The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:
Fatimah Bahsin, Naib Ketua Wanita PKR Pekan merangkap Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Wanita PKR Pusat memberikan ucapannya
Sdr Yassin Salleh, Pengarah Filem, dan Pemuisi Tanah Air, hadir bersama keluarganya
Dari Kg Sg Mai mereka datang menyambut Dato Seri Anwar Ibrahim, Pn Rosnita Woh, AJK Wanita PKR Kuala Krau
Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Pahang hadir bersama keluarganya
Sdr Jalil Hasan, dari NGO Orang Asal hadir memberikan ucapan
Sdr Ismail Leh, Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal PKR Pahang melahirkan dukacita masyarakat Orang Asal dipinggirkan dari pembangunan oleh BN
Sdr Hamid Tow, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang melatarkan perjuangan Orang Asal Negeri Pahang.
Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Pahang bergegas ke Paya Luas membawa sedikit durian untuk rombongan Dato Seri Anwar dan terus ke Kg Penderas dan turut berucap.
Sdr Yassin Salleh dan mendeklarasikan sebuah puisi: KAMILAH TUAN PUNYA ASAL TANAH DAN AIR INI. Sajak ini telah saya sendiri deklarasikan semasa Konvensyen PKR di Petaling Jaya tiga tahun lepas. Pada waktu itu Yassin Salleh tidak dapat hadir di Konvensyen itu.
Mr Siew, Naib Pengerusi PKR Pahang memberikan ucapan
Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Pahang
Sahabat kita ini akan hadir di mana-mana Dato Seri datang di kawasan Pahang Tengah
Anwar memilih untuk berucap didalam becak dan membezakan Anwar dari pimpinan UMNO/BN yang mahu diraikan diatas karpet merah
Orang Asal Kg Penderas dan kampong-kampong sekitarnya menumpukan perhatian kepada ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menggariskan dasar perjuangan PR untuk Orang Asal, mereka memberikan tepukan gemuruh setiap kali Anwar menggariskan satu-satu dasar untuk mereka
Inilah Himpunan Orang Asal terbesar pernah berlangsung di Kg Penderas
Kehadiran Orang Asal di Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg Penderas, Kuala Krau
Dato Seri Anwar Ibrahim cukup gembira dapat berucap di hadapan Orang Asal di Kg Penderas yang hadir didalam jumlah yang besar
Orang Asal Kg Penderas
Orang Asal Kg Penderas menumpukan perhatian kepada ucapan DSAI
Sambil berucap Anwar berkesempatan bergurau didalam ucapannya dengan hadirin Orang Asal
'Lihatlah kawasan yang becak ini menjadi pentas kepada DSAI berucap
UMNO menggunakan taktik yang berbeza untuk menggagalkan Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Penderas. Dari awal lagi Masjid dan Surau di Kg Paya Luas, kampong persinggahan Anwar sebelum ke Kg Penderas tidak dibenarkan untuk Anwar mengerjakan solat.
Kemudian ribuan poster dan edaran ditaburkan di seluruh kampong dari Terengging, ke Paya Luas, ke Penderas, Pasu, Lubok Wong hingga ke Terbol. Di perhentian-perhentian bas penuh dengan edaran lucah dan fitnah ini di samping mereka mengajak penduduk supaya memboikot lawatan Anwar.
Mereka turunkan dua terak FRU bersenjata lengkap dengan alat-alat moden mereka (mungkin termasuk gas beracun) di kawasan Sekolah Kg Penderas yang lebih kurang 100 meter dari rumah Chim bin Ni, tempat ceramah diadakan.
Dan di kawasan itu juga diadakan pertandingan karaoke bagi menghalang penduduk kampong untuk menghadiri ceramah Anwar.
Pada jam 7.00 malam penduduk Kg Pian, Lubok Wong dan Pasu menalipon saya dan Sdr Azmi Zainon, Timbalan Ketua PKR Kuala Krau, meminta diadakan kenderaan menjemput mereka kerana mereka tidak berani nak datang dengan motor, motor mereka tidak ada road tax dan bagi mereka FRU yang hadir itu akan menghalang dan menyaman mereka.
Kami tidak dapat mengadakan kenderaan dan mereka semua tidak dapat hadir.
Jam 6.00 petang, hujan turun dengan lebatnya membanjiri kawasan ceramah dan apabila hujan berhenti pada jam 7.00 malam kawasan itu berlumpur dan berbecak seperti sawah.
Kehadiran pada waktu itu hanyalah lebih kurang 60 orang sahaja. Saya dan Sdr Azmi cukup risau. Anwar dijangka sampai jam 7.30 malam dan dengan kehadiran seramai itu tentulah lawatan ini tidak berbaloi.
Didalam hati saya terus mendoakan agar penduduk Kg Penderas datang beramai-ramai dan untuk mengharapkan penduduk dari kampong-kampong Orang Asal yang lain amatlah tipis dengan kehadiran Polis yang begitu ramai. Mereka takut datang dengan motor mereka.
Bas Merdeka Rakyat sampai pada jam 7.45 malam, tetapi memandangkan kawasan yang sempit itu, bas tidak membukakan stagenya, dan hanya datang untuk menjadi tarikan kepada orang ramai.
Doa kami dimakbulkan oleh Allah swt. Menghampiri jam 8.00 malam berbondong-bondong Orang Asal Kg Penderas mendatangi tempat ceramah. 4 kanopi yang dipasang telah penuh. Dan orang ramai terpaksa berdiri di sekitar khemah dan sekeliling rumah-rumah yang ada, penuh dengan manusia; bahkan di kawasan di seberang jalan, di kawasan rumah bekas Batin Nun penuh dengan orang ramai. Orang ramai berada ditempat terang, ditempat gelap, diatas jalan raya, di seberang jalan raya, di veranda rumah-rumah berdekatan, penuh dengan manusia.
Tidak kurang 1000 orang keseluruhannya hadir. Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan yang diadakan oleh puak-puak UMNO kehadiran seramai itu adalah di luar jangkaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan