Sabtu, 11 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 10 Aug 2012 07:36 PM PDT

Anwar Ibrahim


Najib Tak Perlu Dolak-dalik, Segerakan Bayar Royalti

Posted: 10 Aug 2012 11:53 AM PDT

Keadilan Daily

PETALING JAYA 10 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu itu.

"Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak," katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, sudah tiba masanya Petronas mempertimbangkan pengagihan royalti yang seimbang berdasarkan projek pendaratan minyak.

Beliau berkata, pengagihan royalti yang seimbang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri yang terbabit.

Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Najib bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Shahrizat Akhirnya Akui Tahu Projek NFC Dikendali Suami

Posted: 10 Aug 2012 12:52 AM PDT

Keadilandaily

Datuk Seri Shahrizat Jalil akhirnya mengaku hari ini bahawa beliau tahu tentang projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya.

Isnin lalu, bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu beriya-iya menafikan beliau tidak tahu menahu tentang projek tersebut, malah mengatakan tidak menjaga urusan kerja suaminya.

"Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media," kata Shahrizat.

"Dalam tahun 2006 hingga 2007, suami saya minta anak-anak pulang dari luar negara untuk bantu urus projek," katanya.

"Bila suami beritahu dia nak anak-anak bantu bina ladang, masa itu baru saya tahu tentang projek NFC," jelas Sahrizat lagi.

Beliau juga beberapa kali mengelak menjawab soalan peguam pembela, Ranjit Singh.

"Jika keluarga menteri dapat keuntungan dari projek kerajaan, adakah menteri itu juga akan dapat untung?" soal Ranjit.

Shahrizat bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut.

Jawapan Shahrizat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu pagi tadi mendapat reaksi pimpinan KEADILAN termasuk Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga saksi dalam kes ini.

"Mahkamah keluh kesah (orang Umnolah yang gelisah) bila Kak Jat (Shahrizat) bagi keterangan dia tak tahu anak dia kerja apa walaupun kerja dengan suaminya," tulis Rafizi dalam twitternya.

Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut mengkritik sikap dolak dalik Shahrizat itu.

"Keluarga itu cukup berahsia, dia tak tahu suaminya kerja apa, anaknya kerja apa dan suaminya juga mungkin tak tahu dia Menteri," kata Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard ketika membalas tulisan rakan twitternya.

Sementara itu, Setiausaha Wanita, Juwairiya Zulkifli mempersoal tindakan Ketua Wanita Umno itu kerana memberikan jawapan berbelit-belit.

"Kak Ijat cakap terlalu berhati-hati sampai terjerat sendiri…Cakap saja terus terang apa yang dia tau! Tak payah nak reka-reka.

"Kak Ijat ni jawab flip flop dan tak faham-faham soalan peguam," kata Juwairiya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan