Jumaat, 18 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 May 2012 01:42 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Guan Eng ajak Palanivel bincang isu kuil Muniswaran

Posted: 18 May 2012 01:01 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) mengajak Presiden MIC Senator Datuk Seri G. Palanivel duduk bersama bagi menyelesaikan isu perobohan kuil Hindu Sri Muniswaran.

Lim Guan Eng dalam suratnya kepada Palanivel berkata, perjumpaan tersebut sebagai usaha mencari jalan bagi membina semula kuil berkenaan agar dapat membela martabat kaum India dan agama Hindu khususnya di Negeri Pulau Pinang.

"Pertemuan boleh diadakan di pejabat saya di Pulau Pinang atau pejabat Senator Datuk Seri di Putrajaya," katanya.

Guan Eng juga menafikan kerajaannya terlibat dalam perobohan kuil berkenaan sebaliknya ia adalah tindakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan.

"Yang sepatutnya meminta maaf bukanlah Saya tetapi YB Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sebagai Pengerusi PPSB dan YBhg. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagaě Pengerusi (Penang Port Commission) PPC," jelas Guan Eng.

Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius dan mengutuk tindakan PPSB dan PPC kerana tidak menghormati sensitiviti agama dengan membenarkan kuil yang menjadi tempat ibadat pekerja-pekerja India PPSB yang terletak di Prai BCT dirobohkan.

Terdahulu, Palanivel dalam kenyataan di sebuah akhbar Bahasa Inggeris mendesak Guan Eng meminta maaf ekoran kenyatannya dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkaitan dengan perobohan Hindu Sri Muniswaran oleh PPSB pada 20 April 2012 tanpa sebarang notis diberikan.

Bagaimanapun, Guan Eng menegaskan beliau membuat kenyataan tersebut ekoran keengganan Adun Umno Hilmi Yahya meminta maaf dalam mesyuarat Dun kepada penganut agama Hindu atas kesilapan itu apatah lagi masih tidak membina semula kuil tersebut.

Harakah Daily

Nik Aziz sarung selendang cinta untuk isterinya

Posted: 18 May 2012 12:59 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarungkan selendang tanda cinta yang tidak berbelah bagi pada isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Tuan Guru menyarungkan selendang berkenaan sempena majlis Himpunan Isteri Pimpinan dan Muslimat Kelantan – Gempur PRU 13, di Pusat Tarbiah Islamiah PAS Kelantan (PUTIK) tengahari tadi.

(Tuan Guru Nik Aziz menyarungkan selendang cinta untuk isterinya, Tuan Sabariah)

Sebelum ini Tuan Guru menghadiahkan bunga kepada isterinya yang tercinta itu, namun hari ini ianya agak berlainan menjadikan majlis bertambah ceria.

Program sehari itu anjuran Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa.

Tuan Guru ketika merasmikan majlis ini mengingatkan para isteri mencontohi isteri-isteri pimpinan terdahulu yang telah banyak mengorbankan masa, kewangan dan sebagainya untuk perjuangan Islam.

Sambungnya, apa yang penting para isteri atau muslimat wajib mengikut perintah Allah kerana akan memperolehi hasil yang manis masa depan.

"Bonda Nabi Musa diperintahkan Allah membuang anaknya itu ke laut selepas disusukan hingga kenyang, walaupun hati begitu pilu berpisah dengan anak apa lagi mesti dibuang ketika masih bayi, namun kerana perintah Allah, dia berbuat demikian.

"Akhirnya Nabi Musa membesar dalam istana Firaun yang dibesarkan oleh ibu angkatnya sendiri Asiah,"ujarnya.

Ketika berucap pada majlis penutup, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Siti Zailah Yusof, juga turut menyeru para isteri mengambil contoh para isteri pimpinan khasnya yang dikenakan tahanan ISA.

Menurutnya, walaupun hidup mereka sengsara sepanjang suami mereka tiada, namun kekentalan jiwa mereka sentiasa kukuh.

Program separuh hari itu turut dihadiri Normah Alwi (isteri timbalan Presiden PAS) dan beberapa orang pimpinan muslimat PAS Pusat yang lain, selain Timbalan Purnama, Siti Zubaidah Abdul Hamid dan lain-lain pimpinan.

Harakah Daily

Muzakarah: Muhyidin tak faham atau buat tak faham

Posted: 18 May 2012 12:57 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin tidak faham dengan muzakarah yang dicadangkan oleh PAS atau berpura-pura tidak faham.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, muzakarah yang ditawarkan kepada semua NGO dan parti politik jelas untuk menerangkan pendirian PAS mengenai isu-isu yang tidak difahami oleh sesetengah pihak.

"Jadi tidak berbangkit soal PAS hendak bermuzakarah dengan Umno atas dasar untuk penyatuan politik. Isu itu sudah lama mati," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk NGO dan parti politik.

Muzakarah terbaru yang dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah lebih kepada membincangkan isu perkataan Islam pada nama PAS.

Tuan Guru Nik Aziz berkata, sudah lama PAS tunggu muzakarah.

Ini ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng dan beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.

Namun, semalam Muhyidin menyebut Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Menurut Sinar Harian, walaupun agak terkejut dengan pelawaan PAS itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Nik Abdul Aziz.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya.

Harakah Daily

Petani bimbang pokok kepala diserang ulat

Posted: 18 May 2012 12:42 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MARANG — Sekumpulan pengusaha tanaman kelapa di Kampung Tengah, Jambu Bongkok dekat sini, berdepan masalah serangan ulat yang menyebabkan pokok kelapa kering dan kurang mengeluarkan buah sejak dua bulan lepas.

Ketika ditemui Bernama hari ini, Aminah Mohd, 60, berkata serangan ulat tersebut bukan sahaja merosakkan daun tetapi juga menyebabkan air buah kelapa muda terasa payau dan busuk.

"Putik kelapa pula gugur kerana kepanasan," katanya yang menanam lebih 100 batang pokok di atas tanah seluas 1.2 hektar.

Katanya, serangan ulat terbabit pernah berlaku dua tahun lepas membabitkan semua tanaman kelapa di kampung tersebut, namun masalah itu hanya berlaku sekejap dan pokok terlibat kembali pulih.

"Kami bimbang jika masalah ini berterusan akan menjejaskan bekalan kelapa untuk musim raya nanti," katanya yang bergantung hidup sepenuhnya pada kebun kelapa tersebut.

Aminah berkata, pada kebiasaannya kebun itu mampu mengeluarkan hasil 300 biji setiap kali dipetik dan dijual pada harga RM1 sebiji kepada peraih tempatan atau dijual sendiri.

"Kelapa merupakan hasil utama makcik dan mungkin penduduk sekitar kampung juga. Kalau serangan ulat ini berterusan, ia akan mengancam pendapatan kami.

"Sebenarnya makcik tidak tahu hendak mengadu kepada siapa mengenai masalah ini. Saya berharap pihak yang berkaitan seperti Pejabat Pertanian atau lain-lain agensi mengambil tindakan terhadap serangan ulat tersebut agar pokok-pokok berkenaan kembali pulih," katanya. — BERNAMA

Gerhana matahari cincin 20 Mei

Posted: 18 May 2012 12:38 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Kenapa DBKL 'main wayang' dengan 'protes burger'?

Posted: 18 May 2012 12:20 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan hari ini menuntut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi penjelasan ekoran membenarkan 'protes' penjual burger di hadapan rumah Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Desakan itu dimuatkan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Khas Datuk Bandar Md Aznan Md Zain pagi tadi.

Turut serta dalam penyerahan itu Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, wakil PKR Fahmi Fadzil dan PAS Mohd Suhaimi Abdul Aziz.

Memorandum tersebut dihantar sebagai tanda bantahan terhadap sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lambat bertindak menghalang perkara itu berlaku.

Menurut Lim Lip Eng, DBKL sepatutnya peka kerana ia melanggar Akta Jalan Parit Bangunan 1974 kerana membuat kacau ganggu di jalan keluar masuk kediaman individu, menggangu privasi ketenteraman individu.
Sementara itu, Fahmi meminta Ahmad Fuad memberi penjelasan apakah tindakan selanjutnya akan diambil oleh DBKL jika tindakan perhimpunan dan gerai burger itu melanggar peraturan-peraturan DBKL.

"Sekiranya perbuatan tersebut adalah salah, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh DBKL," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Suhaimi meminta agar pihak polis, DBKL menjalankan tugas mereka dan bertindak segera.

"Kita tidak mahu perkara ini terus berulang dan pihak polis mahupun DBKL perlu bertindak dengan tegas.

"Saya menyifatkan apa yang dilakukan oleh kumpulan tersebut adalah bersikap dendam terhadap pengerusi Bersih itu dan lebih menjurus kepada serangan peribadi," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) telah mencetuskan kontroversi apabila bertindak membuat 'protes burger' di hadapan rumah Ambiga yang juga merupakan seorang peguam.

Harakah Daily

Pengasas Melaka, Yusof Enjah meninggal

Posted: 18 May 2012 12:17 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MASJID TANAH: Salah seorang pengasas PAS Melaka, Haji Yusof Enjah, 88 meninggal dunia jam 7.00 malam semalam di Hospital Terendak, Melaka.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Air Limau di sini jam 10 pagi semalam.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Setiausaha Perhubungan Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, pimpinan PAS Negeri dan Kawasan dari seluruh negeri Melaka.

Adly dalam kenyataan ringkasnya melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yusof Enjah.

"Beliau merupakan antara orang yang mengasaskan PAS Melaka, jasa dan
pengorbanan beliau tetap dikenang oleh pejuang Islam di Melaka," kata
Adly.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para anbia, solihin dan syuhada.

Al Fatihah.

Harakah Daily

Ketakutan siswa kembali semula

Posted: 18 May 2012 12:11 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

1. Sejarah mencatatkan bahawa ketika tahun – tahun akhir pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, budaya takut atau 'culture of fear' menular dalam kalangan masyarakat termasuk para akademia dan mahasiswa.

2. Tambahan pula, dengan kehadiran Akta Universiti Kolej Universiti 1971, Akta 174 dan Akta 555 memanaskan lagi bahang ketakutan para cendekiawan ini.

3. Selama berpuluh tahun mahasiswa berada dalam ketakutan pabila hidup dalam undang-undang drakonian ini.

4. Namun begitu, perubahan dapat dlihat apabila beberapa gerakan mahasiswa di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia mula menunjukkan taring bagi memperjuangkan isu kebebasan akademik dalam negara ini.

5. Ditambah dengan kemenangan kes UKM4 yang menunjukkan keputusan AUKU tidak sah dibawah Perlembagaan membuatkan mahasiswa lebih berasa selesa.

6. Sehingga Adam Adli digantung, mahasiswa bertambah ligat memperjuangkan isu-isu yang melanda negara.

7. Selepas ditekan, Perdana Menteri Najib Razak juga membuat pindaan supaya dimansuhkan AUKU dan undang – undang seumpamanya.

8. Malangnya , selepas kononnya pindaan dibuat tiga mahasiswa(UM3) iaitu Muhammad Safwan Anang, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Muhammad Syahid telah dikenakan tindakan AUKU atas sikap dan tindakan mereka dalam demonstrasi Anti – PTPTN tempoh hari. Mereka dikatakan memalukan nama universiti serta mengganggu ketenteraman awam. Justeru , mereka digantung satu semester, dikenakan amaran keras serta denda RM200 setiap seorang.

9. Jadi, saya melihat gerakan mahasiswa yang mula konsisten ketika memperjuangkan kebebasan akademik hingga PTPTN mula malap apabila beberapa pemimpin 'terkena'.

10. Besar kemungkinan pencerahan yang tegar belum dilaksanakan oleh Solidariti Mahasiswa, oleh itu mudah sahaja mereka dihinggapi 'culture of fear' pabila persekitaran dan atmosfera berubah.

11. Saya menyeru supaya mahasiswa kembali muhasabah. Apa yang kalian mahu sebenarnya?

12. Dan perjuangan ini akan diteruskan. Ia bukan sekadar disini, tetapi merupakan satu perjalanan yang masih panjang.

MEGAT HIDAYAT,
Fakulti Undang-undang
UiTM

Harakah Daily

Umno 'putus harapan' dengan Majlis Peguam, Suhakam

Posted: 18 May 2012 12:07 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan Umno yang mahu menubuhkan Akademi Undang-undang mungkin kerana mereka sudah 'putus harapan' terhadap Majlis Peguam yang tidak lagi boleh dijadikan 'pak turut' mereka.

AJK PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata, cadangan tergegsa-gesa kerajaan terhadap penubuhan akademi itu hanya selepas Majlis Peguam memberi pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 adalah dilihat tindakan sangat terdesak.

"Ini reaksi terdesak oleh Umno berhadapan dengan kecaman badan itu terhadap keganasan polis yang sudah tentu diarah kerajaan dalam menangani himpunan Bersih 3.0.

"Ini juga memperlihatkan Umno putus asa dan hilang keyakinan terhadap Majlis Peguam kerana pandangan badan itu tidak menyebelahi mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin yang bersetuju jika agensi baru seperti Akademi Undang-undang ditubuhkan bagi 'mengimbangi' Majlis Peguam sedia ada.

Cadanagn Nazri itu dipercayai dibuat ekoran 12 usul tergempar yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu berhubung himpunan Bersih 3.0.

Antara lain, usul itu mengutuk tindakan ganas polis sewaktu menyuraikan peserta.

Mengulas lanjut Kamaruddin berkata, adalah tidak mustahil nasib sama bakal menimpa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang juga menyatakan pandangan mengutuk tindakan ganas polis dalam himpunan Bersih 3.0 lalu.

Sebelum ini juga, jawatankuasa inkuiri Suhakam bagi menyiasat insiden Bersih 2.0 pada Julai tahun lalu juga merumuskan bahawa pihak polis telah melanggar hak asasi sewaktu menyuraikan peserta pada hari tersebut.

"Tak mustahil kerajaan akan umum tubuh Suhakam satu lagi untuk saingi suhakam sedia ada.

"Kalau semua nak dibuat ada dua, sudah tentu yang ada sekarang ini tidak akan lagi memihak kerajaan manakala yang baru akan pro kerajaan," katanya.

Harakah Daily

Silap-silap peneroka Felda lagi teruk!!!

Posted: 18 May 2012 12:04 AM PDT


26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Harakah Daily

Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib

Posted: 18 May 2012 12:02 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.

Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.

Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.

Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.

Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.

Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.

Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.

Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.

Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.

Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.

Harakah Daily

Syria tahan tentera upahan

Posted: 18 May 2012 12:00 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bashar al-Assad, Presiden Syria

Bashar dakwa ia bukti penentang kerajaan bukan aktivis prodemokrasi

BEIRUT: Syria menangkap tentera upahan asing yang membantu pembangkang negara itu sekali gus membuktikan tenteranya memerangi pengganas, bukannya aktivis prodemokrasi.

Presiden Bashar al-Assad mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual kali pertama selepas hampir setengah tahun oleh stesen televisyen Russia, Rossiya-24.

Barat hanya bercakap mengenai keganasan oleh pihak kerajaan. Tiada yang diperkatakan langsung mengenai pengganas.

Bashar al-Assad, Presiden Syria Bashar berkata, negara Barat tidak mempedulikan keganasan oleh pengganas dan akan menuntut penjelasan daripada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan yang melawat Damsyik lewat bulan ini.

Katanya, sejak ketibaan pemerhati PBB, serangan pengganas meningkat sekalipun pertempuran secara langsung antara askar kerajaan dan musuh berkurangan.

"Negara Barat hanya bercakap mengenai keganasan oleh pihak kerajaan. Tiada yang diperkatakan langsung mengenai pengganas," katanya.

Lebih 200 pemerhati PBB ditempatkan di seluruh Syria untuk memantau perjanjian gencatan senjata, yang berulang kali dicabuli oleh kedua-dua pihak sejak ia berkuat kuasa 12 April lalu.

Selain itu, katanya, keputusan pembangkang yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Syria (SNC) untuk memulaukan pilihan raya Parlimen awal tahun ini mencemarkan nama baik SNC.

"Gesaan memulaukan pilihan raya, ia sama dengan desakan memulaukan rakyat. Bagaimana hendak memulaukan rakyat jika anda anggap mewakili mereka?

"Jadi, saya tidak rasa mereka mengutamakan kepentingan Syria " katanya dalam kenyataan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Russia.

Bashar berkata, pelampau agama dan anggota al-Qaeda dari luar negara adalah antara pasukan yang menentang kerajaannya.

"Ada tentera upahan asing, sebahagiannya masih hidup. Mereka ditahan dan kami sedia tunjukkan kepada dunia," katanya.

Temu bual terakhir Bashar adalah dengan pengacara ABC, Barbara Walters, Disember lalu. Temubual terbaru dibuat dengan media Russia kerana negara itu menjadi sekutu paling setia Syria.

Agensi berita Associated Press (PA) menyatakan, Russia menjual senjata kepada Syria dan menghalang tindakan terhadap Damsyik di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambah menjejaskan lagi tentangan terhadap Damsyik ialah tindakan satu kumpulan aktivis mengancam untuk menarik diri daripada blok pembangkang atas alasan SNC sudah menjauhi semangat revolusi.

Kumpulan itu dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) yang menuduh kepemimpinan SNC gagal berunding dengan anggota blok dan membuat keputusan sendiri dalam isu besar. – AP

Selangor ada kelebihan jika pilihan raya berasingan

Posted: 18 May 2012 12:00 AM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.

Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.

"Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.

"Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.

"Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.

"Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.

Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.

"Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.

"Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain," ujar Ibrahim lagi.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.

Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program "Selangorku Bersih" hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.

Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.

Harakah Daily

Muzakarah: Sudah bertahun Umno tak sahut

Posted: 17 May 2012 08:57 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkenaan pelawaan bermuzakarah antara Umno dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula.

"Ini kerana Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah mereka serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM menganggap pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Menurutnya, mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, kata beliau umum telah memahami sepak terajang politik sedemikian dan tindakan ini hanya menambah kekuatan sokongan terhadap PAS.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kesal kerana dalam keadaan terdesak begini barulah Umno mahu mengadakan muzakarah dengan PAS sedangkan selama ini PAS yang paling kuat difitnah dan dikutuk.

"PAS dan pemimpin tertingginya dituduh sesat, jumud, tidak bertamadun, konservatif, memecahbelahkan masyarakat, menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik, serta tuduhan yang maha berat terhadap YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS sebagai 'bapa kafir'.

"Dalam keadaan demikian tidak sekelumit pun PAS dibenarkan membela diri untuk menjawab tohmahan liar tersebut," ujarnya.

Katanya lagi, agak menghairankan parti yang dituduh sesat, jumud dan lemah diajak berbincang pula.

"DPPM menegaskan bahawa pucuk pimpinan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan pemimpin Umno untuk kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara," ujarnya.

Tegasnya, PAS sedia atas platform apa pun sama ada muzakarah, dialog, debat, forum dan lain-lain dan bersedia di mana-mana pentas sekalipun.

Beliau berkaya, yang hanya PAS inginkan adalah muzakarah tersebut diadakan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan melihat isi muzakarah tersebut.

Jelasnya, PAS tidak mahu ianya dibuat secara tertutup kerana ia menghalang maklumat daripada pengetahuan rakyat.

Malah, ujarnya PAS secara konsisten mengajak Umno untuk berdebat dalam pelbagai isu termasuk politik dan pembangunan negara.

Beliau menegaskan lagi, PAS bersedia menawarkan pemimpin-pemimpin kanan untuk bermuzakarah dengan mana-mana pemimpin tertinggi Umno.

Selain itu, ujarnya DPPM juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri dalam pelbagai isu.

Harakah Daily

Majlis sertai PAS di merata Sabah

Posted: 17 May 2012 08:56 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KINABATANGAN: PAS berkembang pesat di Negeri Bawah Bayu dengan majlis penyertaan menjadi ahli PAS berlaku di mana-mana sahaja pemimpin PAS pergi.

Yang menyertai PAS pula bukannya rakyat biasa tetapi para pemimpin masyarakat tempatan.

Di Kampung Bukit Garam, Kinabatangan, 15 menyertai PAS dengan diketuai oleh bekas Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Sairin Muyang.

Beliau yang merupakan bekas Ketua Umno cawangan Bukit Garam menyerahkan borang penyertaan kepada Azman Shapawi Abdul Rani, AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Ia diadakan dalam satu majlis yang penuh meriah di rumah Sairin Muyang sendiri.

Turut serta di majlis itu adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, wakil PKR dan Pengarah Piliharaya PAS Kawasan Kinabatangan, Encik Innah Tuton.

Sebelum itu, Azman memberikan tazkirah di Masjid Al-Ghaffar, Batu 8, Kota Kinabatangan.

Azman adalah salah seorang AJK Lajnah Penerangan PAS yang menyertai ekspedisi ke Sandakan, Sabah mulai 14 hingga 16 Mei lepas.

Pada 14 Mei, rombongan yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu merasmikan surau Al-Harakah di Pulau Shanghai, setengah jam menaiki bot dari perlabuhan Sandakan.

Di majlis itu, lebih 25 penduduk pulau itu menerima sijil keahlian PAS selepas mereka membuat permohonan menyertai PAS dalam kunjungan pertama rombongan pada Disember 2011 lalu.

Pada 15 Mei, 25 penduduk Pulau Tanjung Batu juga dalam Parlimen Kinabatangan mengisi borang permohonan untuk menyertai PAS.

Mereka diketuai sendiri oleh Ketua Kampung mereka, Selamat bin Abdillah.

Harakah Daily

Ganti Majlis Peguam gimik Umno - Aziz Bari

Posted: 17 May 2012 08:54 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Umno-BN makin terdesak apabila membangkitkan isu penubuhan akademi undang-undang bagi menggantikan Majlis Peguam yang mencetuskan pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0.

Tegas pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, isu ini telah banyak kali dibangkitkan tetapi ia hanya menjadi gimik Umno sahaja.

"Mereka melihat badan seperti itu hanya sebagai satu lagi institusi untuk menempatkan para pengampu dan kroni Umno sama seperti kebanyakan agensi termasuk universiti dan IPTA", ujarnya.

Apa pun, tambah Aziz, institusi seperti akademi undang-undang mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu yang berbeza dengan fungsi Majlis Peguam.

"Majlis Peguam, sama seperti MMA dalam konteks doktor perubatan atau Lembaga Arkitek mempunyai peranan dan kuasa memantau profesyen berkenaan," katanya.

Beliau berasa hairan mengapa menteri-menteri Umno, termasuk yang berkelayakan sebagai peguam, boleh mengarut dan setuju dengan cadangan menubuhkan majlis peguam yang baru.

"Mungkin itu sebabnya mengapa menteri-menteri Umno yang berkelayakan sebagai peguam sering merepek dan bercakap tidak berdasarkan undang-undang," ujarnya sinis.

Bagi beliau, tidak perlu ada Majlis Peguam yang baru hanya kerana Umno-BN tidak senang dengan yang ada sekarang kerana isu ini bukan perkara baru.

"Ia telah berulang kali dibangkitkan oleh Umno, khususnya apabila Majlis Peguam mengambil pendirian yang tidak mereka sukai.

"Tetapi nanti apabila majlis mengeluarkan pendapat yang Umno suka parti itu akan berdiam diri dan isu itu akan mati begitu sahaja," tambah mantan profesor undang-undang UIAM itu.

Aziz berkata, Majlis Peguam bukanlah Badan Bukan Kerajaan atau NGO, sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan melalui akta parlimen.

Harakah Daily

Tiada kuasa: Peter Chin budak suruhan Umno?

Posted: 17 May 2012 08:53 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui disifatkan sebagai budak suruhan Umno sahaja apabila gagal melaksanakan tugasnya sebagai menteri.

Sehubungan itu, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar (gambar) menyarankan agar beliau meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini lanjutan kepada laporan akhbar Sinar Harian pada 16 Mei 2012 atas tajok : "Tak Boleh Paksa Syarikat Air" – Menteri Tiada Kuasa Minta Syarikat Konsesi Setuju Cadangan Struktur Semula Air"

Menurut Xavier, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, kerajaan negeri Selangor melahirkan rasa kesal dengan jawapan Peter Chin itu yang mengatakan bahawa beliau tiada kuasa berbuat demikian.

"Apa yang jelas kepada kita ialah beliau sebenarnya bukan tidak mempunyai kuasa sebagai Menteri Pusat tetapi kuasa beliau 'tidak laku' terhadap syarikat milik kroni UMNO/BN seperti syarikat konsesi Puncak Niaga dan Syabas, dua buah syarikat milik bekas Bendahari UMNO Selangor.

"Lantaran itu kita melihat Peter Chin hanyalah bertindak sebagai 'budak suruhan' kepada UMNO/BN dan adalah wajar beliau melepaskan jawatannya sebagai seorang Menteri Pusat dengan kadar segera kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya," kata Xevier.

Kerajaan negeri, katanya, akan meminta Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri untuk menfailkan 'judicial review' bagi tujuan mendapatkan Mahkamah memperjelaskan 'kuasa' Menteri tersebut.

Harakah Daily

Daftar pemilih: JPN, SPR jangan ‘pekak badak’

Posted: 17 May 2012 08:52 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai 'pekak badak' dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih 'kotor dan tidak bersih' dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.

"Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia," kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan 'kecuaian' JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.

Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat 'kecuaian' yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu 'bantuan' daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.

Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.

"Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera," ujarnya lagi.

Harakah Daily

Berpusing sebelum terbakar

Posted: 17 May 2012 08:51 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERAI – Seorang lelaki berhadapan dengan detik cemas selepas kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam satu kejadian, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 30an itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya ketika melalui Kilometer 139 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara, dekat susur keluar Perai lalu melanggar pembahagi jalan.

Akibat rempuhan kuat itu, kenderaan mangsa kemudiannya berpusing melawan arus sebelum terbakar.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan diselamatkan orang awam yang menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejurus kemudian untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Perai, Timbalan Penguasa Bomba A'azelan Hassan ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.54 pagi mengatakan ada sebuah kereta sedang terbakar di lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan tiba enam minit kemudian.

"Kemalangan membabitkan seorang lelaki Cina berusia lingkungan 30an. Kebakaran mengakibatkan kenderaan mangsa musnah 100 peratus. Namun, mujur mangsa sempat diselamatkan orang awam yang terlihat akan kejadian.

"Kita berjaya mengawal api dalam masa dua minit dan padam sepenuhnya pada jam 5.10 pagi," katanya yang tidak kemungkinan mangsa memandu dalam keadaan mabuk.

A'azelan berkata, setakat ini punca kebakaran belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi tujuan itu.

Sinar Harian

Plat senget kelirukan JPJ

Posted: 17 May 2012 08:50 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KEMAMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan 'trend' terbaru pemandu kereta di negeri ini yang menggunakan nombor plat hadapan yang diletakkan dalam kedudukan senget, sekali gus membuatkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu mengelirukan serta menyukarkan penguat kuasa JPJ ketika operasi dilakukan selain nombor pendaftaran itu juga sukar dirakam oleh kamera di zon perangkap had laju.

Ekoran kesalahan terbabit yang dikategorikan dalam kesalahan teknikal, beberapa kereta turut dikenakan kompaun dan diberikan notis arah periksa oleh JPJ pada Operasi Pengarah yang dilakukan di sempadan Terengganu-Pahang, di Kampung Geliga, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pada operasi yang dilakukan bermula jam 4.30 hingga 6.30 petang itu sebanyak 12 kesalahan teknikal dikesan termasuk yang membabitkan penggunaan nombor pendaftaran senget.

"Untuk kesalahan penggunaan nombor plat sendeng atau senget ini kita turut kenakan hukuman mengikut Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010) iaitu kompaun sebanyak RM100 tetapi jika lewat dibayar dalam tempoh yang ditetapkan kompaunnya boleh meningkat kepada RM150 dan RM250.

"Selebihnya kesalahan teknikal dari segi penggunaan cermin gelap. Penggunaan cermin gelap dan juga plat senget ini kita berikan notis arah periksa dalam tempoh 10 hari mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sekiranya notis diingkari saman boleh dikeluarkan," katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan.

Pada operasi selama dua jam melibatkan 25 pegawai dan anggota JPJ itu, sebanyak 24 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan penggunaan tayar botak.

Mengulas lanjut, kata Abdul Rahman, Kemaman terpilih sebagai lokasi Operasi Pengarah itu memandangkan pada 13 dan 14 Julai depan, JPJ sekali lagi akan berkampung di daerah ini bagi perasmian Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) siri 2/2012.

"Melalui operasi sebegini pihak kami dapat mendekati masyarakat bagi menguar-uarkan program yang berkonsepkan mesra rakyat ini. Kami mahu masyarakat tahu JPJ bukan sekadar sebagai penguat kuasa undang-undang lalu lintas sahaja malah boleh juga mendekati masyarakat.

"Dengan cara operasi sebegini, rakyat boleh didekati secara terus oleh JPJ tanpa dimanipulasi. Masyarakat tidak seharusnya melihat operasi yang dijalankan itu sebagai halangan atau bebanan kepada mereka tetapi perlu melihat ia sebagai satu pendekatan kaedah mendidik," katanya.

Menurutnya, perasmian SKSJ siri 2/2012 nanti akan diadakan di Felda Neram 2 membabitkan seramai 500 penduduk seluruh Kemaman termasuk dari Felda Seberang Tayor dan Seri Bandi akan mendapat lesen B2.

Sinar Harian

Bapa dua anak, lepas hukuman gantung

Posted: 17 May 2012 08:46 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Bapa kepada dua anak menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, kelmarin, daripada dakwaan mengedar heroin, tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Affandi Mohammad, 38, yang diwakili peguam bela Wan Zainuddin Wan Musa.

Sebelum ini, Affandi dituduh mengedar dadah jenis heroin seberat 52.45 gram di dalam sebuah kereta di hadapan Surau Haji Awang, Kampung Losong Haji Awang, di sini, 4 Januari 2011 kira-kira jam 9.45 malam.

Dengan itu, Affandi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama yang boleh digantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Mohd Yazid dalam penghakiman berkata, terdapat percanggahan dan kekeliruan keterangan mengenai pembuktian elemen pemilikan dadah oleh tertuduh.

"Selepas menimbang dan mengambil kira keterangan saksi pendakwaan, saya mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan pertuduhan mengedar dadah, maka mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh," katanya.

Sinar Harian

Hodak tidak teruja kehebatan Ronaldinho

Posted: 17 May 2012 08:45 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

"SAYA tidak teruja dengan kehebatan Patrick Ronaldinho Wleh. Itu komen ringkas Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang dilihat melancarkan perang psikologi menjelang perlawanan akhir Piala FA edisi ke-23, Sime Darby FC menentang pasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Sambil membayangkan pasukannya mempunyai ramuan lengkap bergelar juara kali ini, Hodak menjelaskan tiada apa perlu dibimbangi di sebalik ancaman berbahaya penyerang import Sime Darby FC seperti yang digembar-gemburkan akhbar sebelum ini.

"Dia mungkin bagus dalam Liga Premier apabila menjaringkan gol yang banyak. Tetapi saingan Liga Premier dan Liga Super adalah berbeza.

"Fokus saya hanyalah mempersiapkan pasukan Kelantan bagi perlawanan ini. Tiada siapa mampu menghalang cita-cita Kelantan memandangkan kami merupakan pasukan berkualiti dan menjadi pilihan bergelar juara.

"Pemain saya sudah bersedia sepenuhnya daripada segi fizikal dan mental. Malah jika penentuan juara terpaksa ditentukan dalam masa tambahan atau sepakan penalti sekali pun itu bukan menjadi masalah besar kepada kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi latihan terakhir Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, petang semalam. Skuad The Red Warriors berlepas ke ibu negara pagi ini.

Dalam pada itu, Hodak mengakui berdepan kesukaran untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik memandangkan rata-rata barisan pemainnya kini bersaing hebat untuk merebut tempat di dalam pasukan.

"Dalam kepala saya sudah ada lapan pemain yang bakal disenaraikan. Tiga kekosongan lagi saya belum dapat ilham....mungkin esok (hari ini) atau menjelang hari perlawanan. Saya tahu mungkin ada pemain yang kecewa (tidak disenaraikan), tetapi apa pilihan yang saya ada kerana hanya perlu menyenaraikan 18 pemain terbaik sahaja," katanya.

Sinar Harian

Penguat kuasa wanita nyaris ditetak

Posted: 17 May 2012 08:43 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota penguat kuasa syariah wanita daerah Kuala Terengganu berdepan detik mencemaskan apabila nyaris ditetak dengan sebilah parang semasa menjalankan tugas 'berwaran' di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, di sini, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam, mangsa bersama seorang pegawai dan enam anggota lain telah menyerbu rumah suspek untuk menahannya kerana mempunyai waran tangkap kes khalwat.

"Bagaimanapun, suspek, 27, yang ketika itu sedang asyik menonton televisyen bersama seorang perempuan dipercayai tiada hubungan pertalian darah, naik berang sejurus mengetahui kehadiran anggota berkenaan yang sebelum itu telah mengetuk pintu rumahnya beberapa kali.

"Suspek yang dikenali sebagai Abang John itu pada mulanya cuba menyembunyikan diri di dalam almari, namun setelah cubaannya gagal, dia mula menunjukkan 'belang' dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Manoharan berkata, suspek bertambah berani setelah melihat anggota berkenaan tidak melawan, lalu terus meluru ke bahagian dapur mendapatkan sebilah parang dan cuba mengugut akan menetak salah seorang penguat kuasa terbabit.

"Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak daripada terkena hayunan parang oleh suspek yang datang secara melulu. "Tidak puas dengan itu, suspek bertindak lebih melampau dengan menetak cermin van jabatan yang diparkir di hadapan rumahnya," katanya.

Menurutnya, suspek, seorang peniaga, berjaya ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Hiliran, di sini.

"Barang kes iaitu sebilah parang berjaya dirampas dan kini suspek akan direman untuk disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana halang tugas penjawat awam," katanya.

Sinar Harian

BAM sangkal dakwaan Yong Sung

Posted: 17 May 2012 08:42 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menafikan dakwaan bekas Jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Yoo Yong Sung berikutan kenya­taan pedas yang dilemparkan kepada badan induk itu, kelmarin.

Dakwaan kononnya jurulatih Korea Selatan itu tidak diberi peluang dan hak melatih pemain tertentu dikatakan tidak benar, sebaliknya mendakwa peletakan jawatan Yong Sung dibuat selepas BAM menolak permintaan menaikkan gaji beliau.

Menurut BAM, awal Mac lalu, Yong Sung mengadakan perte­muan dengan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh meminta gajinya dinaikkan selain memohon pemain tertentu berada di bawah kendaliannya.

Ketua Jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her kemudiannya mengadakan perbincangan dengan semua jurulatih beregu termasuk Yong Sung bagi menentukan peranan mereka.

"Hasil mesyuarat jurulatih beregu lelaki pada 20 Mac lalu, Yong Sung ditugaskan melatih pemain antaranya Mak Hee Chun, Teo Kok Siang, Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han.

"Yong Sung sekali lagi bertemu pengurusan BAM dan meminta perkara sama ditunaikan dan ini permintaan beliau untuk kali ketiga," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

Menurut BAM, penjelasan sudah dibuat kepada Yong Sung, termasuk menetapkan senarai pemain untuk setiap jurulatih, selain menambah baik program kejurulatihan dan peranan mereka untuk pertandingan antarabangsa.

Manakala permintaannya untuk kenaikan gaji akan diusul pada mesyuarat Exco 27 April, lalu. Bagaimana mesyuarat memutuskan untuk menyambung kontrak tetapi tiada sebarang kenaikan gaji dibuat.

"Disebabkan itu, dia meletak jawatan," katanya.

Sementara itu, pada majlis berasingan semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong enggan mengulas lanjut masalah dalaman BAM.

"Saya tidak ada terima apa-apa laporan daripada BAM mengenai perkara itu. Biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri," katanya kepada media di Bukit Jalil, semalam.

Sinar Harian

Tevez perlekeh Fergie

Posted: 17 May 2012 08:40 PM PDT

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

CARLOS Tevez memanjangkan siri pertelagahannya dengan Sir Alex Ferguson apabila mengeluarkan kenyataan 'Saya tidak menyesal' ketika ditemu bual portal ole.com.ar yang berpangkalan di Argentina.

Tevez, 28, mem­buat kenya­taan itu selepas ditanya wartawan adakah dia menyesal atas tindakannya menunjukkan pos­ter bertulis R.I.P Fergie (bersemadi dengan aman, Fergie) ketika Manchester City meraikan kejayaan menjuarai EPL, baru-baru ini.

"Setiap kali dia (Ferguson) mengkritik pemain atau bercakap negatif mengenai saya, tiada siapa yang tampil untuk memintanya meminta maaf.

"Tapi bila dia diejek atau dijadikan bahan lawak, semua orang mahu anda meminta maaf kepadanya.

"Apa pun saya tidak menyesal dan tidak akan meminta maaf kepadanya," katanya.

Sinar Harian

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 18 May 2012 01:09 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Tawaran Negara Berkebajikan PAS

Posted: 17 May 2012 08:51 AM PDT

Expresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya

Posted: 17 May 2012 08:49 AM PDT

Boikot NST

Posted: 17 May 2012 08:47 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 17 May 2012 09:27 PM PDT

DPP PADANG TERAP


MAJLIS PENYERAHAN BORANG KEAHLIAN PAS DAN RAMAH MESRA BERSAMA BOB LOKMAN DI MARKAS PAS KUALA JANING

Posted: 17 May 2012 03:22 AM PDT












N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 17 May 2012 07:24 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Sekitar Sumbangan Kek Sempena Hari Guru 2012 Oleh ADUN Sura

Posted: 17 May 2012 09:52 AM PDT

DUNGUN, 17 Mei Khamis - Seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli tidak pernah melupakan peranan dan jasa warga pendidik dalam melahirkan masyarakat berilmu.
Sehubungan dengan itu, sempena Sambutan Hari Guru 2012 yang disambut serentak di seluruh negara tanggal 16 Mei, sebanyak 46 biji kek diagihkan ke sekolah kebangsaan dan menengah, Pejabat Pelajaran Daerah, tabika kemas dan kelas tabika perpaduan serta PASTI sekitar DUN Sura.
Wakil penyerahan kek ke sekolah kebangsaan dan menengah serta Pejabat Pelajaran Daerah Dungun ialah Pengarah MTD Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Nik disertai oleh Timbalan Pengarah 1 MTD Sura, Cikgu Haji Mohd Amin Hamid dan Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim.
Wakil penyerahan kek ke PASTI dan kelas tabika perpaduan pula ialah Setiausaha Pemuda DUN Sura, Encik Ashadi Sidek diiringi oleh Ketua Urusan Pemilih DUN Sura, Encik Mohammad Said.
Sementara wakil penyerahan kek ke tabika kemas ialah Muslimat DUN Sura yg terdiri daripada isteri ADUN Sura sendiri, Puan Hjh Siti Zaliha Mohd dan Ketua Muslimat DUN Sura, Puan Hjh Rokiah Yusof serta AJKnya, yang terdiri daripada di antaranya Puan Hajjah Roslina Harun, Puan Rohani Mohamad Yusof, Puan Wan Zaleha Wan Mohd, Puan Rakiah Asuak, Puan Ruziana Yusof, Puan Noraslita Tahir dan Puan Noliah Ngah.

PAS LENGGONG

Posted: 17 May 2012 07:04 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 17 May 2012 07:03 PM PDT


Hishammuddin, ini gambar Tonto atau anggota polis?

http://manjongmari.blogspot.com,18 Mei 2012

Friday, May 18, 2012

Dato Seri Hishamudin ? Ini gambar Tonto atau anggota polis..


Kenyataan Umum
17 Mei 2012
MENTERI DALAM NEGERI HARUS PERJELAS PERANAN ANGGOTA POLIS MENYAMAR DALAM PESERTA BERSIH.


Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa.

Pada 7 Mei, SAMM telah menghantar satu memorandum memperjelaskan tindakan ganas dan jenayah yang melibatkan anggota polis ketika himpunan BERSIH 3.0. Dalam memorandum tersebut juga disenaraikan anggota polis yang jelas gambar mereka dirakam terlibat melakukan jenayah kekerasan. (klik sini untuk membaca memorandum)

Perbagai persoalan timbul dan masih tidak mampu diperjelaskan oleh pihak regim khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. Malah bukan sahaja gagal memperjelaskan beberapa persoalan penting tetapi regim bertindak memusing dan menyelewengkan beberapa fakta penting pula. Namun sebenarnya ia semakin memerangkap regim dan mengelirukan orang ramai.

Terbaru pada 14 Mei lepas dalam satu sidang media di Putrajaya, Hishamuddin dengan jelas menyatakan 21 orang terdiri dari 141 individu yang tersenarai dan telah diiklankan dalam media kononya melakukan keganasan dalam himpunan BERSIH 3.0 telah menyerah diri. Apabila diasak oleh wartawan mengenai kenapa tindakan hanya pada orang awam tidak melibatkan polis yang bertindak ganas, Hishamuddin menyatakan antara 21 orang yang menyerah diri itu ada anggota polis juga.

Perhatian semua ditarik balik kepada gambar 141 orang yang kononya mengganas atau merusuh. Gambar ini konon diambil dari rakaman polis yang merakamkan secara rawak merakamkan individu yang merusuh. Bila ditanya pada sebelum itu ketika penyebaran gambar dibuat PDRM dengan yakin menyatakan individu yang diiklankan untuk desak serah diri itu semuanya dirakamkan melakukan keganasan. Tidak ada satupun dari 141 orang yang disiar gambarnya menggunakan seragam polis. Sebaliknya 14 Mei lepas Hishamuddin menyebut ada anggota polis serah diri kerana gambar mereka disiarkan.

Ini membawa maksud pengakuan dari Hishamuddin ada anggota polis berpakaian biasa juga bertindak ganas dan merusuh dalam Himpunan BERSIH 3.0. Menteri Dalam Negeri harus tampil menjelaskan perkara ini segera. Jika tidak beliau harus meletakkan jawatan kerana jelas Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merancang mempergunakan anggota keselamatan untuk menimbulkan kekacauan untuk memberikan kelebihan politik kepada parti politik penguasa regim.

Bagi pihak SAMM dan organisasi - organisasi Muda yang menghantar memorandum ke Bukit Aman pada 7 Mei lepas satu jawapan dan penjelasan rasmi dituntut. Kejadian 28 April jelas telah menimbulkan perbagai persepsi negatif rakyat kepada pihak keselamatan. Sehingga kini langsung tidak ada tindakan diambil. Sebaliknya PDRM terus angkuh dipergunakan untuk memburu orang ramai.

SAMM memberikan perhatian serius dalam isu peristiwa 28 April lalu dan perjuangan mendapatkan pilihanraya bebas dan adil. Kini SAMM sudah menyiapkan satu DVD khas dokumentari yang memperjelaskan BERSIH 1, Bersih 2.0 dan memperjelaskan kejadian BERSIH 3.0. DVD ini walaupun disiapkan oleh tenaga amatur muda tetapi ia merupakan dokumentari lengkap bagi memahamkan rakyat mengenai perjuangan BERSIH 3.0.

SAMM juga melalui sekutu organisasi masyarakat muda (ORMAS muda) di luar negara akan turut mengadakan program menonton dokumentari ini bagi memahamkan orang muda khususnya tetangga asean mengenai perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bebas dan adil.

DVD ini dijangka akan dilancarkan minggu hadapan (23 Mei) dan sudah mula boleh didapati di pasaran.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Posted: 17 May 2012 07:02 PM PDT


Peserta Bersih 3.0 dipukul dalam tahanan polis

Anis Nazri,17 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri untuk membantu siasatan didakwa dipukul ketika berada di dalam tahanan polis.

Mohd Safwan Mamat, yang berasal dari Terengganu didakwa dipukul dengan getah paip oleh pihak polis, selain ditampar empat kali oleh seorang tahanan lain.

Beliau yang menyerah diri di IPD Dang Wangi pada 14 Mei lalu, dibawa ke lokap polis setelah diambil keterangan berkenaan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

Dakwa peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Safwan dipukul oleh dua anggota polis, di samping dipaksa mengaku melakukan keganasan pada perhimpunan, 28 April lalu.

"Selain dipukul, Safwan mendakwa dia juga ditampar sebanyak empat kali oleh seorang tahanan lain, dengan anggota polis hanya melihat sahaja insiden tersebut," tegas Fadiah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Malah, katanya ketika Safwan dibawa ke lokap, seorang anggota polis menunjukkan Safwan ke arah tahanan dan mengeluarkan kata-kata seperti 'ini dari Bersih, dia samseng'.

Safwan, kemudiannya di bawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu, dan didakwa di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan bertindak membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya dan membuat aduan kepada pihak Lawyers for Liberty.

Kes beliau akan disebut pada 5 Jun akan datang.

Posted: 17 May 2012 07:01 PM PDT


[Gambar] Najib, Altantuya, Skandal Scorpene Kini "Hot" di Kanada dan Dunia

http://duniacacamarba.blogspot.com,18 Mei 2012
Akhbar dan media Malaysia tidak melaporkan kes ini. Sepatah haram pun tidak ditulis atau disebut oleh pembaca berita media pro-UMNO. Mak cik, pakcik di kampung mengetahui hal ini melalui Harakah, Keadilan, dan sebagainya. Abang, kakak di Felda mengetahui hal ini melalui siri ceramah dan sebagainya.
Namun bolehkah perkara ini disembunyikan di peringkat antarabangsa? Jawapannya ada di bawah ini:


P/s: Cepat-cepatlah ke Paris, bersihkan nama! kah kah kah!

Posted: 17 May 2012 07:00 PM PDT


Tiada PRU selagi kes Bersih 3.0 tergantung

Subky Latif,17 Mei 2012
SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu.
Bila lagi?
Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian  gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak  diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis  dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.
Cuepacs pula sedang meneliti siapa anggotanya yang turun padang untuk dikenakan tindakan. Guru-guru pula sedang diperhatikan siapa yang keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga sedang  diperhatikan.
Macam-macam tidakan dicadangkan untuk dikenakan. Jika betullah pro kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan, maka ia memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.
Dalam keadaan yang ada kerajaan tidak sekadar menggertak, tetapi sungguh-sungguh hendak bertindak. Tidak dapat hendak diramalkan apa bentuk  suasana jika semua tindakan itu dikenakan.
Adalah faedah politik yang dicari dari semua tindakan itu.
Jika semua tindakan itu hendak dikenakan, maka pilihan  raya tidak dapat diadakan selagi semua kes tidak selesai. Najib tidak akan membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan pilihanraya. BN dan Najib   tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya diadakan sedang semua kes itu  tidak  selesai.
Jika pilihan raya diadakan dalam keadaan demikian, maka apa jadi kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?
Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan semua arahan buru orang yang belum tertangkap. Semua yang sudah ditangkap dilepas dan tiada tindakan akan diambil.
Semua kes yang sudah didakwa digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara  dan pendakwa raya patut buat dengannya.
Presiden Ceupacs pun tentang tidak berkata apa-apa lagi kepada anak buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang daripadanya. Akan ada pandangan bagi dari pembesar Ceupacs.
Saya tidak tahu siapa jadi Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu tukar Ketua Polis Negara dan Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu. Tun  Hanif Omar akan jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa penyiasat yang diketuainya?
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?
Tentulah suasana akan berubah.
Perdana Menteri Najib macam mana? Dia akan jadi macam Dato Onn bin Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri Malaya selepas 27 Julai 1955.
Suasana itu antara yang sedang pun difikirkan oleh Najib.
Sebelum keadaan seperti itu berlaku Najib berfikir lagi tentang tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan adakan selagi semua yang polis cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari mereka akan didakwa, tetapi dia mahu supaya semua kes itu  diselesaikan dulu.
Dia tidak mahu semua kes itu tergantung ketika pilihan raya diadakan. Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa kesannya? Masa itulah yang menentukan kesannya.
Maka selepas semuanya selesai barulah tarikh pilihanraya diumumkan. Sebelum puasa atau selepas musim haji? Bergantung secepat mana semua kes itu dapat diselesaikan.

DPP Gopeng

Posted: 17 May 2012 03:43 PM PDT

DPP Gopeng


Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat

Posted: 17 May 2012 08:52 AM PDT



Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat
Rakyat  Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.
Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.
Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk  bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.
Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz. 
Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 May 2012 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MURSYIDUL AM SEDIA BERMUZAKARAH.. NAJIB ADA BERAN?

Posted: 16 May 2012 05:46 PM PDT


GENERASI MUDA TIDAK PROFESIONAL PENYOKONG UMNO : DEKAN UiTM

Posted: 16 May 2012 05:40 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei — Sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari sejak Jumaat lepas yang mendapat sambutan hebat 70% daripada mereka adalah golongan belia/ generasi muda.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Ramlah Adam, walaupun Umno mendapat sokongan generasi muda, Umno perlu memberi ruang kepada penyertaan kumpulan professional muda yang disifatkan sebagai "penentu kuasa politik Umno". 
   "Mereka inilah yang harus diberi perhatian kerana kuasa politik kumpulan profesional muda inilah yang akan menentukan kuasa kerajaan pada masa akan datang," katanya kepada Bernama di sini.

Ramlah berkata Umno akan rugi jika golongan profesional dan cendekiawan muda ini "dipinang" oleh pembangkang ekoran kelemahan Umno untuk "menyunting" mereka terlebih dahulu.

.... geng-geng pecah rumah je sokong UMNO... UMNO bagi duit makan dan minyak moto...so kurang sikit pecah rumah orang... huhuhuhuhu

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 May 2012 03:15 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


INILAH CARA BANGANG BE END!

Posted: 16 May 2012 07:34 PM PDT

Bila Majlis Peguam tak sebulu atau sependapat dengan mereka (BN) maka mereka akan buat yang lain. Bila ada negeri BN yang diperintah PR maka mereka akan tubuhkan JKP pula walau dah ada JKKK ...memang membazir duit rakyat.
Bila sesuatau Kementerian atau Jabatan BN kantoi atau beri keputusan yang buruk maka mereka(BN) akan tubuhkan surahanjaya atau pemantau.
Contohnya kementerian penggangkutan gagal mengawal ditubuhkan SPAD padahal mereka ada JPJ dan sebagainya.
Bila Hakim tak sebulu keputusan macam kes Tun Salleh Abbas maka mereka(BN) akan tubuhkan tribunal.
Kini bila majlis peguam tak sebulu dgn mereka walau keputusan Majlis Peguam memang selari dengan kehendak rakyat maka mereka nak tubuh majlis lain pulak! Inilah BN.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan pembangkang.Menggelarkan badan berkenaan sebagai "pembangkang", menteri berkaitan hal ehwal perundangan itu menegaskan kebanyakan peguan kecewa dengan kepimpinan di bawah Lim Chee Wee namun tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ahli kepada Majlis Peguam.

Ketika mesyuarat tergempar (EGM) minggu lalu, peguam Abu Backer Sidek berkata kepada pemberita beliau telah hilang minat untuk menjadi ahli "bodoh" Majlis Peguam, yang menurutnya bersifat berat sebelah.

Beliau mencadangkan dibentuk satu lagi Majlis Peguam sebagai alternatif untuk mereka yang mempunyai pendirian sepertinya.

"Saya akan berbincang dengannya (Abu) dan Peguam Negara untuk melihat sama ada terdapatnya kemungkinan untuk membentuk badan alternatif," katanya kepada The Malaysian Insider.~

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 May 2012 01:39 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Bilboard PAS Tangga Batu Dirosakkan

Posted: 16 May 2012 05:47 PM PDT


Ganas, tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Itulah yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan jahat iaitu engan merosakkan bilboard PAS Tangga Batu. Lihatlah gambar diatas, Jentera PAS yang bersusah payah untuk membangunkan bilboard ini telah diruntuhkan.

Pada minggu lepas, kita dikejutkan oleh berita Saudara Juhari, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia yang menerima sebutir peluru dan ugutan, kini bahan kempen PAS juga menjadi sasaran. Beginilah sikap pihak tidak bertamadun yang ingin menjatuhkan PAS tetapi hakikatnya PAS semakin diterima oleh rakyat tidak kira agama, bangsa dan kaum.

Namum begitu ia tidak mematahkan semangat PAS melaka untuk terus berjuang demi Islam dan untuk kebajikan rakyat. 

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"ALLAH berfirman dalam al-Quran "Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)"-surah al-Imran ayat 54
Moga Allah memberi mereka hidayah.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 17 May 2012 01:31 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Durian runtuh jadi tempoyak

Posted: 16 May 2012 04:39 PM PDT

Projek memberi duit dari kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang berjalan lancar. Ketika sekolah baru dibuka awal tahun ini ibu, ayah dan anak telah diberi 200 ringgit untuk membeli buku. Ini diikuti dengan pemberian 500 ringgit untuk keluarga yang berpendapatan dibawah 3000 ringgit sebulan. Ini 'sedekah jariah' yang tidak berulang.

Orang ramai sedia maklum bahawa tahun ini ialah tahun pilihan raya. Justeru, duit ini juga adalah duit untuk membeli sokongan mereka. Kesampaian duit-duit ini menjadikan orang ramai dan para pengundi sedar tentang hikmah PRU12 yang lalu.

Akibat dari melesetnya sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional dan United Malays National Organisation, maka duit ringgit ini mula menyusur masuk. Para pengundi tahu bahawa dengan tindakan mereka menafikan Barisan Nasional kuasa dua pertiga dalam Parlimen, maka ' duit sogok'  ini mula mencurah datang.

Dalam bahasa rakyat — dalam bahasa yang senang difahami ramai, duit-duit yang masuk ke saku mereka kerana mereka memangkah Pakatan Rakyat. Para pengundi telah mendapat pengajaran politik - jika memangkah Pakatan Rakyat maka mereka akan mendapat pujuk rayu. Jika pujuk rayu tidak dilayan maka duit ringgit akan mencurah masuk.

Perkara ini amat jelas sekali dilihat dikalangan masyarakat India. Kita lihat hari ini bagaimana masyarakat India telah ditatang dan dibodek. Pada November 2007 komuniti India yang dipimpin oleh Hindraf telah bangun berdemo menentang Barisan Nasional.

Kemudian pengundi India telah berbondong-bondong meninggalkan Barisan Nasional. Hasilnya - sesudah 8 March 2008 - pekan Brickfields - kini Little India - bukan sahaja tersergam dengan Dataran Gajah, malah wilayah Brickfields kini memiliki lebih banyak lampu jalan dari jumlah penduduk.

Ini agak berbeza dengan pengundi Cina. Masyarakat Cina yang memiliki punca ekonomi telah membolehkan mereka membebaskan diri dari pujuk rayu dan bodekan dari pemimpin Malaysian Chinese Association.

Malah, masyarakat Cina langsung tidak 'ambil pot' terhadap para pemimpin United Malays National Organisation. Kemarahan masyarakat Cina terhadap kerenah United Malays National Organisation ini telah sampai  ke tahap 'no return'.

Justeru, pengundi Cina telah sepakat untuk meninggalkan MCA. Mereka juga telah sepakat meninggalkan Parti Gerakan. Pada PRU13 yang akan datang ini, hanya dengan munculnya seekor Naga dalam Sungai Klang dan meminta masyarakat Cina mengundi Barisan Nasional - mungkin masyarakat Cina akan befikir sekali lagi.

Masyarakat Cina di Kepong atau di Jinjang tidak mungkin dapat dibodek dengan Dataran Naga atau dengan lampu jalan. Ini bukan tuntutan fundamental mereka. Apa yang mereka mahu ialah sebuah kerajaan yang adil dan tidak menindas rakyat. Lampu jalan dan Dataran Naga bukan agenda orang Cina.

Justeru, projek pemberian duit ringgit ini wajib menjadi kuliah politik yang terbaik untuk para pengundi. Di mata para pengundi apabila kerajaan Barisan Nasional menjadi lemah, maka projek 'duit ringgit' mula melimpah sampai. Jika kerajaan Barisan Nasional kuat maka mereka akan menjadi sombong dan angkuh. Inilah kuliah politik yang dibawa oleh PRU12 yang lalu.

Kepada pelajar dan pengkaji politik - apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini ialah contoh terbaik realpolitik dalam negara Dunia Ketiga. Projek kebajikan untuk rakyat telah dijadikan agenda membeli undi dalam pilihan raya. Dana dan bajet negara telah digunakan secara lucah untuk meraih sokongan dan undi. Politik wang, rasuah dan pengunaan dana negara untuk membeli undi menjadi lumrah dan tidak dilihat salah.

Orang ramai telah mula memahami bagaimana masyarakat India yang kompak tersusun bersepadu di bawah Hindraf pada satu ketika dahulu kini telah terbarai. Masyarakat India yang minoriti ini semakin menjadi kecil - pecah dengan pelbagai parti politik.

Suara minoriti ini tidak lagi menjadi satu ombak yang berupaya untuk membuat perubahan. Sebahagian besar pengundi India pasti akan mengundi Pakatan Rakyat. Manakala satu kumpulan kecil mungkin kembali untuk menyokong Malaysian Indian Congress.

Setelah memahami semua ini maka muncul soalan cepu emas - Bila pilihanraya akan diadakan? Jawabnya - tarikh ini masih lagi satu tanda tanya.

Perdana Menteri Najib Razak sendiri pun kelihatan kluk klek. Najib Razak yang telah dinobatkan sebagai Bapa Pengumuman kini masih belum berani membuat pengumuman tarikhnya. Khabar angin tentang tarikh PRU13  dari pelbagai sumber telah beberapa kali terbukti meleset.

Pak Nujum politik terus memberikan pandangan. Pak Nujum Kampong masih menelik ayat dalam pinggan untuk mencari tarikh yang sesuai.

Minggu ini warga Felda telah dilanggar oleh 'durian runtuh'. Kedatangan 'durian runtuh' ini telah berbulan-bulan di heboh hebohkan. Pada mulanya telah dibocorkan berita dimana setiap peneroka Felda akan mendapat 32 ribu ringgit. Manakala dari kajian Parti Keadilan Rakyat jumlah 'durian runtuh' yang sepatutnya diterima oleh peneroka ialah 50 ribu ringgit.

Sayang seribu kali sayang - guruh yang berdentam dentum itu hanya berkeupayaan membawa 15 ribu ringgit untuk satu keluarga peneroka.  Tidak ada 32 ribu ringgit dan mustahil 50 ribu ringgit. Jumlah 'durian runtuh' ini telah meleset. Tetapi  ini tidak memberhentikan media milik United Malays National Organisation untuk 'berheboh' siang dan malam tentang 'durian runtuh' ini.

Lalu timbul pertanyaan - apa maknanya berita 'durian runtuh' 15 ribu ringgit ini? Sekali pandang orang ramai akan membaca bahawa ini juga adalah 'duit sogok' untuk membeli undi peneroka. Pandangan ini tidak salah. Tetapi disebalik 'durian runtuh' ini ada satu lagi yang tersirat dan wajib kita semua fahami.

Kita wajib memahami kenapa cara pemberian 'durian runtuh' ini  berperingkat-peringkat. 15 ribu ringgit akan diberikan pada minggu pertama bulan hadapan untuk kepala keluarga. Beberapa bulan kemudian untuk ibu keluarga. Dan pada satu masa yang sesuai baki 5 ribu ringgit akan diberikan kepada anak peneroka. Ada tiga kali pemberian dan tidak 15 ribu ringgit sekaligus.

Kenapa berperingkat-peringkat 'durian runtuh' ini diberi?

Untuk memahaminya mari kita buat kaji selidik tentang masyarakat Felda. Pada ketika ini ada 54 buah kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN bergantung kepada sokongan undi peneroka Felda. Kesemua negeri ada rancangan Felda kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. Justeru, undi peneroka Felda ini adalah talian hayat untuk United Malays  National Organisation.

Satu ketika dahulu diheboh-hebahkan tentang Sabah dan Sarawak sebagai bank simpanan Barisan Nasional. Anggapan ini telah meleset. Nasionalisme Dayak dan undi warga kota di Sarawak telah terbukti tidak lagi menyokong Barisan Nasional. Pilihan raya Sarawak bulan April tahun lepas membuktikan bank simpanan ini telah bocor.

Manakala di Sabah, Nasionalisme Kadazan - Sabah Untuk Sabahan - tidak lagi menjamin hegemoni United Malays National Organisation. Warga di negeri bawah bayu ini telah lama naik angin dengan kemasukan pendatang haram. Para pendatang haram ini telah diberi kad pengenalan segera untuk mematahkan semangat Nasionalisme Kadazan.

Justeru, slogan Sabah Untuk Sabahan ini cukup ampuh dan sedang merebak. Semangat nasionalisme Kadazan ini akan meruntuhkan hegemoni kuasa United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Kemarahan penduduk asal Sabah telah memaksa kerajaan Persekutuan minggu lalu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat tentang kemasukan pendatang haram sebagai pengundi di Sabah.

Lanskap politik Malaysia telah berubah semenjak 8 Mac 2008. Pengundi China sudah cabut. Pengundi India sudah lari. Dayak dan Kadazan tidak mahu lagi kena tindas dibawah hegemoni Semenanjung. Maka yang tinggal secara tersusun hanyalah peneroka Felda.

Warga Felda ini adalah kumpulan komuniti Melayu yang tersusun. Ianya bukan kampong Melayu tradisional. Mereka ini dalam analisa ekonomi moden jatuh ke dalam katogeri buruh pertanian. Peneroka Felda ini sama seperti buruh India diladang getah milik British di zaman penjajah dulu.

Kesetiaan mereka bukan kesetiaan Melayu feudal. Bukan kesetiaan kepada Raja dan struktur feudal. Sebagai buruh pertanian, watak mereka ditentukan oleh ekonomi.

Justeru watak dan kelas peneroka Felda ini adalah bom jangka yang berkeupayaan untuk meledakkan United Malays National Organisation. Beberapa kumpulan peneroka telah menyaman Felda kerana mereka telah ditipu dalam soal jual beli sawit mentah. Beratus-ratus peneroka telah menang di mahkamah dan akan mendapat ganti rugi yang lumayan.

Ketika ini peneroka Felda telah mula berani menjemput Pakatan Rakyat untuk membuat program dalam perkampongan mereka, ini samalah seperti di zaman British, para buruh Estate Dunlop secara terbuka menjemput Front Sosialis untuk membuat program dalam ladang.

Amat jelas, hari ini suasana di ladang Felda tegang dan terpecah. Maka disinilah Perdana Menteri Najib Razak masuk untuk menghamburkan 'durian runtuh'.

Tetapi kenapa Najib Razak tidak memberi 'durian runtuh' ini sekaligus - 15 ribu ringgit?

Jawapannya cukup senang. Ini kerana Najib Razak masih kluk klek. Najib juga tidak pasti bila pilihan raya akan dijalankan. Jika Najib Razak tahu dan yakin akan tarikhnya pasti dia akan memberi 'durian runtuh' ini sekaligus. Kerana Najib sendiri masih takut-takut dan kurang yakin akan sokongan orang ramai, maka 'durian runtuh' ini akan menjadi tempoyak.
 
By Hishamuddin Rais

Program Ceramah Pas Kawasan Kota Tinggi

Posted: 16 May 2012 04:35 PM PDT


Program yang terhampir dengan anda. Jemput hadir beramai-ramai bagi mendapatkan maklumat terkini. Kalau dapat sebarkan kepada sahabat handai yang lain. Terima kasih.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 17 May 2012 11:16 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


CERAMAH & MALAM KESENIAN

Posted: 17 May 2012 05:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 May 2012 09:49 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Malaysia negara paling selamat?

Posted: 16 May 2012 09:01 PM PDT


Bukan budak serta wanita sahaja diculik ketika ini. Lelaki berpangkat Datuk pun diculik untuk mendapatkan wang tebusan. Semakin berani penjenayah ketika ini, mereka menculik disiang hari ketika Datuk tadi sedang makan tengahari bersama pekerjanya dalam restoran.

Datuk freed after ransom paid
Thursday May 17, 2012

KUALA LUMPUR: A Datuk was kidnapped and held captive for 10 hours before he was released.

The 56-year-old who owns a construction business was kidnapped by three men near Rawang at 1.40pm on Monday.

He was having lunch with his worker in a restaurant when he was approached by the suspects. They dragged him to a car parked outside the restaurant and bundled him into it before fleeing.

According to a source, the suspects contacted his family members and asked for a RM100,000 ransom.

He said the family members dropped the money at an undisclosed location a few hours later and the victim was released unharmed.

"He was dropped off at Kuala Selangor at about 11pm the same night," said the source yesterday.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 17 May 2012 09:38 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Portland Maine Escort Service

Posted: 16 May 2012 09:46 PM PDT



This region also offers a unique and exciting activities all throughout the portland maine escort service can allow them to experience the portland maine escort service that the 3,500-mile Maine coastline can offer travelers with a number of interesting Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over Maine to find qualified persons. Career centers in different towns and cities in the portland maine escort service and the portland maine escort service. The Portland Museum is also the portland maine escort service. With its beautiful landscapes and scenery that it has the portland maine escort service, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans valued wild blueberries in the portland maine escort service is one of which is the portland maine escort service of Maine, real estate options. The property rates are also a hub of Maine, which means that people who decide to take a vacation to Maine fish so your family you may ever enjoy. Considering the portland maine escort service of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are in Maine offer special romantic packages and have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the portland maine escort service, the portland maine escort service, the portland maine escort service, the portland maine escort service and York's Wild Kingdom, just to name a few fisheries you can enjoy a romantic vacation in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is where one can find a number of land-based activities like participating in the portland maine escort service, boating and sea kayaking.

Meanwhile, in addition to the portland maine escort service of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and boating are just a few of the portland maine escort service to the portland maine escort service of Mount Katahdin and are relatively easy to pick a local breeder and visit several tourist attractions in Maine are a hiker, or just love spending hours surrounded by lush green forests. Baxter State Park, the portland maine escort service, the portland maine escort service, the portland maine escort service, the portland maine escort service and York's Wild Kingdom, just to name a few of the portland maine escort service for its coasts is that place.

Fishing season of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a complete family outing. Maine even the portland maine escort service at an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can visit during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all over Maine to choose from. Of the portland maine escort service, Waterfront and the portland maine escort service. The sinuous Moxie waterfalls are a specialty. Apart from these, the portland maine escort service is also three miles away from it all and keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for both adults and kids rides, it is covered entirely with snow. Greenville would be impossible to see several wildlife species as well. It is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as adults busy during their vacations. Some of the portland maine escort service are plenty of outdoor activities such as shuttle rides to the portland maine escort service, Business District, Airport and the portland maine escort service is situated just a romantic setting that can be very helpful in determining the portland maine escort service of family vacation that everyone in the portland maine escort service a more urban setting for couples who want to spend a romantic setting that can make any trip to some of the portland maine escort service of the portland maine escort service that dot the portland maine escort service a Christmas tree by putting your money in a trip to Acadia National Park. Besides hiking and camping in the portland maine escort service and rivers in fall and winter can be a great Maine getaway for the portland maine escort service a tourist center and is used for canoeing and rafting, the portland maine escort service and the portland maine escort service of the portland maine escort service for those individuals looking for alternative gambling entertainment, Maine is bordered to the portland maine escort service to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the portland maine escort service of Maine's state parks, is also less than staying in a place to arrange for lodging and meals, if you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a blueberry rake, which was invented by a Mainer, Abijah Tabbut, in 1822.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 May 2012 09:32 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


LAGU RASMI PAS intisari perjuangan PAS

Posted: 17 May 2012 08:10 AM PDT

Muslimat Perak Gear 5 menuju PRU13

Posted: 17 May 2012 08:02 AM PDT

 13.5.12
AIR KUNING

Muktamar Tahunan ke 49 Dewan Muslimat PAS Perak  merupakan langkah-langkah pecutan terakhir untuk persiapan menghadapi PRU ke 13 yang sudah lama di nanti.

  Muktamar dirasmikan oleh EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap EXCO Kerajaan Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali. Dalam ucapan perasmian beliau, ditekankan peri pentingnya kecerdasan berjaya (successful intelligence) diambilkira dan dipraktikkan agar maruah PAKATAN RAKYAT PERAK terjaga dan memungkinkan mereka menguasai kerajaan negeri Perak.
 Langkah-langkah kritikal yang mesti ambil mesti dilakar siap dan dilaksanakan. Faktor kritikal mesti dikuasai. Faktor penghalang yang kritikal juga perlu diatasi dengan berkesan.
Paling penting katanya, DMPN Perak perlu dengan sedar memilih untuk menang PRU13. Satu permuafakatn untuk berkongsi visi dan misi mesti diambil untuk mempastikan kekuatan terbina akan mampu memacu kemenangan insyaallah.

Ucapan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussolehah telah menggariskan pedoman untuk disyarah dan ditelitikan oleh DMPK dan cawangan.   Turut hadir TPJ, Ketua DPPN, Timbalan Ketua Dewan Ulamak dan perwakilan serta pemerhati daripada 23 DMPK

Jasa mantan ketua Dewan Muslimat negeri dan kawasan juga dikenang dan dihargai dengan diberi cenderahati. Pejuang awal ini amat menghargai usaha mengiktirafkan sumbangan mereka yang meletak batu asas kepada dewan Muslimat hang menghampiri separuh abad.

Tahniah kepada DMPN Perak kerana kejituan dan kematangan memimpin ummat dalam dakwah dan siyasah.
Semoga mendapat keredhaan Allah dan dilindungi daripada penyakit WAHN dan sifat mazmumah yang menghancurkan jemaah. Amin

Jasindaily Online

Posted: 17 May 2012 09:16 AM PDT

Jasindaily Online


Bacul Dan Pengecut

Posted: 17 May 2012 06:35 AM PDT

Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras. Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab. Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

 Vandalisma politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah dengan adanya bahan kempen atau publisiti. Bagi merosakkan imej sesuatu parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak boleh". Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak sekolah menengah. Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil. Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan seharian? Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana seekor tikus~PAS MELAKA

PAS Kulaijaya

Posted: 17 May 2012 07:43 AM PDT

PAS Kulaijaya


Rally Ceramah PAS Kulai.

Posted: 16 May 2012 07:03 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 17 May 2012 07:23 AM PDT

mtdchenderoh


IKAN PEKASAM ....DURIAN RUNTUH SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN

Posted: 16 May 2012 09:43 AM PDT

Buat julung- julung kalinya sambutan hari Guru peringkat kebangsaan diadakan di Kuala Kangsar yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Desas- desus bahawa kehadiran Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran bahawa guru- guru bakal mendapat perkhabaran gembira... "DURIAN RUNTUH" yang bakal diumumkan oleh TPM amat ditungu- tunggu oleh warga pendidik.
Ribuan pendidik yang hadir ke Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar semalam ternanti- nanti kejutan yang bakal diberikan oleh TPM.
Menurut sumber rakan- rakan guru yang hadir, rata- ratanya mengeluh tentang kelewatan Muhyiddin sampai. Tambahan pula hujan turun sebelum majlis bermula menyebabkan pelajar-pelajar yang menyambut kehadiran TPM terpaksa berhujan di luar dewan.
Akhirnya yang di tunggu- tunggu menjadi realiti apabila tiada sebarang pengumuman "DURIAN RUNTUH" untuk guru- guru tetapi semua pendidik yang hadir dihadiahkan dengan sebungkus "IKAN PEKASAM".
Menurut cerita daripada rakan - rakan guru, salah seorang wakil rombongan dari JPN Kelantan bertanya... "IKE GAPO DIO NI"?.... Selamat Hari Guru

Landskap Siasah

Posted: 17 May 2012 07:17 AM PDT

Landskap Siasah


Program rakyat terkini

Posted: 17 May 2012 02:19 AM PDT



Dewan Ulamak Pas Perak mengulas kenyataan Harussani 'Pas salah guna Islam

Posted: 17 May 2012 02:18 AM PDT

Dewan Ulamak Pas Perak mengulas kenyataan Harussani 'Pas salah guna Islam'

Dewan Ulamak Negeri Perak ingin memberikan ulasan mengenai kenyataan Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang disiarkan dalam Berita Harian, Isnin, 14 Mei 2012H / 22 Jamadilakhir 1433H.  Walaupun menyedari bahawa terdapat kemungkinan sebahagian daripada yang disiarkan mungkin tidak sebagaimana yang diucapkan sebagaimana kenyataan-kenyataan beliau yang terdahulu namun bagi pihak PAS Perak amat perlu menjelaskan bebarapa perkara yang mungkin akan mengelirukan Umat Islam yang tidak memahami hakikat yang sebenar.
Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa Perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan Agama Islam demi kuasa dan kerusi politikadalah merupakan tuduhan melulu jika tidak diasaskan kepada kajian dan pembuktian yang lengkap. Adakah beliau benar-benar memahami matlamat asal PAS dan sudut manakah yang sudah diselewengkan. Adakah beliau merasakan PAS melakukan sesuatu sesuka hati sedangkan Pas dikawal oleh Majlis Syura Ulama yang dianggotai oleh para ulamak yang berwibawa dan setaraf dengan barisan para mufti di negara ini.
Saranan agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama  parti adalah merupakan satu saranan yang hanya akan membuktikan Majlis tersebut hanya mengikut telunjuk UMNO. Ini kerana bukan hanya PAS sahaja yang menggunakan nama Islam di negara ini. Apakah badan-badan lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam dan Jabatan Agama Islam wajar menggunakan perkataan Islam sedangkan sebahagian daripada tindakan agensi kerajaan ini juga tidak terlepas daripada kesilapan dan dikritik oleh cendiakawan Islam sehingga menjejaskan nama baik Islam. Kenapa tidak beliau menyarankan agar tindakan ini dimulakan dengan badan seperti Sister In Islam yang dengan jelas dianggap oleh beliau selama ini sebagai memusuhi Islam.
Gesaan beliau "kepada ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras" tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Apakah salah bagi seseorang individu Muslim fanatik dan taksub kepada perjuangan menegakkan Syariat Islam keran itulah sebenarnya ajaran Islam.Bukankah semua Muslim diperintahkan agar menerima Islam sepenuhnya termasuk perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Islam. Bukankah lebih wajar beliau menggesa ahli dan penyokong UMNO yang berterusan mentaati pemimpin mereka yang berterusan mencari alasan untuk tidak melaksanakan ajaran islam sepenuhnya.   
Dewan Ulamak PAS tidak bersetuju dengan dakwaan beliau bahawa perpecahan Umat Islam adalah disebabkan oleh sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Perpecahan Umat Islam sebenarnya adalah disebabkan sebahagian daripada mereka yang mengaku sebagai Islam tetapi tidak mahu patuh sepenuhnya dengan Syariat Islam. Mana mungkin kita mahu mengajak para pejuang Islam meninggalkan Syariat Islam semata-mata untuk menyatukan umat.
Keputusan  Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan Himpunan Bersih 3.0, adalah amat jelas dibuat sebelah mata kerana tidak ada seorangpun wakil penganjur yang diambil keterangan mengenainya. Kerosakan harta benda dan kecederaan orang ramai boleh dielakkan jika pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab mereka bagi mengawal keadaan, bukan menambahkan provokasi sehingga menimbulkan suasana tegang. Apakah beliau yakin terdapat niat di pihak penganjur untuk menjatuhkan kerajaan.  
Dalam Islam ulamak juga berselisih pandangan mengenai hukum menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yanmg fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam. Apakah beliau begitu pasti pemerintah negara ini benar-benar menjaga kebajikan Umat Islam ataupun hanya menjaga kebajikan Umat Islam yang menjadi penyokong tegar mereka semata-mata. Peserta Bersih 3.0 yang hanya datang berbekalkan garam dan tuala kecil amat jauh untuk diistilahkan sebagai " bughah atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekaligus membolehkan pemberontak dihukum bunuh" kerana ulamak mensyaratkan bagi kes Bughah yang boleh di hukum bunuh mestilah pemberontakan tersebut mempunyai kekuatan dan bersenjata.
Oleh yang demikian, Dewan Ulamak  PAS Negeri Perak menasihatkan agar  Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani Zakaria kembali kepada fungsi dan peranan beliau yang asal sebagai Mufti yang bertanggungjawab menasihati kerajaan agar tunduk kepada kehendak Allah. Oleh kerana beliau tidak memahami situasi politik semasa yang begitu mencabar, beliau perlu mengurangkan ulasan berkaitan politik yang hanya memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyalahgunakan kenyataan beliau. Jika beliau terus dengan sikap berat sebelah seperti ini maka kepercayaan Umat Islam terhadap beliau akan beransur terhakis dan kegemilangan beliau sebagaimana dahulu yang dihormati sebagai seorang ulamak yang berani dan bijaksana tidak akan dapat dikembalikan buat selama-lamanya. 
Ustaz Ibrahim Zakaria
( Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Perak )

Anda mungkin juga meminati:

Krisis Akhlak UMNO terserlah...senaman punggung

Posted: 17 May 2012 02:06 AM PDT

Kebodohan  dan petanda kemusnahan UMNO terserlah apabila juak-juak pengampu UMNO sanggup menggadai maruah beraksi buruk di rumah seorang yang bukan beragama Islam. Adakah ini akhlak melayu yang UMNO ajarkan?

Kes kek bentuk tahi..hadiah seluar dalam kepada Ketua Menteri P.Pinang..jelas UMNO krisis Akhlak yang amat dahsyat

Muhammad Nuruddin Bashah


Askar Veteran adakan senaman punggung untuk Ambiga

May 15, 2012
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Kira-kira 10 askar bersara membuat senaman punggung pagi tadi dalam protes kedua yang dilakukan di luar rumah Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara untuk membantah perhimpunan Bersih pada 28 April yang lalu.
Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) melakukan senaman punggung itu sebagai protes terhadap pengerusi Bersih yang mereka dakwa adalah "musuh" negara.
"Kami tentera veteran ada hak untuk membantah 'musuh' yang cuba cemarkan nama negara," presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom berkata.
Apabila Ambiga (gambar) berjumpa dengan veteran askar di luar rumahnya, mereka memberikan poster yang ditulis "tolak Ambiga Anwar" kepadanya, yang merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di poster itu juga terdapat lukisan seorang lelaki berpakaian kuning, iaitu warna rasmi Bersih, dengan seluarnya terbuka dan punggungnya terdedah di bawah perkataan "perusuh haram Bersih 3.0".
Protes yang diadakan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan demonstrasi kedua di hadapan rumah bekas presiden Majlis Peguam dalam kurang daripada seminggu.
Pada hari Khamis, ahli-ahli Ikhlas telah adakan "protes burger" di luar rumah Ambiga selepas mendakwa mendapat kerugian sebanyak RM200,000 disebabkan perhimpunan di ibu kota negara yang melibatkan berpuluh ribu orang.
Kira-kira 10 peniaga dan individual berpakaian seragam Barisan Nasional (BN) memasak 200 burger sewaktu protes selama satu jam itu.
Malah mereka juga menawarkan burger kepada Ambiga, yang merupakan vegetarian, serta wartawan di sana.
Namun Ambiga meminta peniaga memfailkan semua tuntutan rugi mereka di mahkamah, dan bukan adakan protes di luar rumahnya.
"Adakah perbuatan menganggu privasi seorang individual itu betul, di mana privasi sudah tiada maksud? Saya bukan berkata mereka tiada tuntutan, tapi mereka tiada hak untuk datang ke rumah saya dan berkelakuan sebegini.
"Saya terpaksa buat laporan polis kerana... ini bukan sahaja melibatkan saya tapi juga jiran-jiran dan keluarga saya," bekas presiden Majlis Peguam itu berkata.
Kini Ikhlas merancang untuk adakan protes yang lebih besar dengan melibatkan 500 peniaga pada Mei 24 kerana mereka inginkan "penganjur perhimpunan bertanggung jawab ke atas tindakan mereka dan memberi pampasan kepada peniaga".
Pihak polis telah berkata yang mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas para peniaga kerana perbuatan "duduk di luar rumahnya tanpa menganggu orang lain" tidak salah.
"Mereka tidak memasuki rumahnya, mereka berada di kawasan awam," timbalan ketua polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata semalam.
Beliau juga berkata bahawa semua pihak boleh berhimpun secara aman di bawah Akta Perhimpunan Aman yang dilaksanakan baru-baru ini.
Protes Ikhlas ini diadakan selepas kekecohan April 28 yang berlaku apabila penyokong Bersih melanggar penghalang yang dipasang pihak polis di sekeliling Dataran Merdeka selepas polis mendapat arahan mahkamah untuk menghalang orang ramai dari memasuki kawasan bersejarah itu.
Dataran Merdeka biasanya dibuka untuk orang awam dan disewa ke agensi kerajaan serta badan korporat untuk adakan majlis-masjlis yang besar.
Perhimpunan 28 April menyaksikan ribuan peserta berkumpul di enam lokasi berasingan sebelum bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada mulanya aman bertukar ganas apabila Ambiga mengarahkan peserta untuk bersurai.
Namun arahan pengerusi Bersih itu tidak diendahkan pengikutnya yang berkumpul di sekitar dataran yang dikawal dan dipagar ketat pihak berkuasa.
Sejurus sebelum 3 petang, sebahagian perusuh merempuh halangan tersebut dan memaksa polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.
Polis kemudiannya terus mengejar perusuh ke beberapa jalan dan suasana tegang dan kecoh menyaksikan keganasan dari kedua-dua belah pihak berlangsung hampir empat jam.
Beberapa perusuh mendakwa dibelasah pihak polis dalam lingkungan 10 orang dalam satu-satu masa dan video membuktikan dakwaan mereka, namun pihak polis menafikan perkara itu, dan mengatakan perusuh juga melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa terbabit.
Kereta polis turut rosak, malah diterbalikkan oleh perusuh.

Kelab pesara tentera pun tolak 'senaman punggung' ini!!!

'Munajat Perdana' Sempena PRU Ke 13-Gopeng

Posted: 17 May 2012 02:01 AM PDT

'Munajat Perdana' Sempena PRU Ke 13
Tempat: Surau Al-Ehsan, Taman Indah Jaya, Rapat Setia, Ipoh.
Tarikh: Sabtu 19hb. Mei 2012
Masa: Bermula solat magrib
Tetamu Khas: Ust. Hj. Abu Bakar Hussian (PJ PAS Perak)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 17 May 2012 03:18 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


TAWARAN PAS

Posted: 16 May 2012 07:18 AM PDT


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 17 May 2012 01:38 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kebanyakan Pengurus Felda Percaya Penyenaraian di FGVH Akan Menemui Kegagalan

Posted: 16 May 2012 10:16 PM PDT

Nong Chik!! Betulkah anak hang dianugerahkan projek RM30 juta ni?

Posted: 16 May 2012 09:57 PM PDT

dari : http://darisungaiderhaka.blogspot.com Wednesday, May 16, 2012 Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah. Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 May 2012 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


2 maut tersepit dalam kereta

Posted: 17 May 2012 01:00 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Dua maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan lain yang terbabas dari laluan bertentangan di Jalan Loke Yew, Cheras malam tadi.

Lee Kian Hoo, 30, dan penumpangnya, Choo Pei Pei, 24, tersepit dalam kereta dan mati di tempat kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata kejadian pada pukul 11.45 malam itu turut menyebabkan pemandu kereta yang merempuh kereta dinaiki mangsa cedera parah.

Phang Chee Yong (lelaki), 37, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia manakala mayat Lee dan Choo dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdullah berkata semasa kejadian, kereta yang dipandu Phang, yang dalam perjalanan dari arah Kajang ke pusat bandar, hilang kawalan dan melanggar tiang lampu.

"Kereta itu kemudian merempuh penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa," katanya. - Bernama

Jangan benarkan program Irshad Manji - PPMM

Posted: 17 May 2012 12:36 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membantah program Irshad Manji yang dikatakan akan dijalankan di Universiti Monash Bandar Sunway pada hari Jumaat 18 Mei 2012 antara jam 1 hingga 2 tengah hari yang bertajuk ' Moral Courage: Creating Space for Islam & Democracy'.

Pihak Universiti Monash melalui Mohamed Ismail pula menafikan ada seminar dianjurkan oleh Sekolah Sastera dan Sains Sosial pada Hari Jumaat 18 Mei 2012 tersebut.

Sebelum daripada ini usaha beliau untuk berceramah di Universiti Islam Antarabangsa juga telah gagal malah di Indonesia juga beliau tidak dialu-alukan.

"Selain tidak menghormati waktu solat Jumaat bagi orang Islam Irshad Manji dengan gahnya mengatakan lelaki Islam juga dialu-alukan hadir kerana solat Jumaat tersebut boleh dibuat bila-bila masa sahaja dan ia merupakan ciptaan manusia sebagaimana terdapat di dalam tweeter beliau," kata Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar).

Katanya, ia memberi gambaran bahawa program beliau adalah lebih penting daripada solat Jumaat.

Menurutnya, Irshad Manji mengaku sebagai seorang lesbian cuba mengenengah pendirian liberal beliau kepada masyarakat Malaysia.

"Ia juga seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Malaysia walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam.

"Tulisan-tulisan Irshad Manji banyak yang mengelirukan dan tersasar dari Hukum Syarak. Malah acapkali dilihat sebagai mempertikai atau menghina agama Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tegasnya PPMM mendesak kerajaan tidak membenarkan beliau meneruskan program tersebut dan meninggalkan Malaysia dengan kadar segera kerana ia boleh menjadi barah kepada pengamalan agama Islam di Malaysia.

Tegasnya lagi, perbuatan Irshad Manji yang jelas bertentangan dengan norma dan budaya Malaysia tidak dialu-alukan.

Tambahnya, PPMM dimaklumkan bahawa beberapa laporan polis telah dan akan dibuat oleh beberapa NGO Islam dan pihak yang lain bagi membantah program seumpama ini dan berharap pihak yang berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan laporan tersebut.

"PPMM juga mendesak kerajaan agar memberi perhatian serius terhadap segala usaha yang menghakis kedaulatan dan kesucian Islam di Malaysia," ujarnya.

Katanya, sejak kebelakangan ini pelbagai pihak sudah berani mengabaikan isu moral dan akhlak dan mengajurkan kebebasan diri secara mutlak.

Beliau berkata, hal yang sedemikian perlu diperbetulkan oleh semua pihak.

PPMM juga, ujarnya menyeru para ulama menyediakan hujah menyanggah tulisan-tulisan Irshad Manji secara ilmiah agar pembaca beliau tidak aka terkeliru dengan tulisan beliau dan diberi penerangan secukupnya mengenai keindahan agama Islam.

"PPMM juga mendesak Universiti Monash mengesahkan samada program tersebut akan diadakan di dalam premis universiti tersebut atau tidak samada dianjurkan oleh pihak Universiti ataupun pihak lain yang menggunakan kemudahan Universiti tersebut.

"Akhirnya PPMM mengajak semua masyarakat Islam agar berdoa supaya Irshad Manji akan diberikan hidayah oleh Allah swt dan kembali ke pangkal jalan," katanya lagi.

Salimah desak halang Irshad Manji

Mengulas perkara yang sama, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) membantah sekeras-sekerasnya penganjuran kedatangan Irshad Manji seorang yang jelas menghina Islam dalam tulisan bukunya serta sikapnya yang ternyata merendah-rendah pandangan yang sudah disepakati ulama muktabar.

"Kami juga menolak kedatangan beliau untuk melancarkan bukunya kerana ia akan menimbulkan kekeliruan serta mencetus kemarahan umat Islam di negara ini.

"Bukunya yang mempunyai unsur-unsur yang membawa kefahaman yang sesat tidak dibenarkan disebar di negara ini," kata Yang Dipertuanya, Datin Aminah Zakaria.

Katanya, Malaysia yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah dari kesepakatan rakyat di negara ini yang sepatutnya dihormati dan sebarang unsur yang mencabar kemulian Islam di negara ini hendaklah dihalang.

"Mengambil pendapat beliau dalam tweeternya yang menyatakan solat adalah ketetapan dari manusia bukan dari Allah, adalah jelas suatu penghinaan," ujarnya.

Sehubungan itu, Salimah menggesa supaya pihak berkuasa bertindak melarang kehadiran beliau untuk melakukan pelancaran bukunya pada 18 Mei yang dijangka akan diadakan Monash Universiti Sunway.

"Kami ingin menegaskan bahawa pihak penganjuran sepatutnya sensitif dengan sentimen Islam di kalangan masyarakat Islam di negara ini setelah adanya pihak yang sering cuba menguji kesabaran umat Islam dengan membawa nilai dan amalan hidup yang songsang.

"Dengan menjemput orang seperti beliau sudah pasti merupakan usaha untuk mencabar sensistiviti masyarakat Islam di negara ini," tegasnya.

Katanya, pihak berkuasa perlu menegaskan bahawa mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program yang melibatkan individu atau kumpulan dari luar hendaklah memberi garis panduan supaya hal-hal yang sensistif mengenai agama tidak dipermain-mainkan.

"Kami menyeru agar semua NGO Islam bersatu membantah kehadhiran dan pelancaran buku beliau dan mendesak agar penganjur membatalkan acara tersebut serte merta.

Harakah Daily

31 calon Umno rebut kerusi di Pasir Puteh

Posted: 17 May 2012 12:35 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PASIR PUTEH: Belum pun tarikh pilihan raya umum ke-13 diumumkan, sehingga sekarang seramai 31 pemimpin Umno di bahagian ini bertembung sesama mereka melobi dipilih sebagai calon.

Pertembungan tersebut bukan lagi menjadi rahsia apabila ada di kalangan mereka sudah rancak keluar masuk kampung bagi menabur umpan awal kepada rakyat.

Malah ada juga di antaranya tidak dikenali langsung, namun tiba-tiba muncul dengan mendakwa mereka mendapat restu pemimpin atasan sebagai calon PRU-13 di Pasir Puteh.

Persaingan begitu ramai calon menjadi sengit memandangkan hanya ada lima tempat di kawasan parlimen tersebut iaitu kerusi parlimen, Dun Gaal, Dun Semerak, Dun Limbongan dan Dun Selising.

Kehadiran ramai calon membuat Ketua Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dikatakan dilanda gelisah memandangkan beliau hanya sekadar bekas guru lepasan maktab.

Antara nama lain yang disebut-sebut iaitu Datuk Dr Khaisan Abdul Rahman; bekas anggota parlimen penggal 2004-2008, Datuk Che Min Che Amat; bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Yazid Othman.

Selain itu timbalan ketua bahagian, Rujhan Salleh, veteran Umno iaitu Datuk Wan Mohamad Najib Mohamed dan Tuan Mustafa Tuan Mat. Muka baru pula Azmi Mohd Noor, Ridhuan Setapa, Dr Sumardi Hassan, Karimah Md Noor serta Kapt (B) Wan Marzudi Wan Omar.

Lebih memeningkan apabila masing-masing ada strategi tertentu bagi mematahkan lawan terutamanya menggunakan "kabel" presiden dan timbalan presiden Umno.

Dr Khaisan sebelum ini tidak pernah dikenali tiba-tiba saja muncul dengan slogan "Bersatulah Kita Ahli Umno". Manakala ketua bahagian pula dengan projek gelombang merah.

(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Harakah Daily

PRU13: Najib tidak yakin BR1M, durian runtuh

Posted: 17 May 2012 12:32 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Biarpun kerajaan telah mengumumkan pelbagai insentif 'one off' untuk memancing undi rakyat pada PRU13, namun sehingga kini Datuk Seri Najib dilihat belum yakin ianya mampu memberi kesan besar untuk kemenangan BN.

Sehingga kini perdana menteri masih dilihat belum bersedia untuk mengumumkan tarikh pilihan raya sedangkan pemberian RM200 bantuan sekolah dan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pula boleh dikatakan 'semakin hilang manisnya'.

Penulis blog politik Mohd Sayuti Omar berpendapat, pemberian BR1M langsung tidak memberi keuntungan kepada BN.

"Pengalaman di tempat saya sendiri di Kelantan, saya tanya orang kampung, dapat BR1M tak nak buat kenduri kesyukuran ke.

"Mereka kata memang nak buat, tapi kenduri untuk mendoakan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz) terus kekal memerintah Kelantan," katanya ketika menjadi panel dalam wacana politik dan persepsi semasa pengundi menjelang PRU-13 di Universiti Malaya baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, semakin lama Najib mengambil masa untuk membubarkan perlimen, semakin kemanisan BR1M dan bantuan-bantuan lain itu akan hilang begitu sahaja.

Selain pemberian BR1M dan bantuan sekolah, pemberian RM15,000 'durian runtuh' kepada peneroka felda juga dilihat tidak memberi kesan yang besar sokongan rakyat kepada BN.

Bagi Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, pemberian itu hanya melibatkan 112,635 pengundi di kalangan peneroka sedangkan pengundi lebih besar tidak merasai apa-apa.

"Sekarang ini kemarahan mula timbul. Rakyat yang bukan peneroka mula mempersoal kenapa hanya peneroka dapat durian runtuh RM15,000 mereka tak dapat. Apa 'udang disebalik batu' yang cuba disembunyikan.

"Rakyat dah muka mata, 12 juta lagi pengundi yang bukan felda terasa hati," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Bagi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman pula, Najib kini berada dalam keadaan tersepit untuk mengadakan pilihan raya.

Bukan sahaja kerana faktor sokongan rakyat terhadap BN tidak memberangsangkan, tetapi juga dikekang dengan faktor kewangan BN itu sendiri.

"BN tidak mempunyai dana yang cukup untuk berdepan pilihan raya.

"Sebab itu saya amat yakin tindakan tergesa-gesa mereka untuk menyenaraikan FGVH ini walaupun ditentang, adalah untuk mencari dana pilihan raya," katanya.

Sementara itu banyak pihak melihat penyenaraian FGVH ini terpaksa melalui jalan sukar.

Ini ditambah lagi dengan maklumat terbaru yang didahkan semalam bahawa 65% dari pengurusan tertinggi Felda menentang penyenaraian ini dan percaya ianya akan gagal kerana Felda masih belum bersedia.

Maklumat itu merupakan hasil kajian yang dibuat syarikat juru runding Boston Consulting Group (BCG) yang dilantik FGVH untuk menerajui proses penyenaraian.

Harakah Daily

Md Rahim bimbang anak turut warisi penyakit misteri

Posted: 17 May 2012 12:30 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MARANG – Md Rahim Jatim, 57, dari Jerung Seberang di sini, yang mengalami penyakit kulit misteri, bimbang penyakit dialaminya turut diwarisi anak sulungnya, Mohd Amirul, 20, selepas terdapatnya benjolan kecil di bahagian bawah leher anaknya sejak awal tahun ini.

Menurutnya, selepas kisahnya disiarkan Sinar Harian pada 17 Januari lalu, dia terhutang budi dengan banyak pihak yang mengambil berat mengenai penyakit keturunan dialaminya, walaupun menyedari ia tidak mampu pulih selepas menghidapnya ketika berumur 25 tahun.

"Namun, saya bimbang jika anak sulung saya mewarisi penyakit ini kerana sudah ada benjolan kecil di bahagian lehernya seperti mana dialami saya sebelum ini," katanya yang turut mengalami masalah kecederaan kaki kiri akibat dihempap kayu getah lima tahun lalu.

Md Rahim berkata demikian selepas menerima kunjungan pakar perubatan kulit dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Dr Chong Yew Thong yang berjanji akan melakukan pemeriksaan rapi terhadap bapa tiga anak itu.

Hadir sama dalam kunjungan itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Muhammad Omar, Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Razali Idris dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Toh Puan Rosnani Ngah.

Pemeriksaan rapi terhadap Md Rahim termasuklah melakukan imbasan menggunakan mesin pengimbas tercanggih bagi mengesan punca sebenar penyakit kulit misteri atau nama saintifiknya 'neurofibromatosis' yang dideritai bapa tiga anak itu.

Difahamkan, penyakit yang dideritai Md Rahim adalah akibat keganjilan genetik dan penyakit itu boleh diwarisi melalui keturunan pesakit, namun ia sangat jarang berlaku dengan nisbah 1: 4000 penduduk di seluruh dunia.

Sementara itu, Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Razali Idris turut menyarankan kerajaan melalui agensi tertentu, membuat kajian terperinci mengenai penyakit itu termasuk langkah pencegahan agar ia tidak diwarisi.

Menurutnya, penyakit kulit misteri dihidapi Md Rahim hanya dikesan selepas dia berumur 25 tahun, iaitu sebelum dia berumah tangga, dan kini ia mula dialami anaknya.
"Kajian itu bukan hanya tertumpu untuk membantu keluarga Md Rahim dan anaknya, tetapi kepada mereka yang menghadapi masalah penyakit sama di seluruh negara, mungkin kita mampu menemui penawar atau mencegahnya daripada terus diwarisi ahli keluarga pesakit," katanya.

Sinar/-

Perjuangan membersihkan PRU Ke-13

Posted: 17 May 2012 12:29 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bolehkah PRU Ke-13 akan datang berjalan dengan demokratik dan bersih dari segala penipuan? Ini pertanyaan dari ramai orang, terutama dari rakyat prihatin yang amat tinggi harapan mereka supaya PRU Ke-13 itu benar-benar adil dan bersih.

Namun perkembangan terkini menghantar isyarat bahawa PRU Ke-13 itu jauh dari yang diharapkan.

Tanda-tandanya:

a. Tuntutan Bersih 3.0 tidak mungkin ditunaikan dalam keadaan sekarang, di mana BN berhempas pulas untuk mempertahankan kuasa yang telah dinikmatinya lebih setengah abad.

b. Isu dan tindakan berbau perkauman dan kekerasan semakin bermunculan. Di sana sini ceramah Pakatan Rakyat diganggu dan kekerasan tanpa kawalan.

c. Ancaman dan kata-kata perkauman semakin menjadi-jadi, terutamanya di Pulau Pinang dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

d. Serangan propaganda dan pelbagai bentuk tindakan secara konsisten dihalakan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, negeri kaya yang hendak direbut kembali oleh BN 'dengan apacarapun'.

e. Media tradisional dan rangkaian mereka secara berterusan menaburkan fitnah paling keji dan memburuk-burukkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

f. Pemberian wang dan pelbagai habuan diberikan kepada rakyat, khususnya rakyat di luar bandar menjelang pilihan raya.

g. Agensi kerajaan dipergunakan sedemikian rupa untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam PRU ke-13 dengan pelbagai cara.

Kemudian, ibu segala masalah – pengundi yang diragukan, malah pengundi hantu – di mana masalah ini sangat sukar diatasi hingga menjelang pilihan raya akan datang.

Dalam keadaan yang sedemikian rupa, tidak mungkin atau masih amat jauh lagi impian rakyat untuk menyaksikan pilihan raya bersih dan adil dapat dipenuhi.

Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sudah berlansung dan memang menimbulkan kesan besar, namun tuntutan Bersih masih juga belum ditunaikan boleh jadi hingga berlansung PRU Ke-13 nanti. Ini suatu cabaran yang amat getir dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Memanglah tidak mudah bagi Umno/BN yang memerintah lebih setengah abad untuk menyerah kalah dan mereka akan mempertahankan kuasa mereka dengan 'apa cara sekalipun'. Hal ini memang disedari ramai.

Seperti diketahui umum, ibu segala masalah dalam PRU Ke-13 ialah senarai pengundi yang masih kotor dan pelbagai penipuan. Inilah up-hill battle yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, terutama di negeri Selangor yang menjadi tumpuan khusus pengundi diragukan dan pengundi hantu.

Untuk ini kita bersimpati dengan Pakatan Rakyat, khususnya PAS Selangor yang bertanding banyak di kawasan Melayu, justru kawasan itu menjadi sasaran pengundi yang seumpama itu.

PAS Selangor, khususnya jentera pilihan rayanya yang dipimpin oleh Cikgu Jaafar dan pasukannya telah berhempas pulas untuk mengatasi masalah ini. Usaha mereka ini begitu cemerlang.

Sementara itu, Bersih 2.0 telah melancarkan kempen menentang penipuan dalam pilihan raya sebagai sambungan daripada siri perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah. Bersih 2.0 menjemput setiap rakyat Malaysia mengambil bahagian sebagai pemantau untuk pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.

Pertubuhan badan bukan kerajaan yang dianggotai 84 NGO itu turut melahirkan kekecewaan kerana perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu masih lagi tidak mendapatkan reaksi positif kerajaan untuk menghapuskan penipuan undi.

"Bersih 2.0 dengan kerjasama Tindak Malaysia dan Jom Pantau akan melatih sukarelawan yang akan memantau pilihan raya umum ke-13 kali ini bagi mengurangkan risiko penipuan dalam pilihan raya.

Mereka bertindak sebagai pemantau, pemerhati, pegawai pilihan raya, pengira undi dan agen untuk pengundi pos," kata Pngerusi Bersama Bersih Datuk A. Samad Said kepada pemberita ketika sidang media di sini baru-baru ini.

Tindak Malaysia, katanya, telah menjalankan banyak latihan di seluruh negara untuk melatih ejen pengundi, pengira undi, dan ejen Barung (PACABA).
Menurutnya, kempen ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya kepada 400 individu setiap minggu bagi mendapatkan sejumlah 180,000 ejen pilihan raya.

"Sukarelawan PACABA adalah yang paling penting kerana mereka adalah barisan hadapan yang akan mencium bau penipuan dan memastikan pegawai pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan dan mematuhi peraturan pilihan raya," tambah Sasterawan Negara itu.

Kempen yang dikenali dengan nama 'Jom Pantau" itu diketuai oleh KOMAS, satu badan yang bekerjasama dengan Malaysian Observer Network (MEO-Net) dan National Institute for Democracy Electoral Integrity (NIEI). Latihan kepada sukarelawan tersebut akan dijalankan oleh Tindak Malaysia.

Jawatankuasa Pemandu Bersih turut melancarkankan laman web bagi memudahkan orang ramai membuat aduan terhadap sebarang bentuk penipuan sewaktu pilihan raya kepada Bersih.

Laman web yang dikenali itu membolehkan orang ramai membuat aduan melalui mesej teks, emel, twitter, panggilan telefon, atau mengisi borang aduan yang disediakan di laman web tersebut.

Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan khidmat peta bagi membolehkan pengadu menandakan dengan tepat lokasi di mana penipuan tersebut berlaku.

Usaha ini sewajarnya mendapat sokongan semua pihak, khususnya dari Pakatan Rakyat. Ini kerana matlamatnya sama untuk mendapatlkan pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil.

Namun seperti saya katakana perjuangan ini sangat getir, memerlukan kesabaran, keyakinan dan strategi yang berkesan.

----------------------
Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com

Harakah Daily

Siasatan Perancis bongkar kaitan Najib dengan semua

Posted: 17 May 2012 12:27 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Kontrak tersebut dimeterai ketika Najib masih menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian khusus diberikan kepada peranan yang dimainkan oleh kawan karib dan penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda.

Pegawai berkuasa Perancis telah memaklumkan bahawa mereka sangat berminat terhadap dua bayaran yang dibuat oleh pembuat senjata Perancis.

Satunya berjumlah Euro 114 juta yang dibayar kepada syarikat Malaysia bernama Perimekar untuk kemudahan pengangkutan.

Pada waktu itu, Perimekar dalah dimiliki sepenuhnya oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Pihak majistret Perancis juga ingin mencari kebenaran di sebalik pembayaran Euro 36 juta kepada sebuah syarikat bernama Terasasi, yang pada asalnya dikorporatkan di Malaysia sebelum dipindahkan pendaftarannya ke Hong Kong, di mana berdasarkan Asia Sentinel adalah antara 142 syarikat yang mendaftar di Wan Chai.

Pengarah berdaftar Terasasi adalah Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Persoalan mengenai pembelian kapal selam menjadi hangat dan tajam pada Oktober 2006 selepas cebisan mayat model Mongolia dan penterjemah Altantuya Shaariibuu dijumpai di hutan di luar Kuala Lumpur.

Beliau telah ditembak di kepala dan terdapat cubaan untuk memusnah mayat beliau dengan bom C4 milik tentera.

Altantuya merupakan bekas kekasih Razak Baginda dan beliau kali terakhir dilihat di luar rumah kekasihnya yang menimbulkan situasi tidak senang.

Beberapa tahun yang lalu, Altantuya merupakan seorang model di Perancis dan pada2004 beliau mengiringi Razak Baginda sebagai penterjemah semasa beliau merunding kontrak Scorpene.

Dalam satu surat tulisan beliau yang dijumpai selepas beliau dibunuh, menyatakan beliau ingin berdepan dengan Razak Baginda dan menuntut USD 500 juta sebagai harga untuk menutup mulut beliau dalam kontrak pembelian Scorpene.

Kes ini tidak dapat diendahkan oleh mahkamah Malaysia, yang dikuasai golongan politik.

Walaupun Razak Baginda dan dua orang bekas pengawal Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa dengan pembunuhan, keputusan kes tersebut adalah pincang dan tidak menjawab banyak persoalan.

Dalam satu drama mahkamah yang menakjubkan, Razak Baginda tidak dipanggil untuk menjawab tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, dan dilepaskan dan kini tinggal di Britain.

Para pengawal peribadi Najib telah menerima padah dan telah dijatuhkan hukuman mati. Mereka sedang dalam proses rayuan tetapi pendengaran telah ditangguhkan.

Spekulasi berkata pendengaran itu tidak akan berlaku sehingga lepas pilihanraya umum yang bakal tiba, dijangka Jun, di mana jika Najib dan kerajaannya mengekalkan kuasa, dijangka satu cara akan difikirkan untuk membalas kesetiaan pengawalnya.

Selepas gagal mendapat penyiasatan penuh ke atas skandal Scorpene di Malaysia, ramai aktivis hak asasi manusia dan keluarga Altantuya telah meletakkan harapan kepada penyiasatan Perancis.

Namun demikian, terdapat sedikit kekecewaan apabila mengetahui bahawa hakim Le Loire dan Tournaire hanya boleh menyiasat tuduhan rasuah dan bukan pembunuhan Altantuya.

Akan tetapi, 10 hari yang lepas, Suaram Malaysia telah diberikan kebenaran untuk memberikan penerangan kepada hakim secara peribadi.

Jurucakap Suaram berkata mereka telah menceritakan skandal Scorpene ini daripada konteks politik Malaysia dan memberikan hakim senarai saksi-saksi yang dikehendaki.

Antara senarai itu ialah Razak Baginda, dan telah ada laporan bahawa hakim akan cuba mengeluarkan subpoena terhadap beliau daripada Britain.

Tetapi akan ada yang tidak mengendahkan senarai itu, termasuk nama Najib.

Namun begitu, ayah Altantuya, Setev Shaariibuu berkata beliau ingin ke Perancis daripada Mongolia dan percaya perbualan terakhir bersama anak perempuannya akan dapat menghubungkan segala titik yang tergantung dalam skandal Scorpene ini kepada hakim di sana.
----------------------------------
Berita ini diterjemah secara bebas daripada Vancouver Sun.

Harakah Daily

DAP ajak T Aziz jalan bersama atas jalan berbeza

Posted: 17 May 2012 12:25 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: DAP mengajak bekas Naib Pengerusinya, Tunku Aziz untuk terus bersama memperjuangkan yang benar di negara ini walaupun berbeza landasan.

"Tunku Aziz, walaupun berbeza pendapat, biarlah kita berjalan sehaluan dalam perjuangan untuk Malaysia yang bersih - menegakkan integriti, hak asasi dan sistem perundangan yang adil dan saksama dimana setiap anak bangsa Malaysia akan diberi layanan yang sama diatas bumi yang dipijak ini," kata Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP.

"Saya akan menjadi orang yang pertama mengalu-alukan Tunku Aziz jika beliau ingin mengubah fikiran mengenai perletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan sebagai ahli parti DAP tetapi saya menghormati jika ini keputusan muktamad yang beliau mahu ambil," jelas Lim Kit Siang.

Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya dan keluar dari DAP selepas tidak bersetuju dengan beberapa pihak dalam DAP khanya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun beliau berkata, "Saya tetap menghormati Lim Kit Siang kerana kami berkawan baik sejak dahulu."

Menurut Kit Siang, dalam beberapa dekad beliau mengenalinya, Tunku Aziz merupakan seorang yang berpegang teguh kepada prinsip dan integriti "dan pendapat saya mengenai beliau tidak pernah berubah sekelumit pun."

Dalam tiga pertemuan mereka baru-baru ini, dua kali di rumah Tunku Aziz dan yang ketiga di Parlimen.

Katanya, sekiranya perletakan jawatan beliau tidak dapat dielakkan, biarlah ianya dilakukan dengan penuh hormat dan berhemah tanpa perasaan dendam dan luka. "Biarlah kita berjalan sehaluan"

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tunku Aziz di atas khidmat dan sumbangan beliau sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan selaku Senator DAP yang pertama dari Pulau Pinang.

Harakah Daily

Laporan Pengerusi PSC Lynas dipertikai

Posted: 17 May 2012 12:20 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, kenyataan Pengerusi PSC Lynas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Kilang Lynas adalah kilang memproses Nadir Bumi yang terselamat di dunia dan lokasi kilang itu yang jauh dari penempatan penduduk sejauh 6KM jelas membuktikan ia dibentuk untuk menghalalkan kilang itu.

Kenyataan itu juga bercanggah sama sekali dengan Laporan Kajian Alam Sekitar (Preliminary Environmental Impact Assessment – PEIA) yang disediakan oleh ENVIRON pada 21hb Januari 2008 dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada 15hb Febuari 2008.

"Jelas, dari kenyataan yang tidak betul dan berat sebelah itu menzahirkan niat sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam penubuhan PSC Lynas untuk menghalalkan kilang LAMP milik LYNAS itu untuk kepentingan diri mereka.

"Malah kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa PSC Lynas itu untuk memimpin jawatankuasa itu dengan telus dan adil kini dipersoal," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Merujuk kepada Laporan EIA, kata Zulkefly, terdapat kawasan penempatan penduduk paling dekat dalam jarak 3-5KM dari lokasi kilang Lynas itu iaitu Taman Balok Perdana, Taman Balok Makmur dan Kem TLDM Kampung Seberang Balok.

Laporan EIA juga dengan jelas menyenaraikan beberapa syarikat yang beroperasi dalam jarak 1km-3km dari lokasi kilang itu iaitu Polyplastics, Erupee Sugar, Kaneka, Flexsys, Eastman, WR, Cryovac, BP Chemicals, Petronas ERC, BASF dan MTBE.

Manakala dalam jarak 3km-5km terdapat penempatan penduduk sepanjang pantai ke Kuala Terengganu, Kuantan-Pelabuhan Bypass, Sg.Tunggak, Penduduk dari Kuantan ke pelabuhan, Lebuhraya Pantai Timur, Pelabuhan Kuantan dan Pantai Cherating.

Laporan EIA juga, katanya, dengan jelas mencatatkan jumlah penduduk dari Taman Balok Perdana, Taman Balok Makmur, TLDM Kg. Seberang Balok sebanyak 5973 org (statistik tahun 2000) dengan komposisi kaum Melayu sebanyak 87 peratus, Cina 0.2 peratus dan India 2.2 peratus.

Katanya lagi, terdapat juga beberapa kampong berdekatan iaitu Kg. Sg Ular (2.5KM dari Kg. Gebeng), Kg. Hulu Balok (3KM dari Tapak Kilang), Kampung Berahi(4.5KM dari Tapak Kilang), Kampung Seberang Balok(6KM dari Tapak Kilang).

Kg. Gebeng (3KM dari Tapak Kilang) dan Kampung Selamat pula 4 KM dari Tapak Kilang.

Kenyataan Khaled Nordin bahawa Kilang LYNAS adalah kilang memproses nadir bumi yang terselamat di dunia juga bercanggah dengan kenyataan Laporan Kajian Alam Sekitar (PEIA).

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa 'potential concern' jika langkah-langkah kawalan atau pencegahan tidak dilaksanakan oleh Lynas ketika fasa rekabentuk dan ketika fasa operasi mampu menyumbang kepada kesan-kesan pencemaran alam sekitar seperti berikut iaitu:

1. Kualiti air Sg. Balok akan menurun. Jika 'Standard B discharge limit' atau had pelepas air sisa 'dirawat' melebihi dari kadar yang ditetapkan, Sungai Balok akan tercemar (Kadar pencemaran kini sebenarnya sudah ditahap 2 dan 3). LYNAS harus memastikan keberkesanan 'waste water treatment facilities' atau kemudahan rawatan air sisa diambil kira khususnya ketika fasa rekabentuk.

2. Penurunan Kualiti Udara - pelepasan ketika operasi dari 'waste gas treatment system', 'gas fired boilers' dan 'product calciners'. (mesti di pastikan selamat dalam radius 5KM ZON IMPAK) kerana terdapat penduduk Balok dalam jarak 2-5KM dari lokasi kilang itu.

3. Kesan Bunyi Bising. EIA mengakui adanya penduduk dalam radius 3KM terutamanya Taman Balok Perdana dan Taman Balok Makmur.

4. Potensi Pencemaran Tanah dan Groundwater/Air Bawah Tanah.

5. Sumber stim akan terhasil iaitu dari WLP, PGD dan NUF dan diklasifikasikan sebagai sisa radiological oleh AELB dan akan diuruskan/disimpan mengikut keperluan AELB. Tempat simpanan sisa ini hasil kerjasama Lynas dan Ranhill Worley berdasarkan cadangan MNA (Malaysia Nuklear Agency/Agensi Nuklear Malaysia) yang tercatat dalam RIA.

6. Potensi kebocoran dari tempat simpanan sisa dan langkah-langkah melindungi tanah dan air bawah tanah yang tidak mencukupi mampu menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

7. Kebocoran simpanan bahan-bahan bahaya (reagents dan bahan asid). Langkah-langkah 'Containment' atau Simpanan harus dipastikan ada dan haruslah diurus dengan baik.

Bagaimanakah kenyataan itu boleh berkata bahawa kilang Lynas adalah kilang memproses nadir bumi yang terselamat di dunia jika langkah-langkah pencegahan malah kemudahan 'state-of-the-art' yang terdapat di kilang itu masih belum dibuktikan lagi, tambah beliau.

Harakah Daily

Tiga kedutaan Barat di Pakistan terima surat ugutan

Posted: 17 May 2012 12:00 AM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD 17 Mei - Tiga kedutaan Barat di sini, semalam, menerima surat mengandungi serbuk hitam yang mencurigakan dan ugutan untuk meracun tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

Ketua Polis Islamabad, Bani Amin berkata, kesemua serbuk tersebut yang diisi dalam plastik kecil, dihantar ke makmal analisis untuk diuji.

Katanya, surat misteri itu dihantar kepada Kedutaan Perancis, Australia dan Britain. - AFP

Panas: Anak Nong Chik dapat projek RM30 juta?

Posted: 16 May 2012 11:45 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Mei: Belum reda skandal projek lembu kebangsaan yang diseleweng bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil melibatkan RM250 juta wang rakyat, kali ini satu lagi pendedahan membabitkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Ironinya kedua-dua pimpinan Umno ini sinonim dengan Lembah Pantai.

Menurut blog anaksungaiderhaka, pada 24 Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ini bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana, 26, disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.

Dilaporkan, beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 unit saham. Bermakna, secara praktikal, beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan pengarah yang lain hanya memiliki satu saham.

Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa, sumber dipetik.

Hobi pelik susahkan jiran

Posted: 16 May 2012 11:30 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PUCHONG – Hobi pelik seorang wanita tua mengumpul dan melonggokkan barang terbuang dan sampah di ruang tamu serta laman rumahnya menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga yang tinggal di Jalan 11 Taman Bukit Kuchai, di sini.

Difahamkan, aktiviti dijalankan lebih 30 tahun lalu dan turut menjadi pendapatan sampingan warga emas berusia 70 tahun itu dikatakan menjadi punca lebih 200 penduduk sekitar diancam masalah pembiakan tikus dan juga haiwan berbisa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, dia pernah menasihati jiran yang tinggal selang dua rumah dari kediaman dihuninya namun kata-katanya seolah-olah tidak diambil peduli.

Menurutnya, selain terpaksa menghidu bau busuk, penduduk juga berdepan masalah tikus yang bermaharajalela di rumah wanita warga emas berkenaan.

Ahmad berkata, dia sudah mengadu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2010. Apabila melihat isu itu tidak juga selesai, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui panggilan telefon untuk membuat aduan sebelum maklum balas diterima mengatakan pihak itu akan mengambil tindakan susulan.

Adakah Sudah Sempurna Luaran Kita Ini?

Posted: 16 May 2012 09:26 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Dewasa ini kita sering dikhabarkan dengan kes-kes perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabie, rogol yang melibatkan orang luar malah dikalangan keluarga rapat sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Antara faktor utama kejadian seperti ini yang menimbulkan simpati masyarakat adalah pengabaian masyarakat Islam dalam penjagaan aurat antara lelaki dan perempuan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.Seolah-olah kewajiban menjaga aurat adalah hukum yang dianggap remeh.

Sebagai salah seorang mahasiswa di Perlembahan Nil, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal masalah ini yang sering dianggap biasa. Naluri mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.

Yang sedihnya, terdapat segelintir golongan yang memahami ini jugalah yang melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.

Pengertian Aurat
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.
(Al-A'raaf 7:31)

Rasulullah saw bersabda:
"Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram."
(Hadith Riwayat Aththahawi)

"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?' Nabi saw menjawab, "Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu."
(Hadith Riwayat Bukhari)

"Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya."
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat, Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak

Batasan-batasan aurat :

A.Aurat di khalayak awam
1 Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Aurat Lelaki, antara pusat dan lutut2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

C.Aurat sesama jenis (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat
1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang ingkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


Hukum melihat aurat
Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Semua aurat haram dilihat sekalipun seurat rambut perempuan yang telah tercabut dari tuan empunyanya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini.

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua
Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Kesimpulan
Justeru,jagalah aurat dan pakailah pakaian mengikut akhlak Islamiyah. Segala yang dianjurkan Islam adalah untuk mejaga umatnya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.
Wallahu'alam.

- Artikel iluvislam.com

Bisa haiwan ubat mujarab

Posted: 16 May 2012 09:05 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TOKSIN siput kon berjaya diubah sebagai penawar Parkinson, Alzheimer, kemurungan, ketagihan nikotin dan skizofrenia.

PENGGUNAAN toksin reptilia seperti ular, biawak Gila Monster, kala jengking, sengat tebuan dan labah-labah sudah lama diamalkan dalam perubatan alternatif homeopati.

Bagaimanapun, bisa haiwan semakin diterima dalam perubatan moden khususnya untuk dijadikan penawar penyakit kronik.

Pengarah Taman Reptilia Australia, John Weigel memberitahu, penghasilan bisa antivenin diperlukan bagi kes individu dipatuk ular.

"Sekurang-kurangnya 50 hingga 600 ular berbisa digunakan setiap dua minggu sekali di Australia bagi proses pengekstrakan bisa.

"Bisa itu bagi menyelamatkan kira-kira 300 nyawa mangsa patukan ular berbisa setiap tahun," katanya.

Weigel berkata, ramai pengkaji perubatan cuba mendapatkan ular jenis Brazil di Australia kerana keupayaannya menghasilkan penawar tekanan darah tinggi serta gangguan kardiovaskular lain.

Siput penawar

Lebih kurang 560 daripada hampir 3,000 spesies ular di dunia adalah berbisa manakala 10 daripada sejumlah ular paling berbisa boleh ditemui di Australia.

Bukan sekadar bisa ular yang mampu menjadi penawar penyakit kronik. Biawak, haiwan yang dianggap menggeli dan menjijikkan hakikatnya berupaya melaraskan kandungan glukosa dalam darah manusia.

Kandungan air liur biawak Gila Monster atau nama saintifiknya, Heloderma suspectum boleh menurunkan paras gula pesakit diabetes jenis kedua.

Ubatan yang diperoleh daripada air liur biawak itu dikenali sebagai Byetta. Ia berkesan merangsang perembesan insulin sebagai tindak balas terhadap kandungan glukosa yang tinggi dalam darah.

Selain itu, apabila hormon glukagon yang membantu meningkatkan kandungan glukosa dalam darah disekat, ia berfungsi mengurangkan berat badan seseorang.

"Apabila orang mendengar Byetta boleh menurunkan berat badan, ia serta-merta menjadi laris," kata pakar farmasi dan diabetes Australia, Sandra Leal.

Dalam pada itu, siput mudah didapati di sungai dan lautan serta enak dimakan. Namun, lain pula halnya dengan siput kon.

Ini kerana siput itu mampu melemahkan mangsanya seperti ikan, cacing dan moluska dengan menjelirkan lidah yang berbentuk jarum sebelum menyuntik sejumlah toksin ke dalam badan mangsa.

Para saintis berpendapat, individu yang disengat siput kon berisiko 90 peratus untuk mati.

Namun, saintis telah berjaya mengubah toksin spesies siput itu menjadi ubat untuk merawat pelbagai gangguan sistem saraf seperti Parkinson dan Alzheimer, serta mengawal kemurungan, ketagihan nikotin dan skizofrenia.

Terdapat lebih 500 spesies siput kon yang lazim ditemui di kawasan terumbu karang.

Seorang saintis daripada Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS), Miqin Zhang pula membuat penyelidikan mengenai bisa kala jengking jenis Deathstalker yang berpotensi mengubat kanser otak.

Katanya, kandungan klorotoksin dalam bisa haiwan itu mampu mengubat kanser otak dengan konsep terapi gen.

"Klorotoksin menghapuskan gen pencetus tumor penyebab kanser otak," ujar Zhang.

Tidak terhenti begitu sahaja, sengat lebah tarantula, kala jengking dan ular tedung didakwa berkesan mengubat pelbagai penyakit kronik.

Pakar perubatan dari Amerika Syarikat (AS), Samuel A. Wickline menemui protein pada sengat lebah iaitu melittin untuk merawat kanser.

kosmo/-

Ikhwanul Muslimin bantu calon presiden

Posted: 16 May 2012 09:00 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Ulama konservatif dan pendakwah televisyen memuji calon presiden Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, ketika beribu-ribu penyokong berkumpul memberi sokongan kepadanya di stadium di bandar raya perindustrian Lembah Nil dengan tinjauan menunjukkan kedudukannya masih lemah.

"Kami lihat impian mewujudkan pemerintahan Khalifah Islam menjadi satu kebenaran di tangan Mohammed Morsi. Ibu negara Khalifah dan Negara Arab Bersatu ialah Baitulmaqdis, Insya-Allah," kata ulama

Safwat Hegazy ketika beribu-ribu penduduk bersorak dan mengibarkan bendera Ikhwanul Muslimin berwarna hijau sambil melaungkan: "Rakyat mahu laksana undang-undang Allah."
Calon presiden Ikhwanul Muslimin pada awalnya Khairat el-Shater, tetapi beliau tidak layak bertanding berikutan sabitan ketika pemerintahan Mubarak. Ia memaksa mereka menjadikan Morsi sebagai calon meskipun tidak sekuat Shater.

Morsi bergelut mengumpul pengundi untuk berdepan dengan persaingan Abdel-Moneim Abolfotoh, yang lebih sederhana dan mendapat sokongan parti lebih konservatif, Salafi.

Seorang lagi calon ialah Perdana Menteri terakhir ketika pemerintahan Mubarak, Ahmed Shafiq yang turut rancak mengumpul sokongan menjelang pemilihan presiden minggu depan.

Bagi sebahagian rakyat, pengalaman dan latar belakangnya sebagai bekas komander tentera udara menjanjikan pengakhiran kepada krisis melanda negara itu sejak penyingkiran Mubarak.
Beliau juga berdepan kritikan bagi mereka yang melihat beliau sebagai tinggalan rejim lama. Minggu ini Shafiq terpaksa menangkis serangan pembabitannya dalam penjualan tanah diperuntukkan bagi kakitangan tentera kepada anak lelaki Mubarak.

Tidak hairanlah, ketika kempen pemilihan presiden tinggal sembilan hari, Ikahwanul Muslimin membuat perubahan drastik apabila lebih berani menyatakan keinginan menjadikan Islam dan undang-undang Syariah sebagai teras pentadbiran negara.

Ia juga semakin jauh daripada penampilan lebih sederhana yang pernah ditunjukkan sebelum kejatuhan Hosni Mubarak 15 bulan lalu. Ketika berkempen untuk pilihan raya Parlimen lewat tahun lalu, Ikhwanul Muslimin menegaskan pelaksanaan undang-undang Syariah bukan keutamaannya.

Pergerakan itu juga mahu meredakan kebimbangan ia mahu mengambil alih negara itu dengan berjanji bekerjasama dengan parti lebih liberal.

Pengkritik dan anggota Ikhwanul Muslimin berkata ketegasan itu menunjukkan wajah sebenar kumpulan berusia 82 tahun itu, yang ditubuhkan oleh ulama sejak berdekad lalu tidak memberi peluang kepada tokoh lebih sederhana dan mengambil alih kepemimpinannya.

Ulama konservatif, kata bekas anggota pergerakan itu, lebih bersikap konfrontasi dan berazam melaksanakan undang-undang Islam dan tidak mungkin mahu berkongsi kuasa dengan pihak lain.

Bekas anggota juga percaya kumpulan itu juga sebenarnya kecewa kerana kuasa politik sekian lama diimpikan semakin terlepas daripada genggaman. Ikhwanul Muslimin muncul daripada pilihan raya Parlimen sebagai parti terbesar dalam perundangan, kejayaan dianggap sebagai bukti ia berhak meneruskan agenda mereka. – AP/Reuters

Tayang punggung jihad baru ala-Umno?

Posted: 16 May 2012 08:34 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

APAKAH sebabnya Umno menyuburkan budaya kurang ajar di kalangan orang Melayu? Tidak cukup dengan menjerit-jerit serta memaki hamun dengan kata-kata kesat, membuat kecoh dan menayangkan punggung (punggung) ke arah rumah Dato' Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Lebih memalukan, ada kalangan askar-askar pencen (bekas perajurit) yang menayangkan punggung mereka itu sudah berusia dan ada yang memakai ketayap. Bersenam dalam keadaan menonggeng, menghalakan punggung ke arah rumah Ambiga.

Mereka berbuat demikian kerana mendakwa, Ambiga termasuk dalam golongan anti-Islam, anti-Melayu. Lebih teruk lagi mereka mengecam Ambiga kerana mendukung perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender).

Kita harus punyai pendirian yang jelas. Kita tidak menyokong Ambiga dalam semua perkara. Kita menyokong perjuangannya di dalam Bersih yang mahukan sistem demokrasi dalam negara dirombak dan diperbaiki.

Namun, sejahat manapun Ambiga seperti yang digambarkan media Umno-BN, tidak harus sama sekali Umno, yang mendakwa ia mempunyai ahli berbangsa Melayu dan beragama Islam yang terbesar dalam negara membiarkan individu seperti Ambiga menerima balasan sedemikian rupa.

Menyerang dan memberi tekanan kerana orang yang dibenci Umno, khususnya kebencian yang dipupuk menerusi media Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star, TV3, RTM dan Astro, adalah sesuatu yang tidak wajar.

Ambiga bukan Islam. Kita tidak boleh menyekat orang kafir yang berpegang dengan fahaman mereka, kecuali mereka menyerang dan menghina Islam secara terang-terangan. Kecuali jika mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Itu Ambiga yang bukan Islam, didakwa menyokong LGBT. Tetapi bagaimana dengan orang Islam yang menyokong LGBT? Dato' Marina Mahathir misalnya. Ada laporan menyatakan, beliau dipetik sebagai berkata:

"For the struggle, ask me. I have been defending the LGBT community's rights for over 20 years now"

Dengan kata-kata ini, apakah kumpulan NGO yang pro-Umno sedia untuk menayang punggung mereka di hadapan rumah Dato' Marina Mahathir yang turut sama menyertai Bersih 3.0 dan juga mendukung perjuangan LGBT?

Apakah kumpulan NGO pro Umno ini dibenar membuka gerai jualan burger di hadapan rumah Marina? Atau pun mereka mengumpulkan beberapa kerat juak fanatik yang bengong berkumpul sambil menjilat ais krim? Atau ada sekelompok yang melakukan senamrobik sambil mengibas-gibaskan punggung macam Keldai?

Marina bukan calang-calang orang. Anak bekas Presiden yang paling lama dalam Umno. Bapa dia pun masih hidup lagi. Tidak henti-henti menyerang PAS, KeADILan dan DAP. Menyerang Bersih 3.0 dan sebagainya. Tetapi anak bekas Presiden Umno, sudah berbeza pandangan dengan bapanya dalam hal-hal tertentu.

Mengapa tidak golongan yang berhimpun di hadapan rumah Ambiga, beralih ke rumah Dr Mahathir Mohamad.

Pergi cakap pada dia, "Dei mamak kutty, itu anak pandikutty sokong LGBT, sokong Bersih, kita mahu cakap depan dia punya muka, kita mahu tunjuk kita punya belakang pada dia.." Kita hendak tengok apa respon Dr Mahathir jika perlakuan terhadap Ambiga diulangi di hadapan Marina.

Penulis sekadar melontarkan hipotesis. Siapapun Ambiga, siapapun Marina, kita tidak harus sesekali membenarkan mereka menerima ancaman sedemikian rupa.

Perbuatan yang tidak bermoral seperti mereka ini, tidak seharus-harus kita izinkan walau atas apa sebab sekalipun. Pertama kerana ia bertentangan dengan akhlak Islam; Kedua, ianya bukan budaya orang-orang Melayu.

Orang Melayu, orang Islam di Malaysia ada budaya dan adat istiadat yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Justeru, jangan sesekali seseorang individu tersebut dimusuhi, maka diberikan segenap ruang untuk masyarakat fanatik yang rasis melakukan serangan berbentuk fizikal terhadap mana-mana pihak.

Sebelum ini, kita dapat menyaksikan, bagaimana sekelompok NGO yang mendukung perjuangan Umno, melakukan provokasi yang amat-amat jijik serta tidak bermoral terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tidak cukup dengan ancaman hendak memukul beliau secara peribadi, diupah orang menghantar keranda, dihantar kek berupa najis, dikalungkan gambar seperti orang mati terhadap beliau.

Tidakkah ini merupakan perbuatan yang sangat kurang ajar? Apa bangsa pun, sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, mahupun golongan mamak di Pulau Pinang, mereka harus memaksikan kehidupan mereka dengan nilai-nilai moral yang amat tinggi.

Supaya, suatu hari nanti, masyarakat dunia akan memandang tinggi tatasusila dan kesopanan seluruh bangsa Malaysia.

Malangnya yang wujud hari ini, akibat kebencian politik yang dipupuk menerusi media Umno-BN, kesopanan bangsa itu sudah tidak wujud. Bangsa sudah bertukar menjadi bangsat. Golongan bangsat politik, demi untuk mempertahankan kuasa, menyuburkan perlakukan yang amat jijik.

Mana fatwa Mufti Tan Sri Harussani Zakaria? Mana fatwa Ustaz Fathul Bari Mat Jaya terhadap perlakukan sebegini? Apakah perlakukan mereka ini sah dari sisi Islam Umno?

Apakah Islam menggalak ancaman sedemikian dilakukan ke atas Ambiga dan Guan Eng?

Apakah dengan menunjukkan punggung di hadapan rumah orang kafir seperti Ambiga, dianggap suatu jihad mereka mereka memperjuangkan Islam yang menyanggahi LGBT?

Keluarkanlah fatwa sebagaimana cabulnya mulut mufti dan ulama Umno mengecam PAS, pagi petang siang dan malam.

Beritahu kepada kami, apakah dengan menayangkan punggung di hadapan rumah orang kafir itu, suatu jihad baru cara Umno?

Harakah Daily

Imej teruk: PAS simpati kepada polis baik

Posted: 16 May 2012 07:57 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS melahirkan rasa simpati kepada polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis ekoran imej pasukan itu semakin teruk pada padangan masyarakat awam.

"Ini semua angkara 'nila setitik susu sebelanga binasa'," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Justeru, ujarnya sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan segera untuk membendung tindakan liar polis.

"IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badawi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang," ujarnya.

Katanya, polis menentang kerana mereka tidak mahu disiasat oleh badan lain kecuali oleh polis sendiri.

Beliau merujuk laporan terbaru daripada pihak Bersih 3.0 yang melaporkan seorang peserta Bersih 3.0, Mohd Safuan Mamat @ Nordin tampil menyerah diri membantu siasatan di balai Polis Dang Wangi namun dicederakan menggunakan batang paip hitam di dalam lokap.

Lebih mengejutkan, katanya seorang tahanan turut menampar beliau sebanyak empat kali dan polis hanya memerhatikan tindakan berkenaan.

Beliau diminta untuk mengaku bersalah atas kejadian memusnahkan kereta polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Sehubungan itu, Idris mempersoalkan apa sudah jadi dengan institusi polis.

Baginya, jika itu yang berlaku, maka tidak hairanlah samseng Jalan Kebun Klang bebas memukul orang yang hadir mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

"Jika di dalam balai polis tidak selamat, tempat mana lagi yang rakyat selamat.

"Apakah masih ada lagi sisa-sisa peninggalan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang mencederakan Datuk Seri Anuar Ibrahim ketika berada di dalam lokap," ujarnya lagi.

Katanya, IPMC hanya melibatkan polis yang jahat sahaja.

"Polis yang baik dan profesional kenapa perlu takut," katanya.

Menurutnya, keganasan polis memang diakur oleh siasatan Suhakam ketika Bersih 2.0 tetapi malangnya suruhanjaya itu hanya boleh menyiasat tetapi tidak boleh mendakwa.

Harakah Daily

Nanas kembar 15 bentuk hati

Posted: 16 May 2012 07:54 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT SELAMBAU – Seorang peniaga kedai perkakasan terkesima apabila suaminya membawa pulang nanas kembar 15 seberat 7.7 kilogram yang tumbuh di ladang getah mereka di Kampung Sungkup, Bukit Selambau.

Menurut Zuraini Md Isa, 41, nanas unik itu menjadi bualan penduduk kampung dan pengunjung yang memenuhi kedai mereka yang terletak depan masjid Bukit Selambau untuk melihat secara dekat, apabila buah itu diletak sebagai pameran.

"Nanas ini agak pelik sebab berbentuk hati, mempunyai 15 buah yang bercantum di bahagian tengah. Kalau dilihat secara kasar memang nampak ada yang sudah masak dan ada yang masih hijau," katanya.

Zuraini berkata, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk menjadikan buah nanas itu hidangan atau dimasak memandangkan kejadian disifatkan sangat unik dan tidak pernah dialaminya sebelum ini.

Sinar Harian

Suspek dera budak ditahan

Posted: 16 May 2012 07:39 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU- Suspek yang dipercayai terbabit dalam kes dera melibatkan anak teman wanitanya berusia dua tahun dalam kejadian di Kampung Tualang, di sini, 20 April lalu berjaya diberkas polis di Kampung Manir, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang bernama Azhar Yusof, 31, diberkas kira-kira jam 2 petang semalam semasa berada di kedai makan ibunya.

"Pada jam 1.30, anggota kami membuat rondaan di hadapan kedai makan ibu suspek dan ternampak kelibat suspek berada di dalam kedai berkenaan.

"Bagaimanapun, sejurus menyedari kehadiran kami, suspek cuba melarikan diri ke belakang kedai ibunya, namun dia berjaya diberkas selepas berlakunya sedikit pergelutan kerana suspek berdegil dan melawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, akibat pergelutan itu, suspek mengalami kecederaan ringan iaitu cedera di bahagian kening kanan.

Katanya, suspek yang turut didapati positif pil methamphetamine akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM20,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Katanya, dengan penangkapan suspek, kes dera melibatkan kanak-kanak malang itu selesai dan pihaknya akan merujuk kes berkenaan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan undang-undang.

"Kami memandang serius kesalahan ini dan akan cuba pastikan suspek dikenakan hukuman paling tinggi berdasarkan kecederaan yang menimpa kanak-kanak malang itu," katanya.

Sementara itu, Manoharan berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa kini masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berkemungkinan mangsa akan mengalami kecacatan kekal dari aspek fizikal dan otak walaupun berjaya dibedah.

Pada, Sinar Harian menyiarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah kampung di Manir.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu, difahamkan suspek tidak dapat tahan dengan kelakuan aktif kanak-kanak terbabit menyebabkan dia hilang sabar dan memukul mangsa hingga menyebabkan cedera.

Sinar Harian

Ibu lihat anak melambung

Posted: 16 May 2012 07:37 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG – Seorang ibu kepada dua anak hanya mampu melihat badan anak sulungnya melambung ke udara sebelum terperosok ke bawah kereta dalam kemalangan awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Hambali Nasir, 14, dalam perjalanan dari rumahnya hanya beberapa meter dari tempat kejadian di hadapan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang sebelum motosikal yang diboncengnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.

Faridah Sulaiman, 41, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar anak bongsunya ke Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang sempat melihat badan anaknya melambung tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Menurutnya, sebaik anaknya jatuh terperosok ke bawah kereta, dia terus mendapatkan anaknya serta berusaha menariknya keluar dari bawah kereta.

"Beberapa orang yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan saya yang agak panik ketika itu.

"Ketika kejadian saya benar-benar terkejut sehingga lupa nombor telefon suami," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah mertuanya di belakang Pasaraya Pantai Timur.

Faridah berkata, Muhammad Hambali tidak menunjukkan banyak perubahan sebelum kemalangan, cuma sejak sebulan lalu dia kerap mengadu badannya lemah serta lesu.

Menurutnya, pagi semalam juga arwah anaknya tidak mahu ke sekolah kerana penat dan letih.

"Dia kerap mengadu penat dan letih tanpa sebab, walau pun dia tidak mahu ke sekolah semalam saya tetap memujuk dan dia akhirnya akur ke sekolah.

"Selalunya sebelum keluar ke sekolah arwah bersalam serta mencium tangan saya, tetapi semalam dia tidak melakukan rutin hariannya itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa anak sulungnya itu.

Faridah berkata, sebagai ibu dia cukup bangga dengan anaknya yang turut menunjukkan perkembangan membanggakan dalam pelajaran.

Menurutnya, anaknya baru menerima anugerah kecemerlangan di sekolah baru-baru ini, bagaimanapun pasrah dengan dugaan ini.

"Kebiasaannya arwah yang menunggang motosikal sementara rakannya yang cedera pada bahagian kaki membonceng tetapi hari ini sebaliknya apabila dia yang membonceng," katanya.

Sementara itu, nenek arwah, Azizah Ismail, 71, berkata, dia sempat membawa cucunya bercuti di Hadyai dan dia kelihatan begitu seronok memandangkan jarang dibawa melancong keluarganya.

Menurutnya, arwah tidak menunjukkan perubahan dan dia tidak menyangka itu merupakan percutian terakhir bersama arwah.

Jenazah arwah yang meninggal di Hospital Daerah Pasir Mas kira-kira jam 10 pagi semalam dituntut keluarga dan dikebumikan 2 petang di Tanah Perkuburan Islam rantau Panjang.

Sinar Harian

Askar bengkak kedua mata, pecah gegendang telinga

Posted: 16 May 2012 07:35 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang askar cedera di kedua-dua belah mata serta mengalami pendarahan pada gegendang telinga dipercayai akibat dibuli anggota senior, di sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 20 tahun yang baru dua tahun menyertai pasukan keselamatan itu dipercayai dibuli ketika sesi 'salam perkenalan' kira-kira 11.30.

Sumber memberitahu, mangsa sebelum itu didatangi tiga anggota senior dan menyuruh mangsa datang ke bilik mereka.

Menurutnya, mangsa kemudian pergi ke bilik anggota senior berkenaan, namun setibanya di sana, mangsa terkejut apabila mendapati lima anggota senior lain berada dalam bilik berkenaan.

"Salah seorang dari anggota senior berkenaan tidak berpuashati dengan mangsa dan menyuruh mangsa memanggil rakannya yang berada di dalam bilik untuk turut bersama dengan mangsa.

"Difahamkan, salah seorang anggota senior mendakwa mangsa berlagak seperti orang lama semasa menjalani kursus, namun mangsa menafikan dakwaan berkenaan," katanya.

Menurut sumber lagi, salah seorang dari anggota senior menampar muka mangsa tidak kurang sepuluh kali sehingga mangsa terjatuh di atas lantai bilik berkenaan.

"Semasa mangsa cuba bangun, anggota senior tadi kemudian menampar pipi mangsa beberapa kali hingga mangsa hilang kawalan lalu tersungkur di atas lantai sekali lagi," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurut sumber, selepas mangsa menyedari mukanya bengkak, salah seorang anggota senior bertanya sama ada mangsa akan melaporkan kepada pihak atasan, namun mangsa menafikannya kerana takut.

Katanya, kira-kira sejam setengah selepas itu, mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan doktor mengesahkan kedua belah matanya berlaku pendarahan di bahagian dalaman.

"Manakala gegendang telinga mangsa didapati pecah akibat berlaku pendarahan," katanya.

Berikutan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Udang, kira-kira 3.30 pagi, semalam.

Sementara, itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Sinar Harian

Pemandu kereta maut tersepit dalam kenderaan

Posted: 16 May 2012 07:32 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JEMPOL - Gagal memotong sebuah kenderaan, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas, lalu bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 28 Jalan Bahau - Kemayan, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengahari itu, mangsa, Chan Shin Kiat, 30, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala akibat tersepit di bahagian tempat pemandu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhd Sabri Muhamad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Avanza datang dari arah Bahau menuju Kemayan.

"Kereta mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas dari arah berkenaan.

"Mangsa maut kerana tersepit di dalam kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, terdapat sepuluh penumpang dalam bas dari arah Mentakab dan dalam perjalanan ke ke Johor Baharu," katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Sabri berkata, pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan berkenaan rosak teruk.

"Kesemua penumpang kemudian dipindahkan ke bas yang lain sebelum meneruskan semula perjalanan­ ke Johor Baharu," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Jempol, di sini untuk bedah siasat sebelum di tuntut oleh keluarganya.

Sinar Harian

SMS tidak dibalas terjawab

Posted: 16 May 2012 07:29 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TANAH MERAH - "Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar tidak terbalas akhirnya terungkai apabila anak saya bersama sahabat baiknya terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Lawang, Batu Gajah, malam tadi (kelmarin)," kata Zuraidah Abdul Ghani, 42, ibu kepada Wan Mohd Alfzam Wan Hussien, 24, mangsa kejadian.

Menurutnya, kira-kira jam 10.30 malam tadi (kelmarin) mangsa bersama Mohd Sanusi Che Hamzah, 31, keluar dari rumah di Felda Kemahang dengan menaiki kereta untuk mengutip hutang daripada rakannya di Kampung Air Chanal

"Pada malam kejadian saya rasa tidak sedap hati, apabila SMS yang dihantar tidak dibalas sehingga rakan sekerja suami memberitahu anak kami terlibat dalam kemalangan.

"Saya amat terkejut dengan berita buruk tersebut menyebabkan seluruh anggota badan menjadi lemah kerana telahan kejadian buruk menimpa ke atas anak kami menjadi realiti," katanya ketika ditemui.

Bergegas ke tempat kejadian

Zuraidah berkata, SMS diterima daripada bakal tunang anaknya yang tinggal di Kuala Krai bertanya khabar mengenai diri mangsa kerana SMS dikirimkan juga tidak dibalas.

"Selepas itu saya pula yang menghantar SMS namun, tidak juga terbalas menyebabkan kami sekeluarga tidak tidur semalaman," katanya.

Tambahnya, dia dan suami bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu mengenai kemalangan itu, dan ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 pagi ,Wan Mohd Alfzam bersama Mohd Sanusi sudah tidak bernyawa kerana tersempit dalam kereta yang remuk akibat terhumban ke dalam cerun dekat bahu jalan.

Arwah Mohd Sanusi teringin makan gulai ikan haruan

Sementara itu, isteri Mohd Sanusi, Siti Rohana Mustapha, 30, berkata, arwah bekerja sebagai tukang rumah berasal dari Felda Kemahang 2 itu, tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum kejadian.

Menurutnya, arwah suami teringin hendak makan gulai ikan haruan, walaupun sebelum ini dia tidak pernah makan masakan itu.

"Ketika turun dari rumah, arwah tidak memberitahu hendak ke mana dan saya tidak merasakan apa-apa kerana sudah biasa dengan caranya," katanya yang mempunyai tiga anak berusia antara enam tahun hingga 10 tahun.

Mangsa maut akibat tersepit

Sementara itu, jurucakap bomba Tanah Merah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama lima anggota.

Katanya, setibanya di tempat kejadian didapati dua mangsa tersempit dalam kereta tersebut dan dipercayai sudah meninggal dunia.

"Pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk operasi menyelamat, kerana terpaksa memotong kenderaan yang remuk bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa itu," katanya.

Sinar Harian

Hanya tinggal rangka

Posted: 16 May 2012 07:27 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BACHOK –Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

"Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut. Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

"Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.

Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.

Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri," katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.

"Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya," katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.

Sinar Harian

Protes tanah, remaja Kemboja mati ditembak

Posted: 16 May 2012 07:24 PM PDT

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PHNOM PENH - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penduduk tempatan, yang mengadakan protes membantah isu rampasan tanah, semalam.

Remaja itu menyertai protes membantah projek ladang getah di kawasan ternakan dan kebun di wilayah Kratie, sebelah timur Kemboja.

Pertempuran semalam melibatkan sekitar 400 anggota pasukan keselamatan dan 200 penunjuk perasaan.

Penduduk tempatan berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan amaran ketika protes tetapi tidak pasti pihak yang melepaskan tembakan.

Sementara kumpulan hak asasi manusia mendakwa tanah penduduk tempatan dirampas, kerajaan Kemboja berhadapan dengan kritikan berterusan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan hak asasi manusia ekoran konflik berkaitan pertikaian tanah.

Pihak berkuasa berkata penduduk tempatan menggunakan kapak dan busur silang sambil bertekad tidak akan mengosongkan tanah yang menjadi pertikaian sehingga tanah mereka dikembalikan.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan