Khamis, 16 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 16 Aug 2012 03:25 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Penyampaian sumbangan di Surau Al Amin Tmn Desawan

Posted: 15 Aug 2012 08:06 AM PDT

Iftar bersama Indian Muslim Cawangan Klang

Posted: 15 Aug 2012 05:19 AM PDT

Bersama dlm majlis berbuka dan penyampaian sumbangan kepada masyarakat india muslim cwg klg..turut hadir yb dr siti mariah dan cikgu jaafar serta pimpinan kawasan kota raja..


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Aug 2012 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Hargai guru SAR, pimpinan negeri beri sumbangan raya

Posted: 16 Aug 2012 12:31 AM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PERMATANG PAUH: Seramai 260 orang Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menerima saguhati sempena Hari Raya Aidil Fitri dari pimpinan kerajaan negeri.

Majlis penyerahan tersebut diadakan di perkarangan Masjid Jamek Kubang, Bukit Mertajam disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1. Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Saleh Man.

Selain mereka turut menyumbangkan hamper, beras dan wang ringgit ialah Exco Agama dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malek Kasim.

Selain guru SAR, majlis semalam turut meraikan golongan miskin dengan pemberian hamper dan beras serta wang ringgit.

Rata-rata guru yang dtemui merasai syukur kerana adanya bantuan tersebut dapat meringankan bebanan mereka.

Saleh Man berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai jasa guru-guru SAR dan berharap agar mereka meneruskan usaha mereka mendidik anak bangsa menjadi insan yang bertaqwa sekaligus menjadi pewaris kepimpinan yang cemerlang di mas depan.

"Sumbangan ini sebagai penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat atas usaha mereka yang tidak jemu mendidik anak bangsa.

harakahdaily/-

Gempar jumpa ikan naga laut

Posted: 16 Aug 2012 12:20 AM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS – Seorang nelayan di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini, gempar dengan penemuan bangkai ikan naga laut atau Oarfish berukuran kira-kira 2. 4 meter yang ditemui terdampar di pantai berkenaan pagi 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, spesies ikan dalam bahasa saintifiknya 'Regalecus Russelii' bukan kali pertama ditemui terdampar di perairan berkenaan, sebaliknya ia merupakan penemuan kedua selepas penemuan pertama tiga tahun lalu.

Menurut Kurator Institut Oseanografi & Sekitaran (Inos) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azwarina Mohd Azmi Ramasamy, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan ikan berkenaan oleh seorang nelayan, Awang Alwi, 41.

"Kebiasaannya spesies ikan laut dalam berkenaan ditemui di perairan cetek jika berpenyakit atau tersesat, di mana ia makan secara menegak dengan memuncungkan mulutnya dan ia jarang ditemui.

"Justeru ikan yang memiliki badan pipih panjang menyerupai naga ini akan diawet untuk kajian lanjut dan menjadi sampel rujukan di Pusat Rujukan dan Repositori laut Chian Selatan, Inos," katanya.

Menurutnya, penemuan ikan berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini spesies ikan berkenaan telah dilaporkan beberapa kali ditemui di perairan Pantai Timur.

sinar harian/-

Bayi terjatuh ke dalam lubang

Posted: 16 Aug 2012 12:17 AM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEORANG anggota bomba menyelamatkan bayi berusia 14 bulan dari lubang itu.

HARBIN, China - Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.

Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang.

Lubang tersebut sedalam 10 meter.

Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi

Susulan 2 maut disambar petir: Ibu reda dengan ketentuan Ilahi

Posted: 16 Aug 2012 12:14 AM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MARANG - Sehidup semati. Demikianlah kisah persahabatan dua sepupu yang berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila kedua mereka meninggal dunia sejurus disambar petir secara serentak di Kampung Kubu di sini, semalam.

Sebahagian badan kedua-dua kanak-kanak terbabit, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan sepupunya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, hangus dengan kesan terbakar termasuk mata kedua-dua mangsa juga menjadi hitam.

Kejadian di Felda Chador, Kampung Kubu kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan dua sahabat baik itu meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan di sini, oleh bapa salah seorang mangsa terbabit.

Ibu kepada Tuan Ahmad Salihin, Norhayati Mohd Nor, 37, ketika ditemui berkata, anaknya bersama anak saudaranya, Tuan Mohd Azhar, 9, mengikut suaminya, Tan Ibrahim Tan Senik, 51, mencari kerbau dan lembu di kawasan felda berkenaan.

Menurut Norhayati, anaknya baru sahaja pulang dari sekolah terus mengikut suaminya yang mengambil upah mencari lembu dan kerbau di kawasan felda itu untuk dibawa pulang dan diserahkan kepada seorang pemilik yang mengupahnya.

"Masa itu hujan kebat, kedua mereka berlindung di bawah pokok sawit manakala suami saya dan rakannya berada tidak jauh dari mereka. Sejurus dentuman guruh dan kilat menyambar mengenai mereka menyebabkan mereka melambung dan terus senyap.

"Suami saya yang berada tidak jauh bergegas mendapatkan mereka sebelum mendapati kedua mereka sudah tidak lagi bergerak dia (suami) kemudiannya membawa mereka keluar dari situ," katanya.

Menurutnya, suaminya dengan dibantu seorang rakannya yang juga merupakan pemilik ternakan yang diburu di kawasan itu kemudiannya membawa dua kanak-kanak malang terbabit keluar dari kawasan itu menggunakan dua buah motosikal.

Ketika ditanya kenangan terakhir sebelum kejadian itu, kata Norhayati, anaknya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebaliknya teruja untuk menyambut ketibaan Syawal kerana kelengkapan raya telah pun dibeli.

"Apa yang menyayat hati saya adalah mereka berdua baru sahaja membeli selipar baru yang sama, saiz selipar itu juga sama, warnapun sama tetapi akhirnya mereka tidak dapat mengayakan selipar itu pada hari mulia yang akan menjelang tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu, ibu Tuan Muhammad Azhar, 9, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, yang ditemui, bagaimanapun memaklumkan, anaknya kelihatan berbeza berbanding hari biasa dan bersikap manja sejak seminggu sebelum tragedi itu berlaku.

"Sedar sahaja daripada tidur setiap pagi, dia pasti ada di sebelah, boleh dikatakan jika dia ada di rumah, dia selalu ingin berada dekat dengan saya. Sepanjang bulan Ramadan ini juga, dia selalu ikut saya ke surau untuk solat Tarawih.

"Sebelum kejadian itu, saya ada terdengar dia (Tuan Mohd Azhar) ingin turut serta mencari kerbau di padang dalam kawasan felda itu, tetapi memandangkan dia ke sana bersama bapa saudaranya, saya tidak jadi menghalang," katanya.

Katanya, mereka berdua memang rapat sejak kecil, jika tidak anaknya ke rumah sepupunya itu akan datang ke rumah kami dan keakraban mereka berdua mungkin juga disebabkan usia mereka yang hampir sebaya.

Tengku Rosmawati berkata, pakaian raya untuk anak-anak telah siap kesemuanya, hanya tunggu masa untuk disarungkan sahaja lagi, selain selipar yang sama, baju Melayu berwarna ungu juga tidak sempat dipakai oleh arwah bagi menyambut Syawal kali ini.

Bagaimanapun kedua-dua ibu malang ini reda dengan ketentuan Ilahi dan takdir yang menimpa anak kesayangan mereka. Bagi mereka mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa walaupun sungguh berat hati untuk menerima kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

"Kes ini diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

sinar harian/-

Kenderaan cermin gelap sasaran JPJ Kelantan

Posted: 16 Aug 2012 12:09 AM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan tingkatkan pemeriksaan kenderaan menggunakan cermin gelap dalam 'Ops Raya' sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata dalam operasi permulaan yang dijalankan dari 8.30 malam hingga 12 tengah malam tadi, pihaknya mengeluarkan 36 notis melalui borang 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan supaya menanggalkan lapisan filem yang tidak mematuhi peraturan pemasangan cermin gelap.

"Mereka diarahkan membuat pemeriksaan semula di pejabat JPJ dalam tempoh 10 hari bagi memastikan mereka mematuhi arahan itu," katanya kepada Bernama selepas melancarkan 'Ops Raya' di Kampung Chicha, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu di sini, malam tadi.

Abdul Ghani berkata jika gagal berbuat demikian, saman akan dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan terbabit, dan boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

Operasi bersepadu yang diketuai Abdul Ghani turut melibatkan 13 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan masing-masing enam daripada Jabatan Alam Sekitar dan JPJ.

Abdul Ghani berkata dalam operasi itu pihaknya turut memeriksa 358 motosikal dan mengenakan saman terhadap 25 penunggang kerana pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan tidak memakai topi keledar.

Dua motosikal diarah dibawa ke pejabat JPJ kerana pemiliknya mengubah suai ekzos. - Bernama

Malunya aku bila LGE cakap seperti ini !!

Posted: 16 Aug 2012 12:06 AM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DAP Tidak Akan Sesekali Menghasut Rakyat Bukan Islam Untuk Menentang
Hudud Dan Bersikap Bencikan Islam dan DAP Bukan Parti Anti Islam Sebagaimana
Seperti apa yang di tuduh oleh Sesetengah Pihak".

KM LIM GUAN ENG

Cina pun boleh berkata macam ini malu la wahai umat melayu cop keris terlanjang

harakahdaily/-

Dicekup berjudi di kubur

Posted: 15 Aug 2012 11:45 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Memalukan! Tiga warga emas antara lima ditahan ketika asyik bermain judi daun terup di tanah perkuburan Cina, Jalan Pusara, di sini, petang kelmarin.

Namun, perbuatan mereka tidak menghormati Ramadan itu menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas kesemua tertuduh, Ibrahim Embong, 69; Ghazali Embong, 60; Mohd Zaid Ibrahim, 56; Wan Ahmad Wan Sembak, 60; dan Abu Bakar Embong, 66, dari Kuala Terengganu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Kesemua mereka mengaku bermain judi daun terup dengan bertaruh wang tunai di pondok rehat kawasan tanah perkuburan Cina, Jalan Pusara, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Dengan itu, mereka mengaku melakukan kesalahan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis daerah Kuala Terengganu yang sedang melakukan rondaan di kawasan tanah perkuburan itu melihat lima lelaki duduk bersila di atas lantai kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Ketika itu, mereka sedang menghadap sekeping kad manila berwarna oren dipercayai leka bermain judi daun terup dan cuba melarikan diri sebaik melihat kehadiran polis.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dan polis turut merampas sekeping kad manila, 52 keping daun terup, dua kotak daun terup yang belum digunakan dan tunai RM330 yang digunakan mereka untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu

sinar harian/-

Vila atas bumbung pasar raya

Posted: 15 Aug 2012 11:37 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

EMPAT vila unik yang dibina di atas Plaza Antarabangsa Jiutian di Zhuzhou, China.

BEIJING: Di sesebuah bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tanah boleh menjadi komoditi yang terlalu sukar diperoleh.

Namun, bagi penghuni vila luar biasa di bandar Zhuzhou di Hunan, tanah tidak lagi menjadi halangan kepada mereka. Disebabkan tiada kawasan lapang sesuai untuk dibangunkan rumah mewah yang lengkap dengan kawasan lapang, pemaju membina kediaman unik itu di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

Dikenali sebagai Plaza Antarabangsa Jiutian, bangunan itu menempatkan satu daripada pasar borong kasut paling terkenal di wilayah itu. Pemaju kemudian merancang dan membina secara teliti empat vila di atas bangunan lapan tingkat itu sehinggakan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Ketika ini, ia dianggap vila paling hebat di China.

Zhuzhou adalah bandar kedua terbesar di Hunan - selepas Changsha - dan menjadi pusat perindustrian penting di wilayah berkenaan.

Perindustrian di situ tertumpu kepada penghasilan logam, mesin, bahan kimia dan bahan binaan. Bandar itu didiami hampir empat juta penduduk dan lebih daripada 800,000 daripadanya tinggal di empat daerah bandar pusat.

Zhuzhou juga digelar sebagai pusat lokomotif China kerana menjadi pengeluar utama gerabak kereta api kelajuan tinggi. Sejak lima tahun lalu, harga hartanah di bandar raya itu meningkat lebih tiga kali ganda. Menurut sebuah laman sesawang, vila berkenaan dimiliki empat ahli perniagaan terkaya di China. - DM

Tender semula untuk lupuskan hutang NFCorp?

Posted: 15 Aug 2012 11:34 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Tiga menteri yang dikaitkan dengan skandal NFC)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan membuat proses tender semula terhadap NFC dibimbangi bakal melupuskan RM250 juta hutang keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru.

Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 membuat kenyataan bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.

Menurut Rafizi, sehingga kini, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli;

2. Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat;

3. Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan.

"Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3)," kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Datuk Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personalguarantee) setiap anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya.

Melalui jaminan peribadi ini, katanya, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.

"Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih.

"Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru," katanya.

Beliau menyeru Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi;

2. Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan

3. Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya.

Kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini, katanya, akan mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

harakahdaily/-

Polis Pulau Pinang tumpu rondaan di 10 kawasan risiko jenayah

Posted: 15 Aug 2012 11:21 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang akan menumpukan rondaan di 10 kawasan panas yang kerap berlaku jenayah bagi membendung jenayah di negeri ini semasa cuti perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata antara kawasan yang kerap berlaku jenayah ialah Jelutong, Jalan Patani, Pulau Tikus, Mak Mandin dan Butterworth.

"Sepuluh kawasan 'hotspot' berkenaan akan diadakan rondaan dengan lebih kerap bagi memastikan tidak berlaku jenayah supaya orang ramai tidak perlu bimbang nak beraya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program konvoi Singgah Sahur anjuran Pemuda Umno Kepala Batas, di sini awal pagi ini.

Konvoi berkenaan singgah di 10 balai polis di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Plaza Tol Sungai Dua bagi menghantar makanan untuk anggota polis yang bertugas bersahur.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berkata hanya 10 peratus daripada 5,817 pegawai dan anggota polis di negeri ini bercuti pada Hari Raya tahun ini manakala selebihnya terbabit dalam 'Ops Selamat" dari 12 hingga 26 Ogos bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan kadar jenayah dapat dibendung.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda Umno atas keprihatinan mereka dengan menghantar makanan untuk sahur dan hamper kepada anggotanya dan menurutnya program seumpama itu mampu mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata program itu adalah acara tahunan bagi menghargai jasa dan tugas anggota polis yang sentiasa menjaga keselamatan negara.

"Program ini merupakan manifestasi untuk mengzahirkan sebagai tanda terima kasih di atas pengorbanan pihak polis dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam selama ini," katanya. - Bernama

Sheikh Mahmud Syam kunjungi Presiden PAS

Posted: 15 Aug 2012 11:13 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Ustaz Hadi bergambar dengan Sheikh Mahmud dan anaknya)

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan bekas imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Mahmud Syam di rumahnya pagi ini.

Sheikh Mahmud, bekas pensyarah Universiti Ghaza dalam rangka lawatan ke Terengganu menghabis masa kira-kira setengah jam dengan Presiden PAS di rumahnya.

"Kami berbicara hampir setengah jam berkaitan isu semasa Gerakan Islam seluruh dunia," kata Ustaz Hadi dalam facebooknya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah anak Ustaz Hadi yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, Mohamah Kholil Abdul Hadi.

Sheikh Mahmud sudah beberapa kali datang ke Malaysia dalam misi dakwahnya dan menerangkan perkembangan terkini berlaku di Palestin.

Sebelum ke Terengganu, beliau berada di Kuala Lumpur dan sempat memberikan tazkirah di beberapa buah surau dan masjid.

harakahdaily/-

Menteri digesa dedah perjanjian tanah IPD Brickfields

Posted: 15 Aug 2012 11:08 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mendesak Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan secara terperinci mengenai pemberian tanah bekas tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur.

Nurul Izzah berkata, beliau menuntut penjelasan berhubung pertukaran tanah, terma dan kos yang dilakukan oleh pemaju Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd bagi mendapatkan tanah tersebut.

"Menteri juga perlu menggantikan balai polis tersebut bagi memenuhi keperluan penduduk Brickfields.

"Sebarang kekurangan merupakan satu pengkhianatan kepada orang awam," katanya pada sidang media semasa melakukan lawatan ke bekas tapak ibu pejabat daerah (IPD) Brickfields di ibu negara pagi ini.

malaysiakini/-

TERKINI!!! Seorang lagi pemimpin BN hilang kelayakan jadi Ahli Parlimen tapi bukan kerana sertai PR

Posted: 15 Aug 2012 11:01 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.

Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.

"Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya," katanya, semalam.
Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.KedahKini

Bank Standard didenda RM1.08 bilion

Posted: 15 Aug 2012 10:57 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

IBU pejabat bank Standard Chartered di London, Britain kelmarin.- Agensi

NEW YORK – Standard Chartered didenda AS$340 juta (RM1.08 bilion) kerana berurus niaga dengan beberapa pelanggannya dari Iran.

Denda itu dikenakan oleh pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan New York selepas bank berkenaan dituduh menyembunyikan 60,000 transaksi berjumlah AS$250 bilion (RM796.62 bilion) dengan beberapa klien Iran selama lebih 10 tahun.

Standard Chartered beribu pejabat di London.

Penyelesaian tersebut jauh lebih ringan berbanding hukuman berat yang menjadi kebimbangan para pelabur sebelum ini.

Mereka khuatir pihak berkuasa perbankan Amerika Syarikat (AS) iaitu Jabatan Perkhidmatan Kewangan akan membatalkan lesen Standard Chartered di New York.

Antara klien Iran yang didakwa terlibat dalam skandal itu termasuk Bank Pusat Iran dan Bank Nasional Iran.

Kedua-duanya dituduh Washington sebagai membantu Iran membina senjata nuklear dan membiayai keganasan.

Berdasarkan terma penyelesaian dengan pihak berkuasa berkenaan, Standard Chartered bersetuju menempatkan seorang pegawai antipenggubahan wang haram selama dua tahun di cawangan bank berkenaan di sini.

Standard Chartered juga akan melantik beberapa juruaudit dalaman bagi memeriksa sama ada bank berkenaan mematuhi sekatan-sekatan AS berhubung operasinya dengan Iran.

"Standard Chartered sebelum ini menawarkan AS$5 juta (RM15.63 juta) untuk menyelesaikan isu tersebut, jelas sekali, penyelesaian ini jauh lebih tinggi," kata penganalisis firma Morningstar, Erin Davis.

Menurutnya, denda AS$340 juta itu tidak akan mendatangkan impak yang besar ke atas kedudukan kewangan bank berkenaan.

Pada separuh pertama tahun ini, Standard Chartered melaporkan keuntungan berjumlah AS$3.95 bilion (RM12.58 bilion).

Sementara itu, sebuah kumpulan pelobi AS menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas bank berkenaan terlalu ringan.

"Mana-mana institusi kewangan yang didapati melanggar sekatan Iran sepatutnya dibatalkan lesennya di AS," kata kumpulan itu dikenali sebagai Barisan Penentang Nuklear.

Sejak sedekad lalu, AS dan sekutu-sekutunya telah melaksanakan sekatan ke atas beberapa bank Iran, institusi dan individu dalam usaha menghentikan program senjata Iran.

Persoalan tentang senjata nuklear Iran menjadi isu panas menjelang pilihan raya Presiden AS pada November depan dengan beberapa kumpulan berpengaruh memberikan tekanan kepada Presiden Barack Obama supaya bertindak lebih tegas terhadap Iran. - AFP

11 mayat ditemui di taman negara Kazakhstan

Posted: 15 Aug 2012 10:53 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ASTANA - Polis di Kazakhstan membuka siasatan kes pembunuhan terhadap penemuan 11 mayat di kawasan pergunungan dan kaki bukit di pedalaman negara.

Menurut polis, kesemua mayat yang ditemui di Taman Negara Ile-Alatau berdekatan Almaty, Selasa lalu dalam keadaan luka ditikam berkali-kali dari pelbagai sudut.

Menteri Dalam Negeri, Baurzhan Mukhamadzhanov berkata sebahagian mangsa yang temui itu adalah renjer, rakan perniagaan dan beberapa petugas taman negara berkenaan.

"Bagaimanapun, polis masih belum menemukan motif sebenar kejadian," kata Mukhamadzhanov.

Dalam satu kenyataan berasingan, tiga daripada 11 mayat telah dikenal pasti iaitu seorang lelaki warga Eropah dan dua wanita selain mendapati kesemua barang kemas termasuk wang tunai yang ada pada mangsa yang ditemui tidak diusik pembunuh.

Taman negara Ile-Alatau terletak di bahagian cerun pergunungan kawasan utara Tien Shan di sempadan Kyrgyzstan dan menjadi kawasan pelancongan negara sejak 1990.

sinar harian/-

Seksyen 114A: Najib terus 'flip-flop'

Posted: 15 Aug 2012 09:25 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap 'flip-flop' dalam tindakannya dan terbaru mahu mengkaji semula Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan.

Bercakap pada, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, apa yang berlaku itu akibat kerajaan tergesa-gesa meluluskan lapan rang undang-undang dalam masa sehari pada persidangan perlimen lalu.

Ekoran itu, apabila ia hendak dilaksanakan, rakyat bangkit membantah dan Najib terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula.

"Najib terus bersikap flip-flop dalam tindakannya membuat keputusan terutamanya dalam 114A Akta Keterangan yang mana kita lihat beliau ingin pertimbangkannya semula.

"Jika sebelum ini Akta Pilihanraya telah ditarik balik setelah kelulusan diberikan maka ia berulang kembali setelah mendapat tekanan dari rakyat," jelasnya.

Menurut Dr Hatta lagi, kelulusan yang dilakukan secara tergesa-gesa terhadap akta tersebut tanpa sebarang perbincangan yang terperinci lebih mendorong kepada kelemahan serta menjejas kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri.

Pakatan sebelum itu menyokong kempen Internet Blackout yang dijalankan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia kelmarin.

"Tindakan bersepadu oleh sebahagian besar rakyat yang perihatin semalam telah memberi tekanan kepada kerajaan untuk meneliti semua akta tersebut.

"Kita mahu kerajaan lebih perihatin dalam setiap perkara terutamanya yang melibatkan rang undang-undang kerana ia melibati semua pihak," kata beliau lagi.

Seksyen 114A merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu.

harakahdaily/-

Myanmar: Najib kena belajar dari PM Turki

Posted: 15 Aug 2012 09:13 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Anwar sedang menyampaikan tazkirah Ramadhan di Masjid Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas.)

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut lantang dan berani bersuara mengatakan bantahan terhadap kerajaan Myamar sebagaimana Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berani berbuat demikian apabila berlakunya penindasan terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Demikian kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan takzkirah Ramadhan di Masjid Bertam Indah, Kepala Batas semalam.

Beliau mengulas kenyataan PM Turki, Reccep Toyyib Erdogan yang mengecam pembunuhan umat Islam Mnyanmar di samping menghantar isteri dan menteri luarnya ke sana bagi melihat sendiri penderitaan umat Islam Roghingya.

Ini tidak sambung Anwar, Najib hanya berani berhadapan dengan pembangkang dalam negeri tetapi takut bersuara terhadap negara luar yang bertindak zalim terhadap Umat Islam.

"Malaysia adalah anggota Pertubuhn Persidangan Islam (OIC) serta The Association Southeast Asean Nations (ASEAN) ada hak untuk bersuara sebagaimana Perdana Menteri Turki yang memberi amaran Kerajaan Myanmar agar jangan membunuh Umat Islam di negara itu sekiranya tidak mahu melihat kebangkitan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada, "tegasnya.

Sebaliknya, Najib sekadar bersuara tidak boleh masuk campur hal ehwal negara luar dan biarkan pemerintahan di Myanmar berleluasa dalm tindakan mereka.

OIC juga lambat bertindak sehingga pemerintahan di Myanmar tidak gentar untuk mendengar teguran OIC, katanya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, peranan OIC seolah tiada sengat lagi bukan sahaja terhadap Myanmar malahan Palestin dan negara Arab lain yang diancam pembunuhan Umat Islam secara berleluasa.

"Jika Malaysia lantang bersuara besar kemungkinan Myanmar sedikit sebanyak akan akur demi memelihara keharmonian, kesejahteraan dan persahabatan yang sudah terjalin sekeIian lama, " terangnya.

harakahdaily/-

Warga Jerman bejaya dikeluarkan dari Taman Negara

Posted: 15 Aug 2012 09:10 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUANTAN — Tiga lelaki Jerman yang mengalami masalah ketika melakukan ekspedisi ke Gunung Tahan Taman Negara, Jerantut berjaya dikeluarkan dari kawasan itu lewat semalam.

Seorang daripada mereka, Christian Andres, 19, mengalami kesukaran bernafas dan dihantar ke Hospital Jerantut, manakala nama dua lagi rakyat Jerman itu belum diperoleh.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata pelancong Jerman berkenaan tiba ke Taman Negara pada 10 Ogos sebelum memulakan ekspedisi ke Gunung Tahan keesokannya.

"Pada 13 Ogos, ekspedisi yang menggunakan khidmat seorang pemandu pelancong itu mula mengalami masalah apabila seorang daripada warga Jerman berkenaan kebas pada kedua-dua kaki dan tangan selain kesukaran bernafas.

"Mereka cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi polis lewat petang semalam bagi mengeluarkan mereka dari hutan itu," katanya.

Beliau berkata ekoran itu usaha menyelamat dengan menggunakan helikopter bomba cuba dilakukan, bagaimanapun pendaratan di Gunung Pangkin pagi semalam gagal.

Mereka berjaya dikeluarkan pada pukul 6.30 petang semalam melalui darat oleh pasukan penyelamat, katanya. — BERNAMA

Puluhan korban serangan bom

Posted: 15 Aug 2012 08:52 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KABUL - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 80 cedera dalam satu siri serangan bom berani mati di Zaranj, wilayah aman Nimroz yang bersempadan dengan Iran, kelmarin.

"Penyerang meletupkan diri mereka di tengah-tengah kawasan pasar yang sesak serta dipercayai menyasarkan orang awam dan bukan kumpulan kerajaan," kata Gabenor Abdul Karim Barahawi.

Seorang daripada tiga penyerang yang dikenal pasti sebagai ahli kumpulan 11 meletupkan dirinya di luar sebuah hospital berdekatan.

"Polis percaya kumpulan ini mahu mewujudkan satu stimulasi serangan di seluruh bandar," kata ketua polis wilayah, Mujibullah Latifi.

Dalam pada itu, seramai sembilan orang terbunuh di timur negara selepas penyerang meletupkan bom tangan, semalam.

Polis memberitahu, punca kedua-dua serangan yang meragut nyawa penduduk awam itu masih kabur tetapi mengesahkan bom berkenaan diletupkan berhampiran sebuah masjid dan pengkalan tentera Amerika Syarikat semasa waktu solat Subuh.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 54 terbunuh selepas terlibat dalam serangan pengeboman sejak dua hari lalu.

sinar harian/-

Hudud pada malam Lailatul Qadr

Posted: 15 Aug 2012 08:43 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al-Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripada Allah.

Oleh sebab agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas di dalam al-Quran memberi makna bahawa hukum hudud itu penuh dengan kebaikan dan kemaslahatan untuk manusia di dunia dan akhirat.

Ini adalah iman orang yang beriman kepada al-Quran. Kejelasan kebaikan dan kemaslahatan hukum itu mungkin dilihat melalui penjelasan al-Quran sendiri, ataupun dibiarkan saja manusia menerokainya dengan akal mereka agar pengkajian dan pengamatan itu menjadi satu kecantikan dalaman dan ibadah berfikir yang menyeronokkan dan menenangkan iman.

Justeru, penjelasan mengenai hukum hudud akan menghasilkan suatu yang pasti iaitu keindahan hukum jenayah Islam. Tiada sebarang pernyataan al-Quran terhadap sesuatu kecuali telah ditemui ketepatan, kebenaran dan kebaikannya untuk kehidupan manusia.

Walaupun ramai yang masih gagal melihatnya, tetapi telah terbukti semakin ramai pula yang mula melihat kembali kegelojohan awal dan akhirnya, akur dengan kehebatan hukum Islam yang sentiasa memperagakan kesyumulan, kesempurnaan, kesederhanaan dan kehadirannya di zaman moden ini, bahkan di sepanjang zaman.

2) Perlu difahami bahawa segala hukum Allah di dunia adalah untuk mendidik dan mengembalikan manusia kepada-Nya dengan taubat. Jika dia tetap enggan kembali dan taubat, maka hukum tersebut berguna untuk orang lain meneladani dan menginsafinya. Kesakitan di dunia bukan kesakitan di akhirat. Di dunia, kita menjadi sedar dan insaf, lalu kembali. Di akhirat nanti, hukuman dan kesakitan sudah tidak berguna lagi. Tiada lagi pintu taubat.

Hatta, kejadian bala tuhan di dunia seperti tsunami dan gempa, ia masih menonjolkan kebaikan agar manusia kembali kepada Allah dan tidak lalai. Begitulah hukuman Allah ke atas sesuatu, contohnya hukum hudud yang disebut jelas oleh Allah di dalam al-Quran, ia mengandungi seribu hikmat demi kemaslahatan dan kebaikan manusia di dunia dan akhirat juga.

Perhatikan sebagai contoh, dunia tahu bahawa arak dan zina adalah satu keburukan yang besar yang mengundang pelbagai masalah masyarakat dan kehidupan. Tetapi manusia barat dan dunia bukan Islam gagal menyekatnya kerana nafsu yang tidak terhalang. Justeru, mereka membiarkannya, bahkan berusaha menjustifikasikan kebaikannya dengan pelbagai nama, lambang dan helah. Tetapi lihatlah kerosakan yang berlaku kerana keduanya tidak dapat dibendung lagi. Manusia hilang keturunan, maruah, akal dan sering berperang dek hati menjadi keras kerana fungsi akal yang kalah kepada gejolak nafsu.

Allah mengetahui kesukaran manusia membendung penyakit ini. Dengan iman kepada keburukannya sekalipun, umat Islam akan tetap berselisih mengenai hukuman ke atasnya. Di situlah al-Quran campur tangan dengan menetapkan beberapa hukum dan hukum itulah dinamakan hudud.

Zina yang jelas dan cukup bukti sebagaimana tuntutan al-Quran dihududkan. Zina yang samar pembuktiannya dihukum takzirkan, iaitu diserah kepada undang-undang negara dan hakim memutuskannya. Apabila hudud terlaksana, pesalah yang dihukum dan masyarakat yang melihatnya akan merasai hukuman Allah sedang berlaku dan saat itu, ketakutan dan hubungan dengan agama menjadi hidup dan segar di dalam sanubari dan jiwa yang beriman. Mereka tidak berdendam dan kecewa kerana mahkamah hanya melaksanakan ketetapan tuhan yang maha adil dan penyayang.

3) Berbalik kepada dakwah dan seruan kepada hukum hudud, ia perlu difahami melalui beberapa dimensi;

Pertama, ia adalah satu kewajiban agar masyarakat Islam kembali kepada hukum Allah. Ia dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran bahawa umat Islam tiada pilihan lain ke atas sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebarang perlanggaran merupakan perlanggaran terhadap iman dan merosakkannya.

Justeru menyeru pemerintah Islam agar melaksanakan hukuman Islam adalah kewajiban umat. Ia adalah pernyataan dan tanda iman seseorang kepada kekuasaan Allah. Pemerintah dan umat adalah berdosa jika mereka saling menyembunyikannya, malah melebihkan hukuman akal manusia ke atas hukum Allah.

Kedua, ia adalah demi kemaslahatan dan kesejahteraan negara yang ditimpa pelbagai masalah kronik disebabkan jenayah masyarakat yang tak terbendung seperti zina, curi, arak dan lain-lain. Ia bukan hanya merosakkan agama, bahkan masyarakat hidup dalam ketakutan akibat jenayah curi, rompak, bunuh, buang bayi dan pelbagai lagi yang begitu menular.

Telah terbukti dalam sejarah perlaksanaan undang-undang sepanjang zaman, hukum hudud Islam dapat menyelesaikan masalah masyarakat dengan mudah, konsisten dan membina sekali.

Justeru, perlu difahami bahawa seruan kepada perlaksanaan hukum hudud adalah satu jalan terbaik ke arah pembinaan sebuah negara moden yang lebih dinamik dan harmoni untuk semua lapisan masyarakat.

Ketiga, ia adalah sejajar dan bersekali dengan kewajiban seruan kembali kepada Islam yang syumul dan sempurna. Keadilan dan kehebatan Islam hanya terserlah dengan sempurna apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan.

Islam memperagakan kehebatannya melalui sentuhan ajaibnya di dalam seluruh medan dan genre kehidupan. Ia memperkenalkan kekuatan dan keadilannya di dalam aspek sosial, pendidikan, sains, ekonomi, politik, undang-undang, hiburan, kesihatan, bahasa, kesusasteraan, hubungan antara kaum sehinggalah hubungan diplomatik dan politik dunia yang bergerak laju. Hukuman hudud mengambil salah satu sudut pembinaan itu iaitu pembinaan masyarakat melalui pengubatan ke atas jenayah masyarakat yang mesti dihalang daripada merebak dan merosakkan kemajuan fizikal dan spiritual negara.

Justeru, adalah salah sama sekali jika seruan kepada hukuman jenayah hudud Islam itu dilihat secara bersendirian tanpa seruan kepada aspek kesempurnaan Islam yang lain, seolah-olah Islam itu kesempurnaannya hanyalah pada hukum hudud semata-mata. Ia salah sebagaimana juga salahnya seruan ke arah keadilan Islam tanpa memasukkan elemen keadilan undang-undang Islam di dalam seruan tersebut.

Keempat, ia bukan seruan yang meliputi rakyat non muslim. Walaupun hukum hudud adalah untuk keadilan sejagat di dunia ini, tetapi tiada elemen paksaan ke atas rakyat bukan Islam. Sebagaimana mereka tidak dipaksa masuk Islam, solat, puasa dan sebagainya, begitulah mereka tidak boleh dipaksa dengan ketetapan hukum hudud yang bukan hanya disyarakkan untuk kebaikan di dunia, malah untuk maksud kejayaan di akhirat dan bertujuan menguji ketundukan iman setiap muslim juga.

Justeru, hukuman kesalahan jenayah berkaitan hendaklah ditentukan oleh negara dalam hukum sivil yang diterima mereka. Malah, mereka pula diberi hak untuk menerima hukum hudud tersebut atau sebaliknya dan berbeza hukuman dengan masyarakat Islam. Masyarakat Islam pula tiada pilihan selain berhukum dengan hukuman agama mereka.

4) Berhadapan tentangan pelbagai pihak terhadap perlaksanaan hukum hudud, samada oleh kelompok 'berpenyakit' daripada kalangan umat Islam sendiri atau daripada majoriti non muslim yang masih keliru, beberapa kefahaman awal perlu diterapkan agar dapat memudahkan lagi ke arah penyelesaian berjangka pendek dan panjang.

Pertama, kekeliruan umat Islam terhadap hukum hudud adalah berpunca daripada kefahaman dan penyakit sekularisme barat yang membarah secara jelas selepas penjajahan barat ke atas negara-negara umat Islam. Ia bukan hanya isu umat Islam di Malaysia, bahkan ia adalah isu umat Islam sejagat yang secara terang menolak sistem dan hukum Islam di dalam pemerintahan.

Maka penentangan umat berpenyakit ini bukanlah suatu yang pelik. Penyakit yang dibawa penjajah barat ini memerlukan rawatan penuh kesabaran dan hikmat. Tetapi ia bukanlah suatu yang baru. Bukankah Islam itu sendiri adalah ubat dan penawar? Seorang doktor sentiasa berwibawa untuk mengubati penyakit yang dipakarinya. Islam adalah pakar di dalam semua penyakit manusia.

Dakwah ke arah hukum hudud terus dilaksanakan bersekali dakwah ke arah perlaksanaan Islam yang syumul dan komprehensif. Tanpa henti dan tanpa ketakutan. Hasilnya, daripada suara minoriti pejuang Islam, hari ini sambutan dan keinginan umat Islam untuk kembali kepada hukum Islam semakin kuat dan mencipta majoriti dengan izin Allah.

Hanya pemerintah negara yang menjadi punya penyebaran penyakit sekularisme sahaja yang masih berperanan aktif menolak hukum hudud. Ia hanyalah cerita pencuri yang enggan hukuman berat ke atas pencuri dilaksanakan. Ia mudah difahami.

Kedua, untuk lebih berwibawa dan mudah diterima, seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud perlulah diselarikan dengan seruan ke arah penyelesaian Islam yang menyeluruh terhadap segala masalah negara. Aspek keadilan Islam melalui hukuman jenayah hudud akan lebih mudah difahami jika jalan penyelesaian Islam di dalam aspek-aspek lain turut diketengahkan.

Justeru, perbincangan penyelesaian Islam haruslah melampaui perbincangan berlegar hudud semata-mata. Para pendakwah mestilah mesra di dalam berbicara mengenai penyelesaian Islam di dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan, hiburan dan pelbagai lagi. Mereka perlukan menonjolkan kehebatan pensyariatan zakat, waqaf, ekonomi tanpa riba, kemartabatan wanita, sosial tanpa pergaulan bebas, kekeluargaan, kesenian, hiburan Islam dan lain-lain lagi. Islam perlu ditonjolkan dengan alternatif daripadanya yang menarik.

Dengan itu, seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud akan lebih difahami dengan baik dan memikat hati masyarakat sama ada muslim atau non muslim sekalipun.

Ketiga, adalah salah menerima seruan sesetengah pihak daripada kalangan cerdik pandai moden muslim agar seruan ke arah perlaksanaan hukum hudud diketepikan atau ditangguhkan atau dibekukan terlebih dahulu, sebaliknya diketengahkan aspek kebaikan dan keadilan umum Islam agar lebih memikat semua pihak.

Seruan ke arah ini mengajak para pendakwah agar menumpukan kepada maqasid syar'iyah atau matlamat umum pensyariatan hukum Islam yang adil. Menurut gelombang ini, oleh kerana hukuman hudud penuh kontroversi, mengundang perdebatan dan sukar diterima oleh dunia moden hari ini, wajarlah penbincangan, bahkan perlaksanaan ini diketepikan terlebih dahulu dan ditumpukan seruan kita kepada perbincangan mengenai keadilan umum Islam di dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Seruan ini ditolak dari tiga sudut;

3.1 Ia bukan daripada sunnah dakwah para rasul. Rasulullah SAW sendiri tidak merujuk di dalam seruan dakwah baginda kepada persoalan mudah dan payah. Baginda bermula dengan seruan akidah tauhid, satu seruan yang paling sukar diterima masyrakat jahiliyah berbanding seruan ke arah keadilan sosial, akhlak dan hak kekeluargaan.

Persoalan mendahulukan yang mudah ke atas yang payah hanyalah melibatkan teknik untuk menarik perhatian ke arah memahami Islam yang syumul dan ia sesekali tidak membantutkan, melengahkan, membekukan dan menangguhkan seruan ke arah Islam yang syumul, sama ada mudah difahami atau sebaliknya.

Ertinya, dakwah kepada Islam mestilah berjalan serentak agar mudah difahami dan tidak mengelirukan.

3.2 seruan ke arah Islam mestilah jelas dan terang. Adalah salah disembunyikan aspek yang berat dan sukar demi menarik sokongan masyarakat, terutama daripada kalangan non muslim kepada Islam. Dakwah jenis ini akan menyebabkan Islam difahami secara salah.

Akan wujud kelompok yang memuji Islam dalam aspek tertentu sahaja seperti soal hak-hak asasi dan kebebasan, tetapi mencela Islam di dalam soal-soal lain yang gagal difahami kerana diketepikan perbincangannya seperti hukum faraid yang membezakan pewarisan harta antara lelaki dan perempuan, pengehadan pergaulan antara jantina dan juga persoalan hukum hudud.

Keadaan mungkin menjadi parah jika mereka rasa tertipu saat memberikan sokongan kepada Islam kerana penerangan keadilan Islam yang terpilih dan mudah sahaja.

3.3 sebagaimana seruan dakwah kepada keadilan hukum hudud mestilah diteruskan, begitu juga perlaksanaannya mestilah dilakukan setelah kekuasaan pemerintahan diperoleh tanpa ditangguh dan dibekukan.

Kerana itu, walaupun hudud masih disangsikan di negeri-negeri lain, tetapi ia mesti dilaksanakan di Kelantan selepas sokongan rakyat dan kekuasaan penuh diperoleh. Menanti sehingga seluruh rakyat Malaysia menerima hukum ini adalah kesalahan dan perlanggaran terhadap hak Allah yang mewajibkan hukuman-Nya dilaksanakan sebgai bukti iman dan ketaatan hamba-Nya kepada-Nya.

Para ulama memperincikan persoalan ini dengan dalil yang jelas bahawa hukum hudud tidak boleh ditangguhkan perlaksanaannya saat tiba masanya. Apapun, artikel ringkas ini tidak akan memperincikannya di sini.

Keempat, kekeliruan non muslim terhadap perlaksanaan hukum hidup bukanlah suatu yang sukar difahami.

Perhatikan sebab-sebab berikut secara ringkas. Pertama, pengetahuan mereka mengenai Islam sendiri agak rendah. Justeru mereka memerlukan masa yang lebih lumayan untuk diberikan penjelasan.

Kedua, maklumat mereka mengenai undang-undang Islam terlalu naif, apatah parti pemerintah muslim sendiri tidak pernah memartabatkan undang-undang Islam dalam sistem pemerintahan negara. Malah, sebaliknya gambaran negatif pula yang diberikan.

Ketiga, kekeliruan mereka bahawa sebuah negara Islam akan membawa kesan buruk kepada kebebasan dan keadilan terhadap masyarakat non muslim.

Keempat, kalangan umat Islam yang berpenyakit terutama pemerintah sering menakut-nakutkan mereka dengan isu negara Islam.

Kelima, dunia dakwah terhadap non muslim dan dialog antara agama di negara kita agak ketinggalan dan kurang digerakkan secara lebih padu dan sistematik.

Justeru, adalah salah untuk mengatakan bahawa selama-lamanya masyarakat non muslim akan menolak hukum hudud yang tidak pun melibatkan mereka. Ia hanya ketakutan sementara yang boleh diatasi melalui penerangan yang berterusan dan sistematik.

5) PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang menerajui seruan ke arah perlaksanaan hukum Islam yang menyeluruh, termasuk hukum hudud berhadapan isu-isu berkaitan dan perlu membina pendirian yang jelas mengenainya agar dimanfaati dengan baik oleh seluruh rakyat.

Pertama, seruan ke arah perlaksanaan hukum Islam adalah secara demokratik. Rakyat dan kuasa undi merekalah yang akan menentukan masa depan perlaksanaan syariah di negara kita. Ini adalah cara dan seruan yang sah di sisi undang-undang negara dan sistem demokrasinya.

Kedua, PAS, di dalam seruannya ke arah perlaksanaan hukum hudud, bersandar teguh kepada hukum agama yang mewajibkan umat Islam hidup berpandukan hukum syariat demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Justeru, asas seruan PAS cukup gagah, jelas dan wajib. Ia sesekali bukan seruan sekadar menarik undi politik, bahkan ia adalah kewajiban dan amanah dakwah.

Ketiga, seluruh umat Islam, apatah jentera dakwah masyarakat wajib menyokong dan bersama PAS menyeru kepada perlaksanaan hukum Islam yang menyeluruh. PAS menginsafi sesetengah kelompok dakwah yang masih meragui kesungguhan PAS yang sejak sekian lama berjuang ke arah Islam yang syumul dan terus berharap agar mereka meredakan pertikaian yang tidak bermanfaat tersebut.

Keempat, Umno mestilah menyedari bahawa mereka begitu ketinggalan di dalam usaha dakwah kembali kepada Islam. Mereka bertanggung jawab melemahkan keinginan umat untuk kembali kepada Islam. Penentangan dan sekatan-sekatan yang berterusan membuktikan mereka berdolak-dalih, bahkan mengambil jalan berlawanan dengan aspirasi umat yang ingin kembali kepada ugama.

Kelima, DAP yang masih menentang perlaksanaan hukum hudud sama ada secara keras atau lembut, bukanlah penyebab utama terbantutnya usaha ke arah perlaksanaan sistem undang-undang Islam. Hubungan PAS dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat telah banyak membantu PAS meyakinkan non muslim dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam. Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (non muslim) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannnya ke atas masyarakat Islam.

Oleh itu, pertikaian dengan DAP bukanlah suatu yang di luar jangkaan PAS. Di atas premis inilah, PAS membina jambatan perbincangan dengan masyarakat non muslim. Umno berusaha membakarnya.

Keenam, penyebab utama, di samping sebab-sebab lain, lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno. Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.

Ketujuh, PAS akan terus menyeru kepada perlaksanaan syariat Islam yang menyeluruh. Ia adalah keadilan, kesaksamaan dan keharmonian yang diimpikan oleh rakyat seluruh negara. Jika majoriti umat Islam dan walau sedikit daripada non muslim berjaya memberi sokongan majoriti kepada PAS, maka ia adalah pembuka pintu besar kepada kedaulatan Islam di negara tercinta. Umno sepatutnya merasa malu dengan sikap mereka sendiri yang mencemarkan kesucian syariat Islam.

Hari ini, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah. Anak-anak muda dan generasi baru mula melihat keindahan Islam yang tidak dapat dihalang lagi. Paling menarik, masyarakat non muslim, di sebalik kehangatan perbincangan, semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan syariatnya.

Adapun Karpal Singh itu, maka ia adalah.. adapun Tun Dr Mahathir itu..

Apa beza? Ya, agama bezanya. Saya tidak bertanya soal agama. Saya tanya soal penentangan mereka terhadap hukum hudud.

Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal Singh, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal Singh terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Mmno? Bahkan lagi, perhatikan, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup segamaknya oleh Umno.

Siapa boleh menghalang PAS? Allah bersama orang-orang yang membantu agama-Nya. Jika anda mahu bersama Allah, maka PAS sentiasa mahu bersama Allah. Mengapa kita harus berbeza? Undilah PAS untuk hukum hudud, hukum Islam, syariat Islam dan keadilan Islam yang agung.

http://nikabduh.com

MB beri sumbangan hamper kepada pesakit

Posted: 15 Aug 2012 08:39 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meluangkan masa melawat dan menyampaikan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, semalam.

Turut mengiringi Tuan Guru, Timbalan Pengarah HRPZ ll, Selasawati Ghazali, Pakar Orthopedic, Dr Zainuddi Mat Zahari serta pegawai perubatan yang lain.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, Islam mengajar penganutnya menziarahi pesakit, bagi mengembalikan kegembiraan mereka.

Katanya ini, kerana orang sakit telah putus hubungan dengan kesihatan yang telah mengembirakan jiwanya selama ini.

Jadi tambahnya, untuk menimbal kelemahan jiwa, umat Islam diminta melawat orang sakit sama ada mereka itu anak-anak, orang dewasa atau orang tua.

"Saya selaku ketua kerajaan serta mewakili rakyat Kelantan bersimpati pada orang sakit," katanya.

Pandu cermat

Sementara itu, beliau turut mengingatkan anak Kelantan di perantauan yang mula pulang ke kampung halaman hari ini agar berhati-hati dalam perjalanan.

"Saya selalu nasihatkan agar perkara ini tidak berlaku, kerana bahaya kalau kita terkejar-kejar, nak cepat dan sebagainya," ujarnya lagi.

Semalam, beliau turut mengumumkan keputusan kerajaan negeri mengeluarkan arahan agar semua lori mengangkut bijih besi, batu batan, pasir dan kayu balak di semua laluan di negeri ini dihentikan bermula empat hari sebelum hari raya dan empat hari selepas hari raya.

Tuan Guru berkata, tindakan itu dibuat untuk mengurangkan kesesakan jalan raya serta kemalangan jalanraya khususnya di laluan utama itu.

Beliau memberitahu, tahun ini buat pertama kalinya kerajaan negeri mengeluarkan larangan itu dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan.

HARAKAHDAILY/-

Saya tidak gesa keluar parti - Nik Aziz

Posted: 15 Aug 2012 08:30 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam.

Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jika mana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden PAS, Datuk Asri Muda dahulu.

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

"Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataan ringkasnya hari ini.

Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS'.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Fadli Shaari kepada Harakahdaily.

Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu.

Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat.

Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.

Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin UMNO di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen.

Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya....

HARAKAHDAILY/-

كجيأن حاصيل ككاغن هوى نفسو

Posted: 15 Aug 2012 08:27 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
واهي همب-همب الله،

برتقواله كيت كفد الله دغن سبنر-بنر تقوى، دان جاغنله كيت ماتي ملأينكن دالم كادأن كيت بنر-بنر سباضاي اورغ-اورغ إسلام.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
سيدغ حاضرين سكلين،

عيد الفطري دنضارا كيت فد تاهون اين ماسيه دسمبوت دالم سواسان سمبوتن هاري اولغ تاهون كمرديكأن نضارا. كضمبيرأن مثمبوت ا شوال دان كمرديكأن نضارا اداله ساتو نعمة الله كفد كيت سموا. تيدق سموا أومة اسلام دسلوروه دنيا دافت مراسإي كدوا-دوا كضمبيرأن ترسبوت سباضايمان يغ كيت راسإي فد هاري اين. مك كمرديكأن نضارا دان كضمبيرأن هاري رايا عيد الفطري اين واجب كيت فرتاهنكن سلاضي حياة دكندوغ بادن.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
سيدغ حاضرين سكلين،

ممفرتاهن دان مغحياتي كمرديكأن تيدق بوليه دساماكن دغن ممفرتاهنكن لوضو دان تيما سمبوتن كمرديكأن يغ دتتفكن. ممفرتاهنكن كمرديكأن ممرلوكن كإخلاصن دالم ممبواغ سضالا فونخا كموركأن الله يغ موغكين مثببكن الله مناريق كمبالي كمرديكأن يغ تله دبريكنث كفد كيت. مراعيكن عيد الفظري مستي برلندسكن شريعة الله سرتا ممبواغ سضالا فونخا لعنة الله يغ اكن منجادي سبب اونتوق كيت ترخمفك كنراك الله.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
مسلمين يغ درحمتي الله سكلين،

دانتارا قيصه تربإيك يغ ممافركن كجايأن يغ دخافاي اداله قيصه نبي الله يوسف يغ منجادي مغسا حسد دغكي، دندم كسومت دان ايري هاتي اديق براديقث سنديري. بلياو دخمفق كدالم فريضي سهيغضا دسلامتكن اوليه قبيلة فداضغ لالو دباوا كنضري مصر دان دجوال كفد كلوارض اَلعَزِيْز، فمبسر كراجأن مصر كتيك ايت. عقيبة روفا فارسث يغ امت مناون استري اَلعَزِيْز تله ضاضل مغاول نفسوث دان خوبا مغضودا نبي يوسف. فرمان الله سبحان وتعالى :

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِۦ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَآ أَن رَّءَا بُرْهَـٰنَ رَبِّهِۦ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلْفَحْشَآءَ ۚ إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُخْلَصِينَ ﴿٢٤﴾ وَٱسْتَبَقَا ٱلْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُۥ مِن دُبُرٍۢ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَا ٱلْبَابِ ۚ قَالَتْ مَا جَزَآءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوٓءًا إِلَّآ أَن يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ ﴿٢٥﴾ -سورة يوسف.

دان وانيتا ايت بركإيغينن ساغت كفداث، دان يوسف جوض ﴿موغكين اكن﴾ تيمبول كإيغينن ترهادف وانيتا ايت، كالاوله دي تيدق مثداري كثاتأن توهنث ﴿يغ مغحرامكن فرزنأن﴾. دان دمكينله كامي جاوهكن يوسف دري كبوروقكن دان فربواتن كجي، كران سسوغضوهث دي دري همبا-همبا كامي يغ إخلاص. دان كدواث بركجارن كفينتو لالو وانيتا ايت مناريق باجو يوسف دري بلاكغ هيغض كويق، لالو ترسرمفقله كدواث دغن سوامي وانيتا ايت دموك فينتو. وانيتا ايتوفون لنتس بركات : تياد بالسن باضي اورغ يغ بربوات جاهت ترهادف استريمو ملإينكن دفنجاراكن اتاو دكناكن عذاب يغ مثيقساكن.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
مسلمين مسلمات يغ درحمتي الله،

الله منجلسكن بهاوا كاخلاصن همباث ترهادف الله اداله فكتور ترفنتيغ يغ ممفو مغهالغ مأنسي دري ترجبق كدالم كموركأن الله. مأنسي افابيلا عقلث سوده دكواسإي نفسو اكن سغضوف ملاكوكن اف سهاج. ماله افابيلا مراسا ترسفيت، مأنسي سغضوف ممفتنة دان مثالهكن اورغ لاين دمي منوتوفي كسالهنث سنديري.

اد كتيكاث كيت فرلو مميليه كسوكاران دان فندريتأن اونتوق مندافتكن كريضأن الله. نبي الله يوسف تله مميليه فنجارا باضي مثلامتكنث دري ضودأن نفسو وانيتا-وانيتا دبندر مصر.
قَالَ رَبِّ ٱلسِّجْنُ أَحَبُّ إِلَىَّ مِمَّا يَدْعُونَنِىٓ إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّى كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ ٱلْجَـٰهِلِينَ ﴿٣٣﴾

يوسف بركات: "واهاي توهنكو! اكو لبيه سوك دفنجارا دري اف يغ اكو دسرو أوليه فرمفوان-فرمفوان ايت كفداث. دان جك اغكاو تيدق منجاوهكن درفداكو تيفو داي مريك، موغكين اكو اكن خندروغ كفد مريك، دان اكو فستي اكن ترضولوغ دكالغن اورغ-اورغ يغ بودوه".

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة كدوا

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
مسلمين دان مسلمات يغ درحماتي الله سكلين،

برتقواله كفد الله تعالى دغن سبنر-بنر تقوى. سسغضوهث برجاياله اورغ-اورغ يغ برتقوى ددنيا دان دآخرة. خاريله بكالن، كران سسغضوهث بكالن يغ تربأيك اياله برتقوى كفد الله.
فد هاري راي عيدالفطري يغ مليا اين، كيت بركمفول درومه الله انتوق ممبسركن الله، برتحميد دان برتكبير مننداكن كشكوران يغ تيدق ترهيغض كفد الله يغ تله مغورنياكن نعمة ايمان دان اسلام. كيت جوض برشكور دان برضمبيرا كران برجاي منجالني ساتو عبادة، يأيت عبادة فواس يغ فنوه دغن اوجيان. دهارفكن بضيتوله جوض دغن عبادة-عبادة لأين يغ كيت لقسناكن دغن فنوه كإخلاصن كفد الله.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ،
سيدغ حاضرين سكلين،

دسباليق حق كيت مراعيكن عيد الفطري دان مغنغ كمرديكأن نضارا، سسوغضوهث اد امانه دان تغضوغجواب يغ دببنكن دأتس كفالا كيت. سباضاي خليفة الله دموكا بومي، كيت واجب ممستيكن بهوا دنيا اين دتدبير مغيكوت كتنتوان الله دان اياث هاث بوليه دلقسناكن اوليه مريك يغ ممهامي دان مياقيني شريعة الله.
سسوغضوهث نفسو سنتياس اكن مغاجق مأنسي ملاكوكن كجاهتن. مأنسي يغ برجاي دان ممفو مميمفين مأنسي كأره كجايأن اداله مريك يغ دبري رحمة اوليه الله كران كجايأن مريك مغكغ هاوا نفسو. دالم فرجواغن منضقكن كبنرن ادكالاث كيت ترفقسا منمفوه برباضاي فندريتأن سام ادا دخاخي دان دهينا، دفتنة دان دأدو دومبا، دبلاسه دان دفنجارا.

جك كيت برجاي مغكغ هاوا نفسو، مك كيت برحق منونتوت سسواتو أمانه باضي مثلامتكنث درفد تروس برادا دتاغن ضولوغن يغ دكواسإي نفسو. اينله يغ ممباوا كجايأن كفد نبي يوسف يغ اخيرث دلانتيق سباضاي منتري كواغن نضارا يغ كمدينث مثلامتكن نضارا سلوروهث.

خصوص بوات أنق-أنق مودا دفرانتاون !
باثق لاضي توضس دان أمانه يغ سفاتوتث كيت لاكوكن تتافي سلاما اين كيت ابايكن بضيتو سهاج. كباثقكن كيت ماسيه لاضي باليك ككمفوغ سمات-مات أونتوق ملفسكن كريندوأن ترهادف كمفوغ هالامن دان برسوكاريا برسام كلوارضا دان صحابة هانداي. دالم ماس يغ سام كيت ممبياركن سهاج كأدأن دكمفوغ سباضيمان بياس

دان كمبالي ككوتا –كوتا تنفا منيغضلكن سبارغ جاسا دان سومباغن. مسجد يغ سمنجق كيت كخيل دهولو مثدياكن اساس اضام كفد كيت، ماسيه لاضي سفرتي سديا ادا تنفا ادا راسا أونتوق ممفربإيقكيث دان منيغكتكن فغعماراهنث. كهيدوفن دكمفوغ يغ سربا ككوراغن هاث دأغضف سباضاي وسيلة مغمباليكن كناغن سيلم تنفا ادا أوسها اونتوق ممباغونكنث. تارف هيدوف، فميكيرن دان فغحياتن اضام سباهاضين فندودوق كامفوغ يغ فرلوكن فروباهن، كيت بياركن سهاج تنفا ادا أوسها أونتوق ممفربايكي كادأن.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَآخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّا، وَلاَ تَحْرِمْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا فَضْلَكَ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَلاَ يَرْحَمُنَا.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ. وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ أَعْدَآءَ الدِّيْنِ.

اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَان أزلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عز الدين شاه غَفَرَ اللهُ لَهُ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Pandu cermat, jiwa selamat dan sayangi dompet anda dari Speed Trap

Posted: 15 Aug 2012 08:11 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Seperti mana yang kite semua tahu, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas iaitu dengan menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Sehubungan dengan itu, pemasangan perangkap had laju atau speed trap ditambah di beberapa lokasi. Dibawah adalah senarai lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju atau speed trap 2012 yang telah dipasang oleh pihak PDRM.
PLUS North Bound (ke Utara)

- Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
- Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
- Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.

- Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
- Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
- Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
- Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.
PLUS South Bound (ke Selatan)

- Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
- Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
- Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
- Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
- Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.

- Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
- Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
- Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
- At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.

- Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
- Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
- Di halangan kanan pada 198.4km.

Elite Central Link East / North Bound
- Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
- Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
- Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
Elite Central Link West / South Bound

- Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
- Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
- Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
- flyover.90km / h

NKVE East / North Bound
- 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
- Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta, di 24.9km 80km /h

- Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
- Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!

- Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
- Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
- Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
- Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
- Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Kesas East Bound
- Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang selepas simpang Puchong.
Kesas West Bound
- Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
- Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.
Klang

- Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km kilometer batu. 70km / h sahaja!
Pantai Timur

- Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda unfamilar, pergi perlahan.
- East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
- Maran, 60km / h zone.

- Paya Bungor, 70km / h zone.
Perangkap Hadlaju DI JOHOR South Bound
- Persimpangan Tangkak.
- Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
- Pada 97.3km.

- Persimpangan Ayer Hitam
- Persimpangan Sedenak
Perangkap Speed trap DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG
North Bound

- Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
- Sebelum Perwaja Steel.
- Sg Petani persimpangan.
- Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.
South Bound

- PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j.
- Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.
Perangkap HADLAJU @ Speed Trap 2012 DI PERAK North Bound
- Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
- Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.

- Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
- Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
- Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
- Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .

- Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
- Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
- Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.

- Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
- Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
- Di bawah jambatan di 373km, Slim River.
South Bound

- Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang.
- Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
- Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
- Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .

- Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
- Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
- Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.
Sabak Bernam

- KM. 64 T / INTAN – KLANG,
- KM. 62 T / INTAN – KLANG,
- KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
- KM. 54 T / INTAN – KLANG

- Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
- SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
- Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,

- Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
- Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
- S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR
JALAN PERSEKUTUAN

- 1- Bersebelahan Hotel Mint
- 2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
- 3- Berhadapan dengan Istana Negara
- 4- Berhadapan dengan Muzium Negara
- 5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
- 6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
- 7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

- 8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
- 9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
- 10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
- 11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

- 12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
- 13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
- 14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
- 15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

- 16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
- 17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

- 18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
- 19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
- 20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
- 21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
Lain-lain

- 1. Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
- 2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
- 3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;

- 4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
- 5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
- 6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
- 7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
- 8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;

- 9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
- 11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
- 12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang.

Disampaikan oleh Annuar Kamaruddin

Bagaimana anda mengenali kafir harbi?

Posted: 15 Aug 2012 07:58 PM PDT

27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pelik, sesudah sekian lama negara kita merdeka dan kehidupan rakyat negara ini semakin baik, tetapi secara tiba-tiba dikejutkan dengan isu kafir harbi. Kenapa muncul istilah itu di negara ini sedangkan orang bukan Islam masih mahu bekerjasama dengan orang Islam? Adakah isu ini benar-benar difahami oleh umat Islam?

Sebenarnya kafir harbi sudah jarang ditimbulkan secara terbuka kecuali sekadar perbincangan ilmiah di sekolah dan universiti. Perkataan atau istilah kafir harbi tidak lagi dibincangkan secara umum kerana suasana di negara ini sudah tidak lagi diancam oleh penentang yang berstatus kafir harbi.

Jadi, dalam keadaan ini mengapa timbul isu kafir harbi? Adakah hal ini ada kaitan dengan perkembangan politik yang sengaja dibangkitkan pihak tertentu untuk menimbulkan permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia? Kalau berlaku permusuhan siapakah yang akan mendapat untung?
Saya tidak pasti siapa yang memulakan isu ini.

Dan kenapa pula secara tiba-tiba seorang guru pondok boleh bercakap tentang kafir harbi ini? Apakah dia benar-benar faham isu ini atau sengaja dibesarkan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah guru berkenaan. Mungkinkah dia sedang diperalatkan oleh pihak tersebut untuk tujuan yang tidak baik?

Memang istilah itu tidak boleh dihilangkan kerana dari masa ke masa masih boleh digunakan lagi. Kalau sekarang tidak berlaku, namun tidak mustahil boleh berlaku pada tahun hadapan. Jadi, sebagai orang Islam mereka perlu tahu istilah itu dengan tepat agar boleh diletakkan istilah itu pada orang yang betul.

Saya percaya perbincangan ilmiah tentang kafir harbi itu wujud dalam pengajian pondok, tetapi secara realitinya kemungkinan mereka tidak jelas kerana belum pernah didedahkan realiti kehidupan orang kafir di negara ini. Mereka lebih banyak masa di pondok pengajian dan kemungkinan besar mereka tidak tahu perkembangan semasa di luar pondok.

Dakwaan

Untuk lebih jelas isu ini suka saya membawa keluar ke tengah masyarakat untuk mudah dilihat oleh semua pihak, sekali gus menolak fitrah masyarakat. Malaysia adalah contoh mudah yang boleh kita analisiskan. Pada dasarnya Islam telah memperkenalkan istilah kafir bagi membezakan dengan orang Islam.

Maksud kafir ialah, orang yang menentang hukum Allah atas kejahilannya. Dalam al-Quran golongan ini sebut sebagai yang ingkar hukum Allah dan mereka tidak mahu beriman dengan Allah. Dari istilah itu dipecahkan kepada dua iaitu harbi dan zimmi.

Kafir Harbi ialah orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh atau memusuhi orang Islam di daerah terbabit. Golongan ini boleh ditentang balas oleh orang Islam kerana kedudukan mereka amat membahaya kepada nyawa orang Islam.

Kafir Zimmi pula ialah orang bukan Islam yang menetap dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, dan setia membayar cukai yang ditetapkan. Golongan ini mendapat jaminan keamanan sama seperti orang Islam.

Berdasarkan definisi di atas, tentu tidak ada lagi kafir harbi di negara ini. Hal ini kerana semua orang bukan Islam di negara ini sudah menjadi warga negara dan mereka membayar cukai, malah mereka patuh kepada undang-undang negara. Adapun orang bukan Islam yang belum menjadi warga negara termasuk pendatang asing, keberadaan mereka di sini masih terkawal dan tidak pernah berniat untuk menentang orang Islam. Maka mereka bukan kafir harbi.

Mengenai dakwaan tok guru pondok di atas, kemungkinan dia merujuk isu ini kepada komunis yang menentang negara dan Islam. Boleh jadi guru ini pernah hidup pada zaman itu maka dalam fikirannya masih tertanam persepsi begitu kepada orang bukan Islam sekarang. Untuk pengetahuan kalian, sebelum dan semasa peristiwa 13 Mei, golongan ini masih ada, mereka itu masih ada yang rasa tidak senang hati dengan orang kerajaan Melayu dan Islam.

Memang di negara kita pada masa sekarang masih ada orang bukan Islam yang tidak bersetuju dengan Islam tetapi tidak mengistihar perang dengan kita. Mereka hanya tidak suka jika anak mereka memeluk Islam tetapi mereka tidak musuhi Islam. Mereka tidak mahu hukum Islam kerana persepsi yang salah sahaja. Tetapi mereka tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka untuk membunuh orang Islam atau menentang hukum Islam.

Orang bukan Islam buat masa ini walaupun tidak bersetuju dengan hukum Islam, mereka tidak sampai bangun memerangi orang Islam dan kerajaan. Mereka tidak bersetuju mungkin kerana kejahilan yang tidak pernah diajar oleh orang Islam atau pemerintah Islam. Jadi, mereka masih belum termasuk dalam kategori kafir harbi.

Pada zaman Rasulullah dahulu, pemerintah negara orang bukan Islam diajak kepada Islam, mereka diperkenalkan konsep ketuhanan. Tetapi kalau dengan sebab itu mereka terus menentang Rasulullah, barulah mereka diberi tiga pilihan sama ada menerima Islam atau membayar jizyah atau diperangi.

Persoalan sekarang, wujud atau tidak golongan yang memberi penjelasan hal Islam kepada mereka? Kalau mereka masih menentang atas alasan tidak pernah diberi penjelasan yang sebenar, maka yang salahnya ialah kita bukan mereka.

Sebenarnya berdasarkan pengetahuan saya, belum wujud dalam kalangan orang Islam khususnya pendakwah yang sanggup turun padang menjelaskan secara langsung kepada mereka yang mempertikaikan hukum Islam. Sebaran Islam melalui media belum cukup kerana jarang mereka akan mendengar atau menonton tv mengenai Islam.

Selain itu di dalam suasana politik sekarang belum wujud parti atas nama bukan Islam yang berniat untuk menentang Islam dan memerangi orang Islam. Kalau ada hanya sekadar seorang dua dalam parti tersebut bangun menentang Islam, belum boleh dihukumkan seluruhnya sebagai menentang Islam. Jadi, masih tidak boleh digelarkan mereka sebagai kafir harbi.

Atas penjelasan itu, saya mengharapkan semua orang Islam dapat faham kedudukan sebenar orang kafir yang berada di negara kita sekarang. Semoga dengan itu kita boleh fokus dalam dakwah dan terus maju dalam membangunkan agama di negara tercinta.

Ahmad Baei Jaafar

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 16 Aug 2012 01:19 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Salam Aidilfitri

Posted: 15 Aug 2012 05:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Aug 2012 09:28 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kuala Pilah

Posted: 15 Aug 2012 02:12 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 15 Aug 2012 09:19 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Several local leaders to join PAS – Youth Chief

Posted: 14 Aug 2012 11:57 PM PDT

KOTA KINABALU: Several local political leaders will be joining Parti Islam Se-Malaysia (PAS), according to its Sabah youth chief, Lahirul Latigu.

Revealing this here yesterday, he said PAS spiritual leader cum Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is expected to announce the names of the leaders during a state-level gathering to be organized by Sabah PAS next month.

"A special gathering called Himpunan Hijau ke Putrajaya will be held on September 1, to be attended by national PAS leaders, including president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, deputy president Mohammad Sabu, vice presidents and committee members.


"Also expected to attend is Datuk Nik Aziz who will make an announcement on several local leaders from Sabah joining PAS," he told reporters in a press conference to announce the gathering here yesterday.

Lahirul said he estimated around 5,000 PAS leaders, members and supporters would be attending the event, where the party would also hold its Hari Raya open house.

A special programme, Ekspresi Hijau Anak Muda, will also be organized by the youth movement in conjunction with the event to serve as a platform for gathering and bringing PAS leaders closer to the youth groups in Sabah.

"The gathering will also serve as an event to celebrate the spirit of independence to commemorate and appreciate Sabah's 49 years of independence.

"PAS youth leaders will be at the function to meet and mingle with guests, especially the younger supporters. This will include its national chief ,Nasruddin Hassan, deputy chief Nik Abduh Datuk Nik Abdul Aziz, vice-youth chief Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

He said the venue and time of the event would be finalized and announced later.

Sumber: Borneo Post

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 15 Aug 2012 03:39 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


hudud pada malam lailatul qadr

Posted: 15 Aug 2012 02:48 AM PDT

Ada Hudud Di Malam Lailatul Qadr  1) Hukum jenayah Hudud dibezakan daripada hukum jenayah yang lain kerana sebutannya secara jelas di dalam al Quran. Ia tiada campur tangan akal manusia bagi menentukannya demi kemaslahatan dan kebaikan manusia. Ia hukuman langsung daripda Allah. Oleh kerana agama itu adalah demi kemaslahatan manusia, maka sebutan hudud yang jelas [...]

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Aug 2012 03:37 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB DEMAM PANAS DI MEKAH BILA TAU BERITA INI

Posted: 14 Aug 2012 07:36 PM PDT



Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin -  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

"Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

"Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

"Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .

"Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya.

SAMPAI UMUR 60 TAHUN LE KORANG MENCARUM KWSP

Posted: 14 Aug 2012 05:17 PM PDT

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 akan dipinda bagi mewajibkan pekerja swasta yang bekerja sehingga umur 60 tahun terus mencarum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pindaaan itu selaras Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang diluluskan Dewan Rakyat pada Jun lepas, menyaksikan umur persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun.

"KWSP, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju bahawa pengeluaran caruman KWSP masih kekal pada umur 55 tahun dan pencarum boleh mengeluarkan 30 peratus pada 50 tahun, dan baki 70 peratus boleh dikeluarkan pada 55 tahun, seperti termaktub dalam akta.

"Pencarum yang tidak mengeluarkan duit ketika 55 tahun boleh terus mencarum dan mengeluarkannya pada usia 60 tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ketiga pada tahun ini.

Selain pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun bagi sektor swasta, Dr Subramaniam berkata mesyuarat hari ini membentangkan dua lagi kertas kerja iaitu penubuhan tabung untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan tanpa pampasan dan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). 
Sementara itu, beliau berkata umur persaraan minimum 60 tahun bagi sector swasta dijangka dilaksana tahun depan selepas diwartakan, namun tarikhnya belum dimuktamadkan.

"Pelaksanaan umur persaraan minimum 60 akan bermula selepas 6 bulan ia diwartakan, dan majikan akan diberi tempoh kelonggaran selama setahun," katanya.

Mengulas pelaksanaan gaji minimum, Dr Subramaniam berkata satu jawatankuasa yang dipimpin Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Zainal Rahim Seman untuk menganjurkan sesi dialog dengan semua pihak berkepentingan bagi menyelesaikan isu berkaitan sebelum dilaksanakan pada tahun depan.
Beliau berkata setiap industri mempunyai cara pembayaran gaji yang berlainan, maka majikan perlu melakukan perubahan dalam sistem pembayaran.

"Saya berharap semua pihak terlibat bertolak ansur dalam perbincangan untuk memastikan pelaksanaan gaji minimum sektor swasta boleh dilaksanakan pada Januari tahun depan," katanya. — Bernama

PAK SAMAD BIDAS JAMAL PAK TONGKOL

Posted: 14 Aug 2012 12:42 AM PDT

Diminta mengulas lanjut laporan Berita Harian semalam memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Pak Tongkol yang juga pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar bahawa pihak kumpulan Janji BERSIH akan bertindak agresif,  yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai" bahkan mereka "akan bertindak agresif serta tidak membenarkan" perhimpunan itu berlaku.

Pak Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH berkata, "Itu hak dan kebijaksanaan beliau (untuk menerangkan) apa yang dimaksudkan dengan agresif. Beliau harus menjelaskannya. Jangan senang-senang mulut (bercakap)," kata Pak Samad sinis.

Mengulas kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilapor mendakwa sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan terganggu atau tercemar susulan adanya perhimpunan tersebut, Pak Samad berkata beliau tidak hairan dengan sikap bekas menteri itu.

"Memang itu sikapnya. Dah tidak boleh berubah. Saya langsung tidak hairan dengan kenyataan beliau itu," katanya sambil menjelaskan mesyuarat yang berlangsung malam tadi berhubung perhimpunan itu, akan bersambung malam esok.

Kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang dilapor mengancam untuk bertindak agresif ke atas perhimpunan itu pada 30 Ogos.

HUDUD : INI BEZA DAP DAN UMNO

Posted: 13 Aug 2012 10:41 PM PDT

Hadi Awang: DAP tentang, Umno tolak hudud

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata perbezaan antara DAP dan Umno dalam soal hudud ialah DAP menentang hudud, manakala Umno menolak hukum tersebut.
Dalam satu artikel yang ditulis di Harakahdaily, ahli parlimen Marang itu berkata Umno selama 55 tahun memerintah hanya tunduk dengan undang-undang yang dicipta Inggeris dan memperlekehkan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.
- Gambar fail
"Pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. "Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan 'Hudud Pas' atau 'belum tiba masanya' walaupun berlalu masa setengah abad," kata pemimpin veteran PAS itu.
Beliau mengambil contoh apabila kerajaan Kelantan dan Terengganu meluluskan enakmen hukum hudud di dua negeri tersebut, kerajaan pusat yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa dua negeri tersebut di mahkamah persekutuan.
"Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan Umno tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti.
"Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya Pas?" katanya lagi.
Katanya, DAP secara dasarnya menentang hudud kerana itu adalah prinsip yang dipegang oleh mereka, dan PAS berpegang kepada prinsip terbuka dengan mengadakan dialog antara dua parti tersebut.
Kerjasama antara PAS dan DAP, katanya lagi, mencari persamaan dan mengenepikan perbezaan.
"Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli Pas meminum arak dan memakan daging khinzir, maka Pas juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir.
"Perlembagaan Pas mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli Pas yang meminum arak dan memakan daging khinzir.
"Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli Umno yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
"Begitulah nyatanya Pas tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang Pas menyatakan haknya.
"Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan Umno yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.
"Berbeza dengan Umno yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.
"Pas adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu Umno yang mudah lupa," kata presiden PAS itu lagi.
Presiden PAS itu menambah, isu hudud ini cuma kitaran isu pilihan raya oleh Umno untuk melaga-lagakan rakyat untuk terus berkuasa.
"DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah Umno yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas.
"DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan Umno hilang akal," katanya lagi.

ANTARA AGAMAWAN, SENIMAN DAN ANAK MUDA

Posted: 13 Aug 2012 10:27 PM PDT

WANGSA MELAWATI : Pemuda PAS Malaysia telah membuktikan bahawa usaha dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda akan diteruskan. Komitmen ini ditonjolkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan mengadakan program-program anak muda dan juga usrah bersama para artis.

Satu adunan yang baru telah diperkenalkan oleh program anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung [GAMIS] dan juga Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM] untuk mendekati para artis dengan menyediakan platform soal jawab santai berkaitan agama.

"Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat. Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini", ulas Ustaz Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah MUSIKA dan juga personaliti TV9 dan al-Hijrah.

Majlis berbuka puasa MUSIKA kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan lebih 10 tokoh yang terkenal. Antaranya tokoh politik yang hadir YB Salehudin Ayub, YB Ustazah Siti Zailah, Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Nasrudin, Ustaz Nik Abduh dan Saudara Khairul Faizi. Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh agamawan seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.

Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang memberikan komitmen adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman [Raja Lawak], Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Maklum balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan program seperti ini dapat membantu mereka mengenali tokoh-tokoh agama sekaligus mendapat input daripada mereka.

"Matlamat kita dalam MUSIKA adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam. Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah. Jadi kita memikirkan apakah platform terbaik yang mampu kita sediakan untuk mereka ini dalam usaha dakwah Islam yang cuba kita sampaikan", ulas beliau yang juga pengarah bagi Usrah MUSIKA.

Menurut beliau juga, usrah MUSIKA ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu.

Beliau juga berharap yang terbaik dari program ini.

"Kita mengharapkan perkara yang baik seperti ini dapat diteruskan setiap bulan dengan konsisten. Mudah-mudahan ianya akan menatijahkan sesuatu yang mahmudah dan merevolusikan dunia hiburan ke arah yang lebih baik dan islamik".

KIT SIANG BIDAS UMNO PASAL MANIPULASI ISLAM

Posted: 13 Aug 2012 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Lim Kit Siang hari ini membidas sikap dolak dalih Umno dengan kenyataan dari naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata Umno tidak mempergunakan dan memanipulasi agama dalam politik di Kota Belud, semalam.

Menurut ahli parlimen Ipoh Timur  itu, sikap hipokrit itu terserlah dengan kenyataan tidak rasional dan tidak bertanggungjawab dengan membiarkan kempen dan fatwa "Haram Mengundi DAP" selama enam hari ini.

"Semakin hampir pilihanraya, semakin menyerlah karenah terdesak pemimpin Umno/BN berhubung dengan prospek mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang."Apa yang boleh dilihat adalah sejauh mana pemimpin Umno/BN akan pergi untuk memastikan mereka kekal berkuasa – walaupun dengan menggunakan taktik kotor yang tidak berprinsip dan tidak beretika.

"Bagaimana Shafie dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas ini walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya yang dilihat dalam kempen berbisa "Haram Sokong DAP" UMNO/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab dan anti-nasional dalam enam hari ini?" kata pemimpin veteran DAP itu dalam sebuah kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Adakah Shafie menafikan kempen berbisa "Haram Sokong DAP" Umno/Utusan ini adalah contoh terbaik Umno mempergunakan dan memanipulasikan agama bagi kepentingan politik tanpa menghiraukan akibat perbuatan mengapi-apikan ketegangan dan prasangka buruk diantara kaum dan pada masa yang sama menggugat kestabilan dan perpaduan negara?

"Atau adakah Shafie sengaja berbuat bodoh berhubung dengan kempen berbisa "Haram Sokong DAP" Umno/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab, anti-nasional dalam tempoh enam hari ini?" katanya lagi.
Katanya, DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka bahawa negara Malaysia merupakan satu negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

"Adakah ini bererti Umno kian mengaku hilang akal dan telah akhirnya mengambil jalan keluar dalam bentuk fitnah dan taktik menakut-nakutkan rakyat untuk mengekalkan sokongan pengundi?" kata beliau lagi.
Ahli politik veteran DAP itu juga mempertikai kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menubuhkan Institut Wasatiyah, namun sikap ini tidak menggambarkan wasatiyah (kesederhanaan).

"Najib harus menjelaskan samada kempen "Haram Sokong DAP" Utusan benar-benar berlandaskan konsep Wasatiyah beliau ataupun sebaliknya, dan jika ianya berlandaskan kepada konsep Wasatiyah, apakah langkah-langkah yang akan beliau ambil untuk menghentikan dan menguburkan kempen berbisa Utusan yang tidak bertanggungjawab, berbaur hasutan dan anti-nasional?" katanya lagi.

PARTI APA YANG PERNAH SAMAN HUDUD???

Posted: 12 Aug 2012 06:16 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.

"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.

"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.

Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

DAP "KAFIR HARBI"... SEOLAH MENGHALAL PEMBUNUHAN...

Posted: 12 Aug 2012 05:58 PM PDT

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.

Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam.

Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.

Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.
Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.

Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.

Dr Maszlee Malik merupakan seorang pensyarah di UIAM.

BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN KATA TOK GURU BAIK...

Posted: 10 Aug 2012 05:55 PM PDT

NONE
Kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bekerjasama dengan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, satu petanda baik ke arah menyelesaikan isu tersebut.
 Awang Adek Hussin yang merupakan bekas bakal menteri besar Kelantan berkata isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, demi faedah rakyat Kelantan.
Kesediaan Nik Aziz itu sudah memadai walaupun ia tidak dipersetujui segelintir pimpinan PAS negeri itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ops Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Bachok, semalam.
Beliau berkata mereka akan bertugas 24 jam di jalan raya persekutuan dan negeri bermula hari ini sehingga seminggu selepas perayaan.
Mereka akan dilengkapi peralatan menyelamat yang canggih bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya berikutan ramai rakyat Kelantan yang bekerja di tempat lain akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, katanya.

CHE DET : SAYA TETAP TOLAK HUDUD.."

Posted: 10 Aug 2012 12:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan sungguhpun beliau tidak bersetuju dengan hudud, seperti mana DAP, beliau telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Menurut Dr Mahathir, penolakan hudud beliau itu tidak boleh disamakan seperti penolakan DAP, kerana hudud yang ditolaknya adalah hudud PAS.
"Soal hudud ini interpretasi PAS ... itu kita tak boleh sokong," kata Dr Mahathir kepada pemberita hari ini. 
 "Tapi saya telah isytihar Malaysia sebagai negara Islam ... negara luar juga iktiraf
kita sebagai negara Islam," katanya merujuk kepada kenyataan artikel dalam akhbar Utusan Malaysia awal minggu lalu yang bertajuk "haram sokong DAP".

Tambah Dr Mahathir lagi, penerimaan berhubung perkara itu berbeza bagi setiap orang dan terpulang kepada setiap individu sama untuk mempercayainya atau tidak.

"Itu pendapat mereka yang ada ilmu mendalam tentang agama ... terpulang kepada mereka terutama orang Islam.."
Ramai orang yang tak turut perintah Allah Taala, jadi mungkin ramai juga yang tak turut apa yang orang agama ini sebut," tambahnya lagi.

LELAKI MENYAMAR PEGAWAI AGAMA ROGOL GADIS 16 TAHUN

Posted: 09 Aug 2012 05:27 PM PDT

Gadis 16 Tahun Dirogol Bergilir2 Oleh 5 Lelaki di Dalam Bulan Ramadhan.

Akibat terpedaya dengan helah dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai jabatan agama, seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa lima lelaki yang merogolnya bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, sebelum dirogol, mangsa bertemu teman lelakinya di bawah Jambatan Tanjung Mas, di sini pada jam 2 pagi dan ketika berbual, dua lelaki datang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan agama.

Katanya, suspek mengugut mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan pejabat agama kerana melakukan maksiat. "Bagaimanapun, teman lelaki mangsa memberitahu mereka hanya berbual dan tidak melakukan maksiat.

"Suspek menyuruh teman lelaki mangsa pulang manakala mangsa akan dibawa ke balai polis oleh mereka," katanya.

Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya mempercayai kedua-dua suspek kerana melihat mereka mengeluarkan kad namun tidak pasti sama ada kad jabatan agama atau sebaliknya kerana keadaan di bawah jambatan gelap.

"Teman lelaki mangsa pulang ke rumah seorang diri manakala mangsa dibawa dengan motosikal oleh seorang suspek ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek berkenaan dan tiga lagi lelaki tidak dikenali," katanya.

Lai berkata, semua suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Suspek menggunakan modus operandi menunjukkan kad kuasa palsu jabatan kerajaan untuk merogol. "Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu kad kuasa yang ditunjukkan adalah benar atau sebaliknya dan jika terdapat sebarang keraguan, laporkan terus dengan balai polis berdekatan," katanya.

.... LAIN KALI BULAN-BULAN POSE NIE JANGAN DUK BERTENEK DENGAN PAKWE....

KENAPA PERLU JAWATANKUASA... BAGI SAHAJA 20% ROYALTI

Posted: 09 Aug 2012 05:23 PM PDT


Pengasas Pondok Geting kata undi DAP Haram & Berdosa

Posted: 09 Aug 2012 02:34 AM PDT

Oleh: lipasmalas UTUSAN Merapu datang lagi dengan berita sampah mengarut dan tak masuk akal untuk memperbodohkan orang kampung ayam itek lembu dan kambeng. Kali ini Utusan melaporkan fatwa baru kononnya dikeluarkan oleh pengasas Pondok Geting, Tumpat yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi DAP. Malah katanya orang Islam juga tidak boleh mengundi PAS, dan KEADILAN yang bekerjasama dengan DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan Hudud. Tapi yang lucunya undi MCA dan MIC dibolehkan kerana mereka tidak menentang penubuhan negara Islam dan Hudud kah kah kah [Utusan]. Jika MCA dan MIC tidak menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam, apa kata Umno tubuhkan hukum hudud dan negara Islam, kerana mereka tidak mendapat tentangan daripada MCA dan MIC seperti PAS dapat tentangan daripada DAP kah kah kah. ReJaM© malas nak cakap banyak, kalau undi DAP dan parti yang bekerjasama dengan DAP (PAS dan KEADILAN) haram dan berdosa, maknanya undi Pakatan Rakyat adalah haram dan berdosa. Maka majlis fatwa sila keluarkan fatwa dan haramkan rakyat Malaysia beragama Islam mengundi Pakatan Rakyat kerana ia berdosa macam makan babi kah kah kah. "Satu cakerawala tahu MIC dan MCA tentang Hudud kecuali pengasas Pondok Geting, Tumpat"

SEKALI DR. ASRI SMASH ULAMA UMNO DA

Posted: 08 Aug 2012 08:59 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/376190_10151089921685238_2092195635_n.jpg
...... kan dah berpinar biji mata kena bola smash

SUSAH BILA ULAMA' MUDA DIBUTAKAN HATI

Posted: 08 Aug 2012 05:35 PM PDT

Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang ulama' selipar Jepun di Tumpat, Kelantan, supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.



Sekitar Sumbangan Sahur Galendagan

Posted: 07 Aug 2012 07:35 PM PDT

Gabungan bersama Pemuda PAS Wangsa Maju dan Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengadakan program sumbangan sahur kepada golongan miskin sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Turut bersama dalam program tersebut ialah Abby Abadi

Sekitar suasana hari kejadian:

 Anak-anak muda gigih membantu. Allahuakbar!!


 Muslimat turut serta


 Lihatlah tempat tidur mereka. 



 Otai pemuda :P

 Abby Abadi turut serta

Mereka yang menjayakan program ini. Tahniahh semua!!

SUNAT SOKONG MIC & MCA : ULAMA SELIPAR JEPUN UMNO

Posted: 07 Aug 2012 05:48 PM PDT

UTUSEX makin merapu dengan berita sampah mengarut dan tak masuk akal untuk memperbodohkan orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.

Kali ini Utusan melaporkan fatwa baru kononnya dikeluarkan oleh pengasas Pondok Geting, Tumpat yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi DAP.

Malah katanya orang Islam juga tidak boleh mengundi PAS, dan KEADILAN yang bekerjasama dengan DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan Hudud.

Tapi yang lucunya undi MCA dan MIC dibolehkan kerana mereka tidak menentang penubuhan negara Islam dan Hudud kah kah kah

Haram, berdosa undi DAP

KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.


NAJIB AJAK POLIS BERBAI'AH...

Posted: 07 Aug 2012 05:37 PM PDT

Najib gesa PDRM dan kerajaan berbai'ah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Najib Razak hari ini dilihat semakin terdesak apabila menggesa pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan saling berbai'ah untuk membantu satu sama lain bagi mendepani cabaran dan perubahan semasa dalam negara.

SAYA BERKERJA DENGAN POLIS DI RAJA M'SIA BUKAN BN : BAPAK AKU

Posted: 06 Aug 2012 08:38 PM PDT

 
WAWANCARA Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN.

"Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya.

"Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah.

"Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali. Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya.

Ditanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.

Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya.

"Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat. Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya.

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak.
 
....  "Kalau tuan nak pindahkan saya ke Sabah sekalipun saya tak kisah sebab ....SAYA BEKERJA DENGAN POLIS DI RAJA MALAYSIA... " itulah kata-kata bapak aku, Haji Mohd Yusof  sewaktu disoal siasat oleh 8 orang polis berpangkat besar di Balai Polis Kota Bahru setelah dituduh bapak aku bersama-sama dengan pimpinan PAS sewaktu penamaan calon PRU-10 di Parlimen Ketereh. Dan Alhamdulillah sehingga kita bapak aku pencen dengan jayanya dan dengan duit pencennya sekarang sedang mengerjakan umrah sebulan di bulan Ramadhan bersama bonda tercinta untuk kali ke 4 berturut-turut... dan kate bapak aku " Rezeki Allah Taala yang bagi bukan BN"....

TAKKAN SAYA NAK MENIPU DI BULAN PUASA - SHARIZAT

Posted: 06 Aug 2012 06:11 PM PDT

ROYALTI : TOK GURU MINTA PERKENAN KDYMM SULTAN

Posted: 04 Aug 2012 08:19 PM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda mengenai wakil negeri itu yang akan menganggotai Jawatankuasa Khas berhubung isu bayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Nik Aziz berkata setakat ini, pihaknya belum mengadakan perbincangan atau keputusan berhubung wakil Kelantan dalam jawatankuasa khas berkenaan.

"Saya sendiri akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda. Hanya pada masa itu akan diumumkan nama wakil bagi negeri Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Tabung Amanah bagi pembinaan Lebuhraya Kota Baharu ke Kuala Krai, di sini malam ini.



Mengulas lanjut mengenai Jawatankuasa Khas itu, Nik Aziz berkata kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa tersebut. — Bernama

LAGI BEKAS POLIS SERTAI PAS... JAHANAM BRAHIM ALI

Posted: 04 Aug 2012 03:39 AM PDT

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff yang mane rumah ibunya bersebelahan dengan Dataran Cap Ayam Ibrahim Ali di Bunut Susu akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan". -mk


.... kalau benar dakwaan Datuk Ramli akan menyertai PAS... bapak aku le paling bertuah... mau kehulur kehilir jadi bodygurd Datuk ikut ceramah....huhuhuhuhu 

NAJIB TERKENCING DALAM SELUAR TURUN KE SABAH

Posted: 03 Aug 2012 05:22 PM PDT

Najib Razak berkata dia sendiri akan turun ke Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN yang bertindak keluar parti, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

...... Najik kate takde apa-ape pasal isu Sabah ni... tapi awat kecut sangat tengok muka kat TV... hahahahaha

WAH!!! NAJIB TAKBIR NEGARA BERPAKSI QURAN SUNNAH

Posted: 02 Aug 2012 08:50 PM PDT

Najib Tun Razak hari ini menjelaskan bahawa falsafah dan prinsip beliau mengurus tadbir negara ini adalah berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.

Kata Perdana Menteri, falsafah yang dipraktikkan tersebut adalah lebih baik daripada teori Barat kerana ia berpaksikan kepada prinsip dan semangat berteraskan kepada agama.
 
''Kita mesti memperjuangkan berdasarkan agama dan syariah. Kita mesti jaga negara, akal, ilmu, keturunan, harta, keamanan dan kelima-lima tuntutan agama, yang mana menjadi landasan yang diperjuangkan oleh kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta beberapa menteri dan pemimpin negeri.
Kata Perdana Menteri lagi, rakyat jangan tertipu dengan pihak yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sering gagal mengotakan janji.

''Perjuangan kita jelas kerana kita ada agenda dan pengisian. Bila kita lakukan sesuatu, kita fikir jauh ke hadapan dan bukan bersikap populis, janji itu dan ini, tetapi belum tentu janji itu boleh dibuat," ujar beliau.
Najib turut memberitahu, dalam agenda kewangan, pelaburan dan ekonomi sahaja jelas menunjukkan bahawa negara ini berada dalam prestasi yang amat baik berbanding negara lain.

''Ada negara di mana kadar pengangguran dalam kalangan orang mudanya sehingga 45 peratus. Di Sepanyol, mungkin mereka boleh menang dalam Kejohanan Bola Sepak Euro, meskipun kita kalah dalam bola sepak, tetapi kita boleh dikatakan jaguh dalam bidang pentadbiran ekonomi negara.

''Sebab itulah, bila kita menegakkan prinsip keadilan sosial, kita akan dapat melihat ekonomi negara kita melalui pertumbuhan yang baik dan rakyat pula mendapat pembelaan yang sebaik mungkin daripadanya," kata beliau.

Beliau menjelaskan, kejayaan yang dicapai negara ketika ini bukan diuji setahun dua, tetapi terbukti sejak mencapai kemerdekaan lagi.

.... huhuhuhuhuhuhuhuhuhu..........

BRAHIM KATAK JELOS DATUK RAMLI BINA MASJID DI KAWASANNYA

Posted: 02 Aug 2012 05:52 PM PDT

... Harapkan Brahim Ali nak majukan tempat aku xde harapan la... asyik dok menyalak sana-sini sampai lupa tanggungjawab... harap ada dataran Brahim Katak je kat Bunut Susu tempat nak himpunkan katak-katak seluruh Malaysia.... nak buat masjid harammmm.....
K'jaan gugur rayuan, Ramli dapat ganjaran RM753,000... Nazar bina masjid....



Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM753, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.

NONERamli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.

"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.

"Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu.

Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Aug 2012 03:26 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BAGI FATWA ADA MAKNA !

Posted: 14 Aug 2012 07:25 PM PDT




Selepas mengeluarkan hukum Haram Sokong DAP dan mengkafir harbikannya, maka inilah habuannya.
Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta.

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/08/dapat-rm2-juta-keluarkan-fatwa-haram.html#ixzz23ZnPSEhQ

MAJLIS IFTAR , TARAWEH DAN TAZKIRAH USTAZ ZAMRI 12 OGOS

Posted: 14 Aug 2012 06:46 PM PDT














PASBS2 MASAK & EDAR BUBUR RAMADHAN 12 OGOS

Posted: 14 Aug 2012 06:00 PM PDT

Gotong-royong memasak bubur Ramadhan oleh ahli PAS Cawangan Bukit Sentosa pada 12 Ogos 2012 di gerai Awie.



Mengedar bubur Ramadhan di pintu masuk Pasar Juadah di Jalan Seroja ,Bukit Sentosa 2.
Alhamdulillah semua pengunjung Pasar Juadah atau Bazar Ramadhan Seroja menyambut baik dan menerima dengan gembira bubur Ramdhan yang diedarkan kepada mereka.






PAS KOTA TINGGI

Posted: 15 Aug 2012 01:21 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS- HUDUD : DAP MENENTANG, UMNO MENOLAKNYA

Posted: 14 Aug 2012 05:00 PM PDT

Pendahuluan : Sumber memahami ajaran Islam

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam di antaranya hukum Hudud. Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk pelbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat. Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120  :

Maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, di antaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan. Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah. Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat :14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi :

Maksudnya : Orang-orang  A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:  "Kami telah Islam". dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah : 42) :

Maksudnya : Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan  bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar di tanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya. Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza. Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang Islam itu wajib bertanggungjawab di atas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal".

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.

Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini. Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad. PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud. Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud. Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu  hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah  dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO. Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini. Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan "Hudud PAS" atau "belum tiba masanya" walau pun berlalu masa setengah abad.

PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA di bawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum. Dengan jasa baik YBM Tengku Razaleigh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama. Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab. Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti. Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan di bawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO

Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO.  Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah  oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan. Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS ?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.

Hakikatnya ialah tema "Hudud" ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Aug 2012 11:49 AM PDT

Dupahang's Weblog


RM2 juta – DAP Kafir Harbi

Posted: 14 Aug 2012 09:58 PM PDT

Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta Harakahdaily, 15 Ogs 2012 KOTA BHARU: Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad. Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 15 Aug 2012 11:47 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

Posted: 14 Aug 2012 05:09 PM PDT


(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Makan Colek Dan Majlis Penyampaian Sumbangan DPPKM

Posted: 14 Aug 2012 05:09 PM PDT
















Ramai rasai Umno meniti di benteng akhir

Posted: 14 Aug 2012 04:36 PM PDT

KETEREH: Peristiwa yang berlaku sekarang di mana semakin ramai menyertai PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya pernah terjadi ketika Nabi Muhammad saw berjaya membuka kota Mekah.

Ketika itu berbondong-bondong orang Musyrikin Mekah memeluk Islam kerana mereka melihat Islam sudah berada di ambang kemenangan dan dapat memerintah negeri.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud (gambar) berkata, begitu juga dengan suasana yang berlaku sekarang, di mana ramai melihat PAS dan Pakatan Rakyat sudah berada di ambang kemenangan pada pilihan raya ke-13.

"Sekarang semua golongan menyertai PAS termasuk mantan pegawai tertinggi polis, tentera, pegawai tadbir, ahli korporat, artis bahkan menteri kabinet," katanya ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Al-Mukarabbin, Kampung Bechah Kura, Peringat kelmarin.

Nassurudin yang juga Adun Meranti berkata, Umno sekarang terpaksa mencipta helah dengan memberi gambaran buruk terhadap PAS, PKR dan DAP.

Katanya terbaru mereka mengatakan mengundi DAP haram kerana DAP menentang pelaksanaan hudud.

"Kalau DAP menentang hudud munasabah kerana mereka bukan Islam, tapi bagaimana dengan Umno yang menentang hudud sedangkan mereka orang Islam.

"Hukum  hudud diwajibkan  ke atas orang Islam sahaja sementara bukan Islam  tidak tertakluk kepada hukum tersebut," katanya.

Sementara itu pegawai penyelidik bidang politik di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, sudah tidak ada lagi parti yang menang sejak zaman kemerdekaan terus kekal berkuasa di dunia sekarang kecuali Umno.

Katanya, Umno terpaksa melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa, biar pun nasibnya sudah tidak menyebelahi mereka sekarang.

"Masa untuk Umno sudah luput, jadi mereka terpaksa mencuba pelbagai ramuan awek muda kononnya untuk menyambung jangka hayat. Ramuan itu antaranya wang ringgit dan undi pos," ujarnya.

PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa

Posted: 14 Aug 2012 04:35 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.

Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.

"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.

"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.

Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.

"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.

Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

DUN Lembah Jaya

Posted: 15 Aug 2012 11:25 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Harakah & ADN Terus Komited Bantu Masyarakat

Posted: 14 Aug 2012 07:13 PM PDT


Salah saorang dari tiga penerima bantuan dari tabung Harakah. Yb Khasim sedang menyerahkan wang tunai dan kuih raya mewakili ketua pengarang harakah. Program sempena menyambut kehadiran Aidil Fitri ini diadakan di Lembah Jaya pada hari Ahad 12 Ogos yang lalu.



Jom Shopping: 100 Warga Emas Ceria Menjelang Aidil Fitri

Posted: 14 Aug 2012 06:54 PM PDT


Berucap ketika meraikan para peserta Jom Shopping menjelang Raya kawasan Lembah Jaya yang diadakan pagi ini Rabu, 15 Ogos 2012.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Aug 2012 09:39 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PPAS terus cemerlang.Tahniah kepada semua warga PPAS!

Posted: 15 Aug 2012 08:58 AM PDT

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) terus maju ke depan menjadi sendi penting bagi kerajaan Selangor dalam proses merakyatkan ilmu. Pelbagai kemudahan serta teknologi terkini dimuatkan dalam Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam bagi memenuhi kerpluan dan minat pelbagai lapisan masyarakat. Inilah yang dimaksudkan konsep merakyatkan ilmu yang digagaskan oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor,YB Dr Hjh Halimah Ali. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah PPAS.

Sebagai pusat sumber kontemporari Perpusatakaan Raja Tun Uda yang bangunannya menelan perbelanjaan RM70juta mengandungi  ilmu bercetak dan digital serta dilengkapi dengan pelbagai saiz bilik untuk diskusi kumpulan kecil sesuai bagi pelajar, auditorium, ruang seminar, 3D theatre dan 6D theatre serta bahagian kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga koleksi di raja Selangor.

14.8.12 merupakan tarikh penting bagi PPAS kerana DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menyaksikan penyerahan buku-buku penting bersifat ilmiah oleh penderma yang bernilai RM60,000 yang terdiri daripada buku Islam oleh MAIS dan koleksi buku buku undang-undang Malaysia yang bagus dijadikan rujukan oleh pembuat dasar dan pengamal undang-undang. PPAS sentiasa mengalu-alukan derma buku dan bahan ilmiah.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Aug 2012 09:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kuala Pilah

Posted: 15 Aug 2012 02:13 AM PDT


Jamuan Hari Raya PAS Rembau 26 Ogos 2012

Posted: 14 Aug 2012 06:22 PM PDT

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 15 Aug 2012 07:29 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MUNGKIN INI HABUANNYA..DUNIA OH DUNIA!

Posted: 14 Aug 2012 10:24 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan