PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.
Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.
C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.
Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.
C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!
Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!
?Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
?Percayalah saudara-saudara sekalian.
?Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?.
Inilah teks apa yang dikenali sebagai ?Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).
?Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!
Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!
Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.
Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.
Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.
Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!
Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!
Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.
Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?
Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?
Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!
Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!
Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!
Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?
Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ?Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.?
Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.
Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.
Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.
Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; ?Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"
Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?
Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.
Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai ?kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!
Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas ?peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!
Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?
Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!
Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?
Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.
Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.
Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).
Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!
Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?
Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!
Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!
Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:
1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?
2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?
3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?
Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?
Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!
Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?
Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?
Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?
Tepok dada tanyalah iman masing-masing!
Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:
1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!
2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!
3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!
4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu
DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.
"Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.
"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia," katanya.
Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'ALLAH' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.
Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'ALLAH' adalah salah di sisi undang-undang.
Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'ALLAH' adalah eksklusif kepada umat Islam. - SH
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya Hanya Pertahankan Diri' – Azad Jasmin Jelaskan Kes Gaduh | Seorang lelaki telah membuat laporan polis mendakwa dia dihayun dengan besi oleh seorang pelakon. Akibatnya lelaki itu mendapat kecederaan dikepala serta dikenakan lima jahitan dan dua jari kirinya patah sebelum mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Lelaki berkenaan mendakwa, Azad Jasmin telah memulakan pergaduhan dan menyerangnya. Kejadian berlaku di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira-kira dua minggu lalu.KLIK DISINI
JOYAH mengucap panjang bila dapat tahu tentang kes gaduh pelakon Azad Jazmin di Pulau Pinang pada Khamis lalu. Ini gaduh bukan gaduh-gaduh manja tau. Tapi gaduh tumbuk, terajang sampai kena lima jahit di kepala. Memang real kejadian itu, tak guna khidmat stuntman pun. Seram sejuk Joyah dengar keadaan suami kepada penyanyi dan pelakon Eira Syazira ni.
Teruklah juga… Seorang teman telefon Joyah untuk mengadu domba tentang kejadian itu. Ternganga mulut Joyah ni selama tiga minit dengar cerita pergaduhan Azad itu.
Kata teman Joyah, "Wei Joyah yang kepoh. Aku nak beritahu yang Azad tu hot di Penang. Ramai orang dah mark dia. Jadi tak hairanlah dia kena." Alamak sampai begitu sekali ke?
Hot panas ke, hot kacak. Joyah tak nak komen cerita teman Joyah itu lebih-lebih. Apa yang Joyah boleh doa adalah kesihatan yang baik buat Azad. Dugaan sebelum bergelar bapa mesti banyak kan?
Sabar jelah… Dengar cerita juga, Eira risau dan tension berganda-ganda bila dapat tahu keadaan suami tersayang. Sekarang ni tengah sarat mengandung, lagilah jiwa kacau. Hati bakal ibu ni memang lain sikit. Banyak sensitif. Sabarlah Eira. Harap semuanya okey. Doa-doalah semoga semua perkara tu selesai. Jangan terlalu berfikir. Takut kesannya pada baby dalam perut tu.- UTUSAN
Kagum dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli akademik berbangsa Jerman menjalankan penyelidikan mengenai usaha bekas perdana menteri itu dalam memartabat Islam ketika mentadbir Malaysia.
Dr Sven Alexander Schottmann, 35, penuntut Universiti La Trobe, Australia dalam kajiannya bertajuk 'Islam, Properly Understood; Mahathir Mohamad on Religion, Politics and Malaysian Society' turut menyifatkan Dr Mahathir sebagai pencetus pemodenan negara Islam. "Saya amat berminat terhadap keupayaannya untuk menginstitusikan Islam di negara ini serta menyatukpadukan sebuah masyarakat pelbagai bangsa.Beliau satu daripada kes kajian yang paling memberikan inspirasi dalam abad ke-21 ini," katanya kepada pemberita di 'Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir' di sini.
Schottman yang fasih bertutur Bahasa Malaysia itu turut menerima Anugerah Zamalah Pemikiran Tun Dr Mahathir pada konvensyen selama dua hari, bermula hari ini.
Beliau turut berkata pemahaman terhadap Islam yang dibawa Dr Mahathir membantu Malaysia mewujudkan kestabilan di bawah satu bumbung perpaduan nasional yang luar biasa.
"Ketokohan Dr Mahathir dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang disegani membawa kesan besar kepada persepsi dunia Barat terhadap Islam," katanya.
Penyelidikan setebal 400 muka surat itu akan dibukukan dengan tajuk 'Allah Help Those Who Help Themselves' dan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. – Bernama
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia. Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti. "Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun. " Akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada tahun 2009 berdepan dengan masalah dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian. Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang. Penghakiman tersebut - yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya - kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam. Sementara itu, Lim berkata, jika BN sebuan gabungan berprinsip, mesra rakyat, maka ia tidak harus mempolitikkan agama Kristian untuk meraih sokongan pengundi Melayu. -SINAR HARIAN- Komen GPB Memang biadap tokong DAP ini .. dah semakin hampir PRU 13 dan kebetulan pulak esok adalah Hari Krismas , beliau cuba cucuh api semula isu kalimah Allah supaya boleh digunakan oleh penganut agama Kristian .
Apa kata PAS ?? Semestinya mereka setuju dan menyokong termasuk Anwar Ibrahim .. Umat Islam harus ingat kenyataan Guan Eng ini jelas satu desakan /tuntutan kuat DAP & orang Kristian dan tak mustahil jika mereka berkuasa , kalimah Allah akan digunakan secara sah di negara ini . Kita harus pertahankan kalimah Allah sepertimana telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi , kenyataan Guan Eng jelas satu penghinaan terhadap agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan . http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah
PETALING JAYA: Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek terus didesak agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan penunggang motosikal sebagai 'pelesit jalanan'. Mazidul dan Tv3 sebelum ini pernah membuat kenyataan maaf bersabit isu itu. Namun hari ini sekumpulan penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun dihadapan Sri Pentas bagi menuntut pengacara sensasi itu memohon maaf secara terbuka dalam masa tiga minggu.
Mereka mengugut jika Mazidul dan program Majalah 3 tidak berbuat demikian, satu himpunan besar-besaran akan diadakan.
Kumpulan yang turut dianggotai Motor Corner dan ARC Selangor itu turut menyerahkan memorandum kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya, sambil melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3". Wakil kumpulan motosikal itu, Mohd Shahid Tasiran menyatakan permohonan maaf Mazidul baru-baru ini tidak menyeluruh dan atas sebab itulah mereka menuntut ia dibuat secara terbuka.
"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.
"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.
Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan. Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".
"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.
Mazidul sebelum ini melaporkan sebuah laporan khas bersabit isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menerusi Majalah 3, yang menonjolkan penunggang motorsikal berkuasa tinggi sebagai penunggang berbahaya di jalan raya.
Mazidul turut menggelarkan mereka pelesit jalanan. Hakikatnya adegan menunggang motorsikal itu adalah hanya lakonan semula dan bukan aksi sebenar. -ANTARA POS-
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk'DAP's triumph of chauvinistic will'.
Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.
"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.
Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.
Dalam perkara berasingan, Karpal Singh berkata kematian bekas presiden Gerakan dan bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Tun Dr Lim Keng Yaik adalah kehilangan besar kepada landskap politik tanah air.
Menyifatkan mendiang Dr Lim sebagai seorang yang sentiasa riang, Karpal Singh berkata Dr Lim adalah pemimpin yang hebat dan tidak pernah bermasalah dengan beliau sungguhpun mereka berlainan parti. BERNAMA
Terima kasih kepada Google Inc. kerana telah memanjangkan layanan Google Traffic ke Ipoh. Memandangkan penduduk bandaraya Ipoh menghampiri 0.7 juta dan kesesakan sudah kerap berlaku terutamanya di musim perayaan, maka pemandu-pemandu turut memerlukan gambaran trafik bagi memudahkan perjalanan mereka.
Layanan Google Traffic ini juga telah dipanjangkan untuk Pulau Pinang dan Melaka selain Ipoh.
Semoga perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada warga bandaraya Ipoh.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setiap kali tiba musim perayaan ugama dan kaum lain maka akan timbul isu ini. Ucapan perayaan ke atas kaum yang berugama lain dibenarkan sekadar mengeratkan perpaduan sesama berbilang kaum, Namun kita tidak boleh meletakkan perayaan dan ugama kaum itu mengatasi ugama Islam.
Ikuti penjelasan dan fatwa dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal ugama Islam ke 78 di sini
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
English Version
The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival
Decision:
The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:
1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam
2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam
3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.
Hari ini hari yang menggembirakan bagi aku di AloQStaQBlog , walaupun dah beropa punya lama daaa aku tak sempat nak update blog ni , dah bersawang labah dah blog ni ... Tapi hari ni, aku gagahi jugak masuk & update AloQStaQblog sebab aku berasa sungguh seronok apabila ada ISU AGAMA di bawah di sebut oleh DAP ... Orang kuat DAP pulak tu ! ISU MELETOP NI !!!
Just nak up sikit aje tajuk terbaik untuk berpolitik hari ini : Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP (Siaran Malaysiakini Online)
DENGAN PERMINTAAN SECARA TERBUKA OLEH LIM GUAN ENG INI - SEMPENA HARI NATAL ESOK, Pada aku inilah pukulan maut paling hebat terhadap semua ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz PAS untuk membuat penilaian semula kerjasama mereka dengan DAP.
KALAU PUAK PAS CERDIK, ELOK DEPA TINGGALKAN DAP HARI INI JUGAK !
Itupun kalau puak PAS cerdik laaaa ............
(Tiba masanya sekarang PM Dato Sri Najib dah boleh umumkan pembubaran Parlimen , Isu NAMA ALLAH UNTUK KRISTIAN ini adalah antara isu paling PAS takuti sejak berselingkuh dengan DAP & PKR .... )
Bersatulah Melayu di bawah panji-panji UMNO demi Islam, Melayu & Tanahair.
Itu aja. Sekian. (seronoknyeeeeerrrrrr ISU niiii !)
Besuk penganut-penganut Kristian akan meraikan hari Krismas.
Berdasarkan salah satu fatwa Nik Aziz, adakah dia akan haramkan Krismas diraikan oleh penganut-penganut Kristian yang menguasai rakan Pakatan Rakyatnya, DAP?
Mana tidak Hari Krismas itu Maulud Nabi Isa. Hehehe ...
Dari apa yang ditunjukkan oleh Nik Aziz di Kelantan dan ahli-ahli PAS, tidak hairan mereka memaksa kaum bukan Islam.
Di Bontong, ahli-ahli PAS melarang majlis makan busat DAP diteruskan kerana ada penari-penari bawak buloh dan jolok mata-mata penuntun, perkara ini boleh berlaku.
Sebelum ini, sudah ada larangan dibuat terhadap orang bukan Islam di Kelantan untuk gunting rambut jantina dan berpasangan dalam kereta di tepi airport . Lantaklah ...
Husin raikan Maulud Nabi Muhammad kerana setiap hari Nabi Muhammad diraikan. Apa salah dilebih sedikit pada hari keputeraannya. Ada hari lain pun ada lebih sedikit selawat.
Mufti Mekah dan Madinah pun kataokay.
Pada hari Maulud Nabi Isa esok, pastinya besuk tengahhari Husin nak makan daging Turkey, dengan kentang bakar dengan rosemary, sayur-sayur dan desert dengan kawan-kawan. Lepas makan, mandi dalam swimming pool.
An Ulama should always be humble but they would defend the truth. Whenever he's criticized, an Ulama should never get raged. Instead, he would explain the truth calmly. However, those things are never really practiced by PAS Ulama. Mursyidul Am PAS himself, which is said to be the highest Ulama in the party, is famous for not having any of the characteristics above. Nik Aziz is famous for being arrogant and snappy where he would get raged over anyone who criticized his actions. The same thing goes to PAS President, Dato' Seri Hadi Awang. Even worse, Hadi Awang is also a coward as he did not dare to come up and provide any explanation on the Amanat Kafir fatwa which he made himself three decades ago. Even though this issue has been brought up by the mainstream media for the past few days, Hadi Awang still remain quiet. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) has made an official complaint against Hadi Awang. The letter was made after a meeting with a few tok guru pondok as well as Kelantan's Mufti and Deputy Mufti. The meeting highlighted eight matters which prove that Hadi Awang had brought misguided belief to society, they include: 1. belief that prayers does not count if it is being led by UMNO supporters. 2. belief that it is haram to eat anything that is slaughtered by UMNO supporters. 3. belief that marriage is not official if it is conducted by kadhi or imam which is appointed by UMNO and the couple would need to re-marry as soon as possible. 4. belief that marriage would be in fasakh for couple who support UMNO. 5. belief that the death of UMNO members would not have to be prayed, just like kafir or murtad. 6. belief that UMNO members cannot perform sembahyang jenazah for PAS/Muslim. 7. belief that UMNO members cannot be buried at Islam cemetery. 8. belief that the prayers performed by UMNO members are not accepted by Allah SWT. PAS is trying their best to cover this issue with the excuse that the story is getting stale. If Hadi Awang insist in denying all the things he said, that he is the reason why people are misguided, then who should be blamed for all the tragedy which happened in between then and now? And who should be blamed for all the death in Memali tragedy, only because they think that they are fighting against kafir? Would Hadi Awang say that PAS supporters are stupid for looking at his message in a wrong way? If yes, then he should come up and give the right explanation. So, PAS supporters should urge Hadi Awang to come out from his hiding and face his own messages. It is not right for Hadi to keep this matter hanging among his supporters. He should be responsible.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Label yang digunakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara
Kementerian Kesihatan, PBT dan KPDNKK akan bekerjasama untuk meletakkan kelas atau gred pada setiap premis yang menjual makanan untuk membolehkan pelanggan menilai sendiri tahap pencapaian sesebuah premis. Premis hendaklah bersih, selamat dan memenuhi tahap penilaian oleh Pihak kementerian.
Premis yang terbaik akan dapat kelas A terbaik, B memuaskan dan C sederhana. D bermakna premis akan diarahkan tutup. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kepenggunaan, Koperasi (KPDKK) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada peniaga kecil seperti penjaja dengan jumlah maksima RM 50 ribu.
Urusan boleh dibuat melalui Bank Rakyat dengan harapan mereka dapat menambah baik premis dan modal untuk membesarkan perniagaan mereka.
Syarat lain ialah peminjam tidak mempunyai pinjaman Tekun atau Mara maknanya tidak ada istilah overlaps.
Peminjam juga dikehendaki mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.
Kepada peniaga yang berminat bolehlah menghubungi Bank Rakyat mulai awal Januari 2013.
Tan Lian Hoe Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) mahu merubah peniaga kecil-kecilan supaya berubah atau meningkatkan taraf mereka ke satu peringkat yang lebih baik.
Contohnya ialah Mydin, Econsave yang berjaya menubuhkan pasaraya, mereka bermula secara kecil-kecilan sahaja.
Gerai dan restoran juga akan dilabelkan mengikut kategori A,B atau C.
Setiap makanan hendaklah mempunyai tanda harga dan jumlah kalori hendaklah dipamerkan. Ia adalah untuk menjadikan pelanggan boleh membuat pemilihan agar mereka selamat dan sihat. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dasar manusia lidah bercabang pakatan haram di Selangor ini, semasa kerajaan BN memerintah Selangor, setiap kali banjir datang dikatakan bala dari tuhan supaya rakyat memilih kerajaan pilihan Allah kononnya iaitu pakatan haram jadah. Namun apabila banjir melanda semasa pemerintahan pakatan haram mereka kata banjir ini adalah rahmat dari Allah.
Hakikat bahawa membangunkan negeri tidak semudah yang disangka seperti menabur fitnah telah mengakibatkan satu kejutan budaya yang tidak mampu dipikul oleh kerajaan pakatan haram Selangor. Menguruskan negeri bukan semudah bercakap fitnah maki hamun di atas pentas. Rakyat sudah muak dengan ceramah hasutan pakatan haram.
Kemunafikkan PAS amat terserlah bilamana golongan PAS menyatakan bahawa UMNO lah penyebab bala yang berlaku di Selangor. Dari tanah runtuh, banjir, kebakaran sehinggalah kemalangan jalan raya, semuanya salah UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan mereka pernah mengaku bahawa jika mereka memerintah tidak akan berlaku apa-apa kekacauan kerana pemerintahan mereka dilindungi oleh tuhan.
Nampaknya keadaan bertambah teruk bagi negeri Selangor di bawah pakatan haram. Jika dahulu, ada sesetengah tempat yang banjirnya hanya pada musim tengkujuh, kini boleh dikatakan banjir setiap kali hujan. Ini tidak lagi termasuk tempat-tempat yang tidak pernah banjir tapi sekarang suasananya tak ubah seperti anak sungai dan juga kolam ikan.
Sejak dari dahulu lagi, isu kejadian alam telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang, namun apabila segalanya diletakkan atas politik, maka kerja dan tugas pun boleh jadi tidak cekap. Ini yang berlaku di sekitar Selangor, oleh kerana terlalu banyak berpolitik dan mencari salah orang lain, kerajaan yang ada sekarang tidak mampu untuk menjaga dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Akibat daripada penyelengaraan yang tidak efisyen sesetengah saluran dan penyelengaraan air hujan di Selangor gagal berfungsi dengan baik.
Akibatnya, bagi kawasan rendah akan mengalami banjir teruk setiap kali hujan. Yang paling membimbangkan lagi, apabila kawasan yang tidak pernah banjir, mengalami kejadian "air naik" yang boleh menyebabkan kerosakkan, kecederaan dan juga kehilangan nyawa. Kejadian banjir besar berlaku ketika hanya 2-3 hari sahaja kelab malam pertama di Shah Alam dirasmikan.
Jika pemimpin BN dan UMNO mengamalkan politik cetek akal seperti Pakatan Rakyat, sudah tentu isu banjir ini dikatakan sebagai bala tuhan kerana PR halalkan kelab malam pertama di Shah Alam dimana penduduknya 70% adalah orang Melayu yang beragama Islam.
Aktiviti perlombongan pasir yang tidak teratur juga adalah salah satu punca banjir kilat berlaku. Tambahan pula pegurusan sampah yang carca marba telah menyebabkan banyak longkang yang tersumbat yang akhirnya menyumbang kearah masalah banjir kilat.
Pakatan haram tidak pernah layak sedikit pun memerintah Selangor kerana mereka adalah punca segala permasaalahan yang tiada penghujungnya. Kepakaran mereka dalam menabur fitnah tidak mampu diimbangi dalam skil pengurusan negeri yang amat buruk yang akhirnya mencipta reputasi yang teramat ketara kegagalannya.
KL Bike Week telah diadakan di pada hari Sabtu dan telah berjaya menarik ribuan peserta serta pengunjung seluruh negara, tiba-tiba kita digemparkan dengan satu konvoi motosikal pelbagai kelas dari Shah Alam menuju ke Seri Pentas di Bandar Utama.
Dalam ride ini sebenarnya adalah agenda parti politik pembangkang terutama Pas dan Pkr. Tujuan utama ialah untuk menempelak TV3 dan bukan agenda membantah Maizidul, Isu Maizidul adalah perkara kedua dan jika diikutkan ride ini tidak perlu dilakukan kerana pihak TV3 sudahpun memohon maaf kepada seluruh bikers.
TV3 sudah pun mohon maaf sebelum ini
Setelah diteliti gambar dalam facebook jelas dan nyata ia adalah agenda jahat parti pembangkang yang menipu dan memperdaya kan bikers untuk membuat satu kerja yang sia-sia.
ARC merupakan kelab penunggang motosikal pelbagai kelas yang ditubuhkan oleh Parti Pas. Memang kita tahu ramai biker adalah Pro-Pas, dan kebanyakan mereka ialah ahli perniagaan yang banyak mendapat kontrak dengan kerajaan.
Tetapi bila bercakap bab politik kerajaan semua tak betul tetapi mereka lupa bahawa duit yang mereka dapat adalah dari duit kerajaan BN yang Pas kata duit haram, duit hasil dari cukai judi, cukai arak, cukai pelacur dan sebagainya.
Seruan kepada bikers supaya janganlah mudah terpedaya dengan dajal-dajal aljburi dan ajaran sesat Nik Aziz, maaflah saya tak sokong bikers campur aduk agenda politik dan sticker politik yang banyak dilekatkan pada motosikal. " Real bikers do not mix with politics"
Satu lagi persoalan ialah kenapa ride tersebut disertai oleh motosikal berskala kecil termasuk kapcai dan skuter.
Motosikal besar adalah mereka yang mempunyai kuasa melebihi 500cc ke atas. Apa barang bawa riders motosikal kecil.
Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded".
Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.
Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN". Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.
Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.
UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.
Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.
Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.
Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.
Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.
Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.
Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.
Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.
UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.
Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.
Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.
Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.
Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.
Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.
Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?
Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.
Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?
Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.
Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
*Tidak semena-mena : tidak ada sebab yg munasabah atau yg berpatutan; tidak tentu hujung pangkalnya; sewenang-wenang: (Kamus Dewan Edisi Kedua)
1. Semakin dekat semakin banyak kekalutan tercetus di merata tempat.
2. Dulu apabila digosipkan PRU 13 dijangka pada bulan 11 sebelumnya pada bulan Jun maka banyaklah program yang tidak semena-mena timbul. Bersih 2.0 antara contoh bagaimana ia timbul.
3. Perkara ini dapat dijadikan bukti bagaimana proses meraih undi menggunakan cara 'kekerasan' dan 'jalanan' diguna Pakatan Pembangkang. Bukan cara penerangan dan kempen ikut nada demokrasi.
4. Banyak lagi akan lahir menjelang PRU13 yang dikhabarkan antara terhangat di negara kita. Kerana kedudukan Pakatan yang semakin luas pengaruh mereka melalui penguasaan beberapa negeri bukti nyata keghairan ke Putrajaya seakan sudah tidak ada yang mampu menghalangnya walau dengan apa jua cara.
5. Tiga perkara yang akan 'memabukkan' manusia iaitu wanita, harta dan takhta ternyata memang menjadikan apa sahaja cara akan digunakan termasuklah dengan mencetuskan huru-hara dan melawan undang-undang.
6. Kini soal Perlembagaan yang menjadi asas rukun negara sudah dipijak beramai-ramai dan sayang rakyat tidak bersalah dan tidak mendapat info yang jelas juga terpengaruh dengan dakyah mereka.
7. Rayuan panglima : mari kita usahakan agar kemaraan puak ini dapat dihalang dengan kuasa pena yang kita ada. Paling kurang share atau retweet atau email bahan menarik penjelasan isu-isu semasa agar rakyat sedar perkara sebenar.
8. Negara kita wajib kita pertahankannya dan ia pasti akan musnah di tangan Pembangkang yang terlalu bercelaru pentadbiran mereka walau tidak kita nafi ada juga kebaikan yang mereka lakukan sepanjang mentadbir kerajaan.
9. Soalnya antara dua pilihan sudah tentu yang TERBAIK dan MENEPATI JANJI menjadi pilihan. Dengan rekod cukup cemerlang Barisan Nasional adalah satu-satunya pilihan dan harapan demi Agama Bangsa dan Negara kita.
10. Bulatkan tekad dan sematkan doa dalam siri munajat selepas dan di dalam solat untuk memohon agar Allah Taala dengan berkat para kekasihNya akan melindungi rakyat dari serangan 'halus' Dajjal melalui tenteranya untuk menguasai Malaysia.
11. Doa senjata orang beriman dan doalah akan kita guna meruntuhkan kubu FITNAH mereka dari menutup pandangan mata akal dan hati pengundi yang akan menentukan destinasi Malaysia akan dapat berakhir di puncak kejayaan Wawasan 2020 atau berakhir di lembah kehancuran akibat sengketa dan peperangan seperti negara Islam lain contoh Iraq, Libya atau Yaman.
Sekian, mohon difikirkan dengan menarik nafas yang dalam...
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
English Version
The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival
Decision:
The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:
1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam
2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam
3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.
Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.
Jangan pula ada yang kata ini fitnah, bukan juga cubaan atau main-main, tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.
Tidak berapa lama dulu, beberapa pemimpin kanan PAS termasuklah Ahli Parimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sendiri pernah mengakui memang wujud sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri, katanya untuk mengikat kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti.
Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak, Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya kepada Sinar Harian Online 27 November 2012 telah menyarankan supaya sumpah baiah dilaksanakan kepada semua calon pilihanraya yang mewakili PR terutama sekali di Perak.
Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009.
Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya, maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.
Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah, diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP?
Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP.
Kenapa & mengapa?
Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS, automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga). Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS, sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.
Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang. Tak sanggup katanya.
Inilah wajah sebenar PAS, parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.
Jadinya, apabila wisel PRU 13 ditiupkan kelak, mudah untuk kita mengetahui setiap calon PAS tentunya sudah mengangkat sumpah baiah talak tiga, berkemungkinan ada pemimpin PKR yang beragama Islam pun ada yang sanggup bersetuju dengan syarat menceraikan isteri.
Malang benar sekiranya pada PRU 13 nanti masih ada pengundi dari golongan hawa yang tergamak menyokong PR setelah mengetahui hakikat betapa rendahnya maruah mereka diperlakukan oleh pemimpin PR.
Kerana amanat si dajjal nie, akidah umat pas bercelaru, baiah cerai bini yang tak pernah di buat di zaman Rasulullah mereka buat, cerai isteri pasal isteri kutuk pemimpin pas dah jadi perkara biasa dalam kehidupan umat pas, itu belum cerita sembahyang dua imam, solat jumaat di dalam kandang lembu, atas alasan sembahyang di masjid yang di bina oleh kerajaan umno/bn tak di terima Allah dan pelbagai perkara bidaah.
Jadi sampai bila kita sebagai umat Islam nak membiarkan si dajjal yang mengelurkan amanat nie hidup senang lenang, langsung tak rasa bersalah kerana amanat yang di keluarkan kira-kira 20 tahun dulu telah merosakan banyak akidah umat Islam... sampai bila...???
Ini kenyataan anwar menyokong pelakuan gay, lesbian, bisexual dan transgander...
Soalan Wartawan BBC : "Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?"
Jawapan Anwar : "Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum."Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula… "kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan". Ini pula kupasan mengenai lgbt menurut Islam...
Seperti yang di terangkan oleh ustaz fathul bari, gambar dari laman web muslim progressive
Sejauh mana agaknya DAP menyangka mereka mampu menipu orang-orang PAS atau orang-orang Melayu kononnya parti itu bersifat terbuka dan menerima berbagai kaum secara sama rata? Sebodoh-sombong manakah DAP sehingga menyangka yang orang Melayu semuanya bodoh seperti mereka juga?
Jika DAP tidak bodoh, maka, apa ke jadahnya parti itu melantik seorang Cina untuk menjaga hal-ehwal Melayu?
Inilah yang berlaku dalam Kongres DAP 2012 pada hujung minggu lalu di mana setelah semua Melayu yang bertanding untuk Jawatankuasa Kerja Pusat DAP (CEC) kalah, maka parti itu cuba menutup sifat rasis mereka melalui lantikan di bawah kuota Melayu.
Antara yang dilantik ialah Zairil Khir Johari iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua, Zairil juga adalah CEO Penang Institute (badan pemikir DAP).
Sokong DAP, ini yang anda dapat!
Tentu ramai yang hairan dan tidak percaya bagaimana Guan Eng atau DAP boleh melantik seorang Melayu bagi jawatan-jawatan penting ini sedangkan di mana-mana syarikat yang dikuasai Cina, untuk menaikkan pangkat seorang Melayu yang layak ke tahap pengurusan atasan juga adalah sesuatu yang mustahil.
Setelah mengkaji latarbelakang Zairil maka kehairanan ini pun terjawab. Dan jawapan yang didapati pula disahkan sendiri oleh laman pro-pembangkang iaitu Suara PR.
Jawapannya ialah kerana Zairil bukan seorang Melayu tetapi Cina.
Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah. Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga. Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun. Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil.
Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya.
Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP.
Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu. Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum.
Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu.
Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita? Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita. Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan 'orangnya'.
Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan 'orang-orangnya'.
Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP?
Sokong DAP ini yang anda dapat!
Tidak ada tafsiran lain lagi yang lebih tepat selain dari DAP terlalu angkuh dan terlalu membenci Melayu untuk meletakkan seorang Melayu sebagai wakil Melayu. Dan selagi boleh, DAP akan cuba mengelak, menipu dan memanipulasi keadaan bagi memastikan Melayu terus dibelakangkan dalam parti, dalam ekonomi dan dalam segala-galanya.
Laman Suara PR boleh cuba membentangkan berbagai alasan berbentuk undang-undang dan perlembagaan untuk menjustifikasikan perlantikan Zairil, namun ia tidak akan dapat menutup hakikat keangkuhan dan sifat perkauman DAP yang tiada taranya.
Dato' Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.
Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you''.
Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itu bentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.
Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato' Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato' Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.
Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.
Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.
Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham. baca lagi : http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/12/nga-ugut-dato-hamidah-laporan-polis.html Dalam pada itu juga, Walaupun Adun Samseng DAP itu menafikan yang dia ada mengugut YB Hamidah, dia terlupa bersama YB Hamidah ketika itu terdapat 2 orang saksi iaitu Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim.
YB Dato Hamidah menyatakan bahawa Nga Kor Ming lupa ketika beliau membuat ugutan terhadap saya terdapat dua pemimpin berada bersama beliau yang menyaksikan kata-kata berbaur ugutan yang dihamburkan oleh Nga Kor Ming terhadap saya," kata YB Dato Hamidah. "Saya sudah mengagak Nga Kor Ming akan bertindak sedemikian kerana itulah sifat mereka yang cuba mengalihkan pandangan rakyat terhadap pendedahan pemilikan tanag seluas 10,526 ekar dihadapinya kini," kata YB Dato Hamidah. "Saya juga difahamkan ada wartawan telah pun menerima surat amaran daripada Nga Kor Ming, dengan niat agar untuk memberhentikan isu ini daripada didedahkan dalam suratkhabar, "kata YB Dato Hamidah ketika program turun padang di Pasar Tani Medan Gopeng. "Memang ketika ugutan itu berlaku,Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim berada bersama saya, sebagai pemimpin yang berpengalaman, Tan Sri cuba menenangkan keadaan daripada berlaku pertengkaran dengan mengajak Nga Kor Ming, Datuk Rusnah Kassim bergambar bersama. Menghormati profesionalisme sebagai Adun saya pun bergambar bersama Nga Kor Ming walaupun dalam keadaan marah", jelas YB Dato Hamidah "Saya sudah agak peristiwa bergambar tersebut akan digunakan oleh Nga Kor Ming untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh saya pula yang buat laporan palsu serta meminta pihak polis menangkap saya," tegas YB Dato Hamidah lagi. baca lagi: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/12/nga-kor-ming-lupa-semasa-dia-ugut-ada.html
Inilah yang jadi apabila Samseng DAP diangkat menjadi YB, budaya samseng juga dibawa ke pentadbiran. Memang benarlah pengakuan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy Rasu bahawa DAP adalah sebuah parti MAFIA dan DAP didokong kuat oleh kumpulan gengster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan beberapa pemimpin-pemimpin DAP. TOLAK SAMSENG. TOLAK DAP
Gambar-gambar yang MyMassa sajikan dibawah pasti menyebabkan Pemimpin Pakatan tak senang duduk. Akhirnya, semakin ramai yang sedar dan kembali menyokong Barisan Nasional. Mereka sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan kemakmuran, kemajuan, keamanan dan mengekalkan keharmonian dan toleransi antara Kaum. Mereka juga sedar, perjuangan parti-parti dalam pakatan adalah bersifat perkauman, assobiyah, mementingkan kroni dan anak beranak, yang bakal menghuru-harakan negara kelak!
Klik Untuk Teks Penuh.
Hanya Pencacai Taksub sahaja yang masih menyokong Pakatan Rapuh.
Selepas pendedahan MyMassa mengenai penjualan arak berleluasa dalam artikel "Bangi Semakin Popular dengan Gelaran 'THE ARAKK TOWN OF SELANGOR', MyMassa mendapat info lagi mengenai tarikan iaitu Pusat perjudian di Bandar Baru Bangi. Inilah yang terjadi selepas Pakatan Rakyat mendapat mandat memerintah selangor, pusat Perjudian yang ada di selangor seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ikut teks penuh daripada wartawan Kosmo.
BANGI - Sebuah pusat judi haram yang menjadi tumpuan golongan remaja dikesan beroperasi di Jalan P/19 Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi di sini dengan berselindung di sebalik operasi sebuah kedai makanan.
Lebih buruk, premis tersebut turut menjadi sarang bagi mereka yang ponteng solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan untuk berjudi internet.
Disebabkan leka berjudi, terdapat dalam kalangan kaki judi terbabit yang lambat masuk kerja mengikut waktu pejabat.
Jarak premis tersebut dengan masjid berdekatan lebih kurang 1.5 kilometer.
Kedai makanan yang menyajikan roti bakar, makanan bergoreng seperti mi dan minuman itu tidak putus-putus dikunjungi tahi judi yang berusia lingkungan 20an dan dewasa.
Premis tersebut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup di setiap penjuru dipercayai digunakan untuk memantau kehadiran pihak berkuasa.
Difahamkan, premis terbabit telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas dan mempunyai bilangan pengunjung tetap terdiri daripada orang Melayu setiap hari.
Mana hilangnya PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam? Selepas pemecatan Dr. Hassan Ali, PAS Selangor seperti tunggul yang tidak mampu berbuat apa-apa. Kasihan...
KEADAAN bilik khas yang dijadikan pusat judi dalam sebuah kedai makan di Bangi.
Biadap!!! mungkin berpuluh tahun penjawat awam ni berkhidmat, rasanya ini lah kali pertama bertemu dengan pelanggan yang biadap yang tak amalkan rukun negara, kesopanan dan kesusilaan nampaknya tidak difahami oleh beruk betina nie!
PAKCIK ORANG NI MESTI ORANG PENDATANG ASING! budak sekecil umur 11 tahun kata kat teman, teman tanya balik KENAPA CAKAP MACAM TU? Teman tak berapa paham dan bertanya kepada anak sekecil ini kenapa dia berkata begitu? Tak kan sekecil dan semuda darjah lima boleh bijak soal politik? kalau PM tu mungkinlah... ini minah mamak nie pun dia kenal ker? Memang teman musykil dan terigin tahu kenapa dia boleh becakap begitu bila tengok Video diatas oleh KL Post?
Tak kan pakcik tak tau, akak (gelaran dia) kata sebab dia cakap macam tu, kenapa dia kena jerit-jerit macam nie, Akak pun tahu,kawan-kawan akak pun tahu jugak, cikgu selalu ajar kami supaya ikut rukun negara kalau kita nak jadi rakyat Malaysia, cikgu selalu kata kita sebagai orang melayu dan rakyat Malaysia kenalah bersopan santun dan ada adab. Lagi pun macam makcik nie (LK) tak kan tak tau rukun negara yang sebut pasal kesopanan dan kesusilaan, ala... macam hari-hari iklan tu keluar dalam tv.
Terkedu jugak teman... hehehe sekecil itu pun ada fikir pasal adab serta kesopanan, betul jugak iklan yang kita tengok dalam TV tu bila anak-anak melahirkan perasaan mereka untuk negara Malaysia yang dicintai. hehehe... betul jugak, maknanya kalau dah tak hormat kat rukun negara dan undang-undang maka memang layak lah dia guna otak kat lutut, layaknya berok atau monyet jer yang akan berperangai begini, kalau spesis beruk atau ungka nie tak apalah kita paham tapi kalau dah orang dewasa apatah lagi berstatus dan diangkat sebagai pemimpin.
Rasanya tak perlu ler nak menjerit-jerit macam siamang main bergayut berebut betina dalam hutan, Apa lebihnya dia yang menjerit kononnya dah sejam menunggu, Teman pun pernah menunggu lebih lama dari tu pun tak kisah kerana kita paham bika ramai yang hadir berurusan, kalau nak cepat pegiler seawal-awal pagi terpacak didepan kaunter! kenapa pulak dia jadi wakil untuk berurusan, kenapa tuan punya badan sendiri beratur sendiri?
Sebenarnya ada paling ketara yang rakyat cukup marah apabila kekadang yang memohon passport atau KP yang lansung tak tau mengunakan bahasa Malaysia! bak kata dema, Macam nie yang jadi rakyat Malaysia, cakap Bahasa Malaysia pun tak tau, camana dema layak jadi rakyat Malaysia? Betui jugak bila kita fikirkan pendapat begini, sama lah macam kalau kita di india, Russia, Jepun, korea, Amerika dan banyak lagi yang memang tak bagi muka pendatang asing atau orang luar dibagi muka, secara otomatik dimana sekalipun kena guna bahasa ibunda mereka, apatah lagi kalau dah sepatah haram pun dia tak paham!
Apa yang disibukan untuk mereka didaftar? kalau dah sebangka begini usianya (gambar) masih tak boleh berbahasa serta beradab memang tak masuk akai yop! Yang teffa kecoh nie kenapa atau memang nak daftar orang asing sebagai pengundi nanti? memang patutlah tak paham bahasa Malaysia kalau dah dema nie sebenarnya pendatang asing, kalau benar lah begitu patutlah si teefa koya nie beriya-iya menjerit dan transform ke sifat ungka!
Sementara itu teman juga terbaca pendedahan oleh rakan Bloggers Sungai rapat Online (KLIK)
Pendatang asing yg dibawa dengan Bas ? @ Sungai rapat online
Bas disediakan percuma
Anatar Pendedahan dalam blog Sungai Rapat...
Pembangkang telrah memberi duit sebanyak RM100 dan air mineral sebotol untuk setiapa pendemo India duduk dan berdemo bagi menuntut kad pengenalan.
Ada maklumat yang diterima ada diantara kaum India baru sampai ke Malaysia juga disuruh mengambil kesempatan berdemo menuntut kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
Bagi pembangkang samada taraf kerakyatan mereka diragui atau tidak itu bukan urusan mereka, yang penting mereka cuba memalukan Dato Seri Mohd Najib seperti yang diracangkan oleh Anwar Ibrahim setelah kes konspirasi Deepak tidak berjaya.
Apa gamaknya bila lidah bercabang macam biawak? sebelum ini kita tahu dan bertambah kecoh bila Karpal sendiri memberi pada Anwar supaya bertaubat, sampaikan terkeluar ayat 'OVER MY DEAD BODY' bukan setakat itu sahaja sebaliknya Mat Taboo pernah gelarkan dia sebagai Aljubri yang sehingga kini belum lagi kita dengar permohonan maaf dari Taboo nie dengan mencipta gelaran Aljubri sebagai cara menghina.
Peliknya Aljubri pulak yang dema mahukan sebagai Perdana Menteri lagi... kalau diikutkan sebagai prinsip diri gelaran paling kotor tersebut tentunya diikuti dengan keyakinan besar terhadap kelakuan Bakal Perdana Menteri mereka sekalipun hanyalah Jenin
Sebalik sokongan yang betul-betul jitu nampaknya mestilah ada sebabatau cerita disebaliknya...Kalau teman atau miker ler yang keluarkan ayat dan bekeras agar memastikan Aljub terus ditentang macam mana pulak tetiba menyokong pulak?
Apa pendorong bagi mengubah pendirian? kalau Pejuang atau tentera pun boleh dihina kononnya komunis lah hero bagai kata Mat Taboo sehingga kini tidak ditarik balik ayat yang menghina ini, macamana pulak tetiba boleh menyokong, apa sebab membolehkan menukar pendirian?
Banyak sebab yang boleh diandaikan sekiranya ada kes lain yang semacam ini, pelbagai sebab boleh diandaikan, kerana apa boleh merubah pendirian sebelum ini dengan tegas, mungkin kerana ada untung? mungkin ada tempat di PRU 13?, Ada pembayaran besar? janji Pangkat? Arahan Big Boss dan macam-macam lagi yang boleh kita andaikan, apa pun mestilah berbaloi dengan mengubah pendirian sebegini sekalipun kita tahu memang sukar dia bertindak sebegini, sedangkan menghina Tentera sekalipun bertegas tidak berganjak malah untuk tarik balik jauh panggang dari api.
Apapun bukan pekara pelik dengan kelaku beberapa pemimpin tiba-tiba boleh akur dengan Parti? Hanya pelaju dan tuhan yang tahu, kalau setakat rakyat yang kuyup dikencingkan bukan susah mana nak disuruh angguk, kekadang melampau jugak dengan tindakan begini bila kita lihat RAKYAT bukan sahaja dikencingkan malah diLEMBUkan untuk angguk-angguk dan Geleng-geleng...
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Keharmonian hidup antara kaum adalah ciri-ciri utama yang diberi penegasan dalam setiap kali manifesto Barisan Nasional (BN). Ciri-ciri berkenaan bukanlah dirumus semata-mata untuk menghadapi pilihan raya umum, malah ia sudah menjadi dasar yang begitu penting bagi kehidupan setiap individu di negara ini.
Keharmonian kaum mempunyai hubungan rapat dengan soal keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan dan sebagainya. Tanpa keharmonian hidup, negara akan menjadi kucar-kacir. Dalam keadaan negara yang tidak tenteram, bermakna masa dan tenaga hanya dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang silih berganti. Ia akan membantutkan segala urusan harian.
Rakyat sentiasa berada dalam ketakutan, malah nyawa sering menjadi pertaruhan. Rakyat seharusnya belajar daripada peristiwa di beberapa negara yang pada masa ini menghadapi masalah. Dalam keadaan sentimen rakyat membara, manusia tidak lagi mempunyai sifat-sifat kemanusiaan. Mereka menjadi buas seperti haiwan. Bunuh-membunuh menjadi permainan. Keadaan ini sudah pun berlaku di depan mata di beberapa negara yang sedang bergolak.
Seseorang yang kehilangan orang yang tersayang, akan melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Nyawa bukan lagi mempunyai harga yang perlu dinilaikan. Apakah ini yang diharapkan?
Di Malaysia, keharmonian kaum diterima sebagai amalan hidup. Rakyat sentiasa menghormati antara satu dengan lain walaupun berlainan warna kulit dan agama. Mereka boleh membeli-belah di pasar atau di gedung perniagaan bersama-sama tanpa mengira siapa yang berbelanja dan siapa pula yang berniaga. Mereka boleh bekerja sama tanpa mengira siapa menjadi pekerja atau siapa pula majikan.
Hari ini, ibu-bapa tidak sedikit pun bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka sama ada ketika di sekolah atau melepaskan mereka untuk bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Keadaan ini sudah berlanjutan sekian lama, dengan mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969.
Moto Keharmonian Hidup yang diterapkan oleh BN adalah sesuai dalam konteks hidup masyarakat Malaysia hari ini. Apa yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penekanan kepada keharmonian hidup antara kaum adalah semata-mata untuk memastikan tidak timbul sebarang ketegangan sesama rakyat. BN sentiasa mengutamakan kebaikan kerana mahu rakyat hidup bersatu padu.
Malangnya, parti-parti pembangkang mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza. Apa yang cuba ditiupkan ialah api permusuhan. Mereka bukan saja cuba melaga-lagakan antara sesama orang Melayu, malah pergeseran kaum dan agama. Keharmonian hidup tidak akan wujud jika parti-parti pembangkang diberi peluang untuk memerintah negara ini.
Percanggahan ideologi di kalangan parti-parti pembangkang sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka tidak mungkin dapat duduk semeja untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang membabitkan kepentingan semua rakyat. Satu pihak akan membuat tuntutan yang melampaui batas hingga menyebabkan keadaan di luar kawalan.
Hari ini pun sudah ada suara keras yang dikemukakan di kalangan parti pembangkang, sebagai syarat tolak ansur untuk bekerjasama. Parti yang radikal sifatnya itu tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sewaktu menolak kewujudan negara Islam di Malaysia.
Rakyat seharusnya matang berfikir dan tidak terlalu mengikut perasaan ketika membuat keputusan. Dalam setiap percaturan, mereka seharusnya mengambil kira keseluruhan senario yang mungkin berlaku di negara ini.
Malaysia juga mempunyai musuh di sekelilingnya. Musuh Islam juga adalah besar dan mereka kini menunggu peluang saat paling baik untuk menghancurkan negara ini. Oleh itu, setiap rakyat harus mengambil kira apakah keputusan yang akan mereka lakukan kelak mengambil kira faktor keharmonian hidup atau mahu merosakkan apa yang sudah terjalin sekian lama.
Janganlah disebabkan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Semua tindakan ini akan hanya mengundang masalah lebih besar kepada rakyat. Mendengarkan cakap pembangkang yang berapi-api memanglah menyeronokkan. Untuk mencari kesilapan orang lain memang mudah, tetapi begitu sukar untuk mengakui kesilapan sendiri.
Rakyat perlu ingat, mereka yang mengecam kerajaan itu adalah atas landasan "membangkang sekadar membangkang" tapi tidak memikul sebarang tanggungjawab. Apa yang mereka fikirkan ialah semata-mata bagaimana cara menumbangkan kerajaan.
Mereka yang bercakap sesedap mulut itu tidak pernah memikirkan kesan tindakan mereka. Janji memang mudah ditaburkan, tetapi untuk menunaikannya, ia adalah satu masalah yang amat rumit, terutamanya dalam keadaan rakyat negara ini yang begitu tipis tahap kesabarannya.
Penduduk kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam membantah kenaikan cukai pintu.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di negeri ini termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.
"Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat).
"Cukai pintu yang kita berikan itu adalah munasabah mengikut kegunaan tanah. Kalau tidak bayar cukai pintu, bagaimana kita mahu bangunkan Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Pada 15 Disember lalu, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat menyelar tindakan MBSA menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkuatkuasa pada tahun depan.
Sambil menyifatkan kenaikan cukai pintu itu sebagai keterlaluan, Wei Kiat turut mendesak supaya MBSA dan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang menarik balik kenaikan cukai tersebut.
Pada 17 Disember lalu, Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula menyatakan kenaikan tersebut bercanggah dengan manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 yang mahu menurunkan 20 peratus cukai pintu bagi kediaman dan 10 peratus peratus bagi premis peniagaan di Selangor.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika mengulas mengenai kenaikan kadar cukai pintu yang dikenakan ke atas penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh berkata, pihaknya telah mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memberikan penerangan mengenai kenaikan cukai tersebut.
Jawatankuasa khas tersebut katanya, akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaikan Kilang Haram negeri, Ean Yong Hian Wah dan dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar MBSA (Mohtar Hani) dan wakil-wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Selangor.
"Jawatankuasa ini akan menerangkan dan memberikan pandangan mengenai isu kenaikan cukai pintu ini. Jawatankuasa ini akan adakan penerangan sebelum bulan Jun tahun depan kerana pembayaran cukai pintu mesti dijelaskan dalam bulan tersebut," ujarnya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penyandang: Datuk Ir. Onn Hamzah (BN) (Majoriti: 3,611 undi)
Sekarang Tok nak labun sikit tentang kedudukan PAS dalam N56 DUN Changkat Jong. Disini lah kawasan tempat Tok memangkah undi sebanyak 6 penggal. Sebeno nye N56 ni sememangnye kubu kuat UMNO yang tidak pernah di tembusi oleh musuh lawan nye.
N56 DUN Changkat Jong jatuh ketangan musuh iaitu PAS pade PRU 12 yang lepas. UMNO tewas bukan nye kerane kekuatan musuh nye. Ketewasan UMNO pade PRU12 yang lalu di sebabkan permasalahan dalaman parti sahaje. Sekarang segale permasalahan dalaman itu sudah pun beres 100%.
Kini UMNO Changkat Jong sudah bersedia sepenuhnye menghadapi PRU13 yang hampir tibe. Tok sangat yakin UMNO pasti akan merampas kembali kuase nye dari PAS. Walaupun kaum cine nampak nye masih teguh berpegang pade pendirian nye untuk menghapuskan UMNO.
Sokongan kaum melayu terhadap UMNO sudah puleh dan mantap. Selain dari itu, kaum india pun sudah sedar bahawa menyokong Pakatan Rakyat tidak memberi ape2 faedah terhadap masyarakat kaum India. Mereke sedar hanya BN sahaja yang benar2 boleh membantu semua kaum.
Moh kite same2 tengok balik keputusan PRU DUN negeri Perak yang lepas pade tahun 2008 tu. Sekali pandang aje kite dah tahu bahawa kaum melayu/islam masih teguh menyokong UMNO. Yang nampak jelas di sini ialah tentang sokongan kaum cine terhadap DAP.
Boleh lah di katekan bahawe hampir semue kaum cine telah berpaling tadah dan menyokong DAP. PAS dan PKR juge telah mendapat sedikit ganjaran dari episod cine yang berpaling tadah tu. Kejayaan kaum cine yang berpaling tadah tu berjaya kerane telah mendapat bantuan dari PAS dan PKR.
Motif pertame nye kite harus mengkaji mengape kaum cine ni berpaling tadah, dan mengape segelintir kaum melayu/islam pule turut bersame kaum cine yang berpaling tadah tu? Bagi kaum cine tu, mereke memang nye ade sebab.
Kaum cine ni memang nye tak merengak (tak boleh angkat muke) di bawah kuase pemerintahan BN/UMNO. MCA, MIC, Gerakan dan mane2 parti di dalam komponen BN memang berade di bawah kawalan UMNO. Ini bermakna bahawa UMNO memang berkuasa sepenuh bye dalam semua hal pemerintahan dalam negeri atau pun negara.
Ini lah yang buat kaum cine dan india dalam MCA dan MIC memberontak dan berpaling tadah menyokong DAP, PKR atau pun PAS. Sebenar nye mereke mahukan lebih berkuase dan bersuare dalam politik tanah air kite. Mereke sudah pun berjaye menguasai ekonomi negare dan sekarang mereke mahu menguasai politik negara kite pule.
Orang melayu/islam yang tersangat dungu sahaje yang susah memahami niat dan cite2 buruk dari kaum kafir ni. Persoalan nye, haruskah kite menyokong kaum kafir ni menguasai politik dan pemerintahan di tanah air kite ni?
Perkare buruk ni telah berlaku pade PRU12 yang lepas. Di negeri Perak, dalam DUN Pakatan Rakyat, cume ade 4 orang termasuk MB orang melayu/islam, yang lain2 tu berjumlah 25 orang tu semue nye kafir2 belake. Ini bermakna negeri Perak sudah di kuasai oleh kaum kafir.
Tok sangat yakin bahawe kaum melayu/islam masih kuat berdiri di belakang UMNO pade PRU13 akan datang ni. Tugas utame bagi kaum melayu/islam adelah mempertahan kan negeri Perak dari di kuasai oleh kaum kafir. Kite mesti mengekalkan kuase pemerintahan melayu/islam di negeri Perak pada PRU 13 akan datang ni.
Tok bukan berniat nak ulang cerite2 lame, tapi Tok cume nak ingatkan sekali lagi tentang ape yang terjadi di negeri Perak semane Pakatan Rakyat memerintah, tu aje. Sebeno nye tidak ramai umat islam yang sedo tentang ape yang berlaku dalam negeri Perak ketike tu.
Umat islam di negeri Perak sendiri pun tidak ramai yang sedo tentang kuasa yang memerintah di negeri Perak pade mase tu. Yang mereke tahu, Menteri Besar nye orang melayu/islam dari PAS, tu aje. MB melantik 10 orang EXCO negeri nye. Malan nye cume ade 3 orang sahaja dari kaum melayu/islam. Yang lagi 7 tu semue nye kafir2 belake.
EXCO dari PAS cume seorang sahaja. Ini telah menggambarkan dengan jelas bahawe negeri Perak sudah di kuasai oleh DAP dan bukan nye PAS walau pun MB nye PAS. Ape kah yang boleh di banggakan oleh kaum melayu/islam bila Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak sedangkan EXCO nye di kuasai oleh DAP dan PKR?
Tok pasti kaum melayu/islam sudah sedar dan pasti akan menghalang perkara buruk ni berulang lagi pada PRU13 nanti. Seharusnye kaum melayu/islam harus mempertahan kan kedudukan EXCO negeri Perak kekjal seperti yang di bawah ni. Inilah yang di kate kan benar2 melayu/islam berkuasa memerintah di negeri Perak.
Dah banyak kali Tok menyatakan bahawa PAS tidak boleh di haraf samesekali untuk membela agama, bangsa dan negara. PAS tidak berpendirian yang tetap dan mantap, pemimpin2 PAS terlalu lemah untuk 'mengawal' tindak tanduk DAP dan PKR.
Pendirian PAS juge sentiasa ber ubah2 mengikut sesuke hati pemimpin2 nye. Orang2 islam yang mudah terperdaye dengan dakyah2 PAS sudah mule sedar dengan terbongkar nye ber bagai2 isu negatif yang sedang melanda parti itu.
Sebenar nye isu tanah di Kelantan ini sudah lame berlaku, PAS cube sorok nye tetapi akhir nye ter bongkar juge. Insiden ini sangat mengaibkan PAS selaku sebuah parti islam. PAS sanggup menggadaikan maruah nye demi untuk mendapat sokongan dari kafir.
Bukan rakyat Kelantan sahaja yang terasa terhine diatas perbuatan buruk PAS ini, malahan seluruh umat islam di Malaysia juge turut terasa penghinean ini. Umat islam harus kembali bersatu dalam UMNO, hanye parti ini lah sahaja yang benar2 telah berjaya membele nasib umat islam di Malaysia ini.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejak panas mengenai isu skandal Ngeh dan Nga jutawan tanah Kelantan kita tak dengar langsung sebarang kenyataan daripada Lim Guan Eng..kemana perginya tokong kesayangan melayu pakatan ni..?
Hairan juga pada mulanya kemana pergi tokong kesayangan DAP ni..rupanya dia pergi makan angin.. Sebaik saja habis Kongres DAP di Pulau Pinang..tokong DAP bersama keluarganya terbang ke Australia bersama isterinya Betty,Marcus dan Clint.
Setelah lebih seminggu makan angin di Australia ,tokong DAP tiba di Lapangan Terbang menaiki pesawat Silk Air dari Singapura semalam..Pemergian Guan Eng bersama keluarga tidak menggunakan peruntukkan elaun makan angin Ketua Menteri RM50 ribu dari kerajaan negeri,sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh kroni beliau sendiri.
Apa yang menariknya kepulangan beliau dari Australia turut terlihat kelibat Datuk R Arunasalan di lapangan terbang semalam .Siapa Arunasalan? Untuk pengetahuan anda Arunasalan adalah pemilik Janar Textiles Sdn Bhd,Asia Pacific Events Promotion Sdn Bhd,KLE Higher Education Sdn Bhd,Rasa Sayang Marketing (South Afica) Pty Ltd dan Azurro Investments Limited.
Arunasalan dan juga seorang ahli perniagaan lain Jeyakumar Verathan sebelum ini pernah bermesyuarat bersama kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah kerajaan negeri secara percuma .
Adakah Arunasalan menanggung sepenuhnya percutian ini? Apa kepentingan Arunasalan ? Perjanjian apa yang dibuat oleh Guan Eng dengan Arunasalan? Berapa banyak wang dijanjikan?Projek apa? :-)
Kepada pembaca untuk mengenali Lim Guan Eng,DAP dan haprak pakatan,caranya untuk menutup kerja jahat dan rasis mereka ia ibarat pepatah arab "Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia"
Pisau kata " this is just begining..Guan Eng .. i know what u did.. dont worylah..kita telus maaa..."
GEORGE TOWN 17 Dis. - Pasaran harta di Pulau Pinang mungkin melihat pertumbuhan kukuh antara lima dan 10 peratus tahun depan, kata Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA), Pulau Pinang.
Pengerusinya, Datuk Jerry Chan Fook Sing, berkata pasaran ini akan didorong oleh aktiviti perniagaan berterusan dan aliran pelaburan asing ke negeri itu. Beliau berkata, pasaran harta di Pulau Pinang akan kekal rancak dengan permintaan yang melonjak untuk rumah berikutan pekerjaan yang lebih banyak ekoran pelaburan asing serta populasi yang meningkat.
"Ramalan populasi bagi Pulau Pinang adalah dua juta menjelang 2020, oleh itu lebih banyak rumah diperlukan. Kira-kira 12,000 rumah dijangka dibina setiap tahun sehingga 2020," kata Chan kepada satu sidang media di sini hari ini.
Chan berkata, urus niaga harta di Pulau Pinang pada 2013 mungkin merosot dengan belian berhati-hati menjelang pilihan raya umum ke-13. "Bagaimanapun, harga tidak mungkin merosot berikutan peningkatan kos tanah dan bahan binaan," katanya.
Chan berkata, permintaan harta akan kekal rancak dengan kadar faedah kekal rendah walaupun Bank Negara Malaysia telah mengetatkan syarat pinjaman perumahan. — BERNAMA
Semenjak isu amanat Hj Hadi mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong PAS,beliau langsung tidak memberi sebarang kenyataan,diam membisu.Apa yang cuma dapat kita dengar hanyalah para pengikut dan pemimpin PAS yang mempertahankan amanat tersebut.
Malah Nik Aziz mursidol khawarij lebih hebat menyerang dengan menghukum pihak yang tidak menyokong perjuangan PAS adalah melakukan kemungkaran.
Sudah 7 hari Hadi hilang.. Unspinner cuba mengesan Hadi dari hari ke sehari namun gagal..3 orang isteri Hadi juga tertanya tanya kemana abang haji mereka menghilang.
Ada sesiapa yang tahu kemana pergi budak ini?
Hadi menghilangkan diri seperti Ayah Pin kerana mengelak untuk menerima surat dari pihak Mufti Kelantan..
Surat mufti berikut:
Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :-
Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.
Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-
1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)
2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.
3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).
6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.
7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat
orang Pas.
8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
tuhan amalan itu daripada mereka.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.
Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-
1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff -
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -
Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -
Iman Besat Masjid Muhammadi.
8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.
Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:-
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf ) b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.
Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam jurucakap gereja evengelist sekarang ini sibuk nak mempertahankan Hj Hadi.
Khalid dakwa amanat Hj Hadi dikatakan diputar belit dan Umno dipersalahkan. Agak agaklah kalau nak pertahankan Hadi,tak bodohkah namanya ..
Khalid jangan anggap umat Islam dinegara ini sebodoh dan tuli sepertimana para penyokong pakatan. Dulu Khalid tuduh umat Islam Malaysia paranoid mengenai kes murtad DUMC ,Kemudian dia sokong Nurul Izzah mengenai melayu murtad. Nah sekarang di kata kafirkan penyokong Umno tak wujud..
Umat Islam di Malaysia ada akal,telinga mereka berkeadaan baik dan masih mampu mendengar dan hampir kesemuanya mampu untuk membaca dengan baik. Justeru janganlah anggap umat Islam bodoh bodoh belaka..
Ini rakaman amanat Hj Hadi...
Cubaan Khalid perbodohkan umat Islam..
Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.
"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.
Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.
"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.
Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.
"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.
Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.
"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.-sumber
Pisau kata " orang yang sama pertahankan gereja DUMC yang murtadkan umat Islam.."
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nik Aziz akan bertanding lagi dalam PRU akan datang. Alasannya cukup mudah. Untuk menentang kemungkaran UMNO.
Dia yang memerintah Kelantan sekarang. UMNO yang sebenarnya sedang berusaha menentang PAS yang dipimpinnya. Dia yang berada dalam situasi mempertahankan kerajaan.
Pening rakyat mendengar ayat berpusing-pusing dengan kemahiran "silat lidah" yang keluar dari mulut ulamak akhir zaman. Dulu-dulu bila rakyat pening, mereka akan mencari dan merujuk para ulamak untuk mencari penyelesaian dan menghilangkan kebuntuan.
Hari ini, ulamak akhir zaman yang menjadi penyumbang terbesar kepada wujudnya kekeliruan dan kebuntuan dalam masyarakat.
Ulamak akhirat menyejukkan mata dan hati sesiapa yang melihatnya. Hati dan mata akan melihat kesalahan sendiri kerana akan wujud sifat muhasabah diri hasil dari panduan seorang ulamak hak.
Hari ini, bila melihat muka dan mendengar ceramah ulamak akhir zaman, hati dan mata akan tertutup untuk melihat kelemahan diri, sebaliknya kemahiran melihat kesalahan dan kemungkaran orang lain pula yang akan meningkat dan hati para pendengar akan bertambah membara dengan nafsu ammarah.
Ulamak dulu takut untuk mengeluarkan pendapat kerana takut dipertanggunjawabkan di akhirat andai kata-kata mereka akan mendatangkan mudarat, fitnah dan keburukan dalam masyarakat.
Ulamak akhir zaman sudah terbalik. Mereka yang berebut-rebut "siapa dulu berhujah dan berfatwa". Ulamak akhir zaman bersaing sama sendiri untuk menunjuk-nunjuk kelebihan dan kebenaran ilmunya berbanding ulamak lain.
Sudah nampak jelas, ulamak akhir zaman sedang menuruti jejak langkah umarak akhir zaman. Teguran dan nasihat secara hemah dan hikmah yang menjadi amalan ulamak akhirat sudah bertukar kepada bentuk cercaan, hinaan dan maki hamun.
Sifat ulamak akhirat, memandang keburukan dan kelemahan diri, sebaliknya ulamak akhir zaman memandang keburukan dan kelemahan orang lain serta memandang tinggi keupayaan dan kewarakan diri.
Ilmu hikmah sudah luput dari hati ulamak akhir zaman. Sifat taqwa, tawadduk dan penyerahan bulat kepada Allah yang sepatutnya dimiliki oleh seorang ulamak akhirat, sudah digantikan dengan sifat sombong, riak dan takabbur.
Sifat ikhlas, jujur, amanah, tabligh dan fatanah yang sepatutnya dimiliki oleh seorang ulamak sebenar sudah beransur-ansur digantikan dengan sifat bohong, fitnah, dusta dan perbuatan subahat dengan kemahiran silat lidah dan dibantu oleh kelebihan ilmu sebagai alat.
Jika mahu lihat bukti, negara ini akan aman dan umat Islam akan berhenti dari sengketa sesama sendiri, bolehlah dibuat "trial run", "gencatan senjata silat lidah" para-para ulamak 1Malaysia, yang berkuat-kuasa serta merta selama 4 bulan.
Hantar para-para ulamak ini merasai "jihad fisabilillah yang sebenar" dan berhenti dari "berjihad secara virtual". Berhenti dari jihad angan-angan dan temberang yang selama ini diamalkannya. Hantar mereka ke Gaza, Afghanistan dan negara-negara Islam yang sedang bergolak.
Baru dia tahu tinggi rendahnya langit. Baru dia tahu setakat mana pegangan keimanan, kepercayaan, pengakuan dan keyakinan mereka kepada Allah yang mereka miliki sekarang. Baru mereka tahu betapa besarnya dosa "silat lidah" yang dilakukannya yang lebih banyak mendatangkan keburukan dan kemerosotan agama daripada kebaikan di negara ini.
Pergh...memang pelakon wanita ini punya kontroversinya tersendiri. Pernah dahulu beliau memohon maaf kerana beraksi ala-ala model playboy... walaupun bukan seorang Muslim, beliau ditegur kerana kurang sensitif dengan budaya masyarakat di Malaysia.
Kali ini Marsha Milan Londoh beraksi seksi lagi. Melalui lensa Buah Mulut, ketika majlis prebiu Kahwin 5, Marsha sempat berposing dengan Anzalna.
Kedua-dua pelakon ini memang seksi dengan skirt pendek mereka, dan suasana bertambah panas pada satu pose manja yang dilakukan oleh Marsha kelihatan seperti seluar dalamnya sedikit terlihat.
Kami agak pasti dengan situasi itu apabila foto asli yang kami kutip dari Facebook pagi Buah Mulut telah pun dicensored kan dibahagian itu.
GEORGE TOWN – Pengerusi DAP Karpal Singh menegur dua pemimpin parti, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima anugerah Datuk daripada pemerintah negeri, bertentangan dengan prinsip parti yang sudah lama dipegang.
Beliau berkata mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak pertengahan 1990-an, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen DAP tidak akan menerima anugerah Datuk semasa dalam tempoh jawatan mereka.
"Mulai sekarang, parti akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini," katanya, sambil menambah bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas pendengaran.
Ngeh, yang juga pengerusi DAP Perak, telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menerima gelaran Datuk pada tahun 2010. – THE STAR
ALOR SETAR – Pas Kedah menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan pelaksanaan hudud di negara ini meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kian hampir.
Lajnah Penerangan, Dakwah dan Media Baru Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas beranggapan bahawa ia tidak perlu diadakan walaupun perjuangan Pas adalah untuk menegakkan syiar Islam.
Katanya, sejak penubuhan Pas pada tahun 1951, perjuangan parti itu adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam secara menyeluruh.
"Kita mungkin akan adakan beberapa perhimpunan lain selepas ini di Kedah, tapi kita tidak mungkin adakan perhimpunan hudud.
"Kalau kita nak adakan himpunan hudud, maka kita perlu adakan juga himpunan-himpunan solat, puasa dan sebagainya.
"Bagaimanapun, himpunan hudud ini bukan tidak penting, tapi perjuangan tentang hudud telah pun kita adakan melalui ceramah-ceramah, kuliah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, walaupun Pas mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu mengenai hudud, tapi Pas tetap dengan pendirian Pas.
"Tidak semestinya kalau kita memperjuangkan hukum-hukum Islam kita kena laksana himpunan hudud.
"Kita adakan beberapa himpunan sebelum ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan isu-isu yang sedang berbangkit. Kita nak beri penjelasan yang sebenar kepada orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan sebelum ini bahawa Pas sanggup ke depan untuk memperjuangkan pelbagai isu, tetapi tidak pula berhimpun memperjuangkan isu dasar parti itu iaitu Islam termasuklah isu hudud.
Kronologi program himpunan Pas Kedah
9 Januari 2010 Himpunan sukarelawan pemuda Pas di markas Pas cawangan Pekan Kodiang, Jitra.
19 Februari 2012 Himpunan 30K Pemuda Pas di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.
12 Mei 2012 Himpunan jentera Pilihan Raya Pas Kedah di Stadium Mini Bandaran, Guar Chempedak.
1 Jun 2012 Himpunan hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
5 Disember 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Dun Kubang Rotan di dewan Sekolah Menengah (Persendirian) Keat Hwa, Alor Setar.
7 Disember 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
KUALA TERENGGANU -Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya. - Bernama
ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar 'ustaz' apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.
Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada 'ustaz' berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.
Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.
Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.
"Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.
"Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak," katanya.
Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.
"Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.
"Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya, namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.
"Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja," katanya.
Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.
"Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.
"Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.
Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan