::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 21 Aug 2012 01:42 AM PDT Wartawan Utusan ajar ‘putar’ fakta Posted: 14 Jul 2012 08:17 AM PDT Utusan Spin Fakta == Utusan PENIPU RAKYAT Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan “memutar” fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak. Menurutnya, langkah itu adalah “serangan berhemah” kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN “dibicarakan” dalam ruang politik negara. “Dalam bentuk penulisan [...] | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 20 Aug 2012 03:45 PM PDT 13 Mei :Pendedahan Sejarah Sebenar.. Posted: 20 Aug 2012 07:49 AM PDT
"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.
"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.
"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai - parang, kayu, batang besi dan botol...
"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar...
"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ..."
(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).
Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.
'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.
《Semuanya karut》
Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.
Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.
Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu - yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini - mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.
"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.
"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).
"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.
Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu - yang disokong oleh polis dan tentera - untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.
《Plot menumbangkan Tunku》
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.
Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.
Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara - satu petanda wujudnya komplot mengenainya.
Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).
Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak - 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.
Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.
"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.
Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah
pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.
"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.
Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa...saya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."
《Jumlah korban tidak diketahui》
Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.
Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.
Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.
Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.
Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.
"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.
"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.
Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.
Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.
"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.
Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja".
Sumber dari Malaysiakini | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 20 Aug 2012 03:18 PM PDT PAS MENJAWAB TUDUHAN TAK BERMARUAH DALAM RUMAH ALLAH!! Posted: 20 Aug 2012 11:50 AM PDT Jawapan lanjut dan penjelasan terperinci sila rujuk di http://hasbiirabbii.blogspot.com/2012/08/isu-syiah.html
Tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Abang Mat Sabu bahwa beliau adalah penganut Syiah telahpun beliau jelaskan sebelum ini namun jawapan beliau itu tidak memuaskan hati banyak pihak. Maka sepatutnya diminta dari yang menuduh membawa bukti akan pertuduhan mereka tersebut tetapi bukti pertuduhan-pertuduhan itu semuanya berbentuk 'hearsay' bersifat cakap-cakap yang tidak boleh di terima pakai dalam mahkamah keadilan. Oleh kerana itu bagaimana pimpinan PAS mahu melayan fitnah seperti ini. Abang Mat ini pula membesar dalam PAS sejak dari akar umbi lagi ahli-ahli PAS melihat setiap amalan hariannya khususnya termasuk solatnya. Sepanjang sekian lama Abang Mat memimpin tidak ada apa yang mencurigakan mereka untuk mereka tidak memberikan ketaatan. Sekiranya jelas perbuatan beliau itu bercanggah dengan amalan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah sudah lama awal-awal lagi isu ini meletup dan sudah tentu beliau tidak akan naik ke peringkat tertinggi Parti setinggi ini kerana benteng yang ada dalam PAS ini. Orang mungkin boleh menyebut 'taqqiyyah' sheikh…. Oh begitu.. kalau begitu sungguh hebat lakonan taqqiyyah yang disembunyikan oleh Abang Mat ni sehingga tak dapat dihidu oleh Pimpinan Parti dan Majlis Syura 'Ulama bertahun-tahun lamanya.
Memang tidak dapat dinafikan Abang Mat begitu menyanjungi beberapa pimpinan Iran seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini, Ayatullah Hasan Nasrallah dan Dr Ali Shariati. Dan mereka ini dengan jelas mengkritik isteri Rasulullah saw dan beberapa para sahabat r.a. Tetapi ini tidak bererti Abang Mat menyetujui sikap sebegini kerana tidak pernah ahli PAS mendengar Abang Mat mengkritik isteri Rasulullah saw dan para sahabat r.a na'uzubillahi min zalik. Tidak ada. Tidak ada rakaman yang menunjukkan Abang Mat mempunyai pegangan Rukun Islam seperti Rukun Islam Syiah di mana Rukun Dua Kalimah Syahadah digantikan dengan Rukun Al Wilayah. Tidak ada. Tidak ada gambar atau video yang menunjukkan Abang Mat sembahyang mengikut Mazhab Syiah dengan menggunakan batu Karbala untuk tempat bersujud. Tidak ada. Tidak ada rakaman yang menunjukkan Abang Mat menyokong tindakan Rejim Syiah Syria yang membunuh umat Islam Sunni sepertimana yang ditunjukkan oleh Iran. Tidak ada. Tidak pernah ada bukti Abang Mat mengazankan untuk mana-mana Solat fardhu sepertimana Azan Syiah yang menyelitkan Asyhaduanna 'Ali Waliyullah. Tidak ada. Jadi bagaimana Pimpinan Pusat, Majlis Syura Ulama, Ahli PAS mahu dan dapat mensabitkan hukuman terhadap Abang Mat. Benteng yang dibina oleh PAS ini cukup ampuh untuk mana-mana individu dapat melepasi kubu ini dan ia telah terbukti sepanjang 61 tahun ini. Alhamdulillah.
Jadi persoalannya apakah niat golongan-golongan tertentu ini begitu bersungguh-sungguh menimbulkan isu ini? Apakah tujuan pihak-pihak ini menimbulkan keraguan terhadap Parti Islam SeMalaysia? Kenapa mereka beriya-iya benar memberikan peluru kepada musuh-musuh Parti Islam SeMalaysia ini? | TIADA TAZKIRAH ,PAHANG BN MAKIN PARAH Posted: 19 Aug 2012 06:02 PM PDT Selamat Menyambut Eidul Fitri walau dah 2 Syawal.Maaf dipinta jika tersalah bahasa semasa memblog tapi bukan blok. Pengalaman beraya di Keratong FELDA di negeri Pahang amat menguja bagi yang beraya sambil mengguna jalan raya dan lalu balai raya dan bersedia menghadai Pilihanraya . Di sini kebanyakan masjid akur dengan arahan solat taraweh 20 rakaat dan tanpa tazkirah.Walai begitu, ada masjid yang berani dan diterima rakyat dan kariah sekitar serta merestuai solat 8 rakaat dan dengan ada tzkirah. Memang kekok teman bila tiada tazkirah kerana di Negri Selangor alhamdulillah. Jadi ada yang tidak mampu melakukan di masjid akan buat di markaz dan sebagainya. Mudahan berkat kejadian ini akan merata seluruh negeri Pahang dan bila PR memerintah kelak maka tazkirah akan menjadi sumber ilmu dan temat soaljawab agama untuk kariah insyallah.
| |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 20 Aug 2012 11:31 AM PDT RAKYAT CHUKAI KECEWA WAKILRAKYAT BAHAM TANAH Posted: 19 Aug 2012 03:59 PM PDT KEMAMAN - Rakyat Terengganu terutama warga cukai dari kalangan kakitangan kerajaan, pekerja swasta,pekerja sendiri, nelayan dan petani terkejut kerana wakil rakyat yang dipilih oleh mereka mendapat Sedangkan menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, dalam masa yang sama rakyat diabaikan. "Wakil Rakyat dapat tanah, rakyat 'baham tanah', nak tanah susah, Ini sekaligus menunjukkan slogan 1 Malaysia hanya retorik,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata terdapat lagi tambahan lebih dari 12 orang wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah. Wahid mendedahkan salah seorang daripada mereka ialah merupakan ahli Exco Kerajaan Negeri iaitu Dato' Muhamad Awang Tera yang juga Adun Chukai, Kemaman. Menurut Wahid, Dato' Muhamad Awang Tera (Exco) mendapat tanah seluas dua hektar bersamaan lima ekar, di kawasan lot pertanian di kawasan Mak Lagam, Mukim Banggol Chukai, Kemaman dan tidak jauh dari kawasan padang golf yang akan dibina. Wahid berkata demikian dalam sidang medianya selepas tamat waktu Persidangan Dun Terengganu bagi Mesyuarat Penggal Kelima di Wisma Darul Iman, dekat sini, 13 Ogos lalu. sehubungan itu, Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, slogan yang dilaungkan Umno-BN "Rakyat DiDahulukan Pecapaian Di Utamakan' hanyalah slogan kosong yang tidak membawa sebarang erti. "Pemberian tanah kerajaan kepada Adun negeri Terengganu membuktikan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dilaungkan oleh Umno-BN hanyalah slogan kosong semata-mata, "sebenarnya, pemimpin Umno-BN telah mengkhianati amanah rakyat dengan mempergunakan kelebuhan mereka sebagai Adun untuk 'membaham' tanah yang lebih luas,"tegasnya. Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya menolak Umno-BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. tanah. | |
Dupahang's Weblog Posted: 20 Aug 2012 11:17 AM PDT Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Tuan Guru Presiden PAS Posted: 19 Aug 2012 06:37 PM PDT Oleh Abdul Hadi Awang PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan. Selamat hari raya. Maaf [...] | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 20 Aug 2012 09:18 AM PDT Kerajaan tidak menyokong penerbitan filem sejarah? Posted: 19 Aug 2012 08:43 PM PDT Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September nanti , kita harapkan kementerian berkaitan menyokong penuh filem sejarah di bawah ini yang hampir dilupakan oleh generasi masa kini.
Projek Filem Sejarah Tertangguh 22 Mac 2011 : Berita Harian
Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana
WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.
"Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah 'lari' jauh," katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. "Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan," katanya.
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 20 Aug 2012 07:27 AM PDT |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 20 Aug 2012 03:37 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan