Berbicara tentang Syawal, pastinya tidak dapat lari dari menyentuh tentang sambutan hariraya. Kemeriahannya mungkin masih terasa iaitu kepada sesetengah orang yang masih sibuk mengadakan rumah terbuka. Alhamdulillah, mengajak saudara mara, sahabat handai datang berkunjung dan menjamu selera adalah sesuatu yang dituntut Islam. Akan tetapi haruslah bersyarat, janganlah sampai bergolok gadai, berhutang sana-sini semata-mata untuk menganjurkan rumah terbuka ini. Itu dilarang agama.
Maka apabila berhutang, kita telah merendahkan martabat kita. Dinukilkan dalam sebuah hadis, bahawa sekiranya seseorang itu mati tanpa sempat membayar hutangnya, maka akan tergantunglah amalannya itu hatta dia seorang syuhada sekalipun. Rasulullah pernah tidak menyembahyangkan jenazah yang masih mempunyai hutang.
Hutang memang tidak dapat lari dari kehidupan kita. Berdasarkan info dari Jabatan Insolvensi Malaysia sebanyak 85,175 kes muflis telah dicatatkan bermula dari tahun 2007 hingga Mac 2012. Seramai enam juta isi rumah pula, sedang menanggung hutang sebanyak RM653 bilion, yang membawa kepada purata lebih kurang RM108,000 seorang…! Antara enam juta ini termasuklah juga mereka yang berpendapatan kurang dari RM2000 sebulan.
Lazimnya hutang-hutang tersebut adalah untuk membiayai kenderaan, rumah dan peribadi. Tetapi agak malang bagi sesetengah mereka, tujuan pinjaman itu tidak lain hanyalah untuk bergaya bagi menunjuk-nunjuk rumah atau kereta yang hebat sahaja. Bertambah lagi malang, mereka terpaksa menghabiskan masa mungkin puluhan tahun bagi melangsaikan hutang-hutang mereka itu. Keadaan ini berlaku kerana mereka menambah jumlah hutang mereka ketika hutang lama masih belum diselesaikan.
Walau bagaimanapun, ada juga diantara mereka yang benar-benar berniat ingin memberikan keselesaan kepada ahli keluarga mereka tetapi keadaan menjadi semakin sukar bagi mereka dengan cukai kereta yang begitu tinggi dan juga harga rumah yang melambung begitu tinggi berbanding dengan harga beberapa tahun yang lalu (sila rujuk rajah perbandingan di bawah) yang akhirnya mereka terperangkap dengan keadaan semasa yang tidak menyebelahi mereka.
Pakar ekonomi menyebutkan, apabila isi rumah gagal berbelanja kerana terpaksa membayar hutang, maka hal ini akan turut menjejaskan ekonomi negara kerana isi rumahlah antara penyumbang terbesar pendapatan negara. Itu belum masuk masalah hutang tidak berbayar (NPL) yang boleh menjejaskan rantaian ekonomi sesebuah negara.
Kenapakah hal yang sebegini boleh berlaku? Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kos sara hidup yang tinggi dan kegagalan menguruskan wang dengan baik adalah antara faktor tertinggi kepada masalah ini. Sekaligus menjadikan mereka yang berpendapatan dibawah RM2000 sebulan menjadi peminjam tegar.
Jika kita amati, ada dua faktor dalam masalah ini dan kedua-duanya berdasarkan sikap kita sendiri. Mengapa saya berpendapat demikian? Pertama, berkenaan faktor kegagalan menguruskan kewangan, ini jelas kerana sikap diri sendiri kerana ada sesetengahnya mengikut contoh buruk yang telah diberikan oleh "orang atas" iaitu berbelanja mewah, lupa hutang yang ada dan suka menambah hutang baru tapi tiada duit. Kemana tumpahnya kuah…
Manakan tidak, menurut Laporan Tahunan Bank Negara, negara telah berhutang sebanyak RM257 bilion pada tahun 2011 meningkat sebanyak RM30 bilion berbanding tahun sebelumnya. Dengan pengumuman demi pengumuman peruntukan untukitu dan ini kerana takut dijatuhkan rakyat, maka segalanya ditabur dengan begitu rupa agar dapat mengekalkan kuasa yang ada. Pendek kata berbelanja bagai nak gila.
Ini adalah contoh buruk dari kerajaan pusat. Manakala bagi kerajaan negeri Terengganu pula, tidak kurang hebat perangainya. Hutang negeri Terengganu yang direkodkan ialah lebih RM1 bilion (termasuk hampir RM100 juta untuk zoo mungkin?). Begitupun, mereka begitu rakus dalam berbelanja, sehingga lupa akan hutang yang ada. Bajet tahunan pula defisit sentiasa. Gali lubang, tutup lubang. Sudah bapaknya borek, anaknya rintiklah. Tidak seperti pada tahun 1999-2004, hutang kerajaan negeri dibayar oleh kerajaan PAS mengikut jadual. Juga negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini, begitu berdisiplin membayar hutang masing-masing.
Terengganu terus mendapat duit royalti (dengan nama lain) dari Petronas. Dan wang yang diterima itu tidak perlu diaudit, maka bertambah meriahlah perbelanjaan mereka. Walaupun dalam Sidang DUN pada April baru-baru ini, mereka begitu berbangga dengan laporan jumlah orang miskin di Terengganu telah berkurang, tapi apakah maknanya bila Terengganu negeri yang dikatakan kaya ini (telah menerima RM belasan billion semenjak mula royalti dibayar) rakyatnya masih lagi duduk pada negeri nombor dua termiskin semenjak lama dahulu?
Teruk sangatkah pemikiran pemimpin-pemimpin Umno- BN Terengganu? Negeri lain seperti Kelantan yang tidak dibayar royalti hasil minyak, dan pendapatan lebih rendah dari Terengganu, lebih berjaya dari Terengganu dalam hal ini. Bandingkan pula dengan kerajaan PAS ketika memerintah hanya empat tahun, telah berjaya meletakkan Terengganu pada tempat keempat termiskin di Malaysia. Lihatlah sikap amanah apabila dilaksanakan, maka hasilnya menyenangkan rakyat terbanyak.
Secara tidak sedar, rakyat Terengganu yang seramai kira-kira 1 juta orang ini, turut berhutang kepada pusat sebanyak kira-kira purata RM1000 seorang. Jikalau peminjam yang seperti dinyatakan pada permulaan artikel ini juga orang Terengganu, maka hutangnya sudah menjadi RM109,000.
Faktor ini (kegagalan menguruskan kewangan) adalah fator yang boleh kita hindari jika kita tidak mengikut jejak dan fi'il perangai pemimpin negeri dan negara seperti yang ada sekarang, yang hanya tahu rakus berbelanja. Manakala faktor kedua(kos sara hidup tinggi), mengapa saya katakannya kerana sikap rakyat juga? Kerana ianya juga dapat dihapuskan sekiranya kita menghapuskan kuasa pemerintahan Umno-BN dengan menggantikan mereka dengan PR. InsyaAllah kos sara hidup akan juga turun.
Senang bukan? Lihat janji-janji pra PRU yang telah diberikan. InsyaAllah penurunan harga minyak, cukai kereta, gaji minimum dan banyak lagi program kebajikan akan segera dijalankan apabila PR menguasai Putrajaya. Tidak dinamakan cerdiklah pimpinan PR jika mengkhianati janji-janji ini kerana pastinya mereka tidak akan dipilih selama-lamanya selepas ini jika khianat.
Oleh itu nasihat saya, ubahlah sikap anda dalam menghapuskan masalah berhutang ini. Apa sahaja yang mereka berikan, kita jangan menolaknya, sapu belaka, ambil semuanya, (cuma jangan diambil perangai Umno-Bn sudahlah) Tetapi ingat, apabila pensil dan kertas undi sudah berada di tangan, maka jalan terbaik bagi mengatasi masalah-masalah hidup ini ialah dengan menghapuskan sama sekali kuasa Umno-BN. Ingat, hapus Umno-BN, hapuslah masalah hidup sekarang insyaAllah. Jom, Pakak Pakoh PAS Bohh….!!!
*Pandangan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Blog ini. Terima kasih
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian Pas Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Sebaliknya Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.
"Tidak..tidak..tidak (untuk membubarkan DUN sendirian), kita buat serentak dengan Pusat," katanya ringkas kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.- Bernama
Penunjuk perasaan Mesir, memanjat dinding kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah Selasa lalu, menuju ke halaman kedutaan dan menurunkan bendera Amerika Syarikat, menggantikan ia dengan bendera hitam dengan inskripsi Islam untuk membantah sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad.
Ratusan penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di tengah bandar Kaherah, berhimpun di luar kedutaan dan melaung-laung membantah filem tersebut, yang menurut laporan diterbitkan Amerika Syarikat.
"Katakan, jangan takut: Duta mereka mesti beredar," laung penunjuk perasaan.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan kemudian memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera dari tiang di halamannya dan membawa bendera tersebut kepada penunjuk perasaan di luar kedutaan.
Penunjuk perasaan mengoyakkan bendera tersebut selepas gagal dalam cubaan awal untuk membakarnya.
Penunjuk perasaan di atas dinding kedutaan kemudiannya menaikkan bendera hitam yang tertulis dua kalimah syahadah: "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah."
Di Washington, jurucakap Jabatan Negera, Victoria Nuland berkata AS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir untuk memulihkan ketenteraman.
Hampir semua kakitangan telah meninggalkan kedutaan sebelum ia diceroboh, lapor seorang pegawai AS.
Hanya beberapa kakitangan masih berada di dalam kedutaan, kerana pihak keselamatan kedutaan telah menghantar pulang kakitangan ke rumah mereka lebih awal selepas mendapat maklumat tentang protes yang bakal berlangsung.
Keadaan masih tidak stabil, lapor pegawai yang enggan namanya didedahkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.
Seorang pegawai di kedutaan AS di Kaherah berkata Duta AS tiada di kedutaan pada hari tersebut.
Media Mesir mengatakan filem itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh kumpulan anti-Islam.
Filem tersebut, yang kini terdapat di YouTube, menggambarkan Muhammad sebagai penipu, menunjukkan Muhammad melakukan hubungan seks dan menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai.
Protes meletus selepas media Mesir membuat liputan berkenaan filem itu untuk beberapa hari, dengan ulama-ulama turut muncul di kaca televisyen untuk membantah filem tersebut.
RANTAU PANJANG – Kehadiran sejenis haiwan menyerupai tupai menjadikan kediaman Mohd Hafiez Zafri, 18, dikunjungi penduduk kampung, untuk melihat spesies yang tidak diketahui nama sebenarnya itu.
Berikutan itu mereka memanggilnya tupai terbang kerana fizikalnya menyerupai tupai.
Mohd Abdul Hafiez berkata, keunikan haiwan yang belum pernah ditemuinya, membuatkan ada dalam kalangan pengunjung yang berminat dan sedia membelinya.
Menurutnya, setakat ini dia belum membuat keputusan menjual haiwan berkenaan, kerana sedar sukar untuknya menemui binatang tersebut.
Katanya, dia menemui tupai terbang itu ketika ke rumah kawannya di Lubok Jong dua hari lalu.
"Haiwan itu terbang dan hinggap di dinding rumah kawan, apabila melihat fizikalnya agak luar biasa, saya menangkapnya dan membawa pulang
"Setelah saya meneliti fizikalnya, haiwan ini mempunyai bahagian seperti kepak yang membolehkannya terbang, sekali pandang kelihatan seperti tikus," katanya.
Mohd Hafiez berkata ,sejak membelanya dua hari lalu, haiwan tersebut makan semua jenis makanan seperti pisang dan sayur.
Menurutnya, bagi mengelak haiwan tersebut terlepas, dia mengurungnya dalam sangkar daripada besi.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mengeluarkan peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai pembinaan loji rawatan air Langat 2 bahawa projek tersebut masih tidak mendapat kelulusan Selangor.
Oleh itu, pemaju, kontraktor, perunding dan sesiapa yang mengambil bahagian di dalam projek tersebut diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan negeri apabila perlaksanaan projek itu tergugat.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa berhubung perlaksanaan projek tersebut walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskannya.
Kuasa Kerajaan Negeri antaranya meliputi kelulusan merancang dan memasuki tapak projek.
"Kita ingin mengingatkan kepada pemaju, kontraktor mahupun Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab sepertimana yang dijamin Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.
"Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri akan menjaga tanggungjawab ini," jelasnya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco semalam.
Peringatan itu dibuat susulan penyiaran iklan tender Langat 2 di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) semalam.
Tender tersebut dikeluarkan walaupun projek tersebut masih tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.
Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan undang-undang bagi menjelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri mengenai projek ini.
"Mereka perlu sedar dan jelas tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka akan beberapa perkara apabila berurusan atau berhadapan dengan Kerajaan Negeri," katanya.
Sementara itu, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sesiapa yang menyertai projek tersebut harus berdepan dengan risiko akibat dari percanggahan pendirian Kerajaan Pusat dan Negeri.
"Andaikata mereka masih ingin menyertai tender, kemudian menang 'bidding' namun perlaksanaan tertunggak, jangan datang saman (Kerajaan Negeri).
"Kerana kita sudah memberi penjelasan dan peringatan berkenaan perkara ini," tegas beliau ketika ditemui.
Kerajaan Negeri sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan Langat 2, dan mahu ia dirunding bersama dengan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.
SHAH ALAM 12 SEPT : Kementerian Pertahanan semakin hilang wibawa berikutan kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail menggenai bekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata teguran Sultan Johor itu adalah serius dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak harus lepas tangan dan mesti bertanggungjawab sepenuhnya.
"Apa dah jadi dengan Kementerian Pertahanan di negara ini? Sepatutnya ia menjadi sebuah kementerian yang berwibawa kerana di bawahnya menentukan keselamatan negara.
"Kemurkaan Sultan Johor dikatakan kerana harganya mahal tetapi kelengkapan dibekalkan tidak bermutu. Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual pihak pembekal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Idris berkata, pembangkang selama ini kerap membuat teguran tetapi sering dibakulsampahkan.
Tambahnya, tabiat buruk kerajaan diterajui Umno-BN itu bukan perkara baru malah sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran negara.
"Jika kita imbas kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana kementerian ini boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta walaupun tanpa baucer. Ini satu misteri sedangkan pegawai kerajaan yang mahu membuat tuntutan perjalanan RM100 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi," katanya.
Beliau berkata, perkara yang berlaku itu memang pelik tetapi ada benarnya.
Sebelum ini, negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Jika enjin sebesar itu boleh hilang dijual ke luar negara maka sudah tentu wang yang lebih kecil lebih senang hilang," ujarnya.
Media baru-baru ini melaporkan kemurkaan Sultan Johor atas apa yang berlaku dan bertitah Kementerian Pertahanan harus memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya.
"Dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden, suka saya ingatkan jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi. Tidak dinafikan ramai bekas Jeneral dan pegawai tentera yang bersara menceburi bidang perniagaan sebagai pembekal peralatan ketenteraan.
"Namun suka saya ingatkan, janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda," titahnya.
Baginda yang juga Kolonel Komandan pasukan elit Rejimen Gerak Khas bertitah demikian semasa majlis ulang tahun ke-47 pasukan itu di Kem Iskandar, Mersing, Johor.
KUALA LUMPUR: Jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad bagi penghantaran barang dari Makkah dan Madinah boleh memeriksa status terkini perjalanan barang mereka secara online.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata sistem jejak dan kesan Malaysia itu, pertama kali digunakan dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
"Jemaah haji akan diberi nombor rujukan dan mereka boleh memeriksa lokasi terkini penghantaran barang mereka menerusi laman web Pos Malaysia di www.pos.com.my," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat perkhidmatan bagasi haji Pos Malaysia di sini Rabu.
Beliau berkata tiada had bagi jumlah penghantaran barang tetapi setiap barang perlu mematuhi berat maksimum yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 30 kilogram.
Caj penghantaran barang jemaah haji ke Semenanjung Malaysia ialah RM14 sekilogram dan RM19 ke Sabah dan Sarawak.
Air zam zam pula dikenakan caj RM115 bagi botol seberat 10 liter ke Semenanjung dan RM135 ke Sabah dan Sarawak.
Mohd Shukrie berkata jemaah haji boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter Pos Malaysia di Makkah dan Madinah atau pembayaran ketika menerima barang di tanah air selain bayaran melalui potongan akaun Tabung Haji.
"Semua barang dijamin akan dihantar ke destinasi masing-masing dalam tempoh 3-14 hari bekerja selepas tarikh ketibaan barang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
"Jemaah haji boleh menginsuranskan barang sehingga nilai maksimum perlindungan RM4,500 bagi setiap konsainan pada kadar premium seminimum 6 Riyal," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Pos Malaysia menggerakkan seramai 30 petugasnya di Makkah dan Madinah bagi menguruskan proses kiriman barang jemaah haji pada musim ini.
Pos Malaysia juga dijangka akan mengendali kira-kira 200 tan barang jemaah haji termasuk bagasi, bungkusan dan air zam zam musim ini berbanding 150 tan tahun lepas, katanya.
Maklumat lanjut mengenai pengendalian barang jemaah boleh didapati di talian PosLine 1-300-300-300 atau menerusi e-mel di PosLaju.- BERNAMA
KUANTAN – Walau siapa calon yang diputuskan oleh kepimpinan Pas, sokongan padu akan diberikan oleh jentera parti peringat negeri bagi memastikan kemenangan di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senarai nama calon bagi negeri itu sudah dihantar tetapi keputusan sebenar belum diumumkan.
Menurutnya, dalam setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) terdapat satu atau dua nama termasuk calon wanita dihantar tetapi terserah kepada pihak kepimpinan untuk memutuskannya.
"Memang banyak nama yang dihantar termasuk calon wanita tetapi kita tidak dapat memberi jaminan siapa akan dipilih.
"Kita memberi sokongan kepada semua calon yang dipilih oleh presiden dan akan membuat kerja tanpa rasa bimbang," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam mengenai 95 peratus nama calon sudah diperkenankan Majlis Syura Pas.
Sementara itu, mengulas mengenai calon muka baru, Tuan Ibrahim berkata, di Pahang tiada masalah tentang pemilihan calon sama ada baru atau yang lama.
"Boleh dikatakan sebanyak 40 peratus calon di Pahang adalah muka baru dan kita tidak berdepan sebarang masalah mengenai pemilihan calon.
"Masalah calon tidak menjadi rebutan dan sebagai jentera kita akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pas," katanya.
HILANG...Zainab menunjukkan gambar Harun dan tunangnya.
KANGAR: Seorang ibu langsung tidak menyangka bahawa kata-kata anak bongsunya agar tidak mengedarkan kad perkahwinan dengan pasangannya, Nur Mazera Mansor, 22, sebenarnya membawa makna dia ingin melarikan diri.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan, Harun Aris, 24, yang membantu perniagaan keluarganya dikatakan menghilangkan diri bersama seorang wanita berstatus janda berusia 40-an yang baru dikenalinya sejak sebulan lalu.
Ibunya, Zainab Arop, 59, berkata biarpun Harun bersikap agak pelik sebelum menghilangkan diri, dia dan suaminya tidak menyangka tindakan anak mereka itu.
RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.
BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.
Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.
Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.
"Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. - Agensi
Rawang - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.
Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.
"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.
Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.
Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.
"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.
"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.
Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.
Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.
Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut. -kosmo
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dijadualkan pada 18 September ini bakal ditunda lagi.
Rafizi menjelaskan pihaknya telah menerima surat dari peguam bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, Shafie Abdullah yang meminta kes tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.
"Peguam saya telah menerima surat dari pihak Sharizat meminta kes tersebut ditunda kepada satu tarikh yang lain dan tarikh baru itu belum saya perolehi.
"Namun apa yang saya rasakan penundaan kes tersebut dilakukan adalah mempunyai hubungkait dengan apa yang telah berlaku pada Shahrizat ketika beliau disoal oleh barisan peguam kita di makhamah tempoh hari," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran PKR Cabang Kuala Pilah di Seremban semalam.
Shahrizat ketika menjawab pertanyaan Ranjit Singh ketika perbicaraan sebelum ini berhubung penglibatan keluarganya dalam projek tersebut berkata, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh suaminya pada tahun 2007 yang meminta kedua-dua anaknya yang berada di luar negara balik ke Malaysia bagi membantu menguruskan projek tersebut.
Menurut Rafizi, jawapan Shahrizat itu mungkin mendapat kecaman dalaman Umno yang menunjukkan kepincangan kredibiliti beliau sebagai menteri sebelum ini serta Ketua Wanita Umno.
"Imej Umno telah rosak kerana jawapan yang diberikan olehnya di mahkamah, malah rakyat sudah hilang keyakinan terhadapan kes tersebut serta peranan Umno dalam membantu rakyat.
"Mungkin atas sebab itulah barisan pimpinan Umno mengambil tindakan mengecam beliau yang langsung tidak menunjukkan ketokohan beliau sebagai orang penting dalam Umno," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penyokong PKR.
Shahrizat sebelum ini telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi NFC.
Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera sebelum ini menetapkan 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh.
Bagaimanapun peguam mewakili Shahrizat didakwa telah menghantar surat agar ianya ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh, Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri manakala Sharizat pula diwakili peguam Shafie Abdullah.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Johor mendesak pihak kerajaan membuat siasatan terhadap punca kematian Chandran a/l Perumal berdasarkan beberapa keraguan yang telah berlaku.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat (gambar) membuat gesaan itu sebagai respons terhadap kematian Chandran semasa dalam lokap polis Dang Wangi pada 10 September lalu dan mayatnya telah sampai ke Simpang Renggam, Johor pada jam 9 malam 11 September.
Katanya, punca kematian seperti yang tercatat dalam daftar kematian adalah darah tinggi (hypertension heart disease) tetapi pihak Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menyatakan punca kematian adalah sakit jantung.
"Terdapat percanggahan punca kematian Chandran," ujar Suhaizan dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya keluarga simati tidak berpuashati dengan kematian ahli keluarga mereka kerana isteri simati telah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak polis bahawa suami beliau mengidapi penyakit darah tinggi dan perlukan mengambil ubat setiap hari.
Pihak polis menyatakan bahawa semua urusan dalam lokap di bawah pengawasannya. Malangnya Chandran didapati meninggal dunia dalam lokap polis.
Adik simati Gunalan a/k Perumal mewakili pihak keluarga telah membuat satu laporan polis pada 11 September 2012, lebih kurang jam 11 malam di Balai Polis Simpang Renggam, Johor.
Terdapat juga percanggahan waktu kematian Cahandran di mana keluarga dimaklumkan kematian beliau pada jam 10 malam sedangkan dalam daftar kematian dicatatkan kematiannya pada jam 11.55 malam, 10 September 2012.
Persoalannya, kata Suhaizan mengapa pihak polis telah memaklumkan kematiannya sedangkan mengikut daftar kematian, Chandran belum meninggal dunia pada waktu tersebut.
Beliau berkata, menurut adik simati Gunalan a/l Perumal terdapat luka di dahi dan rusuk Chandran dan keluarga tidak mengetahui dengan jelas punca luka-luka tersebut berlaku.
Menurutnya, Chandran yang merupakan seorang pemandu lori meninggalkan seorang balu dan enam orang anak-anak yang masih kecil.
"Keluarganya telah kehilangan mata pencarian dan memerlukan bantuan kewangan. Rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita membantu keluarganya," katanya.
KUALA NERANG - Pemuda Pas Padang Terap membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang disebarkan di Internet, mempamerkan aksi dua pemuda sedang melalukan perbuatan tidak senonoh pada gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicetak pada kain rentang.
Laporan polis itu dibuat Ah;i Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat, Azman Shafawi Abdul Rani di Balai Polis Kuala Nerang, pagi semalam.
Mohd Nasir berkata, laporan polis itu dibuat ekoran tindakan melampau yang juga suatu penghinaan terhadap pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya kesal terhadap insiden yang berlaku, perlakuan tidak senonoh pada gambar pemimpin adalah satu perbuatan yang keji," katanya.
Menurutnya, perbuatan tidak bermoral itu bukan ajaran Islam dan pihak berkuasa perlu bertindak adil kepada semua pihak yang terlibat.
"Saya harap polis akan bertindak secara profesional dengan tidak membuat siasatan secara terpilih untuk kes-kes tertentu sahaja," katanya.
Azman Shafawi berkata, walaupun berlainan ideologi politik adalah biadab dan kurang ajar.
"Kami menuntut pihak polis mengotakan janji bahawa polis akan bertindak sekiranya ada laporan. Sebelum ini polis menyatakan tindakan diambil terhadap individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terdapat laporan," katanya.
SANAA - Menteri Pertahanan Yemen, Mohammed Nasser Ahmed terselamat dalam satu serangan bom kereta semalam yang menjadikan konvoinya sebagai sasaran.
Insiden itu bagaimanapun membunuh 13 orang termasuklah tujuh pengawal keselamatan.
Serangan itu berlaku selepas sehari laman web Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa pemimpin kedua Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), Saeed Al-Shihri terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di timur negara tersebut.
"Menteri Pertahanan menjadi sasaran," kata seorang pegawai keselamatan, sambil memberitahu tiga lagi mangsa yang terbunuh masih belum dapat dikenal pasti. Agensi berita Saba melaporkan satu letupan kuat menggegarkan kawasan sekitar bangunan pejabat kerajaan.
Pada Mei lalu, AQAP mengaku bertanggungjawab atas satu serangan berani mati di Sanaa yang mengakibatkan hampir 100 orang askar terbunuh. - AFP
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam.
Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan. Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan 'kahwin sejenis' meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato' Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
Bukan lagi rahsia. Semua projek umNO adalah untuk mengisi kantung kroni mereka. Tujuannya untuk menghadapi lawan ketika Pilihanraya atau pemilihan parti mereka. Dana sangat penting bagi umno kerana semuanya bergerak dengan wang dalam umNO. Wang adalah nyawa umNo. Tanpa wang.. umNO akan mati.
Cakap cakap kedai kopi yang dipindahkan dari orang dipercayai membuktikan apa sahaja "projek kerajaan Barisan Nasional" bukanlah meletakkan kepentingan utama kepada rakyat. Sebab itu akhirnya menjadi masalah atau gajah putih. Isu lembu adalah contoh ketara menjadi beban rakyat. Projek tergendala bukan masalahnya... tender lain boleh dibuka...yang penting rahsia tidak dibuka. Siapa buka rahsia... kunci mulut dia dengan akta yang ada... kejahatan yang dihalalkan melalui undang undang. Inilah hebatnya Malaysia ku..
Di Trengganu sibuk dengan bangunan stadium yang runtuh... dan macam macam bangunan lagi yang runtuh... Di Kementerian Pelajaran... cerita makmal komputer dan pengurusan prasarananya menjadi rebutan... PLKN... bayangkan tender pakaian... makan minum...tempat dan macam macam lagi... siapa yang dapat......
Kementerian Pertanian selain lembu NFC juga berdepan projek Gajah putih Pusat pengumpulan negara TEMAN.... apa jadi teman yang dah tak berteman... sekarang dah tukor RTC... dan terakhir diambil alih oleh myden.... cuba siasat...sapa yang dapat laba??? dengor cerita sejuta diberikan untuk seseorang bertanding ketua sayap umNO... Ia bukan rekaan..tapi sumber dalaman yang dah keluar menceritakan..
Sekarang kerajaan sedang bertungkus lumus nak buat projek Langat 2... Masih ingat Bakun???? selepas habis madu sepah dibuang... selepas hutan dara dirogol.... syarikat kroni lepas tangan... kerajaan pulak tanggung rugi terpaksa bayar gantirugi... Macam PLUS yang terpaksa kerajaan bayar kalau tak naik tol... nak kata rugi.. boleh kata sepanjang masa hujung minggu dan perayaan lebuhraya sesak dengan kenderaan...
Langat 2 mungkin satu cara umNO nak dapat dana biaya pilihanraya 13 atau sebagai penyambung nyawa suku sakatnya di Selangor yang dah tinggal nyawa ikan... Biarpun tuan tanah tak bagi kebenaran... kerajaan pusat terus cuba memperkosa hak Selangor... Tidakkah itu penghinaan kepada rakyat yang memilih kerajaan untuk menjaga hak mereka???
Walaupun tender di buka... sapa dapat...persennya masuk kat sapa??? macam tu cara khazanah negara difaraidhkan oleh umnO...bukan harta aku harta bapak mertua... Bior negara papa asal aku kaya.. Jiika umNO terus berkuasa ...rakyat akan terus menderita kerana kenaikan kos sara hidup. Nak dapat duit mudah...saman rakyat.. atas alasan jaga keselamatan... siap swasta lagi... masanya rakyat yang cerdik untuk berubah..
Kerajaan Negeri tidak menghalang sekiranya pengguna air di pangsapuri di negeri ini mahu memfailkan saman berhubung kegagalan menerima subsidi air percuma yang diberikan kepada semua rakyat.
Mengulas lanjut isu tuntutan saman yang difailkan oleh 711 pengguna air, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia merupakan satu kes percubaan yang akan memberikan pandangan mengenai kebajikan rakyat.
Katanya, dengan saman ini membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui masih terdapat rakyat yang tidak menikmati air percuma kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
"Sekiranya seseorang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan ia boleh dibenarkan untuk menerima peruntukkan? itu pihak mahkamah boleh berikan jawapan.
"Penukaran meter pukal kepada meter individu tidak memerlukan kos yang tinggi, ia cuma memerlukan persetujuan daripada penghuni dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) setuju untuk membenarkan penukaran dilakukan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.
Sebelum ini, seramai 711 pengguna air memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Abdul Khalid, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.
Semalam Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sedia maklum bahawa pemberian percuma hanya diberikan kepada penghuni yang mempunyai meter individu.
"Oleh kerana itu, saya sudah memaklumkan bahawa penghuni supaya cepat menukarkan meter pukal kepada meter individu supaya dapat menikmati pemberian ini.
"Kadang-kadang sesetengah orang tidak faham mengenai perkara ini," katanya.
Sekali lagi kegemparan berlaku, nampaknya Logo Merdeka Pakatan rakyat memang diterima ramai, sebelum ni Pos malaysia pun guna logo ciptaan pakatan rakyat dekat web diorang.
Kali ni "tukanglawan" kongsikan lagi satu web yang jugak gunakan logo merdeka ciptaan pakatan rakyat. jeng.. jeng.. jeng..
Nampak tak logo merdeka pakatan rakyat dekat web tu, belah kanan bawah tulisan "Selamat Hari Malaysia"
"tukanglawan" tak tahu apa motif logo tu digunakan dekat web milik kementerian pelajaran negeri johor tu, tapi yang pasti logo merdeka ciptaan pakatan rakyat lebih releven digunakan berbanding logo janji dicapati ciptaan budak tadika tu. kah..kah..kah
BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Lingkaran ubat nyamuk serta beberapa pil kuda gred A yang direbus bersama daun ketum dikesan menjadi 'resipi' pilihan utama bagi segelintir tukang masak air ketum konon didakwa mengeluarkan aroma harum selain didakwa tonik terbaik meningkatkan tenaga batin.
Kedua-dua bahan itu yang dikatakan luar biasa akan dicampur bersama timbunan daun ketum dalam periuk sebelum dikacau selama tiga jam hingga mendidih sebelum api dapur gas dikecilkan bagi menjaga kualiti air ketum berkenaan.
Difahamkan, bagi penggemar 'air racun' itu, mereka dikatakan lebih suka kepada daun ketum yang mempunyai urat merah berbanding urat putih, sekali gus mendapat permintaan tinggi di kalangan penagih tegar.
Bagaimanapun, kegiatan haram itu terbongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menyerbu sebuah rumah yang turut dijadikan sebagai makmal memproses air daun ketum di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9 pagi diketuai Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan IPK, Asisten Superintendan Azli Mohd Noor bersama anggotanya mendapati tukang masak air daun ketum itu dipercayai melarikan diri.
Azli berkata, ketika serbuan dilakukan, ibu kepada tukang masak terbabit berada di rumah sebelum polis menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berusia lingkungan 50-an itu dikatakan memberi alasan suspek pulang ke kampung di Kedah sejak tiga hari lalu bersama saudaranya kerana menyelesaikan urusan peribadi.
Katanya, hasil pemeriksaan di belakang rumah, polis menemui tiga batang pokok ketum sebesar pemeluk yang ditanam sejak beberapa tahun lalu menyebabkan sebatang daripadanya terpaksa diikat dengan tali kerana senget.
"Bagaimanapun, kita meragui dakwaan ibu suspek mengatakan anaknya berada di Kedah sejak tiga hari lalu sedangkan beberapa daun ketum ditemui di belakang rumah itu masih basah seperti baru selesai direbus.
"Siasatan turut mendapati suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai menjalankan operasi merebus air daun ketum seawal jam 1 pagi dan berhenti sebelum Subuh," katanya.
Beliau berkata, suspek kemudian akan membungkus mengikut sukatan sebelum menjualnya kepada pelanggan dengan harga RM5 untuk dua bungkus.
Menurutnya, suspek dipercayai penagih tegar menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa tahun lalu selepas dikatakan menanam anak pokok daun ketum dibawanya dari Kedah.
Katanya, polis sudah memotong sebelum membakar pokok ketum berkenaan dengan bantuan kakitangan Majlis Daerah Maran (MDM).
PARAH...kakitangan HUS memberi rawatan kepada mangsa, semalam.
KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang pengusaha kedai kek dan roti di Simunjan, dekat sini, apabila tangan kanannya hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedainya, semalam.
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Alice, 40-an yang mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi.
Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.
Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.
PATUNG saintis legenda Albert Einstein dipamerkan pada pameran Seni Bangku di Tokyo semalam.
TOKYO, Jepun - Orang ramai terkejut melihat patung selebriti dan watak animasi termasuk pemenang pingat Olimpik London untuk sukan ping pong, Ai Fukuhara dipamerkan di daerah perniagaan Marunouchi di sini.
Sejumlah 20 buah patung diletakkan di atas bangku pada jarak sejauh 1.2 kilometer di daerah perniagaan berkenaan dalam pameran itu yang dikenali sebagai Seni Bangku.
Seorang pengunjung, Yoshimi Murayama mengambil kesempatan untuk duduk di atas bangku di sebelah patung Fukuhara.
"Patung ini bukan 100 peratus menyerupai Fukuhara tetapi saya kini berasa lebih dekat dengan seni," kata Murayama. Pameran berkenaan berlangsung hingga 14 Oktober depan.
Beberapa patung lain yang dipamerkan termasuk wira sains fiksyen, Kamen Rider dan juara sumo, Hakuho.
Pameran itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 pembinaan semula bangunan Marunochi yang merupakan pusat perniagaan di sini di samping meraikan pembukaan sejumlah kedai dan restoran di dalam mercu tanda itu. - Agensi
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.
Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.
KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.
Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.
Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.
Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.
Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.
Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.
Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.
FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.
Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.
Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.
Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen. -TMI
PUTRAJAYA: Seorang mekanik kereta yang didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur dalam dua kejadian tujuh tahun lalu, diperintah menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya.
Effandi Mashor, 35, juga dikenakan hukuman 12 sebatan dengan rotan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan dengan rotan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Effandi. - Bharian.
Macam yang biasa aku tulis sebelum-sebelum ni, sebagai orang yang takdak latarbelakang undang-undang aku memang boleh dikira jahil dalam bab undang-undang ni. Aku harap ada yang boleh bagi pencerahan.
Sebelum ni aku ada melaporkan mengenai 2 kes rogol bawah umur jugak, yang pertama kes Noor Afizal Azizan yang cukup hangat sebelum ni di media baru dan jugak kes Chuah Guan Jiu yang tak kurang hangatnya jugak. Dua kes yang aku istilahkan sebagai kes 'Haram Jadah' pasai mahkamah 'bebaskan depa walaupun didapati bersalah.
Nampaknya nasib Effandi Mashor tak macam nasib Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Jiu. Dia kena hukuman penjara 12 tahun dan sebatan 12 kali tapi dua orang lagi tu 'bebas' dari hukuman. Depa 2 orang lagi tu cuma diarahkan berkelakuan baik dengan bom jaminan masing-masing RM25,000.
Malang bagi Effendi pasai dia cuma sekadar seorang mekanik, kalau dia seorang atlit mungkin dia pun boleh lepas macam Afizal yang 'dibebaskan' atas alasan kononnya "mempunyai masa depan yang baik".
Tapi yang aku mushkilnya apa beza antara mekanik dengan juruteknik, kalau juruteknik boleh lepas pasai apa pulak mekanik tak boleh?
Kalau nak kata pasai perbuatan seksual Chuah tu adalah persetujuan bersama, kes Effendi kalau tengok ke laporan Bharian tu pun persetujuan bersama jugak.
Takkan pasai Chuah tu cina dia 'dilepaskan' dan pasai Effendi tu melayu dia dihukum. Takkan pasai tu kut.
Jadinya, sekali lagi aku mintak tolong sapa-sapa yang ada autoriti tolong la bagi pencerahan pasai apa macam tu.
SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.
Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.
Kuala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.
"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.
Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat.
KUALA NERANG - Pemuda Pas Padang Terap membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang disebarkan di Internet, mempamerkan aksi dua pemuda sedang melalukan perbuatan tidak senonoh pada gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicetak pada kain rentang.
Laporan polis itu dibuat Ah;i Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat, Azman Shafawi Abdul Rani di Balai Polis Kuala Nerang, pagi semalam.
Mohd Nasir berkata, laporan polis itu dibuat ekoran tindakan melampau yang juga suatu penghinaan terhadap pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya kesal terhadap insiden yang berlaku, perlakuan tidak senonoh pada gambar pemimpin adalah satu perbuatan yang keji," katanya.
Menurutnya, perbuatan tidak bermoral itu bukan ajaran Islam dan pihak berkuasa perlu bertindak adil kepada semua pihak yang terlibat.
"Saya harap polis akan bertindak secara profesional dengan tidak membuat siasatan secara terpilih untuk kes-kes tertentu sahaja," katanya.
Azman Shafawi berkata, walaupun berlainan ideologi politik adalah biadab dan kurang ajar.
"Kami menuntut pihak polis mengotakan janji bahawa polis akan bertindak sekiranya ada laporan. Sebelum ini polis menyatakan tindakan diambil terhadap individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana terdapat laporan," katanya.
Projek Kerajaan BN Bernilai RM 23 Juta Di Padang Terap Gagal..Mengakibatkan Kerugian Kepada Hampir 800 Petani Kerugian.Setakat Ni Kita Belum Jumpa Respon Daripada Pengerusi MADA Dato Seri Mahdzir Khalid Dalam Isu Ni.Masih Banyak Projek Gagal Di Sini.
Mengapakah Projek Sebesar Ini Gagal?? Siapakah Kontraktor Yang DIlantik?
Apakah tugas serta tanggungjawab seorang wakil rakyat atau ahli parlimen dan apakah keutamaan mereka? Adakah di bawah ini tugas mereka mengikut keutamaan :
a. Menurunkan bendera parti lawan
b. Memberi arahan kepada PBT untuk menurunkan bendera parti lawan
c. Memastikan khutbah Jumaat mengikut teks yang disediakan oleh JAKIM atau Majlis Agama setiap minggu
d. Menghadiri majlis perasmian, agihan bantuan agensi kerajaan, kenduri kendara, kematian dan sebagainya
e. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.
f. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.
g. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.
h. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.
i. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.
j. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.
k. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.
l. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.
m. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
n. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.
o. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.
Seringkali kita mendengar terpacul keluar dari mulut seseorang perkataan " SUBHANALLAH" dan juga " MASYA ALLAH". Zikir Yang Menjadi Adat Di alam Melayu, selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut jika kita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif, contohnya bila kita dengar orang yang buat maksiat "Masya Allah, kau berjudi?"Atau juga bila kita mendengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak dan sebagainya. "Masya Allah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau"
Begitu juga perkataan lain yang terkeluar dari mulut , umpama " SUBHANALLAH" Biasanya jika berlaku perkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan "SUBHANALLAH" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orang dapat 20A1 dalam SPM"SubhanaLLAH, hebatnya dia" Begitulah kita, jika kita mendengar sesuatu yang baik, pasti kita akan sebut " SubhanALLAH" dan jika kita mendengar sesuatu yang buruk atau negatif , kita akan ungkap "MasyaALLAH" Penggunaan Yang Terbalik Jika diteliti dan dikaji, perkataan (ungkapan zikir) yang kita gunakan (praktik) tika berhadapan dengan situasi di atas amat berbeza dengan apa yang diajar oleh Islam Ungkapan "Masha Allah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara .Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangya perlu kita sebut"Masya Allah, hebatnya, dia dapat 20A1 dalam SPM"" Masya Allah, dia dapat cipta enjin solar berkelajuan tinggi" Juga kita boleh menyebut "Masya Allah, cantiknya baju awak" Al-Quran menukilkan ayat berkenaan penggunaan kalimah "MasyaAllah ini dalam surah Al-Kahfi ayat 39 (Juzuk 15): " Mengapakah tidak engkau katakan "MasyaAllah", tiadalah kekuatan melainkan dari Allah ; tatkala engkau melihat aku kurang berbanding engkau dari segi harta dan anak pinak" Dari ayat tersebut dapat difahami bahawa jika kita mendapati kita lebih hebat dari orang lain, maka sepatutnya kita menyebut 'MasyaAllah".Bukan dalam bab ini sahaja bahkan dalam apa jua perkara yang indah dan menarik , inilah kalimah yang sepatutnya diucapkan, bukannya perkataan lain . Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang mendapat penyakit " ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akan melakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam proses pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina. Manakala penggunaan kalimah SubhanaLLAH pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat .Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya "Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersama para sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub, setelah itu aku datang menemui Rasulullah SAW . Baginda bersabda : Wahai Abu Hurairah, mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami? Aku menjawab: Wahai Rasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak selesa untuk bertemu kamu. Rasulullah SAW bersabda : SUBHANALLAH!! sesungguhnya mukmin tidak najis " Lihatlah bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah . Baginda tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat . Oleh itu, sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "SUBHANALLAH", contohnya "SubhanaLLAH, awak belum solat lagi?" " SubhanaLLAH, kenapa boleh jadi macam tu?" Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana pula ayat Al-Quran yang menggunakan kalimah "SubhanALLAH" ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi serta seisinya yang cukup mengagumkan? Jawapannya ialah kerana ketakjuban kita dan keindahan yang memukau itu menyebabkan minda kita melayang-layang yang memudahkan syaitan menusuk 'jarumnya' untuk membayangkan zat Allah, lantas kita perlu sucikan Allah dari segala bentuk bayangan minda yang salah . Juga untuk memasukkan dalam jiwa kita sekalipun kita takjub pada alam, Allah yang lebih layak untuk kita kagumi . Wallahu a'lam (diangkat dari http://www.nuruldahlya.com/2012/08/cara-betul-menggunakan-ungkapan.html)
DUNGUN 11 September, Selasa - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2012 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan bermula hari ini, 11 hingga 13 September, 2012.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun ini seramai 517,139 calon berdaftar akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 11 hingga 13 September di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Ia melibatkan 507,783 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, 9,345 calon sekolah swasta penghantar Bahasa Melayu dan 11 calon dari sekolah swasta penghantar Bahasa Cina.
Semua calon diminta merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
UPSR kali ini melibatkan 52,172 petugas peperiksaan.
(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2011, adik Muhammad Rizqeen Syafri Bin Azman, pelajar SK Bandar, sambil diperhatikan bapanya, Encik Azman Ghazali)
" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya.
KUALA LUMPUR - Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) atau kenderaan intervensi pantas untuk kegunaan tentera yang diutarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.
Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia. Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 2007 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby. Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.
Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian. Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernah dibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuat untuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual oleh Procter & Gamble. Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepada Twin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America. Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan. Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percaya jumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anak syarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kami percaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiap tahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta. Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalam pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu. Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Najib Razak. Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Najib atau tidak oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat. Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Najib Razak, Mustapha Omar Ong, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untuk mengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadap Felda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global? Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di atas kerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.
Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen. Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55 tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini.
Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya, bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.
Apabila media BN mencanangkan 'kebiadapan' segelintir peserta himpunan Janji Bersih menghina foto Perdana Menteri lalu diambil tindakan, pihak lawan mereka punya menyiarkan foto bagaimana gambar Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan dipijak, dikencing dan dibakar tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh polis.
Selepas media BN mendedahkan penunjuk punggung terhadap gambar Perdana Menteri akan diambil tindakan, pihak lawan mereka pula mendedahkan kelucahan Pemuda UMNO beraksi ala liwat, Puteri UMNO menonggeng punggung, senaman punggung di hadapan rumah Datuk Ambiga dan aksi simbol lucah oleh seorang Menteri Besar BN; semuanya tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis.
Sebaik media BN mengecam kerajaan Selangor kerana tidak mengundang Sultan di majlis sambutan ambang merdeka, pihak lawannya juga mendedahkan kebiadapan kerajaan BN Pusat yang tidak mengundang Yang DiPertuan Agong di sambutan ambang merdeka yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Apabila media BN menceritakan bahawa kumpulan anti Anwar diserang di hadapan ibu pejabat KeADILan, pihak lawannya mendedahkan dengan bukti audio video bahawa kumpulan tersebut yang mula mencetuskan provokasi dan membuat kacau secara agresif.
Selepas media BN mengecam Anwar kerana berucap dalam masjid (kononnya memperalatkan masjid untuk politik) maka media maya menyiarkan foto semua pemimpin-pemimpin BN yang berucap dalam masjid, termasuk juga Rosmah bersama sebahagian Puteri UMNO yang tidak menutup aurat mengadakan program politik dan berucap dalam masjid.
Semua pantun bersambut, semua soalan berjawab. Langit terbuka menjadi masalah besar BN melakukan propaganda sehingga media-media utama yang mereka kuasai kelihatan betul-betul bodoh kerana hanya bergantung nyawa dengan khalayak yang berfikir tidak menggunakan akal serta tiada maklumat kedua lalu menelan bulat-bulat setiap propaganda yang ditaburkan. Lagi masalah besar bagi BN ialah golongan yang jahil isu semasa ini makin mengecil dalam masyarakat.
Cabaran kedua yang dihadapi BN ialah ketidakupayaan menyembunyikan sesuatu yang merugikan mereka. Apabila Perkasa dan UMNO menyerang masjid, mengganggu tazkirah dan didakwa membaling selipar ke dalam masjid, tiada satu pun siaran media utama negara berani menyiarkan insiden tersebut. Tetapi video keganasan kumpulan itu tersebar seantero dunia melalui You Tube. Semua golongan rasional yang menyaksikan video itu dipasak kebencian yang meluap-luap menyaksikan kebiadapan kumpulan itu menyerang masjid.
Sewaktu bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan dicurah cat oleh kumpulan samseng anti Pakatan, tidak ada juga media utama yang menjadi perkakas BN berani menyiarkan insiden itu. Peristiwa itu cuba disembunyikan namun di alam maya ia tersebar sepantas kilat seluas-luasnya. Tiba-tiba insiden tersebut menjadi pemangkin melonjakkan kehadiran orang ramai ke setiap ceramah Anwar yang sedang menjelajah ke seluruh negara.
Tidak ada sebuah pun media utama dalam negara yang menyiarkan walaupun satu sudut yang terpencil Himpunan Hijau anti Lynas yang diadakan di Raub, Pahang namun media maya menyiarkan himpunan yang dihadiri puluhan ribu manusia itu. Begitu juga dengan semua himpunan besar anjuran kerajaan negeri Pakatan dan parti-parti komponen Pakatan sama ada jamuan Aidil Fitri atau ceramah umum.
Kejatuhan saham FGVH, kenaikan harga minyak Petrol Ron 97, pertambahan indeks jenayah, pergolakan di Sabah dan Sarawak, pertelingkahan dalaman UMNO serta seribu satu keburukan yang membabitkan BN dan kerajaannya yang disembunyikan semuanya terdedah di media maya.
Kebijakan dalam membuat propaganda ialah sehingga orang ramai terkesan tetapintidak tahu itu propaganda. Malangnya BN, semua propaganda mereka yang dimainkan oleh media terserlah sangat bahawa ianya fitnah, pembohongan, putarbelit, penggelapan dan manipulasi. Maka ia adalah propaganda yang gagal.
Rakyat nampak BN mengada-ngada apabila ada yang dipaksa untuk berterima kasih, isu kecil dibesarkan, laporan polis terhadap spekulasi dibuat, eksploitasi racisme dalam menonjolan isu bahkan pemberian bahkan sumbangan untuk rakyat jelata juga sangat mudah difahami bahawa 'ianya rasuah politik!' justeru hilang rasa terima kasih.
Setiap hari apabila Buletin Utama TV3 atau RTM menyiarkan laporan versi sebelah pihak dalam beritanya, hakikatnya ia sedang membakar perasaan jutaan rakyat negara ini yang sedang menyaksikan propaganda bodoh yang sungguh menyakitkan hati itu. Mereka berjaya menyemarakkan kebencian di kalangan pengikut tegar mereka di samping menyemarakkan kebencian sebahagian besar rakyat terhadap mereka sendiri iaitu BN dan media propagandanya.
BATU GAJAH: Kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar memeriahkan lagi Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Batu Gajah.
Kira-kira 2000 hadir ke majlis tersebut yang diadakan di PASTI Al-Munir, Kg Pisang Batu Gajah pada 8 September lalu.
Program yang berlangsung dengan santai itu dihidangkan dengan pelbagai menu dan juadah dan rata-rata yang hadir adalah penduduk tempatan.
Turut hadir ialah bakal calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang ternyata gembira dengan sambutan masyarakat di program tersebut.
Hadir sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir; Ketua Penerangan PAS Negeri,Ustaz Misbahul Munir dan pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Ismail Ariffin.
Mahfuz dalam ucapannya berkata, PAS kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 dan hamper kesemua agihan calon sudah selesai.
"Tidak seperti Umno, sampai sekarang belum berani ishtihar. Takut berpecah belah," ujar beliau.
rakyat tidak melepaskan peluang bermesra dengan pimpinan
Sambutan rakyat pada hari rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) cukup meriah menggamit ribuan para pengunjungnya.
Saya turut adir sama pada majlis tersebut bersama pimpinan DAP Terengganu, bersama memeriahkan dengan rakan-rakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK serta pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Dalam ucapan ringkas, saya mengingatkan para hadirin perjuangan lebih besar selepas hari perayaan Aidilfitri adalah pilihan raya umum.
Saya juga berkata rakyat telah 'digula-gulakan' dengan pelbagai pemberian bantuan termasuk kewangan agar mengekalkan kerajaan rasuah Umno-BN.
"Sukalah saya ingatkan, selepas hari perayaan (Aidilfitri) yang besar ini. Kita (rakyat) akan berdepan pula dengan pilihan raya umum yang besar, yang menjadi 'servival' kepada nasib kerajaan Barisan Nasional.
"Rakyat kena buat perubahan untuk menukar kerajaan yang rasuah ini pada pilihan raya akan datang. Hari ini, rakyat 'digula-gulakan' dengan pelbagai bantuan dan kewangan untuk terus sokong kerajaan BN,"
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kedah bertindak membuat laporan polis berhubung gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dihina pihak tidak bertanggungjawab.
Laporan polis tersebut dibuat berikutan kenyataan polis sebelum ini yang hanya akan menyiasat sesuatu kes sekiranya terdapat laporan polis dibuat.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria, berkata dengan laporan polis tersebut, pihaknya berharap satu siasatan segera diadakan bagi memastikan pihk polis tidak membuat pendakwan terpilih.
Beliau yang turut diiringi Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Yahya menegaskan polis tidak lagi boleh memberikan alasan untuk tidak menyiasat perkara tersebut.
Sebelum ini, pihak polis mengambil langkah proaktif terhadap mahasiswa yang dikatakan menghina gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dn isteri, ketika sambutan ambang merdeka, 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, ramai pihak melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis tersebut yang disifatkan membuat siasatan terpilih, sedangkan gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat turut dihina pihak tidak bertanggungjawab.
"Polis dalam kenyataannya sebelum ini, berkata mereka bukan buat siasatan terpilih, tetapi tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu (hina pemimpin PAS). Justeru, hari ini kita membuat laporan dan berharap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Alor Setar, petang tadi.
Sebelum ini, beberapa gambar pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dikencing pihak tertentu.
Manakala, gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng turut menjdi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memijak dan membakar gambar mereka
TEMERLOH: Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip. Penduduk mendakwa, gangguan beklaan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.
(Gambar: Penduduk berkumpul sambil membawa bekas air di hadapan projek menggali kabel yang didakwa menyebabkan bekalan air paip terputus selama lima hari.)
Akibatnya lebih 10,000 penduduk bandar ini terutama melibatkan taman-taman perumahan terpaksa menghadapi kesukaran menjalani hidup tanpa air.
Antara kawasan yang terbabit ialah Taman Zabidin, Taman Mentakab, Taman Orked, Taman Taha, Taman Damai, Taman KSM, Taman Pasir Rawa, Taman Setia, Taman Sagumpas, sekitar bandar Mentakab dan Jalan Temerloh.
Penduduk dari Taman Zabidin N. Sakuntala, 57, kesal pihak berkuasa terlalu lambat menyelesaikan masalah bekalan air paip sedangkan ia keperluan nombor satu untuk makan minum, membersihkan pakaian dan diri.
"Saya terpaksa pergi ke rumah kakak di Taman Saga (5 kilometer dari rumah) untuk memunggah air siang malam dan ini sangat memenatkan dan membuang masa.
"Air ini keperluan utama untuk hidup sekeluarga jadi bila terputus jadi satu gangguan, ada keluarga yang anak-anak tak boleh sekolah kerana baju tak basuh kerana kami terpaksa menghentikan semua kerja lain kerana kena mencari air untuk dipunggah ke rumah," katanya.
Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah diswastakan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada Februari tahun ini. Namun ramai yang merungut meskipun telah bertukar pengurusan taraf perkhidmatannya tetap tidak berubah kerana air sering terputus, saluran paip bawah tanah selalu pecah atau bocor dan pembaikan terlalu lembab.
Siew Yui Seng (kanan) dari Taman Taha yang turut berhimpun berkata, beliau diberitahu masalah disebabkan kerja-kerja menanam kabel baru tetapi kesilapan mengorek tanah berlaku sehingga terkena batang paip lalu pecah.
Beliau telah menemui kontraktor meminta penjelasan, tetapi kontraktor memberi alasan barang gantian kerosakan masih tidak ada.
"Yang hairannya kenapa Paip tak bantu selesaikan sebab air bagi kami betul-betul penting. Kami juga kesal sikap Paip kerana setiap kali dihubungi mereka tak layan atau berdolak-dalik. Sedangkan ini bukan kali pertama berlaku, dah kerap sangat," ujarnya.
Pengusaha Restoran Kari Kepala Ikan Raub yang turut terjejas, Mahendran, 53, (kiri) berkata gangguan air ini tidak ada notis jadi beliau menghadapi kesulitan sehingga terpaksa menyewa lori dan tong besar bagi membeli air paip di tempat cuci kereta.
"Bagi saya yang berniaga kedai makan ini memang susah sangatlah sebab nyawa kedai dan perniagaan saya betul-betul pada air paip. Sejak beberapa hari ini memang pendapatan perniagaan saya terjejas kerana ada masanya terpaksa tutup.
"Yang peliknya dulu-dulu masa belum swasta tidaklah teruk sangat macam sekarang, sekarang ini selalu sangat kerosakan dan terputus bekalan air berlaku," jelasnya.
Seorang lagi penduduk Ramasamy Letchmanan pula kesal dengan wakil rakyat kawasan berkenaan yang tidak mahu turun melihat masalah penduduk walaupun beberapa kali diberitahu.
"Masa mengundi pilihan raya bukan main lagi wakil rakyat cari kami seorang seorang untuk dapat undi. Sekarang apabila tiba masalah seperti ini menimpa penduduk, wakil rakyat langsung tak turun tengok jangankan nak selesai masalah.
"Kalau macam ini bagaimana slogan kerajaan boleh janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?," soalnya.
Tambahnya, turut terlibat ialah sekolah rendah Tamil Mentakab juga tiada air, sedangkan besok (Selasa) pelajar akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Bagaimana kalau ada yang sakit perut sedangkan air tandas kering?," soalnya.
Antara yang paling teruk menerima kesan ialah rumah pangsa empat tingkat Taman Taha di Mentakab.
Ketua Blok B perumahan berkenaan Masri Samah, 40, (kanan) yang juga turut hadir berkata, ketiadaan air membawa masalah besar kepada yang mempunyai anak-anak kecil dan orang tua.
"Bayangkan anak-anak sekolah baju tak berbasuh dan pakaian bayi yang berlambak-lambak. Pulak tu kerap sangat berlaku masalah air di sini sehingga kadang-kadang makan masa seminggu.
"Bila bil air tak bayar surat merah sampai, cepat-cepat bekalan air dipotong dan bila nak sambung kena bayar RM120. Tapi sekarang apabila bekalan air paip terputus berlarutan lima hari tidak ada pegawai atau orang besar yang nak tengok kami.
"Bila kami telefon pejabat minta hantar lori tangki air mereka kata lori tak cukup," keluhnya.
Menurutnya dalam tempoh terputus bekalan air kali ini ada beliau mendengar lori tangki menghantar air sekali tetapi pada waktu tengah malam dan kebanyakan penduduk sedang tidur.
KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa benar-benar mengecewakan musuh.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.
Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.
"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.
Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.
"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.
"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," nasihat beliau.
Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.
"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.
"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.
"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh," tambah beliau.
KOTA BHARU: Seorang blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan penghakiman engkar apabila tidak hadir pada prosiding kes saman Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar) terhadapnya.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata ketika prosiding kes berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin tiada notis kehadiran dan pernyataan pembelaan difail defendan.
Katanya, disebabkan keengkaran tersebut Mahkamah Tinggi menangguhkan kes terbabit kepada 1 Oktober bagi membolehkan peguam Mohd Apandi memfailkan permohonan penghakiman engkar.
"Pada prosiding semalam defendan tidak hadir dan tiada peguam yang hadir mewakilinya, manakala plaintif diwakili peguam Farah Helmy," katanya di sini.
Defendan dipercayai pemilik blog http://www.kelatekito.net/ memaparkan tulisan bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" yang diterbitkan pada 8 November 2011.
Blogger terbabit juga menulis "terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman, kelatekito.net mendapati Yang Dipertua Pas Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya."
Mohd Apandi dalam writ samannya menyebut tulisan tersebut tidak benar sama sekali yang bertujuan memburuk-burukkannya sebagai pimpinan PAS.
Katanya, tulisan itu juga dengan maksud menuduh plaintif sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.
Ekoran itu plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut dipadamkan artikel terbabit serta memohon maaf secara terbuka.
Selain itu membayar gantirugi yang amat minimal kepada plaintif, namun defendan enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.
Mohd Apandi menuntut defendan mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Blogger terbabit juga dituntut membayar gantirugi sebanyak RM1 juta kepada plaintif bagi perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.
Turut dituntut gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan injunksi menghalang defendan atau ejen menerbit kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.
Defendan beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan.
KUALA LUMPUR: "Jika begitu tegasnya nada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, ini bererti Umno dan BN berada dalam keadaan gawat dan tenat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar). Katanya, disiplin dan akhlak ahli Umno dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka.
Baru-baru ini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tegas menggesa anggota Umno dan BN yang cuba mensabotaj calon serta parti dalam pilihan raya disingkirkan.
Kenyataan beliau disambut pula oleh pemimpin lainnya yang menyokong kenyataan tersebut.
Riduan berkata, gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras untuk menenangkan keadaan.
Katanya, kenyataan Muhyiddin menunjukkan bahawa Umno sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan mereka.
Baginya, agenda membela bangsa adalah kata-kata manis yang lahir dari lidah mereka sahaja, sedangkan hati mereka tiada niat untuk membela nasib rakyat.
Menurutnya lagi, mereka lebih bernafsu untuk memikirkan diri mereka sendiri.
Tambahnya, tindakan mereka dizahirkan dengan sanggup 'mengalahkan' calon dan parti mereka sendiri dalam PRU13 jika mereka atau orang pilihan mereka tidak terpilih bertanding.
"Sebegitu rapuh dan murahnya 'aqidah' perjuangan mereka terhadap parti sendiri, tidak terbayangkan bagaimana kelak pemimpin seperti ini sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat lebih dari diri mereka sendiri," katanya.
Dalam keadaan sekarang, ujar Riduan apakah masih ada sekelumit hati pemimpin Umno merasakan menjadi wakil rakyat sebagai suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik dan memberikan khidmat kepada masyarakat terutama pengundi sebagai suatu keutamaan.
Beliau mempersoalkan, mungkinkah ada kalangan mereka merasakan amanah yang dipikul itu akan menjadi suatu bebanan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak.
Sebaliknya, kata beliau mungkin mereka merasa menjadi Yang Berhormat atau menteri adalah suatu kemuliaan dan juga peluang untuk membolot kemewahan dunia sebanyaknya tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka wakili.
"Saya ingin mengajak rakyat menilai kembali sokongan mereka kepada Umno. Parti seperti ini tidak boleh disokong kerana mereka sendiri sanggup menjual beli parti mereka sendiri hanya kerana kepentingan diri mereka.
"Zahirnya nampak kuat, namun dalamannya amat rapuh dan lemah. Parti seperti ini boleh rebah bila-bila masa sahaja," ujarnya lagi.
Katanya, kenyataan Muhyiddin pula akan menguji diri beliau jika ia benar-benar terjadi ke atasnya.
"Sesetia itukah Muhyiddin terhadap partinya sendiri atau beliau turut akan sama mensabotaj dan akan disingkir jika tidak terpilih sebagai calon PRU13?" tanya beliau.
Kedatangan dua pelanggan warga Arab dipercayai sindiket Pak Arab Cepat Tangan untuk membeli 100 helai kertas hanya sekadar penyamaran sebelum melesapkan duit seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis di pekan Masjid Tanah, di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Siti Khadijah Khalil, 19, berada di dalam kedai berkenaan didatangi suspek lelaki dan wanita berkenaan yang menyatakan mahu membeli 100 helai kertas namun tidak mempunyai duit pertukaran.
Menurut Siti Khadijah, suspek lelaki itu memintanya menunjukkan contoh wang kertas RM50, lantas dia ke belakang kedai untuk mengambil dompet."Suspek mengekori saya sementara majikan dan rakan melayan wanita terbabit di kaunter pembayaran. Sebaik saya mengeluarkan RM50, lelaki itu terus mencapainya dari tangan saya sambil membelek."Kemudian lelaki terbabit terus merampas dompet saya dan mengeluarkan kesemua wang," katanya.
Katanya, dia yang terkejut terus menarik dompet itu sebelum lelaki itu merampasnya semula dan membelek setiap helaian wang kononnya mahu melihat nombor siri."Disebabkan takut, saya terus mendapatkan majikan di kaunter pembayaran. Sejurus tiba di kaunter, lelaki itu turut memasuki ruangan kaunter dan menarik sekali lagi dompet pada tangan saya," katanya.Menurutnya, dia yang takut diapa-apakan terpaksa membiarkan sahaja sebelum lelaki itu memasukkan sehelai kertas resit pembayaran.
"Menurut lelaki itu, dia akan datang semula ke kedai ini pada hari Isnin (semalam) sebelum beredar menaiki kereta Proton Wira," katanya.Siti Khadijah yang berasa tidak sedap hati segera memeriksa dompetnya mendapati wang RM100 dan RM50 hilang tanpa menyedari bila lelaki berkenaan melesapkannya sedangkan dia memerhati pergerakan lelaki itu."Saya berasa seperti dipukau apabila tidak melawan apa saja tindakan lelaki itu, malah saya hanya memerhatinya," katanya.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan laporan berhubung kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 420, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau terserempak dengan individu berkenaan diminta menghubungi balai polis cawangan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222," katanya.
JASIN - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di beranda rumahnya di Kampung Pondok Kempas, Kesang Pajak, petang kelmarin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 75 tahun ditemui isterinya yang baru pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kesyukuran salah seorang anaknya di Kesang Jaya.
Isteri mangsa berusia 75 tahun berkata, sebelum keluar rumah dia mengajak suaminya yang menghidap asma dan paru-paru berair untuk pergi bersama namun suaminya enggan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa meninggalkan suaminya seorang diri di rumah.
"Saya ke rumah anak kerana dia mengadakan kenduri kesyukuran kerana akan menunaikan haji tetapi bila pulang ke rumah, saya terkejut lihat suami dalam keadaan tergantung.
"Sebelum kejadian kami tidak ada perselisihan faham. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya, semalam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas selepas solat Zuhur, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
"Polis menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.
"Pihak hospital memaklumkan mangsa mati kerana lemas," katanya.
Dalam usaha menjejaki saspek kes rompakan pihak polis telah menemui pelbagai senjata api termasuk peluru, bom, jerangkap samar dan peledak di sebuah rumah pegawai tentera yang dipercayai seorang pakar bom di Johor. Pegawai berkenaan disiasat berkaitan kes rompakan kedai emas. Siasatan awal mendapati bahan letupan tersebut diseludup keluar dari sebuah kem di Ulu Tiram.
Komen : Kem Ulu Tiram Johor menempatkan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA). Bagaimana sebuah kem yang dikawal ketat bahan letupan boleh diseludup keluar?
Cops recover bomb cache in robbery suspect's home
September 11, 2012
KULAIJAYA: A police team, tracking down a suspect involved in an armed robbery, stumbled upon a cache of weapons including bombs and detonators in the house of an army officer here.
Police have so far recovered a dozen detonators, bullets and booby traps from the officer, who is believed to be a bomb specialist, during the 1.45am raid in Senai.
It is learnt that police were investigating the man in connection with a recent goldsmith robbery in the state, which led officers to the house.
It is learnt that a search around the house led to the seizure of the items in one of the rooms several days ago.
Initial investigations showed that the explosives were smuggled out of an army camp in Ulu Tiram.
Kulaijaya OCPD Supt OCPD Supt Zulkefly Yahya confirmed the arrest of a 31-year-old army personnel and the seizure of an array of items including bullets and other explosive-making related items.
Kes penjenayah menyamar sebagai pekerja TNB menyamun suri rumah terutama warga emas semakin menjadi-jadi. Sebelum ini berlaku di Rembau dan Johor, kini di Melaka.
Nenek rugi RM10,000 ditipu 2 'pekerja TNB'
11 Sep 2012
ALOR GAJAH: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. "Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.
"Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, seorang suspek kemudian menyuruh wanita itu mengambil kad pengenalan untuk direkodkan ke dalam buku catatan sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan.
Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa masuk ke dalam bilik dan mengambil kad pengenalan dalam beg sebelum meletakkan semula beg itu di atas katil.
"Mangsa menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang suspek yang bertindak mengisi butirannya. Selepas 15 minit di sekitar rumah mangsa, kedua-dua suspek menyatakan tugas mereka sudah selesai lalu meminta diri sebelum menghilangkan diri.
"Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang," katanya.
Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.
Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkulit cerah, seorang daripadanya memiliki susuk tubuh kurus dan tinggi, manakala rakannya berbadan rendah.
"Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sekiranya didatangi individu berkenaan dan segera menghubungi balai polis berhampiran atau talian 06-5562222 untuk tindakan lanjut," katanya.
LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin.
Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya. Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.
JOHOR BAHRU: "Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua barang kemas.
"Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali," kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.
Kajian mendapati 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Kajian juga mendapati terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di negara ini dengan hanya 233 pakar sakit jiwa di seluruh Malaysia. Kementerian Kesihatan sedar akan masalah ini dan akan mengambil langkah tertentu. Apa pula langkah yang akan diambil oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri, adakah Khutbah Jumaat akan lebih serius lagi mengetengahkan permasalahan masyarakat semasa?
KUALA LUMPUR 10 Sept. 2012 - Seorang pesara Telekom Malaysia Berhad maut selepas terjatuh dari unit rumahnya di tingkat 12 Apartmen Abdullah Hukum, Bangsar di sini hari ini.
Kejadian itu disedari oleh seorang daripada anaknya pada kira-kira 8 pagi yang meninjau ke bawah dan melihat bapanya telah jatuh ke bawah, setelah mendapati jeriji pintu rumah terbuka.
Isteri mangsa, Faridah Omar, 58, tidak menyangka sarapan bersama suaminya Abd Khalid Salleh, 60, pagi ini merupakan detik terakhir mereka meluangkan masa bersama.
"Saya sempat bersarapan pagi bersama arwah sebelum menuju ke bilik air selepas bersarapan...kejadian hanya disedari oleh anak kedua saya yang melihat jeriji besi pintu rumah telah terbuka. Dia kemudiannya keluar rumah dan meninjau ke bawah sebelum melihat ayahnya telah jatuh ke bawah," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Faridah berkata suaminya itu demam sejak seminggu yang lepas dan telah dibawa berjumpa doktor dan diberikan ubat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata mangsa terjatuh kerana dipercayai mengalami masalah kemurungan.
"Bagaimanapun tiada unsur jenayah berhubung kejadian ini," katanya.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - BERNAMA
Pas sudah selesai memuktamadkan calon-calon bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan 95 peratus daripadanya telah mendapat 'lampu hijau' Majlis Syura parti itu.
Difahamkan hampir kesemua nama dibawa ke Majlis Syura, yang mengadakan mesyuarat bulanan malam tadi, telah mendapat perkenan badan tertinggi itu.
"Boleh dikatakan Pas sudah selesai menentukan 95 peratus calonnya. Kesemua nama yang dibawa ke mesyuarat Majlis Syura telah diterima.
"Tinggal lagi dalam lingkungan lima peratus, itu pun disebabkan ada Badan Perhubungan Negeri dan kawasan masih meneliti senarai pendek mereka yang terakhir,".
Kira-kira 30 peratus daripada calon yang diteliti Majlis Syura adalah wanita manakala lima peratus adalah kalangan ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP).
Sumber yang dekat dengan Majlis Syura itu berkata, tiada banyak perubahan dalam senarai yang dibawa kepada Majlis Syura.
"Bermakna semua nama yang dibawa ke Majlis Syura diterima," kata beliau sambil mengakui bahawa bukan kesemua nama berkenaan dipersetujui semalam.
"Persetujuan ini diberikan secara berperingkat... termasuk malam tadi. Tapi pokoknya 95 peratus sudah selesai," katanya.
Sumber itu menambah, nama-nama yang telah diberi 'lampu hijau' itu akan diserahkan semula kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dipilih sebagai calon muktamad.
"Saya yakin dalam dua minggu lagi nama-nama yang telah mendapat persetujuan akan dikembalikan kepada kepimpinan pusat untuk dipilih. Biasanya Presiden parti akan memilih calon-calon akhir dengan mengadakan perbincangan bersama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat," kata sumber.
Pada 2008, Pas bertanding di 67 kerusi Parlimen dan 233 kerusi Dewan Undangan Negeri.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membawa pakej 'janji' pilihan raya kepada pengundi wanita bagi memastikan golongan ini terus berdaya selaras dengan tujuh tumpu utama dalam merealisasikan perancangan tersebut.
Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin, langkah ini merupakan satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran 'Agenda Wanita Malaysia' pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam.
Majlis akan diserikan oleh kehadiran ketiga-tiga Presiden Pakatan iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).
"Dengan membawa mesej 'Falsafah Hormat Wanita' dalam agenda ini,maka golongan wanita harus menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini.
"Tujuh tumpu utama ini akan kita perjelaskan dalam majlis itu nanti. Kita membawa arus perubahan untuk menjadikan wanita Malaysia benar-benar berdaya dan ini satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Zuraida turut menyifatkan agenda ini sebagai satu lagi Buku Jingga yang khusus bagi wanita' yang memberi penekanan untuk memperkasakan golongan wanita.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Muslimat PAS,Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Majlis itu juga turut mendapat kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wanita khususnya dialu-alukan untuk hadir pada malam itu nanti.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam perancangan akan menganjurkan Mega Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini memberitahu perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat esok.
"Mesyuarat hari ini telah memutuskan agar satu himpunan Mega Konvesyen Pakatan Rakyat diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 November nanti.
"Dan kita berharap pihak kerajaan mahupun perbadanaan stadium dapat memberi keizinan kepada kita untuk mengadakan himpunan tersebut," jelasnya.
Kata beliau lagi, selaras dengan janji yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mana Pakatan boleh mengadakan perhimpunan di mana-mana stadium.
Namum, jika kerajaan gagal mengotakan janji tersebut mereka maka janji ditepati perlu ditukar kepada janji dimungkari, jelas beliau.
"Kita lihat adakah keizinan diberikan atau tidak untuk kita mengadakan perhimpunan di Stadium Bukit Jalil nanti," sambung beliau selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam sikap kerajaan Persekutuan kerana cuba berlagak sebagai 'pembuli dan samseng' apabila ingin meneruskan agenda projek Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan persekutuan yang telah membelakangkan kerajaan negeri Selangor," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Pusat tanpa rasa malu telah mengeluarkan iklan tender bagi projek bernilai berbillion ringgit itu di laman sesawang Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November 2012.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi pengkhianatan di dalam isu pembinaan Langat 2 ini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan 'duit mudah' bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 dan bukan semata-mata membina loji ini untuk kepentingan rakyat," ujarnya.
Hasbullah berkata, pihaknya turut kesal terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkenaan isu itu yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menunjukkan sikap dan akhlak seorang pemimpin yang tidak menghormati konsep federalisme dan bersikap khianat terhadap kepimpinan Sultan Selangor selaku pemerintah negeri yang berdaulat.
Oleh itu, tegasnya Pemuda PAS negeri menggesa kerajaan persekutuan menarik semula tender Langat 2 yang sudah diiklankan itu serta memanggil kerajaan negeri di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut itu. Beliau menambah, pihaknya juga meminta kerajaan negeri supaya mengambil sebarang langkah yang perlu bagi membalas pengkhianatan yang dilakukan itu sekiranya Pusat masih berdegil.
KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar bukan sahaja gagal melarikan barangan yang diragut malah dia cedera parah apabila dibelasah orang ramai yang geram dengan tindakannya menyamun seorang wanita di dalam lif flat Wisma Hock Ann, Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini semalam.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika suspek berusia 30 tahun tersebut cuba melarikan diri selepas mencekik dan melarikan rantai leher, dua bentuk cincin emas, loket serta telefon bimbit milik wanita tersebut yang kesemuanya bernilai RM2,800.
Mangsa berusia 33 tahun dan merupakan pekerja salon.
Seorang saksi, Kamal Ngah, 57, berkata, orang ramai yang mendengar jeritan meminta bantuan kemudian ternampak suspek yang ketika itu cuba melarikan diri ke arah Masjid Jamek.
Katanya, peragut itu kemudian dapat diberkas ketika dia cuba menyelinap masuk ke lorong di belakang sebuah warung.
"Ketika kejadian, saya sedang minum dengan kawan-kawan di warung berhampiran dan melihat seorang lelaki telah diberkas dan dibelasah oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis," ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan Singapura menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai dasar "diskriminasi" republik itu yang melarang lelaki berumur bawah 35 tahun, dari Sabah dan Sarawak, bekerja di negara jiran itu.
"Jika laporan itu adalah benar, maka Singapura adalah bersalah kerana diskriminasi terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi, dalam kes ini adalah lelaki muda dari Sabah dan Sarawak," kata beliau dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, menjadi hak Singapura untuk mendapatkan sumber manusia demi ekonomi pihaknya, tetapi ia adalah dari segi moral diragui untuk menerima buruh Malaysia dan kemudian mendiskriminasi satu subset tertentu.
"Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama.
"Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan ini adalah penting untuk kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo," kata beliau.
Katanya, Kerajaan Singapura perlu mencapai matlamat keselamatan dalaman mereka tanpa menggunakan cara yang drastik dan tidak spesifik.
Tambah beliau, rasional bahawa mungkin terdapat beberapa "tidak diingini" unsur-unsur dari subset yang tidak mewajarkan menolak semua yang jatuh di bawah kategori.
"Visa perlu dikeluarkan berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kesesuaian pekerjaan, bukan dengan profil demografi.
"Semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, termasuk mereka kini nampaknya diketepikan, menyumbang kepada ekonomi Singapura itu, tapi tidak termasuk berdasarkan apa yang mereka telah lakukan, oleh kerana hak kelahiran mereka dan itu adalah zalim," kata beliau.
Tambah beliau: "Saya mahu respons yang segera kepada isu ini supaya kehidupan beribu-ribu rakyat Malaysia dan keluarga mereka boleh diselesaikan dengan secepatnya."
REMUK...anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
SABAK BERNAM: "Ngeri saya melihat kepala seorang daripada mangsa pecah dan otaknya terkeluar," kata S Kumar, 30, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mengakibatkan lima maut termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Parit Tujuh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Kumar yang memandu lori tiga tan bersama kelindannya dikenali sebagai Sivakumar, 25, dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak, selepas menghantar muatan telur ayam di Klang.
Tiga beranak yang terbunuh ialah Yeap Chin Hing, 52; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, dan anak perempuan, Yeap Chin Maei, 25. Turut maut dalam kejadian itu ialah dua wanita yang juga rakan Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.
Empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Chin Maei meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.
Kumar berkata, sebelum kemalangan dia melihat sebuah kereta Honda City dinaiki lima mangsa dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta lain.
"Ketika memotong, ia bergesel dengan sebuah Honda CRV dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan menuju ke arah lori.
"Kejadian terlalu pantas dan saya tak sempat mengelak atau membrek. Kereta itu terus merempuh bahagian depan lori.
Kumar berkata, walaupun impak rempuhan itu kuat, dia dan kelindannya bersyukur tidak cedera.
"Sebaik turun dari lori saya lihat kelima-lima mangsa dalam kereta itu tidak bergerak. Saya tidak berani nak tolong kerana kecederaan mereka yang terlalu parah," katanya yang kemudian menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Honda City dari arah Sabak Bernam yang dipandu Chin Hing cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan sebuah Honda CRV di laluan bertentangan.
"Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum ia merempuh lori berkenaan. Semua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, manakala seorang lagi mangsa iaitu Chin Maei yang parah dibawa ke Hospital Tanjung Karang. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.
Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mendesak agar Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membentangkan laporan audit kewangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak, Salman Saleh berkata, pembentangan itu penting bagi membuktikan ketelusan pentadbiran menteri besar itu selama ini.
"Kami merasakan perkara ini penting kerana ianya melibatkan wang rakyat yang besar disalurkan setiap tahun kepada YBUDR," katanya.
Menurut Salman, pihaknya menerima banyak rungutan daripada rakyat yang menerima bantuan dari yayasan ini yang tidak menepati seperti yang sepatutnya.
Sebagai contoh katanya, skim baikpulih rumah yang ibarat 'melepaskan batuk ditanggga' sahaja di mana rumah yang dibaikpulih masih tidak sempurna walaupun peruntukan sudah habis digunakan.
"Malah polisi peruntukan baikpulih rumah yang sepatutnya tidak melebihi RM15,000 sebuah rumah tetapi kami menerima laporan ada yang mendapat dua kali peruntukan yang mencecah pembinaan rumah baru iaitu sebanyak RM30,000 sebuah rumah. Adakah ini benar," soalnya.
Justeru, pihaknya akan terus mendesak agar menteri besar membuktikan ketelusannya sehingga kewangan YBUDR diaudit dan dinilai setiap rakyat dalam pelbagai kaedah.
Selain mendesak ianya dibentang pada persidangan Dun akan datang, mereka juga mencadangkan ianya dipaparkan di dalam laman web rasmi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) dan dibukukan bagi penilaian rakyat terhadap kewangan yayasan itu.
"Kami sekali lagi mencabar ketelusan dan integriti kepimpinan Datuk Seri Zambry dalam keikhlasannya membantu rakyat selama ini," katanya.
KLANG - "Saya hanya mampu berdoa sebaik melihat zink ruang tamu diterbangkan angin. Dalam masa sama saya memeluk anak, menantu dan cucu kerana khuatir zink diterbangkan angin menimpa kami," demikian cerita Rosmah Mohd Yusuf, 43, berkenaan detik-detik mencemaskan ketika bumbung kediamannya di Jalan Haji Tahir, diterbangkan angin ketika ribut kuat melanda sekitar Pendamar, kelmarin.
Rosmah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 petang yang mana ketika itu dia bersama anak, menantu dan seorang cucu berusia dua tahun di kediamannya.
"Sebaik menidurkan cucu, saya berhasrat ke dapur bersama menantu untuk memasak kurma ayam bagi hidangan makan pada petang itu.
"Ketika sibuk di dapur, secara tiba-tiba saya terdengar angin bertiup kencang diiringi bunyi pokok tumbang dan menghempap dinding di bahagian dapur.
"Khuatir sesuatu yang buruk menimpa, saya segera berlari ke ruang tamu bersama menantu," katanya.
Dalam masa beberapa minit, menurutnya, angin kuat bagaikan puting beliung menerbangkan zink bilik tidur dan ruang tamu sejauh beberapa meter.
"Saat itu, saya memeluk cucu yang tidur sambil berdoa. Hati saya tergamam melihat angin kuat menerbangkan bumbung kediaman. Tidak lama kemudian hujan lebat turun dalam tempoh 40 minit.
"Kami tidak sempat menyelamatkan barangan perabot di ruang tamu dan pakaian di bilik anak kedua kami yang mana bumbungnya turut diterbangkan angin.
"Dalam tempoh itu, air memenuhi lantai bilik tidur hingga paras betis," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya semalam.
Dia berkata, dia dan ahli keluarga lain tergamam dan tidak terdaya untuk berbuat apa-apa kerana semua peralatan basah dimasuki air.
"Suami, Azman Tormudi, 49, dan anak lelaki kedua tiada di kediaman kerana keluar bekerja dan mereka hanya pulang sebaik dimaklumkan melalui telefon.
"Dalam kejadian itu juga, zink diterbangkan angin nyaris menghempap kereta Perodua Kancil milik kami yang diletak di laman rumah.
"Berikutan kejadian itu, kami sekeluarga terpaksa bermalam di kedai kecil milik bersebelahan kediaman kerana khuatir hujan lebat akan berulang lagi," katanya.
Azman Tormudi berkata, kejadian itu adalah kali kedua menimpa kediamannya sejak dihuni 1995 lalu.
"Bagaimanapun kejadian pertama tidak serius seperti kali ini. Namun hingga kini kami sekeluarga masih menunggu bantuan mana-mana pihak untuk membaiki semula bahagian bumbung yang rosak," katanya.
Sinar Harian dimaklumkan penduduk di situ, terdapat beberapa bumbung kediaman lain turut diterbangkan, namun tidak serius kediaman Azman dan Rosmah terletak kira-kira 300 meter dari Sungai Pendamar..
Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu.
Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof.
Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu.
Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu.
Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut.
"Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.
"Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.
Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.
KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama.
Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis.
Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin.
Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.
Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD
TOKYO: Polis berkata, menteri Kabinet Jepun, Tadahiro Matsushita yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kewangan ditemui mati.
Jabatan Polis Metropolitan Tokyo dalam satu kenyataannya berkata, Matsushita, menteri perkhidmatan kewangan ditemui mati di rumahnya di Tokyo pada Isnin.
Beliau berusia 73 tahun.
Polis sedang menyiasat punca kematian.
Matsushita dilantik memegang jawatan itu pada Jun lalu oleh Perdana Menteri, Yoshishiko Noda. - AP
ALOR GAJAH: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. "Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.
"Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, seorang suspek kemudian menyuruh wanita itu mengambil kad pengenalan untuk direkodkan ke dalam buku catatan sebelum pemeriksaan selanjutnya dilakukan.
Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa masuk ke dalam bilik dan mengambil kad pengenalan dalam beg sebelum meletakkan semula beg itu di atas katil.
"Mangsa menyerahkan kad pengenalannya kepada seorang suspek yang bertindak mengisi butirannya. Selepas 15 minit di sekitar rumah mangsa, kedua-dua suspek menyatakan tugas mereka sudah selesai lalu meminta diri sebelum menghilangkan diri.
"Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang," katanya.
Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.
Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkulit cerah, seorang daripadanya memiliki susuk tubuh kurus dan tinggi, manakala rakannya berbadan rendah.
"Polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sekiranya didatangi individu berkenaan dan segera menghubungi balai polis berhampiran atau talian 06-5562222 untuk tindakan lanjut," katanya.
MARAN - "Hujan air batu lebat dengan angin kencang dan tiba-tiba, mak cik terdengar satu bunyi kuat yang datang semakin dekat sebelum rasa rumah seakan bergoyang ketika kepingan atap zink terkopak diterbangkan angin".
Demikian kata seorang suri rumah warga emas, Zauyah Bidi, 77, di Kampung Dalam dekat sini yang berhadapan saat getir dalam ketakutan apabila rumahnya dipukul ribut dipercayai membawa hujan air batu kira-kira 7.30 petang, semalam.
Zauyah berkata, dia bersama suami dan seorang anak yang berada di ruang tamu terkejut apabila atap zink rumah mereka berbunyi kuat ketika ditimpa hujan berkenaan.
Menurutnya, bunyi kuat itu menyebabkan dia berada dalam ketakutan kerana tidak pernah mengalami atau berhadapan situasi sedemikian.
"Kalau hujan lebat seperti sebelumnya, atap zink tidak berbunyi kuat tetapi kali ini lain seakan batu-batu halus yang jatuh.
"Dalam ketakutan itu, tiba-tiba terdengar satu lagi bunyi angin kuat yang datang semakin dekat dan tidak semena-mena rumah bergoyang dilanggar.
"Pada masa ini, baru mak cik sedar hujan tersebut adalah hujan berserta ketulan batu halus selepas membanjiri kawasan ruang tamu selepas atap diterbangkan angin kuat," katanya kepada Sinar Harian.
Zauyah berkata, dia tergamam dan hanya mampu menangis melihat apa yang berlaku namun bersyukur kerana suami dan anak selamat tanpa insiden lebih buruk.
Anaknya, Tarmizi Sulaiman, 39, berkata, menyedari atap zink diterbangkan, dia segera mengalihkan perabot dan barang elektrik daripada rosak terkena hujan.
"Ini kali pertama kejadian teruk sepanjang usia saya membesar di sini dan juga kali pertama merasai hujan manik.
"Hujan seperti biasa (air) tetapi ada ketulan batu kecil," katanya.
Hanya berdoa
Sementara itu, seorang lagi mangsa di kampung sama, Som Taib, 65, yang tinggal berseorangan ketika kejadian mengalami situasi sama apabila rumah kayu berusia lebih 30 tahun didiami seakan bergoyang-goyang dipukul angin kuat.
Som berkata, hujan manik dengan angin kuat menyebabkan dia rasa ketakutan kerana dua anaknya belum pulang ke rumah.
"Mak cik duduk diam atas katil dalam bilik dan berdoa banyak-banyak agar tiada kejadian buruk berlaku.
"Selepas satu jam, hujan reda dan ketika buka pintu selepas dengar bunyi motosikal anak, baru sedar dua pokok durian tumbang di hadapan rumah.
"Syukur kerana tidak tumbang menghempap rumah," katanya.
Seorang mangsa di Kampung Pamah, Mohd Sabri Sudin, 28, berkata, kejadian ribut itu menyebabkan sebatang pokok petai berusia lebih 70 tahun tumbang lalu menghempap bahagian ruang makan dapur rumah.
Menurutnya, hempapkan kuat mengakibatkan dinding belakang dan bumbung rosak teruk apabila runtuh keseluruhannya.
"Selepas hantar ayah dan emak ke surau berdekatan, saya balik dan ketika hendak turun mandi, tiba-tiba terdengar bunyi kuat.
"Pada masa sama, rumah seperti bergegar sebelum dapati dinding dekat dapur runtuh," katanya.
Bapanya yang juga Imam Masjid Kampung Awah, Sudin Pin, 70, berkata, ketika kejadian, dia di surau berdekatan untuk mengajar dan seterusnya mengimamkan solat Maghrib di surau berkenaan.
Menurutnya, ia merupakan kejadian ribut paling teruk namun bersyukur anak bongsunya itu terselamat.
SEBUAH traktor yang diubah suai beraksi pada pertandingan traktor di bandar Fuechtorf, Jerman kelmarin.
FUECHTORF - Satu pertandingan traktor diadakan di sini, barat Jerman kelmarin.Dinamakan Tractor Pulling Euro Championships, acara tersebut disertai oleh 80 buah pasukan dari seluruh benua Eropah.
Pertandingan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan pelbagai jenis traktor yang diubah suai dan berkuasa tinggi.
Traktor yang dapat menarik beban sejauh mungkin di atas trek sejauh 100 meter akan memenangi pertandingan tersebut. - Reuters
Tindakan bijak Majlis Syura Ulamak dan juga Jawatankuasa Pas Pusat tidak membincang dan mengenakan apa-apa tindakan ke atas Nasharudin Mat Isa berjaya mengecewakan beberapa pihak yang mengharap Pas akan berpecah belah menyebabkan pihak berkenaan mengeluarkan ulasan dan pandangan sinis memukul Pas dengan tindakan itu.
Nasharudin membuat kenyataan bersama semasa di Sarawak.
Media penjilat buntut membuat tuduhan kononnya golongan Anwar Ibrahim kecewa dengan keputusan Pas itu. Ulas akhbar berkenaan, golongan Anwar sebelum ini beriya untuk melihat Nasharudin dipecat oleh Pas sehingga memfitnah Anwar mengecek Nik Aziz agar bertindak ke atas Nasharudin.
Beberapa individu, termasuk seorang tokoh 'jubah carik' telah digunakan akhbar berkenaan dan individu itu juga sanggup membuat fitnah kononnya pemergian Anwar ke Kota Bharu berjumpa Nik Aziz bagi mempengaruhi Nik Aziz agar bertindak ke atas ahli Parlimen Bachok berkenaan.
Nik Aziz selaku Mursyidul Am hadir ke mesyuarat berkenaan kemudian menyerahkan kepada timbalannya Dr Haron Din untuk mempengerusikan mesyuarat yang diadakan malam kelamarin. Tindakan Nik Aziz itu adalah sebagai mengambil jalan selamat dalam kes berkenaan. Semua harus faham sebelum ini Nik Aziz pernah 'menghalau' Nasharudin keluar Pas kerana tindak tanduk bekas timbalan presiden Pas itu menjadi sampah kepada Pas apabila mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Umno untuk menjalinkan kerjasama politik.
Keputusan Majlis Syura Ulamak itu juga mengecewakan seorang bekas ahli Pas yang dilihat intim dan mahu melihat Nasharudin menjadi sahabatnya dalam menyerang dan memburukkan Pas. Individu itu menuduh kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan isu Nasharudin tidak disentuh dalam mesyuarat sebagai satu retorik semata-mata. Beliau mempersoalkan masakan selama mesyuarat tidak sedikit pun bincang hal Nasharudin. Pertanyaannya, kenapa anda perlu mempersoalkan tindakan Pas itu sedangkan anda bukan sesiapa lagi dengan Pas melainkan beas.
Bekas lebih kurang macam mangkuk tandas sahaja?
Bekas ahli Pas itu beriya-iya supaya isu Nasharudin disentuh, dan lebih diingini lagi Nasharudin dikenakan tindakan pecat sepertinya kerana kalau Nasharudin dipecat mudahlah untuk beliau menjalankan perniagaan bersama Nasharudin menyerang Pas. Jelas sekali niat busuk individu berkenaan yang kononya padat dengan ilmu agama, intelektual dan seorang yang khatam Qur'an sewaktu 12 tahun. Individu itu mungkin sudah termakan ajakan Mahathir Mohamad agar berkawan dengan syaitan dikenali.
Sudah tentu dengan adanya rakan dia akan dapat membuat penjelajahan di seluruh negara mengkritik Pas dalam masa sama memburukkan Anwar Ibrahim. Dan apa diharap di sebalik penerangan itu ialah wang upahan dari agensi tertentu di alam Umno. Individu berkenaan kini kekeringan wang setelah tidak lagi menjawat jawatan tinggi dalam politik. Apakah dia terdesak untuk menguruskan rumah tangganya yang mempunyai dua dapur?
Setiap majlis penerangan dan serangan Pas diadakan individu berkenaan bersama sebuah NGOnya akan menerima upahan dikatakan di antara RM50,000 hingga RM100,000. Sejumlah wang telah disalurkan kepada Ngo berkenaan untuk tujuan upahan dan bayar kepada kerja-kerja memburukkan Pas. Sebuah kementerian telah menyumbang sebanyak RM300,000 kepada NGO berkenaan bagi tujuan pembukaan opis dan pembelian peralatan fitnah.
Kesimpulannya tindakan bijak Majlis Syura Ulamak yang tentunya atas nasihat Jawatankuasa Kerja Pas itu mematikan langkah individu berkenaan yang sudah lama bersekongkol dengan media penjilat bontot. Media itu juga kekeringan modal untuk menghentam Pas dan terpaksa membelek isu lama dan mengambil semula sekalian orang yang dicemuhnya selama ini untuk dijadikan sumber.
Dalam pada itu saya cukup yakin selepas ini Nasharudin akan sekali lagi digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyinggung Pas bagi membolehkan dendam mereka tercapai untuk melihat Pas berpecah belah sesama sendiri. Justeru kalau Nasharudin masih mengenang Pas beliau harus berhati-hati dan tidak mengeluarkan pendapatan yang boleh menimbulkan kontroversi. Manakala ahli Pas terutamanya pemimpin atasan tidak perlu membuka mulut lagi untuk mengulas apa-apa yang bakal terjadi. [wm.kl.7:31 am 11/09/12]
CEKUP...sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik ditahan, kelmarin.
SUNGAI PETANI: Lebih 30 pondan bergaya dalam pertandingan ratu cantik mak nyah di sebuah hotel berhampiran Taman Ria Jaya, di sini, bertempiaran lari selepas sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) menyerbu tempat berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam, sepasukan anggota PADKM menerima maklumat orang awam yang memaklumkan satu pertandingan ratu cantik mak nyah berlangsung di dewan hotel berkenaan.
Pegawai Penguat Kuasa PADKM, Zaiferi Zainul Abidin, berkata serbuan membabitkan seramai 21 anggota terdiri anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK), penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Jabatan Imigresen.
Katanya, kehadiran pihak berkuasa dikesan pengawal keselamatan yang berjaga di hadapan pintu dewan berkenaan yang segera bertindak memberitahu pihak penganjur menyebabkan semua pondan terbabit cuba meloloskan diri melalui pintu belakang.
"Ketika intipan dibuat semua pondan terbabit sedang bergaya bagi merebut beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu Miss Favourite, Best Hair, Best National Costume, Body Beautiful, Miss Cute, Best Make Up dan Catwalk. "Dalam keadaan kelam-kabut itu hampir 30 pondan yang cuba meloloskan diri sanggup berkaki ayam serta terjun dari tangga bagi mengelak ditahan.
"Semua pondan itu lari ke kawasan padang golf dan tasik berhampiran hotel itu dan terus menghilangkan diri di dalam gelap, namun kami menahan lapan mak nyah terbabit dalam acara berkenaan selepas gagal melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati dewan terbabit disewa penganjur terbabit bagi mengadakan Pertandingan Ratu Antarabangsa 2012, di mana pesertanya membabitkan mak nyah yang datang dari negeri ini dan negeri lain.
"Semua mak nyah yang ditahan itu dibawa ke pejabat PADKM dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.
"Mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1948 iaitu lelaki berpakaian perempuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.
"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.
Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan.
(Gambar: Penyelia dun Kok Lanas, Nik Mahadi menyampaikan dirham kepada salah seorang pembeli pertama rumah Wadi Iman sebagai cenderahati)
KETEREH: Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikatnya akan memperbanyakkan pembinaan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) tahun hadapan.
Usaha itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mencapai kempen penggalakan memiliki rumah sendiri oleh rakyatnya.
Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh berkata, tahun hadapan pihaknya akan membina sebanyak 60 unit RAKR di Kota Bharu.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis penyerahan anak kunci kepada pembeli kediaman di Wadi Iman, Kok Lanas dekat sini pagi tadi.
Tanpa mengira keuntungan, katanya sebagai syarikat penuh milik kerajaan negeri, pihaknya merancang untuk pembinaan rumah tersebut.
"Tidak ada perkara yang membahagiakan melainkan apabila kita memiliki kediaman sendiri,"ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pada tahun 2010 pihaknya berjaya menyiapkan 64 unit rumah di tempat yang sama.
"53 unit pula baru siap tahun ini dan dalam pembinaan sebanyak 32 unit lagi,"ujarnya.
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terganggu kira-kira satu jam 30 minit hari ini ekoran masalah teknikal.
Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat Prasarana Berhad Masnizam
Hisham berkata, kejadian 8 pagi itu berlaku setelah satu daripada pintu tren ketika berhenti di Stesen LRT Kampung Baru gagal ditutup rapat.
"Masalah itu menyebabkan pemandu LRT terpaksa menutup pintu tren secara manual menyebabkan perkhidmatan LRT di laluan Kelana Jaya bergerak perlahan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu warga Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan LRT tiba lewat ke destinasi atau tempat kerja masing-masing.
"Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa pada 9.38 pagi," katanya. - Bernama
Tindakan Polis Terhadap Aksi Biadap Harus Menyeluruh
Tindakan pantas pihak polis menahan pelajar kolej yang melakukan aksi punggung terhadap gambar Najib, Rosmah dan Pengerusi SPR, Aziz Yusof pada malam sambutan merdeka yang bertukar menadi Himpunan Janji Demokrasi, walaupun boleh dipuji tetapi ia juga menimbulkan beberapa persoalan lain untuk diperdebatkan.
Polis nampaknya begitu pantas bertindak dalam kes ini namun dalam beberapa kes lain yang lebih dahsyat seperti memijak gambar Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin serta juga aksi remaja kencing terhadap gambar Haji Hadi Awang dan Haji Nik Aziz Nik Mat, tidak pula kedengaran pihak polis mengambil tindakan.
Dalam aksi-aksi itu, wajah-wajah pelakunya cukup jelas kelihatan dan pihak polis tidak seharusnya ada masalah untuk mencari mereka sebagaimana pantasnya mencari remaja yang menunjukkan punggung kepada Najib, Rosmah dan Aziz itu.
Meskipun kita rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan aksi punggung yang dilakukan seorang remaja kolej terhadap gambar Najib, Rosmah dan Aziz Yusof itu, kita yang berfikiran waras tentunya lebih tidak bersetuju dengan aksi yang dilakukan terhadap Hadi Awang, Nik Aziz, Nizar dan Lim Guan Eng.
Maka, demi keadilan dan untuk mewujudkan suasana politik yang matang, pihak polis harus segera bertindak tanpa memilih bulu dan berpilih-pilih.
Sebelum dari ini, kita juga dikejutkan dengan tindakan bekas veteran askar yang melakukan aksi senaman punggung di depan rumah Ambiga sebagai membantah tindakannya menganjurkan Himpunan Bersih.
Ramai yang tidak bersetuju dengan aksi yang dianggap biadap itu dan ramai juga yang sudah memberi komen mengenainya. Masalahnya tiada pula tindakan lanjut daripada pihak polis.
Selain berbagai aksi biadap yang ditunjukkan pelbagai kelompok sejak akhir-akhir ini, kita juga turut menyaksikan perbuatan yang sungguh kurang ajar oleh ahli-ahli Perkasa yang memprotes tindakan Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan di sebuah masjid di Kedah baru-baru ini dengan membaling kasut ke dalam masjid.
Tindakan ahli Perkasa ini bukan saja memalukan tetapi juga memperlihatkan mereka sebagai orang Islam seperti tidak menghormati kemuliaan masjid itu sendiri.
Laporan polis juga sudah dibuat mengenainya dan gambar-gambar samseng Perkasa ini juga sudah tersebar merata-rata tetapi sehingga ini belum lagi ada tangkapan atau tindakan pihak polis terhadapnya. Malahan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin hanya berdiam diri terhadap insiden itu, jauh sekali bertegas untuk melindungi masjid daripada terus dicemari dengan aksi-aksi sedemikian rupa.
Jika kita masih ingat, aksi biadap dalam senario politik Malaysia ini sebenarnya dimulakan oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang pernah menunjukkan aksi punggung kepada sekumpulan penyokong pembangkang dalam sebuah pilihanraya kecil beberapa tahun lalu.
Aksi teladan daripada seorang Menteri Besar itulah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya deretan gejala tidak sopan hari ini.
Benarlah kata pepatah Cina, busuk ikan bermula daripada kepala. Jika pemimpin sudah menunjukkan perilaku buruk, sudah tentulah ia mudah menjalar dan menjadi ikutan masyarakat.
Untuk mengelakkan gejala ini daripada berterusan memalukan perjalanan politik negara yang sudah 55 tahun merdeka, pihak polis seharusnya bertindak tanpa memilih bulu. Polis mestilah bertindak menyeluruh. Jika Hishammuddin dianggap menteri KDN paling lembik dan penuh retorik dalam sejarah Malaysia, tidak semestinya pihak polis juga terikut-ikut dengan cara beliau itu. Pihak polis seharusnya bertindak mengikut undang-undang serta peraturan yang ada.
Lagi pula slogan polis, mesra, cepat dan betul hendaklah sepenuhnya dipraktikkan.
Sekiranya pihak polis gagal menangani semua gejala tidak sopan ini dengan sewajarnya, dibimbangi lebih banyak lagi gelaja-gejala tidak sopan terus bercambah dalam masyarakat yang akhirnya hanya mempamerkan masyarakat kita semakin tidak terkawal dalam menangani emosi masing-masing. Maka, pihak polis harus segera mengangkat wibawanya di mata umum. -shahbudindotco
MELAKA: Kunjungan ke sini dari Pulau Pinang untuk bertemu rakan di Facebook bertukar menjadi mimpi ngeri buat pekerja pembinaan berusia 28 tahun apabila sekumpulan lelaki mengurungnya di dalam kandang anjing selama lapan jam.
Lebih mengerikan anjing jenis German Shepherd itu dibiarkan berkeliaran untuk mengawasinya.
Mangsa yang berasal dari Tok Kangar, Juru, di Bukit Mertajam mendakwa dia ditahan lima lelaki selepas bertemu dengan rakan di sebuah restoran di Ayer Keroh di sini pada 1 September.
Salah seorang lelaki mendakwa dia merupakan pak cik kepada rakannya yang mahu mangsa menjauhkan diri daripada gadis tersebut.
Lelaki tersebut didakwa merampas MyKad mangsa dan mengancam untuk memenjarakannya.
Mangsa kemudiannya dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke sebuah rumah di Bukit Berendam.
Di situ, mangsa dikurung di dalam kandang dengan seekor anjing jenis German Shepherd dibiarkan berkeliaran untuk mengawasinya.
Selepas lapan jam, mangsa dikeluarkan dari kandang tersebut tetapi dikurung di dalam sebuah bilik.
Mangsa mendakwa sekumpulan lelaki berkenaan mengambil dompetnya yang berisi wang sebanyak RM168 dan dua telefon bimbit.
Mereka juga mengancam untuk memukulnya.
Mangsa berjaya meloloskan diri apabila pintu bilik terbuka dan melompat keluar pagar ketika sekumpulan lelaki terbabit sedang leka.
Dia kemudiannya meminta pertolongan daripada jiran berdekatan yang bertindak menghubungi abang mangsa di Melaka.
Abangnya mengambil mangsa dan memandu pulang ke Pulau Pinang serta membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis daerah Seberang Perai Tengah pada 2 September.
Meningkat Daya Saing Negara?: Tangani bersama 'Penagihan Tegar' Umno-BN.
1. Ketika kedudukan Malaysia dalam daya saing global (Global Competitive Report - GCR) yang dilaporkan oleh World Economic Forum (WEF) dalam kajian Global Competitiveness Index (GCI), melonjak dari tangga ke 25 tahun 2010 ke tangga 21 untuk tahun 2011 yakni peningkatan 5 mata. PEMANDU segera membuat kenyataan bahawa program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan telah berjaya menatijahkan prestasi yang baik.
2. Dalam laporan GCI terkini, bukan sahaja Malaysia tidak dapat mengekalkan kedudukannya pada tangga ke-25, bahkan telah jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 24 sekaligus meletakkan prestasinya lebih rendah daripada kedudukannya berbanding sebelum PEMANDU melancarkan program GTP dan ETPnya.
3. PEMANDU telah mensabitkan kejayaan prestasinya dahulu kepada GTP dan ETP, beranikah PEMANDU terangkan kepada rakyat kenyataan bahawa GTP dan ETP yang dikendali PEMANDU telah jelas gagal menambahbaik prestasi daya saing Negara, bahkan sebaliknya menyebabkan penurunannya?
4. PEMANDU yang merupakan kunci penggerak Agenda Transformasi Kerajaan Najib-BN kini, mesti bertanggungjawab menjelaskan apakah dan sebab apakah kejatuhan ini berlaku sekaligus menunjukkan dan mengesahkan bahawa dakwaan Pakatan, pihak NGO dan penganalisis, ada kebenarannya.
5. Metodologi Laporan GCI ini menggunakan 30% data statistik dengan 33 kriteria, 70% data kajian (survey) dengan 78 kriteria daripada pungutan pandangan pihak Eksekutif. 6. Laporan ini juga menekankan aspek faktor-faktor pengupayaan (enabling factors) yang mampu menjana pertumbuhan yang mapan dan bersifat jangka sederhana dan jauh dengan menggunakan 11 tonggak kritikal (pillars) dengan 111 indikator penting.
7. Dengan pencapaian yang tidak memberangsangkan ini, rakyat ingin tahu apakah lagi kelemahan GTP dan ETP yang menjadikannya tidak mampu menjana daya saing yang diharapkan Najib dan pemimpin Umno-BN kini?
8. Lebih khusus lagi, Malaysia mengalami kejatuhan dalam 77 indikator dan penambahbaikan dalam 48 indikator, dengan 23 tidak berganjak atas apa jua sebabnya. Kejatuhan markah Malaysia dari 5.08 dalam tahun 2011 kepada 5.06 tahun ini mengakibatkan juga Malaysia dipintas oleh beberapa Negara seperti Korea, Luxembourg, New Zeland dan UAE.
9. Sementara kita bersedia mengiktiraf PEMANDU dalam apa yang jua yang baik dari segi pencapaian negara (dalam laporan ini), namun yang ketara ialah lebih banyak perkara menyinggung ekonomi dan program transformasi kerajaan, yang nampaknya menunjukkan kemerosotan daya saing.
10. Contoh-contoh kegagalan Negara adalah dalam hal 'Kedudukan Imbangan Belanjawan Negara' dalam Strategic Reform Initiatives (SRI) yang merudum dari tangga 110 ke tangga 96, 'Pengurangan Jenayah dan Keganasan' di bawah NKRA yang jatuh dari tangga 69 ke 63, dan 'Kerancakan Persaingan Tempatan' yang jatuh dari 36 ke 26.
11. Penelitian yang lebih terperinci akan menyerlahkan bahawa indikator-indikator penting yang disebutkan contoh-contohnya ini, mampu memahamkan kita bahawa 'transformasi ekonomi' negara bakal gagal kalaulah kerajaan Najib ini hanya ghariah dan cepat untuk mewar-warkan pelbagai projek mega dalam infrastruktur dan pembinaan, sementara gagal meletakkan asas-asas atau penekanan yang lebih kukuh dan mapan dalam menjana pertumbuhan mapan yang bersifat jangka panjang.
12. WEF telah mengenalpasti bahawa antara faktor yang merencat pencapaian prestasi ekonomi sesebuah negara ialah birokrasi kerajaan yang tidak efisien dan system 'delivery' yang lemah, rasuah dan ketirisan, ketidakcukupan tenaga berketerampilan dan berpendidikan tinggi, etika kerja yang tidak mantap dan peraturan dan undang-undang buruh yang terlalu menyekat.
13. Sebaliknya pula, negara-negara yang berkedudukan tinggi seperti Switzerland yang menduduki tangga daya saing pertama, diikuti oleh Singapore, Finland, Sweden, Netherlands, Germany, US, UK, Hong Kong dan Japan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
14. Negara-negara ini, berbeda dengan Malaysia, dikesani sebagai memiliki kelebihan dan kelainan seperti persaingan pasaran yang rancak (intense) dan efisien (tidak diherot oleh monopoli dan oligopoli serta amalan kronisme) dan mempunyai iklim serta kerangka bisnes yang mesra dan sangat membantu, di samping mempunyai daya penyelidikan dan inovasi serta kehadiran ramai pekerja 'berpengetahuan' dan ' enterprising' (daya keusahawanan yang tinggi).
15. Najib wajar tahu bahawa tidak akan dapat dikeluarkan negara daripada 'kereputan' dan 'kelembapan' ekonominya akibat telah terlalu dikongkong dengan budaya 'kronisme' yang mencekik dan membunuh persaingan sihat dan mengherot pasaran menjadikannya kerap tidak efisien dengan monopoli-oligopoli, dan 'subsidi yang regresif' yang menguntungkan golongan yang kaya dan pihak yang punya pertalian politik serta bisnes dengan penguasa BN.
16. Najib wajar tahu bahawa segala cita-cita besarnya tentang transformasi akan gagal seandainya tidak didahulukan dengan Reformasi yang 'genuine' dan menyeluruh dalam aspek politik, penambahbaikan institusi-institusi kritikal negara agar benar-benar bebas dan berintegriti tinggi (SPR, SPRM, PDRM, Judisiari) dan etika serta sikap penguasa serta pihak birokrat yang semestinya bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
17. Tidak guna kalau secara zahir komited dengan system 'Tender Terbuka', tetapi telah awal awal lagi mengurniakan kontrak kepada kroni seperti dalam kes pemberian kontrak kepada konsortium George Kent dalam RM1 bilion LRT Ampang, mengulangi tabiat lama mengurniakan kontrak dalam kes MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) sedikit waktu dahulu.
Terlalu panjang senarai buruk amalan Umno-BN yang mesti dipertanggungjawabkan. Sampai bila mahu begini? Pemberian pelbagai projek mega MRT, Suruhanjaya Tenaga (EC) dalam pembaharuan kontrak IPP dalam waktu terdekat akan ditunggu semua pihak dan akan dinilai dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) dan 'Doing Business' Report (DB) oleh Bank Dunia, disamping GCR oleh WEF.
18. Najib dan BN tidak akan belajar untuk mengalami serta menghayati 'Reformasi Sebenar' selagi mereka tidak dikalahkan dalam satu pilihan raya kerana jelasnya keputusan PRU ke-12 belum cukup parah untuk mengajar mereka.
19. Maaf, saya terpaksa sifatkan tabiat Najib-BN ini persis seumpama seorang 'Penagih Tegar' yang meskipun telah cuba berubah dengan memakai kopiah dan menunjukkan bahawa beliau telah 'reformed' namun sebaik sahaja wujud 'peluang', akan terus 'tersungkur' akibat daya kekebalan 'ketahanan' yang sangat rapuh untuk 'terjerumus' kembali buat kesekian kalinya kepada cara dan tabiat lamanya! 'NFC' adalah lambang 'penagihan tegar' Umno dan 'PKFZ' akan menjadi simbol kesepaduan pimpinan BN 'merompak' negara.
20. Umno sejak tiga dekad mutakhir ini telah dihinggapi kebejatan Rasuah dan kerasukan tamak haloba sehingga telah menjadi sinonim parti Melayu terbesar ini dengan narratif sedih dan mengecewakan ini. Mengeluarkan negara daripada kebejatan ini bagi memungkinkan daya saing negara dilonjakkan menuntut supaya Umno-BN ditangani terlebih dahulu atau bersama-sama daripada kebejatan rasuah dan salah-guna kuasa yang menjadi kelaziman dan darah-daging sebahagian besar kepimpin tertinggi dan menjangkit hingga ke akar umbinya.
Dr Dzulkelfy Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Jabatan Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan permohonan peruntukkan yang tidak munasabah untuk kad raya Perdana Menteri kepada warga Felda dengan kos keseluruhan berjumlah RM494,560.
Cetakan kad raya sebanyak 175,000 unit ini diserahkan kepada warga Felda sempena Aidilfitri tahun ini.
Ketirisan ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Mazlan Aliman dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini berjumlah RM494,560.
Menurutnya, Jabatan Seranta di bawah kendalian Pengarahnya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merupakan 'lubuk politik' Umno-BN di Felda dibawah teraju Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
"Tanyalah mana-mana kedai, kalau cantik sekalipun (kad raya) dengan kuantiti lebih 100,000 tidak lebih RM1.00 satu kad raya. Tetapi untuk 175,000 unit, mereka mohon peruntukkan RM2.50 untuk satu kad.
"Banner hari raya pula dengan saiz standard biasanya tidak lebih RM100 tetapi peruntukkan yang dipohon untuk 317 rancangan Felda, mereka mohon RM180.00 untuk satu banner.
"Jumlah permohonan dan kos yang dipohon serta yang diluluskan oleh oleh Tan Sri Isa Samad kepada Seranta berjumlah RM247,280," katanya.
Jelas beliau, perkara sebegini jelas menunjukkan Tan Sri Isa Samad dan kroni sedang bermaharajalela mengaut keuntungan dengan menyalahgunakan wang peneroka.
"Sekarang ini timbul persoalan adakah Felda ini jadi satu badan atau syarikat macam wilayah autnomi yang tidak ada siapa pantau kerana duduk dibawah PM.
"Sudah dedah banyak kali tentang Felda tapi tidak ada laporan audit atau mana-mana pihak tentang Felda ini. Kalau begini cara habis duit peneroka," tegas Mazlan.
Tegas beliau, tindakan ini nyata tidak beretika sedangkan adalah lebih baik jumlah besar sedemikian diperuntukkan kepada Skim Perumahan Peneroka.
Kini, permohonan peneroka berhubung Skim Perumahan Peneroka yang mula diperkenalkan ketika Felda di bawah pengurusan Tan Sri Yusof Noor masih belum mendapat maklum balas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holding pada 28 Jun lalu.
Katanya, pengurusan Felda cuba berbohong dengan mengemukakan permohonan semula kepada peneroka dan sehingga kini tidak ada satu permohonan yang diluluskan. -selangorku
KUALA LUMPUR: Isu Kampung Baru membuktikan bahawa Umno telah gagal dalam membela hak rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, isu ini juga menjadi tanda aras kezaliman kerajaan Umno terhadap rakyat.
Menurutnya, penduduk Kampung Baru dinafikan hak terhadap tanah mereka sendiri semata-mata kerana memberi laluan kepada pembangunan.
Sebaliknya, pemaju dimanjakan dengan pelbagai kemudahan manakala pemilik dan pewaris dibiarkan mereka tanpa sebarang pembelaan sewajarnya.
"Ternyata slogan Rakyat Didahulukan serta Janji Ditepati hanyalah kata-kata manis yang indah diucapkan di lidah pemimpin mereka, hakikatnya ia adalah suatu yang pahit untuk ditelan apabila menghadapi kenyataan," katanya.
Keperihatinan PR
Dalam pada itu beliau bekata pihaknya menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 serta merta jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.
"DPPKT merakamkan penghargaan setingginya atas keprihatinan pemimpin Pakatan Rakyat yang berusaha memberi jaminan Akta PPKB 2011 akan dibatalkan dan seterusnya akan dikembalikan kepada pemilik dan pewaris Kampung Bharu.
"Dalam keadaan isu ini didiamkan dari pengetahuan rakyat, pemimpin PR terus memainkan isu ini sebagai agenda penting PR bagi memastikan ianya terus bermain di bibir rakyat," ujarnya.
Kenyataan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk membatalkan akta ini jika Pakatan Rakyat mendapat mandat memerintah Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"DPPKT merasakan kenyataan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat khususnya pemilik Kampung Bharu," katanya.
Pastinya kenyataan ini akan melegakan penduduk Kampung Bharu keranan jaminan bahawa tanah milik mereka akan dikembalikan kepada mereka setelah dizalimi oleh kerajaan BN.
UTUSAN PBB/Liga Arab, Lakhdar Brahimi (kiri) menemui Presiden Mesir, Mohammed Morsi di Kaherah semalam.
KAHERAH - Kementerian Luar Mesir semalam mengesahkan bahawa pihaknya menjadi penganjur pertemuan empat hala bagi menamatkan konflik di Syria selepas Iran bersetuju menyertai rundingan berkenaan.
Dalam satu kenyataannya, kementerian itu menyatakan, delegasi dari Turki, Iran dan Arab Saudi dijadualkan bertemu semalam bagi menangani situasi yang semakin buruk di Syria dan mengakhiri penderitaan rakyat Syria serta menamatkan pertumpahan darah melalui proses politik.
Pertemuan empat hala itu merupakan yang pertama melibatkan kumpulan hubungan di rantau Arab berhubung isu Syria.
Ia dicadangkan oleh Presiden Mesir yang baharu, Mohamed Morsi pada persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam di Arab Saudi.
Berlangsung pada Ogos lalu, persidangan tersebut membuat keputusan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam organisasi berkenaan.
Pegawai Kementerian Luar Mesir, Nazih Al-Naggari dipetik sebagai berkata, para delegasi akan bertukar-tukar pendapat berhubung perkembangan tragis di Syria dan cara menamatkan pertumpahan darah serta mencapai aspirasi rakyat Syria.
Menurutnya, Mesir akan mengusahakan satu konsensus untuk segera menamatkan pembunuhan dan keganasan, mengekalkan penyatuan, kedaulatan dan integriti wilayah Syria di samping menolak campur tangan tentera asing di negara berkenaan.
Ia juga akan melancarkan proses politik dengan penyertaan daripada semua segmen masyarakat Syria.
Pada masa yang sama katanya, pertemuan itu turut menyokong usaha Arab dan antarabangsa bertujuan untuk menamatkan krisis di Syria termasuk misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) /Liga Arab yang diketuai oleh Lakhdar Brahimi.
Terdahulu, Kementerian Luar Iran dalam satu laporan menyatakan, Timbalan Menteri Luar, Hossein Amir Abdollahian telah meninggalkan Teheran menuju ke bandar raya ini bagi menyertai rundingan berkenaan.
"Penglibatan Iran dalam pertemuan ini adalah dalam rangka kerja untuk menyelesaikan krisis Syria dan mendengar usul Mesir," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast.
Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera rejim Presiden Bashar- Al Assad menguasai semula beberapa berek tentera di bandar raya Aleppo selepas berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari dengan pemberontak.
"Tentera Syria kini menguasai sepenuhnya berek tentera Hanano selepas pertempuran tamat pada malam semalam," kata satu sumber kepada agensi berita AFP dari dalam berek berkenaan.
Pada Jumaat lalu, pejuang-pejuang pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria melancarkan serangan bertujuan untuk menawan pangkalan tentera berkenaan yang terletak di timur Aleppo.
Dalam pada itu, kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia menyatakan, lebih 23,000 nyawa melayang sejak rakyat Syria bangkit menentang Bashar pada Mac tahun lalu kerana menuntut pembaharuan demokrasi. - Agensi
Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.
Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.
Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin's Gastrobar.
Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.
Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.
Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.
Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.
Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.
Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp. -TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan