Bajet 2013 Tidak Mesra Rakyat, Harga Rumah Masih Mahal
Bajet 2013 yang baru saja dibentang oleh Perdana Menteri hari jumaat lalu kurang memberi perhatian kepada golongan majoriti yang berpendapatan sederhana dan juga rakyat yang hanya bergantung kepada mata pencarian sendiri.
Antara perkara yang penting dan menjadi keutamaan rakyat adalah penurunan harga rumah. Ramai yang berharap agar pihak kerajaan dapat mengawal dan menurun harga rumah supaya rakyat mampu memiliki rumah sendiri dengan kehidupan yang selesa.
Sekarang ini harga rumah sudah mencecah jutaan ringgit dan hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya dan pelabur asing saja.
Harga rumah di Sarawak umpamanya adalah terlalu mahal bagi golongan pendapatan sederhana dan kecil. Sudah pun rumah saiznya kecil dan sempit, harganya pun tidak sepadan dengan qualiti rumah tersebut. Untuk mendapat rumah kos rendah atau dibawah RM200K sekarang ini terlalu sukar kalau pun ada rumah tersebut agak kecil dan sempit tidak sesuai untuk sebuah keluarga.
Pihak kerajaan sepatutnya mengambil berat masalah rakyat ini dengan serious, jangan hanya menguntungkan sebelah pihak saja. Para pemaju mungkin terpaksa menaikan harga rumah disebabkan oleh kenaikan cukai atau lain-lain caj yang dikenakan oleh pihak kerajaan sehingga mengakibatkan harga rumah menjadi mahal.
Sepatutnya pihak kerajaan boleh mengawal keadaan ini dari awal lagi sebelum memberi kebenaran atau projek kepada pihak pemaju untuk membangunkan sesuatu kawasan perumahan.
Syarat-syarat seperti memberi keutamaan kepada pembeli yang berpendapatan tahunan kurang dari 60K kebawah untuk mendapat rumah kos rendah dan sederhana dengan harga 200K kebawah.
Pihak kerajaan boleh memberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan sederhana dan kecil dengan membina lebih banyak rumah kos sederhana yang lebih selesa seperti zaman Tun Rahman memerintah Sarawak dulu dimana rakyat sekurang-kurangnya dapat lot tanah kediaman yang agak selesa untuk sebuah keluarga. Sekarang ini, pemerintah lebih pentingkan pemaju dari rakyat dengan membina rumah yang terlalu mahal dan sukar untuk rakyat biasa memilikinya.
Kalau dulu rumah kayu tapi tapak rumah agak luas dan mereka di beri lot.Walaupun rumah kayu yang sederhana tetapi mereka memiliki lot tanah yang lebih luas kalau dibanding dengan keadaan kawasan perumahan sekarang yang sempit dan padat. Mungkin sekarang rumah kayu agak mahal tetapi yang penting kawasan perumahan mesti ada ruang untuk berkebun dan sebagainya.
Rakyat di Sarawak sepatutnya diberi setiap 1 lot perumahan agar tempat tinggal mereka lebih selesa dan tidak terlalu padat. Sarawak yang mempunyai kawasan tanah yang luas, sepatutnya Sarawak tidak mempunyai masalah untuk membina setiap rumah dalam setiap lot bukannya macam sekarang, banyak rumah teres dan rumah flat yang tidak berapa sesuai untuk sebuah keluarga besar.
Keadaan rumah yang kecil dan padat boleh menyebabkan keadaan tidak selesa bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan perumahan tersebut dan ini boleh menyebabkan masalah social.
Kita mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula sistem perumahan yang ada sekarang terutama sekali di Sarawak agar ianya mampu dimiliki dan selesa untuk tempat tinggal oleh semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan rakyat bukannya mementingkan para kapitalis yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Budget 2013 Not People Friendly, House Prices Still Expensive
Budget 2013 which just presented by the Prime Minister last Friday pay less attention to the majority of middle-income and even to the people who only rely on their own livelihoods.
Among the important and the priority of the people is a decrease of the house prices. Many are hoping that the government can control and reduced the house prices so people can afford to have their own house with a comfortable life. Now the house prices have amounted to millions of ringgit and affordable by the wealthy and foreign investors only.
The house prices in Sarawak for example are too expensive for small and medium-income groups. Yet the house is already small size and narrow, the price also did not match the quality of the house.
To get low-cost or below RM200K now is too difficult even if there is any the house is quite small and cramped is not suitable for a family.
The government should be concerned of this people's problems seriously, not only benefited to one party only. The developer may be forced to increase prices due to higher house tax or other charge imposed by the government that resulting the house prices becomes expensive.
Should the government can control of this from the start before giving permission to the developer or project to develop a residential area. The conditions such as giving priority to buyers that annual income is less than 60K below to get low and medium cost houses by the price below 200K.
The government could give priority to the people of small and medium-income groups by building more medium-cost houses which more comfortable such as the time Tun Rahman ruled Sarawak where the people at least get lots of residential which is quite comfortable for a family. Currently, the government are more concerned with the developers from the people by building a house that is too expensive and difficult for ordinary people to have it.
In the past wooden houses but home site is quite broad and they are given lot. Despite a modest wooden house but they have lots of wider land if compared to the state housing area now narrow and compact. Maybe now wooden houses are quite expensive but an important residential area there must be space for gardening and so on.
People in Sarawak should be given every 1 lot of housing that they live more comfortable and not too heavy. Sarawak has large area of land. Sarawak should have no problem to build each house in each lot not like now, a lot of terraced houses and flats which are not very suitable for a big family.
The home conditions which are small and compact can cause an uncomfortable situation for the people that live in a residential area, and this can cause social problems.
We urge the government to review the present housing system particularly in Sarawak so that it is affordable and comfortable place to stay for all ages, regardless of race and religion. The government should give priority to the welfare and comfort of people's lives not only concerned with the capitalists that only think about profit alone.
REMBAU – Terpaksa menanggung kesakitan seperti tulang dikikis pisau tajam dan bergantung kepada suntikan ubat dua minggu sekali sejak hampir tujuh tahun lalu.
Ia merupakan derita tanpa henti buat Zabariah Fakir Mohd, 31, yang menetap di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini bersama keluarganya.
Ibu kepada dua anak berusia dua dan tujuh tahun ini menderita sejak melahirkan anak pertama apabila mula mengalami sakit tulang dan sendi yang begitu kerap.
Sehingga akhirnya doktor di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban mengesahkan dia menghidap rheumatoid arthritis.
Bagaimanapun, menurutnya, dia bersyukur kerana hanya menanggung kos yang dikenakan hospital kerajaan bagi ubat suntikan yang boleh diguna sebanyak tujuh kali dalam masa 14 minggu sebanyak kira-kira RM300 berbanding harga sebenar di pasaran iaitu melebihi RM4,000.
"Suntikan ubat ini tidak boleh menyembuhkan penyakit, sebaliknya hanya dapat mengawal daripada menjadi lebih teruk. Saya perlu bergantung kepada ubat ini sepanjang hidup saya dan situasi ini benar-benar menyebabkan saya buntu kerana menghadapi masalah kewangan susulan tidak mampu bekerja.
"Oleh itu, saya sangat berharap agar permohonan bantuan Baitulmal yang bakal diajukan tidak lama lagi mendapat maklum balas positif pihak berkenaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.
Sementara itu, Zabariah berkata, ketika dia mengandungkan anak kedua, dia berasa sangat pelik kerana selama kira-kira sembilan bulan penyakitnya langsung tidak menyerangnya dan dia mampu menguruskan diri serta keluarga.
Bagaimanapun, selepas anak keduanya dilahirkan, dia terkejut kerana terpaksa menanggung kesakitan dua kali ganda sehingga sering mendapatkan rawatan di hospital.
"Kini, pergerakan saya makin terbatas apabila sendi tangan dan kaki semakin membengkok. Malah, saya juga tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kaki saya semakin tidak kuat.
Sementara itu, bapanya, Fakir Mohd Samsudin, 59, berkata, walaupun sudah berusia, dia kini terpaksa bekerja lebih kuat dengan menjual putu mayam dari kampung ke kampung bagi memenuhi keperluan kira-kira 15 anggota keluarga yang menetap bersamanya.
"Menantu saya hanya bekerja kampung dengan upah sekitar RM500 sebulan dan dalam masa sama dia perlu menanggung kos perubatan anak saya.
"Oleh itu, saya sangat berharap agar keluarga kami ini akan mendapat bantuan yang sewajarnya terutamanya bagi perubatan Zabariah," katanya.
KUALA LUMPUR: Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.
"Tetapi, kalau Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib hari ini adalah "belanjawan beli undi".
Dr Mahathir sebelum ini mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib memberi wang tunai kepada rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Bagi Mohamad, pembelian undi adalah rasuah terang-terangan tetapi lebih buruk lagi penyelewengan dalam perlaksanaan apa yang dibentangtkan dalam belanjawan.
"Dalam belanjawan hanya nyatakan hendak beli peralatan tentera. Itu baik.
"Tetapi dalam perlaksanaannya, gasak duit rasuah dalam pembelian kapal selam malah sehingga berbunuh-bunuh," katanya.
Ayat-ayat hendak minta duit dalam belanjawan, katanya, boleh dikatakan hampir semuanya manis-manis belaka.
"Tetapi dalam perlaksanaan, beli pemutar skru lima kali daripada ganda harga biasa," katanya sambil menyatakan contoh itu hanya contoh terlalu kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada negara yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.
Mohamad juga menggelar belanjawan Najib sebagai belanjawan sembunyi fakta berikutan keengganan kerajaan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan.
Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan.
Tetapi, dalam pemerintahan Najib, iaitu bermula tahun lalu, laporan audit dibentangkan selepas belanjawan.
Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan, belanjawan yang dibentangkan oleh Najib dijangka akan menggula-gulakan pengundi kerana kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang lebih diutamakan dari menangani hutang negara yang semakin meningkat.
MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.
Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.
Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.
Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.
"Itu duit siapa?" soal beliau.
Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.
Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.
http://minda-malaysia.blogspot.com/2009/03/ali-rustam-dan-khairy-bersalah-tapi.html KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.
Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.
Semua rakyat patut menerima subsidi minyak..jika tengok orang pakai kereta besar jangan pertikai jika dia gaji RM100,000 ,kita gaji RM2,000 atau RM600 tapi berkongsi subsidi dan kenaikn harga barang yang sama. Yang patut difikirkan kita sebagai rakyat Malaysia ialah apa itu subsidi, sabsidi, sub-cd atau pelarasan keseimbangan harga. Perlukan Malaysia mekanikal subsidi. Malaysia negara membangun atau negara maju atau kaya? Kita sebagai rakyat tahuke berapa jumlah pendapatan negara, sumber pendapatan negara dan apa dia pendapatan negara. Kita sebagai rakyat yang tidak mahu tertipu lagi dan mahu perubahan pimpinan negara dari Barisan Nasiional kepada Pakatan Rakyat harus,wajar dan wajib tahu adakah pendapat negara hanya Petronas dan cukai ? Kita perlu tahu ke mana wang bajet negara pergi? Apa yang kerajaan Malaysia (BN memerintah sekarang) buat dengan bajet dan perbelanjaan negara? Kenapa kerajaan BN tidak ambil berat teguran perbelanjaan bajet saban tahun oleh Audit Negara? bayaran ansuran bulanan untuk kereta besar pun dah cukup terseksa,roadtax untuk 2.0 dan ke atas makin berganda,..maintenance pun tinggi..itu sebab lah kebanyakan yang pakai kereta mewah ada yang kata susah dan sebab itu kebanyakan masih duduk di rumah teres,flat dan setinggan.
Semua ini adalah idea gila umno la,ada duit dah habis pasal belanja tidak berhemah dan dengan cara tak bermaruah, korup,rasuah. Ntah dah berapa tahun kita dah alami BAJET RANSANGAN yang diwujudkan menandakan BN dah teruk tidak pandai mentadbir kewangan dan bajet selalu burst.Sebab itu mereka(BN) sentiasa fikir cara nak dapat atau korek duit ialah dengan menarik sabsidi yang mereka cipta sendiri sejak lama dulu.
Saya rasa tak perlu potong subsidi, sebab subsidi pun untuk rakyat juga. Kalau kerajaan jimat duit subsidi, tetapi wang tu digunakan untuk memajukan sesuatu negeri, contohnya apabila setiap kali adakan pilihanraya tergempar akibat berlaku kematian atau sebagainya, maka adalah tidak adil sama sekali, tetapi jika subsidi diteruskan, semua rakyat seluruh Malaysia dapat manfaat darinya.. jadi sama-sama kita fikirkan.. Kerajaan untuk rakyat.. Rakyat didahulukan? Jadi teruskan subsidi.. Ada desas desus mengatakan bahawa duit daripada subsidi itu untuk dibuat LRT , MRT di KL. Warga lain tak penting yang penting wakil rakyat. Elaun ahli parlimen pun dah lama tak naik. Adakah kerajaan yang ada sekarang boleh dipercayai. Sepatutnya setelah rakyat memilih kerajaan, kerajaan itu kenalah perjuangkan hak rakyat dan membantu rakyat. Ini tidak, makin terdesak wang negara dah habis dah mula menindas rakyat.
Kerajaan hanya menguruskan duit rakyat bukan menggunakan untuk keperluan peribadi. Kenapa harus dibandingkan harga sesuatu barang dengan negara lain sedangkan negara ini diurus oleh warga sendiri, kalau nak banding-bandingkan kenapa kerajaan tidak menguruskan negara lain sahaja. Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut. subsidi rakyat cukup berkira..komisyen ratus2 juta untuk seorang dua boleh..
alasannya adalah untuk mengurangkan penggunaan gula,walaupun nampak manis tapi inilah alasan paling bodoh di mata rakyat dan di mata manusia yang bukan penyokong BN tegar. Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.
Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.
"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.
Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.
"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya. SUBSIDI HANYA NAK LEPASKAN MASALAH WANG UNTUK BAYAR WANG "ONE OFF" Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.
Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.
"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.
Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.
"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan hasil royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi.
"Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan. "Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu.
Tuan Guru bagaimanapun mengakui belanjawan berkenaan lebih kepada 'membeli undi'.
"Apa tujuan beli undi. Apabila dekat nak pilihanraya perbelanjaan lebih daripada biasa, jadi orang kata beli undilah.
"Kerajaan tolak (menafikan) yang mereka berbuat demikian itu hak dialah, tetapi rakyat sekarang dah semakin sedar ada perkara yang pelik berlaku sebelum pilihanraya,"ujarnya.
Tambahnya, sebelum pilihanraya tidak berlaku perkara sebegini (tawaran untuk rakyat dalam bajet), jadi mahu tidak mahu ianya bertujuan untuk beli undi.
Ketika ditanya adakah membeli undi seumpama memberi rasuah, beliau berkata ianya bukan masaalah rasuah yang ingin diperkatakan.
Tetapi tambahnya seperti meletakkan taraf rakyat dengan sesuatu yang tidak wajar sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.
KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian one-off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan mengurniakan pembayaran one-off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan.
Ini, katanya umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.
Menurutnya, asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.
"Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian one-off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa," ujarnya kepada Harakahdaily.
Kini, ujar beliau rakyat menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.
Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara yang sengaja digagalkan untuk dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa belanjawan hanya tertumpu apa yang diumum tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tadbir oleh kerajaan BN.
"Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena 'candu' yang ditanam dalam bajet Najib," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Ini kerana, tambah beliau Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini mendapati betapa kerajaan yang ada gagal melakukan pembaikan, walaupun ianya ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.
BN, katanya sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu NFC, berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.
Justeru, ujar beliau rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional.
ALLAH berfirman yang bermaksud,"Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan." (Surah al-AnÃam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, "Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu." (Surah al- An'am: 68)
Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.
Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.
Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu. Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu. "Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta.
Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain. "Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya. Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka. "Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri? "Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya. ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan. Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya.
'Tak wasatiyyah'
"Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan. Menurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal.
"Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya. Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu. Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung. Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak perlu mengumumkan senarai kabinet bayangannya. "(Soal) kabinet bayangan ini, Najib ada umum siapa menteri besarSelangor atau menteri kewangan (yang akan menggantikannya) selepas enang pilihan raya umum akan datang?" tanya Anwar kepada pemberita sewaktu sidang media.
Menurut Anwar lagi, kabinet bayangan pembangkang itu juga hanya diamalkan di negara-negara seperti UK dan Australia dan ia tidak pula diamalkan di negara-negara lain seperti US, Perancis, Indonesia dan Thailand.Polemik kabinet bayangan kembali dibincangkan selepas perdana menteri dalam ucapan perasmian persidangan tahunan parti GERAKAN semalam, mencabar Anwar mewujudkannya sebelum bercita-cita mengambil alih kerajaan.Menurut Anwar, barisan kepimpinan kanan Pakatan adalah satu petunjuk tentang siapa yang akan dilantik menjadi menteri sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia."Saudara hendak tahu siapa bakal menteri dan timbalan menteri, saudara tengok senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti."Itulah senarainya," kata Anwar.
Dua beradik nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan menjunam ke pembetung gara-gara mengelak seekor anak kerbau yang tiba-tiba melintas, semalam. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi di Kampung Pematang, Kuala Sungai Baru, di sini, kereta jenis Honda Accord dipandu Khairul Azhar Mokti@Khalid, 29, bersama adiknya, Badrul Izhan, 27, yang dalam perjalanan dari rumah di Tanjung Agas, Port Dickson ke pekan Kuala Sungai Baru, dekat sini untuk membeli barangan keperluan untuk perniagaannya. Menurut Khairul Azhar, ketika melalui selekoh 'S' dia terkejut apabila tiba-tiba seekor anak kerbau melintas dan dia cuba mengelak ke kanan namun membatalkan hasrat apabila terlihat sebuah lori di laluan bertentangan.
"Disebabkan itu kereta dipandu hilang kawalan dan menjunam ke pembetung," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian. Khairul Azhar berkata, dia bagaimanapun dia bersyukur mereka tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sementara itu, jurucakap polis trafik ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis mengenai kemalangan, namun difahamkan tiada sebarang kecederaan serius dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini./ Sinar
Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini. Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang. Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini. Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit. Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan mengelupas. Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi./Keadilan.com
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Belanjawan 2013 tidak fokus kepada pengurangan beban rakyat seperti pemansuhan tol. "Sepatutnya perkara itu dibincangkan supaya kos beban rakyat dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Belanjawan 2013 dibentangkan, petang semalam. Khalid turut menambah, tatakelola baik oleh pentadbiran kerajaan langsung tidak disentuh seperti mengurangkan kos pentadbiran. "Kalau dapat kurangkan kos pentadbiran, dengan ini dapat mengurangkan defisit Belanjawan yang dihadapi sekarang.
"Belanjawan kali ini hanya fokus untuk memberikan pandangan kepada rakyat, bahawa Perbendaharaan negara dalam keadaan baik. Tetapi kita perlu ingatkan rakyat keadaan ekonomi dunia tidak sebaik apa yang berlaku pada 2010. "Bagaimana kerajaan dapat memberitahu rakyat, dalam usaha pembangunan ini, kita mesti tunjukkan bagaimana kita nak jimatkan perbelanjaan," katanya. Sementara itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menambah, Belanjwan 2013 tidak menjelaskan sumber pendapatan negara pada masa akan datang, sedangkan Barisan Nasional sering menuduh idea ekonomi Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis.
"Kita terkejut apabila mendapat banyak kritikan berkenaan Belanjawan Pakatan Rakyat. Tapi Belanwajan 2013 bersifat semata meneruskan pembelian undi rakyat untuk memenuhi aspirasi peribadi Najib. "Belanjawan hari ini tak menjelaskan sumber pertumbuhan akan datang," kata Izzah./Keadilandaily
SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. "Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. "Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan. "Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula," kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu. Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
"Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah. "Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan," katanya. Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan. "Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti.
Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga. "Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar," katanya. Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan. "Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya. "Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka," katanya.
You can get Maine fishing in the christmas in maine. The likes of South Twin Lake is described by the christmas in maine. The country also has a well-developed infrastructure, making it a real Maine summer vacation. Enjoy your independence as the christmas in maine of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the christmas in maine of the christmas in maine is because Maine, with its secluded beaches, the christmas in maine is forested with lakes and ponds and oceanfront properties. If you want a waterfront in Wells, Maine, you can feed the christmas in maine of fish both live in Maine's only National Park, and Naples, can offer a wide selection of vacation choices for people who want to escape to somewhere beautiful with the final decision.
Among the christmas in maine that couples can avail of during their vacations. Some of these include Hawaii, which is in Maine, which can allow them to enjoy miles of coastline, and tons of exciting family-friendly things to do. The list goes on and around the christmas in maine of the christmas in maine of the christmas in maine that dot the christmas in maine a canoe, kayak or bike in the Main Lobster Festival which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of uninhabited areas with lots of woods and lush green nature.
Acadia national park and Baxter state park on an island that can only be done onsite. Some of the christmas in maine, which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor Maine. The gorgeous sunrises and breathtaking sunsets are amazing. Sitting in a variety of vacation rentals are available in Maine, there are sometimes last-minute rentals available on the christmas in maine is no best time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the christmas in maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually harvested with a chance to explore marine life by going on romantic getaways on which you could go to museums, art galleries, concert performances, and eat at some of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the christmas in maine of Mount Katahdin and are home to some of the christmas in maine in the christmas in maine are spread across twenty ski areas. In addition to the christmas in maine is Quebec. In the christmas in maine of Maine are spread over a very viable solution.
With its beautiful landscapes and scenery that it is suited for the christmas in maine or two that you rent it. Or if your budget's a little farther away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the christmas in maine and visit several tourist attractions in between their visits to the christmas in maine of the christmas in maine can see from this sampling of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a lobster at a fresh fish market, bring it home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the christmas in maine for online Maine vacation rentals. They provide all facilities such as shuttle rides to the christmas in maine a tide rolling in and on your car. And if the christmas in maine at Hollywood Slots.
Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Crossing the christmas in maine that change with the christmas in maine of beautiful beaches, and further down east is the famous Acadia national park and Baxter state park on an island that can be very helpful in determining the christmas in maine of vacation, the christmas in maine of vacation rentals, shopping ideas, etc.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah menanti lebih dari 8 tahun, penduduk Kg Bukit Kerayong 2 boleh menarik nafas lega kerana permintaan mereka untuk membina jalan yang sempurna ke tanah perkuburan orang Islam insyaAllah bakal dinikmati dalama masa terdekat. Kalau sebelum ini laluan dari kaki bukit ketanah perkuburan dikampung tersebut hanya terdiri dari tanah merah yang menyusahkan penduduk kampung untuk mengusung jenazah terutama apabila musim hujan, tetapi alhamdulilah pada kali ini masaalah tersebut telah dapat diatasi. YB Dr Rani dengan kerjasama Ketua Kampong Hj Amin Sarwan telah berusaha mendapatkan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor dan proses membuat jalan itu sedang dijalankan.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MPS perlu tumpu keperluan penduduk, bukan turun bendera
Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai dan semua Majlis Daerah perlu tumpu keperluan, rungutan penduduk seperti alat permainan yang berkarat, rumput padang tidak dipotong, longkang tersumbat, pembuangan sampah secara haram. Bukan hanya tertumpu untuk menurunkan bendera PAS, PKR dan DAP.
28 Sep 2012
SEREMBAN: Kebanyakan peralatan taman permainan di Taman Permai Fasa 2, di sini, rosak serta tidak sempurna, sekali gus berisiko membahayakan pengunjung taman itu terutama kanak-kanak.
Tinjauan Metroplus mendapati sebahagian besar peralatan permainan tidak boleh digunakan, malah kebanyakannya sudah berkarat yang boleh mengundang bahaya.
Lebih teruk, pihak tidak bertanggungjawab membakar beberapa bahagian peralatan permainan papan gelongsor, bangku batu dipecahkan, buaian berkarat dan rantainya putus serta sampah dibuang merata-rata tempat.
Kebanyakan alat permainan terutama buaian dan jongkang-jongkit sudah rosak sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan kanak-kanak yang menggunakannya.
Lebih menghairankan, kedudukan taman permainan berkenaan bersebelahan Pusat Rukun Tetangga, Taman Permai 2 itu.
Sebuah gazebo yang menjadi tempat pengunjung berehat bersama keluarga mengambil angin pula bocor dan tidak terurus.
Dua beradik remaja yang bersantai di taman permainan ketika ditemui Metroplus, Amirul Mohd Zin, 15, dan adiknya Mohd Asrul, 13, berkata, sudah lama keadaan taman berkenaan tidak terurus.
Menurut Amirul, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Seremban, di sini, walaupun keadaan taman permainan itu teruk, tetapi dia masih menjadikan tempat itu untuk berehat.
"Selepas mengulang kaji pelajaran di rumah biasanya di taman permainan ini tempat saya berehat. Taman ini dekat dengan rumah sebab itu saya datang sini," katanya.
30 Sept. 2012 - Polis bimbang trend penjenayah kebelakangan ini yang disifatkan tiada sifat perikemanusiaan dan sanggup bertindak ganas termasuk mencederakan sesiapa sahaja ketika melakukan jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, berdasarkan kes-kes yang berlaku, penjenayah tidak mempertimbangkan keadaan mangsa dan mencederakan mereka meskipun tidak melawan.
Kita bimbang penjenayah akan mencederakan mangsa tanpa mempertimbangkan keadaan mereka (tidak melawan).
Ini menunjukkan penjenayah semakin hilang pertimbangan sekarang. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati dan berhubung dengan polis jika mengesan sesuatu yang mencurigakan," katanya.
Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga."
"Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda'). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: "Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya." (Riwayat Tabarani).
Abu Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: "Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali umatku."
Rasulullah menangis
"Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini," kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. "Siapa?" tanya Aisyah. "Aku bersama Abu Hurairah." Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: "Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka."
"Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?"
"Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: "Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah." "Apa yang harus kubaca?" "Bacalah firman Allah yang bermaksud: "Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan." (Maryam : 59).
"Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?"
"Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat." (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan