BLOG - BLOG PARTI PAS |
- PEMUDA RANTAU ABANG
- CINA ISLAM (林川興)
- N.27 - PAS DUN Sura
- DUN CHINI
- ULAMA PEWARIS NABI
- Mohamad Taufek Abd Ghani
- Pemuda Guchil
- N45 Dr Halimah Ali
- MTD Tanjung Lumpur
- mtdchenderoh
- Dr Siti Mariah Mahmud
- CINA ISLAM (林川興)
| Posted: 20 Oct 2012 03:49 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 20 Oct 2012 01:22 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 07:39 PM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 07:37 PM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 03:12 PM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 09:29 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 09:24 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 09:15 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 09:04 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 07:12 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 03:08 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Posted: 19 Oct 2012 01:40 AM PDT
Rajender mengheret isterinya ke tempat menunggu bas dan menyuruhnya menunggu seseorang di situ. Medula berjaya melarikan diri ke kampung lain dan pergi ke rumah saudaranya dan menceritakan kepada mereka masalah yang dihadapi. "Kami sudah berkahwin hampir 20 tahun dan saya tidak sangka yang dia akan berbuat demikian kepada saya," katanya. Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki lain yang berusia 12 dan 15 tahun. Polis berkata, Rajender sering mengganggu Medula untuk wang. – Asiaone | Posted: 18 Oct 2012 08:53 PM PDT 3 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Mangsa maut di tempat kejadian. KULIM - Hasrat seorang lelaki berusia 41 tahun yang menunggang motosikal Honda EX5 untuk makan malam bersama keluarganya tidak kesampaian, apabila mangsa maut dalam kemalangan di jalan Lunas Padang Serai, kira-kira jam 8 malam kelmarin. Ketua Trafik Kulim, Asistan Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dalam perjalanan balik ke rumah setelah selesai bekerja. Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kereta yang berada di hadapannya sebelum tercampak ke tengah jalan. "Mangsa gagal membrek motosikalnya kerana keadaan jalan licin. Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh di laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. "Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian," katanya. Siasatan mendapati, mangsa dipercayai tinggal di taman perumahan beberapa kilometer dari tempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat. Ismail menasihatkan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati, terutama ketika hujan. "Ini kerana dalam keadaan jalan licin, kenderaan yang mereka gunakan gagal membrek secara kecemasan," katanya. metro/- | Posted: 18 Oct 2012 08:30 PM PDT 3 Zulhijjah 1433H. [MOD] - LEGA...Cho Tun mengucup bayinya sambil diperhatikan Soe Aung. SUNGAI BULOH: "Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi," kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu. Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu memulangkan semula bayinya. Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya. "Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan bayi saya itu. "Sebelum beredar lelaki terbabit turut mengugut supaya saya tidak membuat laporan polis dan jika berdegil mereka akan membunuh kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam. metro/- | Posted: 18 Oct 2012 08:27 PM PDT 3 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Besi khemah yang siap dikimpal Sofyia. Sofyia KANGAR - Walaupun ramai yang menganggap pekerjaan sebagai juru kimpalan ini tidak sesuai dengan wanita namun, ia tidak pernah mematahkan semangat gadis berdarah kacukan ini melakukan pekerjaan yang biasanya dimonopoli golongan Adam. Malah, perwatakannya yang ayu menyebabkan umum tidak menyangka bahawa dia merupakan seorang juru kimpal yang berkebolehan walaupun di usia muda. Kegigihan Sofyia Lim Sabtu, 22, dalam mengejar cita-cita dan impiannya juga sewajar menjadi contoh kepada golongan remaja. Menurutnya, bagi merealisasikan impiannya itu dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai, malah menganggap kritikan itu sebagai pendorong dan semangat untuk dia terus berjaya dan menjadi contoh kepada gadis lain. Malah, dia merupakan pelajar perempuan pertama yang menukar kursus yang diambil bagi mengikuti kursus mekanikal am. "Saya mula berkecimpung dalam bidang kimpalan ini semasa mengikuti kursus GiatMara selama enam bulan selepas saya menamatkan pelajaran di dalam Sijil Mekanikal Am di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Ulu Pauh selama dua tahun. "Tidak ramai golongan wanita yang menceburi bidang ini kerana ia memerlukan seseorang yang lasak, namun, disebabkan minat yang mendalam membuatkan saya tekad menceburi bidang ini sekali gus menolak tanggapan orang ramai bahawa wanita takut untuk menceburi bidang ini," katanya. Kumpul modal buka bengkel Sofyia berkata, bagi memastikan impiannya tercapai dia sanggup menghabiskan masa remaja dengan melakukan pelbagai kerja sambilan bagi mengumpulkan modal membuka perniagaannya dalam bidang kimpalan. Menurutnya, dia kini mampu menarik nafas lega kerana hasil usaha dan minatnya yang mendalam dalam bidang kimpalan dia berjaya membuka sebuah bengkel tanpa bergantung kepada orang lain. Perniagaan yang dibukanya sejak awal tahun ini banyak menjadikannya lebih mahir dalam bidang ini dan mendapat sambutan baik daripada pelanggan walaupun mereka tahu ia dilakukan oleh seorang wanita. Sofiyia berkata, seperti insan lain sudah tentunya dia ingin memperluaskan lagi perniagaannya. Dia juga bercadang membekalkan kelengkapan kejuruteraan, kimpalan besi dan fabrikasi logam. Dia juga berharap hasrat itu dapat berjalan seperti yang dirancang. "Sokongan dan dorongan daripada keluarga dan kenalan terdekat menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya. Menurutnya, sebelum ini dia tidak membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak untuk membuka bengkelnya, namun untuk proses pembesaran kedai buat kali kedua dia perlu membuat pinjaman. Baginya dia tidak pernah takut berhadapan dengan percikan api kerana setiap percikan api merupakan sumber rezeki untuknya dan pembakar semangatnya dalam mengetengahkan bidang itu. "Apa yang mengecewakan saya terdapat sesetengah masyarakat tidak yakin dengan kebolehan saya dalam bidang kimpalan, namun disebabkan minat saya akan berusaha melakukan kerja yang diamanahkan kepada saya sebaik mungkin. "Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu, tetapi untuk menjadikan sesuatu yang diingini berjaya kita harus menempuh pelbagai cabaran dan akhirnya kita boleh tersenyum dengan melihat sendiri kejayaan yang kita peroleh pada masa depan," katanya. sinar/- | Polis Sahkan Hanya Enam Mangsa Terlibat Dalam Runtuhan Posted: 18 Oct 2012 08:24 PM PDT 3 Zulhijjah 1433H. [MOD] - RUNTUH... Bumbung rumah banglo yang dalam pembinaan runtuh di Seksyen 7 Shah Alam, petang Khamis. Pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam rumah tesebut. Seorang buruh binaan, dipercayai warga Indonesia mati dan empat lagi dikhuatiri masih terperangkap apabila bumbung banglo itu runtuh. -fotoBERNAMA SHAH ALAM: Polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini petang Khamis hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia, dengan seorang daripadanya maut. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat. Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dalam kejadian petang Khamis, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony (seperti dalam papan kenyataan polis) maut. Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat pada kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat. Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke HTAR. Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Othman Abdullah berkata operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan. Beliau berkata pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar. "Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya. Beliau berkata pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu. Othman juga berkata kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam. Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam. Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut. - BERNAMA | Di sebalik Laporan Ketua Audit Negara 2011 Posted: 18 Oct 2012 08:21 PM PDT 3 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 1. Pihak bertanggungjawab seperti Perbendaharaan, SPRM dan PAC sewajarnya melakukan penyiasatan rapi terhadap isu-isu yang dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2011. 2. Juga perhatian mestilah diberikan kepada apa yang dibimbangi oleh orang ramai mutaakhir ini iaitu kebimbangan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang mungkin dengan sengaja tidak dibawa ke perhatian umum ekoran tapisan awal pemerintah bagi mengelak liabiliti seperti yang berlaku dalam kes NFC dan penyalahgunaan wang zakat. 3. Sebagai contohnya, Laporan Audit 2011 ini menyebut terdapat kajian Jabatan Audit Negara di dalam isu pertukaran saham MAS - AirAsia dan projek Pelabuhan Pendaratan yang gagal dan bermasalah. Namun demikian laporan audit tidak membuat sebarang rujukan terhadap kes-kes tersebut, sedang masyarakat awam menuntut suatu ketelusan. Begitu juga dengan isu penyelesaian luar mahkamah Tan Sri Tajudin Ramli yang melibatkan ratusan juta ringgit dana awam? Di manakah laporan auditnya? 4. Laporan Audit juga membisu mengenai 1MDB, sebuah syarikat "super GLC" walaupun Jabatan Audit Negara ada melakukan kajian ditambah pula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan keraguan mengenai pengurusan syarikat tersebut. Sepanjang tempoh 2011, sekurang-kurangnya 2 kali Kementerian Kewangan telah membuat pembentangan mengenai 1MDB sekaligus membuktikan wujudnya isu tertentu yang sepatutnya dilaporkan di dalam laporan audit ini. 5. Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan sudah tiba masanya Jabatan Audit Negara diangkat sebagai satu suruhanjaya bebas. Memang benar, perjawatan Ketua Audit Negara adalah dijamin di bawah Perlembagaan setara dengan bidang kehakiman bagi memastikan kebebasannya. Namun demikian terdapat jurang perbezaan yang luas di antara kuasa Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara yang bajet dan operasinya berada di dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri lalu menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai agensi pemantau yang bebas. 6. Semangat perlaksanaan Akta Audit 1957 juga menetapkan bahawa Ketua Audit Negara perlu bekerjasama dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah telus dan betul. Kewibawaan akta ini bergantung kepada keutuhan peranan yang dimainkan Kementerian Kewangan selaku pengawalselia perbendaharaan negara yang neutral dari pengaruh agensi eksekutif yang lain. 7. Namun demikian risiko sistemik dalam pengurusan kewangan negara menjadi semakin ketara apabila Perbendaharaan turut menjadi agensi pelaksana manakala tugasan Menteri Kewangan kini digalas oleh Perdana Menteri (yang juga turut mengepalai 2 birokrasi terbesar lain di dalam kerajaan - JPM dan KWKPM). Kuasa moral dan akauntabiliti Kementerian Kewangan telah terhakis apabila ia tidak lagi berkecuali dalam agih-kawalan perbendaharaan negara manakala Ketua Audit Negara pula tidak lagi mempunyai pegawai pengawal atasan yang neutral yang boleh mengambil tindakan pembetulan perbelanjaan kerajaan secara telus. 8. (Lihat sahaja statistik laporan siasatan yang lambat diserahkan kepada Perbendaharaan berkaitan perbelanjaan Arahan Perbendaharaan (AP) 59 yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri yang merupakan kes terbanyak direkodkan sebanyak 241 kes dengan kelewatan sehingga 957 hari. Itupun Jabatan Audit Negara masih memberikan penarafan akauntabiliti 'amat baik' kepada JPM!) 9. Oleh itu bagi kita, laporan audit yang sengaja lambat dikeluarkan dan kes seperti yang disebutkan ini bukan sekadar menonjolkan amalan kewangan di luar kebiasaan pemerintah tetapi merupakan tanda jelas peningkatan risiko sistemik tersebut. Ianya meningkatkan ersepsi bahawa agensi kerajaan yang bermasalah mempunyai peluang untuk berkolusi di dalam menyisihkan proses audit. 10. Walaupun ditegur oleh Ketua Audit Negara, mereka boleh pula beralasan dengan jawapan-jawapan picisan kerana mereka tahu tindakan mereka terlindung oleh kecelaruan birokrasi yang disengajakan pemerintah. Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia Salam dari: Aku Pejuang Islam ~API~
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| You are subscribed to email updates from BLOG - BLOG PARTI PAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



.jpg)





3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


"Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?" katanya.
Istilah "syaitan yang dikenali" digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris "better to choose the devil you know than the angel that you don't know" (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali).

"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.


3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -






Tiada ulasan:
Catat Ulasan