Ahad, 5 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 05 Aug 2012 01:25 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


PERUTUSAN RAMADHAN 1433HIJRAH - YDP PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 04 Aug 2012 07:02 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Aug 2012 01:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bayi korban nahas

Posted: 04 Aug 2012 09:01 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

REMUK TERUK... keadaan kereta dan lori kelapa sawit yang terbabit dengan kemalangan di persimpangan.

ENDAU: "Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta," kata Rizuan Ghozali, 28, semalam.

Rizuan yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan.

metro/-

Dakwa Wan Ahmad ahli Umno, polis siasat Saifudin

Posted: 04 Aug 2012 08:52 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail disiasat oleh polis dari Balai Putrajaya hari ini ekoran dakwaan beliau Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.

Beliau disiasat atas tuduhan fitnah jenayah kerana mendedahkan kononnya SPR tidak adil atau bias.

Turut serta bersama beliau adalah Latheefa Koya yang bertindak sebagai peguam dalam soal siasat tersebut.

"Polis tidak cukup sibuk," kata Saifudin dalam Twitternya ketika memaklumkan perkara tersebut.

Latheefa pula dalam Twitternya menulis, "Laporan polis dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad terhadap Saifudin kerana memberitahu media dia anggota Umno!"

Saifudin dalam kenyataannya mendakwa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga adalah ahli Umno.

Dalam kenyataannya, Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

Namun, Wan Ahmad menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah ahli UMNO.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan.

Wan Ahmad berkata, beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

harakahdaily/-

Vietnam, Myanmar paling ramai

Posted: 04 Aug 2012 08:46 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Warganegara Vietnam dan Myanmar berumur 30 hingga 77 tahun antara paling ramai diberkas melalui Ops Gelandangan yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak Januari lalu.

Penolong Pesuruhjaya Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, kajian hasil enam operasi yang dibuat sebelum ini.

Menurutnya, masyarakat terlalu pemurah termasuk pihak NGO yang mengagihkan makanan percuma menggalakkan lambakan gelandangan kembali ke ibu negara walaupun sudah dihantar pulang.

"Mereka akan kembali berpelesiran di ibu kota dengan alasan kesempitan hidup di negara masing-masing.

"Masyarakat kita perlu main peranan, sama ada warganegara atau bukan warganegara, bila masyarakat berhenti memberi bantuan jadi sumber itu tiada.

"Apabila tiada, golongan ini tahu mereka susah untuk perolehnya melainkan perlu bekerja," katanya selepas Ops Bersepadu Membanteras gelandangan sekitar ibu negara, awal pagi semalam.

Operasi turut disertai pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Osman berkata, hasil operasi kelmarin, seramai 54 gelandangan yang terdiri daripada 43 rakyat tempatan dan 11 warga asing ditahan.

Katanya, operasi selama lima jam bermula jam 10 malam itu disertai 105 pegawai penguatkuasa yang dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjalankan tinjauan dan tangkapan di Jalan Pudu, Pasar Seni, Kotaraya dan Bulatan Sultan Muhamad.

"Selepas saringan, empat orang diambil di bawah JKM, manakala enam orang positif dadah dan tindakan seterusnya diambil AADK," katanya.

sinar harian/-

Sekeluarga nyaris maut bongkah batu terpelanting depan rumah

Posted: 04 Aug 2012 08:36 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BEIJING: Sebuah keluarga nyaris maut apabila bongkah batu seberat dua tan yang runtuh daripada gunung berhampiran terpelanting ke depan pintu rumah mereka.

Bongkah batu itu hanya berhenti apabila tersekat di dinding. Ia terpelanting akibat kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat selama beberapa minggu melanda Mentougou, kawasan pergunungan dekat ibu negara China itu. "Satu lagi lantunan dan ia mungkin ada dalam bilik bersama keluarga itu. Mereka memang bertuah. "Keseluruhan halaman dan belakang rumah dipenuhi dengan runtuhan batu-batan. Mereka hanya selangkah daripada ditimbus hidup-hidup," kata jurucakap polis.

Mentougou terletak di kawasan pergunungan di barat Beijing dan kaya dengan sumber semula jadi seperti arang batu, granit dan batu kapur. Walaupun meraih populariti sebagai destinasi pelancongan, hampir seluruh kawasan berada jauh di pedalaman dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banyak kediaman diancam bahaya. - DM

BN mahu hentikan air percuma di Selangor

Posted: 04 Aug 2012 08:28 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SUDAH lebih empat tahun rakyat Selangor menikmati air percuma 20 meter padu setiap bulan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun nampaknya Barisan Nasional mula menunjukkan bahawa mereka akan menghentikan perkhidmatan air percuma ini jika berjaya menawan Selangor.

Noh Omar yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas negeri itu mengatakan kerajaan akan menetapkan tarif air yang tidak membebankan rakyat.

Anda ada akal fikiran, sila fikirkan beza antara tarif air percuma yang sedia ada sekarang dengan tarif air yang tidak membebankan rakyat ditawarkan oleh Barisan Nasional jika berjaya tawan Selangor.

Wahai Noh Omar, kalau sudah kena bayar air setiap bulan itu namanya membebankan wahai samdol. Sedangkan rakyat Selangor sekarang tidak perlu membayar air setiap bulan.

Dulu Khir Toyo kata kalau Pakatan Rakyat beri air percuma kepada rakyat, Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun. Tapi nampaknya sampai sekarang tak bangkrap-bangkrap kah kah kah...

Malah simpanan tunai Selangor masa ini sebanyak RM2 Billion mencipta sejarah sebagai simpanan tunai kerajaan negeri paling tinggi di Malaysia kah kah kah...

ReJaM© "Orang bagi tawaran lebih baik, dia bagi tawaran lebih buruk, gila! "

'Rais seperti alihkan tanggungjawab pada panel'

Posted: 04 Aug 2012 08:24 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Penubuhan panel siasatan bagi menyiasat dakwaan ciplak melibatkan lagu kemerdekaan memberikan gambaran seolah-orang menteri berkenaan cuba mengalihkan tanggungjawabnya, kata PKR.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sepatutnya mengesahkan sendiri sama kesahihan dakwaan itu.

"Saya lebih suka kalau beliau (Rais) sendiri sahkan atau tidakkan pilihan (lagu) tersebut.

"Kepada beliau, saya ucapkan selamat maju jayalah," kata Izzah sinis.

Rais terlibat menulis lirik untuk lagu gubahan Jasnie Mohd Yaakub itu.

Rais semalam mengumumkan satu panel akan ditubuhkan untuk mengkaji lagu "Janji Ditepati" yang didakwa disadur dari lagu gereja di Indonesia.

Tubuh Kelab Mahasiswa PKR

Sebelum ini, Rais turut menarik balik logo sambutan 55 tahun kemerdekaan yang dikritik ramai kerana tidak menarik dan kelihatan seperti dibuat secara sambil lewa.

Nurul Izzah juga berkata, kontroversi demi kontroversi melanda lagu itu "amat memalukan" memandangkan Rais seorang menteri yang berpengalaman.

"Ia agak mengecewakan apabila satu demi satu perkara sebegini berlaku," katanya di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.

Sebelum itu, beliau merasmikan penubuhan Kelab Mahasiswa PKR yang menurutnya mampu merapatkan hubungan PKR dan mahasiswa.

Wakil kelab itu, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi berkata penubuhannya bertujuan menghimpunkan mahasiswa untuk mendokong hala tuju PKR tanpa perlu menjadi ahli parti secara langsung.

Pelajar kejuruteraan kimia itu berkata, kelab itu akan turut memperluaskan capaiannya kepada mahasiswa luar negara secara berperingkat-peringkat.

malaysiakini/-

Kes Syaleza: Pemandu Teksi Diantara 4 Lagi Yang Diambil Keterengan

Posted: 04 Aug 2012 08:01 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Polis merekodkan empat lagi keterangan individu termasuk pemandu teksi bagi membantu siasatan kes Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata tiga lagi individu yang diambil keterangan ialah seorang doktor, pengasuh anak lelaki mangsa dan rakan terdekat.

"Namun kita tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini. Mereka yang memberi keterangan ini merupakan antara saksi yang boleh membantu polis dalam menyelesaikan kes kematian mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu termasuk dua rakan sekerja eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 itu dan dengan empat keterangan terbaharu, jumlah keterangan yang diambil ialah sebanyak 14 sehingga hari ini.

Mohd Adnan berkata ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.

Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya, Norazman Bashah dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 10.15 malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

MB K'tan lancar tabung amanah lebuh raya KBKK

Posted: 04 Aug 2012 07:58 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat melancarkan penubuhan satu tabung amanah bagi membiayai pembinaan satu lebuh raya baru menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).

Nik Aziz dalam ucapannya di Sham Alam semalam berkata ia bertujuan untuk membiaya pembinaannya secara wakaf agar pengguna tidak dikenakan tol apabila lebuh raya rakyat itu beroperasi kelak.

"Orang Kelantan sering beri derma surau, sekolah dan kebajikan lain. Mereka derma kerana pahala dan kerana kerajaan tidak beri peruntukan.

"Pemimpin kerajaan tidak tahu tentang kesesakan 4 hingga 5 jam jalan raya di Kelantan, kerana mereka tidak memandu, sebaliknya guna kapal terbang," katanya pada majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) itu.

Dalam majlis sama, exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu menelan belanja kira-kira RM1.4 juta.

Husam berkata, kerajaan negeri telah mendahulukan wang untuk pembinaan lebuh raya itu buat masa ini.

Wang derma terkumpul setakat ini sebanyak kira-kira RM3 juta katanya akan turut digunakan untuk membina lebuh raya jajaran bertingkat dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh yang menelan belanja RM500 juta.

Bagaimanapun pembinaan jajaran tersebut, yang merupakan salah satu daripada pakej lebuh raya rakyat KBKK, masih ditangguhkan buat masa ini, katanya.

Derma boleh dihulurkan ke dalam akaun Bank Islam bernombor 0303601 0003031 atas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

malaysiakini/-

George Kent Hanya Dapat 8.7 Drp 30 Markah Keseluruhan Bagi Penilaian Kewangan

Posted: 04 Aug 2012 07:52 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Petaling Jaya: Konsortiun George Kent-Lion Pacific didakwa mengeluarkan kenyataan palsu berhubung kelulusan penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaan projek tambahan sistem LRT-Ampang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebaliknya berkata, konsortium tersebut sebenarnya gagal dan hanya mendapat 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.

Perkara itu didedahkan Rafizi melalui satu salinan surat yang dikemukakan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar kepada Kementerian Kewangan.

Dalam surat bertarikh 20 Januari itu, Shahril melaporkan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan lapan calon pembida, Konsortium George Kent juga didapati tidak memenuhi syarat kontrak, namun membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (Agreed Disruption Damages) disemak kembali.

Manakala dari segi teknikal, laporan tersebut menyatakan George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal dengan 38.62 daripada 70 markah keseluruhan.

Malah laporan Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Bidaan itu dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara.

"Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, pembohongan yang dibuat Pengarah Eksekutif George Kent, Ir Dr Cheong Thiam Fook ini dibuat dengan tujuan untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Malah, katanya ia menghina semua prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara seolah-olah ia tidak berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

`Lesen besar'

Lebih merunsingkan, katanya ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

"Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional (BN) percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan Najib dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak," katanya.

Disebabkan itu, beliau berkata kemampuan Prasarana kini mungkin diragui bagi memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat Prasarana.

"Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Najib kepada syarikat itu.

"George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih," katanya.

Cheong dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya gagal dalam penilaian teknikal sebelum dianugerahkan projek tersebut yang bernilai RM1.1 bilion, malah yakin dapat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. -FMT

54 kutu rayau ditahan

Posted: 04 Aug 2012 07:37 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 54 kutu rayau ditahan dalam operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara, kelmarin.

Dalam operasi dua jam bermula 11 malam itu, kutu rayau terbabit ditahan di 11 lokasi berasingan seperti Masjid Jamek, Menara Maybank, Pasar Seni, Jalan Silang, Bulatan Sultan Muhamad dan Mydin Kotaraya.

Operasi turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Alam Flora, polis dan imigresen.

Rata-rata yang ditahan enak dibuai mimpi sebelum dikejutkan untuk diperiksa, manakala sampah seperti kepingan kotak yang dijadikan alas tidur dibersihkan pekerja Alam Flora.

Akibat mamai, ada kutu rayau berpakaian selekeh serta berbau hapak berjalan terhoyong-hayang ketika dibawa masuk ke dalam lori DBKL.

Malah, ada yang memaki-hamun penguat kuasa yang menahan mereka serta cuba melarikan diri sehingga terpaksa bergelut supaya tidak terlepas.

metro/-

JK Royalti: Kenapa sekarang - TG Nik Aziz

Posted: 04 Aug 2012 07:33 PM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Walaupun bersyukur dengan keputusan Kerajaan Pusat mahu mengkaji bayaran royalti petroleum untuk Kelantan namun Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz mempersoalkan 'kenapa sekarang'.

Ini kerana, ia sudah lama patut diberikan dan bukannya memberikan janji pula menjelang pilihan raya ini.

"Mengapa Perdana Menteri baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti?" soal beliau kepada media petang semalam.

Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada Tuan Guru Nik Aziz meminta beliau menamakan wakil Kelantan untuk membincangkan isu royalti/bayaran tunai kepada negeri itu.

"Kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung," kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malah menurut Menteri Besar Kelantan, jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang baru sekarang mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran royalti.

"Jawatankuasa ini patut ditubuhkan sejak dulu lagi.

"Semasa perjanjian di antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas dibuat pada 9 Mei 1975, tapi mengapa baru sekarang mahu tubuhkan?" katanya ditemui sebelum pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat dan majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf di sini semalam.

Tengah hari tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Menurut Najib, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

Jawatankuasa itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan, kata Najib.

Nik Aziz turut membidas keputusan Najib yang mahu kajian menyeluruh dilakukan dalam tempoh enam bulan yang sepatutnya mengambil jangka masa lebih pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sahaja.

Beliau berkata, pihaknya belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai nama wakil Kelantan yang akan mewakili negeri itu dalam jawatankuasa khas berkenaan.

"Belum ada lagi sebarang perbincangan. Saya sendiri akan mengadap Sultan Kelantan bagi menghantar nama wakil dan hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan," jelas beliau.

Beliau turut bertegas yang Kelantan mempunyai hak sepenuhnya ke atas royalti minyak kerana kedudukan pelantar cari gali minyak berdekatan dengan pesisiran pantai negeri Kelantan.

harakahdaily/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Aug 2012 09:39 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Masalah air di Kuala Pilah berlarutan sejak beberapa tahun

Posted: 04 Aug 2012 02:50 AM PDT

4 Ogos 2012

KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
"Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
"Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
"Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
"Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
"Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
"Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
"Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari," katanya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Aug 2012 03:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


FAKTA DUNIA YANG DISEMBUNYIKAN ! ALLAHHUAKBAR !

Posted: 04 Aug 2012 08:10 AM PDT

Pembunuhan dan kekejaman yang berlaku terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar) terutama di Arakan sebenarnya bukan baru-baru ini berlaku, tetapi bermula pada pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan semakin meningkat sehinggakan mengejutkan mata dunia.

Selama ini, media Islam sahaja yang berusaha untuk mengkhabarkan tragedi berdarah yang menimpa umat Islam di Burma sedangkan media antarabangsa 'kelas atasan' pada umumnya sekadar menutup mulut, sehingga ramai orang di dunia ini tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi terhadap kaum Muslim Rohingya. Bagaimanapun, fakta-fakta yang dipaparkan selama ini oleh media Islam sering saja menghadapi persoalan dan kritikan dari mereka yang ragu-ragu, walaupun sumbernya adalah dari mereka yang memiliki hubungan secara langsung dengan umat Muslim Rohingya di Arakan.

Lebih-lebih lagi, apabila tersebarnya beberapa gambar-gambar palsu tentang pembunuhan Muslim Rohingya baru-baru ini, ia menjadi alasan sebahagian masyarakat untuk tidak mempercayai fakta-fakta sebenar. Walaupun begitu, fakta tetap fakta, kebenaran akan terungkap walaupun disembunyikan dan ramai yang meragukannya.

Laporan seterusnya adalah sebuah paparan fakta berkaitan usaha pembersihan etnik Muslim Rohingya di Burma yang telah ditulis dan diterbitkan oleh salah satu media jihad, Global Islamic Media Front. Laporan ini telah diterjemahkan oleh pasukan Maktabah Jahizuna, berdasarkan laporan yang diperolehi terus dari tempat kejadian untuk memberitahu keadaan sebenar yang terjadi dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang meraguinya sekaligus menolak dakwaan kononnya rusuhan etnik ini disebabkan oleh kaum Muslimin.

********************************

Punca awal tercetusnya pembunuhan etnik Muslim?

Pembunuhan ini bermula dari fitnah yang disebarkan oleh orang-orang Budha Rakhine terhadap minoriti Muslim Rohingnya. Dikatakan bahawa tiga pemuda Muslim telah membunuh dan memperkosa seorang wanita berusia 26 tahun. Pasti sahaja ini semua adalah bohong. Sebenarnya perempuan itu diperkosa dan dibunuh oleh kekasihnya bersama beberapa pemuda Budha Rakhine. Peristiwa pembunuhan itu terjadi kerana si gadis ingin "putus" dengan kekasihnya keranakan jatuh cinta pada lelaki lain. Teman lelakinya telah berusaha memujuk agar tidak putus. Namun permintaannya ditolak, menyebabkan teman lekakinya menjadi marah dan kemudian mengajak dua temannya untuk membalas dendam dengan memperkosa dan membunuh si gadis.

Lalu para pembunuh itu meletakkan mayat gadis malang itu berhampiran perkampungan Muslim. Kemudian orang-orang Budha Rakhine dan Quaffer Burma (Pihak berkuasa Myanmar) telah menuduh bahawa orang-orang Muslim membunuh perempuan itu. Akibatnya, tiga pemuda Muslim yang tidak bersalah telah ditangkap. Seorang telah dipukul sehingga terbunuh dan dua lagi dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah. Inilah fakta yang ditunjukkan oleh Pemerintah Budha Burma diseluruh dunia. Mereka berani mereka-reka peristiwa dan kes palsu hanya untuk mencari kesempatan membunuh Umat Islam Rohingnya.


Sebelum Bermulanya Pembersihan Etnik Muslim Rohingya

Beberapa bulan sebelum itu, para ekstrimis Budha Rakhine dan Xenophobia telah membuat banyak propaganda-propaganda anti Muslim Rohingnya. Semua itu disebarkan di dalam dan di luar Burma. Sambil melaung-laungkan slogan lama iaitu "Rohingnya bukan rakyat Burma, mereka adalah pendatang asing dari Bangladesh". Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan sebenarnya hendak mengusir Kaum Muslimin di sana.


Propaganda Anti Rohingnya

Lebih pelik lagi, seluruh protes dan sebagainya bagaikan telah dirancang dan serupa dengan kenyataan dan ucapan yang pernah dikeluarkan oleh beberapa Menteri dan Pihak Pemerintah yang berkuasa.


Bagaimana pembunuhan itu bermula dan apa yang terjadi selepas itu?

Padal 3 Jun 2012, Rombongan Jemaah Muslim Rangoon baru sahaja kembali dari pembelajaran ilmu agama di Masjid Thetsa di daerah Thandwe di bahagian Selatan Arakan. Para Jamaah ini sedang menaiki bas menuju ke daerah Rangoon, namun di tengah perjalanan mereka dihadang oleh masyarakat Budha Rakhine di bandar Taungup di Negara Arakan bagian selatan.

Sekumpulan masyarakat ini tiba-tiba mengamuk dan berusaha membunuh semua penumpang. Seorang pemandu, pembantu pemandu dan seorang wanita terkorban. 8 orang Jemaah turut terbunuh. Lima Jamaah sempat melarikan diri.



Jamaah Muslim yang terkorban


Kejadian ini berlaku di hadapan Pejabat Imigrasi. Pada mulanya kumpulan pengganas Budha Rakhine ini menghentikan bas yang bernombor plat 7 (GA) 7868 ini. Mereka menghentikan bas ini betul-betul di hadapan pintu gerbang Imigrasi. Sambil memegang senjata mereka mengarahkan semua penumpang turun dan menjerit, "Turun semua, kami mencari pendatang asing !!!" (bagi mereka kaum Muslimin Rohingnya tidak dianggap sebagai Warga Negara Burma).

Lalu pemandu dan beberapa penumpang bas turun dan meminta agar pengganas ini tidak melakukan hal-hal yang berbahaya terhadap penumpang. Namun para pengganas ini tidak menghiraukan mereka dan memasuki bas secara paksa, lalu berteriak kepada para penumpang bahawa mereka mencari "pendatang asing".

Kemudian mereka mulai memukul dan mengheret para Jamaah Muslim turun ke jalan. Para pengganas Rakhine yang berjumlah kira-kira 300 orang ini pun membelasah beberapa Jamaah Muslim hingga terbunuh. Selepas itu pengganas ini menghancurkan dan membakar bas tersebut.

Anehnya, kumpulan pengganas ini telah berkumpul di depan gerbang pejabat Imigrasi pemerintah, namun tidak ada seorangpun pegawai berkuasa yang berusaha menyuraikan mereka. Dan pada saat kejadian keganasan itupun tidak kelihatan mana-mana pegawai Imigrasi yang berusaha menghalang pembunuhan itu.

Bagi merayakan pembunuhan ini, para pengganas Rakhine ini meludah dan menghina mayat-mayat kaum Muslimin yang tervuar di tengah jalan itu dengan anggur dan minuman keras. Lebih aneh lagi, tidak ada seorang pun yang ditangkap dan tidak dikenakan apa-apa tindakan dan hukuman kepada para pembunuh itu.



Jamaah Muslim yang terkorban.


Berdasarkan rekod yang diperolehi, lapan korban Muslim yang baru pulang dari Masjid Tachan Pai ke Tandwe itu semuanya berasal dari Burma tengah. Berikut adalah data mereka:

- Muhammad Sharief @ U Ne Pwe s / o U Ahmed Suban, 58 8/Ta Ka Ta (N) 095548, dari Taung Twin Gyi
- Muhammad Hanif @ U Maung Ni s / o U kay sufi Pe, 65 8/Ta Ka Ta (N) 095530, dari Taung Twin Gyi
- Shafield Bai @ U Aye Lwin s / o UA Hpoe Gyi, 52 8/Ta ka Ta (N) 093573, dari Taung Gyi Twin
- Aslam Bai @ U Aung Myint s / o U Hla Maung, 508/Ta ka Ta (N) 094557, dari Taung Twin Gyi
- Balai Bai @ Tayzar Myint s / o U Yakub, 288/Ta ka Ta (N) 189815, dari Taung Twin Gyi
- Shuaib @ Tin Maung Htwe s / o U Tin Oo, 218/Ta ka Ta (N) 231084, dari Taung Twin Gyi
- Salim Bai @ Aung Kyaw Bo Bo s / o U Tun Tun Zaw, 2614/Ma La Na (N) 231084, dari Myaung Mya
- Lukman Bai @ Nyi Nyi Zaw Htut s / o U Ibrahim, 3314/Ma La Na (N) 148133, dari Myaung Mya

Dua lagi korban adalah pasangan suami isteri dari bandar Thandwe, merupakan pekerja bas. Para korban ini dikuburkan di Tandwe pada malam harinya. Lima Jamaah lain berjaya menyelamatkan diri dari pembunuhan ganas ini.


Para korban Muslim dikuburkan di Thandwe pada malam 3 Jun 2012


Petugas Keamanan Rakhine Merompak dan Membakar Seluruh Harta Benda Kaum Muslimin Rohingnya Ketika Darurat

Pihak pemerintah Burma kemudiannya telah mengeluarkan arahan darurat selepas kejadian itu. Ini sekaligus memaksa masyarakat Muslim Rohingnya dari Maungdaw tidak boleh keluar dari rumahnya ketika pegawai keamanan memasuki kawasan mereka. Sebaliknya orang-orang Rakhine bebas berkeliaran sehinggakan mereka bebas menyerang, merompak dan membunuh kaum muslimin di sana.


Orang-orang Buddha Rakhine dan pegawai Keamanan Burma membakar sebuah desa Muslim pada malam hari.


Anehnya pegawai keamanan Burma berusaha melindungi orang-orang Budha Rakhine, ketika mereka bersiap sedia untuk membakar rumah penduduk Muslim Rohingnya.


Orang-orang Budha Rakhine dan pegawai keamanan Burma membakar sebuah desa Muslim pada waktu pagi.


Pegawai keamanan Burma sedia untuk menembak kumpulan Muslim Rohingnya


Menurut seorang warga Maungdaw, Pegawai keamanan telah melepaskan tembakan secara membabi buta ke arah kumpulan Muslim Rohingya yang berusaha melindungi harta benda mereka.

Pada 8 Jun 2012, Pegawai Keamanan dan orang-orang Budha Rakhine telah melakukan penyerangan. Mereka membakar rumah beberapa orang. Lebih dari lima kedai pakaian dirompak, dimana jumlah kerugian sekitar 150,000,000 kyat (lebih RM 500 ribu). Sebuah masjid di kampung Sawmawna dimusnahkan. Lebih dari 200 Muslim Rohingnya cedera.

Pada 9 Jun 2012, berlaku lagi penyerangan oleh para pengganas Budha Rakhine dan Pegawai Keamanan, dimana 100 orang terbunuh dan hampir 500 orang cedera.

Pembunuhan terhadap Kaum Muslim di Arakan terus berlaku walaupun pihak tentera telah menyatakan mereka sudah berjaya mengawal keadaan. Sebahagian besar kaum Muslimin Rohingnya melarikan diri ke Bangladesh dmelalui Akyab. Ini kerana keganasan yang terjadi di Negara bahagian Arakan tersebut, dimana desa-desa Muslim Rohingnya dibakar dan ramai Muslim Rohingnya yang dibunuh oleh polis, Pegawai Kemanan dan para pengganas Budha. Kaum Muslimin Rohingnya beramai-ramai telah menuju ke Bangladesh, kerana memikirkan bahawa Bangladesh adalah Negara Islam, kerana sesama Muslim maka mereka akan membantu.

Muslim Rohingnya yang meminta perlindungan dari Bangladesh



Tentara Thoghut Bangladesh menolak Muslim Rohingya kembali ke laut



Malangnya Pemerintah Bangladesh thaghut murtad dan tenteranya telah menolak dan melarang Muslim Rohingnya memasuki Bangladesh. Jika ada rakyat Muslim tempatan (Bangladesh) memberi bantuan atau membantu pelarian Muslim Rohingnya ini maka mereka akan ditangkap dan Muslim Rohingnya akan dihantar pulang.


Sejak 8 Jun 2012, pihak berkuasa Burma baru-baru ini telah membina sebuah mahkamah khusus di dalam Pejabat Polis Maungdaw. Seorang warga tempatan berkata, "Pembicaraan khas ini digunakan untuk Muslim Rohingya yang ditangkap oleh Polis, Nasaka (Pasukan Keamanan Perbatasan) dan Tentera, dengan tuduhan kerana mewujudkan masalah dan rusuhan di Maungdaw. Tidak ada perbicaraan ataupun pembelaan terhadap tertuduh di Perbicaraan Khas ini. Hakim hanya membaca pernyataan lalu menghantar mereka ke penjara. "

Ahli keluarga tidak dibenarkan menemui saudaranya jika telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka juga tidak tahu bila dan bagaimana saudaranya itu akan dibawa ke Pengadilan Khas ini, kata seorang ahli Politik Maungdaw. Ini merupakan taktik baru yang dilakukan Pemerintah Budha Burma, dalam memperkosa wanita Muslimah Rohingnya. Hal ini membuat tidak ada tempat yang selamat kepada para Muslimah Rohingnya di Maungdaw. Kata seorang ahli Politik Maungdaw, "Sejak 8-19 Jun 2012, telah dicatatkan lebih dari 60 perempuan diperkosa di Maungdaw oleh para Petugas Keamanan – sama ada daripada Polis, Hluntin (Pasukan Keamanan), Nasaka, dan Tentera - dan juga orang-orang Budha Rakhine dan Natala (pemukim baru)."


Pemerkosaan dan penyerangan itu dilakukan secara licik. Sebelum itu pihak berkuasa akan menjemput seluruh lelaki di wajibkan untuk datang dalam pertemuan mereka. Ketika semua orang berada di pertemuan tersebut, Pasukan Keamanan dikirimkan memasuki dan menyerang desa-desa tersebut. Sebahagian besar Muslimah Rohingnya yang tinggal di rumah mereka telah diperkosa oleh Petugas Keamanan bersama orang-orang Budha Rakhine dan Natala. Mereka turut menghancurkan dan merompak harta benda yang ada. Berdasarkan keterangan dari para mangsa di Paungzarr, mereka berkata, "Pihak Keamanan - Tentara dan Nasaka - memasuki desa pada malam hari ketika para lelaki berjumpa dalam pertemuan oleh Pihak Berkuasa. Semua lelaki menghadiri pertemuan tersebut kerana takut ditangkap jika tidak pergi.

Kemudian dengan liciknya Pasukan Keamanan memasuki rumah-rumah, dengan alasan hendak melakukan pemeriksaan jika ada ahli keluarganya yang tidak hadir dalam pertemuan itu. Selepas itu merekapun diperkosa dengan keji."

Muslim tidak dilindungi di Arakan (Maungdaw dan Akyab) oleh pasukan keamanan – sama ada Nasaka, Hluntin, ataupun Polis - yang mana mereka sebenarnya adalah "pembunuh". Mereka ini telah dilantik untuk melindungi orang-orang yang tidak berdaya, mengawal keadaan, dan menjalankan undang-undang. Sebaliknya mereka inilah yang mengamuk dan membakar desa-desa Muslim dan menembak orang-orang yang sedang melarikan diri dari rumah-rumah yang terbakar.

Waktu malam yang hanya menjadi medan kepada mereka untuk melakukan pembunuhan secara sistematik terhadap Muslim di bandar Akyab dan bandar Maungdaw. Apabila malam tiba, "orang-orang suci Budha" bersama para pengikutnya dari Arakan turun ke jalan bersama-sama dengan Pasukan Keamanan. Mereka berjalan menuju ke desa-desa Muslim bersama-sama. Sebaik sampai di sana, mereka mula membanjiri tanah dengan darah Muslim Rohingnya, lalu memerahkan langit dengan api yang membakar desa dan harta benda kaum Muslimin Rohingnya. Malam yang sunyi dipenuhi dengan teriakan dan ketakutan.

Hasbunallah Wani'mal Wakil….

DOAKAN BELIAU ISTIQAMAH DENGAN PERJUANGAN ISLAM

Posted: 04 Aug 2012 07:57 AM PDT

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS. Alhamdulillah semoga akan jadi kenyataan dan kebaikan untuk rakyat Malaysia.

Kita semua sudah tentu mengalu-alukan kemasukan Datuk Ramli ke dalam PAS. Harap beliau akan mengambil kesempatan bulan Ramadan yang barakah ini untuk mengumumkannya.

Tetapi kita rakyat Malaysia juga masih menunggu dan berharap sangat agar Datuk Ramli mengkotakan kata-katanya yang pernah beliau ucapkan dulu.

BERITA BAIK DARI TAZKIRAH SUBUH PULAU MELAKA!

Posted: 03 Aug 2012 08:16 PM PDT

Akhirnya Najib terpaksa tunduk dengan tuntutan royalti minyak Kelantan
Rizal Tahir dan Salmah Mat Husein
Pertemuan terbaru PM dan Sultan Kelantan di Kuala Lumpur dalam bulan Ramadan al-mubarak.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.


Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.

Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.

Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/08/akhirnya-najib-terpaksa-tunduk-dengan.html

Pemuda Guchil

Posted: 04 Aug 2012 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Aug 2012 09:08 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah air di Kuala Pilah berlarutan sejak beberapa tahun

Posted: 04 Aug 2012 02:47 AM PDT

4 Ogos 2012

KUALA PILAH – Sejak kebelakangan ini, gangguan bekalan air yang sering berlaku di Kampung Ghalib, dekat sini, menimbulkan rasa tidak selesa segelintir penduduk terlibat terutama ketika menyambut Ramadan.
Penduduk, Khairudin Abas, 43, berkata, masalah air di kampung itu sudah berlarutan hampir beberapa tahun.
"Kampung ini sudah disediakan sebuah tangki pengepam air, tetapi masalah ketiadaan air sering sahaja berlaku.
"Meskipun tangki itu berada tidak jauh dari rumah saya, namun kami sekeluarga masih menghadapi masalah sama disebabkan tekanan air yang rendah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, mereka sekeluarga pernah mengharungi kesengsaraan selama seminggu berikutan terputus bekalan air.
"Selama seminggu, saya sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air bersih. Aktiviti harian seperti memasak, membasuh baju, mandi dan sebagainya agak terbatas.
"Bagi jiran yang memiliki anak kecil, sudah pasti mereka berasa lebih sukar. Ini belum lagi Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti rumah saya nanti tiada air kerana penggunaan air meningkat secara mendadak," katanya.
Katanya, tangki tersebut sudah tidak mempunyai air berikutan tanda paras air mencecah kepada bacaan kosong.
"Saya lihat tanda aras tong tersebut berada di aras kosong, ini bermaksud tong berkenaan tiada air. Berkemungkinan pelampung air rosak atau sebagainya. Sepatutnya, proses mengepam air secara automatik bukan secara manual.
"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang bagi melakukan pemeriksaan lanjut supaya masalah ini dapat diselesaikan segera sekali gus tidak membebankan penduduk," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Meah Rampal, 78, melahirkan rasa kecewa berikutan masalah air masih belum selesai sehingga kini.
"Setiap kali tiba Ramadan dan Syawal, air pasti tiada. Kadang-kadang anak-anak cucu juga kurang gemar balik ke sini kerana tiada air.
"Biasanya waktu kemuncak iaitu sekitar jam 6 pagi hingga malam tiada air. Bila tengah malam, barulah ada air. Esok pula, air kembali tiada hingga timbul rasa bosan kerana perlu menadah air setiap hari," katanya.

Beginilah keadaan jalan di N.Sembilan

Posted: 03 Aug 2012 07:07 PM PDT

Keadaan kiri kanan jalan yang dipenuhi semak samun, jalan yang berlubang serta penghadang jambatan yang roboh juga besinya yang berkarat. Hakikatnya inilah jalan yang digunakan oleh masyarakat setempat sehari-hari. Jalan dan jambatan ini menghubungkan Kampung Lanjut Mati ke Pekan Juasseh.

Sudah berbulan-bulan ia berkeadaan begitu.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Aug 2012 07:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KEMPEN BARU BILA DUIT TAK CUKUP..

Posted: 03 Aug 2012 10:53 PM PDT

NAJIB SEORANG LUCU DAN TIDAK SEDAR DIRI !

Posted: 03 Aug 2012 10:50 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan