CINA ISLAM (林川興) Posted: 02 Dec 2012 01:12 AM PST 7 dipercayai hilang akibat terowong runtuh di Jepun Posted: 01 Dec 2012 11:36 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] -
TOKYO: Sekurang-kurangnya tujuh orang dipercayai hilang selepas sebahagian daripada laluan terowong lebuh raya di barat Tokyo runtuh menyebabkan sejumlah kenderaan terperangkap sambil asap kelihatan akibat kebakaran di dalamnya sehingga menyukarkan anggota penyelamat mendekatinya.
Rakaman video dari dalam terowong itu selepas kebakaran dipadamkan menunjukkan anggota bomba melalui sisa runtuhan bumbung simen yang menghempap kenderaan dalam Terowong Sasago kira-kiar 80 kilometer dari bandar raya ini.
Bagaimanapun, akhbar tempatan melaporkan anggota penyelamat menangguhkan kerja menyelamat kerana bimbang satu lagi runtuhan di dalam terowong berkenaan.
Seorang wanita yang terselamat selepas terperangkap dalam terowong sepanjang 4.3 kilometer itu memberitahu pihak berkuasa bahawa, beliau tidak pasti dengan keadaan lima orang yang berada dalam kenderaan sewanya.
Dua lagi kenderaan dikatakan tertimbus akibat runtuhan terbabit dan tujuh orang dipercayai berada di dalamnya.
Punca runtuhan kira-kira 100 meter dalam terowong itu sedang disiasat. - AP | Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS Posted: 01 Dec 2012 10:42 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] -
(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)
BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.
Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.
(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)
Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah. Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
(Haji Ramlan serahkan borang)
Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.
Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).
Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.
(Gambar: Haji Nasir)
Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.
Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.
Harakahdaily/- | Terowong runtuh di Jepun, lima dikhuatiri terperangkap Posted: 01 Dec 2012 10:38 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] - Lima orang dikhuatiri terperangkap di dalam terowong lebuh raya yang runtuh berhampiran Tokyo hari ini, media Jepun melaporkan.
"Lima orang dikhuatiri terperangkap di dalamnya," kata penyiar swasta TV Asahi yang memetik anggota bomba berkata bahawa terowong di lebuh raya itu terletak kira-kira 80km dari bandaraya Tokyo.
Sebilangan kenderaan terbakar di dalam runtuhan terowong tersebut - salah satu yang terpanjang - kata polis, sewaktu gerakan menyelamat sedang dilancarkan.
Sekurang-kurangnya tiga kenderaan hancur ditimpa runtuhan tersebut dan tiga orang cedera dalam kejadian tersebut, kata penyiar TV NHK, tetapi laporan itu belum dapat disahkan oleh pihak polis dan jabatan bomba.
Kejadian itu berlaku dil laluan ke Tokyo di dalam terowong Sasago di Lebuhraya Chuo, kira-kira 80km di barat Tokyo, pada sekitar jam 8 pagi waktu tempatan, kata seorang pegawai di unit polis trafik lebuh kepada AFP.
"Kita tidak tahu dengan tepat berapa banyak kenderaan yang terbakar," katanya melalui telefon.
Rakaman NHK dari dalam terowong itu menunjukkan sebuah ambulans putih dan beberapa anggota bomba memakai pakaian perlindungan, berada di seksyen yang diselubungi asap putih. Juga kelihatana beberapa buah kereta dengan lampu berkelip.
Seorang wanita 28 tahun dibawa ke hospital oleh ambulans selepas dia muncul dari terowong sepanjang 4.3km, kata pegawai polis trafik.
NHK berkata dua wanita lain turut diselamatkan dari dalam terowong dan tahap kecederaan mereka tidak diketahui.
Seorang wartawan NHK berkata dia secara kebetulan memandu melalui terowong tersebut dalam perjalanan ke Tokyo apabila ia mula runtuh.
"Saya berjaya memandu melalui terowong itu tetapi kenderaan lain nampaknya telah terperangkap," katanya. "Asap hitam keluar dan seolah-olah ada kebakaran di dalam terowong."
Asap tebal di dalam terowong telah menghalang usaha pasukan penyelamat untuk sampai ke tempat kejadian, kira-kira 2km dari pintu keluar ke Tokyo, kata seorang pegawai jabatan bomba tempatan. AFP | 7 juta pengguna telefon pintar M'sia diancam penggodam siber Posted: 01 Dec 2012 10:36 PM PST 18 Muharram 1433H. [MOD] -
Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa. "Modus operandi antaranya dijalankan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali sebagai 'SMS Trojan' kepada pengguna yang tanpa disedari kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas sms berkenaan. Pengguna hanya menyedari perkara itu apabila mereka menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya, kegiatan itu juga dikesan dengan menipu menerusi aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti (telefon bimbit) sebagai contoh aplikasi 'Type-On' yang sekiranya dimuat turun akan menyebabkan pengguna menanggung kos yang kononnya dikenakan selepas memuat turun aplikasi tersebut walaupun mangsanya telah menghentikan aplikasi berkenaan. 'Lookout Mobile Security' yang dipetik dari agensi berita luar negara, AFP, menganggarkan pengguna di seluruh dunia mengalami kerugian jutaan dolar pada tahun lepas melalui virus 'malware' dan 'toll fraud' yang menyerang pengguna telefon pintar kerana mendapatkan aplikasi daripada sumber tidak rasmi berbanding sumber yang dipercayai seperti Apple atau Google 'online shops'. Syed Ismail berkata, berdasarkan statistik polis, kerugian yang direkodkan dalam tempoh Jan hingga Sept tahun ini bagi jenayah siber yang menggunakan modus operandi melalui SMS atau panggilan telefon, perbankan internet atau perbankan telefon, penggodaman dan salah guna rangkaian termasuk belian barangan adalah kira-kira RM21.8 juta.
Katanya, kes belian barangan melalui internet mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM14.5 juta bagi 1,298 kes diikuti SMS atau panggilan telefon sebanyak RM3.4 juta (412 kes), 24 kes penggodaman (RM3.3 juta) perbankan internet atau perbankan telefon sebanyak RM590,000 (74 kes ). "Bagaimanapun bagi kes salah guna rangkaian tidak merekodkan sebarang kerugian memandangkan ia tidak melibatkan kerugian harta benda tetapi ia lebih kepada jenayah peras ugut terhadap mangsa seperti menggunakan gambar dan kata-kata mengugut. Ia mencatatkan sebanyak 25 kes," katanya. Syed Ismail berkata, selain daripada tujuh juta pengguna telefon pintar, pengguna internet mudah-alih berjumlah 7.7 juta pengguna di Malaysia. Katanya polis akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan bekerjasama rapat dengan agensi itu.
Justeru Syed Ismail berkata berdasarkan laporan yang pernah diterima, pengguna yang mendapati bil telefon mereka melambung tinggi tanpa sebab munasabah dengan penggunaannya hanya akan melaporkannya kepada syarikat telekomunikasi sekadar untuk membuat aduan dan mendapatkan penjelasan mengenainya tanpa membuat tindakan susulan.
"Dalam perkara ini, mereka juga boleh menyalurkan aduan mereka kepada SKMM sebelum tindakan sewajarnya diambil seperti mengenakan kompaun kepada syarikat telekomunikasi sekiranya didapati syarikat berkenaan mengenakan kadar bayaran tanpa alasan yang munasabah. "Melalui langkah ini juga mungkin dapat mengesan kewujudan kegiatan penipuan oleh penjenayah siber terhadap pengguna telefon pintar," katanya. Dalam aspek penguatkuasaan, Syed Ismail berkata pihaknya berusaha untuk melengkapkan polis dengan kemahiran Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dan berkongsi maklumat antara agensi lain, sama ada dalam mahupun luar negara. "Seiring dengan perkembangan jenayah siber semasa, penambahbaikan dari segi peralatan dan teknologi khas seperti perkakasan dan perisian harus sentiasa dikemaskini dalam memastikan langkah pencegahan yang lebih berkesan," katanya. Katanya, masyarakat sendiri harus mempunyai ilmu tentang tahap keselamatan telefon pintar mereka dan bagaimana untuk mencegah sekaligus mengurangkan risiko daripada menjadi sasaran penjenayah siber yang sentiasa bekerja 24 jam mencari mangsanya.
- Bernama | Zahid tak jawab dakwaan Deepak, sebaliknya puji PM Posted: 01 Dec 2012 02:35 AM PST 17 Muharram 1433H. [MOD] -
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan keluarga seperti yang beliau dijanjikan semalam.
Sebaliknya, beliau menghabiskan sebahagian besar ucapan penggulungannya selama 20 minit di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, menzahirkan puji-pujian terhadap usaha perdana menteri di peringkat antarabangsa, dan seterusnya mengkritik parti-parti pembangkang.
Semalam, Zahid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan memberi respons kepada isu itu dalam ucapan penggulungannya hari ini, tetapi ia tidak disebut langsung.
Malaysiakini/- | Undian PBB: Palestin diiktiraf negara berdaulat Posted: 01 Dec 2012 02:31 AM PST 17 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengalu-alukan undi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memihak kepada Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.
"Undian Perhimpunan Agung PBB tersebut sekurang-kurangnya telah mengiktiraf kehadiran Palestin sebagai negara yang berdaulat," kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, kemenangan diplomatik yang ditunjukkan oleh 138 negara mengundi memihak kepada Palestin untuk menaik taraf status, dengan itu memungkin ia juga boleh terlibat dengan pelbagai forum dalam PBB dan di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Beliau berkata, pokoknya status Palestin semakin jelas untuk menyuarakan haknya yang selama ini dinafi oleh Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.
"Kami mengutuk reaksi duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, ujarnya jelas membuktikan Amerika bukan sahaja menyokong Israel menafikan hak Palestin malah telah merestu segala tindakan ganas yang dilancarkan oleh Israel ke atas rakyat Palestin selama lebih 64 tahun.
Tegasnya, seluruh Negara Islam yang memberi undi menyokong Palestin harus faham bahawa ini adalah langkah kecil dalam proses yang masih panjang untuk menuntut hak Palestin dikembalikan.
Tambahnya, terlalu banyak lagi yang perlu diperjuangkan terutama soal mengembalikan wilayah Palestin yang telah dirampas oleh Israel sejak 1967.
Katanya lagi, perjuangan yang paling utama ialah hak umat Islam ke atas Masjid Al Aqsa yang sangat dekat dengan hati ummah.
"Dengan membantah usul ke atas Palestin ternyata Amerika dan Israel merupakan negara yang tidak mahu perdamaian dicapai dengan memberi hak kepada Palestin," katanya.
Harakahdaily/- | Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak Posted: 01 Dec 2012 02:29 AM PST 17 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.
"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.
Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.
Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.
Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.
Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.
"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.
Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.
Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.
Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.
Harakahdaily/- | Remaja jual ginjal beli iPhone Posted: 01 Dec 2012 02:10 AM PST 17 Muharram 1433H. [MOD] -
BEIJING 30 Nov. - Sebanyak tujuh orang termasuk seorang pakar bedah semalam dikenakan hukuman penjara berhubung kes seorang remaja menjual ginjalnya untuk membeli iPhone dan iPad 2, lapor media rasmi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pelajar sekolah tinggi, Wang Shangkun, 18, mengalami kegagalan ginjal selepas melakukan operasi pemindahan organ secara haram pada April tahun lalu.
Shangkun bersetuju untuk menjual satu daripada ginjalnya selepas bertemu sindiket tersebut di ruangan sembang di dalam talian dan menerima 22,000 yuan (RM10,850) untuk organ itu, walaupun harga buah pinggang selalunya dijual pada harga 10 kali ganda lebih tinggi.
Xinhua melaporkan, sebanyak sembilan defendan didapati bersalah kerana berniat mencederakan, walaupun dua orang daripada mereka tidak dihukum kerana hanya berperanan kecil dalam jenayah tersebut.
Lelaki bernama He Wei yang menguruskan pembedahan tersebut, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, manakala pakar bedah, Song Zhongyu pula dipenjara tiga tahun, tetapi hukuman itu ditangguhkan selama lima tahun.
Wei dan Zhongyu masing-masing menerima sebanyak 50,000 yuan (RM24,399) selepas pembedahan itu. Ibu mangsa, Ou Linchun, sebelum ini memaklumkan mahkamah, tujuan anaknya menjual buah pinggang bukanlah semata-mata kerana mahu membeli peralatan Apple tersebut.
"Anak saya bimbang ditangkap dengan wang hasil penjualan buah pinggangnya, jadi dia membeli iPhone dan iPad 2," katanya.
Xinhua melaporkan, defendan yang tidak memeriksa umur Shangkun, memberi pampasan lebih 1.47 juta yuan (RM717,460) kepada mangsa, menyebabkan mahkamah mengurangkan hukuman mereka. - AFP | Kenyataan 'potong telinga' hanya kiasan atau sudah rasa takut ? Posted: 01 Dec 2012 01:43 AM PST 17 Muharram 1433H. [MOD] - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.
"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...
"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.
"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.
"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.
Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.
"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.
Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.
Sumber asal : Malaysiakini/-
Ulasan Cina Islam :
Sebelum ini saya dengar dan hadapi beberapa cerita pemimpin dan pengikut UMNO yang buat macam-macam kenyataan yang tidak masuk akal. Antaranya
1. Semasa Pemerintahan PAS di kelantan zaman Datuk Asri, ada seorang penyokong kuat UMNO buat kenyataan mengatakan kalau jambatan Sultan Ismail Kota baharu siap dibina oleh kerajaan PAS kelantan dia akan telanjang, tidak berapa lama sesudah itu jambatan itu menjadi realiti dan ternyata dia tidak sanggup telanjang sampai sekarang.
2. Semasa PRU ke 12 di DUN serong, ada seorang Ketua Kampung UMNO dengan tegas mengatakan kepada anak-anak muda yang menyokong PAS bahawa PAS tidak akan menang, kalau menang PAS dia akan telanjang.Tenyata dia tidak telanjang sampai sekarang dan masih dalam ketakutan kalau diberkas anak muda untuk ditelanjangkan.
3. Bila terbaca Datuk Nan beri kenyataan potong telinga dan terjun Sungai Pahang saya tabik sebab dengan berani dia katakan sesuatu yang dia yakin dengan BN Pahang walau realitinya nampak sebaliknya bagi PRU ke 13. Dia;ah bagi saya seorang pemimpin UMNO yang paling berani sebagai menyahut seruan Persiden untuk pertahan kuasa BN yang sedang berada dihujung tanduk.
Sayangnya hari ini lain pula jadinya dah kata kiasan pul, malas rasaya nak komen, lalu saya serahkan kepada pembaca menilainya sediri. Yang jelas saya nampak dia sudah takut telingnya hilang dan tak sanggup terjun sungai pahang ?
Kalau tak tarik kenyataan hari ini maka hairanlah semua ikan patin sebab bekas menteri besar pahang selepas pru ke 13 berenang sekali dengan dia dalam sungai pahang.
| |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 30 Nov 2012 01:50 AM PST Pelajar tingkatan dua maut dalam kemalangan ngeri Posted: 30 Nov 2012 12:33 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
Anak patung milik Daphne diletakkan di atas keranda mendiang sebagai tanda peringatan rakan sekolah. Gambar kecil: Daphne
KERIAN - Anak patung merupakan hadiah terakhir diterima Daphne Eng Yuik Yee, 14, daripada seorang rakan sekolahnya sebelum maut dalam kemalangan ngeri yang turut mengorbankan empat mangsa lain di Slim River, Selasa lalu. Datuk mangsa, H'ng Teoh Seah, 66, berkata, sebelum mendiang berangkat ke Muar, Johor bersama ahli kumpulan tarian dan nyanyian untuk mengadakan persembahan, seorang rakan perempuan Daphne menghadiahkannya patung itu sebagai peneman di sepanjang perjalanan. Menurutnya, mendiang sebelum ini pernah meminta ibu bapa dan ahli keluarganya membelikan patung itu kerana terlalu meminatinya. "Bagaimanapun, hasrat mendiang tidak dapat ditunaikan kami semua sibuk menguruskan hal keluarga. "Sebelum mendiang berangkat, dia memberitahu saya tidak perlu membelikan anak patung kerana sudah dihadiahkan oleh seorang rakannya," katanya di rumahnya di Bagan Selatan, semalam. Kata Teoh Seah, dia sekeluarga tidak menyangka patung itu merupakan hadiah terakhir diterima cucunya dan agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan itu. Jelasnya, mendiang merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan meminati bidang nyanyian serta tarian sejak kecil. "Mendiang yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Kerian, Parit Buntar pernah meluahkan hasrat untuk menjadi seorang penari profesional apabila sudah dewasa kelak. "Mendiang merupakan anak yang baik, ketika baru menyertai pasukan tarian, dia begitu gembira dan saya berbangga miliki cucu sepertinya," katanya. Teoh Seah berkata, dia terperanjat mendapat tahu kejadian itu daripada polis yang datang ke rumah mereka kira-kira jam 9 pagi hari kejadian. "Pada awalnya tidak percaya, tetapi selepas saya dan ahli keluarga melihat gambarnya sekeluarga dalam berita di televisyen, kami akur dengan ketentuan tuhan," katanya. Mendiang Daphne dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
sinar/- | PBB naik taraf Palestin, Israel bantah Posted: 30 Nov 2012 12:30 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
Mahmoud Abbas melambai ke arah perwakilan ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam. - Foto EPA
NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota meskipun keputusan itu dikecam keras oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS). PBB memberikan taraf itu lebih seminggu selepas gencatan senjata dicapai di wilayah Gaza, yang diserang selama lapan hari berturut-turut oleh Israel. Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberitahu Perhimpunan Agung bahawa undi itu peluang terakhir untuk menyelamatkan penyelesaian dua negara membabitkan Israel.
sinar/- | Ketawa untuk sihat Posted: 30 Nov 2012 12:30 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
NEW DELHI: "Guru Ketawa" India, Madan Kataria, yang berjaya mengajar beribu-ribu orang di seluruh dunia untuk ketawa demi mendapatkan kesihatan yang baik, membuat satu pengakuan yang tidak disangka-sangka.
Dia kurang mempunyai deria lucu.
"Tapi anda tidak begitu mememerlukannya untuk ketawa," kata Kataria, pengasas "Yoga Ketawa", satu pergerakan yang berjaya menarik minat di seluruh dunia termasuk selebriti Oprah Winfrey dan Goldie Hawn.
Kataria, yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan ajaran "ketawa tanpa sebab", pernah dipanggil untuk mengajar pekerja ketika sesi aktiviti membina semangat berpasukan di syarikat gergasi antarabangsa seperti Hewlett-Packard dan pembuat kereta Volvo. Kini, dia dalam proses menubuhkan "Universiti Ketawa" di bandar Bangalore di atas tanah yang didermakan oleh kontraktor binaan dan dana AS$250,000 (RM761,194) daripada seorang penderma tidak dikenali.
"Kami akan mula kerja pembinaan dalam masa tiga minggu dan menjelang 2013, ia akan beroperasi. Kami mahu menubuhkan ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa seluruh dunia," katanya.
Kataria membayangkan mengadakan sesi ketawa dan persidangan di pusat itu dan menubuhkan sebuah unit perubatan alternatif untuk mengembangkan ilmu perubatan mengenai kesan ketawa yang memberi manfaat kepada kesihatan.
Kajian menunjukkan ketawa menghasilkan bahan kimia otak endorfin yang menghasilkan rasa senang hati yang dikaitkan dengan rasa sejahtera.
"Ketawa adalah perkara paling sihat yang boleh anda buat.. ia ubat paling mujarab," katanya. - AFP
| Ngeri lihat abang mati tergantung Posted: 30 Nov 2012 12:27 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, malam kelmarin. Gambar kecil: Vijaya. TAMPIN – Hasrat seorang adik untuk menghantar makan malam kepada abangnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila melihat dia mati dalam keadaan tergantung di palang kipas syiling rumahnya di Taman Repah Baru, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, adik mangsa, B Suman, 24, berasa pelik apabila ketukan pada pintu dan panggilan selama beberapa kali tidak disahut seperti biasa oleh abangnya, B Vijaya Ratanam, 29. Menurut Suman, dia nekad menyelak langsir di tingkap hadapan rumah dan terkejut melihat keadaan abangnya yang tergantung dengan kain sari berwarna merah di bahagian tengah rumah. "Saya segera membuka pintu melalui tingkap hadapan dan bergegas menurunkan abang yang ketika itu sudah pun kaku. Selepas itu saya terus menghubungi kakak, B Rani, 36, sebelum menghubungi pihak polis. "Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini abang suka bergurau dan tidak menunjukkan ada sebarang masalah kepada kami sembilan beradik," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam. Sementara abang sulung mangsa, B Samunde, 37, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya itu pada perayaan Deepavali lalu. "Adik sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 3 dan 9 tahun. Bagaimanapun, kira-kira sebulan lalu, adik mahu bekerja kontrak di sini dan pulang berseorangan serta menetap di rumah keluarga kami di sini. "Kami adik-beradik sepakat menghantarkan makan malam kepadanya setiap hari memandangkan adik tidak mempunyai pengangkutannya sendiri untuk keluar," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. "Mangsa disahkan sudah mati dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat," katanya.
sinar/-
| Ngeri lihat abang mati tergantung Posted: 30 Nov 2012 12:12 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat, malam kelmarin. Gambar kecil: Vijaya. TAMPIN – Hasrat seorang adik untuk menghantar makan malam kepada abangnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila melihat dia mati dalam keadaan tergantung di palang kipas syiling rumahnya di Taman Repah Baru, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, adik mangsa, B Suman, 24, berasa pelik apabila ketukan pada pintu dan panggilan selama beberapa kali tidak disahut seperti biasa oleh abangnya, B Vijaya Ratanam, 29. Menurut Suman, dia nekad menyelak langsir di tingkap hadapan rumah dan terkejut melihat keadaan abangnya yang tergantung dengan kain sari berwarna merah di bahagian tengah rumah. "Saya segera membuka pintu melalui tingkap hadapan dan bergegas menurunkan abang yang ketika itu sudah pun kaku. Selepas itu saya terus menghubungi kakak, B Rani, 36, sebelum menghubungi pihak polis. "Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini abang suka bergurau dan tidak menunjukkan ada sebarang masalah kepada kami sembilan beradik," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam. Sementara abang sulung mangsa, B Samunde, 37, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya itu pada perayaan Deepavali lalu. "Adik sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 3 dan 9 tahun. Bagaimanapun, kira-kira sebulan lalu, adik mahu bekerja kontrak di sini dan pulang berseorangan serta menetap di rumah keluarga kami di sini. "Kami adik-beradik sepakat menghantarkan makan malam kepadanya setiap hari memandangkan adik tidak mempunyai pengangkutannya sendiri untuk keluar," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. "Mangsa disahkan sudah mati dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat," katanya.
sinar/- | Najib perlu berundur jika benar-benar insaf Posted: 30 Nov 2012 12:11 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya.
Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf.
Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara.
"Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.
"Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju.
Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.
Katanya, pimpinan Umno hanya sibuk menghentam Pakatan Rakyat dan tiada langsung usaha gerak kerja dan strategi yang dicadangkan serta dibincangkan untuk menghadapi PRU13.
"Semua perwakilan daripada pemuda, wanita dan pimpinan tertinggi hanya menghentam dan memfitnah sebaliknya tiada langsung idea, strategi, dan gerak kerja yang bernas dilontarkan daripada perwakilan," katanya ketika ditemui Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, perwakilan seharusnya menggunakan perhimpunan kali ini untuk memuhasabah diri dan mencari punca kenapa sokongan masyarakat kepada parti itu semakin berkurang.
Fakhrulrazi berkata, pemimpin Umno seolah-olah meragui akan kesetiaan ahli sendiri apabila terus menyarankan agar tidak mempercayai agenda Pakatan Rakyat.
"Mereka seolah-olah tidak yakin dengan sokongan ahli sendiri dan berusaha untuk memberi kepercayaan tinggi ahli kepada Umno," kata beliau lagi.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, suasana ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk meraih sokongan termasuk ahli sendiri.
harakah/- | Rayu dana RM112.2 juta Posted: 30 Nov 2012 12:10 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
Raja Arab Saudi muncul di TVREUTERS GAMBAR yang dirakamkam dari sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan Raja Abdullah (kanan) berbual dengan beberapa tetamunya di Riyadh kelmarin.
JEDDAH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, 88, muncul di kaca televisyen negara itu kelmarin sejak pembedahan untuk memperkuatkan ligamen bahagian belakang badan baginda dibuat pada 17 November lalu. Rakaman televisyen tersebut menunjukkan Raja Abdullah dikunjungi beberapa anggota kerabat diraja dan pegawai kerajaan di kompleks Bandar Perubatan Pengawal Kebangsaan Raja Abdullah di Riyadh. Kestabilan Arab Saudi amat penting kerana ia merupakan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai simpanan lebih daripada satu perlima minyak dunia. Terdapat khabar angin di beberapa buah laman sosial yang menyatakan kesihatan baginda merosot sehingga menyebabkan indeks pasaran saham di negara ini jatuh pada Selasa lalu. Raja Abdullah yang menaiki takhta pada 2005 telah melantik adindanya, Putera Salman, 76, sebagai Putera Mahkota selepas kemangkatan Putera Nayef. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Dgvkm8iV Hakcipta terpelihara PENERANGAN...Ahmed menjelaskan peruntukan dana perlu disalurkan kepada penduduk Gaza kepada wartawan Harian Metro. GAZA: Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza merayu bantuan dana segera AS$37.4 juta (RM112.2 juta) dari negara yang prihatin terutama Malaysia, bagi membantu rakyatnya yang kini menderita akibat serangan roket tentera Zionis bermula 14 November lalu.
Menteri Perhubungan Sosial dan Pekerjaan Palestin, Ahmed Alkurd yang ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam berkata, serangan tentera Yahudi itu mengakibatkan kemusnahan teruk ratusan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza. Menurutnya, hujan roket serta peluru berpandu kapal laut, pesawat F-16 dan dron dilepaskan tentera Israel seolah-olah mempunyai dua tujuan iaitu membunuh rakyat Gaza dan sekali gus memastikan mangsa merempat tanpa tempat tinggal.
"Berdasar perangkaan awal, kira-kira 800 penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sama sekali akibat dibedil roket Israel. Mereka kini tidak ubah seperti pelarian. "Selain itu kira-kira 8,000 rumah lagi mengalami kemusnahan sederhana namun memerlukan bantuan kewangan bagi membaik pulih kerosakan dialami," katanya.
Ahmed berkata, kekurangan dana dan bantuan antarabangsa menyebabkan kerajaan Palestin gagal memberi bantuan segera kepada mangsa yang kini menghuni khemah sementara atau di celah runtuhan rumah mereka.
"Tanpa keperluan asas seperti elektrik dan air, kehidupan amat menyeksakan, tambahan ketika ini musim sejuk dengan suhu kira-kira 15 darjah celsius kini," katanya. Menurutnya, bantuan kewangan dari negara luar terutama Malaysia diakuinya sentiasa prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin turut diperlukan bagi membantu kira-kira 1,300 penduduk mengalami kecacatan kekal atau cedera parah akibat serangan lapan hari itu.
"Saya bersyukur dan terharu atas keprihatinan luar biasa ditunjukkan rakyat di Malaysia yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza. "Kesediaan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia termasuk Muslim Care dalam memberikan bantuan berterusan kepada rakyat Gaza sejak tiga tahun lalu, membuktikan kesungguhan rakyat Malaysia membantu penduduk Gaza," katanya.
Ahmed juga menyatakan rasa syukur kerana rakyat Gaza kini tidak lagi berperang bersendirian kerana mereka turut dibantu 'saudara' dari Malaysia, Turki, Indonesia dan Mesir yang sentiasa menghulurkan sumbangan tanpa diminta.
metro/- | PKR kemuka fakta banding pencapaian Najib-Anwar Posted: 29 Nov 2012 11:52 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengemukakan fakta sebagai perbandingan bagi menjawab siapa sebenarnya lebih bijak mengurus kewangan negara antara Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fakta berupa angka pertumbuhan Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) kedua-dua zaman Anwar dan Najib menjadi menteri kewangan itu di kemukakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Menurut Azmin, ketika Anwar menteri kewangan, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada tahun 1992, 9.9 peratus (1993), 9.2 peratus (1994), 9.8 peratus (1995), 10 peratus (1996) dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula. Sebaliknya, di bawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011. Pendedahan secara perbandingan itu dipercayai bagi menyangkal kenyataan Najib ketika berucap di perhimpunan agung Umno semalam bahawa beliau (Najib) mampu menguruskan ekonomi negara lebih baik daripada Anwar. "Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Pada kala Datuk Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% - 10% hampir sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan, tahun pertama Datuk Seri Najib (2009) mengemudi ekonomi negara menjunamkan negara ke kancah kegawatan ekonomi, sedang negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat," katanya. Beliau turut mengemukakan angka perbandingan belanjawan defisit dan jumlah hutang negara yang memperlihatkan hutang negara pada zaman Najib ketika ini melonjak sehingga RM456 bilion berbanding zaman Anwar yang menunjukkan trend penurunan setiap tahun dari 1992 sebanyak RM97 bilion kepada RM89 bilion pada 1997.
harakah/- | Mohon maaf: Najib lebih lemah dari Pak Lah Posted: 29 Nov 2012 11:46 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.
"Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.
Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.
Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal.
"Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilioh parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Najib dalam ucapan dasaranya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
harakah/- | Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di KLIA Posted: 29 Nov 2012 11:45 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
Sikap pemandu kenderaan berat punca kemalangan PETALING JAYA - Kajian PLUS Expressways Berhad (PLUS) mendapati 87 peratus kemalangan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori berpunca daripada pemandu. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid ( gambar) berkata, memandu melebihi had laju, mengantuk, keletihan dan tidak menyelenggara kenderaan dengan baik demi mengejar perjalanan adalah antara faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku. "Lori menyumbang 18.1 peratus dan bas menyumbang 2.3 peratus daripada 54,380 kemalangan di lebuh raya PLUS sejak 2007 hingga Oktober lepas," katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan Hormati Had Anda di sini semalam. Seminar itu menekankan kepentingan menghormati had fizikal, kemampuan pemandu dan kemampuan kenderaan dipandu seseorang pemandu. Ia disertai oleh pemandu kenderaan berat serta anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPJ Selangor, Ahmad Awang berkata, seminar itu dapat meningkatkan kesedaran selain platform terbaik kepada operator kenderaan untuk memberikan latihan kepada pekerjanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2DgkKg3S8 Hakcipta terpelihara SEPANG - Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 351 orang termasuk 30 petugas Lembaga Tabung Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini menerusi pesawat MH821. Mereka yang tiba pada pukul 2 petang disambut Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.
Abi Musa Asa'ari berkata kepulangan kumpulan terakhir itu menandakan tamatnya operasi haji tahun ini yang secara keseluruhannya berjalan lancar.
Bagaimanapun tujuh jemaah masih dirawat di hospital di Mekah dan Madinah akibat pelbagai masalah kesihatan dan hanya akan dibawa pulang setelah dibenarkan pihak hospital, katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan para jemaah di sini hari ini.
Menurutnya pada musim haji kali ini seramai 54 jemaah meninggal dunia di Tanah Suci berbanding lebih 70 orang tahun lepas.
Pengarah Operasi Perubatan Madinah Dr Wan Mansor Hamzah berkata kesihatan para jemaah tahun ini adalah lebih baik berbanding sebelum ini berkemungkinan kerana cuaca yang tidak jauh berbeza seperti di Malaysia serta keprihatinan jemaah terhadap kesihatan diri masing-masing.
Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata masih terlalu awal untuk Tabung Haji mengumumkan sama ada berlaku kenaikan kos menunaikan haji pada masa akan datang berikutan pembesaran Masjidil Haram.
"Jika ada kesan mungkin pada kos penginapan jemaah. Jadi, kita akan kaji setakat mana bayaran yang akan dikenakan kepada jemaah dan setakat mana kita mampu menanggung subsidi itu.
"Ketika ini kos menunaikan haji untuk jemaah muassasah hanya RM9,980, sedangkan kos sebenar RM15,510. Bermakna Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM5,170 untuk setiap jemaah kali pertama," katanya.
Dalam pada itu, seorang jemaah haji Muhamad Azim Ayub yang ditemui merasa bertuah kerana dapat menunaikan haji pada usia lapan tahun bersama ibu bapanya.
"Cabaran yang agak sukar apabila nak melontar kerana terpaksa berjalan jauh. Mujurlah dengan bantuan ibu bapa dan jemaah lain, saya dapat melaksanakannya," katanya yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1. - Bernama | Undi PBB: Palestin naik taraf negara bukan ahli Posted: 29 Nov 2012 11:23 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengundi memihak Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu. Undi Perhimpunan Agung PBB yang diadakan pada mesyuarat di New York Khamis lalu, merupakan kejayaan yang telah lama diimpikan Palestin dan kekalahan diplomatik bagi Amerika Syarikat, dengan 138 negara mengundi memihak Palestin untuk menaik taraf status. Sembilan negara mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali. Satu bendera Palestin terus dikibarkan di tingkat Perhimpunan Agung, di belakang delegasi Palestin. Status baru tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Sejurus selepas keputusan diumumkan, duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin. "Resolusi yang malang dan tidak produktif ini menambahkan lagi halangan dalam usaha ke arah keamanan. Itulah sebabnya Amerika Syarikat mengundi menentang tuntutan tersebut," katanya. "Para penyokong resolusi hari ini berkata mereka mahukan negara Palestin yang bebas dan berfungsi berdamai dengan Israel, dan kami pun mahukan perkara yang sama. Tetapi kita telah lama jelas bahawa satu-satunya cara untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas dan menyelesaikan semua isu adalah adalah melalui rundingan langsung yang memenatkan tetapi penting antara kedua-dua pihak. " Amerika Syarikat dan Israel mengundi menentang pengiktirafan, bersama dengan Kanada, Republik Czech, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Panama. Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memperbaharui panggilan untuk penyambungan semula rundingan langsung antara Israel dan Palestin. "Undi hari ini menegaskan kepentingan penyambungan semula rundingan," kata Ban. "Kedudukan saya konsisten selama ini. Saya percaya bahawa rakyat Palestin mempunyai hak yang sah untuk negara yang bebas. Saya percaya bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan dengan jiran-jirannya. Tiada pengganti untuk rundingan bagi mencapai matlamat ini." (aljazeera.com)
harakah/- | Berpelukan di bilik mandi Posted: 29 Nov 2012 10:56 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
MARAK...rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, pekan Beluran yang terbakar, kelmarin. ANGKAT...anggota polis membawa mayat mangsa dari bahagian atas rumah kedai terbabit.
BELURAN: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.
Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.
metro/- | Harimau 170kg jadi sahabat Posted: 29 Nov 2012 09:43 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah. MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.
Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh. Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.
Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh. Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.
Dikenali sebagai "pengasuh harimau" Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.
"Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain. "Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal," katanya. - TS
| Umno bohong isu kehadiran Israel Posted: 29 Nov 2012 08:39 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM 29 November: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan pembohongan Umno berhubung penafian mereka tentang kehadiran delegasi Israel di Persidangan Gas Sedunia di Kuala Lumpur 4 hingga 8 Jun lalu.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ia adalah taktik Umno untuk mengaburi rakyat, sedangkan bukti delegasi Israel tertera dalam senarai kehadiran, sebelum data itu ditukar kepada Belanda.
"Ubahsuai yang dibuat Umno tidak boleh mengelak daripada rakyat yang aktif menggunakan internet melalui carian google.
"Pada 25 Mei 2012, sekretariat memaparkan senarai pendaftaran terkini dengan menukar data delegasi dari Israel kepada Belanda.
"Ubah suai ini dibuat oleh Persatuan Gas Malaysia (MGA) untuk tidak memaparkan ada delegasi dari Israel," katanya pada sidang media di bangunan SUK, di sini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli mendedahkan surat kerajaan mendapatkan bantuan Israel dengan melobi untuk sokongan cadangan Malaysia menjadi tuan rumah persidangan tersebut dan membantu negara memenangi jawatan Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) bagi sesi 2009-2012.
Turut didedah, kerajaan menawar secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke IGU di Tianjin, China dengan restu Wisma Putra.
"MGA telah berbohong dan ternyata delegasi dari Israel ada mendaftar bagi menghadiri persidangan. "Kita mencabar kerajaan untuk dedahkan maklumat sebenar senarai pendaftaran delegasi khususnya selepas 15 April 2012, iaitu tarikh tutup pendaftaran yang dibuat melalui bank transfer payment.
"Selepas tarikh tutup, sekretariat menyenaraikan pula senarai delegasi di mana salah seorang delegasi, Han Peter Doorneweert iaitu Pengurus Kormesial LNG Development dari Noble Energy, sebuah syarikat beroperasi di Israel," jelasnya.
Mengulas lanjut, Fariz desak supaya Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengadakan siasatan dalaman secara telus kerana beberapa kakitangan kanan Petronas turut terlibat dalam persidangan dan persatuan gas tersebut.
"Ia demi menjaga kredibiliti dan integriti Petronas, kerana terdapat penglibatan beberapa kakitangan kanan Petronas dalam persidangan dan persatuan gas tersebut.
"Ini bertentangan dengan perlembagaan dan inspirasi rakyat mengenai isu hubungan dengan Zionis kerana boleh menghakis kepercayan kakitangan Petronas keseluruhannya," ujar Fariz.
kerabu bersuara/- Iran pamer kapal selamAFP BEBERAPA anggota tentera laut berdiri di atas kapal selam Qadir di depan sebuah hovercraft di pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran kelmarin.
|
TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin. Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu. Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak. Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini. Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek. Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Dg1seBGX Hakcipta terpelihara Iran pamer kapal selamAFP BEBERAPA anggota tentera laut berdiri di atas kapal selam Qadir di depan sebuah hovercraft di pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran kelmarin.
|
TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin. Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu. Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak. Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini. Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek. Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Dg1seBGX Hakcipta terpelihara
| Monyet jatuh masih dipanggil monyet, tapi menteri jatuh… Posted: 29 Nov 2012 08:16 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) yang bermula 24 Sept lalu telah melabuhkan tirainya dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar).
Beliau dengan nada lembut, menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau menjadi Speaker Dewan Rakyat.
"Semasa upacara angkat sumpah, saya ada tegur seorang ahli parlimen yang tidak angkat tangan. Waktu itu saya tidak tahu bahawa beliau tidak boleh angkat tangan.
"Saya mohon maaf kepada Bukit Gelugor, lewat itu baru saya tahu beliau tidak boleh angkat tangan," katanya sambil memandang ke kerusi Bukit Gelugor.
Beliau juga berkongsi cerita yang pernah diceritakan oleh salah seorang ahli parlimen bahawa hidup seorang ahli politik lebih teruk dari monyet.
"MP itu beritahu saya, kalau monyet jatuh dari setinggi mana pun, di bumi mana pun ia masih dipanggil monyet.
"Tetapi bila seorang menteri jatuh dari kegemilangannya, tidak lagi dipanggil menteri dan YB lagi.
"Jadi fikir-fikirkanlah. Saya pun tidak tahu saya akan jadi pengerusi mesyuarat ini lagi selepas ini," ujarnya.
Di akhir ucapannya itu, Pandikar Amin sempat berseloroh apabila menyifatkan ahli parlimen yang berucap 'berapi-api' untuk meminta dicalonkan semula dalam PRU nanti.
"Sewaktu berbahas ada yang berapi-api ini mungkin minta untuk dicalonkan balik," katanya diikuti ketawa para ahli parlimen.
Namun, beliau berharap ahli parlimen yang sedia ada ini menjadikan pengalaman persidangan parlimen ke-12 sebagai panduan dan tidak lupa untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli parlimen baru yang dilantik selepas ini.
Turut memberi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pandikar Amin Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli bagi mewakili Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
harakah/-
| Harap bertemu lagi sesi parlimen akan datang Posted: 29 Nov 2012 08:04 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan ketegangan semasa perbahasan di Parlimen adalah satu tanggungjawab anggotanya terhadap rakyat dalam menyampaikan isu-isu kepentingan negara. Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyatakan demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Dewan Rakyat petang semalam. Persidangan Dewan Rakyat yang bermula 29 September berakhir semalam. Beliau yang mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan turut meminta maaf jika sepanjang perbahasan itu ada perkara yang menyinggung pihak kerajaan dan juga ahli-ahli parlimen yang lain. "Seperti yang disebut karenah kekecohan di dalam dewan ini memang sudah dijangkakan, dan bukan suatu yang unik bagi dewan ini sahaja tetapi turut berlaku di negara-negara lain. "Tindakan seperti ini adalah atas rasa tanggungjawab dan minat untuk mengambil bahagian serta menyampaikan isi hati rakyat yang dipertanggungjawabkan ke atas kita semua," ucapnya. Dalam masa yang sama beliau juga turut mengagumi peranan dan tugas yang dilaksanakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan juga timbalannya dalam memimpin persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke 12. Menurutnya lagi, atas kepimpinan Pandikar dan juga timbalan-timbalannya serta pertugas parlimen yang lain menyebabkan proses persidangan berlangsung dengan baik dan lancar. "Apa yang berlaku sepanjang tempoh persidangan sejak 2008 sehingga sekarang, kita mengharapkan ia menjadi pengajaran dan pengalaman yang baik, ini adalah bagi memastikan proses demokrasi negara terus matang dan makmur," sambung beliau. Dr Mohd Hatta mengakhiri ucapan dengan mengharapkan akan dapat bertemu di sesi yang akan datang kepada mereka yang masih dapat meneruskan kepimpinan selepas pilihan raya nanti. "Biarlah perpisahan dan pergalaman selama ini diberkati oleh Allah," kata beliau sebelum mengakhiri ucapan. Sebelum itu, Pandikar pada ucapan penggulungan menyatakan beliau tidak ada kuasa untuk memanggil persidangan pada tahun hadapan, dalam pada masa yang sama beliau menjelaskan tidak akan ada persidangan sehingga Mac 2013. harakah/- | Isu palestin - GAMIS sanggah iLMU Posted: 29 Nov 2012 08:02 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - Iman adalah perjanjian taat setia (baiah) dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW untuk mengakui keesaan Allah SWT dan kenabiaan Muhammad SAW serta untuk mengengkari taghut – pihak yang menyimpang daripada jalan Allah SWT dan melakukan kezaliman mengikut hawa nafsu tanpa batas.
Al-Mu'min yang sebenar ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulullah, dan terus dengan keimanan itu tanpa ragu-ragu serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka. Menjelaskan ciri-ciri ini, Allah SWT berfirman, maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan) imannya." (al-Hujurat : ayat 15) Warga Palestin Kental Iman
Perkara yang menyebabkan manusia menjadi ragu-ragu ialah kerana kebimbangan dan kerisauan terhadap rezeki dan ajal mereka. Lalu, tugas-tugas jihad ini diabaikan kemudian ditinggalkan kerana tidak beriman dengan sifat ar-Razak Allah SWT. Padahal ulat di dalam batu sekalipun telah disediakan rezeki oleh Allah sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan sifat-Nya.
Maka disebabkan itulah perbuatan jihad yang merupakan buah daripada iman ini telah dijanjikan oleh Allah SWT untuk memperoleh al-fauz ul-'azim (kemenangan yang besar). Kemenangan itu sama ada kemuliaan ganjaran jihad dan mati syahid atau kemenangan ke atas musuh-musuh Allah SWT.
Oleh itu, hanya orang yang mempunyai kekuatan iman mampu keluar ke medan perang dan bertahan di medan perang sehingga dia mendapat salah satu ketentuan Allah kepadanya; syahid atau kemenangan. Warga Palestin, setelah berlalunya beberapa zaman dan generasi, terus dengan semangat dan cita-cita mereka untuk membebaskan Palestin. Inilah bukti kekentalan iman umat Islam Palestin.
Perang di Palestin adalah Jihad
Jihad yang berasal dari kalimah al-juhd dengan pengertian keperitan dan kesusahan tidak bebas dari tiga tabiat; [1] Wujudnya usaha dan tenaga yang bersungguh-sungguh yang digembleng, [2] Adanya matlamat dan cita-cita suci lagi tinggi untuk dicapai, dan [3] Berhadapan dengan musuh yang menghalang dan menentang usaha dan perjuangan tersebut. Jihad di lapangan mana pun dan dengan cara apa sekalipun mestilah sesuai dengan tuntutan jihad fi sabilillah yang bermatlamatkan mendapat keredhaan, keampuanan dan rahmat daripada Allah SWT.
Penafian tidak berlakunya jihad di Palestin adalah suatu kenyataan yang bercanggah sekali dengan al-Quran. Perbuatan jihad yang dilakukan oleh warga Palestin dengan melibatkan ketenteraan, penggunaan senjata dan sehingga berlakunya korban yang tidak sedikit adalah selari dengan tuntutan Allah SWT iaitu untuk [1] Mempertahankan pencerobohan dan kezaliman daripada pihak musuh, serta sebagai pembelaan ke atas umat Islam yang dihalau dari tanah airnya sendiri (al-Hajj : 39), [2] Membalas dan mempertahankan pencerobohan musuh (al-Baqarah : 190), dan [3] Membela kaum muslimin yang lemah dan tidak terdaya dan yang telah dizalimi.
Warga Palestin Ada Kekuatan
Barangkali benar, kekuatan warga Palestin atau briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera HAMAS, tidak setanding dengan kekuatan Israel Defense Force (IDF). Namun, perkara ini tidak bermakna warga Palestin perlu melarikan diri dari medan jihad sedangkan tuntutan-tuntutan jihad itu telah jelas. Sirah Nabawiyyah pula telah memperlihatkan bahawa tidak pernah kekuatan persenjataan kaum muslimin mengatasi kekuatan persenjataan musuh. Dalam hal ini, apa yang dituntut ialah mempersiap sediakan segala kekuatan yang mampu disediakan (al-Anfal : 60).
Al-Qassam telah pun menunaikan tuntutan ini. Buktinya, briged itu masih mampu bertahan walaupun pertempuran itu telah berlangsung buat sekian lamanya. Hal ini beerti bahawa briged itu mempunyai kekuatan dan upaya yang tidak sebarangan. Walaupun seawal penubuhannya al-Qassam hanya mampu memiliki senapang, kini al-Qassam telah berupaya menghasilkan roket, senjata ringan automatik, bahan letupan dan mortar buatan sendiri. Menurut bekas pengarah CIA juga, briged ini mempunyai keupayaan untuk melakukan serangan menggunakan bahan toksid.
Bukan Gerila
IDF dan CIA memang mengakui bahawa al-Qassam adalah sebuah pasukan tentera yang memiliki ribuan anggota dengan pelbagai tahap kemahiran dan professionalism. Sudah pasti pasukan sebegini akan melakukan tindakan ketenteraan secara berstrategik dan beperancangan serta dengan arahan kepimpinan, bukannya membabi buta.
Operasi amaliah istisyhadiah (serangan berani mati) pula selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Pelbagai pertubuhan ulama mengakui operasi ini antaranya, Jabhah Ulama al-Azhar, Rabitah Alami Islami, Majlis Fatwa Kebangsaan Jordan, Majlis Fatwa Ulama Pakistan, Rabitah Ulama Palestin, Majlis Ulama Indonesia. Mereka membuat kesimpulan bahawa mati akibat operasi ini adalah syahid. Ramai ulama Islam juga menyokong operasi ini antaranya Dr Wahbah az-Zuhaili, Dr Muhammad Said Ramadan al-Buti, Dr Yusof al-Qardhawi dan Dr Muhammad Abu Faris.
Warga Palestin itu membela tanah airnya, bumi Islam, agama, kemuliaan dan umatnya. Mereka benar-benar syahid kerana mengorbankan nyawa dengan kerelaan pada jalan Allah, ikhlas kerana Allah dan dalam keadaan mereka terpaksa melakukan cara sedemikian untuk menggerunkan musuh-musuh Allah SWT yang jelas menyatakan permusuhannya dan bangga dengan kekuatan mereka yang didukung oleh kuasa besar lainnya.
Boikot Sangat Praktikal
Tindakan memboikot barangan Yahudi Zionis dengan cara mengenali produk keluaran mereka dan memulaukan barangan tersebut serta memilih barangan tempatan atau selain daripada produk sekutu mereka adalah diiktiraf oleh ulama sebagai antara langkah praktikal untuk membantu warga Palestin. Antara ulama yang menyokong usaha ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Syeikh Abdullah Jibrin, Dr Hamman Said, Dr Muhammad Abu Faris, Dr Naser Farid Wasil, Fatwa Majlis Ulama Sudan, dan Fatwa Majlis Ulama Palestin.
Kempen boikot ini sangat berkesan, pelbagai contoh dapat dilihat seawal pelancarannya pada 2002, McDonalds terpaksa menutup operasinya di timur tengah, dua daripada enam McDonalds di Jordan juga ditutup, di Mesir pula nama McDonalds ditukar kepada Manfoods dan 175 cawangannya telah ditutup. Amazon.com pula telah memutuskan hubungannya dengan Jurusalem Post.
Otomotif Texas Export, sebuah syarikat eksport kereta US juga telah membatalkan urusan jual beli dengan Israel. Kesan daripada boikot juga, Sharon terpaksa memohon bantuan kecemasan daripada Washington dan Israel mengalami inflasi yang melambung tinggi. Maka dakwaan bahawa boikot adalah semangat, angan-angan kosong dan khayalan semata adalah suatu kebodohan.
Salah Tindakan Hijrah Keluar dari Palestin
Seruan supaya warga Palestin berhijrah keluar dari Palestin dengan bersandar kepada peristiwa hijrah Nabi SAW ke Madinah adalah sangat tidak tepat. Umat Islam berhijrah bersama Nabi SAW dari Makah, yang bukan di bawah kekuasaan kaum muslimin ke Madinah adalah untuk membina kuasa dan negara bagi umat Islam. Adapun Palestin adalah hak milik kekuasaan umat Islam.
Meninggalkannya beerti menyerahkan secara percuma tanah air milik kaum muslimin itu kepada Israel laknatullah, menghalalkan jenayah perang yang dilakukan mereka, merelakan kehormatan dan maruah umat Islam dicabul, dan pasti sekali jika sedemikian, Allah akan mencabut rasa gerun musuh terhadap umat Islam, hilanglah izzah bagi umat Islam. Dalam konteks perundangan antarabangsa pula, undang-undang atau kerajaan negara mana yang akan mengizinkan keadaan tersebut berlaku(?).
Kesimpulan
GAMIS merasakan amat kecewa sekali terhadap iLMU dengan pendirian sedemikian. Tidak hairanlah jika imej Islam yang ditonjolkan Umno banyak sekali bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan mengelirukan umat Islam.
Saya sekali lagi ingin menegaskan pendirian GAMIS sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Presiden GAMIS, Azan Safar, "GAMIS menyokong penuh perjuangan HAMAS dan warga Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. HAMAS dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid."
Eikhwan Ali ialah Timbalan Presiden, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
| Kenyataan Musa: Hishammuddin didesak letak jawatan Posted: 29 Nov 2012 07:36 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya. Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis. Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan. Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan. Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan. "Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz, Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan. Ekoran itu, SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi. Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri. harakah/-
'Tolong selamatkan saya' Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL faiz.abu@kosmo.com.my ANGGOTA polis memeriksa mayat Sukini yang mati terjatuh dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Petaling Jaya semalam.
|
PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam. Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh. Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh. Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun. Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin. Nota itu berbunyi: "Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni." Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
| ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.
|
"Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi. "Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi," dakwanya ketika ditemui. Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya. "Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh," dakwanya lagi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DflPMh5Q Hakcipta terpelihara
Tiga beranak ditemui rentung berpelukanBELURAN, Sabah - Seorang ibu bersama dua anak perempuannya rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai peralatan dan perkakasan di bandar ini kelmarin. Mayat Siti Jainah Ajak, 39, bersama dua anak perempuannya, Siti Aznizah Hussin, 9, dan Siti Azikah, tiga tahun, ditemui dalam keadaan berpelukan di bilik mandi tingkat atas kedai itu, tempat mereka tinggal, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin. Mereka terperangkap di rumah kedai itu yang dipasang dengan jeriji besi dan api yang bermula dari tingkat bawah merebak dengan cepat dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu. Suami mangsa yang juga pemilik kedai itu, Hussin Ismail bersama seorang lagi anak mangsa, Mohd. Aznizam, 11, tidak berada di rumah semasa kebakaran. Jemishin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.01 malam dan menghantar sebuah jentera bomba bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan. Katanya, mereka tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.59 malam tetapi api sudah merebak di tingkat bawah dan atas kedai tersebut. Menurutnya, dua kenderaan pelbagai guna bersama enam lagi anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan turut dihantar ke tempat kejadian. Beliau berkata, api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.58 pagi dan pemeriksaan di tingkat atas kedai tersebut menemui tiga mayat yang rentung terbakar di bilik mandi. Jemishin berkata, mayat ibu bersama dua anak perempuannya itu kemudian dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat. Katanya, dua lagi premis terletak bersebelahan membabitkan sebuah restoran dan Pejabat Parlimen Beluran hanya mengalami sedikit kerosakan. Menurutnya punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2DfnReIq9 Hakcipta terpelihara Tiga beranak ditemui rentung berpelukanBELURAN, Sabah - Seorang ibu bersama dua anak perempuannya rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai peralatan dan perkakasan di bandar ini kelmarin. Mayat Siti Jainah Ajak, 39, bersama dua anak perempuannya, Siti Aznizah Hussin, 9, dan Siti Azikah, tiga tahun, ditemui dalam keadaan berpelukan di bilik mandi tingkat atas kedai itu, tempat mereka tinggal, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin. Mereka terperangkap di rumah kedai itu yang dipasang dengan jeriji besi dan api yang bermula dari tingkat bawah merebak dengan cepat dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu. Suami mangsa yang juga pemilik kedai itu, Hussin Ismail bersama seorang lagi anak mangsa, Mohd. Aznizam, 11, tidak berada di rumah semasa kebakaran. Jemishin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.01 malam dan menghantar sebuah jentera bomba bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan. Katanya, mereka tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.59 malam tetapi api sudah merebak di tingkat bawah dan atas kedai tersebut. Menurutnya, dua kenderaan pelbagai guna bersama enam lagi anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan turut dihantar ke tempat kejadian. Beliau berkata, api dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.58 pagi dan pemeriksaan di tingkat atas kedai tersebut menemui tiga mayat yang rentung terbakar di bilik mandi. Jemishin berkata, mayat ibu bersama dua anak perempuannya itu kemudian dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat. Katanya, dua lagi premis terletak bersebelahan membabitkan sebuah restoran dan Pejabat Parlimen Beluran hanya mengalami sedikit kerosakan. Menurutnya punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2DfnReIq9 Hakcipta terpelihara PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam. Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh. Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh. Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun. Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin. Nota itu berbunyi: "Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni." Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
| ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.
|
"Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi. "Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi," dakwanya ketika ditemui. Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya. "Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh," dakwanya lagi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DflViUe6 Hakcipta terpelihara | UMNO ganggu kerja Polis? Posted: 29 Nov 2012 07:12 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - DISAAT Perhimpunan Agung Umno 2012 sedang rancak bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan muncul dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah campur tangan memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan ketua polis daerah yang bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh Ketua Polis Negara dan bukannya menteri. Sahlah Umno bukan sahaja mengawal kementerian malah turut menganggu gugat kerja pasukan keselamatan.... Selamatkan Negara Tumbangkan UmnoBN.... selatan online/- 'Tolong selamatkan saya'Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL faiz.abu@kosmo.com.my
ANGGOTA polis memeriksa mayat Sukini yang mati terjatuh dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Petaling Jaya semalam.
|
PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam. Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh. Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh. Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun. Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin. Nota itu berbunyi: "Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni." Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu. | ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.
|
"Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi. "Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi," dakwanya ketika ditemui. Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya. "Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh," dakwanya lagi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DfghaeQ2Hakcipta terpelihara | Abim bantah konsert Elton John Posted: 29 Nov 2012 06:52 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Khuatir generasi muda terus dibanjiri idola tanpa teladan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez. Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini. Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini. Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara. Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif. Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata. Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda. "Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim. Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya, merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini. Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri "idola" tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif, tegasnya.
harakah/-
| Memang Najib Bacul, Kutuk Anwar Tetapi Takut Berdebat Posted: 29 Nov 2012 06:48 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
Sekali lagi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempamirkan dirinya seorang "pengecut" apabila menggunakan platform Perhimpunan UMNO untuk membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.
Malaysiakini melaporkan Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.
"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.
"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.
"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.
Anwar telah berulangkali mempelawa Najib untuk berdebat tetapi telah tidak dihiraukan Najib dengan pelbagai alasan kononnya debat bukan budaya kita.
Tetapi Najib mengambil setiap kesempatan yang ada di dalam mana-mana perhimpunan sehala untuk membidas dan mencaci Ketua Pembangkang berkenaan.
Ternyata Najib hanya berani di gelanggang sendiri, tetapi pengecut untuk berdepan dengan DS Anwar.
grennboc/- | Pemaju jumpa PAR untuk selesaikan kemelut dengan penduduk Posted: 29 Nov 2012 06:30 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] -
KAMPUNG Semangat terletak berdekatan Kemayan City di Skudai. Penduduk asalnya lebih 400 buah rumah sejak lebih 40 tahun lalu. Keluasannya lebih kurang 62 hektar. Penduduknya bercampur2 melayu, cina dan india. Kini, tinggal 180 buah rumah. Sedihnya, tanah tersebut bertukar pemilik kpd Danga Bay Sdn Bhd, syarikat yang begitu rapat dengan YAB Menteri Besar Johor. Sdr Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Kempas sedang menangani isu ini kerana kontraktor projek mula masuk tanpa memikirkan penduduk yang begitu lama mendiami kawasan tersebut. Malam semalam, saya mendengar aduan wakil penduduk bersama sdr Suhaizan di Pejabat Pusat Aduan Rakyat Kempas di Taman Munshi Ibrahim, JB. Kami memberikan beberapa syor kpd penduduk. Hari ini peguam bagi pihak Danga Bay Sdn Bhd mahu berunding setelah mereka 'berkasar' dengan penduduk sekian lama. Mereka hubungi Suhaizan bagi mencari jalan tengah agar pergaduhan minggu lepas antara pekerja kontraktor dgn penduduk tidak berulang kembali. Alhamdulillah, PAS semakin menyerlah membantu rakyat yang dizalimi. Pemimpin Umno hanya retorik dengan slogan ' rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Dikebanyakan kes, yang jadi pemaju projek dan broker hingga merampas dan menghalau penduduk adalah pemimpin Umno! Saya menyimpan berpuluh2 kes yang membabitkan pengkhianatan pemimpin Umno ini. Walaupun mereka boleh bertempik sorak di PWTC; kononnya mereka pembela melayu, penduduk yang dizalimi faham sangat sandiwara pemimpin Umno! Tekad PAS dan Pakatan Rakyat, teruskan bantu rakyat tidak kira apa bangsa. Munajat kepada Allah, dipermudahkan segala urusan, Amin. selatan online/- | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan