BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN Posted: 18 Feb 2012 01:26 AM PST BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP Umat Islam jangan pandang ringan pilih pemimpin Posted: 17 Feb 2012 07:16 PM PST Harakahdaily, | 17 Feb 2012 | KUALA LUMPUR, 17 Feb: Seluruh umat Islam digesa melibatkan diri dalam proses Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13)yang bakal berlangsung dengan mendaftar sebagai pengundi dan terlibat secara agresif dalam kempen-kempen bagi memilih pemimpin yang baik menurut Islam. Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri (gambar) ketika memperkatakan tentang tuntutan agama untuk melibatkan diri dalam politik untuk memilih pemimpin yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. "Inilah yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. secara ijma' dan sepakat sebaik kewafatan baginda s.a.w. pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal. "Urusan pengkebumian Rasulullah s.a.w. telah ditangguhkan sehingga dua hari dua malam kerana mendahulukan urusan pemilihan Khalifah yang bakal menggantikan baginda s.a.w. sebagai pemimpin dan pemerintah negara Islam sehingga akhirnya terpilihnya sahabat Nabi s.a.w. bernama Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah menggantikan baginda s.a.w.," kata beliau. Oleh itu, katanya ulama-ulama yang membicarakan tentang politik pemerintahan dalam Islam seperti Abu Ya'la al-Farra' (meninggal 458H) dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyyah menegaskan bahawa melantik khalifah dan pemerintah adalah satu kewajipan. Bahkan menurut beliau lagi, Imam Ahmad pengasas Mazhab Hambali menegaskan fitnah akan berlaku sekiranya tiadanya pemerintah menguruskan urusan manusia. Ujar beliau, atas dasar itulah umat Islam tidak boleh memandang ringan urusan pendaftaran sebagai pengundi yang melayakkan mereka memilih pemimpin dalam PRU13. "Kegagalan mendaftar sebagai pengundi bererti membiarkan orang lain menentukan siapakah pemerintah negara pada masa akan datang, akhirnya ia memberi kesan secara langsung kepada tertegaknya atau runtuhnya agama," tegas beliau. Justeru itu, katanya adalah sangat tidak wajar bagi orang beragama membiarkan urusan pemerintahan dikuasai oleh golongan yang jauh daripada agama hingga akhirnya membawa kepada kerosakan dalam pengurusan harta negara dengan polisi-polisi pemerintahan yang songsang dan menyeleweng daripada landasan Islam. Malah, ujarnya Nabi Yusof alaihissalam telah meminta untuk menjadi pengurus harta negara kerana kebimbangan ianya dikuasai oleh golongan yang rosak akhlak dan tidak berkelayakan sebagaimana tawaran baginda yang dirakamkan oleh al-Quran dalam surah Yusof ayat 55 bermaksud: "Jadikan saya penjaga khazanah bumi kerana saya seorang pemegang amanah (hafiiz) lagi berilmu. Kata beliau, dalam keadaan dunia akhir zaman yang dipenuhi oleh golongan yang fasiq melanggar perintah Allah, orang-orang beragama perlu tampil menawarkan diri menjadi pemerintah untuk mengelakkan negara dikuasai oleh golongan yang rakus untuk menjadi pemerintah tetapi dalam masa yang sama mempunyai kerosakan akhlak dan perangai. sumber: | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 18 Feb 2012 01:08 AM PST Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar Posted: 18 Feb 2012 12:06 AM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit".
Ketika dihubungi, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.
Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam.
Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.
Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan".
Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976.(MK) | 4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka Posted: 17 Feb 2012 11:56 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua'lam
| Pemuda PAS kesal samseng politik berleluasa Posted: 17 Feb 2012 11:47 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).
"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.
Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.
Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.
Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.
Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.
"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.
Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.
Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.
"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.
"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.
"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.
Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.
"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya. (HD)
| Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal Posted: 17 Feb 2012 11:44 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.
"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.
Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.
Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.
"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.
"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. (HD)
| Keadilan Islam atasi perkauman sempit Posted: 17 Feb 2012 07:12 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BUKIT KATIL, 18 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata keadilan Islam berjaya mengatasi masalah semangat perkauman sempit dalam sesebuah negara.
"Islam mengajar konsep keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan bangsa di mana Allah menjadi manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.
"Islam adalah agama yang sesuai untuk semua kaum, agama dan bangsa dan Islam tidak pernah menafikan keujudan pelbagai bangsa dan agama di dunia ini, semuanya dilayan dengan adil," ujarnya.
Beliau berkata Rasulullah yang menegakkan pemerintahan Islam di Madinah mengadakan tahalluf dengan semua penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi, malah membenarkan orang munafik untuk terus menjadi rakyat negara Islam Madinah.
"Negara Islam Madinah menjadi Negara Madani negara bertamadun yang berjaya menyatukan semua bangsa dan agama.
"Hati manusia tidak boleh disatukan dengan duit tetapi dengan keadilan Islam yang mentadbir negara dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana pihak," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Presiden PAS itu berkata demikian semasa berucap pada program taklimat penerangan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka pagi tadi.
Beliau berada di Melaka dalam lawatan sehari menyertai Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat turun ke seluruh negara.
Tuan Guru juga berkata Melaka adalah sebuah pusat pendagangan Islam dan pemerintahan Islam semasa zaman kegemilangannya sebelum ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.
"Semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis para paderi di Vatican City berpesta kegembiraan menyambutnya.
"Penjajah datang ke Melaka bukannya untuk berdagang tetapi bertujuan untuk menakluk dunia Islam yang berkembang pesat di dunia sebelah timur ini,"tambah beliau.
Beliau berkata, penjajah menggunakan cara pecah dan perintah dalam pentadbirannya untuk kekal menakluk Melaka dan memunggah segala kekayaan yang ada di sini.
"Menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula negeri Melaka kepada Islam yang pernah menjadi didaulatkan di negeri ini.
"Seluruh ahli PAS mesti bekerja kuat untuk memenangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dari pemerintahan kerajaan BN yang sudah memerintah lebih dari 50 tahun," tambah beliau.
Turur berucap dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari. | Putera Friso cedera bermain ski dalam runtuhan salji Posted: 17 Feb 2012 06:55 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
VIENNA 18 Feb. - Anak lelaki kepada Permaisuri Belanda, Ratu Beatrix, Putera Johan Friso dikejarkan ke hospital ekoran cedera dalam runtuhan salji ketika bermain ski di resort peranginan Lech di barat Austria Lech, semalam.
Pihak Istana menerusi kenyataan yang memetik laporan Hospital Universiti Innsbruck berkata, Putera Friso, 43, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.
Menurut Agensi Akhbar Austria, Putera Friso dilaporkan terperangkap di bawah salji selama 15 minit sebelum beliau diselamatkan dan dibawa ke hospital melalui helikopter. - AFP | 26 maut, 54 cedera dalam serangan bom di Peshawar Posted: 17 Feb 2012 02:53 PM PST 25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PESHAWAR 18 Feb. - Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan 54 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati yang menaiki motosikal bertindak meletupkan diri di sebuah pasar di barat laut Pakistan, semalam.
Seorang jurucakap di Kuram, Shahab Ali Shah berkata, letupan itu berlaku berhampiran sebuah masjid di Parachinar, tempat berbahaya bagi keganasan mazhab antara penganut Sunni dan Syiah di sempadan Afghanistan itu.
Jelasnya, ia merupakan serangan dahsyat di Pakistan sejak insiden letupan bom alat kawalan jauh yang membunuh sekurang-kurangnya 35 orang di Khyber pada 10 Januari lalu. - AFP | |
Salam Perjuangan Posted: 17 Feb 2012 11:36 PM PST SELAMATKAN SYIRIA, AMALKAN QUNUT NAZILAH Posted: 17 Feb 2012 10:36 PM PST | Kekejaman tidak mengira usia... |
25 Rabi'ul Awal 1433 H | 18 February 2012
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh resolusi mengecam pelanggaran hak asasi manusia di Syria dan menggesa agar Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan yang dikemukakan oleh Mesir kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disokong oleh 137 negara.
Justeru, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri menggesa umat Islam melakukan Qunut Nazilah dalam solat-solat mereka mendoakan kemenangan bagi pejuang Islam di Syria yang menentang kezaliman.
"Serta berdoa agar Allah Taala menurunkan hukuman selayaknya di dunia terhadap pemerintah yang zalim," ujarnya.
Mengulas perkembangan terkini yang berlaku di Syria yang menyaksikan penyembelihan rakyat yang tidak berdosa oleh rejim Bashar, beliau berkata, kezaliman itu telah mencapai kemuncaknya sejak 8 bulan lalu yang menyaksikan pembunuhan ribuan rakyat yang tidak bersenjata.
Menurut laporan Al Arabiya.net, serangan tentera Syria yang telah masuk hari ke 13 menggunakan peluru berpandu dan kereta kebal terhadap rakyatnya di bandar Hims telah membunuh 678 orang Islam termasuk kanak- kanak di samping menghancurkan sepenuhnya puluhan bangunan.
Satu laporan menjelaskan sejak kebangkitan di bandar Hims pada bulan Mac 2011 seramai 3,370 penduduk Hims telah dibunuh. Jumlah yang terbunuh dicampur dengan bandar-bandar lain sehingga kini melebihi 8,380 orang.
| MENJELANG PRU13 - APA SUMBANGAN ANDA? Posted: 17 Feb 2012 05:23 AM PST 24 Rabi'ul Awal 1433 H | 17 February 2012
Apakah sumbangan yang anda dan ahli PAS boleh lakukan untuk kejayaan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13?
Abang Mat:
Saya nasihatkan setiap ahli PAS hendaklah berjumpa untuk besembang, berdialog dengan bukan ahli PAS dan mengajak mereka membuat perubahan.
Dengan memberikan contoh-contoh penyelewengan dan korupsi kerajaan BN, kita sama-sam memberitahu mereka untuk selamatkan negara dari muflis dan gantikan dengan negara berkebajikan.
Saya juga sarankan agar ahli PAS menggunakan Buku Jingga dan Negara Kebajikan terbitan PAS untuk mendekati mereka.
Sementara itu, saya akan memokuskan usaha bersama parti PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengeratkan perpaduan antara parti dan ahli untuk berusaha membentuk kerajaan persekutuan dengan mengalahkan kerajaan BN di PRU-13 dan menzahirkan good governance dalam pemerintahan negeri dan juga persekutuan.
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man:
PRU ke 13 adalah pilihanraya paling penting dalam perkembangan politik negara kerana umum akan melihat sejauh mana Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kemenangan di negeri yang telah dimenangi, serta perkembangan politik di negeri yang belum dimenangi.
Perubahan mood rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta pola politik dijangka mengalami perubahan menjelang PRU akan datang. Senario ini menuntut peranan semua pihak bagi memastikan BN tumbang dalam PRU ini.
Antara peranan yang boleh dimainkan ialah meningkatkan daftar pemilih pengundi baru dan membantu dalam memastikan pengundi luar khususnya di Lembah Klang kembali untuk mengundi pada hari pengundian nanti. Di samping itu, rakyat perlu didedahkan dengan isu semasa yang berlaku yang mempunyai implikasi langsung ke atas rakyat, samada penyelewengan dana negara dalam isu NFC, teguran audit negara dalam pengurusan kewangan, isu Lynas, SPBA, penyenaraian Felda, penyalahgunaan dana zakat, dan lain-lain.
Insya Allah semua ini dapat dilakukan saya bersama dengan jamaah PAS.
Ustaz Nasrudin:
Kejayaan dan kemenangan adalah suatu yang sangat didambakan, justeru itulah kita berjuang saban waktu tanpa henti. Kejayaan dan kemenangan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha gigih dan kerja kuat dari pimpinan dan anggota parti.PAS sebagai sebuah Gerakan Islam telah mengambil manafaat melalui ruang demokrasi lalu menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 untuk menggerakkan kebangkitan rakyat melakukan perubahan secara aman di dalam negara tercinta ini. Langkah berkesan ke arah memenangi pilihanraya terbahagi kepada 2 kategori utama. Pertama: Kekuatan dalaman - hubungan erat dengan Allah s.w.t, mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama ahli parti dan memiliki kekuatan strategi yang berkesan dan praktikal
Kedua: Kekuatan Luaran: - Sentiasa mempamerkan akhlak yang baik dengan sesiapa pun; 'update' dengan perkembangan semasa supaya mampu menguasai dan menjuarai isu rakyat; serta membina jaringan dan hubungan luar dengan pelbagai pihak yang melibatkan individu, ngo, parti-parti politik dan juga jaringan di peringkat antarabangsa.
Antara apa yang paling penting juga ialah mengurus persepsi namun dalam masa yang sama teguh bersama prinsip perjuangan. Saya suka dengan penegasan yang selalu digunakan oleh al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Nor iaitu bersifat futuristik dalam perancangan, kontemporary dalam pendekatan dan fundamental dalam prinsip perjuangan.
Ustaz Nik Zawawi:
Ahli PAS dan saya boleh menyumbangkan tenaga dengan membantu parti untuk mengumpul dana sebanyak mungkin menjelang PRU-13.
Di samping itu, saya dan ahli PAS juga harus membantu parti dengan memperbanyakkan kempen berstrategik dengan turun ke padang dan berdialog dengan sasaran pengundi atas pagar dan pengundi luar yang bekerja di ibukota.
Selain itu, ahli PAS dan saya juga perlu mengeratkan hubungan PAS dengan NGO dan kerajaan negeri agar perjalanan kempen parti dapat digerakkan dengan lebih lancar dan bantuan luar yang tidak diduga.- harakahdaily | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 17 Feb 2012 07:18 PM PST Projek-projek Dijalankan Hanya Kerana Trans-For-Money ? Posted: 17 Feb 2012 09:47 AM PST Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini? Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif. Seseorang yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di sesebuah negara itu.
Dan sebaliknya seorang pejuang rakyat yang sebenar boleh juga menjadi begitu popular apabila didakwa difitnah dan diaibkan sedemikian rupa kepada sekalian rakyat jelata apabila dituduh seorang peliwat atau kaki seks pelacur.
Jadi interpretasi "popular" boleh membawa makna yang positif atau negatif. Namun 'positif juga boleh dimanipulasikan menjadi negatif', begitulah sebaliknya, 'negatif juga boleh dimanipulasikan menjadi positif'.
Rakyat kini ternanti-nanti debat di antara Anwar dengan Najib. Di zaman serba canggih dan telus ini di mana kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang pemimpin itu dinilai daripada cara dia berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, maka debat merupakan suatu cara paling tepat bagaimana kita boleh menilai cara pemikiran dua orang pemimpin itu tentang sesuatu dasar yang ingin mereka terajui di dalam sistem pentadbiran negara.
Dengan berdebat, rakyat dapat menilai secara adil dan saksama tahap pemikiran dua orang pemimpin besar sesebuah negara itu mengenai pandangan kedua-duanya tentang cara mentadbir sesebuah negara, serta menjawab pelbagai isu-isu berkaitan tuduhan yang saling dilemparkan di antara kedua-dua belah pihak.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 17 Feb 2012 03:42 PM PST SUBHANALLAH ! KEBAJIKAN ISLAM MANTOP DI PENANG Posted: 16 Feb 2012 10:43 PM PST Apa lagi UMNO anak provok Pakatan Rakyat di Pulau Pinang? Memang sokongan BN/UMNO dah melayang. Yang komen ni pun orang Pulau Pinang , bekas Pengarang BBERNAMA lagi dan bekas S/U akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri pulak tu. Sedemikian tak usahlah BN nak buat lak lok di Penang/Pulau Pinang lagi. lagi rakyat meluat adalah.
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (Barisan Nasional) …………..RM25.7 juta Tahun 2009 (Pakatan Rakyat)……………RM33.2 juta Tahun 2010 (Pakatan Rakyat)……………RM38.9 juta Tahun 2011 (Pakatan Rakyat)……………RM45.7 juta Tahun 2012 (Pakatan Rakyat)……………RM64.03 juta Ini adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam.
Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan Islam disini.
Menurut beliau juga jika dipercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh media arus perdana di dalam akhbar dan juga media elektronik kemarahan pasti akan timbul dan 1001 tohmahan akan dilempar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.
Hakikatnya masalah berkaitan orang Melayu dan Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini, namun begitu kini di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP ianya jauh lebih baik dari semasa di bawah UMNO/BN..
Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam
Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.
Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.
Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street – wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).
Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?
Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.
Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.
Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.
Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.
Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.
Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 – Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.
Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.
Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.
Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)…………..RM659,000.00 Tahun 2009 (PR)……………RM879,000.00 Tahun 2010 (PR)……………RM913,200.00 Tahun 2011 (PR)……………RM900,000.00 Tahun 2012 (PR)……………RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)………….TIADA Tahun 2009 (PR)…………..RM1.50 juta Tahun 2010 (PR)…………..RM1.75 juta Tahun 2011 (PR)…………..RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)…………TIADA Tahun 2009 (PR)………….RM75,000.00 Tahun 2010 (PR)………….RM100,000.00 Tahun 2011 (PR)………….RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)…………TIADA Tahun 2009 (PR)………….RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)……….TIADA Tahun 2009 (PR)………..RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
Sumber : Kuda Ranggi http://kudaranggi.blogspot.com/2012/02/apa-yang-dilakukan-oleh-pentadbiran.html? | KEJADIAN MENGAIBKAN BUAT UMNO TAK BOLEH JAWAB ! Posted: 16 Feb 2012 06:31 PM PST KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh dan kecurian peralatan stadium tersebut yang bernilai RM50 juta adalah 'tragedi' yang sangat-sangat memalukan rakyat negeri Terengganu.
Oleh itu, tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran 'tragedi' SSMZA.
"Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu?
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5561.jpg"Adakah seluruh struktur SSMZA selamat digunakan? Dan siapakah yang 'dalang' yang bertanggungjawab terhadap kecuarian eralatan stadium itu?,"ujarnya
Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.
Sehubungan itu, Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata 'tragedi' SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)
"Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,
"ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,"jelasnya.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5560a.jpgBeliau juga menempelak tindakan 'pendakwaan terpilih' yang hanya dibuathanya ke atas seorang juruteknik kerana menurutnya begitu banyak kesalahan yang berlaku dalam pembinaan stadium tersebut sebagaimana dilaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.
Justeru, Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.
Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.
"Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi?
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5570.jpg"peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,"katanya.
Ketiga-tiga ADUN PAS tersebut berkata demikian dalam sidang media, selepas memperbaharui laporan 'tragedi' SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada Khamis 16 Februari.
Tujuan laporan tersebut adalah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.
Dr Syed Azman menyifatkan 'tragedi' SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada 'skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang meilbatkan pinjaman RM250 juta.
"Memalukan….sangat-sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu!,"tambahnya
| KES NAIYA PENERIMA BANTUAN , JPN DUNGU ? Posted: 16 Feb 2012 04:16 PM PST Pelik JPN atau Jabatan Pendaftaran Negara tiada cara atau tanda atau kod bagi membezakan penduduk lahir pada 1996 dengan tahun 1896. Yang membina Penjelasan JPN mengenai isu umur 115 disangka 15 tahun Jumaat, 17 Februari 2012 diterbitkan oleh PBO™ pada: 07:07
KANGAR - Bukan 15, tetapi 115 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.
Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menjelaskan perkara itu kepada media di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN.
Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu hari ini.
Katanya beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini.
Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. - Bernama | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 17 Feb 2012 03:31 PM PST USTAZ UMNO DICEKUP BERSAMA GADIS 20-AN Posted: 16 Feb 2012 10:56 PM PST Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam. Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah. Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan. Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan. "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.- | ISKH..ISKH... TAK BAIK KORANG NAYE NAJIB.... Posted: 16 Feb 2012 06:37 PM PST Tak baik betul le korang nie naye kat Tok Najib kita... dia orang baik... keturunan baik-baik... ahli keluarga semua baik-baik belaka... takkan tergamak nak buat benda-benda ini...iskh..iskh..iskh... lagipun SS Harussani kan dah cakap yang Najib buat masa sambutan Thaipusam tempoh hari tiada niat lain melainkan hanya senya Lillahi Taala....
.... Gambar Hj. Najib yang didakwa di superimposekan ...
hasil carian muka-muka suci Najib di google...
...ini gambar asalnya...
Udah-udah le buat kerja lagu tue... kita bukan UMporNO yang jenis kaki botol fitnah...
| KALU SIGNBOARD NI NAIK DI PERAK... CONFIRM PR KALAH PRU 13 Posted: 16 Feb 2012 05:27 PM PST .. ada sapa-sapa pimpinan PR mahupun PAS yang boleh lawan Dr. kita???? Dan lihatlah dunia....lawatan kerja Zambry Abd Kadir ke ke Tanjong Malim, Behrang Stesen, Bandar Behrang 2020, Slim Village, Ulu Slim, Slim River dan Trolak Pekan pada 15-16 Februari lalu...
... siap bagi kuliah agama lagi pada jamaah masjid... "Tuan-tuan, kita semua wajib bersyukur diatas segala kemajuan dan pembangunan yang telah dibawa oleh BN..." ... tang nie belum mampu lagi nak jadi imam... fatihah tak berape fasohah... .... dan yang ini paling power.... | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 17 Feb 2012 01:37 PM PST DEB, RM1.3 TRILION SUDAH DIBELANJAKAN, 20 TAHUN MASA BERLALU... BAYANG 30% EKUITI BUMIPUTRA LANGSUNG TAK NAMPAK, ADAKAH INI YANG DIKATAKAN UMNO PANDAI !!! Posted: 17 Feb 2012 11:12 AM PST Satu teguran telah dibuat oleh Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah keatas kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), walaupun peruntukan RM1.3 Trilion sudah dibelanjakan... namun hasilnya masih jauh dari sasaran asal 30%... dan ini menurut Baginga berkemungkinan berlaku penyelewengan di peringkat perlaksanaan. ( sumber Selangorkini- Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad.). Ini lah yang dibanggakan oleh pengikut Mazhab Umno yang konon nya Umno adalah pejuang bangsa Melayu... kalau tak ada Umno bangsa Melayu akan merempat... sedangkan DEB dilancarkan adalah bagi mendapatkan ekuiti 30% pegangan ekonomi bagi bangsa Melayu. Namun selepas hampir RM 1.3 Trilion dibelanjakan dan 20 tahun masa berlalu... bayang 30% masih samar dan tak mungkin dicapai dalam masa terdekat... apatah lagi jikalau dibiarkan Umno anak yang dilahirkan oleh Inggeris Penjajah terus menjadi Kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Mungkin pengikut dan pencacai Umno akan berkata apa lagi yang tak ada di Negara Malaysia yang tak dibuat oleh Umno... kalau itu yang di tanyakan... maka itu adalah soalan paling bodoh yang terhasil dari 54 tahun pemeritahan Umno... kerana kalau menyingkap kata-kata Pakar Ekonomi iaitu Allahyarham Datuk Salleh Majid... Negara kita walaupun Hasil Bumi banyak namun taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan Singapura adalah jauh berbeza. | RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN SHAH | Kenapa Singapura dijadikan bandingan ialah ianya dekat untuk dilihat dan dinilai oleh rakyat Malaysia... kalau megikut cerita orang terdahulu... dalam tahun-tahun 70an... dimasa itu tukaran mata wang antara kita dengan Singapura adalah sama RM1= SD1, juga diceritakan bahawa Singapura adalah syurga beli belah kepada rakyat Malaysia... kerana barangan nya murah berbanding Malaysia ditambah dengan tukaran mata wang yang sama. Sedangkan dimasa itu apakah penghasilan Negara kita selain getah dan bijih timah dan ditambah sedikit koko... sedangkan Minyak dan Sawit belum lagi terhasil... tetapi tukaran mata wang macam mana boleh sama ? ... dan adalah satu tragedi ngeri rakyat Malaysia... apabila Minyak dan Kelapa Sawit menjadi penyumbang utama Ekonomi Negara... nilai mata wang kita telah ditinggalkan jauh kebelakang oleh Singapura.... sedang untuk minum pun mereka terpaksa beli dari kita !. Adakah ini yang di banggakan oleh pengikut dan pencacai Umno... kalau ini yang dibanggakan jawapnya anak cucu cicit kita akan menyumpah kepada kita kerana mewariskan negara yang hampir muflis... kalau pun tidak muflis... moga-moga ianya menjadi renung kepada pengikut dan pencacai Umno yang selama ini mengatakan Umno pandai memerintah... bagi lah aku ketawa sikit... kah kah kah !!!. hemmmmm..... semasa krisis ekonomi tahun 1997 banyak negara telah diperangkap (istilah tun madey) oleh imf... dan dengan bangganya beliau mengatakan beliau adalah pemimpin yang menolak imf kerana akan memembuat negara menjadi hamba imf... cuma nak tahu tahu juga... kalau tak silap negara taiwan dan korea selatan adalah penerima bantuan imf... apa jadi dengan negara tersebut ya ? umno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee..... | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 17 Feb 2012 09:13 AM PST Kisah Pelarian Islam 20 Feb 2012 di Seremban Posted: 16 Feb 2012 07:08 PM PST KISAH PELARIAN ROHINGYA "Umat Islam Tanpa Negara" Bersama Ustaz Mahmud Ayaz (Wakil Arakan Rohingya Network/ Setiausaha Agung Persatuan Kebajikan Muslim Rohingya) Tarikh : 20 Februari 2012, ISNIN Masa : 7:30 mlm Tempat : Surau Al-Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban Maklumat Lanjut hubungi Sdr Suhaire Sulaiman (010-5492867) , Sekretariat CIMMA Kutipan derma akan dilancarkan untuk membantu Ustaz Mahmud Ayaz yang sekarang ini mengurus sebuah Madrasah Anak Yatim Rohingya (Umat Islam Tanpa Negara) ************ Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada? Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian. Kisah selanjutnya di http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.htmlTerdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara. Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak. Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang "Burma Citizenship Law of 1982". | Bagaimana boleh satu isi rumah dapat 2 kali RM500 BR1M? Posted: 16 Feb 2012 06:42 PM PST Akhbar NST melaporkan satu keluarga nelayan telah mendapat dua kali bantuan RM500 BR1M. Walau bagaiamanpun pasangan keluarga tersebut Awangku Ludin Pengiran Jini dan isteri beliau Rainie Ali, telah memulangkan satu dari bantuan tersebut, kerana Awangku Ludin tidak menyedari sebelum ini isteri beliau juga telah mengisi borang permohonan BR1M tersebut, yang akhirnya kedua-dua permohonan telah diluluskan. Ini menunjukkan terdapat banyak kelemahan dalam pemprosesan permohonan BR1M dan pengagihan BR1M tersebut. Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan kemungkinan seseorang yang mendapat baucer RM500 BR1M ini boleh mendapat lebih dari dua kali baucer tersebut apabila agihan dibuat secara manual seperti yang dilaporkan di http://www.maarofkassim.com/2012/02/menerima-br1m.htmlJuga artikel saya sebelum ini : Luahan penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M di http://waghih.blogspot.com/2012/02/luahan-penyokong-kerajaan-isu-bantuan.htmlFisherman returns one BR1M voucher 17 February 2012 , KUCHING: A fisherman and his wife are now a celebrated couple in the northern district of Lawas, in Sarawak for their honesty. Awangku Ludin Pengiran Jini and wife, Rainie Ali, were the talk of the town after the former returned the RM500 he received from 1Malaysia People's Aid because he felt he did not deserve it. The couple applied for the assistance separately without each other's knowledge. "We didn't realise that both of us had applied for the aid. In the end, both our applications were approved and we want to return one," Awangku Ludin said. http://www.nst.com.my/local/general/fisherman-returns-one-br1m-voucher-1.47891 | Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun Posted: 16 Feb 2012 06:41 PM PST Aduan Rakyat.COM 16 Feb 2012 - Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya. ( Nota : Bila dah habis baca luahan ini sila baca artikel 1Malaysia, Guru Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan di http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html ) Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan diproses. Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya bersabar dan hanya mengikut 'protokol' yang ditetapkan. Namun, setelah melalui proses yang disifatkan 'tak relevan' itu, saya tidak juga mendapat sebarang maklumbalas. Saya yang terpaksa mencari sesuap nasi terpaksa bekerja dengan syarikat swasta dengan jawatan yang tidak seberapa. Saya telah menjadi pensyarah di kolej swasta tempatan, namun masih dibelenggu persoalan tentang nasib saya di Kementerian. Saya malah telah pergi berjumpa dengan pegawai di kementerian Putrajaya untuk menjelaskan kedudukan saya. Saya diminta menyerahkan dokumen2 untuk 'tindakan lanjut' namun masih menemui jalan buntu. Saya terikat dengan waktu kerja dan saya tidak mampu untuk memperuntukkan terlalu banyak masa untuk berulang alik ke kementerian kerana setiap jawapan yang saya dapat hanya lah mengecewakan dan saya tidak mahu membuang masa,tenaga dan wang. Saya meneruskan perkhidmatan di kolej swasta kerana saya terpaksa menanggung adik2 saya yang masih belajar serta ayah saya yang sakit. Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sudah lebih kurang 8 tahun saya tidak dapat menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan terpaksa menanggung hidup yang sukar. Tetapi pada awal tahun 2011, ketika saya berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Melaka, tiba2 saya didatangi surat menyatakan saya telah melanggar kontrak dan diminta untuk membayar balik rm52,000.00 atas sebab tersebut. Saya begitu terkejut dan sedih dengan surat tersebut. Saya akhirnya menghubungi pegawai tersebut (tahun 2011) dan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab. Saya tertekan kerana saya seolah-olah melanggar peraturan. Saya menghantar surat tersebut. Setelah beberapa minggu, saya hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai KPM dan dimaklumkan bahawa saya diberi pelepasan berkhidmat dan juga tidak perlu membayar rm52 ribu. Saya pernah meminta pelepasan dari berkhidmat dan pengecualian dari membuat pembayaran tersebut tetapi masih berasakan saya telah menanggung rugi dan tekanan hidup. Lapan tahun adalah satu jangkamasa yang terlalu lama untuk saya. Saya berasa terpinggir, sedangkan ramai lagi yang diserapkan untuk menjadi guru dengan jalan mudah, selain menambil tenaga pengajar dari luar untuk Bahasa Inggeris, padahal saya lebih berhak. Pihak KPM seolah-olah tidak memahami kesulitan saya. Sehingga sekarang sukar untuk saya menerima hakikat nasib diri yang tidak menentu penangan dari 'kesilapan teknikal' pihak berwajib. Jika dihitung, saya sepatutnya telah pun menjadi guru senior sekarang dan sedang menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan mungkin telah dapat mengajar di negeri yang saya pohon. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mendapatkan gaji dan penempatan yang setimpal dengan kerugian yang saya alami setelah sekian lama. Sekiranya saya diperlukan untuk berkhidmat sebagai guru, saya harap saya tidak akan dikategorikan sebagai 'guru baru' yang mana saya perlu bermula dari bawah, dengan gaji permulaan. Saya telah menimba pengalaman sebagai pensyarah dan saya berbesar hati sekiranya saya ditawarkan jawatan yang setaraf dengan pengalaman saya, tetapi KPM menolak hasrat saya. Alasan untuk 'kes akan dipanjangkan' atau 'perlu tunggu mesyuarat' benar2 memberi saya tempoh yang sukar, kerana saya sudah hidup susah selama LAPAN tahun. Saya sudah tidak tahu bagaimana dan pada siapa lagi harus saya mengadu. Sudah banyak kali rakan2 bahkan pihak PPD sendiri menasihatkan saya untuk mendedahkan isu ini kepada pihak media,namun saya tidak berbuat demikian,kerana ingin menjaga nama baik KPM. Saya ingin membuat tuntutan gantirugi tetapi takut kerana ini adalah badan kerajaan. By: Zuraila http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-tesl-tajaan-kpm-tiada-penempatan-setelah-lapan-tahun | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 17 Feb 2012 07:47 AM PST |
Interaktif Bunut Payong Posted: 17 Feb 2012 07:19 AM PST Takiyuddin sedia jumpa Yen Yen Posted: 17 Feb 2012 01:17 AM PST Oleh: ROSMIZA KASIM (Sinar Harian) Tarikh: February 17, 2012 KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi menjayakan sasaran enam juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 bermula Mac ini.
Bagi tujuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan berjumpa Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen dalam jangka masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut dan memaklumkan perancangan perjalanan TMK 2012.
Menurutnya, setakat ini senarai berkaitan program berkenaan dihantar kepada Kementerian Pelancongan dan yakin pihak berkenaan dapat memberi kerjasama untuk memajukan sektor pelancongan Kelantan.
"Saya akan berjumpa dengan menteri dan cuba mendapatkan bantuan yang boleh diberikan supaya TMK 2012 ini dapat dijayakan dengan lebih meriah lagi.
"Saya yakin kementerian dapat membantu kerana kedatangan pengunjung ke negeri ini menyumbang kepada pertambahan pelancong ke Malaysia," katanya ketika ditemui sempena perasmian Skuad Sukarelawan TMK 2012 dan penyerahan penutup beca di sini semalam.
Hadir sama, Pengarah Tourism Kelantan, Zurina Abdul Samad dan 22 Skuad Sukarelawan TMK 2012 menerima basikal.
Takiyuddin berkata, bagi memeriahkan acara sempena TMK 2012, dua penyanyi popular dengan lagu ketuhanan, Ramli Sarip dan Opick diundangkan membuat persembahan.
Selain itu, pesta air, perarakan kereta berhias dan pelbagai program menarik disediakan untuk memberi kepuasan kepada pengunjung.
Beliau juga memberitahu, pihaknya akan menggunakan media arus perdana di samping pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan di Kelantan, Johor, Perak dan Pulau Pinang serta beberapa negeri lain lagi untuk menarik pelancong ke Kelantan.
Sebelum ini, Yen Yen meminta Kerajaan Negeri menyediakan kalendar program sepanjang TMK 2012 supaya pelancong boleh menikmati percutian ketika berada di Kelantan. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 17 Feb 2012 03:32 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan