Selasa, 11 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 11 Sep 2012 01:14 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kerugian Unisel – AMK Libas Kenyataan NOH Omar

Posted: 10 Sep 2012 08:10 AM PDT

Tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengkritik kerugian RM54. 8 juta yang dikatakan dialami oleh Universiti Selangor (Unisel) adalah percubaan untuk menganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Selangor. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Azmizam Zaman Huri berkata, Unisel terpaksa menanggung hutang RM15 juta akibat kerakusan Umno BN semasa pemerintahannya. "Tan Sri Khalid [...]

Lelaki Cina Masuk Islam Setelah Dengar Ceramah PAS

Posted: 10 Sep 2012 08:04 AM PDT

Selesai ceramah umum PAS Balik Pulau di dataran teluk kumbar kelmarin, Ustaz Mohd Fauzi, YDP PAS kawasan Balik Pulau telah mengislamkan Sim Kian Lek, lelaki berbangsa Tiong Hwa. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu mengajar saudara baru mengucap dua Kalimah Syahadah. Difahamkan saudara baru itu dicadang agar menggunakan nama baru Syawal sempena berada di bulan [...]

Salam Perjuangan

Posted: 10 Sep 2012 11:09 PM PDT

Salam Perjuangan


JANGAN TERPERANGKAP AGENDA MUSUH

Posted: 10 Sep 2012 07:59 AM PDT

22 Syawal 1433 H | 10 September 2012

Janganlah kemarahan kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu kepada musuh, kerana kemarahan kepada sahabat atas sebab kecintaanmu kepadanya. Sedangkan kemarahan kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya. Lantaran itu menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kadarnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza.

Lantaran itu janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh. Pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu sama ada dalaman Pakatan Rakyat atau parti.

Mereka suka melihat Pakatan Rakyat berpecah dan bergolak. Mereka memasang pelbagai 'jerangkap' bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu. Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan  benar-benar mengecewakan musuh.

Tindakan ini menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insyaAllah akan bergembira.

Masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan. Kerana itu jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana mereka sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini. 

Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh.

PAS KDAS 3

Posted: 10 Sep 2012 09:32 PM PDT

PAS KDAS 3


Kisah Ka'ab bin Malik dihukum Rasulullah

Posted: 10 Sep 2012 08:34 AM PDT

Sesiapapun dipecat, siapapun dihukum, siapapun dikenakan tindakan serta merta pasti akan mengalami kejutan yang luar biasa. Fitrah manusia lahirnya pasti akan merasa marah bukan kepalang, dibayangi kesumat yang mencengkam apabila menghadapi tindakan sedemikian. Namun, bagi mereka yang jiwanya kental, niatnya berjuang semata-mata kerana Allah dan Rasul, pastilah tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti ditengah jalan, tetapi harus terus konsisten berada di lapangan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Itulah Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. Hal ini dirakamkan di dalam surah at Taubah ayat 81 :

"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."


Orang munafik berkata, "Janganlah berpergian dalam keadaan panas."

Lantaran itu Baginda menjawab, "Api neraka Jahannam lebih panas membakar."

Ketika orang-orang munafik menguzurkan diri dari peperangan tersebut, mereka langsung tidak dikenakan tindakan oleh Rasulullah SAW. Tetapi, ketika tiga orang Sahabat Nabi berhadapan dengan Baginda, mereka langsung dikenakan hukuman dari Allah iaitu pemulauan untuk beberapa tempoh yang ditentukanNya. Di antara orang-orang beriman yang tidak menyertai tentera Muslimin ke Tabuk ialah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.

Murarah bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad SAW kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.

Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah SAW, mengizinkan sebab keuzurannya.

Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka'ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah SAW di Tabuk. Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka'ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka'ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.

"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?", tanya Rasulullah SAW kepada Ka'ab.

Lantas Ka'ab menjawab, "Ya RasulAllah SAW, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."

Kesalahan Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bi Umayyah tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan seruan-seruan supaya tiadanya wala' dalam jamaah, ataupun menubuhkan pasukan lain untuk menyaingi pasukan Rasulullah SAW. Lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku di Tabuk, bahkan pasukan Rasulullah SAW kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah. Mereka bertiga dipulaukan untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah SAW.

Ketika itu dunia yang begitu luas menjadi sempit kepada mereka bertiga akibat hukuman ini. Hal ini lebih membimbangkan lagi jika di antara mereka menemui ajal, pastilah Nabi Muhammad SAW tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Baginda SAW wafat, sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas mereka berterusan sehingga ke akhir hayat.

Kekhuatiran itu menyebabkan Ka'ab bin Malik sering memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad SAW sambil memberikan salam. Ka'ab menunggu-nunggu jawapan Baginda SAW dengan penuh penyesalan dan harapan, namun kerapkali pertemuannya membuahkan kehampaan. Pernah satu ketika Ka'ab memanjat pagar kebun sepupunya, Qatadah. Ka'ab mengucapkan salam kepadanya tetapi tidak berjawab. Lantaran itu Ka'ab menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Ka'ab bertanya, "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah dan Rasul-Nya?"

Soalan itu diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiga baharulah Qatadah menjawab, "Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahui."

Mendengar jawapannya itu Ka'ab menangis lalu meninggalkannya.

Di suatu sudut lain ketika Ka'ab dikenakan pemulauan tersebut, banyak suara yang membelanya, banyak suara empati tentang hukumannya, bahkan ada juga suara yang memujuk dan mengajaknya agar berpaling dari kumpulan Rasulullah SAW. Pujukan itu berupa tawaran-tawaran jawatan, jabatan, kedudukan, kemuliaan yang mungkin akan diberikan oleh seorang raja dari Ghassan yang beragama Nasrani dari negeri Syam. Ini kerana kewibawaan yang dimiliki oleh Ka'ab dianggap memiliki daya tarikan yang cukup kuat, pengaruh yang cukup hebat, yang mampu memberikan kepentingan apapun yang diinginkan oleh pihak lain terhadapnya.

Itulah apa yang dialami oleh Ka'ab bin Malik setelah berita pemulauannya sampai ke pengetahuan Raja Ghassan. Raja Ghassan kemudiannya menyerahkan sepucuk surat yang berbunyi, "Kami telah mengetahui penganiayaan yang kamu perolehi dari pemimpinmu (Nabi Muhammad). Allah tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Ada baiknya kamu menyertai kami, dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."

Luar biasa perhatian Raja Ghassan kepada Ka'ab bin Malik. Ketika posisi Ka'ab berada dalam keadaan kritikal kerana dihukum oleh Nabi, seorang Raja yang punya kerajaan, punya harta dan takhta memberikan perhatian khusus kepadanya. Pada saat semua Sahabat tidak peduli kepada Ka'ab, ternyata masih ada orang yang ingin menyapanya, bahkan ia adalah seorang Raja.

Mujurlah yang mendapat surat itu Ka'ab bin Malik, seorang mujahid yang hebat. Beliau bukan orang yang mudah dipujuk rayu. Beliau bukan orang yang mudah diajak melakukan bangkangan terhadap gerakan yang dipimpin Rasulullah SAW. Tidak ada ungkapan pembandingan yang keluar dari mulut Ka'ab seperti, "Orang luar pula yang memberikan perhatian kepada nasibku. Sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku, orang yang satu jama'ah denganku, langsung tidak peduli dengan diriku".

Tidak ada garis kalimat seperti itu yang tercetus dari mulut Ka'ab bin Malik. Beliau menyedari, surat Raja Ghassan itu adalah ujian berikutnya yang harus dihadapi dengan sepenuh kesedaran dan kefahaman. Adapun matlamat dunia dan akhirat yang diinginkannya adalah keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Bukan pengakuan orang, bukan apresiasi Raja Ghassan. Surat Raja Ghassan itu benar-benar merupakan sebuah ujian keikhlasan yang datang tepat pada waktunya, dan Ka'ab mampu melalui ujian ini dengan sempurna.

Ka'ab bin Malik memasukkan surat Raja Ghassan itu ke dalam relung api dan membakarnya. Lalu Ka'ab terus berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW sambil berkata, "Ya RasulAllah SAW, hampir-hampir aku tergelincir ke dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat, sehinggakan orang-orang kafir menyangka aku akan murtad."

Mendengar keluhan Ka'ab bin Malik itu, Rasulullah SAW tetap berdiam, bahkan tidak memberi respon ke atas apa yang berlaku kepada Ka'ab.

Selepas 40 hari pemulauan itu berjalan, dan harapan agar berita berakhirnya masa hukuman ke atas tiga orang Sahabat Nabi segera diutuskan, seorang utusan Nabi Muhammad SAW mendatangi Ka'ab dengan membawa satu perintah baharu, iaitu perintah supaya ketiga-tiga orang Sahabat yang dipulau ini berjauhan dengan isteri. Utusan yang datang bukan utusan pengampunan, justeru menambahkan lagi hukuman berikutnya iaitu berpisah tempat tinggal dengan isteri. Hidup dirasakan seperti di dalam penjara, tanpa teman, tanpa anak dan isteri yang menemani.

Lengkap sudah kesunyian ini, ketiga-tiga Sahabat Nabi ini menjalani babak baharu dalam hukumannya. Mereka adalah mujahid sejati, mereka tidak memberontak dan menolak hukuman berikutnya. Kata Ka'ab yang akur dengan arahan ini kepada isterinya, "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah menentukan sesuatu hukuman lain bagiku."

Justeru bersantai sahaja di rumah dan tidak bersama-sama kaum Muslimin ke medan perang bukanlah kesalahan yang ringan. Buktinya hukuman masih ditambah dan ditingkatkan.

Di antara tiga orang Sahabat yang dikenakan tindakan pemulauan ini, Hilal sahaja yang memiliki masalah yang berbeza kerana usianya yang sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan Ka'ab dan Murarah. Lantarn itu, isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah SAW dan mengadu bahawa suaminya sudah tua dan tidak memiliki pembantu untuk merawatnya. Isterinya tidak sanggup membiarkan Hilal yang sudah tua itu menjalani kehidupan sendiri. Lantaran kebijaksanaan Baginda Nabi SAW, permintaan isteri Hilal bin Umaiyah diperkenankan.

Begitulah mulianya adab Para Sahabat. Bila arahan dikeluarkan oleh Nabi SAW, mereka mendengar dan taat. Ketika hukuman itu terasa memberatkan bagi orang seusia Hilal bin Umaiyah, isterinya pula mengusahakan keringanan bagi suaminya. Menghadap Nabi SAW dengan penuh akur terhadap arahan dan mengharapkan belas dari Baginda disebabkan kondisi suaminya itu. Itu semua merupakan hak yang diakui oleh Baginda Nabi SAW, dan ia bukan suatu keaiban dan kesalahan. Sesungguhnya ini adalah contoh interaksi yang sangat mulia, antara orang-orang beriman, yang sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Pemulauan terhadap tiga orang Sahabat Baginda SAW berakhir sebaik sahaja terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit, "Ada berita gembira buat kamu wahai Ka'ab!"

Sebaik sahaja mereka bertiga mendengar berita pengampunan itu, mereka masing-masing bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Seluruh Sahabat mengucapkan tahniah kepada mereka dan ketika itu wajah Baginda SAW berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.

Inilah kesan tarbiyah dari peristiwa yang sangat mustahak diambil pengajarannya. Peristiwa menarik seperti ini hanya dapat kita saksikan dari generasi terbaik di zaman Baginda Nabi SAW. Ia memberikan pelajaran kepada kita semua, sekalipun pengajaran itu melalui kesilapan orang-orang soleh terdahulu. Ini kerana, jika generasi keemasan Islam tidak pernah ada orang bersalah, untouchable, maka kita tidak dapat mengambil ibrah dari kesilapan mereka.

Semua orang memiliki peluang melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah adalah yang bersedia mengakui kesalahan itu dan melakukan perbaikan. Salah satu usaha perbaikan itu adalah dengan jalan menerima hukuman, dan menjalaninya dengan sepenuh kesedaran dan kerelaan.

http://tarbawi.my

Dato' Saifuddin Nasution | Solat Hajat dan Ceramah Perdana 3 Sept 2012

Posted: 10 Sep 2012 01:47 AM PDT

Ustaz Nassuruddin Daud | Solat Hajat dan Ceramah Perdana 3 Sept 2012

Posted: 10 Sep 2012 01:44 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Sep 2012 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Semoga Peroleh Kejayaan

Posted: 10 Sep 2012 08:51 AM PDT


MTD N24 Bemban

Posted: 10 Sep 2012 09:05 PM PDT

MTD N24 Bemban


Undangan Ke Majlis Jamuan Aiddilfitri dan Ceramah Menuju Ke Putrajaya

Posted: 10 Sep 2012 06:51 AM PDT


Dr Azman Ibrahim

Posted: 10 Sep 2012 07:49 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Album Operasi Al Falah Jabi

Posted: 09 Sep 2012 09:35 PM PDT

Kuliah Subuh Al Falah, Dato' Hj Hussain Awang

Taklimat Isu dan Kempen Muslimat


Mari kue sikit mok cik...

Ambo ore felda, lama doh duk felda...

Polis traffik turut join sama sarapan pagi

Dok wat kejo doh ambo loni, dok cekak

Pak Su Nor, Gong Ubi Keling

Babeque Pemuda. Fuuhh! Ikan bakar kena ngan pulut gaul nyior!

Tazkirah sikit sambil criter isu semasa

Big screen pemuda, VCD Ust Azhar Idrus tarikan utama

Rembau Hari Ini

Posted: 10 Sep 2012 07:27 PM PDT

Rembau Hari Ini


Selamat Berjaya

Posted: 10 Sep 2012 08:54 AM PDT


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Sep 2012 03:24 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MASYALLAH ! HISHAMUDDIN KATA UMNO MENINDAS NEGERI MAJORITI MUSLIM DAN MELAYU

Posted: 09 Sep 2012 06:10 PM PDT

Kedatangan UMNO ke Sabah dilihat cuba menyemai ketakutan, kebencian melalui semangat perkauman dan permusuhan antara suku dan agama agar mereka dapat mengekalkan kedudukan mereka.

Pesuruhjaya PAS Keningau, Haji Hishamuddin Sulaiman berkata demikian dalam ucapannya dihadapan sekitar tiga ratus orang hadirin pelbagai suku kaum dalam sesi pendengaran umum DAP Sabah bertempat di dewan Hotel Juta.

Memulakan ucapannya dengan beberapa rangkap pantun, beliau menekankan peri pentingnya masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama di Sabah hidup bersama dalam keadaan aman sentosa dan bersatu.


"Kita hidup di bumi Sabah ini dalam pelbagai suku dan agama. Ada Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Melayu, Cina, ada orang Bugis, Jawa, ada Rungus, ada Iban dan sebagainya.

"Inilah uniknya kita dan perlu kekalkan kerukunan hidup bersama untuk membangunkan bumi Sabah." katanya.

BN tindas semua rakyat di semua tempat

Bukan sahaja di Sabah malah di semenanjung, UMNO juga menindas negeri yang majoritinya muslim dan Melayu seperti di Kelantan kata Haji Hishamuddin lagi.

"Sekarang negeri Sabah dapat lima peratus royalti minyak, tapi negeri Kelantan 22 tahun Tuan Guru Nik Aziz memerintah 'no percent' pun dapat".

"Sedikit pun tak dapat walaupun diperintah orang Melayu Islam. Inilah UMNO. Mereka busuk hati, satu sen pun royalti tidak diberi kepada Kelantan", ujarnya.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menyentuh bahawa isu hudud yang sengaja dimainkan UMNO sebelum ini hampir-hampir menyebabkan Najib membubarkan parlimen.

Katanya, UMNO-BN menunggu masa Pakatan Rakyat berselisih faham dan mereka akan mengambil kesempatan disebabkan pergeseran yang berlaku walaupun ianya bukan isu besar.

"Jadi kita harus hati-hati, jangan termakan dengan berita dalam media masa kawalan mereka. Mereka suka 'pusing'."

"Undang-undang sarang labah-labah"

Hishamuddin berkata, "Undang-undang yang kita ada di Malaysia kini ibarat undang-undang sarang labah-labah. Maksud saya kalau kita yang kecil curi berus gigi di supermarket kena dua tahun penjara, tapi mereka yang bawak lari juta-juta, billion-billion, mudah saja terlepas.

"Jadi, kita di Sabah mahu sebuah kerajaan yang adil. Dalam pilihan raya nanti, kita kena ubah kerajaan ini. Kita boleh tengok di Mesir, di Syria, Tunisia, semua rakyatnya telah bangkit dan berubah. "-Roketkini.com

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 10 Sep 2012 01:46 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Lynas: AELB didakwa terburu-buru lulus TOL

Posted: 10 Sep 2012 12:18 PM PDT


KUANTAN: PAS Pahang melahirkan rasa kecewa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kerana dilihat terburu-buru meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas walaupun mahkamah Kuantan sudah membenarkan penilaian semula.

Pada 28 Ogos tempoh hari, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan penilaian semula ke atas keputusan menteri dari MOSTI iaitu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili kerana menolak rayuan kumpulan Anti-Lynas pada bulan jun yang lalu.

AJK BPPNP merangkap pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga merupakan pengerusi Stop Lynas Coalition(SLC) Andansura Rabu (gambar bawah) berkata, beliau melahirkan rasa terkejut dengan keputusan terburu-buru AELB itu.

"Lebih-lebih lagi keputusan itu dilihat seolah-olah menghina keputusan mahkamah kuantan, ditambah pula dengan kes rayuan Stop Lynas Coalition (SLC) yang akan didengar mahkamah 10hb september ini," katanya.

Keputusan AELB itu disifatkan beliau tidak masuk akal dan amat memalukan bagi sebuah agensi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah alam sekitar.

"Keputusan terburu-buru seperti itu akan mendorong persepsi negatif dari pihak awam bahawa AELB seolah-olah berkhidmat untuk lynas dan bukan untuk rakyat," katanya.

Ketika pihaknya masih tertanya-tanya halatuju MOSTI sama ada ingin melupuskan sisa buangan radioaktif mereka melalui 'Permanent Disposal Facility' (PDF) atau dihantar kembali ke Australia termasuklah pelan terperinci pengurusan sisa berjadual dari LYNAS itu, MOSTI melalui AELB sanggup mengambil keputusan terburu-buru seperti ini.

"Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan Umno dan BN khususnya MCA tidak pernah mengambil kira soal nyawa rakyat, malah meletakkan keuntungan ekonomi yang tidak setimpal itu.

"Dengan pengecualian cukai selama 12 tahun serta peluang pekerjaan kepada hanya 300 orang sahaja melebihi kepentingan hampir 900,000 ribu nyawa rakyat kuantan," ujar beliau sambil memberi jaminan bahawa PAS negeri akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap MOSTI khususnya AELB dan Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga merupakan Timbalan Pengarah II Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery(Badar), Ustaz Suhaimi Md. Saad (gambar) ketika dihubungi pula berkata tindakan AELB ini mirip tindakan sama yang dibuat AELB di Bukit Merah satu ketika dahulu.

"Seolah-olah tindakan seperti ini sudah dirancang terlebih awal untuk mengelak kesan ekonomi yang berpanjangan kepada Lynas," kata Suhaimi.

"Kita dimaklumkan saham Lynas sudah menjunam teruk semenjak tahun lepas, lebih dari AUD2.00 kepada AUD0.82 hari ini.

"Oleh kerana itu, mungkin AELB cuba menyelamatkan Lynas," ujar beliau yang menyeru seluruh rakyat Kuantan dan di seluruh negara untuk bangkit membantah keputusan AELB dan MOSTI ini termasuklah menukar pemerintah yang sedia ada sebagai satu-satunya pilihan atau alternatif akhir untuk menutup Lynas.

Sabotaj: PAS tidak serupa dengan Umno

Posted: 10 Sep 2012 12:14 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS tidak perlu menyingkirkan mana-mana ahlinya sebagaimana yang ingin dilakukan Umno, memandangkan semua ahli PAS bersatu padu dan tidak pernah mensabotaj ahli sendiri.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar)menegaskan dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan ahli parti itu selama ini, isu sabotaj di kalangan ahli-ahlinya tidak pernah berlaku.

Keadaan itu, katanya berbeza dengan Umno yang kini bimbang dengan ahli-ahlinya yang berkemungkinan melakukan sabotaj sehinggakan timbalan presiden parti melayu itu terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan ahli yang cuba mensabotaj parti.

"Kenyataan itu jelas menunjukkan Umno mengalami krisis dalaman sehinggakan terpaksa melakukan kaedah 'bulldozer' dengan menyingkirkan ahli mereka. Manakala, bagi pihak PAS, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengambil langkah serupa seperti Umno," tegas beliau ketika ditemui di majlis hari terbuka PAS, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada PAS akan mengambil langkah serupa seperti Umno untuk menyingkirkan mana-mana ahlinya yang cuba mensabotaj parti.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata Umno akan menyingkirkan ahlinya yang cuba mensabotaj parti itu.

Dalam pada itu, Khalid berkata PAS bersama-sama Pakatan Rakyat sudah bersiap-sedia bagi menghadapi pilihan raya umum sejak akhir tahun lalu.

"Kita hanya menunggu perdana menteri untuk membubarkan parlimen. Kita sudah lama bersedia. Namun, memandangkan tempoh sudah semakin singkat, maka kita kini akan mevmasuki gear lima bagi tujuan itu," tegas beliau yang optimis dengan kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 akan datang.

PRU13: PAS Pulau Pinang sasar 6 Dun, 2 parlimen

Posted: 10 Sep 2012 12:12 PM PDT


KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang menyasarkan memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kerusi parlimen pada Pilihan raya Umum ke-13, kata Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Husain (gambar).

Tegasnya, berbanding pada pilihan raya umum lalu PAS Pulau Pinang lebih ke hadapan dan bersedia bertempur dengan musuh tradisi Umno Barisan Nasional (BN) memandangkan inilah kali pertama PAS bertanding bagi mempertahankan kerajaan negeri.

"Enam kerusi yang kita sertai insya Allah menunjukan potensi yang memberangsangkan. Namun kita terus memperbaiki yang mana kurang sehinggalah ke saat-saat tarikh keramat yang akan diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," jelasnya ketika ditemui di majlis meraikan petugas pilihan raya Dun Penaga, semalam.

Katanya, antara Dun sararan ialah Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Sungai Aceh dan Bayan Lepas di samping mempertahankan Dun Permatang Pasir yang dimenangi tiga penggal berturut-turut.

Parlimen sasaran pula, ujarnya adalah Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

"Semua jentera parti kena lipat gandakan aktiviti sehingga pengumuman penting oleh Najib. Jangan ada lagi Majlis Tindakan Dun (MTD) yang lena tidak menggerakkan kegiatan dengan membuka bilik gerakan di Unit Peti Undi (UPU), " jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas.

MCA tendang apa sahaja sebelum....

Posted: 10 Sep 2012 12:09 PM PDT


KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan BN melalui KTM Komuter mengadakan gerabak khas untuk wanita diterima tetapi bila PAS menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita makan di majlis hari raya dikritik oleh MCA.

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh MCA sekarang, terlalu takut kehilangan kuasa sehingga semua perkara dianggapnya musuh.

Akhbar MCA, The Star hari ini membuat tinjauan khas tentang program Hari Terbuka PAS Negeri Sembilan yang menyediakan tempat khas untuk wanita makan.

Namun, sebagaimana yang disahkan oleh Anggota Parlimen Rasah, Anthony Loke, mana-mana wanita yang ingin makan bersama lelaki, mereka tidak dihalang.

"Saya telah duduk satu meja bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan isterinya. Tidak ada sesiapa yang larang kami," kata Anthony Loke sebagaimana dilaporkan The Star.

Semalam, majlis hari raya PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman juga menyediakan tempat makan khas untuk wanita sahaja.

Tetapi mana-mana pihak yang ingin makan di mana-mana pun tidak pula dilarang oleh AJK yang bertugas.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani nyata terkejut dengan isu yang dimainkan oleh The Star ini.

Katanya, langkah yang dibuat oleh PAS Negeri Sembilan adalah untuk memberikan ruang yang selesa untuk tetamunya khasnya wanita makan.

"Saya tidak tahu mengapa hal ini menjadi isu sekarang kerana kita telah melakukan hal ini sejak dari dahulu," kata Taufek sebagaimana dilaporkan The Star.

Dalam laporannya, Ketua Biro Politik dan Strategi MCA, Datuk Lee Yuen Fong  menyesali langkah PAS itu.

"Kenapa kita perlu asingkan sedang kita membuat majlis rumah terbuka dan ditempat terbuka.

"Ini menunjukkan langkah yang PAS akan ambil apabila berkuasa nanti," katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Star.

FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah

Posted: 10 Sep 2012 12:06 PM PDT


Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang.


Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi.

Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit  kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian.

Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu "putar alam" mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat.  Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat.

Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad)  bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan.

Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa "kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun" walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka? Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-12 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka?

Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham.

Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion. Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka.  Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda.

Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham.  Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan.

Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal.   Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi.

Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%.

Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca  dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi  dan sumbangan sektor gula yang megecil.

Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan.

Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 830 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc., ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd. Kumpulan pemegang saham yang digelar "cornerstone investors" setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari.

Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 830 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar.

Menyedari hal ini,  Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka.  Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya.  Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan?

Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi "bonus" RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan "wang percuma" tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 830 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham.

Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan.  Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB.

Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik

Posted: 10 Sep 2012 12:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai 'kelas kedua'.

"Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia  memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Katanya, kenyataan Shabery baru-baru ini yang berkata kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat pada temasya di London itu sebagai tidak adil sama sekali.

"Kami merasakan OKU seumpama inilah yang sewajarnya diberikan perhatian dan diberikan bantuan yang melebihi orang lain yang cukup sifatnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini,katanya ditambah kenyataan pedas Shabery yang mengatakan bahawa 'perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan'.

Iskandar berkata, kenyataan itu sangat menyinggung perasaan OKU.

"Kami amat kesal kenyataan penghinaan yang diberikan oleh Datuk Seri Shabery tersebut yang boleh disifatkan bongkak dan tidak mengadili kekurangan seseorang manusia," katanya.

Oleh yang demikian, ujarnya DPPM mendesak satu tindakan diambil terhadap Shabery dengan segera dan mendesak agar atlet paralimpik juga diberikan pencen yang lebih baik daripada atlet Olimpik negara.

"Tidakkah mereka juga telah mengharumkan nama negara?" tanya beliau.

Umno: Sumbat di sini, bocor di sana

Posted: 10 Sep 2012 11:58 AM PDT


"Ahli-ahli Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak memerlukan mereka".

Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan "priority" yang salah yang dilakukan oleh Umno.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang lalu.

Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah "inter-party" dan "intra-party" dalam BN.

Musuh Umno ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas.

Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.

Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan "kuda pelejang" untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi.

Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

"It"s better late than never," kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela.

Umno akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri.

Masalah dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang "terminal" yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.

Bagimanakah Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN.

Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.

Bagaimana Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan?

Umno tidak sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.

Jika pecat memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?

Jika lah benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri.

Pimpinan Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno "suspect everybody and trust nobody" terhadap semua ahli-ahlinya.

Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka.

Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno.

Bagi ahli Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.

Ahli-ahli Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.

Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini.

"Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam Umno pun hidup kita serupa juga," kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.

Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini berlubang kat sana". 

Sabotaj parti: Pemimpin tertinggi Umno cemas

Posted: 10 Sep 2012 11:53 AM PDT


KUALA LUMPUR: "Jika begitu tegasnya nada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, ini bererti Umno dan BN berada dalam keadaan gawat dan tenat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, disiplin dan akhlak ahli Umno dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka.

Baru-baru ini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tegas menggesa anggota Umno dan BN yang cuba mensabotaj calon serta parti dalam pilihan raya disingkirkan.

Kenyataan beliau disambut pula oleh pemimpin lainnya yang menyokong kenyataan tersebut.

Riduan berkata, gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras untuk menenangkan keadaan.

Katanya, kenyataan Muhyiddin menunjukkan bahawa Umno sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan mereka.

Baginya, agenda membela bangsa adalah kata-kata manis yang lahir dari lidah mereka sahaja, sedangkan hati mereka tiada niat untuk membela nasib rakyat.

Menurutnya lagi, mereka lebih bernafsu untuk memikirkan diri mereka sendiri.

Tambahnya, tindakan mereka dizahirkan dengan sanggup 'mengalahkan' calon dan parti mereka sendiri dalam PRU13 jika mereka atau orang pilihan mereka tidak terpilih bertanding.

"Sebegitu rapuh dan murahnya 'aqidah' perjuangan mereka terhadap parti sendiri, tidak terbayangkan bagaimana kelak pemimpin seperti ini sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat lebih dari diri mereka sendiri," katanya.

Dalam keadaan sekarang, ujar Riduan apakah masih ada sekelumit hati pemimpin Umno merasakan menjadi wakil rakyat sebagai suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik dan memberikan khidmat kepada masyarakat terutama pengundi sebagai suatu keutamaan.

Beliau mempersoalkan, mungkinkah ada kalangan mereka merasakan amanah yang dipikul itu akan menjadi suatu bebanan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak.

Sebaliknya, kata beliau mungkin mereka merasa menjadi Yang Berhormat atau menteri adalah suatu kemuliaan dan juga peluang untuk membolot kemewahan dunia sebanyaknya tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka wakili.

"Saya ingin mengajak rakyat menilai kembali sokongan mereka kepada Umno. Parti seperti ini tidak boleh disokong kerana mereka sendiri sanggup menjual beli parti mereka sendiri hanya kerana kepentingan diri mereka.

"Zahirnya nampak kuat, namun dalamannya amat rapuh dan lemah. Parti seperti ini boleh rebah bila-bila masa sahaja," ujarnya lagi.

Katanya, kenyataan Muhyiddin pula akan menguji diri beliau jika ia benar-benar terjadi ke atasnya.

"Sesetia itukah Muhyiddin terhadap partinya sendiri atau beliau turut akan sama mensabotaj dan akan disingkir jika tidak terpilih sebagai calon PRU13?" tanya beliau.

Nyanyian Iqwal, Rosmah dan Najib

Posted: 10 Sep 2012 11:31 AM PDT


(Najib menari bersama isteri dan rakan-rakan di Aidilfitri)

KUALA LUMPUR: Video klip yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor menari dan menyanyi di majlis Aidilditri beliau kini mula mendapat tarikan ramai.

Video klip yang turut memaparkan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri mula disebarkan melalui Youtube tetapi dengan link yang terhad.

"This video is unlisted. Only those with the link can see i".

Ia memaparkan bagaimana seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya.

Untuk menonton video ini, sila klip di sini. Namun selepas disiarkan Harakahdaily, link ke laman itu telah dikeluarkan oleh pemiliknya.

Namun ia boleh dilihat di sini pula.

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

Posted: 10 Sep 2012 11:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.
Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.

Blogger Umno berdepan penghakiman engkar

Posted: 10 Sep 2012 11:12 AM PDT


KOTA BHARU: Seorang blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan penghakiman engkar apabila tidak hadir pada prosiding kes saman Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad(gambar) terhadapnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata ketika prosiding kes berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin tiada notis kehadiran dan pernyataan pembelaan difail defendan.

Katanya, disebabkan keengkaran tersebut Mahkamah Tinggi menangguhkan kes terbabit kepada 1 Oktober bagi membolehkan peguam Mohd Apandi memfailkan permohonan penghakiman engkar.

"Pada prosiding semalam defendan tidak hadir dan tiada peguam yang hadir mewakilinya, manakala plaintif diwakili peguam Farah Helmy," katanya di sini.

Defendan dipercayai pemilik blog http://www.kelatekito.net/ memaparkan tulisan bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" yang diterbitkan pada 8 November 2011.

Blogger terbabit juga menulis "terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman, kelatekito.net mendapati Yang Dipertua Pas Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya."

Mohd Apandi dalam writ samannya menyebut tulisan tersebut tidak benar sama sekali yang bertujuan memburuk-burukkannya sebagai pimpinan PAS.

Katanya, tulisan itu juga dengan maksud menuduh plaintif sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut dipadamkan artikel terbabit serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi yang amat minimal kepada plaintif, namun defendan enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Mohd Apandi menuntut defendan mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Blogger terbabit juga dituntut membayar gantirugi sebanyak RM1 juta kepada plaintif bagi perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Turut dituntut gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan injunksi menghalang defendan atau ejen menerbit kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan.

Pemuda PAS Kedah lapor polis pemimpin PR dihina

Posted: 10 Sep 2012 11:02 AM PDT


KUALA LUMPUR:Dewan Pemuda PAS Kedah bertindak membuat laporan polis berhubung gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dihina pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan polis tersebut dibuat berikutan kenyataan polis sebelum ini yang hanya akan menyiasat sesuatu kes sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria, berkata dengan laporan polis tersebut, pihaknya berharap satu siasatan segera diadakan bagi memastikan pihk polis tidak membuat pendakwan terpilih.

Beliau yang turut diiringi Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Yahya menegaskan polis tidak lagi boleh memberikan alasan untuk tidak menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini, pihak polis mengambil langkah proaktif terhadap mahasiswa yang dikatakan menghina gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dn isteri, ketika sambutan ambang merdeka, 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, ramai pihak melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis tersebut yang disifatkan membuat siasatan terpilih, sedangkan gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat turut dihina pihak tidak bertanggungjawab.

"Polis dalam kenyataannya sebelum ini, berkata mereka bukan buat siasatan terpilih, tetapi tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu (hina pemimpin PAS).  Justeru, hari ini kita membuat laporan dan berharap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Alor Setar, petang tadi.

Sebelum ini, beberapa gambar pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dikencing pihak tertentu.

Manakala, gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng turut menjdi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memijak dan membakar gambar mereka.

Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis

Posted: 10 Sep 2012 10:58 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa  benar-benar mengecewakan musuh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan 'syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.

Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.

Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," nasihat beliau.

Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.

"Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.

"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak  sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.
"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh," tambah beliau.

Masalah air di Mentakab, mana rakyat didahulukan

Posted: 10 Sep 2012 10:51 AM PDT


TEMERLOH:Laungan "mana rakyat didahulukan", "mana janji ditepati" bergema dalam perhimpunan aman melibatkan beberapa orang penduduk di bandar Mentakab di sini hari ini berikutan telah lima hari terputus bekalan air paip.

Penduduk mendakwa, gangguan beklaan air tanpa notis itu disebabkan kerja mengorek tanah di pinggir jalan utama oleh kontraktor yang menyebabkan saluran paip pecah tetapi dibiarkan sejak Khamis lalu.

(Gambar: Penduduk berkumpul sambil membawa bekas air di hadapan projek menggali kabel yang didakwa menyebabkan bekalan air paip terputus selama lima hari.)

Akibatnya lebih 10,000 penduduk bandar ini terutama melibatkan taman-taman perumahan terpaksa menghadapi kesukaran menjalani hidup tanpa air.

Antara kawasan yang terbabit ialah Taman Zabidin, Taman Mentakab, Taman Orked, Taman Taha, Taman Damai, Taman KSM, Taman Pasir Rawa, Taman Setia, Taman Sagumpas, sekitar bandar Mentakab dan Jalan Temerloh.

Penduduk dari Taman Zabidin N. Sakuntala, 57, kesal pihak berkuasa terlalu lambat menyelesaikan masalah bekalan air paip sedangkan ia keperluan nombor satu untuk makan minum, membersihkan pakaian dan diri.

"Saya terpaksa pergi ke rumah kakak di Taman Saga (5 kilometer dari rumah) untuk memunggah air siang malam dan ini sangat memenatkan dan membuang masa.

"Air ini keperluan utama untuk hidup sekeluarga jadi bila terputus jadi satu gangguan, ada keluarga yang anak-anak tak boleh sekolah kerana baju tak basuh kerana kami terpaksa menghentikan semua kerja lain kerana kena mencari air untuk dipunggah ke rumah," katanya.

Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah diswastakan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) pada Februari tahun ini. Namun ramai yang merungut meskipun telah bertukar pengurusan taraf perkhidmatannya tetap tidak berubah kerana air sering terputus, saluran paip bawah tanah selalu pecah atau bocor dan pembaikan terlalu lembab.

Siew Yui Seng (kanan) dari Taman Taha yang turut berhimpun berkata, beliau diberitahu masalah disebabkan kerja-kerja menanam kabel baru tetapi kesilapan mengorek tanah berlaku sehingga terkena batang paip lalu pecah.

Beliau telah menemui kontraktor meminta penjelasan, tetapi kontraktor memberi alasan barang gantian kerosakan masih tidak ada.

"Yang hairannya kenapa Paip tak bantu selesaikan sebab air bagi kami betul-betul penting. Kami juga kesal sikap Paip kerana setiap kali dihubungi mereka tak layan atau berdolak-dalik. Sedangkan ini bukan kali pertama berlaku, dah kerap sangat," ujarnya.

Pengusaha Restoran Kari Kepala Ikan Raub yang turut terjejas, Mahendran, 53, (kiri) berkata gangguan air ini tidak ada notis jadi beliau menghadapi kesulitan sehingga terpaksa menyewa lori dan tong besar bagi membeli air paip di tempat cuci kereta.

"Bagi saya yang berniaga kedai makan ini memang susah sangatlah sebab nyawa kedai dan perniagaan saya betul-betul pada air paip. Sejak beberapa hari ini memang pendapatan perniagaan saya terjejas kerana ada masanya terpaksa tutup.

"Yang peliknya dulu-dulu masa belum swasta tidaklah teruk sangat macam sekarang, sekarang ini selalu sangat kerosakan dan terputus bekalan air berlaku," jelasnya.

Seorang lagi penduduk Ramasamy Letchmanan pula kesal dengan wakil rakyat kawasan berkenaan yang tidak mahu turun melihat masalah penduduk walaupun beberapa kali diberitahu.

"Masa mengundi pilihan raya bukan main lagi wakil rakyat cari kami seorang seorang untuk dapat undi. Sekarang apabila tiba masalah seperti ini menimpa penduduk, wakil rakyat langsung tak turun tengok jangankan nak selesai masalah.

"Kalau macam ini bagaimana slogan kerajaan boleh janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?," soalnya.

Tambahnya, turut terlibat ialah sekolah rendah Tamil Mentakab juga tiada air, sedangkan besok (Selasa) pelajar akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Bagaimana kalau ada yang sakit perut sedangkan air tandas kering?," soalnya.

Antara yang paling teruk menerima kesan ialah rumah pangsa empat tingkat Taman Taha di Mentakab.

Ketua Blok B perumahan berkenaan Masri Samah, 40, (kanan) yang juga turut hadir berkata, ketiadaan air membawa masalah besar kepada yang mempunyai anak-anak kecil dan orang tua.

"Bayangkan anak-anak sekolah baju tak berbasuh dan pakaian bayi yang berlambak-lambak. Pulak tu kerap sangat berlaku masalah air di sini sehingga kadang-kadang makan masa seminggu.

"Bila bil air tak bayar surat merah sampai, cepat-cepat bekalan air dipotong dan bila nak sambung kena bayar RM120. Tapi sekarang apabila bekalan air paip terputus berlarutan lima hari tidak ada pegawai atau orang besar yang nak tengok kami.

"Bila kami telefon pejabat minta hantar lori tangki air mereka kata lori tak cukup," keluhnya.

Menurutnya dalam tempoh terputus bekalan air kali ini ada beliau mendengar lori tangki menghantar air sekali tetapi pada waktu tengah malam dan kebanyakan penduduk sedang tidur.

Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz

Posted: 10 Sep 2012 10:45 AM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.

(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail(gambar) sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 10 Sep 2012 01:41 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Gambar sekitar Majlis jamuan AidilFitri Pas caw.Sri Nervillia,Jab.Amal dan Briged Amal.

Posted: 09 Sep 2012 05:49 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 10 Sep 2012 11:22 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Majlis Syura tak bincang isu Nasharudin

Posted: 09 Sep 2012 04:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Samseng: PKR mahu jumpa Ketua Polis Negara

Posted: 09 Sep 2012 04:51 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin PKR akan memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung beberapa serangan terhadap program parti itu sejak kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,  Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution akan menulis surat memohon pertemuan itu diadakan dengan segera.

Semalam, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR sekali lagi diserang ketika siri lawatan di Jasin, Melaka.

Bas tersebut dihalang sekumpulan samseng dan dilempar cat merah.

Ianya merupakan serangan kedua selepas kali pertama diserang di Kota Bharu minggu lepas.

Menurut Nik Nazmi, sebelum itu lagi, taktik samseng sama telah digunakan terhadap pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

Ia termasuk serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai apabila terkena batu yang dilontarkan terhadap YB Nurul Izzah Anwar dan pelbagai lagi kejadian lain.

Pun begitu katanya, sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini pihak polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini.

"Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri terus diam membisu, seolah-olah memberikan lampu hijau untuk gejala samseng ini terus berleluasa.

"Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Di Raja Malaysia Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," katanya.

Salahuddin ketuai pasukan khas isu Rapid Pengerang

Posted: 09 Sep 2012 04:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang melibatkan pengambilan tanah penduduk oleh kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub merangkap pengerusi pasukan khas tersebut berkata, PAS mahu menyelesaikan isu itu dengan segera selepas kerajaan bertindak mengambil tanah penduduk tanpa mempedulikan hak mereka.

"Hasil mesyuarat bulan ahli jawatankuasa PAS hari ini, PAS bersetuju tubuh 'task force' isu Rapid di Pengerang bagi membantu penduduk di Johor menyelesaikan isu yang semakin berlarutan ini," kata beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru petang ini.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dilantik sebgai timblan pengerusi pasukan khas tersebut.

Petronas merancang membina kilang petrokimia bernilai RM20 bilion bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di Pengerang yang diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Namun projek tersebut dibantah penduduk yang risau tanah mereka diambil tanpa pampasan sewajarnya.

Salahuddin juga berkata, satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Pengerang pada 30 September ini sebagai tanda protes selepas usaha penduduk berunding dengan pihak pemaju dan kerajaan menemui jalan buntu.

"Kita akan berhimpun secara besar-besaran di Pengerang sebagai sokongan kepada penduduk yang mempertahankan tanah mereka," katanya.

Majlis hari terbuka Aidilfitri PAS meriah

Posted: 09 Sep 2012 04:51 PM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun hujan mula membasahi padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, ia tidak menghalang orang ramai untuk menghadiri majlis terbuka Aidilfitri PAS Pusat,hari ini.

Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu, dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum, sama ada Cina, dan India.

Kebanyakan orang ramai yang hadir turut membawa anak kecil bersama-sama bagi memeriahkan suasana hari terbuka itu.

Pada tahun ini, PAS Pusat menyediakan pelbagai menu istimewa, antaranya sate, lemang, nasi dagang, kuey tiaw goreng, mee goreng, dan menu kegemaran kanak-kanak, aiskrim.

Hampir kesemua pemimpin utama PAS berada pada majlis sambutan Aidilfitri, bagi membolehkan para hadirin berpeluang bersalaman dan bergambar kenangan.

Pengarah program, Mohamad Nor Muhammad, berkata seramai 500 petugas dari Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Negeri Sembilan membantu melancarkan majlis.

"Terima kasih kepada yang hadir, yang difahamkan bukan sahaja dari sekitar Lembah Kelang, tetapi juga dari Negeri Sembilan. Sambutan agak menggalakkan, sehinggakan menu utama iaitu nasi dagang sudah habis sejak jam 3 petang," kata beliau yang ditemui pada majlis tersebut.

Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada majlis tersebut.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Dupahang's Weblog

Posted: 10 Sep 2012 11:19 AM PDT

Dupahang's Weblog


GAMBAR YANG MEMBUATKAN ORANG SAKIT

Posted: 10 Sep 2012 07:57 AM PDT

penjelasan-kedudukan-plaza-tunku-yaakob-surau-solihiah

Posted: 10 Sep 2012 06:47 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 10 Sep 2012 09:44 AM PDT

Jasindaily Online


Perkasa Cemas Sebab Salah

Posted: 10 Sep 2012 08:30 AM PDT

BAGAIMANA Perkasa, sebuah NGO politik yang berimej samseng boleh cemas dengan dakwaan ia yang melempar kasut dalam masjid di Kedah yang disasarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perkasa tidak mengaku ia angkaranya dan menggesa ia disiasat dan buktikan ia angkaranya.Orang Alor Setar kenal suku sakat Perkasa di situ dan di antara orang kuat Perkasa itu adalah orang UMNO. Dengan kejadian samseng di masjid itu, penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi masjid itu tidak payah untuk mengecam anasir-anasir Perkasa yang ada di tengah mereka. Penyokong Ketua Pembangkang – PKR dan PAS – yang ada di masjid tidak teragak-agak menuduh ia gara-gara angkara Perkasa. Perkasa ditubuhkan oleh Ibrahim Ali, MP Pasir Mas yang memang dikenali samseng sejak di zaman pelajarnya lagi. Ditubuhkannya Perkasa adalah membela UMNO yang tidak dapat mendakwa sebagai pembela Melayu kerana parti itu adalah penjual bangsa Melayu. Apa yang UMNO dan pemimpinnya cakap tentang Melayu tidak dipercayai orang.Perkasa muncul bagi menggantikan UMNO untuk bercakap tentang orang Melayu. Ia mengaku NGO sebenarnya bekerja untuk UMNO dan kerajaan pimpinan Najib.Bahasa orang politik pendekatannya adalah radikal. Pada orang Melayu radikal itu adalah samseng.

Anwar dalam jelajah Merdeka Rakyatnya singgah bertazkirah di sebuah masjid di Kedah. Lalu samseng tadi mensabotaj lampu dan pembesar suara hingga bergelap dan suara tazkirah tadi tidak didengar. Antara yang menjolok mata, anasir itu melempar kasuk yang disasarkan kepada Anwar tetapi mengenai orang lain.Tidaklah banyak kejinya antara melempar kasut di masjid dengan memijak dan menungging punggung pada gambar Najib di Dataran Merdeka yang heboh sekarang.Orang melondeh seluar dan memijak gambar PM itu sudah dikenal pasti kerana polis memang memerhatikan semua yang berlaku dalam Himpnan Janji Merdeka itu.

Walaupun Anwar itu Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri menunggu, polis tidak terasa ia ada tanggungjawab melindungi majlis yang dihadirinya dari diganggu samseng. Tidak seperti polis di negara-negara yang mengiktiraf sisstem ketua pembangkang, menjaga keselamtan Ketua Pembangkang sama dengan menjadi keselamatan Perdana Menteri.Bukan Perkasa saja pertubuhan samseng di dunia. Biasanya pertubuhan samseng itu membuat kacau terhadap seterunya di mana-mana saja. Kadang-kadang mereka meletupkan bom dan menembak orang.Dalam setiap kejadian mereka nantinya mengaku bahawa kejadian itu mereka yang melakukannya. Mereka tidak sekadar tembak curi atau pukul lari. Mereka kemudian menghantar mesej kepada polis atau kepada media mengaku mereka yang punya angkara.

Semseng itu ada keberanian dan seoleh-oleh ada benda yang diperjuangkannya. Ia dibuat begitu kerana mereka mahu orang tahu akan kewujudannya dan kegiatannya. Tentulah pengakutan itu ada risiko tindakan ke atasnya.Mereka sanggup menghadapi risiko itu.Akan tetapi Perkasa tidak ada keberanian itu. Orang ramai di tempat kejadian tahu anasir Perkasa ada di situ dan mereka amat yakin ia angkara Perkasa. Sama ada dakwaan orang itu betul atau tidak, orang luar yang mengikuti kegiatan Perkasa percaya Perkasa boleh melakukannya.Mungkin Perkasa tidak terlibat. Tetapi memandangkan Perkasa itu memang samseng, orang boleh percaya ia yang buat.Sangkaan orang itu adalah satu pengiktirafan kepada Perkasa. Perkasa patutnya seronok dan berbangga bila orang akui ia garang, berani dan samseng.Tetapi apabila Perkasa dituduh melempar kasut ia seorang tergamam. Tidak berkata beberapa ketika. Lama kemudian baru ia bersuara tidak mengaku dan menyuruh supaya disiasat.Tidakkah itu cemas namanya?

Undangan Jamuan Hari Raya dan Ceramah Menuju ke Putrajaya

Posted: 10 Sep 2012 08:03 AM PDT




Jamuan Hari Raya PAS Jasin Meriah

Posted: 10 Sep 2012 07:45 AM PDT

PAS Kawasan Jasin telah mengadakan Jamuan Hari Raya bertempat di Perkarangan Bangunan PAS Cawangan Serkam Darat pada hari ahad 9 september yang lalu. Program yang julung kali diadakan diluar kompleks PAS Kawasan Jasin bermula jam 11.30 pagi hingga jam 2.30 petang. Program turut diserikan dengan konvoi Kelab Motor Alternatif (ARC) Jasin yang menjelajah keseluruh kawasan Serkam. Majlis turut dihadiri segenap anggota masyarakat di Seluruh Negeri Melaka.










































Bila Si Kitol dan Raja Mandaliar Membuat Onar

Posted: 09 Sep 2012 10:48 PM PDT

Lokasi : Kampung Kelubi Jasin

 

Sambutan 1 Syawal Memanda Menteri dan Jemaah Menteri

Posted: 09 Sep 2012 10:42 PM PDT




Orang sambut raya dengan rasa kesyukuran, memanda sambut raya dengan tarian. Tarian 1 Malaysia pulak tu. Bikma tak komen apa sebabnya dia pun join sekali. Well inilah cara dan hiburan yang dihalalkan oleh UMNO / BN . Patutlah generasi anak muda yang lahir jadi macam-macam rupanya sifunya yang mengajarnya jadi sedemikian. Insaflah wahai teman-teman 

Isu Nasha : Mesyuarat Majlis Syura PAS tak bincang kedudukan bekas Timbalan Presiden

Posted: 09 Sep 2012 10:37 PM PDT

 Kuala Lumpur: PAS mengekalkan bekas Timbalan Presiden parti, Nasharuddin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura PAS. Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat Majlis Syura Pas yang dipengerusikan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din malam tadi tidak membincangkan kedudukan Nasharuddin. Tak bincang kedudukan "Tak ada langsung dibincangkan dalam mesyuarat malam ini. Beliau masih ahli Majlis Syura," katanya kepada media sejurus mesyuarat selesai di ibu pejabat PAS, di sini. 

Ketika ditanya sekali lagi sama ada isu mengenai masalah Nasharuddin dibincangkan, beliau secara tegas menjawab: "Tak timbul sebarang masalah." Nasharuddin yang ditanya mengenai kedudukannya ketika keluar daripada mesyuarat bersama Abdul Hadi, hanya berkata: "Saya ikut presiden (Abdul Hadi)." Beliau sebelum ini menerima kecaman beberapa pihak dalam PAS berikutan kenyataannya sekembali dari Makkah baru-baru ini yang dianggap melanggar dasar parti. Lebih menggusarkan banyak pihak dalam parti ialah apabila gambarnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pertemuan khas dengan beberapa ulama Arab Saudi di Makkah, disiarkan dalam media. 

Ahli Parlimen Bachok itu juga meminta PAS mengkaji semula kedudukan parti dalam pakatan pembangkang selepas DAP secara konsisten menolak dasar parti untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud. Kenyataan keras Nasharuddin itu dilihat bercanggah dengan pendirian parti dan ditentang pemimpin PAS, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terbuka menggesanya keluar parti. Pada 25 Ogos, Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat yang dipengerusikan Abdul Hadi tidak membuat sebarang keputusan mengenai Nasharuddin, sebaliknya memutuskan kedudukan pemimpin itu akan ditentukan Majlis Syura PAS. 

Mengenai sama ada Nasharuddin akan dicalonkan semula untuk pilihan raya umum akan datang, Abdul Hadi berkata, ia akan ditentukan kemudian. "Majlis Syura hanya mengadakan mesyuarat biasa membincangkan mengenai calon pilihan raya bagi pastikan calon berwibawa sebelum diputuskan," katanya. Bagaimanapun, katanya, parti menerima banyak senarai calon berwibawa sehingga ada empat calon bagi satu kawasan. Mesyuarat berlangsung kira-kira dua jam sehingga kira-kira jam 11 malam, tetapi Nik Abdul Aziz dilihat keluar daripada bilik mesyuarat pada jam 9.20 malam, selepas dikatakan memberi pandangannya mengenai isu Nasharuddin./ bharian

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 10 Sep 2012 09:43 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan Selangor mengucap Selamat Berjaya Kepada Semua Calon UPSR

Posted: 10 Sep 2012 09:05 AM PDT

SHAH ALAM
10.9.12

Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) BERMULA 11/9/12. Demam peperiksaan ini bukan sahaja melanda pelajar yang menjadi calon setiap tahun tetapi juga ibubapa.Lebih-lebih lagi si ibu. Naluri ibubapa mahu melihat anak berjaya dalam merangkul semaksima mungkin A dalam ujian ini. Bolehlah dikongsi bersama keputusan anaknya dengan keluarga, sahabat handai, jiran tetangga bahkan ibubapa rakan-rakan sekolah anaknya.

Bagi ibubapa yang di kalangan yang bergelar terpelajar, sudah tentu tekanan ini jauh lebih tinggi daripada ibubapa yang berpendidikan sederhana kerana mereka akan diselubungi malu berlipat kali ganda kerana dilihat seolah gagal mendidik anak. Ibubapa yang miskin tetapi mempunyai daya mahu berubah akan memberi segala-galanya untuk mempastikan anak mereka mencapai yang terbaik. Mereka bersungguh mahukan anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya untuk mempastikan kualiti hidup mereka lebih baik daripada dirir mereka. Keringat diperah, tulang empat kerat ligat melorong anaknya ke lorong kejayaan. Diakhiri dengan kedua tangan diangkat untuk berdoa, bermunajat.
Tulus ikhitiar ibu dan bapa untuk buah hati yang bertempur di atas kertas, namanya ujian atau peperiksaan.

Bermula dengan UPSR, PSRA, PMR, SMA,SPM, STAM,STPM......hingga ke menara gading.Ibubapa terus berkorban wang ringgit, air peluh dan air mata bagi mempastikan si anak berjaya membawa pulang kertas yang tercetak markah terbaik, keputusan cemerlang, mumtaz....

Walaupun keputusan ujian atau peperiksaan ini bukan segala-galanya tetapi ia telah memukau ramai ibubapa, anak-anak hingga ke pemutus dasar untuk riuh gempita tentang isu yang dianggap amat besar ini.Fenomena tahunan.....tiada yang baru.Namun natijah daripada keputusan yang buruk akan menjadi petanda awal tentang kesukaran masa depan pelajar ini. Di kira kurang cerah. Akan payah mendapat pekerjaan atau sumber pendapatan yang mencukupi dan kualiti hidup merudum dan kurang dihormati masyarakat.

Justeru, persiapan rapi sepatutunya dilakukan oleh semua pihak untuk mempastikan kejayaan pelajar menghadapi peperiksaan. Sindrom demam peperiksaan disebabkan stress memuncak di ambang peperiksaan boleh menjadi wabak yang lazim sekiranya fenomena belajar intensif di saat akhir dibiarkan bercambah dan berakar umbi sebagai norma dikalangan pelajar.
Saya mengharapkan pelajar kita belajar untuk berjaya dalam kehidupan kita dengan melalui peperiksaan yang hanya mengukur kejayaan mereka menguasai elemen ilmu, pengetahuan dan kemahiran penting dalam mengurus hidup diri,keluarga dan masyarakat melalui penggunaan bijak lambakan sumber-sumber  yang dikurniakan Ilahi.

Saya mendoakan semua calon-calon peperiksaan awam akan berjaya memperolehi keputusan peperiksaan yang terbaik.


Usaha,usaha,usaha
Berdoa
Bertawakkal

Mudah-mudahan berjaya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Sep 2012 09:07 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Semoga Berjaya

Posted: 10 Sep 2012 08:52 AM PDT


Terima kasih

Posted: 09 Sep 2012 05:12 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ingin mengucapkan ucapan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mereka yang telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka PAS Negeri Sembilan 1433H di Dataran Senawang pada 8 September 2012. Ucapan penghargaan juga khusus untuk mereka yang telah memberikan sumbangan wang ringgit dan tenaga samada secara langsung atau tidak langsung.

Ucapan penghargaan juga terutamanya kepada tetamu dan orang ramai yang sudi hadir pada majlis tersebut.

Bagi pihak penganjur , saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan sepanjang majlis diadakan.

Kes bunuh diri meningkat, apa tindakan JAKIM dan Majlis Agama?

Posted: 09 Sep 2012 05:12 PM PDT

Kajian mendapati 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Kajian juga mendapati terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di negara ini dengan hanya 233 pakar sakit jiwa di seluruh Malaysia. Kementerian Kesihatan sedar akan masalah ini dan akan mengambil langkah tertentu. Apa pula langkah yang akan diambil oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri, adakah Khutbah Jumaat akan lebih serius lagi mengetengahkan permasalahan masyarakat semasa?

Kementerian Kesihatan ambil langkah cegah bunuh diri

9 Sep 2012 - Kementerian Kesihatan mengambil langkah untuk menangani isu berkaitan kesihatan mental, termasuk menggubal pelan strategik kebangsaan bagi mencegah perbuatan bunuh diri. Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelan itu akan meliputi lapan bidang.

"Ini termasuk meningkatkan kesihatan mental, menambah baik langkah awal bagi mengesan gangguan mental dan cubaan membunuh diri, memupuk kerjasama antara pelbagai agensi dan meningkatkan keupayaan petugas penting seperti doktor, pakar psikiatri, profesional penjagaan kesihatan serta polis.

"Kami juga perlu perbanyakkan lagi penyelidikan tentang perlakuan bunuh diri, menambah baik sistem pemantauan bagi tujuan pengesanan awal, mempromosikan laporan media yang bersifat bertanggungjawab berkaitan perbuatan bunuh diri dan berusaha mencegah penyalahgunaan dadah serta racun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia di sini, hari ini.

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Sep 2012 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT

Posted: 09 Sep 2012 05:46 PM PDT





Satu Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat besama penuntut-penuntut  yang bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir dan ibu bapa mereka telah diadakan di Masjid Ubudiyyah Shah Alam. Majlis anjuran bersama Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKSAM ) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( ILMAM ) itu berjalan dengan lancar.
YB Dr Rani dalam ucapannya mengingatkan mahasiswa yang insyaAllah akan ke Mesir ini supaya mengambil kesempatan sepenuhnya sementara berada di bumi Anbiyaak itu supaya menguasai Bahasa Arab dan mendalami ilmu Islam supaya boleh kembali dan berkhidmat ditanahair berlandaskan ilmu Islam yang begitu meluas.

MAJLIS MAKAN MALAM DAP KLANG MENGUMPUL DANA PILIHANRAYA

Posted: 09 Sep 2012 05:07 PM PDT





YB Dr rani telah menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam DAP Klang. Ucapan penuh bersemangat beliau disambut dengan tepukan gemuruh hadirin yang majoritinya adalah orang Cina di Daerah Klang dan Meru.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PEJABAT TANAH MERIAH

Posted: 09 Sep 2012 03:23 PM PDT





Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Sep 2012 07:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


APAKAH KESUDAHAN NASIB ROHINGYA ?

Posted: 09 Sep 2012 07:26 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 10 Sep 2012 03:56 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Simpati pada IGP dan anggotanya.

Posted: 09 Sep 2012 03:38 AM PDT

Saya ingin merakanlan rasa simpati kepada IGP dan Polis Di Raja Malaysia yang terpaksa menanggung beban diatas keganasan puak Umno serta NGO's tajaan nya kebelakangan ini. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku jika sekiranya pemimpin Umno mampu mengawal kebiadapan ahli-ahli dan sekutu mereka.

Sementara itu kepimpinan PKR berhasrat mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar susulan dua insiden serangan dan kekasaran ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat kendalian parti itu.

Kejadian kedua membabitkan bas itu disaksikan di Jasin, Melaka semalam.

"Untuk menghentikan kejadian ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (Ismail) akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk bertemu dan memastikan polis memberikan perhatian terhadap amalan yang mengancam demokrasi negara ini," kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang disertai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain parti itu sekali lagi diserang semalam ketika siri lawatan di Jasin, Melaka.

Ini berikutan serangan ke atas bas sama di Kota Bharu minggu lepas.

"Sebelum itu, taktik samseng sama telah digunakan terhadap pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Ini termasuk serangan terhadap Datuk Seri Anwar di Sembrong Johor, kecederaan warga emas di Lembah Pantai apabila terkena batu yang dilontarkan terhadap Nurul Izzah Anwar dan pelbagai lagi kejadian lain.

"Pun begitu, sekalipun pelbagai laporan polis dibuat, sehingga hari ini pihak polis dilihat tidak serius dalam mengambil tindakan dalam hal ini," kata beliau.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri terus diam membisu, seolah-olah memberikan lampu hijau untuk gejala samseng ini terus berleluasa.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Sep 2012 01:45 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ali memang setan

Posted: 10 Sep 2012 01:14 AM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

LAPOR...Jamil menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KHURAFAT...minyak wangi yang didakwa bomoh terbabit boleh menghalau syaitan.

KHURAFAT...minyak wangi yang didakwa bomoh terbabit boleh menghalau syaitan.

JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.

Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.

Katanya, dia terpengaruh mendapat khidmat bomoh yang dikenali sebagai Ali, 40-an, selepas lelaki itu mengakui dirinya ustaz dan menjalankan rawatan secara tradisional mengikut cara Islam.

"Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan," katanya ketika ditemui.

Dia berkata, bomoh itu mendakwa boleh mengubat secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah menerusi jin yang menurun dalam badan pembantu peribadinya.

metro/-

Lelaki putus telinga diserang dua individu kerana teguran

Posted: 10 Sep 2012 01:01 AM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

IPOH – Teguran berkenaan haiwan peliharaan membangkitkan rasa tidak puas hati jiran tetangga yang bertindak menyerang seorang buruh di Kampung Kobin, Mengelembu, di sini, menyebabkan mangsa hampir putus telinga akibat ditetak dengan parang.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, S Nagalingam, 41 cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Jurucakap polis memaklumkan, mangsa sedang berehat di perkarangan rumahnya pada masa kejadian dan telah didatangi dua individu berusia 30-an yang dipercayai jirannya.

Menurutnya, berlaku pertengkaran sebelum salah seorang daripada suspek bertindak menyerang mangsa bertalu-talu, menggunakan parang selepas berang dengan teguran daripada mangsa.

"Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan pergelutan itu hanya terlerai selepas isteri mangsa melemparkan serbuk kari ke arah suspek.

"Menyedari perbuatan mereka diperhatikan jiran tetangga lain, kedua-dua suspek beredar dari rumah mangsa," katanya.

Isteri mangsa, G Saraswathy, 31 berkata, dia nekad membantu mangsa sungguhpun ketakutan melihat insiden berkenaan.

"Semasa kejadian, saya dengan bunyi bising di bahagian depan rumah, sebelum mendengar suami saya meraung minta tolong.

"Melihat keadaan suami saya yang parah ketika itu, saya bertindak nekad berlari ke dapur dan mengambil serbuk kari. Tidak disangka serbuk kari yang dilemparkan itu berjaya menakutkan mereka," katanya.

Mangsa yang merupakan bapa kepada lima orang anak, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB dan masih belum sedarkan diri.

Sinar Harian dimaklumkan keadaannya semakin stabil dan menerima jahitan pada telinganya serta terdapat kesan luka pada bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan, siasatan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

METRO/-

Temui bayi beralas kain batik berdarah

Posted: 10 Sep 2012 12:43 AM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

YAN: "Hati saya tersentuh sebaik melihat bayi lelaki masih bertali pusat dalam dalam keadaan kesejukan ditemui hanya dialas kain batik yang penuh darah hampir kering dalam tandas lelaki di masjid ini.

"Bagaimanapun, bayi itu langsung tidak menangis walaupun bahagian mukanya dihurung semut, malah ada jemaah perempuan yang baik hati sempat menyusukan bayi itu yang kelaparan dan dibawa ke dalam masjid untuk diazankan," kata Naharah Saad, 57.

Naharah antara individu awal yang menemui bayi lelaki itu dalam tandas Masjid Al Falah, Sungai Daun Atas, dekat sini, jam 6 petang pada 23 Ogos lalu iaitu pada hari raya ke-4 Aidilfitri yang dipercayai ditinggalkan sejurus selepas dilahirkan.

Ini berikutan bayi yang dilahirkan seberat 2.94 kilogram itu ditemui masih bertali pusat, manakalanya urinya dipotong tetapi ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen.

Naharah berkata, bayi itu ditemui seorang lelaki bersama keluarganya dipercayai dari Baling yang singgah di masjid berkenaan untuk menunaikan solat terkejut apabila melihat bayi itu berada di belakang pintu tandas ketika mengambil wuduk.

Menurutnya, dia yang ketika itu berbual dengan keluarga terkejut apabila menantunya, Nasir Ghani, 30-an yang ketika itu hendak keluar ke pekan berpatah balik memberitahu ada bayi ditemui di belakang pintu tandas lelaki masjid berkenaan yang terletak 200 meter dari rumahnya.

"Saya tidak sampai hati melihat bayi berkenaan dan anak perempuan saya memberikan kain lampin bayinya menyelimut tubuh bayi itu dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian.

"Ketika dibawa ke dalam masjid, bayi itu membuka matanya, tetapi tidak menangis menyebabkan saya sebak mengenangkan nasibnya yang ditinggalkan ibunya," katanya.

Katanya, ini kali pertama penemuan bayi di kampung berkenaan, malah dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kerana sebelum ini hanya menonton di televisyen dan membacanya di akhbar.

Sementara itu, Pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan, Norliza Azezool, berkata bayi lelaki berkenaan diberi nama Muhammad Fitri, 18 hari, diserahkan kepada Hospital Yan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapat rawatan.

Menurutnya, Muhammad Fitri dibenarkan keluar hospital, semalam dan diserahkan semula kepada pihak JKM bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk jagaan sementara.

Katanya, perintah jagaan sementara itu diberi selama sebulan bermula semalam sehingga 8 Oktober depan bagi memberi peluang kepada waris atau ibu bapa kandungnya menuntut semula bayi berkenaan untuk urusan dokumentasi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Kanak-kanak 2001 dan pihak kami sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini pagi tadi (semalam) di Balai Polis Guar Chempedak.

"Justeru, keluarga atau waris bayi berkenaan boleh menghubungi JKM di talian 04-4619510 atau 04-4619512 untuk menyalurkan maklumat," katanya.

metro/-

Umno: Sumbat di sini, bocor di sana

Posted: 10 Sep 2012 12:32 AM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

"Ahli-ahli Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak memerlukan mereka".

Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan "priority" yang salah yang dilakukan oleh Umno.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang lalu.

Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah "inter-party" dan "intra-party" dalam BN.

Musuh Umno ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas.

Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.

Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan "kuda pelejang" untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi.

Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

"It"s better late than never," kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela.

Umno akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri.

Masalah dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang "terminal" yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.

Bagimanakah Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN.

Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.

Bagaimana Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan?

Umno tidak sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.

Jika pecat memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?

Jika lah benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri.

Pimpinan Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno "suspect everybody and trust nobody" terhadap semua ahli-ahlinya.

Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka.

Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno.

Bagi ahli Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.

Ahli-ahli Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.

Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini.

"Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam Umno pun hidup kita serupa juga," kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.

Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini berlubang kat sana". — aspanaliasnet.blogspot.com

Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik

Posted: 10 Sep 2012 12:25 AM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai 'kelas kedua'.

"Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Katanya, kenyataan Shabery baru-baru ini yang berkata kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat pada temasya di London itu sebagai tidak adil sama sekali.

"Kami merasakan OKU seumpama inilah yang sewajarnya diberikan perhatian dan diberikan bantuan yang melebihi orang lain yang cukup sifatnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini,katanya ditambah kenyataan pedas Shabery yang mengatakan bahawa 'perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan'.

Iskandar berkata, kenyataan itu sangat menyinggung perasaan OKU.

"Kami amat kesal kenyataan penghinaan yang diberikan oleh Datuk Seri Shabery tersebut yang boleh disifatkan bongkak dan tidak mengadili kekurangan seseorang manusia," katanya.

Oleh yang demikian, ujarnya DPPM mendesak satu tindakan diambil terhadap Shabery dengan segera dan mendesak agar atlet paralimpik juga diberikan pencen yang lebih baik daripada atlet Olimpik negara.

"Tidakkah mereka juga telah mengharumkan nama negara?" tanya beliau.

harakahdaily/-

Israel lancar 4 serangan udara di Gaza

Posted: 10 Sep 2012 12:14 AM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

BANDARAYA GAZA: Israel melancarkan empat serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, awal hari ini menyebabkan seorang kanak-kanak Palestin cedera.

Saksi dan anggota perubatan berkata, pesawat Israel mensasarkan balai polis di El Tufah di timur Bandaraya Gaza dan dua serangan lagi di bahagian timur.
Pegawai perubatan berkata, dalam serangan berasingan termasuk serangan menggunakan roket, budak berusia enam tahun dilaporkan cedera.

Serangan Israel berkenaan kononnya kawasan itu giat dengan aktiviti penyeludupan di terowong bawah tanah berdekatan Rafah yang menghubungkan sempadan Gaza dan Mesir. - AFP

Pertandingan tebang batang pokok

Posted: 09 Sep 2012 11:28 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

LILLEHAMMER, Norway - Lebih 100 peserta mengambil bahagian pada pertandingan akhir Kejohanan Dunia Menebang Batang Pokok Stihl di sini kelmarin.

Para peserta dari 24 buah negara itu menunjukkan kemahiran mereka menebang batang pokok dengan menggunakan kapak dan gergaji rantai. - Agensi

Bocor skandal apabila mabuk

Posted: 09 Sep 2012 11:26 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

MALANG...mangsa menerima rawatan di Hospital Miri selepas diserang dengan kapak oleh rakan sekerjanya, kelmarin.

MIRI: Perbualan dua rakan sambil minum arak di sebuah rumah sewa di Riam di sini, kelmarin, berakhir tragedi berdarah apabila seorang daripada mereka menerima lebih lima jahitan di kepala akibat ditetak dengan kapak.

Kejadian jam 10.30 malam itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri rakannya itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa, seorang buruh binaan berusia 40-an, menjemput rakan sekerjanya ke rumah sewanya untuk minum bersama.

"Suspek yang juga berusia 40-an itu tiba di rumah rakannya itu seawal jam 9 malam, namun sejam selepas sesi meneguk arak, berlaku pertengkaran antara mereka apabila suspek secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri mangsa," katanya.


Sumber itu berkata, pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek, tetapi mangsa yang berang dengan pendedahan itu, memukul suspek.

metro/-

Peneroka hilang sabar

Posted: 09 Sep 2012 11:23 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

Penduduk Felda Jengka 20 mengambil kesempatan membasuh motosikal menggunakan air yang mengalir dari paip pecah.

JENGKA - Sudah cukup bersabar dengan masalah bekalan air, kini peneroka Felda Jengka 20 terpaksa berhadapan pula dengan masalah paip pecah setiap hari sejak Ramadan lalu.

Pada asalnya mereka hanya mahu mendiamkan diri, namun setelah kejadian paip pecah kerap berlaku, mereka mula hilang sabar kerana ia turut menimbulkan masalah lain.

Jamhari Hashim, 62, berkata, masalah paip pecah itu berlaku di beberapa kawasan di tanah rancangan tersebut.

Menurutnya, di hadapan klinik desa contohnya, sudah tiga kali paip di tempat sama pecah.

"Selain di situ, paip pecah juga berlaku di sebelah dewan serba guna, di masjid dan beberapa kawasan lain," katanya kepada Sinar Harian.

Hassan Karta, 53, berkata, paip pecah itu bukan sahaja menyebabkan jalan rosak dan berlubang, malah mengakibatkan ketiadaan air di tanah rancangan terbabit.

"Apabila paip pecah, mereka terpaksa gali lubang untuk baiki paip berkenaan menyebabkan beberapa jalan di tanah rancangan ini rosak, malah akan berlaku pembaziran air.

"Kami pula akan terputus bekalan air dan ia menyusahkan kami untuk melakukan urusan harian," katanya.

Program terganggu

Timbalan Pengerusi Masjid Felda Jengka 20, Muslihat Harus, 65, berkata, masalah paip pecah itu telah mengganggu program bersama bakal jemaah haji Jengka yang menghadiri program Qiamullail dan persediaan haji di tanah rancangan tersebut.

"Disebabkan paip pecah, air di masjid tidak ada menyebabkan peserta terpaksa ambil wuduk gunakan air botol mineral.

"Lebih memalukan apabila banyak acara yang dirancang tergendala kerana tiada air. Kami selaku tuan rumah rasa sangat terkilan," katanya.

Biarpun berang dengan masalah yang menimpa, penduduk bagaimanapun berterima kasih kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) kerana bertindak pantas menyelesaikan masalah paip pecah itu.

Tukar segera paip lama

Wan Halim Wan Mahmud, 60, berkata, mereka bersimpati dengan petugas Paip yang terpaksa bekerja ketika Aidilfitri dan cuti umum untuk mengatasi masalah terbabit.

Katanya, masalah itu tidak akan selesai selagi paip yang dibina sejak 1975 tidak diganti dengan paip baru.

"Sebelum ini kita dengar pihak atasan beberapa kali umumkan bajet, selain berjanji akan tukarkan paip lama dengan yang baru.

"Namun sehingga ini, apa yang dikatakan masih belum terlaksana. Jika ia diganti baru, pasti dapat menjimatkan kos baik pulih yang menelan belanja lebih tinggi," katanya.

sinar harian/-

Anak akan lapor polis dakwaan salah laku Faizoull

Posted: 09 Sep 2012 11:12 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang didakwa dilakukan bakal Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad pernah diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Aduan yang dikatakan dibuat oleh kakitangan Felda itu sendiri merupakan sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Faizoul ketika menjadi Timbalan Pengarah Besar Felda.

Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurut Mazlan, aduan kepada SPRM itu dibuat pada 27 Julai lalu, dan salinan aduan-aduan tersebut dikirimkan kepada beliau sebagai maklumat.

Bagaimanapun, tegas beliau, pihaknya tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap aduan yang dipercayai membabitkan penyalahgunaan dana itu dijalankan SPRM.

"Tujuh aduan itu boleh dikatakan hanyalah sebahagian dari penyelewengan yang dilakukan Faizoull ini. Di tangan saya masih ada 10 lagi aduan salah guna kuasa beliau yang akan saya dedahkan satu ketika nanti," tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung salah laku Faizoul itu dalam masa terdekat, biarpun pada awalnya tidak berniat untuk berbuat demikian.

harakahdaily/-

Bajet 2013: Dayatahan ekonomi negara dibimbangi

Posted: 09 Sep 2012 11:02 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

1. Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor's (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, saya menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan dayasaing dan dayatahan ekonomi negara.


2. Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.

Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.

3. Saya berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.

Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.

4. Oleh itu, saya mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.

Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.

5. Saya berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.

Kita menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.

6. Malah, saya sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi 'semak dan timbang' (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.

7. Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, saya mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, "Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?" dan yang lebih penting, "Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?".

8. Selamatkan Malaysia!

harakahdaily/-

71 bangunan rosak akibat gempa bumi di Bogor

Posted: 09 Sep 2012 10:58 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

JAKARTA — Gempa bumi berkekuatan 4.8 pada skala Richter yang menggegarkan kawasan Bogor pada Ahad mengakibatkan 71 bangunan rosak setakat ini.

Kejadian pada 1.27 pagi semalam yang berpusat di 31 km ke barat daya daerah Bogor mengakibatkan berlaku gegaran kuat sehingga dirasakan sampai ke Taman Nasional Gunung Halimun Salak Sukabumi.

"Daripada data yang diperoleh, sampai sekarang ada 71 unit bangunan yang rosak terdiri daripada rumah penduduk, madrasah dan perkumpulan agama Islam, kesemua bangunan berkenaan rosak ringan," kata jurucakap bahagian penguat kuasa Majlis Daerah Kabandungan, Nurdin Sopiyan kepada wartawan, pada Ahad.

Nurdin berkata, data awal mengenai kerosakan itu dilaporkan oleh empat desa iaitu Desa Tugu Badak, Cihamerang, Cipeutey dan Kabandungan. — BERNAMA

Jeritan cucu selamat nenek

Posted: 09 Sep 2012 10:48 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

JERAM - Jeritan seorang cucu berusia tujuh tahun yang panik melihat api marak di tengah ruang bilik di tingkat atas menyelamatkan neneknya dari rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Tahir Manan, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu tidak disedari pasangan warga emas, Amir Arikandang, 72, yang strok dan isterinya, Masitah Md Noh, 72, yang ketika itu berehat di luar rumah bersama dua cucunya selepas selesai bersarapan.

Menurut Masitah, ketika dia masuk ke dalam rumah untuk memasak juadah tengah hari, cucunya, Nurul Iman Mohd Azli, 7, yang ketika itu sedang naik ke tingkat atas secara tiba-tiba menjerit memaklumkan ada api di kawasan atas rumah.

"Saya kemudiannya ditarik cucu untuk keluar ke rumah manakala suami yang panik turut menggagahkan diri untuk bangun dan keluar rumah apabila api kian marak dan merebak ke seluruh kawasan tingkat atas yang 100 peratus kayu.

"Sekelip mata, rumah pusaka yang berusia lebih 30 tahun yang dibina suami itu musnah sekelip mata dan kami hanya mampu melihat rumah dengan linangan air mata memandangkan tidak mampu untuk berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Masitah berkata, dia tidak sempat untuk menyelamatkan barang dan dokumen penting yang ada kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas dan hanya dalam masa 10 minit, keseluruhan rumah musnah sehingga menyebabkan tujuh motosikal di bawah rumah rentung.

"Saya bersyukur kerana kebetulan ketika kejadian, kami semua berada di luar rumah seperti rutin harian untuk melihat burung dibela dan semuanya selamat tanpa kecederaan," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, anaknya yang juga seorang pemandu lori, Mohd Azli Amir, 37, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Banting untuk urusan kerja terkejut apabila dimaklumkan rumah yang didiami bersama kedua ibu bapanya musnah dalam kebakaran.

"Ketika itu, saya hanya teringat keadaan anak dan ibu bapa saya yang kurang sihat dan apabila dimaklumkan mereka selamat, saya bersyukur teramat sangat.

"Namun, saya amat sedih melihat koleksi motosikal klasik yang tersimpan di bawah rumah rentung dan hanya tinggal rangka sahaja. Insiden ini menyebabkan saya putus asa untuk meneruskan hobi ini," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan bantuan segera Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dihulurkan melalui Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman bagi meringankan beban yang ditanggung.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Datuk Amiruddin Setro, pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan JKKKN termasuk Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram, Muhd Rashid Abd Kassim.

sinar harian/-

Sabotaj: PAS tidak serupa dengan Umno

Posted: 09 Sep 2012 10:34 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS tidak perlu menyingkirkan mana-mana ahlinya sebagaimana yang ingin dilakukan Umno, memandangkan semua ahli PAS bersatu padu dan tidak pernah mensabotaj ahli sendiri.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menegaskan dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan ahli parti itu selama ini, isu sabotaj di kalangan ahli-ahlinya tidak pernah berlaku.

Keadaan itu, katanya berbeza dengan Umno yang kini bimbang dengan ahli-ahlinya yang berkemungkinan melakukan sabotaj sehinggakan timbalan presiden parti melayu itu terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan ahli yang cuba mensabotaj parti.

"Kenyataan itu jelas menunjukkan Umno mengalami krisis dalaman sehinggakan terpaksa melakukan kaedah 'bulldozer' dengan menyingkirkan ahli mereka. Manakala, bagi pihak PAS, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengambil langkah serupa seperti Umno," tegas beliau ketika ditemui di majlis hari terbuka PAS, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada PAS akan mengambil langkah serupa seperti Umno untuk menyingkirkan mana-mana ahlinya yang cuba mensabotaj parti.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata Umno akan menyingkirkan ahlinya yang cuba mensabotaj parti itu.

Dalam pada itu, Khalid berkata PAS bersama-sama Pakatan Rakyat sudah bersiap-sedia bagi menghadapi pilihan raya umum sejak akhir tahun lalu.

"Kita hanya menunggu perdana menteri untuk membubarkan parlimen. Kita sudah lama bersedia. Namun, memandangkan tempoh sudah semakin singkat, maka kita kini akan mevmasuki gear lima bagi tujuan itu," tegas beliau yang optimis dengan kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 akan datang.

harakahdaily/-

MCA tendang apa sahaja sebelum....

Posted: 09 Sep 2012 10:25 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan BN melalui KTM Komuter mengadakan gerabak khas untuk wanita diterima tetapi bila PAS menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita makan di majlis hari raya dikritik oleh MCA.

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh MCA sekarang, terlalu takut kehilangan kuasa sehingga semua perkara dianggapnya musuh.

Akhbar MCA, The Star hari ini membuat tinjauan khas tentang program Hari Terbuka PAS Negeri Sembilan yang menyediakan tempat khas untuk wanita makan.

Namun, sebagaimana yang disahkan oleh Anggota Parlimen Rasah, Anthony Loke, mana-mana wanita yang ingin makan bersama lelaki, mereka tidak dihalang.

"Saya telah duduk satu meja bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan isterinya. Tidak ada sesiapa yang larang kami," kata Anthony Loke sebagaimana dilaporkan The Star.

Semalam, majlis hari raya PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman juga menyediakan tempat makan khas untuk wanita sahaja.

Tetapi mana-mana pihak yang ingin makan di mana-mana pun tidak pula dilarang oleh AJK yang bertugas.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani nyata terkejut dengan isu yang dimainkan oleh The Star ini.

Katanya, langkah yang dibuat oleh PAS Negeri Sembilan adalah untuk memberikan ruang yang selesa untuk tetamunya khasnya wanita makan.

"Saya tidak tahu mengapa hal ini menjadi isu sekarang kerana kita telah melakukan hal ini sejak dari dahulu," kata Taufek sebagaimana dilaporkan The Star.

Dalam laporannya, Ketua Biro Politik dan Strategi MCA, Datuk Lee Yuen Fong menyesali langkah PAS itu.

"Kenapa kita perlu asingkan sedang kita membuat majlis rumah terbuka dan ditempat terbuka.

"Ini menunjukkan langkah yang PAS akan ambil apabila berkuasa nanti," katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Star.

harakahdaily/-

MEMAHAMI DAN MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM

Posted: 09 Sep 2012 10:17 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

َلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ اْلأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ(21)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

Hari ini perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh kembali menjadi hebat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat. Di mana sahaja kita melihat umat Islam dan orang bukan Islam begitu ghairah membicarakannya walaupun sebahagian besarnya amat tandus pengetahuan mereka mengenainya. Entah kenapa walaupun keghairahan masyarakat dalam membincangkan mengenai perlaksanaannya namun kefahaman masyarakat mengenainya tidak pernah bertambah. Mereka yang menolak masih terus dengan penolakannya dan mereka yang ragu masih terus dengan keraguan mereka.

Sidang Jumaat Sekalian,
Nabi Muhammad S.A.W diberi masa 23 tahun bagi melaksanakan keseluruhan syariat Allah yang selengkapnya. Kesempurnaan syariat Allah dirasai dan dapat dihayati di zaman Khalifah Ar-Rashidin dan kesannya masih menjadi kenangan indah seluruh umat manusia sehingga kini. Jika kajian dan perancangan yang cukup rapi dibuat bagi melaksanakannya maka pastinya semua pihak akan menerimanya dengan baik.

Jika undang-undang Inggeris yang amat asing daripada budaya rakyat di Negara inipun dapat dilaksanakan semenjak merdeka sehingga kini, apakah yang menghalang rakyat menerima Syariat Allah yang menepati fitrah kejadian manusia. Jika undang-undang sedia ada yang tidak sesempurna manapun tidak menimbulkan sebarang huru hara, apakah Hukum Allah yang begitu adil akan mendatangkan kacau bilau di kalangan manusia.

Sidang Jumaat Sekalian,

Rasulullah SAW telah berjaya mengubah budaya dan undang-undang di Negara Arab yang begitu jauh bezanya dengan hukum-hakam Allah. Kejayaan ini adalah hasil kebijaksanaan baginda dalam mengatur perancangan bagi melaksanakannya walaupun terpaksa beransur-ansur hingga mengambil masa melebihi 23 tahun untuk melihat hasilnya. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pensyariatan pengharaman arak dan judi yang telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Dalam kitab Al-Tibyan fi Uluumi Quran (اَلتِّبْياَن فِي عُلُوْمِ الْقُرْان)karangan Al-Sheikh Muhammad Ali Al-Shobuni menerangkan kaedah pengharaman arak di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Secara tidak langsung Allah S.W.T menggambarkan mengenai keburukan arak dengan menurunkan surah al-Nahl ayat 67 :
وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ َلآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٦٧﴾

Ertinya :
Dan dari buah-buah kurma dan anggur dapat kamu ambil minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.

Dalam ayat ini Allah S.W.T hanya menerangkan bahawa anggur boleh digunakan bagi membuat minuman yang memabukkan dan boleh juga menjadi sumber rezeki yang baik kepada manusia. Selepas turunnya ayat ini sebahagian umat Islam yang mampu berfikir menyedari bahawa seolah-olah ada satu isyarat dari tuhan Rabbul Jalil mengenai perahan anggur yang dijadikan arak oleh masyarakat. Persoalan ini terus bermain difikiran mereka tanpa ada jawapannya. Kemudian Allah S.W.T menurunkan pula surah al-Baqarah ayat 219 :
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌۭ كَبِيرٌۭ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذَ‌ٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ الآيَات لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾

Ertinya:
Mereka bertanya mengenai arak dan judi, Katakanlah bahawa pada keduanya ada mudarat yang besar dan ada juga beberapa manfaat bagi manusia. Dan kemudaratan keduanya bagi manusia adalah melebihi daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya mengenai apa yang akan mereka nafkahkan, maka katakanlah : yang melebihi keperluan. Demikianlah Allah S.W.T menerangkan ayat-ayatnya kepada mu supaya kamu mampu memikirkan.

Amaran Allah S.W.T dalam ayat ini samalah dengan amaran kerajaan di tepi kotak-kotak rokok yang menyatakan bahawa merokok mebahayakan kesihatan namun berapa ramaikah yang mahu mengambil pengajaran. Para sahabat juga mengambil sikap tunggu dan lihat malah masih meneruskan kegiatan mereka kerana tiada tanda yang jelas mengenai pengharamannya.

Sidang Jumaat Sekalian,

Diceritakan bahawa Abdul Rahman Bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat. Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa aku diundang dan dihidangkan dengan arak lalu aku meminumnya. Kemudian apabila aku menjadi imam solat maka aku diminta menjadi imam sehinggalah aku membaca surah al-Kafirun ayat 1-3 dalam keadaan mabuk dan tersilap seperti berikut:

قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ(2) وَنَحْنُ نَعْبُدُ مَا عَبَدْتُمْ (3)
Ertinya :
Katakanlah wahai orang-orang kafir, aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa yang kamu sembah.

Maka turunlah ayat 43 surah an-Nisa' yang berbunyi :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ
Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk kecuali setelah kamu mengetahui apa yang kamu katakan.

Sidang Jumaat Sekalian,

Setelah penurunan ayat ini sebahagian sahabat terus menjauhi arak manakala sebahagiannya masih meneruskannya kecuali apabila mahu mendirikan solat. Maka diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat termasuk Hamzah, bapa saudara Nabi sedang berkumpul dan ketika itu terdapat seorang hamba menghiburkan mereka dengan lagunya :
اَلاَ يَا هَمْزُ لِلشَّرَفِ النَّوَاءِ وَهُنًّ مُعَقَّلاَتٌ بِالْفِنَاءِ

Ertinya :
Ingatlah wahai Hamzah terdapat unta-unta tua yang bermain-main itu, mereka telah diikat di halaman rumahnya.

Lalu Hamzah terus memotong tali unta milik Saidina Ali lalu Ali mengadu kepada Nabi. Apabila Nabi memarahi Hamzah lalu Hamzah menjawab : Bukankah kamu semua bapa-bapa saudara ku ? Maka sedarlah Nabi bahawa bapa saudaranya itu sedang mabuk.

Tidak lama kemudian maka turunlah ayat 90-91 surah al-Maidah yang mengharamkan terus arak daripada di minum oleh umat Islam :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَـٰمُ رِجْسٌۭ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَـٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَ‌ٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾

Ertinya :
Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak dan judi, penyembahan berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji yang menjadi amalan syaitan. Maka kamu jauhilah ia semoga kamu mendapat kemenangan. Sesungguhnya syaitan menghendaki agar timbul di kalangan kamu permusuhan dan kebencian kerana arak dan judi seterusnya dengan itu menghalang kamu dari mengingati Allah S.W.T dan mendirikan solat. Masih kah kamu berdegil lagi ?

Sidang Jumaat Sekalian,

Kita pada hari ini tidak perlu menunggu turunnya wahyu baru dari Allah kerana keseluruhan Syariat Allah sudah lengkap, Namun kaedah beransur-ansur ini dalam melaksanakannya. Rasulullah S.A.W berjaya mengubah bangsa Arab sepenuhnya dalam masa 23 tahun sedangkan negara-negara Islam hari ini masih gagal menguatkuasakan hukum Allah walaupun telah mencapai kemerdekaan berpuluh-puluh tahun.

Kita gagal kerana kita tidak pernah beransur-ansur mahu melaksanakannya. Di mana sahaja ada sebahagian umat Islam berusaha melaksanakannya maka wujud pula sebahagian yang lain mencari kelemahan dan cuba menghalangnya. Kita tidak punya masa lagi untuk berbahas mengenai keindahan syariat Islam kerana hanya yang buta sejarah sahaja yang tidak mengakuinya. Tanggung jawab kita pada hari ini hanyalah untuk membuktikannya.

Sesiapa sahaja yang mahu mengusahakannya wajib kita bantu dan segala kekurangannya harus sama-sama ditampung. Semua pihak mesti sama-sama berusaha menegakkannya secara beransur-ansur. Jika 10 tahun lalu kita sudah memulakan penerangan mengenai syariat Allah kepada seluruh masyarakat, maka pasti hari ini kita tidak lagi menghadapi masalah dalam melaksanakannya. Media massa dan media cetak hari ini telah gagal menjalankan tugasnya bagi menjelaskannya kepada masyarakat malah lebih banyak menambahkan kekeliruan dalam masyarakat.

Maka marilah kita semua bersatu tenaga bagi melaksanakannya secara beransur-ansur. Jika semua pihak memang berniat untuk melaksanakannya walaupun pendekatannya berbeza, maka tiada alasan bagi kita berbalah kerananya kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Gunakanlah segala cara yang ada bagi menerangkannya kepada masyarakat agar pihak yang berusaha menguatkuasakannya tidak diganggu oleh pihak yang sebenarnya amat jahil mengenai perlaksanaannya. Jika ini kita lakukan maka bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam juga akan menerimanya sebagai undang-undang negara.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةًۭ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ‌ٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ ﴿٢٠٨﴾

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata;…Al-Baqarah ayat 208

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekelian,

Setiap Umat Islam wajib membantu ke arah menjayakan perlaksanaan Syariat Allah sepenuhnya. Kita akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan kita membantu perjuangan melaksanakannya apatah lagi jika kita menjadi penghalang kepada perlaksanaannya. Oleh yang demikian, marilah kita bersama mengikhlaskan diri kita untuk melaksanakan amanah ini.

Perbanyakkanlah usaha-usaha penerangan bagi menjelaskan kepada masyarakat walaupun kefahaman masyarakat bukanlah menjadi syarat untuk melaksanakan sebarang undang-undang. Janganlah kita mengeluarkan sebarang ungkapan yang menghina, mempertikai dan menimbulkan kekeliruan atau kekhilafan berkenaan perlaksanaannya kerana ianya tidak akan membantu untuk menjayakan perlaksanaannya melainkan hanya menggangu usaha-usaha ke arah perlaksanaannya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .

اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah! Kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

[BERGAMBAR] Kisah "Abil & Isteri" Sentuh Perasaan, Dapat Perhatian Ramai

Posted: 09 Sep 2012 09:40 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

Abil sentiasa menemani isterinya Fauziah.

Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai "cinta murni sebenar."

Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang.

Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu.

Noraini Amran, dari Universiti Malaya, pembaca terawal menurunkan komen menerusi portal Sinar Harian Online berkata: "Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

Dia juga menulis, terdapat kes-kes seumpama tetapi tidak mendapat perhatian.

"Maaflah dulu... ada juga saya pernah jumpa..tapi tak masuk surat khabar," katanya lagi.

Razman Rashid pula menulis, "sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

DzulsharifDzul Sharif dari Bangi juga rasa sayu hati mendengar cerita Abil Fikri.

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah," katanya.

Kisah Abil juga menerima perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat .

Katanya, "semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini," kata beliau.

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini," kata beliau.

Abdul Hakim dari Universiti Teknologi Malaysia memberi sokongan dengan menulis "semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

Roslan Mamat dari Kuala Terengganu dengan berkata, "syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri," katanya.

Faizal Ismail, yang memperkenalkan dirinya seorang guru berkata, "ini baru betul cinta..."

Sokongan moral turut diberikan oleh pembaca bernama Zol Kharnai.

Katanya, "semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."

"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma.

"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik," kata beliau lagi.

Pembaca bernama Noripz Aries Mazwan dari San Francisco pula menulis, "semua orang mahukan suami sebegini..."

Di sebalik sokongan moral, seorang pembaca, yang menggunakan nama Mat Top berkata, "Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."

"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja," katanya.

Shaikh Mohamed Noordin menulis, "inilah yang dikatakan 'suami masali''."

"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini," kata beliau.

Beberapa pembaca mendoakan agar isteri Abil Fikri cepat sembuh.

John Labu berkata, "suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya," katanya lagi.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil menerusi talian 016-2634258.

GREENBOC/-

Naib Presiden Iraq kena hukum gantung

Posted: 09 Sep 2012 09:37 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

PIHAK keselamatan persendirian Iraq menyiasat bangkai bom kereta di luar bangunan konsular Perancis di Nassiriya, semalam.

Baghdad: Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dalam letupan bom dan serangan di 11 kota seluruh Iraq semalam termasuk satu bom kereta di luar bangunan konsular Perancis.

Memburukkan keadaan, mahkamah Iraq menghukum gantung Naib Presiden, Tareq al-Hashemi atas kesalahan membunuh.

Hashemi menghadapi 150 tuduhan termasuk membunuh seorang brigadier jeneral dan peguam, tidak hadir ketika hakim mengumumkan keputusan.

Penyerang yang tidak diketahui identiti mereka menembak askar yang berkawal di pos tentera selain rekrut polis yang sedang berbaris memohon kerja.

Keganasan itu menyebabkan hampir 250 orang cedera.

Pemisah Sunnah dan al-Qaeda melancarkan beberapa serangan besar tahun ini dalam cubaan untuk meningkatkan ketegangan politik dan perkauman yang membawa negara itu hampir kepada perang saudara pada 2006-2007.

Serangan paling serius

Serangan paling serius berlaku tengah malam di Dujail, 50 kilometer ke utara Baghdad apabila lelaki bersenjata dan seorang pengebom memandu kereta serta menyerang sebuah pangkalan tentera membunuh 11 askar dan mencederakan tujuh lain, kata sumber polis.

Sebutir bom kereta meletup di luar bangunan konsular Perancis di bandar raya yang biasanya stabil, Sassiriya, 300 kilometer ke selatan Baghdad, mencederakan dua orang.

Bom kereta yang lain juga diletupkan di bandar raya terbabit membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain.

Lebih ramai yang terbunuh dalam beberapa letupan di seluruh negara di bandar Kirkuk, Samarra, Basra dan Tuz Khurmato.

Militan Islam dan al-Qaeda

Kerajaan Iraq masih berhadapan dengan militan Islam dan al-Qaeda, sembilan bulan selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara itu.

Sayap tempatan al-Qaeda Iraq, Islamic State of Iraq mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan besar membabitkan pasukan keselamatan dan kejiranan Syiah.

Tetapi, bekas ahli parti Baathist Saddam Hussein dan kumpulan Islam Sunnah lain juga menentang kerajaan.

Tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan Ahad.

Ketegangan di Iraq menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan kembali merebak terutama ketika Iraq berhadapan dengan konflik yang meningkat di negara jiran, Syria.
Reuters/AFP

Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz

Posted: 09 Sep 2012 09:30 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.

(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail (gambar) sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

harakahdaily/-

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler

Posted: 09 Sep 2012 09:15 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber, akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

"Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.

"Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta," katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala," katanya lagi.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.

sinar harian/-

73 terbunuh dalam serangan ke atas tentera

Posted: 09 Sep 2012 09:01 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

(Antara kenderaan tentera yang hancur akibat serangan di Dujail, Iraq)

BAGHDAD: Serangan kumpulan bersenjata telah membunuh sekurang-kurangnya 73 orang dalam serangan bertalu-talu di Iraq, membunuh askar di pos tentera dan mengebom polis rekrut yang menunggu untuk memohon pekerjaan.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut tetapi al-Qaeda di Iraq, dikatakan telah berikrar untuk mengukuhkan kedudukannya di Irag dan merampas kembali kawasan-kawasan yang mereka dipaksa berundur oleh tentera Amerika Syarikat tahun lepas.

Dalam serangan dahsyat itu, kumpulan bersenjata menyerbu kumpulan tentera kecil Iraq di bandar Dujail sebelum subuh, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang askar dan mencederakan lapan yang lain, menurut laporan pegawai polis dan pegawai hospital di bandar berdekatan Balad, kira-kira 80km di utara Baghdad.

Para pegawai tersebut tidak mahu mendedahkan nama mereka kerana tidak diberi kebenaran untuk mendedahkan sebarang maklumat.

harakahdaily/-

Anwar: Biar polis siasat isu senjata api

Posted: 09 Sep 2012 08:59 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahakan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

anwar malacca jasin tour bus bodyguard gun 090912Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.

"Saya serahkan kepada polis," katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.

Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan.

Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen.

Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim.

Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah.

malaysiakini/-

Mayat terbaring dalam kereta

Posted: 09 Sep 2012 08:57 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

MAYAT seorang lelaki ditemui dalam kereta BMW dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di kepala kiri dipercayai akibat dihentak dengan objek keras di Bangi semalam.

BANGI – Rasa ingin tahu seorang lelaki mengenai kehadiran sebuah kereta mewah jenis BMW yang tidak bergerak-gerak di kawasan pembuangan sampah di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 di sini membawa penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh semalam.

Mayat Won Sin Keong, 42, dari Batu 9 Cheras ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan memakai seluar jean dan baju T berwarna hitam. Mangsa telah berkahwin.

Mengimbau semula kejadian itu, lelaki yang enggan dikenali itu memberitahu, dia menyedari kewujudan kereta tersebut ketika dia dan ahli keluarganya keluar rumah untuk bersarapan di kedai berhampiran pada pukul 7 pagi.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai bersarapan kira-kira 45 minit kemudian, dia terus berhenti selepas melihat kereta yang masih berada di situ untuk mengetahui apa yang terjadi.

kosmo/-

Team Najib-Muhyiddin retak menanti belah?

Posted: 09 Sep 2012 08:48 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.

Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.

Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.

Malaysiakini difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.

Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada 28 Ogos.

Walaupun dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya,

Perkara ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan.

Menteri undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan tersebut kepada Saifuddin dan Gan.

Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan.

Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd.

PKR menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent.

Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib.

Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui.

Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat.

"Kesemua dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi.

malaysiakini/-

FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah

Posted: 09 Sep 2012 08:40 PM PDT

23 Syawal 1433H. [MOD] -

Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang.

Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi.

Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian.

Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu "putar alam" mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat. Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat.

Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad) bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan.

Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa "kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun" walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka?

Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-12 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka?

Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham.

Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion.

Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka. Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda.

Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham. Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan.

Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal. Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi.

Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%.

Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi dan sumbangan sektor gula yang megecil.

Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan.

Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 830 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc.,

ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd. Kumpulan pemegang saham yang digelar "cornerstone investors" setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari.

Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 830 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar.

Menyedari hal ini, Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka. Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya. Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan?

Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi "bonus" RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan "wang percuma" tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 830 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham.

Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan. Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB.

HARAKAHDAILY/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan