Ahad, 21 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 Oct 2012 03:29 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Menjawab Auta TV3

Posted: 20 Oct 2012 07:26 AM PDT

Air tidak surut : gambar ini diambil jam 5.30 petang hari jumaat dihadapan rumah ketua kampung johan setia
Saya tidak berkesempatan menonton TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan banjir di Kampung Johan Setia.

Mengikut lapuran dari penonton-penonton TV tersebut kononnya Umno Cawangan mengakui bahawa saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku.

Untuk makluman semua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri.

Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Klang.


1. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Johan Setia @ Kg. Sc. Mukim Klang, Selangor Darul Ehsan (siap Julai 2012) Kos rm350,000

2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos rm320,000

3. Kerja pengorekan dan pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000

4. Kerja pengorekan dan pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000

Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000. 

5. Disamping itu, susulan dari banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan Rojian.

Umum mengetahui.keadaan sebenarnya punca banjir adalah paras air laut yg tidak surut atau istilah (air pasang keling). Hujan yang turun menyebabkan air semakin bertakung lalu mengakibatkan banjir.Ianya satufenomena alam, tiada manusia yg mampu mengatasinya. Adalah jelas bukan kerana longkang atau parit yang tersumbat, tidak dikorek atau YB tak buat kerja.

TV3 hanya mencari keuntungan politik sahaja. Saya tidak mengungkit tapi kalau fenomena seperti ini apakah YB Umno boleh buat. 

Apa pun menjadi kebanggaan saya bila saya bersama sukarelawan Jabatan Amal, Briged Amal, Sukarelawan Masjid An Naim Jalan Kebun, Persatuan Penduduk Taman Setia membantu membersihkan rumah-rumah dan semasa lawatan tersebut tidak ada seorang pun yang saya temui menyalahkan sesiapa, sebalik menyatakan apa yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT.

Hairan bin ajaib dari pukul 3 pagi Jumaat hingga pukul 1.00 tengahari hari Sabtu saya bersama sukarelawan berada di Kampung Johan Setia tidak kelihatan langsung Ketua Kampung (persekutuan) tersebut, JKKP dan RELA datang membantu .... sebaliknya saya diberitahu ramai anggota RELA sepatutnya membantu mangsa-mangsa banjir dikampung mereka tetapi mereka lebih rela bertugas menjaga lalu lintas dirumah kenduri ... kerana imbuhan yang tak seberapa.


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Oct 2012 01:16 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Piala Malaysia: Presiden PAS ucap tahniah

Posted: 21 Oct 2012 12:43 AM PDT

5  Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan di atas kejayaan menjadi juara Piala Malaysia malam tadi.


"Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin ke arah meningkatkan prestasi bola sepak negara ke peringkat antabangsa di masa akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang menjadi naib johan dan diharapkan prestasi akan terus meningkat di masa hadapan.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan The Red Warriors yang telah berjaya membawa pulang Piala Malaysia buat kali kedua kepada negeri itu.

Katanya, rakyat Kelantan berbangga dengan kemenangan ini dan meminta para penyokong meraikan kemenangan ini dengan seadanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan kepada penyokong bola sepak Kelantan agar berhati-hati di jalan raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Untuk pasukan ATM, tahniah kerana berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir," katanya di laman facebooknya sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan malam tadi,

Hari ini, Kelantan mengumumkan cuti peristiwa dan ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.

Kelantan akhirnya membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan 'treble' musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan ATM 3-2 di Stadium Shah Alam.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Pada Piala Malaysia 2010, Kelantan berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Bukit Jalil.

Kelantan julang Piala M'sia, lengkapkan trebel

Posted: 21 Oct 2012 12:25 AM PDT

5  Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Kelantan melakar kejayaan cemerlang apabila menjulang Piala Malaysia 2012 setelah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan 'The Red Warriors' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.

Kemenangan bersejarah itu sekali gus melengkapkan kejuaraan trebel buat pasukan Kelantan selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini, iaitu sesuatu yang kali terakhir dilakukan Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.

Barisan pemain ATM, yang digelar skuad 'The Gladiators' ternyata gagal menyekat kemaraan pasukan Kelantan sekali gus melepaskan peluang menebus kehampaan mereka di pentas final sulung 46 tahun lepas apabila tumpas 0-1 kepada Selangor.

- Bernama

Musa nafi panggil sidang media kes Altantuya di Bangkok

Posted: 20 Oct 2012 11:38 PM PDT

5  Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Malaysiakini/-

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok pada hari Isini, seperti yang dimuatkan di laman Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT).

Menurut FCCT, Musa kononnnya akan mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Saya tida tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak membuat apa-apa rancangan seperti itu," kata Musa ketikha dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Malaysiakini dimaklumkan mengenai satu notis yang dimuatkan oleh FCCT kepada anggotanya, bahawa sidang media Musa akan diadakan di ibu pejabat kelab tersebut.

Notis itu menyebut, sidang media berkenaan akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia pada 22 Oktober.

Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" dan mengandungi notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 20 Oct 2012 09:25 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


PAS Pasir Salak masih relevan ditempat sendiri ... PKR Hero menyerahkan kembali...

Posted: 18 Oct 2012 10:14 AM PDT

MTD N24 Bemban

Posted: 20 Oct 2012 09:22 PM PDT

MTD N24 Bemban


PENDAFTARAN MURID DIBUKA SEKARANG

Posted: 20 Oct 2012 09:16 PM PDT


PAS Kawasan Miri

Posted: 20 Oct 2012 07:36 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Mengapa MBM Caj Bill Taksiran belum tamat Tempoh?

Posted: 20 Oct 2012 05:06 PM PDT

Bil Taksiran Dibayar Belum Sampai Tempoh Tamat!

Bil taksiran yang mesti dibayar sehingga hujung bulan October ini menyebabkan ramai pembayar bil taksiran tidak puas hati cara MBM (Majlis Bandaraya Miri) menguruskannya.

Mengapa MBM mesti mengenakan caj bagi pembayar taksiran yang lewat membayar sebelum genap setahun? Contoh sepatutnya pembayar taksiran membayar bil dua kali setahun dari bulan Januari sampai Jun tetapi mesti membayar sebelum 31hb Mei untuk tempoh pertama. Sekiranya lewat akan dikenakan caj atau denda.

Begitu juga bayaran untuk kali kedua dimana tempoh diberi dari bulan Jun sampai Disember tetapi tarikh tamat tempohnya sampai 31hb Oktober.

Adakah patut bagi MBM mengenakan caj sekiranya pembayar taksiran lewat membayar sehingga hujung bulan Disember sedangkan dalam bil taksiran cukai bagi tempoh bayaran adalah dari bulan Jan - Jun dan Jul - Dis.

Kalau mengikut tempoh yang diberi sepatutnya genap setahun tetapi MBM sudah mengenakan caj lebih awal dari tempoh tamat bil taksiran. Ini adalah bercanggah dengan tarikh tempoh yang sebenarnya.

Kita mengesa agar pihak MBM mengkaji semula caj dan tempoh bayaran bil taksiran tersebut agar ianya sama dengan tempoh bayaran yang dicatat dalam bil taksiran bukannya dibayar lebih awal dari tarikh tempoh tamat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Assessment Bills Paid Not Up to Deadline!

Assessment bills must be paid until the end of October this causes many assessment payers are not satisfied how MCC (Miri City Council) manage it.

Why MCC must impose charges for late payers pay assessment before the completion of one year?
Examples of assessment should taxpayers pay bills twice a year from January until June but must be paid before 31st May for the first period. If late will be charged or fined.

Similarly, where the payment for the second time period is given from June to December but the date of expired until 31st October.

Is it right for MCC to impose late charges if assessment taxpayers to pay until the end of December, while the bill for the payment of the tax assessment is from the month of Jan-Jun and Jul - Dec.

If we follow the given period should be exactly one year but MCC already charging ahead of the expiry of the assessment bill. This is contrary to the actual date.

We urge that the MCC review the charges and bill paying period of assessment so that it matches with the payment period stipulated in assessment bills not paid earlier than the expiry date.

DUN CHINI

Posted: 20 Oct 2012 07:35 PM PDT

DUN CHINI


UMNO Mesti Keluar BN

Posted: 20 Oct 2012 09:23 AM PDT


1. Semakin jelas "MCA anti Islam". MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan "sebantal" dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

4. UMNO terpaksa "menutup mata" dan "menyumbat mulut" terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.

5. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"

6. Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.

7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan "politik biawak" apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.


8. Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.

9. Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.

10. Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila "bersekedudukan" tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Oct 2012 04:23 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


LAPORAN YANG BUKAN SAHAJA MENGGEGARKAN DATO SERI MALAH TIANG SERI PWTC

Posted: 19 Oct 2012 07:17 PM PDT

Dari blog GreenBoc bahawa Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor telah mengatakan berkenaan satu laporan telah dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan tentang Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Batu Gajah Mari

Posted: 20 Oct 2012 12:06 PM PDT

Batu Gajah Mari


Disaat Islam dihina MCA.. Mana Pemimpin Umno?

Posted: 19 Oct 2012 08:31 PM PDT

Kawan baik Umno, Chua Soi Lek bersikap kurang ajar apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilachua soi lek video blog on hudud 01ng pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ini adalah siri penghinaan terbaru apabila sebelum ini pelbagai penghinaan terhadap Islam oleh dia..

Tak nampak pun mana Pemuda Umno.. Tak nampak pun Zul Kulim.. Tak Nampak pon Tibai.. Kak Midah? lagi x nampak... 

Mungkin takot Chua marah kot.. Mungkin juga risau chua kata Umno pon sama duk hina Islam.. Hahaha..


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Oct 2012 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG sokong sepenuhnya usaha kitar semula sisa minyak

Posted: 20 Oct 2012 08:47 AM PDT

 PUSAT KOMUNITI WANITA BERDAYA
DUN SELAT KLANG
20/10/12


YB Dr Hjh Halimah Ali melancarkan program kitar semula sisa minyak masak anjuran PUSAT WANITA BERDAYA DUN SELAT KLANG dengan kerjasama LUAS dan syarikat kilang biodiesel.

Alhamdulillah, sambutan daripada wanita yang terdiri daripada surirumah. Minyak dapur yang telah banyak dibuang begitu sahaja samada terus ke sinki yang akhirnya akan menuju longkang, parit, sungai dan seterusnya ke laut.
 Tidak kurang peniaga goreng pisang, dan warung-warung yang menuangkan minyak sisa dapur ini ke dalam tong sampah atau terus ke longkang.

Dengan usaha menggunakan sisa minyak ini untuk diproses atau dikitar semula untuk melahirkan bahan tenaga khususnya biodiesel yang menggantikan diesel biasa.

Yang menakjubkan asap yang keluar daripada exhaust kereta yang dibawa syarikat tersebut oleh JAAFAR ABDULLAH berwarna putih yang hanya samar-samr. Baunya pula mirip bau yang seperti bau goreng di dapur.
 Tidak ada bau teruk yang lazim keluar daripada kereta yang menggunakan diesel biasa.

Difahamkan oleh En Mazlan, Penolong Pengarah ALAM SEKITAR daripada LUAS, maintenance kereta juga mudah kerana combustion atau pembakaran biodiesel ini lebih efisyen dan bersih.

Turut hadir JKKK , wakil masjid dan PA ADUN SELAT KLANG.
Tahniah kepada Hjh Pujiah Bahran, Ustazah Muntamah dan Puan Anees kerana berjaya mencari ruang memberdayakan wanita. Boleh jual sisa minyak!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan