CINA ISLAM (林川興) Posted: 28 Aug 2012 01:31 AM PDT Muka selamba buat maksiat Posted: 28 Aug 2012 01:20 AM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - KUANTAN – "Mereka seolah-olah sudah biasa melakukan perbuatan terkutuk itu hinggakan berani keluar-masuk ke hotel bajet dengan muka tidak bersalah," kata Mamat Ibrahim, 60, pemandu teksi di Jalan Pasar, di sini. Katanya, lebih memalukan, kebanyakan pelanggan yang mendaftar masuk ke hotel berdekatan kawasan itu adalah golongan remaja Islam. "Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka orang sini atau orang luar. Tapi kebiasaannya jika ada sambutan atau program besar di sini, biasanya orang luar yang ramai datang menginap di hotel bajet ini. "Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada di antara mereka yang tinggal di Kuantan, tetapi sanggup mengeluarkan duit untuk bermalam dengan kekasih masing-masing," katanya ketika ditemui semalam. Mamat berkata, kebiasaannya mereka akan mula mendaftar masuk sekitar jam 6.30 petang sehingga lewat malam. "Mereka daftar masuk tak tentu masa. Kadangkala saya sendiri tak sedar bila mereka masuk, tahu-tahu sahaja sudah keluar keesokan harinya. "Yang peliknya, mereka sedikit pun tidak ambil peduli dengan pandangan masyarakat, sebaliknya bangga dengan apa yang mereka lakukan. Bag imereka, orang ramai tidak berhak untuk menegur perbuatan mereka. Sebab itulah mereka berani buat apa sahaja," katanya. Tambahnya, selepas menunaikan 'hajat' masing-masing, ada di antara remaja terbabit menaiki teksinya untuk pulang ke rumah. "Kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman Kuantan. Bila ditanya, mereka jawab terpaksa bermalam di hotel murah kerana hari sudah lewat malam serta tiada kenderaan," katanya. Dia yang lebih 20 tahun memandu teksi berkata, kawasan itu bukan hanya menjadi tumpuan remaja ketika sambutan hari kemerdekaan atau Tahun Baru, tetapi menjadi tempat persinggahan setiap malam minggu. "Faham-faham sahajalah, jika tiada acara besar di sini pun sudah ramai yang datang, bila tiba hari kemerdekaan, lagilah berebut bilik. Pendek kata, siapa yang lambat mendaftar masuk, tiadalah peluang untuk melampiaskan nafsu. "Tauke hotel bertambah kaya, mereka pula tambah dosa," katanya. Manakala, bagi peniaga tudung dan pakaian muslimah, Zainon Mamat, 28, kadangkala golongan ini mendaftar masuk sekitar jam 9 pagi. "Mereka memang bijak, seolah-olah sudah tahu waktu operasi Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) hinggakan ada yang terlepas daripada ditahan pihak berkuasa. "Saya memang tidak berani tegur jika nampak ada pasangan yang mencurigakan masuk ke dalam hotel kawasan ini. Saya bimbang, jika ditegur mereka akan buat perkara yang tidak diingini. "Golongan seperti ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepaskan diri. Justeru, jika saya nampak sesuatu yang mencurigakan, saya akan segera menghubungi pihak berkuasa," katanya. Katanya, perbuatan ini memang sukar dibendung jika ada pihak yang tidak memberikan kerjasama terutama pemilik hotel murah. "Jika mereka tegas serta tidak berkompromi, kemungkinan aktiviti maksiat ini dapat dikurangkan. Namun, pemilik hotel murah lebih kepada mengejar keuntungan, mereka tidak peduli sama ada pelanggan itu muhrim atau tidak," katanya. Ambil tindakan tegas Sementara itu, bagi Madri Mohd, 61, dia berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap remaja yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu bagi mengelakkan ia terus berleluasa. "Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kerana semakin hari saya lihat aktiviti ini semakin rancak seolah-olah mereka tidak takut dengan pelaksanaan undang-undang yang ditetapkan. "Mungkin kerana mereka sudah dapat membaca pergerakan pihak berkuasa, sebab itulah masing-masing berani mengusung teman wanita naik ke bilik," katanya. Lebih menyedihkan, dia pernah melihat teman wanita yang mendaftar masuk manakala yang lelaki menunggu di bawah. "Saya faham, pihak berkuasa tidak mampu untuk menempatkan pegawai mereka 24 jam di hotel-hotel murah, namun saya harap mereka dapat mempertingkatkan operasi bagi mengurangkan aktiviti tidak bermoral ini. "Saya bimbang, jika ia tidak dibendung, masalah pembuangan bayi akan meningkat serta merosakkan masa depan remaja itu sendiri. Kita memerlukan generasi muda untuk membangunkan negara, jika mereka sudah rosak, bagaimana pembangunan negara kita pada masa akan datang," katanya. Sebelum ini Jaip memberi amaran supaya tidak mencemarkan sambutan ambang merdeka dengan melakukan maksiat dan perkara yang ditegah agama. Jaip juga tidak akan berkompromi dengan golongan itu yang jelas menyalah ertikan sambutan kemerdekaan dengan melakukan perkara tidak senonoh sehingga melanggar hukum syarak. kosmo/- | Kambing panjat pokok di Maghribi Posted: 28 Aug 2012 12:39 AM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam. RABAT - Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube. Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis. Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat. Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. - AFP | Dua ah long ditangkap Posted: 28 Aug 2012 12:30 AM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - HOCK SENG (kiri) menunjukkan sebahagian poster kumpulan ah long yang dirampas di Melaka semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 5.30 petang. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui kira-kira 3,000 keping poster pinjaman wang haram ah long yang disimpan di dalam stor rumah berkenaan "Selain itu, kami turut merampas dua komputer riba, buku catatan pinjaman, sembilan telefon bimbit dan empat keping cek yang kesemuanya bernilai RM28,000. "Cek-cek ini merupakan cagaran yang perlu diberi peminjam wang kepada ah long sebelum pinjaman mereka diluluskan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini semalam. kosmo/- | Air DiSwasta Kroni Kaya Raya, Rakyat Derita Posted: 28 Aug 2012 12:21 AM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - 20 April 1999, detik permulaan kenaikan tarif air di Johor secara berjadual. Syarikat Air Johor Sdn Bhd(SAJ) yg mendapat konsesi penswastaan air selama 30 tahun, diberikan hak sebanyak 7 kali membuat semakan tarif air. Saham SAJ dimiliki oleh Lambang Optima Sdn Bhd sebanyak 80%; walhal pemegang utama atau 99.9% saham syarikat ini adalah Dato' Hamdan Mohamad, Presiden Ranhill Utilities Bhd. Orang Johor tau keakraban beliau dengan pimpinan Kjaan Negeri. Dulu hidupnya macamana dan bila dapat kuasai Air, kaya rayanya beliau. Hampir semua projek SAJ spt pembinaan loji pengeluaran air, pembinaan empangan, mengganti paip lama dengan yg baru dan peningkatan loji air sedia ada diberi kpd Ranhill yg nilainya ratusan juta setahun. Dalam jangkamasa penubuhan Ranhill Utilities pada 30 ogos 2000, sesingkat pada 27 Jun 2002 sahaja sudah disenaraikan di BSKL! Untung berlipat ganda kerana berniaga AIR.... Unjuran tahun 2000, 34% daripada 654,393 pengguna air domestik menggunakan air antara 16-30 meter padu. Jika 25 meter padu pada tahun 2000 tarifnya RM11.50 sebulan, semakan kali ke 7 pada tahun 2026, tarif air ialah RM53.41 sebulan. Namun, realitinya baru tahun 2012; bil air begitu tinggi dan melampau. Saya pasti jika BN terus berkuasa di Johor pada tahun 2026, tarif air akan melambung ratusan ringgit pada kadar meter padu di atas. Pemimpin BN selalu mendakwa penswastaan bekalan air memberi manfaat kepada rakyat kerana kualiti perkhidmatan jauh lebih baik. Mereka tuding Kelantan dan hentam macam2. Kononnya air kotor, bekalan air selalu terputus dll. Kualiti perkhidmatan air di Johor hebat sangatkah? Sejujurnya orang Johor lebih maklum termasuk kawasan yg seringkali terputus bekalan air. Kalau begitu mana lebih baik, tarif air paling tinggi di Johor; berbanding 20 meter padu air percuma di Selangor? Pastinya, beban rakyat bertambah; hidup derita...kroni kaya raya! selatan online/- | 22 rumah rosak dipukul hujan ribut Posted: 28 Aug 2012 12:11 AM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini. Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega. Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata, dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi 'prak... prak...' "Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang. Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000. Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu. - BERNAMA | Najib, bila nak buat empangan di Pahang Posted: 28 Aug 2012 12:07 AM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - Sebelum ni "tukanglawan" pernah dedahkan satu artikel berkenaan bekalan air tak ade di pahang, ye la dok sibuk pasal air di selangor sampaikan BN terlupa pasal masalah air di pahang,, jom baca kat sini. Rupa-rupanya tempat najib pun tak ade air jugak, la, ingatkan "tukanglawan" tempat perdana menteri dah cukup maju.. rupanya takde air. kah..kah..kah... Ni bawah ni artikel yang didedahkan harakahdaily Di Pahang pada hari raya ke-2 hingga raya ke-3 juga tiada bekalan air di Felda Cini 1 & Felda Cini 3. Felda ini merupakan kawasan undi Najib tapi malangnya Najib tak mampu nak jaga. Jangan cerita nak jaga Malaysia, tempat sendiri pun kantoi. Menyambut hari raya di sana terpaksa bawak anak-anak mandi di anak sungai dalam ladang sawit, seksanya. harakahdaily/- | Tiada Istilah Malaikat Lebih Buruk Berbanding Syaitan Dalam Al-Quran Posted: 27 Aug 2012 09:50 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 28 OGOS : Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan malaikat itu lebih buruk berbanding syaitan, begitu kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din ketika dihubungi TVSelangor hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang. Dr Mahathir menulis "Better the devil you know than the angel you don't" yang membawa maksud "Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali". Dr Haron seterusnya berkata, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu. "Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-NYA. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya. "Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah," katanya. selatan online/- | Kebakaran Loji Minyak Venezuela Merebak Posted: 27 Aug 2012 09:45 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - CARACAS: Kebakaran di loji utama penapisan minyak Venezuela yang sudah mengorbankan 48 nyawa, kini dilaporkan merebak ke tangki simpanan ketiga, sekali gus menyukarkan lagi operasi anggota bomba. Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang mengisytiharkan tiga hari berkabung berikutan tragedi itu, memberi jaminan siasatan menyeluruh dijalankan ke atas loji penapis Amuay yang dipercayai akibat kebocoran gas. Gebenor Negeri Falcon, Stella Lugo, pula memberitahu stesen radio tempatan bahawa angka kematian kini meningkat daripada 41 kepada 48 orang. "Kami mesti memberitahu bahawa tangki ketiga kini terbakar," kata Menteri Tenaga dan Minyak Venezuela, Rafael Ramirez, yang juga Pengerusi firma minyak negara, Petroleos de Venezuela (PDVSA) yang mengendalikan loji berkenaan di Semenanjung Paraguana. Ramirez berkata, pasukan bomba kini berusaha untuk mengawal dan mengepung api daripada terus merebak ke tangki simpanan lain. AFP | Taufan terkuat landa Okinawa Posted: 27 Aug 2012 09:45 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - TOKYO - Jepun meminta 75,000 keluarga terus berkurung di rumah berikutan kehadiran taufan Bolaven, terkuat dalam tempoh beberapa tahun yang bakal melanda Okinawadi, selatan Jepun. Pegawai Metodologi Jepun berkata, angin kuat itu boleh menterbalikkan kereta serta menyebabkan ombak setinggi lebih 12 meter. "Bolaven yang berpusat kira-kira 150 kilometer ke tenggara Okinawa dijangka melepasi pulau itu sekali gus membawa hujan sehingga 500 milimeter dalam tempoh lebih 24 jam," katanya. Menurutnya, kelajuan angin hampir kepada taufan iaitu 180 kilometer sejam dengan angin kencang mencecah sehingga 252 kilometer sejam. Sementara itu, agensi berita tempatan melaporkan, angin kencang turut menumbangkan talian telefon dan mencederakan dua orang termasuk seorang lelaki berusia 78 tahun. Tiada laporan mengenai kerosakan besar setakat ini, tetapi kira-kira 27,000 keluarga di pulau Amami, utara Okinawa, terputus bekalan elektrik, manakala 3,100 keluarga di Okinawa juga mengalami perkara dengan kira-kira 300 orang mendapat perlindungan di bangunan awam. Semua penerbangan tempatan dan antarabangsa masuk dan keluar di Lapangan Terbang Naha dibatalkan serta merta. sinar harian/- | Dua cedera ambulans terbalik Posted: 27 Aug 2012 09:33 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - KUCHING – Seorang pemandu ambulans dan seorang jururawat nyaris cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di atas pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Wan Alwi di sini semalam. Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Hospital Pakar Kuching, Tabuan Stutong di sini ke Tabuan Dayak untuk mengambil pesakit. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer. Kemalangan dikatakan berlaku apabila pemandu ambulans tersebut hilang kawalan ekoran jalan licin ketika hujan lebat di sepanjang perjalanan. Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. "Polis percaya kejadian itu disebabkan jalan licin ekoran hujan lebat. Pemandu ambulans dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terhumban melepasi penghadang ke jalan bertentangan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Kejadian itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira dua kilometer ekoran pemandu bertindak memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kemalangan tersebut. | Sukan Olimpik London 2012; Pencapaian Baru Atlet Muslim Posted: 27 Aug 2012 09:27 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - SERAMAI 65 orang ahli sukan muslim memenangi pingat dalam sukan olimpik 2012 di London berbanding 44 orang pada temasya sukan yang sama di Beijing pada tahun 2008 dimana pingat emas pertama dimenangi oleh Mo Farah, pelari jarak jauh kelahiran Somalia yang mewakili Britain. Mo (Mohamad) Farah juga turut memenangi acara lari 5,000 meter selain 10,000 meter. Sukan Olimpik London 2012 juga mencatatkan sejarah apabila 18 pingat dimenangi oleh atlet wanita muslim, lebih sekali ganda berbanding 8 pingat yang dimenangi pada sukan di Beijing empat tahun lalu. [Gambar; atas - pelari pecut wanita Arab Saudi Sarah Attar menjadi tumpuan kerana memakai pakaian menutup aurat. Kanan - Mo farah dengan dua pingat emas yang dimenanginya. bawah; Ahli Judo wanita Saudi turut menempa nama] Sekitar 400 atlet wanita muslim dari negara-negara Islam mengambil bahagian dalam sukan Olimpik London 2012 dan negara Benin adalah satu-satunya negara Islam yang gagal untuk menghantar atlet wanita. Untuk kali pertamanya, Britain mempunyai lima atlet muslim pada 2012 berbanding tiada penyertaan atlet muslim sebelumnya. Selain daripada dua pigat emas yang di menangi Mo Farah, gangsa turut dimenangi dalam atlet Taekwondo muslim Lutalo Muhammad dan Mohamaed Sbihi yang mewakili acara mendayung. Manakala atlet muslim kelahiran Algeria, Mahiedine Mekhissi-Benabbad adalah satu-satunya pemenang pingat bagi acara trek bagi negara Perancis, memenangi pingat perak dalam acara lari berhalangan 30,000 meter. Walaupun diadakan sepanjang bulan Ramadan, sejumlah lebih daripada 1,200 atlet beragama Islam mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik London 2012. Daripada jumlah sebanyak 65 pingat yang dimenangi oleh atlet muslim, 13 darinya adalah dari negara Rusia, termasuk 8 pingat yang dimenangi oleh atlet wanita Islam. Atlet gimnas wanita Islam Rusia, Alias Mustafina merupakan atlet olimpik 2012 yang paling menyerlah dan berjaya dengan mendapa empat pingat. Para atlet muslim dari Timur Tengah membawa pulang 24 pingat, dengan Iran mengungguli kedudukan bagi rantau itu dengan jumlah 12 pingat, pencapaian terbaik yang dicapai dengan 4 emas, 5 perak dan 3 gangsa. Pasukan Turki mempunyai 50 atlet wanita, bilangan tertinggi berbanding mana-mana negara Islam dan bagi negara Kazakhstan serta Turki, atlet wanita memenangi lebih banyak pingat daripada rakan-rakan lelaki mereka! Kehadiran begitu ramai atlet wanita Islam di Olimpik London yang memilih untuk bersaing dalam acara dipertandingkan dengan menutup 'aurat' telah mencalarkan imej FIFA. Pasukan bola sepak wanita Iran, telah dihukum oleh FIFA pada tahun lalu kerana memakai tudung dalam permainan pusingan kelayakan – Muslim News | 14 lagi mayat ditemui dekat Damsyik Posted: 27 Aug 2012 09:25 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - FOTO menunjukkan mayat-mayat terbaring di atas simen semalam di bandar Daraya dekat ibu kota Damsyik. BEIRUT - Sekurang-kurangnya 14 lagi mayat ditemui di bandar Daraya dekat Damsyik selepas aktivis melaporkan satu pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan berlaku di situ dalam serangan lima hari oleh tentera rejim Syria, kata pemerhati semalam. Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia sebelum ini melaporkan penemuan 320 mayat di Daraya selepas satu serangan yang disifatkan sebagai sangat kejam, pembunuhan tanpa perbicaraan dan serbuan rumah ke rumah oleh tentera kerajaan. Pemerhati berkata, sehingga kini ia telah mengenal pasti seramai 220 mangsa yang dibunuh. Jawatankuasa Penyelaras Tempatan sebuah rangkaian aktivis menyifatkan insiden itu sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Presiden Bashar al-Assad. Kumpulan pemerhati Britain menjelaskan sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh di negara bersengketa itu kelmarin. Mereka terdiri daripada 105 orang awam, 26 pejuang pemberontak dan 18 tentera. Kelmarin, tentera rejim mengebom bandar Basra al-Sham dalam wilayah Daraa dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang awam. Serangan terbaru yang berlaku semalam pula membunuh tiga orang lelaki, kanak-kanak dan dua wanita di Kafr Batna dalam wilayah Damsyik. Menurut angka pemerhati, kira-kira 25,000 mangsa yang kebanyakannya orang awam telah terbunuh di Syria sejak tercetusnya kebangkitan rakyat pada Mac tahun lalu. - AFP | Jenayah ragut jadi budaya hidup di negara ini Posted: 27 Aug 2012 09:00 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - Saya telah diminta oleh seorang pengunjung blog saya melalui e-mailnya meminta saya memberikan komen tentang jenayah ragut yang agak berluas-luasa di negara ini. Insan yang menghantar email itu menyatakan yang beliau mahukan saya menulis tentang jenayah ragut yang telah berlaku kepada isterinya beberapa tahun dahulu yang menyebabkan isterinya tercedera dan telah menghadapi rasa fobia apabila berjalan di bandar untuk membeli belah atau ke pasar. Pengadu ini mempersoalkan sama ada apa yang di bangga-banggakan negara ini sebagai negara yang aman dan selamat itu adalah benar atau sebaliknya. Sesungguhnya jenayah ragut memang banyak berlaku dan saya sendiri pernah menyaksikan peristiwa ragut belaku di hadapan mata saya sendiri. Dua orang yang menaiki motosikal telah lalu di sebelah wanita yang membimbing bag tangan dan terus sahaja meragut wanita itu dan mereka (peragut) terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terbaring di tebi jalan dan mengalami sedikit kecederaan di tangannya. Peristiwa seperti ini selalu berlaku dan sekali gus ia menafikan yang negara kita adalah sebuah negara yang aman damai seperti yang di antara kita bangga-banggakan. Ini tidak termasuk kes rogol, bunuh dan pecah rumah yang menjadi bahan berita yang lumrah melalui saluran-saluran TV kita serta media cetak. Ada sahaja yang cedera dan mati akibat jenayah ini. Banyak pihak bertanya kenapa perkara ini selalu sangat berlaku di negara kita? Ada yang bertanya bagaimanakah keadaaan sebuah negara yang aman itu? Pihak penguasa polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain boleh kita lihat di mana-mana terutamanya di kotaraya-kotaraya dalam negara kita tetapi jenayah tetap berkembang dengan cepat dan deras. Malahan ramai di antara bekas anggota dan pegawai tertinggi polis menulis dan membuat kenyataan yang mengakui jenayah di negara kita meningkat dengan begitu ketara. Selalunya apabila se sebuah negara yang sering berlaku samun dan rompak serta jenayah ragut ini berlaku dengan pesatnya ia merupakan petanda dan dalil yang rakyat miskin adalah ramai dan mengambil tindakan mencuri dan merompak harta benda orang lain untuk hidup. Di negara-negara Scandinavia misalnya tidak ada kes-kes rompak dan samun yang ketara seperti yang berlaku di negara kita. Negara-negara dalam gugusan Scandinavia ini merupakan negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi malah ia melebihi pendapatan per kapita negara-negara G8. Kalau kita melawat negara-negara ini kita tidak akan nampak anggota polis berkeliaran seperti di negara kita. Di negara-negara yang saya sebutkan ini keamanan dan keselamatan diri individu rakyat seperti terjamin. Inilah contoh-contoh sebuah negara yang aman. Sebaliknya di negara kita, kita melihat anggota polis dan penguatkuasa yang lain berkeliaran tetapi insiden seperti yang di tulis oleh pengadu kepada saya itu berlaku dengan meluas. Ragut di sana dan ragut di sini dan dengan jelas kes ragut harta orang lain ini sememangnya menjadi perkara yang lumrah di negara kita ini. Pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kuasa di tangan mereka pun melakukan ragut-meragut harta orang lain seperti harta rakyat seperti yang kita selalu dengar melalui pendedahan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Jumlah harta dan wang ringgit rakyat yang diragut oleh pemimpin-pemimpin kita melibatkan jumlah yang puluhan billion ringgit. Rakyat sentiasa diragut wang ringgit mereka oleh mereka dan pemimpin yang mereka (rakyat) amanahkan untuk menjaganya. Jenayah ragut ini sememangnya sudah tidak dapat dihentikan lagi selagi mereka ini masih berkuasa. Jumlah yang terilbat dalam ragut oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah kecil. Yang penting rakyat fahami dan cuba untuk menghentikannya ialah kes-kes ragut yang berbillion ringgit yang dilakukan oleh pimpinan yang sedang berkuasa. Jenayah ragut yang mereka lakukan itu melibatkan harta wang ringgit seluruh rakyat yang mengisi kantung perbendaharaan negara kita melalui berbagai bentuk cukai yang mereka bayar setiap hari. Penjenayah ragut yang dilakukan oleh penunggang motosikal itu mudah untuk diselesaikan kerana sudah ramai yang tertangkap dan dipenjarakan. Tetapi masalah yang terbesar sekarang ini ialah untuk menyelesaikan kes ragut kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan besar kita serta penjawat-penjawat awam negara yang melibatkan ratusan berbillion ringgit itu. Peragut-peragut jenis inilah yang amat susah untuk diselesaikan. Malahan yang mendedahkan kes ragut itu pula yang kena tuduh di mahkamah kerana ada undang-undang yang melindungi penjenayah ragut yang berkolar putih ini. Rafizi Ramli telah dituduh di mahkamah kerana mendedahkan kes ragut wang rakyat yang berbillion ringgit oleh keluarga yang mempunyai pengaruh dalam kabinet negara yang di dalamnya mempunyai penjenayah ragut yang besar-besar. Sekarang rakyat yang sedar dan insaf telah mendapat formula yang jelas untuk menyelesaikan kes-kes ragut yang besar-besar ini. Caranya ialah dengan mengenepikan mereka dari kuasa yang ada pada mereka. Waktu untuk mengenepikan mereka akan sampai tidak lama lagi. Masanya itu ditentukan oleh Najib, Perdana Menteri kita. Rakyat sekarang sedang memberikan tumpuan untuk menolak mereka yang sudah ketagih dengan kegiatan ragut meragut ini. Rakyat sudah kerugian begitu banyak oleh kegiatan ragut yang dilakukan oleh mereka yang sedang berkuasa itu. Jika semua rakyat bekerjasama dalam PRU ini, isu penjenayah ragut ini akan dapat diselesaikan dengan cepat. Maka harta benda rakyat akan dapat diselamatkan dari diragut oleh pihak yang sudah sebati dengan kes ragut meragut ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com harakahdaily/- | 17 dipancung kepala ketika berpesta Posted: 27 Aug 2012 08:55 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam. KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai. Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian. Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah. "Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah. Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut. kosmo/- | Sin Chew putar belit kenyataan saya - Mohamad Sabu Posted: 27 Aug 2012 08:50 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kesal dengan sikap tidak beretika wartawan Sin Chew Daily yang memuatkan berita kononnya PAS akan membentangkan cadangan atau usul di Parlimen bagi meminda Perlembagaan untuk dilaksanakan hudud. Tegas Mohamad, beliau ditanya mengenai hudud oleh wartawan berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas panjang mengenai hudud. "Saya katakan kepada wartawan tersebut, jangan sentuh soal hudud berulangkali. Saya tegaskan kepada beliau, pada saya sebarang perubahan yang hendak dilakukan dalam negara, mestilah melalui Parlimen, dibuat secara demokrasi dan dengan mengikut permuafakatan dalam Pakatan Rakyat," tegasnya kepada Harakahdaily. Star Online hari ini melaporkan: Mat Sabu: PAS will seek to use hudud law if Pakatan wins KUALA LUMPUR: PAS will propose Constitutional amendments in Parliament to implement hudud law if it forms the government, said its deputy president Mohamad Sabu. This was PAS' stand and MPs from DAP or other parties, and non-Muslim MPs, could then raise their objections in Parliament, he said. Better known as Mat Sabu, he said in an interview with Sin Chew Daily that the party had not discussed the matter as action would only be taken only after Pakatan Rakyat had formed the federal government. The daily ran the front page story on its evening edition yesterday. Mat Sabu was commenting on PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang's statement that the party would seek to implement hudud law through democratic means. "Wartawan tersebut menelefon saya, pertuturan bahasa Malaysia beliau pun tidak berapa elok, sebab itu saya cakap lain, dia tulis lain. "Malangnya kesilapan Sin Chew Daily tersebut dipetik Star Online," ujar beliau. harakahdaily/- | Tak pernah dengar nak sambut merdeka kena minta permit... Posted: 27 Aug 2012 08:45 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - Aduhai letih la layan kepala otak UMNO nie.. hidup sudah merdeka 54 tahun tak pernah lagi nak pie lepak kat Dataran Merdeka untuk sambut MERDEKA kena buat permohonan permit.... Tetapi mai merdeka ke 55 nie puak yang dok jaga Dataran Merdeka nie dah buat macam harta mak bapak mereka dah... takan nak pergi ramai-ramai pakai baju kuning salah pada malam tersebut....adakah kerana jika ada yg pakai baju kuning... terus hangpa nak cop geng "JANJI BERSIH".... entah-entah mereka geng penyokong Safee Sali pakai baju Kuning Malaysia....besa laa tuuu... Janji Bersih: DBKL belum terima permohonan Jamilah Hamzah 27 Ogos 2012 SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur Himpunan Janji Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, jika permohonan dikemukakan, pihaknya perlu meneliti mengikut peraturan yang ada. "Kami masih belum terima apa-apa surat daripada mereka (penganjur Gabungan Janji Bersih) untuk dibuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak. "Bagaimanapun jika permohonan dibuat, kita akan kaji dan teliti terlebih dahulu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini. Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak mendapat kebenaran DBKL untuk diadakan di Dataran Merdeka. Penganjur Gabungan Janji Bersih kini bercadang mengadakan sambutan Ambang Merdeka selama dua jam mulai 10 malam, Khamis ini. harakahdaily/- | Mat Sabu: PAS Cari Jalan Laksana Hudud Jika Pembangkang Menang Posted: 27 Aug 2012 08:30 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan digubal bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan selepas pembangkang berjaya membentuk kerajaan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Katanya itu adalah pendirian PAS dan Ahli Parlimen daripada DAP atau parti lain serta Ahli Parlimen bukan Islam boleh mengemukakan bantahan mereka menerusi perbahasan Dewan Rakyat. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika diwawancara akhbar Sin Chew Daily bagaimanapun berkata parti itu tidak mengadakan perbincangan terpeinci mengenainya kerana tindakan lanjut hanya akan dibuat selepas pembangkang mentadbir Kerajaan Pusat. Kenyataan itu dipetik menerusi laporan muka depan akhbar berkenaan bagi edisi petang Isnin. Mat Sabu berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung PAS akan mencari jalan menerusi kaedah demokrasi bagi melaksanakan hudud. Tegasnya hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat. "Jika Ahli Parlimen DAP atau yang bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud, ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian," katanya. Menurutnya berdasarkan prinsip Islam jelas menyatakan bahawa tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk mempercayai amalan dan hukum yang terkandung di dalamnya. Katanya lagi PAS perlu menghormati pandangan sekiranya majoriti Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan pindaan itu. Bagaimanapun ketika dihubungi, Mat Sabu kemudiannya menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. mstar/- | Lagi kawasan Felda di Pahang tiada air di hari raya Posted: 27 Aug 2012 08:03 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - Saya pulang berhari raya di daerah Bera baru baru ini iaitu di kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong juga tiada air paip pada sehari sebelum hari raya hingga hari raya pertama dan kedua. Hasrat untuk bercuti selama 5 hari di Felda Bukit Mendi terpaksa dipendekkan kepada 3 hari sahaja berikutan tiada air paip. Masalah ini sudah lama berlaku sejak saya berkahwin pada 1990 masalah ini tidak diatasi oleh kerajaan. 2 hari tidak dapat mandi, membasuh dan sebagainya. harakahdaily/- | Falcao ledak hatrik, bantu Atletico Madrid raih kemenangan Posted: 27 Aug 2012 08:03 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - RADAMEL Falcao tampil memukau dengan meledak hatrik ketika membantu kelabnya membelasah Athletic Bilbao 4-0 dalam persaingan La Liga Sepanyol di Stadium Estadio Vicente Calderoan, awal pagi tadi (waktu Malaysia). Dengan keputusan tersebut, Atlético Madrid berjaya meraih tiga mata setelah seri dengan Levante 1-1 pada aksi sulung La Lioga pada 20 Ogos. Aksi cemerlang Falcoa yang menjaringkan hatrik pada minit ke-20, ke-42 dan ke-59 terus menjadi pembakar semangat anak buah Diego Pablo Simeone untuk mencari gol sebanyak mungkin. Akhirnya, Tiago memastikan kemenangan besar pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-84 sekali gus menggembirakan peminat yang membanjiri stadium. Sementara itu, dalam aksi berasingan, Real Valladolid berjaya membenam Levante 2-0 di hadapan penyokong sendiri. Victor Perez menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-38 dan ke-48 untuk memastikan kemenangan milik pasukan tuan rumah. Sinar Harian | Bakal pengantin nyaris maut Posted: 27 Aug 2012 07:48 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA SELANGOR - Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan terpaksa menerima tujuh jahitan di mulut setelah terbabit kemalangan di KM25.5 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran simpang masuk Jalan Suara, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, kereta jenis Proton Saga yang dipandu, Mohamad Fariz Mohamad Idris, 25, dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menghala ke Klang dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika mahu mengelak anjing sebelum melanggar pembahagi jalan. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Inspektor Roslan Ismail ketika ditemui berkata, mangsa yang beralamat di Kampung Rantau Panjang, Klang itu dilaporkan turut mengalami kecederaan pada pergelangan kaki. "Akibat pelanggaran itu, kereta yang dipandu mangsa kemudiannya terbalik di bahu jalan dan menyebabkan lalu lintas perlahan dan keadaan jalan ketika itu lici dan hujan renyai-renyai," katanya. Difahamkan, sebuah kemalangan lagi dilaporkan berlaku kurang seminit selepas kemalangan pertama apabila seorang pemandu di laluan sama gagal membrek sebelum melanggar belakang sebuah kenderaan di hadapannya. Roslan berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dan mangsa sudah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor. "Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya. Sementara itu, Roslan turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati lebih-lebih lagi di musim perayaan ini dan jangan memandu laju serta ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda dengan selamat," katanya Sinar Harian | Rokok bernilai RM1.4j dirampas Posted: 27 Aug 2012 07:47 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - MUAR – Pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya merampas sejumlah 15,500 unit rokok bernilai RM1.4 juta termasuk cukai, dalam operasi bersepadu di Bypass Simpang Empat Jalan Bakri arah Melaka, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, kesemua rokok putih itu dipaketkan ke dalam kotak besar dalam sebuah lori seberat tiga tan. Menurutnya, penahanan pada jam 2 pagi itu turut menahan seorang pemandu lori berkenaan yang berusia 30 tahun. "Suspek berasal dari Alor Setar, Kedah dan difahamkan baru sahaja terlibat dalam kegiatan tersebut. "Rokok ini diambil dari Ayer Hitam, Batu Pahat dan dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar ke Melaka," katanya dalam sidang media di IPD Muar di sini, semalam. Sahadan berkata, malangnya usaha lelaki berkenaan tidak berjaya apabila dia ditahan kerana membawa lori dalam keadaan mencurigakan. "Sebaik ditahan, polis membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap lori ini dan menjumpai 15,500 unit rokok. "Hasil soal siasat mendapati, lelaki ini ditawarkan upah sebanyak RM200 sebagai penghantar rokok selepas berjumpa dengan seorang rakan di Singapura yang menawarkan pekerjaan itu," katanya. Katanya lagi, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Muar dan ditahan reman sehingga 29 Ogos depan untuk membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1976, jika sabit kesalahan boleh didenda RM1.55 juta (10 kali nilai rokok dirampas)," katanya. Mengulas lanjut mengenai Kempen Rumah Selamat sempena Aidilfitri, Sahadan berkata, secara keseluruhannya kempen itu berjaya apabila sebanyak 70 buah rumah yang mendaftar dalam program itu didapati selamat daripada sebarang kegiatan jenayah. "Anggota kami kerap membuat rondaan di setiap rumah yang mendaftar untuk tujuan pengawasan sepanjang pemilik rumah pulang bercuti ke kampung halaman. "Kita mendapat respons positif dari pemilik rumah memaklumkan rumah mereka selamat selepas kembali pulang ke rumah masing-masing," katanya. Sinar Harian | Modric sertai Real Madrid Posted: 27 Aug 2012 07:38 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - REAL Madrid akhirnya menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric dengan bayaran sekitar £30 juta (RM100 juta), musim ini. Dalam satu kenyataan di BBC, kelab gergasi Sepanyol dan Tottenham telah mencapai persetujuan untuk melakukan perpindahan Modric ke Madird. Pengerusi Tottenham, Daniel Levy yang mengesahkan perpindahan Modric berkata, perpindahan itu kini hanya menunggu pemeriksaan perubatan dan sekiranya berjalan dengan lancar, urusan akan dipercepatkan. "Kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan mengenai perkara ini. "Meskipun Modric merupakan pemain hebat buat kami tapi kami merelakan dia menyertai Real Madrid di mana kelab yang kami melihat satu kerjasama jangka panjang,'' kata Levy yang turut menjelaskan bahawa perjanjian itu juga melibatkan kerjasama dalam soal kejurulatihan, latihan dan hubungan komersial. Sebelum ini, usaha Real untuk membeli pemain dari Crotia itu tergendala seketika selepas pengerusi Spurs, Daniel Levy menuntut yuran perpindahan bernilai £40 juta (RM200 juta). Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez dalam kenyataannya di laman web kelab mengalu-alukan perjanjian tersebut. "Kami bangga menerima Modric dan berminat untuk mengadakan kerjasama lebih erat dengan Tottenham. "Jadi, dengan membeli seorang pemain yang berbakat, saya berharap Modric dapat memainkan peranan dan membantu rakan sepasukan untuk mencari kemenangan. Manakalah bagi pemain berusia 26 tahun itu berkata: "Saya sangat berbesar hati dan berbangga apabila dipilih untuk beraksi bersama kelab terbaik di dunia ini. "Saya betul-betul teruja," kata Modric. Luka telah membuat 160 penampilan bersama Tottenham dan menjaringkan 17 gol selepas meninggalkan Dinamo Zagreb pada 2008. Sinar Harian | Wanita maut nahas babit 3 kenderaan Posted: 27 Aug 2012 07:37 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - BERA – Seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 49, Jalan Temerloh - Kemasul – Bukit Mendi kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Mangsa, Sariah Tajul Mulop, 47, yang juga penumpang hadapan kereta jenis Perodua Kembara yang terbabas berikutan bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Waja yang gagal untuk memotong. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian itu, Proton Waja terbabit dipercayai cuba memotong dua kereta di hadapannya iaitu Proton Persona dan Kembara, namun terlalu cepat memasuki laluan kiri sehingga bergesel dengan bahagian depan Kembara. Menurutnya, kereta Kembara dipandu suami mangsa, Shabudin Ibrahim, 65, hilang kawalan lalu terbabas ke tebing sebelah kiri jalan dan merempuh pokok kelapa sawit sebelum terbalik. "Rempuhan kuat di bahagian kiri kereta itu menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan patah kaki serta tangan kanan. "Mangsa menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian, manakala suaminya pula mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Haji Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh," katanya. Katanya, mangsa turut dibawa ke Hoshas untuk dibedah siasat. Zakaria berkata, ketiga-tiga kenderaan terbabit dipercayai dari arah Felda Kemasul menghala ke Triang. Menurutnya, kereta Waja itu cuba memotong kereta jenis Proton Persona dan Perodua Kembara, namun dipercayai tersilap pengiraan untuk memasuki semula laluan kiri hingga terlanggar bahagian depan Kembara terbabit. "Kereta Waja itu turut terlajak ke hadapan dan terbabas, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan. Begitu juga pemandu kereta Persona. "Jalan di lokasi kejadian adalah lurus dan mempunyai garisan putus yang membolehkan pengguna memotong. Namun pemandu Waja dipercayai tidak lepas untuk memotong dengan betul," katanya. Beliau berkata, siasat lanjut berhubung kes itu masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. Sinar Harian | Rakyat asing Pakistan, Lubnan ditahan menipu pengurup wang Posted: 27 Aug 2012 07:36 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - IPOH – Kegiatan licik dua warga asing dalam sindiket wang palsu tumpas selepas ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sekitar Ipoh, Khamis lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, penangkapan warga Pakistan dan Lubnan tersebut adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang pengurup wang lelaki tempatan yang serta merta mengesyaki wang yang ditukar adalah palsu. Beliau berkata, polis kemudiannya menuju ke premis dan menahan dua suspek dan hasil pemeriksaan menjumpai 402 keping wang dominasi 1, 000 India Rupee pelbagai nombor siri yang disyaki palsu dalam sebuah beg hitam. "Modus operandi mereka adalah pergi ke premis tukaran wang berlesen dan akan menukar wang palsu mata wang India kepada Ringgit Malaysia (RM). "Wang palsu India yang digunakan suspek adalah berkualiti tinggi sehingga mangsa tidak dapat mengecam wang kertas itu adalah palsu kecuali mangsa mempunyai kemahiran mengenal wang palsu," katanya pada sidang akhbar di IPK Perak, semalam. Mohd Shukri berkata, setelah soal siasat ke atas dua suspek terbabit membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek di Kuala Lumpur. "Kesemua suspek tidak mempunyai pekerjaan dan salah seorang suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah serta berumur antara 22 hingga 42 tahun. "Mereka masih direman dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun," katanya. Sinar Harian | Ambil dadah: ‘Beri saya peluang baiki hidup’ Posted: 27 Aug 2012 07:35 PM PDT 10 Syawal 1433H. [MOD] - GEORGETOWN - "Berilah saya peluang untuk perbaiki hidup dan memulakan hidup baru Yang Arif," demikian rayu seorang warga emas berusia 57 tahun. Tertuduh, Sharifuddin Baharuddin kelihatan tenang merayu di dalam kandang tertuduh Mahkamah Majistret, semalam, selepas didapati bersalah mengambil dadah. Menurutnya, yang berasal dari Kampung Pondok Hutan Pasir, peluang itu perlu diberikan memandangkan masih berada dalam bulan mulia dan juga waktu perayaan. "Bagilah saya peluang itu dan kalau boleh saya hendak mengubah hidup saya kepada yang lebih baik Yang Arif. "Saya merayu supaya hukuman diringankan kerana mempunyai tanggungan, saya amat berharap supaya hukuman ini adalah wajar," katanya. Tertuduh didapati bersalah mengambil dadah jenis morfin kira-kira jam 6.52 petang pada 12 Julai lalu. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Majistret Noor Aini Yusof kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh. "Tertuduh juga akan dikenakan dua tahun tempoh pengawasan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)," katanya. Sebelum itu, tertuduh dan sahabatnya juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas kesalahan mengambil dadah jenis heroin. Dia dan Lau Chua Eng melakukan kesalahan itu di sebuah bangunan kosong sekitar Jalan Pahang kira-kira jam 3.45 petang, 12 Julai lalu. Mengikut fakta pertuduhan, kedua-duanya didapati melakukan kesalahan itu ketika berada di tingkat satu bangunan yang terbengkalai itu. Hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat dua paket dadah iaitu serbuk heroin dan juga beberapa kertas timah di atas lantai. Kedua-duanya yang tenang dalam kandang tertuduh hanya mengangguk tanda mengaku salah dengan perbuatan berkenaan. Noor Aini kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan terhadap kedua-dua tertuduh. Sinar Harian | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan