CINA ISLAM (林川興) Posted: 30 Jan 2012 01:07 AM PST Syaitan kalah dengan orang yang ikhlas. Posted: 30 Jan 2012 01:00 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim) Syaitan kalah dengan orang yang ikhlas. Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40) Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,"Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik". Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya. Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,"Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,'Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut. Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. "Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,'Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,"Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau". tazkirah/- | Mayat wanita berlumuran darah ditemui Posted: 30 Jan 2012 12:50 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - NIBONG TEBAL - Polis menemui mayat seorang wanita yang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di pergelangan tangan dan kaki dalam sebuah rumah di Taman Bakap Indah, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata mayat Tan Fock Ping, 38, yang bekerja sebagai pelayan restoran ditemui dalam bilik utama rumah sewanya itu pada pukul 10.32 pagi. "Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa rakan kepada kekasih wanita itu dan memaklumkan mangsa dalam keadaan parah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. Beliau berkata sebaik tiba, polis menemui mayat mangsa berlumuran darah dengan satu nota dalam bahasa Mandarin. "Ketika sampai di rumah itu, polis temui mayat yang terbaring dan nota dalam bahasa Mandarin yang bermaksud marah dan sakit hati terhadap seseorang dan ia dilekatkan di dinding bilik berkenaan," katanya. Shafien berkata mangsa dan teman lelakinya berusia 49 tahun menyewa rumah berkenaan sejak sebulan lepas dan jiran mereka selalu mendengar pasangan itu bergaduh. Katanya menurut beberapa jiran mangsa, mereka juga ada mendengar pasangan itu bergaduh dan bunyi bising termasuk cermin tingkap pecah pada awal pagi tadi. "Polis menahan teman lelaki wanita itu apabila dia pulang dari bekerja semasa polis sedang menjalankan pemeriksaan di rumah itu dan siasatan awal mendapati pasangan itu positif dadah,", katanya. Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama | Rumah dihasilkan dari wang kertas euro Posted: 30 Jan 2012 12:45 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - DUBLIN - Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu. Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata. "Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik," menurutnya. Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen 'mewahnya'.. Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang. sinar harian/- | CEO Royal Bank of Scotland tolak bonus RM4.8 juta Posted: 30 Jan 2012 12:40 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - LONDON - Ketua Eksekutif Royal Bank of Scotland, Stephen Hester menolak bayaran bonus hampir £1 juta (RM4.8 juta), lapor BBC. Editor Bisnes, Robert Peston berkata, Hester tidak akan menerima £963,000 yang hanya ditawarkan kepada beliau. Menurut Peston, beliau tunduk kepada "tekanan besar politik dan media" meskipun lembaga bank menggesanya agar melawan. Menteri Kewangan George Osborne berkata, keputusan Hester mahu memfokus usaha mendapatkan balik berbilion pound demi kepentingan pembayar cukai adalah sesuatu yang "dialu-alukan." Terdahulu, parti Buruh berkata, ia akan memaksa satu pengundian berkenaan isu tersebut selepas Perdana Menteri David Cameron enggan menghalang bonus daripada bank yang sebahagian besarnya adalah milik awam. Menurut Peston, lembaga menggesa Hester agar melawan sebab ia meraskaan beliau layak menerima bonus kerana telah membantu bank berkenaan berubah menjadi sebuah badan yang kurang berisiko. Mengulas keputusan Hester, Ahli Parlimen Buruh, Chris Bryant berkata, ia hanya satu contoh kewujudan masalah yang lebih besar. "Jika ia dibahaskan di Parlimen, sudah pasti sukar baginya menerima wang itu," kata beliau. "Dan, kini ada keperluan untuk berdebat di Parlimen, bukan mengenai bonusnya, tetapi mengenai keseluruhan budaya bayaran bonus dan saraan dalam perkhidmatan kewangan," kata beliau lagi. Hester dilantik sebagai ketua eksekutif akhir 2008 untuk menggantikan Sir Fred Goodwin, selepas bank itu terpaksa diselamatkan oleh kerajaan, yang kini memiliki 82 peratus pegangan. sinar haRIAN/- | Iktiraf 2 aktiviti Cina untuk tutup skandal BN Posted: 30 Jan 2012 12:35 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 30 Jan: Kerajaan BN telah mengambil jalan pintas dengan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya kaum Cina bagi melupakan rakyat terhadap skandal-skandal besar yang berlaku dalam negara. Dua aktiviti budaya baru yang diiktiraf itu melibatkan perarakan bendera besar dari Pulau Pinang dan perarakan satu tokong Cina terbesar di Johor sekitar 6 Februari ini. Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata, pengiktirafan tersebut dibuat sempena sambutan tahun baru Cina Sabtu lalu di Setiawan Perak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ternyata bermotifkan politik. Menurutnya, pengiktirafan tersebut amat mengejutkan kaum Cina yang sekali gus turut menimbulkan tanda tanya kenapa baru sekarang dilakukan? Katanya, ia ternyata dibuat bagi mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap BN yang kini semakin merosot, walaupun pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mempromosikan dan menjayakannya. "Bagi mempromosikan aktiviti itu, pihak kerajaan menerusi Kementerian Multimedia telah pun membuat iklan besar-besar di beberapa saluran TV termasuk TV1 dan TV2 sejak Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Sebelum itu, masyarakat Cina di negara ini, menurutnya, turut terkejut apabila pihak kerajaan turut membenarkan kaum Cina membakar mercun dan bunga api secara bebas pada hari pertama hingga ketiga sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. "Sedangkan pada tahun-tahun lalu aktiviti tersebut dilarang sama sekali, tetapi tahun ini telah berubah. Ini adalah strategi BN untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Cina," katanya. Tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN itu, tambahnya, sememangnya menggembirakan kaum Cina, tetapi dalam masa yang sama turut menyedarkan kaum itu sendiri terhadap peranan Pakatan Rakyat terhadap mereka. "Tanpa Pakatan Rakyat, tidak mungkin Kerajaan BN akan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya Cina itu dan memberikan kebenaran membakar mercun dan bunga api kerana ia ternyata dibuat kerana terdesak," tegasnya. Bukti lain yang menunjukkan BN berada dalam keadaan terdesak, katanya, boleh dirujuk dengan iklan yang dibuat oleh pihak kerajaan pada saluran TV tertentu khususnya TV7 sebelum dan selepas berita Mandarin sekitar jam 9.30 malam sejak beberapa hari lalu. Iklan dalam bahasa Cina yang menggunakan lambang MCA dan Gerakan itu mengajak masyarakat Cina menyokong BN dengan meneruskan pembangunan di Pulau Pinang bersama Gerakan. "Iklan itu disiarkan sekitar seminit hingga ke dua minit dan ternyata bermotif politik serta memakan belanja yang besar. Semua itu merupakan usaha akhir BN untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina," katanya. Namun, segala pelaburan yang dibuat oleh pihak BN itu, katanya, diyakini tetap gagal menarik undi kaum Cina terhadap BN pada pilihanraya umum nanti kerana kaum Cina di negara ini sekarang lebih menyakini Pakatan Rakyat berbanding BN. Harakah Daily | KEADILAN: Kenyataan Anwar selari Hamas, gerakan Islam Posted: 30 Jan 2012 12:30 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 30 Jan: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin. Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967, "Bagaimanapun sekiranya kedaulatan negara Palestin ini tidak dijamin, Hamas tidak bersetuju. "Jadi tidak menjadi kehairanan apabila Datuk Seri Anwar, dengan mengambil kiraan politik semasa menyebut mengenai isu ini yang tidak terkeluar dari pandangan gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas," kata Muhammad Nur. Menurutnya lagi, ketua pembangkang itu juga sentiasa dimaklumkan mengenai pandangan dan dasar gerakan-gerakan Islam dalam konteks menyelesaikan konflik antara Palestin-Israel. Tambah beliau, pendirian Anwar mengenai isu itu juga sangat konsisten dan tidak perlu dipertikaikan. "Pendirian Anwar supaya rakyat Palestin mendapat hak balik mereka dari segi kesahihan sebagai warganegara tidak perlu dipertikaikan kerana beliau memang konsisten sejak berjuang dalam gerakan Islam dan arena politik. "Ideanya tentang formula bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sentiasa selaras dengan gerakan Islam sedunia. Beliau mendahulukan tentang keselamatan negara palestin yang dijamin resolusisi PBB," kata beliau yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Bagaimanapun katanya, kenyataan Anwar mengenai isu sekuriti Israel cuba diputarbelitkan oleh media Utusan yang dimiliki Umno, seolah menggambarkan Anwar mementingkan keselamatan rejim itu. "Sedangkan kerajaan sendiri dalam dasar luar menangani konflik Palestin-Israel sebelum ini tunduk kepada formula dengan mengiktiraf kedua negara, tetapi perkara ini dinafikan menteri luar, Datuk Seri Hanifah Aman," ujar beliau. Anwar dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan KEADILAN yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. "Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. "Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York. Bagaimanapun kata Anwar kesediaan untuk mematuhi prinsip itu bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. "Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," tegas beliau. Keadilan Daily | NFC: Mengapa Muhyiddin Takut Pada Suruhanjaya Diraja Posted: 30 Jan 2012 12:30 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ULASAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC). Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai. Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut. Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC. Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta. Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin. Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku. Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu. Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman. Suapan politik Begitu juga persoalannya mengapa Muhyiddin memberikan projek tersebut kepada suami Shahrizat sedangkan terdapat enam syarikat yang terlibat dalam permohonan untuk projek tersebut. Dari sudut persepsinya menggambarkan tindakan Muhyiddin tersebut merupakan 'suapan' politik terhadap Shahrizat bagi mendapatkan sokongan wanita terhadap beliau menentang Najib. Apatah lagi ketika era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin diletakkan sebagai 'check and ballence' untuk mengimbangi pengaruh Najib. Shahrizat juga bersalah kerana sebagai seorang menteri yang hidup dalam gelombang politik tentunya menyedari risiko sekiranya orang ramai mengetahui projek tersebut diberikan kepada syarikat suami beliau. Atau Shahrizat dijanjikan 'perlindungan' oleh Muhyiddin supaya rahsia projek tersebut tidak akan bocor kepengetahuan rakyat atau orang politik. Ketika itu pula Muhyiddin adalah orang Abdullah. Maka jaminan perlindungan tersebut menjadikan Shahrizat mempunyai keyakinan bahawa 'rahsia' tersebut tidak akan bocor. Bagi Muhyiddin pula, sokongan dari wanita Umno amat diperlukan setelah merasa selamat dan selesa dengan kedudukan Pemuda Umno yang diterajui menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin. Kambing hitam Paling lucu dan memualkan apabila entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba seorang ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail ditangkap dan dijadikan kambing hitam. Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat sebanyak RM1.755 juta. Tidak sampai 45 minit didakwa di mahkamah Klang berhubung NFC Shamsubahrin juga didakwa atas pertuduhan menipu seorang majistret. Demikianlah bagaimana 'licik' polis serta 'auta' pemimpin-pemimpin Umno-BN dalam menutup penyelewengan NFC. Fakta asas untuk pelajar yang akan memasuki sekolah menengah pun tahu 'makhluk' pertama yang harus disiasat atau diadili adalah mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat. Bukan mencari kambing hitam sebagaimana kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dulu. Malah sehingga ke saat ini misteri pembunuhan tersebut tidak diketahui walaupun pembicaraan dijalankan bertahun-tahun. Muhyiddin punca kemelut NFC Muhyiddin juga tahu sekiranya siatan diraja dijalankan maka orang pertama yang akan disiasat adalah beliau selaku Menteri yang meluluskan pemberian projek kepada suami Shahrizat. Fakta pertama yang akan dipersoalkan oleh jawatankuasa siasatan tersebut adalah bagaimana beliau memberikan projek RM250 juta tersebut kepada suami seorang menteri kabinet yang tidak berpengalaman. Penjelasan Muhyiddin kepada jawatankuasa siasatan tersebut akan menyerlahkan lagi betapa amalan kronisme berleluasa berlaku dalam pentadbiran Umno-BN. Namun lebih membimbangkan Muhyiddin adalah terbongkarnya agenda sulit beliau dan Shahrizat menumbangkan bosnya sekarang, Najib Razak. Najib juga menyedari Muhyiddin bersama team beliau mengintai pelbagai sudut untuk menyingkirkan beliau. Namun kesahihan belum dapat dibuktikan. Lantaran itu Najib tidak mahu mengadakan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno selama tiga tahun berturut-turut. Muhyiddin juga sedar, Najib juga telah berjaya menghidu kelibat beliau bersama teamnya. Memang agak menghairankan mengapa selepas lebih tiga tahun projek Fidlot yang merupakan salah satu dari pelbagai projek lagi didedahkan oleh Ketua Audit negara. Sedangkan progres projek-projek yang diberkan kerajaan kepada 'kroni-kroni' lain tidak didedahkan. Apakah pendedahan penyelewengan NFC mempunyai kaitan dengan arahan dari Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin?. Berdasarkan fakta asas, sesiapa sahaja termasuk orang-orang Umno akan melihat punca kepada masalah NFC bermula dari 'anugerah' projek oleh Muhyiddin kepada suami kepada Ketua Wanita Umno. Pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan tersebut telah meletakkan Umno berada dalam keadaan paling tertekan. Sehingga Umno disamakan dengan lembu. Saat menghadapi PRU13 turut meningkatkan darjah kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Umno kepada Shahrizat dan Muhyiddin. Lalu usaha menolak untuk diadakan siasatan diraja dilihat Muhyiddin sebagai jalan paling selamat untuk menutup agenda tersembunyi beliau. tv news/- | 150 Kenderaan Dicuri Setiap Hari Posted: 30 Jan 2012 12:19 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Kereta anda boleh dilarikan dalam tempoh tujuh minit kerana sindiket curi kereta menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk mencuri secara purata 150 kereta setiap hari di negara ini. Kira-kira 112,503 kereta yang dicuri sejak 2010 terdiri daripada model lama dan baru dengan komponennya telah dileraikan. Kebanyakan kenderaan baru yang dicuri seperti pacuan empat roda dieksport ke negara Timur Tengah. Difahamkan kenderaan curi terbabit digunakan kumpulan pemberontak untuk membawa senjata api. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kebanyakan suspek bekerjasama dengan beberapa sindiket kereta curi. Menurut beliau, polis berjaya menumpaskan enam sindiket tetapi terdapat beberapa kumpulan lain yang masih aktif menjalankan kegiatan itu. Sejumlah 57,462 kereta curi dilaporkan pada 2010 manakala kira-kira 55,041 kes pada September 2011. Katanya, terdapat permintaan tinggi untuk kereta curi di tapak pembinaan di kawasan terpencil. Namun, beberapa kenderaan tersebut turut digunakan untuk kegiatan jenayah dan rompak manakala beberapa model dieksport ke luar negara. "Kami percaya kenderaan seperti Toyota Hilux dicuri untuk memenuhi permintaan di Timur Tengah. Kami percaya kumpulan pemberontak menggunakan kenderaan itu untuk membawa senjata api," katanya. Sementara itu, Mohd Bakri berkata, permintaan bagi alat ganti kenderaan terpakai meningkat ekoran Polisi Automotif Kebangsaan yang melarang pengimportan kereta potong. "Agak sukar unyuk mendapatkan alat ganti kenderaan untuk model lama seperti Proton Saga dan Nissan Sunny 130Y," katanya. Beliau berkata, beberapa remaja turut terlibat dalam kegiatan itu tetapi bilangan kes terlalu kecil. Katanya, polis menemui 2,765 kereta curi bernilai kira-kira RM137 juta pada 2010 dan 2,045 kereta bernilai RM103 juta sehingga September 2011. Kenderaan tersebut dikesan menggunakan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan alat kawalan keselamatan. "Kami menyelesaikan enam sindiket utama dan menemui kira-kira 100 kenderaan termasuk model Toyota Hilux, Toyota Fortuner, Toyota Alphard dan Honda City menggunakan peralatan tersebut," katanya. mstar/- | Qazaf: Peguam Anwar bantah hakim, keluar mahkamah Posted: 30 Jan 2012 12:08 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 30 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar dari Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain mendengar permohonan mengetepikan kes qazaf. Peguam, Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata, pihaknya enggan bersekongkol dengan keputusan hakim Datuk Zohdi Toha yang disifatkan tidak relevan. Menurutnya, beliau tidak dapat menerima keputusan itu kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskan sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri untuk mengetepi rayuan tersebut. Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, bertindak keluar dari mahkamah selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan perkara itu. "Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon. "Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah, lapor Malaysiakini. Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan – Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun – memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam. Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman sebelum bertindak keluar mahkamah. Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam – ketua barisan peguam pemohon - bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan. Kamar Ainiah bagaimanapun menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon "boleh mengambil duit zakat". Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok. Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli. Turut hadir Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, PengarahKomunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan puluhan penyokong KEADILAN. Keadilan Daily | Amalan rasuah di Indonesia dijangka meningkat tahun ini Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - JAKARTA: Amalan rasuah tahun ini dijangka semakin meningkat dengan mendadak. Keadaan ini disebabkan oleh parti politik sibuk memperkukuhkan dana politik untuk pilihan raya 2014. "Amalan rasuah dijangka semakin meningkat kerana memerlukan sumber untuk dana parti politik parti," kata Penyelaras Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW), Danang Widoyoko di pejabatnya di Jakarta Selatan, semalam. Bukan sekadar untuk persediaan calon presiden tetapi parti politik yang mulai sibuk untuk pilihan raya 2014 memerlukan modal untuk kemenangan mereka dan dana perlu dikumpul mulai tahun ini. "Masalah yang tidak kelihatan sebenarnya adalah rasuah kerana amalan ini terus meningkat berikutan 2014 pilihan raya akan diadakan. Itu bermakna amalan rasuah akan terus dilakukan," katanya. Amalan rasuah parti politik dijangka tersebar di setiap peringkat kepemimpinan daripada pemerintahan pusat hingga daerah. Pendekatan yang digunakan mereka adalah menggelapkan dana Anggaran Pendapatan Perbelanjaan Negara (APBN). "Pendekatan yang biasa digunakan adalah penggelapan wang dan projek palsu. Amalan rasuah di kalangan masyarakat kita masih luar biasa," katanya. - Jakarta Post | Ekspo tatu di Colombia Posted: 29 Jan 2012 11:55 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - GAMBAR menunjukkan cangkuk pada dada seorang lelaki yang digunakan untuk menggantung dirinya pada pameran Ekspo Tatu di Caracas kelmarin. CARACAS - Lebih 200 artis tatu dari beberapa buah negara seperti Venezuela, Argentina dan Mexico mengambil bahagian dalam Ekspo Tatu di sini kelmarin. Pertunjukan menggantung diri dengan menggunakan cangkuk pada bahu juga diadakan semasa ekspo itu berlangsung, lapor agensi berita AFP semalam. Antara peserta terkenal yang memiliki tatu unik pada muka mereka yang mengambil bahagian dalam ekspo itu ialah Mary Jose Cristerna yang lebih dikenali sebagai wanita puntianak dari Mexico. VICTOR PERALTA Peserta lain yang mengambil bahagian ialah Victor Peralta dan Gabriela Peralta dari Argentina, Emilio Gonzalez, Constantino Quintero serta Juaquin De Lima dari Venezuela - Agensi | Pihak luar pengaruhi Orang Asli di pedalaman Kelantan Posted: 29 Jan 2012 11:43 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - GUA MUSANG, 30 Jan: Usaha-usaha pihak tertentu dari luar Kelantan yang cuba mempengaruhi penduduk Orang Asli di sini bagi memburukkan imej kerajaan negeri, tidak disenangi penduduk tempatan. Malah, Ajom A/L Alang, 59 dari Kampung Mangsok, Kuala Betis membuat laporan polis terhadap sekumpulan Orang Asli yang mengadakan demontrasi dan sekatan jalan di Kuala Betis baru-baru ini. Laporan itu dibuat pada 17 Januari lalu dengan mendakwa penduduk tempatan tidak bersetuju sekumpulan Orang Asli menghalang laluan menghubungkan Kampung Lambok-Pos Bala dan jalan Kampung Parit-Pos Tohoi. Dalam laporan terbabit Ajom menjelaskan Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) dipercayai dipengaruhi pihak dari luar Kelantan berdemontrasi menghalang laluan tersebut. "Saya tidak berpuas hati terhadap JOAS mengadakan demontrasi dan membuat sekatan jalan di kampung kami. Kami tidak terbabit dengan demontrasi dianjurkan mereka," katanya dalam laporan tersebut. Sebuah akhbar Ahad lalu melaporkan polis menahan 13 penduduk Orang Asli kerana berhimpun secara haram dan menahan kenderaan yang melalui jalan Kuala Betis–Pos Tohoi di Kampung Parik. Perhimpunan itu difaham diadakan sebenarnya bertujuan membantah isu berkaitan tanah adat Orang Asli yang didakwa diceroboh aktiviti pembalakan dan pembangunan ladang. Bagaimanapun di Kota Bharu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mnjelaskan tidak ada kategori tanah adat di Kelantan kecuali tanah hutan simpan, tanah kerajaan dan tanak milik. "Adalah tidak betul dakwaan ada tanah adat di Kelantan. Lagi pun pembalakan berlaku di kawasan hutan simpan yang sudah diluluskan untuk diusaha hasil. "Manakala pembangunan Ladang Rakyat pula dibuat jauh dari kawasan penempatan Orang Asli. Ladang itu sudah mengeluarkan hasil setelah diusahakan sejak empat tahun lalu," katanya di sini. Menurutnya juga beliau difahamkan JOAS yang berpangkalan di luar Kelantan didalangi NGO bukan kalangan Orang Asli menghasut sekumpulan Orang Asli berhubung isu tanah adat. Kata Timbalan Menteri Besar kerajaan negeri sudah merezabkan kawasan seluas 606 ekar di Pos Jedip dan 98 penduduk Orang Asli di Pos Sigar mendapat hak milik tanah. "Usaha-usaha sedang dilakukan bagi merezabkan lebih banyak lagi kawasan Orang Asli," katanya. (Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) Harakah Daily | Pameran festival keranda bentuk unik Posted: 29 Jan 2012 11:40 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PARA pelawat melihat keranda berbentuk kasut balet. LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London. Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain. "Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton. "Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu. "Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya. Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP | Akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia Posted: 29 Jan 2012 11:28 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KOTA TINGGI – Siapa sangka hobi sepasang suami isteri di sini, yang gemar masuk hutan mencari akar kayu telah menemukan mereka dengan akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia. Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu. Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya. "Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya. "Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia. "Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat," katanya. Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan ganjil itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar itu. "Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu," katanya. Menurutnya, kerana merasakan ia sesuatu yang unik dan sukar dijumpai terutama pada zaman ini, mereka lebih suka menjadikan ia sebagai koleksi perhiasan di rumah berbanding dijual. "Kami berat hati untuk menjualnya malah telah banyak kali menolak tawaran daripada pelbagai pihak yang ingin membeli akar ganjil ini walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan," katanya. Sinar | PAS tidak iktiraf kewujudan Israel Posted: 29 Jan 2012 11:14 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 30 Jan: Sekalipun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat demi masa depan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak untuk pimpinan parti untuk menyokong Israel apa lagi untuk memberikan perlindungan kepada golongan yang dilaknak Allah SWT. Itulah ketegasan yang diambil para pemimpin PAS dalam kontroversi yang dicetuskan melalui putar belit media terhadap artikel Wall Street Journal (WSJ) yang memetik kata-kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha mempertahankan Israel. Media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi I support all efforts to protect the security of the state of Israel untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis. Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011. "Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. WSJ turut menyatakan bahawa Anwar tidak berkata beliau akan membuka pertalian diplomasi dengan Israel. Dalam reaksi spontan di Facebook, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengingatkan para pimpinan bahawa "Israel adalah sebuah entiti haram." "Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu," tegas beliau. Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel. "Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948. PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel," tegas beliau. Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel. "Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948. Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya," tegas beliau yang dipetik News Straits Times. Harakah Daily | Portfolio agama: Umno sengaja cetus provokasi Posted: 29 Jan 2012 11:12 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 30 Jan: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Dr Ahmad Yunus Hairi berpendapat tindakan mempersoal kononnya PAS dipinggir ekoran tidak diberi portfolio agama di Selangor hanya permainan politik Umno. Menyifatkan tuduhan itu liar dan tidak berasas, Dr Yunus yang memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu berkata, tindakan Umno itu juga sebagai cubaan melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau menjelaskan, keputusan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memegang sendiri portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang bekas exco Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah keputusan terbaik untuk negeri itu khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. "Ini antara strategi, dalam masa singkat untuk menghadapi pilihan raya sudah tentu Menteri Besar mempunyai pandangannya sendiri. "Kalau kita lihat di beberapa negeri lain, seperti saya dapat maklumat di Johor dan Pahang pun potfolio agama ini secara automatik di bawah Menteri Besar. Jadi ini bukan sesuatu yang terlalu ada kelainannya," ujarnya dalam satu temubual dengan Harakahdaily di pejabatnya baru-baru ini. Dr Yunus yang juga Adun Sijangkang dilantik menjadi exco Selangor pada 18 Januari lalu menggantikan Dr Hasan yang dipecat keahliannya dari PAS. Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai pembantu Exco Belia dan Sukan yang dipegang oleh Tan Sri Khalid. Bagaimanapun selepas perlantikannya sebagai exco, kerajaan Selangor membuat rombakan kecil portfilio exconya. Melalui rombakan itu, portfolio Infrastruktur dan Hal Ehwal Agama Islam yang dipegang Dr Hasan sebelum ini dipegang olehnya sendiri manakala portfolio Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu diberi kepada Dr Yunus. "Saya lihat (pertikaian) ini hanya (datang) dari parti lawan khususnya Umno. Selepas saya dilantik exco, ada pemimpin Umno call, SMS kata kenapa PAS dipinggir..., padahal PAS berlapang dada dan menyambut baik keputusan Menteri Besar itu. "Saya ada dipanggil oleh setiausaha kepada Presiden PAS yang memaklumkan bahawa perlantikan saya ini mendapat restu daripada PAS Pusat, dan beberapa pimpinan PAS juga mengirimkan SMS mengucapkan tahniah," katanya lagi. Sementara itu beliau turut membidas cubaan pihak tertentu yang mengantung kain rentang dibeberapa kawasan di negeri itu kononnya Dewan Pemuda PAS Selangor membantah tindakan yang tidak memberikan portfolio agama itu kepada PAS. Sedangkan, Dewan Pemuda PAS negeri sendiri telah menafikan kaitan mereka dengan kain rentang itu dan menyatakan sokongan penuh kepadanya. "Saya lihat ini dibuat oleh golongan yang sengaja nak cetus provokasi. "Saya yakin tohmahan-tohmahan ini hanya akan berlalu begitu sahaja," jelasnya. Harakah Daily | Tawaran bijak dari Ustaz Hadi Posted: 29 Jan 2012 11:08 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KURANG dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen. Ia adalah perkembangan fikiran yang bijak dari seorang pemimpin yang masih mendapat kepercayaan penuh dari parti yang dipimpinnya dan dari penyokong dan pengundinya. Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Presiden PAS yang kian berperanan. Sekali pun ia dilihat berat untuk menggalas semua kerja oleh seorang sepertinya yang usia kian bertambah dan masalah kesihatan juga ikut mengiring usia yang bertambah itu, tetapi semua tugas dan tanggungjawab tidak terbeban sangat baginya kerana ia dapat diringankan oleh kekuatan parti dan penyokongnya yang berfungsi. Parti dan penyokongnya bertanggungjawab berada di belakangnya mahu melihatnya berjaya melaksanakan tugasnya dan mereka berperanan memastikan beliau berjaya dengan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti Islam yang penting di rantau ASEAN. Kekuataannya ialah dia bekerja secara berjamaah dan jamaah bekerja bersamanya. Sebagai pemimpin dan wakil rakyat beliau adalah simbol, dan kerjanya dibuyat oleh semua. Jika beliau kekal dengan dua kerusi itu, tidak banyak menambah beban jamaah dan jika dikosongkannya satu kerusi tidak pula mengurangkan kerja jamaah. Tetapi dengan mengosongkan satu kerusi, ia adalah satu sikap tidak gila kuasa dan tidak sayang melepaskan kuasa serta tidak mahu memusatkan kuasa kepada satu orang. Ia adalah tanda Ustaz Hadi percaya ada orang lain juga boleh membuat kerja seperti yang dibuatnya dan percaya ada orang yang boleh membuat apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil rakyat Islam, maka ketika itu beliau dapat membuat kerja lain. Dengan Ustaz Hadi masih ada di rumahnya dan masih menjadi Presiden PAS, maka mana-mana kerusi yang dikosongkan tidak akan terasa ketiadaannya. Beliau tetap dirasakan berada di tengah mereka, cuma satu daripada kerjanya selama ini dibuat oleh orang lain. Telah disebutkannya akan ada masa yang lebih baginya menumpukan tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan ada peluang lebih masa untuk ke laut sebelum menjadi nelayan tetap. Ke laut adalah hobinya. Menangkap ikan bukan sumber pendapatan dan mata pencariannya. Keutamaannya ada berdakwah. Bagi ulama berdakwah bukan satu mata pencarian. Abu Zar diberi pencen tetap sebagai sahabat awal generasi pertama oleh Khalifah Umar al-Khatab. Tetapi Abu Zar tidak menjadikan pencennya sebagai sumber pencariannya. Saraan hidupnya adalah menganyam bakul. Logiknya Ustaz Hadi mahu beralih semasa masih bertenaga menjadikan hobi ke laut sebagai mata pencarian sambil terus berdawah. Pilihannya itu adalah setelah memastikan Islam sudah dapat dijalankan oleh orang lain. Setelah lebih 40 tahun dalam dakwah politik tugas itu sudah boleh digalas oleh anggota jamaah yang ramai. Parti boleh menimbang untuk menerima tawaran itu atau biar dulu. Yang penting Ustaz Hadi telah meringankan jamaah supaya memikirkan gantinya buat apa jawatan jua bila dirasakan perlu. Jamaah tidak lagi terikat bahawa calon adalah beliau juga. Beliau sekarang memberi peluang kepada jamaah, jangan teragak-agak untuk mencalonkan orang lain di salah satu kerusinya itu. Dengan tawarannya itu tidak semestinya beliau tidak dicalonkan lagi, tetapi jika jamaah merasa wajar permintaannya diterima, maka boleh mencalonkan orang lain. Ia adalah kesempatan kepada jamaah memikirkan ganti Ustaz Hadi dalam semua kedudukan. Apa yang disebut Ustaz Hadi itu satu permulaan bagi parti berfikir tentang pelapis. Politik di zaman Khalifah tidak bercakap tentang pelapis. Ganti khalifah dibuat apabila tiba masanya. Politik dunia demokrasi yang PAS ada dalam suasana itu, sekali pun politiknya adalah siasah syariyah, soal pelapis sentiasa menjadi perhatian penting. Ustaz Hadi seperti mengajak semua berfikir ke arah itu. Ia perkembangan yang sihat. Harakah Daily | PRU13: Ambil iktibar daripada politik semut Posted: 29 Jan 2012 11:07 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BERA, 30 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat, terutamanya orang Melayu menjadi 'hakim' dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu berani membuat keputusan. Katanya, rakyat perlu berani berubah daripada keadaan sekarang di mana apabila tiba musim PRU seolah-olah sebagai pesta dan musim untuk mendapatkan wang. Tambahnya, hasil daripada tidak memahami konsep sebenar politik dan pilihan raya inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya boleh diperkotak-katikkan kerana mereka seolah-olah boleh dibeli. "Sekarang sudah menjadi trend apabila menjelang pilihan raya, rakyat memikirkan berlumba-lumba nak dapat duit yang ditabur kerajaan dan peluang nak dapat durian runtuh tanpa menyedari kesilapan memilih kerajaan menyebabkan sengsara selama lima tahun selepas itu. "Sepatutnya kesempatan yang ada diambil rakyat jadi hakim. Bila parti memerintah silap mereka tukar kerajaan seperti berlaku di England, Amerika, India, Indonesia dan lain-lain negara yang mengamalkan demokrasi. Maknanya mereka menjadi hakim. "Malangnya di tempat kita sejak 50 tahun dulu, bila tiba musim PRU orang kita sibuk nak dapatkan duit menjadikan kuasa rakyat yang sebenar seolah-olah dapat dibeli," katanya ketika berceramah dalam ucara kemuncak Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi. Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang, Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang. Abdul Hadi turut mengajak pendengar supaya mengambil iktibar daripada kisah politik semut pada zaman Nabi Sulaiman di mana apabila tentera melalui kawasan mereka, semut-semut yang lemah itu berfikir untuk menyelamatkan diri. Tambahnya, kisah dalam Al-Quran ini sepatut boleh membuatkan kita berfikir bagaimana semut yang lemah menghadapi sebuah kerajaan. "Cuba tengok orang kita bila orang besar datang, mereka sibuk berkerumun nak dapatkan duit tanpa sedar kuasa dan peranan yang kita ada. Jadi saya seru marilah menjadi rakyat yang bijaksana. "Cukuplah kita beri peluang kepada Umno-BN memerintah. Selama 50 tahun merdeka masih banyak rakyat yang miskin, orang muda ramai yang menjadi penganggur. "Maknanya selama ini masalah kemiskinan tak boleh selesai kerana kekayaan berlegar di kalangan kroni. Semua orang tahu bahawa hasil negara dan sumber mentah begitu mewah tetapi rakyat miskin," tegasnya. Harakah Daily | Kenapa barang murah di kedai 1Malaysia sahaja? Posted: 29 Jan 2012 11:04 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BERA, 30 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal dengan stail pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan barangan murah di kedai satu Malaysia sahaja. Katanya, sepatutnya tugas kerajaan ialah memastikan semua barangan murah di mana saja kerana kenaikan harga barang yang melambung tanpa kawalan menyebabkan rakyat sentiasa berada dalam kesempitan. Mengenai isu di negeri ini, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu yang sangat kritikal di kalangan rakyat ialah isu tanah. "Ada yang menduduki dan mohon tanah memakan masa sama 30 tahun. Bahkan untuk mendapat tahu kelulusan tanah saja memakan masa bertahun-tahun dan terpaksa menempuh hampir 30 meja untuk proses itu saja. Sebab itu antara tawaran PAS pada PRU akan datang ialah memastikan tanah sekurang-kurangnya lot rumah untuk setiap isi keluarga. "Kita akan contohi Kerajaan PAS Terengganu, apabila menang pada tahun 1999 kerajaan berjaya proses puluhan ribu permohonan tanah," katanya ketika berceramah pada Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi. Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang. Berucap mengenai isu yang sama, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, pihaknya akan mengedarkan borang permohonan tanah kepada rakyat dan projek perintis akan bermula di Johor bulan depan. "Ini komitmen PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang mahu diketengahkan. Usaha ini kita buat awal kerana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya pada PRU akan datang masalah tanah rakyat dapat diselesaikan segera," ujarnya. Harakah Daily | 13 kereta disembur cat merah di bengkel di Kuantan Posted: 29 Jan 2012 11:02 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN - Kesemua 13 buah kereta di sebuah bengkel di Taman Indera Sempura di sini telah disembur dengan cat merah semalam. Kejadian tersebut disedari oleh pemilik bengkel itu selepas seorang pelanggan mengadu kepadanya kira-kira 8 pagi. "Setelah diperiksa, pemilik berkenaan mendapati kesemua 13 kenderaan yang ditinggalkan di bengkelnya disembur cat merah," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt Mohd Haris Daud. Mangsa dikatakan mengalami kerugian kira-kira RM20,000. Motif sebenar kejadian masih disiasat. Sementara dalam satu kes berasingan, seorang pencuri kasut kulit berjenama ditahan Sabtu lalu. Mohd Haris berkata kecurian itu dikesan kira-kira 11 pagi oleh mangsa melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya di Jalan Haji Ahmad di sini. "Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan menunjukkan rakaman CCTV berkenaan kepada polis sebelum suspek berjaya ditangkap pada 7 petang di kawasan berhampiran rumah mangsa," katanya. Beliau berkata suspek kemudiannya mengaku telah memanjat rumah mangsa dan melarikan kasut tersebut yang kemudian disorokkan di kawasan pokok buluh di Jalan Beserah. Suspek yang berumur 29 tahun dan merupakan seorang kalendan lori mempunyai empat kesalahan jenayah lampau.- Bernama Sinar Harian | Kanak-kanak Orang Asli terbunuh dalam kemalangan di Tapah Posted: 29 Jan 2012 10:56 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - IPOH - Seorang kanak-kanaK Orang Asli berumur 12 tahun terbunuh dalam kemalangan di Km48, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tapah semalam. Motosikal yang ditunggang Jesez Kial a/l Pandak dikatakan bergesel dengan sebuah kereta di hadapannya, menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta dari belakang. Menurut Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, DSP Mohamad Roy Hashim, mangsa dari Kampung Batu Berangkai, Kampar meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi. Beliau berkata mangsa dalam perjalanan dari rumahnya untuk ke pekan Tapah. Dalam satu lagi nahas kira-kira 3.50 petang semalam, seorang warga emas Hwang Huai Hoi, 74, terbunuh selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan di Jalan Muzium, pekan Taiping. Sementara itu seorang pemuda G. Munesh Paran, 24, turut terbunuh selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Batu 7, Sitiawan pada pukul 9.30 malam. Seorang penunggang motosikal Andrew Tan Swee Choong, 32, juga terbunuh apabila motosikalnya terbabas ketika melalui selekoh di Km337, Jalan Gerik-Jeli pada pukul 11 pagi semalam. - Bernama Sinar Harian | Curi duit bapa untuk ‘enjoy’, pelajar SPM berdepan penjara Posted: 29 Jan 2012 10:46 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Dek kerana penangan siber kafe, seorang anak sanggup 'mencilok' duit bapanya sendiri bagi membolehkannya menghabiskan waktu bersama rakan-rakannya. Bagaimanapun, tindakan pelajar yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu membawa padah apabila bapanya membuat laporan polis dan dia akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 17 tahun itu telah didapati dengan niat curang mencuri wang tunai RM500 dan sebuah telefon bimbit pada 17 Januari kira-kira jam 7.10 pagi hingga 20 Januari kira-kira jam 8.30 pagi di Taman Permint Jaya, Chendering, dengan anggaran kerugian kira-kira RM540. Oleh yang demikian, dia didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh di penjara maksimum 10 tahun dan denda. Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi. Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Noradila menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebut semula dan menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin. Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 8 malam pada 15 Januari lalu, pengadu, iaitu bapa tertuduh berumur 43 tahun dan bekerja dalam bidang pemasaran telah memasukkan RM500 ke dalam sampul surat serta diletakkan di atas rak kain. Kali terakhir duit itu dilihat adalah pada 17 Januari lalu, kira-kira jam 7.30 petang manakala pada 20 Januari kira-kira jam 8.30 pagi, pengadu melihat semula wang itu dan mendapati ia telah tiada, dipercayai telah dicuri oleh anaknya sendiri. Pada 17 Januari juga, iaitu kira-kira jam 7.10 pagi, bapanya juga mendapati telefon bimbitnya yang diletakkan di ruang tamu telah tiada dan mengesyaki anaknya juga yang mencuri. Hasil siasatan polis mendapati, tertuduh mengaku mencuri telefon bimbit itu dan menjualnya pada harga RM30. Tertuduh juga mengaku mencuri wang tunai bernilai RM500 dan membelanja rakan-rakannya dan menghabiskannya di siber kafe. Pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam kerana mencuri duit bapanya sendiri. Sinar Harian | Hukuman jalin cinta terlarang Posted: 29 Jan 2012 08:20 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit. Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu. Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi. Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. metro/- | Presiden Yaman berubat di AS Posted: 29 Jan 2012 08:00 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - NEW YORK: Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, yang dijangka melepaskan jawatan bulan depan, tiba di Amerika Syarikat kelmarin dalam lawatan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi kecederaan akibat terkena bom sebelum ini. Pesawat yang membawa pemimpin itu berlepas dari Oman untuk ke Amerika Syarikat, singgah di Lapangan Terbang Stansted London untuk mengisi petrol mengakhiri spekulasi sama ada beliau akan melakukan lawatan itu. "Presiden Saleh tiba petang ini di Amerika untuk lawatan singkat bagi menjalani rawatan," kata jurucakap Kedutaan Yaman di Washington, Mohammed Albasha dalam satu kenyataan. Dalam perjalanan yang dianggap rahsia itu, tiada pengesahan di mana lokasi ketibaan Saleh. Sumber British memberitahu AFP bahawa Saleh dalam perjalanan ke New York dan pesawat membawanya singgah di London untuk mengisi minyak. Namun, walaupun media melaporkan bahawa Saleh akan dirawat di Hospital Presbyterian New York, jurucakap hospital itu, Kathy Robinson, memberitahu AFP: "Presiden ketika ini bukanlah pesakit," Selain menyediakan Saleh peluang untuk mendapatkan bantuan perubatan, pemergiannya di Amerika dilihat sebagai membantu memudahkan peralihan kuasa di negara itu daripada tiga dekad pemerintahannya. Selepas beberapa bulan penentangan berdarah di Yaman, Saleh akhirnya menandatangani perjanjian peralihan kuasa pada November. Di London, jurucakap Pejabat Luar Negara mengalu-alukan kedatangan pemimpin Yaman itu. "Pada masa pergolakan dan di Yaman dan ancaman yang semakin meningkat, kita melihat ia membantu Presiden Saleh keluar dari negara itu menjelang pilihan raya presiden sementara pada Februari," jurucakap British. Saleh cedera parah dalam satu pengeboman di istana presiden di ibu negara Sanaa Jun lalu dan dihantar ke Arab Saudi untuk dirawat. Beliau berada di Oman sejak Ahad lalu bersama isteri dan lima anaknya. Awal minggu ini, laporan menyatakan beliau sudah meninggalkan negara itu tetapi ia tidak benar. Pemerhati hak kemanusiaan mengutuk keputusan membenarkan Saleh memasuki Amerika. "Sungguh mengerikan, Presiden Saleh tiba di Amerika untuk menerima rawatan kelas pertama, pada masa sama ratusan mangsa di Yaman dibiarkan tanpa rawatan perubatan dan pasti tiada keadilan bagi kekejaman dialami. "Pentadbiran Presiden Barack Obama mesti menegaskan mereka yang bertanggungjawab bagi kekejaman di Yaman akan dibawa ke kandang tertuduh," kata aktivis Majlis Keadilan Antarabangsa Balkees Jarrah. Duta Amerika ke Yaman, Gerald Feierstein, berkata Saleh diberikan visa atas alasan perubatan semata-mata. "Kami rasa ketiadaannya akan membantu peralihan, kami fikir ia akan membantu atmosfera," katanya. Saleh dijadualkan ke New York bagi rawatan akhir tahun lalu. – AFP | CCTV cegah ponteng sekolah Posted: 29 Jan 2012 07:44 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - RAWANG – Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan belakang sekolah antara langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dan pencerobohan orang luar. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang (Semekar), Mohd Saufi Shafie berkata, perancangan tersebut dijangka dilakukan dalam masa terdekat. Menurutnya, usaha tersebut dicadangkan ibu bapa dan pihak sekolah selepas selepas menerima banyak aduan kehilangan, kerosakan harta sekolah dan masalah disiplin pelajar. "Pemasangan CCTV dibuat sebagai komitmen kita memastikan sekolah sentiasa selamat dan meyakinkan kepada ibu bapa bahawa PIBG sentiasa komited dalam menjaga kebajikan sekolah dan pelajar. "Kita juga akan menaikkan infrastruktur dan prasarana yang dirasakan perlu untuk pembangunan pelajar dari semasa ke semasa," katanya sewaktu mempengerusikan mesyuarat PIBG Kali Ke-32 SMK Rawang, kelmarin. Selain itu katanya, PIBG sedang giat mengumpul dana berjumlah RM200,000 untuk memasang bumbung tempat perhimpunan. "Setakat ini pihak sekolah hanya dapat mengumpul dana RM40,000 dan memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk memulakan projek tersebut. "Pelan struktur bangunan telah dihantar kepada Jabatan Pelajaran Selangor dan masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Pelajaran untuk kelulusan dan dijangka diperoleh Februari ini," katanya. Justeru itu katanya, untuk merealisasikan pembinaan bumbung itu, PIBG bersama sekolah merencanakan pelbagai projek untuk mengutip dana. "Kita merancang untuk mengadakan karnival dan program yang membolehkan kutipan dibuat selain mengedarkan borang sumbangan kepada orang perseorangan. "Mesyuarat juga sebulat suara untuk meminta setiap ibu bapa menyumbang RM30 dan dijangka dapat mengutip melebihi RM80,000," katanya. Sinar Harian | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 29 Jan 2012 11:03 PM PST Usrah medan utama mantap PAS Kedah Posted: 29 Jan 2012 08:08 PM PST KUBANG PASU: Usr ah mingguan bersama ketua-ketua cawangan PAS dan ahli jawatankuasa kerja cawangan PAS tidak pernah ditinggalkan Yang Dipertua (YDP) PAS Kubang Pasu, Dato' Dr Abdul Isa Ismail.Bagi memastikan parti terus kukuh, Abdul Isa yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, sentiasa memastikan usrah mingguan itu berjalan mengikut jadual. "Program dalaman seperti usrah, memang saya tetapkan seminggu sekali. Tidak lain dan tidak bukan, untuk memantapkan parti sendiri.
Program begitu memang penting," tegas beliau ketika dihubungi , 19 Jan lalu.
Selain program dalaman parti, Abdul Isa juga sering terlibat dengan program-program kerakyatan yang membabitkan majlis-majlis daerah dalam Usrah medan utama mantap PAS Kedah program bantuan kepada rakyat.
"Saya memang sentiasa berada di sekitar Parlimen Kubang Pasu, lebih-lebih lagi kerana Kubang Pasu diwakili Umno. Jadi, Kubang Pasu ini merupakan 'anak angkat' PAS.
Jadi, kita sentiasa menjalankan pelbagai program rakyat bagi memastikan rakyat berada dekat dengan PAS," cerita beliau.
Biarpun sibuk dengan tugas sebagai speaker, namun beliau tidak akan duduk diam sekiranya Dun tidak bersidang. Beliau masih mencari ruang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Bagaimanapun, jika beliau tidak mempunyai sebarang majlis rasmi membabitkan kerajaan negeri, rutin beliau sebagai penceramah diteruskan dengan menyampaikan kuliah di surau-surau di Kubang Pasu.
"Itu adalah rutin saya. Manamana ahli PAS pun biasanya mempunyai rutin sedemikian. Semua itu merupakan tanggungjawab saya, dan saya sentiasa bersedia untuk melaksanakannya," cerita beliau lagi.
| |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 29 Jan 2012 09:05 PM PST KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR 2012 Posted: 29 Jan 2012 09:57 AM PST KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR GALAXY D'FUTSAL JALAN JUNID MUAR AHAD 29 JANUARI 2012 YB Dr Mohammad Taslim bersama Ketua Pemuda PAS Muar,Sdr Faizul Salleh (duduk kanan) dan orang-orang kuatnya. Galaxy d'Futsal tempat kejohanan berlangsung.
Urusetia Kejohanan bersiap sedia sejak jam 8.00 pagi lagi. YB Dr Mohammad bersama Team Funny Kick yang ditajanya. Tahniah anak-anak muda ini yang berjaya hingga ke peringkat suku akhir ! YB Dr Mohammad bersama team yang mengambil bahagian. Selamat berjuang dengan semangat kesukanan ! All the best ! Di antara pengurus pasukan. Siap sedia ! Ada gaya johan ni .... Doa perasmian...... | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 29 Jan 2012 09:04 PM PST Tiga beradik tidak sekolah kerana miskin Posted: 29 Jan 2012 06:53 PM PST Tiga beradik tidak sekolah kerana miskin 30 Jan 2012 JEMPOL - Ketika rakan sebayanya pergi ke sekolah, tiga beradik di Ladang Geddes, dekat sini terpaksa melupakannya kerana ibu bapa mereka berhadapan kemelut kewangan. Tiga remaja berkenaan, M. Guna, 15, M. Arjunan, 14 dan M. Mawani, 11 sekadar tumpang gembira mendengar cerita rakan yang bersekolah dan sesekali meminjam buku untuk mengetahui apa yang dipelajari di sekolah. Sebelum ini Guna dan Arjunan pernah bersekolah sebelum mereka terpaksa berhenti pada tahun 2009 kerana kesempitan wang, manakala Mawani pula tidak bersekolah langsung. Bapa mereka, K. Murugaya, 47, be rasa sedih apabila memikirkan masa depan anaknya yang tidak menentu. "Saya tidak bekerja kerana berhadapan masalah kesihatan. Saya menghidap penyakit jantung dan pergerakan juga tidak normal. "Seluruh badan saya kini lemah dan tidak mampu melakukan kerja berat," katanya di sini semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm'Bantulah anak-anak kami bersekolah semula' JEMPOL 29 Jan. - Ketika rakan sebaya mereka ke sekolah, tiga beradik di Ladang Geddes, dekat sini terpaksa melupakan semua itu kerana ibu bapa mereka berdepan dengan kemelut kewangan. Tiga remaja berkenaan, M. Guna, 15; M. Arjunan, 14, dan M. Mawani, 11, sekadar tumpang gembira mendengar cerita rakan mereka yang bersekolah dan sesekali meminjam buku untuk mengetahui apa yang dipelajari di sekolah. Sebelum ini Guna dan Arjunan pernah bersekolah sebelum mereka terpaksa berhenti pada 2009 kerana kesempitan wang, manakala Mawani langsung tidak pernah bersekolah. Bapa remaja ini, K. Murugaya, 47, berkata, dia sedih apabila memikirkan masa hadapan anak-anaknya yang tidak menentu. "Saya tidak dapat bekerja kerana banyak masalah kesihatan. Saya menghidap penyakit jantung dan pergerakan juga tidak normal. "Seluruh badan saya kini lemah dan menyebabkan saya tidak mampu melakukan kerja berat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Sebelum ini Murugaya pernah bekerja di sebuah kilang berdekatan dan terpaksa berhenti sejak dua tahun lalu kerana keadaan kesihatan yang semakin teruk. Katanya ketika ini, isterinya, R. Janaki, 30, terpaksa menguruskan perbelanjaan rumah dengan mengambil upah menoreh getah. "Sekarang dua anak saya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menampung kehidupan," jelasnya, Janaki yang kini sarat mengandung pula sudah jarang ke kebun dan amat berharap agar mendapat bantuan daripada mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan. "Sewa rumah RM150, manakala bekalan air dan elektrik diperoleh daripada rumah jiran. Kasihanlah anak-anak kami yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup," ujarnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm | Tawaran Menaja Sistem PA untuk Surau di Rembau Posted: 29 Jan 2012 01:25 AM PST Surau Taman Chembong Utama di Rembau memohon sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sistem pembesar suara (PA System) yang amat diperlukan untuk aktiviti harian, majlis ilmu serta ceramah. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun CIMB Rembau atas nama SURAU TAMAN CHEMBONG UTAMA , No Akaun 0501-0002587-20-5 Semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, insyaAllah. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang serta sudi memanjangkan (forward) hajat saudara kita dari Taman Chembong Utama. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Surau di 014-2268837 | |
PAS Kawasan Miri Posted: 29 Jan 2012 07:30 PM PST Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Masih Diperlukan Memimpin PAS Untuk Semua Posted: 29 Jan 2012 09:05 AM PST PAS Sarawak Mahu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Terus Memimpin PAS Untuk Semua Assalamualaikum wbt
Kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dihormati dan dikasihi, PAS Sarawak dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak (DHPP) ingin menyatakan sokongan kepada Tuan Guru Presiden agar terus memimpin dan berada dalam parlimen Malaysia selagi nyawa masih dikandung badan.
Tuan Guru Presiden harus tetap memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana keilmuan yang meluas dalam bidang agama Islam serta pengalaman Tuan Guru dalam politik di Malaysia sangat dikagumi oleh rakan dan pihak lawan. Tuan Guru memiliki sifat akhlak yang baik, serta tidak pernah melakukan penyelewengan dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang memimpin PAS dan juga memerintah Terengganu satu ketika dulu. Sifat yang mulia inilah yang menyebabkan orang Islam dan bukan Islam menerima Tuan Guru sebagai pemimpin yang adil untuk semua.
Tuan Guru telah berjaya bersama-sama menyatukan ketiga-tiga parti (PKR,DAP dan PAS) dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), maka inilah masanya Tuan Guru sama-sama menikmati hasil perjuangan Pakatan dalam Pilihanraya Umum ke13 nanti.
Dalam keadaan PR menghampiri laluan ke Putrajaya paling tidak, Tuan Guru diperlukan untuk menjadi antara pemimpin paling atas dalam pucuk pimpinan Malaysia jika PR berjaya membentuk kerajaan nanti, Insya-Allah.
Kita tahu ada pihak musuh dalam politik menggunakan isu pengunduran Tuan Guru sebagai alasan mereka mengatakan ada krisis kepimpinan dalam PAS dan Pakatan. Sekarang pihak musuh akan menggunakan apa saja cara untuk mengadu domba dan memecahbelahkan pimpinan Pakatan agar hasrat Pakatan untuk menawan Putrajaya gagal dan Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah Malaysia.
Khidmat dan sumbangan ilmu pengetahuan Tuan Guru sangat diperlukan, kami akan merasa suatu kehilangan yang besar kiranya Tuan Guru mengundur diri pada waktu ini, lebih-lebih lagi perjuangan PAS di Sarawak masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari Tuan Guru.
Sekarang PAS Sarawak telah berjaya menyakinkan rakyat Sarawak agar sama-sama berjuang menegak keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sokongan rakyat terhadap PAS Sarawak tengah meningkat naik dan mereka yakin PAS bersama dengan PR dapat menawan hati rakyat yang berbilang bangsa di Sarawak.
Kami sekali lagi merayu kepada Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dihormati dan kasihi, agar memikirkan semula hasrat Tuan Guru untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Kita berdoa kepada Allah, semoga Tuan Guru Presiden sentiasa dalam kesihatan yang baik dan terus berjuang bersama menegakkan Negara kebajikan yang bercirikan Islam untuk semua.
Salam perjuangan dari PAS Sarawak
Berjuang kerana Allah
Jofri Jaraiee YDP PAS Miri, merangkap Timbalan Pesuruhanjaya iii PAS Sarawak
English version
PAS Sarawak want Tuan Guru Haji Abdul Hadi continues to lead PAS for All Assalamualaikum wbt
To our respected and beloved Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, President of party Islam Se-Malaysia (PAS), PAS Sarawak and Sarawak PAS Supporters Congress, would like to state support to the Tuan Guru President to continue to lead and be in Malaysian parliament as long as life remains conceived by body.
Tuan Guru President should remain lead the Islamic Party of Malaysia (PAS) as a broad knowledge in the field of Islamic religion and experience of Tuan Guru in Malaysian political are admired by friends and opponents. Tuan Guru has a good moral character, and never did abuse and not misuse of power during lead PAS and once ruled Terengganu. The character of this noble cause Muslims and non-Muslims accept Tuan Guru as a leader who just for all. Tuan Guru was successful, integrate together with the three parties (PKR, DAP and PAS) in the combination of Pakatan Rakyat (PR), then this is the time, Tuan Guru together enjoy the fruits of the PR struggle in this coming 13th General Election.
In PR approaching the route to Putrajaya, Tuan Guru needed most to be among the top leaders in Malaysia if the PR leadership succeeded in forming the government soon, God willing.
We know there are political opponents using the issue of withdrawal of Tuan Guru as the reason they say is a crisis of leadership in PAS and Pakatan. Now the enemy will use whatever means to compete the sheep and divide the Alliance leadership so that the Alliance's intention to capture Putrajaya failed and the Barisan Nasional (BN) will continue ruled Malaysia.
Services and the knowledge contribution of Tuan Guru is indispensable, we will feel a great loss if Tuan Guru stepped down in this period, especially the struggle of PAS in Sarawak still need guidance and direction from the Tuan Guru.
Now PAS Sarawak has successfully convinced the people of Sarawak to jointly fight justice for all regardless of race, religion and political belief. The supports from the people against PAS Sarawak are increase and they are confident, PAS together with Pakatan can win the hearts of the people of different races in Sarawak.
Once again, we request to our respected and beloved Dato 'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang to rethink the desire of Tuan Guru to step down in this coming 13th general election.
We pray to Allah, May the Tuan Guru President is always in good health and continues to struggle together to uphold the welfare state which features, Islam is for all.
Struggles greeting from the PAS Sarawak
Fighting for Allah
Yours faithfully, Jofri Jaraiee PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii | |
Rembau Hari Ini Posted: 29 Jan 2012 07:19 PM PST Tawaran Menaja Sistem PA untuk Surau di Rembau Posted: 29 Jan 2012 01:26 AM PST Surau Taman Chembong Utama di Rembau memohon sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sistem pembesar suara (PA System) yang amat diperlukan untuk aktiviti harian, majlis ilmu serta ceramah. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun CIMB Rembau atas nama SURAU TAMAN CHEMBONG UTAMA , No Akaun 0501-0002587-20-5 Semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, insyaAllah. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang serta sudi memanjangkan (forward) hajat saudara kita dari Taman Chembong Utama. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Surau di 014-2268837 | Jelajah Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan Feb 2012 Posted: 28 Jan 2012 08:11 PM PST SIRI JELAJAH CERAMAH PENERANGAN Manifesto Pakatan N.Sembilan serta isu semasa
CERAMAH SIRI 1 Tarikh : 5 Feb 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban Penceramah : YB Salahuddin Ayub, Adly Zahari, Chegubard, YB Hj Taufek, Ustaz Fairus
CERAMAH SIRI 2 Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : DUN Paroi , UPU Senawang(tempat akan dimaklumkan) Penceramah : YB Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa, Nazree Yunus, Hakki Bawadi
CERAMAH SIRI 3 Tarikh : 24 Feb 2012, Jumaat Masa : 9 mlm Tempat : DUN Paroi (tempat akan dimaklumkan) Penceramah : Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Nazree Yunus, Ustaz Nasaei, Hakki Bawadi
CERAMAH SIRI 4 Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : DUN Chembong (tempat akan dimaklumkan) Penceramah : YB Ng Suee Lim, Chegubard, Ustaz Norazman Mohamad, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 29 Jan 2012 03:05 PM PST HADI SILA TARIK BALIK KENYATAAN : ANWAR Posted: 29 Jan 2012 06:01 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka mampu untuk memenangi. Presiden PAS itu menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu. "Saya harapkan Ustaz Hadi (gambar) akan menarik balik keputusannya itu kerana khidmatnya amat diperlukan. "Beliau penting buat PAS dan juga Pakatan Rakyat," jelas DSAI. Pemimpin PKR itu turut menambah, beliau akan berjumpa Hadi "dalam masa terdekat" bagi memastikan Ahli Parlimen Marang itu "kekal mengetuai kepimpinan PR." Abdul Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan PR beliau termasuk, Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama. .... minta Tuan Guru pertimbangkan demi kami semua .... takbir!!!! | (GAMBAR) Ustaz Azhar 28 Jan 2012 - Masjid Ar Ridhuan & Download Posted: 29 Jan 2012 04:37 AM PST klik sini untuk muat naik (amaran: Hanya untuk koleksi diri sendiri bukan dijual)
... apa kata UMNO???... | HASAN! SIAPA SEBENARNYA PARASIT? Posted: 28 Jan 2012 04:42 PM PST Kat sini aku nak bagi paham kenapa PAS tak sertai HIMPUNAN Sejuta Ummat... itulah akibatnya bila meeting PAS tak dihadirinya... dia yang tak paham dikatakannya PAS yang tak paham.... itu yang aku kurang paham.... so sekarang mungkin Hasan lebih paham... atau sapa2 yang dok sokong kuat sangat Hasan Ali boleh paham le kenapa PAS tak sertai HIMPUNAN Sejuta Ummah.... jangan salahkan PAS... salahkan diri sendiri sebab tak hadir meeting.....huhuhuhuhuh | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 29 Jan 2012 11:34 AM PST Tok Guru Nik Aziz Yang Di sayangi semua Posted: 29 Jan 2012 03:37 AM PST | Haji Zul Pikul Amanah realisasikan ‘Negara Berkebajikan’ PAS Kemama Posted: 29 Jan 2012 02:11 AM PST - menghapuskan 'khurafat' Umno menjadikan rakyat sebagai 'komoditi' KEMAMAN – Sempena Sambutan Ulangtahun PAS Ke-60 PAS Kawasan Kemaman, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kemaman telah mengadakan enam komponen pameran dan perkhidmatan. Menurut Pengerusinya, Haji Zulkifli Md Yakim pihaknya menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan as-Syifa'serta khidmat guaman dan kaunseling syariah bagi para pengunjung selain pameran bermaklumat daripada Kumpulan Menentang Kanser (Fight Cancer Group) dan Polis diraja alaysia (PDRM).
"Untuk pengetahuan, kita buat pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan Islam as-Syifa', (pameran) Fight Cancer Group (FCG) (dari) MAKNA, (pameran) PDRM (untuk bahagian) jenayah dan trafik, khidmat guaman dan kaunseling untuk kes-kes domestik, syariah dan juga (kes) sivil,"jelasnya
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari kedua Sambutan, Sabtu 28 Januari di tapak program, Dataran PASTI Mak Chili Kemaman, dekat sini.
[Gambar - Haji Zul menyampaikan cenderahati kepada pihak PDRM yang menyertai pameran dalam Program Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-60 Kawasan Kemaman]
Katanya, Objektif pameran dan perkhidmatan tersebut, ada hubungkaitnya dengan konsep 'Negara Berkebajikan' yang akan menjadi manifesto pilihanraya PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Katanya, Negara berkebajikan bermatlamat membentuk masyarakat hidup dengan sejahtera dan harmoni di dunia hingga ke akhirat, bukan bermaksud menjadi Negara kebajikan (welfare state) sebagaimana yang diamalkan di Negara-negara Barat.
"Negara berkebajikan sebagaimana yang di manifestokan adalah tawaran kita kepada rakyat Malaysia bagaimana untuk hidup secara sejahtera,
"harmoni serta tingkat hidup (standard of living) yang lebih bermutu, (tetapi) bukan dengan (hanya) 'mata benda' sebagaimana yang ditawarkan oleh Umno (BN),"katanya.
Menurutnya, konsep kebajikan diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengumpan rakyat dengan duit, sebenarnya menjadikan rakyat sebagai 'barangan komoditi'.
Oleh itu, tawaran Negara Berkebajikan PAS juga akan menghapuskan pemikiran 'khurafat' yang telah dididik oleh Umno, bahawa merekalah yang berupaya memberikan kesenangan hidup kepada rakyat.
Akbatnya, kata beliau, rakyat meletakkan kepentingan kebendaan terlalu tinggi sehingga sanggup menukar iman dan akidah.
"Sebagai contohnya, untuk mendapatkan duit RM500, penerima bantuan rakyat 1Malaysia, terpaksa menunggu sehingga 5 hingga 6 jam sebagaimana yang berlaku di (Kampung) Seri Bandi dan Kijal baru-baru ini, "rakyat sanggup berhujan (dan berpanas) dan meningggalkan solat (demi mendapatkan wang tersebut),"tegasnya.
Beliau yang juga seorang ahli perniagaan menegaskan, termasuk dalam konsep berkebajikan PAS adalah, menghapuskan konglomerat-konglomerat yang memonopolikan perniagaaan mereka sehingga menjadi kuasa penentu harga barangan dan perkhidmatan.
"Salah satu cara bagaimana kita (Negara berkebajikan) boleh meningkatkan pendapatan rakyat adalah dengan menghapuskan monopoli daripada konglomerat-konglomerat yang menentukan harga (barangan dan perkhidmatan) di pasaran, (ia sepatutnya) dinilai ikut pasaran (iaitu rakyat),"kata beliau.
Katanya, ia adalah satu 'amar makruf' yang menjadikan kehidupan rakyat lebih baik apabiladapat menikmati harga barang yang lebih murah | Umno Takut Dengan Kebebasan dan Demokrasi Posted: 28 Jan 2012 03:54 PM PST
KEMAMAN - Bila kebebasan demokrasi dibuka dan rakyat boleh memilih mengikut naluri mereka, nescaya Islam akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sebagaimana yag berlaku di Negara-gara Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.
Apabila pemerintahan 'kuku besi', diktator Hosni Mubarak di jatuhkan oleh rakyat Mesir dan pilihanraya bebas diadakan, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) yang menjadi sayap politik Ikhwanul Muslimin menang.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, FJP telah memenangi lebih 250 kerusi Parlimen daripada 600 kerusi parlimen pada pilihanraya Parlimen Mesir baru baru-baru ini.
"Bila jatuh rejim Hosni Mubarak berlaku pilihanraya adil dan bebas kita lihat Ikhwanul Muslimin mencapai kejayaan besar, sekarang mereka berada di parlimen lebih daripada 250 orang daripada lebih kurang 600 ahli parlimen,
"ertinya, parti Islam PAS Mesir mencapai kemenangan bila ada demokrasi,"ujarnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat PAS Kawasan Kemaman.
Menurutnya, sekiranya berlaku pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga akan mencapai kemenangan sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Katanya, keyakinan tersebut turut disuarakan oleh para pelajar Malaysia di Mesir kepadanya sewaktu beliau melawat dan bertemu dengan mereka pada 25 Januari baru-baru ini.
Oleh itu, beliau berkata, rakyat tidak takut dengan demokrasi dan kebebasan, tetapi yang takut dengan adalah Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Sebab itu kita jangan takut dengan demokrasi, jangan takut dengan kebebasan, kerana yang takut dengan demokrasi, yang takut dengan kebebasan adalah Umno,
"Umno Mesir tersungkur bila ada kebebasan, Umno Tunisia tersungkur bila ada kebebasan dan demokrasi, Umno Malaysia (juga) akan tersungkur, rebah (dan) ranap) bila ada demokrasi,"jelasnya.
Hadir sama dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut hadir adalah Pebolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Yang DiPertua PAS Kemaman Ismail Harun dan Ahli-ahli Jawtankuasa PAS Kawasan Kemaman. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 29 Jan 2012 09:33 AM PST Tawaran Menaja Sistem PA untuk Surau di Rembau Posted: 29 Jan 2012 01:24 AM PST Surau Taman Chembong Utama di Rembau memohon sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sistem pembesar suara (PA System) yang amat diperlukan untuk aktiviti harian, majlis ilmu serta ceramah. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun CIMB Rembau atas nama SURAU TAMAN CHEMBONG UTAMA , No Akaun 0501-0002587-20-5 Semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, insyaAllah. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang serta sudi memanjangkan (forward) hajat saudara kita dari Taman Chembong Utama. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Surau di 014-2268837 | Masih ramai teraniaya dek Projek Perumahan Terbengkalai Posted: 28 Jan 2012 08:48 PM PST Walapun pelbagai skim perumahan rakyat yang diperkenal, hakikatnya masih ramai rakyat Malaysia yang teraniaya akibat terbelenggu dengan masalah projek perumahan yang terbengkalai, ada yang menanggung hutang, ada yang muflis, ada yang hutang keliling pinggang akibat permasalahan perumahan terbengkalai yang tiada nampak jalan penyelesaiannya disebalik begitu banyak nama perumahan untuk rakyat dilancarkan , dicanang-canangkan setiap hari. Berikut hanya sebahagian kecil sahaja permasalahan rakyat yang terbelenggu dek projek perumahan terbengkalai dari http://terbengkalai.blogspot.com PROJEK PERUMAHAN SEPEKAN MAKMUR, PEKAN, PAHANG Untuk makluman pihak tuan, kami pembeli rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu menyelesaiakn masalah CF masih tidak dapat dan masih tidak dapat menduduki rumah yang kami beli. Mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006 aduan telah dimaklumkan kepada yb. di kawasan ini tetapi sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kami menemui jalan buntu. Perbincangan dengan pemaju janji hanya tinggal janji sejak 2006 hingga lah sekarang. TAMAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi. TAMAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG Kira-kira 600 pembeli unit rumah kos rendah dan sederhana Fasa 3, Taman Desa Kempas dekat Tampoi di sini, kecewa kerana rumah yang mereka beli sejak lebih 10 tahun lalu masih belum siap, selain terpaksa membayar ansuran pinjaman bank. TAMAN SRI BEMBAN, BATU GAJAH, PERAK Saya seorang anggota polis di kontinjen Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002. TAMAN PULAI JAYA, KULAI, JOHOR Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya TAMAN SRI LAMBAK, JOHOR Semenjak tahun 2004, Rumah yang dibeli di Fasa 4, Taman Sri Lambak, Kluang Mukim Rengam masih terbengkalai. Dailog telah beberapa kali diadakan tetapi tiada apa tindakan hingga sekarang. Syarikat USRA ASS. Sdn Bhd tiada lagi rasa bertanggungjawab. Aduan Ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah dibuat, Lawatan Pegawai juga telah melawat kedudukan di tahap sama. Ini Rumah Pertama pun tiada pembelaan oleh Kerajaan bagaimana pula Program Rumah Pertamaku yang dilancarkan. TAMAN SRI NILAM, TANGKAK, JOHOR Saya mewakili pembeli-pembeli rumah di Taman Sri Nilam, Tangkak, Johor ingin membuat aduan mengenai projek terbengkalai di Taman Sri Nilam ini. Projek tersebut dijanjikan siap pada penghujung tahun 2004 dan akan diberi kunci pada awal tahun 2005, tetapi sehingga sekarang projek masih terbengkalai. Bagi kami kakitangan kerajaan dan swasta yang membeli rumah tersebut, setiap bulan gaji kami dipotong melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan dan swasta melalui Pinjaman Bank. PUTATAN PLATINUM APARTMEN, KOTA KINABALU Alasan yang diberikan SPNB bahawa kelewatan projek ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah berlainan daripada sumber yang saya perolehi iaitu kerana pembayaran yang tertangguh daripada pihak SPNB. Semestinya ia menyukarkan kontraktor sekiranya tiada pusingan modal setelah kerja yang mereka telah laksanakan tidak mendapat bayaran.(common-senselah). Tempoh siap yang dijanjikan sepatutnya bulan Ogos 2011 terpaksa dilanjutkan lagi sehingga tahun depan iaitu bulan September 2012 memakan masa selama setahun. PEMAJU RHID DEVELOPMENT SDN BHD Saya salah seorang pembeli rumah projek perumahan terbengkalai di Jalan Kebun Telok Panglima Garang klang selangor.saya amat kecewa dengan apa yang telah berlaku,sehingga kini tiada apa-apa pembinaan diatas tanah yg telah diratakan.Dari tahun 2004 sehingga kini 2012 hutang bank makin bertambah,kini telah mencecah lebih dari 100 ribu ringgit,dan tindakan undang2 yang diambil untuk mengisytiharkan muflis terhadap saya.pemaju yang menjalankan projek ini ialah RHID DEVELOPMENT SDN BHD. | Jelajah Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan Feb 2012 Posted: 28 Jan 2012 08:08 PM PST SIRI JELAJAH CERAMAH PENERANGAN Manifesto Pakatan N.Sembilan serta isu semasa
CERAMAH SIRI 1 Tarikh : 5 Feb 2012, Ahad Masa : 9 mlm Tempat : Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban Penceramah : YB Salahuddin Ayub, Adly Zahari, Chegubard, YB Hj Taufek, Ustaz Fairus
CERAMAH SIRI 2 Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : DUN Paroi , UPU Senawang(tempat akan dimaklumkan) Penceramah : YB Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa, Nazree Yunus, Hakki Bawadi
CERAMAH SIRI 3 Tarikh : 24 Feb 2012, Jumaat Masa : 9 mlm Tempat : DUN Paroi (tempat akan dimaklumkan) Penceramah : Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Nazree Yunus, Ustaz Nasaei, Hakki Bawadi
CERAMAH SIRI 4 Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : DUN Chembong (tempat akan dimaklumkan) Penceramah : YB Ng Suee Lim, Chegubard, Ustaz Norazman Mohamad, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan | Makan ala kampung bersama Presiden PAS Posted: 28 Jan 2012 03:24 PM PST Orang ramai adalah dijemput hadir ke Majlis Kenduri Rakyat bersama Presiden PAS YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang pada 19 Feb 2012 hari Ahad bermula jam 8 malam di Kg. Batu, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis ini adalah merupakan program anjuran bersama PAS Kawasan Rembau, PAS DUN Chembong, PAS DUN Kota serta PKR Rembau dan Kg. Batu. Tiada sebarang bayaran atau kupon dikenakan untuk Program Makan Malam sempena Majlis Kenduri Rakyat ini. Alhamdulillah pihak penganjur setakat ini telah menerima sumbangan seekor lembu, beras serta bahan masakan lain untuk program ini. Kepada mereka yang masih ingin menyumbang untuk menjayakan lagi program ini, masih ada peluang untuk menaja peralatan logistik seperti beberapa buah khemah yang dianggarkan kosnya sekitar RM2,000. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Rembau di BIMB 05012010073347 atau di Maybank 155126945930 atau menghubungi Pengarah Program Sdr Rozmal di talian 012-2267406 . | |
Pemuda Guchil Posted: 29 Jan 2012 09:11 AM PST |
Jasindaily Online Posted: 29 Jan 2012 09:09 AM PST |
Landskap Siasah Posted: 29 Jan 2012 07:12 AM PST Teknik video seks..teknik asasi UMNO selamanya Posted: 28 Jan 2012 08:36 PM PST UMNO terdesak lagi.....seks adalah darah daging UMNO Video seks 2.0: Satu lagi percubaan cemarkan Anwar' Laporan muka depan di akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam yang memetik salah seorang anggota Trio 'Datuk T' mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi percubaan untuk mencemarkan reputasi ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden PKR, N Surendran. Katanya, kenyataan Datuk Shuib Lazim yang juga bekas bendahari PERKASA, dalam Utusan Malaysia adalah satu percubaan yang jelas untuk meletakkan asas bagi video seks baru yang direka bertujuan untuk mencemarkan reputasi Anwar. "Kami menjangkakan lebih banyak pita lucah seumpama itu akan direka dan diedarkan memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," kata Surendran berkata dalam satu kenyataan lewat semalam, sambil mendakwa ia adalah taktik "kotor dan tidak bertamadun" Umno dan BN. Mac tahun lalu, Trio 'Datuk T' - Shuib, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik - telah menayangkan kepada wartawan di Kuala Lumpur sebuah video aksi seks seorang lelaki yang mirip Anwar dengan seorang wanita. Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video tersebut, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai. Mengenai cabaran Shuib supaya Anwar membuktikan yang mereka salah melalui ujian forensik atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", Surendran menyifatkannya sebagai satu taktik "yang memalukan dan terdesak" Umno. Semalam, 'Trio Datuk T' mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat". Dalam laporan muka Utusan Malaysia itu, Shuib dilaporkan berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand. Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay. Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac tahun lalu, adalah bukan Anwar. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 29 Jan 2012 03:37 AM PST Hanya CSL yang takut, orang Cina semua suka kepada PAS, DAP & PKR Posted: 28 Jan 2012 10:58 PM PST Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengecam Presiden MCA, Chua Soi Lek kerana "bercakap bohong tanpa mengelip mata" untuk menegaskan bahawa PAS adalah parti yang mendominasi gabungan Pakatan, dan orang-orang Cina harus mengundi untuk gabungan BN yang diketuai Umno kerana PAS parti Islam. "Ini adalah mengapa MCA telah jatuh merudum. Mereka mempunyai pemimpin yang tidak berprinsip yang menipu besar, ditambah lagi dia merupakan seorang yang fanatik perkauman dan agama. Komen Soi Lek juga adalah satu penghinaan kepada Islam. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kami telah dididik dari muda untuk menghormati semua agama, dan setakat ini, hanya orang-orang seperti Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali dan Chua Soi Lek yang mengatakan agama ini lebih tinggi, bahawa agama itu tidak baik dan agama lain keterlaluan. Bagaimana orang seperti ini boleh layak untuk menerajui negara kita," Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle. "Ia juga adalah sangat jelas bahawa Soi Lek takut akan DAP dan PKR. Sepertimana (Perdana Menteri) Najib takutkan Anwar. Itulah mengapa terdapat tekanan untuk mewujudkan Liwat II dan semua jenis tuduhan untuk menjatuhkan Anwar. Soi Lek takut orang Cina akanmengundi DAP dan PKR. Tetapi saya boleh memberitahunya sekarang, orang Cina lebih suka untuk mengundi PAS berbanding MCA, itu sudah pasti. " Belajar menghormati semua agama, Soi Lek yang tidak sopan diberitahu Jui Meng merujuk kepada satu temu bual yang Soi Lek berikan kepada Malaysian Insider. Presiden MCA itu menaikkan hantu pemerintahan Islam, dengan berkata bahawa masyarakat Cina telah mula jatuh kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka kini sedar bahawa "memperkasakan DAP bererti membuka jalan untuk PAS". "Ia adalah PAS yang akan menjadi parti dominan. Ia adalah PAS yang akan membuat keputusan, PAS yang akan memerintah rakyat jika mereka (pembangkang) mendapat kuasa. Jika mereka mendapat kuasa, PAS yang akan memerintah, "kata Soi Lek. Tetapi walaupun Soi Lek dengan yakin menyatakan ini sebagai fakta, menafikan bahawa ini adalah semata-mata rancangan parti itu untuk menarik undi Cina pada pilihan raya umum yang akan datang, beliau tidak dapat memberitahu kenapa ini begitu menakutkan apabila menegaskan BN adalah Umno yang dicemari rasuah. "Media Umno BN yang digunakan untuk membakar kami dengan berkata PAS adalah rakan seperjuangan rendah dalam Pakatan kerana kita memenangi kerusi terkurang. Mereka berkata kami cemburu dan cuba untuk mewujudkan perasaan buruk-sangka antara kami bertiga. Malah, walaupun tiada mereka mendesak bahawa ia ada. Tetapi Soi Lek adalah presiden MCA dan bukannya pemberita. Beliau perlu menghormati parti sendiri dan bercakap dengan tanggungjawab yang lebih besar. Cara dia bercakap sekarang, tiada siapa akan menghormati MCA, "MP Kuala Krai PAS Hatta Ramli memberitahu Malaysia Chronicle. Cuma melihat apa yang beliau mahu dan tidak menghiraukan selebihnya Tetapi benar-benar tidak sedar, Soi Lek memberi amaran bahawa "hari kemegahan" PAS bakal cepat tiba dan menolak apa-apa kemungkinan bahawa PKR akan menjadi parti yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat (PR). "Saya tidak akan mengatakan ini adalah sebuah rancangan. Mengatakan ini adalah rancangan kami bererti kita sedang bermain. Inilah apa yang disedari oleh orang-orang Cina bahawa undi untuk DAP memperkasakan DAP, mengukuhkan DAP, (dan) membuka jalan untuk PAS, yang akhirnya mungkin mencapai peringkat pusat, "katanya. PKR, katanya, tidak sepadan dengan rakan Islamnya dari segi organisasi, disiplin parti dan yang paling penting, kesetiaan ahli, menyebabkan parti tersebut yang paling lemah daripada tiga parti di dalam PR. Bekas Menteri Kesihatan berkata walaupun keyakinan PKR dalam mengetuai perarakan pakatan pembangkang ke Putrajaya, parti itu telah menghadapi bilangan berpaling tadah terbesar daripada pemimpin-pemimpin utama. "PKR mungkin adalah satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin akan berarak ke Putrajaya, satu-satunya parti yang akan menuntut kemenangan hangat, tetapi mempunyai masalah terbanyak. Ia adalah satu-satunya parti yang sepatutnya muncul tertinggi tetapi bilangan ahli yang meninggalkan PKR amat menakutkan - 50 pemimpin kanan telah pergi, termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang telah secara terbuka berkata mereka mempunyai hubungan yang terputus dengan PKR," kata Soi Lek. MCA kehilangan lebih banyak kerusi dari PKR, tetapi Soi Lek lupa Walaubagaimanapun, Soi Lek terlupa untuk menyatakan walaupun PKR kehilangan sejumlah bilangan wakil-wakil yang dipilih, ia masih memegang lebih banyak kerusi di Parlimen daripada MCA yang hanya memegang 15. Untuk mengelakkan ini daripada berulang, ketua de facto PKR Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang, telah berkata bahawa parti itu akan membariskan 40 peratus calon baru pada pemilihan akan datang, berjanji untuk membariskan calon profesional yang lebih berpendidikan, bukan aktivis. "Saya tidak mahu terus mengulanginya tetapi ia adalah kerana kekurangan pendirian berprinsip ini bahawa MCA telah gagal untuk bangun kembali daripada abu 2008. Soi Lek menuding jari pada PKR, tetapi gagal berkata mengenai kehilangan kerusi MCA sendiri. Dia memberi amaran terhadap parti PAS tetapi tidak menyebut pembuli BN sendiri iaitu Umno. Apakah ini? Apakah jenis manusia seperti ini?" tanya Jui Meng, bekas naib presiden MCA, yang mengetahui bahawa Soi Lek dicemari skandal. Bekerjasama dangan Umno bagi menghasilkan rasuah perkauman Jui Meng, seperti pemimpin MCA yang lain, telah memberi amaran kepada komponen BN bahawa ia bakal kehilangan sekurang-kurangnya 30% daripada ahli-ahlinya kepada PKR dan DAP. Penghijrahan besar-besaran itu adalah kerana ahli yang kecewa putus asa terhadap Soi Lek dan pasukannya, kata Jui Meng. "Hanya kaji apa yang dikatakan Soi Lek, satu demi satu fakta. Yang mana satu dia tidak berputar belit atau memberi alasan? Beliau bercakap mengenai NFC dan menyalahkan Shahrizat untuk tidak bertindak balas dengan pantas tetapi sepantas kilat, dia bergegas untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengendalikan keadaan dengan baik, apabila ia adalah bertentangan sebenarnya. Najib sepatutnya serta-merta menasihatkan Shahrizat untuk mengambil cuti dan memerintahkan siasatan tetapi tidak, beliau menyertai Shahrizat dalam mendesak bahawa NFC merupakan helah pembangkang," kata Jui Meng, bekas Ahli Parlimen Bakri. "Dan pada hujung minggu, Ibrahim Ali telah mula mengkaumkan rasuah di NFC. Ibrahim Ali berkata jika orang-orang yang digelapkan dari NFC Melayu dan dari Umno, dan pembuat bising orang bukan Melayu, maka ia tidak salah. Ia bukannya mencuri tetapi suatu perbuatan patriotik, dan orang-orang yang dihukum sepatutnya pembuat bising disebabkan warna kulit mereka. Tetapi dari Soi Lek, tiada sebarang bunyi. Bagi beliau, ini boleh diterima. Padanlah ahli-ahli MCA menukar parti." Malaysia Chronicle | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan