nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama.. DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat jauh memahami Islam dari MCA. Ini kerana UMNO melontarkan imej buruk Islam kepada MCA. MCA tak faham Islam kerana UMNO sendiri telah menyelewengkan Islam yang sebenar. [...]

Morsi diisytihar menang Presiden Mesir

Posted: 24 Jun 2012 06:33 PM PDT

(Morsi selepas disytiharkan memenangi pemilihan Presiden Mesir kira-kira jam 10.40 malam waktu Malaysia)  KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu. Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar. Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Jun 2012 11:11 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS buat laporan Polis terhadap blog Umno!

Posted: 24 Jun 2012 09:42 PM PDT


Entri daripada blog Sg Rapat Online pada 23 Jun baru-baru ini yang bertajuk 'Semakin Kerap PAS Buat Ceramah Semakin Benci Rakyat Kepada Mereka' (rujuk http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/06/semakin-kerap-pas-buat-ceramah-semakin.html) merupakan satu fitnah yang serius apabila menyatakan yang penganjur ceramah Pakatan Rakyat di Taman Song Choon, Ipoh pada 22Jun lalu telah merampas kamera video dan melelongkannya dengan harga yang murah untuk mengisi tabung pilihanraya PR.

Maka, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak penganjur ceramah di Tmn Song Choon bagi menjaga nama baik Pakatan Rakyat, khususnya Pas Cawangan Taman Song Choon dan Pas Gopeng.

Blog yang mempromosikan Hamidah Osman ini dilihat begitu kerap memfitnah Pakatan Rakyat Gopeng dengan entri-entri yang ditulis oleh penulis upahan yang dikatakan seorang pesara tentera.

Pas Cawangan Taman Song Choon berharap agar dengan laporan polis yang dibuat dapat menjernihkan keadaan yang dikeruhkan oleh blog tersebut demi kesejahteraan awam di dalam Dun Sg Rapat.

Kapten Sahak oh Kapten Sahak.. haha..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrgmuIfp-ntuyub8jdO-5GmiNJWy0tIlaJBo7QUiYx89MyEDys_tArWJI4Z0LzwYoMfgLgZs2zVnp9QPPYuMnJpw1mCXq30167Ex_QLCTC_0i2mwQbzysu53K9QQY5Xbl3f0yFkshdBR8/s1600/sahab.jpg

Jasindaily Online

Posted: 25 Jun 2012 09:10 AM PDT

Jasindaily Online


WACANA PERDANA : ARTIS BERPOLITIK SEKADAR GLAMOR ATAU KERANA PRINSIP

Posted: 24 Jun 2012 10:34 PM PDT


WACANA PERDANA : ARTIS BERPOLITIK SEKADAR GLAMOR ATAU KERANA PRINSIP 
KHAMIS 28 JUN 2012
MASA : 8.30 MALAM 
DEWAN HIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR 

PENALIS : 
ZED ZAIDI  TIM. PRESIDEN SENIMAN (UMNO) 
HASMI HASHIM PENULIS LIRIK AWAN NANO (PKR) 
HAIRIE OTHMAN LEFTENAN ADNAN(PAS) 

JOM KITA HADIR BERAMAI-RAMAI 

SEKITAR HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Posted: 24 Jun 2012 10:31 PM PDT

BERIKUT ADALAH PAPARAN LENSA KAMERA BERKAITAN HIMPUNAN HIJAU PERINGLAT NEGERI PULAU PINANG YANG DIADAKAN SEMALAM DI PADANG HAJI AHMAD BADAWI






Bila Masuk PAS , Ramai Yang Salah Anggap , Bila Masuk UMNO tak de Pulak - Abby Abadi

Posted: 24 Jun 2012 06:47 PM PDT

Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau. Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.

 "Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. "Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya. 


Sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka. 

 Kehadiran beliau dalam program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau baru-baru ini turut menarik perhatian banyak apabila dengan nada berseloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah 'berhijrah'. Bagaimanapun, penghijrahannya dan sikapnya yang sering memenuhi undangan di majlis PAS tidak disenangi sesetengah pihak.

UMNO MELAKA CUBA SABOTAJ HIMPUNAN HIJAU

Posted: 24 Jun 2012 06:44 PM PDT


Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka semalam menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.
Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.



(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Biarpun ceramah Umno hanya dijangka bermula malam ini, namun pembesar suaranya sudah mula diuji dari petang ini sebaik sahaja program Himpunan Hijau bermula kira-kira 4.30 petang.

Ketika program pemuda mengambil pentas di himpunan hijau dengan ucapan dan persembahan, corong pembesar suara di tempat BN yang dihadap betul-betul menghala ke himpunan hijau dipasang lagu-lagu dan nasyid dengat kuatnya.

Beberapa pemimpin pemuda Pakatan ketika berucap mendakwa, gangguan sedemikian merupakan biasa berlaku di sekitar negeri ini.

Selain 'perang' pembesar suara, suasana di sepanjang jalan tempat ceramah juga penuh dengan bendera kedua-dua parti yang digantung di tiang-tiang dan pokok.

Permulaan memberangsangkan

Sementara itu, sambutan terhadap program himpunan hijau pada sebelah petang tadi sangat memberangsangkan.

Hampir 1,000 orang sudah membanjiri perkarangan Surau Ustaz Ali bagi mengikuti program yang akan berlangsung sehingga kemuncaknya malam ini.

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema 'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'.

Antara program yang berlangsung petang tadi termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Turut hadir petang tadi Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Dr. Morsi Presiden Republik Arab Mesir

Posted: 24 Jun 2012 06:42 PM PDT


Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Jun 2012 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Aspan Alias di Senawang 29 Jun 2012

Posted: 25 Jun 2012 02:14 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh : 29 Jun 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor (sebelah Balai Bomba Senawang)
Penceramah :
Dr Ahmad Suhaimi, Penyelaras SAMM
Ustaz Fakrulrazi, Penceramah Bebas
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia
Pn Norwani Ahmat, Ketua Muslimat PAS Rembau

Seorang Lagi Wanita Diserang Dan Dirompak

Posted: 25 Jun 2012 12:58 AM PDT

25 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta mereka kini menjadi sasaran perompak bersenjata. Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan mereka diserang oleh penyerang yang memiliki senjata.

Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.

Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.

"Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan mereka.

"Kejadian berlaku apabila wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya," Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.

Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.

"Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat," katanya,

Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.

"Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala," katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.

Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.

Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang keesokan paginya.

"Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya," katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak menjadi perhatian apabila seorang pedagang saham Internet Chin Xin-Ci memaklumkan di laman sosial Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik yang dilakukan oleh dua lelaki terjadi ke atasnya di pusat membeli belah berkenaan pada 27 Mei lalu.

Kenapa banyak kejadian lemas di pantai Port Dickson?

Posted: 24 Jun 2012 07:41 PM PDT

Pantai Port Dickson lautnya tidaklah begitu bergelora dan dalam jika dibandingkan dengan kawasan di pantai timur yang mengadap Laut China Selatan. Namun dari masa ke semasa kedengaran kes lemas di PD. Apakah puncanya? Adakah pantai di PD tidak selamat disebabkan aktiviti penambakan pasir yang menyebabkan dasar laut tidak landai, justeru mewujudkan banyak kawasan pasir jerlus dan kawasan pusaran air? Lebih banyak papantanda amaran perlu diletakkan sekiranya ada kawasan seperti ini antaranya dasar laut tidak landai, pasir jerlus dan pusaran air.

Aktiviti riadah undang tragedi
25 Jun 2012

BAGAN PINANG – Seorang pekerja kontrak bahagian penyelenggaraan dalaman di sebuah hotel, di sini, lemas ketika beriadah di Pantai Bagan Pinang, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Wahab Harun berkata, mangsa, Mohamad Shahizul Azwan Kamaruzzaman, 19, disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson, di sini.

"Siasatan awal mendapati, sekitar jam 5.45 petang mangsa bersama rakan-rakannya beriadah di kawasan pantai berkenaan dan berenang dengan jarak sehingga 100 meter dari pantai.

"Satu jam kemudian mereka kembali berenang ke darat, namun sebaik tiba di pantai rakan-rakannya menyedari kehilangan mangsa," katanya.

Abdul Wahab berkata, rakan-rakan mangsa kemudian meminta bantuan nelayan di Pengkalan Nelayan Bagan Pinang dan dua bot berserta anak kapal membantu mencari mangsa.

"Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 7.10 malam sekitar 50 meter dari kawasan pantai dan orang awam yang berada di situ turut membantu membawa mangsa ke hospital," katanya.

Mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak dituntut keluarganya, semalam.


Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Sabtu Januari 14, 2012

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.

10 minit tenggelam di laut
Harian Metro 9 Nov 2010
PORT DICKSON: "Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau."
Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut pasang secara tiba-tiba.

Pemancing lemas air laut bergelora
Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Berita Harian 23 Feb 2010
PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

New Straits Times 4 Oct 2010
PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Sinar Harian 17 Feb 2010
PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010
PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010
PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007
PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005
PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.
While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.
  

Bas ekspres di Malaysia tak mesra pengguna Islam

Posted: 24 Jun 2012 05:52 PM PDT

25 Jun 2012 ; BAS EKSPRES DAN SOLAT - Kami sebagai pelajar kebanyakannya merantau jauh ke negeri lain untuk ke tempat pengajian dan menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama pada musim cuti semester ataupun cuti-cuti perayaan untuk pulang ke rumah.

Kami amat bergantung kepada perkhidmatan bas ini kerana kosnya lebih murah dan masa perjalanan yang lebih singkat berbanding kereta api.

Namun terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam hampir setiap perjalanan kami iaitu pemandu bas tidak berhenti di stesen R&R bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat.

Hal ini menyebabkan kami sebagai penumpang berasa amat tidak senang dan susah hati kerana terpaksa meninggalkan solat yang merupakan suatu kewajipan yang amat besar nilainya.

Saya yakin kebanyakan penumpang mempunyai perasaan yang sama seperti ini.

PELAJAR IPT MALAYSIA

PAS Kulaijaya

Posted: 25 Jun 2012 07:33 AM PDT

PAS Kulaijaya


Lawatan Kebajikan PAS Kawasan Kulai.

Posted: 24 Jun 2012 06:57 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 25 Jun 2012 07:03 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PRESIDEN UNTUK SEMUA RAKYAT!

Posted: 24 Jun 2012 07:18 PM PDT

PARTI ISLAM DI MESIR MENANG

Posted: 24 Jun 2012 07:08 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 25 Jun 2012 03:14 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


IJTIMAK TARBAWI

Posted: 24 Jun 2012 04:08 PM PDT


IJTIMAK TARBAWI ANJURAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH PADA HARI   KHAMIS  28.6.2012  7.00 MALAM HINGGA 9.30 MALAM: IFTAR JAMEI,SOLAT HAJAT DAN KULIAH MAHRIB DARUL ANSAR LANCANG TEMERLOH PAHANG .SEMUA AHLI PAS KAWASAN TEMERLOH DIMANITA HADIR. KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK TEMERLOH.

UMNO-BN HENDAK RAMPAS DUN KUALA SEMANTAN DARI PAS

Posted: 24 Jun 2012 03:25 AM PDT

UMNO-BN  AKAN MERAMPAS DUN KUALA SEMANTAN DARI PAS,DEMIKIAN KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KETUA BAHAGIAN UMNO TEMERLOH DATO' SAKAR SHAMSUDDIN YANG DIBUATNYA DALAM SINAR HARIAN AHAD 24.6.2012.KENYATAAN INI MENCABAR KEPADA  PETUGAS  - PETUGAS PAS  - PR SUPAYA BEKERJA LEBIH  KERAS DEMI MEMPERTAHANKAN DUN KUALA SEMANTAN DIRAMPAS OLEH UMNO-BN.
 KERATAN AKBAR SINAR HARIAN 24.6.2012



HJ MD JUSOH DARUS  YDP  PAS KAWASAN TEMERLOH BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEPERTAHAN DUN KUALA SEMANTAN.
EN.ZUBIR OMAR PENGARAH MTD  KUALA SEMANTAN KENA KUAT MEMPERTAHANKNA DUN KUALA SEMANTAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan