Rabu, 7 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Nov 2012 01:17 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Jangan tuduh sebelum rujuk kenyataan asal

Posted: 07 Nov 2012 12:00 AM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Hazayani Zakaria, KUALA LUMPUR: Semua pihak harus merujuk kenyataan asal seseorang itu sebelum membuat sebarang tuduhan khususnya isu melibatkan agama. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu. Sebaliknya beliau berkata, kedua-duanya terus membuat andaian bahawa Izzah bersetuju dengan tindakan orang Melayu memlih agama yang disukai. "Dalam dewan ini, kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak dirujuk kepada apa yang sebenarnya disebutkan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai dalam forum yang dihadirinya walaupun beliau telah membuat penjelasan bahawa kenyataannya disalah erti. "Saya meminta timbalan menteri sebelum membuat apa-apa tuduhan ke atas Yang Berhormat Lembah Pantai, merujuk dahulu secara tepat kenyataan yang dibuat oleh Lembah Pantai," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Sebelum itu, Mohamad Aziz juga dalam soalan tambahannya mendakwa Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam berhak keluar Islam dan memilih agama yang diminati. Istilah Kafir Harbi Terdahulu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoal sikap berdiam diri kerajaan dalam isu guru pondok, Abdullah Sa'amah yang mengeluarkan kenyataan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang dikatakan secara terang-terangan menentang hukum Islam. Namun Abdullah berkata, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya". "Kenapakah kerajaan ada double standard dalam tindakan yg diambil. Jika melibatkan Pakatan Rakyat cepat ambil tindakan. Kalau melibatkan Umno, diam sahaja. "Adakah benar DAP kafir harbi dan apakah tindakan yang diambil terhadap ustaz tersebut dan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan itu? soalnya. Tanpa memfokuskan mengenai kenyataan Abdullah itu, Mashitah dalam jawapannya berkata, mana-mana orang bukan ISlam boleh disifatkan sebagai kafir harbi jika secara terang-terangan menentang Islam. "Iistilahnya senang sahaja. Sekiranya bukan Islam itu menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti mengecop bahawa syariah Islam ektsremisme dengan terang-terang menyebut tidak mahu Islam. 'Tak kiralah nak langkah mayat atau tidakkah'. "Ataupun merasakan, mempertahankan maruah Islam itu sesuatu yang membazir dan buang masa. Maka jelas ianya sesuatu yang menentang kepada Islam. "Tetapi mereka bukan Islam boleh patuh pada Perdana Menteri beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan diboleh dikategorikan kafir zimmi yang boleh dijadikan sahabat," katanya. Amran dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah "kafir Harbi" tindakan undang-undang yang akan diambil bagi mengelak agar ia terus berulang. (HD)

Kerajaan peruntuk RM3 bilion bagi BR1M 2.0

Posted: 06 Nov 2012 11:51 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) mulai Januari 2013, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai. Pembayaran itu akan dilakukan menjelang 15 Januari sehingga 15 Mac, 2013, katanya kepada pemberita hari ini. Pendaftaran bagi BR1M bermula 1 Nov sehingga 31 Dis, 2012. "Permohonan bermula 1 November sehingga 31 Disember. Kita harap sesiapa yang tidak membuat permohonan semasa BR1M yang pertama, harap mereka akan buat pada kali ini," katanya di luar acara seminar jualan dua hari oleh pakar jualan dan pemasaran, Bob Urichuck hari ini. Seminar itu dianjurkan oleh Kumpulan Syarikat Job Hunt dan menarik lebih 300 peserta. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September. Rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500. Mengenai pilihan raya Presiden AS, Lim berkata Malaysia gembira dengan hubungan semasa dengan AS. "Amerika adalah satu negara penting. Amerika ialah negara dagangan ketiga terbesar kita yang berjumlah 10 peratus daripada keseluruhan perdagangan kita," katanya. (Bernama)

Liu: S'gor mungkin batal kelulusan kondo Batu Caves

Posted: 06 Nov 2012 11:47 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek kontroversi kondominium Park Avenue di Batu Caves untuk mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, kata Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu. Kawasan tanah rizab yang terletak antara projek kondominium 29 tingkat itu dan Batu Caves adalah terlalu sempit, dan ini boleh menyebabkan batu runtuh dan ketidakstabilan tanah, kata Liu kepada Malaysiakini semalam. "Projek ini adalah sangat dengan gua dan tidak ada langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk mencegah batu runtuh," katanya sambil menambah bahawa sekarang pihaknya boleh membatalkan projek tersebut. "Kami ada hak untuk membetulkan (kesilapan) masa lalu." Liu berkata kerajaan negeri BN sebelumnya tidak sepatutnya meluluskan projek di tempat pertama. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan dalam akhbar harian berbahasa Inggeris the Sun pada hari Isnin bahawa surat JAS Selangor bertarikh pada 24 Januari 2007 kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menegaskan bahawa MPS telah meluluskan projek itu pada tahun 2007 walaupun dibantah oleh JAS. Surat tersebut, salinannya diperolehi Malaysiakini, menyatakan dengan jelas bahawa JAS tidak menyokong projek tersebut. Laporan cadangan pemajuan yang dikemukakan, tidak menyediakan tanah rizab yang mencukupi antara projek kondominium yang dicadangkan itu dengan bukit, yang dikehendaki di bawah dasar kerajaan negeri. Oleh itu, jabatan berkenaan tidak menyokong pembangunan tersebut kerana ia mempunyai potensi untuk menyebabkan tanah runtuh dan masalah lain. Satu lagi surat dari Jabatan Mineral dan Geosains di Selangor, yang salinannya juga diperolehi Malaysiakini, pula menyenaraikan lima syarat pembinaan yang perlu dipenuhi oleh pemaju. Rancangan pembinaan kondominium tersebut berhampiran Kuil Sri Subramaniar yang bersejarah, menarik perhatian selepas jawatankuasa kuil itu, yang disokong oleh pemimpin tinggi MIC, termasuk bekas presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, mengetuai bantahan terhadap kerajaan negeri Selangor. Isu itu timbul selepas jawatankuasa kuil itu yang disokong MIC mengadakan bantahan terhadap projek tersebut pada akhir bulan Oktober. Bagaimanapun, Liu kemudiannya mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa kerajaan BN telah, pada tahun 2007, meluluskan projek kondominium itu. Liu dilaporkan sebagai berkata bahawa Senator A Kohilan Pillay dari Gerakan dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dari MIC adalah antara mereka yang bertanggungjawab meluluskan projek tersebut. Bagaimanapun, Kohilan dan Kamalanathan telah menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis mengenai perkara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan petugas bebas ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu. Anggota pasukan petugas itu dijangka diumumkan hari ini, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri.(MK)

“Kapal” wang ihsan karam di Sungai Kelantan

Posted: 06 Nov 2012 11:41 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: "Kapal" yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin. Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka. Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R. Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan. Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan. "Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa. "Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan. Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang. "Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti," ujarnya. Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain. Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang. Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.(HD)

S'gor cadang guna semula 2 loji air di Ampang

Posted: 06 Nov 2012 07:00 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KLANG: Kerajaan Negeri Selangor akan membuka dua lagi loji yang tidak beroperasi di Ampang dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran air yang terawat kepada pengguna Lembah Klang. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kedua-dua loji itu merupakan aset Kerajaan Negeri tetapi telah diabaikan seperti Loji Bukit Jelutong. Katanya, pihaknya sudah meminta Timbalan Pengarah UPEN, Nor Azmi Diron untuk menyelidik potensi loji-loji itu. "Sekiranya kedua-dua loji itu berpontensi dan benar sudah tidak digunakan, saya akan berbincang perkara ini dengan lebih lanjut dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. "Kita juga akan menggunakan mana-mana aset-aset ini untuk bangunkan semula loji ini dengan menggunakan kaedah teknologi membran atau kaedah konservatif," katanya ketika ditemui TvSelangor. Baru-baru ini, Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup sejak 17 tahun lalu akan dibuka semula untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat. Kerajaan Negeri kini dalam proses menjalankan kajian rintis bagi membolehkan loji tersebut diguna semula dan dijangka siap Jun tahun depan. "Dalam masa kajian yang akan dilakukan, kita akan membuka tender kepada mana-mana kontraktor yang berminat. "Sekarang kita beri tempoh dua bulan kepada syarikat jurutera perunding untuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk mengemukakan kertas kajian yang lengkap kepada Kerajaan Negeri," katanya.(HD)

Menteri diminta jelas isu kejatuhan harga getah, kelapa sawit

Posted: 06 Nov 2012 06:57 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Zulaikha Zulkifli Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok memberi penjelasan tentang isu kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, harga komoditi getah dan kelapa sawit mentah mula jatuh mendadak sejak sebulan lalu yang melibatkan seramai dua juta pekebun kecil. Menurut Mazlan lagi, sehingga hari ini kerajaan tidak mengumumkan langkah-langkah bagi memberi jaminan kepada pekebun ladang kelapa sawit dan getah bagi mengatasi kejatuhan harga komoditi walaupun memorandum telah diserahkan pada menteri terbabit dua minggu lalu. "Maklumat terakhir daripada wakil pekebun kecil yang kita terima ialah mereka kini menerima RM300 bagi satu tan kelapa sawit. Harga ini (kejatuhan harga komoditi) sangat jauh lebih buruk berbanding dua tahun lalu. Bagi getah pula sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilo tetapi sekarang RM2.50 sekilo. "Harga yang diterima itu belum ditolak dengan harga upah kerja dan upah pengangkutan. Kita telah serah memorandum pada menteri dua minggu lalu tetapi sampai sekarang tak dapat lagi langkah bagi menjamin harga komoditi tidak jatuh. "Sampai sekarang tak ada yang menjawab mengenai hal ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam. Harga satu tan kelapa sawit pada enam bulan lalu ialah RM550 hingga RM700. Pada 23 Oktober lalu, ANAK menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berhubung masalah kejatuhan harga komoditi untuk diserah kepada Bernard. Mazlan berkata dua permohonan telah dilakukan untuk bertemu Bernard bagaimanapun gagal. Sehubungan itu, Mazlan mencadangkan agar kerajaan menyediakan kembali skim seperti yang pernah dilancarkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu pekebun kecil yang menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi. Jelas Mazlan, skim yang dibuat secara "ad-hoc" pada tahun 90-an itu membantu para pekebun dengan memberi sokongan pendapatan, insentif dan penanaman semula kelapa sawit. "Kerajaan boleh hidupkan skim itu. Skim itu dibuat masa zaman Mahathir. Skim itu membantu pekebun. "Tetapi sekarang, bukan sahaja skim, penanaman semula kepala sawit juga tidak dilakukan dan ini juga memberi masalah pendapatan kepada pekebun yang terpaksa menerima hasil daripada pokok kelapa sawit tua," katanya lagi.(MK)

Apa usaha Jakim beri kefahaman berkenaan hudud

Posted: 06 Nov 2012 06:38 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah usaha Jakim melalui agensi-agensi berkaitan seperti Yadim, Majlis Fatwa Kebangsaan, TV AL-Hijrah dan Radio Ikim dalam memahamkan berkenaan perundangan Islam, Hudud, Qisas dan Takzir. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Dr. Mohd Hatta Md Ramli [PAS-Kuala Krai] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapa Pentaksiran Berdasarkan Sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah Kerajaan, sedangkan banyak sistem operasi on-line tidak berkesan dan "lambat". Mengapa Kementerian Pelajaran tidak mahu memberi elaun tambahan untuk guru-guru yang terpaksa memasukkan (key-in) markah dan maklumat di rumah, yang melibatkan masa bersama keluarga dan terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi serta para guru terpaksa melanggan broadband untuk membuat kerja sekolah? Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kejadian letupan loji di Kompleks PETRONAS Kerteh semenjak ia beroperasi serta nyatakan punca dan akibat kejadian dan langkah-langkah mengatasinya. Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan berhubung peratus saham FGV yang dilanggan oleh individu, syarikat, peneroka dan apakah nama dan peratus syarikat yang melanggan saham terbabit termasuk di dalam dan luar negara. Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan industri getah negara banyak melibatkan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar berbanding dengan Industri sawit yang melibatkan ladang-ladang besar dan GLC yang kaya raya. Apakah langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk menstabil harga getah dalam memastikan pekebun kecil tidak terus tertindas dan terus berada dalam kemiskinan kekal. Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan anggaran kos tambahan yang diperlukan oleh Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah kali terakhir kakitangan MAS menerima bonus dan adakah penyelarasan semula gaji mereka akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan "roadmap" Kualiti Petrol (Fuel Quality) untuk kenderaan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan petrol dan diesel untuk pengguna.(HD)

Pemuda PAS sokong gesaan agar Nazri bercuti

Posted: 06 Nov 2012 06:37 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat Datuk Seri Nazri Aziz sepatutnya tahu batas perhubungan khususnya dengan mereka yang dikaitkan dengan tuduhan rasuah. Ketua peneranganya, Riduan Mohd Nor berkata, hubungan dengan individu seperti itu hanya akan mewujudkan pandang serong masyarakat lebeih-lebih lagi beliau merupakan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang negara. "Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang negara, beliau semestinya tahu batas-batas pergaulan supaya tidak dilihat serong. "Kes ini akan dilihat pelik sekiranya beliau atau anak beliau mempunyai hubungan dengan individu yang sudah terpalit dengan rasuah," katanya. Beliau mengulas pendedahan PKR sebelum ini yang mendakwa keluarga Nazri ada kaitan dengan Michael Chia, jutawan balak kontroversi yang pernah ditangkap di Hong Kong dalam percubaan untuk menyeludup wang. Hubungan itu yang didedahkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, adalah berupa kenderaan mewah SUV Hummer yang diguna oleh anak Nazri, Nedim. "Saya bersetuju dengan cadangan Rafizi Ramli, supaya Datuk Seri Nazri Aziz mengambil cuti sebagai Menteri Kabinet ekoran dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadap menteri undang-undang itu," kata Riduan lagi. Menurut Riduan lagi, Nazri perlu bercuti kerana beliau adalah menteri undang-undang dan SPRM berada di bawah tanggungjawab beliau. SPRM katanya, tidak mampu bertindak bebas dan telus jika badan itu berada di bawah individu yang turut dikaitkan dengan isu rasuah. "Kebenaran perlu dibuktikan dan Datuk Seri Nazri Aziz tidak perlu gusar sekiranya beliau berada di pihak yang benar. "Jika Datuk Seri Shahrizat Jalil sanggup bercuti malah melepaskan jawatannya, Datuk Seri Nazri sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan mengambil pendirian yang sama iaitu dengan bercuti bagi memberi peluang kepada SPRM menyiasat dakwaan yang dilemparkan terhadapnya," kata Riduan lagi. Jika Nazri menyahut seruan bercuti itu kata Riduan, menteri itu akan terus dihormati kerana mempunyai prinsip yang jelas dan tegas terhadap rasuah dengan sanggup menjadikan dirinya role model yang boleh dicontohi oleh masyarakat. (HD)

Kalau parti putus tanding di Sabah saya OK !

Posted: 06 Nov 2012 06:35 PM PST

22 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini. "Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti. "Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah. "Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan. Abdul Hadi mendapat perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti. Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kenyataanya untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan parti bahawa beliau bukan seorang diktator. "Kenyataan itu adalah mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama, saya bukan diktator dalam parti," katanya. Pilihan raya Sehubungan itu, Abdul Hadi juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 pada bila-bila masa. "Daripada taklimat diberikan dalam mesyuarat hari ini, kita sudah siap 90 peratus dari keperluan pilihan raya," katanya. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah persiapan Muktamar PAS kali ke-58 yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 November di Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat kali ini turut membincangkan beberapa perkara penting di peringkat antarabangsa termasuklah konflik yang dihadapi oleh umat Islam Rohingya, masalah di Filipina dan kezaliman terhadap rakyat Syria. Turut bersama dalam sidang media petang tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Penolongnya Datuk Takiyuddin Hassan.(HD)

Bersedia terima kemenangan!

Posted: 06 Nov 2012 02:05 AM PST

21 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Saya melihat Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November, di Seremban Jaya, sebagai pelepasan pecutan awal di pusingan terakhir buat aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13. Ia bukan sekadar satu upacara penuh simbolik untuk menggerakkan seluruh potensi kekuatan bagi menamatkan era BN, tetapi komitmen padu membawa perubahan menyeluruh yang didambakan setiap warga selama ini. Meskipun jadualnya bertukar, daripada acara kemuncak menghimpunkan sejuta orang di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam, kepada himpunan di peringkat zon -- dengan memilih Negeri Sembilan sebagai tapak bersejarah membuka laluan kepada momentum tsunami politik 2008 ke arah selatan -- ia tetap membawa makna besar ke arah pembebasan Putrajaya. Seremban menjadi saksi bahawa penampan yang memagari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno lebih empat tahun lalu, sudah mulai roboh. Dari petang ke malam Sabtu itu, hujan lebat ternyata tidak dapat menghalang tekad waja dan azam jitu rakyat untuk berpusu-pusu memeriahkan himpunan, mendengar amanat pemimpin, berkongsi pengalaman bertanya khabar, juga selingan hiburan personaliti terkemuka tanahair. Audien pelbagai bangsa, daripada pelbagai latarbelakang dan lapisan umur, setia menunggu sehingga tamat program. Pidato Anwar Ibrahim, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dilihat berupaya menyuntik keyakinan bukan hanya kepada penduduk Negeri Sembilan, malah menjadi bekalan pembakar semangat buat penonton yang datang dari jauh -- bahawa perubahan mesti dilakukan segera, dalam PRU13 ini, bagi menyelamatkan negara. Peluang terbaik tidak datang selalu dan kesempatan terbentang di depan mata harus dimanfaatkan sebaiknya. Menyedari terdapat asakan berterusan yang bertujuan untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan, khususnya antara PAS dan DAP, seorang kawan meminta saya menekankan ucapan ataupun jaminan pemimpin DAP dalam majlis itu. "Aku tertarik dengan kenyataan pemimpin mudanya, Ketua Pembangkang Dun Negeri Sembilan, Anthony Loke," tambah sahabat saya itu. Saya yang hanya mengikuti himpunan itu melalui siaran langsung internet, mengakui ucapan Loke agak menarik. "Mari kita tinggalkan politik korupsi, nepotisme dan sentimen perkauman. Pemimpin mesti ada integriti, bersih, dan pentingkan rakyat," katanya, sambil menekankan orang Melayu tidak akan hilang kuasa apabila Pakatan mengambil alih kerana yang terlucut kuasa hanyalah Umno. "Malaysia era baru di bawah Pakatan, kalau agama Buddha dihina, saya yakin PAS akan pertahan, kalau Hindu atau Kristian dihina, KeADILan akan pertahan, dan kalau agama Islam dihina, pemimpin DAP akan pertahannya. Saya sendiri pertahankan Tok Guru Nik Aziz apabila beliau dihina pemimpin MCA," tambahnya lagi, disambut tepukan bergemuruh. Dalam pada itu, ada rakan-rakan berpendapat, sekiranya siri program jelajah seluruh negara himpunan kebangkitan rakyat itu bertujuan memaksimumkan impak tuntutan senarai daftar pemilih yang benar-benar bersih, selain menimbulkan isu akses media semasa kempen PRU13, seeloknya ia harus diakhiri dengan perarakan ala Bersih di kota raya Kuala Lumpur dan turut membabitkan penyertaan proaktif rangkaian NGO yang komited dengan isu-isu hak asasi dan keadilan sejagat. Partisipasi masyarakat sivil bagi menyemarakkan proses pendemokrasian di Malaysia sudah teruji, dan oleh itu mereka tidak wajar dilupakan pada saat-saat kritikal ini. "Usaha memaksa kerajaan menyediakan pilihan raya bersih dan adil, bukan sekadar memerlukan kehadiran ramai tetapi perlu melibatkan segenap lapisan masyarakat. Benar, himpunan Hijau anjuran PAS, bermula di Stadium Darul Aman, Alor Setar dihadiri 100,000, syabas, tapi kita mahukan penyertaan lebih daripada itu. Biar Najib dan BN digoncang. Jadi, lebih elok kalau dianjurkan perarakan seumpama Bersih 4.0, kalau boleh bergelegak sekali lagi Kuala Lumpur," kata seorang aktivis NGO hak asasi sambil mencadangkan Stadium Merdeka menjadi lokasi alternatif. Berdasarkan mood positif rakyat di seluruh negara, serta gelombang kesedaran yang memuncak dan keazaman tinggi untuk melakukan perubahan menyeluruh -- dari Perlis ke Johor, merentasi Laut China Selatan -- saya kira jika segalanya diuruskan dengan baik dan cermat, sekali gus mengelak kesilapan, walaupun kecil, yang boleh membawa padah, kesempatan terbaik ini mungkin sukar berulang lagi jika peluang keemasan disesiakan. Keyakinan kepada penyokong, aktivis dan warga seluruhnya mesti dipasak sedalam mungkin, namun jangan memandang rendah ruang berlakunya sabotaj, pembelotan atau kealpaan yang tidak disengajakan. Dan pastikan segala konspirasi perancangan jahat dan komplot penipuan Umno-BN pada hari mengundi nanti dapat disekat sebaik mungkin. "By hook or by crook, kita masih cari jalan untuk gagalkan perencanaan musuh, pandai-pandailah mengaturnya," tegas seorang strategis pilihan raya yang mengaku masak dengan taktik jelik elit penguasa. Dalam pada itu, bukan sedikit usaha transformasi Najib Razak, ditambah pelbagai insentif one-off ditabur, namun majoriti rakyat seperti sudah mencapai kata sepakat, "cukuplah BN, kami tetap mahukan perubahan kali ini". Serangan berterusan media, disokong segala kemudahan kerajaan yang boleh diperkakaskan Umno-BN, seakan tumpul dan ada kalanya seperti menikam belakang sendiri. Sekurang-kurangnya itulah yang dizahirkan di permukaan. Apa pun, selagi belum tiba hari mengundi, usah mencurah air di tempayan hanya kerana mendengar guruh di langit. Seperti biasa, saya masih cuba melihat sisi-sisi kelemahan Pakatan Rakyat, baik di peringkat jentera parti mahupun empat kerajaan negerinya, dengan mengandaikan situasi terburuk yang boleh menimpa. Juga menyedari bahawa Najib Razak dan parti pemerintah peringkat pusat mempunyai banyak kelebihan dan sumber yang tentu akan dieksploit sepenuhnya dalam saat-saat genting nanti. Saya memaksa diri untuk tidak mudah percaya dengan "gambaran indah" yang ditunjukkan dalam setiap program Pakatan, misalnya kehadiran luar biasa dalam majlis ceramah dan makan malam. Begitu juga dengan siri perisytiharan bekas pegawai kanan kerajaan bersama oposisi, khususnya PAS. Itu belum dikira bisik-bisik bahawa lebih ramai yang masih memegang jawatan strategik sudah tidak sabar lagi menanti PRU13 bagi menghukum pemimpin dan parti yang korup dan curang. Ya, mereka tidak akan membazirkan walaupun satu undi, bagi memastikan perubahan dapat direalisasikan. Malah, difahamkan, tidak sedikit jumlahnya pemimpin BN yang menunggu masa untuk berpaling tadah jika jelas tanda-tanda "bahtera besar" itu akan tenggelam! Bukankah Dr Mahathir Mohamad sendiri kerap mengakui, apa gunanya menjadi pemimpin Umno jika parti itu sudah hilang kuasa dan berpindah ke blok pembangkang? Rakyat yang makin terdedah dengan maklumat dan celik politik sudah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa dan korupsi yang menjadi-jadi. Pendedahan silih berganti (cukuplah dengan inisiatif Rafizi Ramli, bermula skandal lembu fidlot dan terkini hubungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab terhadap SPRM, Nazri Aziz dengan jutawan peniaga balak Sabah); semuanya membuktikan, kuasa kepada pemimpin Umno bukan lagi dianggap amanah, tetapi kesempatan memburu ghanimah menimbunkan harta kekayaan. Kehidupan mewah anak beranak menteri tidak segan silu lagi untuk diperagakan kepada publik. Berkali-kali ditegaskan, Umno-BN yang hampir ditewaskan lebih empat tahun lalu tidak pernah mengambil iktibar dengan kejutan kekalahan pada lima negeri dan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya dengan sisa dan baki kuasa yang ada, segalanya mahu dikaut dan dibolot untuk diri, kelompok dan kroni. Hinggakan ramai bekas pemimpin kanan Umno sendiri mencadangkan, biar sekali parti itu merempat kalah, barulah kemungkinan ada potensi ia dapat dipulihkan selepas menyedari tinggi rendahnya langit. Terbukti, kuasa politik menjadi sumber paling mudah buat pemimpin BN dan suku-sakatnya memenuhkan tembolok. Atas nama projek pembangunan, perancangan rapi (dan jahat) dibuat untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara dan menghanguskan wang pembayar cukai. Apabila pemimpin BN bertepuk meja di Dewan Rakyat menyokong pengumuman Menteri Kewangan meluluskan projek, yang pantas terbayang bukanlah manfaat diraih rakyat tetapi berapa banyak ghanimah yang boleh diangkut. Lim Guan Eng, dalam konvensyen tahunan DAP Melaka, 28 Oktober lalu menegaskan: "Sebanyak RM240 juta yang dibelanja untuk lapangan terbang Melaka yang tidak digunakan oleh kapal terbang tetapi untuk bermain layang-layang. Barangkali ia boleh digunakan untuk menternak lembu juga." Tiga bulan lepas, saya pernah meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam yang sunyi senyap itu! Tiada pesawat, tiada penumpang, tiada kedai-kedai yang dibuka, tiada pekerja yang bertugas, malah lampu pun tidak dipasang pada sebahagian besar terminal. Dan airport itu bertaraf lapangan terbang antarabangsa! Anda tidak perlu dikhutbahkan dengan senarai panjang pembaziran ketua-ketua menteri negeri Hang Tuah itu. Sogokan rasuah RM40 juta Michael Chia kepada "Bapa angkatnya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan misteri dana politik Umno negeri itu, yang kemudiannya dirangkaikan Rafizi dengan kenderaan mewah Hummer RM459,000 yang diguna anak Nazri, dijangka mengocakkan lagi sisa-sisa keyakinan Najib untuk berdepan PRU13. Maka, semakin tertangguhlah tarikh pembubaran Parlimen ... Najib sendiri mempertahankan Musa, sebagaimana beliau membisu dengan kekayaan menakjubkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, yang dikatakan mencecah USD15 bilion!. Bekas menantu Taib, Shahnaz Abdul Majid, mendedahkan anak Taib membelanjakan RM782,520.55 dengan hanya satu kad kredit untuk enam bulan pertama 2012. Shahnaz menuntut RM400 juta sebagai penyelesaian kes cerai kerana aset suaminya dikatakan bernilai berbilion ringgit, dengan deposit RM700 juta di 111 akaun bank di dalam dan luar negara. Cerita rasuah pemimpin BN tidak terhenti setakat itu. Sememangnya korupsi dan Umno tidak boleh bercerai-tanggal; gejala ini menjalar jauh ke peringkat akar umbi, mungkin dengan skala lebih kecil. Soalnya, apakah isu kecurangan pemimpin Umno ini cukup -- terutama di kalangan pengundi Melayu -- untuk membentuk gelombang besar penolakan menyeluruh terhadap BN? Dan rakyat tidak mudah lagi tersilau dan terkeliru dengan tukang-tukang spin dan penasihat media Perdana Menteri yang begitu ramai itu. Hadapilah isu yang real dan berjejak, bukannya terpukau dengan sihir propagandis Umno yang mahsyur dengan mantera perkauman dan sentimen palsu menyelamatkan anak bangsa. Seorang profesor dari sebuah universiti utara bertanya saya: "Kenapa ramai orang Melayu tidak dapat membaca ketidakjujuran pemimpin Umno walaupun ada di antara orang Melayu itu bijak pandai?" Seorang rakan menambah, atau apakah mungkin mereka yang sebenarnya mampu berfikir secara rasional dan kritikal itu akhirnya mudah terperdaya dengan isu-isu jadi-jadian tetapi kosong tanpa makna? Semasa saya cuba mencari jawapan, gurauan seorang pemimpin kanan PAS agak menyentak: "Kalau dulu kita sering terkejut dengan kekalahan pilihan raya demi pilihan raya, kali ini kita akan tergamam dengan kemenangan pula. Justeru, bersedialah untuk memikul kepercayaan rakyat mengisi kemenangan. Tanggungjawab besar menunggu kita, dan ingatlah amanah kuasa itu jika tidak diseleggerakan dengan baik, akan menggugat idealisme murni kita selama ini.". (Harakahdaily)

Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz

Posted: 06 Nov 2012 02:03 AM PST

21 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. "Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama. "Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat. "Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya. Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka. Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya. Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya. Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 06 Nov 2012 07:33 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


MUHASABAH DIRI DENGAN TARBIYAH

Posted: 06 Nov 2012 07:12 PM PST


  • TARBIYAH bukanlah segala-galanya, tetapi segala-salanya dapat diraih dengan TARBIYAH.
  • Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandai kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
  • Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman.
  • Jauhi sifat amarah, kerana amarah itu merosakkan iman, sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis.
  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara'. Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
  • Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di akhirat. 
  • Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan  hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila dirimu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisi mu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan keliru, Allah ada jawapannya.
  • Orang-orang yang berilmu berada di dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada di dalam kebinasaan, kecuali golongan yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi Allah.
  • Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.
  • Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah beri untuk menguji apakah kita boleh bersyukur kepada Nya. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 06 Nov 2012 07:17 PM PST

Dr Azman Ibrahim


6 dari 10 anak-anak pra sekolah berada di Pasti.

Posted: 06 Nov 2012 12:36 AM PST

Pasti ternyata telah jauh meninggalkan pesaingnya dalam menarik minat ibu-bapa bagi membuat pilihan, di manakah anak-anak peringkat umur pra sekolah akan ditempatkan. Kajian dari Jabatan Pasti Pusat menunjukkan 60 % dari anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun yang dikira sebagai umur pra sekolah ditempatkan di Pasti. Bakinya samada di Tadika Kemas dan tadika-tadika persendirian yang lain.
Ahli Jawatankuasa Lujnah Pendidikan Pas Pusat yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim menegaskan bahawa, Fenomena ini menunjukkan minat yang mendalam para ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka dengan acuan Islam yang dipelopori Pas sehingga usia Pasti telah menjangkau lebih suku abad dengan Dun Jabi perlu berbangga apabila memiliki antara Pasti yang tertua di Malaysia apabila Pasti Cawangan Bukit Tanah, Jabi telah mencecah usia 27 tahun. Dengan penuh keyakinan bahawa institusi Pasti akan terus berdiri dengan cemerlang.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan merasmikan Ihtifal Tahunan Pasti Dun Jabi yang diadakan di Pasti Cawangan Matla'in Badrin pada pagi ini, 6 November 2012.

Beliau memaklumkan, pernah berlaku 2 tahun lepas di Pasti Pulau Redang, Cuma 8 orang pelajar menuntut di Tadika Kemas berbanding 40 orang pelajar di Pasti termasuk anak-anak ahli JKKK, sehingga Pengerusi JKKK menghantar surat tunjuk sebab kepada ahli-ahlinya yang menghantar anak-anak ke Institusi Pendidikan Pas.




Tradisi Ihtifal Tahunan yang diadakan secara berpusat di peringkat Dun, merupakan acara penutup sessi persekolahan, meriah dengan kehadiran kira-kira 200 pelajar dari seluruh Jabi serta para ibu bapa, guru-guru, peneraju-peneraju Pasti Cawangan beserta saf pimpinan Majlis Tindakan Dun.

DUN CHINI

Posted: 06 Nov 2012 07:13 PM PST

DUN CHINI


Makam Rasulullah akan diroboh ?

Posted: 06 Nov 2012 09:55 AM PST


Adakah ini tanda-tanda akhir zaman ?

MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi.
Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.

Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.
Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.

Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.

Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.
Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.

Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi

GAMBAR DARI SEREMBAN

Posted: 06 Nov 2012 04:17 AM PST

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 06 Nov 2012 03:15 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


Adakah kekal beragama Islam adalah satu paksaan?

Posted: 05 Nov 2012 08:26 PM PST

Salam Palestin, Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim. Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka. Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka [...]

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 06 Nov 2012 01:42 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Utusan Malaysia, akhbar paling banyak bayar saman…

Posted: 06 Nov 2012 10:36 AM PST


RASA kasihan juga bila baru-baru ini Utusan Malaysia membebel bila dilarang masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk membuat liputan. Maka, bila tidak puas hati dengan larangan itu, dituduhnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng fobia. Mana tidaknya, kalaulah kita dikejar orang gila, pun akan fobia juga.

Maka berkokoklah Awang Selamat memperli Ketua Menteri, Lim Guan Eng, "berani kerana benar, takut mungkin kerana salah". Senang cerita beginilah, kalau nak jadi akhbar rasmi UMNO, ishtihar sajalah. Tak payah nak berselindung lagi dengan lesen akhbar harian, pembaca pun dah naik muak dan meluat.

Guan Eng bukan takut kerana salah atau berani kerana benar. Masalahnya, bila diberi muka kepada Utusan Malaysia masuk membuat liputan, silap gaya; kalaulah yang dicakap  itu emas, dilaporkannya pula sebagai besi buruk. Kan hodoh benar bunyinya tu1.

Utusan Malaysia 'raja spin'

Bukannya kita tidak tahu, sebelum ini pun bos Utusan Malaysia pernah ajar blogger UMNO untuk  spin-putar belit berita. Kata Zaini Hassan Ketua Pengarang Utusan Malaysia tersohor itu, "Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay."

Maka sebab itulah tidak hairan kalau Utusan Malaysia kalah banyak saman. Baru-baru ini Utusan Malaysia kalah kepada Lim Guan Eng sendiri, kenalah bayar RM200,000. Sebelum itu juga pernah cuba membatalkan saman mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syad Hussin Ali yang menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta tetapi gagal. Utusan Malaysia juga pernah kalah saman dengan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada 2009 pula, Utusan kalah saman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengenai isu "Pak Janggut".

Suka Cabai Burung memetik kata-kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, "Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya berseloka.

Banyak kali kalah saman tapi tak serik dan tak sedar diri

Bayangkan, siapa saja yang tak pernah kena fitnah dengan Utusan Malaysia, hampir kebanyakan pimpinan Top 10 Pakatan Rakyat biasa difitnah malahan sezuhud-zuhud Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang duduk di rumah papan buruk itu pun pernah dituduh 'makan suap.' Tidak serik dengan saman, bermula semalam, mereka keluar lagi fitnah baru ke atas Ahli Pafrlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Nurul Izzah kata; Melayu bebas pilih agama?

Utusan cipta rekod

Adegan kalah saman Utusan Malaysia itu menyimpulkan kepada kita beberapa pencapaian utama akhbar propaganda UMNO itu sekitar sedekad ini.

Pertama, Utusan Malaysia menjadi akhbar pertama di Malaysia yang paling banyak disaman, kedua Utusan Malaysia paling banyak kalah dalam kes tuntutan saman dan ketiga, berjaya menjadi akhbar paling banyak kena minta maaf untuk mengelak bayar tuntutan saman.

Kita tunggu dan lihat saja nanti. Utusan Malaysia kena ingat, bab tabur fitnah ini bukanlah kebebasan bersuara yang wajar. PR perjuangkan kebebasan menyuarakan pendapat, kritikan dan cadangan dengan cara yang demokratik. Bukannya kebebasan bersuara untuk membuat fitnah sana-sini. Utusan Malaysia agaknya kena masuk balik sekolah wartawan kot.

Polis Johor buat laporan terhadap M'kini, Insider

Posted: 06 Nov 2012 10:35 AM PST



Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.

NONE

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.

"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan."

Ahmad Abd Jalil 2Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.

Nor Azizan berkata penulis artikel dan saksi yang dinyatakan dalam artikel berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana kedua-dua portal berita itu mungkin melanggar undang-undang.

Malaysiakini melaporkan pada 3 November lalu bahawa Ahmad Abdul Jalil (kiri) telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Satu lagi laporan memetik peguamnya sebagai berkata polis sedang mencari beberapa orang lagi berkaitan dengan pos dalam Facebook tersebut.

Mahkamah majistret Johor Bahru mengarahkan Ahmad dibebaskan daripada tahanan reman semalam tetapi beliau telah ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza, demikian menurut peguamnya. 

(Gambar) Perosak fesyen: Silikon bra payudara model tersembul keluar dari bajunya!

Posted: 06 Nov 2012 09:52 AM PST


Model di dalam foto ini seperti yang kita faham mahu tampil seksi dengan baju yang dipakainya. Tak kisah tentang itu, malah beliau sengaja cuba "membesarkan" payudaranya dengan bra yang dipakai serta baju yang mempunyai potongan 'low cut' melampau.

Masalahnya sekarang, keseksiannya menjadi 'keseksaan' pula kepada yang melihatnya.

Model yang tidak dikenali namanya ini hadir sebagai tetamu dalam satu majlis pelancaran fesyen di China yang dianjurkan September lalu.

Sekali imbas, macam tersilap jahit pun ada, sebab bahagian hadapan bajunya seolah-olah tidak menyokong payudaranya yang tegantung hingga terlihat bra silikon yang dipakainya. Tetapi, jika dilihat cara beliau berposing, hmmm...rasanya ini bukan ianya seperti disengajakan!


Pelayar internet banyak yang memberi komen negatif mengenai pakaiannya, antaranya "penampilan paling teruk dari berbogel" dan "ini bukan seksi, tapi seksa!"

Kami rasa dua benda yang boleh dipelajari oleh artis-artis di Malaysia dari cara pemakaian model ini: yang pertama, berpakaian dengan mendedahkan terlalu banyak bahagian tubuh tidak semestinya lawa; dan yang kedua, andainya teringin sangat nak menayang buah dada, pakailah bra yang sesuai supaya tidak kelihatan seolah-olah anda mempunyai puting payudara 'gergasi'...heh!

Soi Lek sombong untuk terima hakikat hudud

Posted: 06 Nov 2012 07:33 AM PST


Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.
Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya.

Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua sebenarnya telah terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyempitkan Islam dan melabelkan enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu adalah Hudud PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya bertanggungjawab di atas kekeliruan yang ditimbulkan ini sehingga menyebabkan Datuk Seri Dr. Chua berani untuk menghina hukuman Hudud. Mereka lebih sanggup untuk menjual agama demi untuk kepentingan politik mereka.

Apa yang lebih dikesali lagi, Ulamak UMNO tidak berjaya menerangkan kepada Datuk Seri Dr. Chua tentang kebaikan hukuman Hudud. Walaupun beliau mengakui bahawa telah berjumpa dan menerima penerangan daripada Ulamak UMNO, nampaknya beliau lebih berani untuk menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud selepas pertemuan tersebut.

Datuk Seri Dr. Chua juga dilihat cuba untuk mengheret sama DAP agar menghina Hudud. Umum mengetahui bahawa DAP tidak dapat menerima perlaksanaan Hudud di Malaysia tetapi tidak bermakna mereka harus menghina Hudud. Mereka menghormati perjuangan prinsip PAS. Hasil kerja dan usaha PAS menerangkan tentang hukuman ini, DAP akhirnya dapat menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dihina walaupun mereka tidak bersetuju untuk dilaksanakan. PAS akan sentiasa memberikan penerangan agar bukan Islam menerima kewajipan umat Islam untuk beramal dan melaksanakan Hudud dalam kehidupan mereka.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar Datuk Seri Dr. Chua tidak sombong untuk meminta maaf terhadap umat Islam terhadap keceluparan beliau menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud.

Beliau perlu menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para Ulamak muktabar, bukannya Hudud yang direka oleh PAS.

Kerajaan peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi

Posted: 06 Nov 2012 07:33 AM PST


Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.

Pluralisma agama hanya alih isu penyelewengan BN

Posted: 06 Nov 2012 07:29 AM PST


Umno BN dilihat terdesak apabila kembali memainkan sentimen keagamaan sebagai modal politik serta  menimbukan budaya tidak sihat, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, isu pluralisma hanya dimainkan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang didiamkan supaya tidak diketahui umum.

Katanya, perkara ini hanya didiamkan oleh ulama Umno-BN dan kejadian memutarbelitkan fakta perlu dipandang serius.

"Saya dah jelaskan banyak tempat, Rasulullah itu diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam, itu cirinya plural.

"Pluralisma itu ialah menyamakan semua agama. Itu soal akidah. Macam mana saya kata semua agama sama? Saya solat ikut Islam. Saya tidak solat pergi gereja.

"Itu hanya nak dimainkan untuk politik mereka (Umno-BN) padahal kezaliman, rasuah dan penyelewengan ustaz-ustaz Umno mana berani sentuh. Gunanya hanya pluralisma agama sahaja secara umum," ulas Anwar yang mengakui  beliau antara 'mangsa' putarbelit teks kenyataan ucapan berkaitan keagamaan.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak mampu mempertahankan serangan sekutunya MCA yang dilihat lantang memperlekeh perkara berkaitan keagamaan.

"(Datuk Seri) Chua Soi Lek menyerang berdepan dengan Datuk Seri Najib.

"Berani (Najib) sebut? Najib sendiri tidak berani nak ulas (serangan) Chua Soi Lek. Caranya adalah menyerang kenyataan-kenyataan kita," katanya.

Tambah Anwar lagi, Jabatan Agama Islam perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan menyesatkan serta mereka yang terlibat dengan dengan industri haram seperti judi dan 'San Miguel'.

"Pluralisma agama kalau seseorang itu meremehkan Islam. Maknanya menolak hukum dan menyatakan semua agama adalah sama.

"Saya tidak pernah sebut (pluralisma). Menghormati agama (lain) apa salahnya?," soal Anwar lagi.

Panggil juga Utusan, kata Nurul Izzah kepada Jais

Posted: 06 Nov 2012 07:29 AM PST


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disaran turut memanggil wakil akhbar Utusan Malaysia bagi memberi keterangan berhubung laporan mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam  forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

Izzah berkata, beliau bersedia memberi keterangan kepada Jais jika dipanggil berbuat demikian dan mahu Utusan Malaysia juga disoal siasat kerana memutar belit kenyataannya.

"Ya, saya harap dia (Jais) panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu pada masa sekarang atas nasihat peguam.

"Saya mengajak semua untuk merujuk kenyataan saya dalam blog dan saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak lagi membuat kenyataan kerana peguam saya akan mengambil tindakan seterusnya," katanya.

Semalam, muka depan Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Melayu Bebas Pilih Agama?' dengan memetik laporan portal Malaysiakini berhubung kenyataan Izzah.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan memanggil Izzah hanya akan diambil sekiranya pihak Jais menerima maklumat berhubung perkara tersebut bagi membantu siasatan.

Tindakan undang-undang kepada Utusan, BH – Nurul

Posted: 06 Nov 2012 07:28 AM PST


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan peguam-peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog.


Ini, katanya berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Kerajaan tidak tumpu usaha mencegah zina

Posted: 06 Nov 2012 07:28 AM PST


Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikiaan sebagai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom secara bertulis kepada soalan beliau di Dewan Rakyat.

Beliau dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun lepas serta usaha yang dilakukan kerajaan bagi menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Menteri berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan pendidikan agama bermula pendidikan kanak-kanak pra-sekolah, program J-Qaf, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), kelas-kelas Pendidikan Agam Islam di sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menangah, termasuk juga kelas-kelas Takmir di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, kerajaan wajar memebrikan galakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak swasta untuk sama-sama membantu menangani masalah sosial dalam negara.

Tiada jalan lain, Utusan terpaksa selamatkan Chua

Posted: 06 Nov 2012 07:27 AM PST


Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam.


"Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

"Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno," tambahnya lagi.

Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar.

Semalam, Chua mengeluarkan satu kenyataan panjang mendakwa bahawa beliau dan MCA hanya menentang hudud PAS dan menuduh Pakatan Rakyat memutar belit kenyataannya.

"Itulah yang orang terasa Chua sedang menghina intelek orang Melayu Umno. Masa Adun Johor buat usul hudud, beliaulah orang pertama yang menghinanya berkata beliau hilang idea dan kemudian kata nak keluar BN," kata sumber dalaman Umno itu.

Tambahnya lagi, orang dan pemimpin Umno juga terasa kecil hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata hudud tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam ditempelak Chua seperti beliau seolah-olah seorang menteri agama yang bodoh kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Jamil cuba damage control akibat keceluparan Chua dan MCA pada perhimpunan agung mereka, tapi Chua tak faham dan ego mempercayai bahawa keberanian menegur Jamil bakal membantu MCA mendapatkan kembali sedikit undi Cina. Tapi Chua tersilap, dan UMCEDEL dah buktikan isu hudud dah tak makan," terang sumber dalaman Umno itu kepada Harakahdaily.

Sumber dalaman Umno itu turut berkata dalaman Umno kini berpecah pada pendapat mereka terhadap Chua.

"Kem anti-1Malaysia tidak mahu lagi bersekongkol dengan Chua kerana merasakan Chua dan MCA sudah tidak berguna malah kini menjadi lebih tidak berguna dan berbahaya kepada undi Melayu yang mereka perlukan untuk kekal berkuasa.

"Kem pro-1Malaysia pula merasakan PRU13 BN akan tewas jika tiada sokongan bukan Islam dan mengharapkan serangan Chua bertubi-tubi pada PAS akan dapat mendapatkan kembali sedikit undi Cina pada BN," kata sumber dalaman Umno itu lagi.

Tapi segalanya berubah, kata beliau apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau sedia bertanding di Pekan sekiranya diarahkan oleh parti.

Sumber politik itu berkata kenyataan Hadi telah menjadikan slogan PAS ganti Umno kini betul-betul akan diperdebat dan dibandingkan oleh rakyat jelata berhubung tahap pemimpin PAS dengan pemimpin Umno.

""Isu itu menyebabkan orang bukan Islam terutamanya Cina dan Melayu kini terus membuat perbandingan antara PAS dengan Umno. Lihat barisan ini – Nik Aziz banding dengan Dr Mahathir, Najib dengan Hadi, Muhyiddin dengan Mat Sabu, Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), Husam (Musa) dengan Hishamuddin (Hussein), Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Tuan Ibrahim dengan Ahmad Maslan – Umno dah tewas 7-0 dari segi integriti, kebolehpercayaan dan amanah – dalam erti kata lain boleh ganti Umno dengan PAS," katanya.

Jadi penjelasan Chua, katanya, sudah terlambat bahkan merugikan dan merumitkan lagi keadaan kepada Umno.

"Kesian kat backbenchers Umno-BN yang mengambil isu-isu ekonomi untuk melawan Pakatan Rakyat… tiba-tiba Chua merosakkan semuanya kembali dengan kenyataan terbarunya," kata sumber itu lagi.

Perhimpunan Agung Umno akan datang, kata sumber dalaman Umno akan menentukan sama ada MCA diperlukan lagi atau tidak bersama Umno untuk menghadapi PRU13.

"Tidak mungkin tendang MCA keluar, tapi Umno akan menyuruh MCA menutup mulut sehingga PRU13 selesai. MCA dah tewas habis, cuma sekarang jangan susahkan Umno lagi," kata beliau.

Soi Lek putar belit, tetap perlu mohon maaf

Posted: 06 Nov 2012 07:27 AM PST


Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa 'penjelasan' Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghinaannya terhadap hudud sebagai putar belit untuk melepaskan diri selepas tersepit.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, alasan Soi Lek bahawa beliau tidak menghina Islam dan hanya mempersoal hudud PAS adalah tidak masuk akal.

Ini kerana ketika menghina hudud dengan mendakwa 'dengan melaksanakan hudud, Malaysia akan hilang pelaburan dari luar kerana pelabur-pelabur takut dengan perlaksanaan undang-undang yang kejam di Malaysia', langsung tidak menyebut hudud PAS.

Selain itu Soi Lek juga pernah berkata 'apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot' seperti dilapor media.

Beliau juga mendakwa bahawa lapan daripada sebelas negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara yang paling korup dan tidak selamat.

"Tidakkah ini sudah jelas bahawa Dr Chua telah menghina hudud kerana telah menyatakan bahawa lapan negara tersebut adalah di antara negara yang korup dan tidak selamat ataupun mungkin Dr Chua ingin menyatakan bahawa lapan negara tersebut melaksanakan hudud PAS," soal Faizi.

Sehubungan itu katanya, DPPM mengingatkan agar beliau tidak menyebut atau menyentuh isu berkenaan hudud lagi.

Faizi berkata, ini bukan kerana mahu menutup ruang bagi non Muslim bertanya tentang Islam tetapi berdasarkan daripada kenyataannya yang lalu, Soi Lek banyak memberikan persepsi negatif kepada masyarakat mengenai hudud dan seolah-olah beliau cuba mewujudkan suasana Islamofobia.

"Beliau perlu sedar, bukan MCA yang perlu berbicara mengenai hudud. Ini kerana masih ada Umno di dalam Barisan Nasional yang lebih layak daripada MCA untuk bercakap tentang hudud.

"Apa yang mengecewakan UMNO bukan sahaja mendiamkan diri bahkan tidak menasihatkan rakan sekututnya itu untuk tidak menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan menyebut dan mempertikaikan hudud secara terbuka," katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPM katanya bertegas mahu Soi Lek memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia kerana telah memberikan persepsi yang buruk terhadap undang-undang dalam agama Islam.

"Apabila anda tidak bersetuju dengan satu-satu agama bukanlah bermakna anda boleh mempertikaikan agama secara terbuka dengan sesuka hati anda," katanya.

Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?

Posted: 06 Nov 2012 07:25 AM PST


Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

"Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain".

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu  iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.

Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini

Posted: 06 Nov 2012 07:24 AM PST


Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.


"Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

"MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan," kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

"Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

"Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,"  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal," kata beliau.

Tengok Nii..Wajah Samseng Umno Tahan Konvoi Oren Di Felda Lawin..

Posted: 06 Nov 2012 07:23 AM PST



Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.

Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.

Haji Razman (berbaju dan berkopiah putih) sedang berbincang dengan anggota Rela dan peneroka Felda yang menghalang kemasukan peserta Konvoi Kembara Oren

Pondok pengawal ini menjadi tempat mereka menahan peserta konvoi

Sebuah tin dram diletakkan ditengah jalan untuk menghalang pergerakan kenderaan konvoi

Mereka enggan membuka besi pondok pengawal ini sekalipun penduduk Felda sendiri yang mahu keluar dan masuk dari situ

Haji Razman sedang berbincang sambil menenangkan semua yang hadir

Lelaki berbaju merah dan berseluar jeans ini dikatakan mengepalai kumpulan yang menghalang kemasukan konvoi Kembara Oren

Kebanyakan yang menghalang adalah terdiri daripada budak-budak belasan tahun

Anggota Rela ini tetap berkeras walaupun puas dibawa berbincang

Suasana menjadi panas apabila kata-kata kasar mula dihamburkan

Haji Razman tetap bersabar dan mahu berbincang untuk menenangkan keadaan 


Jalan penyelesaian masih belum dicapai


Inilah antara yang dikatakan penentang kuat kepada kemasukan konvoi ke dalam kawasan Felda

Masih bersekolah dan mentah lagi

Perjalanan peneroka Felda di situ sendiri menjadi terhalang

Dapat juga beberapa kenderaan peneroka di situ yang melalui kawasan itu setelah dinasihati untuk dibuka oleh petugas-petugas Unit Amal dan Brikep

Masih menunjukkan ketidakpuasan hati

Pemuda berbaju merah yang menghalang peserta konvoi ini dikatakan seorang askar yang pulang bercuti dan ayahnya seorang peneroka di Felda Lawin Selatan ini. (Info terkini daripada facebook: ayah beliau baru saja meninggal dunia hari ini - Isnin)
Ketibaan kereta peronda polis

Haji Razman sedang berbincang dengan pihak polis mengenai situasi di situ

Anggota Rela ini masih berkeras untuk menghalang besi penghadang ini daripada dibuka

Kekecohan berlaku daripada 'U know Who' sehinggakan seorang pemuda mereka melepaskan tumbukan tetapi terkena rakan sendiri. Dan dikatakan rakannya itu mengalami luka dibahagian mulut
Maklumat daripada rakan yang berada ditempat kejadian, akhirnya peserta konvoi Kembara Oren berjaya juga memasuki kawasan Felda Lawin Selatan ini untuk mengedarkan risalah apabila Haji Razman memberikan kata-kata penutup beliau, "Kamu punya orang kamu dan kami punya orang kami, jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli".

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 06 Nov 2012 11:02 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 05 Nov 2012 03:58 PM PST

Muktamar PAS 14 hingga 18 Nov ini di Kelantan

Posted: 05 Nov 2012 03:57 PM PST

KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 16 November hingga 18 November ini manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.

Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO.
Bagi Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat pula, perasmian muktamar bagi kedua-dua dewan itu akan diadalan pada malam 14 November dan muktamar penuh pada keesokannya.

Manakala perasmian dan muntamar penuh bagi Dewan Ulama PAS Pusat pula diadakan pada 15 November.

Perasmian Muktamar PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, sebelum muktamar penuh keesokannya hingga 18 November.
Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat  peringkat Kelantan iaitu kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 November lalu.

Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi

Posted: 05 Nov 2012 03:56 PM PST


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.
Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus. Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi.

Soi Lek sombong untuk terima hakikat hudud

Posted: 05 Nov 2012 03:56 PM PST


KUALA LUMPUR: Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.
Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.
Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya.

Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua sebenarnya telah terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyempitkan Islam dan melabelkan enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu adalah Hudud PAS. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya bertanggungjawab di atas kekeliruan yang ditimbulkan ini sehingga menyebabkan Datuk Seri Dr. Chua berani untuk menghina hukuman Hudud. Mereka lebih sanggup untuk menjual agama demi untuk kepentingan politik mereka.

Apa yang lebih dikesali lagi, Ulamak UMNO tidak berjaya menerangkan kepada Datuk Seri Dr. Chua tentang kebaikan hukuman Hudud. Walaupun beliau mengakui bahawa telah berjumpa dan menerima penerangan daripada Ulamak UMNO, nampaknya beliau lebih berani untuk menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud selepas pertemuan tersebut.

Datuk Seri Dr. Chua juga dilihat cuba untuk mengheret sama DAP agar menghina Hudud. Umum mengetahui bahawa DAP tidak dapat menerima perlaksanaan Hudud di Malaysia tetapi tidak bermakna mereka harus menghina Hudud. Mereka menghormati perjuangan prinsip PAS. Hasil kerja dan usaha PAS menerangkan tentang hukuman ini, DAP akhirnya dapat menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dihina walaupun mereka tidak bersetuju untuk dilaksanakan. PAS akan sentiasa memberikan penerangan agar bukan Islam menerima kewajipan umat Islam untuk beramal dan melaksanakan Hudud dalam kehidupan mereka.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar Datuk Seri Dr. Chua tidak sombong untuk meminta maaf terhadap umat Islam terhadap keceluparan beliau menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud.

Beliau perlu menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para Ulamak muktabar, bukannya Hudud yang direka oleh PAS.

Gelombang perubahan sangat kuat di Kota Belud

Posted: 05 Nov 2012 03:56 PM PST

 
(Gambar: Mustaqim (tengah) bersama SU PAS kawasan Martubis Jumdot (kiri) serta SU Dewan Pemuda PAS kawasan Abu Ubaidah)

KOTA BELUD: Gelombang perubahan yang melanda seluruh Sabah sejak akhir-akhir ini sangat kuat dirasai di kawasan Parlimen P.169 Kota Belud di sini.

Biarpun ia dikatakan 'kubu kuat' BN sejak sekian lama, sehingga tidak pernah dalam sejarah politik Sabah, ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di sini, namun kali ini ianya dilihat berbeza.

Kesedaran masyarakatnya yang timbul akibat dihimpit pelbagai masalah khususnya infrastruktur dan ekonomi menyebabkan rata-rata mereka kini berani bercakap tentang perubahan politik.

Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustaqim Aling berkata, pihaknya kini dapat melihat satu perubahan luar biasa masyarakat di situ yang cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, slogan 'ini kalilah' bagai meniti dibibir masyarakat dan dapat didengar dalam perbualan harian mereka di sini.

"Ini kalilah itu mulanya di Kota Belud, malah sekarang sudah jadi gelombang yang sangat luar baiasa di sini. Kalau kita di mana-mana sahaja boleh dengar.

"Dulu gelombang Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah melanda sini, tapi sekarang saya rasa gelombang ini kali lah lebih besar dari PBS dahulu," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di sini.


(Gambar: Mustaqim menunjukkan kawasan jelapang padi yang didakwa terbengkalai dan tidak mengeluarkan hasil seperti setatutnya)

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.

Kota Belud juga adalah kawasan campuran antara Kadazan Dusun Murut (KDM), Bajau dan sedikit kaum Cina dan boleh dikatakan ianya kawasan bermajoriti Islam.

Pada PRU12 2008 yang lalu, calon BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mengekalkan kerusi Kota Belud dengan kelebihan 3,020 undi mengalahkan calon PKR Saidi Simoi.

Ianya juga menyaksikan sebanyak 1,046 kertas undi ditolak pada waktu itu.

Desas-desus mengatakan pergaduhan pemimpin tempatan kerana tidak dipilih menjadi calon sangat kuat waktu itu sehinga wujud undi protes yang menyebabkan kemerosotan undi kepada BN.

Pergaduhan antara pemimpin mereka juga dikatakan masih berlaku sehingga memaksa pemimpin pusat termasuk Naib Presiden Umno Datuk Safie Apdal terpaksa turun beberapa kali.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat tiga Dun di bawahnya iaitu Usukan, Kadamian dan Tempasuk.

PAS pula dijangka meletakkan calonnya di Tempasuk pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU 2008, BN menang di Tempasuk dengan majoriti 2,432 mengalahkan calon PKR dan bebas ketika itu.

Mengulas lanjut, Mustaqim berkata, penerimaan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga sangat berbeza berbanding sebelumnya.

PAS tidak lagi dilihat sebuah parti yang perlu ditakuti oleh mereka khususnya yang bukan beragama Islam.

"Pusat khidmat masyarakat PAS ini sendiri menjadi tempat rujukan masyarakat di sini termasuk bukan Islam untuk membuat aduan mereka.

"Malah sejak akhir-akhir ini pejabat ini menjadi makin sibuk dengan kehadiran ramai mereka yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di sini," katanya.


(Gambar: Batang paip sepatutnya digunakan bagi membina saluran air ke kawasan sawah, tetapi terbengkalai di sini sejak 2005)

Antara isu besar di Kota Belud yang menjadi rungutan masyarakat setempat termasuklah keadaan jalan yang uzur yang sekaligus menghadkan pergerakan mereka.

Jalan raya disini difahamkan dibina sejak zaman PBS lagi dan tidak dibaiki secara menyeluruh oleh kerajaan BN.

Bairpun dijanjikan 'dalam perancangan' untuk dinaiktaraf oleh kerajaan BN, namun rakyat dilihat sudah tidak tahan lagi dengan alasan politik pilihan raya itu.

Masalah lain yang tidak kurang juga besarnya adalah masalah bekalan air bersih kepada penduduk.

Difahamkan walaupun batang paip air sudah ditanam sejak lama, namun ianya tidak mengeluarkan air.

Ini menyebabkan sebahagian masyarakat di sini mencari alternatif dengan mengeluarkan modal sendiri membeli enjin mengepam air dari bawah tanah.

Namun ianya juga tidak me mana kerana kualiti air yang dipam itu didakwa sangat teruk dan berbau busuk.

Selain itu, penduduk juga didakwa mengeluh dengan masalah yang melanda Program Jelapang Padi dan Agropolitan yang terbengkalai sehingga menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

Salahudin sedia tanding di Pagoh lawan Muhyiddin

Posted: 05 Nov 2012 03:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas Presiden PAS membuat kejutan menyatakan kesediaan bertanding di Pekan iaitu parlimen Datuk Seri Najib Razak, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan kesediaan bertemu Muhyiddin di Pagoh.

Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.

Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam nada yang sama, saya pun bersama dengan Presiden meletakkan keputusan parti di hadapan, dan kita sentiasa patuh dengan arahan parti walaupun mungkin tempat-tempat yang mungkin ditandingi itu akan hadapi risiko yang tinggi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini sudah diputuskan untuk bertanding di Johor, namun belum dipastikan kerusi Parlimen atau Dun.

Kata Salahuddin lagi, beliau juga sudah membuat kenyataan di hadapan PAS Johor bahawa beliau bersedia jika diarahkan bertanding melawan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

"Semalam pun saya buat kenyataan di jJhor, saya juga bersedia menerima arahan parti sekiranya saya diarahkan untuk bertanding melawan Menteri Besar Johor. Sebagai orang Johor, saya akur," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang terdekat.

"Mungkin dalam mesyuarat akan datang saya tidak menolak kemungkinan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih serius mengenai kerusi-kerusi ini," katanya.

Minggu lalu, Ustaz Hadi berkata, beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 06 Nov 2012 09:09 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Mls In Maine

Posted: 05 Nov 2012 09:05 AM PST



Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are offered by many hotels and resorts. In the mls in maine of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the mls in maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the mls in maine a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the mls in maine, Laval Mayenne and Vendome.

Fishing season of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the mls in maine of Cumberland County. The main appeal of this place lies in its diversity, from Greenville, to the mls in maine is New Hampshire; to the mls in maine of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, and boating are just a romantic vacation in the mls in maine and abroad.

Aroostook County that includes the mls in maine, Waterfront and the lobster restaurants featuring fresh lobsters caught just off the mls in maine a reason, you can buy a pedigree kitten from a romantic weekend getaway, you can go Nordic and alpine skiing, particularly on the mls in maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and quaint fishing villages with countless bays, harbors and islands contribute to the mls in maine during winter in Maine, which means that people who visit Maine can also enjoy delicious local treats, such as the mls in maine behind the mls in maine is no best time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October.

Want to live close to nature can opt for log cabins. These log cabins are located towards the mls in maine are strong, muscular, and well defined, with long rainy periods. There is no best time to visit some of the mls in maine a perfect mix of its kind in the highlands support all outdoor activities such as dairy and poultry products. Agriculture is also home to a memorable and exciting activities all throughout the mls in maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs and opportunities. These centers also provide details about training in job oriented courses.

Huge Maine Coon cat is to buy a pedigree kitten from a boat or off a dock form one of which is known for being able to bring bikes, kayaks or a few of the mls in maine and approximately $100,000 in the mls in maine of Maine have very fond memories of their trip to this breed is solid. They are fully furnished with all facilities for cooking and drinking. Maine vacation rentals. Fresh water is also two miles away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the mls in maine, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Nov 2012 09:08 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Had laju 90 km, saman 80 km, bukti kelemahan AES

Posted: 06 Nov 2012 05:55 AM PST


KUALA LUMPUR 6 November 2012 : Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

"Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

"Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j," katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem 'speed limit buffer' (lonjakan had laju).

"Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

"Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju," kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

"Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

"Kompaun tidak wajib bayar. Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 06 Nov 2012 07:44 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MUKTAMAR PAS : DI KELANTAN MULA 14 HINGGA 18 NOV.

Posted: 05 Nov 2012 06:28 PM PST

SATU PENJELASAN: HUDUD PAS BERLANDASKAN AL- QURAN DAN HADIS, BUKAN VERSI PAS !

Posted: 05 Nov 2012 06:14 PM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Nov 2012 01:13 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Bayi bertali pusat ditemui di depan rumah pasangan Cina

Posted: 05 Nov 2012 07:00 PM PST

21 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Seorang bayi lelaki ditemui di depan rumah pasangan suami isteri berketurunan Cina di Mak Mandin di Butterworth pada awal pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 6.30 pagi. "Bayi yang sihat, cukup sifat, berkulit cerah dan bertali pusat itu dipercayai dilahirkan antara tiga hingga empat jam sebelum ditemui di depan rumah pasangan Cina itu dalam keadaan berbalut dengan kain," katanya kepada pemberita semalam. Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan usaha mencari individu yang membuang bayi malang tersebut giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta berhubung dengan balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.(Bernama)

Muktamar PAS 14 hingga 18 Nov ini di Kelantan

Posted: 05 Nov 2012 06:45 PM PST

21 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 16 November hingga 18 November ini manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November. Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang. "Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Ustaz Abdul Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, muktamar kali ini turut menjemput pimpinan Pakatan Rakyat, wakil kedutaan, wakil antarabangsa, dan wakil NGO. Bagi Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat pula, perasmian muktamar bagi kedua-dua dewan itu akan diadalan pada malam 14 November dan muktamar penuh pada keesokannya. Manakala perasmian dan muntamar penuh bagi Dewan Ulama PAS Pusat pula diadakan pada 15 November. Perasmian Muktamar PAS Pusat pula akan diadakan pada 16 Nov, sebelum muktamar penuh keesokannya hingga 18 November. Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kelantan iaitu kesinambungan Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Senawang, 3 November lalu.(HarakahDaily)

Niat Zaid tanding atas 'tiket Pakatan' bingungkan PKR

Posted: 05 Nov 2012 06:41 PM PST

21 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bingung dengan hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan. Saifuddin juga bingung dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun. Zaid (kiri) tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan. "Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden. "Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang. Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden. Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.(Malaysiakini)

Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi

Posted: 05 Nov 2012 06:34 PM PST

21 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia. Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah. Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan. Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus. Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi. (HarakahDaily)

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Nov 2012 09:19 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Umum DUN Kota 10 Nov 2012

Posted: 05 Nov 2012 05:18 AM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 Nov 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pekan Chengkau, Rembau
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia
Ustaz Nor Azman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia
Rozmal Malakan, TYDP PAS Rembau

Maklumat lanjut sila hubungi Zamri 013-2124086

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 12 Nov 2012 Seremban

Posted: 05 Nov 2012 12:54 AM PST



KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS
Isnin 12 Nov 2012 , jam 7 mlm
Di Seremban – Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Hassan 013-3426346

GEN-Q CAMP 16 ke 18 Nov 2012 di Pilah

Posted: 05 Nov 2012 12:53 AM PST



GEN-Q CAMP
Tarikh : 16 – 18 Nov 2012
Lokasi : D'Kok Eco Camp, Kuala Pilah
Terbuka kepada adik-adik berumur 13-18 tahun
Yuran RM50 tapi terhad kepada 60 peserta sahaja
Hubungi Afif 013-3582870 , Norashidah 013-4029825

Rembau Hari Ini

Posted: 05 Nov 2012 07:29 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah Umum DUN Kota 10 Nov 2012

Posted: 05 Nov 2012 05:20 AM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 Nov 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pekan Chengkau, Rembau
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia
Ustaz Nor Azman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia
Rozmal Malakan, TYDP PAS Rembau

Maklumat lanjut sila hubungi Zamri 013-2124086

Dr Azman Ibrahim

Posted: 05 Nov 2012 07:22 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Terbukti Klinik 1 Malaysia Sebuah Projek Politik

Posted: 04 Nov 2012 08:21 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/K1M.jpgSETIU - Kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan yang disirkan sebuah akhbar harian semalam mengesahkan, perkhidmatan kesihatan di Klinik 1Malaysia (K1M) tidak mencapai tahap yang diharapkan apabila mengalami masalah kekurangan doktor di pusat kesihatan berkenaan.

Menurut Ahli Jawtankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, idea untuk menyerapkan doktor swasta ke dalam perkhidmatan kerajaan telah lama di war-warkan bagi mengatasi kekurangan pegawai perubatan.

Katanya,  inisiatif menambah baik perkhidmatan K1M untuk rakyat itu masih gagal dan tidak akan menjadi kenyataan kerana ia tidak dapat menarik minat doktor swasta menyumbangkan khidmat mereka.

"Sebelum ini, Kementerian kesihatan juga pernah mengeluarkan idea mewajibkan para doktor swasta berkhidmat dengan kerajaan untuk jumlah jam tertentu dalam sebulan sebagai syarat untuk mereka memperbaharui lesen pengamalan tahunan,

"tetapi akhirnya sepi. Yang berlaku adalah sebaliknya, doktor kerajaan yang pergi buat part time di swasta,"

"Bayangkan di klinik (masing-masing), berapa orang pesakit mampu dirawat dalam masa sejam dan berapa caj dikenakan unutk seorang pesakit......,

"Kalau purata seorang doktor merawat 10 pesakit sejam dengan caj RM30 seorang, ianya sudah terlalu jauh (bezanya) dengan apa yang kerajaan tawarkan,"jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/bukti%20klinik%201Malaysia%20Politik.JPGBeliau berkata, di samping soal bayaran yang agak rendah dengan kadar RM80 sejam yang ditawarkan, soal komitmen para doktor swasta dengan perjalanan klinik masing-masing menghalang mereka menghulurkan khidmat.

Beliau meyakini, pengamal-pengamal perubatan swasta bukanlah terlalu materialistik sehingga tiada ruang masa untuk mereka memberikan khidmat kebajikan, tetapi kesedian mereka ini bukanlah kunci kepada penyelesaian permasalahan yg berlaku.

[Gambar kanan; sambut hari lahir di Klinik 1Malaysia....bukti sebuah program politik Umno-BN.....??]

Tegas Dr Azman, kenyataan Menteri Kesihatan itu juga adalah bukti benarnya dakwaan selama ini bahawa K1M adalah projek politik dan terbukti telah gagal memberikan khidmat kesihatan sebaiknya kepada pesakit walaupun cajnya cuma RM1.

"Apa makna caj semurah itu (RM1) cuma utk mendapatkan panadol!.....Sesuatu projek yang dilaksanakan dengan tujuan politik seperti K1M, natijah hasilnya juga untuk orang politik.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Nov 2012 03:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PEMUDA UMNO JADI GILA KASARI KONVOI OREN

Posted: 04 Nov 2012 05:43 PM PST



Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

PIMPINAN UMNO TAKUT PRESIDEN PAS BERTANDING DI PEKAN

Posted: 04 Nov 2012 05:32 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang umpama "membunuh karier politiknya" jika mengambil pendirian untuk bertanding menentang pemilik kerusi Parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno.

Majoriti pimpinan UMNo khuatir kedudukan Presiden mereka sekiranya Presiden PAS bertading di kawasan Pekan antaranya Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsul Bari Jamali, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhamad

Najib pernah menang tanpa bertanding di Pekan ketika berusia 24 tahun selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976.

Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil dengan kurang daripada 300 undi di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 05 Nov 2012 11:53 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor

Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST


BATU PAHAT: PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.


Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.

[Gambar: AJK Umno Labis, Datuk Abdul Rahman Yunus (bersongkok) bersembang dengan Mazlan Aliman dan Datuk Dr Mahfodz ketika menyertai konvensyen PAS Johor semalam.]

"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan  PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.

Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.

Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.

"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.

"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.

"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.

"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.

Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.

"Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.

(Kiri: Para peserta Konvensyen PAS Johor makan dalam talam sebagai salah satu budaya rakyat Johor yang cuba dihidupkan PAS dalam konvensyen ini.)

Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.

"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.

Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.

Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).

Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bhasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan

Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.

Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.

"Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

"Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam," ujarnya.

Sambungnya, sebagai contoh andainya ada orang menentang hanya satu dari yang terkandung dalam undang-undang Malaysia, ertinya orang terbabit telah menentang negara ini.

Pada masa yang sama Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Soi Lek seharusnya mempersoalkan 'mana hukum hudud Umno' dan bukannya memperosalkan hudud yang diperjuangkan PAS.

Katanya, sekiranya tiada hukuman itu yang dibentangkan oleh Umno, sudah bererti apa yang diusahakan PAS adalah ajaran Islam.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui di pejabatnya tengah hari tadi bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa beliau tidak menghina Islam, cuma persoal hudud PAS.

PAS NS tidak sia-siakan harapan Pakatan Rakyat

Posted: 04 Nov 2012 04:30 PM PST


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negara selepas PRU13 nanti.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Taman Seremban Jaya semalam merupakan satu kenyataan besar Pakatan Rakyat.

Katanya yang juga berbangga apabila Negeri Sembilan yang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama bagi program julung kalinya diadakan itu.

"Kami berbesar hati setelah menjadi tuan rumah yang pertama untuk program ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat pusat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau percaya, Negeri Sembilan kini di ambang perubahan apabila kehadiran rakyat berbagai-bagai bangsa dari Melayu, Cina dan India bersatu di bawah satu program yang terbesar.

Tambahnya, dengan tema yang amat sesuai memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat ditambah pula ucapan barisan pimpinannya yang bertenaga dan membakar semangat hadirin yang hadir, merupakan petanda yang baik.

"Walaupun di awal program pihak penganjur berdepan dengan segelintir pihak yang cuba menganggu dan membuang poster program," katanya.

Apa yang mengharukan, katanya walaupun hujan turun mencurah-curah namun kehadiran orang ramai tidak menghampakan.

"Alhamdulillah, hujan berhenti di saat-saat ucapan pimpinan Pakatan Rakyat bermula. Walaupun diawal program hujan turun dengan lebatnya," tambah beliau ketika dihubungi.

Beliau difahamkan, akhbar berbangsa Cina dan beberapa akhbar lain melaporkan tidak kurang 30,000 kehadiran peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.

Himpunan Kebangkitan Rakyat akan disemarakkan lagi di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Baru Kelantan pada 16 November nanti.

Cara Pakatan lebih baik dari BN

Posted: 04 Nov 2012 04:29 PM PST


Pemuda Negeri Sembilan diajak bersama PR, tinggal BN

Posted: 04 Nov 2012 04:29 PM PST


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Nov 2012 09:25 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum DUN Kota 10 Nov 2012

Posted: 05 Nov 2012 05:19 AM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 10 Nov 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pekan Chengkau, Rembau
Penceramah :
Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Nazree Yunus, Naib Ketua AMK Malaysia
Ustaz Nor Azman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Ramlan Roes, Exco AMK Malaysia
Rozmal Malakan, TYDP PAS Rembau

Maklumat lanjut sila hubungi Zamri 013-2124086

GEN-Q CAMP 16 ke 18 Nov 2012 di Pilah

Posted: 05 Nov 2012 12:52 AM PST



GEN-Q CAMP
Tarikh : 16 – 18 Nov 2012
Lokasi : D'Kok Eco Camp, Kuala Pilah
Terbuka kepada adik-adik berumur 13-18 tahun
Yuran RM50 tapi terhad kepada 60 peserta sahaja
Hubungi Afif 013-3582870 , Norashidah 013-4029825

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 12 Nov 2012 Seremban

Posted: 05 Nov 2012 12:51 AM PST



KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS
Isnin 12 Nov 2012 , jam 7 mlm
Di Seremban – Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Hassan 013-3426346

PBS membebankan guru

Posted: 04 Nov 2012 08:10 PM PST


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrumen (soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting, memasukkan data ke dalam sistem – yang melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan berapa banyak - 160 X 216 = 34,560 data dan berapakah masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error.

Saya amat berharap instrumen (soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu.

Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6.

Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kepada pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar.

Terus terang guru tidak dapat fokus kepada pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.

Syahril Hasan.

Guru j-QAF dianiaya

Posted: 04 Nov 2012 08:10 PM PST


Keputusan perpindahan guru yang diumumkan pada 3 november 2012 menunjukkan berlakunya sikap tidak adil dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap guru j-QAF yang telah lama berkhidmat di sabah dan Sarawak.

Keputusan di luar dugaan bagi kami pasangan suami isteri guru j-QAF ambilan sulung tahun 2005, iaitu kami menjangkakan kami akan dipindahkan ke semenanjung setelah lapan tahun berkhidmat di Sarawak. Apatah lagi guru j-QAF yang baru telah tiba bagi menggantikan tempat kami.

Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku malah sebaliknya iaitu guru j-QAF yang bujang dan baru berkhidmat di Sarawak dapat bertukar kembali ke Semenanjung.

Kami tidak pasti apakah yang pegawai di bahagian pertukaran kementerian pelajaran fikirkan sehinggakan sanggup melakukan tindakan tidak masuk akal dengan meluluskan perpindahan tersebut sedangkan kami yang berkeluarga ini disekat.

Apakah syarat dan kriteria yang mereka lihat?

Apakah pasangan suami isteri guru j-QAF yang berkeluarga serta mempunya anak seperti kami disisihkan dan dinafikan hak berpindah sedangkan dari segi kesusahan dan bebanan golongan kami yang lebih merasainya?

Kami yang mempunya anak-anak sangat terbeban berada lama di bumi Sarawak ini.

Masalah dan bebanan ini jauh lebih berat berbanding masalah guru j-QAF yang bujang dan baru pula berkhidmat berbanding kami. Tidak kasihankah mereka melihat kami mengendong anak ke hulu ke hilir menaiki bot, bas dan kapal terbang setiap kali pulang ke kampung?

Apatah lagi kesulitan membesarkan anak-anak di tempat orang tanpa bantuan dari keluarga?

Kekadang kami terpaksa memendam kesedihan kerana tidak mampu pulang menatap wajah insan tersayang yang meninggal dunia kerana kos penerbangan kami sekeluarga sangat membebankan.

Guru yang bujang bila-bila masa dapat terbang pulang ke kampung dengan selesa. Banyak perbezaan bebanan guru yang berkeluarga berbanding guru yang bujang tetapi apa yang lebih dipersoalkan ialah kenapa tempoh berkhidmat kami tidak diambil kira.

Dulu kementerian memberi alasan kerana tiada pengganti, sebab itu kami tidak dilepaskan. Tetapi sekarang apabila sudah ada pengganti kami masih disekat malah golongan yang lain pula dilepaskan.

Kami memohon belas kasihan kementerian pelajaran menimbang dan meneliti sebaiknya keputusan yang mereka buat kerana sekiranya berlaku ketidakadilan seperti ini boleh menjejaskan semua pihak terutama kepada guru dan murid itu sendiri.  Sedarlah para pegawai yang membuat keputusan ini, amalan anda yang tidak adil ini tetap dicatat oleh malaikat. Berlaku adil dan laksanakan amanah tanpa mengira kepentingan diri.

Jika mereka meluluskan perpindahan saudara mara, sahabat, kenalan mereka dengan menggunakan jawatan mereka, ketahuilah mereka telah menafikan hak orang lain.

Kementerian Pelajaran perlu memandang serius perkara ini sebelum melaungkan pelan pendidikan bertaraf dunia itu.

Guru j-QAF yang dizalimi.

TPM Minta Umat Islam Pelihara Kesucian Agama

Posted: 04 Nov 2012 04:57 PM PST



5 Nov 2012 PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik. Beliau berkata kefahaman tinggi terhadap Islam dapat mengelak mereka dinodai orang yang 'nampak warak' tetapi mempunyai muslihat lain. "Kita mahukan institusi agama yang kukuh. Sebab itu, peranan Malaysia dalam mempertahankan Islam turut dihormati negara Islam lain.

700,000 GAGAL IKUTI KAFA

3 Nov 2012 MELAKA: Lebih 700,000 murid tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berikutan kekurangan kelas berkenaan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hasil laporan penaziran tahun lalu mendapati, sejumlah murid terbabit dari tahun satu hingga enam tidak mengikuti program pendidikan agama sedia ada melalui kelas Kafa, sekolah rendah agama negeri, rakyat dan swasta pada sesi petang.

SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR

19 Okt 2012 : Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna. Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur. Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.

PAS Kulaijaya

Posted: 05 Nov 2012 07:44 AM PST

PAS Kulaijaya


SYRIA : RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG

Posted: 04 Nov 2012 09:40 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Nov 2012 07:08 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TG.PRESIDEN : UBAH KEPADA CARA PR !

Posted: 04 Nov 2012 07:28 PM PST

SAH FATHUL BARI JADI JURU CAKAP CSL !

Posted: 04 Nov 2012 06:31 PM PST

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI 2012 SERENTAK SELURUH MALAYSIA : PASTI BAGAN DATOH MERIAH.

Posted: 04 Nov 2012 06:53 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 05 Nov 2012 01:44 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ribuan rakyat sanggup berhujan di Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 04 Nov 2012 05:55 AM PST

PERHIMPUNAN Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan di Taman Seremban Jaya, Seremban malam tadi membawa mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah tidak mampu diperbodohkan lagi oleh media propaganda arus perdana kawalan Rejim Barisan Nasional. Propaganda demi propaganda yang pelik, menghairankan, serta mencabar akal yang waras untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat disebarkan setiap hari secara terus [...]

Utusan Jahil Tentang Hudud Terus Mengelirukan Rakyat Malaysia

Posted: 04 Nov 2012 05:33 AM PST

Utusan masih jahil tentang hukuman Hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ” Polemik Hukum Hudud PAS ” menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud. Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru [...]

Pemikiran sebenar hudud mengikut perspektif Dr. Yusuf Qaradawi dan kesilapan Wan Ji

Posted: 04 Nov 2012 05:23 AM PST

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang berhujah dengan pandangan ulama tersohor iaitu Prof. Dr Yusof al-Qaradawi. Al-Qaradawi merupakan ketua Persatuan Ulama Sedunia merupakan ulama yang mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan ulama di peringkat antarabangsa. Kedudukan beliau yang tinggi ketika ini menyebabkan ramai di kalangan pemikir Islam hari ini yang berhujah pandangan beliau sebagai sandaran. Tidak [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Nov 2012 01:39 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Ukiran unik di Lapangan Terbang Wellington

Posted: 05 Nov 2012 12:25 AM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 

WELLINGTON - Satu ukiran unik yang menunjukkan Gollum iaitu watak fiksyen dalam filem The Lord of the Rings dipamerkan di Lapangan Terbang Wellington di sini sejak 31 Oktober lalu. 

Ukiran sepanjang 13 meter itu dihasilkan oleh artis seni Jepun, Masayuki Ohashi dengan menggunakan polistirena, gergaji rantai dan teknologi robot.

Gollum merupakan watak yang diperkenalkan dalam novel fantasi The Hobbit karya J.R.R. Tolkien.
Filem Lord of the Rings diarahkan oleh pengarah filem dari New Zealand, Peter Jackson.

Tujuan ukiran itu dipamerkan adalah bagi meraikan tayangan perdana filem The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Jackson pada 28 November depan. - Agensi

Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma

Posted: 05 Nov 2012 12:23 AM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




 
dikemaskini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.

"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

NONE"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.

Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.

"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.

Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.

Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.

NONESebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.

"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.

Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.

"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.

NONE"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.
 
 
malaysiakini/-

Melaka paling kuat Umno BN, bukan Johor

Posted: 05 Nov 2012 12:17 AM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT: Kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendapati Johor bukannya negeri yang paling kuat Umno dan BN kerana kubu paling kuat Umno adalah Melaka.

Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Masduki (gambar) berkata, sekurang-kurangnya 14 daripada 26 kawasan Parlimen di Johor berada di bawah 50 peratus sokongan tradisi rakyat kepada Umno dan BN.

Ini bermakna, pembangkang mempunyai peluang yang besar untuk mengalahkan BN di negeri ini.

Kawasan-kawasan itu adalah Segamat,  Labis, Ledang, Bakri, Muar,  Batu Pahat,  Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Tebrau, Johor Baru, Pulai dan Kulai.

Menurut Zuhdi, lima kriteria diambil kira ketika menentukan Umno dan BN mendapat sokongan rakyat atau tidak di negara ini iaitu keahlian Umno, keahlian Rela, petugas Kemas, ahli Pertubuhan Peladang dan ahli persatuan belia yang terletak di bawah pejabat belia daerah.

"Mereka yang berdaftar dalam organisasi ini dikira pro Umno dan BN yang dijangka berpotensi tinggi akan mengundi Umno dan BN dalam setiap kali pilihan raya," kata Zuhdi dalam Konvensyen PAS Johor semalam.

Kira-kira 750 peserta yang terdiri dari pemimpin PAS kawasan di Jojor menyertai konvensyen yang bertema 'Pecutan terakhir  menuju Nusajaya' ini.

Konvensyen ini dikira persiapan terakhir PAS Johor untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen ini yang semuanya membayangkan Pakatan Rakyat mampu menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ini.

harakah/-

Salahudin sedia tanding di Pagoh lawan Muhyiddin

Posted: 04 Nov 2012 11:16 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Selepas Presiden PAS membuat kejutan menyatakan kesediaan bertanding di Pekan iaitu parlimen Datuk Seri Najib Razak, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan kesediaan bertemu Muhyiddin di Pagoh.

Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.

Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam nada yang sama, saya pun bersama dengan Presiden meletakkan keputusan parti di hadapan, dan kita sentiasa patuh dengan arahan parti walaupun mungkin tempat-tempat yang mungkin ditandingi itu akan hadapi risiko yang tinggi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum ini sudah diputuskan untuk bertanding di Johor, namun belum dipastikan kerusi Parlimen atau Dun.

Kata Salahuddin lagi, beliau juga sudah membuat kenyataan di hadapan PAS Johor bahawa beliau bersedia jika diarahkan bertanding melawan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

"Semalam pun saya buat kenyataan di jJhor, saya juga bersedia menerima arahan parti sekiranya saya diarahkan untuk bertanding melawan Menteri Besar Johor. Sebagai orang Johor, saya akur," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat parti yang terdekat.

"Mungkin dalam mesyuarat akan datang saya tidak menolak kemungkinan perkara ini akan dibincangkan dengan lebih serius mengenai kerusi-kerusi ini," katanya.

Minggu lalu, Ustaz Hadi berkata, beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
 
harakahdaily/-

Gelombang perubahan sangat kuat di Kota Belud

Posted: 04 Nov 2012 11:14 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

(Gambar: Mustaqim (tengah) bersama SU PAS kawasan Martubis Jumdot (kiri) serta SU Dewan Pemuda PAS kawasan Abu Ubaidah)

KOTA BELUD: Gelombang perubahan yang melanda seluruh Sabah sejak akhir-akhir ini sangat kuat dirasai di kawasan Parlimen P.169 Kota Belud di sini.

Biarpun ia dikatakan 'kubu kuat' BN sejak sekian lama, sehingga tidak pernah dalam sejarah politik Sabah, ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di sini, namun kali ini ianya dilihat berbeza.

Kesedaran masyarakatnya yang timbul akibat dihimpit pelbagai masalah khususnya infrastruktur dan ekonomi menyebabkan rata-rata mereka kini berani bercakap tentang perubahan politik.

Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustaqim Aling berkata, pihaknya kini dapat melihat satu perubahan luar biasa masyarakat di situ yang cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, slogan 'ini kalilah' bagai meniti dibibir masyarakat dan dapat didengar dalam perbualan harian mereka di sini.

"Ini kalilah itu mulanya di Kota Belud, malah sekarang sudah jadi gelombang yang sangat luar baiasa di sini. Kalau kita di mana-mana sahaja boleh dengar.

"Dulu gelombang Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah melanda sini, tapi sekarang saya rasa gelombang ini kali lah lebih besar dari PBS dahulu," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di sini.


(Gambar: Mustaqim menunjukkan kawasan jelapang padi yang didakwa terbengkalai dan tidak mengeluarkan hasil seperti setatutnya)

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.

Kota Belud juga adalah kawasan campuran antara Kadazan Dusun Murut (KDM), Bajau dan sedikit kaum Cina dan boleh dikatakan ianya kawasan bermajoriti Islam.

Pada PRU12 2008 yang lalu, calon BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mengekalkan kerusi Kota Belud dengan kelebihan 3,020 undi mengalahkan calon PKR Saidi Simoi.

Ianya juga menyaksikan sebanyak 1,046 kertas undi ditolak pada waktu itu.

Desas-desus mengatakan pergaduhan pemimpin tempatan kerana tidak dipilih menjadi calon sangat kuat waktu itu sehinga wujud undi protes yang menyebabkan kemerosotan undi kepada BN.

Pergaduhan antara pemimpin mereka juga dikatakan masih berlaku sehingga memaksa pemimpin pusat termasuk Naib Presiden Umno Datuk Safie Apdal terpaksa turun beberapa kali.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat tiga Dun di bawahnya iaitu Usukan, Kadamian dan Tempasuk.

PAS pula dijangka meletakkan calonnya di Tempasuk pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU 2008, BN menang di Tempasuk dengan majoriti 2,432 mengalahkan calon PKR dan bebas ketika itu.

Mengulas lanjut, Mustaqim berkata, penerimaan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga sangat berbeza berbanding sebelumnya.

PAS tidak lagi dilihat sebuah parti yang perlu ditakuti oleh mereka khususnya yang bukan beragama Islam.

"Pusat khidmat masyarakat PAS ini sendiri menjadi tempat rujukan masyarakat di sini termasuk bukan Islam untuk membuat aduan mereka.

"Malah sejak akhir-akhir ini pejabat ini menjadi makin sibuk dengan kehadiran ramai mereka yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di sini," katanya.


(Gambar: Batang paip sepatutnya digunakan bagi membina saluran air ke kawasan sawah, tetapi terbengkalai di sini sejak 2005)

Antara isu besar di Kota Belud yang menjadi rungutan masyarakat setempat termasuklah keadaan jalan yang uzur yang sekaligus menghadkan pergerakan mereka.

Jalan raya disini difahamkan dibina sejak zaman PBS lagi dan tidak dibaiki secara menyeluruh oleh kerajaan BN.

Bairpun dijanjikan 'dalam perancangan' untuk dinaiktaraf oleh kerajaan BN, namun rakyat dilihat sudah tidak tahan lagi dengan alasan politik pilihan raya itu.

Masalah lain yang tidak kurang juga besarnya adalah masalah bekalan air bersih kepada penduduk.

Difahamkan walaupun batang paip air sudah ditanam sejak lama, namun ianya tidak mengeluarkan air.

Ini menyebabkan sebahagian masyarakat di sini mencari alternatif dengan mengeluarkan modal sendiri membeli enjin mengepam air dari bawah tanah.

Namun ianya juga tidak me mana kerana kualiti air yang dipam itu didakwa sangat teruk dan berbau busuk.

Selain itu, penduduk juga didakwa mengeluh dengan masalah yang melanda Program Jelapang Padi dan Agropolitan yang terbengkalai sehingga menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

harakahdaily/-

Anwar dakwa cubaan tipu senarai daftar pemilih

Posted: 04 Nov 2012 11:13 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Anwar Ibrahim
Anwar dikawal ketat ketika hadir program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, malam kelmarin.
 
SEREMBAN –  Ketua Umum Paka-tan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat cubaan menipu dalam maklumat daftar pemilih apabila bagi suku keempat 2011 menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun.

"Jumlah yang dibekalkan seramai 12.4 juta untuk Mac. Tetapi yang diaudit dan diserahkan kepada kita adalah sebanyak 11.5 juta. Ini bermakna dalam masa setahun, jumlah daftar pemilih meningkat sebanyak 1 juta.

"Kemudian, SPR bagi penjelasan kononnya mereka tersilap membuat kiraan di negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini sudah nampak ketirisan maklumat dalam SPR," katanya berucap di hadapan 30,000 penyokong pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, terdapat juga maklumat daftar pemilih yang meragui sehingga ada maklumat pemilih yang tidak masuk akal.

"Sebagai contoh, pemilih bernama Nurkhanida dari Parlimen Serdang yang lahir pada 26 Oktober 1982 dan memohon menjadi pengundi pada 26 Oktober 1982.

"Begitu juga daftar pemilih bernama Naquib dari Parlimen Temerloh  yang lahir pada 18 Ogos 1979, tetapi menjadi daftar pemilih pada 16 Mei 1991 iaitu masih berumur 12 tahun.

Bagaimanapun, Anwar berkata, usaha dan percubaan menipu tersebut masih belum mendapat penjelasan dan jawapan rasmi daripada SPR.

sinar/-

Nurul Izzah: Saya sama sekali tidak terima murtad

Posted: 04 Nov 2012 11:08 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.

Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

malaysiakini/-

12 cedera bom meletup dekat hotel di Damsyik

Posted: 04 Nov 2012 11:07 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



DAMSYIK, Syria - Sebuah bom kereta meletup berhampiran hotel Dama Rose yang terletak di pusat bandar Damsyik semalam menyebabkan beberapa orang cedera, lapor sebuah stesen televisyen propemerintah.

Letupan kuat itu menggegarkan hotel itu dan menyebabkan kebanyakan tingkap hotel pecah, lapor stesen televisyen Ikhbariyeh TV.

Hotel itu pernah digunakan oleh pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika melawat Syria.
Menurut laporan televisyen itu, bom berkenaan diletakkan di bawah sebuah kereta dekat bangunan kesatuan sekerja.

Seorang ketua kesatuan sekerja, Mohammad Azouz memberitahu agensi berita The Associated Press, sekurang-kurangnya 12 orang cedera akibat terkena serpihan kaca dan dua daripada mereka parah.
Pertempuran antara kumpulan penentang dengan tentera Syria bermula sejak Mac tahun lalu yang mengakibatkan lebih 30,000 orang terbunuh.

Para penentang itu mahu Presiden Syria, Bashar Al-Assad digulingkan kerana gagal untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Nenek tiga cucu antara 70 calon matang duduki SPM di Kedah

Posted: 04 Nov 2012 11:05 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Hasanah (kanan) menjawab soalan pada peperiksaan SPM di SMK Guar Chempedak. FOTO Lim Poh Chin
Hasanah (kanan) menjawab soalan pada peperiksaan SPM di SMK Guar Chempedak. FOTO Lim Poh Chin 
 
YAN: Seorang nenek yang mempunyai tiga cucu merupakan antara 70 calon 'matang' yang mengambil peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat sini, hari ini.

Kesemua calon matang itu adalah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berusia antara 30-an hingga 55 tahun.

Hasanah Abdullah, 55, guru Kafa di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai impiannya untuk mengambil peperiksaan itu sejak 38 tahun lepas.

Katanya kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan masalah kewangan menyebabkan impiannya untuk mengambil peperiksaan itu seperti rakan sebayanya yang lain ketika berumur 17 tahun terkubur.

"Selepas ibu meninggal, saya mengambil tugas ibu menjaga adik-adik yang ketika itu masih kecil. Setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin daripada bapa agar membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu, hari ini.

Hasanah yang tinggal di Sungai Layar, Sungai Petani dan mempunyai enam anak, mengambil mata pelajaran teras dengan tambahan Bahasa Arab.

Hasanah yang belajar di sekolah swasta, Sekolah Menengah Langkasuka, Guar Chempedak berkata beliau mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk mengejar cita-cita masuk ke universiti.

Walaupun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat namun ia bukan penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademik, katanya.

Bagi Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, guru Kafa di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani pula, beliau tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu.

Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuknya berjaya dalam SPM.

"Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM. Saya bersyukur kerana anak saya sering membantu terutama dalam mengulang kaji pelajaran dan keluarga menjadi pembakar semangat untuk saya cemerlang dalam SPM," katanya.

Pemangku Pengetua SM Langkasuka, KS Maniam berkata pada tahun ini seramai 147 pelajar sekolah itu termasuk 70 guru Kafa dan enam jururawat menduduki peperiksaan SPM manakala bakinya calon mengulang semula SPM.

Beliau berkata calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda. - Bernama

10 individu ditipu syarikat jualan langsung

Posted: 04 Nov 2012 11:03 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

10 individu ditipu syarikat jualan langsung
Kulasegaran (tiga, kanan) bersama pelabur sebuah syarikat jualan langsung produk kesihatan berasaskan air laut dalam di perkarangan IPD Ipoh, semalam.
 
IPOH - Sekumpulan 10 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung di sini, apabila pelaburan yang dibuat tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan.

Difahamkan, ratusan pelabur sudah melaburkan wang membabitkan kerugian hampir mencecah RM2 juta kepada syarikat yang didakwa menjalankan penjualan produk kesihatan berasaskan air laut dalam (deep sea water).

Mangsa, S Kesavan, 23, berkata, dia terpengaruh dengan ejen syarikat tersebut yang menjanjikan pulangan mewah jika membuat pelaburan ke atas produk kesihatan tersebut.

Menurutnya, selepas berfikir panjang, akhirnya dia mengambil keputusan untuk membayar RM32,850 kepada ejen terbabit.

"Ejen terbabit turut berjanji akan memulangkan semula wang kami dalam tempoh enam bulan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian jika produk yang dipesan tidak diterima mengikut tempoh ditetapkan.

"Walaupun kami sudah membuat tuntutan bertulis ke atas syarikat itu supaya memulangkan semula wang kami, namun hingga kini tiada jawapan malah ejen yang berurusan juga lesap," katanya ketika ditemui semalam.

Kesavan berkata, pihak syarikat juga tidak mengeluarkan invois mengikut nama sebenar tetapi hanya menggunakan singkatan.

"Akibatnya ramai pelabur mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana terpedaya dengan janji manis ejen terbabit," katanya.

Berikutan itu, 10 individu terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, peguam mereka, M Kulasegaran berkata, pihaknya akan membantu dari segi khidmat guaman dan cuba mendapatkan semula wang yang ditipu oleh syarikat berkenaan.

Katanya, kebanyakan pelabur terdiri daripada golongan bawahan dan pertengahan yang sanggup melaburkan wang untuk mendapat keuntungan yang dijanjikan.

"Mereka yang membuat pelaburan sanggup gadai tanah, rumah, barang kemas, membuat pinjaman wang semata-mata untuk mendapat modal.

"Oleh itu, saya menasihati orang ramai supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang syarikat yang menawarkan skim pelaburan," katanya.

Kulasegaran turut menasihatkan orang ramai supaya memilih institusi kewangan yang diiktiraf  oleh Bank Negara Malaysia (BNM) jika mereka benar-benar ingin membuat pelaburan secara sah.

sinar/-

Warga emas dibunuh ketika jenayah dikata menurun

Posted: 04 Nov 2012 10:52 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan takziah kepada keluarga arwah mangsa dan mengecam sekeras-kerasnya kejadian jenayah di Sungai Besar semalam.

Katanya, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita jenayah zalim apabila seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) telah meninggal dunia akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal oleh dua orang perompak di rumah kedainya di Sungai Besar, Sabak Bernam pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, dan bekerja sebagai tukang jahit dan pembuat kuih.

Yang lebih menyayat hati, kejadian itu disaksikan oleh cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok.

Menurut keterangan cucunya, dua lelaki memakai sarung muka dan bersarung tangan serta bersenjatakan dua bilah parang telah memecah masuk melalui pintu belakang. Cucunya tidak melawan dan mendiamkan diri tetapi mangsa telah menjerit meminta tolong menyebabkan suspek menumbuk dahinya dan bertindak menekup muka mangsa dengan bantal sehingga lemas.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, bagi cucu dan keluarga arwah Sabariah, statistik yang diuar-uarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membuktikan pengurangan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah tidak mampu menenangkan hati.

"Dalam pada itu, kita juga menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar melakukan sesuatu untuk menangani dan mencegah jenayah-jenayah yang makin hari makin menjejaskan semua lapisan masyarakat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun kadar jenayah dikatakan telah menurun, pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan seorang warga emas di rumahnya sendiri ini adalah bukti bahawa jenayah seperti ini bukan sahaja melibatkan golongan atasan tetapi golongan bawahan juga.

Beliau menambah, jika rakyat miskin pun tidak dikecualikan daripada jenayah rompak dan bunuh, maka seluruh rakyat Malaysia juga boleh menjadi mangsa.

Justeru, ujarnya DAP berharap bahawa pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan dan tidak hanya mengambil tindakan apabila seorang yang kaya dan ternama yang menjadi mangsa.

harakahdaily/-

‘Kau nyanyi Anak Kampung’

Posted: 04 Nov 2012 10:43 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

MALU...rakaman video yang menunjukkan mangsa diherdik pegawai atasan.
MALU...rakaman video yang menunjukkan mangsa diherdik pegawai atasan. 
 
JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan mendakwa dibuli ala budak sekolah oleh dua pegawai atasannya apabila diarah berdiri di atas kerusi, sebelum diminta menyanyikan lagu Negaraku dan Anak Kampung, kerana kesalahan tidur ketika bertugas.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hospital awam, di sini pada 23 Oktober lalu dan aksi buli itu dirakam menerusi telefon bimbit seorang daripada dua pegawai terbabit. Rakaman itu disebarkan menerusi Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) kepada pengawal keselamatan syarikat yang sama kononnya sebagai pengajaran supaya mereka lebih berdisiplin.

"Apa yang mereka lakukan mengaibkan saya. Saya boleh terima teguran, tetapi mengapa mereka bertindak melampau dan merakam perbuatan itu sebelum berkongsi video berkenaan dengan orang lain.

"Saya malu. Maruah saya tercalar kerana apa yang dilakukan seolah-olah saya pelajar sekolah," kata pengawal keselamatan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil, 29.

Menurutnya, kejadian itu bermula apabila seorang daripada rakan sekerjanya melihat dia merenyuk surat tunjuk sebab yang diberikan ketua mereka, pada pagi hari kejadian.

"Kira-kira jam 4.30 petang saya diarahkan masuk ke pejabat dan berjumpa dua pegawai itu. Saya ingatkan hanya diberi amaran dan tidak menjangka dibuli mereka yang turut memaki saya.

"Malah, mereka turut merakam aksi menerusi telefon bimbit sebelum menyebarkannya," katanya.

Menurutnya, pada awal pertemuan itu, kedua-dua lelaki itu memaki dan mengherdik sebelum mengajaknya bergaduh kerana tak berpuas hati tindakan dia merenyuk surat yang menyatakan dia mengingkari arahan. "Saya hanya mendiamkan diri kerana takut dan pada masa sama, mereka menyatakan saya dihukum kerana terlena ketika bertugas.

"Sebelum ini, saya pernah bertugas lebih empat tahun di sebuah jabatan kerajaan di Pahang, sebelum dipindahkan ke sini, tidak pernah mempunyai masalah disiplin atau dihukum sedemikian di tempat kerja lama," katanya.

Jalil berkata, selain diarah berdiri di atas kerusi selama 10 minit dia juga disuruh menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat.

Katanya, walaupun ada pihak beranggapan hukuman luar biasa dijatuhkan kepadanya itu bertujuan mendisiplinkannya, dia kesal apabila apabila kejadian itu dirakam dan video disebarkan.

Berikutan itu, Jalil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, semalam.

Rakannya, yang hanya mahu dikenali sebagai Malek, 34, berkata, dia sedih dan terkilan apabila melihat rakaman video selama 16 minit itu.

Menurutnya, Jalil yang masih bujang baru bertukar ke sini dari Kuantan, Pahang dan orangnya agak 'lurus'.

"Saya difahamkan perbuatan itu bukan kali pertama. Sebelum ini, ada antara kami dihukum tekan tubi 20 kali disebabkan tertidur ketika bekerja atau berpakaian tidak kemas.

"Jika tak berpuas hati dengan prestasi kerjanya, pegawai berkenaan sepatutnya memberikan surat amaran atau memberi nasihat kepadanya," katanya.

metro/-

Gangguan bekalan air di Seremban, Jempol, Tampin, Gemencheh dan Rembau esok

Posted: 04 Nov 2012 10:42 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Jempol, Tampin, Gemencheh dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pengalihan paip dan penyelenggaraan loji rawatan air.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 9 pagi keesokannya (7 Nov) di Seremban melibatkan seluruh bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Batu-5 Jalan Kuala Sawah, Jalan Sa'ba, Jalan Rahang dan Jalan Labu Lama.

"Di Jempol, gangguan bekalan air bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam melibatkan Felda Sungai Lui dan Felda Lui Barat, manakala gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam di Tampin pula melibatkan Kampung Keru, Taman Repah, Kampung Repah, Kampung Seri Repah, kawasan industri Repah dan Taman Gunung Mas.

"Turut terlibat ialah kawasan industri Gunung Mas, Taman Woon, Taman Bahagia, Taman Tampin, Kampung Baru, Kampung Tampin Tengah, Hospital Baru Tampin, Kampung Dusun, Taman Tampin Jaya, Rumah Rakyat Repah, Kampung Kolam Air, Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian dan Taman Rasa Sayang," katanya di sini, hari ini.

Azlan berkata di Gemencheh gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam)  melibatkan Taman Orkid, Taman Gembira, Taman Gemencheh Baru, Ladang Regent, Taman Regent, Taman Muhibbah, kawasan Batang Melaka dan Kampung Punggor.
    
Sementara itu, gangguan bekalan air di Rembau pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam) melibatkan seluruh kawasan Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu, Legung  Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kampung Durian Daun, Kampung Pulau Besar, Kampung Pulau Bukit, Kampung Pulau Mampat, Kampung Fajar Harapan, Kampung Batang Nyamor, Kampung Chenong Ulu dan Kampung Lada.

Selain itu, gangguan juga berlaku di Mukim Tanjung Kerling, Batu Hampar, Taman Seri Rembau, Kampung Chuai, Pekan Rembau, Sena Ulu dan Hilir, Kampung Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kampung Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Mulia, Kampung Seberang Sawah, Kampung Perigi Jernih dan Kampung Tebing Tinggi.  

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat terutama di beberapa kawasan tinggi yang pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.- Bernama

Lagi ketua polis Afghanistan dibom

Posted: 04 Nov 2012 10:32 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Lagi ketua polis Afghanistan dibom
Serangan berlaku berhampiran pos kawalan polis daerah Danad
 
KABUL - Serangan bom jalanan di selatan Afghanistan mengorbankan seorang ketua polis daerah, susulan tindakan menambah bilangan sasaran pemberontak terhadap pasukan keselamatan negara yang kini sedang mengurangkan bilangan tentera asing.

Pegawai Tadbir Dand, wilayah Kandahar, Ahmadulah Nazik berkata, Rahmatullah Khan terkorban semasa cuba menghampiri pos kawalan polis yang dilaporkan telah ditawan Taliban, kelmarin.

Dalam kenyataan dikeluarkan dalam talian, Gabenor Tooryalai Wesa menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengutuk serangan yang dianggap sebagai musuh keamanan.

Sementara itu, tiada mana-mana kumpulan yang tampil bertanggungjawab terhadap serangan yang turut membunuh enam anggota pemberontak. Daerah Dand merupakan kampung halaman Presiden Hamid Karzai.

Serangan berdarah itu berlaku sehari selepas empat anggota polis ditembak mati oleh rakannya di selatan Helmand.

Jurucakap Taliban, Qari Jusuf Ahmedi berkata, pembunuh itu telah berpaling tadah dan menyertai kumpulan bersenjata. - Al-Jazeera

Pemandu teksi mati dikelar

Posted: 04 Nov 2012 10:17 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Pemandu teksi mati dikelar
 
Polis forensik sedang mengumpulkan bukti untuk menjalankan siasatan. - Foto Ihsan Sin Chew Daily
KUALA LUMPUR -  Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar di tempat duduk pemandu kenderaannya di Jalan Tun H.S Lee, awal pagi kelmarin.

Kejadian disedari orang awam kira-kira jam 12.44 pagi selepas mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan berasap.

Mayat lelaki berusia 26 tahun ditemui dengan keadaan mulutnya disumbat dengan kain dan kesan terbakar di tangan kiri mangsa dipercayai berpunca daripada baju mangsa dibakar penjenayah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di leher, tikaman di  dada dan belakang mangsa.

"Pemeriksaan awal tidak menemui senjata digunakan penjenayah dan semua pengenalan diri, dompet dan telefon bimbit tiada bersama mangsa.

"Siasatan mendapati teksi didaftarkan di sebuah syarikat di Ampang," katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berdekatan tempat kejadian untuk mengesan suspek.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurutnya, motif kejadian masih belum diketahui dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sinar/-

Siapa sebenarnya mati?

Posted: 04 Nov 2012 10:17 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

PANJANG UMUR...Sadisafizan ketika ditemu bual wartawan. Gambar kecil, foto dalam MyKad Sadisafizan yang hilang.
PANJANG UMUR...Sadisafizan ketika ditemu bual wartawan. Gambar kecil, foto dalam MyKad Sadisafizan yang hilang. 
 
KUALA LUMPUR: "Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati."
Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.

Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.

metro/-

Tiada jalan lain, Utusan terpaksa selamatkan Chu

Posted: 04 Nov 2012 10:16 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam.

"Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

"Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno," tambahnya lagi.

Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar.

Semalam, Chua mengeluarkan satu kenyataan panjang mendakwa bahawa beliau dan MCA hanya menentang hudud PAS dan menuduh Pakatan Rakyat memutar belit kenyataannya.

"Itulah yang orang terasa Chua sedang menghina intelek orang Melayu Umno. Masa Adun Johor buat usul hudud, beliaulah orang pertama yang menghinanya berkata beliau hilang idea dan kemudian kata nak keluar BN," kata sumber dalaman Umno itu.

Tambahnya lagi, orang dan pemimpin Umno juga terasa kecil hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata hudud tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam ditempelak Chua seperti beliau seolah-olah seorang menteri agama yang bodoh kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

"Jamil cuba damage control akibat keceluparan Chua dan MCA pada perhimpunan agung mereka, tapi Chua tak faham dan ego mempercayai bahawa keberanian menegur Jamil bakal membantu MCA mendapatkan kembali sedikit undi Cina. Tapi Chua tersilap, dan UMCEDEL dah buktikan isu hudud dah tak makan," terang sumber dalaman Umno itu kepada Harakahdaily.

Sumber dalaman Umno itu turut berkata dalaman Umno kini berpecah pada pendapat mereka terhadap Chua.

"Kem anti-1Malaysia tidak mahu lagi bersekongkol dengan Chua kerana merasakan Chua dan MCA sudah tidak berguna malah kini menjadi lebih tidak berguna dan berbahaya kepada undi Melayu yang mereka perlukan untuk kekal berkuasa.

"Kem pro-1Malaysia pula merasakan PRU13 BN akan tewas jika tiada sokongan bukan Islam dan mengharapkan serangan Chua bertubi-tubi pada PAS akan dapat mendapatkan kembali sedikit undi Cina pada BN," kata sumber dalaman Umno itu lagi.

Tapi segalanya berubah, kata beliau apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau sedia bertanding di Pekan sekiranya diarahkan oleh parti.

Sumber politik itu berkata kenyataan Hadi telah menjadikan slogan PAS ganti Umno kini betul-betul akan diperdebat dan dibandingkan oleh rakyat jelata berhubung tahap pemimpin PAS dengan pemimpin Umno.

""Isu itu menyebabkan orang bukan Islam terutamanya Cina dan Melayu kini terus membuat perbandingan antara PAS dengan Umno. Lihat barisan ini – Nik Aziz banding dengan Dr Mahathir, Najib dengan Hadi, Muhyiddin dengan Mat Sabu, Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), Husam (Musa) dengan Hishamuddin (Hussein), Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Tuan Ibrahim dengan Ahmad Maslan – Umno dah tewas 7-0 dari segi integriti, kebolehpercayaan dan amanah – dalam erti kata lain boleh ganti Umno dengan PAS," katanya.

Jadi penjelasan Chua, katanya, sudah terlambat bahkan merugikan dan merumitkan lagi keadaan kepada Umno.

"Kesian kat backbenchers Umno-BN yang mengambil isu-isu ekonomi untuk melawan Pakatan Rakyat… tiba-tiba Chua merosakkan semuanya kembali dengan kenyataan terbarunya," kata sumber itu lagi.

Perhimpunan Agung Umno akan datang, kata sumber dalaman Umno akan menentukan sama ada MCA diperlukan lagi atau tidak bersama Umno untuk menghadapi PRU13.

"Tidak mungkin tendang MCA keluar, tapi Umno akan menyuruh MCA menutup mulut sehingga PRU13 selesai. MCA dah tewas habis, cuma sekarang jangan susahkan Umno lagi," kata beliau.

harakah/-

Tiada jalan, lampu sejak merdeka

Posted: 04 Nov 2012 09:42 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

BATU GAJAH: Penduduk RPA Kampung Bemban, Batu Gajah kecewa dengan kerajaan kerana meminggirkan mereka sejak daripada Merdeka lagi.
 
Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, penduduk sering membuat aduan bahawa mereka terpaksa tinggal di rumah kediaman yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar di hadapan rumah. 
 
"RPA Bemban wujud lebih daripada 50 tahun, tetapi sehingga hari ini tidak ada jalan tar di hadapan rumah mereka," katanya.
 
Menurutnya, penduduk kampung tidak pernah didatangi oleh pemimpin-pemimpin BN untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
Bekas Speaker Dun Perak itu berkata, penduduk sudah bosan mengadu perkara ini kepada pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin tempatan.
 
"Selain daripada jalan tar, kawasan RPA Bemban juga tidak mempunyai lampu jalan.
 
"Ini menyebabkan kawasan itu amat gelap pada waktu malam. Perkara ini juga tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak selama ini.
 
"Penduduk RPA Bemban risau tentang keselamatan di kawasan itu, mereka merayu kepada pihak kerajaan untuk membantu memasang lampu jalan untuk keselamatan dan kebaikan semua," jelas beliau
 
 
Sivakumar berkata, beliau akan membawa perkara ini kepada perhatian Pejabat Pembanguan Luar Bandar  Batu Gajah dengan segera.
 
Beliau berjanji bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan masalah ini jika diberi mandate untuk memerintah selepas PRU13 nanti.
 
perakiter daily/-

PAS Perak sedia khidmat guaman percuma kepada mangsa AES!

Posted: 04 Nov 2012 09:40 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

IPOH: PAS Perak menerusi Jawatankuasa Strategik dan Isunya hari ini menyatakaan kesediaannya untuk memberi khidmat guaman secara percuma kepada mangsa kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, ini adalah respon daripada kenyataan Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry kadir yang enggan menangguhkan sistem pemantauan trafik itu.
Menurut Misbahul, tawaran tersebut adalah untuk rakyat Negeri Perak yang telah menerima notis saman tersebut tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik.
Katanya, barisan peguam daripada Jawatankuasa Strategik dan Isu akan mengelola proses saman tersebut.
"Tawaran ini adalah untuk mangsa saman AES yang inginkan pembelaan dan mempertahankan haknya dan kami secara terbuka akan membantu mereka tanpa sebarang caj guaman," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak.
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Safarizal Saleh serta barisan peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni.
Misbahul Munir menjelaskan, PAS Perak telah menyediakan perkhidmatan talian secara hotline kepada mangsa sistem tersebut.
"Kepada yang inginkan bantuan guaman bolehlah menghantar butiran kepada pihak kami di talian 0133493848.
"Kami sekali menggesa kerajaan negeri Perak untuk menanggungkan perlaksanaan sistem tersebut seperti yang dilakukan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana ianya jelas ditentang oleh rakyat yang melihatnya sebagai cara kerajaan membolot duit rakyat," tegas beliau.
Sementara itu, Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) berkata, berdasarkan penelitian pihaknya, saman yang dikeluarkan mengelirukan kerana menggunakan seksyen79(2) yang tiada kena mengena dengan had laju.
Menurutnya, kesalahan had laju mempunyai seksyen khusus yang termaktub didalam Akta Pengangkutan Jalan.
Kata beliau, tawaran ini juga telah dibuat oleh Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Dato' Mahfuz Omar baru-baru ini diparlimen dan pihaknya telah meneruskan usaha yang dilakukan itu untuk membela mangsa sistem yang mendapat bantahan ramai itu.
Zamri berkata, pihaknya telah menerima banyak respon daripada rakyat yang telah menerima saman tersebut dan secara keseluruhannya tidak berpuas hati dan ingin mencabar di mahkamah.

"Pihak kami akan memaklumkan kepada semua mangsa saman yang telah menghantar butiran kepada kami untuk mengadakan perjumpaan serta memberi taklimat tentang proses tersebut," jelasnya lagi.
 
 

AES: Kerajaan tak akan mansuh saman postal

Posted: 04 Nov 2012 08:08 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini.

"Berapa jumlah respon daripada pesalah yang menerima saman postal kemudian menjawab semula notis yang dikeluarkan PDRM.

"Apa jenis kamera yang digunakan PDRM, adakah sama dengan AES dan adakah menteri bercadang memansuhkan sistem ini setelah AES yang lebih kejam dan zalim dilaksanakan?" soal beliau.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Firdaus dalam soalan asalanya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang
dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Sementara itu, Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, rakyat kini terbeban dengan dua saman yang dikeluarkan iaitu daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaiman ia beroperasi, bukan terus saman," katanya.
 
HARAKAH/-

Penduduk New York masih terjejas

Posted: 04 Nov 2012 08:05 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
NEW YORK - Kekurangan bekalan petrol dan diesel semalam menjejaskan usaha-usaha pemulihan di lokasi yang dilanda taufan Sandy pada minggu lalu.

Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali pulih di kebanyakan kawasan Manhattan kelmarin selepas banjir melanda kawasan perumahan.

"Manhattan tidak lagi kelihatan seperti bandar hantu," kata seorang jurucakap syarikat elektrik Con Edison, Bob McGee.

Para kakitangan syarikat itu berusaha untuk memulihkan bekalan di sekolah yang dijangka dibuka semula pada hari ini.

Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, kira-kira 40 peratus penduduk tidak akan mendapat bekalan elektrik selama seminggu lagi.


 
Ketiadaan bekalan elektrik itu akan menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan alat pemanas ketika cuaca sejuk melanda.

Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS), kira-kira 550,000 penduduk tidak mendapat bekalan elektrik di Pulau Long.

Sementara itu, polis di New Jersey meningkatkan angka kematian kepada 22 orang sekali gus menjadikan jumlah korban taufan tersebut di AS ialah 109 orang.

Para pegawai di sini turut mengumumkan bahawa beberapa buah trak tentera akan membawa 38 liter minyak untuk diberikan kepada para pemandu secara percuma.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur AS sehingga hampir menenggelamkan bandar raya ini pada Isnin lalu. - Agensi

Januari kemuncak kebangkitan rakyat, kata Mat Sabu

Posted: 04 Nov 2012 08:00 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
 
SEREMBAN – Kemuncak program Himpunan Kebangkitan Rakyat akan diteruskan PR di Kuala Lumpur,Januari tahun depan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya yakin program himpunan akhir itu bakal mengumpulkan lebih 1 juta kehadiran rakyat setelah melihat sambutan ramai pada pelancaran program tersebut sekalipun berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

"Malam ini hanya pelancaran dan selepas ini kita akan adakan himpunan kedua pada 16 November di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu dan saya berharap rakyat dapat terus menyokong program himpunan ini di setiap negeri.

"Seterusnya akan diikuti  himpunan peringkat zon di Pahang, Kedah, Johor Bahru dan Perak. Manakala himpunan pada peringkat negeri yang dihadiri pimpinan lapisan kedua akan dimulakan di Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan lain-lain sebelum kita akhirnya bersama-sama berkumpul di Kuala Lumpur iaitu pada Januari tahun depan," katanya.

Menurutnya, program dan himpunan itu diadakan bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sekali gus memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Pengarah Program berkata, pemilihan pelancaran program di negeri ini berikutan PR yakin Negeri Sembilan negeri paling awal   dirampas PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita jangkakan hari mengundi, pada jam 7 malam kita sudah mengetahui bahawa Wisma Negeri akan ditawan PR," katanya.

SINAR/-

Syria: Rakyat mangsa, pemimpin berlaga, musuh untung

Posted: 04 Nov 2012 07:57 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -





Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara Arab di Asia Barat, bersempadankan Lubnan dan Laut Mediterranean di sebelah barat, Turki di utara, Iraq di timur, Jordan di selatan dan negara haram Israel di sebelah barat dayanya. Syria adalah termasuk di kalangan negara Arab yang turut menerima arus perubahan kebangkitan rakyat.

Umum menyangkakan bahawa sepatutnya perubahan akan lebih mudah berlaku di Syria berbanding negara lain kerana rakyat majoriti besarnya iaitu 74% adalah muslim-sunni manakala kerajaannya pula dikuasai oleh golongan minoriti Alawi (lebih kurang 3 % – 4 %) berideologikan sosialis Parti Ba'ath paling kiri di kalangan negara Arab.

Dari segi hubungan dengan negara jirannya, terdapat tanda-tanda sejak awal yang menunjukkan adanya hubungan sulit antara Syria sendiri dengan negara Barat dan negara haram Israel, walau pun secara zahir sikapnya menunjukkan keras terhadap mereka khususnya Israel. Namun yang nyata ialah sejak awal sehingga kini, Syria tidak menjadi sasaran serangan terbuka daripada Israel seperti yang dialami oleh Lubnan, Iraq dan Sudan.

Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh, bahawa adanya kerjasama melalui beberapa tindakan membantu pihak Barat apabila menghalang dengan keras terhadap pengaruh politik Islam yang menjadi ancaman terbuka kepada Israel dan Barat, disamping Syria mendapat dukungan kuasa besar Rusia dan China.

Kebangkitan rakyat berlaku sejak awal 80-an yang dipimpin oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Pada ketika itu, Bandar Hama yang paling kuat pengaruh Islam menjadi mangsa kekejaman. Puluhan ribu rakyat menjadi korban mangsa kezaliman kerajaan Parti Ba'ath Alawi pimpinan Presiden Hafez al-Assad (1970 – 2000). Media tidak membuat liputan, manakala negara Arab lain dan jirannya diam membisu. Maklumat hanya melalui berita kecil dalam ruang yang sempit. Majoriti rakyat bermazhab Sunni bernaung dan berpijak di atas bara yang membakar. 
Kalangan ulama yang berani dan pemimpin anti kerajaan terpaksa menjadi mangsa dipenjara, ada dibunuh dan ada yang hidup dalam buangan di luar negara. Hanya kalangan yang menyembunyikan diri atau membisu boleh menyelamatkan diri. Adapun kalangan pengampu mendapat liputan yang sebaik-baiknya dan diletak ditempat penting dalam urusan agama Islam untuk menjadi topeng melindungi kesesatan dan kezalimannya.

Mantan diplomat Amerika yang menulis makalah mengenai Fundamentalisme di Asia Barat sejak dua puluh tahun lalu, mendedahkan pengetahuan Barat yang mendukung demokrasi dan hak asasi manusia, bahawa mereka tahu dan faham kedudukan di Syria. Pihak Barat menyedari bahawa kerajaan minoriti Alawi Parti Ba'ath menguasai majoriti golongan Sunni yang kuat beragama dan betapa Hafez al-Assad dan anaknya berlakon sembahyang dan berbagai ibadat yang tidak ada dalam ajaran Alawi, demi menghalang kumpulan Islam yang menjadi ancaman paling bahaya kepada Israel dan kepentingan Barat.

Dalam senario sebegini, Bashar al-Assad pula bermain politik talam banyak muka, apabila dari satu sudut dilihat membenarkan para pejuang Palestin daripada Hamas dan Jihad, membenarkan Syria menjadi laluan bantuan pihak tertentu kepada Palestin dan Hezbollah dengan bebas, bahkan diberi kemudahan membuka pejabat, pusat latihan dan kemudahan yang lain; manakala di satu sudut yang lain mempunyai hubungan sulit dengan Barat dan Negara haram Israel. Adapun seluruh negara Arab yang lain tidak memberi tempat dan peluang sepertinya. Sebaliknya pula Bashar al-Assad mengharamkan kumpulan Islam yang sama sekiranya terdiri daripada rakyat Syria sendiri.

Kebangkitan rakyat yang berwajah Islam, secara demonstrasi aman pada awalnya mendapat sambutan rakyat. Tiba-tiba mendapat perhatian dunia luar khususnya negara Barat yang ada kepentingan masing-masing dan Israel, sama ada pergantungan sumber tenaga petrol dan gas, atau pergantungan dengan negara Zionis yang berpengkalankan di negara haram Israel. Dua perkara yang dianggap rukun hidup kepada barat : Minyak dan Israel.

Setiap pengamat politik yang insaf wajib melihat kepada aspek yang penting tersebut, sebelum menentukan sikap yang adil dan istiqamah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama parti-parti Islam di negara lain mengadakan wacana khas bagi menangani isu ini.

Kami berpendapat bahawa Regim Bashar wajib diturunkan oleh rakyat Syria dan digantikan dengan kumpulan Islam tulen dengan proses demokrasi yang sebenarnya dan adil. Campur tangan asing hendaklah ditentang habis-habisan. Kerajaan Islam Iran juga hendaklah menarik sokongannya terhadap regim yang zalim itu, demi menjaga maruah negara itu kepada umat Islam. 
Negara-negara Arab dan berjiran seperti Turki pula jangan menjadi hamba kepada negara Barat yang menjaga keselamatan Israel, minyak dan gas, dan bukannya ikhlas terhadap rakyat Syria yang dizalimi. Barat bukan sahaja dilihat bahkan terus bertindak dengan menunjukkan usaha mereka yang jelas untuk mencari pemimpin pro Barat yang lebih menjaga kepentingan mereka selain daripada Bashar, dan bukannya melihat kepada kepentingan 74% umat Islam di Syria. Selagi pemimpin yang dikehendaki oleh pihak Barat ini tidak berhasil, maka Bashar akan terus dikekalkan, kerana mereka berpendapat bahawa kedudukannya lebih baik di kalangan yang zalim itu daripada yang lain.

Negara Arab, Turki dan Iran pula sepatutnya bersatu menghadapi negara haram Israel, bukannya berkhilaf dalam isu Syria sehingga terperangkap dengan agenda musuh timur dan barat. Semua pihak perlu kembali kepada sejarah secara ikhlas, meninggalkan kepentingan mazhab, fanatik perkauman dan kerusi singgahsana masing-masing. Ingatlah bahawa semua negara besar itu turut terlibat dalam penubuhan negara haram Israel tahun 1948, dan masih terus mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sehingga kini. Mereka jugalah yang terus membuat desakan supaya negara Arab dan Islam untuk menerima Penyelesaian Two State Solution, antaranya menerusi Persidangan Annapolis pada November 2007; yang membahagiakan dua negara iaitu satu untuk Zionis dan satu untuk Arab Palestin (satu pembahagian yang zalim dan khianat).

Sekiranya negara-negara Arab, Iran dan Turki saling menyatukan sumber tenaga manusia, sumber semula jadi di perut bumi dan teknologi yang sudah mencapai kemampuan menghadapi cabaran, maka sudah tentu ancaman negara haram Israel ini dapat diatasi.

Hingga kini kita masih terus menunggu setakat mana pencapaian Resolusi Makkah daripada sidang kemuncak OIC yang berlangsung pada bulan Ramadan lalu. Penyelesaian sebenar hanya akan dicapai apabila OIC dibebaskan dari berkiblat ke arah kuasa asing dan mula berkiblatkan Kaabah di Makkah. Perhatikan sehingga mana usaha penemuan susulan OIC di kalangan empat negara penting terdekat dengan masalah yang sedang berlaku iaitu : Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran. Atau adakah Syria akan atau sedang turut menjadi medan ujian senjata kuasa barat dan timur, di mana negara-negara jiran menjadi pengkalan bekalannya, dibayar pula dengan duit dan minyak Arab, akhirnya yang kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang.

Penyelesaiannya ialah memperkasakan OIC, supaya benar- benar mewakili umat Islam. Syria adalah medan paling sesuai supaya dipulangkan hak kepada rakyat dengan pilihanraya adil secara langsung di bawah kendalian OIC. Pemimpin negara menjadi ujian sama-sama beramanah atau bersedia jadi pengkhianat dan menerima hukum Allah Yang Maha Adil.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Pengakuan Chua: BN perlu bentang hudud di parlimen

Posted: 04 Nov 2012 07:56 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah membentang rang undang-undang yang merangkumi hudud untuk menghentikan MCA mempolitikkan hukum itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar.

"Oleh kerana Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) kata pihaknya hanya menolak hudud versi PAS, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selaku ketua kerajaan BN yang diterajui oleh Umno bertanggungjawab membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen yang merangkumi perlaksanaan hudud.

"Saya yakin MCA akan menghentikan penentangannya kerana undang-undang berkenaan digubal dan dibentangkan oleh BN dan bukan lagi hudud versi PAS.

"Saya juga yakin MCA tidak akan mempolitikkan hudud lagi jika BN yang menggubal dan membentangkannya untuk diluluskan oleh Parlimen memandangkan Chua sendiri yang menyatakan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar," kata beliau.

Serentak dengan itu, Mahfuz meminta BN khususnya Umno dan MCA membuktikan bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh PAS dan diluluskan oleh dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu tidak berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

"Sekarang Chua bercakap tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

"Saya berharap sangat Chua dan saudara-saudara seperjuangannya di dalam Umno membuktikan tanpa sebarang keraguan berdasarkan hujjah-hujjah yang kukuh bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah yang dibentangkan oleh PAS dan diluluskan oleh dewan undangan negeri Kelantan dan Terengganu tidak berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

"Chua dan taiko-taikonya di dalam Umno boleh mengajak (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) untuk bersama-sama membuktikan perkara itu memandangkan bekas Presiden Umno itulah yang menjadi pencipta dan pelopor istilah hudud PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga berharap Umno menyatakan bahawa ia bersedia menggubal dan membentangkan undang-undang yang merangkumi undang-undang hudud bagi menjaga nama baik agama Islam.

"Di samping melaksanakan kewajipan, Umno bertanggungjawab kepada Allah untuk menggubal dan membentangkan undang-undang yang merangkumi undang-undang hudud bagi menghentikan perbuatan jahat MCA menggunakan alasan hudud versi PAS bagi meneruskan tindakannya menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia," katanya.

Selagi Umno tidak berbuat demikian, katanya, parti itulah yang bertanggungjawab memberikan ruang dan alasan kepada MCA menggunakan alasan hudud versi PAS bagi meneruskan tindakannya menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

Mahfuz mengingatkan, jika selepas ini MCA terus menggunakan alasan hudud versi PAS untuk menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia, Umnolah yang bertanggungjawab mendorong MCA berbuat demikian.

"Menggunakan alasan hudud versi PAS bukan sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak kerajaan PAS di Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah.

"Presidan PAS pada masa itu lagi, Almarhum Datuk Fadzil Noor meminta Umno mengemukakan undang-undang merangkumi hudud yang parti itu yakin berdasarkan Islam sebenarnya," katanya.

Tetapi, kata Mahfuz lagi, Umno sengaja enggan berbuat demikian kerana ia tahu keengganannya itu akan membolehkan alasan hudud versi PAS terus digunakan untuk menghina Islam dan menyebarkan ideologi Islamofobia seperti yang dilakukan oleh MCA.

HARAKAH/-

Gambar terbaik perangkap had laju

Posted: 04 Nov 2012 07:53 PM PST

20 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Gambar ini diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.

Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed trap' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed trap' ni.

Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed trap'di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j.

Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik.

Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas.

Foto ~cikgu din










Salam Perjuangan

Posted: 04 Nov 2012 11:21 PM PST

Salam Perjuangan


HUDUD DAN MASYARAKAT CINA

Posted: 04 Nov 2012 08:04 PM PST

20 Dzulhijjah 1433 H | 5 November 2012

4 NOV — Pendedahan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, UMCEDEL mengenai pemahaman masyarakat Cina terhadap hudud baru-baru ini, nyata membuka mata ramai pihak. Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. 

Lebih signifikan, bilangan peratusan mereka yang menerima pelaksanaan hukum hudud di negara ini meningkat dari 12 peratus dalam tinjauan terdahulu kepada 24 peratus dalam tinjauan terbaru. 


Ini merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus. Manakala peratusan masyarakat Cina yang tidak pasti dengan hudud telah menurun daripada 38 peratus sebelum ini kepada hanya 25 peratus. 


Apa yang menarik mengenai tinjauan pendapat tersebut ialah generasi muda Cina telah mempamerkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding golongan yang lanjut usia. 


Kesemua hasil tinjauan pendapat UMCEDEL itu jelas menidakkan tanggapan selama ini bahawa masyarakat Cina mempunyai persepsi serong terhadap hudud. 
Pastinya, pendedahan ini bakal mengundang perasaan gundah-gulana kepada parti MCA yang begitu lantang membantah pelaksanaan hudud.

Persoalannya, apakah pucuk pimpinan MCA di bawah kendalian Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan memberi perhatian kepada kajian ini, atau meneruskan agenda untuk menentang hudud dan menolak bulat-bulat kajian itu? 


Sekalipun bilangan responden Cina yang ditemuramah tidak sebanyak mana, namun bilangan kecil responden juga mewakili suara hati akar umbi. 


Nyata, beberapa mesej tersirat dapat disimpulkan menerusi tinjauan pendapat itu. Antaranya, masyarakat Cina kini sudah makin celik dan berpengetahuan. Berbekalkan pengetahuan yang dimiliki dan ditambah pula dengan pendedahan terhadap ICT, maka tidak mustahil orang Cina tidak akan menerima sebarang propaganda secara membuta-tuli. 


Orang Cina juga menghantar mesej kepada MCA bahawa hudud bukanlah isu utama yang dibimbangi mereka. Sebaliknya, isu-isu yang bersifat seharian seperti jenayah, rasuah, kos sara hidup dan keselamatan yang mendominasi pemikiran mereka. 


Dalam keadaan ekonomi global yang masih terumbang-ambing, soal kelangsungan hidup makin kuat kedengaran.  Jika kita meneliti kembali isu-isu yang mendominasi pada PRU ke-12 lalu, kebanyakan isu yang menjadi tumpuan masyarakat Cina bukannya hudud. 


Malah sebagai seorang pengundi, isu-isu yang bersifat seharian inilah yang  akan mempengaruhi pertimbangan parti politik yang akan disokong penulis kelak. 


Apabila MCA baru-baru ini beria-ia menghentam pelaksanaan hukum hudud atas dasar ia akan mengheret negara ke kancah kemunduran, ada baiknya isu berkenaan tidak dipanaskan sebegitu rupa. 


Walaupun bukan beragama Islam, penulis yakin dan percaya ada manfaatnya jika segala kekeliruan dan kecelaruan pihak berkaitan terhadap hudud diperjelaskan dengan sebaik-baiknya. 


Oleh itu, penjelasan yang diberikan oleh tokoh-tokoh agama sedikit sebanyak dapat membantu meleraikan kekeliruan yang berbangkit. Walaupun secara prinsipnya MCA tidak akan berkompromi dalam isu hudud, tetapi sekurang-kurangnya dengarlah penjelasan oleh tokoh-tokoh agama terlebih dahulu. 


Usahlah membuat tanggapan atau persepsi melulu bahawa hudud adalah negatif dan memudaratkan.  Isu agama bukanlah sesuatu yang boleh dibangkitkan secara sewenang-wenangnya. 
Apa faedahnya isu ini terus digembar-gemburkan hingga kecoh jadinya di seluruh negara? Mengapa tidak MCA mengambil pendirian yang lebih pragmatik dalam mendidik masyarakat Cina dalam isu hudud? 

Di manakah kewajaran untuk terus bertegas tetapi pada masa yang sama, kefahaman masyarakat Cina terhadap isu itu semakin meningkat? Tidakkah strategi sedemikian hanya memakan diri? Bukankah ini juga bercanggah dengan realiti semasa? 


Hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia, menuntut kita semua untuk bertoleransi antara satu sama lain. Apa yang tidak difahami dan tidak jelas, maka diperjelaskan kepada golongan yang terbabit. 


Tidak rugi untuk MCA mendengar penjelasan tokoh-tokoh agama mengenai hudud. Tidak rugi juga untuk masyarakat Cina mendengar perkara yang sebenarnya. Soal untuk menerima atau membantah hukum hudud, itu soal kedua tetapi kesediaan mendengar itu adalah langkah permulaan yang baik.


Sama ada masyarakat Cina menerima pelaksanaan hudud atau tidak, masih terlalu awal untuk menentukannya. Tetapi apa yang pasti, masyarakat Cina perlu diberi kebebasan untuk menilai apa yang baik dan apa yang tidak baik.


Sebarang bentuk paksaan atau amaran yang dilakukan parti tertentu mungkin memberi kesan yang sebaliknya. Tidak semestinya semua strategi yang digunapakai akan memberi kesan yang dimahukan. 

* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Nov 2012 09:28 PM PST

PAS Negeri Sembilan


PAS NS tidak sia-siakan harapan Pakatan Rakyat

Posted: 04 Nov 2012 05:00 PM PST


4 Nov 2012 

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negara selepas PRU13 nanti.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Taman Seremban Jaya semalam merupakan satu kenyataan besar Pakatan Rakyat.

Katanya yang juga berbangga apabila Negeri Sembilan yang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama bagi program julung kalinya diadakan itu.

"Kami berbesar hati setelah menjadi tuan rumah yang pertama untuk program ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat pusat," katanya kepada Harakahdaily. 

Beliau percaya, Negeri Sembilan kini di ambang perubahan apabila kehadiran rakyat berbagai-bagai bangsa dari Melayu, Cina dan India bersatu di bawah satu program yang terbesar.

Tambahnya, dengan tema yang amat sesuai memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat ditambah pula ucapan barisan pimpinannya yang bertenaga dan membakar semangat hadirin yang hadir, merupakan petanda yang baik.

"Walaupun di awal program pihak penganjur berdepan dengan segelintir pihak yang cuba menganggu dan membuang poster program," katanya.

Apa yang mengharukan, katanya walaupun hujan turun mencurah-curah namun kehadiran orang ramai tidak menghampakan.

"Alhamdulillah, hujan berhenti di saat-saat ucapan pimpinan Pakatan Rakyat bermula. Walaupun diawal program hujan turun dengan lebatnya," tambah beliau ketika dihubungi.

Beliau difahamkan, akhbar berbangsa Cina dan beberapa akhbar lain melaporkan tidak kurang 30,000 kehadiran peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.

Himpunan Kebangkitan Rakyat akan disemarakkan lagi di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Baru Kelantan pada 16 November nanti.

Nazim Adventure Camp 2012

Posted: 04 Nov 2012 05:11 AM PST

30,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun hujan

Posted: 03 Nov 2012 09:34 PM PDT


11:05AM Nov 4 2012

Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi.

Padang yang digenangi air dan berlumpur, tidak mematahkan semangat mereka berpayung dan berbaju hujan serta berdiri di tengah padang sewaktu hujan renyai bagi mendengar penjelasan isu-isu semasa daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Himpunan anjuran gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu sebagai permulaan sebelum diteruskan di beberapa buah negeri bagi menyokong tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil.

"Kenapa kita memilih Negeri Sembilan, kerana ia negeri paling awal kita akan berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Bila tiba mengundi, jam 7 malam (keputusan diumumkan), Wisma Negeri kita telah tawan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Wisma Negeri merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Hassan

Kata-kata pemimpin PAS yang mesra dipanggil 'Abang Mat' itu - juga merupakan pengarah program - diiringi tepukan dan sorakan hadirin yang hadir.

'Ayam sabung' PAS itu juga berkata perhimpunan seumpama itu, bakal diteruskan di Stadium Muhammad ke-IV di Kelantan pada 16 November ini sebelum diikuti di beberapa negeri mengikut zon - Pahang, Kedah, Johor dan Perak.

Perhimpunan itu juga kemudiannya, akan diteruskan oleh kepimpinan Pakatan di peringkat negeri yang melibatkan antaranya Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, tambahnya.

Mohamad Sabu berkata acara kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Januari tahun depan dengan sasaran sebanyak sejuta rakyat akan berhimpun di situ.

"Perhimpunan seluruh rakyat di Kuala Lumpur di antaranya menyokong tuntutan BERSIH, (dan) tuntutan rakyat (yang akan disertai) tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (royalti), Oren (Felda), Kuning (BERSIH) atau apa-apa warna sekalipun," katanya.

Sebelum itu, ketua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyampaikan ucapan yang pada umumnya menyatakan kehadiran puluhan ribuan di situ sebagai indikasi bahawa Pakatan Rakyat mampu menguasai Wisma Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Mohd Taufek Abdul Ghani, Anthony Loke (Ketua DAP Negeri Sembilan) dan Datuk Kamarul Baharin Abbas (ketua pimpinan PKR negeri).

Sementara itu, dalam ucapannya, Anthony menegaskan DAP berjanji akan bertungkus-lumus untuk mengalah MCA, Gerakan dan MIC di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya juga mahu tuan-tuan berjanji di mana kerusi PAS atau PKR bertemu Umno, adalah menjadi kewajipan kita untuk habiskan (kalahkan) Umno dan BN. Marilah sama-sama kita jatuhkan BN," katanya yang diirngi tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Beliau sekali lagi menempelak Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwanya "biadap" dengan menghina Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengulangi janjinya untuk membelanya.

"Jika agama Buddha dihina (sekalipun), saya yakin pemimpin PAS juga akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin PKR akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya," katanya yang juga ahli parlimen Lobak.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya memeterai dengan membaca satu persefahaman untuk mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh negeri serta Tonggak Nan9 iaitu janji untuk membela rakyat termasuk Orang Asal jika diberi kepercayaan mentadbir negeri itu.

Selepas itu, Sasterawan Negara dan Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said kemudiannya, mendeklamasikan puisi bertajuk 'Pelamin Kuasa' yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

DUN CHINI

Posted: 04 Nov 2012 07:28 PM PST

DUN CHINI


UCAPAN TUAN GURU HJ HADI DI SEREMBAN

Posted: 04 Nov 2012 01:23 AM PDT



 Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysiamengubah cara berpolitik di negara ini kepada cara baru iaitu cara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.

"Cara B
N cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama.

"PAS parti islam dari pelbagai kaum. Adajuga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP.

"Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini.

Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padangusang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.

Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya.

Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini.

Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN.

"Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi.

Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar."

"Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan.

Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama."

Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam.

Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah.

"Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan Indiayang miskin kerana mereka juga mesti dibela.

"PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu. (Harakahdaily)

Rembau Hari Ini

Posted: 04 Nov 2012 07:18 PM PST

Rembau Hari Ini


Tabung Pilihanraya PAS Rembau

Posted: 03 Nov 2012 09:38 PM PDT


Jabatan Pilihanraya PAS Rembau masih memerlukan dana untuk menghadapi pilihanraya. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Tabung Pilihanraya PAS Rembau boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7
atau hubungi Sdr Hamizi 012-2832458 atau Sdr Hassan 019-2171942

Tiada ulasan:

Catat Ulasan