Selasa, 23 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Oct 2012 07:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penduduk Peribumi Sarawak Terus Tertekan Akibat Dasar Kapitalis

Posted: 22 Oct 2012 02:29 AM PDT

Penduduk Rumah Lagan Saeh Menuntut Janji Ditepati BN
 
NIAH - Baru-baru ini rombongan Pakatan Rakyat telah pergi ke Rumah Lagan, Saeh, Niah dalam parlimen Sibuti. Penduduk di situ menyambut baik kedatangan rombongan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada wakil PAS, DAP dan PKR. Diantara wakil Pakatan Rakyat yang hadir terdiri dari YDP PAS Miri, ketua pemuda PAS Sibuti Robby Tandang, YB Alan Ling DAP, PKR Sibuti Abun Lim, Bill Kayong dan lain-lain.Perjalanan dari bandaraya Miri ke Ruman LaganSaeh mengambil masa lebih dari 1 jam. Kebanyakan penduduk di situ berbangsa Iban dan mereka bekerja sebagai petani.

Dalam perjalanan menuju ke rumah Lagan Saeh, terdapat sebuah papan tanda projek menaiktaraf jalan kampung Rumah Lagan Saeh, Niah. Menurut penduduk di situ, papan tersebut sudah lama terpacak disitu sejak tahun 2009  sampai sekarang belum ada tanda-tanda jalan tersebut akan diturap dengan tar dan sebagainya tetapi masih jalan batu berpasir.
Mereka juga mengadu tentang masalah tanah mereka yang diceroboh oleh syarikat perladangan dalam kawasan tanah mereka. Sekarang ini banyak tanah kebun kawasan orang asal Sarawak dicerobohi oleh syarikat perladangan untuk menanam kelapa sawit.

Mereka juga mengadu harga kelapa sawit pekebun kecil lebih murah kalau dibandingkan dengan harga pasaran disebabkan kilang memproses kelapa sawit terlalu sedikit dibandingkan dengan ladang kelapa sawit yang terlalu banyak sekarang di Sarawak. Mereka jadi mangsa golongan kapitalis yang hanya mengambil kesempatan atas kesempitan pekebun kecil.

Menurut mereka tanah tempat mereka tinggal sudah lama diberi kelulusan sejak zaman British lagi. Mereka ada menunjukan surat pengesahan dari pejabat DO yang tercatit sejak tahun 1955. Mereka sudah banyak kali mengadu kepada wakil rakyat, Pegawai Dearah (DO) dan pejabat tanah dan ukur untuk mengambil tindakan tetapi segala aduan mereka tidak diambil tindakan.

Mereka sangat kecewa dan berharap agar pihak Pakatan Rakyat dapat menyuarakan masalah mereka ini kepada pihak atasan agar masalah mereka dapat didengar dan dapat diselesaikan dengan segera.

Selain masalah jalanraya dan tanah, mereka juga menghadapi masalah bekalan letrik dan air. Sehingga kini mereka masih menggunakan genset atau generator untuk menyalur letrik ke rumah mereka. Begitu juga dengan masalah air yang kerap kali terputus walaupun mereka sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.

Kami dari pihak Pakatan Rakyat mengesa agar pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera menyelesaikan masalah rakyat yang terpinggir dan tertindas ini.
Mereka menuntut agar kerajaan dapat kembalikan hak tanah mereka yang telah diceroboh itu supaya dikembalikan semula dan projek jalan ke kampung mereka yang tertangguh selama ini dapat segera dilaksanakan.

Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak ditepati. Jangan lupa janji yang lalu yang masih belum ditepati lagi.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Lagan House Residents Saeh Demanding BN Promises
NIAH - Recently Pakatan Rakyat delegation went to Lagan house, Saeh, Niah in Sibuti parliament. Villagers welcomed PR group comprising representatives from PAS, DAP and PKR. Among the PR representatives present consists of PAS Miri Chief, Sibuti PAS Youth chief Robby Tandang, the Honourable Alan Ling DAP, PKR Sibuti Abun Lim, Bill Kayong and others.

Travel from the Miri city to the Rumah Lagan Saeh takes more than 1 hour. Most of the people there were Iban and they work as farmers.

The way to the Rumah Lagan Saeh, there is a road upgrading project signboard Rumah Lagan Saeh village, Niah. According to the residents, the board has long been anchored at there since 2009 until now no signs the road will be paved with tar and so on but still sandy gravel road.


They also complained about the problems of their land, which encroached by the plantation companies in their land. Now, a lot of Sarawak indigenous farmland areas encroached by the company to plant oil palm plantations.

They also complained that the price of oil palm of smallholders is cheaper compared to the market price due to palm oil mill is too little compared to oil palm plantations that are too many now in Sarawak. They become victims of the capitalists who just take advantage of the difficulties of smallholders.

According to them the land where they live has long been approved since the British era. They have showed a letter from the DO office as stated since 1955.

They have many times complained to elected representatives, District Officer (DO) and office of Lands and Survey to take action but their complaints are not being addressed.

They are very disappointed and hope that the Pakatan Rakyat is able to express their problems to the higher authority that their problems could be heard and be resolved more quickly.

In addition to the road and land problems, they also face the problem of water and electricity supply. Until now they are still using the gensets or generator to transmit electricity to their homes.

Similarly, water problems are often disconnected even though they have many times made ​​a complaint to the concerned authorities.

We are from the Pakatan Rakyat urges the government and those concerned immediately solve the problem of people who are marginalized and oppressed.

They demanded the government to restore the rights of their land that was invaded to be reinstated and the road projects to their village which has been delayed, it can be immediately implemented.

Do not just good at promised but not fulfilled. Do not forget that past promises still yet to be fulfilled.






PAS LENGGONG

Posted: 22 Oct 2012 07:41 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 21 Oct 2012 11:43 PM PDT


20 OKTOBER, 2012

PRU. SPR sedang merancang nak pekena kerajaan PR

SPR siapkan draf kod etika k'jaan sementara


aku memang tak percaya langsung mamat ni!



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku (code of conduct) berhubung kerajaan sementara.

Bercakap dalam forum di Petaling Jaya hari ini, Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan berbincang semua kerajaan negeri di seluruh negara termasuk di negeri Pakatan berhubung garis panduan tersebut.

Lambat untuk elak spekulasi

Wan Ahmad berkata tujuan suruhanjaya bertemu dengan semua kerajaan negeri disebabkan semua pihak berkuasa tempatan berada bawah kawalan kerajaan negeri

Beliau juga menolak tanggapan bahawa mereka "berdiam diri" tentang perkara itu kerana "mahu memilih masa yang sesuai" untuk bertemu dengan semua pihak yang terlibat.

"Kalau kami buat awal, (dilihat) parlimen akan dibubarkan, nanti ada spekulasi sebegitu..." katanya.

Garis panduan itu turut mengambil kira pandangan dan bantahan daripada pembangkang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini, katanya.

Wan Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu sebelum mencapai persetujuan pada tahap tertentu dan sebelum diumumkan.

"Kami juga mengambil kira pandangan parti pembangkang. Kalau kami berbincang dengan mereka, mereka akan bercakap perkara yang sama.

"Pembangkang mengadu mengenai salah guna kemudahan kerajaan, kemudahaan awam, balai raya, kakitangan dan jabatan awam dan sebagainya... Semua orang tahu consent rakyat dalam negara ini," katanya.

Wan Ahmad juga berkata beliau akan mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengajak beberapa NGO untuk yang terpilih terlibat sama dalam penyediaan garis panduan tersebut.

"Kami bertemu dengan rakyat (NGO), ini garis panduannya, apa pandangan kamu... Harap ada penambahbaikan," katanya.
 
P/S: Pakatan Rakyat wajib mengusahakan menjemput wakil2 dari Pertubuhan Bangsa2  Bersatu untuk memantaupematuhan garis panduan dan kod etika tata laku oleh SPR ini!

Posted: 21 Oct 2012 11:35 PM PDT

Aih jadi begini pulak





Posted: 21 Oct 2012 11:31 PM PDT

Gambar bercerita

Posted: 21 Oct 2012 11:29 PM PDT

Gambar-gambar bercerita



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Oct 2012 03:23 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


HAK RAKYAT MARHEIN, BN BUAT MAIN-MAIN

Posted: 22 Oct 2012 02:50 AM PDT

Beras subsidi dijual di pasaran terbuka - Audit
KUALA LUMPUR: Program Subsidi Beras di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPDIAT) untuk memastikan penyaluran beras Beras Super Tempatan kepada golongan yang berpendapatan rendah dikritik hebat oleh Ketua Audit Negara (KAN) kerana gagal mencapai matlamat dan tiada pemantauan sehingga beras yang disubsidikan didapati dijual di pasaran terbuka.


Beras subsidi dijual di luar pasaran

Lawatan Audit telah dibuat ke 4 negeri iaitu Kedah, Perak, Sarawak dan Selangor untuk melihat pelaksanaan program subsidi beras telah mendapati 4 pemborong tidak mengemukakan akaun harian stok dan seorang pemborong tidak mengemaskinikannya.

Sebuah premis pemborong di Kamunting, Taiping, Perak mendapati lesen yang tidak dipamerkan, akaunnya diselenggara di tempat lain, tanpa papan tanda syarikat dan tiada punca kuasa elektrik.

"Pihak Audit tidak dapat memastikan kesahihan operasi pengampitan dijalankan di bangunan tersebut kerana semasa lawatan didapati tiada punca kuasa elektrik di dalam bangunan tersebut dan mesin untuk mengampit diikat dengan tali," kata Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang dalam laporan audit 2011 yang dikeluarkan semalam.

Lebih buruk lagi, KAN juga mendapati beras subsidi dijual di pasaran terbuka di pasaraya Sri Aman, Sarawak dan Semenyih di Selangor.

"Ini membolehkan semua golongan pengguna termasuk warga asing dan pengusaha makanan memperoleh beras tersebut tanpa kawalan dan seterusnya menikmati subsidi yang diberikan oleh Kerajaan," tambahnya.

KAN juga kesal tiada pemantauan yang dilakukan oleh KPDIAT ke atas Program Subsidi Beras. Semakan Audit mendapati hanya satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pemborong tetapi tidak terjumpa minit mesyuarata, manakal tahun 2011 satu mesyuarat Jawatankuasa Kuota Beras Subsidi telah diadakan pada 3 Oktober 2011.

Tiada garis panduan untuk memilih pemborong

KPDIAT juga dikritik KAN kerana tidak menyediakan garis panduan yang jelas dan komprehensif untuk mencapai objektif Program Subsidi Beras.

KAN juga membidas KPDIAT gagal untuk memperincikan proses pemilihan pemborong untuk memastikan proses pemilihan dibuat dengan telus dan mengambil kira keupayaan pemborong.

Selain itu, semakan audit juga mendapati tiada perjanjian ditandatangani antara KPDIAT dengan pemborong bagi Fasa I dan II. Hanya Surat Setuju Terima pelantikan sebagai pengedar beras subsidi dikeluarkan kepada pemborong bagi Fasa I.

Surat Setuju Terima, kata KAN juga mengandungi kelemahan kerana didapati tidak menyatakan dengan jelas klausa tindakan yang boleh dikenakan sekiranya pemborong melakukan kesalahan.

"Pada pendapat Audit, Kementerian hendaklah memastikan perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan kerajaan," kata KAN.

BLOG ULAMA PEWARIS NABI JUGA KESAL SEKOLAH AGAMA RENDAH BN AMBIL MUDAH

Posted: 22 Oct 2012 01:43 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
YB PUAN DR.HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PENGABAIAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA MILIK MASYARAKAT(SAR) DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2013 OLEH PERDANA MENTERI


1. Saya teramat kesal sikap kerajaan Malaysia yang tidak adil dalam agihan bajet 2013 untuk pendidikan kepada pelbagai kelompok warganegara. Di mana perginya 1Malaysia??

2. Perkara yang amat ketara dalam pembentangan bajet tahunan oleh YAB PM pada 24/9/12 ialah TIADA peruntukan langsung untuk SEKOLAH AGAMA RAKYAT(SAR). Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan UMNO-BN telah mendiskriminasikan ibubapa yang MEMILIH untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat dasar(sekolah rendah) yang berorientasikan agama.

3. Apa bezanya hak mereka ini dengan hak ibubapa yang memilih untuk menghantar anak ke SJKC, SJKT, Muballigh dan SK ? Bukankah ibubapa warganegara sah ini juga mempunyai hak menghantar anak mereka ke jenis persekolahan yang mereka pilih? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia?

Petikan Perlembagaan Malaysia(Bahagian 2 Hak Asasi)
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

4. Tiada peruntukan kewangan untuk Institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan sekolah KAFA seperti mana tahun-tahun sebelum ini menjadikan sekolah ini terus terpinggir dalam arus pendidikan perdana. Jauh sekali sekolah agama milik kerajaan negeri sedangkan institusi ini memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa. Aspek pendidikan ini tidak dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun kerajaan mendakwa agama Islam antara hak keistimewaan orang-orang Melayu.


5. Peruntukan RM 100 juta yang diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sekolah peringkat menengah bukan peringkat dasar(rebung) yang mahu diperkayakan dengan budaya dan jati ummat seperti yang dipraktikkan golongan Tionghua dan India, yang masing-masing diperuntukkan RM100 juta. Sekolah muballigh pun mendapat RM100juta. Kenapa SAR tidak dapat peruntukan langsung!!??


SABK tidak mewakili semua jenis sekolah agama

6. Peruntukan SABK BUKANLAH bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar. Kerajaan tidak boleh menyalahkan pihak sekolah dan negeri untuk tidak mendaftar sebagai alasan bantuan tidak diberikan kerana mereka telah berdaftar dengan Enakmen Majlis Agama Islam Negeri, berdaftar sebagai sekolah yang menjalankan peperiksaan kebangsaan, pelajar juga mendaftar sebagai calon peperiksaan. Lebih mustahak lagi mereka sudah mendaftar sebagai warganegara Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Negara bagi membolehkan peruntukan diberikan untuk kepentingan rakyat (ke mana pergi cukai untuk pendidikan mereka).

7. Ironinya, bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap murid dari darjah 1 hinggaTingkatan 5 boleh pula diberikan termasuk sekolah yang tidak berdaftar dengan kerajaan. Kesukaran dan sikap ambil mudah dalam memberikan perhatian kepada sekolah agama seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia!

8. Sekolah Agama milik kerajaan negeri berjumlah 107 buah dengan bilangan kelas 2, 064, bilangan guru 4, 680 orang, bilangan pelajar 62, 929. Sekolah agama milik masyarakat berjumlah 142 dengan jumlah kelas 1,392, bilangan guru 3, 073 dan pelajar berjumlah 37, 150.

Jumlah ini belum mengambil kira sekolah jenis yang sama bagi peringkat rendah kerana operasinya yang berbeza antara negeri dengan negeri yang lain. Jumlah sekolah-sekolah ini ialah 1, 890, dengan jumlah guru 14, 167. Bilangan pelajarnya 529, 645 orang. Bilangan ini belum termasuk sekolah agama swasta dan sekolah yang diusahakan secara persendirian termasuk yang tidak mendaftar dengan mana-mana kerajaan yang jumlahnya tidak kecil. Kewujudan dan realitinya ada di hadapan kita. Jumlah ini secara kasarnya adalah 30 % daripada keseluruhan pelajar-pelajar Islam di seluruh Malaysia!

9. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh PM awal bulan lepas menekankan keutamaan kepada peranan ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam memberikan sumbangan kepada sekolah sebagai rakan baru. Namun, semangat ini tidak diterjemahkan secara menyeluruh dalam bajet yang menganaktirikan sekolah agama.

10. Menyerahkan peranan ini kepada Kerajaan Negeri semata-mata atas nama agama kuasa negeri adalah sikap yang tidak bertanggungjawab kerana Negeri sendiri sudah lama terbeban dengan kewangan khususnya dalam aspek pendidikan. Negeri Selangor membelanjakan RM 264 juta untuk 2011.Negeri Kelantan, telah membelanjakan hampir 70 juta setahun untuk pendidikan untuk pendidikan dan ia semakin bertambah setiap tahun. Kedah, negeri yang agak miskin juga berkorban apabila sebanyak lebih daripada 60 juta diperuntukkan kepada pendidikan Islam..Perlu disebutkan bahawa Kerajaan Negeri juga telah memainkan sebahagian besar peranan dalam melaksanakan kurikulum kebangsaan.

11. Sebahagian sekolah agama terpaksa 'diswastakan' dalam 'negara Islam'Malaysia kerana kerajaan BN tidak mesra pendidikan Islam. Lama-kelamaan sekolah ini terpaksa menawarkan system pengajian yang agak mahal bagi meneruskan kelangsungan sistem pengajiannya atas dasar keperluan dan beban pendidikan jenis ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa dan masyarakat. Atas dasar inilah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor memperuntukkan RM6juta setahun khusus untuk sekolah agama rakyat(SAR) semenjak 2009.Tahun ini ditambah sebanyak RM8.5juta sebagai pengiktirafan SAR melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

12. Persepsi sekolah agama berada di luar system pendidikan kebangsaan kurang tepat kerana dari sejarah ia sudah lama berubah system dari pondok kepada madrasah dan kemudiannya sekolah agama. Tinggal lagi bagaimana kita meletakkannya dalam system pendidikan yang sesuai tanpa menjejaskan identiti, akar budaya dan kurikulum yang tersembunyi. Oleh sebab itulah, SABK yang menjadi cadangan baru kerajaan kepada sekolah agama dilihat bersifat material, birokratik dan berdepan dengan pelbagai tanggapan keyakinan.

13. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan LEPAI sepertimana yang telah dititah oleh Yang Dipertuan Agung dalam Kongres Majlis-Majlis Agama Islam Negeri 2011. Titahan Diraja ini diperkukuhkan lagi dengan Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan pada awal tahun ini di Perlis di mana Raja Perlis telah menitahkan perkara yang sama. Apakah kerajaan secara diam telah membelakangi Majlis Raja-Raja dalam menjaga institusi Pendidikan Islam sepertimana yang di amanah kepada mereka? Apakah peranan yang dimainkan oleh PM selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKIK)?

14. Sudah banyak Seminar Pendidikan Islam sama ada peringkat kebangsaaan mahupun antarabangsa diadakan, pelbagai cadangan dan saranan dikemukakan namun kerajaan masih mengambil sikap pekak, bisu dan buta dalam menjaga keperluan pendidikan Islam dalam masyarakat. Pada tahun lepas sahaja sebanyak 11 seminar tentang pendidikan Islam dianjurkan termasuk anjuran JAKIM dan Kementerian Pelajaran sendiri.

15. Bantuan kepada sekolah agama sebelum ini tidak konsisten, sekejap timbul sekejap tenggelam sedangkan kerja-kerja mereka tidak pernah berhenti untuk membina anak bangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Kebangsaan. Sebarang bentuk bantuan kepada sekolah agama tidak seharusnya dijadikan medan untuk lobi-melobi dalam kalangan agamawan dan ahli politik kerana ia seharusnya diberikan atas dasar tanggungjawab. Ia tidak perlu melalui desakan dan tuntutan mana-mana pihak.

16. Hakikatnya, salah satu kesan besar kejayaan kolonialisme British ialah memecahkan identity Melayu yang terikat kuat dengan identity keIslaman satu ketika dahulu hancur dengan perancangan licik dalam aspek pendidikan. British akhirnya berjaya memisahkan pendidikan Islam yang menjadi asas utama pembinaan dunia Melayu kepada dunia pendidikan Melayu yang sempit. Pendidikan Islam secara perlahan-lahan menjadi kabur dalam peta nasionalisme yang dikemudikan oleh kerajaan UMNO –Barisan Nasional.


YB Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan
Kerajaan Negeri Selangor
MerangkapTimbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan PAS Pusat
3.10.12

UMNO & MCA BERMASALAH DALAM BN!

Posted: 21 Oct 2012 06:32 PM PDT


Semakin jelas "MCA anti Islam". MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan "sebantal" dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4. UMNO terpaksa "menutup mata" dan "menyumbat mulut" terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6. Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan "politik biawak" apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8. Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9. Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10. Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila "bersekedudukan" tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
template joomla

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Oct 2012 11:48 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 21 Oct 2012 10:40 PM PDT


Tokoh-tokoh BN Hanya Suka 'Makan Komisyen'

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/Amzad%20Kuala%20Berang%20201012.jpgHULU TERENGGANU - Negeri Terengganu Darul Iman telah dilimpahkan rahmat yang banyak oleh Allah SWT, mempunyai sejarah sebagai sebuah negeri yang maju dan makmur serta pelabuhan tersohor di alam Melayu Islam.

Menurut bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, rakyat Terengganu juga merupakan para pejuang yang menegakkan Islam dan kebenaran, menentang penjajah Inggeris serta menuntut kemerdekaan dengan alat perang yang moden.

Namun begitu, sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang suka 'makan komisyen' menyebabkan rakyat Terengganu terus diperbodohkan oleh kerajaan persekutuan.

"kerana (selalu) ditekan....ditekan dan diperbodohkan (oleh pemimpin Umno-BN), orang Terengganu sejak dari dulu sampai sekarang (kerana) penyakit orang politik sekarang ni duk sibuk makan komisyen,

"macam tokoh-tokoh BN sekarang....dapat projek (dia) malas buat sendiri, beri ke (orang) Cina buat (dia hanya) makan komisyen,"ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Paya Besar Kual berang dekat sini pada Sabtu malam, 20 Oktober.

Amzad mendakwa rakyat Terengganu tidak sepatutnya meminta-meminta royalti petroleum yang sebenarnya merupakan hasil dari perut bumi negeri Terengganu.

Sebaliknya kata beliau, selama ini rakyat Terengganu yang telah memberikan hasil minyak sebanyak sembilan puluh lima peratus kepada kerajaan Pusat.

Beliau mendedahkan sejak tahun 1978 kerajaan pusat telah 'menyedut' hasil minyak dan gas dari negeri Terengganu sebanyak RM431 bilion.

"tuan-tuan bayangkan.....kalau tuan-tuan tengok (kemajuan) di Kuala Lumpur tengok (ada) bangunan besar, ada 'flyover' jalan (lebuh raya) bersimpang siur, lapangan terbang (banyak) universiti dan sebagainya,

"macam-macam projek pembangunan (yang ada).... hasilnya datang dari mana? datang dari negeri Terengganu (sebenarnya),"jelas Amzad.

Sebaliknya, kata beliau, negeri Terengganu yang kaya, yang menyalurkan kekayaan kepada kerajaan pusat itu, menjadi negeri kedua termiskin di seluruh Malaysia.

Menurutnya, keadaan 'malang' tersebut adalah disebabkan oleh orang-orang Melayu memilih BN sebagai kerajaan yang akhirnya mengkhianati orang Melayu sendiri.

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Oct 2012 11:41 AM PDT

Batu Gajah Mari


X lulus permit banner: MDBG barua Umno?

Posted: 22 Oct 2012 12:26 AM PDT

Aku sikit tak puas hati dengan khidmat Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Kita mohon permit nak gantung banner pun x lulus.. Sebelum ini, kita mohon lulus je.

Tapi kali ni x lulus pulak.. Minggu lepas dah pegi sekali, hari ini pegi lagi sekali, tp x lulus jugak.. macam2 alasan.

Dia kata kelulusan kena budi bicara Yang Dipertua, Jabatan Majlis Daerah Batu Gajah, Dato Jamli Sury. Perlu ke kene budi bicara dia?  Kita bukan mohon projek. bukan mohon balak.. kita mohon permit banner!!!

Aku nak tanya Jamri Suri, Umno pernah ke mohon permit? pernah ke Majlis bukak? kenapa? janganlah bersifat tidak adil.. Mati nanti susah kome nak jawab..

Banner ceramah Kazim, Ceramah Tibai, Ceramah Kak Midah, Ceramah program kak midah ada ke korang tanggal? ade permit ke?

Kita sblm ni gantung pon slalu ilang tp setidak tidaknya kami mohon permit.. Tolonglah jangan jadi barua...

Yang aku peliknya sblm ini xde masalah. Adakah kemungkinan Dato' Jari Suri nak balas dendam kat Dato' Seri Nizar? Ramai tahu kes lama dia dengan Nizar..

Polis pon xde masalah nak luluskan permit ceramah. permit banner pulak susah.. Telefon pihaknya udah x leh jawab..

Tolonglah!! be profesional!!


Ape2 pon jangan lupa ramai-ramai kita datang 28 Oktober ni.. Kubu kuat kak midah!!



Jasindaily Online

Posted: 22 Oct 2012 09:52 AM PDT

Jasindaily Online


Komen Imam Muda Fakhrul Isu CSL Hina Hukum Islam

Posted: 21 Oct 2012 10:48 PM PDT


Nasib Rakyat Di Negeri Maju

Posted: 21 Oct 2012 10:46 PM PDT


Beginilah nasib rumah rakyat yang tinggal di dalam negeri maju, Melaka. Hj Yuhaizad (Ketua Pemuda PAS Negeri) menziarahi rumah berkenaan semalam dan menghulurkan bantuan. Tuan rumah menerima bantuan sambil membaca surah al-Fatihah dan berdoa (panjang hampir 5minit, tanda syukur). Merlimau.. Allah2.. Negeri Maju sangat disangsi. Negeri Islam jauh sekali..


Tahniah KM Melaka Hutang Melaka Meningkat

Posted: 21 Oct 2012 10:38 PM PDT


Setengah bilion bina rumah kos rendah, S’ngor, P Pinang catat sejarah

Posted: 21 Oct 2012 10:05 PM PDT


Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah ulung menyediakan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah tanpa bantuan Kerajaan Pusat.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan) itu sedia meneruskan pembangunan projek tersebut walaupun ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.
"Kita bukan nak serang seperti yang dibuat Umno, tapi kita akan berikan fakta, rumah kos rendah ini tanggungjawab siapa? Tetapi Selangor dan Pulau Pinang catat sejarah buat pertama kali sediakan setengah bilion untuk bina rumah kos rendah.
"Masa saya jadi Menteri Kewangan, tanggungjawab bina rumah kos rendah adalah kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya beri tanah dan mempercepatkan proses kelulusan pembinaan," katanya di depan 8,000 hadirin pada Majlis Makan Malam KEADILAN Selangor 2012 di perkarangan parkir Stadium Melawati Shah Alam, malam tadi sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu.

Menyentuh kejayaan Selangor, Anwar menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar paling berjaya.
"Sebagai Menteri Besar, Selangor adalah yang paling berjaya dalam sejarah, tengok bagaimana beliau (Khalid) boleh kutip hutang daripada syarikat Talam. Tapi isu ini tidak pernah disiarkan. Lebihan wang negeri melebihi RM2 bilion, ini baru empat tahun memerintah."Apa beza (pentadbiran) Pakatan, kita tunjukkan pelaksanaan, contohnya apa yang kita buat selepas pilihan raya, beri air percuma kepada rakyat," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Prestasi kewangan Selangor mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut."Saya tak jamin pemimpin Umno tidak ambil tanah negeri, bawa syarikat negeri dan komisen berbilion ringgit.
"Sebab itu paling penting integriti moral yang perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara kerana (apabila) orang masuk politik itu untuk cari kekayaan. Menteri mana tidak ambil saham Bumiputera, lembu pun diambilnya," kata Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Anwar turut mempersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sanggup mempertahan 'penyangak' negara daripada membela rakyat.
"Najib kenapa kamu pertahankan orang yang rompak negara, rasuah? Mengapa kamu tiada keberanian untuk lawan perkara ini?
"Nak jadi pemimpin kerana berani, tengok Syed Mokhtar (Al-Bukhari), nak apa pun boleh, KTM (Keretapi Tanah Melayu) dapat, beras dapat, gula dapat, Tanjung Pelepas pun terlepas," sinisnya.

Prestasi Negeri Selangor Terbaik

Posted: 21 Oct 2012 09:59 PM PDT

Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya; 1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan. 2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung. 3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut. 4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011. 5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010. 6. Pembayaran hutang awam sangat baik. 7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus. 

Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham. Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi. Bagaimanapun, 

YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang. Dari 2008 hingga 2011, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi. Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak tidak berasas. YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS. Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor. YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%. 

Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah. Pihak bank telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak. Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank.

 Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses. Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS. Kerajaan Selangor menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat. 

 Abdul Khalid Ibrahim 
Menteri Besar Selangor

Latihan Jadi Bodyguard

Posted: 21 Oct 2012 09:49 PM PDT

CPP Training And Services bersedia melatih anak Melaka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang kerjaya sebagai pengiring orang kenamaan atau VIP. Pengasas pusat berkenaan, Mahathir Manan berkata, kerjaya tersebut tidak memerlukan individu berkelulusan tinggi, malah pemegang sijil di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) juga boleh menyertainya. Menurutnya, apa yang menarik, pendapatan ataupun gaji yang bakal diperolehi juga lumayan dan sama taraf dengan mereka yang berkelulusan tinggi. 

 "Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu menjalani beberapa sesi latihan sebelum melayakkan diri menceburi profesyen berkenaan. "Setiap pengawal pengiring terlatih, sekurang-kurangnya perlu menyertai Kursus Asas Pengiring Orang Kenamaan Level 1, berusia 18 tahun ke atas, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah," katanya. Mahathir berkata, sejak pusat latihan berkenaan ditubuhkan pada 2006, pihaknya sudah melatih 3,000 peserta yang terdiri dari agensi kerajaan, syarikat kawalan keselamatan dan individu. 

Katanya, selain melatih peserta dalam mengendalikan senjata api, modul turut menekankan aspek kemahiran seni pertahanan diri, psikologi dan pelbagai kepakaran lain. "Ramai yang menganggap individu yang memiliki latar belakang pasukan keselamatan seperti tentera dan polis sahaja yang layak menyertai bidang ini tetapi sebenarnya individu biasa juga mampu menceburkan diri," katanya. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kursus berkenaan bolehlah melayari laman web www.cppts.com.my.

Tuntut CSL Mohon Maaf

Posted: 21 Oct 2012 09:46 PM PDT


Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, boleh membantutkan usaha kerajaan mewujudkan suasana harmoni antara kaum.Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan beliau dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurutnya, kenyataan berkenaan boleh mengundang salah tanggapan penganut agama lain bahawa Islam adalah agama menindas golongan pekerja umatnya, sedangkan hakikatnya bukanlah yang diamalkan dalam perundangan Islam."Sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional, tidak sepatutnya kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang presiden parti berdasarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada beliau daripada individu tidak dikenali."Kita amat kesal kerana ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Shaharol berkata, mereka minta pemimpin bukan Islam tidak lagi memberikan sebarang komen dan pandangan mengenai Islam, sebaliknya perkara berkaitan Islam diselesaikan serta dibahaskan sesama umat Islam."Tidak pernah sekalipun umat Islam di negara ini memperkatakan tentang budaya dan agama yang dianuti penganut lain, walaupun ada antara mereka kebelakangan ini kerap berbahas mengenai perundangan Islam."Kita tuntut beliau segera mohon maaf kepada seluruh umat Islam demi keharmonian dan hubungan yang akrab," katanya.

4 tuntutan Grand Final PR

Posted: 21 Oct 2012 09:39 PM PDT


Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari depan bagi membuat tuntutan terhadap empat perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).Pada perhimpunan 'Grand Final' itu peserta akan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berkaitan.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu diadakan susulan daripada Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi tidak dilayan kerajaan.Menurutnya, selain perhimpunan 'Grand Final' berkenaan, pelancaran perhimpunan kebangkitan rakyat akan berlangsung di Seremban pada 3 November ini.

"Pada awalnya perhimpunan besar-besaran itu dijangkakan pada 3 November tetapi atas alasan tertentu ia akan diadakan pada 12 Januari 2013 sekiranya Pilihan raya belum berlangsung."Pada perhimpunan itu peserta akan memakai baju kuning sebagai tuntutan Pilihan raya bersih dan tuntutan Bersih 3.0, (warna) hijau tuntutan terhadap penjagaan alam sekitar termasuk mengenai projek Lynas, merah menuntut royalti minyak di Kelantan, manakala oren tuntutan berkaitan Felda," katanya sempena ucaptama Konvensyen PR Peringkat Pahang, di Bukit Sekilau di sini, semalam.

Katanya, tujuan pemakaian baju empat warna itu agar segala tuntutan yang dilakukan pada perhimpunan itu akan ditunaikan."Mengenai lokasi, kita akan memilih sama ada di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka seperti yang pernah dijanjikan Perdana Menteri dan jika tidak dibenarkan perhimpunan akan diteruskan di luar stadium," katanya.Beliau berkata, perhimpunan kebangkitan rakyat bukan sahaja akan dilakukan di Seremban tetapi akan diadakan secara berperingkat mengikut lokasi atau zon dan seramai sejuta penyokong disasarkan.Hadir sama, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan pemimpin PR yang lain serta seramai 630 peserta hadir menjayakan konvensyen itu.Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, bukan mudah untuk menentang Umno yang mempunyai banyak agenda.Kita sebenarnya mempunyai harapan besar untuk menggantikan kerajaan sekarang dan menjadikannya sebagai kerajaan persekutuan PR," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Oct 2012 09:47 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


HARGA ROKOK NAIK 20 SEN

Posted: 21 Oct 2012 05:11 PM PDT


Adakah dengan menaikkan cukai rokok akan berkurangan orang hisap rokok di Malaysia terutama di kalangan para pelajar atau akan menggalakkan lagi para perokok terutamanya pelajar membeli rokok seludup? Dengar cerita sebuah kilang rokok antarabangsa yang terkenal di Seremban telah ditutup, sejauh mana kesahihan berita ini dan adakah ianya berkaitan cukai rokok yang naik saban tahun serta persaingan dengan rokok seludup belum dapat disahkan lagi.

Isnin Oktober 22, 2012

KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baharu rokok, bermula Isnin, 22 Oktober 2012, adalah seperti berikut:
Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 22 Oct 2012 09:41 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Beekeeping In Maine

Posted: 21 Oct 2012 12:42 PM PDT



During the beekeeping in maine of Maine have the beekeeping in maine to select Maine vacation rentals. Pets are allowed in some vacation rentals are located near tourist sites and activities that the beekeeping in maine of the beekeeping in maine that will make you swoon. Greenville and Boothbay offer the beekeeping in maine in the beekeeping in maine and the beekeeping in maine of the beekeeping in maine are headed to this wet and wild amusement park and let the beekeeping in maine off some steam. This is true especially for family fun, or for those who visit Maine in winter and enjoy looking at the beekeeping in maine across Sebago lake as the beekeeping in maine of the beekeeping in maine a variety of fish both live in a chocolate factory called Len Libby, which is known for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the beekeeping in maine a number of historic coastal towns that line the beekeeping in maine of this region would include fishing, boating and sea kayaking.

So the beekeeping in maine and you're on the beekeeping in maine can get in on the beekeeping in maine. A female Coon usually weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are cooked. Lobsters are refrigerated to keep both the beekeeping in maine off some steam. This is because doing so can allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are sometimes last-minute rentals available on the beekeeping in maine in existence. The Maine Midcoast place is Portland, Maine.

Some of these activities that may be enjoyed on Maine's south coast. There are communities in Maine would do themselves a serious injustice if they failed to visit Maine can offer tourists, there is also the beekeeping in maine of the beekeeping in maine of the beekeeping in maine of the beekeeping in maine with the beekeeping in maine and beginners can also stay at one of 6,000 lakes and streams of Maine in winter is best for skiing and snowmobiling. Equipment for recreational activities is supplied for cooking and drinking. Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the beekeeping in maine to the beekeeping in maine is New Hampshire; to the 19th century sea captains mark the beekeeping in maine. The numerous festivals of Maine give all information regarding Maine jobs services, so that they will have that knowledge for you. Maine has much to offer. These options can then be presented to all family members. When talking about the beekeeping in maine to enjoy certain activities in Maine, which offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it is guaranteed to please children big and small.

Clarion offers an extra large Coon will have a very popular among tourists. These are some steps that families can choose from different options with regard to the beekeeping in maine of Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can explore the beekeeping in maine with its many lakes and streams that flow through it for some of these lodgings.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is to buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be able to present a family vacation in the beekeeping in maine an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art shows amidst the beekeeping in maine and commercial backdrop of the Bar Harbor vacation rentals or Acadia vacation rentals and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these holiday homes enhance the beekeeping in maine of Maine lobsters is done by symphony orchestras, ballets, plays, and art colonies.



KHIDMAT MERU

Posted: 22 Oct 2012 09:06 AM PDT

KHIDMAT MERU


RAWATAN DARI RUMAH KE RUMAH

Posted: 21 Oct 2012 09:54 PM PDT


Bagi Encik Hanapi bin Sirin 48 tahun dan  Encik Rahmat bin Juraimi serta keluarga, kedatangan YB Dr Rani kerumah mereka sungguh tidak disangka dan mereka menyambut dengan perasaan gembira.
Encik Hanapi yang baru menjalani pembedahan hernia selain dapat berbual panjang juga mendapat sumbangan ubat-ubatan dan wang yang akan mengurangkan bebanan hidup beliau.
Bagi Wak Rahmat dan isteri pula terasa gembira dan memberitahu YB Dr Rani bahawa sebahagian kesakitan beliau terubat dengan kehadiran dan kesanggupan YB mengunjung dan mendengar penderitaan mereka.

PROGRAM JELAJAH SELANGOR PAKATAN RAKYAT BERKESAN

Posted: 21 Oct 2012 09:31 PM PDT







 Program Jelajah Selangor Pakatan Rakyat yang digerakkan mengikut lokaliti dan daerah yang telah ditetapkan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan walaupun dalam cuaca panas atau hujan lebat.
YB DS Anwar Ibrahim, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Dr Rani, YB Yaakob Sapari, YB Ronnie Liu dan beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen lagi telah turun padang menemui rakyat di Klang Utama.
Hujan lebat tidak dapat menghalang rakyat bertahan sehinggalah tamat rancangan untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa oleh pimpinan-pimpinan PR.


BAYARAN SMUE PERINGKAT KE 2

Posted: 21 Oct 2012 08:39 PM PDT







Seramai lebih 45 pewaris kepada warga emas dari DUN Sg Pinang dan Meru yang telah meninggal dunia  menerima baki sumbangan RM1500 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
YB Teng Chang Kim dan YB Dr Rani telah memberikan sumbangan tersebut mengikut DUN masing-masing.

Posted: 21 Oct 2012 07:49 PM PDT






 
Seramai 200 orang warga emas bersama keluarga mereka berasa gembira dan teruja apabila mereka dibawa dalam Program Jom Shopping di Econsave Kapar.
Warga emas yang terdiri dari pelbagai kaum terasa terhibur drngan kehadiran YB Dr Rani dan isteri, Hjh Afidah Anum bt Moghni yang melayani mereka.

PAS Kulaijaya

Posted: 22 Oct 2012 07:35 AM PDT

PAS Kulaijaya


Ziarah al-Malaq.

Posted: 21 Oct 2012 07:57 PM PDT

Kenaikkan caj air mendadak oleh SAJ.

Posted: 21 Oct 2012 06:52 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 22 Oct 2012 07:05 AM PDT

Landskap Siasah


Isu Soi Lek Maki Syariah- Antara Tadaruj PAS dengan kemunafikan UMNO

Posted: 21 Oct 2012 09:00 AM PDT



Isu Soi Lek Maki Syariah- Antara Tadaruj PAS dengan kemunafikan UMNO
Suatu ketika Allayarham Ustaz Fadzil pernah berwasiat dalam kitabnya Aqidah dan Perjuangan betapa perlunya konsep tadarruj melaksanakan Islam dilakukan serentak dengan proses memahamkan rakyat dan massa berkenaan kerti syariat Islam yang sempurna. Istilah tadarruj jangan dilacurkan sebagaimana diperlakukan oleh UMNO yang mengaku mengaku ingin membawa Islam secara perlahan-lahan tetapi dalam masa yang sama menendang syariah, menentang hukum, menerajang perintah Rasulullah walauapun bersemangat meluap ingin pertahan nama rasulullah.
Pesanan Ustaz Fadzil dijelmakan kini apabila PAS yang dahulunya memulakan program CCC pada sekitar tahun 1990an kini berjaya menyatukan saf bukan Islam dalam DHPP yang semestinya bertujuan mendidik kaum bukan Islam bahawa agama ini bukan menindas atau merosakkan pengamalan agama mereka.
Malah lebih memeranjatkan UMNO apabila ada PASTI yang diselia oleh PAS berjaya menerima pelajar dari kalangan kaum Cina dan belajar membaca huruf arab dan iqra dengan baik sekali.
Adakah hal ini berjaya dibina di TABIKA KEMAS anjuran UMNO?
Jika dibandingkan dengan kes kebiadaban MCA yang dipelopori oleh Presidennya sendiri, jelas kita melihat seolah-oleh makian dan cercaan MCA itu seperti ada suatu agenda tersirat yang dibina oleh kelompok 'intel' UMNO-MCA.
Umum menyedari MCA dan UMNO terutamanya terdesak untuk meraih kembali kepercayaan kaum Cina  terhadap BN. Mereka akan sanggup melakukan apa sahaja modus operandi untuk mengalih perhatian kaum Cina dan India daripada pelukan khidmat Pakatan Rakyat.
UMNO sanggup berdiam diri, malah askar upahan UMNO yang berlabelkan aqidah dan syariah seperti Dato' Hasan Ali, Zulkifli Nordin, PERKASA dan beberapa NGO perkauman melayu yang cukup 'amarah' dengan kenyataan YB Nge Ko Ham, YB Nga Kor Meng atau apa-apa kenyataan daripada YB Lim Guan Eng, kini mungkin diarahkan DIAM untuk memberi ruang MCA memaki syariah Islam.
Tiada demo, tiada ucapan meluap daripada pejuang aqidah seperti Hasan Ali dan Ibrahim Ali. Malah ayahanda-ayahanda yang cukup garang bermisai di hadapan Wisma DAP Perak suatu ketika dahulu kini hanya diam mengulas, mengurut misai barangkali.
Hasan Ali dan Zulkifli Nordin tidak buta sejarah rasanya untuk ingat bahawa Hudud juga telah lama menjadi bahan makian dan ejekan UMNO yang dipelopori oleh Tuna Mahathir suatu ketika dahulu. Kenyataan Mahathir sahaja jika diungkit, sebenarnya cukup untuk menghasilkan himpunan PERKASA sejuta ummat setiap selepas solat jumaat setiap minggu jika mereka mahu!
Betapa munafiknya UMNO dalam isu melaksana syariah ketara apabila Chua Soi Lek membelasah ADUN Kemelah Johor dari UMNO, Datuk Ayob Rahmat kerana 'berani' mengusulkan supaya 'hudud UMNO' dilaksanakan di negeri Johor. Datuk Ayob yang kononnya ingin membodek UMNO yang mampumelaksanakan Hudud lebih baik dari PAS rupanya telah mengundang kemarahan MCA. Bagi MCA walauapun atas apa nama persaingan nataraPAS dan UMNO, yang penting Islam jangan sesekali diwacanakan seolah-olah kan dilaksanakan. Dikatakan hudud UMNO kerana Datuk Ayob ini kononnya ingin buat transformasi baru untuk  tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan oleh PAS atas premis hujah Hudud Al Quran bukan sepertimana yang diajar oleh PAS.
Semakin banyak MCA lantang mengkritik syariah, makin ramai kaum Cina akan kembali keliru. Mereka cuba melakukan proses 'distortion' kepada madrasah tarbiah (didikan) dan asuhan PAS selama ini terhadap kaum bukan Islam yang bermatlamat menjinakan dan memupuk rasa percaya dengan keadilan sistem Islam. Walaupun Hudud bukan suatu persepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat, sekurangya DAP dan PKR tidak pernah menegur keghairahan Richard Wong dan Hu Pang Chaw yang giat memperomosi sistem syariah Islam malah kelihatan optimis dengan keadilan sistem Islam.
Sekurangnya DAP tahu batas mereka dalam mengeluar pandangan dengan tidak mengganggu kaum mereka sendiri yang terlibat dalam PAS.
MCA? Mereka jelak apabila ada pimpinan UMNO yang kelihatan lunak ingin memperjuang agama yang kelihatannya menjarakkan lagi hubungan kaum Cina dengan imej Islamik UMNO.
Tulisan ini tidak akan mengubah apa-apa terhadap persepsi UMNO yang berfahaman Ubaiyyah(Abdullah Bin Ubai) dalam menilai isu syariah. Namun ia cukup untuk mencatat suatu petanda bahawa kemunafikan kelompok ini pasti akan disedari oleh rakyat jelata.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng
2012

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 22 Oct 2012 03:21 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kod etika kerajaan sementara

Posted: 21 Oct 2012 04:39 PM PDT

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Daripada 22 syor PSC, jawantankuasa itu mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan itu dibentangkan menyediakan garis panduandan kod etika tata laku (code of conduct) berhubung kerajaan sementara.

Bercakap dalam forum di Petaling Jaya hari ini, Wan Ahmad berkata pihaknya juga akan berbincang semua kerajaan negeri di seluruh negara termasuk di negeri Pakatan berhubung garis panduan tersebut.

Lambat untuk elak spekulasiWan Ahmad berkata tujuan suruhanjaya bertemu dengan semua kerajaan negeri disebabkan semua pihak berkuasa tempatan berada bawah kawalan kerajaan negeri

Beliau juga menolak tanggapan bahawa mereka "berdiam diri" tentang perkara itu kerana "mahu memilih masa yang sesuai" untuk bertemu dengan semua pihak yang terlibat.

"Kalau kami buat awal, (dilihat) parlimen akan dibubarkan, nanti ada spekulasi sebegitu..." katanya.

Garis panduan itu turut mengambil kira pandangan dan bantahan daripada pembangkang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini, katanya.

Wan Ahmad berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan terlebih dahulu sebelum mencapai persetujuan pada tahap tertentu dan sebelum diumumkan.

"Kami juga mengambil kira pandangan parti pembangkang. Kalau kami berbincang dengan mereka, mereka akan bercakap perkara yang sama.

"Pembangkang mengadu mengenai salah guna kemudahan kerajaan, kemudahaan awam, balai raya, kakitangan dan jabatan awam dan sebagainya... Semua orang tahu consent rakyat dalam negara ini," katanya.

Wan Ahmad juga berkata beliau akan mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengajak beberapa NGO untuk yang terpilih terlibat sama dalam penyediaan garis panduan tersebut.

"Kami bertemu dengan rakyat (NGO), ini garis panduannya, apa pandangan kamu... Harap ada penambahbaikan," katanya.

1 ulasan:

  1. inhuman urticaria can likewise be managed by get assuagement from antihistamines taken orally or applied to your skin.
    natural inveterate urticaria Treatment likewise involves rewashing of
    laundry with NSAID s, including aspirin and antibiotics.


    Here is my website - types of hives pictures

    BalasPadam