Jumaat, 31 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 31 Aug 2012 01:19 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2012 04:52 PM PDT

12 Syawal 1433H. [MOD] -
Harakahdaily,30 Ogs 2012

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka.

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

Pak Samad isytihar 'Janji Demokrasi' berjaya

Posted: 30 Aug 2012 04:51 PM PDT

12 Syawal 1433H. [MOD] -


LANGSUNG Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.

NONE
Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Berikut laporan langsung berkaitan:

12.30am DATARAN Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam perhimpunan di malam ini.

"Tiada kejadian yang tidak diingini malam ini. Itu kita akan siasat kemudian (jika langgar undang-undang)," katanya mengulas bacaan puisi Pak Samad sekitar jam 11.45 malam berdekatan bangunan DBKL.

Katanya, tiada tangkapan dibuat, kecuali terhadap dua remaja yang didapati membakar mercun.

Jumlah kekuatan anggota yang bertugas malam ini adalah seramai 205 orang dari Dang Wangi dan Bukit Aman, katanya.

12.20am DATARAN Pak Samad isytihar perhimpunan berjaya sampai sasaran tetapi tidak dapat mengagak jumlah sebenar peserta.

Katanya, kehadiran luar biasa yang kebanyakannya anak muda. Beliau menyeru mereka terus melakukan perubahan.

"Apabila saya sampai di Dataran, saya dapati jumlahnya (yang hadir) luar biasa. Dan saya senang, apabila ia daripada anak-anak muda. Dan ini penting.

"Ini menggambarkan mereka sudah menyedari era ini adalah era mereka, dan di tangan mereka sebuah regim boleh ditukar. Saya harap ini dapat dilakukan," katanya.

Malaysiakini menganggarkan sebanyak 10,000 orang hadir.

11.45pm DATARAN Sambil menunggu detik 12 tengah malam. Peserta menyanyikan lagu "Janji Ditepati" dengan lirik sinikal kepada "Janji Dicapati".

11.30pm DATARAN Kumpulan baju kuning, diketuai Pak Samad bergerak dari Dataran menghala ke bangunan DBKL di mana beliau akan membacakan sajak.

11.25pm DATARAN Makin ramai peserta membajiri Dataran. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga kelihatan. Tiada sebarang campur tangan oleh pihak polis.

11:05pm SHAH ALAM Menteri besar membacakan sajak sasterawan negara Usman Awang berjudul 'Merdeka'. Orang ramai ketika ini dianggarkan kira-kira 2,000 memenuhi padang di Dataran Shah Alam sambil mendengar ucapan.

10.54pm DATARAN A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Maria Chin Abdullah sampai ke Dataran diiringi 500 orang daripada Jalan Sultan. Hishamuddin umumkan A Samad akan membacakan puisi pada jam 11.45pm sebelum bersurai.

NONE
10:48pm SHAH ALAM Anwar berucap. Katanya, Selangor di bawah pentadbiran Khalid menekankan idea merakyatkan ekonomi supaya khazanah negeri dipulangkan kepada rakyat.

10.40pm DATARAN Ketika ini dianggarkan hadirin bertambah mencecah ke angka 5,000 apabila ramai hadirin yang rata-ratanya memakai baju kuning membanjiri persimpangan jalan TAR-Tun Perak. Mereka meniupkan Vuvuzela tanpa henti.

Kenderaan mula bergerak perlahan-lahan. Penyokong tidak menggangu laluan. Mereka berada di kri kanan persimpangan tersebut.

10.05pm SHAH ALAM Perbarisan dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan pancaragam.

NONE
Selain Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi SelangorDatuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan pemimpin Pakatan Rakyat.

9.50pm DATARANDianggarkan 1,500 hadirin telah memasuki kawasan Dataran Merdeka. Ketika ini masih belum kelihatan pemimpin politik atau penganjur. Manakala DBKL pula telah memasang selapis lagi pagar merentangi jalan berdekatan pentas sambutan merdeka.

9.40pm DATARAN Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria sambil meniup vuvuzela.

NONE
9.45pm JALAN SULTAN Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

9.10pm SHAH ALAM Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.

NONE
8.55pm DATARANOrang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti" .

Malaysiakini/-

PAS LENGGONG

Posted: 30 Aug 2012 07:40 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 30 Aug 2012 07:21 PM PDT


'Merdeka-Royalti' gegar dataran stadium

Muhammad Yusri Amin,31 Ogs 2012
KOTA BHARU: Buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi mencatat satu sejarah yang sukar dilupakan khususnya oleh generasi muda.


Ini kerana dalam suasana penuh bersemangat, kira-kira lebih 1,000 orang pengunjung khususnya anak muda 'menggegarkan' dataran stadium itu dengan laungan "Merdeka – Royalti", mengisi upacara sambutan Ambang Merdeka 31 Ogos.

Tepat detik '12.00 tengah malam',  Gabungan Profesional Menuntut Royalti (Royalti) yang rata-rata disertai anak muda berbaju merah "R" melaungkan "Merdeka" dan serentak itu pula disambut dengan laungan "Royalti" oleh kalangan mereka, berulang kali.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) Nazri Deraman berkata semua tuntutan royalti petroleum Kelantan bermula pada 19 Mei 1975, 37 tahun lalu, namun sehingga kini masih dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti itu oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Petronas.

"Bermula daripada 2005, hak kita (royalti petroleum Kelantan) kini telah tertunggak lebih RM7 bilion.

"37 tahun sesungguhnya satu tempoh terlalu lama. Mungkin 'adik-adik' pada masa itu kini telah berusia, manakala 'ibu bapa' masa itu kini ada yang telah meninggal dunia tanpa sempat menyaksikan kejayaan tuntutan perjuangan mereka.

"Detik 31 Ogos tahun ini mungkin terakhir kepada rakyat Kelantan tanpa menerima haknya dan selepas 31 Ogos tahun ini, insya Allah tuntutan petroleum ini berjaya," katanya.

Dengan ucapan penuh bersemangat, Nazri menambah pihaknya percaya tuntutan "R" sehingga kini amat berkesan dan jua telah "didengari Najib" dan kepimpinan Pusat.

"Berdoalah, nescaya Allah swt akan memakbulkan, insya Allah," ujar Nazri.

Program sambutan Ambang Merdeka berakhir kira-kira 12.30 tengah malam dengan perarakan penuh bersemangat serta laungan "Merdeka-Royalti" sepanjang jalan oleh gerombolan anak muda bermotorsikal.

Perarakan "tuntutan Merdeka-Royalti" itu diakhiri dengan doa diketuai Ustaz Mohamad Mustafa setelah kumpulan anak muda yang membawa sepanduk berslogankan tuntutan hak petroleum rakyat Kelantan tiba di Bulatan Jam Besar (Bulatan Tuan Padang) sejauh satu kilometer dari Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Program turut diisi dengan ucapan bersemangat oleh wakil masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina selain diserikan dengan persembahan deklamasi puisi, dikir barat dan kuiz.

Turut diadakan kempen mengumpul sejuta tandatangan rakyat menuntut royalti petroleum.

Posted: 30 Aug 2012 07:18 PM PDT


Gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka

http://kachipemas.blogspot.com,31 Ogs 2012

Koleksi gambar [up date ] Janji Demokrasi Di Dataran Merdeka...Berjaya..Muahhh???

Mat Sabu  dikawal rapat oleh unit amal
(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka

Posted: 30 Aug 2012 07:15 PM PDT


Felda: Anak sedia dedah siapa Faizoul

Anis Nazri Foto: W Zahari,31 Ogs 2012
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai masa untuk mempertimbangkan semula jawatan Pengarah Besar Felda yang akan diisi oleh Faizoull Ahmad, 1 September ini.

Sekiranya Najib enggan berbuat demikian, Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) tidak teragak-agak untuk mendedahkan siapakah Faizoull yang dianggapnya sebagai seorang yang korup.

Presidennya, Mazlan Aliman, berkata beliau mempunyai maklumat mengenai peranan dan kerja Faizoull sejak lebih enam bulan lalu, berkaitan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di agensi tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu panjangkan tentang Faizoull ini (buat masa ini) dengan harapan Najib mempertimbangkan semula jawatan Pengarah Besar Felda yang difahamkan akan diserahkan kepada Faizoull," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, petang semalam.

Namun, tegas beliau sekiranya Najib menerima nama Faizoull untuk mengisi jawatan tersebut, Mazlan berkata pihaknya akan mendedahkan siapa sebenarnya Faizoull, di samping membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Faizoull.

Pemilihan Faizoull, yang dipercayai merupakan orang yang begitu setia dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dipercayai akan menimbulkan kegawatan di kalangan pentadbiran Felda kerana beliau bukanlah orang yang disenangi di situ.

Sehubungan itu, Mazlan sekali lagi mengingatkan Najib agar mempertimbangkan semula calon yang layak mengisi kekosongan jawatan Pengarah Besar Felda, tanpa memilih seorang yang korup untuk menerajui agensi tersebut.

Faizoull, dinamakan untuk menggantikan Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang diminta mengosongkan jawatan tersebut November tahun lalu, dengan menghantarnya berkursus.

Bagaimanapun, pada 28 Ogos lalu, Lembaga Pengarah Felda memutuskan Dzulkifli disingkirkan dan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr. Rosli Yaakob.

Posted: 30 Aug 2012 07:13 PM PDT

Posted: 30 Aug 2012 07:12 PM PDT


Sebangsa, Senegara, Sejiwa di Selangor meriah

Muhammad Faizal,31 Ogs 2012
SHAH ALAM: Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.

Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.

Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor.

Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.

Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.

Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam.

Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500.

MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan.

Posted: 30 Aug 2012 07:08 PM PDT


Janji Demokrasi: Berhimpunlah di mana sahaja

Hazayani Zakaria,30 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi'  malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.

"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu," katanya.

Posted: 30 Aug 2012 07:07 PM PDT



Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan

Harakahdaily,30 Ogs 2012

(Orang ramai berbaju kuning di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka)

KUALA LUMPUR: Puluhan ribu berhimpun dalam perhimpunan Janji Bersih dan ambang Kemerdekaan di perkarangan DBKL, Kuala Lumpur dan juga di Stadium Shah Alam

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Datuk A Samad Said, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Fuziah Salleh dan lain-lain pemimpin Pakatan berada di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka.

Di Stadium Shah Alam pula, para pemimpin Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di sana.

"Semangat kemerdekaan tidak berhenti dengan perarakan sahaja tetapi harus mampu menimbulkan kecintaan kepada negara.

"Pengorbanan dan sumbangan tentera dan polis serta rakyat menentang komunis dan penjajahan perlu mendapat dokongan semua," kata Anwar dalam ucapannya.

Berikut adalah gambar-gambar mereka.


(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)

Posted: 30 Aug 2012 07:00 PM PDT

Sambutan kemerdekaan yang hambar.


Kempen kibar Jalur Gemilang tiada sambutan

Rizal Tahir,30 Ogs 2012
KOTA BHARU: Sehingga hari ini, kempen kerajaan Pusat supaya rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tidak mendapat tempat di hati masyarakat, temasuk di Kelantan.


Walaupun sambutan kemerdekaan negara bakal disambut esok, namun rakyat masih tidak berminat untuk berbuat demikian.

Perkara itu berlaku akibat kerajaan sendiri mempolitikkan kempen sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-55.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata walaupun kempen berkenaan telah lama dibuat, termasuk tema Janji Ditepat, namun saat-saat akhir ini ianya masih tidak mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

"Rakyat menganggap mengibarkan jalur gemilang seumpama mengibar bendera Umno.

"Mereka bukan tidak mahu mengibarkan jalur gemilang apa lagi menyambutnya kerana ianya kemerdekaan Negara kita,"ujarnya.

Tetapi, tambahnya kerana kerajaan promosi Umno, kerajaan juga mengajar rakyat kemerdekaan negara seolah-olah merayakan Umno, mereka langsung tidak berminat untuk mengambil bahagian.

Katanya, sambutan dingin rakyat untuk mengibarkan jalur gemilang itu paling ketara tahun ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tetap akan mengadakan secara rasmi mengikut garis panduan yang betul, iaitu esok.

Katanya, kerana itu kerajaan negeri sendiri tidak mengadakan sambutan diambang kemerdekaan sebagaimana biasa, kerana ianya seolah-olah mengikut rentak Umno untuk 'celebrate' parti itu.

"Berlainan pula di peringkat parti, kita akan mengadakan program sambutan kemerdekaan negara nanti dengan cara yang betul," ujarnya.

Menurutnya, PAS akan mengajak semua lapisan masyarakat menyambut hari kemerdekaan negara yang bakal dianjurkan nanti dengan mendedahkan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Jelasnya, para ulama, termasuk Tok Janggut adalah antara mereka yang memperjuangkan tanah air.

"Ini yang perlu kita tonjolkan di samping pameran-pameran berhubung pejuang kemerdekaan negara sebenar," ujarnya.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal kerana rakyat diminta membalas budi parti itu khususnya dalam lirik lagu 'Janji Ditepati;.

Katanya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan tidak perlu mengungkit semata-mata untuk mendapat perhatian mereka.

Posted: 29 Aug 2012 11:07 PM PDT



WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar
  • Salhan K Ahmad
  • 11:52AM Ogos 30 2012
 
Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

NONESehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.
"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. 
Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.
Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.
"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.
ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.

DUN CHINI

Posted: 30 Aug 2012 07:04 PM PDT

DUN CHINI


JANJI BERSEH KL

Posted: 30 Aug 2012 05:36 PM PDT














Sumber dari rakan Facebook

Ebook Hudud - Nota Kecil Hudud kepada Non Muslim untuk disebar luaskan

Posted: 30 Aug 2012 01:50 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Aug 2012 03:26 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


JANJI CAPATI, JANJI PATI ?

Posted: 30 Aug 2012 02:39 AM PDT



NIZAR BENAR , SAH UTUSAN BUAT ONAR

Posted: 29 Aug 2012 11:48 PM PDT

WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar


Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutori hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.
-malaysiakini-

RAMAINYA PERAGUT ZAMAN 'BE END'?

Posted: 29 Aug 2012 08:39 PM PDT

Pelbagai jenis ragut dalam negara Malaysia versi pemerintahan BN yang membuat rakyat takut.

1. Peragut rantai leher/beg duit / henpon di jalanan dari rakyat yang sedang berjalan, semasa atas motosikal dan dalam kereta.

2. Peragut rantai/beg/wang daripada orang tua di kampong.

3. Peragut dara alias perogol di jalanan dan semasa rompakan atau samun rumah.

4. Peragut hak rakyat seperti tanah rakyat semasa berkuasa dan tanah kerajaan yang dibeli dengan menggunakan nama ahli keluarga dan harga premium yang sangat rendah.

5. Peragut undang-undang dari pengamal undang-undang sendiri dan pihak berkuasa seperti penyalahgunaan kuasa oleh polis dan pemimpin dalam kementerian-kementerian .

6. Peragut keperluan asas rakyat seperi melibatkan pembekalan air dan api.

Kebelakangan ini dikala ketuaan menjelang seiring kedewasaan parti UMNO yang dah makan usia lebih 55 tahun maka dah terlalu banyak kes jenayah ragut berlaku sehingga saat ini.

Rakyat kini dah tersedar dan maklum kenapa di bangga-banggakan negara ini sebagai negara yang aman dan selamat walhal adalah faktanya benar atau sebaliknya. Sesungguhnya jenayah ragut memang banyak berlaku dan di mana-mana tak kira di bandar, kampong atau tepi masjid malah dalam masjid.
Walaupun teman sendiri belum pernah menyaksikan peristiwa ragut belaku di hadapan mata namun dapat membayangkan kesakitan dan kemurungan serta kesusahan mangsa peragut.
Biasa kita dengar misalnya 2 orang yang menaiki motosikal telah lalu di sebelah wanita yang membawa beg tangan samada dari bank atau rumah atau semasa kembali ke rumah dan peragut itu terus sahaja meragut wanita itu dan mereka (peragut) terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terbaring di tebi jalan dan mengalami sedikit kecederaan di tangannya.
Kalau lihat dalam akhbar SINAR hari ini ada mangsa peragut hampir putus tangan akibat dilibas parang dan ada yang mati dan koma di hospital.

Tragedi atau Peristiwa hitam seperti ini selalu berlaku dan sekali gus ia menafikan fakta buta UMNO/BN yang negara kita adalah sebuah negara yang aman damai seperti yang kita sangka dan dibangga. Ini tidak termasuk kes rogol, bunuh dan pecah rumah yang menjadi bahan berita yang lumrah melalui saluran-saluran media BN serta media cetak.
Ramai orang tertanya bagaimanakah keadaaan sebuah negara yang aman itu?
Peliknya pihak polis dan penguatkuasa undang-undang biasa kita lihat di mana-mana terutamanya di kotaraya-kotaraya dalam negara kita tetapi jenayah tetap berkembang dengan cepat dan tersasar.
Selalunya apabila se sebuah negara yang sering berlaku samun dan rompak serta jenayah ragut ini berlaku dengan pesatnya ia merupakan petanda dan dalil yang rakyat miskin adalah ramai dan mengambil tindakan mencuri dan merompak harta benda orang lain untuk hidup.
Seperti negara Scandinavia misalnya/ tidak ada kes-kes rompak dan samun yang ketara seperti yang berlaku di negara kita. Negara-negara dalam gugusan Scandinavia ini merupakan negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi malah ia melebihi pendapatan per kapita negara-negara G8. Kalau kita melawat negara-negara ini kita tidak akan nampak anggota polis berkeliaran seperti di negara kita. Di negara-negara yang saya sebutkan ini keamanan dan keselamatan diri individu rakyat seperti terjamin. Inilah contoh-contoh sebuah negara yang aman.

Sebaliknya di negara kita, kita melihat anggota polis dan penguatkuasa yang lain berkeliaran tetapi insiden seperti yang di tulis oleh pengadu kepada saya itu berlaku dengan meluas. Ragut di sana dan ragut di sini dan dengan jelas kes ragut harta orang lain ini sememangnya menjadi perkara yang lumrah di negara kita ini.

Pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kuasa di tangan mereka pun melakukan ragut-meragut harta orang lain seperti harta rakyat seperti yang kita selalu dengar melalui pendedahan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Jumlah harta dan wang ringgit rakyat yang diragut oleh pemimpin-pemimpin kita melibatkan jumlah yang puluhan billion ringgit. Rakyat sentiasa diragut wang ringgit mereka oleh mereka dan pemimpin yang mereka (rakyat) amanahkan untuk menjaganya.

Dewasa ini penjenayah ragut yang dilakukan oleh penunggang motosikal itu mudah untuk diselesaikan kerana sudah ramai yang tertangkap dan dipenjarakan. Tetapi masalah yang terbesar sekarang ini ialah untuk menyelesaikan kes ragut kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan besar kita serta penjawat-penjawat awam negara yang melibatkan ratusan berbillion ringgit itu.
Jenayah ragut pemimpin dan orang besar ini sememangnya sudah tidak dapat dihentikan lagi selagi mereka ini masih berkuasa. Jumlah yang terilbat dalam ragut oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah kecil. Yang penting rakyat fahami dan cuba untuk menghentikannya ialah kes-kes ragut yang berbillion ringgit yang dilakukan oleh pimpinan yang sedang berkuasa.
Peragut-peragut jenis inilah yang amat sukar untuk diselesaikan. Memburuk keadaan lagi Pendedah kes ragut pula yang kena tuduh di mahkamah kerana ada undang-undang yang melindungi penjenayah ragut yang berkolar putih ini.Pejuang Pakatan Rakyat sdr Rafizi Ramli pula telah dituduh di mahkamah kerana mendedahkan kes ragut wang rakyat yang berbillion ringgit oleh keluarga yang mempunyai pengaruh dalam kabinet negara yang di dalamnya mempunyai penjenayah ragut yang besar-besar.



Peneroka Ditipu, Berhutang 800 Unit Saham Kepada F...

Posted: 29 Aug 2012 05:49 PM PDT

KELAB GREENBOC: Peneroka Ditipu, Berhutang 800 Unit Saham Kepada F...: F elda ambil alih hutang peneroka beli saham Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Hold...

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 30 Aug 2012 01:52 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


CERAMAH PELANCARAN BERSIH 2 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Posted: 08 Jun 2011 08:15 PM PDT

Tarikh: 13/6/2011-ISNIN,Masa: 9.00 Mlm
Tempat: Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor setar, kedah

PENCERAMAH:1.Tuan Haji Mohamad Sabu,Timb. Presiden PAS
2.YB Dato' Ir. Hj Amiruddin Hamzah, AJK PAS Pusat
3.YB Lee Guan AIK,Pengerusi DAP Kedah
4.Ir. Zamri Yusuf, Timb.Pengerusi PKR Kedah
5. Cikgu Azmi Abd hamid, Presiden TERAS

Orang ramai dijemput hadir mendengar ucapan sulung Timbalan Presiden yang baru di Negeri Kedah.

Belum Bersih

Posted: 26 May 2011 07:42 AM PDT

via PAS Kawasan Bera by Admin Blog PAS Bera on 5/26/11


Perhimpunan BERSIH pada 2007. - Google.

Imbas kembali Sabtu 10 November 2007 di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. "Gelombang Kuning" yang dicetuskan oleh BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) berjaya mengumpulkan lebih 100,000 pencinta demokrasi dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama berarak ke Istana Negara menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang adil.

Empat tuntutan utama NGO tersebut pada ketika itu ialah:

1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Bagai menjirus air ke daun keladi, mesej yang cuba disampaikan oleh gabungan NGO ini tidak dipedulikan.

Sebagai kesinambungannya, BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia pada 9 Julai 2011 nanti.

"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

BERSIH 2.0 menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.

Ini menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Rakyat Malaysia sememangnya prihatin akan perihal keBERSIHan. Pilihan raya juga perlu BERSIH agar perjalanan demokrasi dan pemerintahan negara berjalan dengan adil dan lancar dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

Jom BERSIH 2.0!

GAMBAR SEKITAR LAWATAN HARIAN PAS PUSAT KE KEDAH (LAWATAN KE LADANG TANAMAN NENAS KEDAH AGRO)

Posted: 20 May 2011 10:06 PM PDT



























PAS KOTA TINGGI

Posted: 30 Aug 2012 01:47 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Jemputan Ke Program Riang Raya Semarak Hijau

Posted: 29 Aug 2012 04:30 PM PDT


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 30 Aug 2012 11:09 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 29 Aug 2012 06:26 PM PDT


PAS Terengganu Sokong Mansuh 4% Faedah Pinjaman Penjawat Awam

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita56/wahid.jpgKUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyokong penuh hasrat PAS Pusat yang mahu membawa cadangan memansuhkan 4 %  faedah pinjaman penjawat awam.

Menurut Pesuruhjayanya, YB Haji Mohd Abddul Wahid Endut, perkara tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Agong PAS Dato' Mustafa Ali akan membawa perkara tersebut kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan dan dijadikan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, pemansuhan tersebut bukan sahaja mampu meringankan beban pinjaman penjawat awam, malah membebaskan penjawat awam dari terlibat dengan amalan riba'.

"pemansuhan kadar faedah empat peratus akan memudahkan dan mengurangkan beban kakitangan kerajaan dalam keadaan semua barang dan perkhidmatan mengalami peningkatan harga,

"selain mengurangkan bebanan hutang mereka, akan mengelakkan penjawat awam dari terlibat dengan amalan riba' yang diharamkan oleh Islam,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Rabu, 28 Ogos.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingg 2004 pernah melaksanakan dasar tersebut.

"Kerajaan PAS Terengganu telah melaksanakan penghapusan faedah pinjaman (pada 1999 – 2004) telah dilaksanakan untuk kakitangan awam membabitkan pinjaman pembelian rumah kediaman, kenderaan dan komputer,

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 30 Aug 2012 11:04 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Alam Ria PASTI Machang

Posted: 29 Aug 2012 09:04 PM PDT


Himpunan Hijau Kelantan serentak majlis Aidilfitri

Posted: 29 Aug 2012 08:26 PM PDT

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah Machang.

Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

"Selain itu program untuk Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah, motivasi anak muda, persembahan hiburan.

"Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,"ujarnya.

Bagaimanapun program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar Ulama' akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam berturut-turut.

Beliau memberitahu  program Mimbar Ulama' bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU.

Sambungnya, program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan.

"Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,"ujarnya.

Kerajaan tolak dakwaan pembangunan punca banjir

Posted: 29 Aug 2012 08:25 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan pembangunan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, Tumpat akan memberi masalah kepada penduduk di musim tengkujuh.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan penduduk tidak tepat kerana pembangunan yang dirancang di kawasan berkenaan dijangka tidak memberi kesan berlakunya banjir.

"Berdasar kepada rekod yang ada khususnya dalam tempoh 50 tahun ini sejak 1926, hanya pada 2004 paras banjir direkod paling tinggi iaitu tujuh meter daripada paras bahaya.

"Selepas tahun itu khususnya sejak bermula projek pembangunan di Lembah Sireh, keadaan mula berubah dari segi paras banjir," katanya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim hari ini.

Semalam akhbar melaporkan penduduk Kampung Laut mendakwa mereka kemungkinan diancam banjir buruk pada musim tengkujuh sekiranya kerajaan negeri membangunkan sebuah pulau berhadapan Pangkalan Kerepok.

Kata mereka pulau seluas 404.7 hektar yang terletak di seberang Sungai Kelantan bermula dari Kampung Cina sehingga Kampung Kijang, Kota Bharu dibangunkan sekarang.

Timbalan Menteri Besar berkata, setiap pembangunan yang dirancang terlebih dahulu diambil kira aliran dan paras air termasuk ekologi sungai.

"Kalau nak dikira banjir besar direkod pada 1926 dan 2004, tetapi selepas kerja-kerja mendalamkan Sungai Kelantan dilakukan tidak ada lagi banjir besar yang melanda sekarang," ujarnya.

Katanya juga kerajaan negeri turut mengambil pandangan semua pihak sebelum projek diluluskan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.

Salam Kemerdekaan Ke 55

Posted: 29 Aug 2012 08:25 PM PDT


Projek Penapis Air 1 Malaysia ada E.coli?

Posted: 29 Aug 2012 08:24 PM PDT

KOTA BHARU: Saban hari media harian memaparkan keprihatinan kerajaan pusat mengatasi masalah bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat di bawah projek Penapis Air 1 Malaysia.

Projek berkenaan dikendalikan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menggunakan penapis Ultra BIO Pure, di mana dilaporkan berharga antara RM65,000 hingga RM95,000 seunit.

Sehingga kini beberapa lokasi sudah dipasang peralatan tersebut termasuk Kampung Belukar di Pasir Mas dan Kampung Derdap, Tumpat.

Di Kampung Belukar dipasang di sebelah rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).  Dan Projek Penapis Air 1 Malaysia Padang Tok La difahamkan akan dibina berhampiran rumah Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

Secara jelasnya projek berkenaan biar pun di bawah peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM2 juta, namun ia ada kaitkan secara langsung dengan Umno.

Biar pun rakyat Kelantan di kawasan yang dikenal pasti menghadapi tekanan rendah sebelum ini sekarang menerima tambahan bekalan air melalui projek berkenaan, namun ada isu lain pula yang tidak diketahui umum.

Berdasar kepada keputusan makmal yang dikeluarkan sebuah badan daripada kajian sampel air di Kampung Derdak, Tumpat didapati banyak yang tidak menepati piawaian ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Antaranya ujian pH didapati gagal di mana keputusan didapati 6.050 sedangkan standard ditetapkan 6.5.

Begitu juga ujian baki klorin didapati gagal di mana hasil diperolehi 0.01 mg/l sedangkan ditetapkan SPAN tidak kurang 0.2 mg/l.

Manakala kandungan besi juga gagal menepati ketetapan SPAN, di mana ujian mendapati  0.62 mg/l, sedangkan sepatutnya tidak melebihi 0.3 mg/l.

Bagaimanapun menurut kajian tersebut paling membimbangkan ujian kandungan coliform didapati melebihi 200 cfu/100ml sedangkan sepatutnya tiada bahan tersebut.

Begitu juga dengan ujian kandungan  E.coli didapati terdapat 4 cfu/100ml, sedangkan sepatutnya 0 cfu/100ml.

Sumber pakar dalam industri air berkata, sepatutnya SPAN dan Jabatan Kesihatan tidak berdiam diri terhadap isu yang dibangkit tersebut kerana dibimbangi boleh memudaratkan orang ramai.

Jasindaily Online

Posted: 30 Aug 2012 09:47 AM PDT

Jasindaily Online


Janji Demokrasi Di Melaka

Posted: 30 Aug 2012 08:09 AM PDT




Kuning tetap di KL walau Dataran Merdeka ditutup – Gabungan Janji

Posted: 30 Aug 2012 08:05 AM PDT

Gabungan Janji menasihatkan peserta Himpunan Janji Demokrasi berkumpul di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota dengan memakai baju kuning jika Dataran Merdeka ditutup pada malam ini. Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais mengingatkan orang ramai tidak perlu mencetuskan kekecohan, sebaliknya berhimpun secara aman sambil menghayati sambutan kemerdekaan ke-55. 

"Kami baru sahaja menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang memaklumkan perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis. Kita juga menjangkakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Dataran Merdeka kepada peserta Janji Demokrasi. "Jika ia ditutup, kita sudah putuskan supaya orang ramai boleh berada di mana-mana sahaja berhampiran Dataran Merdeka atau sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan memakai baju kuning untuk menyambut ambang Merdeka pada malam ini. "Orang ramai tak perlu buat kacau, jangan bawa sepanduk atau apa-apa slogan. Pakai sahaja baju kuning kerana ia sudah memadai untuk kita merayakan Hari Merdeka. Datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga serta makanan untuk kita bersantai," katanya ketika dihubungi. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi megeluarkan surat pada jam 3.00 petang tadi menyatakan Himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada 11.00 malam ini menyalahai undang-undang. Polis mendakwa penganjur tidak mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). Polis juga mendakwa penganjur tidak mendapat kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka iaitu DBKL serta perhimpunan itu dikatakan akan menggangu persiapan untuk menyambut acara perbarisan Hari Kemerdekaan. Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata, Himpunan Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara melainkan jika ada pihak sengaja mencetuskan provokasi.

 "Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan) bersama-rakyat rakyat, cuma bezanya kita berpakaian kuning," tegasnya. Beliau berkata, tinjauan dilakukan pihaknya mendapati keadaan di ibu kota masih 'terkawal', dan tiada sekatan jalan raya oleh polis. Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan Janji yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu). Short URL: http://www.keadilandaily.com

Janji Demokrasi tetap dirayakan, berhimpunlah di mana jua

Posted: 30 Aug 2012 08:04 AM PDT

Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal. Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja. "Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar. 

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi HarakahDaily hari ini. Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara. Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi. 

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan. Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik. "Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu," katanya. 

Situasi Terkini Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 55

Posted: 30 Aug 2012 08:02 AM PDT







Beruntung besarlah para peniaga yang berniaga pada malam ini







Janji Demokrasi Di Melaka

Posted: 30 Aug 2012 07:47 AM PDT


Himpunan Janji Demokrasi 
Tarikh : 30 Ogos 2012
Masa ; 10.00 Malam 
Tempat : Menara Jam Rumah Merah Melaka 

Jom Kita Ramaikan !!!!!!!

Najib Terlambat, Ucap Esok.. Anwar Ucap Kemerdekaan Malam Ini

Posted: 30 Aug 2012 07:45 AM PDT

Kurang enam jam menjelang detik 12 tengah malam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama tujuh minit.Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). "Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis bermula jam 8.30 malam ini."Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. 

Tambah beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12 malam nanti."Menariknya, tema kemerdekaan yang digunakan berbeza dengan kerajaan pusat. "Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri," katanya lagi.Menurutnya lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup kepada kenderaan bagi memudahkan majlis malam ini dan kawalan lintas dibuat oleh penguasa MBSA sendiri. 

Sementara itu, di Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan bagi merayakan sambutan ambang kemerdekaan malam ini.Antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bakal memukau orang ramai yang hadir dengan pertunjukan KLCC Lake Symphony Fountain. Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini.Acara kemuncak yang dinanti iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Sambutan itu akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park.Esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil.~Addin

Dataran Merdeka Yang Tidak Merdeka

Posted: 30 Aug 2012 07:43 AM PDT

Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis! Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja. Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti. 

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan "Janji Demokrasi" akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning. "Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown," katanya lagi. "Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi." Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.



Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka. "OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja," katanya. "Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih). "Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami," kata Stanley lagi. 


Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni. Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang. Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. ~Greenboc

Abdul Khalid : Tawaran Penstrukturan Semula Air Diumum Dua Minggu Lagi, Air Percuma Diteruskan

Posted: 30 Aug 2012 04:13 AM PDT

 Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan tawaran penstrukturan semula air dalam tempoh dua minggu lagi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan cadangan serta kertas kerja penyusunan semula usaha pengambilalihan industri air di Selangor pada minggu kedua bulan September. "Saya akan umumkan tawaran-tawaran yang akan kita berikan kepada empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abass Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu. Sebelum ini, empat konsesi air diberi tawaran baru bernilai lebih RM10 bilion bagi membolehkan kerajaan negeri membuat penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu. 



 Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata pemberian air percuma di Selangor akan diteruskan kerana kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi kewangan bagi tujuan tersebut. "Bagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan masih menggunakan meter pukal kerajaan negeri tidak boleh membantu dalam isu pemberian air percuma. Itu tanggungjawab Syabas untuk tukar meter air pukal kepada meter persendirian bagi membolehkan semua rakyat Selangor menikmati bekalan air percuma," katanya. Abdul Khalid turut menjelaskan mereka yang mempunyai meter persendirian sejak 2008 akan menerima air percuma. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan membayar air percuma kepada penduduk yang tidak mendapat air percuma seperti didakwa Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). Ketika ditanya sekiranya penduduk mengambil tindakan undang-undang, beliau ringkas menjawab 'silakan'. Malah beliau turut berkata bahawa manifesto Pakatan untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor bukanlah satu perjanjian.~FB PR Supporter

Warga Bangladesh : Terima Kasih .. Saya Pilih Malaysia

Posted: 30 Aug 2012 03:53 AM PDT

Di Negara kami, hidup terlalu susah dan sukar, makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya hanya sekadar saja tapi di Malaysia, kami rasa bertuah dan gembira sebab apa yang kami nikmati sekarang lebih daripada apa yang kami dapat di Negara kami bangladesh dan Pakistan. Hidup Disana Lebih susah dari di Malaysia. Kami berterima kasih sama PM kerana membenarkan kami menjadi Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap disini. Terima kasih juga kerana Janji Di Capati . Selamat Hari Merdeka , Kami Pilih Malaysia .. 

Janji Bersih : Perlu Permitkah ?

Posted: 29 Aug 2012 09:55 PM PDT

Penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" malam ini menafikan mereka melanggar Akta Perhimpunan Awam kerana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk merayakan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan. Dalam kenyataan hari ini, penganjur juga berkata mereka menyambut kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mengalu-alukan mereka hadir ke Dataran Merdeka.

 "Bagaimanapun, Gabungan Janji (penganjur) gagal memahami kenapa ketua polis negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar Akta Perhimpunan Aman," kata mereka. "Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit."


Isu WWW1 : Mahkamah Isytihar Nizar Menang Saman Malu

Posted: 29 Aug 2012 09:49 PM PDT

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman malu yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu. Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut. Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan beliau untuk memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya. Sementara itu, satu lagi samannya berhubung kes sama ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata Mohd Zamri lagi.


Pemuda Guchil

Posted: 30 Aug 2012 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 30 Aug 2012 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pencemaran Sg Linggi

Posted: 30 Aug 2012 12:54 AM PDT


Ahli Parlimen Telok Kemang menyusuri Sungai Linggi bagi menyaksikan pencemaran yang semakin ketara.

Puasa 6 , boleh campur niat Qodha Ramdhan?

Posted: 29 Aug 2012 08:01 PM PDT


Petikan blog Tuan Guru Ustaz Abdul Raof dari Pondok Tampin

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah Niat qadha Ramdhan disekalikan dengan niat berpuasa 6?. Sahkah puasa qadha tu?.

Jawab : Boleh dan Sah.

Nasnya: kitab Kasful Litham juzuk 1, muka surat 107, Bab Puasa Sunat.

(Far'un) Maka jika meqadha oleh seorang itu bulan Ramdhan didalam bulan Syawwal maka sunat ia Qadha puasa Syawwal itu pada bulan Zul Qa'dah . Dan jika diqashadkan pada Niat serta bulan Ramdhan itu sunat Syawwal, masuk ia dengan ITTIFAQ . Dan jika ia Itlaq, demikian jua  masuk sertanya atas yang dimuktamad oleh Sheikh Ramli.

Huraian dan Ringkasan:

1. Jika seseorang  Qadha untuk puasa Ramdhan selama sebulan  sepanjang bulan Syawwal, maka dia sunat pula mengqadhakan puasa 6 Syawwal itu dibulan Zul Ka'dah , iaitu bulan yang berikutnya selepas Syawwal.

2. Jika sesesorang mencampurkan niat puasa untuk Qadha  puasa Ramdhan dengan Niat puasa 6 , maka harus dan puasanya itu sah menurut pendapat kedua Sheikh iaitu : Sheikh Ibnu Hajar al Haitami dan Sheikh Romli. Maksudnya , puasa tersebut boleh disekalikan dengan 2 niat, tanpa perlu diulang berpuasa  lagi untuk puasa 6.

3. Sebaliknya , jika seseorang itu mengitlaqkan ( iaitu tidak kaitkan ) niat Qadha puasa Ramdhannya dibulan Syawwal dengan disertakan niat puasa 6 semasa berniat puasa, maka khilaf   pendapat  antara Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli,

Jika menurut pendapat Sheikh Ramli dalam kitab Nihayah, SAH.  Iaitu sudah termasuk Niat berpuasa 6 itu kedalam Puasa Qadha Ramdhan yang dibuat dalam bulan Syawwal, sekalipun tidak disertakan niat  puasa 6 itu Maka tidak perlu lagi diulangi melakukan puasa 6 pula selepas puasa Qadha Ramdhan tersebut.

Adapun menurut pendapat Sheikh Ibnu Hajar, tidak boleh dianggap memadai puasa 6 tersebut dengan hanya niat berpuasa Qadha jika tidak disertakan niat puasa 6.  Maka  keadaan begitu menurut Ibnu Hajar, puasa 6 perlu di lakukan selepas berpuasa qadha Ramdahan tersebut, kerana ketiadaan niat puasa 6 .

Harus untuk kita memilih salah satu dari kedua pendapat Sheikh ini jika kita hanya berNiat Qadha sahaja. Tetapi nampaknya pendapat Sheikh Ramli adalah lebih memudahkan dan ringan untuk diikuti bagi mereka yang hanya berniat qadha dan terlupa pula berniat puasa 6. Wallahu a'lam.

Bekalan air mentah N.Sembilan tercemar membahayakan rakyat

Posted: 29 Aug 2012 05:49 PM PDT


Laporan audit negara pada tahun 2009 dan 2010 telah mendedahkan beberapa kelemahan pengawasan di Sg Linggi yang menyebabkab pencemaran. Engineering Journal tahun 2011 mendedahkan Sg Linggi tercemar akibat dari pembuangan sisa kumbahan dan aktiviti pertanian.

Di Malaysia, paras konsentrasi Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Berapakah kandungan kadar Ammonia dan apakah Kelas Indeks Kualiti Air Sg Linggi pada ketika ini? Sebagai rakyat di Negeri Sembilan kita berhak tahu semua ini untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga kita.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang beroperasi di sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar?


AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN

SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.

"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas.

"Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime, mengaktifkan pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.

Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip scouring dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.

Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. — BERNAMA


Engineering Journal, Vol 15, No 4 (2011)

Study on Water Quality Parameters of Linggi and Melaka Rivers Catchments in Malaysia

To sum up, it should be highlighted that TSS and NH3-N are the primary causes for water quality impairment in Linggi catchment.

Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality impacts in both watersheds.

Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality impacts in both watersheds. Non-point water pollution by agricultural activities is mainly from leaching or run-off of fertilizers used in the oil palm and rubber plantations nearby the watersheds. The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges.

The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas, including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges. Based on the overall outcomes from this study, it is suggested that TSS and NH3-N are cited as the leading causes of impairment/violations in both rivers and top sources of impairment included agricultural activities, hydrologic modifications (such as dredging, water diversions and channelization) and sewages.
 

Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas.
Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa
Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
Kelas 4 - sedikit tercemar *
Kelas 5 - sangat tercemar *
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi.


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 30 Aug 2012 09:08 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN

Posted: 30 Aug 2012 04:56 AM PDT


Malaysian court lenient to sex offenders?!

Posted: 29 Aug 2012 09:31 AM PDT

Another rapist's 'future' saves him from jail

August 29, 2012
KUALA LUMPUR, Aug 29 ― A man convicted of raping his 12-year-old girlfriend has eluded incarceration, the second recent case of statutory rape that has ended with the perpetrator walking free, The Star reported on its website today. 
According to the report, 22-year-old Chuah Guan Jiu was released on a three-year, RM25,000 good behaviour bond by the Sessions Court in George Town, Penang.
"We also considered the fact that the sexual act was consensual and that he is a school dropout," judge Sitarun Nisa Abdul Aziz was quoted as saying by The Star.
Sitarun expanded on her decision by saying she also took in account that this was Chuah's first offence. She further said she was considering his future.
Previously, prosecutors described how Chuah had played sick in order to get the victim into playing truant and lure her into attending to him at his home.
"They were dating and the accused should have protected her but he took advantage of her instead," DPP Lim Cheah Yit had told the court on Monday, in an effort to secure a harsh sentence for Chuah.
On July 20, the Session Court had found Chuah guilty of two counts of statutory rape, which took place in Air Itam on July 18 last year.
Chuah's conviction meant he was liable for up to 20 years' imprisonment and whipping for each count, as allowed under Section 376(1) of the Penal Code.
The decision is likely to further stoke existing public outrage following the case of national bowler Noor Afizal Azizan — convicted of raping a 13-year-old girl — who was let off from serving jail time after a Court of Appeal decision reversed an earlier High Court ruling and bound him over for good behaviour.
In explaining its decision, the appellate court reasoned that a lengthy jail sentence would have been imposed on national bowler Noor Afizal Azizan for the statutory rape of a 13-year-old girl when he was 19 if he had been older or had used force, coercion or violence.
The court said, however, that its decision should not be considered a precedent for all future cases involving statutory rape and should be judged on its own merit

KHIDMAT MERU

Posted: 30 Aug 2012 09:07 AM PDT

KHIDMAT MERU


SUMBANGAN UNTUK SJK(T) NORTH HUMMOCK

Posted: 30 Aug 2012 01:14 AM PDT









YB Dr Rani bersama Ketua Kampung Meru, Hj Taipor Hj Noor menyampaikan sumbangan RM30,000.00 dari Kerajaan Negeri Selangor bagi SJK(T) North Hummock.
YDP PIBG Sekolah tersebut, Encik Arumugam mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak sekolah.
Dr Rani juga melawat Bilek Makmal komputer yang mengandungi 40 komputer yang juga adalah sumbangan kerajaan negeri Selangor juga. Bilek makmal dan segala kelengkapannya bernilai RM80,000.00

mtdchenderoh

Posted: 30 Aug 2012 07:29 AM PDT

mtdchenderoh


ALAM RIA PASTI KAWASAN PADANG RENGAS

Posted: 29 Aug 2012 07:29 AM PDT


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 30 Aug 2012 03:42 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Rilex jap : hayati lagu paling popular hari ini

Posted: 29 Aug 2012 07:30 AM PDT



PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 30 Aug 2012 03:40 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Posted: 29 Aug 2012 09:56 PM PDT

sila hadir dan sebarkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan