Sabtu, 8 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 07 Sep 2012 11:33 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


KUIN akan dijual kepada syarikat swasta?

Posted: 07 Sep 2012 03:30 AM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Setelah semua isu berkaitan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dapat dijelaskan oleh kerajaan Negeri kini muncul pula cerita baru, kononnya KUIN akan dijual kepada swasta. Spekulasi ini dimainkan oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah yang kini menjadi 'penganalisis sepenuh masa' isu KUIN, Dato' Seri Mahdzir Khalid.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pun pura-pura terkejut dengan pendedahan tersebut. 
"Sekiranya benar perkara berkenaan bakal berlaku ia adalah satu insiden yang sangat memalukan rakyat Kedah. Penjualan KUIN juga bakal mencemar imej kerajaan PAS Kedah, malahan sekiranya benar perjualan berlaku ia harus ditentang kerana melanggari dasar dan matlamat penubuhan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Kedah itu," katanya.

Cerita KUIN akan dijual sama saja dengan cerita Dasar Baru Perumahan Kerajaan Kegeri Kedah. Ianya baru di peringkat idea oleh pihak tertentu, belum dijadikan agenda mesyuarat jawatankuasa tetap di bawah potfolio Exco. Jauh sekali dari dibincangkan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) tetapi ia telah diserang habis-habisan oleh pembangkang seolah-olah telah menjadi satu keputusan rasmi. Tidak pelik selepas ini jika seorang ADUN pembangkang Kedah bermimpi sesuatu mengenai pentadbiran negeri maka BN akan memanggil sidang media menyerang kerajaan negeri perihal mimpi yang muncul sewaktu tidur. Pembangkang di Kedah benar-benar ketandusan isu sehingga ke peringkat mengulas khabar angin.
Exco Agama, Pelajaran, Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri dan ianya juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KUIN.
"Khabar bahawa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat daripada syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan KUIN sejak dua bulan lepas adalah tidak benar.
"Saya tidak menerima surat tersebut dan tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah," tegasnya.
Di sebalik kencangnya khabar tersebut diulas oleh pihak pembangkang yang kebuluran isu, muncul pihak yang mendakwa wakil syarikat swasta yang berhasrat membeli KUIN itu memberi penjelasan. Syarikat gergasi tersebut yang dikatakan beribupejabat di Turki bukan berhasrat mahu mengambil alih KUIN sepenuhnya. Mereka mahu membeli 90 peratus equiti KUIN dan selepas memilikinya akan mewakafkan kesemua equiti tersebut kepada pemegang amanah KUIN, dengan maksud yang jelas mereka membeli untuk mewakafkannya. Dengan itu KUIN tidak akan terbeban dengan hutang pembinaan kampus induk dan sebagainya yang agak membelenggu sekarang ini. Syarikat tersebut dikatakan telah melakukan perkara yang sama untuk sebahagian wakaf di Universiti Al-Azhar.
Syarikat tersebut sebelum ini bersetuju menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan masjid baru KUIN dan telah menyalurkan sebahagian sumbangan tersebut secara ansuran. Setakat ini mereka tidak memungkiri janji.
Kesal dengan tohmahan yang dimainkan oleh pihak pembangkang, syarikat ini dilaporkan menarik balik tawarannya dan akan menyalurkan cadangan yang sama kepada mana-mana universiti Islam di Thailand atau Turki.
Apa yang menariknya ialah tawaran yang dibuat oleh syarikat tersebut hanya baru di peringkat emel yang dihantar kepada Rektor KUIN. Hebatnya teknologi hari ini kandungan emel itu tersebar kepada pihak pembangkang sebelum sampai ke pengetahuan rektor lagi.
Sejauhmana benarnya kekuatan, kemampuan dan keikhlasan syarikat tersebut belum diketahui. Lembaga Pengarah KUIN belum berbincang dan majlis mesyuarat Exco pun belum tahu apa-apa, namun ia telah menjadi bahan manipulasi pembangkang. Kerajaan negeri pun tidak terlalu bendul untuk membuat keputusan hanya berdasar catatan emel. Jika benar usaha itu serius maka kerajaan tentu akan mengambil perhatian yang serius juga. Tidak menerima secara mudah dan tidak menolak mentah-mentah. Semuanya akan dibuat mengikut kajian dan penelitian.
Bagaimanapun cerita cadangan pembelian oleh syarikat gergasi itu terhenti setakat itu, namun propaganda dan putarbelit pembangkang mengenai KUIN tidak akan berhenti sama sekali. Selagi BN jadi pembangkang di Kedah cerita merapu meraban mengenai KUIN akan berterusan. Mereka tak peduli untung atau rugi untuk rakyat, yang penting 'untung politik' jangka pendek mereka untuk manipulasi isu untuk mencari undi dalam pilihanraya.

Kemeriahan Aidil Fitri dan kekaguman anak perantau Kedah

Posted: 07 Sep 2012 03:29 AM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentalon telah mencatatkan kehadiran paling tinggi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008. Dianggarkan lebih 50 ribu yang hadir pada rumah terbuka yang diadakan buat kali kelima oleh Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Rakyat datang berpusu-pusu tanpa jemputan berulang kali dalam televisyen seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Hanya banner dan banting yang menjemput mereka datang.
Walaupun majlis rasmi bermula jam 11 pagi, namun seawal jam 10 pagi orang ramai telah 'membuka' pintu pagar untuk meraikan Aidil Fitri di kediaman rasmi Menteri Besar itu. Sehingga selepas jam 4 petang orang ramai yang kebanyakannya datang berkeluarga, tidak putus-putus berkunjung. Khemah jamuan penuh sesak. Maka terpaksalah sebahagiannya melepak di mana-mana sahaja ruang di kompleks Seri Mentaloon, dari atas ruang surau hinggalah ke atas rumput, semuanya penuh dengan rakyat jelata.
Kehadiran orang ramai untuk majlis yang terdapat jamuan percuma bukanlah luar biasa. Ia tidak menggambarkan sokongan politik kerana nawaitu sebahagian besar yang datang adalah untuk makan. Namun harus diingat bahawa orang yang tegar pendirian politiknya sukar untuk hadir ke majlis jamuan yang dibuat pihak lawan.
Rakyat pelbagai kaum, kecil besar, tua muda semuanya datang menjengah. Pelbagai NGO yang datang dengan kumpulan masing-masing. Termasuk sekumpulan sami buddha yang terdiri dari ketua-ketua watt di seluruh Kedah turut hadir. Kumpulan ini tidak hadir hanya untuk makan melainkan kerana menghargai sebuah kerajaan yang berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk rakyat berbilang kaum. Jika kehadiran mereka digambarkan dalam bentuk sokongan untuk kerajaan negeri pimpinan Pakatan, maka nampaknya tiada 'kecederaan' dari aspek sokongan rakyat selepas berada di tahun kelima kekuasaan, bahkan nampaknya sokongan rakyat semakin meningkat.
Teraju pentadbiran kerajaan Pakatan di Kedah ialah PAS. Berpuluh tahun UMNO melalui rakan kongsi mereka MCA, mencanangkan negara Islam dan hudud kepada bukan Muslim dalam persepsi yang jelik tapi nampaknya masih tidak mampu menjauhkan mereka dari PAS.
Sewaktu PAS dan Pakatan menjadi pembangkang, PAS tiada rangkaian bukan Melayu di peringkat pertengahan dan akar umbi. Hari ini sebagai kerajaan, PAS sudah mempunyai rangkaian Majlis Ketua Kampung/Komuniti terdiri dari pelbagai kaum di seluruh negeri Kedah. PAS sudah ada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mantap hingga ke peringkat akar umbi. PAS ada rakan kerjasama DAP dan bukan Melayu dari KeADILan.
Mengikut sifir matematiknya, sewaktu PAS tanpa rangkaian jentera bukan Melayu pun sudah mampu mendapat sokongan bukan Melayu maka tiada masalah rasanya untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu ketika rangkaian jenteranya sudah mantap sebagai sebuah kerajaan.
Anak Kedah di perantauan yang pulang berhari raya tidak lupa untuk bertanya, mampu lagikah Pakatan bertahan di Kedah? Jawapannya mudah saja. Secara tradisi kekuatan UMNO dan PAS adalah seimbang di negeri ini. Di mana ada cawangan UMNO di situ ada cawangan PAS, malahan kalau dinilai kekuatan PAS di seluruh negara, ahli PAS paling ramai di Kedah. Yang menjadi pemberat untuk mencondongkan keseimbangan UMNO dan PAS di Kedah ialah pengundi bukan Melayu (khususnya Cina) yang mewakili kira-kira 25 peratus dari keseluruhan pengundi. Jika 11 kali PRU mereka memihak kepada BN maka menanglah BN. PRU 12 mereka memihak kepada Pakatan, menang Pakatan. Maka jika pengundi bukan Melayu ini terus kekal menyokong Pakatan untuk PRU 13, jawabnya BN akan terus jadi pembangkang. Itu perhitungan di atas kertas, sedangkan yang mengangkat dan menjatuhkan sesebuah kekuasaan ialah Allah SWT.
Sebab itu UMNO beriya-iya benar cuba memecahkan persefahaman parti-parti dalam Pakatan, khususnya antara PAS dan DAP dengan bermodalkan hudud. Bila terburai persepakatan maka Perdana Menteri pun segera akan umumkan pembubaran Parlimen. Namun niat jahat UMNO sudah boleh dihidu sejauh setahun perjalanan kerana acap benar mereka menggunakan modal yang sama menjelang pilihanraya. Asal pemimpin Pakatan tiada yang melatah maka dacing BN akan patah.
Kemeriahan Aidil Fitri di Kedah kali ini juga benar-benar dapat dirasai oleh anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman khususnya yang tinggal di sekitar ibu negeri, Bandaraya Alor Setar. Mereka terkejut besar apabila dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri perubahan yang berlaku. Lanskap bandaraya benar-benar sudah berubah. Empat buah jejambat terbina kukuh di Simpang Kuala, Jalan Langgar, Jalan Teluk Wanjah dan Lebuhraya Sultanah Bahiyah, meniti searas bumbung bangunan. "Macam Kuala Lumpur," ujar seorang anak perantau.
Kompleks Ukir Mall yang tersergam, kompleks Aman Central yang sedang giat dibangunkan serta pengindahan di kiri kanan jalan-jalan utama di pusat bandar benar-benar meyakinkan anak-anak perantau bahawa Kedah tidak mundur di bawah Pakatan, malah terus membangun.
Sambutan Aidil Fitri kali ini pastinya yang terakhir sebelum PRU 13. Semoga rakyat Kedah boleh beraya lagi tahun hadapan di bawah kerajaan negeri yang sama.

TMB Kedah: Zaman Umno BN pun tak buat

Posted: 07 Sep 2012 03:26 AM PDT

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berpandangan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri itu bagi meringankan tugas Menteri Besar seperti dicadang pihak tertentu. Ini kerana katanya, jawatan itu juga tidak pernah dibuat ketika zaman pemerintahan BN terdahulu walaupun ketika bekas Menteri Besar,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit.

"Masa BN dulu mereka tidak buat pun. Masa itu pun, ada kes sakit juga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan berhubung desakan Pemuda Gerakan Kedah yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau.

Mengulas lanjut, Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menganggap semua Exco kerajaan negeri sekarang ini sebagai Timbalan Menteri Besar.

Menurutnya, sepanjang beliau bercuti sakit, semua anggota Exco menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja bawah portfolio masing-masing, termasuk membantu memantau portfolio yang disandangnya.

"Semua Exco adalah Timbalan Menteri Besar. Mereka buat kerja dengan cemerlang semasa ketiadaan saya di pejabat.

"Tiada perkara yang tertangguh sepanjang saya bercuti. Semuanya berjalan lancar kerana Exco tahu tugas masing-masing," katanya.

Awal minggu lalu, Azizan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Setar akibat keletihan kerana terlalu banyak menghadiri program sepanjang Ramadan.

Doktor juga menasihatkan beliau agar berehat di hospital untuk memastikannya mendapat rehat yang cukup.

Bagaimanapun beliau semalam hadir mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

Beliau juga kelihatan ceria menjawab soalan wartawan senjang sidang media diadakan.

"Hari ni saya mesyuarat tadi mula jam 10 pagi, sekarang pukul dua. Empat jam, orang sakit buat mesyuarat empat jam?

"Itu jawapan saya kepada kamu," katanya kepada wartawan yang bertanya status kesihatan terkini beliau.

'Semua Exco adalah Timbalan MB', kata Azizan

Posted: 07 Sep 2012 03:24 AM PDT

ALOR SETAR - "Semua Exco adalah Timbalan Menteri Besar," tegas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, apabila ditanya desakan beberapa pihak yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau.


Katanya, sepanjang beliau bercuti sakit, semua anggota Exco menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja bawah portfolio masing-masing, termasuk membantu memantau portfolio yang disandangnya.
"Mereka buat kerja dengan cemerlang semasa ketiadaan saya di pejabat. Tiada perkara yang tertangguh sepanjang saya bercuti. Semuanya berjalan lancar kerana Exco tahu tugas masing-masing," katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. Ketika ditanya keperluan membincangkan perkara itu, memandangkan jawatan Timbalan Menteri Besar dicadangkan semula selepas Azizan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu, Azizan berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga tidak mewujudkan jawatan itu ketika bekas Menteri Besar,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit.
"Masa BN dulu mereka tidak buat pun. Masa itu pun, ada kes sakit juga," katanya.

Pada 29 Ogos, Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan supaya jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan bagi meringankan beban tugas yang dipikul Menteri Besar, terutama ketika beliau sakit, bukannya bertujuan mengambil alih sepenuhnya tugas Menteri Besar.

Anak muda perlu bersiap untuk menghadapi pru 13

Posted: 07 Sep 2012 03:20 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

  ALOR SETAR: Golongan anak muda perlu bersiap untuk menghadapi hari penting negara yakni Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa dari saat ini sebagaimana mereka telah menghadapi ibadah Ramadan, demikian seru Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.Katanya, Syawal menjadi manifestasi kejayaan dan kemenangan orang beriman dalam mujahadah menempuh ujian rohani dan fizikal sepanjang Ramadan.

"Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa kekuatan yang terbit dari tarbiyah Ramadan dengan usaha bersungguh-sungguh mencari reda dan keampunan Allah, akan mengangkat diri manusia ke martabat takwa seterusnya membebaskan diri dari azab neraka dan mendekatkan kita kepada kenikmatan syurga-Nya.
"Dengan sebegitu besar kurniaan Allah yakni janji kebahagiaan pada kehidupan akhirat, maka sewajarnya keizzahan yang ditimba sepanjang Ramadan ini perlu terus dilangsungkan dalam kehidupan hingga menjadi jati diri sebenar seorang insan," seru beliau.
Oleh itu, khusus untuk anak muda katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berharap agar perjuangan Ramadan telah membekalkan mereka semangat menempuh realiti kehidupan dan menjadikan mereka rakyat yang peka kepada ummah dan negara.
Hakikatnya ujar beliau, dipundak anak muda terpikul harapan untuk sentiasa di saf hadapan merungkai segala rencam dan kebejatan yang membelengu.
Terang Ustaz Ahmad, paling utama adalah melaksanakan amanah membela ummah dari penindasan dan kezaliman, seterusnya membebaskan negara dari cengkaman ketidakadilan dan penyelewengan.
"Demikian itu anak muda, marilah kita buktikan bahawa Ramadan dan Syawal adalah waktu penting yang telah menyatukan kita. Maka kita persiapkan pula untuk menghadapi hari penting negara yakni Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa dari saat ini.
"Kerana Ramadan tidak mampu mengekang kerakusan nafsu pemerintahan Umno-BN. Hanya dengan undi anak muda berupaya menunjukkan mereka lorong kebenaran.
Natijahnya selepas PRU13, kita akan berada di Putrajaya menegakkan Malaysia yang makmur. Itulah kesejahteraan kita di dunia yang kerananya, kita mengharap kurniaan kesejahteraan di hari akhirat dari Tuhan Yang Maha Pengampun," ucapnya.

Betulkan Hala Sasaran Laras Senapang

Posted: 07 Sep 2012 03:17 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
 
ALOR SETAR: Anggota jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat perlu memfokuskan sasaran kepada hala yang sepatutnya iaitulah Umno-BN dan bukannya bertembung sesama sendiri, demikian nasihat Setiausaha Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahaya.

Menurut beliau, pertelingkahan sesama sendiri yang berlaku kepada para Mujahidin di Afghanistan sebelum ini perlu dijadikan iktibar di mana selepas berjuang hingga mengalahkan Russia, mereka menghalakan peluru kepada sesama sendiri.
Lalu jelasnya, pertelingkahan itu menguntungkan boneka Amerika Syarikat iaitu Hamid Karzai yang mengambil alih negara dengan menjadi Presiden Afghanistan secara mudah.
"Jadi tolong betulkan semula hala laras senapang kita sasarkan kepada musuh, bukannya sesama kita," ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.
Tegas beliau, maklumat adalah kuasa yang sangat penting dalam mengubah minda dan persepsi seseorang.
Demikian itu, anggota penerangan adalah jurubicara kepada parti dan kerajaan negeri di mana perlu berperanan menyebarkan maklumat yang setepatnya dengan memberikan penjelasan dan kecerahan terhadap sesuatu perkara.
Pun begitu Zulkifli mengingatkan, dalam keghairahan dengan media baharu, setiap penyebaran perlulah dilakukan dengan teliti kerana maklumat tersebut bukan dibaca rakan terhampir sahaja, tetapi seluruh dunia.

Sebarkan Fikrah Pemimpin Bukan Peribadi

Posted: 07 Sep 2012 03:15 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM ALOR SETAR: Ahli parti perlu menyebarkan fikrah pimpinan dan bukannya fikrah diri sendiri, demikian teguran Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor kepada ahli PAS yang memiliki akaun media baharu."Ya, kita ada fikrah kita sendiri. Tetapi sebagai orang yang duduk di dalam jamaah, duduk dalam parti, parti ini dikawal dan dikendalikan dengan fikrah pimpinan, bukan fikrah ahli.

"Ahli kena turut pimpinan dan sebarkan. Ada arahan boleh disiarkan secara terbuka, yang tidak boleh disiarkan secara terbuka kena guna saluran ditentukan," ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.
Menurutnya, setiap pemilik media baharu adalah seperti pemilik syarikat akhbar persendirian di mana diri mereka juga berorganisasi tetapi tidak terikat dengan organisasi.
Manakala katanya, mereka yang terikat dengan organisasi parti pula boleh kawal, diarah dan diberitahu akan kehendak parti dan panduan penyiaran.
"Masalah dihadapi apabila mereka yang tidak terikat dengan organisasi parti tetapi bercakap seolah-olah mewakili organisasi parti, mewakili suara parti atau nak beri input juga mengenai parti tetapi dengan cara terbuka.
"Ini masalah dihadapi apabila pandangan umum yang tidak terikat dengan organisasi parti ini mendesak kita untuk menerima pandangan mereka.
"Mungkin ada perekayasaan baru dalam parti bagaimana ahli dapat menyalurkan pandangan dan dimasukkan dalam perlembangaan bahawa pandangan melalui facebook itu diambil kira. Ini jangkamasa panjang mungkin boleh berlaku.
"Tetapi pada masa sekarang kita tidak boleh melayani semua pandangan yang dilontarkan melalui penerbitan milik sendiri ini," jelas beliau.
Katanya, pihak Lajnah Penerangan PAS Negeri merakamkan penghargaan atas usaha mereka yang membantu menyebarkan maklumat parti selama ini.
Ujarnya, disebab akaun itu adalah milik sendiri, maka pahala juga akan dapat sendiri, tetapi dosa juga boleh dapat dengan menyebarkan fitnah.
Demikian itu nasihatnya, elak berita tidak benar tetapi sensasi kerana ramai orang teruja dan suka berita sensasi sedangkan berita itu tidak benar. Beliau juga mengingatkan agar tidak membuat akaun palsu dengan menggunakan nama dan jawatan orang lain untuk memberi propaganda sesat dan mengelirukan orang ramai

Melayu perlu perkukuh PAS, tinggalkan Umno

Posted: 07 Sep 2012 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar rakyat Malaysia berbagai bangsa terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini.

Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.

Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali (gambar) dengan hujah-hujah berikut:

1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.

2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.

3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.

4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.

5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu

Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.

"Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)

Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanya Mirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.

"Justeru, sudah tiba masanya untuk Melayu beralih kepada PAS dan tidak dilekakan oleh pujuk rayu Umno yang hanya berhasrat untuk mengekalkan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya untuk kepentingan Islam dan Melayu Islam," ujar beliau lagi.

Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan Rakyat

Posted: 07 Sep 2012 02:35 AM PDT

Oleh Abdul Hadi Awang

Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada Umno menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir.


Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

Umno yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du (bermaksud):

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

"Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

Agama Islam

Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan pentafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama.

PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal Umno dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan.

PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah.

Almarhum Tan Sri Syed Ja'afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia:

"Adalah lebih baik PAS berada di luar BN membetulkan keadaan dan tidak bijak berada di dalam," tegas beliau, ketika PAS berada dalam BN.

Kenyataan ikhlas kerana melihat Umno tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.

Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa al-Quran, bukannya bahasa Inggeris. Umno yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada di tahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah.

Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal Umno dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.

Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orientalis, tetapi mereka menolak akidah dan syariat yang sempurna.

Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.

Malangnya Umno tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang.

Para pemimpin Umno lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihan raya.

Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya.

Masalahnya roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta'abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak.

Keadaan ini menjadikan sehingga asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.

Almarhum maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya Kembali Semula kepada Islam menegaskan:

"Pelaksanaan Islam dengan cabarannya berlaku dua cara pendekatan. Sama ada melaksanakan Islam secara ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara jibayah, dengan memilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata."

Yang kedua inilah yang dilakukan oleh Umno sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam di kalangan penganut yang jahil, dan lebih lagi di kalangan bukan Islam.

Apabila Islam dilihat bukan melalui kaca mata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin Umno. Lebih berbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif seperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya.

Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan Umno dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.

Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekularisme dalam masyarakat Islam.

Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat bawah pemerintahan Umno.

Seterusnya Umno menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti isu syariat Islam.

Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.

Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebahagiannya adalah merosakkan iman.

Beramal dengan sebahagian dan menolak sebahagiannya pula menyebabkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan celaka dunia dan akhirat.

Hak istimewa

Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah.

Mereka tidak membantah hak istimewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua kaum lain.

Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh Umno demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera.

Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.

Bahasa kebangsaan

Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum.

Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir di tengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.

Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Kedudukan politik

Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis kerana mengatur strategi kemenangan Umno secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa Umno bukannya memperkasakan Melayu Islam.

Melayu ditanam semangat hanya Umno parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.

Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting Umno yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.

Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka.

Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan Umno. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Walaupun Umno menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh.

Umno sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.

Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam Umno meninggalkan Umno, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS.

Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan Umno sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli Umno dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .

Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk Umno yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.

Kata Khalifah Umar bin Al Khattab RA: "Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan."

Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut di atas tadi dan Firman Allah (bermaksud):

"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Melayu tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.

Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama Umno, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli Umno kepada PAS.


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS.




DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 07 Sep 2012 11:27 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Umno Tidak Akan Menang Dengan Kejahatan

Posted: 07 Sep 2012 03:54 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa. Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.


Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?

Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah.

Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?

Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.

Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.

Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia?

Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.

Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan.

Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.

Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.

Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.

UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat.  Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan.

Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun.

Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.

Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati.
 http://msomelayu.blogspot.com/

Apa dosanya kibar Sang Saka Malaya?

Posted: 07 Sep 2012 03:52 AM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sambutan kemerdekaan negara kita memang tidak sunyi daripada polemik. Sumbangan para pejuang yang berhempas-pulas menghalau penjajah dengan darah dan air mata turut menjadi pertikaian. Umno mahu membolot legasi perjuangan mulia itu; seolah-olah ia sahaja berperanan membebaskan watan tercinta.



Tahun lalu heboh kontroversi Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dilanyak Utusan Malaysia berminggu-minggu tanpa diberi peluang membela diri. Di peringkat awal, PAS nampak tersudut ke penjuru kelam, kononnya  tidak langsung menghargai pengorbanan pasukan keselamatan, sekali gus mengagungkan "wira komunis".

Bagaimanapun, tanpa dirancang, minat masyarakat untuk menelusuri jejak perjuangan membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajahan British meningkat dengan drastik sekali. Naluri ingin tahu fakta sebenar membuak. (Secara peribadi, saya yakin, apa jua kontroversi, jika disorot melalui tradisi keilmuan yang segar dan mantap, pastinya mendatangkan manfaat buat semua).

Satu Wacana Merdeka, yang dianjurkan Jabatan Sejarah Universiti Malaya, pada 23 September 2011, di Dewan Uliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, mendapat sambutan memberangsangkan. Saya yang masih bertongkat, terpaksa hadir awal dan mendaftar sebelum jam 8 pagi, bimbang tidak mendapat tempat.

Sejarah, yang sering dianggap pengulangan cerita lama yang membosankan, tiba-tiba menggamit minat luar biasa masyarakat awam. Dari sisi lain, sekurang-kurangnya pusara anggota polis yang terbunuh di Bukit Kepong itu, tidak lagi terbiar. Ramai cuba mempamerkan simpati. Dan lebih penting, sehubungan itu, nasib pesara pasukan keselamatan, menjadi perhatian istimewa pemerintah, dengan menawarkan beberapa insentif menarik.


Ya, segalanya dimulakan oleh ceramah Mat Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011. Rahmat terselindung -- ramai juga  (khususnya bekas polis dan tentera) mendapat manfaat atau "durian runtuh" ekoran kalimat yang dilihat kontroversi itu!

Seterusnya, soal yang berlegar sekitar pentafsiran sejarah itu, bukan sahaja disinggung tokoh akademik dan Majlis Profesor Negara, malah turut diheret ke mahkamah. Hakim diminta memutuskan isu berkaitan perdebatan proses kemerdekaan Tanah Melayu -- suatu dimensi yang sepatutnya terbuka untuk perkongsian lebih ramai khalayak.

Sememangnya proses pendakwaan kes jenayah di negara kita (bukan hanya Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, yang digunakan sebagai senjata politik) sering menjadi alat atau perkakas siasah pemerintah apabila berdepan saingannya. (Saya terkenangkan Lim Guan Eng disumbat ke penjara selama hampir dua tahun melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dalam kes membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, sedangkan ia lebih kepada pertarungan politik).

Terbaru, aksi beberapa anak muda yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" di Dataran Merdeka, menjelang detik 12 tengah malam 31 Ogos lalu,  secepat kilat dimanipulasi untuk mempamerkan "wajah hodoh" Pakatan Rakyat dan pemimpin Bersih. Rupanya kempen politik BN dalam sambutan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati belum berakhir dengan himpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil ....

Meneliti laporan media  (yang sentiasa menunggu bagai singa lapar untuk menghitam-legamkan wajah pembangkang, berdepan PRU13), dua insiden berbeda pada malam himpunan Janji Demokrasi itu cuba dihubungjalinkan dan dikaitkan dengan  Pakatan Rakyat.

Selain itu, penonjolan "Sang Saka Malaya" mahu disamakan dengan peristiwa memijak (dan tunjuk punggung) ke atas gambar Perdana Menteri, Najib Razak,  dan isterinya, Rosmah Mansor, serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof. Pihak polis berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan (yang mahu dimansuhkan itu), Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

Pastinya setiap kita tidak dapat menerima aksi melampau, mencabuli akhlak dan tidak bertamadun memijak gambar Najib itu. Walaupun ramai berkongsi tekad dan keazaman yang tinggi untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib dalam PRU13, namun segalanya perlu dibuat melalui amalan demokrasi. Justeru, yang dituntut adalah sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.

Sejak merdeka, pembangkang, khususnya PAS sebagai oposisi tertua, sentiasa dizalimi, dianiaya dan dinafikan hak sebagai parti berdaftar untuk bertanding di "atas padang yang sama rata".

Pemimpin dan aktivisnya bukan saja ditahan (sebahagiannya tanpa bicara), dibuang daerah, didiskriminasi serta melalui siri tribulasi dan mehnah  yang panjang, malah ada yang dibunuh, namun sistem pilihan raya yang serba tempang-kotor itu tetap dihormati. Mereka tidak pernah absen daripada menyertainya setiap kali diadakan.

Selama lebih lima dekad lalu, kesabaran dan toleransi  tinggi petugas PAS -- biarpun ditindas dan ditekan -- telah berjaya mewujudkan suasana aman-stabil yang berterusan. Ramai sarjana sejarah, termasuk di peringkat antarabangsa, menyanjung tinggi sikap berlapang dada pemimpin Parti Islam itu, sekali gus menolak pendekatan militan.

Saya sukar memahami motif Buletin Utama TV3, yang begitu kerap mengulangi rakaman aksi gambar Najib dipijak, seperti disaksikan 4 September lalu. Memanglah tujuannya untuk menanamkan rasa jelik kepada pelaku, yang mahu dikaitkan dengan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi dengan ulangsiar berlebihan, ia boleh mengundang persoalan, mengapa marah sangat mereka terhadap Perdana Menteri? Rakyat kini bijak membaca dan menyelongkar apa yang tersirat, berbanding paparan tersurat.

Realitinya, tindakan pijak potret pemimpin bukan isu baru. Sepatutnya pihak polis bukan hanya bertindak segera dan pantas terhadap aksi pada sambutan ambang kemerdekaan itu, tetapi juga kepada deretan insiden yang jauh lebih tragis dan tersusun, termasuk mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan.

Dalam kenyataannya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta polis mengambil tindakan serupa terhadap pelaku yang memijak posternya, Mei lalu, yang turut melakukan upacara simboik pengkebumian di hadapan rumahnya. Begitu juga dengan "tarian punggung" di luar rumah Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan. (Lim juga dihina dengan penyerahan "kek tahi").

Ramai ingin tahu nasib laporan polis yang dibuat pemimpin Pakatan, yang diserang dan diganasi oleh samseng Umno dan Perkasa, ketika berceramah di seluruh negara, misalnya membabitkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Nurul Izzah.

Usah kukuhkan lagi imej buruk polis sebagai sebahagian perkakasan politik Umno yang amat memalukan itu. Seperti kata AJK PAS Pusat Pusat, Ustaz Idris Ahmad: "Semua rakyat memerhati dan berfikir, adakah pemimpin Umno yang bebal itu akan terus kebal?"

Meneliti kenyataan dua individu yang mengakui bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" dalam blog Singa Selatan, yang mendakwa tidak mewakili mana-mana parti politik, saya kira insiden itu -- seperti juga ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera -- yang kelihatan agak mengejutkan dan mempunyai elemen radikalisme, akan menimbulkan polemik berpanjangan dan tidak mustahil di hujungnya nanti merupakan "satu pencerahan yang produktif" tentang asal-usul perjuangan memerdekakan tanahair.

"Kami mewakili golongan anak muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya," tulisan itu dipetik.

Setelah menjelaskan inti perjuangan golongan kiri yang terawal memperjuangkan kemerdekaan seperti, KMM, PKMM, API, termasuk juga gerakan Islam Hizbul Muslimin, dirumuskan Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Beliau mengakui tujuannya mengibarkan bendera itu untuk memperingatkan orang ramai terhadap tokoh-tokoh pejuang seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Hj Muhammad dan Ustaz Abu Bakar Baqir.

Tiada mana-mana parti politik dalam Pakatan menyokong usaha mereka. Namun media Umno, seperti lazimnya, tanpa merujuk sumber sahih, cuba  mendakwa Pakatan akan menukar bendera. Anwar menekankan, "tiada niat untuk kita menukar bendera Malaysia." Ustaz Idris menjelaskan, "pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan tidak pernah ada perbincangan langsung untuk menukar bendera, cuma yang ada hanya untuk menukar kerajaan."


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mahu siasatan segera dibuat: "Perbuatan ini sangat tidak wajar dan satu pengkhianatan kepada kesepakatan yang diterima pakai rakyat Malaysia."

Polemik Sang Saka Malaya ini mengingatkan saya tentang buku Memoir Ahmad Boestamam, Merdeka dengan Darah dalam Api, terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (2004), yang menggabungkan tiga karya asal, Lambaian Dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang.

Dalam bab "PKMM Menarik Diri dari Umno", Boestamam, dengan gaya ceritanya yang menarik, mengisahkan perjalanan sidang pertama Umno pada 1946, apabila wakil badan-badan gabungan diminta mengusul bendera atau lambang parti itu.

PKMM diwakili Ishak Hj Muhammad dan Boestamam sendiri. Ishak sebagai jurucakap membawa Sang Saka Merah-Putih, lambang PKMM sendiri, dan mengibarkannya dalam sidang itu, setelah mengemukakannya sebagai bendera Umno.

Keputusan pengundian menyaksikan usul PKMM itu dikalahkan hanya dengan satu usul yang mahukan lambang Umno seperti sekarang (masih Sang Saka Merah-Putih dengan tambahan lambang keris). Terdapat kira-kira 50 badan  dalam sidang itu dan setiap pertubuhan diberikan dua undi, manakala PKMM sahajalah "badan kiri".

Boestamam kemudiannya mengusulkan supaya PKMM, berdasarkan penolakan syornya tentang bendera itu, menarik diri keluar dari Umno. "Perbezaan pandangan politik antara Umno dengan PKMM," kata Boestamam, "sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbezaan pandangan politik ini lambat launnya kita pasti akan berpisah juga dengannya ...."


Tanpa didorong keperluan untuk menukar bendera, saya masih tertarik dengan ulasan Hishamuddin Rais dalam Malaysian Insider: "Merah putih adalah motif Nusantara. Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka ... Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa, sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini. Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka."

Bagi saya, usah melatah isu Sang Saka ini, apatah lagi mengenangkan masih banyak isu-isu kritikal yang perlu ditangani segera, misalnya kerakusan kroni Najib untuk memenuhkan tembolok dengan projek ratusan bilion, sebelum Putrajaya "dibebaskan" Pakatan dalam PRU13.

Beberapa insiden spontan, yang nampak menggemparkan (disensasikan media Umno) seperti mempamerkan Sang Saka Malaya oleh dua tiga anak muda itu tidaklah perlu dikutuk secara berlebihan. Ada baiknya juga jika kita memperuntukkan sedikit masa untuk menyelami jiwa mereka yang bergejolak itu, 'kan?

Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan

Posted: 07 Sep 2012 03:51 AM PDT

Oleh Abdul Hadi Awang
Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada Umno menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir.


Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

Umno yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du (bermaksud):

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

"Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

Agama Islam

Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan pentafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama.

PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal Umno dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan.

PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah.

Almarhum Tan Sri Syed Ja'afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia:

"Adalah lebih baik PAS berada di luar BN membetulkan keadaan dan tidak bijak berada di dalam," tegas beliau, ketika PAS berada dalam BN.

Kenyataan ikhlas kerana melihat Umno tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.

Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa al-Quran, bukannya bahasa Inggeris. Umno yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada di tahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah.

Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal Umno dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.

Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orientalis, tetapi mereka menolak akidah dan syariat yang sempurna.

Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.

Malangnya Umno tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang.

Para pemimpin Umno lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihan raya.

Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya.

Masalahnya roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta'abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak.

Keadaan ini menjadikan sehingga asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.

Almarhum maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya Kembali Semula kepada Islam menegaskan:

"Pelaksanaan Islam dengan cabarannya berlaku dua cara pendekatan. Sama ada melaksanakan Islam secara ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara jibayah, dengan memilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata."

Yang kedua inilah yang dilakukan oleh Umno sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam di kalangan penganut yang jahil, dan lebih lagi di kalangan bukan Islam.

Apabila Islam dilihat bukan melalui kaca mata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin Umno. Lebih berbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif seperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya.

Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan Umno dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.

Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekularisme dalam masyarakat Islam.

Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat bawah pemerintahan Umno.

Seterusnya Umno menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti isu syariat Islam.

Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.

Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebahagiannya adalah merosakkan iman.

Beramal dengan sebahagian dan menolak sebahagiannya pula menyebabkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan celaka dunia dan akhirat.

Hak istimewa
Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah.

Mereka tidak membantah hak istimewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua kaum lain.

Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh Umno demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera.

Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.

Bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum.

Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir di tengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.

Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Kedudukan politik
Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis kerana mengatur strategi kemenangan Umno secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa Umno bukannya memperkasakan Melayu Islam.

Melayu ditanam semangat hanya Umno parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.

Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting Umno yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.

Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka.

Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan Umno. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Walaupun Umno menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh.

Umno sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.

Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam Umno meninggalkan Umno, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS.

Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan Umno sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli Umno dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .

Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk Umno yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.

Kata Khalifah Umar bin Al Khattab RA: "Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan."

Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut di atas tadi dan Firman Allah (bermaksud):

"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Melayu tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.

Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama Umno, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli Umno kepada PAS.


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS.

Asas perbezaan sebenar PAS dengan Umno

Posted: 07 Sep 2012 03:48 AM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hassan
Dalam beberapa hari menjelang umat Islam menyambut Aidilfitri, sehin gga kini, polemik mengenai hukum hudud dibangkitkan semula, sehingga riuh rendah media massa memainkan isu ini.

Adakah di kalangan kita, boleh menerima alasan, bahawa isu mengenai hukum hudud ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan media massa yang dikuasai kerajaan Umno-Barisan Nasional, kerana mereka kini sudah sedar dan benar-benar ikhlas, bangkit untuk memperjuangan Islam?

Dan dengan kesedaran ini juga Umno-BN akan bangkit melawan bermati-matian, terhadap semua tentangan golongan bukan Islam terhadap hukum hudud?

Sudah tentu tidak. Tujuan utama media pro Umno-BN membangkitkan isu ini hanya satu sahaja. Iaitu mereka memang mahu memecahbelahkan perpaduan dan kerjasama yang wujud di antara PAS dan DAP. Oleh sebab itu apabila DAP menentang hudud, mereka akan bangkit dan memaki hamun DAP, tetapi apabila MCA menentang hudud, Umno 'duduk menikus di belakang pintu'.

Jelas kepada kita, Umno-BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP. Kerana Umno tahu, PAS dan DAP merupakan tonggak yang kuat dalam Pakatan Rakyat.

Selama mana PAS dan DAP berpadu, selama itulah Umno-BN takut untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.

Maka, media massa diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berusaha keras dan cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini, dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan di antara kedua-dua pihak.

Agenda setting mereka mudah. Jika pemimpin kedua-dua parti melatah dan bergaduh, mudah mereka 'masuk jarum' untuk mencetuskan perbalahan dan dalam masa yang sama memaparkan imej negatif di kalangan rakyat, bahawa parti-parti Pakatan Rakyat tidak 'sekepala', oleh itu mereka tidak layak diberikan kuasa untuk memerintah. Itu sahaja agenda Umno.

Oleh itu pemimpin PAS dan DAP khususnya, usaha melatah menurut 'agenda setting' yang dibentuk menurut acuan Umno.

Sebelum ini, media pro-Umno memainkan isu DAP kafir harbi kerana menentang hudud dan seolah-olahnya MCA yang bersekongkol dangan Umno adalah kafir zimmi.

Apabila isu ini mendapat tentangan hebat rakyat dan MCA dengan keras mengeluarkan kenyataan menentang hudud, pemimpin Umnpo terdiam. Usaha mereka untuk memainkan sentimen agama dengan menuduh DAP 'jahat' tidak kesampaian kerana rakan baik mereka iaitu MCA, pun sama-sama 'jahat' menentang Islam.

Isu sebenar ini di sini, bukan soal DAP atau MCA. Mereka adalah golongan bukan Islam. Tidak pelik bagi bukan Islam, yang menentang dilaksanakan hukum-hukum Islam.

Isu asasnya di sini adalah kecelaruan tahap kefahaman Islam yang ada pada pemimpin dan orang-orang Umno. Sejak dahulu lagi, direkodkan beratus-ratus kenyataan pemimpin Umno yang berketurunan Melayu, yang beragama Islam, menentang hukum-hukum ciptaan Allah dan mempersenda-sendakan hudud.

Kenyataan dan cercaan itu mereka buat, ketika Umno berada di puncak kuasa, yang terlalu hebat dan gah, sehingga tidak boleh digugat oleh sesiapa pun.

Maka apakah hari ini, apabila parti mereka sudah jatuh terjelepuk dan hampir terhumban ke lubang gaung, baru mereka hendak sedar dan menerima hukum hudud sebagai hukum yang wajib ditaati, diimani dan dilaksanakan sebagai seorang Islam?

Sifat Umno ini berbeza dengan PAS. PAS konsisten dengan perjuangan Islam sejak dahulu hingga hari ini. Tiada perubahan dalam soal dasar, tiada kompromi dalam melaksanakan kehendak Allah yang termaktub di dalam al-Quran.

PAS hanya mengubah pendekatan dan strateginya, sesuai dengan keperluan politik semasa, selama mana ianya bertepatan dengan garis panduan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Pemahaman dan pegangan Islam inilah yang membezakan PAS dengan Umno. PAS menjadikan politik sebagai platform untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno mempergunakan Islam sebagai platform untuk terus berkuasa.

Justeru, tiada jalan lain untuk menyelamatkan Islam, melainkan menurunkan Umno dari tampuk kuasa.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 07 Sep 2012 09:12 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Raikkan Ahli Baharu PAS , lenyapkan UMNO Cawangan.

Posted: 07 Sep 2012 06:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Sep 2012 09:05 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Banyak bendera PAS diturunkan MPS di Dataran Senawang

Posted: 07 Sep 2012 06:57 PM PDT

 Bendera PAS diturunkan

 Bendera BN telah berbulan-bulan berkibar








Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang, ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.

Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan MPS memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak bendera BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai berbulan-bulan sebelum ini di Dataran Senawang tiada tindakan langsung oleh MPS untuk menurunkannya.

Satu demi satu bendera PAS diturunkan, dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS. Petugas PAS hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak balas, memaki hamun atau menghalang kakitangan MPS.

Kakitangan MPS ini bertindak demikian kerana menerima arahan dari pihak atasan.

Inilah demokrasi ala Umno dan BN di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.

Amin.

Rembau Hari Ini

Posted: 07 Sep 2012 07:13 PM PDT

Rembau Hari Ini


Banyak bendera PAS diturunkan MPS di Dataran Senawang

Posted: 07 Sep 2012 07:05 PM PDT

Majlis Rumah Terbuka PAS di Negeri Sembilan hanya akan bermula jam 11 pagi Sabtu 8 September 2012 di Dataran Senawang. Akan tetapi awal pagi lagi sebuah lori MPS (Majlis Perbandaran Seremban) telah berlegar-legar sekitar Dataran Senawang, ketika petugas Majlis Rumah Terbuka sedang membuat persiapan, membuat air, menyusun kerusi, memotong buah dan sebagainya.

Sekitar jam 9.25 pagi kakitangan MPS memulakan operasi menurunkan bendera PAS di sekitar Dataran Senawang yang baru dipasang 1-2 hari yang lalu, sedangkan begitu banyak bendera BN dan Umno telah bergantungan berjuntai-juntai berbulan-bulan sebelum ini di Dataran Senawang tiada tindakan langsung oleh MPS untuk menurunkannya.

Satu demi satu bendera PAS diturunkan, dikait dengan galah besi oleh beberapa kakitangan MPS. Petugas PAS hanya memerhatikan sahaja tanpa membuat sebarang tindak balas, memaki hamun atau menghalang kakitangan MPS.

Kakitangan MPS ini bertindak demikian kerana menerima arahan dari pihak atasan.

Inilah demokrasi ala Umno dan BN di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga Allah menumbangkan Umno/BN dalam pilihanraya yang terdekat ini.

Amin.

Saksikan lebih banyak gambar-gambar bendera PAS sedang diturunkan oleh kakitangan MPS dan gambar bendera BN yang begitu banyak di Dataran Senawang di http://pasns.blogspot.com/2012/09/banyak-bendera-pas-diturunkan-mps-di.html

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Sep 2012 03:40 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SAPA KATA POLIS HARUS LEBIH PERIKEMANUSIAAN ?

Posted: 07 Sep 2012 01:23 AM PDT

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu akan menulis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi menyatakan bantahannya terhadap tindakan pasukan keselamatan menggari gadis 19 tahun Ong Sing Yee yang didakwa memijak gambar perdana menteri.



Senator itu mahukan polis mengkaji semua prosedur operasi standard (SOP) membuat tangkapan, terutamanya terhadap wanita, remaja, suspek yang tidak ganas dan pihak yang tampil menyerah diri.

Gan merujuk kepada tindakan polis menggari Ong ketika dia menyerah diri di balai polis ohor Bahru Central pada Rabu lalu.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau berkata, polis tidak semestinya menggari model sambilan itu kerana ia boleh menyebabkan trauma yang berpanjangan.

"Sebaliknya polis harus mengamalkan cara yang lebih berperikemanusiaan apabila menguruskan kes-kes sebegini," kata Gan yang juga naib presiden MCA.

ASTAGFIRULLAH ! MENTERI WANITA SEORANG LELAKI ?

Posted: 06 Sep 2012 09:41 PM PDT

SHAH ALAM, 7 SEPT : Kerajaan perlu melantik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pemangku jawatan berkenaan.
Isu ini tercetus dan menjadi bualan umum disebabkan Najib didakwa gagal menjalankan tugas tersebut kerana tiada sebarang tindakan atau kenyataan diberi berhubung kes perogol gadis bawah umur yang dibebaskan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang akhir Ogos lalu.
Mengulas perkara itu, Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata adalah amat mengecewakan apabila perkara itu berlaku dengan tiada pembelaan dilihat bagi melindungi gadis bawah umur yang menjadi mangsa dalam kes berkenaan.
Lebih mendukacitakan, tambahnya, tiada sebarang tindakan diambil Perdana Menteri bagi mengangani perkara ini.
"Kita lihat tiada satu pun kenyataan daripada Perdana Menteri yang memangku jawatan tersebut yang secara lantang mengutuk dan mendesak segera agar kes ini dibuka serta hukuman setimpal dijatuhkan kepada pesalah.
"Sepatutnya kerajaan boleh menilai bahawa satu isu yang boleh dipandang serius tetapi jelas tidak hanya kerana ia tidak diberikan kepada seseorang yang berhak bagi menjaga kepentingan rakyat Malaysia iaitu wanita.
"Kita kesal kerana Perdana Menteri hanya disebabkan keangkuhannya yang tidak mahu melantik mana-mana pimpinan Wanita Umno dan BN sebaga orang yang menggalas tugas itu," katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Najib bertindak sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan berakhirnya tempoh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 8 April lalu.
Dalam kes itu, Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan RM25,000 supaya berkelakuan baik atas kesalahan merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali tahun lalu.
Mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama serta hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir.
Selain itu, kes lain berkaitan melibatkan pemain tenpin boling negara, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan Mahkamah Sesyen Melaka pada 5 Julai 2010 dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.
"Kalau kita teliti kedua-dua kes, kita melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang dikira luar jangka kerana kes yang melibatkan remaja itu harus dipandang penting dan juga harus diutamakan.
"Dalam kes ini disertakan dengan kenyataan seolah-olah memandang remeh pelakuan jenayah melibatkan remaja yang bakal mencorakkan sistem pentadibran dan kehidupan di negara ini. Ia sesuatu yang kita kesali," kata Siti Aisyah lagi.
.

PM LUPA ADA DOSA DAN DERITA DI SEBALIK BUKIT SENTOSA

Posted: 06 Sep 2012 06:49 PM PDT


Patutlah masalah bas tiada kesudahan di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung apatidaknya Malaysia dah merdeka 55 tahun tapi sistem bas pengangkutan antara Bandar Bukit Sentosa dengan Bukit Sentosa 2 , Bukit Sentosa 3 dan Bukit Beruntung Tiga yang jaraknya dari 3km hingga 6 km masih lumpuh dan tidak berfungsi walau aset hentian menunggu bas kedapatan di kanan dan kiri jalan raya.
Sapa yang perlu jawab dan bertanggungjawab? Sudahtentu Kerajaan BN yang diterajui UMNO yang perlu bertanggungjawab. Mereka(Najib dan Kerajaan melalui kementerian dan ADUN dan Ahli Parlimen Hulu Selangor tak perasan atau tiada perasaan atau tidak tahu ujudnya masalah pengangkutan yang kritikal yang membantutkan kemajuan dan kepesatan Kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dan juga hingga sempadan RASA.
PM(DS Najib) kita tahu beliau pernah melakukan lawatan dalam program BN iaitu Juara Rakyat di atas tapak TESCO sebelum TESCO didirikan.
Susahnya dan sukarnya penduduk yang tiada kenderaan mahu bekerja waima sekitar Bandar Bukit Sentosa, ke pasar atau pejabat pos jika tiada bas dan teksi.Bagaimana mahu memesatkan pertumbuhan ekonomi dan pertambahan penduduk di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung jika tiada pengangkutan yang baik.Ini semua adalah faktor penarik pemunya rumah samada rumah teres atau pangsapuri memenuhi dan menggunakan aset mereka jika ada sistem pengangkutan bas dan teksi agar penghuni/penduduk dapat berulangalik bekerja terutama permintaan pekerja dan jawatan kosong di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung.

Kini semuanya telah terbongkar dan terdedah ...rupanya ada dosa BN dalam 'skandal' terminal bas bukit sentosa. Di baca dalam berita akhbar Sinar Harian 7 Sept 2012 MS 43 PKR Cabang Hulu Selangor mencabar BN jelaskan isu seleweng pembinaan terminal di atas tanah perseorangan?
Bagaimana projek terminal bas pada tahun 2000 bernilai RM3,000,000 dibina di atas tanah perseorangan?
Kini rakyat Hulu Selangor terutama pengundi di DUN Batangkali khusuanya Bukit sentosa dan Bukit Beruntung harus sedar keburukan dan kejahatan dan tahap rasuah yang tinggi BN berlaku walau di kawasan Hulu. Pengundi tegar BN mesti tukar persepsi dan missi. Misi sekarang di PRU13 ialah kita tukar kerajaan Dari kerajaan yang terlalu korupsi kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang bangkit untuk membantu rakyat dan pilihan anda ialah Parti PAS, Parti PKR dan Parti DAP.
note : i. Bukit Beruntung 3 terdiri dari Taman Kesumba dan Taman Widuri yang mempunyai perumahan teres setingkat, 2 tingkat dan pangsapuri.
2. Bukit Sentosa 2 terdiri dari Taman Seroja, Taman Anggerik 1,2,3,4 dan 5 juga mempuyai jenis teres, pangsapuri dan apartment dan rumah kedai.
3. Bandar Bukit Sentosa (Bukit Sentosa 1) terdiri dari Taman Banglo(Tanjung dan Teluki), Taman Cempaka berdekatan TESCO,Terminal Bas dan Teksi, kedai dan Stesyen Minyak ESSO, Taman Bunga Kertas dan banyak lagi.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 07 Sep 2012 01:22 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Rakyat biadab kerana Umno gurunya

Posted: 07 Sep 2012 08:09 AM PDT



KUALA LUMPUR:
 PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.


AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar)berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar  pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya.

Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.

Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20  April 2000, di mana  Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS.

"Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang," katanya.

Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut.

Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia  dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali.

"Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih  bersekolah," soalnya.

Akhbar ini, katanya, sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar.

"Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka," katanya.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan.

"Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah?" soalnya lagi.

Rumah mampu milik: Di sini dan di seberang

Posted: 07 Sep 2012 07:53 AM PDT



Pendahuluan

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 24 September 2012. Isu perumahan merupakan antara isu dasar yang akan menjadi tumpuan Belanjawan 2013. Lantaran itu, penulisan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) kali ini memberi tumpuan kepada masalah rumah mampu milik dengan meninjau skim perumahan berkaitan di Malaysia dan Singapura.

Dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk memperolehi rumah mampu milik, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan beberapa program perumahan untuk membantu rakyat Malaysia menyelesaikan kemelut ini. Di antara program-program perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN ialah Skim Rumah Pertamaku (SRP), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Pelbagai program perumahan telah dilancarkan, namun kejayaan program-program perumahan tersebut terbantut dan menimbulkan beberapa persoalan isu perumahan penting, antaranya termasuk masalah rumah terbengkalai, pelaksanaan konsep jual dan bina, peningkatan harga bahan binaan, serta kuasa membeli rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap yang rendah.

Kuasa membeli rakyat Malaysia dikatakan masih berada pada paras yang rendah apabila hampir separuh daripada 1,642 pemohon skim SRP[2] didapati tidak layak untuk menerima pinjaman dari bank untuk membeli rumah di bawah SRP. Ini berikutan industri perbankan mendapati mereka yang mempunyai gaji pendapatan sebanyak RM3,000 dan ke bawah gagal untuk melayakkan diri untuk mendapat pinjaman bernilai RM400,000 kerana dalam skim pembayaran semula pinjaman sebanyak 80 peratus, pemohon perlu membayar deposit sebanyak RM80,000 dan kebanyakan pemohon di bawah skim ini tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membayar deposit mahupun bayaran bulanan pinjaman tesebut.

Manakala bagi peningkatan harga bahan binaan perumahan pula, syarikat-syarikat pengeluar simen dalam negara mengumumkan peningkatan harga dalam harga simen daripada RM16.50 kepada RM17.50 bagi satu beg simen seberat 50 kg[3]. Hanya satu syarikat di Sarawak yang akan mengekalkan harga simen. Peningkatan harga simen ini pula telah mengakibatkan peningkatan harga rumah contohnya di Pulau Pinang di mana harga hartanah di Pulau Pinang dijangka meningkat sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus. Ini berikutan 60 peratus hingga 80 peratus[4] bahan binaan terdiri daripada bahan binaan berkaitan dengan penggunaan simen.

Ini sejajar dengan kenyataan media Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)[5] yang menyatakan peningkatan harga simen akan mempengaruhi kenaikan harga rumah. Lantas, peningkatan harga bahan binaan ini akan mewujudkan jurang di antara rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan rendah dengan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi dalam keupayaan memiliki rumah mampu milik dalam pasaran perumahan yang kian melambung. Ini mengambil kira bahawa sebuah rumah yang dibina di Perlis dan Lembah Klang yang menggunakan bahan binaan sama akan mengalami perbezaan harga tinggi. Rumah yang dibina di Perlis mungkin akan berharga RM250,000, manakala sebuah rumah yang dibina di Lembah Klang, contohnya di kawasan KLCC akan berharga RM1 juta. Peningkatan harga bahan binaan ini akan meningkatkan lagi jurang tersebut.

Ini berikutan peningkatan harga pembinaan pada tahun 2011 sebanyak 10 peratus akibat daripada peningkatan inflasi dan harga bahan binaan serta cukai import yang tinggi.[6] Kenaikan harga hartanah ini telah menyebabkan beberapa syarikat pemaju mengalami kenaikan dalam keuntungan pada kadar 18 peratus[7] lebih tinggi daripada keuntungan projek-projek pembinaan mereka. Ini pula dapat mencerminkan bahawa rakyat Malaysia yang menampung keuntungan syarikat-syarikat pemaju berkaitan.

Pasaran hartanah di Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada kemelut kenaikan harga bahan binaan. Walaupun kerajaan telah melaksanakan had harga maksimum[8] bagi rumah harga rendah di Sabah dan Sarawak sebanyak RM50,400 berbanding had harga maksimum di Semanjung sebanyak RM42,000, harga pasaran bagi jenis perumahan lain melambung tinggi. Peningkatan harga bahan binaan di Semanjung akan meningkatkan lagi harga pasaran perumahan di Sabah dan Sarawak, lantas menjauhkan lagi jarak jurang di antara masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dari segi kemampuan kewangan untuk memiliki rumah mampu milik.

Projek Perumahan Menemui Kegagalan

Projek-projek perumahan yang dilancarkan oleh Najib untuk menyelesaikan kemelut perumahan dalam negara merangkumi Skim Rumah Pertamaku (SRP), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Jadual 1: Skim-Skim Perumahan Malaysia
Skim Rumah Pertamaku (SRP)[9]
Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)[10]
Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)[11]
Dilancarkan pada 8 Mac 2011[12]
Dilancarkan pada 4 Julai 2011
Nama sebelum ini: program Rumah Mesra Rakyat.[13]
Pembeli rumah pertama
Pembeli rumah pertama.
Pembeli rumah pertama.
Umur tidak lebih dari 35 tahun
-
Berusia dalam lingkungan 18-65 tahun.
Pendapatan kasar tidak melebihi RM3000 sebulan dan pendapatan kasa peminjam bersama tidak melebihi RM6000 sebulan.
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam, swasta dan bekerja sendiri.
Pendapatan isi rumah dari RM3,000 dan ke bawah.
Nilai minimum hartanah RM100,000.
Nilai minimum hartanah RM150,000[14].
Rumah-rumah RMR1M dibina menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS).
Nilai maksimum hartanah RM400,000.
Nilai maksimum hartanah RM300,000[15].
-
Pinjaman 100 peratus dari bank, pembayaran semula selama 30 tahun.
Pinjaman 105 peratus dan 5 peratus bagi insurans dan yuran S&P. Pembayaran semula selama 30 tahun.
-
Pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan.
-
Rumah tersebut usang dan tidak lengkap.
Sehingga Mac,[16] daripada 1,709 permohonan, hanya 399 diluluskan. 1,118 permohonan ditolak atas pelbagai masalah.
Unit-unit akan dijual pada harga murah tetapi unit tersebut akan mengalami kesusutan nilai berbanding hartanah yang tidak disubsidikan.[17]
-

Jadual 1 menerakan skim-skim perumahan yang dilancarkan dengan agenda untuk membantu rakyat Malaysia memperolehi rumah mampu milik bagi diri sendiri dan keluarga. Persoalan tuntutan keadilan perumahan di Malaysia timbul berikutan persoalan keberkesanan projek-projek perumahan yang dilancarkan ini dalam menyelesaikan kemelut perumahan Malaysia.

Tatkala pada hari ini, skim perumahan SRP dibuka kepada seluruh negara, berbanding dengan skim PR1MA di mana projek-projek perumahannya terhad[18] kepada beberapa tempat seperti di Putrajaya, Seremban, Cyberjaya, Bandar Tun Razak Cheras, Sungai Besi Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor. Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak pula masih tidak dapat merasai kebaikan yang diajukan oleh skim-skim perumahan di Semanjung ini. Maka timbul dakwaan tiada keadilan bagi Sabah dan Sarawak kerana masih terperangkap dalam kemelut perumahan yang berharga melangkaui kemampuan rakyat biasa Sabah dan Sarawak.

Malah jumlah tunggakan bayaran hutang bulanan bagi RMR1M sehingga Julai 2012[19] telah mencecah RM11.7 juta yang terkumpul sejak tahun 2002. Tunggakan hutang ini berdasarkan kategori penerima yang tidak membayar jumlah bulanan lebih daripada tiga bulanan dan menjangkau lebih setahun. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana usaha Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dalam mengutip hutang-hutang tersebut? Kegagalan dalam pembayaran semula menandakan para pemohon tidak layak dari segi kewangan untuk memohon rumah di bawah RMR1M tetapi masih diberikan rumah.

Di mana skim perumahan SRP telah menunjukkan kegagalan untuk membantu golongan muda dalam usaha membeli rumah pertama mereka, PR1MA dan RMR1M pula dilancarkan dengan kekurangan butir-butiran mengenai skim tersebut di samping kekurangan maklumat mengenai syarat-syarat permohonan telah menandakan bahawa Kerajaan BN tidak bersedia untuk menyelesaikan kemelut perumahan secara sistematik dan cekap.

Tiada keadilan apabila dalam kejadian projek perumahan PR1MA gagal untuk disiapkan oleh Korporasi PR1MA, tiada kepastian mengenai pihak mana yang akan bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut.[20] Nescaya, rakyat yang akan menanggung kegagalan tersebut dengan wang rakyat digunakan untuk menyiapkan projek perumahan tersebut. Di sebalik memperolehi rumah-rumah mampu milik yang sesuai, rakyat Malaysia dibebani dengan kemungkinan wang mereka digunakan untuk menyelesaikan masalah ekoran kelemahan kerajaan. Jurang dalam pelan pelaksanaan skim-skim perumahan kerajaan BN menonjolkan suatu kelemahan yang mempunyai implikasi besar kepada Malaysia, iaitu, tiada kajian terperinci yang dilakukan sebelum skim-skim ini dilancarkan.

Perbandingan Projek Perumahan Singapura dan Malaysia

Dalam membicarakan masalah perumahan, Singapura mungkin merupakan jiran terdekat yang dapat dijadikan contoh oleh Malaysia. Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura atau HDB ditubuhkan pada 1 Februari 1960[21] dengan misi menyediakan perumahan awam berkualiti dan berpatutan. Kejayaan HDB terletak pada kejayaan kerajaan Singapura menyediakan perumahan kepada golongan miskin yan terdiri daripada 20 peratus isi rumah[22] di Singapura. Seharusnya, kerajaan Malaysia pimpinan Najib mencontohi atau membandingkan kejayaan kerajaan Singapura sebelum menuntut kejayaan projek-projek perumahan beliau. HDB merupakan projek kelahiran parti politik People's Action Party (PAP) selepas parti tersebut mula berkuasa sebagai parti politik pemerintah Singapura[23]. Pada mulanya, HDB merupakan suatu  projek untuk menyelesaikan kemelut kekurangan perumahan dan ianya mempunyai tempoh masa selama lima tahun untuk dijayakan.

Namun selepas empat dekad, HDB telah membina lebih 800,000 rumah flat kepada kira-kira 85 peratus populasi Singapura. Di antara perbezaaan kejayan projek perumahan Najib dan projek perumahan HDB ialah HDB membenarkan mereka yang berpendapatan rendah untuk menyewa rumah hak milik HDB; di samping itu, rakyat tua juga disediakan apartmen studio yang direka khas dengan persekitaran mesra warga tua.[24] Perbezaannya tidak terhenti di situ. Kadar penyewaan flat-flat HDB ini juga bergantung kepada gaji pendapatan bulanan penyewa[25], lantas tidak membebani rakyat Singapura, terutamanya mereka yang mempunyai gaji pendapatan rendah. Dalam menjamin kemampanan, kebersihan dan keselamatan di kawasan-kawasan perumahan HDB ini, HDB mendesentralisasikan kuasanya kepada majlis perbandaran[26] untuk memberikan kuasa kepada para penduduk kawasan perumahan HDB terhadap penentuan keadaan kebersihan, kemampanan dan keselamatan kawasan perumahan mereka.

Sebagai usaha kerajaan Singapura memberikan peluang kepada rakyat Singapura tidak kira jumlah pendapatannya dalam memiliki rumah mampu milik, pinjaman cagaran bukan sahaja perlu berada pada kadar yang mampu ditanggung oleh para peminjam, ianya juga perlu bersifat daya maju kepada pemberi pinjaman dan bertindak sebagai sumber hasil kepada sektor perumahan. Antara dasar HDB membantu isu rumah yang berpendapatan rendah adalah seperti berikut[27]:

Penjualan rumah flat kepada penyewa yang sedia ada pada kadar diskaun dengan 100 peratus pembiayaan.
HDB membeli balik flat tiga bilik dari pasaran terbuka untuk menjual pada harga bersubsidi kepada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada $1500 ( subsidi adalah sebanyak $50,000 untuk setiap flat tiga bilik).
Penjualan flat empat bilik dengan kawasan lantai sedikit kecil dan siapan yang lagi ringkas.
Penyewa yang memohon untuk flat empat bilik di bawah Sistem Pendaftaran Flat diberi permulaan awal selama enam bulan berbanding para bukan penyewa dalam pemberian flat. Syarat kepada ini ialah para penyewa hendaklah merupakan pembeli kali pertama dan menduduki flat sewaan mereka sekurang-kurangnya lima tahun.
Skim sewa dan beli akan membenarkan keluarga dengan pendapatan bulanan yang rendah di antara $800 hingga $1,500 untuk pada awalnya menyewa dan kemudian membeli flat yand disewakan itu.

Ianya dapat dilihat melalui skim HDB ini, rakyat Singapura terutamanya mereka yang berpendapatan bulanan rendah tidak dibebani dengan kadar pinjaman tinggi serta di bawah skim ini, walaupun mereka menyewa atau membeli rumah mampu milik, kawasan rumah tersebut dipastikan bersih, mampan dan selamat melalui Majlis Perbandaran kawasan perumahan tersebut.

Seperti yang dipetik menerusi kata-kata Dr Koon Hean Cheong, CEO, Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) Singapura[28]:

"No government has enough money, but you need to decide what is most important to you, and you will make the right choices if you look very long-term. If you look very short-term and worry about the next election, you may not make the right choice. In Singapore, we have not spent money on things that do not help the country or the economy, and we have been quite disciplined."

Terjemahannya berbunyi:

"Tiada kerajaan yang mempunyai dana mencukupi tetapi anda perlu memutuskan perkara yang paling penting kepada diri anda, dan anda akan melakukan keputusan yang betul jika anda merancang secara jangka panjang. Jika anda merancang pada jangka pendek dan bimbang dengan pilihan raya akan datang, anda tidak akan melakukan keputusan yang sewajarnya."

Untuk menjayakan rancangan menyelesaikan masalah perumahan, suatu rancangan jangka panjang perlu dilakukan. Dan ianya bukan sahaja melibatkan pelancaran projek-projek perumahan yang tidak mendapat sambutan daripada warganegara, tetapi juga kegagalan projek-projek perumahan tersebut dalam mencerminkan keadaan sebenar pasaran perumahan dan keadaan sebenar ekonomi negara serta taraf hidup melampau yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Ini merupakan suatu pengajaran yang boleh diambil oleh kepimpinan negara ini. Di sebalik melancarkan projek perumahan dan menggalakkan pembangunan yang mengutamakan para pemaju, pelabur dan kerajaan, adalah wajar untuk projek perumahan dan pembangunan kini dilaksanakan dengan menjaga keperluan dan kepentingan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Di samping menggalakkan pembangunan mampan dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia tidak kira status dan kuasa membeli untuk memperolehi rumah idaman sendiri.

Penutup

Menurut kata Dr Vivian Banakrishan, Menteri Alam Sekitar Singapura[29],

"Build the most beautiful city you can. Plant as many threes as you can. Invest in the latest technology. Conserve energy, water and resources. And find a way to have an honest, competent and visionary leadership."

Terjemahannya berbunyi:

"Bina bandaraya yang paling cantik. Tanam sebanyak pokok yang boleh. Melabur dalam teknologi terkini. Jimatkan tenaga, air dan sumber yang ada. Dan cari cara untuk memperolehi kepimpinan yang paling jujur, berwibawa dan berwawasan."

Kepimpinan yang jujur, berwibawa dan berwawasan akan memastikan hak para pembeli akan terlindung dari kerakusan para pemaju. Ianya juga akan memastikan segala pembangunan terutamanya pembangunan projek perumahan akan dilakukan dengan mengutamakan kemampanan dan turutan terhadap perundangan yang sedia ada.

Penyelesaian kepada masalah pembangunan projek perumahan di Malaysia tidak terhenti di sini sahaja. Konsep BDJ bukanlah satu-satunya penyelesaian terhadap masalah pembangunan projek perumahan di Malaysia. Negara jiran kita, Singapura telah membuktikan dengan perancangan yang teliti, lebih daripada 70 peratus rakyat mereka, tidak kira gaji pendapatan mempunyai kuasa membeli yang tinggi untuk memperolehi rumah yang diidamkan. Perancangan yang berteraskan keperluan rakyat Malaysia perlu diutamakan.

Oleh itu, ianya dapat dikatakan bahawa projek-projek perumahan Najib menemui kegagalan kerana pertimbangan dibuat untuk tujuan politik dan untuk memuaskan kehendak para pemaju dan bukannya keperluan rakyat Malaysia. Kerana kehendak golongan yang berpendapatan tinggi diutamakan dan keperluan golongan yang berpendapatan rendah tidak diendahkan. Kerana perundangan mengenai pelaksanaan projek perumahan memang sedia ada tetapi penguatkuasaan terhadap undang-undang ini tidak dilaksanakan. Kerana perancangan dilakukan untuk memuaskan jangka masa yang pendek dan bukannya jangka masa yang panjang.

Persoalan yang timbul ialah sampai bilakah situasi ini dibenarkan berlangsung? Sebagai kerajaan yang mentadbir, keperluan rakyat tidak kira status dalam masyarakat mahupun jumlah gaji pendapatan bulanan perlu dipertimbangkan. Kawasan perumahan yang tidak bersih, tidak selamat, kualiti perumahan yang buruk, projek perumahan terbengkalai akan membawa kepada lagi banyak isu ketidakadilan sosial dalam masyarakat, lantas, menjarakkan lagi jurang di antara golongan yang berada dengan golongan sederhana dan miskin. Maka, cita-cita untuk mencapai sebuah negara maju akan tinggal sebagai retorik kerajaan Najib kerana masalah seperti perumahan masih gagal untuk diselesaikan 55 tahun selepas kemerdekaan dan kita berada di era globalisasi di mana kita digalakkan untuk menggunakan kreativiti dan inovasi untuk memajukan dan membangunkan masyarakat dan negara.

Menteri patut pertahan hak pelajar merayu

Posted: 07 Sep 2012 07:51 AM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sepatutnya mempertahankan hak merayu bagi pelajar yang terlibat dalam insiden tunjuk punggung pada malam ambang merdeka baru-baru ini.


Khaled Nordin, terdahulu percaya keputusan pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras memberhentikan seorang pelajarnya berikutan insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara merupakan pertimbangan yang wajar.

Namun, Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR Chua Yee Ling berpendirian bahawa kenyataan Khaled Nordin langsung tidak professional dan bersikap tidak tanggungjawab atas masa depan seorang anak muda.

"Saya amat kecewa dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, pada halnya kes ini masih dalam siasatan polis, tindakan pecat ini tidak berlaku adil kepada pelajar berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor berkata, tindakan Khaled itu secara tidak langsung menghantar mesej bahawa pelajar terbabit adalah serba bersalah, tetapi anak muda itu langsung tidak diberi peluang membela diri.  

Sekurang-kurangnya, kata beliau, Menteri  Pengajian Tinggi patut mempertahankan hak merayu pelajar tersebut dan bukannya memuji cara pihak kolej yang memberhentikan pelajar itu tanpa memberi peluang langsung kepada budak berkenaan.

"Walaupun saya tidak bersetuju dengan cara tunjuk punggung pelajar berkenaan, seperti saya tidak bersetuju bekas tentera yang melakukan tarian punggung di depan rumah Datuk Ambiga, tetapi saya tidak boleh menafikan hak merayu pelajar berkenaan untuk menyambungkan  pelajarannya," katanya.

Tegas Chua,  dasar pendidikan sepatutnya membimbing dan bukannya mengguna cara menakut-nakutkan.

Tambahan pula katanya,  tindakan polis yang hanya bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar Perdana Menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang juga sama sekali dipertikaikan.

Justeru itu, Chua mendesak Khaled Nordin menarik balik kenyataan beliau dan sama-sama mempertahankan hak rayu pelajar terbabit.

Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics memutuskan untuk memberhentikan seorang pelajarnya yang didapati terbabit dalam perbuatan menghina pemimpin negara baru-baru ini.

Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.

Remaja tunjuk punggung selepas senaman punggung

Posted: 07 Sep 2012 07:00 AM PDT



KUALA LUMPUR: Insiden pelajar menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri mencerminkan generasi muda belajar daripada orang tua, kata Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, tidak hairan apabila ada remaja berani berbuat demikian kerana tiada tindakan diambil ke atas sekumpulan bekas tentera yang mengadakan "senaman punggung" di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Gabungan Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Mei lalu.

"Saya yakin insiden palajar tunjuk punggung itu mencerminkan bagaimana anak-anak muda telah belajar dari orang tua-tua.

"Bukankah sekumpulan bekas askar telah mengadakan pertunjukan TUNJUK PUNGGUNG di rumah Ambiga? dan tiada tindakan diambil di atas perbuatan tersebut?" soalnya dalam satu kenyataan di laman sosial facebooknya.

Justeru Maszlee yang juga pendakwah bebas berkata, kerajaan seharusnya juga mengambil tindakan terhadap orang yang lebih tua sebelum mengambil tindakan terhadap orang muda atas perbuatan sama.

"Jika mahu ambil tindakan pada yang muda, ambil tindakan kepada yang tua dahulu... Rule of Law !" katanya.

Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditahan polis dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas bertindak menunjuk punggu ke atas gambar Datuk Seri Najib Razak ketika sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sekumpulan tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang melakukan "senaman punggung" dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga langsung tidak diambil tindakan.

Treler sertai jelajah Merdeka Rakyat PKR

Posted: 07 Sep 2012 06:59 AM PDT



PETALING JAYA:
 PKR hari ini melancarkan Treler Pentas Bergerak yang akan bergerak bersama bas Merdeka Rakyat dalam siri kedua jelajahnya yang bermula hari ini.

Pelancaran dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Ibu Pejabat parti itu pagi ini.

Treler dan bas itu akan bergerak ke Negeri Sembilan dalam penerusan siri kedua jelajah Merdeka Rakyat anjuran parti itu.

Dalam siri pertama jelajah mereka yang bermula 31 Ogos lalu, mereka telah menjelajah ke lima negeri bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, dan berakhir di Perlis.

Selepas Negeri Sembilan, konvoi akan diteruskan ke Melaka dan Wilayah Persekutuan merupakan destinasi terakhir untuk siri kedua ini.

Pada 1 September bas Merdeka Rakyat yang digunakan mereka diserang samseng ketika pasukan jelajah berada di Kelantan.

Bas tersebut disimbah cat merah dan cermin hadapan bas tersebut juga dipecahkan.

Mengulas perkara itu Wan Azizah pada sidang media selepas pelancaran pagi ini berkata, kawalan keselamatan akan dipertingkatkan untuk jelajah siri kedua ini.

"Kita telah meningkatkan kawalan keselamatan dengan memberi amaran kepada skuad AMK (Pemuda PKR ), sukarelawan supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga bas.

"Saya tak sangka, negara yang aman akan berlaku ancaman seperti ini," katanya sambil mengecam tindakan samseng yang merosakkan bas Merdeka Rakyat di Kelantan itu.

"Lebih baik anda buat bas sendiri dan jangan kacau bas kita. Saya harap bas dan treler ini akan selamat sepanjang program. Semoga peristiwa buruk itu tidak lagi berulang," kata beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir berkata, penggunaan treler pada kali ini adalah untuk menjimatkan kos.

Treler tersebut akan digunakan sebagai pentas yang telah dilengkapi dengan sistem siaraya.

Tidak perlu menang untuk buat lebuhraya

Posted: 07 Sep 2012 06:58 AM PDT



KOTA BHARU: 
Exco Kelantan Datuk Husam Musa, mengingatkan, Umno tidak perlu menunggu peluang menawan Kelantan untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Katanya, sekarangpun sebagai sebuah kerajaan Pusat mereka telah berhak melaksanakan tanggungjawab itu dan tidak perlu menunggu peluang Umno menawan Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas mesyuarat exco semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed, berkata kerajaan baru Kelantan akan membina lebuhraya sekiranya rakyat memberi mandat pada Umno pada PRU 13 nanti.

Bagaimanapun Husam juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, turut berkata, sebelum BN buat jalanraya itu, kerajaan Kelantan akan mebuatnya sebelum mereka menang lagi.

"Saya juga merasa hairan kenapa untuk membuat lebuhraya itu perlu BN menang terlebih dahulu, tetapi kenapa waktu kutip cukai tak fikir pula fasal kalah menang?"soalnya.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, bagi Pakatan Rakyat pula, sekiranya menang di peringkat Pusat bayaran royalti pula akan dibayar pada negeri pengeluar minyak dan akan dibayar tanpa melalui jawatankuasa.


Royalti


Pada masa yang sama beliau memberitahu kerajaan Pakatan Rakyat juga akan membayar royalti sebanyak 20 peratus sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan Sarawak dan Sabah baru-baru ini.

"Banyak lagi yang kita boleh buat kalau kita menang termasuk pendaratan gas di Kelantan berbanding kalau BN menang,"ujarnya.

Beliau turut memperingatkan Mustapha sekiranya beliau betul-betul ingin membantu rakyat Kelantan, beliau diminta berusaha untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa.

"Tak payah tunggu BN menang, kalau dia ikhlas dan betul-betul ingin menolong rakyat Kelantan sekarangpun dia boleh buat,"ujarnya.

Tambahnya, dengan cara itu Kelantan akan bertambah maju khususnya dari segi ekonomi dengan lebih cepat.

Husam seterusnya memberitahu, sekarang penerbangan domestik yang mendarat ke lapangan terbang ini mencecah 40 penerbangan sehari.

Sambungnya, cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita mendapat penerbangan antarabangsa.

Mahfuz: PRU13 tak mungkin November, tapi...

Posted: 07 Sep 2012 06:57 AM PDT



KUALA LUMPUR:
 PAS beranggapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin tidak diadakan pada November ini kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat tekanan kuat dari Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Najib tidak terkesan dengan tekanan Muhyiddin itu maka PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.

"Saya tidak nampak pilihanraya akan diadakan pada waktu terdekat walaupun sejak kebelakangan ini Najib menimbulkan andaian bahawa beliau akan bubar parlimen kerana banyak perkara yang menghalang.

"Namun beliau terpaksa membubarkannya jika Muhyiddin terus melakukan gerakkan untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Katanya, mungkin Najib berpendapat adalah lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan barisan kabinet Umno pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau disebabkan gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU13.

Tambah Mahfuz lagi, gerakkan desakan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu kemungkinan besar boleh berlaku kerana beliau sebelum ini juga pernah mendesak mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sewaktu berada di Singapura agar Abdullah meletak jawatan dengan segera.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut membuat andaian jika tidak ada sebarang gerakan dilakukan adalah mustahil pilihanraya diadakan pada tahun ini kerana di sebabkan oleh faktor musim haji dan juga musim peperiksaan.

Tindakan baling kasut dalam masjid lebih biadap

Posted: 07 Sep 2012 06:56 AM PDT



KUALA LUMPUR:
 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbuatan membaling kasut ke dalam masjid lebih biadap jika dibandingkan dengan memijak gambar pemimpin negara.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan menyerang dan membaling kasut sampai ke dalam masjid itu adalah tindakan biadap dan tercela kerana ianya rumah Allah dan tempai ibadat orang Islam.

Walaubagaimanapun katanya, media arus perdana seolah-olah meminggirkan perkara itu dan  lebih memperbesarkan isu memijak gambar perdana menteri.

"Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar pemimpin tetapi apa yang ingin saya katakan perbuatan membaling kasut ke rumah Allah itu lebih biadap dari memijak gambar perdana Menteri.

"Kesal juga kenapa media arus perdana lebih memperbesarkan isu memijak gambar jika dibandingkan dengan baling kasut yang tidak mempunyai liputan langsung," tegasnya.

Mahfuz turut bertanya adakah memijak gambar pemimpin lebih hina dari membaling kasut di masjid kerana tidak ada seorang pun pemimpin mahupun liputan diberikan kepada perbuatan tersebut.

Beliau juga berpendapat, tindakan media arus perdana yang memperbesarkan isu memijak gambar pemimpin adalah untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Dalam insiden 2 September lalu, sekumpulan ahli Perkasa menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Selain bertindak mengganggu tazkirah, mereka juga didakwa membaling kasut ke dalam masjid sehingga hampir-hampir terkena Mahfuz.

Bimbang ancaman pengganas 'syaitan yang dikenali'

Posted: 07 Sep 2012 06:55 AM PDT



KUALA LUMPUR: 
Jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat yang bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dari serangan demi serangan, lebih baik panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melontarkan cadangan sinis itu ketika meluahkan kekesalannya terhadap sikap pihak polis yang bagaikan berpeluk tubuh terhadap serangan demi serangan yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan dari parti "syaitan yang kita kenali" terhadap rakyat yang bersama-sama PR.

"Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, serang pejabat parti-parti di dalam PR, tungging punggung ke arah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid dan membaling selipar ke dalam rumah Allah itu.

"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.

"Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka yang kian diancam oleh keganasan pengganas-pengganas parti "syaitan yang kita kenali".

"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada pengganas-pengganas itu.

"Memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengingatkan, rakyat kini semakin terasa bahawa pihak polis seperti terlibat dalam konspirasi politik jahat untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari kejatuhan dan memburukkan PR.

"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas pemimpin Umno BN, begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Tetapi pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan bermaharajalela untuk terus mengganas lagi," katanya.

Polis lebih sibuk memburu rakyat yang menolak pemerintahan Umno BN ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat, kata Mahfuz.

"Ketika polis semakin gagal meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah berjaya mereka kurangkan, pada masa yang sama pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan mengganasi rakyat," katanya.

Dua kejadian terakhir keganasan gerombolan parti 'syaitan yang dikenali' ialah serangan ke atas sebuah masjid dan ibu pejabat PKR.

Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara sendiri," kata beliau.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

Melayu perlu perkukuh PAS, tinggalkan Umno

Posted: 07 Sep 2012 06:54 AM PDT



KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar rakyat Malaysia berbagai bangsa terutamanya orang-orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara ini.

Ini untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Umno dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon-calon pilihan raya PAS dan PR dalam PRU13 nanti.

Demikian ditegaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A Razali (gambar) dengan hujah-hujah berikut:

1. Umno menerusi Barisan Nasional masih gagal memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu sedangkan kuasa berada di tangan mereka sejak merdeka. Ini berlaku kerana dasar ekonomi kroni mengkayakan segelintir Melayu sahaja menjadi teras pentadbiran Umno.

2. Umno gagal memperkukuhkan politik Melayu di peringkat Malaysia apabila kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti besar Melayu seperti Kelantan dan Terengganu tidak diperbanyakkan berbanding negeri Pantai Barat dan Malaysia Timur.

3. Umno gagal mengamalkan urus tadbir secara Islam yang membawa kepada ketidaktelusan dan penyelewengan pengurusan wang negara seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara.

4. Umno gagal melahirkan masyarakat berakhlak dan beretika sehingga lahirnya pelbagai gejala sosial dan akhlak yang semakin kritikal termasuk melibatkan bangsa Melayu.

5. Umno gagal memperkasakan peruntukan perlembagaan "Islam agama persekutuan" dengan memberi ruang undang-undang jenayah Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri majoriti Melayu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah Islam, iaitu Kelantan dan Terengganu

Beliau menegaskan, sebagai rakyat yang memiliki kuasa majoriti di Malaysia, orang Melayu Islam wajib menegakkan Islam di negara Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial.

"Malangnya majoriti Melayu telah memberikan mandat kepada golongan yang salah iaitu Umno yang tidak mempunyai matlamat dan hasrat untuk menegakkan Islam," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan maka tunggulah kiamat. Sahabat lalu bertanya bagaimanakah mensia-siakan amanah itu? Tegas baginda s.a.w.: Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada orang yang tidak berkelayakan maka tunggulah kiamat". (Hadis sahih Bukhari)

Khairuddin menambah, menurut tokoh ulama bernama al-Qari dalam karyanyaMirqat al-Mafaatiih, maksud "urusan" dalam hadis di atas ialah urusan kuasa atau pemerintahan atau kehakiman atau kerajaan. Orang yang tidak berkelayakan pula antaranya, contohnya ialah golongan yang jahil dan ahli maksiat yang fasiq.

"Justeru, sudah tiba masanya untuk Melayu beralih kepada PAS dan tidak dilekakan oleh pujuk rayu Umno yang hanya berhasrat untuk mengekalkan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka dan bukannya untuk kepentingan Islam dan Melayu Islam," ujar beliau lagi.

NGO mahasiswa gesa kolej tarik balik pecat pelajar

Posted: 07 Sep 2012 06:53 AM PDT



KUALA LUMPUR: Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar (Dema) menyeru Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics menarik balik keputusan memberhentikan pelajarnya yang terlibat dalam insiden pada malam ambang merdeka tempoh hari.

Menurut Dema tingkah laku pelajar terbabit merupakan tindakan individu untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya malah tindakan itu bukan kes jenayah atau apa-apa kesalahan akademik.

"Walaupun tindakan ini kurang sopan, ia hanya melibatkan tatatertib inidividu dan tidak begitu serius sehingga dibuang kolej. Pihak kolej boleh tidak setuju terhadap perlakuan pelajar, tetapi tidak boleh menghalang pengajiannya. Tindakan kolej telah menafikan hak pengetahuan pelajar," katanya dalam satu kenyataan.

Malah tegas Dema insiden tersebut berlaku di luar kolej dan bukan di kawasan kolej tetapi pelajar terbabit telah dianggap bersalah dan diambil tindakan oleh pihak kolej sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Tambahnya, pengurusan kolej telah menghina mahkamah apabila mendahului mahkamah dalam membuat keputusan.

"Jadi, siapa yang melanggar undang-undang ? Kalau kes jenayah pun, biar mahkamah dan polis memutuskan kesalahannya dulu, kolej tiada kuasa menjalankan hukuman bagi kes jenayah.

"Kami juga meragui keputusan kolej tersebut di mana Pengerusinya Dr Alimuddin Mohd Dom iaitu bekas pegarah Kementerian Pendidikan . Kami berharap keputusan ini tidak dibuat oleh mereka untuk tujuan menghantui pemikiran pelajar," katanya.

Bagi Dema, selaku Pengurus Kolej mereka perlu memikirkan motif perbuatan tersebut serta memahami sebab-sebab pelajar tidak menghormati pemimpin dan bukan membuang kolej kerana cara ini tidak dapat menyelesaikan masalah.

Jika ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan bertatasusila , pihak Kolej perlu menerima pandangan dengan sikap terbuka, kata Dema.

Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.

Pijak gambar lebih bahaya dari serang pemimpin

Posted: 07 Sep 2012 06:52 AM PDT



KUALA LUMPUR:
 Pemuda PAS mempertikaikan sikap pihak tertentu yang menganggap tindakan memijak gambar pemimpin lebih bahaya berbanding dengan tindakan menyerang pemimpin parti pembangkang.


(Model sambilan yang memijak gambar Najib dilayan macam penjenayah besar)

Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam kenyataannya membidas kenyataan  Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh yang menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar Perdana Menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

DPPM sebaliknya tetap menganggap pihak polis sebenarnya mengamalkan dwi standard dalam memastikan keselamatan negara.

Katanya, insiden memijak gambar sebenarnya bukan hanya berlaku ke atas PM, malah pemimpin pembangkang juga dilakukan sebelum ini.

"Malah ada gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dikencing suatu ketika dahulu. Apa tindakan polis ketika kejadian tersebut?" soal Raja Ahmad (gambar).

Beliau juga bertanya, jika pihak polis hanya bertindak setelah mendapat laporan orang ramai, bagaimana pula dengan siri laporan polis yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap penyelewengan, penipuan,  rasuah, kezaliman, serta kenyataan-kenyataan yang berunsur menghasut, memfitnah, mengugut, biadap dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh pemimpin BN?

"Apakah pihak polis telah bertindak dengan cepat dan agresif sebagaimana mereka bertindak ke atas laporan insiden memijak gambar PM?" soalnya.

DPPM juga mempersoalkan, jika insiden pijak gambar PM dijadikan suatu kesalahan serius, bagaimana pula dengan insiden menyerang pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah masjid di Alor Setar beberapa hari lalu?

"Apakah menyerang individu dengan niat untuk mencederakan dalam insititusi mulia seperti masjid tidak dianggap serius?" soalnya.

Beliau bertanya, adakah setangkas itu pihak polis bertindak menangkap penyerang yang bertindak menyimbah cat ke rumah pemimpin PAS seperti Mazlan Aliman, membaling Molotov Cocktail ke rumah Haji Mohamad Sabu serta cubaan membakar rumah Haji Dzulkifli Ahmad di Johor?

Jika demikian keadaannya, katanya, DPPM menyeru pimpinan Pakatan Rakyat Kedah atau orang ramai untuk membuat laporan polis insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang di Alor Setar, Kedah.

DPPM juga menyeru orang ramai untuk tampil membuat laporan terhadap insiden gambar pemimpin Pakatan Rakyat dipijak serta insiden gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dihina dan dikencing oleh individu tertentu, katanya.

DPPM, kata beliau, mahu rakyat menjadi saksi  dengan melihat sejauh mana telus dan tidak pilih kasihnya pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kesemua insiden tersebut.

Pihak media pula, tambah beliau, dijadikan sandaran sejauh mana liputan adil yang diberikan terhadap insiden menghina pemimpin PR sama seperti memijak gambar PM.

Penduduk Cina resah replika keris di tiang lampu

Posted: 07 Sep 2012 06:50 AM PDT


TEMERLOH: Penduduk berbangsa Cina di Mentakab dekat sini, merasa resah dan tersinggung dengan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang meletakkan replika keris di tiang-tiang lampu sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan di bandar ini sejak dua bulan lalu.


Bagi mereka, pihak berkuasa tempatan yang mempunyai ahli majlis daripada pelbagai kaum sepatutnya boleh menilai sama ada sesuatu yang hendak dilakukan sensitif kepada sesuatu kaum ataupun sebaliknya bagi menjayakan semangat satu Malaysia.

(Gambar: Replika keris yang digantung sepanjang jalan di Mentakab, menakutkan penduduk Cina.)

Seorang penduduk Tan Siew Leong, 35, ketika ditemui berkata benda yang tajam dalam kepercayaan orang Cina atau Feng Shui, adalah tidak baik apa lagi dihalakan tepat ke arah rumah penduduk.

"Mungkin dalam tradisi orang Melayu perkara seperti ini tidak mengapa tetapi bagi orang Cina, terutama yang sudah berusia, itu menimbulkan persepsi yang negatif, tidak baik malah sebagai ancaman.

"Malaysia ini negara pelbagai kaum sepatutnya pihak kerajaan tempatan faham budaya bangsa-bangsa yang ada di sini," jelasnya.

Tambahnya, dalam kepercayaan orang-orang Cina benda tajam yang terarah ke diri sendiri (atau tempat kediaman) boleh menimbulkan ketakutan kerana mempunyai bisa, mencelakakan dan akan terus mempengaruhi pada kejiwaan seseorang.

Bandar Mentakab mempunyai kira-kira 70 peratus penghuni berbangsa Cina yang tinggal di taman-taman perumahan. Wakil rakyat kawasan berkenaan ialah dari MCA dan BN.

Seorang penduduk dari Taman Mentakab, Chong Ting Mei, 73, mengakui beliau bersama 40 keluarga di situ merasa amat tidak selesa apabila sesuatu benda tajam dihalakan ke rumah atau kepada mereka kerana membawa maksud tidak baik.

Menurutnya, penduduk telah membuat aduan kepada pemimpin tempatan dan MPT, malangnya masih tiada respons daripada pihak berkenaan.

"Perkara ini sangat sensitif kepada kami yang berketurunan Cina. Tujuan diletakkan replika keris pada tiang lampu jalan itu masih belum terjawab.

"Jika tidak ada sebab yang penting, kami gesa supaya replika keris itu diturunkan segera," katanya.

Sementara itu, ketua DAP Mentakab Lai Chee Ming turut mempersoalkan tujuan MPT memasang replika keris pada lampu jalan di taman perumahan berkenaan.

Katanya, pihaknya sudah mendapatkan tandatangan penghuni Cina di bandar Mentakab untuk diserahkan kepada MPT dalam masa terdekat.

Menurutnya, pihaknya akan menyediakan memorandum bantahan kepada MPT mewakili penduduk bagi menangani isu tersebut secepat mungkin.

"Kami juga sependapat dengan penduduk supaya MPT tukar replika keris itu dengan sesuatu yang lain dan tidak tajam jika mereka berhasrat mengekalkan hiasan pada tiang lampu berkenaan.

"Yang peliknya wakil MCA (berbangsa Cina) juga ada dalam mesyuarat majlis daerah... jadi kenapa tidak dibantah perkara yang menakutkan penduduk itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab Norazmi Abdul Majid, turut mengecam tindakan menggantung keris itu.

Katanya, ada pelbagai andaian dengan menggantung keris tidak bersarung seperti lambang Umno itu seolah-olah "mengugut" penduduk.

Tambahnya jika benar, nampaknya Umno masih tidak serik-serik dengan isu keris ini di mana BN kehilangan undi Cina pada pilihan raya umum yang lalu kerana dikaitkan Ketua Pemuda parti itu mencabut dan mencium keris dalam perhinpunan agungnya.

Dua ditahan kerana kibar bendera Sang Saka Malaya

Posted: 07 Sep 2012 06:50 AM PDT


(Antara yang mengibarkan Sang Saka Malaya malam 31 Ogos lepas...Gambar dari singaselatan.blogspot.com)


KUALALUMPUR: Dua orang lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka minggu lalu ditahan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Kedua-dua lelaki yang ditahan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan, tambah Aziz lagi.

"Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

"Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam sebuah kenyataan.

Mengaku


Sebelum ini, satu blog http://singaselatan.blogspot.com mengaku mengibarkan Sang Saka Malaya di malam ambang Merdeka.

"Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka," tulis blog itu.

Namun, katanya, "Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab."

Mereka juga mengaku tidak berniat untuk menukar Jalur Gemilang kepada bendera itu apabila berkata, "jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini."

Blog itu menafikan mereka ada mengedarkan satu risalah yang mendesak agar Jalur Gemilang digantikan dengan Sang Saka Malaya. (gambar)

Dalam posting terbaru itu, mereka menulis, "Kami anak muda yang bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya agak terpinga-pinga bila dan siapa gerangan yang mengedarkan risalah ini.

"Kami tidak berniat untuk menyeru kerajaan untuk menukar Jalur Gemilang kepada sang saka Malaya.

"Tetapi kami berniat untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih telus."

Ketua Hakim: Kes rogol pemain boling boleh disemak semula

Posted: 07 Sep 2012 06:48 AM PDT



Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berkata Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
 
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah itu menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes itu.
  
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Mahkamah boleh putuskan kemudian. Saya tidak dapat ramalkan apa yang akan terjadi. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di sini.
  
Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.
  
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Peguam Negara  Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak pendakwaan sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusannya.

Pada 8 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka yang membebaskan Noor Afizal dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis berumur 13 tahun.
  
Panel itu mengenepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka yang membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman lebih berat, selepas Mahkamah Sesyen melepaskannya dengan bon jaminan berkelakuan baik selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun, 2009.
 
Kepada soalan mengenai juruelektrik Chuah Guan Jiu yang juga dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur, Arifin berkata adalah subjudis untuk beliau mengulas kes itu ketika ini.
  
"Peguam Negara sedang merayu (keputusan Mahkamah Sesyen), ia akan mewujudkan keadaan prejudis terhadap kes rayuan (jika beliau (Arifin) mengulasnya).
  
"Tetapi kami akan menelitinya. Kami akan pertimbangkan semua aspek kes ini. Keputusan Mahkamah Rayuan adalah muktamad. Tiada apa yang kami dapat lakukan," katanya.
 
Mahkamah Rayuan yang merupakan mahkamah tertinggi bagi mahkamah majistret dan sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menggunakan kuasa inherennya untuk menyemak semula kes tetapi perlu dalam keadaan luar biasa.
  
Kes rogol dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan peringkat terakhir ialah di Mahkamah Rayuan.
  
Mengenai badan kehakiman, Arifin berkata mulai tahun depan, badan itu akan menumpukan terhadap usaha menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Shah Alam  kerana terdapat banyak kes jenayah yang sedang menunggu untuk dibicarakan dan juga kes-kes sivil.
  
Arifin berkata beliau yakin badan kehakiman mampu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh dua tahun.
  
Beliau berkata badan kehakiman telah berjaya menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Kuala Lumpur tahun lepas. - Bernama

Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa

Posted: 07 Sep 2012 06:46 AM PDT


Ammar
Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian
[DIKEMAS KINI] BATU PAHAT - Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan," katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
"Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
"Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.
"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
"Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

Dupahang's Weblog

Posted: 07 Sep 2012 11:16 AM PDT

Dupahang's Weblog


RON97 naik lagi! : Janji ditepati

Posted: 07 Sep 2012 02:02 AM PDT

Layan lagu janji ditepati… sambungan janji ditepati… - Tak tau lah… kalau masih tak pandai berfikir… -  ABU!!!

Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan Rakyat

Posted: 07 Sep 2012 02:00 AM PDT

Oleh Abdul Hadi Awang Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada UMNO menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir. Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai [...]

UMNO dan Sports TOTO

Posted: 07 Sep 2012 01:55 AM PDT

Sinonim Betul Debudak Parti Ni Ngan Judi .. Tapi Apa Nak Heran ?? Adoih .. mamat ni .. kalo ia pon nak beli nombor jangan le pakai baju parti keramat tu, kan dah tak memasal kena captured red handed.. skang sape yang malu ?? amenoooo jugak.. kah kah kah kah. Sumber Foto : Facebook UMNO [...]

1,365 Janji Kerajaan BN Di Kawasan Luar Bandar Di Sabah Tidak Ditepati

Posted: 07 Sep 2012 01:50 AM PDT

Oleh: setisab “ DONGONGAN, SABAH: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar. BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 07 Sep 2012 11:14 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Gambar-gambar Rumah Terbuka DUN Chukai

Posted: 07 Sep 2012 10:28 AM PDT















Anak Raja dan mantan Pegawai PDRM jadi tetamu Dun Chukai

Posted: 07 Sep 2012 09:58 AM PDT


KEMAMAN: Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu khususnya Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Ahmad Shabery Chik mungkin terpaksa berbelanja besar hingga boleh mencecah puluhan ribu atau menghampiri RM100,000,00 bagi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kemaman.

Ini kerana, pihak Umno-BN terpaksa menggunakan perkhidmatan hampir 10 orang artis yang dibayar dengan lumayan hasil dari duit rakyat seluruhnya.

Difahamkan, majlis rumah terbuka Dato' Ahmad Shabery itu akan diadakan sehari selepas Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai mengadakannya iaitu pada hari Sabtu, 8 September 2012.

Lokasinya, di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman bagi memudahkan 'kerahan tenaga' dan 'jemputan' meramaikan tetamu ahli parlimen tersebut.

Memalukan! Memalukan!...dan amat memalukan, jika Menteri terbabit terpaksa menggunakan pelbagai tukang khidmat, penyanyi, pelakon dan pelawak termasuk segala kemudahan kerajaan.

Antara artis yang diupah bagi menceriakan rumah terbuka 'Pak Menteri' itu adalah orang seperti Awie, Yazeer AF3, Zizie AF7, Ain AF8, Ana Rafali, Kumpulan Nasyid Raihan, Noraniza Idris serta persembahan artis kebudayaan negeri Terengganu.

Bayangkan, berapa jumlah Ringgit Malaysia (RM) yang terpaksa diperhabiskan oleh 'Pak Menteri' itu dengan duit rakyat hanya untuk tempoh empat jam dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Itu tidak termasuk segala jenis makanan, minuman dan juadah hari raya. Manakala, tidak terkecuali 'duit raya' untuk kanak-kanak yang segala-galanya duit rakyat yang bakal dikorbankan.

Hal demikian, berbeza dengan setiap penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS atau rakan Pakatan Rakyat. Semuanya, dilakukan secara gotong-royong dan tidak melibatkan duit rasuah atau duit dari perbendaharaan negeri dan negara.

Contohnya, MTD Chukai yang diketuai oleh pengarahnya, Tuan Haji Hanafiah Mat setiap tahun mengadakan majlis yang hampir sama. Segala makanan juadah disediakan secara kolektif antara cawangan-cawangan PAS di Dun Chukai.

Orang PAS, penyokong PAS, pendokong perjuangan PAS berlumba-lumba untuk membuat kebajikan bagi mendapat ganjaran 'pahala' dalam setiap aktiviti parti dan kemasyarakatan.

Terkini, pada 7 September 2012 hari Jumaat. MTD Chukai mengadakan perayaan sempena Aidilfitri. Bahkan, sambutan kali ini amat luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Lokasi rumah terbuka Dun Chukai di hadapan Pasar Besar Chukai, Kemaman yang cukup strategic berada di tengah-tengah pusat bandarnya.

Jumlah kehadiran para pengunjung boleh mencecah ribuan juga dan tidak lari jauh jika anggaran dibuat lebih 5,000 orang tetamu dan pengunjungnya. Buktinya, makanan, minuman dan segala bahan juadah HABIS…H.A.B.I.S!!!

Tetamu Istimewa kali ini, PAS Dun Chukai menampilkan bekas orang nombor tiga dalam PDRM di Bukit Aman iaitu bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Fauzi Shaari dan 'anak raja' iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu.

Sekali pun jadual jemputan pada jam 11.00 pagi tetapi orang ramai dan pengunjungnya telah mula berkumpul dan bersedia untuk makan pada jam 10.15 pagi. Maknanya, rakyat tidak sabar untuk melihat perubahan kepada landskap politik tanahair ini.

Ribuan rakyat berkunjung dan sambung-menyambung sehingga menghampir waktu Jumaat sekitar jam 2.00 petang. Mereka silih berganti dan rakyat tidak merasa 'kekok' untuk ke majlis anjuran MTD Chukai.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir Melayu, Cina, India, orang tua, belia-beliawanis, kanak-kanak, kecil besar dan sebagainya bagi menikmati makanan dan juadah yang disediakan pihak penganjurnya.

Akhirnya, tumbanglah tiga ekor lembu dikorbankan, 200 batang lemang, 2000 batang aiskrim, 15 kilogram kacang hijau untuk bubur kacang dan sebagainya.

Dato' Fauzi pula tidak 'lokek' untuk memenuhi permintaan Hanafiah agar dapat menyanyikan satu-dua lagu keinsafan bagi menghiburkan para hadirin sekalian.

Beliau mengajak rakyat seluruhnya terutama di Dun Chukai dan Parlimen Kemaman agar dapat memanfaatkan peluang pilihan raya akan datang untuk membuat perubahan.

Katanya, selagi negara kekal di bawah pentadbiran Umno-BN untuk memerintah, rakyat semakin susah, resah dan gelisah yang berpanjangan.

"Saya masuk PAS bukan kerana nak jawatan atau bertanding pilihan raya tetapi jika ada 'tawaran' saya boleh pertimbangkan.

"Apa yang penting, rakyat kena buat perubahan dan kita tidak boleh mengharapkan lagi kepada kerajaan Umno-BN untuk memerintah negeri dan negara," jelasnya.

Sementara itu, Haji Hanafiah menyifatkan sambutan luar biasa penduduk di Dun Chukai ini terhadap majlis hari raya rumah terbuka Aidilfitri MTD Chukai sebagai 'petanda' awal kemenangan Islam.

Katanya, tahun ini cukup meriah dengan sambutan orang ramai seolah-olah telah bersedia untuk mengembalikan tampuk pemerintahan di Terengganu.

Ceramah Perdana Di Geliga haji Muda Pada 6 September 2012

Posted: 07 Sep 2012 09:52 AM PDT

 

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 07 Sep 2012 09:35 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Wasiat Imam 4 Mazhab kepada Umat Islam

Posted: 06 Sep 2012 07:00 PM PDT

Setiap seorang dari para imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Qur'an dan al-Sunnah, bukannya ajaran atau pendapat mereka. Ini mereka tegaskan kerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun para imam mazhab ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh keikhlasan hati dan rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam ajaran mereka.



Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam.
Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat yang masyhur:
Berikut akan dikemukakan wasiat-wasiat para imam mazhab, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat al-Syafi'e memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung kepada Mazhab al-Syafi'e.
Wasiat al-Syafi'e
Pertama: Berkata al-Syafi'e rahimahullah:
Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.
Sambung Disini

mtdchenderoh

Posted: 07 Sep 2012 07:45 AM PDT

mtdchenderoh


KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI KUALA KANGSAR CUBA DIGAGALKAN

Posted: 06 Sep 2012 08:39 AM PDT

 


Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrin bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda  dalam majlis tersebut.

Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 07 Sep 2012 07:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


APA YANG DR. M TAKUT SANGAT !

Posted: 06 Sep 2012 07:00 PM PDT

HANYA UMNO/BN BOLEH PERINTAH MALAYSIA?

Posted: 06 Sep 2012 08:14 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 07 Sep 2012 04:01 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Hudud: Sila rujuk penegasan Presiden PAS

Posted: 06 Sep 2012 06:24 AM PDT

Petikan Harakahdaily :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan