BLOG - BLOG PARTI PAS |
- Dr Siti Mariah Mahmud
- CINA ISLAM (林川興)
- PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'
- PAS Negeri Sembilan
- DUN CHINI
- Rembau Hari Ini
- Batu Gajah Mari
- Dupahang's Weblog
- Pemuda Bersamamu v3
- Mohamad Taufek Abd Ghani
- Dr Siti Mariah Mahmud
- PEMUDA RANTAU ABANG
Posted: 10 Dec 2012 03:19 AM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Dec 2012 01:19 AM PST
Menjadi persoalan kenapa yang muncul di dalam tv tiap-tiap malam berkempen untuk kemenangan UBN hanya Najib Razak manakala pemimpin Umno dan BN lain diam membisu atau hampir sesetengahnya tidak muncul langsung. Najib semacam memonopoli ruang berita di tv. Semua berita mengenai Najib, baik penting atau tidak muncul di waktu puncak (prime time). Apakah ada peraturan baru semua telivesyen kena memberi keutamaan kepada berita perdana menteri meskipun tidak penting? Mungkin inilah sifat kewartawanan tv yang baru? Bukan saja untuk mengumumkan polisi atau dasar-dasar baru kerajaan untuk membantu rakyat, aktiviti Najib berjumpa dengan rakan Fb juga dilaporkan di ruang utama. Kenapa begitu sekali? Kita tahulah tv semua akur dan bersujud sawi kepada perdana menteri, tetapi sampai cerita terjerlus longkang atau isteri keluar dari salon unisex pun dilaporkan melampau sangatlah. Untuk pemimpin Umno lain jarang-jarang sekali muncul apa lagi mendapat prime time jauh panggang dari api. Walhal pemimpin lain para wakil rakyat setiap hari berkubang dan 'bertumah" dengan rakyat. Mereka juga mahukan kepada publisiti. Walaupun aktiviti pemimpin lain adakalanya lebih penting dan berbobot dari bual-bual Najib tetapi tetap disiarkan selepas Najib. Semacam ada protokol khas pula cerita Najib kena awal. Bukan saja pemimpin kecil, tetapi pemimpin nombor dua, Muhyiddin Yassin juga terkebelakangan dan tempohnya semput sekali. Walhal ada kalanya kenyataan atau bual-bual Muhyiddin lebih berkualiti dan bermanfaat daripada apa yang Najib katakan. Itu tidak kisah, apabila jarang-jarang pemimpin lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Apdal, Khalid Nordin, Hishamuddin Hussein ataupun Sharizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan ketua puteri yang gemuk lupa nama itu, oh ingat dah.. Rosnah Shirlin, ia menjadi tanda tanya. Adakalanya berita mengenai mereka ini jauh lebih berkurangan berbanding dengan berita mengenai Mahathir. Mahathir lebih acap dan mendapat prime time berbanding menteri seperti Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain. Kenapa? Apakah Najib tidak mempercayai mereka ini atau suka memonopoli semua ruang dalam media massa atau tidak mahu mereka menjadi popular? Ataupun ada arahan agar biar Najib seorang bercakap manakala yang lain diam membisu menjadi yes man saja? Atau pun Najib mengira kata-kata dan kenyataan Mahathir lebih baik dan boleh menarik sokongan Melayu berbanding Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain? Ini berbeza sekali dengan Pakatan Rakyat di mana semua pemimpin mereka sepakat berkempen untuk kemenangan PR. Nampak kesepaduan di dalam Pakatan Rakyat dan tiada siapa yang menjadi raja ataupun dianggap genius? Semua pemimpin di dalam Pakatan Rakyat mendapat ruang dan kedudukan yang sama rata. Perhatikan program Himpunan Kebangkitan Rakyat ketiga-tiga pemimpin utama mereka akan bersama dan duduk sepentas. Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang sering kali bersama. Begitu juga dengan timbalan masing-masing, Mohamad Sabu, Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng juga bersama. Begitu juga dengan naib-naib presiden, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Nurul Izzah, Tian Chua, Tan Seng Giaw duduk sekali dan sepentas berceramah dan berkempen untuk Pakatan Rakyat. Tdak ada protokol di dalam Pakatan Rakyat, seperti mana di dalam UBN. Situasi begitu jarang sekali dilihat dalam BN. Begitu juga dengan pemimpin pemuda, Anthony Loke, Shamsul Iskandar Md Akin sering kali duduk bersama, kecuali ketua pemuda Pas yang bergerak dengan caranya sendiri kerana mereka tinggi merit Islamiknya. Anak-anak muda penggerak NGO seperti Mazlan Aliman (Anak), Badrul Hisaham (SAMM), NGO Lynas dan lain-lain juga bergerak serentak dan sederap, berbeza dengan anak-anak muda NGO yang menyokong Umno dan BN yang membuat kenyataan di studio tv no 3 dan sebagainya. Apa yang berlaku dan dilakukan Najib itu sya rasa tidak begitu bagus buat BN. Rakyat akan melihat hanya Najib bercakap atau pun menguasai dan monopoli keadaan dan ruang yang ada. Cara Najib tampil dan diberi ruang menunjukkan dia seorang diktator dan menggunakan kuasa veto. Orang-orang seperti Zahid, Mustapa Mohamed, Ahmad Said, Khairy, atau Saifuddin Abdullah, Khalid Nordin, Md Alwi Che Ahmad, Awang Adek Hussein dan lain-lain juga mahu berkempen untuk diri mereka. Mereka juga mahu menang. Mereka juga teringin ruang dan peluang itu. Tetapi nampaknya mereka dinafikan ataupun tidak dilayan secukupnya. Kalau pemimpin sendiri dinafikan hak dan keinginannya disekat apalah yang boleh diharapkan rakyat? Tidak ada guna bagi BN dan Umno kalau hanya Najib yang menang besar sampai 10,000 majoriti tetapi orang lain semuanya kalah. Justeru bagilah juga ruang dan peluang kepada pemimpin lain untuk muncul di tv, setidak-tidaknya menampakkan di dalam Umno dan BN kesemua tokoh mereka sepakat sehati dan sejiwa. Dengan persembahan yang dibuat sekarang ini orang hanya melihat dan merasakan hanya Najib saya yang serius manakala orang lain semacam endah tidak endah saja. Persepsi buruk begitu boleh timbul. Orang akan menganggap pemimpin lain sudah tidak bersemangat kerana mereka sudah dapat menghidu bau kekalahan sudah merata di bawah sana. Justeru selepas ini hendaknya media massa PB turut sama memberi ruang kepada pemimpin Umno dan Melayu lain muncul dan mengemukakan idea di tv kerana orang lain juga ingin mendengar apakah wawasan mereka. Dengan hanya konsentrek kepada Najib ia boleh memburukkan reputasi perdana menteri tersebut. - harakah/- | Najib Jangan Mimpi Dapat Sokongan India Posted: 09 Dec 2012 11:40 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC semalam menyebabkan beliau bakal hilang sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, kenyataan Najib yang mahu undi kaum itu sebagai deposit tetap bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) menunjukkan begitu terdesaknya beliau. "Ucapan Najib cukup terdesak. Apa sahaja yang dicakapnya hanya memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau memberitahu kita suka tipu rakyat. "Masalahnya sekarang, Pakatan belum jadi kerajaan. Bagaimana Najib boleh cakap kita tipu. Siapa yang tipu siapa, kalau bukan BN," katanya ketika dihubungi. Beliau mengingatkan Najib supaya tidak terlalu ghairah mengharapkan undi masyarakat India kerana mereka sudah serik penindasan BN. "Undi masyarakat India bukan deposit tetap BN, tetapi deposit tetap Pakatan. Najib jangan mimpi lagi. "Masyarakat India sudah terima kami (Pakatan) dari akar umbi. Setiap kali ceramah dan turun padang, mereka penuhi tapak ceramah untuk dengar penerangan," kata Ahli Parlimen Kapar itu. Selain menabur janji, Najib juga memburuk-burukkan pembangkang dengan menyatakan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi untuk huru-hara. "Najib tidak sedar bahawa BN yang menyebabkan masyarakat India masih menggunakan IC merah. Sudah berapa lama BN memerintah, kalau betul mahu bela kami, kenapa tidak selesaikan masalah itu. "Jangan nak putar belit cakap Pakatan tipu rakyat kerana terdesak mahu undi masyarakat India. Mereka semua sudah tahu nak beza siapa yang menipu rakyat," ujarnya. -KD | Pembangkang Mesir tolak cadangan referendum Morsi Posted: 09 Dec 2012 11:40 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Satu kumpulan pembangkang utama Mesir berkata bahawa keputusan Presiden Mohamed Morsi hanya untuk membatalkan dekri yang memberinya kuasa yang lebih luas dan tidakl membatalkan referendum mengenai draf perlembagaan yang kontroversi adah "tidak menepati jangkaan" yang diperlukan untuk meredakan ketegangan di negara tersebut. Dalam satu pengumuman Ahad lalu, Barisan Penyelamat Kebangsaan, kumpulan payung utama bagi parti-parti pembangkang, berkata ia menolak rancangan referendum 15 Disember, dan memberi amaran bahawa ia akan membawa kepada "perpecahan dan hasutan." "Kami tidak mengiktiraf draf perlembagaan tersebut kerana ia tidak mewakili rakyat Mesir," kata Sameh Ashour, yang bercakap bagi pihak gabungan itu. Pembangkang merancang perhimpunan besar-besaran Selasa ini untuk memprotes perintah. Penyokong Ikhwanul Muslimin juga menganjurkan perhimpunan mereka sendiri Selasa ini di Kaherah, Iskandariah dan Assiut. Lewat Sabtu lalu Morsi membatalkan dekri 22 November 22 yang membuatkan semua keputusan beliau kebal terhadap semakan kehakiman, tetapi menegaskan bahawa undi akan diteruskan seperti yang dirancang. Pembangkang telah berulang kali mengatakan bahawa perlembagaan tersebut yang digubal oleh konstituen diterajui Ikhwanul Muslimin, tidak menghiraukan hak-hak wanita dan mengabaikan kebebasan peribadi. "Saya tidak dapat bayangkan bahawa selepas apa yang telah berlaku mereka mahu meluluskan perlembagaan yang tidak mewakili semua rakyat Mesir," Ahmed Said, seorang anggota pakatan Barisan Penyelamat Kebangsaan dan ketua Parti Rakyat Mesir Bebas, memberitahu agensi berita Reuters. Beliau berkata pakatan akan bertemu lewat Ahad lalu untuk memberi tindak balas rasmi kepada keputusan pembatalan dekri Morsi. Selim al-Awa, seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat Sabtu lalu antara Morsi dan ahli-ahli politik dari kumpulan pembangkang yang kecil, berkata, menurut undang-undang, Morsi tidak boleh menukar tarikh referendum pada piagam draf. Kumpulan pembangkang utama telah memboikot rundingan tersebut, yang berlangsung selama 10 jam, dan menyeru penyokong mereka untuk meningkatkan protes. (aljazeera.com/) harakah/- | YIKed disaman RM11 juta: Pemuda PAS lapor SPRM Posted: 09 Dec 2012 11:20 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna kuasa dalam Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) ketika zaman BN dahulu. (Pemuda PAS Kedah menunjukkan salinan laporan SPRM yang mereka buat) Ianya berkait kegagalan YIKed di bawah BN menyelesaikan masalah tanah sehingga disaman RM11 juta dan terpaksa ditanggung oleh pentadbiran Kerjaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang ini. Penyerahan dokumen dan laporan itu diketuai Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya di pejabat SPRM negeri di sini pagi ini. Turut serta Naib Ketua Ahmad I'zat Mohamad Shauki, Ketua Penerangan Nasir Zakarian dan beberapa exco yang lain. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco Datuk Ir Amiruddin Hamzah turut mendedahkan perkara tersebut ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini. Ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah baru-baru ini, Azizan turut membangkitkan hal ini. "Masa kita bukan sahaja habis untuk mentadbir negeri tetapi juga membersihkan najis-najis yang ditinggalkan kerajaan dahulu," kata Ustaz Azizan. Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ianya ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi. Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian. Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar Southern finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah. YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga Ogos 2013. harakah/- | Mengayuh dalam hujan menuntut perubahan Posted: 09 Dec 2012 11:19 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - (Para aktivis Jerit mengayuh basikal dalam hujan bagi menuntut perubahan) SEREMBAN: Selepas berjaya dengan projek jalan kaki membantah Lynas, 20 aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) pula menggunakan pendekatan mengayuh basikal untuk menuntut perubahan. Mereka memilih Negeri Sembilan sebagai sasaran kayuhan yang dinamakan "Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0" dan mensasarkan 23 perhentian sepanjang kayuhan selama empat hari itu yang bakal berakhir hari ini. Mereka melalui tujuh daerah utama di negeri itu iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu. (Siap untuk membuat kayuhan) Pada hari ke-3, mereka memulakan kayuhan di bawah hujan lebat bermula dari Johol ke Bandar Baru Serting. Lawatan pertama mereka adalah ke Raja Alias 2, Serting. Masyarakat tempatan mengalukan kedatangan para pengayuh. Pengayuh turut mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan dan dijamu dengan nasi lemak dan bermacam lagi. Di Jempol, pengayuh singgah di rumah seorang pemimpin PAS yang menyediakan minuman dan buah- buahan. Di Dataran Senawang, mereka diraikan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menerima kedatangan para pengayuh. (Berehat di rumah seorang pemimpin PAS tempatan di Jempol) Para pengayuh seterusnya ke Sungai Gadut menerima memorandum daripada pihak ibubapa dan pelajar SJK (Tamil) Ldg Senawang. Akhirnya pengayuh kembali ke Seremban Jaya. Pengayuh bermalam di Seremban Jaya malam ini. Hari ini, 10 Disember 2012, para pengayuh akan ke Pejabat Menteri Besar untuk menyampaikan memorandum tuntutan rakyat. Mereka juga akan mengunjungi Ketua Pembangkang Anthony Loke untuk menyampaikan memorandum tuntutan rakyat itu. Tujuh tuntutan itu termasuk pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam. Selain itu, NGO berkenaan juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim. harakah/- | Posted: 09 Dec 2012 11:15 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - BERKEMAS...Omar dan Isteri, Siti Nursyuhadah mengemas tempat tinggal mereka di Surau Al-Mujib. KUALA LUMPUR: Dalam keadaan si isteri sarat mengandung dan hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata pertama, sepasang suami isteri yang bagai hidup merempat tinggal menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu, kini semakin tertekan memikirkan masa depan mereka. "Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening," kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19, ketika ditemui, baru-baru ini. Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga. Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal. Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun. metro/- | Guan Eng: Satu lagi janji monorel dari BN Posted: 09 Dec 2012 11:09 PM PST Ketua Menteri Pulau Pinang berkata janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina sistem monorel untuk negeri itu merupakan janji sama yang belum dipenuhi oleh pentadbiran sebelum ini. Lim berkata, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menjanjikan sistem monorel untuk warga Pulau Pinang tetapi ia tidak dipenuhi. "Ini kali kedua perdana menteri membuat janji seperti ini... Saya tidak tahu berapa banyak perdana menteri yang perlu berjanji sehingga Pulau Pinang dapat monorel. "Ia dijanjikan BN tetapi tidak pernah dibina, ini adalah janji yang tidak ditepati," katanya yang merujuk kepada slogan "Janji Ditepai BN" dalam sidang media selepas pembukaan kongress Wanita dan Pemuda DAP di Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, monorel itu sudah lama dijanjikan oleh kerajaan persekutuan dan sepatutnya ditunaikan tanpa dijadikan modal pilihan raya. "Kenapa buat syarat (jika BN menang)? BN menjanjikannya bawah pentadbiran sebelum ini, jadi kenapa perdana menteri kata ia hanya boleh dijalankan jika BN menang?," kata Lim. Katanya lagi, warga Pulau Pinang tidak mungkin termakan janji seperti itu apabila ia tidak ditunaikan sebelum ini. "Anda fikir orang akan percaya dengan janji itu?," soalnyna. malaysiakini/- | Paip kembali pecah tidak sampai 24 jam dibaiki Posted: 09 Dec 2012 11:05 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Temerloh - Tidak sampai 24 jam masalah paip pecah di Kampung Gajah Mati, dekat sini, dibaiki Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh, masalah itu berulang lagi apabila paip tersebut kembali pecah. Tinjauan Sinar Harian ke kawasan tersebut mendapati kerja baik pulih sudah dilaksanakan, namun paip tersebut kembali pecah menyebabkan jalan utama ke kampung itu digenangi air. Penduduk, Isman Abdul Rahman, 55, berkata, masalah itu berlaku disebabkan paip tersebut ditanam pada kedalaman rendah menyebabkan kenderaan berat mudah melanggar paip tersebut. "Air bergenang menyebabkan keadaan jalan semakin becak dan berbahaya kepada penunggang motosikal," katanya. Isman berkata, sepatutnya paip perlu ditanam lebih dalam sekurang-kurangnya 0.6 meter. "Jalan ini sempit dan kenderaan berat keluar masuk mudah melanggar kawasan ditanam paip tersebut. "Jika paip itu ditanam lebih dalam, masalah tersebut tentunya tidak akan berulang lagi," katanya. Katanya, kejadian paip pecah menyebabkan bekalan air ke rumah penduduk berkurangan kerana tekanan rendah. Justeru, dia berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk dapat menikmati kemudahan dengan lebih baik. Sinar Harian 7 Disember lalu menyiarkan keluhan penduduk mengenai paip pecah sejak dua bulan lalu menyebabkan jalan kampung itu becak dan membahayakan penunggang motosikal. sinar/- | Isu sisa Lynas: DAP mahu 4 menteri letak jawatan Posted: 09 Dec 2012 11:00 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - DAP menuntut empat menteri kabinet yang bertanggungjawab membenarkan Lynas Corporation Australia beroperasi di Gebeng supaya meletak jawatan kerana syarikat berkenaan tidak mengendahkan tuntutan supaya mengeksport sisanya. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pengakuan Lynas bahawa bahan berkenaan tidak boleh dieksport menunjukkan bahawa BN tidak jujur dan tiada komitmen dalam keselamatan dan kesihatan awam. Lim merujuk kenyataan bersama pada 22 Februari yang dikeluarkan menteri perdagangan antarabangsa Datuk Seri Mustapa Mohamed, menteri sains dan tekonologi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, menteri sumber asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (left). Kenyataan bersama itu menyebut bahawa Lynas akan mengemukakan surat janji untuk menerima pemulangan apa-apa sisa terhasil dairpada lojinya di Gebeng ke sumber asal, sebelum diberika Lesen Operasi Sementara (TOL). Pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad kemudiannya menjelaskan bahawa bahan sisa tidak boleh dieksport kerana halangan undang-undang antarabangsa. Bagaimanapun, Lim berkata keadaan itu sepatutnya memberi peluang kepada kerajaan persekutuan untuk membatalkan TOL sehingga syarikat itu mengemukakan rancangan untuk mengadakan kemudahan kekal untuk pelupusan. "Jika BN enggan mempertahankan kepentingan rakyat... tetapi memilih keuntungan untuk kroni... maka Pakatan akan berbuat demikian apabila kami mengambil alih Putrajaya," katanya. malaysiakini/- | Posted: 09 Dec 2012 10:50 PM PST KLANG: Demi tugas, seorang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, pengsan sewaktu memadam api dalam kebakaran di sebuah gudang simpanan seramik dan barang plastik di Batu 4, Jalan Kapar, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 2.18 petang itu, Junaidi Mohd, 35, yang sedang memadam kebakaran tiba-tiba sesak nafas dan keluar dari premis dipenuhi asap hitam serta debu seramik sebelum terjatuh. Tersentak dengan kejadian itu, rakan setugas mangsa memberikannya rawatan kecemasan sebelum dia dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapat rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil. Menceritakan semula kejadian kebakaran gudang itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Mohd Hamizal Ainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kebakaran itu sebelum lima jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Raja, Sungai Pinang, Seri Andalas dan Pelabuhan Klang dikejarkan ke tempat kejadian. Menurutnya, sewaktu tiba, api sedang marak sebelum 26 anggota bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tengah iaitu tempat simpanan barangan plastik, seramik serta kotak milik sebuah syarikat perniagaan Tembikar Wei Khing dan merebak ke keseluruhan bangunan kilang lama yang dijadikan stor. "Sewaktu kejadian, terdapat 22 pekerja di dalam premis itu. Namun, mereka berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. "Kebakaran memusnahkan 70 peratus bangunan gudang dan kerja memadamkan api sukar kerana kami tidak mempunyai bekalan air mencukupi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, punca kebakaran dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sementara itu, seorang saksi, Khaslina Samad, 40, berkata, dia tergamam selepas melihat api marak dari kawasan gudang berkenaan. Dia yang tinggal kira-kira 15 meter dari gudang berkenaan berkata, kurang daripada 10 minit, api sudah marak dengan begitu cepat sehingga menyebabkan api hitam terhasil daripada kebakaran itu. "Walaupun keadaan rumah menjadi begitu kotor akibat debu dan asap hitam, tapi saya bersyukur kerana rumah kami selamat," katanya. metro/- | Suspek serangan pejabat Konsul AS diberkas Posted: 09 Dec 2012 10:47 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir, kelmarin, mengesahkan penahanan suspek kumpulan militan, rangkaian Al-Qaeda yang disyaki terlibat dengan serangan ke atas pejabat konsul Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, September lalu. Menurut sumber keselamatan di Kaherah, Mohamed Gamal Abu Ahmed kini sedang disoal siasat berhubung penglibatannya dalam insiden yang turut menyebabkan Duta AS ke Libya, Christopher Stevens terbunuh bersama tiga pegawai lain. Gamal ditahan semula tiga minggu lalu selepas dibebaskan dari penjara di negara tersebut pada 2011. Difahamkan, beberapa ahli kumpulan itu termasuk warga Tunisia dan Libya dicekup selepas didakwa merancang untuk melancarkan serangan di Mesir, Oktober lalu. - Reuters | Islam dan Melayu gemilang di bawah Pakatan Posted: 09 Dec 2012 09:05 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Umno nyata telah gagal membela Islam dan orang Melayu. Jenayah Umno terhadap Islam dan Melayu terlalu banyak – gejala murtad, tanah tergadai, tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan akhlak generasi muda serta pelbagai lagi. Budaya rasuah membarah menjadikan bangsa Melayu dilihat begitu rendah dan hina. Umno telah menindas gerakan Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan. Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin Melayu dan gerakan dakwah ditangkap, didera dan di tahan ISA. Bulan Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan. Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali. Selepas 55 tahun Umno diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala kuasa ada di tangan, orang Melayu masih mendendangkan lagu 'Anak Kecil Bermain Api' dan mengalirkan air mata mengeluh pilu dan merintih mengenangkan nasib mereka sendiri. UMNO sekarang ini, dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan. Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka boleh berlaku tenang, suka, marah, sedih dan ketawa secara tiba-tiba. Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasa sebagai pilihan. Debat politik intelektual dianggap asing dan bukan budaya kebanggaan. Kepimpinan Umno hari ini nyata begitu lemah tidak berupaya lagi. Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya politik rasis dan keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko perubahan kepimpinan dan perpecahan. Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno yang sentiasa berpecah dari dalam berterusan sejak dari awal penubuhannya. Begitu capeknya Umno, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya tempang sebagai 'kerusi roda' penyelamat. Pakatan Rakyat telahpun membuktikan Agama Islam dan orang Islam nyata lebih terjamin dan lebih gemilang. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak Melayu dan Bumiputra telahpun diterima secara muafakat. Tiada siapa yang dapat menggugat. Wadah ini telah berjaya menggembeling para pejuang Melayu dan Islam yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas membela rakyat. Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata berjaya diurus tadbir secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya. Hakikatnya kini, jumlah ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai berbanding sebelumnya. Dalam dunia demokrasi dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin Melayu bersedia menerima kepimpinan Melayu di dalam Pakatan Rakyat sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan. Pakatan Rakyat terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda yang ilmuan, dinamik, intelektual, profesional dan berktrampilan. Paling utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan. Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi. Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan Melayu dan Agama Islam. Dunia masa depan pasti lebih mencabar berbanding sekarang. Kita memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar, demi menangani segala cabaran globalisasi segala bidang – agama, politik, budaya, ekonomi dan pendidikan. Di era demikian, Islam dan Melayu pasti akan bangkit sebagai umat yang gemilang – nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. InsyaAllah. *Penulis adlah Ketua Biro Penerangan, Parti Keadilan Rakyat. | Regim Di Penghujung Usia: AES Sebagai Paku Terakhir Keranda BN Posted: 09 Dec 2012 09:01 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - Fin de regime, dalam bahasa Perancis, mungkin boleh diterjemahkan sebagai "penghujung regim". Sebagaimana penggunaannya dalam fin de siècle, iaitu "di penghujung alaf", ia bermaksud zaman kemerosotan atau zaman penamat yang sukar dijelaskan. Sudah sebanyak 250,000 saman AES dikeluarkan sejak bulan September dan ramai telah diheret ke mahkamah termasuk seorang wanita berusia 80 umur. Pelbagai drama melibatkan orang ramai. Tertanyalah saya, adakah Kerajaan Barisan Nasional telah sampai hujung hayatnya sampai tidak terasa sentimen dan persepsi rakyat jelata? Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah manifestasi masalah struktur yang mendalam dan berjangka panjang, malah keruntuhan sesebuah sistem. Saya melihat sekurang-kurangnya tiga persoalan timbul pada zaman penghujung regim ini, iaitu terasing dari realiti hidup rakyat, kekeliruan fungsi kerajaan dan aktiviti merentir (rent-seeking) atas nama dasar penswastaan. Tanda-tanda keruntuhan sistem Pada petang 21 November 2012, selepas bajet Kementerian Pengangkutan dan AES hangat diperbahaskan, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta diadakan "undi belah bahagi", iaitu undi yang lebih sulit berbanding "undi suara" yang terbuka serta lumrah dilakukan. Ketika Dewan berhenti bersidang tatkala undi dihitung, masing-masing mengambil gambar dengan kamera, termasuk Speaker. Untuk dua tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali sebelum persidangan Dewan Rakyat ditangguh, masing-masing akan mengucapkan selamat tinggal, mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi. Situasi semestinya berbeza selepas PRU13. Ada yang menang, ada yang kalah. Barangkali tiada lagi persidangan selepas persidangan kali ini (walaupun kerajaan masih boleh mengadakan persidangan Parlimen pada Mac tahun depan.) Ruang kekosongan semasa menunggu undi dihitung bagai upacara selamat tinggal. Tetapi pengundian belah bahagi lantaran pertikaian AES telah memahat istilah fin de regim dalam otak saya – sesebuah kerajaan yang telah sekian lama memerintah, tetapi melakukan kesilapan demi kesilapan pada penghujung zaman pemerintahannya, sehingga isu sekecil AES boleh menonjolkan kebobrokan regim tersebut. AES zalim terhadap rakyat Dalam tempoh sebulan ini, ketika bersua muka dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di kafe, koridor mahupun bilik air, mereka akan merungut bahawa hanya kerajaan yang "bodoh" dan "gila" akan melancarkan AES. Antaranya, Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz paling keras membantah, malah ponteng semasa pengundian. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (Rembau) yang sebelum ini secara terbuka membantah AES, juga tidak selesa dan senyap ketika mengundi. Seandainya sejarah ditulis pada masa depan, barangkali AES adalah paku terakhir yang dipahat pada keranda atau final nail in the coffin untuk fin de regime ini. Dari dahulu hinggalah sekarang, penguasa yang tidak mempedulikan keperitan rakyat, enggan mengambil tahu rintihan jelatanya, sehingga terasing dari realiti hidup rakyat – akhirnya bakal menjurus kepada keruntuhan sesebuah regim. Ketika kerajaan mengagihkan BR1M bernilai RM500 kepada isi keluarga yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000, semestinya kerajaan ini sedar bahawa realiti hidup 60% isi keluarga yang serba kurang. Bayangkan, sekeping saman berharga RM300 yang tiada ruang untuk rundingan diskaun, adalah 10% daripada pendapatan bulanan untuk 60% keluarga di Malaysia. Apakah ia tidak mencungkil kemarahan rakyat jelata? Kerajaan BN makin keliru Kekeliruan fungsi kerajaan adalah bibit zaman penghujung regim. Jawapan oleh seorang Menteri boleh dijadikan contoh kekeliruan, kekecohan dan tiada penyelarasan dalam kerajaan BN. Ketika Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha menjawab soalan di Parlimen – apabila isu Malaysia Airlines MAS) disentuh, maka dikatanya jawapan berada dalam lingkungan Kementerian Kewangan; ketika ditanya mengenai sistem pengangkutan awam, maka dikatakan pula ia adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Jabatan Perdana Menteri; operasi pelabuhan juga di bawah Kementerian Kewangan. Apa yang beliau cuba katakan ialah Kementerian Pengangkutan sekadar berperanan sebagai pengawalselia atau regulator, kononnya. Begitu juga dengan lapangan kapal terbang yang dikatakannya dikendalikan oleh syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Tanggungjawab kerajaan diserah kepada kroni swasta Keselamatan pengangkutan awam adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, tetapi tugas pelaksanaan undang-undang ini diserah kepada institusi swasta untuk mengaut keuntungan. Lebih-lebih lagi, AES bukan sistem baru yang menggantikan saman ekor oleh polis. Maka polis terus menyaman, kamera perangkap had laju polis juga terus menyaman. Dengan kata lain, polis terus dengan saman mereka, Kementerian Pengangkutan pula telah beri "sub-kontrak" saman mereka. Semua gembira saman-menyaman. Demikianlah pencukaian oleh kerajaan BN dengan kaedah yang berbeza, dan rakyat didahulukan untuk merasai penderitaannya. Malah, Kong Cho Ha cuba menggunakan Perlembagaan untuk memujuk agar kita menerima AES, kononnya AES dilancarkan kerana Perlembagaan menuntut kerajaan untuk menjamin keselamatan nyawa rakyat. Tetapi, dua pertiga daripada lebih 6,000 mangsa yang diragut nyawanya lantaran kemalangan jalan raya, adalah penunggang motosikal. Apakah yang dilakukan Kementerian Pengangkutan untuk penunggang motosikal? Adakah Kementerian Pengangkutan memastikan lorong motorsikal yang lebih selamat di sepanjang lebuh raya? Tidak, Kong Cho Ha akan memberi alasan, ini tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Adakah Kementerian Pengangkutan menjamin kelancaran dan keberkesanan sistem pengangkutan awam? Kerana hanya dengan ini, golongan miskin dalam masyarakat tidak perlu bergantung kepada motosikal, sebaliknya boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Jawapan Menteri semestinya berbunyi, pengangkutan awam di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Negara manakah yang pengangkutan awamnya tidak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan? Hanya Malaysia boleh. Penyelewengan dasar Akhirnya, hal sekecil AES juga menonjolkan penyelewengan dalam dasar penswastaan yang dilaksanakan Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk kuasa pada awal tahun 1980-an. Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah membeli 124 buah kamera perangkap had laju sejak tahun 1995, dengan jumlah perbelanjaan RM23.5 juta. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa harganya 10 kali ganda lebih mahal berbanding kamera yang hampir sama di bandar Amerika Syarikat; Timbalan Menteri pula membela bahawa perbelanjaan ini termasuk "kos perkhidmatan" seperti latihan. Kamera perangkap had laju polis pula lebih murah harganya berbanding AES. Sejauh manakah pelaburan kamera AES? Tiada orang yang mengetahuinya memandangkan kerajaan enggan mengumumkan kontrak. Kong Cho Ha menyenaraikan dengan panjang lebar perkara yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat kontraktor, untuk menjelaskan mengapa harganya melangit tingginya. Persoalannya, bukankah kaedah Bina-Kendali-Serah (BOT) dalam dasar penswastaan sepanjang 30 tahun ini menjelaskan kepada kita, harganya ditentukan syarikat swasta, yang membayar adalah rakyat? Istilah "fin de regime" kekal berlegar-legar dalam otak saya. – Roketkini | Ceramah PKR 4 Dis tidak fitnah kerajaan Posted: 09 Dec 2012 08:51 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menafikan Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Kampung Gombak Utara Batu 8, Gombak dekat sini pada 4 Disember bertujuan untuk memfitnah Kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari berkata, ceramah anjuran Kerajaan Negeri itu bertujuan memberikan penerangan tentang program dan usaha yang telah dijalankan untuk membantu rakyat di negeri ini. Menurutnya, PKR kesal dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din kononnya ceramah itu berunsurkan pembohongan dan menanam kebencian kepada pemimpin negara. "Salah ke kalau program ini menerangkan tentang apa yang Kerajaan Negeri buat terutama melibatkan program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) serta isu semasa pada masa yang sama kita turut membuka kaunter semakan daftar pengundi apatah lagi kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dialu-alukan rakyat di Gombak. "Tentang hutang negara, belanjawan negeri Selangor, tanah yang dirampas oleh Umno, kelulusan Masjid Zakaria lebih RM 10 juta bukan cerita bohong atau fitnah. Jadi rakyat kena tahu sebab itu program tersebut diadakan," katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat PKR, di sini, semalam. Amirudin berkata, adalah tidak logik jika tuduhan kononnya provokasi dimulakan oleh penyokong PR sedangkan wujud insiden meja milik peniaga diterbalikkan "Mereka (Pemuda Umno) beri alasan ketika itu mereka sedang buat taklimat pilihan raya, takkan guna pembesar suara, pegang banting tepi jalan, ini alasan tidak masuk akal. "Disebabkan masalah yang berlaku kaunter semakan daftar pengundi, khemah juga rosak akibat balingan batu dan kelapa, usaha kami beri penerangan kepada rakyat gagal," katanya. Katanya, penganjur merancang untuk mengadakan sekali lagi ceramah di lokasi yang sama pada 19 Disember nanti dan ia akan dibuat dengan jaminan pihak berkuasa bagi memberi penjelasan kepada semua tentang insiden yang berlaku. sinar/- | Pemuda PAS Selangor ucap tahniah kepada Guan Eng Posted: 09 Dec 2012 07:57 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana telah menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus. Walaupun sering dilabel sebagai anti Islam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, lebih bertanggungjawab untuk membantu Umat Islam di Negeri Pulau Pinang berbanding semasa zaman kerajaan Barisan Nasional di bawah kendalian parti Gerakan. Demikian kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Bagi beliau, kerajaan Pusat juga sepatutnya berasa malu kerana tidak prihatin untuk memartabatkan agama Islam di dalam negara ini apabila tidak memperuntukkan bajet tambahan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam kenyatan rasis yang tidak bertanggungjawab daripada Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba untuk menimbulkan prasangka jahat dan menghasut rakyat terhadap tindakan murni yang dilakukan YAB Lim Guan Eng," katanya. Beliau merujuk kepada kenyataan pemimpin Gerakan itu yang mendakwa, Lim Guan Eng melaksanakan Islamisasi dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. Padahal, menurutl Lim Guan Eng, apa yang beliau lakukan adalah memberikan sesuatu kepada yang berhak selepas dinafikan selama ini oleh kerajaan BN. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap serangan rasis Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang adalah hasil daripada sikap 'penakut dan pengecut' Umno Pulau Pinang di dalam memperjelaskan hal ehwal agama Islam kepada rakan sekutu mereka di dalam Barisan Nasional. Umno, katanya, yang selalu 'berkokok' sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan sering memperlekehkan PAS menjadi 'kuda tunggangan DAP dan PKR' di dalam isu agama Islam akhirnya menjadi bacul dan dayus dengan membiarkan MCA dan Gerakan berterusan menghina agama Islam secara terbuka. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menyeru sekalian umat Islam untuk menolak Umno di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kerana kegagalan Umno untuk menjaga dan memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara," katanya. Selain itu, katanya lagi, Umno juga sering menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka tanpa mempedulikan keutamaan untuk member kefahaman yang sebenar berkenaan Agama Islam secara mnyeluruh kepada masyarakat. harakah/- | Posted: 09 Dec 2012 07:40 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan cadangan menutup kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang sepatutnya dibuat hari ini.Terima kasih pejabat peguam negeri Selangor atas nasihat tu. Tapi bukan berita atas tu yang aku nak ulas tapi berita kat bawah ni. Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!! Malaysiakini melaporkan: Mahkamah majistret Kuala Lumpur sesak semalam dengan lebih daripada 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di mahkamah, menjadikannya bilangan terbesar yang hadir sejak beberapa hari yang lalu.Jom kita mulakan pengiraan mudah kita. Mula-mula sekali kita adaikan 1,400 OKS tu mewakili jumlah pengundi dan kita andaikan dari 1,400 tu 1/3 adalah penyokong tegar Umno BN, 1/3 lagi penyokong tegar PR manakala 1/3 lagi pengundi atas pagar. Dari 58 yang hadir tu aku yakin 13 orang yang tak mengaku salah tu aku semua kompon penyokong tegar Pakatan Rakyat pasai depa tu tak mengaku salah hasil hasutan KASE. Dari 44 yang mengaku salah tu aku kita andaikan semua bukan penyokong Pakatan Rakyat dan untuk senang kira kita andaikan separuh penyokong tegar Umno BN dan separuh lagi atas pagar. Dari 22 atas pagar tu kalau depa kena hasut aku yakin lebih separuh akan marahkan kerajaan dan akan undi pakatan Rakyat. Macamana dengan baki 1,342 orang yang tak hadir tu? Kalau ikut undang-undang depa tu akan dapat waran tangkap dan macam kes saman ekor sebelum ni boleh sampai tahap polis cari sampai ke rumah dan bawak balik naik blackmaria dalam keadaan tangan bergari. 477 yang penyokong Pakatan Rakyat dah tentu takkan undi Umno BN. Dari 477 pengundi atas pagar, kalau kena hasut boleh dapat paling kurang 2/3 takkan undi Umno BN. Dari 477 yang kita andaikan penyokong Umno BN pulak aku yakin paling kurang 1/3 akan marah kat kerajaan dan takkan undi Umno BN. Jadinya, dari pengiraan mudah tu jumlah yang akan undi calon Pakatan Rakyat masa PRU13 nanti paling kurang pun adalah 13+11+477+318+159=978 undi atau 70.5%, lebih 2/3 tu... Tapi aku yakin kalau kena dengan cara hasutannya boleh dapat lagi banyak, mungkin boleh sampai angka 80% akan undi calon Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Pasai tu lah aku ucapkan terima kasih kat atas tu. Kalau 2 kamera AES tu tak jadi dibungkus akan ada la yang akan kena saman. Lagi ramai yang kena saman lagi bagus. Tambah pulak kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat bubuh billboard besar dibelakang setiap kamera AES yang dipasang, lagi ramai la yang akan marahkan kerajaan dan akan undi Pakatan Rakyat. Bagi penyokong Pakatan Rakyat yang kena saman, hangpa tak patut risau pasai KASE dah tawarkan khidmat guaman percuma lawan di mahkamah. Hangpa cuma perlu berkorban turun naik mahkamah saja. Takkan pengorbanan tara tu pun hangpa tak sanggup. Kalau pengorbanan tara tu pun tak sanggup tak payah la berlagak cakap besar konon nak tumbangkan Umno BN, buat malu ja. Lagi satu, kalau ramai OKS yang pilih untuk tak mengaku salah dan lawan di mahkamah, aku yakin Umno BN akan lebih kecut perut dan aku jangka sistem AES ni akan ditangguhkan perlaksanaannya. harakah/- | Posted: 09 Dec 2012 07:25 PM PST BERSALAH...Mohd Fadli dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. KUALA TERENGGANU: Seorang suami yang mencederakan isterinya selepas mengesyaki mangsa menjalin hubungan sulit dengan adiknya dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Mohd Fadli Che Mansor, 22, dari Kampung Paya Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. Mohd Fadli didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Rohana Rosli, 22, di Kampung Paya Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini kira-kira jam 11 malam, 3 November lalu. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh yang mempunyai seorang anak tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes, mangsa berada di rumahnya sebelum Mohd Fadli tiba-tiba mengamuk dan mencederakannya di kepala. metro/- | Posted: 09 Dec 2012 06:30 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - (Bendera PAS adalah antara yang dikibarkan di Sahah Al-Katibah semalam sempena sambutan 25 tahun Hamas) GAZA: Bendera PAS adalah antara bendera yang berkibar di Gaza mengiringi lebih kurang satu juta umat Islam yang berhimpun di Sahah Al-Katibah Gaza serta melaungkan 'Khaibar Ya Yahud' (hancurlah kamu wahai Yahudi) sempena Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas. Ia dikibarkan bagi menyatakan dengan jelas kebersamaan PAS bersama dengan perjuangan umat Islam di Palestin. Perhimpunan yang diadakan ini juga bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam di Palestin selepas perang lapan hari dengan Israel yang berakhir 21 November yang lalu. Perhimpunan Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas ini turut dihadiri negara-negara umat Islam yang lain termasuk Malaysia di samping NGO yang membantu umat Islam Palestin. (Bendera PAS dan Malaysia dikibarkan dibumi Gaza tanda kebersamaan dengan perjuangan umat Palestin) Majlis ini dihadiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyah bersama barisan Kabinet dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal buat pertama kalinya kembali ke bumi Palestin selepas dibuang negeri pada tahun 1996. Khaled Meshaal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Hamas dan umat Islam di Palestin serta merakamkan rasa rindu dan tidak melupakan bumi Palestin yang ditinggalkan sejak 1996 yang lalu. Sebelum ini pertubuhan Hamas mempunyai pejabat urusannya di Damsyik, namun ia dipindahkan ke Kaherah selepas Hamas memutuskan hubungan dengan Damsyik selepas Basyar menentang kebangkitan rakyat Syria. Antara program yang diadakan pada program julung-julung kali itu adalah upacara persembahan dari kumpulan Nasyid Pemuda Palestin di samping artis-artis dari negara Jordan, Syria dan macam-macam lagi. (Di atas bangunan yang menempatkan pentas utama juga dikibarkan bendera PAS) harakah/- | Pakatan: 'Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita' Posted: 09 Dec 2012 06:25 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - MELAKA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yakin kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari depan di Kuala Lumpur berlangsung dalam suasana aman. Beliau sama sekali menolak andaian bahawa perhimpunan itu akan menjadi seperti Peristiwa 13 Mei kerana penyokong Pakatan Rakyat (PR) juga mahu perhimpunan berjalan aman bagi menyatakan bantahan mereka. "Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang kerana kita, tidak kira Melayu atau Cina akan bersama-sama berhimpun di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. "Saya tahu semuanya sudah bersemangat tinggi untuk ke Putrajaya tapi kita perlu ke Kuala Lumpur dahulu sebagai kemuncak semua tuntutan PR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. Program itu bermula pada jam 4 petang dengan konvoi motosikal dan kereta, turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Blues Gang, Ito yang akan menyampaikan tiga buah lagu. Mat Sabu berkata, program dengan sasaran 1 juta kehadiran turut disertai rakyat yang mahukan perubahan kerana beberapa tuntutan sebelum ini tidak dihiraukan kerajaan. "Sudah tiga kali kita mengadakan Himpunan Bersih, tetapi kerajaan dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) terus membutakan mata dan memekakkan telinga tidak menghiraukan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia," katanya. Beliau berkata, jumlah kehadiran yang semakin meningkat di setiap program Himpunan Kebangkitan Rakyat di empat buah negeri sebelum ni memberikan keyakinan bahawa PR boleh mendapat sokongan rakyat. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PR yakin cukup mantap untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurutnya, ini kerana gabungan Pas, DAP dan PKR adalah sebuah keluarga besar yang sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa. "PKR dalam keadaan yang cukup mantap dan kita adalah keluarga besar yang sudah bersedia untuk merempuh Najib, Rosmah, Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya. Azmin turut mencabar Najib membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dengan segera sekiranya kerajaan BN sudah cukup kuat menentang pakatan pembangkang. "Saya cabar Najib, kalau dia sudah kuat, bubarkan Parlimen esok. Kalau dalam bulan ini Najib tidak bubarkan Parlimen, saya yang akan berikan tarikh PRU ke-13," katanya. sinar/- | Pasangan kekasih masih bersekolah kena cekup di hotel Posted: 09 Dec 2012 06:00 PM PST 26 Muharram 1433H. [MOD] - LUNAS – Hasrat sepasang kekasih berusia 16 tahun dan masih bersekolah untuk melarikan diri dari keluarga masing-masing tidak kesampaian apabila ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sebuah hotel murah di sini kira-kira jam 10.30, malam kelmarin. Suspek seorang remaja lelaki sebelum ini pernah bersikap agresif dengan memecahkan cermin kereta jenis Honda bapanya, kerana tidak berpuas hati dengan keluarga. Bagaimanapun setelah dibaiki, suspek mengambil keputusan melarikan diri dengan menggunakan kereta itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima maklumat dari orang awam setelah berjaya menemui kereta digunakan suspek untuk melarikan diri. Ia disorok di bahagian belakang hotel. "Polis membuat semakan terhadap resit pembayaran dibuat oleh pelanggan yang menginap di hotel itu dan mendapati, suspek mendaftarkan diri kira-kira jam 9.15 malam. "Polis kemudiannya membuat serbuan disalah sebuah bilik di tingkat satu hotel itu dan mendapati suspek dan kekasihnya berada di dalam. "Sebelum ini waris pelajar perempuan terlibat sudah membuat laporan di Balai Polis Kulim apabila tidak pulang ke rumah dan dipercayai melarikan diri bersama suspek. "Pasangan itu kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut," katanya. Sinar
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 09 Dec 2012 09:17 PM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 09:06 PM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 07:24 PM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 07:10 PM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 11:41 AM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 11:40 AM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 09:08 AM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 09:05 AM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 03:28 AM PST
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 09 Dec 2012 03:14 AM PST
|
You are subscribed to email updates from BLOG - BLOG PARTI PAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan