KOMENTAR TUKAR TIUB apa makna berita ini? dari mana berita ini datang? berita ini disiar dari utusan meloya akhbar yang dimiliki oleh united malays national organisation lihat tajuk berita ini bukan kah ini memberi tanda bahawa najib razak lembik memberi makna yang najib razak tak tegas najib ialah presiden parti akbar ini milik parti sekarang akhbar parti sendiri telah berani buat tajuk berita macam ini ini bermakna najib memang lembik ini bermakna najib memang tidak tegas ini juga bermakna utusan telah mengambil garis untuk menyokong muhyiddin
Minta PM bertegas
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Najib Razak diminta bertegas dan jangan sesekali tunduk dengan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible versi Melayu. Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, ketegasan itu perlu memandangkan permintaan Guan Eng tersebut amat melampau. ''''Kita umat Islam di Pulau Pinang akan terus bangkit menentang habis-habisan kerana permintaan Guan Eng ini sememangnya melampau,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menjawab satu pertanyaan Mohamed Hafiz yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini terutama dalam konteks umat Islam Pulau Pinang. ''Banyak pihak yang marah dan atas sebab itu kita menggesa Perdana Menteri jangan layan dengan permintaan Guan Eng ini. ''Setakat hari ini sahaja 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bergabung dan kami percaya esok akan menjadi lebih besar lagi,'' katanya.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... NAJIB INI BETUL TAK ADA KELAS.... klah kah kah.. kah kah kah... EEEE PUN SUDAH BERANITIBAI.... kah kah kah... kah kah akh..KALAU EEE DAH BERANI TIBAI YANG LAIN LAGI BERANI...kah kah kah.. NOTA: bayangkan kalau rosmah melarikan diri dengan eee kah kah kah
--------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalendar yang didakwa didalangi oleh MCA diedarkan kepada orang ramai. Mesej yang tertera cuba menanamkan rasa takut/benci orang bukan Islam terhadap hudud, PAS, dan PR.
Yang menyedihkan, hudud diperlekehkan oleh puak ini. Maklumat yang kononnya mahu menyedarkan orang bukan Islam ini jelas bercanggah dengan hudud yang cuba dilaksanakan di negara ini.
Apa kata Pekida, JATI, Perkasa, mufti UMNO, ulama UMNO?
Kata-kata pada kalendar itu jelas mengaitkan orang bukan Islam dengan pelaksanaan hudud. Adakah hudud untuk SEMUA?
Yang masih belum faham, sila baca artikel di pautan ini.
Mayat mangsa dibawa ke kenderaan polis untuk tindakan lanjut. Foto AFP
Yahoo News melaporkan wanitaIndia yang menjadi mangsa rogolberamai-ramai selain dipukul dan dicampak dari bas yang sedang bergerak meninggalduniapada pagi Sabtudi Singapuraselepas mengalamikegagalan organ yang serius.
Wanita berusia23 tahunitutelahditerbangkan ke SingapurapadahariKhamisuntuk mendapatkan rawatan intensif kerana mengalami kecederaan yang serius setelah diserangolehenam lelakidi dalam sebuah basdi New Delhipada 16 Disember lalu. Mangsa dirogol bergilir-gilir, dipukuldenganbarbesi,dandicampakdari bas yang sedang bergerak.
"Kami amatsedihuntukmelaporkanbahawapesakit tersebut meninggal duniasecaraamanpada pukul 04:45pagi (2045GMT)pada 29Disember2012,"kata KelvinLoh,Ketua eksekutifHospitalMount ElizabethSingapura.
"Keluargadan pegawai-pegawaidariSuruhanjaya TinggiIndia berada di sisinya."
Wanita ituberadadalam keadaanyang sangatkritikalsejakdimasukkanke hospital. MenurutLoh, para doktor bertungkus lumus untukmenyelamatkan nyawanya.
"Beliau telahmengalamikegagalan organyangseriusberikutankecederaanyang dialami pada badandan otak," kata Loh.
Menurut laporan media, pihakberkuasadi Indiatelahbersediauntuksebarang kemungkinan berikutan kematian mangsa. Kes rogol tersebut telah mencetuskanprotes besar-besaran sejak laporan tentang kes itu didedahkan oleh media. -DCM
Rata-rata pemandu teksi mengeluh dengan Program Bantuan Tayar 1 Malaysia (BT1M) yang merupakan program dibawah Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA)- sebuah program insentif bagi pemandu teksi menerima baucer subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.
Menurut pemandu teksi yang ditemui Malaysiakini pada perhimpunan pemandu teksi bersama pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin, baucer tersebut tidak mencukupi memandangkan mereka terpaksa membayar wang tambahan kepada bengkel yang membuat penukaran tayar tersebut.
S Mahesan, 53, yang sudah bekerja sebagai pemandu teksi selama dua tahun berkata, baucar tersebut sepatutnya membantu pemandu teksi meringankan beban untuk menukar tayar, tetapi sebaliknya berlaku.
Katanya, ramai pemandu teksi lain turut mengalami keadaan sama apabila terpaksa membayar wang sekitar RM30 bagi dua tayar serta terpaksa membayar wang upah pemasangan tayar.
"Dia (kerajaan) bagi tayar. Tapi lepas ambil tayar, orang bengkel caj dua tayar RM30, kalau empat tayar sudah kena RM60. Sepatutnya percuma tapi kena bayar. Pasang tayar pun dia caj kita. Kadang-kadang bengkel kata tayar tak ada.
"Kalau kata bantuan penuh jangan kasi keluar duit dari poket kita lah," katanya.
Selain itu, bagi Khalid Hasni, 42, yang sudah memandu teksi hampir 10 tahun di sekitar Lembah Klang memberitahu, masalah lain yang dihadapi oleh pemandu teksi berhubung pemberian baucar tersebut ialah tayar yang diberi merupakan tayar bersaiz 13.
Jelas Khalid, ia menyukarkan bagi pemandu teksi jenis Proton Waja yang menggunakan tayar bersaiz 14.
"Tayar saiz 13 ini biasanya pada kereta Proton Iswara, Wira, Saga. Size 14 untuk (Proton) Waja. Tapi baucer itu untuk tayar saiz 13, jadi pemandu teksi Waja kena tambah harga lebih banyak.
"Nak kata (baucar) tak membantu langsung tak ada lah. Tapi tak membantu sangatlah sebab kita masih perlu keluarkan duit sendiri," katanya.
Bagi S Vineswaran, 42, yang memandu teksi hampir empat tahun pula berkata, daripada baucar RM520 tersebut, pemandu teksi jenis Proton Waja perlu menambah wang kira-kira sebanyak RM400 bagi empat biji tayar.
Vineswaran berkata, harga tersebut mahal memandangkan harga tayar bagi sebuah kereta Proton Waja berharga RM230.
"Macam saya, nak tukar satu tayar harga RM230. Empat tayar RM920. Baucer itu cukup untuk dua tayar sahaja. Lagi dua tayar saya kena tambah sendiri. Itu tak termasuk upah untuk pemasangan, balancing.
"Banyak lagi masalah pemandu teksi. Macam masalah dengan (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) PUSPAKOM, dengan masalah ulat teksi lagi. Tipulah kalau kerajaan tak tahu tentang benda ini," katanya lagi
Keadaan banjir di Terengganu malam tadi menyaksikan peningkatan bilangan mangsa manakala situasi di Kelantan dan Pahang tidak berubah.
Menurut portal portal rasmi kerajaan negeri-negeri berkenaan, jumlah terkini keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ialah 23,307 orang berbanding 21,013 petang tadi.
Di KELANTAN, 18,531 mangsa melibatkan 4,343 keluarga kini berada di pusat pemindahan berbanding 14,880 petang tadi.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, 62 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di lima daerah di negeri ini kecuali Setiu dan Besut yang telah pulih dan telah menutup pusat pemindahan mangsa banjir.
Pusat pemindahan di Kemaman mencatat bilangan mangsa terbesar iaitu 12,160, diikuti Dungun (5,309 orang) dan Kuala Terengganu (1,002 orang).
Dua lagi pusat penempatan banjir di Hulu Terengganu (36 orang) dan Marang (24 orang) menunggu masa ditutup berikutan hanya tinggal baki keluarga yang belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Hanya satu laluan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kilometer 8 Jalan Tepoh-Kuala Jengai berdekatan Bandar Al-Muktafi Billah Shah.
Di KELANTAN, 4,594 mangsa banjir kini berada di 11 pusat pemindahan berbanding 5,951 petang tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Tumpat mempunyai bilangan paling ramai mangsa iaitu 2,427, diikuti Pasir Mas (2,136) dan Kota Baharu (31).
Ia dijangka berkurangan esok berdasarkan keadaan cuaca yang baik sejak semalam.
Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 9.81 meter (bahaya 9 meter), namun ia semakin surut. Sungai-sungai lain pula sudah kembali ke paras normal.
Zon bebas cukai Rantau Panjang yang lumpuh sejak dua hari lalu, dijangka kembali beroperasi selewat-lewatnya lusa berikutan air semakin surut di pekan itu.
Bagaimanapun, penduduk Kelantan diingatkan supaya bersedia menghadapi pusingan kedua banjir berikutan hujan yang dijangka kembali melanda Pantai Timur bermula Ahad.
Di PAHANG, maklumat di portal banjir Majlis Keselamatan Negara menunjukkan bilangan mangsa banjir kekal 182 orang. Bernama
PKR berkata ia akan melobi kerajaan Selangor untuk menyekat pembelian sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dikaitkan dengan kontroversi antara ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah.
Ini kerana tanah itu terletak di Selangor dan memerlukan kelulusan kerajaan negeri untuk memboleh pembelian itu diteruskan.
PKR strategi pengarah Rafizi Ramli (kanan) menyifatkan urusniaga itu - untuk membeli 80 peratus kepentingan Deepak dalam syarikat Astacanggih Sdn Bhd untuk RM30 juta dan membeli tanah seluas 200 ekar dari syarikat Raja Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk RM130 juta - sebagai "lebih teruk daripada tindakan menyelamat" kerana ia adalah satu cubaan untuk membayar semua pihak dan menutup mulut mereka.
Boustead Holding Sdn Bhd milik LTAT telah mengumumkan bahawa ia akan membuat pembelian itu melalui anak syarikat milik penuh yang Bakti Wira Sdn Bhd. Rafizi berkata PKR masuk campur kerana ia kini membabitkan RM160 juta wang awam yang datangnya dari dana pencen anggota tentera. "
Rafizi menuduh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT untuk mengeluarkan RM160 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.
"Kita telah kehilangan RM250 juta kerana lembu disebabkan oleh seorang menteri, kita tidak mahu kehilangan RM160 juta lagi wang pesara kerana seorang lagi menteri," katanya merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation.
Katanya, oleh kerana tanah itu berada di Selangor, maka ia tanah tidak boleh diurusniagakan tanpa kelulusan kerajaan negeri tetapi mengakui ia tidak mempunyai kuasa dalam menghentikan pembelian saham dalam Astacanggih
KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD, DIEDARKAN KEPADA ORANG RAMAI!!!!!!!
PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI SEMUA PAKAT SENYAP MEMBISU TERKELU LIDAH!!!!
Kalendar tahun 2013 hina HUDUD yang dipercayai dicetak dan ditaja/biayai oleh MCA, rakan sekutu karib paling akrab dan disayangi serta disanjungi UMNO semenjak belum Merdeka.
Nak tahu juga dimana perginya suara garang bengis Pemuda UMNO/PERKASA/JATI/PEKIDA/PESILAT yang dok terlalak terlong memekik memekak kononnya akan pertahankan Islam sampai sanggup mati bermandikan darah, hancur badan berkecai tulang.
Najib bilang undi UMNO adalah undi pertahankan Islam dan aqidah.
Ini sampai dah buat kalendar 2013 apa cerita.
Dulu dalam Persidangan Agung Tahuan MCA didepan Najib Razak, Presiden MCA @ Raja Porno Malaysia, Chua Soi Lek hina HUDUD, Najib tersenyum dan hadihkan MCA RM30juta.
Yang kerja buat/cetak/edar kalendar 2013 hina HUDUD boleh dapat berapa juta pula???????
Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
"Apabila penjenayah rapat dengan 'orang atas', yang teraniaya adalah masyarakat," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.
Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.
Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.
Beliau menekankan kesan "domino" aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.
"Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.
"Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland," kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran 'halal' di Belanda sambil menambah, "Orang nak pergi pun segan.
" Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.
"Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.
"Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat," katanya.
Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.
"Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat," katanya.
MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.
Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.
Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .
Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.
PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara. -TMI
Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.
Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.
Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.
Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.
Ulasan GB
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.
GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.
Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.
Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo
Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":
Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI DERRR...
Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR...
*Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha... -fb
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band').
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'.
"Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor.
Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.
Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.
Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.
Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.
"Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau.
Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.
Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.
Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu.
Ulasan GB
Pencacai UMNO melalui akhbar mereka SIASAH, kantoi untuk burukkan kerajaan PR Selangor.
Ternyata tiada kelab malam yang dibuka di Shah Alam, hanya pengusah sebuah kafe yang baru "menyalahgunakan" permit yang diberikan kepada mereka.
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.
Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.
Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.
"Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai," kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.
Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja.
"Hanya pengedar dilantik sahaja diberikan rebat ini, maka model yang lama dalam simpanan mereka akan dikeluarkan semula dan ini akan menguntungkan mereka.
"Sudah tentu model lama itu nanti tidak mampu membantu golongan muda mendapat capaian 3G dan internet yang dikehendaki pada masa ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Mengulas lanjut, pelaksanaan rebat RM200 disifatkan sebagai tidak relevan kerana harga telefon bimbit lebih rendah berbanding kos perkhidmatan 3G dan internet yang terpaksa ditanggung pengguna, lebih-lebih lagi menggunakan prabayar.
"Bukan telefon pintar yang penting tetapi perkhidmatan 3G internet itu lebih mustahak, walaupun harganya murah namun anak muda yang guna prabayar terpaksa membayar lebih untuk guna perkhidmatan itu.
"Sebab itu, kita Pakatan Rakyat berpandangan peruntukan rebat itu lebih wajar dibelanjakan dalam penyediaan internet tanpa talian di seluruh negara khusus kawasan tumpuan orang muda," tegasnya.
Dalam pada itu, Rafizi juga mempersoalkan permohonan rebat ini terhad kepada 1.5 juta anak muda walhal tegasnya jumlahnya di seluruh negara mengatasi angka tersebut.
"Saya kira jumlah itu tak masuk akal malah mengapa perlu dihadkan kalau benar-benar ikhlas nak bantu golongan muda menggunakan perkhidmatan internet dan 3G.
"Saya anggarakan jumlah mahasiswa saja sudah lebih 500,000 orang, ini tidak termasuk anak muda yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja," jelasnya.
Pemberian rebat telefon pintar RM200 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 pada September lalu.
KUALA LUMPUR - Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki telefon pintar.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, belia yang mampu membeli telefon pintar berharga lebih RM500 tidak perlulah memohon supaya peluang terbuka kepada belia lain yang kurang mampu memenuhi kuota 1.5 juta orang di bawah tawaran Pakej Komunikasi Belia itu.
"Jika mampu beli telefon pintar berharga RM1,000 hingga RM2,000, tidak perlulah mengharapkan bantuan kerajaan beli telefon. Ramai lagi belia lain yang perlukan bantuan ini.
"Belia perlu belajar tengok keperluan (rakan) yang lain, bukan tengok keperluan kita sendiri sahaja," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohamed Maliki mengulas keresahan kalangan belia mengenai pengumuman kerajaan memberi rebat itu yang hanya untuk pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500.
Menurut belia berkenaan, telefon pintar dalam lingkungan harga tersebut tidak mempunyai fungsi yang mereka kehendaki dan meminta rebat RM500 itu dinaikkan.
Dua hari lepas, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata bahawa telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui Pakej Komunikasi Belia itu untuk mendapatkan rebat RM200, hanyalah bagi telefon berharga sehingga RM500.
Mengumumkan rebat tersebut ketika membentangkan Bajet 2013 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta bagi tujuan berkenaan.
Mohamed Maliki berkata, golongan belia perlu melihat keperluan sebenar mereka yang mahu dipenuhi kerajaan di bawah pakej tersebut, iaitu memberi kemudahan internet berkelajuan tinggi 3G bukannya untuk memenuhi kehendak mereka memiliki gajet berteknologi tinggi.
Beliau berkata, bukanlah telefon pintar berharga RM1,000 atau RM2,000 sahaja yang boleh memberi akses 3G ini, malah telefon pintar berharga di bawah RM500 juga boleh berbuat demikian.
"Setiap belia perlu sedar kemampuan kewangan kerajaan ada hadnya. Tidaklah boleh sewenang-wenangnya memberi subsidi kepada semua belia. Perlu ada kewajarannya dalam memberi bantuan ini," katanya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, kerajaan perlu memantau ketat kriteria pemilihan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat bantuan.
"Kalau dah mampu beli telefon pintar barharga sampai RM2,000 tidak perlulah bantuan kerajaan lagi," katanya.
Ma'amor berkata, selain pembelian telefon pintar, belia perlu melihat kepada kos yang perlu ditanggung selepas memiliki telefon itu seperti membayar bil telefon dan internet.
"Belilah telefon ikut keperluan kita. Pakej 3G ini pelbagai, jangan ikutkan perasaan sampai RM100 sebulan bayar bil kerana mahu internet kelajuan tinggi tapi akhirnya tidak mampu bayar," katanya.
Tinjauan Bernama di beberapa buah kedai menjual telefon pintar mendapati terdapat lebih 20 jenis model telefon pintar mempunyai fungsi 3G dan berharga kurang daripada RM500 sebuah.
Seorang peniaga peralatan komunikasi di Low Yatt Plaza di sini, Chung Wai Kit berkata, kedainya pada masa ini menawarkan lapan model telefon pintar yang mempunyai fungsi 3G.
Beliau berkata, tidak guna membeli telefon mahal jika tidak menggunakan semua fungsi yang ada di dalam alat komunikasi tersebut. - Bernama
KUALA LUMPUR - Seramai 15,488 individu dan syarikat di Wilayah Persekutuan yang dikenal pasti cukup haul tahun ini untuk membayar zakat pendapatan dan perniagaan masih belum berbuat demikian.
Pengurus Besar Operasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohammed Hassan berkata bilangan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM42.8 juta.
Bagi Januari hingga November tahun ini, PPZ telah pun menerima kutipan lebih RM311.8 juta daripada 102,291 pembayar zakat, katanya kepada pemberita ketika meninjau pembayaran zakat di kaunter zakat Masjid Negara di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohammed berkata individu dan syarikat yang masih belum membuat pembayaran zakat masih berpeluang untuk berbuat demikian di sembilan kaunter PPZ mulai pukul 8.15 pagi hingga 8 malam pada Ahad dan Isnin ini.
Kaunter tersebut dibuka di Shamelin Perkasa (Ibu Pejabat); Daruzzakah Kampung Baru; Masjid Negara; Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail; Masjid Imam Al-Ghazali Kepong; Masjid Abdul Rahman Auf Jalan Puchong; Presint 9 Putrajaya dan Ujana Kewangan di Labuan.
Sementara kaunter di Pusat UTC Kuala Lumpur, Pudu Sentral akan dilanjutkan waktu operasi sehingga pukul 10 malam pada hari yang sama.
"Pada waktu biasa operasi kaunter ialah 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mereka yang datang membayar pada dua hari itu akan menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan.
"Ia juga sesuai untuk membawa keluarga bagi didikan awal kepada anak-anak berkaitan zakat," katanya.
Beliau juga berkata, mereka yang ingin membayar zakat melalui perbankan internet boleh melakukannya sebelum jam 12 tengah malam esok bagi membolehkan tarikh resit dapat dikeluarkan pada tahun ini juga.
"Jika transaksi (perbankan internet) dibuat pada hari Isnin, mereka perlu menelefon talian zakat 1-300-88-5757 segera bagi membolehkan resit dikeluarkan pada hari yang sama, sebelum memasuki tahun baru," katanya. - Bernama
KOTA BHARU - Debaran berdepan kadi antara pengalaman yang dikongsi Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas majlis akad nikahnya di rumah pengantin perempuan, semalam.
"Pengalaman berdepan tok kadi merupakan satu perasaan yang berlainan jika dibandingkan dengan perasaan ketika berhadapan ribuan penyokong di stadium.
"Ketika perlawanan, saya berdepan dengan dua kelompok iaitu yang menyokong dan tidak menyokong saya, sebaliknya pula di sini (majlis akad nikah), semua yang hadir mendoakan kesejahteraan kami," katanya.
Beliau yang kini sah menjadi suami kepada Nur Eilunie Natasha Nazri, atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha berkata, pengalaman tersebut membuatkannya lebih matang dan juga bersedia berhadapan dengan tanggungjawab yang bakal dipikul.
"Saya akui gementar tadi berlainan dari biasa dan saya bersyukur hanya dengan sekali lafaz sahaja, kami selamat diijabkabulkan," katanya.
Ketika ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata, Apex berkata, semuanya terpulang pada rezeki dan menerimanya jika diberi dalam masa terdekat ini.
"Saya rancang empat orang cahaya mata dan apa yang penting ianya terpulang pada rezeki kami dan kami juga terima jika ianya hadir dalam masa terdekat ini," katanya.
Beliau berkata, hubungannya dengan Leuniey juga bukan sekadar sahabat, teman sejati dan isteri, tetapi sebagai seseorang yang sangat istimewa yang perlu dijaga setiap masa.
Sementara itu, Apex juga memberitahu status sebagai seorang suami tidak membebankan dirinya sebagai salah seorang pemain bola sepak terkemuka di Malaysia.
"Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan dalam masa yang sama akan membahagikan masa dengan sebaik mungkin supaya seimbang antara karier dan rumah tangga," katanya.
Apex turut berkongsi rahsia tentang ciri-ciri wanita idamannya yang ada pada Leuniey.
"Saya pilih Leuniey sebab dia memahami saya, saya seorang yang sibuk dan apa yang penting, dia sudah biasa dan faham dengan tugas saya dan kerjaya saya di padang. Kalau 'ditinggalkan' untuk perlawanan dia tidak pernah merungut.
"Beliau seorang yang lemah lembut dan berbudi pekerti tinggi, membuatkan hati saya tertarik untuk memilihnya," katanya.
Dalam majlis tersebut, keluarga pengantin lelaki hadir dengan tema pakaian berwarna sedondon ungu dan disambut dengan keluarga pengantin perempuan yang bertemakan warna kuning keemasan.
KUALA LUMPUR - Tujuh penghuni rumah di kawasan puncak Persiaran Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam tadi.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata sebagai langkah keselamatan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kejadian benteng runtuh itu diminta segera berpindah bagi mengelak bencana lebih besar.
"Kita menghadapi masalah tanah gelongsor yang melibatkan rumah kedai di bahagian bawah yang diminta berpindah bersama dengan rumah di seberang jalan," katanya ketika ditemui pemberita di Persiaran Jalan Bukit Setiawangsa di sini, hari ini.
Sebelum itu, Pemolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya telah mengarahkan tiga penghuni rumah banglo dan peniaga-peniaga di 13 lot kedai dua tingkat untuk berpindah berikutan pergerakan tanah dikesan di kawasan itu 4 pagi tadi.
Azizan berkata jalan menuju ke Puncak Setiawangsa terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian yang lebih buruk akibat pergerakan keluar masuk kenderaan.
Sementara itu, Ahmad Phesal berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis dan lain-lain agensi akan memantau pergerakan tanah runtuh dari semasa ke semasa, katanya.
Beliau mengharapkan keadaan cuaca yang baik, kerana sekiranya hujan lebat, ia akan memburukkan lagi keadaan di kawasan itu.
"Pada masa yang sama, kita menghadapi masalah laluan keluar masuk bagi kawasan ini. Berikutan itu, DBKL telah membuat keputusan untunk membuat satu jalan alternatif keluar masuk yang lain," katanya.
Ahmad Phesal berkata jalan alternatif yang dibuat hanya dibenarkan untuk laluan penduduk yang menetap di sana untuk berpindah manakala orang luar tidak dibenarkan masuk.
"Penduduk-penduduk yang terlibat akan diberi bantuan dan dipindahkan ke dewan berdekatan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) berkata ketinggian puncak itu dianggarkan 50 hingga 60 meter manakala punca kejadian sebenar masih disiasat.
"Pihak kami akan memasang peralatan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah," katanya.- Bernama
KUALA LUMPUR : Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.
KUALA LUMPUR : Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu , 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.
"Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
"Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.
KUALA LUMPUR : Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.
"Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?" kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu.
"Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat," katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam.
Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak.
"Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat.
"Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara," katanya.
Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam.
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM) membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri ini.
Pegawai JPAM Terengganu, Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib, berkata jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan sendut dan haiwan itu diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.
Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, biasanya pada musim banjir, ular akan mencari tempat perlindungan apabila sarangnya ditenggelami air.
Katanya orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan operasi banjir daerah dan negeri yang dibuka 24 jam untuk mendapatkan bantuan menangkap ular yang memasuki rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Badrul Hisyam yang meminta Khairy memberi penjelasan mengenai hutang Agro Bank.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin yang mendakwa beliau tidak membayar pinjaman berjuta ringgit dengan Agro Bank.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam untuk langkah susulan. "Tuduhan beliau tidak benar. Tidak tolak kemungkinan tindakan undang-undang terhadap beliau (Badrul Hisyam)," kata Khairy melalui SMS hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Badrul Hisyam yang meminta Khairy memberi penjelasan mengenai hutang Agro Bank yang belum dibayar.
Badrul Hisyam yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mendakwa, pinjaman tersebut diperolehi Khairy semasa bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Pemimpin muda PKR itu juga mendakwa beliau mendapat maklumat berdasarkan dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih mengenai perkara tersebut.
Mohon penjelasan
"Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Agro Bank?" kata Badrul dalam blognya.
Berikutan itu, beliau memohon Khairy memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
"Jika ini semua benar wajarlah pimpinan BN bersungguh-sungguh mengelak untuk membuat pengisytiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.
"Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.
"Anak muda terpaksa sorok kereta hanya kerana tiga bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?
"Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula? "kata Chegu Bard lagi
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor berkata penerbitan kalender dwibahasa didakwa secara jelas untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.
PETALING JAYA: PAS Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud yang didakwa membawa mesej untuk mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalender tahun baru 2013.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata penerbitan kalender dwibahasa iaitu Cina dan Inggeris didakwa secara jelas untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.
"Dewan Pemuda Pas Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," katanya.
Menurut Hasbullah tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini.
Maka pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang didakwa juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah.
Ujar beliau, cukup jelas penerbitan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.
"Dewan Pemuda Pas Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini," ujarnya.
Presiden Tamil Progresive Team, A Kalaimughilan mendakwa pegawai berkenaan menghina Malaysia ketika beliau pergi ke kedutaan tersebut semalam.
PETALING JAYA: Presiden sebuah NGO membuat laporan polis terhadap seorang pegawai tinggi Kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur kerana mendakwa pegawai berkenaan menghina Malaysia ketika pergi ke kedutaan tersebut semalam.
Presiden Tamil Progresive Team, A Kalaimughilan membuat laporan tersebut di balai polis Pudu, petang semalam.
Menurutnya, beliau membuat laporan polis tersebut kerana mendakwa pegawai berkenaan telah menghina Malaysia.
Kalaimughilan berkata, beliau membawa tiga pekerja muda warga Sri Lanka yang didakwa didera, pukul dan tidak dibayar gaji serta paspot dipegang oleh majikannya di Johor.
Bagaimanapun, beliau mendakwa pegawai tinggi kedutaan Sri Lanka itu telah menghalau beliau dan tiga pekerja berkenaan.
"Pegawai tersebut memberitahu saya, NGO tidak boleh masuk ke kedutaan Sri Lanka. Dia juga berkata tanah ini milik kerajaan Sri Lanka.
"Beliau hanya mendiamkan diri apabila saya berkata, tanah kedutaan itu milik kerajaan Malaysia," kata Kalaimughilan.
Penjelasan Kedutaan Sri Lanka
Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka Sunny Vickramasinghe ketika dihubungi berkata Kalaimughilan menceroboh masuk ke dalam kawasan kedutaan.
Kawasan kedutaan mempunyai tahap keselamatan setara dengan negara asing, katanya.
"Kalaimughilan datang bersama bapanya dan seorang jurugambar. Mereka masuk ke kawasan kedutaan setelah mendakwa bahawa mereka adalah majikan.
"Ini kawasan larangan. Mana boleh mereka ambil gambar. Penyambut tamu pejabat kami turut dikasari," kata beliau.
Sunny menambah seorang dari tiga pekerja tersebut memohon untuk mendapat status pelarian manakala dua lagi merupakan pendatang haram.
"Sebagai NGO mereka membantu ketiga-tiga mereka untuk membayar denda RM400 di Jabatan Imigresen. Pihak kami sanggup mengeluarkan pas agar mereka boleh pulang,"katanya.
Sunny turut bahawa pihaknya tidak mahu berurusan dengan Kalaimughilan yang mempunyai rekod sebagai penyokong pejuang Tamil Eelam.
Pasangan itu bernikah di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.
TUMPAT: Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di sini, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.
Pada majlis tersebut juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie.
Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut.
Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata beliau bersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
`Saya gementar'
"Alhamdulillah majlis perkahwinan saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya pilih Leuniey (Nur Eilunie) kerana beliau faham dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Sebagai contoh, saya pulang untuk membuat persediaan majlis ini sehari sebelum majlis berlangsung.
"Saya akui gementar ketika melafazkan akad nikah tetapi perasaan itu tidak sama ketika beraksi di atas padang kerana ramai yang beri sokongan dan mendoakan saya pada hari ini," katanya.
Khairul Fahmi berkata beliau akan terus mengekalkan prestasinya sebagai penjaga gol nombor satu negara walaupun telah berkahwin.
Beliau berkata akan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Allah s.w.t dan berharap untuk menimang sekurang-kurang empat cahaya mata.
Sementara itu, bagi Leuniey pula, beliau berharap Apek akan menjadi 'kapten' kepada keluarga mereka dengan baik walaupun sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melanda.
Ini jodoh
"Saya bersedia sepenuhnya sebelum menjadi isteri Khairul Fahmi. Ketika bercinta, keluar pelbagai cerita dalam akhbar dan blog, namun saya tak cepat melenting dan ambil pendekatan berbincang dengannnya bila sesuatu kontroversi timbul.
"Ini jodoh yang telah ditentukan dalam perjalanan hidup kami. Saya bersyukur kami telah disatukan," katanya yang turut menyifatkan Khairul Fahmi sebagai seorang yang romantik dan penuh kejutan.
Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini belum merancang untuk berbulan madu berikutan Khairul Fahmi kini sibuk dengan persiapan menjelang Liga Malaysia yang bakal bermula pada Januari depan.
Majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Hotel Renaissance Kota Baharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Khairul Fahmi di Cherang pada 5 Januari.
Selain itu, pasangan itu turut dijadual untuk mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Januari ini dan turut menerima tajaan bernilai kira-kira RM300,000 daripada pelbagai pihak.Bernama
BACHOK, 29 Dis ― Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata beliau tiada kaitan dengan dakwaan kelulusan tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Beliau berkata surat yang ditandatanganinya ketika menyandang jawatan Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah bertarih 16 Jan 2006 adalah sebagai sokongan untuk menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan bersepadu tanaman getah hutan dan industri hiliran di kawasan itu.
"Saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Awang Adek (gambar) yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata surat itu sekadar memanjangkan permohonan bagi mendapatkan bantuan membangunkan tanah di kawasan terbabit.
"Surat itu dikeluarkan berikutan permohonan Pengurus Besar Upayapadu Plantation Sdn Bhd, Bazlin Ab. Hamid untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di Kelantan.
"Itulah yang tertera dalam surat berkenaan dan saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti yang didakwa," katanya.
Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata perbuatan mengaitkan namanya dalam isu itu adalah satu fitnah dan pembohongan. ― Bernama
Pada 30 November 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.
Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya beranggapan itu strategi Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.
Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato' Seri Zahid Hamidi.
Walaupun awalnya Dato' Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.
Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.
Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato' Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.
Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato' Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.
Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT. Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.
KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 29 DISEMBER 2012
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band').
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'.
"Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor.
Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.
Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.
Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.
Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.
"Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau.
Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.
Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.
Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu.
KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.
KUALA LUMPUR - Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.
Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.
Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.
Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit itu dan difahamkan kurang daripada 10 terletak berhampiran tebing itu.
"Ini kejadian pertama sejak saya menetap di sini 16 tahun lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Pasukan bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian.
Penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman masing-masing dan mengambil dokumen dan barangan penting selain mengalihkan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Seorang penduduk B.Selvarani, 26, berkata beliau terdengar bunyi tanah runtuh di belakang rumah teresnya di bawah tebing berkenaan.
"Tanah yang runtuh hampir masuk ke dalam rumah saya," katanya yang ketika kejadian sedang membasuh baju.
Selvarani berkata, dia segera membawa keluar anggota keluarganya seramai empat orang dari kediamannya.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis dan bomba belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
Tarbiyah Umno kepada ahlinya paling berjaya. Ahlinya cukup setia dengan Presidennya. Apa yang tak ditudoh kepada Najib.
Najib takut bini.
Najib bikin hutang paling besar
Najib lembik membuat keputusan
Najib terima rasuah kapal selam
Malah, Najib membunuh Altantunya!!!!
Tetapi ahli Umno tak percaya semua tuduhan itu. Ahli Umno tetap setia dengan pemimpinnya. Pas pun tak akan dapat buat macam ini. Ustaz Idris Ahmad, tauke tarbiah Pas kena belajar dengan Umno bab ini. Ha ha.
MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.
Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.
"Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman. "Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.
Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.
"Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut.
Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. hrk
Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi telah menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).
Urus niaga itu, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT
Bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.
Wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah.
Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas..
Kita menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar .
Pendedahan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, wajar di ketengahkan memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya..
Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.
Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo
Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":
Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI
Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH
*Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha...
penyapu sial
Hancur lah melayu iongang tongeng olih ayahanda pekida mabuk mundar mandir tanpa arah hancus umno bn haram jadah parti syaitan
BN UMNO memang haram jadah galak pengikut2 nya ikut syaitan, rakyat dibodohkan dgn duit BRIM dll sdngkan tu bukan duit BN UMNO haram jadah, mereka hanya jalankan amanah. Sebab itu takut kalau kalah sebab akan terbongkar semua apa kebusukan haramjadah
Jd juri maharaja lawak bkn main lg sound peserta jhn persenda agama tp dia jd kapir dan xsedar lg,live bkn main lmbut gigi dr lidah...puuuiiihhhh
PEKIDA = PEKEMBAR BERMAKSUD :- = PRTBUHAN KEBAJIKAN ISLAM & DAKWAH = PRTBHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU = SATU AYAHANDA, SATU LAGI PRESIDEN
FUNGSI UTAMA :- = KUASA MEMBERI LESEN ARAK/JUDI DLL = HASIL HALAL/HARAM PUKUL RATA = PERBODOHKAN RAKYAT DUNIA/AKHIRAT = SONGLAP DUIT SANA SINI = JUAL ARAK = PERKAYAKAN KRONI = TIPU SANA SINI = PESTA MAKSIAT = PERLINGKUPKAN UGAMA DAN MELAYU = INI MAZHAB BARU KE...?
lembu lembu UMNO bertopengkan bendera PAS...alahai tak kan tak kenal lansung lembu lembu ini...sebijik lembu UMNO...rakyat tak kan terpedaya...bikin malu kaum mamak pulau pinang ajer...
Diusunglah bendera-bendera PAS oleh lembu-lembu berserban yang mengaku ahli-ahli PAS di P.Pinang membantah permohonan Lim Guan Eng untuk menggunakan nama "Allah' di dalam kitab Kristian terjemahan Melayu itu.
Tebal mana pun serban mereka, jika sudah lembu semua kenal dengan bau lembu. TV3 suku yang memang tugasnya mencari bangkai apa pun akan berselera dengan bangkai yang ditawarkan. Apa masalahnya dengan isu Kalimah Allah? Bukankah di P.Pinang di bawah Lim Guang Eng sekarang ini terdapat larangan penggunaan Kalimah Allah yang telah diwartakan? Jadi, apa yang lembu--lembu takut sangat?
Lim Guan Eng di dalam Konvensyen DAP baru-baru hanya menyuarakan kehendak penganut agama Kristian sahaja. Ertikata lain, Lim Guan Eng 'mohon' sahaja. Beliau tidak memaksa atau mengugut jauh sekali untuk menentang. Apabila Lim Guan Eng memohon, maka siapakah yang berkuasa menentukan permohonannya itu? Tidak salah untuk sesiapa jua memohon, tetapi perlu akur jika keputusan sudah dibuat.
Sekarang ini, ada negeri yang sudah diwartakan larangan penggunaan Kalimah Allah digunakan di dalam kitab Kristian, ada negeri yang belum wartakan. Pendirian kita sama seperti pendirian PAS iaitu Kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja. Tetapi, mana-mana penganut agama lain boleh bertanya atau memohon apa yang mereka perlukan tetapi pemerintah mesti buat keputusan yang mana mereka mesti patuhi keputuisan tersebut.
Demontrasi lembu-lembu yang mengaku PAS itu satu demontrasi yang menunjukkan bekunya hati mereka. Kononnya ahli PAS tetapi semenjak dari dulu wajah yang sama juga muncul sebagai pencacai murahan.
apalah malang main rasuah ratus ribu dah kena 8 tahun jel...
tengok ni ...akak ko yang bela lembu juta juta di kondo tak kena apa apa...malah dapat gelaran datuk lembu lagi
: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.
Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.
Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.
Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.
penyapu sial
ringan pula hukuman makan rasuah untuk ahli UMNO. sepatutnya harta si perasuah mesti dirampas dan orang tersebut mesti dilucutkan warganegara dia barulah betul. Sebab dia sudahpun mengkhianat amanah yang diberikan.
ni baru BILISnya.mana yang JERUNG serta RAKSAKSAnya.IBARAT irama dan lagu...RASUAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARI UMAT um NO dan B angkai N egara. slogan SAPUU SATU MALAYSIA RAKYAT AKAN DIPERBODOHLEMBUKAN DAHULU....... PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN memang jd pegangan DULU KINI DAN SELAMAYA mereka.

patung isa samad pukimak ini wajar di bakar....bukan di sebat aje...perasuah tak tau malu ini di lantik jadi pengerusi FELDA untuk tutup skandal najib altantuya dan ziana zain di port dickson beberapa tahun dahulu.
Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.
ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malayia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.
Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.
Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan “Undur Isa Samad”, “Hancur Isa Samad”, dan “Felda Bebas, bebas Felda”.
Rundingan tersebut kemudiannya menyaksikan enam wakil daripada ANAK dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut termasuk Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, dan ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkerusi roda dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan Aliman dalam ucapannya menegaskan, empat kandungan memorandum tersebut antaranya adalah mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera bagi menghentikan kekacauan di dalam FELDA; mengembalikan semula tanah seluas 360,000 hektar tanah yang dipajak kepada Felda Global Venture Holdings (FGVH); menghentikan penjualan minyak kepada Israel; dan juga menghentikan campurtangan politik di dalam FELDA.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) jangan sambung kontrak Isa Samad,” kata Mazlan merujuk kepada kontrak Isa yang bakal tamat 31 Disember depan.
“Tindak tanduk Isa telah merosakkan reputasi FELDA dan menjejaskan perjalanan FELDA pada keseluruhannya.
“Latar belakang beliau yang dikaitkan rasuah dan pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA adalah kesilapan besar dilakukan Perdana Menteri,” jelas Mazlan dalam memorandum yang diserahkannya.
Memorandum tersebut kemudiannya diterima oleh dua wakil daripada FELDA.
Sejurus selesai memorandum itu diserahkan, wakil daripada ANAK, termasuk R. Tanggam kemudiannya “menyebat” patung Isa menggunakan rotan, sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Protes yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu kemudiannya tamat jam 3.30 petang dalam keadaan aman.
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersedia menjawab isu 'amanat' jika diberi ruang untuk beliau keluar siaran langsung di televisyen perdana.
"Minta beri saya ruang sejam secara langsung dalam TV1 dan TV3 untuk saya jelaskan tentang amanat dan tuan-tuan boleh tanya saya lepas tu," katanya.
Beliau yang baru sahaja pulang dari luar negara berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru di Terengganu hari ini. -Hrkh
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat.
Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN.
"Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur.
Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali.
Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN.
"Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita.
Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam.
Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir.
Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat.
Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin.
Program bermula solat Maghrib.
Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali.
Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan.
Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka.
"Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi," ujarnya.
Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.
"Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
"Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.
Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang
Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. -KD
Siang tadi selepas solat jumaat berlaku satu demo yang didakwa oleh blog pro Umno di anjurkan oleh PAS P. Pinang. Namun demo tersebut di sanggah oleh PJ PAS P. Pinang, beliau mendakwa PAS P.Pinang tidak mengeluarkan arahan untuk melakukan apa-apa demo pada hari ini.
Habis tu.. yang berdemo tu adalah orang Umno sendiri yang menyamar jadi orang PAS. Bila Addin tengok berita tu tadi, Addin dah agak mesti kerja-kerja pencacai Umno untuk memburukkan PAS di mata DAP..
Jadi.. Umno kantoi lagi..
PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar
PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.
Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.
Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.
Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.
"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.
Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily
KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu."Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama."Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.
Namun, dana Bakti Wira dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.
Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik."Ini lebih teruk daripada bail out," katanya.
Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd."KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang," katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.
"Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan," kata Rafizi. ~kd
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini, hari ini.Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.
Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah."Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas," katanya.
Mengaskan Zahid Hamidi patut berhati-hati dalam membuat pelaburan terbaik untuk kepentingan anggota tentera, Rafizi menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT."Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar hingga Najib Razak.
"Saya akan mendedahkan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya," kata beliau.Untuk membaca kenyataan media secara penuh, klik SINI. ~kd
Punyalah penakut bangsa Yahudi. Saksikanlah!! Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berucap di hadapan pengikut dan penyokongnya sendiri dikelilingi cermin kalis peluru serta berpuluh pengawal peribadi.
Benarlah.. pejuang Islam hendakan mati syahid tetapi Yahudi laknatullah berperang takut mati. Salah satu kumpulan pejuang Palestin yang amat digeruni oleh Yahudi ialah Briged Izzudin Al Qassam..
Allah SWT sentiasa bersama mereka.. dan janji Allah SWT.. Islam pasti menang dan kemenangan itu amat rugi sekiranya kita tidak bersama mata rantai kemenangan tersebut..
Hari ini kita buat pulak perbandingan dgn negara asia barat....seperkara yg jelas kat sini satu harganya adalah sangat2 murah dan kedua walaupun murah kerajaannya tetap juga menyediakan pilihan jenis minyak untuk rakyatnya pilih....nanti ada pulak cacais akan cakap mana boleh bandingkan negara pengeluar minyak dunia dgn Malaysia..
Qatar Harga Petrol : RM 0.75 Qatar pengeluar ke-22 di dunia.
Oman Harga Petrol : RM1.00 Oman pengeluar ke-28 di dunia.
Egypt @ Mesir Harga Petrol : RM 1.06 Egypt pengeluar ke-29 di dunia.
Iran Harga Petrol : RM 0.35 Iran pengeluar ke-8 di dunia.
1) xwajar Malaysia di compare dgn Iran kerana pengeluaran Iran 4x ganda berbanding Malaysia.
2) Oman dan Qatar pun kurang wajar kerana bilangan penduduk Oman dan Qatar hmpir sama dgn sebuah negeri di malaysia.
3) mesir sangat wajar, dan x boleh dinafikan....jumlah rakyatnya pun sekaliganda dari jumlah rakyat Malaysia.....lagipun mesir hanyalah negara pengeluar ke 29 dunia berbanding Malaysia ke 27...
P/S : Tak payahlah nak cakap banyak-banyaklah....PR nak turunkan harga minyak cacais umno kata tak bolehlah, tipulah...tapi bila Najib naikkan harga gula 20 sen korang kata itu bagus....TOLOL
Ini adalah gambar pada perhimpunan raksasa pemandu-pemandu teksi dengan DSAI di Pusat Dewan Sivik, Petaling Jaya baru semalam.
Dari sokongan yang diberikan, amat nyata, majoriti pemandu teksi kota raya menyokong Pakatan rakyat dibawah kepimpinan DSAI.
Semasa DSAI melangkah masuk kedalam dewan, semua pemandu teksi telah memberikan standing ovation sambil bertepuk tangan sebagai tanda hormat dan menyokong padu abadi kepada beliau.
Dalam ucapan yang bersemangat dan ringkas tapi padat itu, DSAI berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi mandat dan amanah mentadbir urus Putrajaya selepas PRU 13 nanti, semua permit teksi akan diserahkan kepada pemandu teksi dan bukan lagi kepada syarikat-syarikat kroni seperti sedia ada kini.
Ikrar janji itu mendapat tepukan gemuruh dari para pemandu teksi yang hadir kerana itulah yang mereka harap-harapkan selama ini dan bukannya skim TR1MA , Skim Bantuan Tukar Tayar 1M'sia 4 biji.
Pakatan Rakyat bagi permit.. BN hanya bagi 4 biji tayar..
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.
"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter.
Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.
Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.
Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rebat RM200 akan diberi ke atas pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia. ~sinar
Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.
Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah ~kosmo
Iklan C(ii)
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rumor rumor mengenai calon calon BN dan PR akan ditandingi juga oleh calon calon bebas kini kian tersebar dengan begitu meluas sekali di Perak Tengah.Cerita ini telah mula menjadi perbualan yang hangat oleh pengunjung pengunjung kedai kopi.Dikalangan penganalisa dan strategi politik,perkara ini akan diberi perhatian yang mendalam untuk dikaji kesan dan impaknya kepada pola pengundian.
Khabar khabar angin sedang bertiup hebat mengenai DUN Belanja akan mendapat tentangan tiga penjuru iaitu dari calun BN,calun PAS dan calun bebas.Dikatakan calun bebas ini akan digalas oleh Kamarul Ramizu Idris.Beliau sebelum ini pernah menjadi calun bebas untuk Piliharaya Kecil Penanti 2009 Beliau tewas dengan mendapat cuma 56 undi.Beliau turut bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 dan tewas dengan hanya memungut 62 undi.
Untuk DUN Bota pula,dikatakan bahawa seorang bekas ahli Parti Keadilan turut berminat untuk mengisi kerusi bekenaan.Ini bermakna perlawanan 3 penjuru bakal terjadi di DUN Bota antara Ustaz Zulkifly Ibrahim (PKR),Calun BN (UMNO) dan Calun bebas. Calun bebas ini pernah terlibat dengan kes didakwa bersama beberapa orang yang lain.Walaubagaimanapun mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah.Keputusan untuk menjadi calun bebas ini dibuat beliau kerana dia merasakan bahawa beliau telah tidak diendahkan oleh kepimpinan parti.Terdapat usaha usaha pimpinan PKR untuk memulihkan hubungan ini,tetapi gagal setelah beliau tetap berkeras juga untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Bota.
Msinc-membuat kajian terhadap semua calun bebas yang bertanding..dari segi motif dan strategi politik.Didapati mana mana calun bebas di Semenanjung akan mendapat undi yang rendah sehinggakan ramai yang hilang wang pertaruhan.Mengapakah mereka masih berminat untuk bertanding walaupun boleh dijangkakan sememangnya akan kalah.Sanggup hilang wang pertaruhan.Mengapa?..atau ada tangan tangan ghaib yang menyuruh atau mengadunnya.Dari mana dapat sumber?..Kita akan kenal siapa mereka...
Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.
"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.
Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.
Pada 30 November 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.
Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya beranggapan itu strategi Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.
Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.
Ternyata anggapan saya itu tidak tepat.
Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato' Seri Zahid Hamidi.
Walaupun awalnya Dato' Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.
Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.
Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT.
Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato' Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.
Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (klik di sini SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato' Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (klik di sini untuk rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (klik di sini untuk rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia );
6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.
Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.
Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya. KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 29 DISEMBER 2012
Patutlah aku nampak lain macam saja gambar kat atas tu hari tu.. tangan diikat tapi kaki tak diikat, boleh pulak Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda tunggu kat situ.
Padahal kalau dia nak lari.. masih boleh lari.. tapi dok menganga lagi kat situ..
Rupa-rupanya laporan diatas adalah tidak benar sama sekali dan individu yang dilaporkan telah diikat itu telah melakukan penafian mengenai perkara di atas itu..
Selalu sangat UMNO dan pencacainya menyebarkan fitnah, kali ini diaorang pulak yang kena fitnah.. kah..kah..kah..
Sesiapa atau Blog mana yang dah tolong sebar gambar di atas tu.. minta maaf lah ya... tapi kalau nak buat bodoh pun tak apa, sebabnya selama inipun UMNO dan Pencacainya bukan tahu nak minta maafpun walau terbukti apa yang disebarkan mereka itu adalah fitnah..
Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda menafikan laporan sebuah akhbar komuniti yang menyiarkan gambarnya didakwa ditahan dan diikat di sebuah pondok rehat semasa konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang baru-baru ini.
"Saya nafikan berita dan gambar diikat dan ditahan di pondok Felda Kg Awah itu. Gambar itu di luar skop program yang kemudiannya telah dimanipulasi oleh rakan-rakan Facebook hingga timbul salah faham pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi Harakah, 28 Februari lalu.
Beliau merujuk laporan Sinar Harian pada 25 Disember lalu yang turut menyertakan kenyataan pimpinan PAS Pahang.
Laporan itu menyebut tindakan kepada Noraza itu bagi menghalangnya bersama-sama peserta konvoi lain memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
Sekali lagi Blog-blog Pencacai UMNO kantoi kerana kebodohan mereka, jika sebelum ini ada diantara mereka yang tak tahu membezakan antara Wali dan Jurunikah ( SINI ) kali ini mereka kantoi kerana tak tahu membezakan antara Kafe dan Kelab Malam pula..
Awal Disember lalu kebanyakkan Blog-blog Pencacai UMNO memainkan isu ini, kerana kononnya bagi mereka ini adalah kejayaan transformasi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Shah Alam telah ditransformasikan dari sebuah bandar yang bebas dari pusat-pusat maksiat kepada sebuah bandar yang penuh dengan pusat maksiat setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan selepas 2008, kata mereka kononnyalah..
Ada juga yang menulis seperti paparan di bawah, mendakwa Pakatan Rakyat memang mempunyai kepakaran dalam memutar belit dan membohongi rakyat.
Tetapi hakikat sebenarnya ialah...
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band').
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'. "Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi .
Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.
Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.
Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.
Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.
"Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau.
Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.
Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.
Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu ~ Selangorku
Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..
Buat Blogger-blogger pencacai UMNO tu.. kalau korang dah ketandusan isu sangat yang nak di bawa, ini ada satu isu..
Isunya ialah seorang artis Melayu dan berugama Islam, telah disahkan membuka sebuah Kelab Malam yang menjual arak di utara Semenanjung, bukan saja menjual arak malah baru-baru ini telah mengadakan pertandingan bikini dalam premisnya itu.. lihat di ( SINI )
[Kumpulan NGO Hijau dijangka mengadakan himpunan aman di Base Camp anti Lynas di Balok Makmur Kuantan jam 2.00 petang ini. Difahamkan, hebahan mengenai perkara tersebut sudah dilakukan dan dijangkan ribuan peserta akan terlibat sebenarnya. Namun difahamkan, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan, polis dan Majlis Perbandaran Kuanta (MPK) dipercayai telah merobohkan binaan yang mereka buat di lokasi terbabit. Alasan yang diberikan ia dibina atas tanah kerajaan, sedangkan pondok pengawal Lynas juga didirikan di lokasi berdekatan. Himpunan adaah bertujuan untuk menyedarkan kerajaan bahawa mereka telah tersilap kerana membawa masuk kilang berisiko itu ke Kawasan Perindustrian Gebeng. Kontroversi timbul apabila, Lynas masih gagal untuk memberi jaminan ke mana mereka akan hantar sisa buangan rare eearth selepas ia diproses nanti. Anehnya pihak kerajaan telah memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas dalam keadaan yang cukup mencurigakan. Justeru orang ramai di Kuantan dijemput hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan]
Makan Malam Bersama TG Nik Aziz Kena PULAU Lagi...
"Pas hilang sokongan" atau "Makan malam bersama TG Nik Aziz kena Pulau"...Itulah yang akan keluar dalam blog pencacai Umno Haprak kalau puak-puak Syaitan yang dikenali ini dapat gambar paling atas sekali beb...sudah pasti gegak gempita di alam maya UmnoBn menceritakan sokongan semakin kurang terhadap TG Nik Aziz..Yang penting bagi puak-puak syaitan yang dikenali ini bagi mereka " Fitnah Dulu bayar kemudian.."
Rentetan gambar Ini adalah jamuan makan malam PAS Nogori Sembilan bersama TG Dato' Nik Aziz,sambutan diluar dugaan dengan semua meja yang ditaja habis di jual,yang hadir pula dari pelbagai kaum..malah masih ada yang menunggu di luar untuk berjumpa TG Dato' Nik Aziz..Tahniah Pas Nogori 9..Ucapkan kepada AC Mizal dan Umno Nogori 9..engko boleh Jalannnnnnn....Photo: fb Kak Leha
#TumbangBN adalah perkataan yang cukup membuatkan pemimpin pemimpin
Barisan Nasional fobia dengannya, Demonstrasi oren selamatkan felda yang berlaku
selepas solat jumaat di hadapan ibu pejabat felda di kuala lumpur jalan gurney telah
di hadiri hanya dalam 20 orang saja.
menurut sumber kehadiran yang tidak ramai ini bagi menyatakan bantahan terhadap
pengerusi felda iaitu isa samad yang telah menyelamat Najib Razak dalam kes khalwat
di n.9 dahulu yang telah mengapur harta harta felda sehingga saham felda jatuh
menjunam ke paras terendah.
saksikan gambar gambar sekitar demontrasi aman oren siang tadi berserta juga video
di bawah.. saksikan.
Jika anda adalah salah seorang anak muda atau rakyat malaysia yang mahukan perubahan! sila masuk di fanpages facebook kami dan sila like di http://on.fb.me/Yp8rBf
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! #TumbangBN Malaysia Sejahtera!
Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Lokasi tempat kejadian itu berhampiran saja kawasan saya yang jaraknya tidak sampai 2 kilometer.
Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya. Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?
Runtuhan dilihat dari Bukit Setiawangsa.
Apa sebabnya, kerana tempat kejadian itu khabarnya kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan. Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ. Jadi kalau orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan bergegas segera ke tempat itu.
Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.
Bongkah simen yang terumpil dan runtuh.
Kerana berfikir begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya.
Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa berselera untuk menyiasatnya.
Dikanan dikatakan rumah Zulhasnah Rafiqeu.
Semasa berjumpa di majlis kenduri anak kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan.
Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian. Dari atas Jalan Jaletek lagi sudah kelihatan kesan-kesan runtuhan. Di pinggir puncak bukit Setiawangsa itu tersergam dua buah banglo yang terletak betul-betul di pinggir puncak berkenaan. Di tengah antara dua banglo itu kelihantan kesan runtuhan, dan bongkah-bongkah simen yang terkopek dan retak dan menggelunsur turun.
Tempelan simen terkoyak.
Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seriuas dan membahayakan. Mungkin kerana tidak ada kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk segera ke tempat itu.
Seperti dikatakan tadi kerana kediman itu bukan kediaman marhain jadi tidak sesuai dan sepantasnya orang marhain seperti kita untuk segera melihat.
Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.
Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak.
Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat. Semua pasukan ada, bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan sedang membuat pemamtauan.
Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan.
Runtuhan atau pergerakan tanah sedang bergerak secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipinda. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.
Siapakah yang mendiami rumah banglo di puncak berkenaan? Menurut seorang penduduk di Persiaran Setiawangsa, antara yang menghuni di puncak bukit itu termasuk beberapa orang ahli politik. Antara mereka, Zulhasnah Rafiueq di mana rumah MP Setiawangsa itu kelihatan dengan jelas terancam dengan rutuhan itu.
Selain Zulhansah beberapa orang lagi rumah tokoh politik. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan. Selain itu rumah saudara kepada wakil rakyat Perak.
Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno.[wn.kl.7:01 pm 29/12/12] * tanpa edit.
Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam syarikatnya Astacanggih.
Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan.
Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30 juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee guaman.
Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor. Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri?
Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan. Apakah Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen di bubarkan?
Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat. [wm.kl.8:55 pm 28/12/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TIDAK dapat dinafikan, kuasa media baru terutama media sosial seperti Facebook dan Twitter begitu berpengaruh, mudah, cepat dan berkesan di dalam menyampaikan mesej, pandangan mahupun kritikan yang ditutup oleh media-media penguasa seperti Utusan Malaysia dan TV3.
Menyedari hal itu, satu tindakan terdesak telah diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyekat warga akademik daripada melontarkan pandangan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter agar mengikut acuan dan kehendak penguasa.
Kebebasan warga akademik di dalam melontarkan pandangan melalui laman-laman sosial milik peribadi dibelenggu melalui satu surat berbaur ugutan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Lihat gambar di bawah.
Anda lihat dengan mata kepala anda sendiri, nak tulis pandangan di laman sosial peribadi sendiri pun mereka mahu pantau. Inilah namanya kebebasan bersuara ala United Malays No Otak, Umno.
Warga akademik bukan seperti kutu berahak, dan kutu rayau mahupun orang tepi jalan yang tidak punya pelajaran. Mereka ini memiliki buah fikiran yang berharga di dalam tengkorak kepala mereka.
Buah fikiran berharga ini perlu disampaikan kepada masyarakat untuk kebaikkan bersama. Mereka bukan golongan yang tidak tahu apa yang dicakapkan. Mereka bukan golongan bodoh sombong.
Malah mengutarakan pandangan melalui laman sosial juga menjadi satu cara sihat di samping mengamalkan ilmu seperti yang dianjurkan oleh Islam. Namun perkasa asas yang boleh dikira sebagai hak asasi ini pun mahu disekat.
Kalau nak tulis ulasan dan pandangan di facebook dan twitter pun mereka mahu pantau, ternyata ini satu tindakan terdesak menyekat kebebasan bersuara. Ini tandanya United Malays No Otak, Umno sudah menggeletar takut kehilangan kuasa, dan takut dengan bayang-bayang sendiri.
Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota PAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.
"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya.
Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, Jumaat.
Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.
Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.
Idris juga menasihatkan anggota PAS supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang. -MSTAR-
Yeke? Kalau begitu ini apa agaknya?
Semua di atas ada kaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional. Yang dikatakan kepada PAS tu ialah apa yang UMNO sendiri terbukti amalkan. PAS tidak terbukti pun terlibat dalam perkara2 di atas. Ia hanyalah tuduhan dan kenyataan tanpa bukti.
Mengata orang konon nya PAS mengkafirkan UMNO tetapi nampak macam UMNO yang terasa dikafirkan. Bila UMNO terang2 kafir2kan TGNA taknak pula bising?
Terasa dimurtadkan sebab sendiri mengakui tolak islam. Kalau tak tolak islam, adakah kita akan terasa dimurtadkan?
Pada 30 November 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.
Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya beranggapan itu strategi Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.
Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.
Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato' Seri Zahid Hamidi.
Walaupun awalnya Dato' Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.
Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.
Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato' Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.
Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato' Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.
Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.
KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 29 DISEMBER 2012
KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.
"Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?" kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu.
"Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat," katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam.
Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak.
"Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat.
"Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara," katanya.
Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam.
Hebat lakonan UMNO Pulau Pinang yang menggunakan 4 helai bendera PAS untuk demo bantah LGE... entah bila masa la penyokong PAS pakai topi sudu...hahahaha... bendera pun gaya rembat kat tepi jalan.... muka tak siap semua.....huhuhuhuhuhu... muka depan UTUSEX lagi
MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (ahli UMNO yang dulunya ahli pas memegang pembesar suara) menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli pelbagai NGO dan anggota Pas yang menyertai perhimpunan aman membantah kenyataan Lim Guan Eng menuntut kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu di hadapan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 28 Dis. - Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.
Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ.
PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar
PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.
Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.
Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.
Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.
"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.
Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013.
Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.
Dewan Pemuda Pas Selangor merasakan tindakan biadap ini adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya mempunyai akal fikiran yang tidak waras," kata Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan.
Katanya, tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini.
Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah.
Menurut Habbullah, cukup jelas penerbitan itu juga merupakan tindakan terdesak puak tersebut untuk meraih simpati masyarakat bukan Islam yang telah menolak mereka di dalam pilihanraya umum lalu.
"Dewan Pemuda Pas Selangor dengan ini mendesak pihak polis dan jabatan agama dapat mengambil tindakan segera untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama dengan isu ini," ujarnya.
Tidak mustahil Dr Mahathir memiliki kekayaan sejumlah AS $44 BILLION
Anwar gugurkan BOM: Ada kemungkinan besar Dr M memiliki kekayaan sejumlah AS $44 BILLION
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan bom yang menggemparkan bahawa tidak mustahil bekas bosnya Mahathir Mohamad memiliki kekayaan sebanyak AS $ 44 billion, yang menjadikannya bekas pemimpin kedua terkaya di dunia.
"Ya, ia bermungkin juga. Mengapa tidak? Lihatlah keluarganya, kroninya. Ini sememangnya menuntut penjelasan Dr Mahathir," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.
Laman Wiki, yang dikemaskini pada 14 Disember, telah menyenaraikan Mahathir sebagai kedua terkaya selepas bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS $ 70 bilion. Walau bagaimanapun, beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan, nama Mahathir dengan misterinya telah hilang dari senarai Wiki dan Allayarham presiden Suharto dari Indonesia yang pada mulanya berada di tempat ketiga dengan kekayaan yang dianggarkan AS $ 35 billion, telah menggantikan tempat kedua, bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
Mr 10%?
Sekarang, Mahathir yang telah berusia 87 tahun pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun dari 1981-2003. Pemerintahan ala kuku besinya dan pilih kasih antara kaum untuk mendapatkan kelebihan politik telah dikritik hebat dan dia lebih banyak menerima kutukan daripada penghargaan sebahagian besar penduduk Malaysia.
Pengkritik, juga menggambarkan Mahathir sebagai 'Dr Devil', dan kebelakangan tahun ini telah membuat spekulasi berapa banyak wang yang telah dikumpul olehnya dan juga ahli keluarganya melalui pengaruh dan kawalan mutlak pelbagai jentera kerajaan. Ada juga yang memanggilnya "Mr 10%", yang merujuk kepada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah seperti mendapatkan hasil daripada setiap kontrak yang memberikan olehnya lampu hijau.
Malah, kerabat kroni Mahathir merupakan antara ahli perniagaan terkaya dan paling berkuasa di negara ini. Antaranya, raja loteri Vincent Tan dan Ananda Krishnan, bos terkenal Maxis yang kini sedang disiasat oleh kerajaan India kerana dikatakan telah memberi rasuah untuk mendapatkan kepentingan di Aircel.
Dari 2001 ke 2010, AS $285 BILLION dibawa keluar secara haram
Spekulasi kekayaan Mahathir datang dari laporan menggemparkan Global Financial Integrity (Integriti Kewangan Global) yang berpangkalan di Washington. Mereka telah menjejaki pengaliran keluar kapital yang dikendalikan oleh eksekutif atasan kewangan termasuk bekas penyelidik kanan IMF.
GFI melaporkan bahawa sejumlah AS $ RM 197 billion 'wang haram' telah disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM 93 bilion pada tahun 2009, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 112%. Malaysia juga mempunyai rekod memalukan yang meletakkannya sebagai negara No 2 mempunyai jumlah pengaliran keluar wang haram tertinggi didunia selepas China pada tahun 2010.
Bagi tenpoh 10 tahun dari 2001 ke 2010, Malaysia berada di kedudukan No 3 di seluruh dunia selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran bagi 10 tahun Malaysia ialah AS $ 285 billion (RM871.4 bilion), manakala China sebanyak AS $ 2.740 bilion, dan Mexico AS $ 476 bilion.
Dalam laporan terbaru, GFI terang-terangan menyatakan, amaran pengaliran wang keluar di Malaysia adalah "pada skala yang boleh dilihat di beberapa negara Asia".
Rompakan Terbesar
Anwar juga "tidak yakin" bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berminat untuk menyiasat laporan GFI atau tampil dengan pelan tindakan bagi menghentikan pengaliran wang keluar secara haram.
Beliau telah mengadakan rundingan meja bulat pada Januari 2013 di mana gabungan Pakatan Rakyat merancang untuk membawa bersama-sama pegawai-pegawai dari GFI, wakil Bank Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian
"Dia (Najib) juga bersubahat dalam hal ini. Kami membangkitkan perkara itu dua tahun lalu tetapi bukan sahaja tiada apa-apa yang telah dilakukan,malah jumlah aliran keluar wang haram naik dua kali ganda pada tahun 2010 berbanding 2009. Dia tidak telus kepada rakyat dan telah menyekat penyiasatan, "kata Anwar.
"Kita bercakap tentang jenayah yang tidak boleh dibayangkan. Ini adalah situasi yang sama seperti dalam Rompakan Besar India di mana AS $ 500 bilion telah dibawa keluar secara haram dari negara itu dalam tempoh 6 dekad."
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.
Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.
"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.
"Ini adalah kata dua telah dipaksa ke atas kita," katanya dalam mesej teks hari ini.
Chua Seks Leks sekali lagi mendedahkan kebimbangan dan kerisauan pemimpin BN tentang kehilangan kuasa yang dipertahankan selama ini. Bermula dengan seruan Najib supaya Bn mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun hinggalah rentetan kerisauan pemimpin Bn yang lain.
kenyataaan Chua itu dapat dilihat sebagai satu luahan kebimbangan terhadap nasib Bn dalam pilihanraya 13 akan datang. Walaupun beliau menggunakan istilah JIKA parlimen digantung, itu menunjukkan ketidakyakinan beliau terhadap masa depan BN... takkan tak paham lagi kut...
Idris Jusoh bekas MB Trengganu yg disingkirkan tetiba menasihati ahli PAS agar meninggalkan parti itu kerana sudah tidak relevan lagi. Alasannya mudah.. PAS sudah tersasar dari prinsip perjuangan Islam.
Nak tergelak pun ada bile baca kenyataan orang yang dah sasau ni. Ramai sangat orang umNO yang sasau, Ahmad Maslan pun menunjukkan dia sasau juga selepas anak apdal yang menunjukkan sasau tahap gaban.
Pertamanya aku pelik sejak bila Idris mengakui PAS berjuang Islam ni... Jika Deris natang kata PAS dah lari dari Prinsip Islam, maknanya, dulu deris natang ni menentang PAS yang berjuang Islam le... tak ke dia rasa bersalah.. Patutnya sebelum suruh ahli PAS tinggalkan parti sebab dah tersasar, dia kena istihar taubat dulu sebab lawan PAS yang berjuang Islam.
Keduanya aku hera juga bile Deris Natang kata ahli PAS dak tak relevan sokong PAS sebab dah lari Prinsip, Patutnya Deris natang yang tinggalkan Trengganu bile dia dah tak relevan duduk di Trengganu sebab Sultan dah tolak dia jadi MB. Memang sultan tak halau dia dari Trengganu, tapi patut pahamle bile sultan dah tak bagi jadi MB, maknanya sultan tak suke tengok muke mu tu... Jadi tek releven le mu duk di Trengganu lagi.
Dok Gitu Deris natang????
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
.Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat.
Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN.
"Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur.
Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali.
Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN.
"Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita.
Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam.
Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir.
Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat.
Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin.
Program bermula solat Maghrib.
Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani.
Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali.
Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan.
Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka.
"Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi," ujarnya.
Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.
"Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?" kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu.
"Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat," katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam.
Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak.
"Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat.
"Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara," katanya.
Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam. -KD
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band').
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'.
"Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor.
Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.
Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.
Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.
Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.
"Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau.
Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.
Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.
Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu.
Ulasan GB
Pencacai UMNO melalui akhbar mereka SIASAH, kantoi untuk burukkan kerajaan PR Selangor.
Ternyata tiada kelab malam yang dibuka di Shah Alam, hanya pengusah sebuah kafe yang baru "menyalahgunakan" permit yang diberikan kepada mereka.
Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.
Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo
Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":
Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI DERRR...
Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR...
*Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha... -fb
Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.
"Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
"Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.
Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang
Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. -KD
Ulasan GB
UMNO dan Rasuah tidak dapat dipisahkan. Pelajar tingkatan 1 pun dirasuahnya.
Jika sudah diperingkat itu, UMNO BN pasti binasa! Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.
Seperti yang GB ungkapkan sebelum ini:
PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya akan tetap tiba!
Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.
Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.
Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.
Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.
Ulasan GB
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.
GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.
Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.
Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.
Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.
Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.
"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.
"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana.
"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.
Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".
Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim zalim Mazlan Aliman Zalim".
Justeru, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.
Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum.
Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.
Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.
Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.
"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.
"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.
Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.
Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.
"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.
Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.
"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.
"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. -mk
GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo
KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum.
Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.
"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.
Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.
"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.
"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.
Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.
3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.
Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.
Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.
Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.
2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.
Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.
Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.
Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.
"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.
"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.
"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.
2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.
Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.
Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.
Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.
Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabat Felda.
2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.
"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.
"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isa Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.
Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap "Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.
"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.
2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.
Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.
Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.
Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut. -HD
Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN
KUALA LUMPUR, 28 Dis ― Protes anjuran Kumpulan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini bertembung dengan kumpulan pro FELDA dan Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak di sini.
ANAK yang diketuai oleh Pengerusinya, Mazlan Aliman berarak sejauh 500 meter dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sepatutnya menyerahkan memorandum di ibu pejabat FELDA, namun terhalang apabila kumpulan pro FELDA dengan jumlah sekitar 300 peserta mengadakan sekatan di jalan masuk ke pejabat FELDA tersebut, di samping sekatan daripada 100 anggota polis daripada kedua-dua pihak.
Tindakan itu kemudiannya menyaksikan Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Razman Zakaria selaku wakil daripada kumpulan protes ANAK berunding dengan pihak polis untuk membolehkan mereka menyerahkan memorandum tersebut.
Sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan "Undur Isa Samad", "Hancur Isa Samad", dan "Felda Bebas, bebas Felda".
Rundingan tersebut kemudiannya menyaksikan enam wakil daripada ANAK dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut termasuk Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, dan ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkerusi roda dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan Aliman dalam ucapannya menegaskan, empat kandungan memorandum tersebut antaranya adalah mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera bagi menghentikan kekacauan di dalam FELDA; mengembalikan semula tanah seluas 360,000 hektar tanah yang dipajak kepada Felda Global Venture Holdings (FGVH); menghentikan penjualan minyak kepada Israel; dan juga menghentikan campurtangan politik di dalam FELDA.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) jangan sambung kontrak Isa Samad," kata Mazlan merujuk kepada kontrak Isa yang bakal tamat 31 Disember depan.
"Tindak tanduk Isa telah merosakkan reputasi FELDA dan menjejaskan perjalanan FELDA pada keseluruhannya.
"Latar belakang beliau yang dikaitkan rasuah dan pelantikannya sebagai Pengerusi FELDA adalah kesilapan besar dilakukan Perdana Menteri," jelas Mazlan dalam memorandum yang diserahkannya.
Memorandum tersebut kemudiannya diterima oleh dua wakil daripada FELDA.
Sejurus selesai memorandum itu diserahkan, wakil daripada ANAK, termasuk R Tanggam kemudiannya "menyebat" patung Isa menggunakan rotan, sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Sementara itu, kumpulan Pro FELDA, yang diketuai oleh Wan Zawawi Wan Zahid turut melaungkan slogan "Persatuan Anak pengkhianat", "Kami sokong PM", " kami tolak pengacau", "Jangan ganggu Felda", dan juga beberapa banner tertera perkataan "Kami setia bersama PM".
Kedua-dua kumpulan juga turut kelihatan berperang mulut antara mereka, termasuk adegan "booo ...", sebaik sahaja mereka bertikam lidah dari jarak 30 meter antara satu sama lain.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika sidang media sejurus tamat protes tersebut menyuarakan rasa terima kasih atas kerjasama kedua-dua kumpulan protes tersebut yang berjaya mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.
"Kami sangat puas hati, dan kesemua pihak mematuhi arahan polis, kedua-dua kumpulan itu bersurai dengan aman," katanya kepada pemberita.
Protes yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu kemudiannya tamat jam 3.30 petang dalam keadaan aman. -TMI
KUALA LUMPUR: The collapse of a concrete embankment in Bukit Setiawangsa due to land erosion has resulted in the residents of 41 houses being evacuated.
Puncak Setiawangsa residents association assistant chairman Fauziah Jamaluddin said only homes and shoplots opposite the site would be affected.
"Other houses in the area are not affected, people can go home and move around freely," she told reporters at the scene.
She also said that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) would be making an alternative route for residents to move in and out to east congestion as the road needed to be closed.
DBKL has also prepared the community centre for residents to stay in, and will also provide food.
However, the Public Works Department (JKR) are still monitoring the situation, and getting heavy vehicles to the site will be difficult.
As of 12.30pm, the soil in the area was still classified as very loose and unsafe.
Currently, 40 personnel from the Fire and Rescue Department, the Malaysian Civil Defence Department (JPAM), DBKL, Rela volunteers, and JKR are gathered at the area.
According to the authorities present, the vacated residents are staying with other family members.
Eight luxury bungalows near the collapsed barrier have been extensively damaged, with one house being split into two.
Nazrin Norzali, who lives three houses away from the embankment, said the split house belonged to an Iraqi family which had vacated several days before the incident upon noticing cracks in their home.
The concrete barrier crumbled at 10pm Friday night and buried the only access road from Taman Puncak Setiawangsa.
Businessperson Deepak Jaikishan today admitted that he has sold his estranged company Astacanggih Sdn Bhd for RM30 million to a Defence Ministry agency, claiming that he was forced into the deal.
He said the deal was only to cover the money he had spent in a land deal with Awan Megah (M) Sdn Bhd that turned sour, and had grudgingly gone through with it despite being denied the lands promised to him.
"It is true that my shareholders and me have sold our shares in Asta Canggih for RM30 million which is our actual cost price of RM13 million for Raja Ropiaah, RM8 million in political contributions, RM7 million of financial costs and RM2 million in legal and miscellaneous costs.
"This was an ultimatum that was forced upon us," he said in a text message today, but did not mention names.
The statement today comes after Boustead Holding Bhd, the investment vehicle of Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), an agency under the Defence Ministry, announced on Bursa Malaysia that it will be acquiring an 80 percent stake in Astacanggih Sdn Bhd, which was owned by Deepak.
Abrupt move to withdraw lawsuit
Boustead Holdings Bhd, which purchased the stake through its wholly-owned subsidiary Bakti Wira Development Sdn Bhd, said it will also acquire 80.94 hectares of freehold land in Klang from Awan Megah (M) Sdn Bhd for RM130 million.
This coincided with Deepak's abrupt move to withdraw his lawsuit against Selangor Umno Wanita chief Raja Ropiaah Abdullah and her company Awan Megah (M) Sdn Bhd, yesterday for the same piece of land.
"The irony is that Raja Ropiaah who 'stole' the land from us was paid RM130 million, guess that is real power, isn't it?" he said.
Awan Megah (M) Sdn Bhd was tasked by the government to construct the National Defence Research Centre (Puspahanas) in Putrajaya for which the Defence Ministry would pay the company RM27 million and 223 acres or 90.24ha of land in Klang worth RM72.5 million.
However, after they were unable to obtain a land bond for the building's construction, the company had engaged Deepak's Astacanggih Sdn Bhd for help.
Deepak had claimed that in this deal, his company Astacanggih Sdn Bhd would issue a RM72.5 million land bond on behalf of Awan Megah (M) Sdn Bhd.
It will also give Awan Megah (M) Sdn Bhd an additional RM23 million, RM13 million of which was already paid, in exchange for 200 acres or 80.94ha of the land which the latter will receive from the Defence Ministry. Awan Megah (M) Sdn Bhd will keep the remaining 23 acres or 9.3ha of the land.
However, the deal became sour after Deepak claimed that the latter had not upheld her end of the deal.
'Mindef buying up own land'
As LTAT is a unit under the Defence Ministry (Mindef), Deepak pointed out that the latest deal meant that the Defence Ministry was effectively buying back its own land which it gave to Raja Ropiaah at an inflated rate.
"LTAT, ironically, bought their own land which they had given to Raja Ropiaah (for Puspahanas) for RM72.5 million at RM130 million, giving Raja Ropiaah a profit of RM57.5 million plus RM13 million from us… and remaining 23 acres worth RM40 million (which it still has).
"The losers are the Defence Ministry and army officers who get cheated by Umno and cheated again by having to buy back the military land at double the price they gave it away for.
"Looks like Defence Minister Zahid Hamidi (above) has become Santa Claus," he said.
Winners and losers
Raja Ropiaah/Awam Megah
Gains:
1. RM27 million from Defence Ministry in privatisation agreement.
2. RM13 million from Deepak in bank bond deal.
3. RM130 million from Boustead to buy the 200-acre land.
Lost (possible):
1. National Defence Study Centre – unknown cost and uncertain whether it has been completed.
Deepak/Astacanggih
Gains:
1. RM30 million from Boustead for 80% of Astacanggih share.
Lost:
1. RM13 million deposit payment to Roppiah in bank bond deal.
2. Cost to secure the land bond – unknown.
Government/LTAT
Gains (possible)
1. National Defence Study Center – unknown cost and uncertain whether it has been completed.
Lost:
1. RM30 million to Deepak for 80% of Astacanggih share.
2. RM130 million to Roppiah for the 200-acre land. The land worth RM72.5 million when it was alienated to Roppiah in the privatisation agreement.
From surface value, the government or LTAT could suffered as much as RM87.5 million – RM30 million for Astacanggih share and RM57.5 million lost in land transaction.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=60980
A snapshot of the landslide which happened tonight. Pic: Twitter @NurMarisaaaKUALA LUMPUR: According to Bernama, a landslide has occured tonight at Bukit Setiawangsa.
Online checks by Malaysian Digest on Twitter found several tweets reporting that the retainer wall at the peak of Bukit Setiawangsa has collapsed resulting in the landslide.
No fatalities have been reported thus far.
Bernama adds that the residential area in which the landslide happened houses several local politicians, including parliament member Dr Zulhasnan Rafique.
The road coming into and going out of the area has been closed to traffic.
KUALA LUMPUR 28 Disember: Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.
Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.
Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.
"Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.
Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.
"Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar.
KUALA LUMPUR 28 Dis - Anggota Pas yang bermaruah dan mempunyai prinsip diri disaran untuk meninggalkan parti itu kerana dilihat sudah tidak relevan sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam.
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh memberi saranan tersebut setelah dilihat parti tersebut terlalu banyak tersasar dariada prinsip asal parti yang ingin memperjuangkan Islam terutama sejak bersama pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR.
"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya yang juga merupakan Anggota Majlis Tertinggi Umno di Besut hari ini.
Idris turut menasihatkan anggota Pas agar tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara 'membabi buta' kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa yang panjang.
Tambahnya, amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.
Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.- klpos
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan