TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8.yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
PUAN MURSYIDAH MOHD AMIN KETUA HALWA DUN KUALA SEMANTAN (PENGARAH PROGRAM)
PESERTA PROGRAM
USTAZ ZAKARIA OMAR JURU ACARA PROGRAM BERSAMA ISTERI
PESERTA PROGRAM
PAKAIAN TERPAKAI PERCUMA
JUALAN AMAL
PESERTA MENDAFTAR SUKANEKA
PEGAWAI SUKANEKA NISA' TEMERLOH
PESERTA SUKANEKA KANAK-KANAK
PESERTA SUKANEKA KANAK -KANAK
HADIAH SUKANEKA,HAMPER SUMBANGAN KEBAJIKAN,HADIAH CABUTAN NO BERTUAH
ACARA SUKANEKA SEDANG BERJALAN
AJK HALAWA
TUAN SYED HAMID SYED MUHAMMAD ADUN KUALA SEMANTAN MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PROGRAM.
TUAN HJ MD JUSOH DARUS YDP BERSAMA EN.ZUBIR OMAR PENGARAH MTD KUALA SEMANTAN DAN IMAM MENIKMATI JAMUAN.
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA YANG BERJAYA DALAM CABUTAN NO BERTUAH.
TEMERLOH :23 Jun 2012 satu program cakna rakyat dun Kuala Semantan upu pangasaenam bertempat di kg Paya Kerbau, program tersebuat bermulapada pukul 8.00 pagi hingga 1 tengahhari, dengan acara –acara : sumbangan kebajikan,sukaneka kanak –kanak ,remaja dan dewasa,jualan amal, pakaian terpakai percuma,cabutan nombor bertuah dan semakan daftar pemilih anjuran Halwa dun kuala Semantan, dalam petermuan dengan Ketua Halwa Dun Kuala Semantan Puan Mursyidah Mohd Amin ,beliau menyatakan bahawa program ini untuk memperiratkan hubungan sillaturrahim dengan penduduk- penduduk yang berada di upu Pangsaenam dan menambahkan kegiatan halwa dalam tahun ini,dalam acara perasmian YB.Syed Abdul Hamid Syed Muhammad Adun Kuala Semantan beliau menyatakan bahawa PRU13 hampir tiba,beliau menyatakan marilah kita kekalkan dun kuala semantan dengan memilih PAS , kalaulah kita tidak dapat menjadi pemerintah, kita jadi pembangkang yang boleh menegur kesalahan dan kesilapan kerajaan .Beliau mengucapkan kepada Halwa dun kuala Semantan kerana berjaya mengadakan program ini.Insya Allah akan di adakan di upu-upu lain dalam dun kuala semantan pada masa yang lain , turut sama dalam program ini ialah Tuan Haji Md.Jusoh Darus YDP PAS kawasan Temerloh dan En.Zubir Omar Pengarah MTD Kuala Semantan.
Program tersebut dimeriahkan dengan sukaneka dan cabutan nombor bertuah.Dengan Juru acara program ustaz Zakaria Omar Ketua Penerangan Urusan Ulama PAS Temerloh . Wassalam .(Disediakan oleh :ustaz Zakaria Omar Ketua Penerangan Urusan Ulama PAS Temerloh).
Saya ingin mengulangi apa yang YB katakan semalam bahawa kena setkan dalam minda semua pejuang PAS Kota Raja bahawa kita hendak menang dan mara menuju Putrajaya.
Ini penting supaya selepas minda ini di setkan dalam kepala dan pemikiran kita, selepas itu kita akn fokus untuk dalam keadaan apa sekali pun hatta menempuh apa juga cabaran dan kesusahan untuk merealisasi sasaran yang telah ditetapkan.
Selain itu Dr Mariah juga mengingatkan kita bahawa perjuangan ini memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Read more
NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.
Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.
Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.
Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.
"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam.
Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.
Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka.
Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.
ISTANBUL - Syria menembak jatuh pesawat pejuang Turki di Laut Mediterranean dan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas berhubung insiden itu, yang mungkin membuka dimensi baru dalam penentangan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Syria mendakwa pesawat F-4 itu sedang terbang rendah dan berada dalam kawasan perairannya apabila ditembak, awal pagi waktu Malaysia.
Tentera laut kedua-dua negara sedang terlibat dalam operasi mencari kedua-dua juruterbang jet itu.
Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan berkata, pihak tentera Turki dan Syria akan bekerjasama bagi mencari kedua-dua juruterbang pesawat F-4 yang hilang itu.
"Turki akan menyatakan pendirian selepas insiden itu disiasat dan tindakan lanjut akan diambil," katanya.
Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon berkata, beliau mengikuti keadaan itu dengan teliti.
"Saya berharap insiden yang serius ini dipandang serius oleh kedua-dua pihak melalui saluran diplomatik," katanya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak perdebatan atas alasan bukan budaya politik di negara ini.
"Kalau takut berdebat dengan pemimpin pembangkang, janganlah kata ini bukan budaya (kita) sebab ada di kalangan pemimpin Umno yang sedia berdebat.
"Jadi yang budaya kita itu apa?" kata Mustafa (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana menteri semalam terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran debat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia bergantung kepada keadaan dan bukan "budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita."
Ditanya sama ada beliau menolak berdebat dengan Anwar, Najib tidak menjawab secara langsung tetapi berkata, yang penting rakyat ada maklumat cukup membuat keputusan sama ada BN lebih baik atau pembangkang.
Menurutnya tindakan Najib itu juga mungkin berlaku kerana beliau takut "gilirannya akan tiba" memandangkan pemimpin Umno lain seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah sudah pun berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Barang kali yang ada dalam kepala Najib, lain kali kalau ada debat lagi mestilah tak boleh 'turun ke bawah' dan akan 'naik ke atas'.
"Naik ke atas (giliran) dialah. Kalau ketakutan, jawab sahajalah 'saya takut'," kata Mustafa sambil ketawa kecil secara sinis.
Menurutnya lagi, dakwaan Najib itu juga tidak tepat kerana agama Islam sendiri menganjurkan perdebatan sebagai perkara yang boleh dilakukan
"Ada ayat menyatakan kalau kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang paling baik," katanya. -mk
Semenjak saham Exxon/Mobil dibeli oleh syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara, San Miguel Corporation, semua stesen minyak Esso dan Mobil diseluruh negara akan berubah wajah..pakai jenama Petron..San Miguel Corporation bukankah anak Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir ada kepentingan?.. -FB
ALOR GAJAH - Jambatan sementara berdekatan Balai Polis Pulau Sebang, dekat sini, yang menjadi laluan penduduk dari Pulau Sebang ke Kemuning, terpaksa ditutup bermula petang kelmarin kerana berlaku mendapan.
Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 4 petang sebelum disedari Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Sebang, Zakaria Abdullah.
Zakaria berkata, menjadi rutin hariannya selepas hujan untuk meninjau keadaan jambatan itu bagi memastikannya selamat digunakan penduduk.
Menurutnya, ketika tiba di kawasan jambatan itu, beliau mendapati air sungai melimpah ke arah Alor Gajah.
"Selepas itu, saya lihat batu konkrit di kawasan jambatan sudah beralih kedudukan," katanya.
Zakaria berkata, selepas itu, beliau memaklumkan perkara berkenaan kepada Sidang Kampung, Abdul Malik Sulaiman sebelum merujuk kepada pihak polis dan pihak berkaitan.
"Tanpa membuang masa saya segera menghubungi sidang dan kontraktor untuk menutup jalan dan selepas itu, pihak polis tiba.
"Mujur ketika jambatan itu mendap tiada kenderaan yang melaluinya walaupun kebiasaannya jalan di kawasan ini sering sesak," katanya.
Katanya, diharap pihak kontraktor dapat menyegerakan kerja-kerja baik pulih jambatan sementara itu kerana ia adalah jalan utama penduduk Kemuning, Solok Menggong, Bukit Bulat, Hutan Percha untuk ke Alor Gajah.
Sementara itu, Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Kapt (B) Abd Karim Sulaiman berkata, beliau dimaklumkan perkara itu dan sudah merujuk kepada jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Kita memang tidak menyangka keadaan ini akan berlaku di mana aliran hakisan sungai deras melalui bahagian bawah konkrit menyebabkan struktur jambatan mendap dan mengalami keretakan," katanya.
Justeru, beliau berharap pihak JKR dapat mengkaji semula penstrukturan jambatan berkenaan berikutan laluan alternatif yang ada sekarang turut mendatangkan kesukaran kepada pengguna jalan raya.
"Saya akan bawa perkara ini dalam perbincangan dengan pihak JKR supaya dapat menggesa pihak kontraktor menyegerakan kerja-kerja baik pulih secepat mungkin," katanya.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.
Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.
"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu. Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi. 300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.
Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.
Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.
"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji.
Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.
Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.
Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.
KUANTAN - Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Begitu keadaan menggambarkan nasib bekas operator kilang, Rahmat Abdul Rahman, 27, yang menanggung penderitaan berganda selepas pemergian arwah ayah tahun lalu dan kini terlantar selepas disahkan menghidap kanser otak tahap empat pada November lalu.
Anak keempat daripada sembilan adik-beradik itu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala pada April lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dia terlantar
berikutan sebelah kiri badannya lemah.
Abangnya, Rusdi, 31, berkata, ketumbuhan itu juga menyebabkan saraf mata adiknya rosak hingga buta kedua-dua mata.
Menurutnya, episod duka bermula selepas Rahmat diserang sawan pada September lalu dan sejak itu, kesihatan adiknya kian terjejas sehingga terpaksa berhenti kerja.
"Sebelum ini adik ceria, peramah dan disenangi semua orang. Dia tidak pernah mengadu sakit ataupun mempunyai sebarang penyakit kronik, malah pada mulanya kami menganggap ia penyakit biasa dan tidak seteruk ini.
"Selepas itu, kami membuat pemeriksaan di hospital dan adik disahkan menghidap penyakit ini pada November lalu. Doktor menyatakan dia hanya mempunyai peluang 50-50 untuk sembuh kembali," katanya.
Ditanya harapan adiknya, Rahmat selalu meluahkan impiannya untuk kembali pulih.
"Sekarang kami adik-beradik menampung kos rawatannya. Kami ada merujuk masalah adik ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beberapa minggu lalu dan kini sedang menunggu maklum balas," katanya.
Dia ditemui bersama adiknya ketika menerima kunjungan dan sumbangan daripada ahli Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah (Bakkis) diketuai Yang Dipertuannya, Wan Azlan Wan Salleh di rumahnya di Lorong Balok Permai 6, di sini, semalam.
Kunjungan itu turut disertai polis dan ahli Pertubuhan Kerabat Merong Wangsa Malaysia (Merong) Cawangan Pahang sempena program Ziarah Jariah dianjurkan Bakkis.
Sementara itu, Wan Azlan menggesa semua pihak turun padang dan menghulurkan bantuan sewajarnya untuk membantu golongan memerlukan seperti keluarga Rahmat.
"Rahmat perlu dibantu segera. Kita simpati dengan keadaannya. Kunjungan Bakkis hari ini (semalam) adalah antara aktiviti dalam program Ziarah Jariah sedang giat dijalankan," katanya.
23 Jun 2012 , Taman Klebang Putra : Hampir 4 tahun pemilik premis perniagaan di sini terpaksa menanggung sewa yang tinggi tetapi tidak mendatangkan hasil, mereka seolah-olah teraniaya dengan janji-janji pemaju sebelum pembelian di buat tempohari, rata-rata mereka terpaksa membayar hampir RM1200 sebulan kepada pembiaya pinjaman.
Salah seorang pemilik kedai di situ mengatakan "dulu mereka menjanjikan tempat ini akan menjadi pusat komersil yang paling maju di tempat ini, tetapi setelah hampir 4 tahun kami membeli kedai ini, apa pun tak ada, yang kami paling runsingkan ialah kegiatan jenayah yang mencuri pintu 'shuttle' dan kabel letrik"
Kami di PASTAMBUN.blogspot mendapati sebuah sekolah telah siap di bina tetapi masih tiada pelajar, apakah yang alasan pihak yang bertanggungjawab tentang isu ini?
Sdr Zairul Azrun Ketua Pemuda Tambun menyarankan supaya masyarakat Taman Klebang Putra samasekali tidak memberi walau 1 undi kepada BN pada pilahanraya nanti ini kerana janji-janji mereka untuk menyediakan prasarana lengkap kepada penduduk di sini tidak dilunaskan dan mendesak supaya para pembeli di Taman Klebang Putra mengadakan desakan kepada Dato Husni supaya isu ini diselesaikan dengan segera ataupun BN Tambun di ajar oleh pengundi pada PRU 13 nanti.
You are subscribed to email updates from Pas Tambun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
23 Jun 2012 GEMENCHEH – Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai pesakit berkenaan. Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan, keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai sakit mental.
Menurutnya, penyakit itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa pakar mahupun kaunselor.
"Dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu diremehkan dalam kalangan masyarakat.
"Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini, kelmarin.
Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan, kerisauan dan was-was serta nyanyuk.
"Komuniti setempat boleh memainkan peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila, buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan," katanya.
Beliau berkata, pesakit mental boleh diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak semestinya berlaku.
"Jika diambil contoh penyakit seperti kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan mewarisi penyakit berkenaan.
"Begitu juga dengan pesakit mental. Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit berkenaan adalah kecil," katanya.
"Jika di Gemencheh ini dicatatkan seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18 daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya
SEREMBAN – Kehadiran lori keluar masuk di Jalan Taman Tuanku Jaafar 2/4, Senawang di sini, sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa gusar penduduk kerana terdedah bahaya setiap hari.
Penduduk mendakwa, sejak sebuah pasar raya di taman terbabit dinaik taraf, kewujudan lori keluar masuk semakin bertambah sehingga mengganggu ketenangan dan keselesaan mereka.
Terbaru, seorang warga emas nyaris maut apabila sebuah lori secara tiba-tiba merempuh pagar rumahnya ketika dia sedang berehat bersama ahli keluarganya di pekarangan rumah.
Menceritakan kejadian, anaknya, K DhanLachmi, 48, berkata, insiden itu yang menjadi kebimbangannya selama ini kerana lokasi rumahnya berdepan jalan utama. "Saya tidak boleh lupa kejadian ini kerana ia nyaris meragut nyawa ibu saya. Selama ini saya masih boleh bersabar apabila lori melanggar tong sampah penduduk di luar rumah, tapi sekarang pagar rumah pula jadi sasaran," katanya.
Bagi M Tamil Arasi, 50, penduduk di situ hanya berasa selamat jika berada di dalam rumah kerana risau dengan kenderaan keluar masuk di hadapan rumahnya tanpa mengira waktu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak pengurusan pasar raya terbabit dalam waktu terdekat bagi mencari penyelesaian.
"Jika perlu, kita akan menghantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk ambil tindakan," katanya ketika melawat kawasan berkenaan bersama Adun Senawang.
KUALA LUMPUR, 23 Jun Sabtu - Pakatan Rakyat (PR) menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.
Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
Katanya, ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
"Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti," katanya.
Abdul Aziz berkata, penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
PIBG dan ibubapa sebuah SJKT di Sg Air Tawar yang dibina di sebuah ladang yang dikatakan bernilai RM1.8juta amat tidak berpuas hati terhadap kementerian pelajaran Malaysia kerana meluluskan yang dikatakan bangunan tambahan sekolah tersebut 3 km jauh daripada tapak sekolah asal. Guru dan pelajar di arah berpindah ke bangunan sekolah baru tersebut ketika sesi penggal kedua baru ini bermula. Lokasi bangunan baru ini telah menimbul satu kontroversi di kalangan ibubapa yang bertegas tidak mahu anak mereka bersekolah di bangunan baru itu di atas faktor keselamatan yang membimbangkan. Ini berpunca daripada pemilihan lokasi yang terletak antara 2 rentis TNB bervoltan tinggi yang digunakan untuk mengalir letrik peringkat tempatan DAN JUGA NASIONAL. Hujjah ibubapa, sudah ada pun seorang pekerja Indonesia yang mati ketika sedang bekerja terkena kejutan letrik semasa hujan
Pengerusi PIBG beserta Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ibubapa menzahirkan kebimbangan mereka kepada EXCO Pendidikan kerajaan Selangor dan memohon perhatian daripada pihak kerajaan negeri.YB Dr Hjh Halimah Ali setelah merasmikan Hari Ilmu daerah Sabak Bernam bergegas ke kawasan tersebut apabila diberitahu Penghulu Mukim ditemani oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sabak Bernam.
Beliau menasihatkan Pengerusi PIBG menulis surat dan memberi kronologi pembinaan, perpindahan sekolah tersebut dan masalah-masalah yang sedang dihadapi dan kebimbangan mereka untuk dipteliti dan kemudian dipanjangkan kepada kementeria pelajaran untuk dapat tindakan sementara.
Beliau juga menasihati mereka supaya berunding dengan estet untuk membenar sesi persekolahan itu diteruskan di bangunan sekolah yang lama yang selamat dan masih boleh digunakan agar pembelajaran anak-anak mereka tidak terjejas.
Difahamkan oleh penolong pegawai daerah, mereka tidak bersetuju dengan pembinaan banguna sekolah. Begitu juga majlis daerah namun kementerian pelajaran meneruskan projek yang jelas memberhayakan itu dengan mengarahkan JKR untuk menyipakan projek.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa guru-guru di Malaysia ini bekerja dalam keadaan stres atau tekanan yang melampau lebih-lebih lagi apabila jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran memantau guru-guru di sekolah. NUTP mengulas mengenai kes kanak-kanak 5 tahun yang meninggal dunia setelah ibunya seorang guru sekolah terlupa anaknya tertinggal dalam kenderaan kerana tergesa-gesa mengejar waktu kerana nazir Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan pada hari kejadian.
NUTP: Teachers under huge pressure to deliver
23 June 2012
STRAIN: 'Stress levels shoot up during invigilations to assess performance'
JOHOR BARU: Their stress levels were most apparent when they knew of invigilators or inspectorates turning up to assess their performance, she added.
Lok was commenting on the case of a teacher who had forgotten about leaving her 5-year-old son alone in her MPV for more than six hours on Wednesday. The boy died.
A friend of the boy's parents had said the mother was under tremendous pressure on the day of the incident as Education Ministry officials were at the school to observe teachers in the classrooms.
"I have experienced such pressure before, and I know teachers get stressed when officials come to their school to evaluate their performance.
"The pressure is such that some of them cannot sleep for two or three nights. Others even get distracted while driving and they don't know where they end up in."
She said many teachers wanted to give their full commitment at work and this might cause them to sacrifice their commitment for family and affect their wellbeing.
JOHOR BAHRU - Seorang guru sekolah rendah terkejut selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam.
Menurut sumber polis, guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di sini keluar dari rumah di Taman Perling, kira-kira jam 7 pagi dan sepatutnya menghantar anaknya ke salah sebuah tadika berhampiran tempat dia bekerja.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk ke sekolah terlebih dahulu kerana bimbang terlewat untuk mengimbas kad perakam waktu.
"Selepas itu dia terlupa yang anaknya ditinggalkan di dalam kereta seorang diri dan hanya menyedarinya kira-kira lima jam kemudian.
"Wanita itu bergegas ke keretanya kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati kanakkanak terbabit terbaring tidak sedarkan diri di dalam kenderaan itu," katanya.
Menurutnya, apabila dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia.
Usaha wartawan Sinar Harian untuk menemui keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.
Sumber polis turut mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.
23 Jun 2012 GEMENCHEH – Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai pesakit berkenaan. Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan, keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai sakit mental.
Menurutnya, penyakit itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa pakar mahupun kaunselor.
"Dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu diremehkan dalam kalangan masyarakat.
"Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini, kelmarin.
Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan, kerisauan dan was-was serta nyanyuk.
"Komuniti setempat boleh memainkan peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila, buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan," katanya.
Beliau berkata, pesakit mental boleh diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak semestinya berlaku.
"Jika diambil contoh penyakit seperti kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan mewarisi penyakit berkenaan.
"Begitu juga dengan pesakit mental. Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit berkenaan adalah kecil," katanya.
"Jika di Gemencheh ini dicatatkan seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18 daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya
SEREMBAN – Kehadiran lori keluar masuk di Jalan Taman Tuanku Jaafar 2/4, Senawang di sini, sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa gusar penduduk kerana terdedah bahaya setiap hari.
Penduduk mendakwa, sejak sebuah pasar raya di taman terbabit dinaik taraf, kewujudan lori keluar masuk semakin bertambah sehingga mengganggu ketenangan dan keselesaan mereka.
Terbaru, seorang warga emas nyaris maut apabila sebuah lori secara tiba-tiba merempuh pagar rumahnya ketika dia sedang berehat bersama ahli keluarganya di pekarangan rumah.
Menceritakan kejadian, anaknya, K DhanLachmi, 48, berkata, insiden itu yang menjadi kebimbangannya selama ini kerana lokasi rumahnya berdepan jalan utama. "Saya tidak boleh lupa kejadian ini kerana ia nyaris meragut nyawa ibu saya. Selama ini saya masih boleh bersabar apabila lori melanggar tong sampah penduduk di luar rumah, tapi sekarang pagar rumah pula jadi sasaran," katanya.
Bagi M Tamil Arasi, 50, penduduk di situ hanya berasa selamat jika berada di dalam rumah kerana risau dengan kenderaan keluar masuk di hadapan rumahnya tanpa mengira waktu. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak pengurusan pasar raya terbabit dalam waktu terdekat bagi mencari penyelesaian.
"Jika perlu, kita akan menghantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk ambil tindakan," katanya ketika melawat kawasan berkenaan bersama Adun Senawang.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang ahli falsafah yang juga merupakan ahli politik dari Ireland yang hidup pada tahun 1729 hingga 1797 iaitu "All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing" yang bermaksud ; Apa yang diperlukan untuk kejayaan golongan jahat adalah apabila golongan baik tidak berbuat apa-apa.
Sebenarnya Islam telah mengutarakan masalah ini lebih 1400 tahun yang melalui Rasul saw dalam kitab Al Quran dalam aspek Amar Ma'ruf Wal Nahi Munkar
AKIBAT TIDAK MELAKSANAKAN 'AMAR MA'RUF WAL NAHI MUNKAR'
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imraan ayat 110 yang mafhumnya :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kerana menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah.
Daripada ayat tersebut juga kita dapati bahawa sesungguhnya 'Amar Ma'ruf Wal Nahi Munkar' adalah garis lurus yang terbesar dalam Islam. Jika kita terus membiarkan kemungkaran itu dilakukan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mencegahnya, pastinya kita akan turut sama merasa tempias bala yang menimpa.
PEPATAH MELAYU ADA MENGATAKAN "MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG." PEPATAH INI MENGAJAR KITA SUPAYA MENDIDIK ANAK –ANAK SEJAK IA MASIH KECIL LAGI,MAKA BEGITULAH IBUBAPA HENDAKLAH MENDIDIK ANAK-ANAK SUPAYA MENGERJAKAN SEMBAHYANG SEJAK IA KECIL LAGI, KERANA RASULULLAH BERSABADA :
مروا اولادكم بالصلاة لسبع واضربواهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع .
SURUHLAH ANAK-ANAKMU MENGERJAKAN SEMBAHYANG APABILA MENCAPAI
USIA 7 TAHUN DAN HENDAKLAH DIPUKUL KALAU TIDAK SEMBAHYANG KETIKA USIA 10 TAHUN DAN PISAHKAN TEMPAT TIDUR MEREKA ( ANTARA ANAK LELAKI DENGAN ANAK PEREMPUAN ).
TERANG DAN NYATA BAHAWA ANAK – ANAK HENDAKLAH DIAJAR SEMBAHYANG KETIKA USIA 7 TAHUN,KERANA ANAK –ANAK YANG DILATIH DAN DIDIDIK SEJAK KECIL MEREKA TIDAK AKAN BERASA MALAS UNTUK MENUNAIKAN SEMBAHYANG,KERANA ALAH BISA TEGAL BIASA ,DAN BOLEHLAH DIKENAKAN HUKUMAN JIKA IA MALAS KETIKA USIA MEREKA MENCAPAI 10 TAHUN, TUJUANNYA SUPAYA MEMBERI PERINGATAN KEPADA MEREKA BETAPA PENTINGNYA IBDAT SEMBAHYANG INI.
RIBUAN MANUSIA MENZIARAHI KETIKA PEMERGIANNYA 23.6.2002
BERSAMA - SAMA PEMIMPIN DUNIA ISLAM
KONV MUASSASAH
MELAMBAI-LAMBAIKAN TANGAN
DI PERSIDANGAN DUNIA ISLAM DI
PAKISTAN.
BERSAMA DENGAN ISTERI TERSAYANG DATIN KHADIJAH IBRAHIM .
23Jun 2002 yang lalu adalah tarikh yang mengejutkan semua pihak ,terutamanya ahli keluarga dan jamaah, serta umat Islam amnya.Bukan sahaja kejutan bagi umat Islam tanah air, bahkan pemimpin dan gerakan Islam di seluruh dunia melahirkan rasa sedih dan hiba di atas kehilangan seorang tokoh dakwah dan ahli politik yang disegani di abad ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Pemimpin yang dikasihi dan dihormati,Al Mahrum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor,satu nama yang cukup harum di persada politik tanah air sejak beliau menerajui kepimpinan gerakan Islam tersohor,Parti Islam se Malaysia (PAS).Kini Al-Mahrum adalah merupakan sebuah legenda.
Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor telah dilahirkan pada 13Mac 1937 di pecan kecil Pumpung ,Alor Setar,Kedah.Berketurunan UlamaKedah Petani di sebelah ibu,Sl-Marhumah Hajah Hindun bt Haji Andul Rahman,manakala dari sebelah bapanya,Al-Marhum Haji Mohd Noor bin Abd Hamid pula berasal dari keluarga tani yang serba serdaha.Insan lain yang banyak berjasa di dalam hidupnya ialah ibu mertuanya sendiri , Al-marhumah Haja Hawa bte Haji Abdul Rahman .Berkat dari keserdahanaan hidup dan dengan menempuh pelbagai ranjau kehidupan,Al-Marhum membesar sebagai seorang insan bermaruah .
Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor telah mengahrungi pahit getir, suka duka, dan susah senang kehidupan sebelum beliau meniti satu tangga kejayaan.Bermula dari alam persekolahan dan alam remaja (1950 – 1960 an),beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Rendah Kebangsaan Derga,Alor Setar,Kedah.Seterusnya,beliau menyambung pengajian di sekolah aliran agama Maktab Mahmud juga di Alor Setar.Seterusnya beliau Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (syariah ) dari Universiti al-Azhar Cairo Mesir .Beliau kemudiannya kembali berkhidmat di Maktab Mahmud sebelum ditawarkan jawatan pensyarah pengajian Islam di UTM ,Kuala Lumpur pada tahun 1972.Pada tahun 1975 beliau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Mesir, tetapi terpaksa menangguhkan kerana memangku Jawatan Presiden ABIM, kerana Presiden ABIM Dato' Sri Anuar Ibrahim ditahan di Kem Kemunting (ISA).
Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud.Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya pada tahun tersebut.Sering mengikuti kempen pilihanraya yang ceramahnya disampaikan oleh Dr.Burhanuddin Al-Helny dan Prof.Zulkifli Muhammad.
Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Ketil dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah,Jawatan yang tertinggi yang disandang beliau ialah NYDP (1979 -1983),Timbalan YDP 1983 -1989 ),Presiden PAS (1989 -2002).
Di dalam pilihan raya memenangikerusi di peringkat Dun dan juga Parlimen.Di Parlimen pernah menjadi ketua pembangkang, merupakan ahli Parlimen yang lantang bercakap dan disegani oleh pihak lawan dan kawan.
Semoga Allah menempatkan rohnya bersama para anbiya dan Syhada, genap 10 tahun pemergian beliauyang meninggalkan perjuangan PAS yang belum mencapai matlamatnya untuk menegakkan hukum Islamdi Bumi Malaysia ini.Bersempena mengingati pemergian beliau marilahkita semua ahli – ahli PASmenyambung perjuangan beliau dengan penuh semangatdemi untuk mencapai kemenangan dalam PRU 13 ini cemerlang. WASSALAM .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan