Puteri Bahagian Segambut Posted: 17 Oct 2012 11:39 PM PDT Chamil Wariya: Apa dah jadi? Posted: 16 Oct 2012 11:23 PM PDT Dato 'Chamil Wariya, lelaki di sebalik kontroversi cerpen yang dikatakan berkaitan dengan Teresa Kok telah kini kembali menikam bekas majikan Utusan Malaysia. Walau bagaimanapun,saya lebih berminat untuk mengkaji kenyataan beliau kepada media dan menunjukkan orang ramai bahawa lelaki ini adalah hipokrit sebenar. Pertama sekali, merujuk kepada Malaysiakini, ia menyatakan bahawa:
Institut Akhbar Malaysia pengerusi Chamil Wariya dan Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada Seputeh MP Teresa Kok kerana difitnah dalam artikel bertajuk Politik Baru YBJ, yang diterbitkan oleh edisi Ahad harian tersebut pada Okt 12, 2008. Ok, saya tidak mempunyai masalah dengan seseorang yang meminta maaf jika mereka salah (tidak seperti Teresa Kok: Baca di sini), namun saya mempunyai masalah apabila seseorang menipu dan menikam bekas majikan mereka. Berikut adalah kenyataan dari peguam Chamil: Zalil peguam Chamil Mohd Mess dalam satu kenyataan memohon maaf dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, tanpa perjanjian Chamil.
"Bukan sahaja telah kerja saya telah diubah oleh Utusan Malaysia, saya tidak berunding mengenai perubahan tersebut.
"Bagaimanapun, mereka menggunakan nama saya dalam artikel dan saya tidak dibayar honorarium untuk kerja-kerja saya,"
Walau bagaimanapun, saya mendapati kenyataan ini oleh peguam Chamil sangat menghina dan rakyat Malaysia tidak bodoh. Jika benar-benar Utusan telah mengubah cerpen Chamil, boleh Chamil berkongsi dengan publik kisah asal beliau bahawa yang telah diserahkan kepada Utusan?
| |
PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS Posted: 17 Oct 2012 11:17 AM PDT KUASA POLITIK : MILIK MELAYU SELAMANYA ? Posted: 16 Oct 2012 06:59 PM PDT KUASA POLITIK : MILIK MELAYU SELAMANYA ?
Terdapat 2 kenyataan dalam membincangkan isu tersebut di atas.
Dua kenyataan tersebut adalah dari petikan berikut ; Kenyataan Pertama: "Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority". Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam) Kenyataan Kedua "Ekonomi dan perniagaan telah muncul sebagai kekuatan yang menentukan politik dan sosial dalam negara Buku Wawasan 2020 - Terbitan Institut Kajian Dasar tahun 1993 Kedua - dua kenyataan tersebut di tambah dengan puluhan kenyataan lain yang pernah di buat oleh kepimpinan dan para akademik negara ini telah menegaskan bahawa kekuatan ekonomi wajib ada dan kekuatan ekonomi ini lah yang akan menentukan bukan sahaja pemilikan kuasa politik oleh orang - orang Melayu malah "survival" kaum itu sendiri. Menyedari keperluan penguasaan Ekonomi sebagai pra - syarat penting dalam menentukan genggaman kuasa politik maka persoalan " Kuasa Politik" - Milik Melayu selamanya harus di ukur dengan mengambil kira kekuatan pegangan ekonomi orang - orang Melayu. Bagi yang menyanggah perkara ini dengan mengatakan bahawa kuasa politik dengan gubahan dasar akan dapat mencengkam kuasa politik maka kita harus merujuk kepada kenyataan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1956 yang berbunyi; "Perbezaan kaum berlaku tahun 1956 lagi. Orang - orang Melayu sedia memberikan hak - hak yang munasabah dan patut kepada orang - orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak - hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa - bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah di perbuat oleh orang - orang Melayu. Sungguh pun ada jaminan hak - hak keistimewaan Melayu dan Perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali mencegah atau menyekat bangsa lain yang bukan Melayu daripada mencari kekayaan dan kesenangan dan lagi sehingga sekarang hak - hak keistimewaan itu masih belum lagi menghasilkan keadaan setaraf Melayu dengan bangsa - bangsa lain". Tuanku Abdul Rahman ( Malaya Merdeka 26/04/1956) Kenyataan Tuanku Abdul Rahman dapat di lihat sebagai penegasan bahawa kekuatan politik atau kuasa politik dalam penentuan dasar - bagi menjamin hak keistimewaan Melayu tidak akan dapat meletakkan Melayu setaraf dengan bangsa - bangsa lain apabila pegangan ekonomi Melayu tertinggal jauh ke belakang. Justeru itu meletakkan kekuatan Melayu pada kuasa politik dan menetapkan kuasa politik tersebut sebagai "ultimate weapon" untuk terus menjadikan Melayu relevan di tanah air sendiri amat meleset. Harus di peringatkan bahawa pembelian wang dengan wang adalah sesuatu di tidak realistik tetapi pembelian kuasa dengan wang adalah sesuatu yang lebih realistik dan mampu berlaku. Beberapa pengertian kepada fakta ini sudah cukup untuk kita melihat betapa pentingnya kuasa ekonomi dalam dunia hari ini dan dalam konteks Malaysia dan Melayu, begitu besar risiko yang di ambil oleh orang - orang Melayu jika kita hanya beranggapan bahawa kuasa politik dapat melalui kuasa ekonomi dan Melayu akan terus relevan andai hanya berpegang dengan kuasa politik. Sungguhpun begitu penyanggahan pengertian terhadap kenyataan di atas baik oleh Dato Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan buku - buku koleksi penulisan oleh Institut Kajian Dasar masih boleh di buat dengan alasan pegangan kuasa politik itu di imbang dengan tanggungjawab dan moral kepimpinan. Kuasa politik dengan pengimbangan nilai moral dan tanggungjawab Pakar Pemikir pengurusan di petik mengatakan bahawa "Power must always be balanced by responsibility otherwise it is tyranny". Ini juga bersesuaian dengan satu kertas kerja yang di bentangkan dan di bukukan dalam Wawasan 2020 - Menangani Wawasan 2020 - 1993 Institut Kajian Dasar yang memetik sebagai berkata; - meninggalkan nilai - nilai moral dalam kehidupan sosial , politik dan ekonomi - memencilkan nya akan menyebabkan kehidupan bermasyarakat hanya di pandu oleh kepentingan sempit kumpulan ; dan sekiranya di baca dalam kontes Melayu dalam Bahaya maka ini akan menjerumuskan kita kepada keruntuhan bangsa kita serta mengarahkan bangsa kita kepada keruntuhan - baik pegangan kuasa politik mahupun ekonomi sekiranya kuasa yang ada tidak di laksanakan dengan penuh kesedaran, penuh dedikasi dan untuk melunaskan amanah yang telah di berikan menerusi perlaksanaan demokrasi yang ada di negara kita ini. Pegangan kuasa politik akan dapat menentukan peningkatan dan kemajuan bangsa baik dalam apa segi sekali pun sekiranya kuasa yang di mandatkan oleh rakyat kepada pemegang amanah tidak di gadai untuk kepentingan individu atau beberapa kumpulan dalam bangsa itu sendiri. Justeru itu kepimpinan yang di amanahkan oleh rakyat - mengimbangi kuasa yang ada dengan kesedaran serta tanggungjawab akan dapat menaturalisasikan idea yang mengatakan bahawa kuasa politik dapat di lemahkan lantas di gadai dengan kekuatan bangsa lain terhadap pegangan ekonomi. Tertarik dengan kebangkitan kuasa politik Melayu dalam zaman - zaman awal kemunculan atau pembentukan kuasa politik Melayu di tanah air ini maka satu kenyataan yang seharusnya tidak di pandang lekeh oleh kita hanya kerana ianya di keluarkan oleh bekas kepimpinan UMNO yang juga pengasas UMNO. Kenyataan ini harus di teliti; "Dalam meneliti kepimpinan masyarakat Melayu, Onn ( Dato Onn Jaafar ) dapati raja - raja Melayu gagal menjadi pemimpin Melayu seperti yang sepatutnya. Dalam banyak hal mereka tidak lagi melindungi rakyat tetapi menekan rakyatnya. Raja - raja Melayu sepatut nya melahirkan rasa hormat dan sayang kepada rakyat dan bukan sebaliknya". Warta Malaya 4/2/30 Apa yang jelas kelihatan dalam serangan Datuk Onn terhadap kepimpinan negara (pada ada waktu itu Raja dan Sultan) menunjukkan bahawa tidak terdapat pengimbangan kuasa yang ada dengan nilai - nilai moral dan tanggungjawab yang sepatutnya ambil dalam membentuk dan menentukan arah bangsa semasa kuasa itu di genggam. Menjadi satu pencabulan sekiranya mandat yang di beri di jual dan di perdagangkan lantas ianya hanya menunjukkan bahawa kuasa politik yang ada sudah di jual memenuhi hasrat diri. Ini juga adalah antara punca kegagalan sehingga tidak bangkit lagi Melayu sehingga ke hari ini. Kuasa kepimpinan - menjual hak Pokok pembincangan adalah Bangsa Melayu dalam bahaya. Persoalan utama apakah yang membahayakan Bangsa Melayu dan siapakah yang sedang menyerang Bangsa Melayu ? Ini adalah persoalan utama yang perlu kita kaji setelah kita meneliti secara ringkas ; kekuatan ekonomi yang mampu membeli kuasa politik, kekuatan politik yang sebenarnya mampu menjana perkembangan ekonomi orang - orang Melayu serta keperluan moral dan tanggungjawab dalam memastikan kuasa politik terpelihara di tangan orang - orang Melayu . Dalam satu kertas kerja yang pernah di tulis oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020 dan masa depan orang -orang Melayu, Datuk Seri Najib di petik berkata ; "menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu - kerana selama ini kita harus mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan kepada peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu : di sebab kan khayalan mereka sendiri". Kenyataan ini di sokong oleh beberapa kepimpinan khususnya Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu ghairah memperkatakan mengenai tongkat orang - orang Melayu. Pembuangan tongkat orang - orang Melayu di katakan perlu supaya Melayu itu tidak di manja sehingga mereka lena untuk bangkit menyedari proses dunia tanpa sempadan yang berkehendakkan orang - orang Melayu bersaing. Tidak dapat di sangkal bahawa terdapat kebenaran dalam apa yang mahu di sampaikan oleh Tun Dr Mahathir tetapi apakah dengan pembuangan tongkat tersebut maka Melayu akan terus dapat hidup di bumi Malaysia ini lantas bersaing dengan bangsa - bangsa lain di luar negara ini. Kenapa buang yang ada? Kenapa perlu di gadai segala yang di beri dalam kontrak sosial semata - mata kononnya mahu bangsa Melayu itu maju? Kita jangan lupa sejarah kerana sejarah berulang kembali khusus pada mereka yang lupa.
MELAYU MUDAH LUPA i) Tahukan kita bahawa apa yang di katakan tongkat kepada Melayu yang di beri oleh kerajaan adalah tongkat yang serupa yang di beri oleh kerajaan pada waktu awal tamaddun Malaysia oleh Inggeris? ii) Tahukan kita bahawa kehadiran bangsa lain yang di beri tongkat serta merta oleh penjajah adalah untuk menaturalisasikan kuasa yang ada kepada kepimpinan Melayu pada waktu itu? iii)Tahukan kita seawal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa Tanah Melayu dan Negara - Negara Selat adalah milik orang Cina kerana mereka yang telah membangunkan Tanah Melayu Warta Malaysa 11/3/1931 Tahukan anda pada tahun 1953 - Federal Legislative Councill ( 6th Session) March 1953 Melayu di bawah RIDA di potong peruntukkan sehingga 3 juta bagi memberi laluan kepada pembentukan kampung - kampung baru Cina dengan peruntukan sebanyak 11 juta ringgit. Bayangkan kalau pada tahun 1953 gula hanya pada kadar 5 sen dan kini dengan kadar hampir RM 1.50 berapakah nilai 11 juta pada tahun 1953 dan sekarang pada tahun 2004? Apakah semua subsidi ini dari se awal tahun 1931 ( mengambil anggaran ) ke tahun 1957 ( mengambil anggaran ) ia itu selama 26 tahun subsdi, tongkat dan memapah bangsa lain dalam perekonomian bangsa itu tidak menjana kejayaan bangsa itu sendiri? Cina dan India sekiranya di perhatikan sudah sedia mendapat subsidi dan tongkat oleh pemerintah pada ketika itu - Bayangkan 12,133 orang India menjawat jawatan dalam kerajaan sebagai pegawai rendah jika di bandingkan dengan orang - orang Melayu seramai 1,472 pada tahun 1938 - K.A Neela Kandha Aiyer - Indian problems in Malaya. Apakah hari ini kita pula sebagai kepimpinan Melayu merasa berdosa untuk mengekalkan hak - hak keistimewaan yang ada, yang semakin terhapus dan di tambah dengan penjualan kuasa oleh kepimpinan Melayu itu sendiri? Mungkin tahun 2004 ini kita boleh bertanyakan dengan Datuk Najib kerana sekarang beliau adalah Timbalan Perdana Menteri soalan sama ada perlu lagi kita melupakan sementara hak - hak keistimewaan Melayu ? Ingat terlepas sekali mungkin memerlukan masa yang panjang untuk kita mendapatkannya semula. MELAYU - Layu dan Malas? Kepimpinan Melayu kita turut mengkritik soal dan sikap orang - orang Melayu. Namun menyalahkan sikap dan adat semata - mata adalah tidak adil. Sebagai kepimpinan mereka harus menentukan perkembangan minda orang - orang Melayu. Pembangunan minda harus di beri tumpuan utama agar Melayu lebih kritis dan kritikal dalam membuat keputusan. Ini adalah antara pembangunan yang tidak di beri perhatian menyeluruh. Kita bukan boleh mendidik masyarakat Melayu dengan terburu - buru. Tamaddun Melayu bukan beribu - ribu tahun. Kita harus mengkaji juga kegusaran pemimpin Melayu mengenai masyarakat Melayu, tetapi kegusaran itu harus menjurus kepada usaha untuk mencorakkan bentuk dan resepsi Melayu terhadap pembangunan fizikal dan material. Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang - orang Melayu dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950; "Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang - orang Melayu". Apakah gambaran yang sedang kita lihat sekarang menunjukkan pendirian orang - orang Melayu atau ianya membayangkan ketiadaan pendirian orang - orang Melayu? Apakah dengan mengecilkan hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu, hak yang sudah di kontrakkan ke atas kita dalam penyerahan hak - hak lain kepada bangsa - bangsa lain di tanah ini menunjukkan pendirian kukuh kita. Sekali lagi di ulangi MELAYU DALAM BAHAYA ? Siapa mengancam kita ? Perlu di ingatkan bahawa kelahiran anak kecil berbangsa Cina dan kelahiran anak kecil berbangsa Melayu bukan di penuhkan dengan sikap sebagai satu pakej menentukan perbezaan bangsa. Anak kecil Melayu bukan di lahirkan dengan pakej sifat - sifat pemalas, mahu kaya cepat dan haprak dan anak kecil Cina bukan di lahirkan dengan sifat kerajinan, pandai berniaga dan berani. Dalam konteks mudah, anak - anak kecil itu di lahirkan dan akan subur dengan sikap yang di warisi daripada kepimpinan ibu bapa mereka. Dalam konteks yang lebih besar kaum Melayu itu akan subur dengan sifat yang di warisi oleh kepimpinan Melayu pada ketika itu. Apakah kita mewarisi sifat yang sepatutnya atau kita terikut dengan sifat yang di punyai oleh kepimpinan kita. Bahaya di hadapi Melayu Serangan utama kepada Melayu adalah; Bila yang mengamalkan tabiat rasuah, menyusulkan kepada anak bangsanya menolak rasuah - ini merupakan satu pembohongan. Persoalan utama Melayu, apakah seluruh, secara kolektif mereka yang berbangsa Melayu itu adalah punca kemunduran Melayu? Lahir sahaja sebagai Melayu maka pakej yang di sertakan oleh Allah SWT ialah pemalas, mahu kaya cepat dan haprak. Kalau itu jawapan yang boleh di berikan oleh cerdik pandai kepimpinan kita maka kita usulkan mulai tahun ini kita haramkan Melayu berkahwin dengan Melayu kerana ini akan menyebabkan Malaysia penuh dengan bangsa haprak yang akan merugikan Malaysia. Kalau di katakan pergeseran antara Melayu kaya dengan Melayu miskin adalah punca kemunduran Melayu, maka persoalkan pembahagian kekayaan yang adil sebagai asas menangani pergeseran ini. Namun kalau di katakan kepimpinan Melayu menjual hak sebagai punca kemunduran Melayu maka Melayu harus di sedarkan mengenai kepimpinan yang di pilih. Sekali lagi dalam keadaan yang terbatas dan masa yang agak suntuk bagi saya - saya katakan seperti yang di petik dalam tulisan saya kali ini : Kuasa seharus di sertakan dengan tanggungjawab, sekiranya tidak maka itu satu kezaliman. Kita perlu juga menyimpulkan bahawa kuasa politik yang tidak di gadai mampu membantu generasi hari ini untuk berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa - bangsa lain. Kita perlu ada gambaran yang terperinci mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan bukan membuat andaian yang belum tentu keberkesanannya. Jangan di tarik hak ini kononnya ia akan dapat membantu kaum Melayu kerana ini hanya satu teori yang belum menjanjikan kejayaan. Jangan yang ada di lupus ibarat mencurah air tempayan bila guruh berdentum - kerana hujan belum tentu turun. Jangan kita ibaratkan bangsa kita sebagai bangsa "RED INDIAN", kerana teori RED INDIAN tidak boleh di guna pakai kerana "RED INDIAN" bukan pemerintah Amerika sedangkan Melayu adalah pemegang kuasa. Persamaan dangkal ini - Melayu dan "Red Indian" dalam konteks tanah rizab Melayu harus di tolak. Melayu harus di sedarkan dan masyarakat Melayu harus melalui proses pembangunan minda yang menyeluruh sebelum tamadun Melayu dapat berkembang dan seterusnya dapat menggenggam kuasa politik yang ada tanpa tiris. Proses ini harus di jalankan secara jujur tanpa kepentingan individu. Dan akhir sekali - Jangan tersalah memberi mandat sehingga yang di kendung berciciran. | |
LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK Posted: 17 Oct 2012 07:35 AM PDT AZMIN BERHASRAT NAK JOIN UMNO DI CAWANGAN TELOK DATOK Posted: 16 Oct 2012 08:48 PM PDT
Alamak Bilik Gerakan PDM Telok Datok pun kena serang ke.. hehehe.. terdesak sungguh abang Azmin kita ni.. besooo beno cita-cita nak merampas takhta MB sekarang ni.. aduhaiii.. meroyan dahhh.. tak sabar nak duduk kerusi panas tuuu..
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan