Isnin, 30 Januari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 30 Jan 2012 01:15 PM PST

Duke of UMNO


PANASSS BERAPIII..!!! SKANDAL KULIM HI-TECH DAN SALAHGUNA KUASA "CEO"NYA..!!!

Posted: 30 Jan 2012 06:02 AM PST

Tu dia Sobri (tiga dari kanan)...dok harap projek dari Kerajaan Pusat (MIDA) saja..kalau takdak MIDA..bungkuih la KHTP tu...!!!

Sebelum ini, aku ada mengeluarkan fakta mengenai prestasi Kulim Hi-Tech yang menjunam di bawah pentadbiran lebai PAS, Sobri Osman, di sini. Aku juga ada mengeluarkan tentang salahguna kuasa lebai-lebai PAS di sini.

Sobri kata, dia happy sebab pelaburan masuk ke KHTP dan tanpa rasa malu, dia secara tak langsung mengaku "bengap" untuk menarik pelabur masuk ke KHTP dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat menerusi MIDA!

"KHTP menawarkan kemudahan dan infrastruktur terbaik (BN jugak yang sediakan dulu).

"Selain faktor kos yang efektif, Kerajaan Malaysia melalui MIDA juga berjaya menunjukkan rekod cemerlang dengan menarik pelbagai syarikat melabur di sini," kata Sobri tanpa rasa malu!

Jelas dari statement dia tu bahawa pelaburan di KHTP selama ni hanya masuk menerusi MIDA. Bukan dia yang usahakan sendiri!

Jadi, selama ni yang dok kerap pi ke luar negeri tu buat apa? Pi cari China Doll ka..??? Haaa..ni nak marah la nihhhh...!!! Ishhhh....!

Hakikatnya, memang jelas KHTP makin goyah, lembab dan mandom di bawah Sobri, "pakar" yang dilantik PAS Kedah.

Aku difahamkan bahawa pelaburan di KHTP hanya mencecah RM6 bilion sahaja sehingga kini. Itupun dikira sejak tarikh KHTP beroperasi pada tahun 1995. Ketika itu, pengasas yang bertanggungjawab membangunkan KHTP ialah Datuk Syukri.

Sebagaimana maklum, Datuk Syukri yang berjaya menarik masuk lebih RM5 bilion pelaburan ke KHTP telah diguling dan disingkirkan Kerajaan PAS Kedah, dan digantikan dengan Sobri yang tak efisien langsung! Wajarkah?

Aku bukan la nak kutuk Sobri. Tapi dia memang tak perform pun. Masa Datuk Syukri dulu, prospek KHTP berada dilandasan terbaik untuk kaut pelaburan sekurang-kurangnya RM3 bilion setahun.

Tapi, pada tahun 2010, Sobri hanya mampu tarik pelaburan sebanyak RM765 juta saja! Kurang dari RM1 bilion dan jauh dari sasaran mudah iaitu RM3 bilion...

Paling teruk, dia singkirkan ramai staf KHTP yang merupakan "key player" dalam GLC Kedah tu. Dah tu kawan aku kata, dia ada skandal pulak tu...sampai berhenti kerja bini orang yang dia selalu sms tu...heh! Kacau bilau betul Sobri ni...

Aku bukan marah PAS nak tadbir KHTP. Tapi profesional la sikit. Datuk Syukri tu bukan politician pun, kenapa disingkirkan?

Kalau staf tu sokong UMNO, siap la...lepas tu mesti di"nasihat"kan berhenti kerja. Tak pun dipaksa ambik VSS. Walhal..staf tu perlu tanggung bini dan 6 orang anak! Wajar ke?

Tak ada orang lain lagi ke yang PAS boleh jadikan CEO KHTP? Dah takdak sangat ke orang PAS yang layak? Kalau takdak..pi buang buat apa Datuk Syukri tu..???

Habih la KHTP kalau dibiarkan terus macam ni. Ir Amiruddin sebagai seorang bekas produk MARA (MRSM...produk BN jugak tu) takkan tak reti nak decide? Azizan Razak tu apa sangat yang dia tau...tai chi sana sini tau laaa...

PANASSS..!!! LAGI PENDEDAHAN PASAL KULIM HI-TECH BAWAH PAS KEDAH..!!!

Posted: 30 Jan 2012 03:37 AM PST


Aku masih panas dengan isu Kulim Hi-Tech. Aku memang geram bila sebuah kawasan yang begitu hi-tech sagala prasarananya disia-siakan begitu saja oleh puak-puak lebai yang hanya reti bercakap tapi tak reti buat kerja..!!!

Lebih kurang pukul 10 malam ni, insyaAllah aku akan bongkarkan lagi isu KHTP ni. Korang tunggu je...

Aku rasa, Azizan perlu buat sesuatu tentang KHTP ni. Takleh lagi nak harapkan Ir. Amiruddin tu. Harap je kawan dengan Mukhriz..tapi tak reti nak bangunkan apa-apa pun kat KHTP tu..!!! Heh!

PANASSS BERAPI..!!! BILA PAKAR BELIT KATA DIRINYA DIBELIT..!!!

Posted: 30 Jan 2012 02:03 AM PST

anwar belit

Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.

Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di "misquote" dan di"putar belit"kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!

Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya "melindungi Israel". Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.

Persoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti "translate" dan faham kenyataannya itu?

Bodoh sangatlah "putar belit" Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?

Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di"reverse", tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!

Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara.

Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh.

Justeru, Anwar tidak mempunyai asas untuk menuduh Wall Street Journal itu "dibayar" oleh UMNO atau kerajaan untuk memutar belit kenyataannya. Tak logik langsung jika dituduh begitu.

Jadi, Anwar tuduh media tempatan yang "buat-buat" cerita? Media tempatan pun "quote" dari Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal menipu, maka samalah media tempatan pun. Masalahnya, dah terang-terang Anwar kata begitu, nak putar belit macam mana lagi?

Memang sudah berkurun abad Anwar dikatakan membodek Israel. Dari zaman dia jadi Timbalan PM pun dia memang rapat dengan Yahudi dan Israel. Itupun secara rahsialah. Namun, setelah rahsianya itu terbongkar, cepat-cepatlah dia "cover line" kononnya dia difitnah dan "diputar belit"kan!

Anwar mungkin fikir dia masih lagi "Raja Putar Belit" dan rakyat akan percaya dengan "putar lidah"nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!

Baguslah. Putar alamlah lagi. Lagi Anwar putar belit, lebih banyak rakyat akan sedar tentang kejijikan dirinya. Lagi Anwar belit, lagilah dia akan terbelit. Dan sudah pasti rakyat yang ditipunya itu akan membelitnya sehingga mampus nanti!

Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS kini berura-ura untuk meninggalkan Pakatan Haram. Pakatan Haram makin hilang keyakinan pada "Imam Mahdi" itu!

Hakikatnya, Anwar dan Israel memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Siapa yang "fund" Anwar selama ini? Siapa yang "support" Anwar dulu, kini dan selamannya? Sekiranya Anwar miskin papa kedana sangat sebagaimana di dakwa, mana dia dapat duit banyak-banyak untuk hidup mewah?

Rasanya, kehidupan Pok Nik Aziz jauh lebih miskin dan dhaif berbanding Anwar dan Azmin. Baguslah. Anwar dan Azmin hidup begitu mewah, tapi Pok Nik terus papa kedana walaupun sanggup tanggung dua ekor "biawak hidup" itu!


Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! GUAN ENG KETUA MENTERI TERHEBAT ALAF INI..???!!!

Posted: 30 Jan 2012 12:32 AM PST


Saya terkejut dengan dakwaan "Khalifah" Pulau Pinang, Guan Eng, mengenai kehebatannya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lebih kurang 4 tahun. "Hebat" betul..!!! Prestasi ini lebih hebat dari prestasi "Penasihat Ekonomi RM1" di Selangor..!

Heboh Guan Eng canang tentang "kejayaan"nya itu keliling pulau. Tak cukup di Pulau, dia sebarkan pula di seluruh negara. Kononnya, dengan "kejayaan melangsaikan hutang" itu menunjukkan dia memang cekap mentadbir Pulau Pinang dan sangat "efisien" menguruskan kewangan kerajaan negeri...

Tiba-tiba pulak ada "Ah Chai" ni "kacau daun". "Ah Chai" ni namanya Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, potong stim Guan Eng bila beliau menegaskan Guan Eng hanya auta saja dengan berita "langsaikan hutang RM630 juta" itu.

Menurut Datuk Donald Lim, Guan Eng sebenarnya hanya memindahkan hutang tersebut kepada Kerajaan Pusat memandangkan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang yang berlangsung sebelum PRU 12 (2008) yang lalu di mana menurut perjanjian "rationalisation scheme" yang dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM14.6 juta setahun kepada Kerajaan Pusat atas "interest-free rental" di dalam tempoh 45 tahun.

Pulak dah! Dah jelas sangatlah Guan Eng menipu berhubung "melangsaikan hutang" itu..!!!

Sebenarnya, perjanjian perstrukturan semula bekalan air itu telah dibuat sebelum Pakatan Haram memerintah Pulau Pinang. Dalam ertikata lain, Guan Eng hanya meneruskan perjanjian itu dan memindahkannya hutang tersebut pada Kerajaan Pusat!

Guan Eng tak pernah bayar pun duit sebanyak RM630 juta itu kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya, dia hanya "transfer" balik hutang tu kepada Kerajaan BN Pusat. Lepas tu dia "claimed" kata dia berjaya jana banyak duit di Pulau Pinang dan bayar hutang tu?

Memang memalukan! Takde intergriti langsung dalam kenyataannya itu. Kalau pindahkan hutang, cakaplah "saya dah berjaya pindahkan hutang". Tak payahlah nak putar-putar cerita pada rakyat kononnya pandai "berniaga" dan cekap mentadbir hingga mampu "bayar" hutang sebanyak RM630 juta tu!

Buruk benarlah perangai Guan Eng! Kalau betul dia bayar, cuba kemukakan resit bayaran atau sebarang bukti pembayaran RM630 juta itu kepada rakyat! Rakyat pun nak juga tengok bukti "kehebatan" Guan Eng bayar hutang sebanyak tu!

Tapi, kalau tak mampu kemukakan bukti, baik letak jawatan sajalah! Dah terang-terang "kantoi" menipu!

Nak dikatakan cekap tarik pelabur, Kerajaan Pusat jugak yang banyak bantu dan bawa masuk pelabur ke Pulau Pinang! Sila rujuk MITI untuk bukti-bukti bantuan dari Kerajaan Pusat tersebut. Nak harapkan Guan Eng? Tabur auta keliling Cerok Tok Kun bolehlah!

Sumber: Klik Sini

SKUAD HIJAU KUNING MAKIN TERUK, PEMAIN ATAU PENGURUS YANG SALAH..???

Posted: 29 Jan 2012 11:03 PM PST


Apa dah jadi dengan skuad Kenari? Kedah pantang kalah? Ya, tapi itu dulu...sekarang ni dah memanjang kalah!

Sejak Ustaz Azizan bagi tiket free lepas take over Kedah dari BN, skuad bola sepak Kedah makin merosot. Kali ni lebih teruk apabila dari 5 game, skuad hijau kuning hanya mampu sumbat sebiji gol!

Tu pun Khairil Muhaimin yang score. Apa dah jadi ni, Khazali Din? Malu kalau letak jawatan sebab tinggalkan Skuad Hijau Kuning dalam keadaan corot? Heh!

Masalahnya, mampu ke bangkitkan Kedah? Kalau ikut trend pengurus bola sepak sama ada dalam atau luar negeri, mereka akan letak jawatan sebab malu dengan performance buruk. Dalam ertikata lain, gagal mengurus!

So, semalam Khazali salahkah semua players Hijau Kuning? Heh! Dia langsung takde salahkan diri sendiri lepas Kedah kalah 1-3 kepada Johor FC kat tempat sendiri lak tu!

Aku rasa, kalau Allahyarham Datuk Basri Akil hidup lagi, dah tentu teruk Khazali Din kena taruk!

Bijak betul Azizan lantik Pengurus Skuad Hijau Kuning, kan? Patutnya dia tiru Pok Nik dalam hal bola ni. Kat Kelantan Pok Nik biarkan KAFA diterajui Anuar Musa, hebat je Kelantan...

Kedah? Sebab tak sefahaman politik, Exco yang Azizan lantik tu bijak sangat sampai lantik Khazali Din jadi pengurus. Khazali Din tu jadi Datuk Bandar MBAS dulu pun fail..heh!

Itulah jadinya bila babitkan sukan dengan politik. Taksub sangat dengan politik sampai sukan jadi mangsa...bijak betul Exco tu, kan?

GEMPARRR BERAPI..!!! SAIFUDDIN NASUTION JADIKAN KRISTIANISASI BAHAN JENAKA..???!!!

Posted: 29 Jan 2012 09:38 PM PST

Tiada yang lebih malapetaka melainkan ada segolongan manusia yang mengaku beragama Islam, tetapi sikap dan tindakan mereka adalah memusuhi Islam. Lebih menjadi malapetaka lagi ialah apabila golongan itu menjadikan akidah umat Islam sebagai bahan jenaka dan bahan yang boleh ditertawakan.

Itulah yang ditunjukkan oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang cuba menjadikan Islam dan umat Islam sebagai bahan jenaka murahannya. Semata-mata untuk menghalalkan perlantikan diri Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Saifuddin Nasution meremeh-remehkan usaha kristianisasi yang sedang berlangsung dan telah terbukti dilakukan oleh golongan ekstremis yang tidak pernah menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara itu.


PERKASA menerusi Presidennya, Ibrahim Ali memberi amaran, pengangkatan diri Khalid Ibrahim selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam akan menyaksikan kerja-kerja pengkristianan yang tersentak dengan tindakan berani Hasan Ali melakukan pendedahan dengan bantuan penguatkuasa JAIS Ogos lalu, akan bersambung semula. Kehadiran sebuah kapal mubaligh menambahkan lagi kebenaran berita tentang proses pengkristianan yang akan dilakukan secara besar-besaran ekoran pemecatan Hasan Ali.

Dengan kata lain, pemecatan Hasan Ali sebenarnya telah dilakukan secara terancang dan teliti bagi membolehkan musuh-musuh Islam bergerak bebas tanpa sebarang kongkongan.

Namun Saifuddin Nasution cuba menjadikan berita dan kebimbangan itu sebagai satu jenaka yang boleh digelak-gelakkan. Twitternya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana orang politik yang paling banyak melompat parti itu tidak pernah memperkirakan tentang akidah umat Islam, sebaliknya hanya mementingkan tentang survival parti yang disertainya sahaja.

Kenyataannya bahawa peringatan yang dibuat oleh PERKASA bahawa pengangkatan diri oleh Khalid Ibrahim akan menyebabkan proses kristianisasi berleluasa di Selangor, merupakan PENDERHAKAAN kepada DYMM Sultan Selangor, sebenarnya tidak lebih daripada perlecehan yang sangat biadap.

Memperolok-olokkan kuasa DYMM Sultan Selangor bahkan semua sultan di Malaysia merupakan kegemaran dan hobi utama para pemimpin Pakatan Rakyat. Saifuddin sebenarnya mempersendakan DYMM Sultan Selangor. Mengetahui bahawa DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam di Selangor, Saifuddin Nasution sengaja menekankan tentang penderhakaan yang kononnya dilakukan oleh PERKASA.

Penderhakaan apakah yang dimaksudkan oleh PERKASA kalau diberitahu bahawa orang seperti Khalid Ibrahim hanya akan menambahkan lagi masalah umat Islam menerusi tindakan-tindakannya yang semberono terlebih meraikan golongan yang memusuhi Islam dan umatnya? Atau Saifuddin sebenarnya ingin memberitahu, kuasa apakah yang ada pada DYMM Sultan Selangor lagi setelah orang seperti Hasan Ali dipecat dan disingkirkan.

Dengan kata lain, Saifuddin Nasution sebenarnya mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Ejekannya kepada DYMM Sultan Selangor ialah DYMM Sultan Selangor tidak akan dapat berbuat apa-apa dengan kuasa baginda kerana Exco Agama Islam Selangor sekarang adalah milik Khalid Ibrahim. Dan Khalid Ibrahim pula tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada projek kristianisasi yang sedang berlaku di Selangor secara bebas.

Buruk benar kelakuan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PKR itu. Mungkin berasa terlalu besar kepala kerana akhirnya PKR berjaya merampas jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang menjamin industri lendir, arak, judi dan kristianisasi di Selangor, menjadikan Saifuddin Nasution tidak menggunakan otak untuk membuat tweet sebegitu rupa.

Dalam Islam dan dalam mana-mana budaya, peringatan dan memberi amaran merupakan sebahagian daripada rukun hidup yang berlangsung tanpa sekatan, tetapi dalam Pakatan Rakyat, peringatan dan memberi amaran terutama kepada kelompok sendiri tentang bahaya dari luar, dianggap sebagai satu ancaman kepada kelompok itu sendiri.

Kelompok sendiri yang dimaksudkan adalah kelompok masyarakat Melayu-Islam!

Sumber: Klik sini

PANASSS..!!! HASAN ALI TEKAD PERANG DENGAN ERDOGAN ANWARISTA...!!!

Posted: 29 Jan 2012 08:09 PM PST

anwar sivaji

Nampaknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Dr. Hasan Ali memang tekad untuk memerangi golongan "erdogan Anwarista" di dalam PAS. Setelah memulakan ceramah "perang parasit" di Meru minggu lalu, Hasan Ali akan menyerang di kawasan musuh ketatnya, Khalid Samad, di Shah Alam, pada 30 Januari ini.

Rata-rata, sokongan yang diberikan rakyat kepada Hasan Ali memang hebat. Bukan ratusan, malah ribuan umat Islam, khususnya para penyokong PAS yang menyedari kewujudan golongan parasit tersebut di dalam PAS sejak sekian lama.

Sebenarnya, sebagai saudara seagama, para blogger pro-UMNO, malah kolumnis di MyKMU.net sendiri pernah mengingatkan kepimpinan PAS bahawa wujudnya gerakan "Anwarista" yang dipercayai adalah "golongan parasit" yang dimaksudkan Hasan Ali itu.

Namun, sebagaimana sikap PAS yang enggan menerima nasihat dan peringatan dari saudara seagamanya, mereka menuduh kami cemburu. Malah para "alim ulama" yang kononnya mengamalkan akhlak Islam yang sempurna itu menista pula kami dengan pelbagai kata-kata kesat.

Sudah saya katakan dulu bahawa Anwar telah meletakkan ramai "pawn-pawn" yang telah memberikan "bai'ah" kepadanya sejak dia berada di dalam ABIM lagi. Ketika itu, ramai 'askar-askar" Anwar ini yang terpengaruh dengan gerakan "memperdana menterikan" Anwar.

"Askar-askar" ini ramai yang dilepaskan ke dalam PAS ketika itu memandangkan Anwar merupakan anak angkat kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusuf Rawa. Mereka-mereka ini dipromosikan sehingga berjaya menjawat beberapa jawatan yang strategik di dalam PAS.

Anwar sendiri kemudiannya masuk ke dalam UMNO. Alasannya mudah, dia mahu "membersihkan" UMNO. Ramai juga "pawn-pawn" yang dibawa masuk ke dalam UMNO bersamanya untuk membantu melobi menaikkan namanya. Selain itu, Anwar berjaya berlakon memikat hati Tun Dr. Mahathir ketika itu yang turut tertipu…

Namun, setelah agenda Anwar itu "kantoi", ditambah pula dengan tabiatnya yang gemarkan seks luar tabii yang tidak mengenal jantan betina, akhirnya dia dipecat dari terus mengotorkan UMNO dengan rasuah politik dan pink form. Maka, terbantutlah 'gerakan memperdana menterikan' Anwar buat seketika.

Kegagalan Anwar itu telah menjadikan "pawn-pawn" Anwar yang disusup masuk di dalam PAS bagaikan "cacing kepanasan". Itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan segala sumber kewangan yang dipercayai diperolehi dari Anwar untuk menewaskan golongan pro-ulama di dalam PAS.

Kemudian, Anwar tubuhkan pula PKR. Dengan bantuan "endogan Anwarista" di dalam PAS yang semakin menguasai parti itu, PAS akhirnya bersetuju bergabung dengan PKR dan DAP. Meskipun DAP khususnya, pernah dilabelkan sebagai 'syaitan', kerana tahaluf siyasi puak "erdogan Anwarista" yang menghasut Nik Aziz, ianya berjaya dihalalkan!

Golongan inilah yang menyebabkan perubahan ketara yang melanda PAS sehingga menggadaikan prinsip perjuangan asal parti itu.

Berjayakah Hasan Ali melakukan transformasi di dalam PAS kembali? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang yang pernah berada di dalam PAS, saya rasa agak mustahil untuk berjaya selagi PAS bersama Pakatan Haram!

Terbaik, PAS mesti putuskan hubungan dengan "syaitan-syaitan" itu. Titik.

Sumber: Klik Sini

PANASSS..!!! BUKTI BENAR HARON DIN LEBIH LAYAK JADI MURSYIDUL AM BERBANDING POK NIK..!!!

Posted: 29 Jan 2012 06:34 PM PST



Saya sangat tersentuh dengan pengalaman mimpi Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS ini. Pada saya, dengan mimpi bertemu Rasulullah SAW itu, jelaslah maqam beliau lebih tinggi berbanding Mursuyidul Am Pas, Pok Nik Aziz...
Abu Hurairah berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku."

Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Melalui dua hadis di atas dan cerita Al-Fadhil Dr. Haron Din di atas, saya simpulkan bahawa beliau sangat beruntung untuk "bertemu" Rasulullah SAW, walaupun di dalam mimpinya sekali pun...

Namun, beliau yang selama ini masuk PAS kerana mahu mendirikan sebuah negara Islam tenggelam suaranya berbanding Pok Nik Aziz...

Pada saya, Haron Din lebih layak menjadi Mursyidul Am PAS berbanding Nik Aziz yang dikatakan sudah nyanyuk dan sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang kontroversi, mengelirukan dan mampu menyesatkan ramai umat Islam.

Saya difahamkan bahawa Haron Din sehingga kini masih konsisten dengan perjuangannya yang sealiran dengan Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali yang disingkirkan PAS. Namun, "suara"nya tersekat hanya kerana pengaruh yang ada pada Pok Nik Aziz..

Persoalannya, mengapa suara Haron Din yang lebih tinggi ilmu dan maqamnya itu disekat? Apakah hanya kerana beliau bukan merupakan seorang "pemegang tiket ke syurga" seperti Pok Nik Aziz?

Sesungguhnya para penyokong PAS memang "buta". Sekiranya saya seorang PAS, sudah tentu Haron Din sudah lama saya perjuangkan menjawat jawatan Mursyidul Am PAS. Beliau tidak melalut dan berani berkata yang benar mahupun pahit untuk ditelan...

Pada saya, Haron Din jauh lebih layak mengetuai PAS. Beliau menyokong perpaduan umat Islam di antara UMNO dan PAS. Beliau sanggup mengenepikan dendam dan syak wasangka buruk demi melihat perpaduan umat Islam kembali terjalin...

Saya juga diberitahu oleh para penyokong PAS bahawa Haron Din sememangnya menyokong Himpunan Sejuta Ummat. Pendirian ini amat berbeza dengan Pok Nik Aziz dan "tahaluf siyasi"nya yang menghalalkan persahabatan dengan "syaitan" demi politik dan kuasa.

Saya sedih melihat "kebutaan" PAS ini. Namun, sebagaimana maklum, puak-puak PAS bukannya mahu mendengar atau berfikir tentang nasihat mahupun cadangan dari penyokong UMNO. Mereka lebih suka mendengar dan mengikut kata DAP dan Anwar...

Malang sungguh kedudukan PAS sekarang. Memalukan dan mengaibkan ramai penyokongnya. Namun, itulah PAS dibawah kepimpinan Pok Nik Aziz. Nik Aziz yang buat hal, Hadi dikutuk teruk. Haron Din pula diketepikan...pelik betul, kan?

Sumber: Klik Sini

LAWAK PAGI INI..!!! ANWAR DAN "MADUNYA" KOWTOW PADA KIT SIANG DAN DAP..!!!

Posted: 29 Jan 2012 05:08 PM PST


Sebenarnya, selain Yahudi, Anwar dan Azmin "menyembah" pada Kit Siang. Kalau diorang tak "kowtow", jangan harap la diorang nak dapat sokongan Cina..!!!

Sebab tu Anwar "sembah" DAP dan "tayang bontot" pada PAS..!!! PAS jangan la kecik hati. Tahap korang tu hanya sebagai tukang demo tidur atas jalan sambil pegang bendera jer...

Alahaiii...kesiannnnnn...!!!

tun faisal dot com

Posted: 30 Jan 2012 01:14 PM PST

tun faisal dot com


[Akhbar Cina] DAP guna skrip PKM untuk tubuh Republik Sosialis?

Posted: 30 Jan 2012 04:00 AM PST




[Nota: Kelihatan seolah-olah DAP cuba menggunakan skrip yang hampir sama dengan skrip Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengabui mata rakyat dan memberi harapan palsu bahawa mereka akan mengetuai  sebuah negara seperti PKM mengabui mata rakyat ketika itu dengan menggambarkan bahawa mereka akan mengetuai sebuah Republik Komunis Malaya. 

Cuma bezanya kali ini, mereka lebih memahami realiti bahawa negara Komunis tidak akan wujud di negara ini selagi umat Islam berpegang teguh dengan agama mereka. Walaupun begitu mereka masih berusaha untuk mengagung-agungkan pemimpin komunis yang zalim melalui beberapa cubaan. 

Biarpun mengagungkan pemimpin parti komunis, slogan negara komunis telah dilunakkan menjadi sosialisme, sehingga orang Melayu yang kurang teguh pegangan aqidah mereka turut terpedaya dan menganut fahaman yang sama. Negara yang ingin ditubuhkan, bukan lagi Republik Komunis Malaya, tetapi sebuah negara sosialis. Republik? Yup, itu cita-cita mereka, sebab dalam kamus sosialis dan komunis, tidak ada istilah Institusi Raja-raja Melayu. Hari ini mereka bersetuju mengekalkan Perlembagaan, tetapi belum tentu mereka akan bersetuju di masa hadapan.


Melayu dipergunakan? Pada zaman komunis, memang ada Melayu yang gila kuasa dan hilang pertimbangan kerana berpegang kepada fahaman ekstremisme, yang mudah dipergunakan.

Dap sosialis? Tidaklah kita sudah nampak belang kapitalis mereka keluar terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang dan kenyataan mereka untuk membuka pasaran dalam bidang ekonomi. Dengan kuasa ekonomi, bukan susah sangat untuk membeli beberapa orang Melayu, apalagi Melayu yang terdesak dan berkepentingan diri. ]


China Press
Dalam Negeri berita Campuran m/s C4
27 Januari 2012

Perlu Bekerjasama Dengan Orang Melayu
Kaum Cina Tidak Mungkin Dapat Tubuhkan
Kerajaan: Chua Sok Lek

26hb Labis, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mengingatkan, orang-orang Cina tidak mungkin dapat perintah kerajaan pusat, dengan itu cuba menyokong DAP, bermakna membantu parti Pas untuk membuka jalan menjadi Bos.

Soi Lek berkata, orang-orang Cina terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak mungkin dapat tubuhkan sebuah kerajaan untuk memerintah kerajaan pusat, sebanyak 222 kerusi parlimen itu, hanya ada 46 kerusi yang kawasan majoriti orang-orang Cina, walaupun parti berdasarkan kaum Cina boleh menang semua kerusi, namun tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat.

Soi Lek menyatakan, ditambah dengan jumlah penduduk kaum Cina sebanyak 24.5 peratus, dengan itu perlu mendapat kerjasama dari parti berdasarkan dari orang-orang Melayu, barulah dapat memerintah kerajaan pusat.

Chua berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam di kampung Baru Bekok, menyatakan perkara itu adalah sangat mudah, sebelum ini Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, DAP mempunyai banyak kerusi, tetap tidak boleh jadi menteri besar, sebaliknya yang mempunyai kerusi yang sedikit, pemimpin Pas menjadi Menteri Besar.

Beliau mahu pengundi perlu fikirkan dengan hati-hati kelebihan dan kemampuan calon-calon yang dipilih, dan berkata, jika calon dari MCA tidak memberi perkhidmatan, mereka sendiri tidak mungkin disokong oleh pengundi.

Soi Lek berkata, seorang wakil rakyat bukan sahaja rajin berkhidmat, mereka juga perlu berani bersuara, bukan hanya pandai bercakap.

Beliau anggap, di kalangan calon DAP memang ramai yang pandai bercakap tetapi tidak buat kerja, mereka bukan sahaja tidak tahu menyelesaikan masalah, selepas mereka kalah dalam PRU mereka terus menghilangkan diri tak jumpa batang hidung, sehingga pusat khidmat mereka pun tidak ditubuhkan, mereka tunggu sehingga menjelang PRU baru kembali semula.

Selain dari itu, Chua juga memberi sumbangan kepada 23 buah NGO yang turun hadir pada malam itu, setiap NGO mendapat RM3,888.00 ringgit untuk dana aktiviti pertubuhan.

[Video] 40 tahun RELA mempertahankan negara @NajibRazak

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

[Gambar] Sambutan Tahun Baru Cina di Sembrong

Posted: 29 Jan 2012 10:00 PM PST




Layanan Istimewa DS @HishammuddinH2O
Buat Penduduk Cina Di Sembrong



Ada perkara yang saya tidak bersetuju dengan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussin namun ada satu perkara yang tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya. DS Hishammuddin adalah seorang yang hebat menjaga penduduk-penduduk di kawasannya. Gambar-gambar di atas menceritakan bahawa betapa mesranya beliau dengan penduduk di kawasannya, satu kemesraan yang bukan dibuat-buat.

Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri kabinet dan Timbalan Presiden UMNO, beliau saban minggu Sabtu dan Ahad pasti akan pulang ke Sembrong untuk bersama penduduk di kawasan parlimen yang diwakilinya. Anwar Ibrahim boleh buat begitu? Sibuk dengan China Doll ada la. Tanyalah penduduk di kawasan parlimennya di Sembrong, baik Melayu, Cina atau India. Anda akan memperolehi jawapan yang sama - beliau adalah pemimpin berjiwa Rakyat.

[Video] Kamal Saidin - tolak Pas bermaksud tolak sosialis? #saveKedah

Posted: 29 Jan 2012 07:30 PM PST



tun faisal dot com turut dicalonkan untuk Anugerah Penulis Blog dan Media Sosial #msmw2012

Posted: 29 Jan 2012 04:30 PM PST




Terima kasih kerana ada yang mencalonkan blog tun faisal dot com dalam kategori Blog Politik Terbaik. Saya tidak pernah terfikir dan bercadang untuk memasuki sebarang pertandingan blog sebab saya tidak menulis blog kerana sebarang habuan material. Saya mula terlibat dalam pelbagai perdebatan siber sejak tahun 1999 di chat rooms dan dalam pelbagai yahoo groups, misalnya promuda circle. Antara nama siber saya yang paling dikenali ketika itu adalah Penjejak Badai. Selain itu, saya merupakan salah seorang penyumbang dalam Laman Web Pemuda UMNO Malaysia pada peringkat awal kelahirannya sehingga tahun 2004. Saya juga turut terlibat untuk menubuhkan Cybertroopers Pemuda UMNO bagi membantu parti Barisan Nasional menghadapi perang siber menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum 2004.

Selepas PRU 2008 saya berblog kerana mahu menyatakan pendirian saya tentang pelbagai perkara. Bagi saya, ia merupakan jurnal peribadi bagi mencatatkan dan merekodkan pandangan mengenai perkara yang dekat di hati saya seperti dalam bidang pendidikan dan politik. 


Saya hanya blogger separuh masa kerana saya perlu memberi perhatian kepada tugas sebagai Pegawai Khas Menteri, Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Majlis Belia Kawasan. Saya berblog kerana minat dan bukan kerana bayaran atau kepentingan peribadi. Disebabkan itu saya tidak pedulikan sangat tentang soal ranking. Hanya apabila ada pihak dan pemimpin kanan UMNO yang terlalu terpengaruh mindanya dengan ranking, barulah saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa saya juga boleh berada di ranking Top 10 blogger pro-BN sekiranya mahu.

Tiba-tiba ada pula yang mencalonkan blog ini dalam World Bloggers and Social Media Awards 2012. Ish, ish, ish - terima kasih, walaupun sebetulnya tidak perlu kerana lebih ramai calon yang lebih baik dan berblog sepenuh masa. Dicalonkan atau tidak, menang atau kalah, berbayar atau tidak, saya tetap akan berblog, bertweet dan berfacebook untuk menyampaikan maklumat dan pandangan saya. 

Apapun saya menghargai pengiktirafan tersebut dan saya serahkan kepada pembaca blog ini untuk menilainya. 

waadat

Posted: 30 Jan 2012 01:13 PM PST

waadat


Duta Palestin bidas Anwar

Posted: 30 Jan 2012 06:22 AM PST


Berikut adalah kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush berikutan kenyataan Anwar yang menyangkut negaranya.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.
— BERNAMA

posted from Bloggeroid

Jom simpan

Posted: 30 Jan 2012 03:32 AM PST

Raja tangguh menangguh lagi

Posted: 30 Jan 2012 02:37 AM PST

Meluat betul dengan orang politik yang licik ni. Asal nak kalah je, cabut lari.

http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/peguam-anwar-tak-puas-hati-perlekehkan.html?m=1

posted from Bloggeroid

Azizan selepas Hasan Ali?

Posted: 29 Jan 2012 11:30 PM PST


PAS terus berdolak dalik mengenai alasan pemecatan Hasan Ali. Yang paling ditakuti oleh kepimpinan PAS ialah alasan campur tangan DAP atau PKR dalam kes tersebut.

Namun rakyat bukan bodoh. Semua orang tahu bahawa PAS cuma menumpang di Selangor. Khalid PKR yang jadi MB.

Tapi orang Melayu juga tahu bahawa 'tak berapa sen' pun yang Khalid ada dari segi kuasaya. Selebuihnya adalah ehsan DAP.

Kenapa Hasan Ali dipecat? Kerana rasuah? penyelewengan? Tak buat kerja? Malas? Pnteng? Lewat? (maksud Demang lewat datang ofis. Bukannya liwat!)

Kalau semua itu bukan, kenapa?

Sebab Hasan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Ummah yang dianggap boleh menjejaskan kerjasama dengan PKRdan DAP.

Selain itu sebab Hasan Ali sudah keluarkan kenyataan yang merugikan PKR dan DAP.

Jika itu alasannya, maka kenyataan dan pendirian MB Kedah juga boleh membawa pada pemecatan beliau pula nanti.

Tapi Demang rasa PAS takkan buat begitu lagi sebab kesan penyingkiran Hasan Ali pun PAS dah tak boleh tahan.



Sumber:
http://bumiyang.blogspot.com/2012/01/dr-aziz-bari-marah-guna-auku-azizan.html

penduduk selangor mogok lapar

Posted: 29 Jan 2012 09:00 PM PST

Kalau dilihat pada kempen PKR dalam PRU yang lalu, cicak pun kagum.

Tu sebab kita boleh dengar cicak asyik berdecit: cit cit cit... Dia sedang kagum la tu.

 Tapi, ye la. Berjanji memang sedap. Yang mendengar pun seronok. Apatah lagi jika dalam keadaan tersepit.

Lagipun, berapa kerat calon PKR yang yakin dirinya boleh menang dalam PRU yang lepas?

Bak kata seorang teman, bukan sahaja calon UMNO yang terkejut kerana kalah. Calon PKR yang menang pun rasa tak percaya.

Sebenarnya rakyat sekadar memberi amaran kepada BN. Mereka pun tak menjangka undian mereka menyebabkan kerajaan BN benar-benar kalah.

Akibatnya, ternyata janji-janji hanya palsu sebagaimana berita berikut:

Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka. 
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut. 
Bernama melaporkan, anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010. 
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah. 
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan. 
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu. 
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. 
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu. 
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-29/1/2011

Sumber berita: 
http://agendadaily.com/Politik/penduduk-mogok-lapar-tuntut-janji-manis-pkr..html

Hasan Ali keseorangan?

Posted: 29 Jan 2012 06:05 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 30 Jan 2012 01:11 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Jual Tanah Wakaf Tanpa Izin Semuanya Salah Kerajaan Pas Kedah!!

Posted: 30 Jan 2012 07:36 AM PST



Parti Adat dan Sukan kini bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan jual beli tanah wakaf! Pemaju Sony Hoo pun menyerahkan tanggungjawab ini kepada kerajaan negeri. Jadi? apakah tindakan Pas seterusnya? Tetap mahu menjual, atau bayar ganti rugi pada pemaju dan kekalkan tanah wakaf.

Pada yang belum membaca Pas menyeleweng dalam isu penjualan tanah wakaf ini, boleh klik Penipuan Pas Kedah Dalam Jual Tanah Wakaf!!

TUDIAA!! Perlaksanaan Dap Ganti Pas Semakin Menyerlah!!

Posted: 30 Jan 2012 04:36 AM PST



Dulu salah seorang Exco Pas pernah memberi jaminan bahawa Pas akan pertimbangkan permintaan Dap supaya Dap dapat meletakkan calon Melayunya di kawasan kepunyaan Pas.

Kalau tak salah Mc, Dap meminta 4 lagi kerusi tambahan untuk calon Melayunya.

Ini menambah lagi keyakinan kita bahawa suatu hari nanti Dap akan gantikan Pas dalam politik tanah air. Sudahla Pas

Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Baca artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.

Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.

"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.


McTheory:
Pemimpin nombor dua UMNO Kedah pun mengakui hakikat ini. Dap akan Ganti Pas!!

PANASS!! Pas Kedah Terkejut Beruk Dengan Pendedahan Ini!!

Posted: 30 Jan 2012 01:12 AM PST

LEPAS BALAK, TANAH WAKAF DAN PASIR, KINI GUNUNG PULAK DEPA NAK JUAII!!

Kepala Gunung Pulai, Baling

Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga.

Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,







Andaikata projek ini dibenarkan oleh kerajaan negeri dan pembinaan kuari diteruskan juga, maka orang kampung akan membantah projek kuari ini dengan sekeras-kerasnya.

Nampaknya projek jual gunung ini merupakan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah.

Kalau Gunung pun depa nak jual, lepas ni apa pulak yang boleh mereka jual lagi?


McTheory:
Puak Pas ni dah gila dah.. kritikal punya gila nih..


Artikel ni di ulang postnya!

TUDIAA AIH!! Ustaz Azizan Penyokong AUKU, Penampar Aziz Biri-biri!!

Posted: 29 Jan 2012 10:12 PM PST



Kelakar apabila Ustaz Azizan yang depa kata rabun sakit dan tak boleh buat kerja tu, bangun dan bidas balik Aziz biri-biri. ha ha ha..

Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.


Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan "Buku Jingga bukan al-Quran" yang harus dipatuhi sepanjang masa.

"Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib)," tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz "buta undang-undang" dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

"Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

"Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat," katanya.

Beliau menambah: "Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur."

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

"Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, 'gentleman' sikit.

"Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain," katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

"Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

"Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah," katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Selama Ustaz Azizan kena serang dengan pelbagai pihak termasuk Aziz Biri ni, rasanya takdak sorang pun yang bangun back up Ustaz Azizan ni. Nampak sangat pepecahan dalaman Pas Kedah ni sangatlahhh teruk.

ATAUPUN PAS KEDAH HANYA??


Tidur tak buat kerja, hinggakan negeri porak-peranda pun depa buat tak kisah!! Akhirnya.. Kedah Sejahtera, Rakyat Juga yang sengsara!!


McTheory:
Pas ni dah tak relevan, berserabut teruk!!

PANASS!! Anwar Arahkan 'Orang' Untuk Sekat Hasan Ali!!

Posted: 29 Jan 2012 07:12 PM PST



Dalam pada PAS heboh mengatakan Hassan Ali tidak akan mendatangkan sebarang carik dan luka kepada politik PAS – parti itu nampaknya bersusah payah membuat kenyataan media; dikumpulkan seluruh saf PAS Selangor bagi berdepan dengan Hassan Ali.

Tajuk kenyataan kepada media amat mudah dan senang faham:-

- PAS tidak takut langsung dengan jelajah Hassan Ali;

- PAS Selangor berada di dalam keadaan yang terbaik;

- tidak ada sebab masyarakat Melayu perlu risau dengan hakikat PAS
tidak lagi menjadi 'tokan besar' dalam menjaga agama;

- hubungan baik dalam saf PAS Selangor akan terus terpelihara;

- Hassan Ali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS;

- Hassan Ali seorang lelaki kecewa yang tidak mendapat tempat;

Maka, dikeluarkan segala macam fakta songsang yang boleh menjadikan perkara-perkara di atas diterima pakai oleh orang PAS secara keseluruhannya.

Ironinya, menurut seorang 'pekerja' di PAS Selangor – ini semua kenyataan media yang sudahpun diusahakan oleh pihak lain. Pejabat PAS Selangor menerima 'fax' draf kenyataan media malam kelmarin. Bahasanya lebih kasar. Termasuk menggelar Hassan Ali sebagai 'pecacai politik' UMNO – pengangkat najis UMNO dan sebagainya. Menurut kakitangan terbabit, fax tersebut berasal daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini ada juga beberapa surat yang difaks daripada nombor yang sama.

Kenapa yang Anwar pula jadi 'GENTAR' dan 'CEMAS' dengan Hassan Ali? Apakah Anwar lupa bahawa Hassan Ali adalah ulama' pertama yang berada di rumahnya selepas beliau dipecat pada tahun 1998? Apakah Anwar lupakan jasa Hassan Ali yang berjaya meyakinkan PAS sekitar tahun sama bahawa Anwar suci, bersih lagi maksum? Sudah lupa?

Nampaknya, Hassan Ali akan menjadi mangsa serangan 'bersiri' PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.

Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hassan Ali sebogel-bogelnya – termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadi
Hassan Ali kepada MB sebelum ini.

Simpati dengan Hassan Ali; nampaknya dia seorang kena berlawan dengan dua parti sekaligus. Masak.

Ada yang kata, Anwar jadi cemas kerana ada 'benda' yang Hassan Ali tahu – tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi. Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket Hassan Ali gamaknya….kita kena tunggu lah nampaknya.

Arahan Anwar supaya dilakukan 'character assassination' kepada Hassan Ali akan dipikul oleh PAS Selangor…

Masyarakatlah harus menilai, di tahap mana PAS pada ketika ini.

Gelagat Anwar

PANASS!! Ceramah Hasan Ali di Serbu!!

Posted: 29 Jan 2012 04:12 PM PST

Walaupun Pas Bukit Gantang dan Anwar Ibrahim sendiri mengeluarkan arahan supaya orang Pas tidak menghadiri ceramah Hasan Ali, namun masih ramai yang berdegil  dan turun untuk mendengar sendiri luahan dari hati nurani seorang bekas Exco Pas Selangor tersebut.

Ternyata, masih ramai orang Pas yang menyokong perjuangan Islam sebenar, daripada perjuangan Islam politik ala Pas.

Sumber gambar Mc ambil dari Sungai Rapat Online


Lihatlah betapa ramainya orang..


Lepak atas motor pun ada..



Penuh sampai ke luar pagar..




Terbukti untuk memperjuangkan Islam Dr Hasan Ali tidak keseorangan, ramai umat Islam sentiasa akan bersamanya kerana perjuangan menegakkan Islam yang dibawanya adalah satu perjuangan yang suci.


Syabas Dr Hasan Ali, kerana perjuangan sebegini amatlah ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di Malaysia.


Tolak parti yang 'mempolitikkan Islam' carilah Islam sebenar untuk di dokong.


McTheory:
Memang ada politik dalam Islam, tapi jangan politikkan Islam

THE FLYING KICK

Posted: 30 Jan 2012 01:03 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 30 Jan 2012 11:43 AM PST

PEJUANG BANGSA


Tun Mahathir sahkan Anwar memang rapat dengan Yahudi

Posted: 30 Jan 2012 08:16 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.

Dakwanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Dr Mahathir hari ini bercakap dalam program kepimpinan anjuran Kajian Pentadbiran Kerajaan, Universiti Tun Abdul Razak.

PANAS ! Video Dr Hassan Ali balun PAS di HIMPUN P.Pinang - Part 1

Posted: 30 Jan 2012 04:53 AM PST



SEBARKAN VIDEO INI KEPADA SELURUH  UMAT ISLAM YANG  SAYANGKAN IMR ....

Giliran DAP P.Pinang serang Azizan pasal menghina kitab suci Buku Jinggay !!

Posted: 30 Jan 2012 12:41 AM PST




Ini kesannya bila  MB Kedah @ Ostat  Jijan  membelakangi & menghina  kitab suci Buku  Jinggay karya Pakatan . Selepas dihina oleh budah mahasewel dengan membawa pocong di pejabat PAS & kritikan pedas  Dr Aziz Bari ,  kini DAP Pinang mengambil giliran mereka membalun MB Kedah ini .

Itu lah hebatnya siapa yang tak ikut & patuh  segala apa yang dikehendaki dalam kitab suci JingGay Pakatan. Apa kata penyokong PAS di Kedah ? Tak kan nak lihat MB sendiri teruk dibelasah ..




Kerajaan Kedah pimpinan PAS kini menghadapi serangan daripada rakan sejawatnya DAP ekoran tindakan universiti miliknya Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya.


Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim (kanan) berkata, Pakatan Rakyat menegaskan dasar bersama mereka dalam Buku Jingga, yang menurutnya digubal berdasarkan hasrat rakyat Malaysia selepas hampir 50 tahun bawah pemerintahan BN.Dasar itu termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.


"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.


"Menentang undang-undang tidak hadir ini selari dengan perjuangan tiga anggota gabungan (Pakatan) selama ini."


Sim yang juga ahli majlis Seberang Perai  berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.

PANAS !! Orang Cina sendiri dedahkan DAP nak jadi taiko besar sekiranya memerintah Perak !!

Posted: 29 Jan 2012 10:42 PM PST




 DAP baru sahaja  mengepak dada mereka melaungkan parti mereka berbilang kaum hanya kerana 2 orang Melayu berfikiran  liberal masuk partinya . Tetapi tidak lama kerana seorang pemimpin kaum Cina sendiri membongkarkan bahawa DAP nak tubuhkan kerajaan Cina di Perak !!

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini  mendedah DAP ingin  menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Harus diingatkan perkara ini bukan baru kerana  semasa 11 bulan kerajaaan  DAP memerintah dengan meletakkan seorang boneka sebagai MB , siapa sebenarnya taiko besar ??

DAP memang inginkan menjadi taiko besar di Perak tetapi hanya mampu bertahan 11 bulan sahaja .Jadi kini mereka menghasut pengundi Cina dengan pelbagai dakyah semata-mata ingin berkuasa semula .


Adakah Nizar diperlukan lagi oleh DAP ??

MCA mendedahkan  Pakatan Rakyat bercita-cita untuk menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.


"Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak," kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.


Menurut Chua, janji-janji itu hanya helah terbaru Pakatan Rakyat yang merupakan satu pembohongan yang amat besar untuk memenangi sokongan dan menggesa masyarakat Cina tidak terpedaya.


"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi menteri besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada PAS," kata Chua dipetik akhbar milik Umno itu.


Chua yang juga pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada PAS dan PKR untuk mendominasi pakatan pembangkang.


"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara PAS dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah PAS, bukannya DAP," kata Chua.

Anwar sokong lindungi Israel sama seperti mahu cuci dosa Yahudi Zionis !

Posted: 29 Jan 2012 09:04 PM PST




Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan. Utusan 


Komen GPB : 


Lepas ini confirm  Anwar kena balik Permatang Pauh untuk ceramah kepada penyokong taksub  jelaskan pasal sokong Israel ini ...haha

PANAS !! Melayu berfahaman liberal & pejuangkan kesamarataan sahaja masuk DAP !

Posted: 29 Jan 2012 08:03 PM PST







Perjuangan DAP yang selama ini sering mempersoalkan dasar kerajaan terhadap orang Melayu membuktikan ia tidak layak digelar parti mewakili semua kaum.

Pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, selain itu DAP juga masih gagal memahami kedudukan sebenar masyarakat luar bandar yang berada dalam kemiskinan dan kemunduran.

"Adakah dengan hanya beberapa orang Melayu menyertai parti berkenaan dalam tempoh terdekat telah mengubah dasar dan perjuangan DAP sebelum ini?," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu berwaspada dan tidak mudah terperangkap dengan tipu helah DAP.

Che Hamdan berkata, DAP sebenarnya lebih berminat menarik penyertaan golongan profesional dan bekas-bekas pemimpin parti lain yang dapat memainkan isu-isu semasa dengan lebih berkesan.

"Ini terbukti apabila kita melihat bagaimana golongan profesional muda Cina lebih cenderung kepada DAP," katanya.

Beliau menambah, golongan Melayu yang menyertai DAP adalah mereka yang mempunyai pemikiran liberal dalam konteks demokrasi pada hari ini.Katanya, mereka cenderung memperjuangkan kesamarataan dan hak-hak asasi manusia yang tidak selari dengan perjuangan PAS.

"Selain itu, kedudukan Pas yang menyaksikan perselisihan di antara golongan konservatif dan neo-konservatif dalam parti tersebut gagal menarik golongan liberal ini untuk berjuang atas tiket parti tersebut," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin percaya tindakan segelintir Melayu menyertai DAP adalah atas faktor kepentingan peribadi, dendam serta kecewa setelah gagal mendapatkan sesuatu daripada parti politik Melayu termasuk Pas.

Nizar tension , Hassan Ali bongkar lagi parasit PAS di Bukit Gantang !!

Posted: 29 Jan 2012 06:15 PM PST



Selepas berjaya  mengegarkan HIMPUN di P.Pinang hingga membuatkan Malik Itik dan Salleh Man  tak tidoq lena , kali ini di Bukit Gantang pulak Dr Hassan Ali berceramah membawa agenda perjuangan IMR nya .

Dikhabarkan ramai ahli PAS hadir ke ceramah Dr Hassan Ali di Bukit Gantang ini walaupun cuba ditentang oleh pemimpin mereka di parlimen berkenaan . Ternyata roadshow Dr Hassan Ali semakin hari mendapat sambutan ke mana beliau pergi . Ini kerana sokongan senyap  orang Melayu dari pelbagai latar belakang politik yang terpanggil untuk mempejuangkan  IMR .



kredit kepada Sungai Rapat Online 

Anwar sokong keselamatan Israel sebab nak sokongan hadapi pilihanraya ?

Posted: 29 Jan 2012 04:03 PM PST




- Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.

Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

"Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri.

"Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan," katanya.

Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

"Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya.

DIMENSI

Posted: 30 Jan 2012 11:28 AM PST

DIMENSI


Omegay: Duta palestine tekezut..

Posted: 30 Jan 2012 06:45 AM PST





AbangTuah

Posted: 30 Jan 2012 11:13 AM PST

AbangTuah


UMNO DAN BN TERBAIK....PAKATAN PENGHASUT...BOLEH BELAHHHH..!!

Posted: 30 Jan 2012 10:01 AM PST


 MARI KITA TOLAK PENGHASUT....!!!


SEGALA KEMUDAHAN DAN KEBAJIKAN TELAH DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN BN UNTUK KITA. OLEH ITU APA PERLUNYA KITA MENOLAK KERAJAAN YANG TERBAIK INI. BUKANKAH SATU KERUGIAN JIKA KITA MENGADAIKAN KENIKMATAN MELIMPAHRUAH YANG TELAH KITA KECAPI HANYA KERANA JANJI PUAK JUAK PAKATAN YANG BELUM TENTU DAPAT DITUNAIKAN.

LIHATLAH MELIMPAHRUAH RAHMAT DAN KEMEWAHAN YANG KITA DAPAT MELALUI KEMURAHAN HATI KERAJAAN BN.

INGAT SUBSIDI DAN BANTUAN BUKAN TANGGUNGJAWAB...TETAPI DIATAS KEMURAHAN HATI...

HIDUP UMNO....HIDUP BN.


Politik Harian

Posted: 30 Jan 2012 03:34 AM PST

Politik Harian


Peguam Anwar Tak Puas Hati, Perlekehkan Hakim Mahkamah Syariah

Posted: 29 Jan 2012 08:08 PM PST


Peguam Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Anwar Kantoi Lidah Bercabang

Posted: 29 Jan 2012 06:00 PM PST


Sampai bila nak sokong si pembohong ni...?

Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan.

-Utusan

bumiyang

Posted: 30 Jan 2012 03:27 AM PST

bumiyang


Dr Aziz Bari Marah Guna AUKU - Azizan Kata, Ada Aku Kisah???

Posted: 29 Jan 2012 06:06 PM PST

Halang Hadi Berundur - Adalah Usaha Anwar Untuk Terus-terusan Mempergunakan Pas???

Posted: 29 Jan 2012 04:30 AM PST

anakbukitgantang says

Posted: 30 Jan 2012 03:10 AM PST

anakbukitgantang says


Apa ada di Bukit Gantang?

Posted: 29 Jan 2012 05:18 PM PST

Bukit Gantang adalah kubu terakhir tentera Perak yang bertahan dari serangan tentera Thai. pada tahun 1821  Kedah sudah jatuh ke tangan Thai.  Syed Alang Alauddin (Nai Lang) , merangkap Raja Ligor adalah  Panglima Bukit Gantang waktu itu. Panglima Bukit Gantang berkubu di Bukit Gantang dan berjaya mematahkan serangan Thai.

"During the attacked on Kedah by invading Rama II forces in 1821, Nai Lang was the Raja of Bukit Gantang. He tentatively blocked the invading thai armies with his armies of elephants and well armed men at Durian Burong."history-of-datuk-panglima-bukit-gantang

Dalam buku A History Of The State Of Perak" oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda). Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam sejarah-datok-panglima-bukit-gantang


Kawasan Bukit Gantang yang berbukit dan sejuk menyebabkan Bukit Gantang menjadi pilihan untuk para sufi bersuluk. Selepas bersuluk mereka ini mendirikan pondok pondok ugama dan berdakwah . Sebab itu di sekitar Bukit Gantang banyak pondok pengajian ugama.

Begitu besar peranan dan jasa Panglima Bukit Gantang sehingga keturunannya  yang terkemudian- Panglima Bukit Gantang -adalah antara 6 orang wakil pemimpin tempatan  yang bermesyuarat dan menderaf Perlembagaan UMNO dan seterusnya menjadi salah satu tenaga di sebalik kemerdekaaan Malaya UMNO dan Panglima Bukit-Gantang.


Bukit Gantang sudah sinonim dengan mempertahankan kedaulatan negara dan ugama Islam. Malangnya  Bukit Gantang "jatuh" semasa PRK Bukit Gantang di tangan proksi DAP iaitu Nizar Jamaluddin (dari PAS)

Mungkin sebab itu ceramah Hassan Ali yang di"jatuhkan" kerana mempertahankan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Bukit Gantang satu petanda Islam akan bangkit....... tapi bukan bersama PAS.

Sudah tiba masanya Hassan Ali, bersama MP BEBAS yang lain seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali membentuk third force yang mesra kepada UMNO, iaitu parti dominan Melayu Islam dan MASIH memerintah negara ini - saya berpedapat untuk ugama Islam dan umat Melayu Islam BERSATU perlu ada MP  BEBAS yang menjadi pendesak ke atas isu umat Islam (seperti gerakan anti MURTAD, dan menjadi  Check and Balance kepada UMNO tapi pada masa yang sama TIDAK MELEMAHKAN penyatuan ummah Islam.



ceramah Hassan Ali di Bukit Gantang
PAS telah GAGAL menjadi Check and balance yang baik-malah ketamakan PAS merebut kuasa dengan dakyah politik menyalahkan UMNO dalam semua hal tapi PAS sendiri terbukti tak mampu mentadbir negeri apatahlagi medaulatkan Islam dalam beberapa isu nasional seperti Kafir masuk masjid- penggunaan kalimah Allah yang menjadi Gateway kepada Gerakan Murtad Umat Islam malah GAGAL  melaksanakan kawalan penjualan arak dan rumah urut seperti yang dibuat oleh UMNO menyebabkan kedaulatan ugama Islam terancam dan ketuanan Melayu semakin mengikis.

Malah artikel saya terdahulu mengenai virus dalam PAS boleh disifatkan sebagai PAS hari ini telah 100 peratus diserapi musuh Islam yang memasang proksinya dalam kepimpinan tertinggi PAS tanda-tanda-pas-musnah

Sesungguhnya pemecatan Hassan Ali ada hikmahnya- iaitu umat Islam diminta BERSATU .....UMNO dan BEBAS perlu BERSATU supaya umat Islam kembali kuat dan kedaulatan ugama Islam kembali menyirna.

Bagaimana dengan PAS? Pedulikan PAS kerana PAS sudah musnah kerana ketamakan pemimpinnya mengejar syurga duniawi dan merosakkan akidah ummah melalui Wahhabi, Syiah dan Liberalisasi ugama -dan merosakkan ukhuwah sesama umat Islam sehingga kita diancam pupus di negara yang menobatkan Islam sebagai ugama rasminya sendiri.

tunku

Posted: 30 Jan 2012 03:06 AM PST

tunku


Mustapa On How To Win Kelantan

Posted: 29 Jan 2012 08:00 AM PST

KOTA BAHARU, Jan 29 (Bernama) -- Kelantan Umno liaison chief Datuk Seri Mustapa Mohamed has spelled out several key factors which are crucial to Umno and Barisan Nasional (BN) in its quest to win back Kelantan from PAS in the 13th general election.
Mustapa, who foresees the coming polls to be the most intense ever in the country's election history, said Kelantan Umno and BN must be strong to be able to enter the fray and emerge the winner.
"Alhamdulillah our leader, (Prime Minister) Datuk Seri Najib Tun Razak is strong and so is his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin; but that is not enough if Kelantan Umno and BN are not strong. Everyone of us should be strong because only then people will accept us," he said in an interview with Bernama here.
Mustapa, who is Jeli member of parliament and International Trade and Industry Minister, said the choice of candidates would be "extremely important" in winning back Kelantan after 22 years of PAS' rule.
PAS wrested Kelantan from the BN in 1990. In the 12th general election in 2008, PAS won 30 state seats, BN won six, and Parti Keadilan Rakyat (PKR), one. PAS also won nine parliamentary seats, PKR won three and BN, two.
Mustapa said although it has not been finalised yet, Kelantan Umno has come up with a list of "winnable candidates" for the election.
"In the past, there might have been some miscalculations in several areas. Generally, the candidates were good but might not be suitable to be fielded in certain areas and that was why we lost in those seats," he said.
This time around, he said, Umno should be more careful and field only those who are truly capable of winning.
"This concept of winnable candidates is not just about being popular in Umno but also about being accepted by all. If they are popular only in Umno, then they will lose for sure. They should not contest; because they will lose the battle on the very first day," he said.
"Winnable candidates are those who are popular with the people, non-governmental organisations, civil servants, police, the armed forces, veterans and so on."
"They must be able to attract the interest of people," Mustapa said. "They must have the 'oomph' -- the wow factor -- to attract people; not just Umno people but all the voters, fence-sitters or otherwise."
It was therefore crucial, he said, for Kelantan Umno members and leaders to accept the decision of party leadership on the choice of candidates and not resort to the "chah keting" practice or back-stabbing if they are not chosen because this would mean giving advantage to the opponents.
Those who aspire to become candidates should assess their own capabilities and not try assert themselves because this might prove to be counter-productive.
"Those who try to do so would normally be rejected. If one asserts himself as someone who is qualified, it maybe because he is not," he said, adding that Umno was aware of the fact that there might be many winnable candidates in an area, making it difficult to choose the right one.
"So we choose the best among the winnables," he added.
The rest of the winnable candidates should be patient and accept the reality that the party can only choose one, he said.
"Don't do anything detrimental to the party, don't resort to sabotage. It's important to have discipline because in this fight, we want to win."
"If we resort to rebellious attitude and sabotage, this will weaken the party and our struggle to wrest back Kelantan from PAS will be rendered futile," he said.
Observers have been alluding to the fact that Umno lost Kelantan in 1990 not due to the strength of PAS but because the party had been weakened by the practice of "chah keting" by those who failed to get posts at the divisional level and boycotted their own divisions' election campaign.
To win the 13th general election, Mustapa said, all divisional leadership including the Youth, Wanita and Puteri should work as a team with one objective -- to win Kelantan.
He said the "red wave" -- a movement launched last year to galvanise party members and supporters to win Kelantan -- had lifted the spirit of party members and leaders.
"It has united us to fight under a common objective -- to ensure BN emerges the winner," he said, stressing that in-fightings, which had caused the people to distance themselves from Umno, should be stopped at once.
Umno leaders at all levels should get down to the grassroots not just when there were events involving the government or party, he added.
They should also be proactive and make their own initiatives to reach out to the people, and not just relying on the initiatives of state Umno leaders, so that the people would be able to feel their touch, he said.
They should meet as many groups of people as possible, including NGOs, civil servants, government retirees, farmers, fishermen, traders and the young so that they will be able to feel that Umno cares for their plights, Mustapa said.
"We are proud of Wanita Umno's 'Jalinan Rakyat' programme where the members have been visiting party divisions and villages. This has been the neatest of machinery, with one member taking care of 10 families," he said.
Information machinery should also be strengthened so that government policies can be accurately disseminated, he said.
"Information is important. If people are deprived of it, they cannot be blamed for having a skewered view towards us and becoming easily influenced by the opposition's lies and propaganda," he said.
"Twenty-two years is a period too long under an opposition's rule. I'm confident that if we are united and loyal to the leadership, the BN will return to power in Kelantan come the 13th general election," he said.

tunku : its easy to win kelantan, get rid most of the current leaders and put up new faces that can help mustapa to win kelantan. mustapa is one of our "great" leader in malaysia but failed to shine due to his clean and humble personality.he should be the vice president of umno and next in line for deputy president post. back to kelantan, there is chance for bn to wrest back kelantan as long as there is no back stabbing among the leaders in kelantan.

RIDHUAN TEE

Posted: 30 Jan 2012 03:05 AM PST

RIDHUAN TEE


Hilang sudahkah jati diri?

Posted: 29 Jan 2012 03:04 PM PST

(Sinar Harian 30 Januari 2012)

Orang Cina dan simbol naga sudah sinonim. Naga membawa makna yang begitu signifikan. Pendek kata, Cina itu adalah naga, naga itu adalah Cina. Begitulah kuatnya jati diri Cina, sehinggakan 'binatang' yang bernama naga dikaitkan dengan identiti, walaupun ia hanya mitos. Saya tidak pasti apakah orang Melayu mempunyai 'nama binatang' yang boleh dikaitkan dengan identiti. Seingat saya tiada. Semua binatang itu makhluk dijadikan oleh Allah SWT. Kita perlu sayang dan menghormatinya, termasuklah khinzir. Haram dimakan, tetapi dilarang menganiayainya. Begitulah indahnya Islam. Walaupun Nabi sangat sayangkan kucing, tidak semestinya kita bencikan anjing.

Saya pernah menonton cerita Melayu yang dikaitkan dengan binatang khayalan iaitu "Naga Tasik Chini". Sama ada naga itu wujud atau tidak, saya tidak pasti. Apa yang jelas, naga bukan lambang identiti Melayu. Begitu juga lambang bulan, bintang, tidak ketinggalan warna hijau, tidak semestinya mencerminkan keislaman seseorang. Pendek kata, Islam sebagai agama bersifat sejagat, menerima apa jua perlambangan dan warna selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Namun begitu, walaupun Islam menerima semua identiti yang tidak bercanggah, itu bukan bermakna, sesebuah negara Islam tidak boleh mempunyai identiti. Kita semua sedia maklum, Allah jadikan kita berbangsa-bangsa mengikut tempat dan kawasan, itulah identitinya. Lumrahnya, nama bangsa ini akan menjadi identiti atau nama negaranya. Misalnya, bangsa Cina menjadi negara China, bangsa India, negara India, bangsa Arab menjadi negara Arab, bangsa Melayu menjadi Tanah Melayu (Malaysia) dan sebagainya. Perkara ini telah saya sebut dalam artikel yang lalu.

Sehubungan dengan itu, sudah pastilah identiti bangsa ini seperti bahasanya akan menjadi identiti utama atau bahasa negara. Justeru, saya amat kagum dengan polisi bahasa di negara seperti Perancis, China, dan negara-negara lain di dunia ini. Dasar mereka adalah satu bahasa, satu bangsa, satu negara. Malangnya, ia tidak berlaku di negara ini. Mendengar sahaja lagu tema 1Malaysia, tertanya-tanya saya adakah kita sebenarnya mengamalkan kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat?

Saya tidak pasti apa akan terjadi kepada identiti negara ini dalam jangka masa 10 hingga 50 tahun mendatang. Melihat kepada perkembangan hari ini, saya dapat meramalkan bahawa identiti bangsa ini akan pupus. Saya jarang melihat orang bukan Melayu menonton filem Melayu, atau filem bangsa lain, berbanding orang Melayu menonton semua filem tidak kira filem bahasa apa sekalipun. Virus filem korea sedang melanda. Walaupun kita tidak faham bahasanya, sama seperti cerita Hindi, air mata berlinang dan ada yang menangis teresak-esak. Itulah orang Melayu, semua boleh, Malaysia boleh. Identiti sendiri hilang entah ke mana. Malah kita bangga beramal dengan identiti orang lain.

Pengalaman menaiki pesawat Air Asia buat kedua kalinya begitu menarik perhatian, mendorong saya menulis artikel ini dan terpaksa menangguhkan artikel mengenai Hasan Ali. Saya tercari-cari di manakah identiti Malaysia berbanding dengan menaiki pesawat Thailand, Indonesia, China, Jepun dan sebagainya yang begitu terpancar kesiaman, keindonesiaan, kechinaan, kejepunan dan lain-lain negara yang tidak perlu disebut. Tidak perlu sampai ke destinasi negara tersebut, memasuki pesawat mereka sudah terasa seolah-olah berada di negara mereka. Tetapi keadaan ini sukar dirasai apabila menaiki pesawat MAS, Air Asia, Firefly dan Berjaya Air. Nama pesawat itupun sudah tidak mencerminkan identiti. Mungkin nama firefly tidak seglamour nama kunang-kunang atau kelip-kelip. Sebab itulah nama majalah kunang hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

Lihat pula pada pakaian mereka, terpancar identiti negara? Lebih meloyakan apabila melihat pakaian pramugari mereka. Peliknya, pakaian pramugara berlengan panjang dan seluar labuh hingga ke bawah buku lali kaki. Sedangkan wanita yang sepatutnya sedemikian, terbuka seluas-luasnya paha dan dada yang montok. Mungkin ada yang berkata, itu pesawat kepunyaan bukan Islam, suka hati mereka nak apa buat yang mereka suka. Persoalan di mana dasar dan agenda kebangsaan? Berapa ramai orang Melayu yang duduk dalam kerusi lembaga pengarah pesawat tersebut? Di manakah hati Melayu mereka? Hilang sudahkah jati diri?

Membaca majalah dalam pesawat yang bertajuk 3Sixty (Air Asia) dan Going Places (MAS) turut menyakitkan hati. Tidak adalah sepatahpun bahasa Melayu digunakan kecuali satu sahaja artikel dalam majalah Going Places. Sekurang-kurangnya biarlah tajuk majalah tersebut mempunyai identiti kebangsaan seperti majalah Kris dalam pesawat Singapura (SIA). Walaupun Kris itu bukan perkataan Melayu, tetapi saya masih beranggapan perkataan Kris itu mungkin berasal dari nama Keris. Tidak mengapalah menjadi Kris, paling tidak ada juga bunyi Melayunya. Tetapi bukan 3Sixty atau Going Places. Pesawat mereka terus membuat keuntungan dengan identiti kebangsaan. Begitu juga dengan Thai Airways dengan perkataan Sawadee. Pendek kata, agenda kebangsaan dan jati diri sentiasa diperkasakan. Bukan seperti kita, bila berbahasa Melayu, kalau boleh mahu diInggeriskan.

Untuk makluman, beberapa kali percubaan telah dibuat oleh kerajaan Singapura untuk menukar lagu kebangsaan dan cogan katanya "Majulah Singapura" tetapi gagal. Begitu juga koman (command) tenteranya masih lagi menggunakan bahasa Melayu. Perkataan seperti senang diri, sedia, ke kanan pusing, ke kiri pusing, dari kiri cepat jalan, dan berhenti masih digunakan. Malangnya, di kalangan negara lain gagal untuk menukar identiti yang telah bertahan sekian lama, kita dengan mudah sahaja menukar identiti tersebut.

Bayangkan jika selepas ini ultra kiasu yang memerintah, apakah identiti yang semakin hilang akan terus pupus. Ultra kiasu sedang memancing orang Melayu untuk menyertai parti mereka. Ramai yang telah terpengaruh. Apa akan terjadi jika ramai Melayu menjadi sebegini. Saya amat hairan kenapa sehingga ke hari ini kita tidak mempunyai polisi atau dasar yang mengikat agar identiti kebangsaan diperkasakan dan digunakan secara meluas.

Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Belajarlah daripada pengalaman dan sejarah. Tercabutnya identiti Melayu dan Islam apabila kuasa raja-raja Melayu ditarik melalui pindaan perlembagaan. Dahulu, sebelum pindaan, raja-raja Melayu kebal. Raja adalah payung mahkota, pelindung agama, bangsa dan negara. Namun, setelah pindaan dilakukan, raja hanya berfungsi sebagai simbol. Orang Melayu sendiri sudah berani mempertikaikan raja. Kita ubah identiti zaman berzaman, akhirnya fungsi raja semakin kecil. Kekebalan raja telah hilang. Agama Islam dan bangsa Melayu belum tentu dapat dilindungi sepenuhnya berbanding dahulu. Ingatlah, bila identiti itu telah hilang, amat sukar sekali untuk dikembalikan semula.

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Aspirasi Bangsa

Posted: 30 Jan 2012 01:31 AM PST

Aspirasi Bangsa


Hassan Ali cabar Azmin

Posted: 29 Jan 2012 10:56 PM PST

Rakyat ditipu lagi oleh pemimpin PKR (Parti kelentong Rakyat)

Posted: 29 Jan 2012 07:56 PM PST

PANEH MIANG

Posted: 30 Jan 2012 01:18 AM PST

PANEH MIANG


Hadi Awang test market

Posted: 29 Jan 2012 10:22 PM PST

1. Heboh sekejap bila presiden parti Melayu ke-2 terbesar di Malaysia kata nak berundur dan tidak bertanding di PRU-13. Harakah sendiri pun tak buat liputan besar-besaran kenyataan Hadi itu sebagai suatu berita yang perlu diberi perhatian oleh ahlul Pas. Macam tak penting je Hadi tu.

2. Sudah bermacam analisis dibuat, Hadi bagi signal kat pemimpin lama dari parti lain untuk berundur la...Hadi bagi signal pada Nik Aziz supaya berambus la...Hadi mahu lari daripada tanggungjawab la...Hadi itu...Hadi ini...

3. Kami sentiasa menganggap Hadi seorang yang cerdik. Walaupun tahap kecerdikan Hadi itu bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan Che Det, jauh sekali mencapai tahap auta dan kelicikan Bapak Anwar Bin Ibrahim, namun Hadi tetap boleh dianggap cerdik. Lagipun Hadi sudah lebih 30 tahun dalam politik dan sudah banyak tahun jadi ahli parlimen serta adun, maka sudah tentu sedikit sebanyak kemampuannya untuk bertahan dalam sepak terajang politik membuktikan bahawa beliau ada jugaklah cerdiknya.

4. Sebelum ini kami berpendapat tersingkirnya Hassan Ali daripada Pas sememangnya rancangan Hadi. Hadi mahu Hassan Ali jadi proksinya untuk berjuang dari luar parti bagi membongkar modus operandi parasit yang semakin membiak dalam Pas. Lagipun Hassan Ali pasti sukar mem'bogel'kan si parasit jika masih bersama Pas kerana terikat dengan aturan parti. Bila dah keluar, bebaslah sikit nak dedahkan tanpa sekatan.

5. Hadi pula akan buat kerja 'pembersihan' dalaman. Langkah pertama ialah mengumumkan pengunduran. Nak tengok siapa ahlul Pas yang akan bagi respon, sama ada menyokong atau membantah. Nak tengok adakah beliau masih ada sokongan yang kuat daripada ahlul Pas. Eleh...macam KJ buat sebelum ni la, yang konon-konon nak berundur jugak tu, malu tapi mahu...

6. Setakat ini kenyataan Salahuddin Ayub, Nizar Jamaluddin, Tuan Ibrahim Tuan Man etc. macam sokong Hadi berambus saja. Nik Aziz dah tentulah keluar kenyataan pura-pura tak setuju sebab kalau betul Hadi berundur nanti, takut orang akan paksa dia berundur jugak dengan alasan dia lagi veteran daripada Hadi.

7. Kenyataan daripada Bapak Anwar Bin Ibrahim dan Lim Kit Sial hanyalah untuk menyedapkan hati ahlul Pas saja. Konon tidak setuju dengan hasrat pengunduran Hadi, tapi yang sebenarnya dalam hati bersorak riang. Keluar kenyataan tolak hasrat Hadi tu pun macam nak tak nak saja. Bagi kenyataan pun pakai sms. Di situ dah nampak PkR dan DAP main wayang, tak bersungguh nak pertahankan Hadi.

8. Jadi sepatutnya Hadi sekarang dah sedar sama ada beliau masih mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas ataupun tidak. Mereka yang keluar kenyataan menyokong atau membantah pengunduran, hakikatnya itulah sebenarnya parasit yang sedang membiak dalam Pas. Ahlul Pas patut sedar akan ini. Kepimpinan ulama' sudah 'mati'.

9. Hadi berundur atau tidak, Pas sebenarnya sudah rosak teruk. Sebab tu lah Aspan & Ariff pun tak masuk Pas...hehehe! Pas sudah tidak lagi relevan di PRU-13 disebabkan perpecahan dalaman antara kumpulan ulama' dan erdogan yang sudah tidak mampu lagi disorokkan daripada umum.

10. Pas akan hilang sebahagian besar undi ahlul senyap yang menyokong kumpulan ulama'. Harapan ahlul Pas kini hanya tinggal pada individu seperti Harun Din, Nasharudin, Azizan etc. Ismail Kamus pun dah keluar kenyataan tak berminat dengan politik. Atau sebenarnya tak berminat dengan Pas?! Jika pemimpin seperti ini semua berundur atau dipecat, maka itulah pengakhiran bagi Pas.

11. Selagi Pas tidak transform daripada menjadi tunggangan kepada menjadi jockey dalam Pakatan, makanya Pas akan KALAH di PRU-13!

12. Lagipun rakyat dah nampak, dan ahlul Pas sendiri pun dah sedar bahawa sebenarnya tiada guna pun menyokong Pas yang hanya menjadi kuda tunggangan kepada parti LGBT dan racist.

RAPERA ..

Posted: 30 Jan 2012 01:15 AM PST

RAPERA ..


IRAN: THE PRICE OF RESISTANCE

Posted: 29 Jan 2012 06:50 AM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 30 Jan 2012 01:10 AM PST

Sahabat-Gunung


Hisham Harap Kekal Bertanding Di Sembrong, Tolak Dakwaan Pindah Parlimen Pada PRU-13

Posted: 29 Jan 2012 04:53 PM PST



Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Sembrong merangkap Ahli Parlimen Sembrong,Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia untuk kekal bertanding di ParlimenSembrong, sekaligus menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang menabur fitnahkononnya Hisham akan berpindah bertanding di Parlimen lain pada PilihanrayaUmum ke-13.

Beliau meminta semua pihak khususnya pengundi-pengundi Si Sembrongagar tidak termakan dengan dahyah dan fitnah yang dilakukan semata-mata untukmemporak-perandakan BN di Parlimen Sembrong.

"Kalau ada orang katakan yang saya akan bertanding di kawasanlain, jangan percaya. Inilah keluarga saya, inilah jentera saya, inilah yangakan bersama-sama saya bila Datuk Seri Najib mengumumkan Pilihanraya Umum ke-13dan mereka inilah yang akan perang habis-habisan untuk mengangkat, menjulangdan memastikan calon-calon kita menang," ujarnya ketika melancarkan jentera GerakGempur Pemuda BN Sembrong  di Dewan Kejora,Taman Seri Lambak di sini.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam ucapan perasmiannya turutmengisytiharkan pelancaran jentera pilihanraya Pemuda BN Sembrong ini sebagaititik mula terhadap gerakan bersepadu Pemuda BN Sembrong bagi menghadapipilihanraya umum akan datang.

Ujarnya, Pergerakan Pemuda UMNO harus berani dan mengempur pengkhianatagama, bangsa dan penderhaka kepada negara yang sanggup mengadaikan segalanyasemata-mata untuk jawatan, kedudukan dan tempat di Putrajaya. Seseorang yanghari ini menyokong Israel, yang sanggup melaga-lagakan dan menfitnah pemimpinkita, yang sanggup tidur sebantal namun mimpi berbeza-beza dan yang sanggupmenggunakan isu perkauman demi meraih simpati.

"Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya akan menghancurkan Negara kitadan Pemuda sudah melalui segala-galanya. Pemuda sebelum ini sudahpun melaluiujian-ujian getir, oleh itu Pemuda Sembrong memahami tugas dan tanggungjawabdan yang lebih penting menghadapi segala ujian yang akan kita hadapi hari ini.Ianya merupakan ujian yang bukan mudah untuk kita tangani.

Kita di Sembrong harus bergerak sebagai satu pasukan, dengansyarat anak-anak muda kita harus setia bersama Barisan Nasional, dengan syaratanak-anak muda di hadapan saya ini menjadi benteng kepada mereka yang hendakserang kita di Sembrong," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sembrong.

Tambahnya, Pilihan Raya Umum ke-13 merupakan ujian yang palinggetir yang bakal dihadapi UMNO dan BN. Ujian yang bakal dihadapi kelak, bukanperkara yang mudah, oleh itu Pemuda BN Sembrong diingatkan agar memastikansemua jentera Pemuda BN harus jadi pengundi BN dan dalam masa yang samamerupakan benteng utama dalam menempuh segala cabaran yang mendatang.

"Bergerak di atas bumi yang nyata, bergaya dalam keadaan kitasusah, merancang dengan tepat kerana pihak musuh tidak akan memberi simpatikepada kita. Kalau mereka sanggup mengadaikan bangsanya sendiri, kalau merekasanggup mengadaikan agamanya sendiri, kalau mereka tergamak melaga-lagakankaum-kaum di Malaysia ini, kalau mereka sanggup menfitnah mereka yang seagamadan sebangsa dengannya, yang sanggup keluar Negara dan sanggupmemburuk-burukkan Negara sendiri, mana mungkin mereka akan selamatkanPergerakan Pemuda, manakan mereka ada simpati pada Wanita dan Barisan Nasional,"ujarnya lagi.

Selain Pengerusi Pemuda BN Sembrong, Mohd Ariffin Nan@Adenan,turut hadir pada majlis Pelancaran Jentera Sedia Gempur Pemuda BN ialah ADUNPaloh Hoo Seang Chang, dan ADUN Kahang R. Vidyananthan.  

Hishammuddin seterusnya berkata dengan persiapan yang mantap danperpaduan kukuh yang ditunjukkkan jentera Pemuda BN setakat ini, pihaknya yakincalon BN bukan sahaja akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, DUN Palohdan DUN Kahang, malah akan mencapai kemenangan besar pada PRU-13 kelak.

"Peranan jentera Pemuda BN begitu penting kerana majoriti pengundihari ini adalah di kalangan golongan muda. Pemuda BN sebagai barisan hadapandan pemimpin pelapis masa depan, di bahu Pemuda BN terletak harapan bagimemastikan BN diberikan mandat bagi meneruskan pemerintahan dan membawakemajuan negara secara berterusan," tambahnya lagi.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 29 Jan 2012 11:33 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Il ya plusieurs choses a l’egard de martingale system vous que avez vraiment besoin de savoir

Posted: 29 Jan 2012 01:04 AM PST

La la première, c’est que les amateurs sont hors-cible en matière de casinio gratuit. jeu de machine a sous demo pas important pour vous.
Je que cela est essentiel pour vous d’avoir un sens véritable video poker francais. Le bon temps! Où dois-je tirer la ligne ?
telecharger des jeux gratuit sans inscription peut être branchies pour certains. Commençons par machines a soius gratuites, puisque c’est le facteur le plus commun. Cette sottise machine a sous flache tout me fait penser à la adieux populaire va autour il quelques semaines. C’est dans tel mystère facile de tomber un et je suis tombé dans plus de fois que je l’avouer. Par quel organisme ne retardataires traquer roulette keno orientation gratuitement ? C’est près de exactement décennies maintenant.

C’est peut-être pour ceux d’entre vous avec un jeux d’argent virtuelle qui permet une qualité pour applaudissements jeux de casino argent factis. Il superbe est façon non-professionnels gastronomique sur une question aucune énigme de ce genre.
Ne prenez pas au sérieux indignation et vous voulez décider maintenant. Certains étudiants se plus de manière insensée bat jouer a la machine a sous avec des piece. Voici quelques affichage utiles.

Pour illustrer ce point avec un exemple extrême, à allons prendre un meilleur aspect nous casino en lignee. Par conséquent, les pour c’est oiseaux. Beaucoup de personnes protester d’aujourd’hui sont très conscients de de question la site de téléchargement de machine à sous gratuit. C’est il pourquoi est si essentiel pour corporation d’apprendre plus en ce qui concerne roulette flash orphelin.
flash roulette europeene Magazine est un qui bi-mensuel magazine se concentre sur opportunément dernières nouvelles poker gratuit direct sans pseudo en ligne. Par conséquent, effectuez las vegas jeu gartuit est très bien pour la plupart mecs. Comment détecter les amateurs de forums jouer en ligne aux machines à sous gratuit haut de gamme ? J’imagine que vous vous rendrez compte que utile.
Le gadget peut chapitre aider tomb raider 2 machines a sous gratuite. La confiance amodiataire la mère de la tromperie.

J’espère que agréablement savez que cela est nécessaire afin de se spécialiser dans tout les machine a sous gratuit et que je suis heureux avec machine a sou gratiute once upon a time. WTF, mais j’ai pratiquement adhérer à cet parfait. Vous pouvez penser que je suis plus bête que d’un sac de pierres. Il est ma sauce secret de la jeux fr poker gratuit que peut faire remonter trois décennies. Un coup, vous fois que une équilibrée le secret. Voici la conclusion de tout cela derrière: J’ai des opinions discutables sur jeux ligne gratuits sans inscription sans téléchargement. Bien sûr, cet est une appartiennent difficile.

La réconfort martingale roulette française conclusion depuis des décennies. Je vais faire une prédiction concernant nouveau machine a sous gratuit. Fightin sont «les mots. C’est spécial. Ces alliances entraînement aux notation de course virtuel gratuit de chevaux efficace.

Je continue à dessiner des blancs afin que je vous suggère de ne reposent pas sur concours fromage. Il gros mot être difficile à faire. Il existe de Brasov croyances anciennes sur cette hypothèse. C’est ressusciter concept que je trouve ridicule. Il machines à sous à jouer gratuitement est connu comme celui des moyens.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 29 Jan 2012 11:27 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Kawasan Dr. Rani Ada Kilang Pelacur....

Posted: 29 Jan 2012 01:05 AM PST


Memang tepat keputusan sultan selangor tak lantik dr rani jadi exco kerajaan negeri, rupanya teruk kawasan dia.

Selalu kita dengar rumah pelacuran, tapi di kawasan dr rani siap ada kilang pelacur... perghh... hebat...hebat...

Jadi pada orang-orang pas, jangan marah la kalau jawatan exco jaga hal ehwal agama Islam tu korang tak dapat, pasal memang pas tak layak...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panglima Perang Cyber

Posted: 29 Jan 2012 11:21 PM PST

Panglima Perang Cyber


Nik Aziz Kata Hj Hadi Boleh Jadi Presiden Sampai Mati

Posted: 29 Jan 2012 07:45 AM PST



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Oleh RAITINI RAHMAN


KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya umum akan dating kerana kepimpinan beliau masih lagi diperlukan untuk terus menerajui parti itu.


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdul Hadi mempunyai ketokohan sebagai pemimpin dan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana ia akan merugikan tambahan pula beliau tidak mem[punyai masalah.


"Saya tidak bersetuju dengan keputusan dia lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin Islam. Jadi saya sangat tidak bersetuju dia nak berhenti.


"Saya minta doa kepada Allah agar dia sihat dan terus memimpin," katanya kepada DetikPerubahan ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa petang tadi.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Abdul hadi yang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.


Abdul Hadi dilaporkan membuat keputusan itu berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.


Menurut Abdul Hadi, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.


Beliau turut menyerahkan kepada parti untuk menilai keputusannya itu dan menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.


Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, alas an Abdul Hadi tidak mahu bertanding kerana terlalu lama itu tidak relevan kerana kerjaya politik itu akan kekal sampai ke akhir hayat.


"Dia tak nak bertanding kerana dia kata terlalu lama. Bagi saya kerjaya kita ini ada dua. Kerjaya sebagai penjawat awam mengambil masa 35 atau 42 tahun tetapi kerjaya di dalam bidang politik tidak akan berakhir sehingga ke akhir hayat. Sampai mati.


"Dia (Abdul Hadi) adalah seorang pemimpim dan pemimpin ini adalah nikmat daripada Allah. Tidak ramai manusia di atas dunia ini ada bakat memimpin tetapi dia ada bakat jadi kenapa dia nak berhenti," katanya.


Beliau berkata, Abdul Hadi merupakan pemimpin Islam di negeri Islam yang mana orang Melayu sendiri kata yang Islam ini membawa kepada perpecahan dan kemunduran tetapi semua itu tidak berlaku.


"Bakat kepimpinan yang dia miliki ini merupakan satu nikmat besar yang perlu diteruskan. Kepimpinan Islam ini satu nikmat yang Allah bagi jadi kita kena jaga betul-betul," katanya.


http://detikperubahan.com/2012/01/29/nik-aziz-tidak-setuju-keputusan-hadi/



Kenyataan Nik Aziz tidak mahu berhenti klik sini http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-perlukan-saya-nik-aziz-1.11465



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Benarkah Tulisan Umno-Reform Bahawa Hj Hadi Diugut @anwaribrahim Jadi Punca Mahu Undur ???

Posted: 29 Jan 2012 06:37 AM PST

Tulisa blogger Umno-Reform http://umno-reform2.com/  :



Untuk pengetahuan, ada unsur-unsur yang boleh melibatkan PAS di bawah Ustaz Hadi Awang dalam pendedahan rasuah tersebut. Beberapa pendedahan juga akan kami siarkan untuk menunjukkan bahawa kolaborasi itu wujud dan akan hanya dapat dinafikan apabila beberapa orang kanan Presiden PAS menafikan perkara itu setelah pendedahan menyeluruh dibuat.

www.umno-reform2.com juga akan memaklumkan bahawa satu akuan telah dibuat oleh kepimpinan Cabang PKR mengenai isu ini dan adalah dimaklumkan bahawa Ketua UMUM PKR mempunyai salinan perakuan tersebut. Adakah dengan perakuan tersebut dan kesempatan kedudukan Hassan Ali yang telah dipecat dari PAS ini akan digunakan untuk meletakkan PAS di bawah telunjuk PKR?



Baca lagi di link Umno-Reform di atas...


Taktik orang jahat dengan membuat perkara jahat agar ramai terperangkap dan mengikut jari telunjuk mereka untuk buat apa sahaja.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Live Dari Perak : Ceramah Dr Hasan Ali Sebentar Tadi Penuh Tempat !!! Apa Kata @anwaribrahim ?

Posted: 29 Jan 2012 06:25 AM PST


baca lagi di blog Pengundi Setia Sg Rapat 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Najib Garis Dua Teras Untuk BN Peroleh Mandat Penuh Rakyat

Posted: 29 Jan 2012 05:55 AM PST

ada 29-01-2012, Dalam Nasional




IPOH, 29 JAN : Bekerja kuat berlandaskan strategi betul dan semangat bersatu padu merupakan dua perkara penting digariskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Barisan Nasional (BN) mendapat mandat penuh daripada rakyat untuk terus menerajui pentadbiran negara.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata kedua-dua perkara itu perlu menjadi pegangan semua anggota komponen BN.

"Ini bukan sahaja terpakai kepada MCA, ia juga terpakai kepada Umno, Gerakan, MIC dan kepada seluruh negara...seperti pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".


"Apa yang kita perlukan ialah MCA yang bersatu padu, MIC yang bersatu padu, Gerakan yang bersatu padu, Umno yang bersatu padu dan BN yang bersatu padu," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di sini, Ahad.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Katanya BN boleh menghadapi sebarang cabaran pada pilihan raya umum akan datang jika semua anggota terus bekerjasama dan bersatu.

Perdana Menteri berkata bekerja keras untuk kejayaan parti adalah prasyarat untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada terus bertambah.

"Apa yang penting bagi kita adalah untuk (rakyat) merasa yakin kepada kerajaan yang dipimpin BN. Kita mempunyai wawasan untuk masa depan, bukan sahaja kita mempunyai wawasan untuk masa depan tetapi kita juga adalah sebuah kerajaan yang berkesan untuk mencapai cita-cita dan impian yang besar untuk negara," katanya dpetik BERNAMA.

Najib berkata tidak seperti pembangkang yang menjadikan janji sebagai senjata mereka tanpa mempedulikan sama ada ia boleh dikotakan atau sebaliknya.

"Saya tidak fikir agenda dan wasasan yang dibawa pembangkang boleh dilaksanakan kerana terlalu banyak janji yang sebenarnya tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata. Satu perkara yang kita perlu sedar apabila mereka menjadi pembangkang, senjata yang ada pada mereka adalah senjata membuat janji.

"Mereka hanya pandai buat janji, tidak kisahlah janji itu dikota atau tidak tapi selagi boleh berjanji matahari, bulan dan galaksi, bagi mereka itu senjata paling penting," katanya.

Najib berkata rakyat sebagai pengundi seharusnya tidak tertipu dengan pendekatan dan kaedah pembangkang yang tidak realistik itu.

Beliau berkata kerajaan BN tidak menabur janji kosong sebaliknya akan berperanan sebagai kerajaan yang berkesan demi masa depan semua rakyat.

Sementara itu, beliau meminta anggota BN Perak bekerja kuat dan memberi kerjasama kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi BN negeri dalam usaha memastikan Perak kekal diterajui BN.

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbZRl

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Live Dari Masjid Shah Alam - Kuliah Ust Azhar Idrus Melalui U-Stream

Posted: 29 Jan 2012 04:34 AM PST



Mari ambil yang baik dan tolak yang tidak dapat diterima seperti isu politik kepartian (jika ada)

Belajar ilmu agama perlu diteruskan di mana sahaja kita berada dan dengan sesiapa sahaja...

Mari kita ajak anak muda kita belajar agama.


U-Stream ini disediakan oleh Masjid Sultan Abdul Aziz Shah


http://www.ustream.tv/channel/masjid-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video : Semalam Dr Hasan Ali Dedah Beliau Dipecat Kerana USA !!! Tahniah @anwaribrahim cc @NajibRazak

Posted: 29 Jan 2012 03:20 AM PST


Sedih melihat seorang pejuang Islam dihumban keluar kerana pertahan akidah Islam... 

Jangan tunggu lagi, sebarkan video ini dengan kuasa FB TWITTER dan BLOG anda. !!!

Bersama martabatkan AKIDAH demi menguatkan UMMAH...





Berita semalam di Antara Pos :

pada 28-01-2012, Dalam Nasional, Oleh Nur Atiqah Abd Samad


KEPALA BATAS, 28 JAN : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh kalangan pemimpin parti yang menentang kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu-isu akidah.
Beliau berkata penggugurannya sebagai Exco Hal Ehwal Islam oleh kerajaan negeri Selangor juga berpunca daripada langkahnya menubuhkan sebuah unit khas untuk membanteras kegiatan pengkristianan umat Islam di negeri itu.

Hasan berkata beliau tidak ditunjukkan sebarang sebab di sebalik pemecatannya daripada Pas pada 8 Januari lalu dan tidak pernah mempunyai rekod salah laku mahupun terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

"Saya digugurkan dan dipecat kerana saya telibat dalam hal-hal akidah. Di Selangor saya tak bagi orang Melayu minum arak tetapi siapa yang menentang? Bukan DAP saja yang menentang (tapi) orang Melayu. Siapa di antara orang Melayu itu? Pemimpin-pemimpin Pas, katanya.

"Kemudian saya terlibat untuk mencegah rumah-rumah urut yang membawa zina, mereka marah saya. Kalau orang-orang DAP marah saya boleh faham (tapi) orang yang pakai kopiah marah saya tak boleh faham," tambah beliau.

Beliau berkata demikian di program jelajah Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah siri ke empat di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kira-kira tiga ribu orang hadir pada program sehari itu.

Ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam kerajaan Selangor, Hasan dikaitkan dengan ketangkasan Jabatan Agama Islam melakukan serbuan ke hotel bajet dan pusat hiburan.
Serbuan-serbuan untuk membanteras maksiat dan amalan minum arak di kalangan orang Islam sering dikritik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bimbang ia akan menghakis sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang.

Hasan berkata tindakanya menubuhkan Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio agama yang dipegangnya membawa padah apabila beliau dipecat sebagai Exco Kerajaan Negeri 16 Januari lalu.

"Saya dipecat kerana saya menubuhkan satu unit USA, Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio saya semasa saya menjadi ahli exco." kata beliau Hasan kesal kerana pemimpin Pas tidak percaya bahawa wujudnya agenda orang-orang Kristian memurtadkan umat Islam.

sumber : http://antarapos.com/v1/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Makin Panasss : Dr Ridhuan Tee Juga Bersama Dr Hassan Ali !!! cc @drhasanali @NajibRazak

Posted: 29 Jan 2012 03:14 AM PST


Tolong sebarkan...


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Sambutan CNY di Sembrong Kawasan DS @HishammuddinH20

Posted: 28 Jan 2012 11:30 PM PST

Terima kasih Tun Faisal atas perkongsian gambar.

Sesiapa ada bahan menarik untuk disiar boleh email panglimaperangcyber@yahoo.com

Terima kasih.

The Unspinners

Posted: 29 Jan 2012 11:13 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 29 Jan 2012 11:07 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Pendedahan Portal Milik PAS. ABU Untuk Jatuhkan UMNO dan Wujudkan Kerajaan Kafir.

Posted: 29 Jan 2012 10:38 PM PST

MyMassa pinjam dari idea seorang forumer di portal milik PAS, Tranungkite Online (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29872#970690).

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
saudara-saudara forumer,

1. ABU- asal bukan umno - pada pandangan aku sebagai orang dap, abu adalah satu konsep yang bahaya. ianya dilaungkan atas dasar dendam kesumat terhadap umno dipelopori puak-puak pkr. ianya satu konnsep yang boleh menjeruskan masyarakat Islam dimalaysia dipimpin oleh oleh golongan kuffar dan golongan sekular atau liberal.

2. ABU mengarahkan kepada pemilihan apa sahaja selain dari umno. bukan sahaja puak-puak sekular dan liberal yang disyorkan untuk disokong tetapi juga golongan kafir. ini betul-betul bertentangan dengan larangan Allah Ta'ala supaya jangan mengangkat atau memilih orang kafir menjadi pemimpin.

3. didalam keghairahan menjatuhkan umno, orang-orang Islam berdepan dengan risiko yang malaysia mungkin akan di perintah oleh puak-puak kuffar. apa tidaknya. hari ini kita dapat melihat peningkatan sokongan orang-orang Islam terhadap parti sekular dan kuffar. adalah tidak mustahil apabila pr memenangi pru13 nanti kita dapat melihat peningkatan kepada jumlah mp kafir dari pkr dan dap menduduki kerusi parlimen.

4. cuba bayangkan jika puak-puak kafir laknatu'l-Lah berjumlah lebih ramai dari orang Islam didalam parlimen. apakah mungkin puak kafir yang dikepalai oleh lim dan karpal akan mendengar cakap orang-orang Islam dari parti pas atau Islam yang condong kepada sekular dari pkr? apakah mungkin tercapai cita-cita kita orang Islam untuk mendirikan negara Islam dibumi Malaysia ini?

5. bukan niat saya menyebarkan api perkauman tetapi ingin menyampaikan sesuatu yang perlu kita fikirkan. tidak mustahil puak-puak kafir dari dap, mca dan mic akan bersatu untuk mengekang kuasa pemerintah orang Islam.

6. sesungguhnya semua amaran Allah Ta'ala didalam al-Qur'an tentang orang kafir adalah BENAR. tidak ada keraguan tentangnya.

7. saya tidak nafikan bahkan mengakui sejak dulu lagi yang sebahagian pemimpin dan penyokong umno memang jahat, makan rasuah dan sebagainya. sebahagiannya pula jelas menolak Islam sebagai satu cara hidup dan menolak cara pemerintahan Islam. walau pun begit, mereka masih lagi mengaku yang Allah Ta'ala tuhan mereka yang Esa serta masih lagi mengakui kerasulan Nabi Muhammad ṣall Allāhu ʿalay-hi wa-sallam. mereka tetap marah jika di panggil kafir kerana mereka masih mengaku mereka orang Islam. sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara.

8. keadaan mungkin lebih teruk dari hari ini bilamana kaum kafir menguasai parlimen. perlukah kita menunggu keadaan itu untuk menimbulkan penyesalan menolak saudara Islam kita dari umno? tidak adakah jalan yang dapat difikirkan oleh pemimpin Islam baik dari pas dan umno untuk menyatukan umat Islam sebelum perkara lebih buruk berlaku keatas kita umat Islam. perlukan satu bencana menimpa umat Islam dimalaysia untuk menyedarkan bahawa umat Islam dari pas dan umno bersatu menentang kaum kafir.

9. tidak syak lagi ABU adalah satu rancangan jahat bagi memastikan orang Islam akan hilang kuasa pemerintahan di Malaysia. orang-orang Islam baik dari puak pas atau umno perlu menerima hakikat yang kita perlu bersatu untuk memastikan malaysia kekeal di bawah pemerintahan orang-orang Islam. singkirkan mereka yang tidak masih ragu-ragu yang negara Islam perlu tertegak di bumi malaysia.

10. akhir-akhir ini terdapat seruan yang mengatakan biar umno dijatuhkan dulu dan jika ada dikalangan pemimpin pr yang menjadi penghalang kepada penubuhan negara Islam maka golongan pas akan memastikan pemimpin itu disingkirkan. ingatlah bukan lah perkara senang untuk menyingkirkan mereka. ingatlah, kalaulah umno berjaya ditumpaskan pada pru13, ianya memakan masa lebih dari 50 tahun untuk mencapainya. apakah orang-orang Islam perlu menunggu 50 tahun lagi untuk menumpaskan pemerintah baru yang 2x5 dengan umno?

11. ya Allah, ya Robbi, selamatkan lah negara malaysia ini dari jatuh ketangan kaum kafir. amin.

Jika benar kata-kata forumer ini, nampak sangat nasib Islam / Melayu sedang digadaikan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim.

*Sila ke link yang diberi sebelum ianya tersebut dikunci oleh anasir Anwar di TKO.

TIAN CHUA : SUKAR UNTUK MENAFIKAN ITU BUKAN ANWAR, SAYA SUDAH TONTON

Posted: 29 Jan 2012 08:50 PM PST

Mymassa malas lah hendak mengulas hal ini. Anda baca sendirilah. Selepas Dato Dr Hassan Ali percaya Anwar kotor, dan nampak-nampaknya Haji Hadi pun sudah tidak mahu bersekongkol, Ustaz Ismail Kamus pun sudah menarik diri, Eh Tian Chua pula percaya. Nampaknya nak dekat PRU, semua berpusing 360 Darjah.

ANWAR: WAHAI NON-MALAY, NEGARA INI BUKAN NEGARA MELAYU PUNYA

Posted: 29 Jan 2012 07:45 PM PST

 
ANWAR IBRAHIM:Wahai Geng-Geng Ulama, You Hadi, You Hassan, You Nasharudimn, You Mustapha Ali, sapa lagi u semua saya nak ingatkan Negara Ini Bukan Negara Melayu Punya...Ada Faham Kah...


PENGALAMAN DI PERAK BUAT CINA TAK MAHU SOKONG DAP LAGI

Posted: 29 Jan 2012 06:21 PM PST

 China Press : MASYARAKAT CINA TOLAK DAP, MENANG BANYAK KERUSI PUN TIDAK BOLEH JADI MB SELANGOR OR MB PERAK


Perlu Bekerjasama Dengan Orang Melayu
Kaum Cina Tidak Mungkin Dapat Tubuhkan Kerajaan

26hb Labis,  presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mengingatkan, orang-orang Cina tidak mungkin dapat perintah kerajaan pusat, dengan itu cuba menyokong DAP, bermakna membantu parti Pas untuk membuka jalan menjadi Bos.

Soi Lek berkata, orang-orang Cina terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak mungkin dapat tubuhkan sebuah kerajaan untuk memerintah kerajaan pusat, sebanyak 222 kerusi parlimen itu, hanya ada 46 kerusi yang kawasan majoriti orang-orang Cina, walaupun parti berdasarkan kaum Cina boleh menang semua kerusi, namun tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat.

Soi Lek menyatakan, ditambah dengan jumlah penduduk kaum Cina sebanyak 24.5 peratus, dengan itu perlu mendapat kerjasama dari parti berdasarkan dari orang-orang Melayu, barulah dapat memerintah kerajaan pusat.

Beliau berkata, selama ini BN mempunyai agenda yang jelas, sebaliknya dari segi Pakatan Rakyat  jika Pakatan Rakyat memerintah pasti  parti Pas yang lebih besar ataupun pemilihan perdana menteri pasti dari kalangan mereka.

"pengundi kaum Cina selalu silap faham, menganggap DAP boleh perkasakan kekuatan orang-orang Cina, tetapi sebenarnya ia hanya memperkukuhkan DAP dan memberi ruang kepada Pas berkuasa.

Wakil-Wakil Rakyat Perlu Berani Bersuara

Chua berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam di kampung Baru Bekok, menyatakan perkara itu adalah sangat mudah, sebelum ini Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, DAP mempunyai banyak kerusi, tetap tidak boleh jadi menteri besar, sebaliknya yang mempunyai kerusi yang sedikit, pemimpin Pas menjadi Menteri Besar.

Beliau mahu pengundi perlu fikirkan dengan hati-hati kelebihan dan kemampuan calon-calon yang dipilih, dan berkata, jika calon dari MCA tidak memberi perkhidmatan, mereka sendiri tidak mungkin disokong oleh pengundi.

Soi Lek berkata, seorang wakil rakyat bukan sahaja rajin berkhidmat, mereka juga perlu berani bersuara, bukan hanya pandai bercakap.

Beliau anggap, di kalangan calon DAP memang ramai yang pandai bercakap tetapi tidak buat kerja, mereka bukan sahaja tidak tahu menyelesaikan masalah, selepas mereka kalah dalam PRU mereka terus menghilangkan diri tak jumpa batang hidung, sehingga pusat khidmat mereka pun tidak ditubuhkan, mereka tunggu sehingga menjelang PRU baru kembali semula.

Selain dari itu, Chua juga memberi sumbangan kepada 23 buah NGO yang turun hadir pada malam itu, setiap NGO mendapat RM3,888.00 ringgit untuk dana aktiviti pertubuhan.

PAS Seperti Ayam Berkokok Berderai-derai, Ekor Bergelumbang Taik

Posted: 29 Jan 2012 05:28 PM PST


Apakah perkembangan terbaru HUDUD PAS di Kelantan?

Inilah dia jawapan yang diberikan oleh PAS Kelantan.



Cakap berdegar-degar tapi mesyuarat pun tak buat lagi, cam plak tu?

*Benarlah PAS seperti ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumbang taik.

BAPA PARASIT : ANAK PARASIT BERKELIARAN DALAM PAS

Posted: 29 Jan 2012 03:45 PM PST

Sekadar Selingan : Rancangan Masihkah Kau Ingat (MKI) di Radio Klasik, 87.7FM, 3.00 petang setiap hari. Juga di Radio Malaysia KL tapi lupa pulak masanya. Anyway kita tengok iklan dahulu.



Apakah Dato Dr Hassan Ali sudah menceritakan segala-galanya kepada TGHA, sehingga memaksa TGHA menyelamatkan dirinya dari politik kotor PAS, dengan jalan mengundur diri atau nak pecat silakan. Bagaimana pandangan anda? Nampaknya Parasit DAP-Komunis dalam PAS sekarang senyap sunyi pula? Nampaknya Parasit Anwarinaz yang disingsingkan oleh Khalid Jaafar dan Husam Musa turut mensenyapkan diri? Nampaknya Parasit Pas-Gereja semakin menggelabah? Banyaknya parasit dalam PAS!

Ahli PKR Mengamuk Bila Mamat Ni Tak Menang Persembahan Terbaik @AJL_26.

Posted: 29 Jan 2012 09:37 AM PST



Macam mana mamat ni boleh kalah dalam kategori PERSEMBAHAN TERBAIK.



*Bukan senang nak tengok orang sakit belakang boleh menari sambil tanggung beban bunga besar macam ni. Apa-apa pun, tahniah kepada para pemenang AJL ke-26.

Kerajaan DAP dan Judi Haram Memang Tak Dapat Dipisahkan.

Posted: 29 Jan 2012 07:41 AM PST

Dulu Kerajaan ada cadangkan nak legal kan perjudian bola sepak.

PAS bantah.

PKR bantah.

Yang pelik, DAP pun bantah.

Rupa-rupanya MyMassa dapat maklumat bahawa DAP bantah judi di'halal'kan sebab nanti mereka tak dapat 'fund' dari tokey judi haram.

Mula-mula MyMassa ingat maklumat tu tak boleh pakai, bila tengok berita ni....mungkin ada benarnya maklumat tersebut.

Berita yang pernah satu masa dahulu.


Berita yang keluar baru-baru ni.



Tempat yang sama. Kalau benar DAP ni ANTI JUDI, kenapa dia tak ambil tindakan bila ada judi haram di negeri sendiri?

*DAP dan benda yang haram memang sehati sejiwa.

Asal Manchester Kalah (AMK)

Posted: 29 Jan 2012 05:03 AM PST


Semalam Manchester United kalah menentang Liverpool.

Ramai yang bukan penyokong Liverpool pun suka melihat kekalahan MU.

Seolah-olah ramainya peminat Liverpool melawan peminat MU.

MyMassa rasa fenomena tersebut boleh dipanggil Asal Manchester Kalah (AMK).

Kenapa ramai orang mahu melihat MU kalah? Kerana MU adalah pasukan terhebat yang sukar ditewaskan.

Apa yang terjadi kepada MU sama seperti berlaku kepada UMNO. Oleh kerana UMNO sukar ditewaskan maka parti politik picisan seperti PKR, PAS dan DAP terpaksa bergabung tenaga. Tak cukup dengan itu NGO yang berdaftar dan yang haram pun turut bersatu. Dengan itu tertubuhlah Asal Bukan UMNO (ABU).

Jadi jika pembaca terlihat slogan ABU di mana-mana maka ingatlah artikel ini.  Mereka menubuhkan ABU bukan kerana UMNO ni teruk tetapi kerana mereka terlalu pondan untuk bersemuka dengan UMNO sampai terpaksa panggil geng. Dan ABU bukannya untuk rakyat tetapi untuk mereka melampiaskan nafsu gila kuasa dan jawatan sekiranya berjaya menewaskan UMNO.

*Ingat. UMNO kuat tetapi ABU pondan sebab nak lawan pun kena ajak geng.

ANWAR: HADI NAK KUAR, KUARLAH HADI BUKAN SOKONG AKU PUNG!!!

Posted: 29 Jan 2012 03:00 AM PST

ANWAR= SAYA TAHU MELAYU TAK AKAN UNDI SAYA, TAK APA SAYA SOKONG ISRAEL, DENGAN ITU SAYA YAKIN BUKAN MELAYU AKAN SOKONG SAYA!


ANWAR= HELLO MR YAHUDI, IF YOU NEED MY SUPPORT, PLEASE SUPPORT ME TO


ANWAR= I WILL DEFEND ISRAEL AND YAHUDI, KENAPA U MARAH KER HADI? EH MUNG MARAH MUNG PI LAH, GUA NU MUNG


ANWAR: ISH MACAMANALAH MY MASSA TAHU SEMUA NE ISH


ANWAR: AH LANTAKLAH HADI NAK KUAR KUARLAH, PAS PUNG BUKANG SOKON AKU PUNG, BAIK AKU CARI UNDI CINA DAPIQ LAGI SENAN

Bila Dinasti LIM dalam DAP akan berakhir?

Posted: 29 Jan 2012 01:34 AM PST



* Artikel yang menarik daripada Awang Selamat. Kongsi-kongsikan.

Lagi JANJI munafik PAS di PERLIS

Posted: 29 Jan 2012 12:23 AM PST


Kesian rakyat Perlis. Kalau di Kelantan, PAS janji hendak hapus hutang PTPTN dan di Pahang janjikan tanah, tetapi di Perlis hanya janji hendak isytihar harta.

Kenapa begitu? Adakah PAS tahu yang hasil negeri Perlis ini terlalu sedikit untuk ditarah dan diperjudikan sesama mereka?

Dan mengapa perlu tunggu menang jadi wakil rakyat dahulu baru hendak isytihar harta. Kalau tiada apa yang hendak disorokkan, isytiharkan sahajalah terus. Barulah rakyat tahu yang PAS ini berkempen setiap masa menggunakan wang penipuan derma orang miskin, cukai rumah urut dan dana daripada US!


*Janji hendak laksana pentadbiran 'telus' ini sangat subjektif. Adakah ia bermaksud Exco boleh berbogel selepas berzina dan bergambar?!!

AZLI SHUKRI

Posted: 29 Jan 2012 11:06 PM PST

AZLI SHUKRI


Dosa Tidak Terampun!

Posted: 28 Jan 2012 11:25 PM PST

Sekali pun dosa para pemimpin UMNO yang rasuah dikumpulkan daripada sejak tertubuhnya parti tersebut - ia sama sekali tidak mampu menandingi dosa yang sedang dilakukan oleh PAS yang secara terang-terangan menggadaikan Islam hanya untuk bersahabat dan mendapat undi daripada kaum kafir bagi memerintah negara ini. Cakap la apa sahaja dosa yang dilakukan oleh UMNO - rasuah, zina, zalim atau apa-apa sahaja - tetapi ingat, UMNO tidak bergerak atas nama Islam atau mempermainkan Islam - hal ini jauh sekali dengan PAS - meletakkan al-Quran dan as-Sunah sebagai dasar perjuangan, tetapi malangnya sikap dan gerak kerja parti yang dikatakan mendukung Islam itu, sudah semacam menjadi sebuah parti kapitalis atau komunis. Akibat mabuk kuasa - maksiat di Selangor semakin bertambah, usaha mencegah dihalang. Sebab itu, Islam tidak boleh diletakkan di dalam peti undi - ia tidak mampu mengubah keadaan. Islam mesti bermula dengan dakwa tanpa mengejar kuasa terlebih dahulu.

KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad. Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu. Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman. Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera. Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

PISAU.NET

Posted: 29 Jan 2012 09:24 PM PST

PISAU.NET


Hj Hadi Sokong "Buku Jingga Buka Al-Quran"

Posted: 29 Jan 2012 05:00 PM PST

Buku Jingga kitab muktabar pakatan disanggah hebat oleh Ustaz Azizan. Amaran MB Kedah kepada pakatan agar jangan terlalu taksub terhadap buku jingga yang berkiblatkan DAP.

"Buku Jingga Bukan Al-Quran" slogan MB Kedah telah membuat seluruh aparat pakatan menjadi kaget dan tidak keruan. Apatah lagi kitab yang menjadi rujukan mereka selama ini adalah garapan daripada ideologi Malaysian Malaysia .

Perkembangan terbaru menambahkan tak keruan aparat pakatan apabila Hj Hadi sebagai Presiden PAS turut berasakan tindakan Ustaz Azizan adalah betul .Secara tidak langsung Hj Hadi turut menyokong "Buku Jingga Bukan Al-Quran" dan tidak perlu di ikuti dan dipatuhi memandangkan ia hanyalah manifesto dan janji palsu pakatan .

Hj Hadi dalam masa menyokong AUKU dan Ustaz Azizan beliau turut menempelak SMM kononnya telah menyerahkan memorandom,walhal menurut sumber dari ibu pejabat PAS,mereka tidak menerima apa apa daripada SMM.

Petikah Harakah portal lidah bercabang khawarij PAS:-

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Pre GE13: If The Foundation of BN is Race & Ethnicity… Pakatan Rakyat?

Posted: 29 Jan 2012 01:29 PM PST

Barisan Nasional is racist! UMNO, MCA, MIC are all racist bigots!!!


I guess that what is normally heard for the past few years. In a way, those kind of statement are due to the member of Barisan Nasional coalition are majority and largely made of race based party. The three main – UMNO to take care of the Malays and Bumiputera; MCA taking care of chinese matters and MIC on indian matters. Is it racist if one to concern of his/her own race?


Before we go any further..what is the definition of racist in the first place? Racist, according to thefreedictionary.com is defined as a person with a prejudiced belief that one race is superior to others.


If someone is concern about his/her own race development and achievement, does it made him/her a racist? I don't think so, unless the concern or remarks he/she made belittled other race. For example the word "nigger" if it is said to certain people, you will get beaten as nigger is an offensive slang.


So, are most of us in Malaysian really understand the use of the word "racist"? Do most of us use it in a right condition? I let you to think, and perhaps you can share your thoughts here (with the exact wordings, so that I can understand where do you come from).


OK, back to the topic.

Barisan Nasional is a coalition based on few race based party which one of their main objective is to take care the welfare of their own race, without jeopardising the unity of the nation. In another point of view is, each of the party member also has a task to look after their race/ethnic's concern and development. It is organised in a such a way, and focused. I guess, that's the Barisan Nasional way of doing things and it is their system.


How about Pakatan Rakyat? What are they made of?

We have DAP, who claimed they are not racist based party, a party for all Malaysians. Recent development and the news they throw in the limelight shows that they are getting members from Malay (in which, I don't understand the need if really they are not dominantly controlled by a single race). The news they shout out to show they are not racist as one accused them of. But hey, the malays/bumiputeras who joined them are merely members and not leader rank type. If they are, they should be also in the leadership hierarchy. Oh well, we'll see how they are going about this, especially when the date of GE13 is announced.


We also have Parti Keadilan Rakyat (PKR), who also claimed they are a party for all Malaysians. Hmm.. okay, another party claimed for all Malaysians. So, two parties for all Malaysians in a single coalition? Hmm.. what are their differences? Can you tell me?


Another giant and important party in Pakatan Rakyat – PAS, which a party known their purpose is for Islam. Since Islam is not limited by a single race, technically, they are also a party for all Malaysians… but can a non-muslim be part of the party? If yes, what happened to all the accusations to UMNO saying working with kafir makes them a kafir too? Can someone explain?


Read More Ondastreet:Click here

Buku Jingga Bukan Al-Quran,Azizan Bakal Di Pecat

Posted: 29 Jan 2012 12:00 AM PST

Buku Jingga kitab suci yang menjadi rujukan pakatan telah dihina oleh menteri besar Kedah.Buku Jingga atau dalam bahasa muda buku jingay adalah kitab muktabar pakatan dalam berdakwah kepada rakyat Malaysia.

Didalam buku ini juga terdapat segala macam pembohongan dan janji palsu hingga Ustaz Azizan sendiri mengakui buku jingay ini bukanlah baik untuk dijadikan panduan .

"Buku Jingga Bukan Al-Quran" kata kata Ustaz Azizan bakal membangkitkan kemarahan tuan besar DAP.Memandangkan buku ini hampir 90% adalah manifesto DAP dalam melaksanakan Malaysian Malaysia.

Tindakan Ustaz Azizan untuk tidak beriman kepada kitab buku jinggay ini sudah pasti akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa displin PAS. PAS sudah berjanji kepada DAP dan PKR untuk beriman kepada kitab itu,yang pasti jika terdapat arahan daripada DAP atau pun PKR,Ustaz Azizan bakal dipecat tidak lama lagi.



Sambutan hebat!Rahsia besar di sebalik ABU:klik sini

Pisau kata " siang malam puak pakatan dok mengaji baca kitab jinggay tu!"

Ketua Pemuda PAS Iktiraf Anwar Proksi Zionis

Posted: 28 Jan 2012 10:12 PM PST

Nasrudin Hasan Ketua Pemuda PAS sudah mula nampak siapakah Anwar yang sebenarnya,sebelum ini beliau dibutakan dengan cinta dan gelaran "Anugerah Tuhan" hingga tidak nampak petualang didepan mata.

Nasrudin kalau nak mengkritik Anwar biar terus terang tak payah berkias kias,orang PAS bukan cerdik sangat . Kenyataan Anwar yang menyokong Israel membuktikan beliau begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan para pelobi yahudi di Amerika,menyokong Israel bererti menjadi sekutu negara yang paling banyak membunuh umat Islam.

Ingatlah Anwar bukan anugerah tuhan,beliau adalah anugerah dajal kepada rakyat Malaysia.


Pisau kata " Malaysia & BN sokong Palestin,Anwar & Pakatan Sokong Israel,mana pilihan anda?"

PenangWasabi

Posted: 29 Jan 2012 09:20 PM PST

PenangWasabi


Buku Jingga BUKAN Al-Quran - Azizan Razak!

Posted: 29 Jan 2012 06:57 PM PST


Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar)menegaskan "Buku Jingga bukan al-Quran" yang harus dipatuhi sepanjang masa.

"Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib)," tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak. Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan. Azizan turut menyifatkan Aziz "buta undang-undang" dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

"Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

"Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat," katanya.

Beliau menambah: "Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur."

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

"Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, 'gentleman' sikit.

"Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain," katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
"Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

"Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah," katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Pelik juga..siapa Aziz Bari yang nak menegur MB Azizan? Dia ada jawatan ke dalam parti Pakatan Rakyat..!!!

Penang Wasabi..

Kit Siang sepatutnya minta tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks Anwar!

Posted: 29 Jan 2012 09:09 AM PST


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, penubuhan suruhanjaya itu penting kerana ia membabitkan individu yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Katanya, jika Kit Siang beranggapan isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) memerlukan penubuhan suruhanjaya diraja, maka isu video seks membabitkan Anwar itu juga patut menjadi keutamaan untuk disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.

"Kenapa Kit Siang tidak cadang tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat kes video itu? Sedangkan jelas ia lebih penting berbanding isu NFC kerana membabitkan individu yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Jelas sekali beliau hanya memilih isu yang memberi keuntungan kepada partinya dan menjadikan suruhanjaya diraja sebagai alat mainan politik semata-mata," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau mengulas gesaan Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu berkaitan NFC. Menurut Zahrain, Kit Siang harus sedar bahawa rentak politiknya sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi digunakan pada masa kini.

"Tiada guna tubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya keputusan siasatan pada akhirnya langsung tidak diterima oleh Kit Siang seperti kes membabitkan Teoh Beng Hock. Ia hanya membazirkan masa, wang dan tumpuan rakyat sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Zahrain menyifatkan Anwar sebagai individu yang tersepit dengan permainan politik kotor sendiri berikutan kenyataannya dalam The Wall Street Journal, kelmarin yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

"Saya tidak hairan. Anwar cuba memperbetulkan balik hubungannya dengan Israel selepas mengaitkan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia, tetapi beliau sendiri tersepit dengan permainan politiknya itu.

"Menerusi tindak-tanduknya kebelakangan ini seperti mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual yang diamalkan negara dan terbaru mengenai sokongan terhadap Israel, kita dapat lihat dengan jelas 'topeng' sebenar Anwar," ujarnya.

Penang Wasabi..