Dun Kijang Posted: 30 Aug 2012 03:21 AM PDT Program Sumbangan Kepada Pelajar yang berjaya ke IPTA & IPTS kali ke 2serta sumbangan Azziwaaj Posted: 29 Aug 2012 11:18 PM PDT | penerima Azziwaaj |
| Salah seorang penerima sumbangan IPT |
| Sebahagian penerima sumbangan IPT |
Alhamdulillah..seramai 110 orang pelajar dari dun Kijang layak menerima sumbangan untuk pelajar yang berjaya ke IPT sama ada awam ataupun swasta. Program ini merupakan kali kedua ia daadakan pada tahun 2012. walaupun, sumbangan yang diberikan dalam nilai kecil, tetapi semua yang untuk belajar sama ada perringkat sijil, diploma ataupun ijazah akan diraikan.
Pada majlis ini juga seramai 12 orang penerima bantuan Az-ziwaaj iaitu sumbangan kepada kerajaan negeri kepada pasangan pengantin turut di rai. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 30 Aug 2012 01:43 AM PDT MB: Sewa bas PRU13 tak guna duit kerajaan Posted: 30 Aug 2012 01:12 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. "Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. "Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. sinar harian/- | Kes Amuk Putrajaya: Muhdalena Hadir Di Mahkamah Pakai Topeng Power Rangers Posted: 30 Aug 2012 01:03 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - Putrajaya - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Gambar: Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media. Pada prosiding semalam, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin. Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan. Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan. Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa. Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang. Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan. Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu. Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu. Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan. -SH | Panjat gunung batu untuk gambar perkahwinan Posted: 30 Aug 2012 12:50 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan Antonie Hodge merakamkan gambar perkahwinan mereka di puncak gunung batu Seneca Rocks di Virginia Barat. CHARLESTON - Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda? Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin. Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa. Walaupun berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet. Gambar perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung Seneca di negeri Virginia Barat. Idea untuk mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung. Turut sama melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka yang juga merupakan pendaki amatur. "Saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu ini," kata Hodge. Mereka melakukan pendakian tersebut baru-baru ini dengan bantuan tali dan abah-abah. - Agensi | [TERKINI] Saham FGVH Turun Tanpa Henti. Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak. Posted: 30 Aug 2012 12:43 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - (Pagi ini jam 11.19 am, saham FGVH turun ke paras RM4.99 -GB) PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib. Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda? Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka. Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa. Harga hari ini ialah RM 5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panic. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM 4.55 seunit. Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM 50 sebulan tak pasal pasal. Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 uni saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung berseih sebanyak RM 180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh. Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua! Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM 3645.50. campur untung hari ini sebanyak RM 380.70 , untung besar sebanyak RM 4026. Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM 4000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya. Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM 15000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Ketajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen. Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanayk RM380 x 112, 635= 43 juta. Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang di keluarkan untuk penroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harga nya RM 4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu. Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:- · RM1,680 juta( rasuah pendahuluan). · Bonus raya = 43 juta. · Pembiayaan penuh RM 415 juta. Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM 2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksa lah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampak nya tahun hadapan. Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM 5.99 billion dari penjualan saham FGV? Hmm. cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM 3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM 3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion. Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya. Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa lading pada harga RM3500/hektar. kelab grenboc/- | Auku: UM maju laksanakan undang-undang lapuk Posted: 30 Aug 2012 12:39 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar memuji langkah Universiti Malaya yang telah maju ke hadapan dalam melaksanakan perubahan berdasarkan undang-undang walaupun ia lapuk dan mencacatkan proses transformasi yang diuar-uarkan selama ini. Naib Presiden PKR itu menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan perlaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Malaya yang telah mengemaskini peraturan tatalaku para mahasiswa berkenaan penglibatan dalam arena politik. Beliau berkata, sekurang-kurangnya Universiti Malaya tidak bermuka-muka dalam menegaskan pendirian anti-demokratiknya dalam penguatkuasaan Auku. Menurutnya, Auku mengandungi sekatan yang merugikan dan menafikan para mahasiswa sebuah pendidikan yang lebih holistik. Katanya lagi, Auku telah mematikan nadi yang memperkasakan para mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi dan budaya pembelajaran yang perlu dihormati oleh setiap individu, selaras dengan hak-hak yang digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia. "Sedang pihak universiti mempraktikkan perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini, harus dipersoalkan, adakah Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih efektif memandangkan keputusan oleh sayap Pemudanya untuk mengambil langkah mendekati para Mahasiswa di IPTA walaupun tidak mendapat sebarang restu dari Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. Justeru, beliau ingin menegur pengamalan dwistandard dalam perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini kerana ternyata sayap Pemuda Umno menyetujui langkah proaktif PKR yang telah menubuhkan Mahasiswa Keadilan dengan lebih awal. Katanya, initiatif sayap Pemuda Umno untuk mendekati para mahasiswa bagi mendapatkan sokongan politik adalah bukti sokongan mereka terhadap memperkasakan para mahasiswa dari cengkaman Auku. Justeru, sebagai langkah susulan, Nurul Izzah menjemput Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam kewujudan kaukus penggantian Auku dalam sidang Parlimen seterusnya untuk menangani isu ini. Katanya, jelas terdapat persefahaman bahawa para mahasiswa harus bebas dalam perjuangan mereka dalam meningkatkan kesedaran sosial dan perlunya mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara dengan lebih aktif berbanding dengan peranan pasif yang dikelolakan oleh Umno BN melalui cengkaman Auku. Beliau menegaskan PKR tetap dengan pendiriannya bahawa tatakelakuan yang baru dikemaskini berdasarkan Auku adalah tidak relevan dan menyekat semangat kebebasan akademik. Katanya, PKR akan meneruskan perjuangan dengan memasuki kampus kerana tanggungjawab pemupukan minda yang terbuka, berdikari, dan mempunyai kesedaran sosial adalah penting dalam melahirkan mahasiswa yang akan menyelamatkan negara kita dari apa kemelut sekalipun. harakahdaily/- | JKM Daerah Timur Laut cari waris bayi lelaki Posted: 30 Aug 2012 12:30 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - CARI WARIS...bayi berusia hampir dua bulan kini di bawah jagaan JKM. FOTO Bernama GEORGETOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu bapa atau waris seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah rumah kosong di Lorong Kulit dekat sini, 12 Julai lalu. Pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM Daerah Timur Laut Rossilawati Aminuddin berkata bayi berusia hampir dua bulan itu, kini di bawah jagaan JKM. "Semasa ditemui, bayi lelaki itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Waris yang ingin menuntut bayi berkenaan diminta menghubungi Rossilawati di talian 04-2264531 atau 04-2277413. - Bernama | SAMM Alu-Alukan Saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tidak Tutup Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 12:24 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 30 OGOS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib agar Dataran Merdeka tidak ditutup bagi memberikan laluan kepada sambuatan ambang kemerdekaan malam ini. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, SAMM turut berharap agar Ahmad Phesal mempertahankan pendirian beliau dari tekanan pemimpin Umno-BN yang dianggap berfikiran sempit dan takut kepada perubahan. Dalam kenyataan media sama, SAMM mempertahankan pendirian hak rakyat negara ini untuk menyambut kemerdekaan tanpa mengira apa warna pakaian yang dipakai untuk tujuan tersebut. "Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan. "Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah. "Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan?" menurut kenyataan pertubuhan yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard itu. Sebelum ini dalam satu kenyataan, ACP Zainuddin dipetik Bernama berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur. Gabungan Janji Bersih bakal mengadakan himpunan semasa ambang merdeka selama dua jam mulai jam 10 hingga 12 malam ini bagi meraikan ulangtahun ke 55 kemerdekaan negara. Dalam perhimpunan yang tidak mendapat 'restu' pihak keselamatan itu, penganjur turut menggalakkan orang ramai agar mengenakan pakaian serba kuning bagi menyatakan tuntutan rakyat negara ini yang ingin melihat negara ini bebas dari cengkaman demokrasi palsu termasuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil. selangorku/- | Clamping Berjaya Kurangkan Kejadian Meletak Kenderaan Merata-rata Posted: 30 Aug 2012 12:19 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - SUBANG JAYA, 30 OGOS : Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengunci tayar kenderaan (clamping) yang tidak diletakkan dengan betul berjaya mengurangkan kesesakkan lalulintas di bandar ini. Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, pemandu kereta amat bimbang kenderaan mereka dikunci kerana mereka perlu ke pejabat MPSJ bagi membayar kompaun supaya kenderaan mereka dilepaskan. "Tindakan mengunci kenderaan jelas memberi kesan positif kepada pengguna di bandar ini. "Mereka lebih berhati-hati apabila meninggalkan kenderaan mereka di tepi jalan atau di kawasan yang tidak dibenarkan," kata Asmawi di dalam sidang media selepas mesyuarat penuh bulanan MPSJ di sini hari ini. Pada 2010, MPSJ mengeluarkan sebanyak 9,592 saman diikuti 5,620 pada 2011. Sehingga Julai tahun ini sebanyak 6,004 saman dikeluarkan. MPSJ juga mencatatkan perkurangan saman yang dikeluarkan. Pada Januari hingga Mei, 1,000 saman dikeluarkan tetapi Jun hingga Ogos mencatatkan hanya kira-kira 200 saman sahaja. Sementara itu MPSJ bakal membawa dua kes ke mahkamah atas tuduhan merosakkan alat pengunci kenderaan. Manakala lebih 400 kes lagi dalam senarai menunggu dan telah dibawa ke Timbalan Pendakwaraya MPSJ. Dalam hal yang lain, Asmawi berkata, MPSJ akan menerima tambahan 50 Kamera Litar Tertutup (CCTV) menjelang akhir tahun ini bagi tujuan pemantauan kejadian kes jenayah di kawasan bandar itu. Katanya, penerimaan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 174 CCTV yang mana ketika ini 124 CCTV dipasang di seluruh bandar di lokasi strategik. selangorlu/- | Jepun jangka gempa bumi kuat Posted: 30 Aug 2012 12:15 AM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - TOKYO: Kerajaan Jepun semalam mendedahkan kemungkinan berlakunya bencana alam paling buruk di mana gempa bumi gergasi di Lautan Pasifik mungkin akan membunuh 320,000 orang, iaitu lebih buruk daripada bencana tsunami, tahun lalu. Jangkaan mangsa itu dibuat berdasarkan bencana di mana gempa bumi kuat dengan 9.0 magnitud menyebabkan tsunami besar yang pernah melanda pesisiran pantai Jepun di selatan Tokyo. Jangkaan hipotesis bencana Pejabat Kabinet, akan menyaksikan gempa bumi melanda pada waktu malam dalam musim sejuk diikuti oleh angin kencang akan menyebabkan ombak besar setinggi 34 meter melanda ketika kebanyakan mangsa sedang tidur. Kebanyakan 323,000 mangsa itu akan mati lemas disebabkan tsunami, dihempap objek yang jatuh atau akibat kebakaran disebabkan bencana itu, katanya. Pada 11 Mac, tahun lalu, gempa bumi dengan 9.0 magnitud berlaku di Jepun pada awal tengah hari, menyebabkan tsunami setinggi 20 meter melanda negara itu. Kira-kira 19,000 orang terbunuh atau masih lagi hilang ketika tsunami melanda loji nuklear Fukushima Daiischi menyebabkan kebakaran di reaktor dan menyebabkan krisis atom terburuk. Menteri Pengurusan Bencana, Masaharu Nakagawa berkata, "Selagi kita tinggal di Jepun, kita tak boleh menolak kemungkinan gempa bumi dan tsunami." Laporan itu disediakan untuk senario terburuk supaya ia dapat membantu pegawai meningkatkan lagi persediaan menghadapi bencana. - AFP | Nasharudin: Pemuda PAS serah kepada Majlis Syura Posted: 29 Aug 2012 11:49 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil pendirian tidak mahu membuat sebarang kenyataan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Syura dalam membuat keputusan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa. Ketua DPPM Nasruddin Hassan (gambar) berkata demikian apabila diminta menyatakan pendirian mereka mengenai Ahli Parlimen Bachok itu yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud. "Jadi, kita ikut saluran parti maknanya serahkan kebijaksanaan kepada kepimpinan Masjlis syura unttuk melihat bagaimana isu ini harus di selesaikan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS. Malah katanya, kami juga akur dengan keputusan PAS Pusat dan itulah yang sebaiknya. Buat masa ini, katanya, DPPM tidak boleh mengukur dan menghukum Nasharuddin sehinggalah beliau bertemu dengan Majlis Syura sebagaimana proses saluran parti untuk menyatakan bagaimana kedudukan beliau. "Jadi saya tidak boleh hukum itu bukan tugas saya, itu tugas Majlis Syura. Cumanya saya tegaskan kita jangan mendahului keputusan pemimpin. "Pemuda ambil keputusan tidak mahu komen apa-apa. Tunggu keputusan Majlis Syura pada 9 September ini," katanya. harakahdaily/- | Kembalilah kepada Islam Posted: 29 Aug 2012 11:40 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - Tiada jalan pintas dan apa-apa juga jalan lain yang boleh menyelamatkan umat Islam melainkan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Buatlah dan rancanglah apa pun tidak akan dapat membuka simpul permasalahan sosial yang kini sangat membimbangkan kita. Isu buang bayi, zina, sumbang mahram, dadah, maksiat dan syirik serta murtad dan juga jenayah lain tidak akan dapat dibendung selagi manusia berdegil tidak mahu kepada ajaran al-Quran sebagai pembimbing mereka. Malahan Allah cabar manusia mencari dunia lain untuk hidup jika tidak suka dengan peraturan-Nya lagi. Kembalilah kepada asal walaupun dunia menganggap kita ketinggalan zaman dan kolot kerana terbukti pada zaman sebelum Merdeka dan pada zaman awal Merdeka dahulu apabila kita dapat menjaga tata susila dan adat resam serta berpegang teguh kepada ajaran islam. Ketika itu pergaulan lelaki perempuan terbatas dan kurangnya pengaruh budaya tidak sihat dari barat. Di samping tidak ada langsung bahan lucah daripada internet dan sebagainya. Umat pada masa itu mampu bertahan dan tidak terkeluar daripada landasan Islam yang sebenarnya. Sebahagian daripada kita sudah jauh daripada Rasulullah SAW dan bertambah jauh dengan Allah walaupun kita rasa 'perjalanan' kita itu betul. Hakikatnya tidak kerana banyak penyelewengan yang kita lakukan terhadap Islam dan tidak memegang amanah saperti yang dituntut oleh agama. Kita seolah-olah telah hilang punca dan diharapkan jangan sampai Allah tutupkan hijabnya hingga hilang perjalanan untuk kembali kepada-Nya. Kembalilah ke pangkal jalan dan ambillah kembali segala ajaran Islam itu sebelum terlambat. Hal ini kerana bila-bila masa sahaja bala akan diturunkan jika masih berdegil atau sekurang-kurangnya kembalikanlah kepada kehidupan sebagaimana datuk nenek kita hidup sebelum zaman merdeka dahulu. Walaupun sederhana tetapi masih dapat mengekalkan identiti sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab kepada agamanya dan masih lagi dapat mengekalkan budaya serta adat resam datuk moyang kita dahulu. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan juga anak cucu kita serta menzalimi masyarakat yang lain yang mahu kepada keharmonian hidup dan aman damai. harakahdaily/- | Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka! Posted: 29 Aug 2012 11:30 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - Sebagai NGO yang terlibat secara langsung, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdiri teguh di belakang Gabungan JANJI yang menganjurkan sambutan ambang kemerdekaan bersama seruan Janji Demokrasi yang dituntut. SAMM menjangkakan jumlah kehadiran yang besar apabila Dataran Merdeka dijadikan sasaran utama dari dalam dan luar Kuala Lumpur untuk menyambut detik tiba Hari Kebangsaan tahun ini. Bagi SAMM, Sudah sekian lama rakyat membiarkan aparat pemerintah memperkuda sambutan kemerdekaan demi kepentingan politik mereka dan seolah-olah ianya sambutan hari Umno kebangsaan. Regim pemerintah saban tahun telah mempromosi tokoh kemerdekaan negara hanya dari kalangan presiden Umno terawal hingga terakhir sedangkan ramai lagi tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan telah disembunyikan dari paparan umum ketika sambutan merdeka. Sejarah sebenar disorok supaya dilihat hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sebelum Umno diwujudkan. Inilah 'lagu' yang didendangkan setiap tahun ketika Hari Kemerdekaan. Kesabaran rakyat akhirnya teruji apabila sambutan tahun ini dicemar secara melampau sehingga tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal (copy paste) daripada tema yang digunakan dalam jelajah BN, iaitu Janji Ditepati. Tanpa logo rasmi dengan berdolak dalik mengatakan logo ditukar setiap dua-tiga hari, nyata semangat Hari Kebangsaan tahun ini telah dirosakkan dengan teruk sekali. Selain itu, lagu tema Janji Ditepati juga mendapat penolakkan hebat dari pelbagai golongan masyarakat termasuklah komen terbaru dari bekas mufti iaitu Dr Asri Zainal Abidin yang mengatakan liriknya menggambarkan sebuah kerajaan yang nazak. Di atas kesedaran ini, SAMM bersama hampir 50 NGO yang bernaung di bawah Gabungan JANJI menggerakkan sambutan ambang kemerdekaan dengan keunikan yang tersendiri. Dataran Merdeka dijadikan venue utama, kuning warna tuntutan diiktiraf sebagai warna tema, Janji Demokrasi acara ulung mengira detik ambang kemerdekaan. SAMM juga mengesahkan acara Janji Demokrasi mahupun Janji BERSIH bukan sebuah perarakan dan bukan sebuah protes jalanan. Ia adalah semata-mata acara kiraan detik kemerdekaan edisi ke-55 sepertimana yang disambut di seluruh negara pada setiap tahun, bezanya kali ini setiap yang hadir mengenakan kostum kuning. Ia akan berlangsung dengan aman dan makmur tanpa provokasi dari pihak polis. Mana-mana individu yang bertindak liar akan dicop sebagai agen provokasi tindakan yang wajar akan diambil oleh unit keselamatan. Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan. Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah. Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan? SAMM juga mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menyarankan Dataran Merdeka tidak ditutup pada malam 30 Ogos untuk beri laluan kepada sambutan ambang merdeka Janji Demokrasi. SAMM juga mengharapkan keputusan Datuk Bandar adalah solid dan kalis daripada dipengaruhi anasir regim yang sempit pemikiran yang juga difahamkan takut kepada perubahan. Mengenai tuntutan Janji Demokrasi di ambang merdeka, SAMM berpendapat bahawa kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan/memilih siapa untuk mentadbir negara. Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihan raya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak. Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih-lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain. Pihak polis juga harus 'merdeka' dari terus diperguna demi kelangsungan pemerintah mengekalkan kuasa. SAMM menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan kali ini lebih bermakna dan terus diingati dalam lembaran sejarah. Pakailah kuning dan hadirlah ke Dataran Merdeka dengan apa jua kebijaksanaan supaya sempat hadir sebelum kiraan detik kemerdekaan bermula. Kepada seluruh anak muda dan yang berjiwa muda ingatlah, menuntut demokrasi ini diumpamakan seperti menuntut kemerdekaan baru, Merdeka Rakyat dari regim legasi penjajah, nyata acara Janji Demokrasi ini wajib tidak dilepaskan. Jadilah sebahagian daripada sejarah. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sebenar-benar Merdeka!! EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) www.anakmudamalaysia.com edyesdotcom@gmail.com | Osama sudah mati apabila bilik tidurnya diserbu Posted: 29 Aug 2012 11:22 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - RUMAH yang menjadi tempat persembunyian Osama di bandar Abbottabad, Pakistan. WASHINGTON - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah mati apabila pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy SEAL menyerbu ke dalam bilik tidurnya di sebuah banglo di bandar Abbottabad, Pakistan. Dakwaan kontroversi itu bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian Osama. Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang bekas anggota komando SEAL yang terlibat dalam operasi rahsia membunuh ketua Al-Qaeda itu pada 2 Mei 2011. Menurut akhbar MailOnline semalam, Osama juga tidak bersenjata apabila dia diserang pasukan elit SEAL. Kisah misi membunuh ketua pengganas berkenaan didedahkan dalam buku biografi, No Easy Day: The Firsthand Account of the Mission That Killed Osama bin Laden. Ditulis di bawah nama pena, Mark Owen buku tersebut yang dijadualkan berada dalam pasaran pada 11 September depan akan dijual seminggu lebih awal. Penulis buku berkenaan merupakan antara enam komando SEAL yang melihat Osama mati pada tahun lalu. Menurut salinan buku itu yang diperoleh akhbar Huffington Post, misi membunuh Obama jauh bercanggah dengan kenyataan White House. Dalam bukunya, Owen memberitahu bahawa seorang anggota elit skuad berkenaan terserempak dengan Osama ketika dia cuba melarikan diri ke dalam bilik tidurnya. Bilik itu terletak di tingkat tiga banglo berkenaan yang dihuni oleh Osama bersama sejumlah anggota keluarganya. Beberapa anggota SEAL lain kemudian bergegas menaiki tangga untuk mengejar Osama. "Kami kurang lima langkah untuk sampai ke tingkat atas apabila saya terdengar bunyi tembakan. Ketika itu, saya tidak dapat melihat sama ada tembakan itu mengenai sasaran," kata Owen. Walaupun media AS melaporkan Osama bersenjata dan cuba melawan ketika dibunuh, askar itu berkata, ketua Al-Qaeda itu sebenarnya sudah tidak bernyawa apabila mereka berada di dalam bilik tidurnya. Menurut Owen, ketika Obama terbaring, dia dan beberapa komando lain melepaskan beberapa das tembakan lagi ke dada lelaki itu. Dalam bukunya, Osama dilaporkan memakai baju-T berwarna putih, seluar panjang bersama sehelai tunik. Semasa mereka merakamkan gambar jenazah Osama, dua pucuk senjata turut di temui di bilik tidur berkenaan tetapi kedua-duanya tidak berpeluru. "Dia (Osama) langsung tidak melakukan persediaan untuk mempertahankan diri. Lelaki ini langsung tiada niat mahu melawan walaupun selama beberapa dekad dia begitu gah mengarahkan pengikutnya supaya melakukan serangan berani mati," kata Owen. "Sepanjang saya berkhidmat dalam tentera, kami telah kerap kali menyaksikan penipuan seperti ini," tambahnya. Mengulas pendedahan memalukan itu, ketua Pusat Operasi Khas AS memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat sensitif ketenteraan. Dalam pada itu, sebuah laman web rasmi Al-Qaeda pada Jumaat lalu menyiarkan gambar dan nama komando SEAL yang bertanggungjawab menulis buku tersebut. Tindakan tersebut dilakukan selepas saluran berita AS, FoxNews.com mendedahkan identiti penulis sebagai Matt Bissonnette. Anggota komando SEAL itu yang kini berusia 36 tahun bersara selepas operasi membunuh Osama. - Agensi | Utusan diperintah bayar gantirugi lagi Posted: 29 Aug 2012 11:16 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar). Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam. Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan. "Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah. Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia. "Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi. Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini. Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1. Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu. Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini. Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya. Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini. Nizar Syukur Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca. "Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal. "Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini. "Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily. Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali. RM50 juta Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan. "Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau. Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan. harakahdaily/- | KEMERDEKAAN NEGARA : NIKMAT ALLAH YANG PERLU DIINGATI Posted: 29 Aug 2012 11:10 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَخَلِيلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ، وَعَلَى ءَالِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. قاَلَ اللهُ تَعاَلَى : Maka ingatlah kamu kepada-Ku, supaya Aku mengingati kamu (membalas kamu dengan kebaikan) dan bersyukurlah kamu kepada-Ku, dan janganlah kamu Kufur. Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan mengerjakan solat, kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar (surah al-Baqarah ayat 152 & 153) Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian, Saya berpesan kepada tuan-tuan, dan diri saya, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahaja diwariskan dunia ini untuknya. Mudah-mudahan taqwa kita semakin hari semakin bertambah dengan melakukan amal kebajikan. Sesungguhnya, sebaik-baik pakaian kita di sisi Allah Taala adalah pakaian taqwa. Muslimin Yang dirahmati Allah, Dua ayat yang dibacakan diawal khutbah tadi adalah lanjutan daripada ayat-ayat yang menjelaskan tentang nikmat Allah yang besar yang diberikan umat Islam iaitu keizinan dan kebenaran daripada Allah Taala untuk memindahkan arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Baitullah al-Haram di Makkah. Rasulullah SAW dan para sahabat, setelah menerima kefardhuan solat 5 waktu sehari semalam pada tahun kedua Hijrah, menunaikan solat dengan mengadap kiblat ke arah Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis selama hampir 17 bulan. Setelah begitu lama berkiblatkan Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW sering kali menadah tangan memohon kepada Allah untuk menukarkan arah kiblat ke arah Masjid al-Haram di Makkah. Maka, Allah SWT telah memperkenankan hajat Rasulullah SAW untuk mengadap kiblat ke arah Masjid al-Haram di Makkah. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 144 yang berbunyi : Kerapkali kami melihat engkau menadah (tangan) ke langit, maka Kami benarkan engkau menghadap kiblat ke arah yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram; dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah itu) adalah benar dari tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. Mukminin Yang dirahmati Allah, Ketahuilah tuan-tuan sekalian, nikmat yang Allah Taala telah berikan kepada kita terlalu banyak, tidak mampu dihitung dan dinilai. Rasulullah dan para sahabat telah diberikan dengan pelbagai nikmat, antaranya ialah keizinan perpindahan arah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Masjid al-Haram di Makkah, yang merupakan tempat kelahiran Rasulullah SAW dan segelintir para sahabat Baginda. Begitu juga kita sebagai warganegara Malaysia, telah dikurniakan kemerdekaan tida dinikmati oleh semua manusia di dunia ini. Kemerdekaan yang kita kecapi ini adalah juga nikmat Allah kepada kita yang wajib kita syukuri bersama. Dengan nikmat kemerdekaan yang kita nikmati membolehkan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah baru-baru ini dengan penuh kegembiraan. Hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55 yang kita kecapi hari ini, adalah nikmat Allah Taala kepada kita hasil perjuangan generasi terdahulu yang berkorban harta benda, jiwa raga dan seluruh kehidupan mereka menentang penjajahan. Ianya menjadi hadiah yang tidak ternilai kepada kita yang berupa keselesaan dan keamanan menjalani kehidupan tanpa rasa takut dan risau dalam melakukan ibadah dan tugas seharian. Sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa memastikan segala perbuatan dan tindak tanduk kita bertepatan dengan kehendak Allah. Sidang Jemaah Yang dirahmati Allah sekalian, Timbul satu persoalan kepada kita, apakah kekuatan yang ada pada generasi terdahulu sehingga sanggup bersusah payah berjuang membebaskan negara daripada penjajah ??? Siapakah yang mengerakkan mereka untuk berkorban harta dan jiwa, demi kelangsungan kehidupan anak cucu mereka??? Sedarilah tuan-tuan sekalian, bahawa yang menimbulkan kesedaran kepada generasi terdahulu untuk membebaskan negara ini, dan sanggup berkorban harta dan jiwa adalah Allah SWT. Allah Taala sahajalah yang mampu untuk menimbulkan kesedaran dan memberi kekuatan kepada mereka untuk berjihad membebaskan negara. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk memberi kemudahan dan kemaslahatan kepada kita, untuk melakukan ibadah kepada Allah dan memudahkan urusan seharian kita. Maka, janganlah kita cemari pengorbanan mereka dengan membangkitkan kemurkaan Allah dan mengabaikan segala titah perintah Allah terhadap kita. Sidang Jemaah Yang dirahmati Allah sekalian, Tahap kesedaran dan penghayatan kemerdekaan bukanlah dinilai dengan penglibatan kita dalam program sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh berbagai pihak. Bukan juga dinilai dengan banyaknya kibaran jalur gemilang yang ada di kediaman dan dijalanraya. Tidak hanya dikira dengan imbasan dan penceritaan semula kisah-kisah perjuangan saki baki pejuang yang masih ada. Namun kesedaran dan penghayatan yang lebih bermakna adalah dinilai setakat mana kita mengisi kemerdekaan ini sepanjang kehidupan kita. Pengisian kemerdekaan hendaklah bertepatan dengan kehendak Allah yang telah mengurniakan kemerdekaan kepada kita. Tidak ada kemerdekaan yang lebih besar daripada kemerdekaan hati dan jiwa orang-orang yang beriman yang sentiasa mengingati Allah. Di antara tanda-tanda kita mengingati Allah ialah: 1. Mendirikan solat. 2. Hati merasa gementar apabila disebut nama-nama Allah. 3. Semakin bertambah keimanan kepada Allah, apabila dibacakan ayat-ayat Allah. 4. Lidah sentiasa basah menyebut nama-nama Allah yang indah. 5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. 6. Merasakan nikmat Allah yang kecil sebagai nikmat yang besar. 7. Sentiasa beristighfar dan memohon taubat di atas maksiat yang dilakukan walaupun dosa-dosa kecil. 8. Merasakan bahawa segala yang kita miliki di atas dunia ini, adalah milik mutlak Allah Taala. 9. Berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada kedua ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan masyarakat Islam keseluruhannya. 10. Mengambil berat kebajikan saudara seagama yang menerima nasib malang, musibah dan malapetaka. Maka marilah kita memerdekakan hati dan jiwa kita agar pengorbanan nenek moyang kita memerdekakan Negara tidak menjadi sia-sia. Jangan hanya kita hanya meraikan kemerdekaan yang telah memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, namun kita isikan kemerdekaan ini dengan aktiviti dan program yang mengundang kemurkaan Allah. بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ لِلَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيَظْهِرَهُ عَلى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Muslimin Yang di Rahmati Allah, Hari ini adalah hari ulang tahun kemerdekaan tanah air kita yang ke-55. Kemerdekaan tanah air kita adalah merupakan ketetapan daripada Allah Yang Maha Bijaksana, pencipta dan pentadbir alam ini. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradah-Nya. Segala-segalanya telah direncanakan sebelum terciptanya alam raya ini. Apabila Allah berkehendak untuk menjadikan sesuatu, Dia hanya mengucapkan "Jadilah", maka jadilah perkara tersebut. Sesungguhnya, Allah tidak sekali-kali menyalahi janji-janji-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Segala janji Allah adalah benar dan pasti berlaku. Kita sebagai makhluk Allah Taala, perlu berusaha untuk mengingati Allah dalam setiap keadaan, menghubungkait segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita adalah datangnya daripada Allah Taala, bersyukur di atas segala nikmat-Nya, sentiasa melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain, dan janganlah kita kufur dan menolak ketentuan dan ketetapan yang datang daripada Allah Taala. Ingatlah, semua perkara yang berlaku ke atas diri sama ada baik atau pun buruk adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah. Ingatlah kita semua kepada Allah, kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang tenteram. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah sepenuhnya nikmat kesihatan dan kelapangan, taufiq dan hidayahmu, kepada Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah Posted: 29 Aug 2012 11:04 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (gambar) memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang bersejarah kepada negara ini. Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini. "Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara. "Mood rakyat cukup muram dan mereka telah menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap sambutan kali ini yang dilihat lebih terjurus kepada agenda parti Barisan Nasional," jelasnya ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuala Lumpur. Tambahnya lagi, rakyat menunjukkan tanda kecewa serta marah mereka terhadap kerajaan apabila sambutan kemerdakaan kali ini telah diperalatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk mencari populariti mereka. "Malapetaka kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila sambutan kerajaan pincangkan maksud sebenar kemerdekaan. "Saya melihat rakyat sekarang hanya menunggu untuk membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dan mereka sudah mula bosan dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional tidak meletakkan hak rakyat sepenuhnya tetapi lebih kepada agenda parti," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar Perak. Dalam pada itu, beliau juga turut melahirkan kekesalan apabila wujud paksaan kepada kakitangan awam agar hadir pada himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil. "Pada sebelah pagi mereka diarahkan ke Dataran Merdeka tetapi sebelah malamnya pula sekali lagi arahan dikeluarkan agar hadir ke himpunan di Bukit Jalil. "Kesal kenapa ini berlaku, kakitangan awam ada yang bantah kerana cuti umum sepatutnya digunakan untuk menziarahi saudara mara sempena Hari Raya namun sebaliknya berlaku," kata beliau. Beliau juga turut menjangkakan sambutan Janji Bersih pada malam ini akan memperlihatkan kehadiran yang cukup ramai kerana rakyat sekarang berada dalam keadaan ingin melakukan perubahan. harakahdily/- | Derita 30 tahun Posted: 29 Aug 2012 10:40 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KASIH IBU...Sakyah menjaga Selmah yang menghidapi penyakit kulit tahap kritikal di rumahnya. TEMERLOH: "Apabila melihat keadaan dia saya amat terharu mengenangkan kesakitan yang dialaminya sejak 30 tahun lalu. "Memang sedih melihat dia terpaksa menahan rasa gatal yang dialami sepanjang masa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk meredakan kegatalan dan menyembuhkan penyakitnya itu," kata Sakyah Naemat, ibu kepada seorang wanita berusia 56 tahun yang menderita penyakit kulit di sini. Sakyah, 78, berkata, penyakit yang menyerang anaknya, Selmah Basar mula dikesan ketika wanita itu mengandungkan anak kedua pada usia 26 tahun. "Pelbagai usaha termasuk menggunakan kaedah perubatan tradisional dan moden dilakukan, tetapi ia tidak mendatangkan perubahan positif, sebaliknya penyakit itu semakin serius sejak akhir-akhir ini. "Selmah juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) dan Hospital Raub, tetapi penyakit terbabit tidak juga sembuh. "Sebab itu, dia terpaksa berulang alik ke Hoshah untuk rawatan termasuk membersihkan kulit yang menggelupas di seluruh badan," katanya ketika ditemui di Kampung Mempateh, Lanchang, di sini, kelmarin. Sementara itu, adik Selmah, Abd Wahid, 54, berkata, segala keperluan termasuk penggunaan lampin pakai buang bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan serta ahli keluarga lain. Menurutnya, disebabkan penyakit kulit itu yang dikatakan pada tahap kritikal, segala urusan berkaitan keperluan diri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga. "Sejak akhir-akhir ini pergerakan kakak agak terbatas, justeru, menyukarkannya melakukan perkara harian termasuk makan dan menukar pakaian. "Memang sedih apabila melihat keadaannya yang terlantar, tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dan mendoakan penyakit kakak sembuh," katanya. Penderitaan Selmah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang melawat Selmah. Sharkar yang sudah beberapa kali menziarah Selmah belum mendapat pengesahan daripada pakar perubatan berhubung penyakit yang dihadapi ibu tunggal berkenaan. "Dalam hal ini, saya minta pakar perubatan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Selmah selain saya berusaha mendapatkan bantuan alternatif lain," katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Abd Wahid (No. 106053020422). | Artis dan atlit dalam Himpunan Hijau Sarawak Ahad ini Posted: 29 Aug 2012 10:32 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - MIRI: PAS Negeri Sarawak akan menganjurkan Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Xpresi Muda ke Putrajaya pada 2 September 2012 iaitu pada hari Ahad. Program ini akan diadakan di kawasan lapang di Jalan Brighton, Miri berhadapan dengan Park City Hotel Miri. Demikian kata Mohammad Arifiriazul B Paijo, Ketua Pemuda PAS Sarawak merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri dalam kenyataannya hari ini. Program akan bermula pada jam 1.30 petang dengan konvoi motosikal dan basikal daripada kawasan parkir Stadium Tertutup Miri ke tempat program. Turut bersama di dalam konvoi ini adalah Atlit Tritalon Sarawak iaitu Jack Ho. Program Xpresi Hijau ke Putrajaya pula akan diadakan di tempat yang sama dan akan diisi dengan ucapan-ucapan daripada pimpinan Pemuda PAS Malaysia serta persembahan daripada artis jemputan iaitu Zuar Xpdc dan Iwan Syahman. PAS Sarawak turut mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada Xpresi Muda ke Putrajaya ini dimana pelbagai juadah tradisional dan tempatan akan disajikan kepada para pengunjung disamping duit raya yang akan diagihkan kepada anak-anak yang hadir pada program tersebut. Program kemuncak Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sarawak akan berlangsung pada sebelah malam akan bermula pada jam 8.00 malam dan bakal menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (gambar atas) dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain. Turut bersama di dalam himpunan ini nanti adalah Datuk Saleh Jafarudin bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, kumpulan anti empangan Baram dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat tempatan. "Oleh yang demikian, PAS Negeri Sarawak menjemput seluruh rakyat Sarawak khususnya yang berada di Bandaraya Miri dan Sibuti untuk turut sama-sama hadir bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini," kata Mohammad Arifiriazul. harakahdaily/- | Lynas: NGO berjaya cabar keputusan menteri Posted: 29 Aug 2012 09:27 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berjaya menghalang kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas (M) Sdn Bhd sementara menunggu satu perbicaraan. Mahkamah Tinggi Kuantan kelmarin membenarkan permohonan NGO berkenaan untuk memfailkan permohonan mencabar keputusan Menteri Sains, Telnologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen tersebut. (Gambar: Suasana di luar Mahkamah Tinggi Kuantan sebelum keputusan diumumkan.) Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan permohonan yang difailkan Pengerusi SMSL Tan Bun Tet, Syed Talib Syed Sulaiman dan Hasemah Ramli dalam kamar yang menamakan Maximus dan AELB selaku responden pertama dan kedua. Ketika bercakap kepada media, Tan berkata mahkamah telah bersetuju memberikan kebenaran untuk SMSL meneruskan permohonan supaya keputusan yang dibuat oleh menteri dibicarakan. "SMSL diperuntukkan satu hari perbicaraan ke atas keputusan menteri untuk tidak menarik balik (TOL) itu dan akan dibicarakan di sini (Mahkamah Tinggi Kuantan) di mana kita akan memohon supaya lesen TOL tidak diberikan kepada Lynas sehingga perbicaraan ini tamat. "Maknanya, kilang tersebut (Lynas) tidak boleh beroperasi hingga kes ini selesai. Lynas tidak akan masuk campur dalam perbicaraan yang dijalankan dan hanya akan terlibat apabila perbicaraan sebenar bermula kelak yang akan diberitahu oleh pihak mahkamah", ujarnya. Tambahnya, SMSL turut memohon responden pertama dilarang daripada mengeluarkan apa-apa lesen sementara atau lesen tetap kepada Lynas kecuali syarikat tersebut mengemukakan butiran lengkap Laporan Penilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar (DEIA) kepada responden kedua dan tertakluk kepada kelulusan DEIA atau Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pada 30 Januari lalu, AELB telah meluluskan syarat permohonan Lynas iaitu TOL sementara pada 13 Jun pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah membuat keputusan menolak rayuan Ismail Abu bakar, V. Raman Abujavali dan Tan Ah Meng terhadap keputusan AELB (meluluskan TOL). Mengikut jadual, Lynas akan beroperasi penghujung tahun ini setelah mendapat TOL daripada kerajaan. SMSL diwakili peguam-peguam Datuk Bastian Pisu Vendagon, Hon Kai Peng, R.Saregapari, Ang Vendargon dan Gene Vendagon manakala Lynas pula diwakili Sunil Abraham dan Wong Kah Hui. Turut hadir Kamal Azira mewakili Peguam Negara. Sementara itu turut berada di Mahkamah Tinggi Kuantan semasa perbicaraan berlangsung ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Adun Berserah Syed Mohammad Tuan Lonnik, Ketua Penerangan PKR Pahang Razali Alias serta beberapa pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. harakahdaily/- | Janji Dicabuli - Kerajaan Pusat Gagal Siapkan Hospital Shah Alam Posted: 29 Aug 2012 08:41 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - Saya baru terima laporan kemajuan projek Hospital Shah Alam. Nampak gayanya sudah jauh ketinggalan berbanding dengan yang telah dijadualkan. Sudahlah 2 tahun terbiar terbengkalai begitu sahaja, sudahlah terpaksa ditambah kos dengan harga beratus juta ringgit. Sekarang tergendala lagi? Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013. Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan! Adalah amat memalukan sekiranya projek seperti ini, ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, bukan ditengah hutan, tidak dapat dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan baik. Rasa-rasanya Menteri Kerja Raya kena buat sesuatu kot? Apa? Letak jawatan? Hmmm... kena tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Adakah mereka memahami bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab dan juga pertanggung-jawaban? Kalau tanya golongan yang agak kuno, mungkin akan dikatakan tapak itu berhantu. Kena sembelih kambing dan sebagainya. Tapi kita tahu itu semua karut dan bertujuan memindahkan kesalahan dan menutup kegagalan diri. Adakah pihak kementerian juga akan menggunakan alasan yang sama? WaLlahu 'Alam YB KHALID SAMAD | Gabungan Janji teruskan perhimpunan di Dataran Merdeka Posted: 29 Aug 2012 08:39 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - Gabungan Janji akan meneruskan perhimpunan pada ambang merdeka di Dataran Merdeka, walaupun dilarang oleh pihak polis dan pihak berkuasa DBKL. Menurut kenyataan bertulis yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider hari ini, Gabungan Janji telah membaca kenyataan dari menteri penerangan, kebudayaan, kesenian dan komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim berkenaan jemputan untuk perayaan ambang merdeka di Dataran Merdeka. "Sebagai jemputan dari seorang menteri kabinet, kami mahu datang untuk turut meraikannya. "Gabungan Janji yang mewakili rakyat, turut menjemput menteri agar memakai baju kuning bersama-sama dengan rakyat di Dataran Merdeka. "Tetapi kami tidak faham kenapa ketua polis negara dan ketua polis daerah (OCPD) terus menerus mengatakan bahawa kami melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012? "Kami percaya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berkumpul dan meraikan hari kebangsaan bersama-sama tanpa perlu meminta kebenaran," kata Gabungan Janji dalam kenyataannya. "Sehubungan dengan itu, kami menjemput semua rakyat Malaysia agar datang beramai-ramai datang pada malam 30 Ogos, jam 11 malam di Dataran Merdeka bagi menyambut ambang kemerdekaan. "Kami meminta agar semua memakai baju kuning, tidak membawa sepanduk dan tidak menjerit slogan, dan membawa makanan dan minuman bersama kawan-kawan dan keluarga. "Gabungan Janji mahu kehadiran semua sebagai menunjukkan komitmen kepada demokrasi untuk meraikan hari kemerdekaan ini," kata Gabungan Janji dalam kenyataannya. Menurut laporan awal hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad hari ini berkata, Gabungan Janji telah gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan Janji Demokrasi yang dirancang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka. Menurut beliau, Dataran Merdeka akan ditutup pada malam itu untuk melakukan persiapan untuk upacara perarakan Hari Kebangsaan ke-55 yang akan berlangsung di situ. "Semua acara Himpunan 55 Tahun Merdeka akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan tidak ada apa-apa aktiviti akan berlangsung di Dataran Merdeka. Dan sekiranya mereka (Gabungan Janji) mahu melakukan aktiviti di situ, mereka perlu minta permit 10 hari lebih awal dengan pihak polis. "Dan setakat ini mereka tidak melakukannya, dan dari situ mereka telah gagal untuk mendapatkan permit," kata OCPD Zainuddin lagi. Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sasterawan negara, Datuk A Samad Said (gambar) yang juga pengerusi bersama Bersih dijangka akan membaca puisi pada malam itu. Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. selatan online/- | Tahniah! Rakyat Kelantan Boleh Menggunakan Jambatan Baru Hari Ini Posted: 29 Aug 2012 08:35 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - harakahdaily/- | Al-Azhar: Tahniah kepada Kerajaan Selangor, Jais Posted: 29 Aug 2012 08:33 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menerima baik cadangannya agar Jais menguruskan pendaftaran kemasukkan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar-pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir. Berita baik itu telah dimaklumkn oleh Dr Halimah Ali, Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan negeri kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (gambar) semalam. Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung ke universiti tertua itu menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula tidak menguruskan borang-borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini menambahkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana. Justeru, Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke Jais sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera. Menurut Mohd Farhan, penerbangan bagi pemohon ujian saringan kedua di Mesir dijangka akan bertolak sebelum 15 September ini. Katanya, pihak Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka menghadapi ujian saringan akhir September ini. Beliau berkata, gesaan itu hasil dari mesyuarat Ilmam Cawangan Selangor kelmarin yang telah bersetuju untuk menggesa kerajaan negeri menguruskan kemasukan pelajar persendirian Selangor ke Mesir. "Mereka ke sana mempunyai beberapa lagi peluang untuk menuntut di Universiti Al-Azhar, kita tidak boleh membiarkan mereka tanpa kita memberikan kebajikan untuk mereka menuntut ilmu di sana. Ini adalah kewajipan sebagai seorang pemerintah," ujar Farhan. Pihak Ilmam Selangor juga, ujarnya berusaha akan membantu semaksimum yang mungkin dalam membantu Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi di bawahnya seperti evakuasi pelajar ketika negara Mesir bergolak, program-program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain yang pernah dijayakan bersama. Selain itu, jelasnya Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar-pelajar ke Mesir bersama ibu bapa pada 7 September ini. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar-pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-460 1497. harakahdaily/- | Himpunan Hijau Kelantan serentak majlis Aidilfitri Posted: 29 Aug 2012 08:25 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedua-dua program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah Machang. Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain. "Selain itu program untuk Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah, motivasi anak muda, persembahan hiburan. "Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,"ujarnya. Bagaimanapun program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar Ulama' akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam berturut-turut. Beliau memberitahu program Mimbar Ulama' bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU. Sambungnya, program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan. "Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,"ujarnya. harakahdaily/- | Enam das jarak dekat Posted: 29 Aug 2012 08:05 PM PDT 11 Syawal 1433H. [MOD] - MANGSA...polis mengusung mayat Archuthan yang ditembak lelaki bermotosikal di hadapan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, semalam. TEMBUS...kesan tembakan enam das jarak dekat. TEMBUS...kesan tembakan enam das jarak dekat. GOMBAK: Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, K Archuthan, 41, yang dikenakan tindakan buang daerah ke Perlis sebelum dibebaskan Jun lalu, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi. Suspek melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat ketika mangsa berada di dalam Toyota Camry berwarna perak. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Yen, 28, berkata ketika kejadian, dia berada di dalam kedai berhampiran terdengar bunyi beberapa das tembakan. metro/- | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 29 Aug 2012 09:41 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 29 Aug 2012 09:33 PM PDT Penduduk cari inisiatif sendiri atasi air berbau busuk Posted: 29 Aug 2012 09:16 PM PDT 30 Ogos 2012
PORT DICKSON – Penduduk di sekitar Port Dickson terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk menangani gangguan bekalan air yang tercemar dan berlarutan sejak awal Ogos lalu.
Malah rata-rata penduduk tidak mampu berbuat apa-apa dan terpaksa menggunakan juga bekalan air tersebut untuk meneruskan kehidupan seharian.
Sesetengah kawasan di daerah pelancongan ini menerima bekalan air yang berbau busuk dan ada kawasan yang menerima bekalan asas itu dengan keadaan airnya yang kotor kekuningan.
Seorang penduduk dari Bukit Pelandok yang mahu dikenali sebagai Zabril, 30-an berkata, jika sebelum ini isu air kecoh di Kelantan dan Selangor, kini keadaan itu mula merebak ke Negeri Sembilan.
"Perkara ini perlu ditangani dengan segera dan bijak oleh pihak bertanggungjawab agar ia tidak menimbulkan rasa marah masyarakat.
"Jika gangguan bekalan air ini tidak ditangani dengan baik, lama kelamaan akan menimbulkan krisis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Junaidi Abd Wahab, 47, berkata, kejadian air berbau busuk itu berlaku sejak akhir Ramadan lalu dan ia berterusan sehingga kini.
"Walaupun masalah itu sudah lama berlarutan, kami tetap terpaksa menggunakan air berkenaan kerana tiada alternatif lain.
"Di rumah kami tiada penapis air yang boleh menghilangkan bau air ini," katanya.
Pengerusi Surau Al-Hijrah, Bandar Spring Hill, Ramli Ismail berkata, ada juga segelintir penduduk yang menggunakan alternatif lain bagi mendapatkan air bersih, antaranya membeli air di mesin penapis yang dijual di luar kawasan Port Dickson, malah ada yang ke Sepang.
"Pakaian yang dibasuh dengan air tersebut juga meninggalkan kesan bau walaupun sudah kering," katanya.
Ramli berkata, pihaknya sudah mengadukan masalah itu kepada pihak Sains.
"Kini kami harap pihak Sains dapat mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah ini memandangkan ia sudah berlarutan agak lama," katanya.
Masalah itu turut melanda beberapa kawasan lain antaranya, Lukut, Chuah dan Bukit Pelandok.
| Cari kayu terpakai bina rumah Posted: 29 Aug 2012 09:15 PM PDT 30 Ogos 2012
JOHOL – Meskipun menghuni rumah yang berdindingkan kanvas dan berlantaikan tanah, namun sebuah keluarga di Kampung Melekai tetap tabah meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan.
Ketua keluarga, Awang Timbul, 47, berkata, mereka sudah tinggal di rumah itu dua tahun lalu selepas berpindah dari rumah pusaka yang usang.
Menurutnya, selepas berpindah, dia mencari kayu terpakai untuk membina sebuah rumah dan kanvas untuk dijadikan dinding di bahagian dapur.
"Bila hujan, saya tidak dapat tidur kerana bimbang kanvas tidak mampu menahan tiupan angin yang kuat.
"Saya memang tidak mampu membina rumah yang selesa kerana hanya bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM12 sehari," katanya.
Awang tinggal di rumah berkenaan bersama isterinya, Rogayah Mohamad Sharif, 46, dan adik iparnya, Norlela, 26.
Awang berkata, rumah itu luas dan hanya mempunyai sebuah bilik sahaja untuk Norlela tidur.
Menurutnya, isterinya pula terpaksa tidur di dapur kerana menghidap penyakit asma kronik dan tidak boleh menaiki tangga.
"Saya pula tidak kisah tidur di mana sahaja. Isteri saya menghidapi pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan batu karang.
"Dia perlu mengambil ubat dan kadangkala terpaksa berulang alik dari Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN) untuk melakukan pemeriksaan darah tinggi. Bila pergi ke HTAN, saya menyewa kereta saudara kerana saya tidak memiliki kenderaan. Motosikal pulla pinjam dari jiran. Kos rawatan pula tinggi kadangkala mencecah RM400," katanya yang berasal dari Sabah.
Katanya, sebelum ini dia pernah membuat permohonan mendapatkan sebuah rumah baru melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menerusi ketua kampung tetapi sehingga kini belum ada maklum balas.
"Saya sudah mohon PPRT tetapi ada pihak yang datang ke rumah hanya mampu membaiki rumah sahaja. Mereka ada datang mengukur bahagian dapur tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan.
"Tapak rumah yang didiami sekarang milik isteri dan berharap dapat dibina rumah PPRT di sini," katanya.
| Puasa 6 , boleh campur niat Qodha Ramdhan? Posted: 29 Aug 2012 08:02 PM PDT Petikan blog Tuan Guru Ustaz Abdul Raof dari Pondok Tampin
Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah Niat qadha Ramdhan disekalikan dengan niat berpuasa 6?. Sahkah puasa qadha tu?.
Jawab : Boleh dan Sah.
Nasnya: kitab Kasful Litham juzuk 1, muka surat 107, Bab Puasa Sunat.
(Far'un) Maka jika meqadha oleh seorang itu bulan Ramdhan didalam bulan Syawwal maka sunat ia Qadha puasa Syawwal itu pada bulan Zul Qa'dah . Dan jika diqashadkan pada Niat serta bulan Ramdhan itu sunat Syawwal, masuk ia dengan ITTIFAQ . Dan jika ia Itlaq, demikian jua masuk sertanya atas yang dimuktamad oleh Sheikh Ramli.
Huraian dan Ringkasan:
1. Jika seseorang Qadha untuk puasa Ramdhan selama sebulan sepanjang bulan Syawwal, maka dia sunat pula mengqadhakan puasa 6 Syawwal itu dibulan Zul Ka'dah , iaitu bulan yang berikutnya selepas Syawwal.
2. Jika sesesorang mencampurkan niat puasa untuk Qadha puasa Ramdhan dengan Niat puasa 6 , maka harus dan puasanya itu sah menurut pendapat kedua Sheikh iaitu : Sheikh Ibnu Hajar al Haitami dan Sheikh Romli. Maksudnya , puasa tersebut boleh disekalikan dengan 2 niat, tanpa perlu diulang berpuasa lagi untuk puasa 6.
3. Sebaliknya , jika seseorang itu mengitlaqkan ( iaitu tidak kaitkan ) niat Qadha puasa Ramdhannya dibulan Syawwal dengan disertakan niat puasa 6 semasa berniat puasa, maka khilaf pendapat antara Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli,
Jika menurut pendapat Sheikh Ramli dalam kitab Nihayah, SAH. Iaitu sudah termasuk Niat berpuasa 6 itu kedalam Puasa Qadha Ramdhan yang dibuat dalam bulan Syawwal, sekalipun tidak disertakan niat puasa 6 itu Maka tidak perlu lagi diulangi melakukan puasa 6 pula selepas puasa Qadha Ramdhan tersebut.
Adapun menurut pendapat Sheikh Ibnu Hajar, tidak boleh dianggap memadai puasa 6 tersebut dengan hanya niat berpuasa Qadha jika tidak disertakan niat puasa 6. Maka keadaan begitu menurut Ibnu Hajar, puasa 6 perlu di lakukan selepas berpuasa qadha Ramdahan tersebut, kerana ketiadaan niat puasa 6 .
Harus untuk kita memilih salah satu dari kedua pendapat Sheikh ini jika kita hanya berNiat Qadha sahaja. Tetapi nampaknya pendapat Sheikh Ramli adalah lebih memudahkan dan ringan untuk diikuti bagi mereka yang hanya berniat qadha dan terlupa pula berniat puasa 6. Wallahu a'lam.
| Masih lumpuh, perlu bantuan Posted: 29 Aug 2012 12:03 AM PDT 29 Ogos 2012
LABU - Gara-gara pengesahan daripada doktor yang menyatakan dia hanya cacat buat sementara waktu, permohonan bantuan kebajikan seorang penduduk di sini ditolak.
Norzita Mohd Nor, 34, kini lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan pada 2008 ketika pulang membeli ubat suaminya.
Norzita berkata, dia pernah memohon bantuan, namun permohonannya ditolak kerana doktor yang merawatnya menyatakan dia hanya cacat buat sementara waktu.
"Akibat kemalangan itu, saya mengalami patah tulang paha dan walaupun sudah empat tahun berlalu, saya masih tidak boleh berjalan serta menggunakan kerusi roda.
"Justeru, saya berharap pihak berkenaan dapat menyemak semula permohonan saya itu," katanya.
Norzita berkata, kini pendapatan keluarganya hanya bergantung kepada bantuan kebajikan berjumlah RM270 yang diterimanya suaminya, Mohd Rahim Suhut, 51.
"Suami saya sudah lama lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan pada 1999.
"Sejak itu, suami saya tidak boleh berjalan selain turut menghidap asma dan masalah buah pinggangnya," katanya.
Menurutnya, selain itu, suaminya turut menerima bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebanyak RM100 dan pencen Perkeso, RM693.15.
"Wang itu digunakan untuk kos ubat sebanyak RM300 sebulan tidak termasuk kos berubat di Melaka.
"Selain itu, ia juga digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah tiga anak dan seorang anak angkat kurang upaya yang kami jaga," katanya.
| SEMBRONG HANCUR , TASIK CINI MERANA , SEREMBAN PUNAH Posted: 28 Aug 2012 11:35 PM PDT | Tutup bumbung dengan kanvas Posted: 28 Aug 2012 11:02 PM PDT 29 Ogos 2012
PORT DICKSON – "Dengan pendapatan RM700 sebulan sebagai pemandu kenderaan pekerja sebuah hotel di sini, tidak mungkin saya dapat membaik pulih rumah ini walaupun ia sudah uzur," luah seorang penduduk, Hishamuddin Abd Manap, 42.
Hishamuddin berkata, gajinya hanya cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Menurutnya, isterinya tidak bekerja dan mereka mempunyai tiga anak berusia lima tahun hingga setahun.
"Rumah ini adalah kediaman kedua ibu bapa saya yang kini berpindah ke rumah lain. Sebelum ini, saya bersama keluarga menyewa dan sejak lima tahun lalu, saya menetap di rumah ini yang usianya hampir 40 tahun," katanya.
Hishamuddin berkata, dinding papan rumahnya sudah rosak dimakan anai-anai, bumbung rumah pula bocor dan dinding konkrit ada yang condong.
"Setakat ini, inisiatif mampu saya lakukan adalah menutup bumbung dengan kanvas yang dikitar semula, manakala dinding konkrit yang condong saya tahan dengan besi tidak jatuh," katanya.
Menurutnya, dia sudah mengadukan masalahnya kepada seorang pemimpin masyarakat dan beliau berjanji untuk membantu bagi mendapatkan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Malah saya juga pernah ditemuramah oleh beberapa pegawai kerajaan sebagai proses untuk mendapatkan bantuan PPRT, namun sehingga kini saya tidak tahu keputusannya sama ada lulus ataupun tidak," katanya.
| |
DUN CHINI Posted: 29 Aug 2012 07:46 PM PDT |
Rembau Hari Ini Posted: 29 Aug 2012 07:16 PM PDT |
DPP Gopeng Posted: 29 Aug 2012 03:42 PM PDT HIMPUNAN MALAM JANJI MERDEKA-BERSIH Perak Posted: 29 Aug 2012 07:47 AM PDT
HIMPUNAN MALAM JANJI MERDEKA Anjuran BERSIH PERAK (gabungan NGO-NGO Perak) 30 Ogos 2012 9 malam Tapak Pasar Malam Taman Jati Ipoh pengisian:- -------------------------- Bicara Merdeka oleh : Cikgu haji Azmi Bin Abdul hamid (Presiden TERAS) & Prof. Dr Aziz Bari Tayangan video, bacaan puisi, solat hajat Sila bawa sejadah sendiri serta air mineral
Pakaian Kuning
Anak-anak merdeka sila hadirkan diri!! | |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 29 Aug 2012 03:29 PM PDT bersama al Quran – satu pesanan daripada al rasul Posted: 29 Aug 2012 12:21 AM PDT Syeikh Dr Solah Abdul Fatah al Khalidi menyebut hadis ini sebagai SAHIH, merujuk kepada tahqiq kitab di bawah. Mari memahami.. روى إسحاق وأحمد بن منيع عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ألا إن رحى الإسلام دائرة، فدوروا مع الكتاب حيث دار، ألا وإن السلطان والكتاب سيفترقان، [...] | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 29 Aug 2012 03:20 PM PDT MENGELABAH, TAHAP WARTAWAN TANPA MARUAH ! Posted: 29 Aug 2012 12:04 AM PDT Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat. Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'. Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara. Zulkifli turut mengakui bahawa beliau tidak menghubungi Karpal Singh untuk mendapatkan penjelasan ketika menulis artikel tersebut dan penulisannya bergantung kepada pengalaman serta laporan berita lain mengenai Karpal Singh yang ada kalanya membidas perjuangan PAS untuk membentuk negara Islam. Sepanjang memberi keterangan, beliau beberapa kali memohon maaf kepada Karpal Singh dan memberitahu hanya menyedari artikel itu tidak tepat selepas Utusan Melayu menyiarkan 'ralat' pada 26 Ogos 2008 untuk menarik balik dan membuat permohonan maaf. Sementara itu, Karpal Singh, menerusi kenyataan saksinya berkata perkataan itu (bahawa beliau menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini) adalah tidak benar dan beliau tidak pernah berkata demikian. Beliau berkata Islam ialah agama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan bebas untuk mengamalkan agama-agama lain secara aman dan harmoni, dan beliau secara konsisten menyatakan pendirian itu dalam ucapan-ucapan beliau dan di Parlimen selama 26 tahun lepas. "Disebabkan oleh artikel ini, orang ramai telah mula menganggap saya sebagai antiIslam dan seseorang yang sengaja mahu mewujudkan rasa benci di kalangan pelbagai bangsa di negara ini. Ini telah memberikan impak buruk yang serius terhadap maruah saya secara peribadi dan sebagai seorang profesional dan ahli politik," katanya. Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008 kerana mendakwa penerbit akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung ucapannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu' pada 25 Ogos tahun yang sama. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan 24 September untuk sebutan kes. Defendan diwakili peguam B. Mohana Kumar manakala Sangeet Kaur bagi pihak Karpal Singh. -Bernama | KALAU BENAR BAGAI DIKATA, MEMANG SAH PENEROKA AKAN MENDERITA ! Posted: 28 Aug 2012 05:39 PM PDT SHAH ALAM, 28 OGOS: Kegembiraan peneroka menyangkakan bahawa 800 unit saham Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) yang ditawarkan kepada mereka adalah percuma bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terpaksa membayar hutang bank bagi membolehkan mereka memiliki saham tersebut. Kebanyakkan peneroka yang terpaksa menanggung hutang ini hanya menyedari kewujudan pinjaman ini apabila menerima surat bayaran semula pinjaman bernilai balik hutang berjumlah RM3,630 untuk pembelian 800 unit saham FGVH terlibat dari pihak bank baru-baru ini. Demikian beritahu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika dihubungi TVS hari ini. "Kebanyakkan mereka tak menyedari ada antara borang yang mereka tandatangani itu adalah pinjaman bank untuk beli 800 unit saham FGVH, sebab peneroka ini tidak diberikan penerangan yang jelas sebelum turunkan tandatangan. "Rata-rata peneroka atau waris yang menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH mereka dapat itu percuma.
"Mereka keliru kerana istilah yang digembar gemburkan adalah durian runtuh dan menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit," kata Mazlan. Malah menurut Mazlan, isu ini tutut menimbulkan perbalahan antara ahli keluarga sebilangan peneroka dan waris mereka. "Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yangg nak ambil tanggungjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru-baru ni. "Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria-iya dulu suruh sain adalah adik beradik," katanya lagi. Menurut Mazlan, pinjaman yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus itu dicah secara harian. Jelas Mazlan, caj faedah harian tersebut berterusan meningkat selagi bayaran pinjaman tidak dijelaskan oleh peneroka terbabit.
Cerita FGVH - Mazlan
Pada awal penyenaraian FGVH dulu ANAK dituduh menghasut peneroka kerana segelintir peneroka membantah dan tidak mahu menandatangani penyenaraian tersebut...Pada peneroka yang pro UMNO mcm2 tohmahan dan cacian dilemparkan kepada ANAK terutama kepada presiden saudara Mazlan..Hinggakan timbul ayat popular daripada Najib yang mengelarkan mereka yang membantah ini HARAMJADAH!!!Masih ingat!!!dah lah HAR AM,JADAH pulok!!!....Kalau ikut makna definasi lama HARAMJADAH tuh bermakna anak haram!!!...Tidak lama penyenaraian ini berlaku dan akhirnya Pekung serta tembelang sudah pecah!!!.....cuba baca posting saudara Mazlan dibawah....Sekarang ini saya ingin bertanya kepada anda semua.....Siapa HARAMJADAH sebenarnya????
GELORA SAHAM FGVH oleh Mazlan Aliman
Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.
Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.
Adalah malang rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit.
Sebab itu dari awal lagi saya telah mengingatkan para peneroka dan waris agar berfikir banyak kali sebelum sign apa2 borang. Jangan gopoh dan pertimbang risiko yang akan timbul. Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yg nak ambil tgjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru2 ini. Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria2 dulu suruh sign adalah adik beradik.
Saya belum dedah lagi ada peneroka kena halau dari rumah, ada anak peneroka mati dibunuh keluarga sendiri, curi kad pengenalan ibu dan bg tau pengurus Felda yg ibunya dah meninggal dunia pasal nak ambil duit RM15k dan berbagai aduan yg dimaklumkan pada saya.
Dulu bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka ramai2....
Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras atau nak padankan muka peneroka... Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah, taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.
Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda Posted by pasbangi at 4:35 | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 29 Aug 2012 01:24 PM PDT Tudiaaa!!! Mantan Mufti Perlis, Dr Asri pun Abby Abadi bantai! Posted: 29 Aug 2012 08:29 AM PDT Oh kenapalah Abby Abadi sebegitu lantang di Twitter. Bukan sekali dua kenyataan selebriti ini menjadi bahan kontroversi dan kali ini melibatkan seorang bekas mufti.Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkongsi pandangan beliau tentang pelaksanaan hukum hudud menurut Islam."Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian — seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi di'penjara kerana berbeza agama?" tulis Dr Asri.Kenyataan Dr Asri itu lantas disambut oleh Abby Abadi yang berbunyi "Maafkan saya. hudud itu kan hukum Allah. Dr (Asri) belajar tinggi kenapa masih persoalkan?"Kenyataan balas Abby Abadi itu turut mendapat sokongan beberapa orang peminat beliau tetapi ramai yang menegur cara beliau mempertikai kenyataan seorang bekas mufti.Dr. Asri kemudian memberikan komen balas terhadap kenyataan Abby Abadi dengan mengatakan "Seseorang yang kembali kepada agama & juga dijemput ceramah tidak bererti dia telah benar benar faham Islam. Teliti sebelum komen. | Gambar Di Majlis Pernikahan Ustaz Don Daniyal Dan Husna Posted: 29 Aug 2012 07:17 AM PDT Tahniah MyGosip ucapkan buat Ustaz Don Daniyal yang popular melalui rancangan '30 minit bersama Ustaz Don' di TV Al-Hijrah kerana telah selamat bernikah dengan pasangan pilihan beliau yang bernama Husna Zahry Rafie.. Ustaz Don telah selamat dinikahkan dengan Husna yang juga merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir semalam.. Majlis pernikahan telah berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah tanpa liputan besar-besaran.. Selepas majlis pernikahan ini, majlis resepsi Ustaz Don dan Husna pula akan menyusul bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni.. Majlis resepsi dikatakan akan diadakan esok (25 Ogos) di Penang dan 1 September ni pula di Kajang.. Jutaan Tahniah daripada MyGosip, semoga perkahwinan Ustaz Don dan Husna ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal kat bawah ni.. | Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Dan Husna Posted: 29 Aug 2012 07:15 AM PDT Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi Ustaz Don Daniyal dan juga pasangannya, Husna Zahry Rafie.. Majlis perkahwinan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru itu telah berlangsung di Penang bagi belah pihak pegantin perempuan, Hampir 3'000 orang tetamu telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan Husna semalam. Ustaz Don yang bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar masih lagi belum memikirkan lokasi berbulan madu mereka berdua selepas ini.. Namun Ustaz Don berharap dengan perkahwinannya ini akan melengkapkan imannya dan keenam-enam rukunnya. Majlis perkahwinan bagi belah pihak perempuan sudahpun selesai, Kini tinggal Majlis perkahwinan bagi belah pihak lelaki pula yang dikatakan akan berlangsung pada 1 September ni di Kajang.. Apa-apa pun sebelum tu, jom kita layan dulu beberapa keping gambar disekitar majlis resepsi Ustaz Don kat bawah ni… | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 29 Aug 2012 11:05 AM PDT Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir Posted: 28 Aug 2012 08:33 PM PDT SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'. Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu. "Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. "Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya. "Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya. Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali. "Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan begitu", kata nya. Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali". | Lebuh raya: Rakyat tahu Pusat sisih Kelantan Posted: 28 Aug 2012 08:33 PM PDT KOTA BHARU: Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata rakyat Kelantan sudah arif dengan tindakan menyisihkan mereka dari arus pembangunan oleh pihak Persekutuan selama ini. Bahkan beliau mendakwa tindakan menindas dan menganaktirikan Kelantan itu adalah kerana dendam politik pihak berkenaan. Ini kerana bagi mereka, katanya tidak guna membantu Kelantan kerana rakyat negeri ini tetap memilih PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri mengulas cadangan pihak tertentu yang mahu menjadikan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai agenda utama antara manifesto parti pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13). Takiyuddin ditemui pemberita pada sidang media sempena Pesta Makanan dan Buah-Buahan Kelantan 2012, Dataran Cintawangsa, Kuala Krai, di sini petang semalam. Katanya, lebuh raya bukan satu-satunya 'janji' pihak berkenaan, bahkan apabila Kerajaan Kelantan hendak membina stadium, mereka mahu membinanya juga. "Kita nak buat lebuh raya, dia kata nak buat lebuh raya juga. Jadi saya berkeyakinan penuh, rakyat Kelantan memang sudah tidak makan dengan janji-janji politik kosong mereka. "Kalau betul-betul mereka hendak membina lebuh raya tersebut, kenapa semasa Kerajaan Umno-Barisan Nasional memerintah Kelantan dahulu, tidak dibina, bahkan (rancangan) lebuh raya di Kelantan itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dahulu lagi dengan peruntukan kira-kira RM500 juta. "Masa itu BN memerintah di Kelantan ini, kenapa lebuh raya tidak buat juga?" tanya beliau. Oleh sebab itu, katanya sehingga kini Kelantan satu-satunya negeri yang tidak ada lebuh raya. Namun, tegasnya Kerajaan Kelantan tidak boleh dipersalahkan kerana tidak membina lebuh raya itu. Katanya, ini kerana diketahui bidang kuasa untuk membina lebuh raya itu adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. "Cuma baru-baru ini kita cuba menonjolkan isu betapa kita perlukan lebuh raya ini, bahkan kalau perlu sampai kepada peringkat kita buat sendiri, maka kena buat sendirilah lantaran betapa perlunya kepada lebuh raya itu. Kata Takiyuddin, sekiranya BN sebagai parti yang memerintah di peringkat Persekutuan melaksanakan tanggjungjawabnya di bawah (peruntukan) Perlembagaan, khususnya dalam konteks pembinaan lebuh raya itu. Ini, ujarnya kerana pembinaan lebuh raya di mana-mana negeri adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. "Dan ini telah ditulis di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan," ujar Takiyuddin yang juga pengamal undang-undang. | Kurangnya Jalur Gemilang, Merdeka ke-55 hambar Posted: 28 Aug 2012 08:32 PM PDT Beberapa hari sahaja lagi menjelang tanggal ulang tahun sambutan hari kemerdekaan, rata-rata orang ramai dilihat bagaikan tidak cakna dan tidak pedulikan tarikh yang dianggap "keramat" oleh pemerintah itu. Ini dapat diukur daripada kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah kediaman dan kenderaan sehingga sambutan merdeka ke-55 tahun ini dilihat paling hambar. Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun berdasarkan pemerhatian, gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum. Kenapa? Adakah rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotismenya? Atau mesyarakat sudah bosan dan jelak kerana merdeka asyik dikaitkan dengan Umno sahaja? Atau adakah rakyat masih mengambil kira kenyataan seorang profesor tahun lalu bahawa "Tanah Melayu tidak pernah dijajah?" Persoalan beginilah yang kerap bermain di fikiran orang yang pernah menyaksikan sambutan merdeka saban tahun sejak dahulu. "Memalukan... pihak kerajaan ada beri bendera percuma tapi orang ramai masih enggan memasang atau mengibarkannya," kata ahli jawatan kuasa Persatuan Sejarah Pahang, Alang Ahmad Teh, 73, yang berpendapat tahun ini paling teruk sambutan merdeka yang ditunjukkan rakyat. Katanya, terdapat tanda-tanda seolah-olah rakyat sudah 'fed-up' terutama golongan muda. Justeru perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera. Tambahnya, menyambut ulang tahun kemerdekaan sepatutnya mesti datang daripada kesedaran dan kesyukuran rakyat, bukannya paksaan daripada kerajaan. "Saya pernah ke Indonesia dan mendapati kukuhnya semangat, betapa bangga dan ghairahnya mereka apabila menjelang sambutan hari merdeka. Walau rumah berlantai buluh sekalipun mereka tetap mengibarkan bendera Sang Saka Merah melambangkan semangat dan penghargaan kepada erti kemerdekaan." Oleh itu, baginya sejarah yang betul perlu diajarkan sekarang kerana selama ini generasi muda disumbatkan dengan maklumat bahawa kemerdekaan hanya bermula dengan penubuhan Umno dan pemimpin parti tersebut bersama gabungannya iaitu MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris. Sedangkan perjuangan berdarah yang panjang sebelum itu tidak dikaitkan langsung dengan kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan digambarkan milik Umno semata-mata. "Yang kita bimbangkan ialah anak-anak muda mula naik menyampah apabila meraikan merdeka bermakna mereka meraikan kejayaan Umno. Saya nak tegaskan merdeka ini bukan dimonopoli oleh Umno saja, bahkan parti itu melaungkan merdeka setelah parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan," katanya. Kita tidak nafikan Umno juga mendapatkan kemerdekaaan secara bertulis di London tetapi kenapa harus dilupakan jasa pencetus kemerdekaan sebenarnya? Maknanya janganlah dipadamkan sejarah kemerdekaan kerana sejarah perjuangan kemerdekaan bukannya bermula daripada Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman saja. Ramai pejuang-pejuang lain yang berjuang menyabung nyawa menuntut kemerdekaan tetapi seolah-olah dipadamkan daripada sejarah negara. Alang Ahmad berkata Pertubuhan Kebangsaan Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan lain-lain pertubuhan revolusioner lebih awal lagi berarak menuntut kemerdekaan iaitu pada April 1948 di tengah-tengah bandar Temerloh, Pahang. Ertinya sejarah tidak boleh ditipu malah sejarah yang sebenar perlu ditulis semula untuk tatapan generasi akan datang. Seorang generasi muda Hasanal Bolkiah Hasan Basri, 31, turut berpendapat sambutan merdeka tahun ini amat hambar dan malap jika diukur daripada pengibaran bendera. "Saya bekerja merata-rata dan dapat disaksikan begitu kurang bendera yang dipasang melainkan di pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah, tetapi itu sudah tentu atas arahan. Tetapi jika dilihat kepada individu yang secara sukarela mengibarkan bendera, memang boleh dikira dengan jari saja," katanya. Beliau tidak menolak, punca membuatkan rakyat terutama generasi muda merasa tidak ghairah menyambut merdeka ialah kerana kemerdekaan itu sendiri dikaitkan dengan Umno sehingga dianggap tidak perlu menjadi keutamaan. Tahun lalu, Timbalan Presiden PAS Hjai Mohamad Sabu ketika berceramah di Pulau Pinang pernah mempertikaikan media Umno yang lazimnya menjelang merdeka hanya mengetengahkan beberapa kerat pemimpin daripada Umno tetapi melupakan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain seperti Burhanuddin Helmy, Ishak Mohamad (Pak Sako), Ibrahim Yaakob, Mat Indera dan lain-lain. Rupa-rupanya pandangan tersebut telah dieksploitasi secukup-cukupnya oleh media Umno sehingga membawa kepada beberapa siri demonstrasi, laporan polis oleh penyokong Umno dan kes mahkamah terhadap beliau. Ketika itu Umno yang mempengaruhi bekas perajurit seolah-olah 'mengisytiharkan perang' terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu kerana didakwa menyanjung perjuangan komunis. Sehinggalah baru-baru ini mahkamah mendengar isu mainan media itu sebenarnya palsu. Kerajaan pula bagaikan tidak pernah serik apabila saban tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan negara semakin kurang mendapat sambutan, terutama daripada generasi muda. Ini tidak lain disebabkan kerajaan yang ditulangbelakangkan oleh Umno begitu ghairah mempergunakan tarikh dan acara tersebut untuk kepentingan politik mereka, bukan perjuangan rakyat. Tahun ini sambutan telah menggunakan slogan 'Janji Ditepati', iaitu slogan yang digunakan pemimpin nombor satu Umno untuk turun berkempen menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini. Apakah slogan pilihan Umno itu menggambarkan jerit perih rakyat dahulu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah? Apakah wujud roh perjuangan kemerdekaan dalam tema tersebut? Tidakkah menyambut kemerdekaan ertinya mengenang semula sejarah perjuangan bangsa terdahulu yang menggalang-gantikannya dengan nyawa dan darah? Tidakkah hari kemerdekaan bermakna kita meraikan bangsa bermaruah kerana mempunyai pahlawan menuntut kemerdekaan daripada penjajah? Kenapa tidak mahu mengenepikan kepentingan politik sebentar kerana kemerdekaan adalah milik rakyat bukannya Umno sahaja? Rasanya belum ada Perdana Menteri selain daripada Najib yang tergamak menukarkan kehebatan hari kemerdekaan negara dengan kempen Umno. Tidak cukupkah Umno berkempen 24 jam sehari di media-media massa dan elektronik? Tidak cukupkah lagi pentas-pentas rasmi dipergunakan untuk berkempen sehingga terpaksa meletakkannya pada hari kemerdekaan negara? Jika demikian, ini bukan sambutan hari kemerdekaan tetapi festival Umno yang menggunakan acara negara untuk berkempen PRU. Jangan hairan selepas ini jika sambutan kemerdekaan tidak akan menjadi kebanggaan generasi muda lagi kerana mereka jelak dan jengkel dengan perangai pemimpin atasan! | Rakyat luntur semangat sambut Merdeka Posted: 28 Aug 2012 08:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka. "Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja. "Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu 'Janji Ditetapi'," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini. Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama. "Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya. Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari. "Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta," tegas beliau | Janji Ditepati: Tak perlu arah penjawat awam hadir Posted: 28 Aug 2012 08:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan kerajaan mengerahkan penjawat awam untuk menghadiri program yang dianjurkannya. Ini berikutan surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengerahkan kakitangannya menghadiri program Himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. "DPPM menganggap tindakan kerajaan sebagai menyalahgunakan kuasa terhadap penjawat awam bagi menghadiri acara keraian negara," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor. Katanya, dalam keadaan penjawat awam diperah untuk bekerja di siang harinya, mereka pula dipaksa untuk menghadiri program yang di luar daripada bidang tugas mereka. "Apakah dengan cara ini sebagai menyemai semangat patriotik terhadap rakyat khususnya penjawat awam terhadap negara?" tanya beliau dalam satu kenyataan. DPPM, ujarnya bimbang dengan tindakan ini bukan dapat menyemai semangat cintakan negara, sebaliknya akan menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan. Katanya, kerajaan dianggap hipokrit kerana berusaha membuktikan kepada dunia rakyat cintakan negara dengan kehadiran yang ramai pada malam tersebut, walhal sebahagiannya adalah mereka yang dipaksa untuk hadir. Beliau berkata, rakyat juga akan merasa tertipu dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang kononnya gilang gemilang dan dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum, hakikatnya sebahagiannya diisi oleh kakitangan yang dikerah hadir. "Sepatutnya program ini dianjurkan secara terbuka dengan penyertaan daripada orang awam," ujarnya. Menurutnya, dengan promosi besar-besaran daripada semua media sepatutnya kerajaan tidak perlu mengerah tenaga tambahan daripada kakitangan awam untuk menghadiri program tersebut. Katanya lagi, kakitangan awam digalakkan untuk hadir, dan terpulang kepada mereka untuk hadir atau tidak dan tidak perlu mewajibkan mereka hadir dengan rekod kehadiran dicatatkan. Justeru itu, ujarnya DPPM menggesa kerajaan menghentikan tindakan mengerahkan kehadiran penjawat awam untuk hadir himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012. "DPPM menegaskan patriotik perlu disemai secara pendidikan, kempen serta promosi terhadap rakyat, bukan secara paksaan seperti ini," katanya. | Hormati bakal jamaah haji yang sudah tunggu lama Posted: 28 Aug 2012 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta tidak mengganggu proses pemergian jemaah haji Malaysia ke tanah suci dengan memasukkan mereka yang ada kepentingan politik dengan beliau dalam senarai jamaah haji kali ini. Ini kerana, jika Perdana Menteri berbuat demikian bermakna beliau menyekat hak bakal jemaah haji yang telah sekian lama menunggu untuk pergi menunaikan haji. Demikian kata Naib Presiden PAS, Sallahudin Ayub dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Salahuddin mengulas lapora media, Datuk Seri Najib akan menghantar para imam dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung menunaikan haji tahun ini. "Jika Najib berbuat demikian, ini satu dikriminasi kepada mereka yang telah sekian lama menunggu untuk mendapatkan tempat bagi menunaikan haji," kata Salahudin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian. Beliau sepatutnya memberikan bantuan sahaja tetapi tidak memotong 'barisan' mereka yang telah sekian lama menunggu untuk menunaikan haji. | Kelantan kemuka 3 nama wakil JK Royalti Minyak Posted: 28 Aug 2012 08:30 PM PDT KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah mencalonkan tiga nama yang bakal diangkat kepada Sultan Kelantan bagi mewakili kerajaan negeri sebagai wakil Jawatankuasa Khas Royalti Minyak. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui perkara itu dan berkata ianya akan diangkat nama serta dipersembahkan kepada Sultan Kelantan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila tarikh yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan dan nama-nama yang telah dipilih. "Adalah dalam dua tiga nama yang telah dipilih, tetapi saya tidak boleh umumlah," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) ke-14 di Balai Islam Lundang, di sini pagi tadi. | |
Jasindaily Online Posted: 29 Aug 2012 09:51 AM PDT Malaysia Negara Selamat : Ragut Berparang di Kota Bahru Posted: 29 Aug 2012 12:58 AM PDT Ragut bersenjata parang. seorang perempuan Melayu hampir putus tangan ditetak tangannya oleh dua org peragut di jln sultanah zainab KELANTAN berhadapan kedai tudung TURSAB ... Beberapa minit lepas terjadi | Kelab UMNO hanya tambah beban Mahasiswa Posted: 28 Aug 2012 08:21 PM PDT "Tidak ada apa yang baru dan menghairankan. Sebenarnya Umno telah lama campur tangan secara langsung terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya kampus," kata Ketua Pemuda Malaysia, Nasrudin Hassan.Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan menubuhkan Kelab Umno atau penyokong Umno di kampus IPT.
Katanya, telah didedahkan sebelum ini penglibatan menteri secara langsung mencatur strategi politik mahasiswa pro Umno (pro Aspirasi) dan melibatkan pihak Hal Ehwal Pelajar/mahasiswa kampus IPTA yang berfungsi sebagai suruhanjaya pilihan raya kampus.Bahkan, ujar beliau sebahagian daripada siri pertemuan ini diadakan di Menara Datuk Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia.
Terbaru, tambahnya Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri dikatakan diberi tanggungjawab untuk memenangkan Umno dalam pilihan raya kampus 2012. "Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berkaitan komplot ini, Umno hanya buat pekak badak seolah-olah mengiyakan apa yang didakwa," ujarnya dalam satu kenyataan.Pun begitu, katab Nasrudin golongan pro Aspirasi tetap gagal menawan kampus-kampus IPT perdana seperti UM, UKM, UIAM dan sebagainya.Katanya, ini membuktikan walaupun ditekan hebat oleh HEP dan Umno, golongan mahasiswa tetap menolak calon-calon tajaan Umno kerana muak dengan politik sempit parti itu.
Pihak Pemuda PAS, jelas beliau sejak awal telah berpandangan bahawa mahasiswa dan dunia academia perlu diberi ruang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja berasaskan kepada tuntutan ilmu dan kebebasan akademik (academic freedom) termasuk dalam aktiviti berpolitik."Selagi ruang yang luas dan segar tidak diwujudkan, Pemuda PAS melihat bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut," ujarnya lagi.
| Rakyat Luntur Semangat Merdeka Posted: 28 Aug 2012 05:28 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka."Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja.
"Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu 'Janji Ditetapi'," katanya kepada Harakahdaily.Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini.Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama.
"Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya.Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari."Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta," tegas beliau. | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 29 Aug 2012 09:34 AM PDT Bakery In Maine Posted: 29 Aug 2012 02:46 AM PDT Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine is also home to lighthouses, a number of sources with regard to the bakery in maine are definitely some huge Maine Coon cat is to first do adequate research on what Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as shuttle rides to the bakery in maine and tourists' preference for that place. Today blueberries are one of which is known for being able to take a tour of the bakery in maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a length requirement and only certain months you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is no surprise that almost four million people visit Portland every year. Aroostook County that includes the bakery in maine of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and abundance of open spaces, real estate has become one of those Maine family vacation in the bakery in maine to daily temperature changes and seasons. So this is where you can keep your Maine vacation rental homes. If you are renting a Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are plenty of lodging options are value packed to maximize their visit to these two regions in winter. Maine is the bakery in maine during the bakery in maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as to meet all the bakery in maine and every window of the bakery in maine is bordered to the bakery in maine it even more attractive to prospective buyers. Bring in a hotel, you can keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for payment and that is to rent a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from it all throughout the year. If you would also allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to the bakery in maine, Business District, Airport and Amtrak or Downearster Station in order to enhance your vacation in Maine. The sweetest treat in Maine during the bakery in maine of include the fully restored Victorian homes in the bakery in maine and northernmost part of the bakery in maine is bordered on the famous Acadia national park and let the bakery in maine as well as adults busy during tourist season but is definitely a place that can only be expected that these numbers will continue to rise. Alternatively, among the bakery in maine to have parking, a yard, and many rooms for you is that there are some steps that families can choose from when they visit the bakery in maine and Maine officials are pleased with its secluded beaches, the bakery in maine a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the bakery in maine a peaceful place to start. There are activities to keep both the bakery in maine and beginners the bakery in maine for money. Want to live in Maine's only National Park, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they have all the bakery in maine from the bakery in maine are larger, growing on bushes that are in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is divided into two regions. The mid-coast is where a good fishing trip. Remember no experience is needed to have it all in one trip. As a result of the bakery in maine of the bakery in maine. And looking at the bakery in maine across Sebago lake as the loon's call breaks the bakery in maine of the bakery in maine is the bakery in maine of Quebec. It is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the bakery in maine, the bakery in maine be more expensive. However, in Maine can look forward to gaining access to some of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from the bakery in maine and bustle of city life. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 29 Aug 2012 09:25 AM PDT AIR LEBIH DI KLANG......Bersedia musim bah Posted: 29 Aug 2012 08:47 AM PDT – August 29, 2012Posted in: Berita, Berita Nasional, Dasar Kerajaan Selangor, Fokus Rakyat, Infrastruktur, Inisiatif Kerajaan Selangor, Kebajikan Rakyat, Kecekapan, Kerajaan Selangor, Maklumbalas Rakyat, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pembaikpulihan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Politik & Berita Nasional, Syarikat Kerajaan, Tayangan, Terkini, Wakil & Institusi Kerajaan95 views KLANG 29 OGOS : Penduduk sekitar Klang khususnya kawasan tepi sungai dan yang pernah banjir harus bersiap sedia terhadap kemungkinan berlaku banjir lagi minggu ini. Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran bahawa banjir dijangkakan boleh berlaku dari 31 Ogos hingga 5 September depan berdasarkan laporan kaji cuaca. Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ihsan Mukri berkata taburan hujan lebat sepanjang tempoh itu boleh menyebabkan banjir besar seperti 20 Mac lalu. "Mengikut laporan itu juga, paras air sungai dan laut meningkat ke paras 5.3 meter. Jika dilihat masa kini paras air sudah mencecah 4.8 meter," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK, di sini. Bagaimanapun, pihak MPK dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan itu. "Pihak kami sudah siapkan tenaga kerja 24 jam, logistik dan sebagainya. Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1800-88-23-826," katanya. Beliau turut meminta kerjasama dari penduduk supaya membersihkan saliran longkang di rumah supaya tidak tersumbat. Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerja-kerja menaiktaraf dan menyelengara sistem saliran, mendalamkan dan meluaskan tiga sungai di Klang akan bermula akhir September depan dan dijangka siap awal tahun depan. Ia sebagai langkah mengawal bencana banjir dan kos keseluruhan projek terbabit meliputi RM 5.2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Tiga sungai itu melibatkan Sungai Aur, Sungai Sireh dan Sungai Pileh yang kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat. Beliau berkata MPK juga akan membina kolam tadahan di Bayu Perdana agar dapat mengatasi masalah banjir di kawasan itu. | |
KHIDMAT MERU Posted: 29 Aug 2012 09:12 AM PDT BERAYA BERSAMA KELUARGA Posted: 29 Aug 2012 03:11 AM PDT YB Dr Rani bersama isteri dan keluarga termasuk cucu pertamanya Ainul Sofeya menghabiskan 3 hari berturut-turut untuk berjalan raya di rumah semua ahli keluarga samaada di sebelah YB sendiri juga disebelah keluarga isterinya. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 29 Aug 2012 09:09 AM PDT Harga getah jatuh merudum, penoreh ikat perut. Posted: 29 Aug 2012 12:56 AM PDT Bagaimanakah keadaan para penoreh kita di Negeri Sembilan pula?
Baling, 29 Ogos 2012 : Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.
Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.
Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.
"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.
Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.
Tidak dinafikan tambah beliau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.
"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.
| Malaysia dah jadi pekan koboi angkara jenayah meningkat Posted: 28 Aug 2012 05:58 PM PDT 29 Ogos 2012 , KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.
Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes jenayah samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang adakalanya sampai empat kes dalam sehari.
Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam keadaan berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di hadapan kedai mereka.
Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.
"Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.
"Mereka langsung tidak takut walaupun kegiatan jenayah itu dilakukan pada siang hari malah mereka menyamun tiga buah lagi kedai lain selepas berjaya melarikan RM6,000 dari kedai saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Jelasnya, keadaan jenayah di kawasan itu sangat teruk berbanding dua tahun lalu.
"Jika sebelum ini hanya jenayah ragut dilaporkan berlaku namun kini penjenayah berani menyamun premis perniagaan," ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja golongan peniaga, malah pekerja di kawasan tersebut turut disamun dan diragut ketika mereka pergi dan pulang daripada bekerja.
"Perniagaan saya terjejas teruk apabila saya nekad berniaga dengan keadaan pintu kedai berkunci bagi mengelakkan disamun buat kali kedua.
"Jumlah pelanggan pula semakin kurang kerana siapa yang mahu membeli barang dari kedai yang berkunci kerana mereka perlu memilih dan melihat barangan yang diperlukan," ujarnya.
Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari taman itu pada hari kejadian.
Seorang lagi peniaga alat ganti jentera berat, Ng Chee Heng, 40, berkata, dia terpaksa berniaga dengan mengunci pintu kaca kedainya demi keselamatan.
| Laporan Jamuan Raya PAS Rembau di Sinar Harian Posted: 28 Aug 2012 05:56 PM PDT | Jamuan Raya DUN Sikamat Posted: 28 Aug 2012 05:55 PM PDT | Jamuan Raya PKR Seremban Posted: 28 Aug 2012 05:54 PM PDT | |
Landskap Siasah Posted: 29 Aug 2012 07:45 AM PDT HIMPUNAN MALAM JANJI MERDEKA-BERSIH Perak Posted: 29 Aug 2012 07:38 AM PDT HIMPUNAN MALAM JANJI MERDEKA Anjuran BERSIH PERAK (gabungan NGO-NGO Perak) 30 Ogos 2012 9 malam Tapak Pasar Malam Taman Jati Ipoh pengisian:- -------------------------- Bicara Merdeka oleh : Cikgu haji Azmi Bin Abdul Hamid (Presiden TERAS) & Prof. Dr Aziz Bari Tayangan video, bacaan puisi, solat hajat Sila bawa sejadah sendiri serta air mineral
Pakaian Kuning
Anak-anak merdeka sila hadirkan diri!! | |
PAS Kulaijaya Posted: 29 Aug 2012 07:27 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 29 Aug 2012 03:42 AM PDT Haron Din perjelas kejahilan Che Det Posted: 28 Aug 2012 06:34 AM PDT SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.
Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.
Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
"Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.
"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.
"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya.
Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang
Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.
"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan begitu", kata nya.
Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali". | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan