Rabu, 15 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 15 Aug 2012 03:21 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Ustaz Nasha diminta bertaqwa dan berwaspada

Posted: 14 Aug 2012 07:33 PM PDT


Marang : Ustaz Nasharuddin Mat Isa digesa agar bersikap berhati-hati dan bertaqwa dengan godaan hizbu syaitan yang sentiasa mencari-cari cara untuk melemahkan pendukung-pendukung Islam.

Gesaan itu dibuat oleh YB Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika ditanya pendapatnya berkenaan gambar Ustaz Nasharuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar di internet ketika keduanya berada di Mekah.
Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT),menambah lagi sebagai seorang sahabat dia wajib menasihati Ustaz Nasha kerana bimbang dia akan tergelincir dari landasan perjuangan PAS.
"Pesanan ini adalah ikhlas datang dari seorang sahabat.
Dia sepatutnya berwaspada dengan godaan dan pujuk rayu hizbu syaitan yang sentiasa akan menggoda pendukung-pendukung Islam.
Saya minta dia bertaqwa kepada Allah
Gambar itu boleh menimbulkan fitnah kepada orang ramai," katanya.
Gambar-gambar Ustaz Nasha yang dilihat sangat mesra dengan PM itu telah tersebar di internet sejak semalam yang sekaligus telah diberi komen-komen negatif oleh mereka yang dipercayai penyokong PAS.
Dipercayai Ustaz Nasha menjadi jurubahasa kepada Najib dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh beberapa ulamak dari negara arab.
Hal ini menyebabkan Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) mengeluarkan kenyataan mendesak agar Ustaz Nasha menyatakan sikap dan melepaskan jawatannya beliau sebagai Ahli Parlimen Bachok sekiranya beliau tidak boleh mengikut kehendak parti.

Sebelum itu dalam siaran Buletin Utama, beliau dilaporkan sebagai berkata PAS wajar keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya Democratic Action Party (DAP) menentang hudud.

Beberapa Isu Hangat Sidang DUN

Posted: 14 Aug 2012 06:11 PM PDT

Petikan : Buletin Online
Maidam dakwa 39 amil DiPecat; Kerajaan Kata Sebaliknya - Pada 28 Jun 2012 menurut siaran sebuah akhbar tempatan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melucutkan serta-merta pelantikan 39 amil pada tahun 2011 setelah didapati terlibat menyeleweng wang kutipan zakat.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata, tindakan tegas itu diambil berikutan amil yang terlibat gagal menyerahkan wang kutipan yang diperoleh mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pada 1 Julai 2012 Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, tindakan memecat amil tersebut adalah tepat kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab.

Sebaliknya kerajaan Umno-BN Terengganu telah menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Payong pada sidang DUN 18 Ogos lalu, berkenaan perkara tersebut.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan ia adalah satu tindakan kerajaan menyelewengkan fakta dan kebenaran dan cuba mengelirukan rakyat.

"Saya hairan, gesaan saya supaya kerajaan mengambil tindakan ke atas amil-amil yang dipecat tidak diendahkan sedangkan Khazan mendakwa tindakan memecat amil terbabit adalah tepat,

"Saya ajukan soalan untuk meminta bukti siapakah amil-amil yang dipecat itu, tetapi soalan saya ditolak,"tegasnya.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN tidak layak lagi diberi amanah untuk mentadbir negeri Terengganu.


Sijil Halal; Kenyataan JHEAT Bercanggah

ADUN Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, kenyataan JHEAT berkenaan pengeluaran sijil halal bercanggah dengan jawapan yang dikemukakan kerajaan dalam sidang DUN baru-baru ini.

Menurutnya, pada 8 Ogos 2012, dilaporkan kira-kira 60 peratus hotel di Terengganu mempunyai sijil pengesahan halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Beliau berkata, menurut Pesuruhjaya JHEAT Datuk Mohd Rozali Saleh, sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, pihaknya meluluskan 19 permohonan sijil halal baharu bagi dapur hotel.

"JHEAT kata 60 Peratus Hotel Di Terengganu Peroleh Sijil Halal JHEAT, tapi kerajaan kata hanya ada 6 buah premis makan yang diluluskan,

"ini tidak tepat dan bercanggah sama sekali kerana kita menyemak ada 38 buah hotel diseluruh Kuala Terengganu,"ujarnya.

Katanya, antara hotel terkemuka disenaraikan dalam jawapan kerajaan itu adalah Riyaz Heritage Marina & Spa, hotel Tanjung Vista, hotel Laguna, Gem Beach Resort dan hotel Seri Malaysia.


Bajet Meningkat Hutang Bertambah

Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu didedahkan kerajaan negeri telah berhutang sebanyak RM1.0588 bilion dengan kerajaan pusat.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said menjelaskan pada dewan sehingga 31 Disember 2011 kerajaan negeri masih berhutang sebanyak RM1.005,885,045.33 dengan kerajaan pusat.

"Jumlah hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sehingga kini sebanyak RM1.005,885,045.33 dan terdapat tiga kategori pinjaman yang diberikan kerajaan pusat kepada negeri-negeri termasuk Terengganu iaitu pinjaman untuk kawasan perindustrian, pinjaman untuk membina rumah kos rendah dan pinjaman perbekalan air," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Dato' Harun Taib yang ingin tahu adakah kerajaan negeri masih berhutang dengan kerajaan pusat dan berapakah jumlahnya.

Katanya, sehingga kini hutang kerajaan negeri yang membabitkan bekalan air sahaja berjumlah RM708,385,103.85.

Sementara itu, Ustaz Harun menyifatkan hutang kerajaan negeri yang mencecah lebih RM1 bilion itu agak besar yang patut dikurangkan.

Menurutnya, Terengganu yang mempunyai pendapatan besar dari hasil royalti tidak harus mempunyai bebanan hutang negeri yang begitu besar.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Aug 2012 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Rama-rama cacat di Fukushima

Posted: 15 Aug 2012 12:36 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TOKYO - Beberapa mutasi genetik ditemui pada tiga generasi rama-rama dekat loji nuklear Fukushima yang tidak lagi beroperasi, kata beberapa saintis semalam.

Penemuan tersebut meningkatkan kebimbangan penduduk setempat bahawa radiasi akibat kebocoran loji nuklear akan memberi kesan ke atas spesies lain.

Beberapa saintis berkata, kira-kira 12 peratus larva rama-rama pale grass blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak.

Seorang saintis berkenaan, Joji Otaki yang merupakan profesor madya di Universiti Ryukyu, Okinawa memberitahu, semua serangga tersebut dibiakkan di dalam sebuah makmal di luar zon radioaktif dengan 18 peratus anak rama-rama berkenaan memiliki masalah yang sama.

Bagaimanapun, angka tersebut meningkat kepada 34 peratus apabila melibatkan generasi ketiga spesies berkenaan.

Kumpulan penyelidik tersebut turut mengumpulkan sebanyak 240 ekor rama-rama di Fukushima pada September tahun lalu iaitu enam bulan selepas bencana tsunami tersebut berlaku.

Otaki berkata, sebanyak 52 peratus serangga itu mempunyai sifat abnormal sekali gus merupakan satu nisbah yang tinggi. - AFP

Twitter PLUStrafik langkah mudah dapatkan maklumat trafik terkini

Posted: 15 Aug 2012 12:31 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Twitter PLUSTrafik merupakan langkah mudah PLUS untuk memaklumkan pengguna lebuh raya tentang keadaan trafik terkini, kata Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad Mohd Nizam Ismail.

Mohd Nizam berkata sejak perkhidmatan twitter di www.twitter.com/plustrafik diperkenalkan pada Januari tahun lalu, perkhidmatan ini diikuti lebih daripada 75,000 orang pengguna.

"Jumlah ini semakin meningkat setiap hari dan perkhidmatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nizam, antara lebuh raya kendalian PLUS yang boleh diakses maklumat trafik ialah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Seremban-Port Dikson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

"Menguruskan hampir 1,000 kilometer lebuh raya adalah tugas yang mencabar.

Oleh itu, kami perlu mempelbagaikan saluran untuk memaklumkan orang ramai tentang keadaan trafik di lebuh raya kendalian kami.

"Selain mengikuti Twitter PLUSTrafik, maklumat terkini turut dipaparkan di papan tanda elektronik yang disediakan di lokasi-lokasi strategik sepanjang lebuh raya.

"Jika ada sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi talian PLUSLine 1800880000 yang beroperasi 24 jam setiap hari," tambahnya.- Bernama

24 kanak-kanak istimewa diraikan menjelang Aidil Fitri

Posted: 15 Aug 2012 12:30 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Zailah bergambar kenangan dengan kanak-kanak istimewa di Sekolah Pendidikan Khas AsSyakirin pagi tadi)

RANTAU PANJANG: 24 kanak-kanak istimewa mendapat perhatian khas dari anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusof pagi ini.

Zailah telah berkunjung ke sekolah mereka, Sekolah Pendidikan Khas AsSyakirin Rantau Panjang pagi ini bagi bertemu mereka menjelang Aidil Fitri ini.

Mereka diberikan hamper dan duit raya sempena kunjungan itu.

Bagi Zailah, beliau menjalankan tugas ini sebagai menunaikan tanggungjawab untuk menceriakan kanak-kanak istimewa ini.

Semalam, Zailah telah mengunjungi orang-orang tua dan miskin di Kampung Chicha dekat sini bagi menyampai bantuan kepada mereka.

Bantuan berupa beras, tepung, gula dan lain-lain diberikan bagi meringankan beban mereka menjelang Aidil Fitri ini.

HARAKAHDAILY/-

Bahagian Atas Sebuah Pasar Raya Di Rompin Musnah Terbakar

Posted: 15 Aug 2012 12:24 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BAHAU: Tindakan pantas 15 anggota pasukan bomba sukarela Rompin dan Palong 6 berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di sebuah pasar raya dua tingkat di Rompin dekat sini, awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau Nuhazhim Mohd Shah berkata dalam kejadian 1.40 pagi itu, anggota pasukan bomba sukarela berkenaan yang sampai dulu di tempat kejadian bertindak pantas mengawal api daripada merebak ke bangunan 12 blok kedai.

"Dalam kejadian itu, hanya bahagian atas kedai dua tingkat yang dijadikan pasar raya itu musnah terbakar," katanya ketika dihubungi.

Katanya bomba menerima panggilan daripada orang ramai memaklumkan kebakaran itu pada 1.58 pagi.

Beliau berkata 18 anggota bomba dari balai Bahau, Gemas dan Sri Jempol bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dalam masa kira-kira setengah jam dan api dipadam sepenuhnya sejam kemudian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, sebuah rumah di Kampung Datuk Mansur, Seremban musnah dalam satu kebakaran pada kira-kira 8.30 pagi ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiga jentera termasuk 'water tanker' bersama 15 anggota dari balai bomba Seremban dan Seremban 2 bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 8.46 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Perebutan Pulau: 100 Rakyat Taiwan Protes Di Pejabat Kerajaan Jepun

Posted: 15 Aug 2012 12:13 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TAIPEI: Kira-kira 100 rakyat Taiwan berkumpul di hadapan pejabat kerajaan Jepun sebagai bantahan kepada rancangan negara itu untuk merebut pulau yang turut dituntut Taiwan dan China.

Bantahan di Taipei pada Rabu berlaku selepas sekumpulan aktivis dari Hong Kong singgah di perairan Taiwan sebelum berlayar ke pulau-pulau yang menjadi rebutan itu untuk menunjukkan tuntutan China kepada mereka.

Pulau tersebut yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, telah lama menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara China dengan negara jirannya itu.

Awal tahun ini, Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara mencadangkan Jepun menggunakan dana awam untuk membeli pulau itu daripada pemilik persendirian.

Tindakan itu sekali gus menyebabkan Beijing mengecam dan menyifatkannya sebagai menyalahi undang-undang serta mencabul kedaulatannya.

Hubungan diplomatik antara Beijing dan Tokyo berada pada tahap terendah pada 2010 selepas Jepun menahan seorang kapten bot nelayan China.

SINAR HARIAN/-

PR desak Najib tuntut Myanmar henti bunuh warga Rohingya

Posted: 15 Aug 2012 12:10 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengambil langkah proaktif bagi membantah pembunuhan kaum Rohingya yang sedang berlaku di Myanmar.

[Nurul Izzah] Mengecam pembunuhan tersebut, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menuntut ia dihentikan serta-merta.

"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan jangan guna alasan diplomatik untuk tidak bertindak kerana pengajaran dari pembunuhan kaum di Bosnia dan Rwanda jelas menunjukkan hanya tindakan pantas masyarakat antarabangsa seawal mungkin akan mendatangkan hasil.

"Justeru Pakatan menggesa Najib menuntut kerajaan Myanmar mengambil tindakan serta-merta untuk menghentikan pembunuhan kaum dan membenarkan masyarakat antarabangsa memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Najib turut digesa agar menuntut Asean mengarahkan kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan kaum ini kerana Malaysia memainkan peranan penting dalam membolehkan Myanmar menjadi anggota Asean sejak 1997.

"Najib juga perlu menuntut negara China, yang mana Malaysia telah mempunyai hubungan diplomatik lebih 40 tahun, dan Amerika Syarikat, yang mula melonggarkan sekatan ekonomi kerana reformasi politik di Myanmar, untuk campur tangan dan memberi nasihat kepada Myanmar bagi melindungi semua golongan minoriti dan menghentikan pembunuhan kaum," kata Izzah.

Langkah lain termasuk, menuntut Bangladesh yang mempunyai talian diplomatik dengan Malaysia termasuk dari segi kehadiran warganegara itu yang dianggarkan lebih 500,000 di Malaysia untuk mendesak Myanmar membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tersebut.

"Kita juga menuntut OIC di mana Najib sedang sertai perjumpaan di Mekah untuk mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (Pakistan, Maghribi, Azerbaijan dan Togo adalah ahli Majlis Keselamatan) di bawah Perkara 35 untuk campur tangan dengan serta-merta," tegas beliau.

"Najib juga perlu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa yang mengatakan mana-mana kerajaan yang gagal melindungi kumpulan minoriti dianggap menyemarakkan semangat perkauman serta pembunuhan kaum di Myanmar dan seluruh dunia," tambahnya.

Menurut Izzah, Malaysia wajib bertindak pantas kerana bukan sahaja Najib telah menobatkan Malaysia sebagai mempunyai 'Demokrasi Terbaik' di dunia malah ia sebuah negara contoh dengan Umno sebagai parti pemerintah yang terbesar di dunia untuk membuktikan kenyataan beliau itu benar dan tidak palsu.

"Masa untuk menunjukkan kepimpinan moral sudah tiba," cabarnya.

keadilandaily/-

Polis belasah peserta protes bakar diri

Posted: 15 Aug 2012 12:08 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BEIJING - Protes sekumpulan penduduk Tibet dengan membakar diri di barat China berakhir dengan kematian selepas seorang perusuh dibelasah anggota polis yang bertindak bagi menyuraikan tunjuk perasaan itu, kelmarin.

Keganasan tercetus di wilayah pentadbiran Aba, Sichuan yang sebelum ini menyaksikan berpuluh kes membakar diri sejak beberapa tahun lalu, sehingga memaksa kawasan di bawah pengaruh biara itu dibanjiri polis dan pasukan keselamatan.

Stesen radio Free Asia melaporkan, ketika rusuhan sami Kirti, dua individu dipercayai telah membakar diri di khalayak ramai.

Susulan itu, sepasukan polis cuba menyuraikan rusuhan di lokasi kejadian, namun berakhir dengan pertempuran bersama penduduk Tibet.

Kejadian itu mengakibatkan seorang daripadanya dipukul sehingga mati.

Sejak 2009, hampir 50 penduduk Tibet membakar diri bagi memprotes dasar kerajaan China selain mendesak pemimpin mereka yang hidup dalam buangan, Dalai Lama dikembalikan semula.

Januari lalu, satu siri pertempuran yang sama turut berlaku di Sichuan menyebabkan enam penduduk Tibet terbunuh.

sinar harian/-

Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung

Posted: 15 Aug 2012 12:06 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. REUTERS / Jason Redmond)

LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja.

Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney's Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan.

Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja.

Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.

Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan 'penampilan' pekerja mereka semasa bertugas.

Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.

Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya.

Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.

Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil "pengganas" dan "unta" oleh rakan sekerja dan penyelia.

Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

"Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak gangguan sejak saya mula bekerja di sana," Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika.

"Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab."

Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.

harakahdaily/-

Fauziah bukan pemberi maklumat kami, kata PKR

Posted: 15 Aug 2012 12:02 AM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pemberi maklumat yang didakwa dikaitkan dengan pemberian tender projek sambungan LRT Ampang kepada George Kent Bhd bukanlah pegawai kanan Kewangan Kewangan, Fauziah Yaacob.

Ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang mengecam penulis blog Umno kerana mensasarkan Fauziah dan mendakwa dia adalah pemberi maklumat tersebut.

Rafizi (kanan) berkata, mungkin Fauziah menjadi sasaran mudah kerana
beliau adalah satu-satunya wanita dalam jawatankuasa berkenaan.

Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, turut mengutuk serangan ke atas Fauziah dan berkata perbuatan menyiarkan gambar Fauziah dalam blog yang membuat tuduhan tersebut, adalh tidak wajar.

Beliau mendakwa ia sebagai satu cubaan untuk menutup mulut penjawat awam daripada memberi maklumat kepada pembangkang.

Zuraidah berkata beliau boleh mengesahkan bahawa Fauziah bukan individu yang menyerahkan dokumen berkenaan kepada PKR.

malaysiakini/-

260 pesakit di hospital terima hamper wakil rakyat

Posted: 14 Aug 2012 11:58 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TANAH MERAH: Menjelang lebaran tidak lama lagi, 260 pesakit di Hospital Tanah Merah dapat menyembuyikan rasa sedih dan sayu seketika kerana dikunjungi wakil-wakil rakyat semalam.

Lawatan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustafa dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak dapat melegakan perasaan mereka.

Rombongan wakil rakyat juga disertai Muslimat PAS Tanah Merah, pemuda dan penghulu-penghulu. Kehadiran mereka diiringi pegawai hospital terbabit.

Setiap pesakit menerima hamper sebagai buah tangan, pengubat duka ketika menjalani rawatan di hospital.

Pada kunjungan itu Abdul Fattah juga menyumbangkan kerusi roda kepada seorang warga emas, Zaharah Abdul Rashid, 75, yang terlantar sakit. Beliau berasal dari Kampung Pondok Lama Tanah Merah.

Mereka juga mengunjungi wad kanak-kanak sambil menghulur buah tangan di samping bermesra dengan pesakit dan keluarga mereka.

"Acara ini merupakan aktiviti rutin bagi setiap wakil rakyat di Kelantan. Melalui kunjungan ini diharap dapat melahirkan perasaan gembira pesakit ketika mereka sedang terlantar sakit.

"Malah Islam amat menuntut umatnya menziarahi orang sakit dan mendoakan kesejahteraan buat mereka," katanya ketika ditemui selepas itu.

Hari ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota-anggota Exco melawat pesakit di Hospital Raja Peremuan Zainab II.

harakahdaily/-

PKR lancar kempen turun harga kereta

Posted: 14 Aug 2012 11:55 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: PKR hari ini melancarkan kempen 'Turunkan Harga Kereta' mengambil kesempatan cuti balik kampung Hari Raya Aidilfitri.

Pelancaran dilakukan di Ibu Pejabat PKR oleh Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad tengahari ini.

Menurut Nik Nazmi, pelancaran itu bertujuan agar cadangan PKR menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat sampai ke seluruh pelosok negara.

Sebanyak 50 ribu pelekat kereta 'Turunkan Harga Kereta' telah dicetak dan akan diagihkan mulai hari ini di sekitar Lembah Klang.

"Untuk minggu ini, kita akan mengagihkan pelekat ini di tol-tol, manakala selepas cuti Hari Raya kita akan mengagihkannya keseluruh negara melalui pejabat-pejabat PKR setempat," katanya.

Selain dari pelekat kereta, PKR juga turut mengubahsuai sebuah kereta Proton Tiara bagi menjadi kereta rasmi kempen tersebut.

"Bermula 24 Ogos ini, pasukan kempen akan mula menjelajah tempat-tempat yang dipilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta.

"Kita juga akan turut mengadakan forum yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bermula 2 September nanti," sambungnya lagi.

PKR juga turut mengadakan kempen di laman sosia www.facebook.com/turunkanhargakereta dan menyeru seberapa ramai rakyat menyokong laman ini dan menyebarkan logo kempen.

PKR yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

"Logo kempen dipilih tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat tanpa mengiran latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta tidak membebankan rakyat," sambung beliau lagi.

PKR turut meminta rakyat Malaysia membantu mempromosi kempen ini dengan menghiasi laman facebook dan twitter dengan logo 'Turunkan Harga Kereta' bermula hari ini.

harakahdaily/-

Tahanan Palestin seludup sperma untuk isteri

Posted: 14 Aug 2012 11:51 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TEBING BARAT - Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di hospital di Nablus melalui pembedahan, kelmarin hasil daripada sperma milik bapanya yang diseludup keluar dari penjara Hadarim di tengah Israel.

Bayi sihat dinamakan Muhannad itu adalah anak ketiga kepada tahanan Palestin, Ammar, 37, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan Dallal Ziben, 32.

Menurut Dallal, walaupun dia tidak pernah bertemu dengan suaminya sejak 15 tahun lalu, impiannya untuk mempunyai seorang anak lelaki termakbul dengan izin ALLAH SWT selepas dia menjalani prosedur permanian beradas.

Bagaimanapun, butiran lanjut bagaimana sperma milik suaminya itu berjaya diperoleh dengan selamat tidak didedahkan.

Dalam satu kenyataan, doktor yang melakukan prosedur tersebut memaklumkan mereka ada melakukan proses pemisahan jantina sebelum menjalankan prosedur permanian beradas itu sebanyak tiga kali kerana Dallal berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki.

Sementara itu, Samer Samaro dari kementerian hal ehwal banduan di Nablus menyatakan, tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan anak walaupun mereka berjauhan dari isteri dan keluarga tercinta.

"Kami berharap, isu ini mendapat persetujuan dari pihak Israel kerana ia adalah hak asasi manusia sejagat," tegasnya.

sinR HARIan/-

37 terbunuh serangan berani mati di Afghanistan

Posted: 14 Aug 2012 11:47 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Salah seorang mangsa letupan)

KABUL: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh selepas beberapa siri pengeboman di Afghanistan, termasuk satu serangan di mana tiga pengebom berani mati melakukan serangan di barat daya Afganistan.

Letupan di Zaranj, ibu negeri wilayah Nimroz, di sepanjang sempadan Iran, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang dan mencederakan 80 orang.

"Pengebom meletupkan diri dalam pasar yang sesak kerana menjadikan orang awam sebagai sasaran, tiada pengkalan tentera kerajaan yang berdekatan tempat tersebut," Gabenor wilayah tersebut, Abdul Karim Barahawi, memberitahu agensi berita Reuters.

Tiga pengebom berani mati dari kumpulan 11 orang pengebom meletupkan diri di kawasan berasingan di bandar, salah satunya di luar hospital, kata polis.

"Ini adalah sebuah kumpulan yang terdiri dari 11 pengebom yang mahu mengadakan serangan serentak di seluruh bandar," timbalan ketua polis wilayah Mujibullah Latifi memberitahu agensi berita AFP.

"Pasukan keselamatan membunuh dua dari tiga pengebom berani mati malam tadi dan menahan tiga yang lain pagi ini. Tiga pengebom berani mati yang lain berjaya meletupkan bom manakala tiga yang lain ditembak mati."

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap kajian itu, tetapi serangan seumpama ini biasanya dikaitkan dengan Taliban, yang berjuang untuk menggulingkan kerajaan Presiden Hamid Karzai yang disokong oleh Barat.

Wartawan Al-Jazeera, Jennifer Glasse, melaporkan dari Kabul, berkata serangan ini "menandakan hari yang paling menakutkan untuk orang awam Afghanistan pada tahun ini".

Nimroz merupakan wilayah yang biasanya aman tetapi telah berlaku peningkatan dalam keganasan baru-baru ini di wilayah tersebut.

Bom juga diletupkan di sebuah pasar di wilayah utara Kunduz, mengorbankan 10 orang dan mencederakan 36 yang lain.

Letupan, yang membunuh beberapa orang kanak-kanak itu berlaku ketika orang-ramai yang selesai membeli barang-barang sedang menuju rumah ke rumah untuk berbuka puasa.

Sabtu lalu, seorang anggota polis Afghanistan membunuh 11 pegawainya di daerah Dilaram.

harakahdaily/-

Ular sawa gergasi ditangkap

Posted: 14 Aug 2012 11:38 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

FLORIDA : Seekor ular gergasi sepanjang 5.4 meter dengan 87 telur ditangkap ketika ia berkeliaran di Taman Negara Everglades.

Ular sawa Burma seberat 70 kilogram itu adalah yang paling besar pernah ditemui di Florida dan dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Amerika Syarikat.

Ular jenis itu berasal dari Asia Tenggara tetapi beribu-ribu ekor haiwan berkenaan dipercayai hidup di taman negara itu selepas dilepaskan oleh penduduk dan beranak-pinak.

Dan saintis memberi amaran, haiwan sebesar itu boleh memusnah hidupan lain.

Pakar dari Muzium Florida, Kenneth Krysko berkata: "Ular sepanjang 17 kaki akan memakan apa saja yang diingininya.

"Ular ini hidup sejak sekian lama di hutan. Tidak ada apa yang dapat menghalang mereka dan hidupan liar lain berdepan dengan masalah."

Ular sawa yang dibunuh itu mempunyai bulu di dalam perutnya. Saintis merancang untuk mengenal pasti hidupan liar yang dimakannya.

Ular sawa Burma membiak di kawasan iklim panas dan lembap di Everglades selepas banyak di antaranya dibebaskan oleh pemiliknya.

Pakar berkata, yang lain mungkin terlepas dari kedai haiwan peliharaan selepas Taufan Andrew pada 1992 dan membiak sejak itu.

Ular itu membunuh mangsa dengan membelit dan melemaskannya. Mereka mampu menelan haiwan sebesar rusa dan buaya.

Pengimportan ular sawa kini diharamkan di Florida dan kerja memburunya dibenarkan.

Bagaimanapun, langkah itu memberi kesan yang kecil saja terhadap populasi mereka.

Pakar bilogi Muzium Florida, Rob Robins berkata, haiwan itu sukar ditangkap dan memandangkan mereka sudah membiak di Everglades, usaha untuk menghapuskan mereka tidak mungkin dapat dilakukan.

"Saya percaya anda akan melihat lebih banyak ular seumpama itu ditangkap," katanya. - DM

Pengusaha pasaraya degil berdepan tindakan

Posted: 14 Aug 2012 11:26 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

AYER KEROH – Tindakan pasaraya menjual barangan tidak menepati syarat ditetapkan mengundang padah, apabila kesemua barangan terbabit disita dalam operasi Jabatan Kesihatan sempena Aidilfitri.

Dalam operasi dipanggil Ops Raya bermula 1 Ogos hingga semalam, sebanyak 3,488 jenis barang disita Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melibatkan nilai RM19,332.99.

Timbalan Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata, nilai rampasan keseluruhan melibatkan RM43,557.61 iaitu barangan yang menyalahi Akta Makanan 1983.

Menurutnya, biarpun pihaknya sudah memaklumkan kepada pengusaha premis atau pasaraya seluruh negeri mengenai operasi yang dijalankan, masih ramai yang degil.

"Semasa serbuan, banyak makanan yang sudah tamat tarikh luput, rosak, tercemar, tidak berlabel dan tidak mempunyai maklumat lengkap, menyebabkan kita terpaksa ambil tindakan rampas," katanya ketika mengikuti operasi berkenaan, di sebuah pasaraya dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Seet Har Cheow dan Timbalannya, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.

sinar harian/-

Raja segala ikan, sekilo RM300

Posted: 14 Aug 2012 11:21 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

JERANTUT: Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram.

Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing.

Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.

Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh.

Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal.

"Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.

"Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar.

"Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram," katanya.

Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).

Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar.

Harian Metro

Obama minta diberitahu penemuan makhluk asing

Posted: 14 Aug 2012 11:15 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PASADENA, California - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar kecil) kelmarin telah mengusik beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab dalam penerokaan kenderaan Curiosity di Marikh.

Obama memberi arahan kepada mereka agar memaklumkan dengan segera kepadanya jika mereka bertemu dengan makhluk asing di planet tersebut.

"Jika secara kebetulan anda bertemu dengan hidupan asing di Marikh tolong beritahu saya dengan segera," kata Obama sambil bergurau ketika dia menghubungi para saintis di sebuah makmal NASA di California dari pesawat Air Force One.

"Saya mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan namun ia (penemuan itu) akan berada dalam senarai utama saya. Walaupun ia hanya sejenis mikro organisma, saya sangat teruja untuk mengetahuinya," kata Obama.

Kenderaan robotik Curiosity itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.

Ia mendarat di Kawah Gale yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.

Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).

Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum ia tiba di Marikh. - AFP

Ops Selamat hari ke 2: 287 kemalangan dicatatkan

Posted: 14 Aug 2012 11:06 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Sebanyak 287 kes dengan satu kemalangan maut di sekitar ibu negara dicatat sepanjang dua hari Ops Selamat yang bermula Ahad lepas, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, sebanyak 120 kes dicatat pada hari pertama Ops Selamatdiikuti 167 kes semalam dengan satu kemalangan maut membabitkan pejalan kaki di Jalan Puchong.

"Kami masih cuba untuk meminimakan angka kemalangan ini, terutama kemalangan maut, dan apa yang dapat saya lihat sejak dua hari Ops Selamat dilancarkan, ada sedikit penurunan kes kemalangan berbanding sebelum ia dilancarkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Taman Desa, di sini semalam.

Mohmad menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya serta merancang perjalanan mereka bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama yang ingin pulang ke kampung. — BERNAMA

Nyawa bagai dihujung tanduk

Posted: 14 Aug 2012 08:31 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BAGAN SERAI - Lebih 50 petani, di sini menyifatkan nyawa mereka bagai di hujung tanduk apabila tiang elektrik yang berada di tengah-tengah sawah masih tidak dipindahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Justeru, petani di bawah Unit Masjid Tinggi ini menggesa TNB memindahkan lebih sepuluh tiang elektrik yang ditanam di tengah-tengah tanah sawah bagi memudahkan urusan menuai padi.

Timbalan Ketua Unit Masjid Tinggi, Muslan Mohd Hanafiah, 36, berkata, masalah itu berlarutan sejak tiga tahun lalu apabila syarikat berkenaan berjanji untuk memindahkan tiang elektrik tersebut setelah pemasangan tiang elektrik baru siap di sepanjang jalan ban masuk ke kampung Parit Haji Ali, di sini.

Bagaimanapun, sehingga kini usaha pemindahan tiang elektrik itu masih tidak dilaksanakan dan ia menyukarkan petani menuai padi, lebih-lebih lagi dengan keadaan kabel elektrik yang semakin mengendur.

"Keadaan lebih berbahaya buat pengguna jentera padi yang bimbang kemungkinan berlaku renjatan elektrik.

"Selain itu, petani turut berhadapan dengan kemungkinan gagal menuai sepenuhnya disebabkan bimbang keselamatan diri dan perkara itu pasti merugikan kami," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini.

Pemandu mesin padi, Khairul Anuar Jamhari, 32, berkata, masalah kewujudan tiang elektrik itu melibatkan keluasan kawasan kira-kira 40 hektar dan berjarak hampir 1.5 kilometer.

Menurutnya, TNB perlu segera memindahkan tiang elektrik itu memandangkan musim menuai padi sudah tiba dan pihaknya tidak mahu berdepan risiko kehilangan nyawa akibat keadaan kabel elektrik yang kendur.

"Perkara ini pernah diadukan kepada syarikat berkenaan, bagaimanapun mereka menyatakan akan melaksanakan kerja pemindahan apabila sudah mempunyai peruntukan.

"Bagaimanapun, sudah beberapa bulan sejak aduan dikemukakan, kami masih belum melihat sebarang usaha pemindahan dan perkara ini sudah pasti merunsingkan kami, "katanya.

Sementara itu, sumber dari TNB Bagan Serai ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima aduan petani mengenai keadaan tiang elektrik yang masih belum dipindahkan.

Menurutnya, satu kertas kerja disiapkan bagi tujuan pemindahan tiang elektrik itu membabitkan peruntukan sejumlah RM9.8 juta dan projek itu membabitkan 38 lokasi di seluruh daerah ini.

"Kerja-kerja pemindahan tiang elektrik ini masih belum dilaksanakan disebabkan ia melibatkan elektrik bervoltan tinggi yang memerlukan kos kerja yang tinggi.

"Setakat ini, kertas kerja mengenai perlaksanaan projek itu sudah disiapkan dan kami hanya menunggu kelulusan peruntukan daripada TNB Pusat bagi memulakan projek berkenaan," katanya.

Katanya, projek pemindahan tiang elektrik itu dijangka akan bermula awal tahun hadapan dan berharap masalah dihadapi petani akan selesai segera.

RM10 Juta Untuk Belot?

Posted: 14 Aug 2012 08:23 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Phobia akan berlaku pembelian calon atau wakil rakyat di Sabah kini sudah mula dirasakan. Ini berikutan sudah ada perundingan-perudingan kecil menerusi 'calo-calo' politik dengan orang tertentu.

Sudah ada tawaran dengan nilai berbagai-bagai dibuat ke atas mereka yang berpotensi menang di dalam pilihan raya akan datang.

Karim Ghani (kiri) bersama Wilfred Bamburing.
Politik beli calon dan beli wakil rakyat semacam sudah menjadi budaya di Sabah. Perilaku ini adalah sejarah yang diketahui umum. Semacam tidak sah kalau aktiviti pembelian ini tidak berlaku. Di Sabah pembelian bukan setelah seseorang menang, tetapi sebelum menang lagi ia sudah berlaku.

Mereka yang berjaya mendaftarkan diri sebagai calon sudah ada nilai harga tersendiri mengikut kelas dan standardnya. Diibaratkan ketika masih dalam telor lagi sudah ada harga.

Tektik menajakan calon bebas atau menawarkan imbuhan kepada calon belot sudah menjadi permainan biasa yang tidak menghairankan. Kalau urusan ini tidak berlaku seakan pilihan raya Sabah tidak sah. Cakap-cakap ataupun tawar menawar bukan lagi di dalam gelap tetapi secara terus terang dilakukan oleh calo atau wakil masing-masing.

Bekas Ketua Penerangan Umno Sabah yang kini menjadi penggerak utama PKR Sabah, Abdul Karim Ghani secara tidak langsung telah menyebutkan perkara ini kepada saya ketika di lapangan terbang Kuching sewaktu menanti ketibaan Anwar Ibrahim. Apabila saya mengajukan apakah kemungkinan politik beli calon dan wakil rakyat boleh mengagalkan agenda menawan Sabah, beliau dengan cepat mengatakan, "iya ini sudah tentu berlaku...," bahkan tekannya ia sudah berlaku.

Politik munafik ini menurutnya ada dua versi, pertama mereka akan menaja calon-calon tertentu untuk ikut bertanding dan kedua akan membeli wakil rakyat yang menang. Katanya mereka sanggup memberi berapa banyak yang mahu. Tentulah harga yang menang lebih tinggi dari yang (calon) yang kalah.

"Sudah kedengaran kini ada seseorang berpotensi, tidak perlu saya menyebut namnaya sudah didatangi broker Umno menawarkan wang sekiranya sedia berpaling tadah," kata Karim. Menuruntnya beliau difaham broker itu adalah atas suruhan Ketua Menteri, Musa Aman.

Jelas Karim lagi setakat ini jumlah paling tinggi ditawarkan sebanyak RM10 juta. Kalau anda sedia menjadi alat Umno, mengkhianti hasrat rakyat yang mahukan perubahan, upahnya RM10 juta. Begitulah tutur broker berkenaan kepada bakal calon berpotensi itu, cerita Karim.

Fenomena itu membimbangkan beliau dan ia boleh mengganggu agenda merampas Sabah yang nampak sangat cerah kini. Bagaimana pun atas usaha dan semangat ingin melihat politik Sabah berubah dan tidak menjadi monopoli satu kuasa beliau berharap semoga aportunis-opirtunis yang mencari wang dengan cara ini tidak akan berlaku lagi.

Dan Umno sebagai berpotensi melakukan perdagangan manusia yang keji sebegini diharap akan menghentikan dan cubalan membawa politik gentleman dan bersendikan undang-undang. Dalam pada itu fenomena jahat yang mengkhianati prisip demokrasi ini diatasi dengan adanya kerjasama SPRM. SPRM perlu bertindak mengikut mekanismenya sendiri bagaimana untuk memberkas orang-orang yang mengamalkan politik rasuah dan jahat ini.

Mungkin tindakannya bermula sejak dari broker lagi kerana mereka juga mendapat untung mudah dengan menguruskan 'perdagangan manusia' sebegini.

SELATAN ONLINE/-

Dapat RM2 juta keluarkan fatwa haram undi DAP

Posted: 14 Aug 2012 08:16 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MINGGU lepas, pada 8 Ogos 2012, seorang pengasas pondok Geting, Abdullah Sa'amah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam mengundi DAP.

Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.

Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta.

ReJaM© "Jual beli fatwa lebih untung daripada jual unta... "

HARAKAHDAILY/-

Fitnah, rasis, cemarkan Ramadan

Posted: 14 Aug 2012 08:05 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Hanya beberapa hari saja lagi Ramadan Kareem tahun ini akan melabuhkan tirainya. Mereka yang penuh takwa, yang merasakan nikmat dan indahnya Ramadan, kepergian bulan mulia ini diiringi dengan air mata – entah berjumpa lagi atau tidak tahun depan.

Sepanjang Ramadan ini, majlis dan surau terutama di bandar, meriah dan makmur dengan kehadiran jemaah yang melimpah – lebih daripada biasa – bersolat tarawih, bertadarus, qiamullail dan segalanya. Lebih lagi dengan menunggu ketibaan malam Lailatul-Qadr.

Demikianlah mereka mendakap Ramadan Kareem dengan penuh khusyuk, di masjid dan surau yangn menjadi destinasi utama untuk beribadah. Itulah wajah umat yang berusaha untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Tetapi malangnya, di luar masjid, terutama di dunia politik, keadaan jauh berbeza dengan suasana di rumah Allah itu. Dunia politik tanah air, walaupun pada bulan Ramadan, terus menerus diselubungi suasana fitnah, perkauman yang seru, penyelewengan, tipu daya, perlakuan orang-orang yang sempit fahaman agamanya, malah keadilan Islam menjauh.

Semuanya ini adalah sampah sarap dan kotoran yang memudaratkan manusia pada ketika umat yang benar-benar mencari keredhaan Allah SWT menjalankan ibadah Ramadhan yang murni itu.

Fahaman Islam yang sempit disebabkan kejahilan, kekeliruan dan mungkin juga dikeranakan oleh kepentingan duniawi adalah gejala yang merosakkan kesyumulan Islam yang menuntut umatnya bersikap wasatiyyah – sederhana, seimbang, adil dan menjadi saksi antara manusia dan Rasul pula menjadi saksinya.

Yang lebih mengerikan ialah suasana fitnah yang marak menyala, beriringan dengan suara dan aksi perkauman yang sangat mengerikan, seolah-olah menjadi budaya masa kini. Pada hal Islam menentang keras segala bentuk perkauman kerana ia suatu kezaliman. Malah Nabi SAW sendiri dalam hadisnya mengatakan tidak mengaku umatnya mereka yang meniupkan perkauman.

Fitnah yang tajam dan hasutan begitu berleluasa untuk menghancurkan musuh politik dengan apa carapun – baik melalui siaran media cetak, temu ramah, tayangan video, media on-line, blog, majlis parti politik dan pelbagai lagi. Lebih-lebih lagi menjelag pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Seolah-olah pelaku yang meniupkan fitnah, hasutan dan perkauman yang tajam ini tidak terikat dengan batas hukum, undang-undang, etika moral dan kemanusiaan. Mereka melakukan dengan cara 'membujur lalu melintah patah'. Seolah-olah dunia politik adalah medan untuk melakukan segalanya demi untuk kuasa.

Tiupan perkauman yang kencang – melaga-lagakan antara kaum dan parti politik menjadi fenomena terkini dan nampaknya tidak ada tanda-tanda akan berhenti.

Ternyata politik survival of the fittes dan konsep politik Machiavelli – tujuan menghalalkan cara - menjadi amalan pelaku politik sekular ini. Dalam keadaan begini – yang berlaku walaupun pada bulan Ramadan – memberi gambaran seolah-olah tidak ada tempat untuk memikirkan dosa pahala.

Dalam suasana yang gawat ini, golongan intelektual, malah sesetengah agamawan juga membisu seribuh bahasa. Malah lebih malang lagi ada pula segolongan kecil mereka ini yang ikut serta 'merancakkan' suasana seperti ini, sama ada mereka sedar ataupun tidak.

Disebabkan kegawatan ini, tentu saja ada yang bertanya, di mana roh dan semangat Ramadan. Di mana sentuhan kekudusan Ramadan yang di dalamnya diturunkan al-Quran dan Lailatul Qadr. Di mana perginya jati diri Melayu/Islam, kalau adapun jati diri mereka. Jelaslah bahawa politik sekular memungkinkan semuanya ini berlaku.

Oleh itu, sungguh malang, negara Melaysia yang akan menyambut 55 tahun merdeka di selubungu suasana yang sedemikian rupa. Ini adalah 'penyakit' yang sangat merbahaya sedang menyerang tubuh umat di negeri ini.

Kita akan menyambut Edul-fitri dalam dalam dua tiga hari lagi dan selepas itu akan menyambut ulang tahun ke 55 kemerdekaan negara ini, tetapi sungguh malang ia akan disambut dalam suasana yang sedemikian rupa.

Di sinilah, menurut pendapat saya, para pendukung gerakan Islam dan politik Islam seperti PAS menggandakan usaha mereka untuk menjernihkan semula suasana yang kotor dan memudaratkan ini.

Saya percaya masih ramai lagi umat Islam yang prihatin, para intelektual dan ulama yang berwibawa, sedang berusaha membetulkan kerosakan dalam masyarakat ini. Walaupun usaha ini amat sukar, tetapi ini sebenarnya adalah jihad menentang kemungkaran. Tentunya fitnah, hasutan, perkauman yang sempit dan seumpamanya ini adalah kemungkaran.

Edul-Fitri yang akan kita sambut ini hanya bermakna jika segala kemungkaran – terutama di pentas politik ini – dapat dibersihkan. Inilah cabaran yang sangat besar dihadapi oleh umat dan mari kita memanjatkan doa semoga Allah SWT menyelamatkan negara dan umat ini.

Allahu Akbar! Allahhu Akbar! Allahhu Akbar!
Selamat Menyambut Edul-Fitri, maaf zahir batin

harakahdaily/-

Perkataan Allah dan Muhammad di tapak kasut

Posted: 14 Aug 2012 08:01 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

harakahdaily/-

Rakyat Libya bantu pemberontak Syria bertempur askar rejim Bashar

Posted: 14 Aug 2012 07:46 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

EMPAT anggota pemberontak menunjukkan seorang juruterbang (duduk) yang ditangkap selepas jet tentera Syria yang dikendalikan jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria kelmarin.

DAMSYIK - Sejumlah pejuang veteran dalam perang saudara di Libya pada tahun lalu kini tampil di barisan hadapan untuk membantu melatih dan menyusun pemberontak dalam situasi yang lebih meruncing berbanding ketika perang menentang Muammar Gaddafi, kata seorang pejuang berdarah Libya-Ireland kepada agensi berita Reuters.

Gaddafi mati dibelasah para pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu selepas berbulan-bulan menghadapi tentangan daripada penduduknya. Pejuang veteran Libya yang bertempur bersama kumpulan pemberontak di Syria itu, Hussam Najjar berasal dari Dublin dan memiliki bapa berdarah Libya manakala ibunya berbangsa Ireland.

Dia yang menggelarkan dirinya Sam, merupakan seorang penembak tepat terlatih.

Sam dahulunya merupakan anggota unit pemberontak yang menggempur kompleks Gaddafi di Tripoli setahun lalu. Unit tersebut diketuai oleh ketua militia dari pergunungan barat Libya, Mahdi Al-Harati.

Mahdi kini mengetuai sebuah unit pemberontak di Syria yang kebanyakannya disertai oleh warga tempatan selain beberapa pejuang asing termasuk 20 anggota kanan yang pernah menganggotai unit pemberontak di Libya pada tahun lalu.

Menurut Hussam, dia diminta oleh Mahdi untuk menyertai unit tersebut dari Dublin beberapa bulan lalu.

Pasukan pejuang Libya itu membantu pemberontak Syria itu termasuk beberapa pakar komunikasi, logistik, isu kemanusiaan dan senjata berat.

Menurut Hussam, mereka mengendalikan kem latihan dan mengajar kecergasan serta taktik di medan perang.

Sementara itu, satu klip video di YouTube menunjukkan seorang juruterbang tentera Syria ditahan beberapa anggota pemberontak.

Juruterbang itu menaiki sebuah jet tentera Syria yang jatuh ditembak di Deir el-Zour, Syria kelmarin.

Konflik di Syria bermula pada Mac tahun lalu apabila para pemberontak menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Lebih 20,000 orang dianggarkan terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar.

Para pemberontak menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran gagal membawa pembaharuan demokrasi dalam pentadbirannya. - Agensi

Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok

Posted: 14 Aug 2012 07:39 PM PDT

25 Ramadhan 1433H. [MOD] -

(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.

Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

harakahdaily/-

DPP PADANG TERAP

Posted: 14 Aug 2012 09:47 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Tazkirah Ramadhan. Hijau Anak Muda Menuju Putrajaya. Oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

Posted: 14 Aug 2012 06:57 AM PDT










PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Aug 2012 09:43 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jamuan Hari Raya PAS Rembau 26 Ogos 2012

Posted: 14 Aug 2012 06:23 PM PDT

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 14 Aug 2012 09:40 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Sabah mahu dua penulis anggotai panel RCI

Posted: 14 Aug 2012 04:52 AM PDT

Kota Kinabalu: PAS Sabah menggesa kerajaan pusat sebagai memasukkan dua pengarang yang menulis secara meluas mengenai ledakan luar biasa penduduk Sabah dalam panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di negeri ini.

Mutalib Muhd Daud dan Dr. Chong Eng Leong telah menulis beberapa buah buku mengenai topik tersebut. Mutalib adalah anak kelahiran Kedah yang kini menetap di Sabah, manakala Chong menulis buku ketika beliau menjadi pemimpin PBS. Chong kini bersama PKR.

 
Ketua Publisiti Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Muhammad Nor berkata dewan itu tidak gembira dengan barisan anggota RCI kerana ia kekurangan pakar mengenai isu berkenaan


"Mutalib dan Chong telah terlibat dalam menulis pendedahan mengenai isu pendatang haram di Sabah," tegas Mohd Firdaus.


Beliau berkata seorang lagi tokoh pakar yang penting kepada panel tersebut ialah Tan Sri Simon Sipaun, yang telah melakukan penyelidikan terhadap topik tersebut ketika berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).


"Tidak ada seorang pun yang terbabit dalam siasatan tersebut yang benar-benar boleh mewakili rakyat Sabah," katanya.


Sumber: Malaysiakini 

misbahul munir

Posted: 14 Aug 2012 09:39 PM PDT

misbahul munir


Kenyataan Akhbar Presiden PAS mengenai Isu Hudud

Posted: 14 Aug 2012 08:09 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 14 Aug 2012 09:31 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Fatwa dibayar ? Apa sebenarnya ini?

Posted: 14 Aug 2012 06:29 PM PDT

Program Jelajah Dewan Muslimat Pusat ke Pasir Salak : DUN Kampung Gajah

Posted: 14 Aug 2012 04:04 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 14 Aug 2012 07:41 PM PDT

Rembau Hari Ini


Jamuan Hari Raya PAS Rembau 26 Ogos 2012

Posted: 14 Aug 2012 06:21 PM PDT

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690

Kenapa bangkit kebencian ketika sambutan bulan kemerdekaan?

Posted: 14 Aug 2012 12:48 AM PDT

August 14, 2012

LMNS sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang dari Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka.

SEREMBAN: Timbalan Yang DiPertua PAS Rembau, Rozmal Malakan menegur mengenai penganjuran Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September ini oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Rozmal, berkata kenapa forum tersebut hanya berkisar mengenai kekejaman komunis sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan.

"Kita tidak menafikan sejarah. Kita juga tidak mahu sejarah berulang. Kita perlu belajar dari sejarah".

"Komunis telah meletakkan senjata di Malaysia dan ada di antara mereka sekarang ini bersama-sama dalam masyarakat dalam kehidupan seharian.

"Jika tentera Amerika dan Jepun yang berperang dalam perang dunia kedua boleh duduk semeja dalam satu forum mengimbau sejarah lalu, kenapa tidak bekas komunis dan bekas anggota keselamatan kita duduk berbincang dalam satu forum mengenang sejarah lampau, agar ianya tidak berulang?" kata beliau.

Menurut RozmaL, kita ada Muzium Tentera Darat yang hebat di Port Dickson, kenapa program seperti ini tidak dianjurkan oleh Muzium Tentera Darat.

Pahlawan Melayu

Katanya, LMNS sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang dari Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka.

Beliau berkata, pahlawan Melayu dari Negeri Sembilan, khususnya dari Rembau yang banyak melakukan serangan ke atas penjajah Portugis untuk merampas kembali Melaka.

"Rakyat mengenali Tok Janggut sebagai seorang pahlawan di Kelantan ketika zaman penjajahan British. Begitu juga dengan Datuk Maharaja Lela di Perak dan Mat Kilau di Pahang.

"Tetapi berapa ramai anak jati Negeri Sembilan yang mengenali pahlawan tempatan yang berjuang menentang British dan komunis?

"Saya pasti sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan tidak tahu sejarah ini. Seharusnya LMNS menumpukan kepada forum atau program yang menampilkan tokoh pahlawan dari negeri Sembilan seperti Datuk Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan Prebet Ujang", tanya Rozmal.

Musuh ketat

Rozmal berkata suatu ketika dulu Jepun dan Amerika Syarikat merupakan musuh ketat dalam  perang dunia.

"Hari ini Jepun boleh melabur di Amerika Syarikat dan membuka pelbagai bentuk perniagaan termasuk industri kereta, kamera, peralatan elektrik dan perfileman di Amerika Syarikat.

"Kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dalam acuan tempatan dengan menjemput bekas-bekas komunis untuk sama-sama memberikan pendapat dan nasihat kepada generasi baru?

"Kenapa harus dingat-ingatkan kembali keganasan komunis yang hanya akan menimbulkan perasaan kebencian dan prasangka tidak baik kepada sesebuah etnik kaum", kata Rozmal.

Ditanya FMT apakah forum ini mungkin tersirat agenda politik untuk menguntungkan parti pemerintah, Rozmal berkata beliau tidak mahu membuat tuduhan melulu sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat persepsi masing-masing.

"Cuma saya rasa agak samar apakah sebenarnya objektif penganjuran forum ini.

Forum yang akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan akan menampilkan tiga panel iaitu ahli akademik, Datuk Nadzan Haron; Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Untuk mengukuhkan hujah,  Rozmal berkongsi maklumat dengan FMT berhubung fakta ringkas berkaitan tokoh-tokoh pahlawan Negeri Sembilan.

Dato' Siamang Gagap

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang kerajaan Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Sarjan Hassan

Filem Sarjan Hassan lakonan P Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar Sarjan Hassan. Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927.

Pada usia tujuh tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai lima orang, datuknya Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun kerajaan Malaysia . Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Leftenan Adnan dan Prebet Ujang

Leftenan Adnan dan Prebet Ujang pernah berjuang menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.

Sebelum itu mereka juga berusaha menyekat kemaraan tentera British di Padang Lebar, Batu Kikir.


PAS LENGGONG

Posted: 14 Aug 2012 07:33 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 13 Aug 2012 11:18 PM PDT

Dr Juanda: Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan"

UMNO kantoi lagi: Ini sebabkan Angkara kenyataan Tok Guru pondok Mufti: K'jaan bermaruah tak akan biar gelar 'kafir harbi'
 


Posted: 13 Aug 2012 09:58 PM PDT


Contoh kebodohan blogger mesra Umno menyebarkan fitnah

http://duniacacamarba.blogspot.com,14 Ogs 2012

Blog mesra UMNO sedang menyebar cerita kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh paderi gay ke majlis resepsinya baru-baru ini. Untuk menguatkan dakwaan itu, mereka menyiarkan gambar kad jemputan kononnya milik pasangan gay itu yang tertera nama DSAI.
Melalui kad itu, mereka cuba menggambarkan bahawa paderi gay itu menjemput DSAI atas dasar kononnya DSAI menyokong amalan lesbian dan homoseksual di negara ini. Mungkin juga untuk menguatkan dakwaan fitnah kes liwat sebelum ini dan sudah tentu untuk meracun orang Melayu agar tidak menyokong Pakatan Rakyat.
Macam lahanat.
Blog yang mana? Cuba baca di sini.
Cerita majlis resepsi paderi gay itu di sini.
Logiknya, kalau kad itu untuk DSAI, bagaimana kad itu ada pada mereka? Sudah tentulah kad itu ada pada DSAI.

Posted: 13 Aug 2012 09:53 PM PDT


Hudud: PAS terima sikap DAP, tidak bagi Umno

Subky Latif,14 Ogs 2012
Pendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat diterima.

PAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang  tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.

Apakah sikap PAS itu munafik?
Tidak. PAS telah membuat  sikap yang betul. Sikap PAS itu dibuat mengikut kaedah siasah syariyah yang menjadi pegangannya dalam mengendalikan politik  di negeri ini.

Berpandukan kepada sejarah hijrah Rasulallah SAW ke Madinah, dakwah baginda ditolak orang ahli kitab – Yahudi dan Nasrani. Bukan saja Islam yang baginda bawa mereka tolak, bahkan mereka tolak baginda sebagai Rasul sedang mereka tahu bahawa baginda adalah Rasul akhir zaman yang dirakam dalam Taurat dan Injil.

Tetapi ini tidak menghalang baginda mengikat perjanjian dengan Yahudi untuk hidup bersama di Madinah. Baginda dengan agamanya dan Yahudi dan Nasrani dengan agamanya. Baginda tidak beramal dengan agama mereka, dan mereka juga tidak beramal dengan agama Islam yang baginda bawa.

Yang menjadi masalah kepada baginda dan umat Islam di Madinah ialah golongan munafikin pimpinan Abdullah bin Ubai yang sembahyang di belakang baginda dan mengaku Islam di hadapan baginda. Mereka bukan sekadar solat bersama baginda, malah makan bersama dan duduk tekun mendengar kuliah ilmu baginda.

Tetapi di hati mereka tiada sekelumit pun ajaran  Islam mereka terima, bahkan di belakang baginda, mereka memperolok ajaran baginda. Mereka hanya mendakwa Islam di hadapan baginda dan menentang baginda di belakang.

Ada orang Islam bertanya baginda malah minta baginda memancung saja kepada bapa munafik Abdullah bin Ubai itu. Jika itu yang baginda lakukan, mengikut jawapan baginda, orang akan berkata baginda membunuh orang Islam.

Jika baginda boleh boleh mengikat perjanjian untuk hidup bersama dengan Yahudi Madinah yang menolak Islam dan baginda sebagai Rasul Allah, maka PAS mengambil pendekatan untuk bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sekalipun DAP menyatakan sejak awal ia menolak hudud.

PAS mengadakan muafakat dengan DAP yang menolak hudud kerana kita bersama untuk menolak dan menggantikan  kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno yang juga menolak hudud dan pelaksanaan hukum syariat yang lain.

Yang  tidak kurang besarnya mengapa Umno itu ditolak  ialah kerajaan mereka mengamalkan rasuah, menyelewengkan dasar dan harta kerajaan-negara, menentang pekej amalan demokrasi, menolak setengah  hak asasi manusia  yang termasuk  dalam pekej demokrasi, melanggar banyak peruntukan perlembagaan dan menindas rakyat.

Tentangan terhadap penyelewengan ini dikongsi bersama antara PAS dan DAP. Berkongsi  pandangan dalam perkara yang boleh meruntuhkan rakyat dan negara ini menjadi agenda bersama bagi menyelamatkan Malaysia, dan bagi PAS ia menjadi keutamaan sementera mencari formula bagaimana isu hudud itu boleh ditangani supaya kedua-dua PAS dan DAP dapat mencapai persestujuan menang menang.

Perbezaan sikap antara PAS dan DAP itu tidak menghalang kedua-dua pihak berganding bagi mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik, tidak rasuah, adil, melindungi kepentingan rakyat, tidak melanggar prinsip kebebasan beragama.

Sekalipun DAP belum bersetuju dengan hudud tetapi ia menghormati Islam. Sekalipun PAS mahu melaksanakan hudud tetapi ia menghormati kepercayaan beragama anggota DAP. Kita sudah jelas apa yang boleh dibuat sekarang dan apa yang tidak boleh dibuat.

Yang payah tentang, ia mengaku menerima hudud, tetapi ia tidak buat apa semasa ia memerintah dan ia halang dan tolak apa hudud yang kita hendak laksana. Ia solat, puasa dan haji bersama kita, tetapi tidak buat apa yang Islam suruh secara menyeluruh. Ia tentang Islam yang kita hendak buat. Ia buat apa yang ia suka dan tidak buat apa yang ia tidak suka.

Kita menghadapinya kira sama payah dengan Nabi menghadapi orang yang mengaku Islam dan solat di belakangnya, tetapi menentangnya di belakangnya.

Posted: 13 Aug 2012 09:49 PM PDT

Bantah Seksyen 114A

Hari Internet Blackout,

14 Ogos 2012


Posted: 13 Aug 2012 09:42 PM PDT


Berita bergambar: Biarlah anda sendiri bercerita!!!

http://kachipemas.blogspot.com,14 Ogs 2012


Sembang sembang dengan Rakan Rakan Pkr Jimmy Puah dan Danny Tan..di Permas semalam apa yang menarik baju yang di pakai oleh Danny Tan..beliau sebut saya tak takut Hudud,habis siapa sebenarnya yang takut dengan Hudud ? 
Nukilan Abu Luqman

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Aug 2012 03:34 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


10 TAHUN BARU DAPAT 6%?

Posted: 13 Aug 2012 11:38 PM PDT


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

PONTENG KETARA MASA TIMBANG TARA !

Posted: 13 Aug 2012 07:28 PM PDT

Wakil Jana Niaga Tidak Hadir Proses Timbang Tara Hutang Unisel
Komen : Macam kes Syabas bila CEO dan sorang lagi gaji beratus ribu sebulan gagal hadir dalam mesyuarat.Pandai menuduh tapi nak berdepan beri keterangan penakut nak mampus.

SHAH ALAM: Proses timbang tara isu hutang Universiti Selangor (Unisel) dan syarikat pengurusan asrama universiti itu, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), terpaksa ditangguhkan ke esok hari kerana wakil JNSB tidak hadir.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Muhammad Khusrin Munawi yang mengetuai panel timbang tara itu, berkata wakil JNSB hanya memaklumkan mereka tidak dapat hadir perjumpaan yang dijadualkan petang tadi sebelum proses timbang tara dimulakan.

"Kita tidak boleh buat sebarang keputusan sebab wakil JNSB tidak hadir dan maklumkan kepada kita pada saat-saat akhir, jadi hari ini saya teruskan dengan berjumpa wakil Unisel dan mendengar penerangan dari mereka," katanya ketika ditemui di luar pejabatnya, di sini petang Isnin.

Muhammad Khusrin berkata beliau juga telah mengarahkan pegawainya menghubungi JNSB dan meminta mereka hadir esok bagi meneruskan proses timbang tara.

Turut kelihatan keluar dari bilik perjumpaan itu ialah Naib Canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Zainal Abidin Kidam dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Perancangan Strategik Prof Dr Mohamed Daud.

Mengulas lanjut, Muhammad Khusrin berkata Unisel bersedia menjelaskan hutang mereka namun memerlukan jaminan daripada JNSB agar membenarkan penutut Unisel masuk ke asrama masing-masing.

"Kita perlu adakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini, jadi mereka (JNSB) perlu hadir proses timbang tara," katanya.

Sementara itu, wakil JNSB Ketua Residen Penghuni Asrama Noor Ashikeen Mohd Stap ketika dihubungi, berkata beliau tidak mengetahui mengenai ketidakhadiran wakil JNSB dan memaklumkan ia merupakan keputusan pihak atasan syarikat.

Akhbar melaporkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan syarikat JNSB.

Hutang itu termasuk tunggakan bayaran melibatkan kos penyelenggaraan di kampus induk dan operasi asrama universiti milik kerajaan negeri itu.

Rentetan isu itu, kerajaan Selangor pada Rabu lepas mengumumkan sebuah panel timbang tara yang diketuai oleh Muhammad Khusrin dibentuk bagi menyelesaikan masalah antara Unisel dengan JNSB. BERNAMA

ALHAMDULILLAH BERKAT RAMADHAN , MAHKAMAH TOLAK SAMAN!

Posted: 13 Aug 2012 05:33 PM PDT

Mahkamah tolak saman UMNO
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.

Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.

Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.

Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.

"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.

"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.

Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.

Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.
Posted by Lee Al Peraki

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 14 Aug 2012 03:27 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


tazkirah ramadhan 30 saat (11)

Posted: 13 Aug 2012 10:46 PM PDT

Tazkirah Ramadhan 30 saat (11) Sepuluh Akhir Ramadhan 2 7) Allah merahmati manusia. Diciptakannya untuk mencapai kemuncak kemuliaan, bukan menghumbankannya ke lembah hina. Bukankah ditunjukkan kehebatan Adam alaihissalam di hadapan para malaikat, lalu disuruh bersujud kepadanya tanda penghormatan kepada makhluknya yang terbaik? Justeru rahmat Allah ke atas manusia hadir sepanjang masa, apatah saat manusia mencari-cari [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 14 Aug 2012 11:19 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda PAS rai anak yatim mangsa tragedi Takbai

Posted: 13 Aug 2012 11:07 PM PDT


(Anggota rombongan bergambar dengan anak-anak yatim mangsa Tragedi Takbai)

TAKBAI (Thailand): Peristiwa pembunuhan dan kekejaman terhadap umat Islam Takbai masih segar lagi di ingatan umat Islam serantau dan anak yatim yang ditinggal terus menderita hingga kini.

Peristiwa yang berlaku itu hanya dipisahkan sebatang sungai antara bandai Takbai, Thailand dan Pengkalan Kubur di Tumpat.

Walaupun dikala ini umat Islam di Rohingya sedang diratah oleh junta Burma, kesan dan penderitaan balu dan anak-anak yatim Takbai tidak dilupakan.

(Raja Ahmad memberikan ucapan di majlis bersejarah ini)

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan kerjasama beberapa NGO tempatan telah pergi menziarahi anak-anak yatim yang kehilang ibu dan ayah di asrama anak yatim Takbai minggu lalu.

Berbekalkan kiriman doa dan baju raya, makanan dan sedikit wang, satu majlis penyerahan sumbangan kepada anak anak yatim telah diadakah pada 5 Ogos yang lalu.

Rombongan ini diketuai oleh Naib  Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob bersama jentera lajnahnya yang turut serta.

Mereka adalah Timbalan Pengerusi, Ir Haji Ariffahmi, Ustaz Hakim selaku Setiausaha 2, Dr Rosli Ahlani Kader selaku Ketua Unit ParaMedic, Fariz Irwan Datuk Mustafa selaku Ketua Unit Guaman dan Ustaz Mohd Yaser selaku Ketua Unit Perbekalan Lajnah Antarabangsa.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Bandar Takbai yang baru dilantik selepas pilihanraya bandaran, Nawawi Tara.

Nawawi dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPM kerana cakna terhadap anak anak yatim magsa kekejaman Takbai.

Disamping itu Penasihat AYATA (Asrama Anak Yatim Takbai) Ustaz Wan Mohammad juga melahirkan rasa syukur dan gembiranya diatas ingatan dan inisiatif Lajnah Antarabangsa DPPM ini.

Sesungguhnya kunjungan Dewan Pemuda pada kali sedikit sebanyak meringankan sedikit bebanan AYATA dan mampu menceriakan anak anak yatim untuk berhari raya dengan baju baru dan makanan yang berkhasiat.

Dalam ucapan berasingan, Dr Raja Ahmad Iskandar mengingatkan anak-anak yatim dan hadirin yang hadir agar menjadikan ramadhan sebagai penguat semangat dan motivasi untuk terus maju dan berjaya.

Dengan menjadikan hikmah perang Badar dimana tentera umat Islam sedikit dan serba kekurangan tapi mampu menewaskan tentera musrikin begitulah hikmah kepada masyarakat Islam Thailand.

Walaupun minoriti tapi mampu untuk menjadi ummah dan rakyat yang berjaya dan maju dengan menjadikan Islam sebagai panduan hidup dan kerjaya.

Seramai 164 anak anak yatim Takbai dibekalkan sepasang baju raya, duit raya dan sedikit makanan.

Sejumlah RM40000 di salurkan kepada AYATA utntuk pengurusan anak anak yatim dari sudut akademik, kabajikan dan penginapan.

Wang hasil kutipan orang ramai itu disampaikan oleh Dr Raja Ahamd kepada Penasihat AYATA sendiri, Ustaz Wan Mohammad.

PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis

Posted: 13 Aug 2012 11:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda.

Komitmen ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu.

Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama.

"Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat.

"Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini", kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.

Majlis berbuka puasa Musika kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan lebih 10 tokoh yang terkenal termasuk ahli politik.

Antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh.

Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.

Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Maklum balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan program seperti ini dapat membantu mereka mendapatkan pandangan dan jawapan berhubung masalah khususnya berkaitan agama.

"Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam.

"Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah," katanya lagi.

Menurut beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu.

PAS akan beri ruang kepada artis - Salahuddin

Posted: 13 Aug 2012 11:05 PM PDT


KUALA LUMPUR: Lebih 30 artis menyertai usrah bersama Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Wangsa Maju semalam.


Majlis tersebut turut dihadiri Ustaz Azhar Idrus, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Majlis bermula jam 6 petang dengan diskusi ringan pemimpin PAS, Ustaz Azhar bersama artis-artis.

Nasrudin yang ditemui Harakahdaily berkata majlis itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dengan para artis sambil mendapatkan pandangan dan menyatakan harapan mereka kepada PAS.

"Ia juga untuk membuka ruang kepada para artis untuk bertanyakan soalan kepada pemimpin PAS," katanya.

Dalam majlis itu, Salahuddin mengakui sehingga kini PAS masih tidak mempunyai dokumen bertulis mengenai dasar hiburan seperti yang telah dibuat pada konsep Negara Berkebajikan.

"PAS masih baru dalam bidang ini. Yang ada cuma contoh di Kelantan yang kita dah memimpin selama 20 tahun, di Kedah kita masih baru," kata beliau semasa menjawab soalan seorang peserta yang mempersoalkan mengapa PAS seolah-olah mempunyai dasar hiburan yang berbeza di Kedah dan Kelantan.

(Antara artis wanita yang hadir.)

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata PAS akan menerbitkan dasar hiburannya tersendiri dalam masa terdekat.

"Jaminan saya PAS akan beri ruang yang secukupnya kepada artis-artis bergerak dan zero-in pada bidang-bidang khas untuk artis menggunakan kemahiran mereka," kata beliau.

Sementara itu, Harakahdaily juga sempat meninjau keadaan kesihatan saudara Bob Lokman yang menjalani angioplasti baru-baru ini.

"Satu saluran sumbat sedikit… Alhamdulilah sihat. Doktor masih perlu check, minggu depan check paru-paru pula," katanya.

Selepas berbuka, Nasrudin mengadakan usrah bersama exco DPPM manakala Tuan Ibrahim pula menyampaikan kuliah dan bertarawih bersama artis-artis.

Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus.

YB ADUN Kemuning Turun Padang Ke Pasar Isnin, Machang

Posted: 13 Aug 2012 04:40 PM PDT





Rumah Terbuka Aidilfitri Mahasiswa Kelantan 2012

Posted: 13 Aug 2012 04:38 PM PDT


Dupahang's Weblog

Posted: 14 Aug 2012 11:09 AM PDT

Dupahang's Weblog


Hudud: Mufti mesti tegur lebai Umno, media mengelirukan

Posted: 14 Aug 2012 09:55 AM PDT

Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN · Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan lain, kerana bukan hanya [...]

Pemuda Guchil

Posted: 14 Aug 2012 09:42 AM PDT

Pemuda Guchil


Jangan caci hudud, kata Nik Aziz

Posted: 14 Aug 2012 06:48 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Aug 2012 09:10 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program DUN Johol

Posted: 13 Aug 2012 05:46 PM PDT


Jom Qiamullail

Posted: 13 Aug 2012 05:46 PM PDT


PAS Kulaijaya

Posted: 14 Aug 2012 07:56 AM PDT

PAS Kulaijaya


Layanilah anak-anak yatim sebaik mungkin. Sedarlah.....

Posted: 13 Aug 2012 11:25 PM PDT

Pembinaan rumah Mak Teh.

Posted: 13 Aug 2012 08:27 PM PDT

Singgah Iftar PAS Kawasan Kulai.

Posted: 13 Aug 2012 07:30 PM PDT

HUDUD : DAP MENENTANG, UMNO MENOLAKNYA

Posted: 13 Aug 2012 06:54 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 14 Aug 2012 07:22 AM PDT

Landskap Siasah


Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini

Posted: 13 Aug 2012 09:04 AM PDT

Radzi Zainon hulur bantuan sepanjang Ramadhan tahun ini
Desa Pakatan- 12 Ogos 2012
Ramadhan saban tahun tetap menjadi pilihan utama bagi Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat PAS  DUN Sungai Rapat untuk menabur bantuan dan kebajikan kepada rakyat di DUN Sungai Rapat.
Selain khidmat sebagai pentazkirah tetap setiap malam dengan isi tazkirah yang sarat berkenaan motivasi ibadah dan akhlak, beliau juga giat berjumpa dengan rakyat yang memerlukan bantuan.
Semalam beliau dengan kerjasama UPU Desa Pakatan  telah mengagihkan wang zakat kepada hampir 30 orang asnaf yang layak termasuk seorang muslimah yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan di Surau Taman Pinji Mewah. Selepas mengedar duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, majlis berbuka puasa antara asnaf zakat bersama warga PAS Desa Pakatan dan PAS Kawasan Gopeng berlangsung dengan begitu meriah.
"Walaupun dengan kekangan kewangan PAS yang agak terhad, tetapi Alhamdulillah, ramai penyumbang infaq dan zakat yang kami perolehi dapat disegerakan untuk disalur kepada yang 'berhak' tanpa perlu menunggu terlalu lama. Malah semakin kami turun menghulur bantuan, pintu rezeki untuk pertambahan sumbangan daripada para mukhlisin kelihatan memberangsangkan", jelas Radzi Zainon yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng kepada Media Sungai Rapat.
Saudara Radzi Zainon yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Radzi di DUN Sungai Rapat ini  juga telah mengagih bantuan Pusat Khidmat di beberapa tempat lain seperti di Taman Temara, Kampung Sungai Rokam, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Changkat Larang, Kampung Ara Payung dan beberapa kampung lain.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat









Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 14 Aug 2012 07:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAZKIRAH RAMADHAN : TUAN GURU MURSYIDUL AM PAS.

Posted: 13 Aug 2012 08:55 PM PDT

" PROJEK BAIK PUNYE" KAT BANGUNAN UMNO...

Posted: 13 Aug 2012 08:28 PM PDT

HUDUD: UMNO JELAS TOLAK HUKUM ALLAH TERSEBUT!

Posted: 13 Aug 2012 08:00 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan