Khamis, 8 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 08 Nov 2012 01:14 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Siapa Kafir Harbi Yang Sebenarnya

Posted: 07 Nov 2012 06:59 AM PST

DAP boleh diistilahkan sebagai Kafir Harbi, sekiranya parti itu secara terbuka menentang dan menolak Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim. Mashitah ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, mana-mana pihak yang membuat tuduhan Kafir Harbi mahupun Kafir Zimmi juga boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Sivil di bawah [...]

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Nov 2012 09:23 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kem Remaja Muslim 1 ke 3 Dis 2012 Jelebu, N.Sembilan

Posted: 06 Nov 2012 11:37 PM PST


KEM REMAJA MUSLIM 2012
Tempat : Kem D'Agroloka, Jelebu, N.Sembilan
Tarikh : 1 ke 3 Dis 2012
Terbuka kepada remaja 13 ke 17 tahun
Yuran cuma RM150

PAS LENGGONG

Posted: 07 Nov 2012 07:41 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 06 Nov 2012 10:12 PM PST


Kamera AES tak bijak mana, saman salah kereta
Posted on Wednesday, November 07 @ 11:08:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Seorang pemandu telah menerima saman dengan gambar yang menunjukkan dia memandu Toyota Camry putih dengan nombor plet PKR 1811 pada kelajuan 145 km/j di lebuhraya Plus. Yang amat melucukan ialah dia tidak memiliki kenderaan tersebut dan tidak berada di tempat kejadian pada waktu tersebut. Kenderaan dia ialah Toyota Harrier berwarna hitam dengan plet nombor PKR 181.

Lebih melucukan apabila dia mengadu hal tersebut ke JPJ, tiada seorang pun pegawai JPJ yang tahu bagaimana hendak memperbetulkan kesilapan tersebut. 

Tak lah bijak mana AES ini, tak boleh beza antara kenderaan warna hitam dengan putih. Tidak boleh beza antara Harrier dan Camry. Dan tak tahu membaca pula tu, beza antara PKR 1811 dengan PKR 181.


Had laju 90 km, saman 80 km, bukti kelemahan AES
Posted on Wednesday, November 07 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"KUALA LUMPUR 6 November 2012 : Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

keadilandaily.com"
 

Posted: 06 Nov 2012 10:09 PM PST

Awasi Dengan Fitnah, Selidiki Setiap Maklumat
Posted on Monday, November 05 @ 06:33:24 MYT by tokdalang
Oleh Mohd Sayuti Omar
 Semalam saya telah menasihati seorang rakan Fb saya agar membuang maklumat berbau fitnah ke atas Nurul Izzah yang dipostingkan ke dalam wallnya, kononnya Izzah bersetuju orangMelayu bebas memilih agama yang hendak dianutinya. Saya sudah tidak percaya kalau Nurul Izzah yang didik dengan Islam sejak kecil mengubah pegangan dengan menerima kebebasan beragama seperti dimaksudkan dari posting itu.


Nurul Izzah dan suami.
Nurul Izzah masih waras rasanya. Saya sendiri tidak pernah terdengar kalau Nurul Izzah sudah gila atau pun terkerluar dari faham Islam ahli sunnah waljemaah.

Sebenarnya rakan itu bebas melakukan apa saja walaupun fitnah, itu hak dia, tetapi kerana dia rakan saya menyebabkan rakan-rakan saya yang lain juga dapat membaca atau ikut sama terpalit dengan dosa fitnah itu. Sebab itu saya meminta ia membuangnya.

Saya tidak pasti apakah rakan Fb saya itu - merupakan seorang kuat menyokong Ibrahim Ali bertindak seperti mana saya suruh. Saya akan mengambil tindakan melucutkan keahliannya (sebagai kawan saya) kalau rakan itu tidak berbuat demikian, atau didapati tuduhan ke atas Nurul Izzah itu fitnah. Tidak ada guna saya memelihara rakan yang tidak waras dan penuh dengan hasad dengki. Bagi saya, kalau berita itu benar dan tidak berunsur provokasi melampau dan fitnah boleh dibiarkan. Tetapi kalau ia sudah melampau saya tidak tergamak membiarkan fitnah tersebar dalam wall Fb.

Saya tidak suka kalau fitnah murahan dilambakkan sama ke dalam wall saya. Saya tidak mahu bersubahat. Mungkin maklumat yang diperolehi oleh rakan Fb saya itu benar seperti mana diterimanya. Tetapi sejauh mana kebenarannya dia tidak menilai, melainkan menelannya seperti belut menelan tahi adalah salah baginya.

Sepatutnya perkara-perkara melibatkan fitnah, soal agama, bangsa dan apa-apa sekali pun tidak boleh mudah diterima. Fikir dengan akal waras dan panjang terlebih dahulu. Allah memberikan kita akal fikiran untuk menilai apakah yang kita terima dan disuakan kepada kita itu benar atau tidak. Janganlah sia-siakan sesuatu anugerah yang termahal dari Allah.

Kemuliaan manusia yang digezetkan oleh Tuhan itu ialah apabila dia menggunakan akal fikiran dengan sesempurnanya. Manusia tidak boleh menganggap dirinya mulia dan merupakan makhluk teragung di sisi Allah kalau ia tidak menggunakan kemuliaan itu atau pun tahu akan kegunaan kemuliaan itu. Bahkan manusia yang sebegitu hampir sama dengan haiwan-haiwan seperti katak, ular, lipan, chimpazee dan sebagainya.

Apa pun sumber yang kita terima tidak boleh ditelan bulat-bulat. Ini termasuklah dari orang yang kita taksubi. Walaupun kita menyokong seseorang tetapi tidak bermakna apa sumber dan perkara diberikan kita terima begitu saja tanpa sensor oleh akal fikiran. Apa lagi kalau sumber itu ada masalah dengan pihak-pihak tertentu ia makin tidak boleh dipercayai.

Sebelum kita menerimanya sebagai benar dan mengambil tindakan menyebarkan, fikir dan kaji dulu, guna logik fikiran jika tidak ia menjadi fitnah kering yang merugikan semua orang.

Jangan ambil kira apakah ia baik atau tidak, setiap patah dikelaurkan dari mulutnya (orang bermasalah) hendaklah dinilai dan disemak dengan ayat-ayat al-Qur'an. Naif sangatlah kalau menerima seadanya begitu sahaja.
Begitu juga dengan apa disiarkan oleh media yang selamanya dikenali sebagai musuh dan berniat jahat kepada seseorang itu. Bukan sahaja terhadap Nurul Izzah tetapi sesiapa juga. Media yang jahat akan membawa misi dan agenda kejahatan bila-bila masa sahaja. Selamanya ia akan menyembunyikan kebenaran kerana media berkenaan sudah ditunggang oleh syaitan dikenali.

Dan pagi ini semasa saya minum pagi ada seorang pelanggan kedai itu membaca surat khabar Utusan Malaysia.  Kebetulan ia mengangkat agak tinggi helaian yang dibaca itu menyebabkan saya tersilau berita mengenai Nurul Izzah yang maksudnya sama yang disampaikan oleh rakan Fb saya itu.

Dalam hati tersebut, mungkin berita Nurul Izzah itu seperti mana yang cuba disebarluaskan oleh rakan Fb saya. Sebenatar kemudian, pembaca akhbar itu, (tentu orang Umno sebab mirip wakjah) berkata; Nurul "Izzah kata orang Melayu boleh pilih agamanya".

Begitu terdengar, hati saya berdetak dan telinga terus menjadi panas. Jerat fitnah yang dilemparkan oleh akhbar itu sudah pun mengena, bisik hati saya. Walaupun saya tidak pasti apakah yang membaca itu mempercayainya atau tidak, tetapi saya dapat mengagak bila dia membaca akhabr Utusan menunjukkan dia seorang yang menjadikan Utusansebagai hadith sahiah. Alangkan malangnya.

Saya terus menghubungi Nuruk Izzah untuk mendapat penjelasan terhadap apa yang ditulis oleh akhbar berkenaan. Izzah tidak sempat angkat kemudian saya menghantarsms berbunyi: Izzah komen sikit fitnah Utusa hari ni... uncle nak ulas dalam blog.. MSO.

Tidak sampai dua minit Nurul Izzah call dan saya meminta dia membuat komen terhadap berita berkenaan. Mungkin kerana beliau sudah berada di parlimen, menyebabkan percakapan tidak lama dan Izzah minta email saya untuk dikirimkan komentarnya. Berikut adalah kenyataan ringkas Nurul Izzah yang dirikimkan kepada saya;

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan - "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...." - daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah utk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012

Itulah kenyataan Nurul Izzah yang dihantar kepada saya. Orang yang tidak begong dan ibunya tidak mengidamkan daging babi semasa mengandungkannya, akan dapat menilai apakah apakah maksud dan mesej pengucapan dan penjelasan Nurul Izzah sebenarnya. Bahawa dia memberi pendapat itu berdasarkan kebenaran dan perintah Allah di dalam al-Qur'an bahawa tidak ada paksaan ke atas seseorang untuk beragama. Agamamu untukmu agamaku untuku. 

Namun beliau menerima dan berpegang bila seseorang itu sudah memeluk agama Islam ia hendaklah kejap dengan agamanya, istiqamah dengan segala ajarannya; iaini berpegang kepada syariat Islam, halal haram dan sebagainya. Ini bermaksud apa-apa perbuatan si pemeluk itu ke atas agamanya yang boleh mendatangkan kecemaran kepada Islam pasti akan ditentangnya. Semisalnya kalau seseorang itu murtad hendaklah ia dikenakan hukuman kerana perbuatan itu mencemarkan kesucian Islam.

Susah sangatkah untuk memahami pernyataan Nurul Izzah itu. Hanya orang yang begong berniat jahat dan ibunya semasa mengandungkan dia memakan daging babi saja akan sukar untuk memahaminya. Ia akan cenderong untuk melebarkan (elaborate)  pernyataan itu ke arah songsang dan mencemarkan agama dan juga kemurinan akidah Nuruk Izzah sendiri.

Kekesalan Nurul Izzah terhadap pemutarbelitan kenyataan itu tepatlah yang saya bayangkan. Bahawa saya percaya seratus peratus kenyataan jawaban Izzah itu diputar belitkan oleh jari jemari syaitan dikenali dengan harapan untuk memburukkan reputasi Izzah sebagai serorang Islam dan pemimpin masa depan negara.

Saya ingin persoalkan disini, ini pun kalau ianya masih relevan, dimanakah sikap tanggungjawab dan moral pegarang akhbar berkenaan. Sepatutnya apa yang berlaku kalau dia jahil dan fasik dia bertanya kepada orang yang airf dan alim mengenainya. Namun kerana niat jahat sudah tersemin dihati, segala yang betul pun diputar apa lagi hal-hal yang kabur baginya. 

Yang mendapat bahana dan kecelakaannya di dalam hal ini ialah pembaca akhbar berkenaan yang tidak pernah menggunakan akal ketiga untuk menilai setiap laporan sejauh mana kebenaran dan ketapatannya. Kalau ianya ditelan berseorangan dosa itu hanya berkembang dalam dirinya dan kalau ia turut menceritakan kepada orang lain maka dosa itu menjadi lebih panjang melingkari dirinya sampai ke pintu neraka 

Posted: 06 Nov 2012 10:06 PM PST


Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?
Posted on Tuesday, November 06 @ 06:14:36 MYT by tokdalang
Oleh Penarik Beca
Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"

Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
 


Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:

Earlier in her speech, Nurul Izzah quoted a decree made by Egypt's University Al-Azhar president Ahmad el Tayeb and said freedom of belief should be a fundamental right for all.

Izzah dilaporkan memetik fatwa Sheikhul-Azhar, Ahmad el Tayeb, yang menyatakan kebebasan dalam soal kepercayaan seharusnya menjadi hak asasi semua orang.

Saya tidak bercadang hendak membela Ahli Parlimen yang saya undi itu. Dia lagi pandai membela dirinya. Yang saya nak habaq satu ja - Izzah memetik fatwa Sheikhul-Azhar.

(Nota: Secara peribadi, saya lebih bersetuju dengan pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan dalam laporan FMT bertajuk "Aziz Bari explains 'No compulsion' verse":

Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question (لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ - Verse 256 of Surah al-Baqarah) did not mean that a Muslim could renounce his faith. "If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?" he said.)

Bagaimana pula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek? Dengan berdalihkan istilah 'hudud versi PAS', sesuka hati dan dengan bebas musuh Islam itu menghina Islam serta menyebarkan ideologi Islamofobia. Tentulah dia bebas berbuat demikian kerana Umno merestui dan berhempas-pulas mewali keramatkan syaitan itu.

Kalau Izzah merujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua merujuk fatwa siapa?

Di bawah berita Sinar Harian semalam bertajuk "Fathul Bari: 'Soi Lek persoal hudud versi Pas'", rujukan Chua itu saya tulis sebagai "Budak kurang ajar ini (dia hanya talabah bukan ulama) sudah naik tahap jahat dia punya bodoh".

Posted: 06 Nov 2012 10:06 PM PST

Adakah kekal beragama Islam adalah satu paksaan?
Posted on Tuesday, November 06 @ 05:46:59 MYT by tokdalang
Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim.
Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka.



Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka untuk mendidik anak-anak kepada Islam. Anak-anak adalah amanah yang diperlu dijaga, tidak dikhianati dan akan ditanya Allah nanti.
Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?
Bukankah Islam itu saudara akalnya yang turut membesar, matang dan baligh bersama tumbesaran fizikalnya?
Bukankah ibu bapanya yang muslim sentiasa di sisinya menjadi tiang yang gagah untuknya bergantung dan meminta pertolongan?
Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar ugamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap tuhannya, ugamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap ugama Islam dan penganutnya.
Jika dia keliru dan was-was dengan ugamanya akibat sebab-sebab peribadi dan tertentu yang boleh menyebabkannya menyimpang daripada landasan istiqamah masyarakat Islam di sekelilingnya, maka dia mestilah merujuk atau dirujuk kepada masyarakatnya itu yang diwajibkan oleh ugama untuk berperanan dan bergandingan menjaga ugama dan iman setiap individu muslim di kalangan mereka.
Islam adalah ugama hujjah akal dan diperkuatkan pula dengan petunjuk al Quran yang penuh keterangan menakjubkan yang menjadi mukjizat agung kehidupan. Maka ruang syaitan adalah tertutup rapat untuk memurtadkan individu muslim dalam sebuah masyarakat muslim.
Jika dia masih enggan tunduk kepada kebenaran dan bersedia murtad daripada ugamanya, maka dia sebenarnya adalah pemberontak terhadap Allah, al rasul, ugama dan masyarakatnya. Demi kelangsungan martabat dan kemuliaan masyarakat muslim yang menjunjung Islam sebagai nikmat tertinggi, syariat Islam akan mengancamnya dan mengenakan hukuman keras ke atas kemurtadan. Ia adalah hukuman hudud yang telah nyata daripada Allah sendiri. Hukuman ugama, bukan hanya hukuman daripada masyarakat.
Dia akan ditahan, kemudian diberi peluang masa untuk belajar, bertanya, berhujah dan berfikir bersama ulama berwibawa yang dikira mampu membuka segala kekusutan yang melanda dirinya. Ia mungkin ditahan dan diberi peluang berbulan-bulan, bahkan bertahun sehingga keputusan akhir dibuat. Jika dia sedar, maka dengan izin Allah dia akan bertaubat dan dibebaskan dengan sambutan lega masyarakat. Jika sebaliknya, maka hukum Allah adalah paling adil dan layak ke atasnya. Perbincangan lanjut boleh didapati dalam bab hukum murtad di tempatnya.
Pernyataan di atas secara jelas menunjukkan bahawa ayat 'tiada paksaan dalam berugama' adalah merujuk kepada hak non muslim untuk kekal dalam ugama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih ugama masing-masing. Tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa non muslim untuk memeluk ugama Islam.
TETAPI, jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak hak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.
Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim?
Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar ugama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain??
Adapun seorang muslim yang murtad di negara bukan Islam dan di luar masyarakat Islam, maka tiada hukuman murtad ke atasnya di dunia, tetapi dia tetap dilaknat Allah sehinggalah dia bertaubat. Dia tidak akan diburu di dunia oleh masyarakat Islam. Kekurangan bantuan sosial ke atas ugamanya menjadikan hukuman duniawi adalah tidak terpakai untuknya.
Kemudian, bagaimana seorang bukan Islam jika dia memeluk Islam? Bukankah itu melanggar hak ugama asalnya dan masyarakat non muslim? Mengapa Islam melarang di sini dan membenarkan di sana?
Carilah jawabannya. Ia pasti menyeronokkan untuk lebih berilmu. Tetapi bukan di sinilah. Saya berhenti di sini dulu. Jika diizin, saya tulis lagi.
Bersama menyintai ugama Islam. Ugama terbaik dan terpilih dari tuhan pencipta alam. Allahu akbar wa liLlahil Hamd..

Posted: 06 Nov 2012 10:03 PM PST



Dasar 'cincai' Kerajaan BN seksa pemilik kenderaan
Posted on Wednesday, November 07 @ 08:00:00 MYT by tokdalang
Oleh SAFAR JUMAAT
APA pentingnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang kini diperkenalkan Kementerian Pengangkutan? Kementerian ini sudah terpalit dengan pelbagai isu sebelum ini, termasuk PKFZ yang menyeret bekas menterinya ke mahkamah.


Kini, AES yang sudah mengeluarkan belanja yang cukup besar, ditentang rakyat terbanyak dengan menyifatkan syarikat yang diberikan projek ini, bakal mengaut keuntungan besar hasil saman.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengadakan sekatan jalan raya, masih membuat pemantauan dan menahan kenderaan yang dilihat melakukan kesalahan.
Dalam masa yang sama, AES terus dipasang dan merakamkan pelbagai kesalahan yang dilakukan pemadu – selepas setiap pemandu yang membeli kenderaan terpaksa membayar faedah bank, insuran kenderan dan insuran nyawa, cukai jalan, parkir dan kerosakan.
Setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya tertakluk kepada saman polis dan JPJ. Mungkin juga dengan PBT sekali. Kenapa begitu seksa untuk berkenderaan di Malaysia? Apa yang menjadikan Malaysia begitu "keras" menjalankan penguatkuasaan?
Apa yang boleh diperkatakan dalam isu ini, kementerian-kementerian di Malaysia banyak kali melakukan sesuatu perubahan atau pembaharuan, secara ad-hoc dan tidak dikaji secara mendalam, walaupun AES dikatakan sudah dikaji sejak 10 tahun lalu.
Sama seperti apa yang berlaku di Kementerian Pengangkutan ini, apakah rakyat masih ingat, ada arahan supaya semua kenderaan berat lori dan bas, diletakkan lampu kuning yang akan menyala apabila had laju melebihi daripada yang ditetapkan.
Ke mana perginya arahan tersebut kini? Berapa banyak kenderaan dan tuan punya kenderaan menghabiskan wang mereka untuk memasang lampu kuning di atas kenderaan berat tersebut?
Begitu juga dengan Kementerian Kewangan. Suatu ketika dahulu, note RM5 adalah note polimer. Selepas tujuh tahun penggunaannya, dengan seorang pegawai kanan Bank Negara dan seorang pengarah syarikat mencetak wang dihadapkan ke mahkamah, kini note RM1 pula diterbitkan note polimer.
Persoalannya, mengapa note RM100, RM50, RM20 tidak dicetak note polimer? Apa tujuan wang kertas ini ditukarkan kepada polimer sebenarnya?
Tentulah untuk menjadikan note itu lebih berkualiti, tahan lama dan tidak boleh dipalsukan.
Malangnya, di Malaysia, matawang yang sering dipalsukan ialah note RM50 dan RM100, tetapi mata wang ini tidak dicetak note polimer, tetapi matawang yang tidak dipalsukan pula dipolimerkan. Kenapa jadi begini?
Kementerian Pelajaran juga adalah kementerian yang pernah menghabiskan banyak wang kerana dasar ad-hoc. Contoh paling ketara, isu PPSMI dahulu. Berapa banyak komputer dibekalkan, terpaksa mencetak buku teks berlainan dan guru-guru dihantar kursus – tetapi akhirnya, ia dibatalkan.
Ramai yang kagum dengan ketegasan empat buah negeri di bawah Pakatan Rakyat, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang mahu menangguhkan dahulu penguatkuasaan AES ini.
Apakah ada negeri-negeri di bawah BN berani mencontohi keberanian negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya menangguh dahulu penguatkuasaan penggunaan kamera ini?
Jika rakyat tidak bersatu dalam menentang langkah Kementerian Pengangkutan ini, nescaya selepas ini, mungkin ada lagi kamera lain yang mahu dipasang atau, ada alat-alat lain yang diwajibkan pengguna membayarnya.
Dasar ini adalah dasar "mesra tauke" dan kementerian akan sentiasa memikirkan untuk mengkayakan tauke dan "mencekik" rakyat.
Jadi, peti undi dalam PRU-13 boleh membantu rakyat bagi memberhentikan pemasangan kamera AES ini. Rakyat kena menyatakan bantahan secara terus-terang dengan memberikan undi kepada pihak yang tentunya mampu menangguhkan dan seterusnya memberhentikan kerja-kerja "merompak" wang dan pendapatan rakyat ini.
Mereka membandingkan pemasangan kamera seperti ini di negara-negara maju, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak langsung bercakap mengenai langkah-langkah mengurangkan kes kecurian motosikal, kereta dan jenayah yang berkaitan dengan kenderaan.
Sebenarnya, setiap menteri baru di satu-satu kementerian, akan berusaha membuat sesuatu yang baru, sebagai "ikon" yang ditinggalkan mereka kelak. Mereka akan merubah warna cat bas sekolah, warna cat teksi dan sebagainya.
Mereka akan mengeluarkan arahan tertentu dengan "tempoh yang singkat" supaya ada kedai-kedai alat ganti akan mengaut keuntungan lumayan.
Hidup rakyat kini semakin terhimpit. Pelbagai bayaran perlu dijelaskan, tidak termasuk saman dan kos kesihatan yang meningkat. Penggunaan kereta sekarang bukan sesuatu lambang kemewahan, sebaliknya ia suatu keperluan.
Tetapi dengan bayaran lesen memandu, cukai dan insuran yang mahal, bayaran parkir yang "banyak ditawan pihak swasta" dengan harga tinggi, kerosakan dan kini saman – dari tiga pihak PBT, JPJ dan polis, menunjukkan "moto rakyat didahulukan" sebenarnya retorik!
Ini belum ditambah dengan kos minyak, minyak hitam, tayar, minyak brek, minyak gear dan minyak kuasa stereng, apakah rakyat tidak berhak untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap kamera AES ini?
Berapa banyak lagi keraajan mahu ambil dari rakyat, apabila rakyat memberi kuasa kepada mereka?
Catatan, Menarik mohon keizinan.

Posted: 06 Nov 2012 10:00 PM PST


Jangan tuduh sebelum rujuk kenyataan asal

Hazayani Zakaria,07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Semua pihak harus merujuk kenyataan asal seseorang itu sebelum membuat sebarang tuduhan khususnya isu melibatkan agama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam  forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau berkata, kedua-duanya terus membuat andaian bahawa Izzah bersetuju dengan tindakan orang Melayu memlih agama yang disukai.

"Dalam dewan ini, kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak dirujuk kepada apa yang sebenarnya disebutkan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai dalam forum yang dihadirinya walaupun beliau telah membuat penjelasan bahawa kenyataannya disalah erti.

"Saya meminta timbalan menteri sebelum membuat apa-apa tuduhan ke atas Yang Berhormat Lembah Pantai, merujuk dahulu secara tepat kenyataan yang dibuat oleh Lembah Pantai," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Aziz juga dalam soalan tambahannya mendakwa Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam berhak keluar Islam dan memilih agama yang diminati.

Istilah Kafir Harbi

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoal sikap berdiam diri kerajaan dalam isu guru pondok,
Abdullah Sa'amah yang mengeluarkan kenyataan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang dikatakan secara terang-terangan menentang hukum Islam.

Namun Abdullah berkata, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

"Kenapakah kerajaan ada double standard dalam tindakan yg diambil. Jika melibatkan Pakatan Rakyat cepat ambil tindakan.
Kalau melibatkan Umno, diam sahaja.

"Adakah benar DAP kafir harbi dan apakah tindakan yang diambil terhadap ustaz tersebut dan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan itu? soalnya.

Tanpa memfokuskan mengenai kenyataan Abdullah itu, Mashitah dalam jawapannya berkata, mana-mana orang bukan ISlam boleh disifatkan sebagai kafir harbi jika secara terang-terangan menentang Islam.

"Iistilahnya senang sahaja. Sekiranya bukan Islam itu menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti mengecop bahawa syariah Islam ektsremisme dengan terang-terang menyebut tidak mahu Islam. 'Tak kiralah nak langkah mayat atau tidakkah'.

"Ataupun merasakan, mempertahankan maruah Islam itu sesuatu yang membazir dan buang masa. Maka jelas ianya sesuatu yang menentang kepada Islam.

"Tetapi mereka bukan Islam boleh patuh pada Perdana Menteri beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan diboleh dikategorikan kafir zimmi yang boleh dijadikan sahabat," katanya.

Amran dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah "kafir Harbi" tindakan undang-undang yang akan diambil bagi mengelak agar ia terus berulang.

Posted: 06 Nov 2012 09:59 PM PST



MIC kantoi, minit sahkan mereka sokong bina kondo

Harakahdaily,07 Nov 2012

(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

Posted: 06 Nov 2012 09:58 PM PST


AL HUJURAT :- AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.  utusan itu fasik


Maklumat lengkap sebelum ulas isu Nurul - TG Hadi

Harakahdaily,07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mendapatkan maklumat terperinci dari Nurul Izzah Anwar sebelum memberikan sebarang ulasan berkaitan dengan isu kebebasan agama.

"Kita tidak mendapat gambaran yang sebenar, saya tidak boleh membuat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana ia tidak lengkap," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang (gambar).

Beliau berkata demikian ketika ditanya media dalam sidang akhbarnya semalam.

Timbalan beliau, Haji Mohamad Sabu pula berkata, "kita kena cek dahulu perkara ini kerana ianya datang dari Utusan. Utusan selalu kalah (dalam kes mahkamah)."

TG Abdul Hadi juga berkata, isu ini bukan isu utama untuk diberikan perhatian oleh PAS kerana banyak lagi isu-isu dalam menghadapi pilihan raya sekarang ini.

"Memang pada musim pilihan raya ini dicari isu-isu apa sahaja untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu dalam kerja pilihan raya," katanya.

Beliau juga berkata, dalam Islam, perlukan sesuatu bukti itu 100 peratus jelas.

"Jika 99 peratus sahaja ada tetapi 1 peratus tidak jelas, kita tidak boleh hukum orang," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menafikan sama sekali laporan yang dibuat oleh Utusan itu. Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Sewaktu sesi soal jawab forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", salah satu soalan ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," terang Nurul Izzah.


Kenyataan umum


Dalam pada itu, kenyataan Naib Presiden PKR itu yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.

Posted: 06 Nov 2012 09:55 PM PST


Nik Abduh: Utusan bohong lagi

Harakahdaily,07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.

Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.

"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.

"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.

"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.

Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

Posted: 06 Nov 2012 09:54 PM PST


Cubaan Utusan label DAP 'kafir harbi' gagal

Harakahdaily07 Nov 2012
KUALA LUMPUR:Maksud tersirat Utusan untuk menyarankan keganasan terhadap pemimpin-pemimpin DAP, walaupun DAP tidak pernah membunuh atau mencederakan walaupun seorang Islam atau Melayu.

Posted: 06 Nov 2012 09:53 PM PST


Serang Nurul golongan desperado, kata Mujahid

Harakahdaily07 Nov 2012
KUALA LUMPUR:Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan golongan tertentu yang desperado.

Posted: 06 Nov 2012 09:53 PM PST


Tindakan undang-undang kepada Utusan, BH – Nurul

Harakahdaily06 Nov 2012
KUALA LUMPUR:Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian  kemungkinan termasuk blog-blog berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah.

Posted: 06 Nov 2012 09:52 PM PST


Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz

Harakahdaily06 Nov 2012
KOTA BHARU:Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Posted: 06 Nov 2012 09:24 PM PST

Sejarah

Posted: 06 Nov 2012 09:22 PM PST



Gambar - gambar yang tidak disukai dan amat disukai yahudi.

Posted: 06 Nov 2012 09:17 PM PST

Di Lawin selatan

Posted: 06 Nov 2012 09:15 PM PST

Mari berkenalan dengan anak menteri.. sesapa yang nak buat menantu.. hubungi menteri KDN kita di Kementerian dalam negari..

Jom jengah gambar2 kehidupan islamik gaya umno di sini

 : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/11/kenali-anak-pemimpin-umno-menteri-kdn.html

Posted: 06 Nov 2012 09:02 PM PST

Jiwa mulia seorang Sultan.

Posted: 06 Nov 2012 08:33 PM PST

Mahathir kata umno bn tu syaitan





Posted: 06 Nov 2012 08:25 PM PST

Di Felda Lawin Selatan,

Kenali betul-betul

Posted: 06 Nov 2012 08:18 PM PST

Siapa punya AES?

Posted: 06 Nov 2012 08:13 PM PST

DUN CHINI

Posted: 07 Nov 2012 07:37 PM PST

DUN CHINI


CERAMAH PKR DI FELDA CHINI 4

Posted: 06 Nov 2012 09:15 PM PST

Buat pertama kalinya PKR membuat ceramah di Felda Chini malam tadi..Ceramah di buat di rumah saudara Din Loya ... Saya melihat ia satu perkembangan yang baik kerana kehadiran ramai dari orang tempatan walau pun segan-segan dan berselindung di tempat gelap.. di samping PA system yang jelas boleh di dengar lebih 300 mtr
Barisan penceramah terdiri dari
Man Kadir ceramah yang berseloroh tetapi dengan fakta,
Hj.Suhaimi Said yang banyak mengupas isu-isu felda
Dan Geng Jingga 13 yang banyak mengupas isu-isu terkini beserta dengan paparan dari projekter...sehingga orang-orang yang duduk dalam gelap semua keluar untuk melihat apa yang di tayangkan di skrin...
Apa pun tahniah pada PKR Pekan ia telah berjaya dan telah memecahkan mitos untuk Chini 4.















PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Nov 2012 07:33 PM PST

PAS Kawasan Miri


Presiden PAS Boleh Bertanding Di Sarawak

Posted: 07 Nov 2012 01:16 AM PST

PAS Sarawak cadang Presiden tanding di Miri

Harakahdaily, 07 Nov 2012


MIRI: PAS Sarawak menyambut baik kesediaan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di mana-mana yang parti fikirkan wajar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, kesediaan itu wajar diberi perhatian oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya.

"Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media semalam bahawa beliau sedia diletakkan bertanding di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan kesediaan untuk bertanding di Pekan, Pahang iaitu tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Jofri yang juga Yang DiPertua PAS Miri berkata, kesediaan Tuan Guru Presiden itu mempamerkan keberanian seorang pemimpin menghadapi risiko walaupun semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.

"Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan.

"Tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara," katanya.



Kenyataan PAS Sarawak
Presiden PAS Boleh Bertanding Di Sarawak

Hasrat Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan, Pahang dan beliau juga sanggup bertanding di Sabah dan juga Sarawak sekiranya diarah oleh parti perlu diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat.

Kita menyambut baik hasrat beliau untuk bertanding dimana saja walaupun ada yang sinis dengan hasrat beliau.

Tentulah sukar untuk beliau menang di tempat lawan lebih-lebih lagi di kawasan presiden Umno bertapak.

Walaubagaimana pun tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara.

Kalau Allah kehendaki sesuatu tiada yang mustahil cuma kita perlu berusaha keras, berdoa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
           
Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya. Inilah contoh seorang pemimpin yang berani menghadapi risiko tanpa mengira tempat untuk bertanding, walaupun kita semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.

Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan. Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam.

Kita yakin pihak Pakatan boleh memberi laluan untuk Presiden PAS bertanding di Miri untuk membuktikan bahawa PAS untuk semua menjadi kenyataan. Kalau perkara ini berlaku inilah pertama kali buat PAS dan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.

Perkara ini hanya boleh menjadi kenyataan kiranya semua pihak menyambutnya dengan hati terbuka tanpa ada perasaan prejudis. Kita perlu berfikir diluar kotak dan jangan terlalu sempit dengan semangat perkauman, sehingga hasrat rakyat ingin melihat perubahan hancur akibat terlalu mementingkan diri sendiri.

Perkara ini boleh dibincang secara serius dengan kata sepakat dari semua pihak agar tidak berlaku perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Kata sepakat membawa berkat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

PAS President Can Compete In Sarawak

The intention of the PAS president Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang to compete in Pekan, Pahang and he also willing to compete in Sabah and Sarawak if instructed by the party should be given attention by the Pakatan Rakyat.

We welcome his desire to compete anywhere though some cynics with his aim.

It will be difficult for him to win on their travels, especially in the area of Umno president foothold.

However, nothing is impossible for him to win or defeating the opponent, if the people in the place can accept him as a replacement the main leaders of the country.

If God wills something, nothing is impossible but we need to work hard, pray and trust to God.

We were impressed with his desire to compete in Sarawak, if the party who instructed him to do so. This is an example of a leader who dared to take a risk regardless of the place to stand, even though we all knew the area which he wanted to compete is the place which is difficult for Pakatan to wins.

He did not just pick a safe place as usual BN leaders do. If he is given a chance to compete in Sarawak, we suggest he competed in Miri parliamentary because Miri is the area of the Chinese and non-Muslim majority.

We are confident that the alliance could pave the way for PAS President contested in Miri to prove that PAS for all become a reality. If this happens this is the first time for the PAS and Pakatan Rakyat coalition proves that the struggle for the people and not for personal gain.

This matter can only become a reality if all parties welcomed him with open heart without any prejudices.

We need to think outside the box and do not be too narrow by racism, until the will of the people want to see changes destroyed by too selfish.

These matters can be discussed seriously with the consensus of all parties so as to avoid dissatisfaction and so on. Consensus was a blessing.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

Kubah Masjid At-Taqwa Miri Perlu Ditukar Baru

Posted: 07 Nov 2012 01:12 AM PST

Kebocoran Masjid At-Taqwa Miri Perlu Dibaik Pulih Sepenuhnya
MIRI- Masjid At-Taqwa baru saja dibaik pulih dalam beberapa bulan yang lalu, dimana lantainya sudah diletak jubin dan nampak cantik, tapi sayangnya kebocoran kubah dan siling masih lagi berlaku.

Apabila musim hujan lebat kebocoran sudah pasti berlaku, dimana pihak pengurusan masjid terpaksa meletakkan baldi untuk menadah air menitis dari atas siling atau bumbung masjid tersebut

Kemungkinan besar ianya berpunca dari kubah masjid yang sudah lama dan tidak diperbaiki sepenuhnya, dimana air terkandung diatas bumbung disekeliling kubah tersebut bocor apabila dipenuhi oleh air hujan.

Kita ada menerima aduan orang ramai yang mengatakan bahawa peruntukan untuk membaik–pulih masjid At-Taqwa sudah habis digunakan tetapi masalah kebocoran bumbung masih belum dapat diatasi sehingga kini sedangkan projek baik pulih telah pun tamat tempoh beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui pernah melawat masjid At-Taqwa Miri yang sedang dalam proses membaik-pulih dan beliau juga berjanji akan memberi peruntukan tambahan untuk mengatasi masalah kebocoran bumbung masjid tersebut tetapi masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan.

Peruntukan sudah digunakan beratus-ratus ribu ringgit bahkan boleh mencecah jutaan ringgit hanya untuk membaik pulih masjid tetapi kebocoran kubah masjid masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Ini hanya akan membazirkan wang orang ramai kalau ianya tidak dapat diatasi sepenuhnya.

Kita menyarankan kepada pihak berkuasa agar menganti kubah dan bumbung masjid tersebut dengan yang baru. Ianya perlu dibaik pulih sepenuhnya bukan setakat menampal yang mudah rosak dan akhirnya melibatkan kos yang tinggi untuk membaiki semula.

Perkara ini perlu diatasi dengan segera kerana masjid At-Taqwa adalah masjid utama bandaraya Miri dimana pelancong atau umat Islam datang ke situ menunaikan solat.

Kita berharap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan dengan mengatasi perkara tersebut dengan segera untuk kebaikan umat Islam yang mengerjakan solat didalamnya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Miri At-Taqwa Mosque leak should be a complete overhaul
MIRI - At-Taqwa mosque recently has been restored in the past few months, which is placed tile floor and looks pretty, but unfortunately the dome and ceiling leaks still occur.

When the downpour season the leakage would have been happened, which the mosque management had to put a bucket to collect water dripping from the ceiling or roof of the mosque.

Most likely it is due to an old mosque dome and not fully repaired, which contained water on the roof around the dome is leaking when filled by rainwater.

We have received complaints from the public who said that the allocation to renovate At-Taqwa mosque had been used but the roof leakage problem unresolved until now while refurbishment project has already been expired a few months ago.

Previously Minister of Energy, Green Technology and Water, Datuk Peter Chin Fah Kui had visited a At-Taqwa mosque Miri, which in the process of upgrading and he also promised to provide additional provisions to overcome the mosque roof leaks but the problem has yet to be resolved.

Provisions already used hundreds of thousands of ringgit even can reach millions of ringgit just to repair the mosque, but the mosque dome leakage has yet to be fully resolved. This will only be a waste of public money if it cannot be fully resolved.

We suggest to the authorities to replace the dome and the roof of the mosque with a new one. It should be a complete overhaul not just patching, which is easily damaged and eventually involve high costs for repairing again.

This matter must be resolved immediately because the At-Taqwa mosque is the main mosque of the Miri city where tourists or Muslims come to perform the prayers there.

We hope this gets due attention from the government to solve the problem as soon as possible for the benefit of the Muslims performing their prayers in it.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 07 Nov 2012 01:47 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


MUHASABAH DIRI DENGAN TARBIYAH

Posted: 06 Nov 2012 07:12 PM PST


  • TARBIYAH bukanlah segala-galanya, tetapi segala-salanya dapat diraih dengan TARBIYAH.
  • Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandai kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
  • Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman.
  • Jauhi sifat amarah, kerana amarah itu merosakkan iman, sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis.
  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara'. Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
  • Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di akhirat. 
  • Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan  hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila dirimu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisi mu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan keliru, Allah ada jawapannya.
  • Orang-orang yang berilmu berada di dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada di dalam kebinasaan, kecuali golongan yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi Allah.
  • Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.
  • Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah beri untuk menguji apakah kita boleh bersyukur kepada Nya. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 07 Nov 2012 01:33 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Tiada fatwa kafir harbi atau kafir zimmi

Posted: 07 Nov 2012 06:51 AM PST


Fatwa dan pandangan hukum di negara ini hanya boleh dikeluarkan oleh badan berautoriti iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau memberitahu kerajaan sentiasa memantau dan mengambil berat terhadap isu-isu agama yang berbangkit di kalangan masyarakat.

Katanya, walaupun kerajaan meyakini akan prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan namun perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam.
"Tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini," katanya.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Dalam pada itu Ogos lalu, seorang guru pondok yang merupakan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah telah menimbulkan kontroversi dengan satu dakwaan bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.

Kenyataan Abdullah yang dipetik Utusan Malaysia mengatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah itu tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun pelbagai pihak mengecam kenyataan tersebut.

Jamil Khir menambah, sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatan Fatwa Negeri-Negeri atau Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Beliau juga menegaskan setiap pendapat atau pandangan hukum oleh mana-mana individu atau institusi selain daripada dua entiti tersebut tidak boleh dianggap sebagai fatwa.

Jamil Khir bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada sudah ada tindakan diambil atau tidak terhadap individu yang mengeluarkan hukum orang bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi.

Apa usaha Jakim beri kefahaman berkenaan hudud

Posted: 07 Nov 2012 06:50 AM PST


Perdana Menteri diminta menyatakan apakah usaha Jakim melalui agensi-agensi berkaitan seperti Yadim, Majlis Fatwa Kebangsaan, TV AL-Hijrah dan Radio Ikim dalam memahamkan berkenaan perundangan Islam, Hudud, Qisas dan Takzir.


Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Dr. Mohd Hatta Md Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa Pentaksiran Berdasarkan Sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah Kerajaan, sedangkan banyak sistem operasi on-line tidak berkesan dan "lambat". Mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah?

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kejadian letupan loji di Kompleks PETRONAS Kerteh semenjak ia beroperasi serta nyatakan punca dan akibat kejadian dan langkah-langkah mengatasinya.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan berhubung peratus saham FGV yang dilanggan oleh individu, syarikat, peneroka dan apakah nama dan peratus syarikat yang melanggan saham terbabit termasuk di dalam dan luar negara.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan industri getah negara banyak melibatkan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar berbanding dengan Industri sawit yang melibatkan ladang-ladang besar dan GLC yang kaya raya. Apakah langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk menstabil harga getah dalam memastikan pekebun kecil tidak terus tertindas dan terus berada dalam kemiskinan kekal.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan anggaran kos tambahan yang diperlukan oleh Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah kali terakhir kakitangan MAS menerima bonus dan adakah penyelarasan semula gaji mereka akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan "roadmap" Kualiti Petrol (Fuel Quality) untuk kenderaan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan petrol dan diesel untuk pengguna.

RM207b: PAS bantu waris buruh paksa tuntut pampasan

Posted: 07 Nov 2012 06:49 AM PST

PAS menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menjejaki waris bekas buruh binaan landasan keretapi Siam ke Burma bagi menuntut pampasan RM207 bilion dari kerajaan.

Sekretariat yang baru ditubuhkan itu bukan sahaja bertujuan untuk menjejak mereka yang terlibat tetapi juga akan membantu mereka mendapatkan tuntutan yang dianggarkan bernilai antara RM2.8 juta hingga RM3 juta setiap keluarga.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin berkata, setakat ini Sekretariat Jejak telah berjaya mengumpul 123 waris keluarga mangsa di Perak dan 347 waris di Pahang.

"Waris yang kita jejaki ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma.

"Kita akan melebarkan sayap Sekretariat Jejak ke setiap negeri bagi mendapatkan maklumat dan menjadikan pengantara kepada waris untuk membuat tuntutan," jelasnya pada sidang media di parlimen.

Sementara itu Nizar turut mendesak kerajaan memberi penjelasan di mana wang berjumlah RM207 bilion hasil tuntutan 30,000 mangsa landasan maut itu.

"Kita mahu penjelasan dari Kementerian Kewangan berhubung isu ini, yang bagi saya sehingga sekarang tidak ada penjelasan langsung walaupun ada maklumat mengatakan ia telah dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.

"Menurut laporan sebuah laman web pihak berkuasa di sana pembayaran telah dibuat kepada Malaysia oleh Kerajaan Jepun sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, tapi sehingga kita tiada penjelasan diberikan oleh Kerajaan Malaysia," sambungnya lagi.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Turut serta pada sidang media sebentar tadi, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss serta anggota jawatankuasa Sekretariat Jejak Negeri Perak.

Sekretariat Jejak boleh dihubungi ditalian 019-2316539 dan 013-3266194.

Dupahang's Weblog

Posted: 07 Nov 2012 12:02 PM PST

Dupahang's Weblog


Hasil Tarbiyyah Sempoi, Abdullah Sa’amah dan Fathul Bari.

Posted: 06 Nov 2012 04:28 PM PST

PM Najib dan Menteri-menteri Yang Sempoi

Rakyat Daif ‘Tiada Bekalan Air Dan Letrik’ Di Pekan – Mana Janji BN

Posted: 06 Nov 2012 04:22 PM PST

Orang ramai terkejut dengan pendedahan panas oleh akhbar Sinar Harian (Pahang) pada Sabtu 3 November lalu berkaitan kedaifan hidup rakyat Pekan yang terletak dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Artikel yang bertajuk “Rumah Daif Tempat Berlindung”, sekeluarga cekal jalani hidup tanpa bekalan air, elektrik dan kediaman usang. Kemiskinan yang berlaku ini [...]

Ulamak Umno Cuba Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Chua Soi Lek ?

Posted: 06 Nov 2012 04:14 PM PST

Oleh : Ustaz Azhar Yahya Timbalan Ketua Ulamak Pelapis  PAS Pusat Ulamak Pelapis PAS (Pusat) merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan saudara Fathul Bari yang seakan-akan ingin meredakan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan hukum Hudud. Merujuk kepada akhbar Sinar Harian [...]

Chua Soi Lek Sombong Untuk Terima Kebenaran Hudud

Posted: 06 Nov 2012 04:11 PM PST

Oleh : Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh                                                                                              (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat) Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam [...]

Gambar-gambar kecoh Kembara Oren di Felda Lawin Selatan, Gerik

Posted: 06 Nov 2012 04:08 PM PST

Blog Ajijoi Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara. Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila [...]

Utusan Yang Mengampangkan ?

Posted: 06 Nov 2012 04:05 PM PST

Oleh : Chegu Zul. Utusan Penyebar Fikiran Rakyat perlu ditukar kepada Utusan Peracun Tegar fikiran Rakyat. Pengamal media utusan tersenyum bangga kerana berjaya cetuskan kegusaran, kebimbangan ,kegelisahan dan akhirnya kemarahan rakyat terhadap isu agama Islam yang dibebaskan dalam pengamalan rakyat negara ini. Benteng ummah dan kesayangan aqidah umat Islam yang dipasak sejak zaman berzaman. Diperjuangkan [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 07 Nov 2012 11:29 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


X-Presi Anak Muda

Posted: 07 Nov 2012 12:54 AM PST

“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan

Posted: 07 Nov 2012 12:51 AM PST

KOTA BHARU: "Kapal" yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka.

Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R.

Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan.

Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan.

"Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa.

"Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang.

"Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti," ujarnya.

Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain.

Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang.

Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.

Maklumat lengkap sebelum ulas isu Nurul - TG Hadi

Posted: 07 Nov 2012 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR: PAS akan mendapatkan maklumat terperinci dari Nurul Izzah Anwar sebelum memberikan sebarang ulasan berkaitan dengan isu kebebasan agama.

"Kita tidak mendapat gambaran yang sebenar, saya tidak boleh membuat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana ia tidak lengkap," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang (gambar).

Beliau berkata demikian ketika ditanya media dalam sidang akhbarnya semalam.

Timbalan beliau, Haji Mohamad Sabu pula berkata, "kita kena cek dahulu perkara ini kerana ianya datang dari Utusan. Utusan selalu kalah (dalam kes mahkamah)."

TG Abdul Hadi juga berkata, isu ini bukan isu utama untuk diberikan perhatian oleh PAS kerana banyak lagi isu-isu dalam menghadapi pilihan raya sekarang ini.

"Memang pada musim pilihan raya ini dicari isu-isu apa sahaja untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu dalam kerja pilihan raya," katanya.

Beliau juga berkata, dalam Islam, perlukan sesuatu bukti itu 100 peratus jelas.

"Jika 99 peratus sahaja ada tetapi 1 peratus tidak jelas, kita tidak boleh hukum orang," katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menafikan sama sekali laporan yang dibuat oleh Utusan itu. Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Sewaktu sesi soal jawab forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", salah satu soalan ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," terang Nurul Izzah.


Kenyataan umum


Dalam pada itu, kenyataan Naib Presiden PKR itu yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.

MIC kantoi, minit sahkan mereka sokong bina kondo

Posted: 07 Nov 2012 12:50 AM PST



(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)

PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

Nik Abduh: Utusan bohong lagi

Posted: 07 Nov 2012 12:50 AM PST


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.

Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.

"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.

"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.

Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.

"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.

Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 07 Nov 2012 09:06 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan umum keputusan peperiksaan PSRA 2012

Posted: 07 Nov 2012 07:09 AM PST

 SHAH ALAM
6/12/12

Jabatan Agama Islam Selangor mewujudkan satu jenis peperiksaan bagi pelajar tahun 6 yang telah mengambil kelas al Quran dan Fardhu 'Ain yang digelarkan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA).

Untuk tahun 2012, Bahagian Pendidikan JAIS telah membuat beberapa perubahan dalam sukatan pelajaran dan juga penilaian. Maka kalau selama ini ada di kalangan guru yang berniat 'baik' cuba memberi tip kepada murid mereka supaya mendapat keputusan 'cemerlang'
 bila menduduki PSRA. Walaupun ini sepatut tidak berlaku ia itu pelajar tidak perlu memahami konsep sangat. Mereka biasanya diukur daripada kemampuan menghafal dan mengeluarkan apa yang mereka hafal itu dalam kertas jawapan. Ini akan memberi markah yang tinggi. Ini seterusnya melonjakkan pencapaian sekolah dan mendapat sanjungan yang mengukuhkan lagi perbuatan baca hafal tulis.

Malangnya pelajar sebegini tidak dibina benteng yang kukuh kerana gagal disebatikan konsep asas kefahaman Islam yang sebenar. Timbullah Islam bersifat ritual yang dipraktikkan ketika menghadapi masalah atau malapetaka seperti membaca Yasin ketika sakit atau mati.
Selain daripada itu sukar untuk 'menikmati' keindahan Islam itu sendiri. Inilah intisari yang diucap oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor sebelum mengumumkan keputusan PSRA. Beliau menekankan peri penting menanam benih tauhid yang tulen dan pastikan ia tumbuh subur. KPI pengajaran dan pembelajaran Islam kata YB Dr Hjh Halimah Ali ialah setelah selesai silibus pembelajaran itu si pelajar kenal Allah, Rasul, erti nilai hidup di dunia dan akhirat. Mereka akan tahu formula sukses yang sebenar.
 Pelajar lelaki terbaik adalah daripada SRAI Bandar Baru Bangi.Wan Imran Wan Yusni akan membuat ADUN Bangi teruja.
Pelajar lelaki terbaik pula daripada daerah Klang, Wan Nadia memperolehi markah yang sama dengan Wan Imran iaitu 98.8%

Selaku EXCO Pendidikan Selangor, YB Dr Halimah mengharapkan JAIS memikirkan kurikulum yang bersifat pelajar centric dan mampu memhamkan setiap pelajar dengan ilmu aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar sehingga mereka mampu menjadi 'walking Islam'.


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 Nov 2012 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kem Remaja Muslim 1 ke 3 Dis 2012 Jelebu, N.Sembilan

Posted: 06 Nov 2012 11:36 PM PST



KEM REMAJA MUSLIM 2012
Tempat : Kem D'Agroloka, Jelebu, N.Sembilan
Tarikh : 1 ke 3 Dis 2012
Terbuka kepada remaja 13 ke 17 tahun
Yuran cuma RM150

Kamera AES tak bijak mana, saman salah kereta

Posted: 06 Nov 2012 05:52 PM PST



Seorang pemandu telah menerima saman dengan gambar yang menunjukkan dia memandu Toyota Camry putih dengan nombor plet PKR 1811 pada kelajuan 145 km/j di lebuhraya Plus. Yang amat melucukan ialah dia tidak memiliki kenderaan tersebut dan tidak berada di tempat kejadian pada waktu tersebut. Kenderaan dia ialah Toyota Harrier berwarna hitam dengan plet nombor PKR 181.

Lebih melucukan apabila dia mengadu hal tersebut ke JPJ, tiada seorang pun pegawai JPJ yang tahu bagaimana hendak memperbetulkan kesilapan tersebut.

Tak lah bijak mana AES ini, tak boleh beza antara kenderaan warna hitam dengan putih. Tidak boleh beza antara Harrier dan Camry. Dan tak tahu membaca pula tu, beza antara PKR 1811 dengan PKR 181.

***********
AES gaffe – speedster caught, only it's the wrong car!
6 November 2012

The camera never lies, so it goes, and it didn't, in this case. Only thing is, they got the wrong car. Eh, what?

According to news reports, an AES (Automated Enforcement System) camera recently caught a speedster doing the dirty in Perak, and duly slapped him with a ticket for speeding.

Alan Leong, a manager with an electronics company, received the summons on October 18, which stated that his vehicle was captured going at 145 km/h at Km 204.6 of the North-South Expressway at 12.34 pm on October 10.

The ticket indicated that Leong, who drives a black Toyota Harrier with plate number PKR 181, has to pay the compound fine of RM300 by December 11, failing which he'd have to appear at the magistrate's court in Taiping on January 7 next year.

All good and fine (no pun intended), except that the vehicle caught speeding as in the ticket was a white Toyota Camry, with the number plate PKR 1811.

Leong took the matter to the local JPJ office in Penang, bringing along his vehicle and pointing out the glaring error in the AES summons to JPJ officers. Apparently, none of the officers knew how to deal with the matter – they gave him the address of the RTD director-general in Putrajaya and told him to write in to explain his case, the reports go.

A rather riled Leong told a press conference in Bukit Mertajam on Sunday that apart from writing to the RTD chief, he has also lodged a police report. At the event, Padang Lalang assemblyman Tan Cheong Heng said that it the clear case of human error was committed by the AES control centre in Perak.

Tan said the centre, which obtained Leong's particulars from the RTD's database, should have checked and compared the colour and make of the vehicle before sending out the summons notice. After all, doing so would have ensured that it was all black and white with this 'one' (again, no pun intended!).

- Paultan.org

PAS Kulaijaya

Posted: 07 Nov 2012 07:42 AM PST

PAS Kulaijaya


Cerita Dato Tamrin semasa konvensyen PAS Johor.

Posted: 06 Nov 2012 06:52 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 07 Nov 2012 07:16 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan