Selasa, 25 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 24 Sep 2012 09:27 AM PDT

Jasindaily Online


PAS Tawan Markas UMNO Dungun

Posted: 24 Sep 2012 07:31 AM PDT

DUNGUN - Sebuah 'tadika' yang juga menjadi markaz pergerakan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Pinang Wa, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi di sini telah diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail mengesahkan, 'tadika' (Gambar) itu yang didirikan di atas tanah persendirian sebelum ini, menjadi pusat mesyuarat dan bilik gerakan Umno-BN setempat.


 "Apabila tuan tanah tersebut menjual tanahnya kepada orang lain, kebetulan aktivis PAS dan Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita telah menukarkan markaz Umno-BN itu kepada markaz Pakatan Rakyat, "ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan pada minggu lalu adalah 'kira-kira' acara rasmi pembukaan markaz PAS dan Pakatan Rayat bagi menghadapi pilihanraya akan datang,"ujarnya.

 Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Besi semasa pemerintahan kerajaan PAS 1999 - 2004 berkata demikian, ketika ditemui skuad buletinonline (skuad BO) sewaktu program Tamrin dan Qiamulail di masjid Kampung Pulau Serai dekat sini pada Khamis malam 20 September. Beliau menyifatkan pengambilalihan markaz tersebut merupakan satu 'lonjakan politik' bagi PAS dan Pakatan Rakyat mengatasi Umno-BN di kawasan Parlimen Dungun, khususnya dalam DUN Bukit Besi. Sebelum itu, Timbalan Ketua Peneranga PAS Terengganu Ustaz Shapawi Abdul Rani memaklumkan perkara 'gembira' itu dalam ceramahnya di Chukai, Kemaman pada 18 September lalu.~https://www.facebook.com/raunas.dhom

Nak Pilih Lagi Ke ?

Posted: 24 Sep 2012 07:28 AM PDT


Senarai skandal penyelewengan pemimpin Umno


Berikut adalah senarai beberapa nama pemimpin dan jenis skandal
penyelewengan yang pernah dilakukan :


1) Skandal rasuah Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo : 
Tuduhan : Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia
dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Hukuman : Pada 23 Disember, Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa serta-merta dan memerintahkan harta terbabit dilucut hak kepada kerajaan Malaysia


2) Skandal komisen Kapal Selam membabitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan, dengan Abdul Razak Baginda - Skandal Scorpene RM500 juta komisen
Dakwaan : -Transaksi pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis itu oleh Malaysia dikatakan dicemari dengan penyelewengan melibatkan komisyen hampir RM500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd.Ia juga dikatakan ada kaitan dengan pembunuhan ngeri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.
-Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN,
sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.
Hukuman : Tiada pendakwaan dalam kes ini.



3) Skandal PKFZ - Membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Dr Ling Liong Sik yang juga bekas Presiden MCA.
Tuduhan : Pada 9 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Skandal PKFZ melibatkan banyak pihak seperti KDSB, LPK lain-lain disebabkan wujud penyelewengan sehingga kosnya melambung RM4.6 bilion.
Hukuman : Masih dibicarakan



4) Skandal-skandal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin, Abdul Taib Mahmud dan keluarga :
Dakwaan : Dakwaan Taib Mahmud memiliki empayar perniagaan bernilai RM3 billion
-Adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus sebanyak RM250 juta bersamaan USD80 juta
-Tiga pengadu itu – John Brian Anthony, Ting Cek Ming dan Kung Chin Chin menggesa suruhanjaya itu menyiasat 'empayar' perniagaan Taib dan keluarganya yang didakwa bernilai 'lebih RM3 bilion' berdasarkan apa yang dilaporkan di blog sarawakreport.org termasuklah termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan.
-Pembabitan keluarga Taib dalam konglomerat terbesar negeri itu Cahaya Mata Sarawak.
-Taib telah dikaitkan dalam skandal membabitkan sogokan RM32 juta yang dibayar oleh firma-firma perkapalan Jepun yang mengangkut balak dari negeri tersebut susulan daripada laporan daripada akhbar The Japan Times Online.
-Dan antara yang terkini adalah pendedahan Sarawak Post yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memperuntukkan RM1.8 Bilion kepada "orang yang tidak dikenali" pada tahun 2009.
Hukuman : Tiada pendakwaan.



5) Skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) membabitkan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil berjumlah RM250 juta.
Dakwaan : Menggunakan dana melalui NFC membeli satu unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta dan di Singapura bernilai kira-kira RM10 juta.
-Untung RM600,000 melalui simpanan tetap (Fix Deposit)
-Pegangan saham yang dimiliki ahli keluarganya termasuk suami, Dato' Dr Mohammad Salleh Ismail (249,999 unit); anaknya, Wan Shahinur Izran Mohammad Salleh (250,000 unit) dan Wan Shahinur Izmir Mohammad Salleh (1 Unit) dalam NFC.
- Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.
- Sebanyak RM827,579 diguna untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009 menggunakan NFC.
-Suaminya, Dr Mohammad Salleh pula dikaitkan dengan dakwaan rasuah pihak berkuasa melalui orang tengah, Dato' Shamsulbaharin.
Hukuman : Sedang dalam siasatan SPRM



6) Skandal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Md Taib :
Dakwaan : Pemilikan harta melampau. Tidak dapat dinafikan bahawa harta Muhammad Taib yang melampau bukan daripada gaji dan elaun sebagai Menteri Besar.
-Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail menyebut bahawa nilaian harta yang diisytihar Muhammad Taib ialah RM 30,831,306.15. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam
kenyataan bersumpah beliau.
-Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.
-Muhammad Taib pernah ditahan di Australia kerana gagal mengistiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing.



7) Skandal penggunaan wang zakat membabitkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.
Dakwaan : Bukti pertama pendedahan mengenai dokumen membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.
- Bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Dato' Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Jumlah merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150yang tercatat di dalam baucer tersebut.
Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.
Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah
Hukuman : Tiada pendakwaan.



8) - Skandal membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Kewangan II, Hasbie Satar (Tan Sri Mohammed Nor Yakcop) yang kini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Setiausaha Politiknya, Hasbie Satar ditahan SPRM, di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, bersama penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.



9) - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dikaitkan dakwaan mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan RM10 juta ke London pada tahun 2008. 



10) - Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno berikutan rasuah wang dalam Pemilihan Umno.
Turut dituduh ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin namun Khairy hanya diberikan amaran sahaja.Sementara siasatan mengenai dakwaan Ali Rustam mengamalkan politik wang bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti tahun 2010 telah ditutup SPRM.
Paling besar, pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad banyak mencatatkan dakwaan kronisme dan rasuah.Berikut senarai yang sempat dicatatkan penulis :
Skandal-skandal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir MohammadMahathir menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia selama 22 tahun.
- RM1.8 billion di mana Mahathir sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB.
- Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti).
- Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti).
- Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tidak berbayar tokoh-tokoh korporat.
- Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce.
- Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas. 40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion.
- Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Dato' Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar.
- Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah.
Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.
- Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran - Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato' Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan 'hospital support services'), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).
-Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.
- Tan Sri Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir.
- Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Julai 99.
-Anwar melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham.



Edisi Kantoi : Sekolah Lalang Di Selangor

Posted: 24 Sep 2012 07:24 AM PDT


Papan tanda di bawah telah dinaikkan semenjak sebelum pilihanraya 2004 lagi. Kononnya UMNO mahu mendirikan sebuah sekolah agama di tapak di bawah.

Bagi kami, gambar2 di bawah ini adalah contoh jelas perangai UMNO yang suka mungkir janji.


Hati-Hati Duhai Perokok Muslim

Posted: 24 Sep 2012 07:20 AM PDT

Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa. Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang. Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini? Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. 
Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka. [Judah Lion] Singa Judah Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor. Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. 

Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau. Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan. Masih tak pasti? Yehuda = Yahudi Lion of Judah = Singa Yahudi Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. 

Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat. Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.

Teraju Utama Filem Burukkan Kerajaan Selangor Dikenalpasti

Posted: 24 Sep 2012 07:15 AM PDT

Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 

Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini. 

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.
"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

Iklan Air Sabotaj Kerajaan Selangor Berjalan Secara Rahsia

Posted: 24 Sep 2012 07:10 AM PDT


Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya. Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu. 


 Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka. 


 Iklan Air Sabotaj Kerajaan Selangor Berjalan Secara Rahsia Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya. 

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu. Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Isu Kawin Tidak Sah Rashidi - Vee Imran

Posted: 24 Sep 2012 07:06 AM PDT

Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama. "Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

 P/s: Patutnya tuan mufti turut menasihati pelakon terutama yang sudah berumah tangga tentang adab dan batasan ketika berlakon. Usahkan aurat, ada pelakon rela tubuhnya dirangkul, atau merelakan isterinya diperlakukan begitu atas alasan skrip atau pengarah meminta mereka berbuat demikian. Sanggup membuat dosa atau menjadi dayus kerana wang ringgit!~ Busman

Ceramah Minggu Ini

Posted: 24 Sep 2012 07:01 AM PDT


Ceramah Pakatan Rakyat Bersama 
Ustaz Sidek Noor (Mantan Pimpinan PAS)
Yb Lim Jak Wong (ADUN Bachang ) 
Saudari Ginie Lim ( Exco AMK ) 
Tarikh : 29 September 2012
Masa : 9.30 Malam 
Tempat : Kampung Bukit Piatu , Bukit Baru Melaka 

Rentung dengan minuman keras

Posted: 24 Sep 2012 06:27 AM PDT

Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori dipercayai membawa muatan minuman keras dan rokok seludup dalam kemalangan di Kilometer 194.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata mangsa yang belum diketahui identitinya maut di tempat kejadian setelah badannya terbakar kira-kira 80 peratus. Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, kereta jenis Myvi yang dipandu mangsa sedang menghala ke Kuala Lumpur sebelum melanggar bahagian belakang lori yang menuju arah sama. 

 "Pelanggaran tersebut menyebabkan kereta mangsa melekat pada belakang lori dan terseret sejauh 100 meter dan terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Katanya pemandu lori terbabit kemudian melarikan diri sementara mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

 Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Ayer Keroh Hadzar Hasan berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.16 pagi dan tiba 29 minit kemudian dengan empat jentera dari balai Ayer Keroh, Bukit Katil dan Jasin melibatkan 18 anggota. Beliau berkata api yang marak di kenderaan tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada 7.35 pagi. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka Datuk Mohd Nasir Said ketika dihubungi mengesahkan lori tersebut membawa rokok dan arak seludup yang dianggarkan bernilai RM350,000 dengan cukai melebihi RM2 juta. - Bernama

Kemalangan Ngeri di Persimpangan MITC- Kota Cemerlang

Posted: 24 Sep 2012 06:26 AM PDT





 Menurut sumber, kemalangan maut ini melibatkan 3 lori, 10 kereta, 5 motorsikal. 5 orang maut. Hospital Besar Melaka. . Kejadian berlaku lebih kurang jam 3-4 petang tadi di persimpangan MITC - Kota Cemerlang Ayer Keroh. Ini disebabkan oleh tayar bas meletup dan mengakibatkan pemandu lori berkenaan hilang kawalan dan merempuh beberapa buah kenderaan yang berada disitu. Al-Fatihah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan ngeri ini. 



DAP Dah Mohon Maaf, UMNO Bila Lagi ?

Posted: 24 Sep 2012 04:04 AM PDT

Tok Janggut 

 Apabila Pengerusi DAP Perak dalam twitter nya mempersoalkan akan kewajaran umat Islam membuat demonstrasi aman mengutuk puak Yahudi kerana filemnya yang menghina Nabi, bergegak tempik puak UMNO mengutuk pula Dato Ngeh malahan ada yang meminta polis menyiasat beliau. Akhirnya beliau memohon maaf diatas ketelanjuran dan sikap tidak pekanya itu. Namun begitu mengapa bila pemimpin UMNO seperti Mahathir, Najib dan lain-lainya menghina syariat Allah dan memperlekehkan sunnah Nabi tidak ada pula pihak yang buat demonstrasi? 

 Pemimpin DAP itu secara terbuka meminta maaf, samada beliau ikhlas atau tidak tidak ada siapa pun yang boleh mengesahkanya. Bagaiman pula dengan Mahathir, Najib dan lainya? Bila pula mereka ini hendak meminta maaf, yang selalu kedengaran bukan minta maaf tapi bertambah hebat dan angkuhnya mereka memperkecilkan syariat Allah itu. Ingin juga kita bertanya pada Mahathir. Apakah beliau tidak tahu bahawa syaitan itu musuh ketat umat Islam? Apakah beliau tidak pernah membaca atau mendengar bahawa syaitan itu sifatnya sangat pendendam, menipu, kerjanya merosakan aqidah dan akhlak umat Islam? Jadi mengapa beliau sanggup menyamakan UMNO/BN itu sebagai syaitan yang perlu disokong? Ini jelas beliau telah mengesahkan bahawa jahat dan zalimnya UMNO sama seperti syaitan juga. Jadi mestikah umat Islam perlu terus menyokong dan membantu serta membela puak syaitan? Perlukah orang Melayu bersyukur kepada talibarut syaitan? Orang Melayu Islam yang beriman hanya wajib bersyukur kepada Allah, bukanya kepada UMNO yang mempunyai bayangan syaitan itu! Dia bagi RM500.00 pada rakyat tapi puak mereka sapu berjuta RM duit rakyat. 

Golongan penipu beginikah yang orang Melayu perlu sokong dan pertahankan? Hancur negara. Hanya manusia yang berkhlak dan beraqidah seperti syaitan sahaja yang akan terus menyokong, membela dan mempertahankan UMNO itu. Orang Melayu kena ingat....kemerdekaan yang kita kecapi sekarang bukanlah dari hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Mereka hanya menyambut kemerdekaan tetapi bukanya pejuang kemedekaan. Yang berjuang untuk menghalau penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air kita air pejuang Melayu yang hidup di dalam hutan dengan bersenjatakan keris, lembing dan tombak. Dato Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj Abd Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Janggut, Tok Ku Paloh dan ramai lagi. Inilah pejuang kemerdekaan sebenarnya. 

UMNO adalah pejuang palsu yang mendapat nama hasil dari darah dan nyawa pejuang kita di dalam hutan sana. Akibat tidak tahan dengan asakan dan amukan pejuang kita, maka penjajah mengambil keputusan untuk berundur dan keluar dari bumi ini maka dicarinyalah puak yang perlu diberikan kuasa memerintah dengan syarat wajib mengikuti dan mematuhi semua perjanjian yang dibuatnya. Itulah UMNO. Umat Ilsam kena ingat, penjajah datang menjajah ke negara umat Islam diseluruh dunia sekadar untuk menjajah dan merompak hasil mahsul negara tersebut dan dibawa pulang ke negara asal mereka tetapi tujuan utama mereka ialah untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus setelah mereka kalah dalam perang Salib dulu. 

Antara kejayaan besar mereka apabila meninggalkan sesebuah negara yang dijajah itu ialah undang-undang mereka kekal diamalkan oleh pemerintah negara tersebut yang menjadi boneka dan anjing peliharaan mereka. Inilah kebanggaan penjajah kerana aqidah umat Islam berjaya dirosakan dengan hanya pewarisnya mesti mengekalkan undang-undang yang mereka tinggalkan sehinggakan ada umat Islam yang beriktiqad bahawa undang-undang penjajah ini lebih baik, lebih adil dari syariat Allah itu sendiri. Bagi umat Islam yang faham bab tauhid, mereka sanggup mati dan sanggup hidup susah, asalkan tidak sekali-kali menyokong puak yang mempertahankan dan menjunjung undang-undang peninggalan penjajah itu demi kerana aqidah, kerana Allah dan kerana Rasul. 

Bagi yang telah rosak aqidahnya, mereka tidak peduli itu semua, yang penting poket mesti penuh, anak bini mesti hidup mewah, rumah besar, pangkat tinggi dan boleh buat apa sahaja tanpa siapa berani menghalangnya kerana mereka berkuasa. Itulah sebabnya pemimpin mereka berani menghina syariat Allah dan sunnah Nabi tanpa rasa berdosa dan tanpa perlu meminta maaf. Nampaknya DAP lebih bermaruah dari pemimpin UMNO ini. Inilah syaitan manusia yang sebenarnya. Jauhilah UMNO. Wallahualam. ~Tranungkite

Laporan Audit Dibentang Lepas Budget 2013

Posted: 24 Sep 2012 04:02 AM PDT

Pembangkang melihat tindakan Putrajaya sengaja melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011, yang sepatutnya dibentangkan serentak ketika pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat, 28 September ini adalah satu cubaan untuk mengelakkan pemimpin pembangkang merujuk kepada laporan audit berkenaan ketika pembentangan bajet. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan adalah sangat "tidak wajar" kerana beliau melihat tindakan itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno mengalihkan kesempatan ahli Parlimen membahaskan laporan kewangan tersebut. "Ini sangat tidak wajar, kerajaan cuba alih kesempatan ahli Parlimen bahas laporan kewangan tersebut. 

"Laporan itu sangat penting, ia menilai prestasi kewangan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini. "Ini adalah taktik Umno-BN untuk elak ahli Parlimen melihat (laporan audit) ini dan menangguhkannya sehingga selepas belanjawan dibentangkan," kata ahli Parlimen Permatang Pauh ini lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menegaskan laporan audit itu juga sengaja dilewatkan kerana kerajaan cuba menutup kelemahan tadbir urus negara. Ahli Parlimen Gombak ini menegaskan, dengan melengah-lengahkan pembentangan laporan berkenaan, kerajaan jelasnya cuba untuk mengalihkan pandangan ahli parlimen daripada melihat fakta yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

 "Laporan audit itu perlu keluar serentak dengan pembentangan bajet... kerajaan sengaja (ingin) menutup kelemahan dengan lengahkan bentang Laporan Ketua Audit Negara 2011, kata Azmin lagi. "Pihak kerajaan cuba tutup kelemahan dan salah guna kuasa kerana biasanya Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan pada hari pembentangan bajet negara untuk membolehkan ahli Parlimen mengunakannya sebagai asas perbahasan di Dewan Rakyat. "Maknanya kerajaan cuba alih pandangan ahli Parlimen daripada melihat fakta, laporan ini penting, kita tak mahu bahas dengan tuduhan tidak berasas," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini. Jelas Azmin, laporan audit berkenaan akan mendedahkan sama ada prosedur kewangan negara dilaksanakan dengan betul atau terdapat salah guna kuasa, justeru beliau mempersoalkan tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembentangan berkenaan.

 "Saya lontarkan pertanyaan kepada (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kenapa ini berlaku, kerana ia dilihat ada agenda tersembunyi sedangkan kerajaan yang. melaungkan ingin melakukan transformasi perlu lebih terbuka dan tidak menggunakan alasan untuk tutup kelemahan dan penyelewengan pada tempoh kewangan tahun lalu," tegasnya lagi. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kepada pemberita dokumen itu hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat "seminggu hingga dua minggu" selepas pembentangan Belanjawan Jumaat. "Laporan itu sudah siap. Namun, ia tidak akan dibentangkan di Dewan Rakyat serentak (dengan Belanjawan 2013) kerana laporan audit ini akan mempunyai lebih banyak berita daripada belanjawan. 

"Jadi, apa yang akan kita laksanakan adalah laporan audit ini akan dibentangkan seminggu dua kemudian namun masih ada masa lagi untuk ahli Parlimen bahaskannya," kata ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi. Laporan Ketua Audit Negara biasanya akan dibentangkan bersama-sama dengan belanjawan namun kerajaan telah melengahkannya tahun lalu, walaupun terdapat bantahan dan protes daripada pemimpin pembangkang. Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) juga turut didedahkan melalui laporan audit tersebut yang mana turut mengaitkan suami dan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.~Malaysia Insider

Majlis Makan Malam dan Amanat Presiden PAS

Posted: 23 Sep 2012 11:31 PM PDT

Lokasi : Sungai Rambai , Melaka 
Tarikh : 23 September 2012 















































Bongkar : Majalah Perancis Hina Nabi

Posted: 23 Sep 2012 10:17 PM PDT

Dalam tumpuan umat Islam marahkan filem pendek innocence of muslim sam basley, kita terlupa pada 19 Sept lepas, majalah mingguan kartun satira Perancis Charlie Hebdo telah mengeluarkan sebuah komik najis yang melukis gambaran Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan unsur seks

Comform Rakyat Tak Tahu

Posted: 23 Sep 2012 09:44 PM PDT


Kos Baikpulih kediaman PM dan TPM 




Suruhanjaya Penipu Rakyat Perlu Bertanggungjawab

Posted: 23 Sep 2012 09:39 PM PDT

Pangkuan Bekas Ahli UMNO tentang penipuan SPR.
 1.Pernah mengundi 2 kali. 
2.Mengundi 1 nama dalam semua saluran.(mungkin 3 kali atau lebih) 
3.Menggunakan IC palsu untuk menggantikan mereka yang berada di Luar Negara.


Konvoi Mega Royalti Ke Putrajaya

Posted: 23 Sep 2012 09:38 PM PDT


Selangor Negeri Berilmu ?

Posted: 23 Sep 2012 09:37 PM PDT


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Sep 2012 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kes samun, pecah rumah berleluasa di Lenggeng?

Posted: 24 Sep 2012 12:54 AM PDT


Ada pengunjung blog saya meninggalkan komen yang amat risau keselamatan dia sekeluarga di mana kes samun dan pecah rumah semakin berleluasa di Lenggeng, N.Sembilan. Mungkin pihak berkaitan dapat menyiasat komen tersebut. Saya sebelum ini juga ada mendapat perkhabaran serupa, bahkan diberitakan Masjid Kg Daching yang baru mendapat peruntukan Menteri Besar N.Sembilan sebanyak RM20,000 katanya untuk tukar sistem PA baru telah dicuri sistem PA tersebut tidak lama selepas itu. Jika benar , kita harapkan pihak polis dapat mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut.

Komen pengunjung tersebut seperti di bawah ini :

sy dr kg sesapan batu minangkabau beranang sebelah dari kg daching mengalami mslh yg serupa pd bln puasa yg lalu.pencuri cuba masuk ke rumah pd waktu sahur.kebetulan suami belum tidor lg.

dia sempat ikot jejak pencuri keliling rumah cubaan utk umpil tingkap.

kebetulan bapa saya hj zamzuri merangkap ketua kg dan imam kg serta amil meninggal dunia sebelum bulan puasa.mungkin perompak berkenaan sudah tahu mengenai kematian ayah sy.

alhamdulilah perompak tu tak sempat masuk ke dlm rumah sbb polis beranang smp.perompak tu tinggalkan kayu panjang dan sebatang test pen tersangkut pd frame tingkap.sehingg kini tiada tangkapan dibuat.
   
ape yg merisaukan sy ialah baru2 nih kejadian merompak sgt berleluasa di kawasan beranang hingga ke lenggeng.kali ni perompak dlm bentuk berkumpulan 8 org ramainya.

dgr cerita ade mngsa dibunuh dan dirogol.keadaan ni buat sy sekeluarga ssh nak tido lena.suami pula keje kilang.kalau dia shift mlm tinggallah sy, mak sy serta anak2 dan juga atok dirumah.
   
minta sgt jasa baik pihak berwajib bertindak sesuatu sebelum nyawa org kg melayang lagi..

yang sgt trauma...sarah

MIC NS tuduh kerajaan rampas Tanah SJK Tamil Ladang Senawang?

Posted: 24 Sep 2012 12:36 AM PDT


Air mayat dalam bekalan air paip

Posted: 24 Sep 2012 12:36 AM PDT


Cuba bayangkan jika perkara ini berlaku di Selangor di mana air paip yang dibekalkan bukannya berlumpur tetapi adalah air mayat.

337 penghuni "minum air mayat" tuntut RM100 juta

TAWAU 20 Sept. 2012 - Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Perhatian kepada anggota Jabatan Amal N.Sembilan

Posted: 23 Sep 2012 05:08 PM PDT


JAMBORI AMAL MALAYSIA KE-16

Jambori AMAL Malaysia ke-16 peringkat kebangsaan akan diadakan pada :
Tarikh : 5 ke 7 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Pantai Balok, Pahang

Penyertaan : Anggota Unit Amal berumur 18 tahun ke atas.
Setiap anggota ke jambori sila pastikan kelengkapan & persiapan barang cukup dan selamat untuk digunakan.

Untuk pendaftaran nama dan keterangan lanjut sila hubungi Pengarah Amal N.Sembilan Sdr. Izamri di 013-2124086 @ 010-8097879

KHIDMAT MERU

Posted: 24 Sep 2012 09:01 AM PDT

KHIDMAT MERU


Posted: 23 Sep 2012 08:45 PM PDT






Syarikat berasaskan plastik, PS POLY PACK SDN BHD telah sudi menyantuni warga emas & OKU sempena pembukaan kilang barunya di Lot 2208 Jalan Khamis dengan memberi sumbangan barangan  makanan . Majlis juga diserikan dengan majlis kesyukuran dan tahlil perdana untuk semua aruah di 2 kariah surau, Hj Mat Som dan Darul Ehsan. Seramai lebih 100 peserta penerima sumbangan hadir yang dirasmikan oleh Ketua Kampong, Hj Tahifor Hj Noor. Pengarah Urusan dan semua kakitangan Poly Pack turut hadir meraikan semua penduduk dengan hidangan nasi beriani. Semoga kilang ini

PAS Kulaijaya

Posted: 24 Sep 2012 07:40 AM PDT

PAS Kulaijaya


Perangai buruk UMNO ceroboh PASTI milik PAS.

Posted: 24 Sep 2012 12:56 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 24 Sep 2012 07:27 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


APA ? SIAPA PERLU TANGGUNGJAWAB BILA SEMUA PENIAGA RUGI SEBAB KENA TUTUP KEDAI UNTUK WAKTU MAGHRIB ?

Posted: 23 Sep 2012 07:15 PM PDT

PEMUDA PAS TURUT SIMPATI BENCANA ATAS KETUA PEMUDA UMNO KEPONG.

Posted: 23 Sep 2012 06:52 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan