Rabu, 26 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 25 Sep 2012 09:36 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Pendidikan Negara kini dalam kerungsingan ...

Posted: 25 Sep 2012 05:46 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Sep 2012 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Umum Ahad 30 Sep 2012 di Seremban

Posted: 25 Sep 2012 06:09 PM PDT


Segera baik pulih jambatan

Posted: 25 Sep 2012 01:47 AM PDT


25 September 2012

JEMPOL- Projek baik pulih jambatan di Kampung Kuala Sialang, di sini, telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib setelah jambatan yang menjadi laluan utama penduduk runtuh di situ runtuh susulan hujan lebat pada 4 September lalu. 

Selain itu, papan tanda amaran juga telah diletakkan pihak bertanggungjawab sebagai langkah keselamatan supaya penduduk mahu pun orang luar yang datang ke kampung itu dapat mengambil langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan tersebut, Mohammad Yunus berkata, mengakui sebelum ini terdapat penduduk melahirkan kebimbangan susulan kejadian.

"Penduduk merungut susulan mereka sukar keluar ke pekan berikutan terpaksa menggunakan jalan yang jauh sebagai laluan alternatif.

"Jambatan berkenaan menghubungkan Kampung Lonek dan Kuala Jempol sekali gus menjadi laluan utama penduduk di sini.

"Setakat ini, kita masih menunggu kerja-kerja baik pulih jambatan dan saya harap proses ini dapat dipercepatkan," katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun katanya, beliau begitu menghargai usaha pihak berkaitan kerana prihatin terhadap masalah yang melanda penduduk di situ.

Penduduk, Zaiton Zainal, 52, berkata, sering menggunakan jambatan itu memandangkan ia berdekatan dengan rumahnya.

"Saya sangat berharap supaya kerja baik pulih ini dapat disegerakan kerana tidak berapa  lama lagi saya akan mengadakan majlis perkahwinan anak.

"Begitu juga dengan jiran saya yang juga bakal mengadakan majlis perkahwinan. Kami agak bimbang sekiranya masalah ini terus berlarutan," katanya.

Ekspedisi Hijau DUN Labu

Posted: 25 Sep 2012 01:41 AM PDT


PAS KDAS 3

Posted: 25 Sep 2012 09:12 PM PDT

PAS KDAS 3


Selepas 6 bulan, Adun Perak bersidang sehari!

Posted: 25 Sep 2012 08:05 AM PDT

Harakahdaily,25 Sep 2012
IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.

"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.

"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.

Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.

Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?" 

Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.

"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009. 

"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.

Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan. 

"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.

PENDEDAHAN BEKAS S/U DUN PERAK : BN SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK JATUHKAN SPEKER

Posted: 25 Sep 2012 07:59 AM PDT

"Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.

Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Abdullah Antong Sabri, Bekas Setiausaha DUN Perak.

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 25 Sep 2012 07:47 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Filem hina Muhammad: AS harus bertanggungjawab, kata PAS

Posted: 25 Sep 2012 08:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pemerintah Amerika Syarikat (AS) harus bertanggungjawab terhadap penyebaran sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W di laman YouTube kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar). Beliau yang mesra dengan panggilan Mat Sabu menegaskan, pemerintah AS tidak boleh melepaskan pembuat filem tersebut diatas nama kebebasan oleh kerana filem tersebut dengan jelas berniat jahat dan melukakan hati berbilion umat Islam diseluruh dunia. "Pemerintah AS tidak boleh lepas tangan, mereka harus mengambil tindakan. "Filem dengan dengan jelas melukakan hati umat Islam apabila menunjukkan seolah-olah Nabi Muhammad S.A.W itu gila seks, kaki perempuan dan tidak waras," kata Mohamad dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi. Filem yang berjudul "Innocence of Islam" diarahkan oleh Sam Bacile, telah mencetuskan ketegangan di negara-negara Arab, termasuk di Benghazi, Libya di mana Duta AS ke Libya, Christopher Stevens mati dalam serangan roket dari pejuang ekstremis Islam yang dikatakan ditaja oleh al-Qaeda. Mohamad juga menuntut agar pemerintah AS "cakap serupa bikin" oleh kerana penghinaan kepada agama bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia yang sering diperjuangkan oleh negara tersebut. "Islam melarang umatnya untuk menghina atau mencerca agama atau kepercayaan lain. "Oleh itu Islam juga harus dihormati, tindakan Sam Bacile ini adalah penghinaan yang lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Salman Rushdie satu ketika dahulu," katanya lagi. Pada tahun 1988, Salman Ruhdie menerbitkan sebuah novel bertajuk "The Satanic Versus" yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia dan menyebabkan penulis tersebut menerima ancaman maut. Pemimpin besar Iran pada ketika itu, Ayatollah Ruhullah Khomeini mengeluarkan fatwa bahawa darah Salman halal kepada umat Islam. Tengah hari tadi, Pertubuhan Pembela Umat Islam (PEMBELA) bersama dengan 15 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum ke kedutaan AS untuk membantah penyiaran klip video arahan Sam Bacile di laman YouTube.

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Sep 2012 07:19 PM PDT

Rembau Hari Ini


Mayat disangka tempayan

Posted: 25 Sep 2012 01:48 AM PDT


25 September 2012

REMBAU – "Walaupun hari hampir gelap, saya nekad meninjau dari tingkap di bahagian dapur rumah jiran saya dengan bantuan lampu picit dan selepas itu, saya terkejut apabila ternampak sekujur kaki di atas lantai rumah."

Demikian cerita Kamariah Abu Bakar, 47, ketika melihat mayat jirannya di Kampung Solok Jelawai, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Kamariah yang mulai berasa tidak sedap hati apabila terpandang tingkap rumah jirannya, Maimon Ismail, 70, terbuka bertindak memanggil anaknya, Nur Farahani Roslan, 12, untuk menemaninya ke rumah jiran yang hanya berjarak kira-kira empat meter.

Menurutnya, dia yang tidak yakin dengan apa dilihatnya itu memanggil seorang lagi jiran untuk melihat keadaan dalam rumah jirannya itu sama ada sekujur kaki yang dilihatnya benar-benar kaki manusia susulan pada awalnya dia menyangka sebuah tempayan.

"Baru tiga atau empat hari lepas akak datang ke rumah Wan Mun dan berbual-bual dengannya. Akak fikir Wan Mun pergi ke rumah anak-anaknya kerana tidak melihat kelibat Wan Mun, namun akhirnya akak menyedari tingkap di bahagian dapur rumahnya terbuka menandakan dia berada di dalam rumah.

"Oleh itu, akak nekad juga pergi meninjau ke rumah Wan Mun dan tidak menyangka perbualan mengenai kedua-dua belah kaki Wan Mun yang membengkak empat hari lepas adalah perbualan terakhir kami," katanya kepada Sinar Harian  ketika ditemui  di lokasi kejadian, dekat sini, malam kelmarin.

Susulan kes berkenaan, sepasukan polis Ibu Pejabat Daerah Rembau dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah.

"Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tampin (HT) untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Sep 2012 07:11 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Simpang Jalan Maut

Posted: 25 Sep 2012 04:11 PM PDT

Lorong Jalan Perlu Diperbetulkan
MIRI - Ramai penduduk dan pekerja dari syarikat minyak dalam kawasan Lutong mengadu masalah lorong jalan  yang mengelirukan di persimpangan jalan ke pekan Lutong.  Masalah lorong jalan di persimpangan dari arah Miri Mall yang terus menuju ke pekan lutong sepatut diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Kita dapati jalan baru dari Miri Mall ke arah pekan Lutong agak mengelirukan pengguna jalanraya, terutama sekali dari arah pekan Lutong, apabila mereka hendak keluar dari simpang tersebut terus menuju ke arah Miri Mall terdapat tiga lorong jalan sedangkan jalan ke pekan Lutong cuma ada dua lorong jalan.


Ini amat merbahaya sekiranya kereta yang masuk ke arah pekan lutong atau sebaliknya terus menuju ke arah jalan yang sama pada waktu yang sama. Mungkin bagi pengguna jalan yang baru sampai ke pekan Lutong akan keliru kerana tiba-tiba saja dari tiga lorong menjadi dua lorong apabila masuk ke pekan lutong.

Perkara ini boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pemandu tidak berhati-hati apabila masuk ke pekan lutong atau sebaliknya terutama sekali waktu malam. Tiada papan tanda jalan pun kelihatan di persimpangan jalan tersebut.

Kalau boleh jalan tersebut perlu diseragamkan dengan lorong yang sehala bukan bertembung dengan lorong dari arah yang bertentangan untuk mengelak kemalangan. Papan tanda atau tanda arah perlu dipasang dengan segera untuk memudahkan pengguna jalanraya.  Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan persimpangan jalan tersebut.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Road lane should be rectified
MIRI - Many of the residents and the employees of oil companies in Lutong area are complained about the road lane that confusing at the road junctions to Lutong town. The problem of the road lane at theMiri Mall junction is the straight line toward the Lutong town that should have been given attention by the parties concerned.

We found the new road from Miri Mall towards Lutong town is quite confusing for motorists, especially from Lutong town, when they want to exit from the junction heading straight towards Miri Mall there is a three  lane road  whereas  the way to  lutong town only two lane road.

This is very dangerous if the cars coming towards Lutong town or otherwise heading straight towards the same path at the same time. Maybe for road users that just arrived to Lutong town will be confused because suddenly from three lanes to two lanes when they enter to Lutong town.

These things can cause accidents if drivers are not careful when they enter town Lutong or otherwise especially at night. There are no roads signs even appear at the junction of the road.

If possible, the road should be standardized with a one-way street not collide with the opposite lane to avoid an accident. Signs or directional signs should be installed as soon as possible to facilitate the road users.
This problem should be resolved immediately to avoid unwanted things happen in the road junction area.

DUN CHINI

Posted: 25 Sep 2012 07:10 PM PDT

DUN CHINI


HI TEH PR DI CHINI TIMUR 1

Posted: 25 Sep 2012 03:37 AM PDT















































ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Sep 2012 03:22 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PELAKON SKANDAL ''M.A.S' TERDEDAH PATUT DILUDAH

Posted: 25 Sep 2012 12:58 PM PDT



nota : MAS ialah Masalah Air Selangor
Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam pembahagian tong 1Malaysia di balakong sedikit masa lalu yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi.

Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Jalan cerita filem iklan "Masalah Air Di Selangor mirip dengan pengagihan tong air di Balakong.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!

Baca laporan malaysia kini :

Iklan air masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.



PENEMUAN BARU

Bukan Mohd Ali Baharom pelakon 'Masaalah Air Selangor' itu.. lihat video ini..

Ini adalah rakaman oleh Malaysiakini yang mendedahkan akan satu pengambaran secara rahsia tapi terbuka (rahsia apa ke benda tah..) yang telah dijalankan oleh sebuah produksi pengiklanan yang kelihatan akan digunakan untuk menyerang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu air..

Video ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gambar yang disiarkan oleh beberapa blog yang menyokong Pakatan Rakyat bahawa individu yang berlakon telah dikenalpasti adalah tidak benar.. lihat gambar di bawah..


Dua orang lelaki yang kelihatan (berbaju merah dan hitam) memang sangat popular dengan kerja-kerja mendajalkan Kerajaan Negeri Selangor.. perhatikan warna lori tangki yang membawa bekalan air di atas kemudian perhatikan gambar dari video rakaman Malaysiakini di bawah..


Warna lori dan jenis lori yang digunakan adalah berbeza... dan untuk pengetahuan semua gambar di atas ialah gambar yang telah dirakamkan ketika penduduk di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan mengalami gangguan selama lapan hari.

Yang berbaju merah itu Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu manakala yang berbaju hitam pula ialah Sohaimi Shahadan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Selain itu Sohaimi Shahadan juga adalah Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia

Dan perlu diketahui juga Sohaimi Shahadan juga adalah pemegang 35% saham dalam MalTechPro pembekal i-Pad 1Malaysia yang mahal gila.. sila baca di ( SINI ) mengenai i-pad itu..

Jadi buat yang dah menyerang Presiden Pasukan Senaman Punggung atau Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom tu.. pandai-pandailah korang..

Berikut adalah rakaman Malaysiakini mengenai Iklan air masalah air Selangor yang dikatakan berjalan secara 'rahsia' di PJ itu..

PR SATU BN DUA BELAS MEMANG 'ADIL'!

Posted: 25 Sep 2012 12:07 PM PDT

Kalau rakyat tahu pengkisahan PM Barisn Nasional membela ramai pemimpin korup dan menaikkan pangkat pemimpin yang gagal sudah tentu kemenangan PRU 13 memihak kepada Pakatan Rakyat. Pengkisahan buruk itu rakyat perlu tahu telah dimulai oleh kutuk Tun M mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 jika tidak silap. Masih teman ingat beliau semasa Perdana Menteri ketika itu telah memberitahu Menteri Kewangan pada masa itu ialah Anwar Ibrahim, supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.


Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggungjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yang penting dalam Jemaah Kabinet negara.

Dalam menganalisa sejarah pemerintahan Tun M maka memang ada kebenaran Dr Mahathir tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah 'baggage' peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.


Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan kerana beliau memang setan kerana baru-baru ini beliau pun telah membuat kenyatan UMNO memang setan yang dikenal manakala PAS adalah malaikat yang tidak dikenali.
Kalau begitu rupanya , di manakah baiknya BN diberi pelung lagi? Nanti rakyat dapat gigi dengan gusi.
CUKUPLAH 12 PENGGAL UNTUK BN, PELUANG WAJAR KEPADA PR WAIMA 1 PENGGAL.
KESIMPULANNYA RAKYAT PERLU PILIH PAKATAN RAKYAT IAITU UNDI ATAU PANGKAH UNDI YANG BERLOGO BULAN, MATA DAN ROKET SAHAJA .
UMNO, MCA dan MIC serta sekutu mereka MEMANG LAYAK SEBAGAI PARTI PEMBANGKANG MALAYSIA DAN KETUA PEMBANGKANG SELEPAS PRU13 ADALAH DS NAJIB.

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Sep 2012 12:23 PM PDT

Batu Gajah Mari


"Bila nampak seekor ular dan seorang India, pukul India dulu. Setuju?”, Kata Hamidah

Posted: 25 Sep 2012 12:20 AM PDT


Perghh.. tudia!!!

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 25 Sep 2012 12:00 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PRK: Calon pro-mahasiswa diugut bunuh

Posted: 24 Sep 2012 04:43 PM PDT


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mendakwa enam calon yang menyertai pilihan raya kampus (PRK) telah menerima ugutan bunuh dan culik.
 Calon daripada pro-mahasiswa itu dipercayai diugut oleh pihak yang tidak dikenali dengan menghubungi keluarga calon terbabit di kampung.

Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.

Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.

Afif juga berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan tersebut, satu di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.

"Kami melihat ia satu perkara serius yang perlu mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Kita bimbang dengan keselamatan calon-calon ini," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen, petang tadi.

Selain ugutan tersebut, Afif turut berkata beberapa kain rentang yang mewakili calon-calon daripada Chinese Community  Council (CCC) dan GMUKM disabotaj dengan menggunakan cat merah.

Dakwanya lagi, jika dilihat modus operandi tersebut, ia mirip modus operandi yang dilakukan Umno dalam siri simbahan cat ke atas bas merdeka rakyat.

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan sabotaj tersebut.

Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, tujuh kerusi telah dimenangi calon pro-mahasiswa tanpa bertanding, yang memerlukan hanya lapan kerusi untuk dimenangi pro-mahasiswa bagi memperolehi majoriti bagi menguasai PRK yang akan bermula esok.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, berkata ugutan bunuh dan culik yang berlaku ini adalah satu kejadian pertama kali dalam sejarah PRK.

"Ugutan ini satu perkara biasa bagi calon pro-mahasiswa ini.  Namun, tidak pernah ada dalam sejarah ugutan bunuh dan culik. Ini kali pertama dan kita harap pihak polis segera melakukan siasatan," tegas beliau pada sidang media yang sama.

Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden Ikatan Study Islam UKM, Mohd Azan Safar dan beberapa aktivis pelajar yang lain.

Royalti: MP PAS bawa usul ke parlimen lagi

Posted: 24 Sep 2012 04:41 PM PDT


Aishah akan teliti jika ditawarkan bertanding

Posted: 24 Sep 2012 04:41 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.

"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu  ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan
supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri.

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional  (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin.


(Antara peminat dan orang ramai yang datang berdialog dengan Aishah)

Aisyah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' di era 90 an menambah, kebangkitan masyarakat tanpa kira Melayu, Cina dan India membuktikan Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambil alih pemerintahan dari pemerintahan yang zalim dan tidak mengambil peduli kesengsaraan rakyat bawahan.

Peluang itu harus diambil kerana lagi lama BN memerintah, sambungnya, rakyat bertambah miskin, harga barangan melambung berkali ganda dan hak rakyat dianak tirikan.

Turut sama hadir ke program anjuran Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Alma Jaya itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa, Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Datin Siti Fatimah Osman, Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Mertajam, Norazman Ishak, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam, Puan Noriah, Timbalan YDP PAS Bukit Mertajam , Mohd Bakar Awang dan Ketua PAS  Cawangan PAS Alma Jaya, Rosli Hasan.

Rashid Ghannushi: Memberi imej baru kepada Tunisia

Posted: 24 Sep 2012 04:40 PM PDT


(Rachid Ghannouchi ketika diwawancara oleh Al Jazeera)

TUNIS: Tunisia adalah tempat di mana segalanya bermula. Tindakan seorang lelaki terdesak mencetuskan revolusi dan menjadi inspirasi kepada gelombang perubahan di seluruh dunia Arab.

Tetapi dua tahun selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya, ke manakah hala tuju Tunisia sekarang?

Sudah pastinya demokrasi adalah lebih baik: buat pertama kalinya dalam lebih daripada empat dekad rakyat membuang undi dalam proses yang bebas dan adil yang melantik presiden dan ahli himpunan yang baru.

Tetapi rundingan untuk menulis perlembagaan baru yang akan mengabadikan nilai baru Tunisia bergerak seolah-olah  sangat perlahan.

Antara isunya adalah soalan tentang peranan agama, pembahagian kuasa dan status wanita - dan di tengah-tengah perbahasan tersebut adalah seorang lelaki.

Kepada ramai orang, Rashid Ghannushi adalah figur yang tidak menentu.

Beliau adalah  lawan diktator lama - dipenjarakan, diseksa dan dibuang kerana pandangan-pandangan beliau - falsafah dan pemikiran Islam yang progresif.

Sesetengah yang lain pula takut kepada partinya, Ennahda atau Parti Pembaharuan, adalah pelopor untuk Islamisasi yang menjalar di Tunisia, dan Ghannushi sendiri bekerja untuk khilafah Islam yang baru.

Sedang rusuhan merebak ke seluruh dunia Arab sebagai tindak balas kepada treler filem hina Nabi, Ghannushi berkongsi pandangan beliau mengenai reaksi ganas umat Islam, "Ia adalah berita yang amat menyedihkan bagi saya kerana perkara ini hanya membantu pihak anti-Islam.

"Sesiapa yang merancang jenayah ini dengan niat atau tanpa niat, mereka telah memusnahkan dialog antara Islam dan Barat, mereka membantu Islamofobia di dunia.

"Keganasan bukan penyelesaian, ia adalah sebahagian daripada masalah," Ghannushi memberitahu Talk to al-Jazeera.

"Kami mempunyai banyak masalah dalam kalangan orang Islam dan sesetengah negara Barat, tetapi keganasan bukan penyelesaiannya.


"Ia boleh meningkatkan masalah dan kesukaran dan ia mendesak ke arah peperangan antara bangsa dan agama. Ia bukan [sebahagian] politik Islam."

Beliau juga bercakap mengenai demokrasi, Islam dan masa depan Tunisia.

Anwar setuju terima bantuan jet peribadi

Posted: 24 Sep 2012 04:40 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak tidak pernah disembunyikan.

Malah beliau turut meminta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengambil gambar dan menyebarkannya melalui laman twitter agar semua rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

"Penggunaan jet peribadi ini adalah bagi perjalanan saya dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kuching seterusnya balik semula ke Kuala Lumpur.

"Saya melihat mereka memperbesarkan isu ini yang lebih kepada kepentingan peribadi mahupun wujud unsur rasuah, malah kita lebih telus memberitahu kepada semua dan perkara ini boleh disemak," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.

Anwar turut memberitahu, beliau telah menjelaskan perkara tersebut melalui laman twitternya sebelum ini.

"Mereka yang ingin mengetahui siapa pemilik jet tersebut boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia kerana semua maklumat pemilik ada dalam simpanan DCA," sambungnya lagi.

Anwar yang sebelum itu memberitahu, beliau dihubungi rakannya bahawa ada seorang individu yang sanggup memberi kebenaran beliau menggunakan jet peribadi tersebut.

"Jet peribadi ini diuruskan oleh rakan saya dan siapa pemiliknya mereka yang ingin mengetahui oleh hubungi DCA.

"Ia macam saya bila kereta rosak, maka kawan akan memberi pinjam kereta mereka begitulah urusan penggunaan jet tersebut," sambung beliau lagi.

Anwar yang secara berselorok menyatakan beliau hari ini juga terpaksa meminjam baju kot dari rakannya kerana tidak membawa bajunya sendiri serta menyifatkan itu perkara biasa apabila ada rakan ingin membantu.

"Saya tahu banyak isu akan ditimbulkan dan sebelum saya bersetuju untuk menerima bantuan jet peribadi itu, saya telah pastikan bahawa pemilik tersebut tidak mempunyai apa-apa kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Umno dan MCA cuba memperbesarkan isu ini adalah bertujuan untuk menakutkan ahli-ahli perniagaan agar tidak lagi membantui Pakatan.

"Tetapi mereka terus merahsiakan isu-isu rasuah, penyelewengan serta penggunaan dana awam untuk kepentingan mereka sendiri," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut memberitahu jika ada ruang dari ahli-ahli perniagaan yang ingin meminjam jet peribadi mereka beliau mengalu-alukannya terutamanya apabila hampir pilihanraya nanti.

"Kita perlukan helikopter di Sabah dan Sarawak termasuk jet peribadi untuk urusan kita (Pakatan) jika terlalu terdesak untuk ke mana-mana," tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Pemuda Guchil

Posted: 25 Sep 2012 09:17 AM PDT

Pemuda Guchil


GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI

Posted: 24 Sep 2012 07:18 PM PDT

Hina Nabi Dan Islam : Mahathir sekali lagi pertikai Hukum HUDUD..Hassan JATI, Brahim Katak & KJ tak nak demo ke??

Posted: 24 Sep 2012 07:17 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 25 Sep 2012 09:08 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB MERU BERADA 4 HARI DI KOTA PARIS, PERANCIS

Posted: 25 Sep 2012 07:01 AM PDT












YB Dr Rani dan YB Rodziah beserta 6 orang anggota dari Skimsel dan Mimbar telah berada di Kota Paris selama 4 hari menghadiri Konvensyen Antarabangsa yang mengenengahkan langkah-langkah untuk mengurangkan kemiskinan dipelusuk dunia.
Lebih dari 2000 peserta dari 32 negara diseluruh dunia telah menghadiri konvensyen yang diadakan selama 3 hari berturut-turut  dari 19 hb hingga 21 hb Sept 2012 di Palais Brongniart de Ville de Paris.
Antara yang dibahas dan diforumkan ialah peranan NGO, Skim Mikrokredit, Sistem Perbankan dan peranan kerajaan bagi membantu golongan miskin meneruskan kehidupan mereka.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 25 Sep 2012 07:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


HINA NABI MUHAMMAD SAW: SATU SERANGAN KEPADA UMAT ISLAM!

Posted: 24 Sep 2012 09:00 PM PDT

BUDAYA SAMSENG MENULAR KE UNIVERSITI ? SIAPA TOK GURUNYA YE ?

Posted: 24 Sep 2012 08:21 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Sep 2012 02:12 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Sidang Perak ditangguhkan.

Posted: 24 Sep 2012 10:07 PM PDT

9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Sidang DUN Perak berakhir dengan penagguhan diumumkan oleh Speaker selepas menerima Usul dari MB Perak.

Tronoh Cabar ADUN Lompat Perak istihar harta, Usul ditolak oleh dewan

Posted: 24 Sep 2012 10:05 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


ADUN Tronoh bangun mencelah Pengkalan Baru yang berbahas dengan mencabar semua ADUN Lompat di Perak yang berjumlah 4 orang untuk mengistiharkan harta masing-masing.

Pengkalan Hulu juga bangun dengan meminta supaya semua bekas Exco semasa PR memerintah untuk istihar harta.

Akhirnya satu undian suara dilakukan dan Speaker mangumumkan usul ditolak dengan suara majoriti menolak.

Teja Bahas Usul Anti Lompat..

Posted: 24 Sep 2012 09:51 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Wakil Teja yang bangun membahaskan usul anti lompat memulia denngan peribahasa pinggan tidak retak nasi tak dingin bagi menjawab mengenai usul yang dibuat bukan dengan tujuan dituju kepada kes lompat di Perak.

Dewan semakin hangat apabila wakil Pantai Remis mendedahkan dia juga mendengar sebenarnya Pangkor bertemu dengan Ketua Umum PKR dan meminta jawatan Menteri Besar.

Pangkor bangun menjawab tohmahan Pantai Remis dengan mencabar Teja untuk membawa Ketua Umum dan dia dimana-mana mesjid untuk bersumpah bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar.

Kubu Gajah yang mencelah supaya Pantai Remis menarik balik dakwaan tersebut juga ditolak oleh dewan.

Teja yang meneruskan perbahasan supaya Dewan menerima usul ini dengan bersangka baik demi kebaikan negara dan negeri.

Dewan hangat dalam perbahasan Usul Anti Lompat.

Posted: 24 Sep 2012 09:33 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Perbahasan dari wakil Pengkalan Hulu menjadi hangat apabila berlaku wakil dari Setiawan dan Behrang bangun untuk mmencelah .

Setiawan meminta dewan untuk meluluskan usul anti lompat bagi mengelak ada yang pindah parti.

Sambil itu dia mendakwa sebagai menjawab hujah dari Pengkalan Hulu dengan mencabar supaya didedahkan apakah maksud kenyataan di Istana dari isteri ADUN Bota yang meminta maaf kerana tertakan. juga mengenai Changkat Jering dan Behrang yang juga didakwa ada tekanan mengenai kes mahkamah yang disabitkan.

ADUN PR Tronoh usul Undang-Undang Anti Lompat Parti

Posted: 24 Sep 2012 08:58 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Satu usul yang telah diberi notis oleh ADUN Pakatan Rakyat dari Tronoh, YB. V. Sivakumar sedang dibentang dan dibahas oleh ADUN tersebut dalam DUN Perak..Teks penuh akan menyusul.  

Dewan lulus pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012

Posted: 24 Sep 2012 08:48 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Kerajaan Perak Bantang pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (Pindaan) 2012. Pindaan tersebut telah dibentang oleh wakil Kamunting dan disokong oleh wakil Kampung Gajah.

Perbahasan usul dilakukan oleh wakil Lubuk Merbau, YB Zainuddin(PAS) dengan mengucapkan tahniah dan sokong atas pendaan tersebut sesuai dengan keperluan semasa.

Beliau juga meminta supaya SPA diberikan kuasa sepenuhnya kuasa untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dari pihak lain.

Selepas penggulungan dilakukan oleh pihak kerajaan Speaker meinta sokongan dewan dengan sokongan suara majoriti.

Ketua Pembangkang Persoal Sidang sehari ,Pantai Remis dan Simpang Pulai bantah soalan ditolak.

Posted: 24 Sep 2012 08:31 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Selepas sesi soalan lisan berakhir dengan pihak kerajaan yang sempat menjawab 6 soalan sahaja, Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bangun mencelah dan membantah tempoh sidang yang disebut oleh Speaker cuma sehari sahaja.

Dewan juga semakin hangat bila wakil Pantai Remis dan Simpang Pulai bangun membantah mengenai banyak soalan yang ditolak oleh Speaker dengan alasan yang tidak munasabah.

Menurut Pantai Remis soalannya mengenai berapa jumlah perbelanjaan lawatan MB Perak keluar negara ditolak oleh Speaker dengan alasan jawapan boleh diambil dalam buku rujukan biasa. YB Nga menyindir dan menjelaskan dia sudah cari disemua kedai buku namun tidak ada jawapan dan bertanyakan kepada Speaker apakah maksud buku rujukan biasa itu peringkat SPM atau STPM.

Posted: 24 Sep 2012 07:40 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


ADUN DAP Pasir Pinji mencelah dalam soalan tambahan mengenai tapak warisan Lembah Lenggong yang didedahnya bahawa status tapak warisan sudah mendappat amaran dari UNESCO dua bulan selepas mendapat pengiktirafan.

Dewan menjadi hangat apabila jawapan dari wakil kerajaan iaitu dari Sungai Rapat dibantah dan dicelah oleh ADUN Pasir Pinji.Termasuk bantahan dari wakil Pantai Remis yang membantah jawapan Sungai Rapat yang menyebut tetang Bandar Georgetown juga yang mendapat amaran.

Jawapan dari Sungai Rapat ialah tidak ada amaran UNESCO namun makluman sahaja.

Sidang DUN Perak hari ini.

Posted: 24 Sep 2012 07:21 PM PDT


9 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Mesyuarat ke 2 Penggal kelima DUN perak yang ke 12 berlangsung pada hari ini bermula pada jam 10 pagi sebentar tadi.Sidang DUN pada hari ini dijangka hanya berlangsung untuk tempoh sehari sahaja.

Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir pada sidang hari ini kecuali ADUN PAS dari DUN Gunung Semanggol, YB Hj Ramli Tusin yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan matanya.

Sesi sidang yang bermula pada pagi ini dimulai dengan sesi jawapan soalan-soalan oleh pihak Kerajaan Perak. Tempoh yang ditetapkan cuma sejam sahaja.


Idris Ahmad

Posted: 24 Sep 2012 11:25 PM PDT

Idris Ahmad


Tun Mahathir Menakutkan Rakyat Jangan Tolak Umno

Posted: 24 Sep 2012 06:52 PM PDT

Tun Mahathir  Menakutkan Rakyat Jangan Tolak Umno

Idris hj Ahmad

25 Sep 2012

 

Tun Mahathir ketinggalan keretaapi, masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam PRU akan datang. Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno, kerana nanti Melayu hilang kuasa. Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno? Kenapa beliau menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah ketika Persempadanan semula 2004. Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?. Umno telah terbukti merosakkan melayu setelah berkuasa selama 55 tahun. Kita mempunyai data dan fakta kemusnahan Melayu angkara tangan Umno. Tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957) hilang  seluas 1.3 juta (1995) hektar angkara siapa? Kenapa Tun menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah memerintah kerajaan pusat. Beri Pakatan Rakyat memerintah dahulu, jika sama perangai macam Umno bolehlah rakyat memilih Umno kembali di dalam PRU 14. Kenapa Tun begitu takut sangat dengan perubahan kerajaan. Beliau tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah ketika 22 tahun memerintah.

Tun mengeluh kerana Melayu berpecah kepada tiga kelompok. Siapa punya angkara?. Umno lah bapa perpecahan buktinya kelahiran  Parti Negara, Parti Semangat 46, Team A dan Team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah.  Jangan anggap Umno parti Melayu pertama, sedangkan sebelum Umno ditubuhkan 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin alHelmi, Ahmad Boestamam. Kenapa perlunya Umno, sedangkan sudah ada parti Melayu sebelumnya.

 

Tun Mahathir juga cuba hendak memutar belitkan sejarah kononnya Pas ditubuhkan kerana pimpinannya tidak puas hati dengan kepimpinan Tunku yang tidak memberi Pas bertanding 10 kerusi di dalam pilihanraya 1955. Sedangkan Pas ditubuhkan oleh orang agama di dalam Umno kerana tidak puas hati dengan pimpinan Umno yang tidak ambil peduli teguran ulama terutama di dalam isu judi. Pembohongan Tun bukan perkara luar biasa, sewaktu beliau menjadi Presiden Umno beliau menuduh Pas ditubuhkan oleh penjajah. Fakta sebenarnya Umno adalah restu penjajah. Buktinya ketika semua parti politik di Tanah Melayu diharamkan pada tahun 1948, hanya Umno sahaja yang dibenarkan hidup.

 

 


Filed under: Politik

Salam Perjuangan

Posted: 24 Sep 2012 11:01 PM PDT

Salam Perjuangan


APA MUSLIHAT LAPORAN AUDIT DILEWATKAN?

Posted: 23 Sep 2012 11:25 PM PDT

7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012
Apakah kejutan yg menanti dalam Audit 2011?
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat "tidak wajar" kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut.


"Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut.


"Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini.


"Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan," kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi.


Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan 
cuba untuk mengalihkan pandangan Ahli Parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

"Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi.


"Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini.


Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.


"Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu," tegasnya lagi.


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita:


"Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan.


"Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya," kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi.


Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang.


Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. - themalaysianinsider

PAS LENGGONG

Posted: 24 Sep 2012 07:46 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 23 Sep 2012 11:47 PM PDT



TUN M BUKA 'PEKUNG DI DADA'


2006 - Tun M dan George Soros
7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012

KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.


Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.
 

"Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.


"Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan Soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada PRU akan datang," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.


"Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau," katanya.


Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.


Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.


George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997. 
Bagaimanapun, pada Disember 2006,Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN. -keadilandaily

Posted: 23 Sep 2012 11:35 PM PDT



MONDAY, SEPTEMBER 24, 2012

[KANTOI] Soros kawan Tun Mahathir sebenarnya..!!!

KANTOI !!! KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI

Artikel di bawah amat popular sewaktu zaman reformasi dulu. Dipersilakan kepada saudara/ri membuat penilaian. Cumanya, yang saya hairan adalah bagaimana mudah Dr Mahathir meminta maaf kepada Soros pada tahun 2006 padahal pada tahun 1997 begitu garang dan bengis sekali Dr Mahathir memaki Soros


Sekarang ini Dr Mahathir cuba memaki Soros sekali lagi dengan menuduh  Soros sekali lagi. Boleh percaya ka ini orang lagi?


Bosan bila dengar pasal George Soros ni.. Tak habis habis media lidah biawak milik UMNO duk main spin G. Soros ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Macam la parti Syaitan Dikenali ni suci murni mengalahkan minyak masak Seri Murni.. Ada fakta yang pencacai lembUMNO kene kaji sebelum attack Pakatan Rakyat tentang G. Soros nih.. Tun Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas.

Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gempak gempitanya menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir.

Tetapi...


11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan seperti di bawah:

"You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed.

"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak.

"...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir.

Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:

"They are now declared friend
s, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace."

TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"





Inilah kerja parti SYAITAN!
Memutar belitkan kebenaran demi kekuasaan pengaruh

Kedahkini
http://pkrl.blogspot.com/2012/09/kantoi-konspirasi-dr-mahathir-yahudi.html

Posted: 23 Sep 2012 11:31 PM PDT

Yang lain bertudung dia seorang yang mendedahkan auratnye.
Dia penghina hukum Allah
Semoga laknat Allah ke atasnye.


Posted: 23 Sep 2012 11:22 PM PDT



Permohonan maaf Ngeh memadai, kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sudah mencukupi kata bekas mufti Perlis. 

Beliau berkata permintaan maaf Ngeh wajar diterima kerana berlandaskan prinsip ajaran agama Islam. 

"Saya menerima permohonan maaf daripada Ngeh tetapi berharap dia lebih berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan," kata Asri Zainul Abidin.



Asri (gambar) turut menegur ahli politik dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berlaku adil dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam gabungan tersebut.

Bekas mufti Perlis itu juga menggesa PR dan Umno mengamalkan budaya politik sihat supaya tidak hanya mementingkan diri.

"Pakatan perlu seimbang dalam berpolitik. Jangan hanya menegur kesalahan pihak lawan tetapi berdiam diri apabila rakan mereka buat salah. Ini bukan satu politik yang sihat.

"Saya harap Umno juga sama dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam Barisan Nasional," katanya.

Asri juga mendakwa pengerusi DAP Perak itu tersilap membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar lain seperti Pakistan.

"Perbandingan demonstrasi ganas oleh Ngeh di Pakistan dengan Malaysia adalah salah. Rakyat disini matang dan tidak akan bertindak ganas seperti di negara lain," katanya lagi.

Kenyataan Ngeh dalam laman sosialnya mencetuskan kritikan dan ada gesaan supaya PDRM menyiasat beliau ekoran kenyataan tersebut.

Tulisan Ngeh yang dipertikaikan itu antara lain menyebut: "(Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini."

Perdana menteri Najib Razak juga bertindak mempersoalkan keikhlasan Ngeh meminta maaf dan menyifatkan ia sebagai sudah terlambat.

"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf. Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," kata Najib dalam laporan The Star baru-baru ini.

Posted: 23 Sep 2012 11:17 PM PDT


Hina Nabi: PAS kemuka usul di parlimen

Harakahdaily,24 Sep 2012
KUALA LUMPUR: PAS telah mengemukakan usul bagi menangguhkan sidang meyuarat Dewan Rakyat bagi memberi laluan untuk membincangkan isu filem kontroversi, "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Usul tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia Jumaat lalu, di bawah Peraturan Mesyuarat 18.

"Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan terhadap filem kontroversi "Innocence of Muslims" berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," usul itu dipetik.

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, sudah lebih dua minggu isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui filem itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam tetapi ianya turut dibantah oleh orang bukan Islam.

Menurutnya, filem tersebut telah menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam kerana menyentuh batang tubuh Nabi Muhammad SAW.

"Satu tindakan peringkat antarabangsa perlu dilakukan dengan mengambil tindakan terhadap penerbit dan pengarah filem tersebut di mana Negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat dan kerana sehingga kini satu desakan tidak dilakukan bagi menyatakan bantahan rasmi Negara-negara Islam dan terutamanya Malaysia.

"Oleh yang demikian, saya meletakkan kesungguhan Malaysia melalui Parlimennya untuk menyuarakan bantahan rasmi seterusnya memberikan notis batahan kepada Amerika Syarikat," katanya lagi.

Jumaat lalu, lebih 5,000 umat islam mengadakan himpunan di hadapan bangunan Kedutaan Amerika di ibu negara bagi menyatakan bantahan terhadap filem itu.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu antara lain mendesak Amerika memohon maaf atas kebiadaban penerbit filem warganya itu dan menghentikan filem tersebut sekaligus mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya.

Posted: 23 Sep 2012 07:52 PM PDT

Syaitan - syaitan






Posted: 23 Sep 2012 07:49 PM PDT

Wajah-wajah syaitan yang di akui oleh mahathir





Batu Gajah Mari

Posted: 24 Sep 2012 11:27 AM PDT

Batu Gajah Mari


Abby Abadi, Bob Lokman gamatkan Sungai Rapat!

Posted: 23 Sep 2012 06:40 PM PDT

Ratusan hadir ke Forum Hijrah Remaja bersama pelakon dan penyanyi yang berhijrah, Abby Abadi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria.

Program yang berlangsung di kubu kuat Umno iaitu Kampung Ara Payong yang berlangsung pada Jumaat lalu itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama penduduk tempat.

Menurut tuan rumah, rata-rata yang hadir adalah penduduk tempatan yang majoritinya orang Umno.

Program lebih meriah dengan sesi soal jawab, ini antara kelainan dalam program ini.

Habis program, berpusu-pusus rakyat ingin bergambar dengannnya.


Sessi soal jawab

 Abby menceritakan penghijrahannya, langsung tidak sentuh soal hukum. hanya menceritakan pengalamannya


Antara yang hadir. Tak sedia makan ye Umno!

_____________________________________________

Jumaat lalu, PAS juga turut mengadakan program iaitu ceramah bersama Bob Lokman. Kehadiran sangat menggalakkan walaupun tiada sogokan makanan seperti program Umno.

Program turut dimeriahkan lagi dengan santapan minda dengan lagu-lagu ketuanan oleh Man John dan Man Rio.

Inshaallah pelbagai program penerangan akan diadakan sehingga pilihanraya. Ini adalah antara cara PAS dan PR memberi input dan penerangan kepada rakyat.

PAS Batu Gajah berterima kasih kepada Umno yang tidak lagi menganggu program.

Kami juga berpesan, janganlah membuat berita finah di blog anda. Sekian




Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 24 Sep 2012 11:03 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pakatan persoal laporan audit diberi selepas bajet

Posted: 24 Sep 2012 01:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini mempersoal tindakan kerajaan yang hanya akan menyerahkan laporan audit 2012 selepas pembentangan bajet 2013.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan tersebut kerana kali kedua berulang selepas perkara sama berlaku tahun lalu.

Ahli parlimen Pokok Sena itu juga berkata, laporan audit 2012 itu amat perlu diberi lebih awal kerana perbahasan bajet 2013 akan lebih berkesan jika dirujuk bersekali dengan laporan audit tahun sebelumnya.

"Jadi atas sebab itulah laporan audit perlu diberi awal agar keberkesanan perbahasan itu menjadi lebih baik dan bukannya perbahasan tanpa asas yang kukuh.

"Ini memperlihatkan satu kelemahan kerajaan yang sangat ketara apabila laporan audit tidak dapat diserahkan kepada Ahli Parlimen pada masa hari yang sama bajet dibentangkan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pagi tadi bahawa laporan audit hanya akan diserahkan seminggu selepas perbentangan bajet 2012 bagi memberi ruang untuk Ahli Parlimen membahaskan bajet tersebut.

Mengulas lanjut Mahfuz tidak menolak kemungkinan keengganan kerajaan memberikan laporan audit lebih awal itu kerana tidak mahu memperlihatkan perkara-perkara negetif terhadap kerajaan.

"Kerana mereka mahu menonjolkan pada bajet kali ini dengan tawaran gula-gula pilihanraya, maka mereka tidak mahu diganggukan oleh laporan audit yang bersifat negetif.

"Malah alasan Nazri untuk kita tidak mengganggu perbahasan bajet kali ini langsung tidak berasas, perbahasan paling berkesan adalah ia mesti disekalikan laporan Ketua Audit Negara dan bajet 2013," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di parlimen hari ini turut membidas tindakan kerajaan itu.

"Bagaimana kita ingin berbahas bajet 2013 sedangkan kita tidak mengetahui perkembangan belanjawan pada tahun 2012. Laporan ini merupakan penilaian prestasi perlaksanan kerajaan oleh Ketua Audit Negara.

"Nampaknya Umno Barisan Nasional mahupun kerajaan cuba mengelak daripada ahli-ahli parlimen melihat (laporan) ini sehingga menangguhkannya selepas bajet dibentangkan," katanya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, laporan tersebut akan diberi lebih awal sebelum bajet dibentangkan bagi memastikan keberkesanan perbahasan bajet tersebut.

Parlimen: Lajim tidak kekok sebagai ahli Bebas

Posted: 24 Sep 2012 01:13 AM PDT


KUALA LUMPUR: Menghadiri persidangan parlimen bagi sesi ini sebagai ahli Bebas, tidak memberikan sebarang rasa kekok kepada bekas ahli kabinet BN, Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau masih meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat biarpun kini sudah tidak berada dalam barisan kerajaan.

Bagaimanapun, beliau melahirkan kekecewaan apabila terdapat ahli bebas yang tidak berdisiplin ketika mengikuti persidangan.

"Saya kecewa apabila ada ahli parlimen Bebas yang tidak berdisiplin apabila mengganggu ucapan ahli parlimen lain.  Sewajarnya, sebagai ahli parlimen bebas, perlu dengar penghujahan dari pihak kerajaan ataupun pembangkang.

"Kena ada disiplinlah, kalau kerajaan cakap yang baik, kita sokong.  Begitu juga kalau pembangkang hujah yang baik, kita juga sokong," kata beliau merujuk sikap ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan itu berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana ahli dewan mengamalkan disiplin ketika bersidang bagi memastikan isu-isu penting negara dapat dibincangkan dengan lebih baik.

Royalti: Najib diminta nyata pendirian dalam Bajet

Posted: 24 Sep 2012 01:13 AM PDT


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menyatakan pendiriannya berkaitan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan pada sesi pembentangan Bajet 2013 pada 28 Sept ini.
 Sekiranya Najib tidak berbuat demikian, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) akan mengadakan konvoi beramai-ramai ke Putrajaya.

Konvoi yang dinamakan Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya itu akan diadakan pada 2, 3 dan 4 Oktober ini sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas, di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.
Presiden R, Nazri Deraman, berkata konvoi berkenaan bertujuan mengajak rakyat Kelantan, Sabah dan Sarawak, Terengganu untuk sama-sama bangkit menuntut bayaran royalti daripada kerajaan.

"Konvoi itu akan bermula dari Kota Bharu ke Shah Alam, dan kemudiannya konvoi ke Putrajaya bagi menuntut pembayaran royalti kepada Kelantan yang tertunggak sejak 2004 yang dianggarkan RM 7 bilion," tegas beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, pihak R juga akan menyerahkan memorandum dan referendum yang mengumpulkan 150 000 tanda tangan rakyat Kelantan dalam usaha menuntut royalti minyak Kelantan.

Sebelum itu, R menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat Kelantan, yang diwakili ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Machang).

Sementara itu, dalam respons terhadap tuntutan R, Dr. Hatta berkata tindakan kerajaan tidak membayar royalti kepada Kelantan itu satu perkara yang tidak boleh dipertahankan.

"Apa yang dituntut mereka adalah perkara yang 'valid' dan berhemah. Tiada sebarang pelanggaran uneang-undang berkaitan tuntutan mereka," tegas beliau.

Hina Nabi: PAS kemuka usul di parlimen

Posted: 24 Sep 2012 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS telah mengemukakan usul bagi menangguhkan sidang meyuarat Dewan Rakyat bagi memberi laluan untuk membincangkan isu filem kontroversi, "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Usul tersebut dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia Jumaat lalu, di bawah Peraturan Mesyuarat 18.

"Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan terhadap filem kontroversi "Innocence of Muslims" berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," usul itu dipetik.

Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, sudah lebih dua minggu isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui filem itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam tetapi ianya turut dibantah oleh orang bukan Islam.

Menurutnya, filem tersebut telah menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam kerana menyentuh batang tubuh Nabi Muhammad SAW.

"Satu tindakan peringkat antarabangsa perlu dilakukan dengan mengambil tindakan terhadap penerbit dan pengarah filem tersebut di mana Negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat dan kerana sehingga kini satu desakan tidak dilakukan bagi menyatakan bantahan rasmi Negara-negara Islam dan terutamanya Malaysia.

"Oleh yang demikian, saya meletakkan kesungguhan Malaysia melalui Parlimennya untuk menyuarakan bantahan rasmi seterusnya memberikan notis batahan kepada Amerika Syarikat," katanya lagi.

Jumaat lalu, lebih 5,000 umat islam mengadakan himpunan di hadapan bangunan Kedutaan Amerika di ibu negara bagi menyatakan bantahan terhadap filem itu.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu antara lain mendesak Amerika memohon maaf atas kebiadaban penerbit filem warganya itu dan menghentikan filem tersebut sekaligus mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya.

Rehlah Ke Pergau Pemuda PAS Dun Kemuning

Posted: 24 Sep 2012 01:12 AM PDT




















Hari Keluarga Mawaddah 2012

Posted: 23 Sep 2012 11:26 PM PDT


Calon: PAS Pusat yakin budi bicara negeri

Posted: 23 Sep 2012 09:46 PM PDT


POKOK SENA: PAS Pusat menyerahkan kepada budi bicara PAS negeri-negeri untuk menapis senarai calon layak bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) berkata setelah senarai yang dihantar  mendapat persetujuan Pusat, negeri akan menilai semula calon berkenaan sebelum memuktamadkan keputusan.

"Calon import atau tempatan, tunggu sahaja nama calon itu diumumkan kelak,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas Majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), di sini baru-baru ini.

Turut hadir sama di sidang media itu ialah Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Speaker DUN Datuk Dr Isa dan Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Kadir Syeikh Fadhil.

Ustaz Hadi berkata, senarai akhir menjelang PRU-13 kelak akan diputuskan atas pertimbangan PAS negeri.

"Sebelum ini PAS Kedah sudah hantar beberapa nama untuk satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Majlis Syura sudah luluskan.

"Ada tiga empat nama bagi setiap Dun, kita serah pada budi bicara PAS Kedah, mereka hantar ke pusat dan pusat buat pertimbangan... seterusnya senarai itu kembali ke negeri dan terserah pada kebijaksanaan negeri masing-masing," katanya.

Sebelum ini, Ustaz Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keutamaan tetap diberikan kepada calon tempatan, memandangkan parti itu mempunyai ramai calon berpotensi.

Namun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon luar Kedah dan mendapat persetujuan pusat, kerana keutamaan ialah untuk mendapat kemenangan bagi PAS dalam PRU-13 itu.

Pertemuan muhibbah PAS P Pinang dan gereja

Posted: 23 Sep 2012 09:46 PM PDT

(Mujahid menyerahkan al-Quran, kek dan kain berlogo PAS kepada Bishop Sebastian Francis)

PULAU PINANG: Ketika umat Islam berkeluh kesah dengan filem pendek yang menghina pemimpinnya, Muhamad saw, PAS Pulau Pinang membuat pertemuan muhibbah dengan pemimpin gereja Kartolik.

Bishop Cethedral Of The Holy Sprit, Sebastian Francis yang baru dilantik menjagai hal ehwal Kristian Kortolik melibatkan lima  buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak menyambut kedatangan rombongan PAS yang diketuai oleh Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan penuh rasa harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang sesama manusia.

Gereja yang terletak di Jalan Besi, Gelugor itu dimasuki tepat pukul 5.45 petang semalam setelah berkumpul di Masjid Negeri untuk bersolat asar serta mendapatkan penerangan tujuan kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Negeri, Haji Abdul Rahman Kasim yang bertindak sebagai orang tengah pertemuan bersejarah itu.

(Mujahid dan rombongan disambut oleh Sebastian Francis)

Rombongan yang turut disertai oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Negeri, Bukhori Ghazali, Peguam Rosidi Husain, Setiausaha PAS Jelutong, Saudara Nasir serta beberapaa orang rakan lain mendapat penjelasan terbuka dari hati ke hati seorang Bishop yang bertanggungjawab terhadap agama Kristian yang selama ini dihalangi oleh jambatan perkauman.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga sebab dikunjungi oleh sebuah parti politik Islam yang kuat di Malaysia.

Ini membuktikan kaum bukan penghalang untuk menjalinkan persabahatan dan persaudaraan atas nama sejagat, katanya.

Sesuai dengan kedudukan Malaysia yang berbagai kaum tambahnya, apa salahnya semuanya hidup dalam keadaan aman, sentosa dan sejahtera.

"Jika kita mengutamakan perpaduan, Malaysia akan terus aman. PAS adalah parti yang baik dan berjaya mendepani apa jua masalah tanpa melihat kaum mana yang terlibat. Ia adalah satu usaha yang murni demi kebaikan umat manusia," terangnya yang telah 35 tahun berkhidmat sebagai Bishop di beberapa buah negeri.

Baginya, kunjungan berkenaan boleh memberikan gambaran bahawa Islam dan kristian selari menolak budaya yang jahat, samseng dan tidak tamadun sebagaimana yang buat menerusi filem 'Innocence Of Muslims' yang hangat di tentang oleh ramai masyarakat Islam di dunia.


(Mujahid, Ustaz Soid dan Rosidi berbincang dengan Sebastian Francis di pejabatnya)

Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara kaum dan agama sesuai dengan kedudukan PAS sekarang untuk mendaki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Lagipun PAS akan meneruskan semua dialog dengan masyarakat bukan Islam termasuk Kristian sebagai mana yang digerakan sebelum ini.

"Lajnah akan terus bekerjasama dengan PAS negeri untuk menganjurkan dialog dengan semua kaum di Malaysia termasuk Kristian. Hasil dialog yng dilaksanakan dahulu meninggalkan infak yang positif termasuk penerangan Hudud yang dipertikaikan ramai pihak, " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin menyifatkan pertemuan tersebut membuka ruang untuk memahami sesama sendiri
lebih- lebih lagi jika ada isu yang mencetuskan konflik.

Beliau yang pertama kali menyertai pertemuan seumpama itu merasa bangga kerana mengetahui Kristian juga memahami kehendak Islam dan sudi bertemu mencari jalan kebaikan.

"Pertama kali saya sertai pertemuan ini sudah cukup memberikan info bahawa tiada permasalahan sesama umat sekiranya wujud sikap tolak ansur, " ujarnya.

Diakhir pertemuan Bishop Sebastian Francis dihadiahkan sebuah Al Quran terjemahan, kek dan kain yang tertera lambang dan tulisan Parti Islam Se Malaysia (PAS).

PAS sokong Himpunan Hijau Lestari Pengerang

Posted: 23 Sep 2012 09:45 PM PDT


JOHOR BAHRU: PAS Johor menegaskan tidak terlibat dengan penganjuran Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang akan diadakan pada 30 September ini sebaliknya ia digerakkan sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang membantah projek Lynas tempoh hari.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Muhammad, berkata pimpinan parti-parti politik khususnya PAS tidak akan terlibat secara langsung dengan himpunan tersebut yang akan diadakan di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hujung bulan ini.

Bagaimana pun menurut beliau pada sidang media kelmarin (gambar), PAS dan Pakatan Rakyat memberi sokongan padu di atas usaha tersebut kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat untuk jangka panjang.

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini akan ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Menurut Dr Mahfodz, himpunan itu memang wajar diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

"Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang," katanya.

Kata beliau, sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.

"Apa yang menimbulkan persoalan serta bantahan penduduk sekarang ini adalah isu membabitkan masa depan rakyat yang masih tidak jelas,  rakyat pada hakikatnya tidak menolak pembangunan ini tetapi biarlah pembangunan yang hendak dilaksanakan ini seimbang serta mengambilkira pandangan serta kepentingan nasib dan juga masa depan rakyat bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan mudah dengan memangsakan rakyat dengan sewenang-wenangnya," tegas beliau.

Kedah selesai bahagi kerusi, PAS yakin kekal

Posted: 23 Sep 2012 09:45 PM PDT


ALOR SETAR:"Insya-Allah, saya yakin PAS akan memerintah," kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (gambar) ketika ditanya wartawan berhubung penilaian politik di negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada sebarang masalah dalam pembahagian kerusi di Kedah dan PAS negeri ini telah selesai serta menghantar lebih awal senarai calon kepada PAS Pusat.

Namun begitu, Ustaz Azizan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk memuktamadkan calon PAS Kedah yang layak bertanding.

"Tidak sesuai saya ulas berkaitan calon PAS Kedah, yang paling layak ialah pemimpin PAS Pusat," katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

"Saya lebih suka berdiam diri sehingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh PAS Pusat.

"Saya tidak mahu dilabel 'campur tangan' dalam isu Pusat. Biarlah Majlis Syura selesaikan. Lebih elok saya tumpu pada urusan pentadbiran negeri," katanya.

Ditanya sama ada 'pemain import' akan bertanding di negeri ini, Ustaz Azizan secara berseloroh menjawab, bahawa pihak media begitu pandai untuk mengusik, mencungkil dan 'melaga-lagakan' beliau.

"Secara asasnya yang menang, kita kekalkan dan lazimnya keutamaan kita beri kepada anak tempatan walaupun kita tidak terhadkan kepada yang lain.

"Namun kadang-kadang minit akhir, ada nama yang disenaraikan terpaksa diketepikan disebabkan pelbagai faktor, ada yang tarik diri sebab, ada yang tidak mampu dah dan macam-macam faktor.

"Itu semua terserah PAS pusat sebab yang kita mahu ialah kemenangan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk PRU-13 akan datang, jawapan yang sama tetap diberikan kepada media bahawa keputusan itu terletak di tangan PAS Pusat.

"Saya sudah pertahankan kerusi di kawasan saya (DUN Sala dan DUN Sg Limau) sejak 1995  sehingga kini, bertanding atau tidak terserahlah kepada PAS Pusat," katanya.

Turut ditanya sama ada perbezaan pendapat yang berlaku dalam PAS boleh menjejaskan kemenangan dalam PRU-13 akan datang, beliau memberitahu bahawa PAS sentiasa terbuka dalam hal tersebut tetapi bersatu apabila berdepan dengan lawan yang satu.

"Politik ini memang sukar tetapi sampai masanya kita akan bersatu. Memang ada perbezaan tetapi kita beza bukan mengenai masalah pokok.

"Parti lain lagi teruk, beza pendapat sampai tukar orang macam MCA dan Gerakan.

"Apa yang boleh kita buat ialah tingkatkan prestasi. Saya tidak terlibat rasuah, semua orang suka...kita buat yang terbaik dan yang akan nilai rakyat sendiri," katanya yang mempengerusikan mesyuarat tersebut selama empat jam.

Ceramah Mega : Sempena Konvoi Royalti Ke Putrajaya

Posted: 23 Sep 2012 04:54 PM PDT

Royalti: Semak perjanjian Petronas-negeri?

Posted: 23 Sep 2012 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan kerajaan negeri dalam isu royalti.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mengemukakan soalan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini, memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli.

Katanya, minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen, hari ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli. Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan