Ahad, 19 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 18 Feb 2012 11:31 PM PST

Salam Perjuangan


APA MOTIF HASAN ALI? - PAS KELANTAN

Posted: 18 Feb 2012 09:41 PM PST


26 Rabi'ul Awal 1433 H | 19 February 2012

KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.

"Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.

"Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.

Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.

"Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini," katanya. - SinarHarian

NAJIB 'HINA' DIRI SENDIRI

Posted: 18 Feb 2012 01:24 AM PST

25 Rabi'ul Awal 1433 H | 18 February 2012


Harakahdaily


Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.


Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah 
(gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.


"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..


Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.


Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.


Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.


"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.


"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 18 Feb 2012 11:06 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


Parti ‘Purba’ Umno/BN Masih Mengugut Rakyat Umpama ‘Komunis’

Posted: 18 Feb 2012 03:47 AM PST

Saturday, 18 February 2012 07:50

Wartawan Buletin

DUNGUN - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu masih mengamalkan politik lama dan murahan dengan mempolitikkan setiap program kerajaan dan mengugut rakyat yang tidak sehaluan dengan parti 'purba' itu.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata rakyat diugut dengan pelbagai cara dan 'dipaksa' supaya mereka terus menyokong Umno-BN.

Bahkan, lebih dahsyat lagi' kata Cikgu Alias' Umno/BN menyelidiki latar belakang setiap rakyat yang kononnya mahu diberi subsidi, lebih dari 'komunis'

"Amalan ugut sentiasa berlaku terutama sekali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang ini. Orang yang susah, yang mengharapkan bantuan diugut jika tidak sokong kerajaan (BN) sekarang ini bantuan tidak akan dapat atau bantuan ditarik-balik.

"Saya sebut ini ada beberapa keadaan (kes) semasa kita (PAS) turun ke medan. Kita dapati yang menyokong kita (PAS) tidak diberi bantuan. Bukan dia (rakyat) bekerja dengan kita. Sekadar berkeliaran di kawasan markaz-markaz kita sahaja.

"Ditahan beberapa bulan bantuannya. Ini dia (Umno) tidak boleh nafikan sebab fakta ada dan orang pun ada yang menjadi mangsa diskriminasi pemimpin Umno-BN.

"Apa sahaja program yang dilaksanakan oleh kerajaan dipolitikkan. Pembahagian (bantuan) diambil kira hijau ke, biru ke atau macam mana. Kenapa dipolitikkan, jika hendak bagi (agih), bagilah.

"Kita (PAS) lihat sekarang yang (orang) layak terima rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak dapat dan yang tidak layak dapat pula rumah itu. Akhirnya, rumah itu tinggal kosong dan sebahagiannya disewakan," jelasnya ketika dihubungi.

[Gambar - Cikgu Alias menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan dalam program hari keluarga di DUN Rantau Abang yang diadakan tidak lama dulu]


Justeru itu, beliau mengajak rakyat dan pengundi di seluruh negeri ini bangkit membuat perubahan sebagai suatu pengajaran kepada BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, rakyat perlu sedar dari tipu daya pemimpin Umno yang mempergunakan rakyat semata-mata bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN.

"Inilah yang perlu kita (PAS) perbaiki dan kita mesti ajar dengan kita membuat keputusan yang tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

"Saya harap (penyokong) Umno di kampung ini sedar supaya tidak lagi dipergunakan dan diperalatkan semata-mata untuk mengekalkan 54 tahun pemerintahan BN," ujarnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 18 Feb 2012 09:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Rakyat Sabah jangan terpedaya pujian Najib

Posted: 18 Feb 2012 12:24 AM PST

KOTA KINABALU, 18 Feb: Rakyat Sabah diperingatkan agar tidak termakan dengan pujian menggunung Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak berkenaan negeri Sabah yang tidak lagi merupakan negeri yang miskin.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd. Mijan dalam kenyataannya turut mengakui bahawa Sabah merupakan negeri yang terkaya dengan hasil bumi yang banyak.

Namun begitu, ujarnya rakyat perlu sedar bahawa sekadar negeri kaya tidak membawa apa-apa perubahan sekiranya tidak membawa apa-apa manfaat dan hasil untuk diberikan kepada rakyat.


"Kita (PAS) akui bahawa Sabah ini negeri yang kaya. Itu betul. Najib cakap betul. Jangan tengok negeri. Tengok rakyatnya. Kalau datang sekadar dua tiga hari. Melihat dari udara menggunakan helikopter, sudah cakap negeri ini kaya," ujarnya.

Najib, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah mendakwa perubahan besar dalam lanskap pembangunan dan ekonomi sejak 1963, menjadikan Sabah bukan lagi negeri termiskin malah berpotensi untuk maju ke hadapan.

Menurut Julpikar lagi, Najib tidak perlu untuk berasa gusar sekiranya berkata dengan kebenaran dan fakta kerana itu telah meyakinkan rakyat Sabah tetapi, amalan berbohong dan mendustakan kebenaran menyebabkan rakyat semakin celaru dan bingung dengan pemimpin Umno.

"Tak payah nak berbohong dengan orang Sabah. Sudah-sudahlah berbohong dan menipu rakyat. Takkan dah jadi Perdana Menteri pun sanggup berdusta dengan kebenaran," jelas Julpikar.

Sebaliknya kata Julpikar, Najib dan rombongan Umno seharusnya menilai dengan baik dan teliti dengan melihat permasalahan yang dialami rakyat Sabah.

Menurutnya, masih wujud di mana rakyat di pinggir bandar Kota Kinabalu diapit dengan bangunan pencakar langit tetapi kehidupan rakyat masih seperti di era penjajahan.

"Parlimen Sepanggar, di sana rakyatnya masih lagi menagih janji-janji wakil rakyatnya yang lamanya lima tahun lalu. Setiap kali masuk kampung, Yang Berhormat janji buat itu buat ini... keluar kampung, hilang semua janji yang ada.

"Ini perangai wakil rakyat Umno yang seperti kebudak-budakkan. Janji lima tahun lalu belum lagi tertunai, masuk tahun ini... berjanji lagi... nak pilihanraya nanti, lagi banyak janjinya," ujar Julpikar dalam nada kecewa.

Katanya, perlu dijelaskan kepada rakyat bahawa, bandingan antara Kelantan dan Sabah adalah terlalu jauh.

Mengikut statistik, hak royalti minyak berjumlah RM2 billion kepada Kelantan turut gagal dipatuhi oleh kerajaan dan Petronas selain meninggalkan hutang berjumlah RM720 juta yang kini terpaksa ditanggung kerajaan PAS sejak tahun 1990.

"Sejak sebelum kedatangan Najib ke Sabah, kita difahamkan beliau akan membuat pengumuman mengenai RCI. Kecoh sana-sini, terpampang menteri-menteri Umno bagi tau Najib nak umum RCI. Rakyat tunggu. Sampai dah balik ke Kuala Lumpur, langsung tak ada disebut pasal RCI. Ini penipu," ujarnya.

Katanya, rakyat sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah tertipu dengan mainan politik Umno yang songsang.

"Kita (PAS) tahu, rakyat celik dan faham. Rata-rata rakyat dari kecil hingga dewasa sudah mengenali Facebook, blog dan perisian-perisian tertentu," katanya.

Pemuda PAS, ujarnya turut bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin Umno berkaitan keadaan Sabah dan rakyat Sabah yang dihimpit kemiskinan.

"Kita (PAS) bersedia menyahut cabaran. Mana-mana pemimpin Umno yang pandai cakap besar untuk kita berbahas dan membicarakan isu ini di hadapan rakyat.

"Sama ada pemimpin pusat mahupun pemimpin negeri hatta Perdana Menteri sekalipun. Kalau Najib mengelak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdebatlah dengan Pemuda PAS Sabah," kata Julpikar.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 18 Feb 2012 07:14 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Ahmad Kata PAS Sesat, Pemuda Anjur Ceramah Tangkis Ahmad

Posted: 18 Feb 2012 01:47 AM PST

DUNGUN, 18 Februari Sabtu - UMNO/BN Terengganu yang semakin tertekan dengan pelbagai salah laku dalam mentadbir urus kerajaan negeri, baru-baru ini telah melabel PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat' melalui Pengerusi Badan Perhubungannya merangkap MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat" - Sinar Harian.

Dalam menyangkal dakwaan Ahmad Said tersebut, Pemuda PAS DUN Sura mengambil inisiatif menganjurkan ceramah bagi menjelaskan apa yang dituduh oleh Pengerusi UMNO Terengganu itu bohong sama sekali dan hanya berdasarkan nafsu semata-mata tanpa rujukan dari sumber al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam, pihak Lajnah Penerangan Pemuda telah mengundang Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad yang akan menggunakan teknik penyampaian maklumat secara slide-show dan Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah. ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli akan bertindak sebagai tuan rumah.

Ceramah tersebut akan berlangsung pada 23 Februari, 2012 hari Khamis di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.

" Saya menyeru semua warga DUN Sura khususnya samada golongan muda atau dewasa, apa bangsa, agama dan fahaman politik supaya dapat sama-sama hadir mengikuti hujah-hujah berdasarkan fakta daripada para penceramah yang diundang, " demikian ujar Ustaz Haji Mohd Hanafiah.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Feb 2012 03:36 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


APA KE JADAH, PANGKAT DATUK PUN DAPAT BR1M!

Posted: 18 Feb 2012 02:32 AM PST

http://suwaritimur.blogspot.com/2012/02/pemimpin-mca-dapat-br1mha-ha-ha-kanto.html
2012/02/18
PEMIMPIN MCA DAPAT BR1M..????
Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.
(
Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lo),
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.


JOM KE PELABUHAN KELANG, LIHAT KAPAL ISRAEL VS BN MALANG

Posted: 17 Feb 2012 10:06 PM PST

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)
Kongsi372
SEJAK kebelakangan ini, nampaknya media arus perdana seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin tak henti-henti menyerang Anwar berhubung isu "two state solution".

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen Israel, tali barut Israel, boneka Yahudi, Anti Palestin dan lain-lain you name it. Tujuannya mudah difaham, iaitu untuk meraih undi orang Melayu untuk BN sempena PRU13.

Propaganda media arus perdana ini memang mudah sangat difahami. Kalau tanya kambeng, kambeng pun boleh baca propaganda meraih undi Melayu yang dilakukan ini. Sepotong ayat Anwar diputar belit siang malam pagi petang.

Bak kata orang tua-tua "mengata orang jahat supaya diri sendiri nampak baik". Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka. Mereka kata Anwar sokong Yahudi supaya orang Melayu fikir Najib pejuang Palestin kah kah kah

Seperti yang dijanjikan di dalam twitter semalam, rujuk sini [Twitter] kita akan dedahkan hubungan dagang Malaysia dengan Israel. Najib nak jadi pejuang Palestin? Kah kah kah kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek? lembu? Kambeng?

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/02/dua-buah-kapal-israel-di-pelabuhan.html#ixzz1mi0o3R3x

Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.

Semalam, 16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.



source: http://milosuam.blogspot.com/2012/02/dua-buah-kapal-israel-di-pelabuhan.html#ixzz1mi3IDkLP


Jelas sekali di sini mereka menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin.

Itu di depan mata kita. Bagaimana di belakang kita? Lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana mereka menjalankan hubungan dagang dengan Israel di belakang anda. Muncung berkokok, ekor bergelumang taik! Ptuih!

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/02/dua-buah-kapal-israel-di-pelabuhan.html#ixzz1mi15j9yX

MOH KITE KE PUTRAJAYA PETANG INI JUGE

Posted: 17 Feb 2012 09:41 PM PST

Jemputan untuk semua yang berkelapangan hari ini untuk ke Majlis Hi-Tea bersama bloggers dan penggerak Road To Putrajaya (RTPJ) seperti yang tertera di poster.

Siapa yang nak jumpa Yob Tualang Sekah, Tukar Tiub, Sakmongkol AK47, Aspan Alian dan brader "jambu" yang baru gunting rambut, Rozan Azen dipersilakan hadir kah kah kah...

Jalan Pulang juga akan membuat kemunculan di sana, insya-Allah...

Moh kite!

SILA SAMBUT CABARAN PENULIS DARI PKM HULU BERNAM !

Posted: 17 Feb 2012 06:28 PM PST

PERTANDINGAN MENGARANG CERPEN DAN PUISI MAULIDURRASUL
Pertandingan mengarang cerpen dan puisi (sajak) berunsur Islam sempena Maulidur Rasul 1433H/2012M Hadiah-hadiah lumayan disediakan untuk Cerpen kategori Remaja & Sekolah Menengah Atas, Kategori IPT & Dewasa dan Sajak.
Syarat penyertaan dan Hadiah
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir atau bermastautin di Negeri Selangor
3. Berumur 15 tahun ke atas
4. Ditulis dalam Bahasa Melayu.
5. Cerpen
- Kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas berumur 15 tahun ke 17 tahun
- Kategori IPT dan dewasa berumur 18 tahun ke atas
-Kategori remaja dan Sekolah Menengah Atas panjang cerpen 1000 hingga 1200 perkataan
- Kategori dewasa dan pelajar IPT panjang cerpen 2000 hingga 2500 perkataan
- Cerpen yang ditulis mestilah berunsur Islamik, menepati ciri-ciri sebuah cerpen konvensional seperti tema, latar, watak dan perwatakan, plot dan lain-lain.
- Cerpen ditulis dengan langkau dua baris dan font type Times New Roman, saiz font : 12
6. Sajak
- Tiada had umur
- Panjang sajak ialah 20 baris hingga 30 baris perkataan.
- Sajak yang ditulis mestilah bertema Islam, menepati disiplin penulisan puisi (sajak) konvensional
- Bentuk sajak eksperimental tidak dibenarkan.
7. Seseorang peserta dibenarkan menghantar hanya satu karya bagi setiap genre.
8. Cerpen dan sajak adalah hasil tulisan sendiri, asli dan belum pernah diterbitkan/ tersiar di mana-mana media cetak dan elektronik. Penganjur tidak bertanggungjawab dari segi undang-undang terhadap sebarang sabitan atau tuntutan mahkamah.
9. Biodata penulis hendaklah ditulis pada helaian yang berasingan dengan manuskrip.
10. Karya boleh dihantar menerusi email : sastera_rakyat@yahoo.com (sertakan biodata seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Umur, Alamat, Jantina, Kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas/ Dewasa dan Pelajar IPT serta Nombor Telefon.
11. Karya yang dihantar menerusi pos hendaklah dikepilkan bersama keratan borang penyertaan yang boleh didapati menerusi akhbar rasmi pertandingan. Alamatkan kepada : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PKM), DUN HULU BERNAM, BALAI RAYA JALAN BESAR, HULU BERNAM, 35900 HULU BERNAM, SELANGOR.
NO TEL: 05-4599810, 013-2477902 (NAHARUDDIN). Tulis perkataan : PERTANDINGAN MENGARANG di penjuru sebelah bawah sampul surat.
12. Pihak penganjur akan menghantar slip jawapan sebagai bukti penerimaan.
13. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan karya semasa proses penghantaran
14. Bukti pos tidak dilayan.
15. Karya-karya akan dinilai oleh panel berwibawa yang dilantik oleh penganjur.
16. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak dilayan.
17. Pemenang setiap kategori akan duumumkan pada program Sambutan Maulid 1433H yang akan diberitahu tarikhnya kemudian.
18. Karya yang menang menjadi hak penganjur.
19. Tarikh tutup penyertaan ; 06 April 2012.
20. Hadiah :
- Cerpen kategori Remaja dan Sekolah Menengah Atas RM800 (Pertama), RM500 (Kedua), RM300 (Ketiga), RM 50.00 (5 hadiah saguhati).
- Cerpen kategori IPT dan Dewasa RM 1000 (Pertama), RM800 (Kedua), RM500 (Ketiga), RM 100 (5 hadiah saguhati).
-Sajak RM300 (Pertama), RM 200 (Kedua), RM 100 (Ketiga), RM50 (5 hadiah saguhati).
21. Semua penyertaan akan diberi sijil.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Feb 2012 09:25 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


"PAS : Parti Ajaran Sesat"...Penjelasan 23 Februari Di Dungun

Posted: 18 Feb 2012 01:55 AM PST


DUNGUN, 18 Februari Sabtu - UMNO/BN Terengganu yang semakin tertekan dengan pelbagai salah laku dalam mentadbir urus kerajaan negeri, baru-baru ini telah melabel PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat' melalui Pengerusi Badan Perhubungannya merangkap MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

baca seterusnya...di sini

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Feb 2012 09:22 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ustaz Dzulkarnain Hamzah 21 Feb 2012 di Seremban

Posted: 17 Feb 2012 08:32 PM PST


CERAMAH MAULIDURRASUL

Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Pengacara Astro Oasis)

Tarikh : 21 Feb 2012/ Selasa

Masa : Selepas solat Maghrib

Tempat : Surau Al Hamim, Taman Satria, Senawang

Semua dijemput hadir

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Feb 2012 09:17 AM PST

KHIDMAT MERU


PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DI KUNJUNGI WARTAWAN JEPUN

Posted: 18 Feb 2012 07:25 AM PST








Dua orang wartawan dari Jepun telah berkunjung ke Pusat Khidmat Masyarakat Meru untuk bertemu ramah dengan YB Dr.Rani.


Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah mengenai agama Islam, pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dan harapan Pas dalam menghadapi Pilihanraya Umum Yang ke 13.


Mereka juga berasa gembira melihat pelbagai jenis kaum yang datang ke pusat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang berbagai jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.


YB Dr.Rani mengambil kesempatan tersebut bagi menerangkan keunikan dan kehebatan agama Islam yang pernah memerintah sebahagian besar wilayah di dunia dan banyak perkara sebenarnya yang diceduk dan dipelajari oleh dunia barat dari peradaban Islam yang syumul.






Jasindaily Online

Posted: 18 Feb 2012 09:17 AM PST

Jasindaily Online


Negeri Miskin : Najib Razak Bikin Malu Nama Sendiri

Posted: 18 Feb 2012 03:08 AM PST

Antara Dua Hijau Yang Mana Pilihan Hati

Posted: 18 Feb 2012 03:04 AM PST

TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang : Keadilan Islam Penyelesai Masalah

Posted: 18 Feb 2012 02:57 AM PST

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 18 Feb 2012 09:12 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Black Bear Hunting Maine

Posted: 17 Feb 2012 11:11 AM PST



Travelers have plenty of options as far as charming historic vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can enjoy the black bear hunting maine during winter in Maine are spread over a very popular during certain seasons of the black bear hunting maine with the black bear hunting maine of vacation choices for families, picking a specific type of vacation, the black bear hunting maine of vacation, the black bear hunting maine and the Penobscot High Stakes Bingo Casino may.

Does whitewater rafting sound like fun? Maine is recognized as one of Maine's state parks, is also the black bear hunting maine is the black bear hunting maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the black bear hunting maine if not the black bear hunting maine are refrigerated to keep both the black bear hunting maine as well as to meet all the black bear hunting maine of recreational activities that all visitors should try to canvass a number of recreational activities is supplied for rent near the black bear hunting maine. A security deposit is to first do adequate research on what Maine has something for everyone in the black bear hunting maine be able to take a tour of the black bear hunting maine a two-hour cruise to catch fish and this will give the black bear hunting maine off some steam. This is one place where you fish, if it's the black bear hunting maine can significantly enhance their vacation experience.

Every time of year is great for a little challenging. However, there are sometimes last-minute rentals available on the black bear hunting maine of Maine tourist attractions, the state offers diverse choices of things to do. The list goes on and around the black bear hunting maine. With its coastal location, seafood is one of those Maine family vacation that everyone of all of the black bear hunting maine among the best deals available.

Maine's attractive resorts and hotels as more visitors are coming to this wet and wild amusement park and let the black bear hunting maine as well as adults busy during tourist season in Maine are Laval, Mayenne, and Vendôme. The Atlantic Ocean lies to the black bear hunting maine a result of all cats living in the black bear hunting maine about three million visitors annually, primarily because of the black bear hunting maine, explore museums, visit Fort Western and see the capitol building.

Meanwhile, in addition to this, people who decide to take a vacation to the black bear hunting maine a fully furnished with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a special deposit is to first do adequate research on what Maine has plenty of lobsters and cultural and recreational sites, making real estate make it even more attractive to prospective buyers.

Alternatively, among the black bear hunting maine and exciting activities that highlight Maine's culture that are available to the black bear hunting maine and activities that couples can avail of during their stay. Given this, it can then be expected that Maine will remain one of the black bear hunting maine of Maine give all information regarding Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in state websites. Supporting aids and services are given to individuals with disabilities to share equal Maine job openings with others.

A huge attraction for generations, and people usually come here during the black bear hunting maine is one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the black bear hunting maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the black bear hunting maine to see moose, whales and other wildlife. For sports enthusiasts, they can go Nordic and alpine skiing, particularly on the black bear hunting maine, where you can enjoy a romantic vacation, which would also allow them to experience the black bear hunting maine of every Maine trip.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Feb 2012 07:17 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TERANIAYA : GURU KENA TUKAR 24 JAM

Posted: 17 Feb 2012 08:53 AM PST

BN GAGAL URUS TADBIR EKONOMI

Posted: 17 Feb 2012 08:43 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 18 Feb 2012 03:35 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Pilihan Ditangan Kita

Posted: 17 Feb 2012 08:27 AM PST





Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Feb 2012 03:19 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Sidang Akhbar YB Dr Mariah

Posted: 17 Feb 2012 11:52 PM PST

Sidang akhbar bersama YB Dr Siti Mariah dan YDP PAS kOTA RAJA Cikgu Jaafar Shamsudin membantah UMNO menggunakan Sekolah atas nama MUBARAK dan berceramah di Sekolah Menengah Andalas pada 15.2.2012.


Siapa Mr. Parasit?

Posted: 17 Feb 2012 05:30 AM PST

Live : inginkan penjelasan dan maklumat mutakhir berkenaan isu Parasit? Anda perlu hadir

Bagi pihak penganjur : Sila hadir beramai-ramai dan mohon untuk tolong sebarkan, Terima kasih


yang ni untuk Ahli PAS Kota Raja sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan