CINA ISLAM (林川興) Posted: 25 Jul 2012 01:17 AM PDT Peserta Bersih 3.0 dipukul khabar angin polis mati Posted: 25 Jul 2012 12:34 AM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukulnya dalam keadaan marah kerana khabar angin seorang anggotanya mati pada 28 April lalu. Karam Singh, 50 berkata, kira-kira jam 7 petang, beliau masuk ke A&W Jalan Pudu selepas polis mengejar peserta Bersih sebelum kakitangan A&W mengunci pintunya apabila melihat situasi huru-hara di luar. Polis mengetuk pintu A&W dan menjerit kepada kakitangan agar membuka pintu apabila nampak beliau yang memakai kemeja T Bersih di dalamnya. "Saya minta staf A&W jangan buka pintu kerana saya bimbang melihat keadaan polis yang nampak dalam keadaan marah. "Staf buka pintu kerana takutkan polis dan polis terus berlari ke arah saya dan memaksa saya menanggalkan T-shirt. Saya tanggalkan T-shirt tapi tetap dipukul. "Sebelum polis tinggalkan A&W, polis cakap 'lu orang punya pasal, anggota kita mati," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini. Tambah beliau lagi, khabar angin mengenai anggota polis mati mula kedengaran sekitar jam 3 hingga empat petang. "'Mood' polis dalam keadaan marah, bukan 'mood' berunding ketika di A&W," katanya yang merupakan seorang pemandu pelancong. Menurut Karam juga, beliau melihat sekumpulan pemuda melakukan provokasi terhadap polis yang melakukan sekatan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman. Bagaimanapun katanya, kumpulan pemuda tersebut tidak kelihatan seperti peserta Bersih. "Mereka kelihatan berbeza dengan kumpulan peserta lain dan menggunakan isyarat tangan ketika berkomunikasi sesama mereka," katanya di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. HARAKAHDAILY/- | Elak dicekup, beri alasan tertidur selepas berbuka puasa Posted: 25 Jul 2012 12:22 AM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam. Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan. Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu. "Lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berusia 23 tahun menyorok di dalam almari pakaian," katanya. Beliau berkata, ketika ditahan wanita itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman lelakinya selepas berbuka puasa. "Wanita berkenaan bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota, manakala lelaki terbabit bekerja di sebuah syarikat pembasmi serangga," katanya. Dalam operasi yang berasingan, sepasang kekasih dicekup khalwat di apartmen sama. Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka. "Wanita yang berpakaian lengkap itu menyorok di belakang pintu bilik air ketika serbuan dijalankan, manakala pasangannya hanya berseluar pendek sedang baring di dalam bilik tersebut," katanya. Kedua-dua pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29 (1) (a) (b), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. SINAR HARIAN/- | 1,500 anak muda tamu Ramadan di Masjid Beijing Posted: 25 Jul 2012 12:14 AM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - RANTAU PANJANG: Seramai 1,500 anak muda di kawasan parlimen Rantau Panjang menyertai program Tadarus Anak Muda Tamu Ramadan di Masjid Beijing semalam. Antara yang hadir pelajar-pelajar sekolah agama, pusat pengajian pondok, maahad tahfiz dan golongan belia tempatan. Setiap mereka yang hadir diberi senaskah al-Quran sebagai cenderahati. Program tersebut dianjur Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) dengan kerjasama jawatankuasa Masjid Beijing. Program berkenaan bermula jam 10 pagi dan berakhir selepas solat Zohor, dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa. Anak muda terbabit turut diraikan anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Adun Gual Periok, Mohamad Awang, Pengarah TATOK, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan Penolong Kanan Ketua Jajahan Pasir Mas, Mohd Hariff Ghazali. Husam berkata, al-Quran dianggap sebagai peti rahsia kepada manusia yang mengandungi banyak maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai hal-hal dunia dan akhirat. "Membaca al-Quran bukan setakat untuk mengetahui pelbagai cerita, tetapi untuk mengetahui rahsia tertentu mengenai khazanah Tuhan berkaitan dengan kehidupan manusia. "Pelajaran yang kita dapat dari al-Quran lebih tinggi jika dibandingkan dengan ilmu yang dipelajari daripada saluran lain," katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan. Menurutnya al Quran juga menceritakan sebuah kerajaan Islam yang canggih boleh kita jadikan model hari ini, iaitu kerajaan Nabi Sulaiman a.s. sangat besar, hebat dan masyhur. Nabi Sulaiman menggalakkan manusia mempelajari pelbagai bahasa bagi memudahkan komunikasi dan perhubungan. "Hatta bahasa burung dan semut sekali pun digalakkan belajar dan difahami," ujar beliau. Nabi Sulaiman juga menggalakkan kakitangan pentadbiran melakukan gerak kerja dengan cepat dan pantas. Ini dapat dilihat bagi mengangkat istana Puteri Balqis, Nabi Sulaiman a.s memilih Jin Efrit yang menawarkan diri untuk mengangkatnya dalam tempoh sekelip mata. Sementara itu, Mohd Khir Zahri berkata, program berkenaan merupakan siri kedua, di mana tahun lepas diadakan di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium, bertujuan mendekatkan anak-anak muda dengan masjid. HARAKAHDAILY/- | Tangan hancur tersepit mesin Posted: 25 Jul 2012 12:07 AM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - DUNGUN – Hasrat seorang bapa untuk mencari pendapatan tambahan pada Ramadan dengan menjual air tebu, musnah apabila tangannya terperosok ke dalam mesin pengisar tebu ketika melakukan kerja memproses air tebu, dekat sini, Sabtu lalu. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu dipercayai berlaku ketika Anan Ali, 58, yang juga Timbalan Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Balai Besar bersama seorang anak lelakinya, Mohd Osman, 25, sedang memproses air tebu menggunakan mesin pengisar di hadapan rumahnya di Jalan Intan, dekat sini. Menurut Mohd Osman, ketika bapanya itu sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin pengisar, tiba-tiba dia terdengar ayahnya menjerit meminta tolong. Dia terkejut apabila melihat sebahagian daripada pergelangan tangan bapanya telah terperosok di dalam mesin pengisar itu. Mohd Osman berkata, dia menerpa ke arah suis mesin pengisar itu lalu mematikannya dan cuba menarik tangan bapanya, namun gagal. Menurutnya, dia sempat mencapai telefon bimbit lalu menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan kecemasan. Mohd Osman berkata, melihat darah terus keluar dari tangan bapanya sehingga memenuhi mesin pengisar, dia nekad membuka gerigi mesin pengisar itu dengan menggunakan spanar. "Sebaik tangan ayah berjaya dikeluarkan dari mesin pengisar itu, saya terus membawanya ke hospital. "Bagaimanapun, ayah terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana kecederaannya serius," katanya. Menurutnya, berikutan kecederaan dialami, pergela-ngan tangan bapanya terpaksa dipotong melalui proses pembedahan di HSNZ, jam 12.30 tengah hari semalam. Mohd Anan, bapa kepada enam anak yang juga pemandu di Pejabat Pertanian Dungun kini menerima rawatan lanjut di Wad 4EF HSNZ. SINAR HARIAN/- | Semakin banyak udang karang berwarna-warni ditangkap Posted: 24 Jul 2012 11:56 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - GAMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu. PORTLAND, Amerika Syarikat - Para saintis kini mendapati terdapat banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini. Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan. Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor. Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor. Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam jangka hayat haiwan itu. Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan. Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. - Agensi | Tolak Selangor ambil Syabas untuk jaga kroni Umno Posted: 24 Jul 2012 11:45 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang pengambilalihan Syabas jelas menunjukkan kerajaan BN lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno bukannya melindungi kepentingan rakyat. Demikian kata Exco kerajaan negeri Selangor, Elyzabeth Wong (GAMBAR) dalam satu kenyataannya hari ini. Ini berikutan keputusan Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin menolak keputusan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih Syabas. Bagi Elyzabeth, Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih Syabas mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). Menurut Elyzabeth, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor. UGUT KERAJAAN NEGERI Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pula menjadi alat Umno untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2. Menurut Elyzabeth, Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat, katanya. "Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta. "Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah," katanya. Bagi beliau, Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang. "Kita menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempertahankan hak mereka dan mengelak dimanipulasi pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat," ajak beliau. Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air. Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tariff air di negeri itu antara tertinggi di negara ini, dakwanya. Elyzabeth juga mendakwa, ada juga usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corporation yang dimiliki Syed Bulkhari dan ini sudah tentu akan meningkatkan beban rakyat. Rakyat Johor berdepan dengan tariff air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor, katanya. "Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat," tegas beliau lagi. HARAKAHDAILY/- | Ismail Sabari arah batal mesyuarat KPF? Posted: 24 Jul 2012 11:42 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) perlu menjelaskan kepada peneroka benarkah beliau mengarahkan mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytihar tidak sah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Ismail menjelaskan perkara itu dan jika benar beliau melakukan campurtangan keterlaluan itu serta mengarahkan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Kali Ke-31 KPF yang bermesyuarat pada 20 Jun lalu diisytiharkan tidak sah, adakah keputusan itu bertepatan dengan keputusan dan amalan biasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Beliau juga meminta Ismail bercakap benar kepada peneroka bahawa keputusan beliau yang tidak selaras dengan keputusan dan amalan biasa SKM itu tidak dipengaruhi oleh kepentingan perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkeras mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini. "Kita difahamkan, dalam mesyuarat agung tersebut, beberapa perwakilan yang dikatakan pro (Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad) membuat bantahan dan meminta mesyuarat agung tersebut di batalkan dengan dakwaan kononnya penyata kewangan teraudit koperasi tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 lambat dihantar kepada mereka," kata Mahfuz. Bantahan tersebut, kata beliau, akhirnya dirujuk kepada SKM yang kemudiannya melantik tiga ahli panel untuk menangani isu tersebut. "Panel tersebut memanggil semua pihak yang terlibat dan akhirnya membuat keputusan bahawa tidak ada isu yang boleh menyebabkan mesyuarat agung tersebut diisytiharkan tidak sah kerana terlalu banyak koperasi lain juga lambat menghantar penyata dan mesyuarat agung mereka tetap sah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Selepas panel itu membuat keputusan tersebut, kata Mahfuz, tiba-tiba Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin mengarahkan panel tersebut supaya menerima bantahan pihak yang mahu mesyuarat agung tersebut dibatalkan. "Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mesti bertanggungjawab kepada rakyat khususnya peneroka dan menjelaskan adakah beliau, kerana mematuhi kehendak Najib dan Isa, mengarahkan Pengerusi Eksekutif SKM berbuat demikian memandangkan sebelum ini Pengerusi Eksekutif SKM tidak pernah mengarahkan panel seumpamanya untuk berbuat demikian. "Ismail juga perlu bertanggungjawab kepada rakyat khususnya peneroka dan menjelaskan adakah arahan beliau itu dibuat ekoran ketakutan Najib dan Isa apabila mesyuarat agung KPF itu juga membuat keputusan untuk mengambil alih pengurusan Felda Holdings Berhad," kata Mahfuz (gambar). KPF mempunyai 51 peratus pegangan saham dalam Felda Holdings. "Jika KPF ambil alih, kedudukan Isa sebagai Pengerusi Felda Holdings akan terpelanting sedangkan Isa diibaratkan mata, telinga, tangan dan kaki Najib di dalam Felda. Akan rosaklah perancangan Najib," kata Mahfuz. Beliau mengingatkan Ismail bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan beliau akan dikenang sehingga bila-bila sebagai tukang sabotaj peneroka Felda sebagaimana Najib dan Isa yang kini dilihat dan dituduh sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Felda yang mensabotaj peneroka Felda. Mahfuz juga menggesa Ismail menghentikan tindakannya menyekat hasrat murni KPF untuk mengendalikan pengurusan Felda Holdings dan menjadi menteri koperasi yang pro-ahli koperasi dan pro-keputusan mesyuarat koperasi yang sah dan bukan menjadi menteri yang akhirnya mungkin dikenang sebagai menteri yang mensabotaj aspirasi peneroka Felda melalui koperasi mereka itu. HARAKAHDAILY/- | Dua lelaki ditahan hisap rokok di tempat awam, minum di kedai makan bukan Islam Posted: 24 Jul 2012 11:38 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KLUANG - Sungguh memalukan apabila dua lelaki ditahan pegawai Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang di lokasi berasingan kerana tidak menghormati Ramadan dalam operasi yang dijalankan, kelmarin. Operasi sempena Ramadan itu, bermula kira-kira jam 10 pagi, dijalankan bagi menahan umat Islam yang tidak menunaikan ibadah puasa. Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, seorang lelaki berusia 20-an berjaya ditangkap ketika sedang menghisap rokok di tempat awam iaitu di atas tembok di kawasan Perindustrian Mengkibol. "Sewaktu tangkapan, lelaki berkenaan sedang asyik menghisap rokok tanpa berasa malu dengan per- buatannya itu. "Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut bekerja di sebuah bengkel terletak di kawasan berhampiran," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sementara itu, di lokasi berasingan, pihak JAJ daerah Kluang berjaya menahan seorang lelaki berusia 40-an yang sedang minum di sebuah kedai makan milik bukan Islam di Jalan Batu Pahat, di sini. Mohd Khalil berkata, tanpa ada rasa segan silu lelaki tersebut makan dan minum di khalayak ramai pada Ramadan ini. Menurutnya, lelaki tersebut sudah berkahwin dan bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai di sekitar Kluang. "Kedua-dua yang ditahan itu akan didakwa di bawah Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. "Saya juga ingin menasihatkan kepada seluruh umat Islam di daerah ini supaya tidak melakukan perkara yang boleh mencemarkan Ramadan yang mulia ini seperti menghisap rokok, makan dan minum di tempat awam," katanya. Mohd Khalil berkata, sepanjang Ramadan ini pihak penguat kuasa JAJ akan sentiasa menjalankan operasi di daerah ini bagi menangkap sesiapa sahaja yang tidak menghormati Ramadan. SINAR HARIAN/- | Bayi Kepada Lelaki Cedera Ditembak Di Pawagam Selamat Dilahirkan Posted: 24 Jul 2012 11:32 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - DENVER: Apabila Katie Medley melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di Hospital Universiti Colorado, suaminya Caleb, berada dalam keadaan koma akibat tercedera dalam tembakan di pawagam di Colorado. Hugo Medley Jackson dilahirkan pada 7.11 pagi Selasa, dengan 18.5 inci (47 sentimeter) panjang dan seberat 3.29 kilogram, menurut kawan-kawannya. Kedua-dua mereka, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik, kata jurucakap hospital Dan Weaver. Caleb telah menjalani tiga pembedahan selepas cedera ditembak pada Jumaat lepas semasa tayangan filem baru, Batman di Aurora yang telah mengakibatkan 12 orang mati dan berpuluh-puluh yang lain cedera. Katie Medley bagaimanapun tidak cedera. Caleb Medley bergantung pernafasan pada ventilator tetapi mula bernafas sendiri dan boleh memegang tangan mereka yang melawatnya, rakan kepada keluarganya Michael West berkata. Kadar denyutan jantungnya mencecah sehingga 130 denyutan seminit apabila sesiapa sahaja bercakap tentang bayinya yang dinamakan sebelum kelahirannya, katanya. "Dia menunjukkan tanda-tanda peningkatan," kata West, yang mengetuai satu usaha untuk mengumpul wang dalam talian bagi membantu keluarga muda, yang tidak mempunyai insurans kesihatan ini. Katie Medley dan Hugo melawat Caleb Medley di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Rabu. West berkata sebelum tembakan, Katie Medley telah dijadualkan akan melahirkan bayi pada hari Isnin tetapi dia menukar hospital kerana mahu lebih dekat dengan suaminya. Pasangan itu pergi menonton tayangan tengah malam "The Dark Knight Rises" pada saat akhir sebelum bergelar ibu bapa. Bapa Katie Medley Katie, David Sanchez, berkata anak perempuannya dan menantunya telah menunggu selama setahun untuk menonton tayangan perdana filem tersebut. Katie Medley belum bercakap secara terbuka tentang tembakan itu tetapi Sanchez bercakap mengenai pengalaman pahit pasangan itu di luar mahkamah di mana suspek tampil pertama kali di mahkamah pertama Isnin. Sejak itu, sumbangan kepada keluarga ini telah meningkat kepada lebih $100,000. mstar/- | KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - Nik Aziz Posted: 24 Jul 2012 11:25 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - (Keratan berita Sinar Harian hari ini) KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini. "Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini. Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT. Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. "Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam. Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT. (Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT) Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya. Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini. Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu. Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT. Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain. Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir. "Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni. Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud. Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul. harakahdaily/- | Pakatan Rakyat Sedia Hadapi PRU Pada Bila-Bila Masa Posted: 24 Jul 2012 10:58 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13) yang boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata sehingga kini pakatan pembangkang telah selesai memutuskan hampir 95 peratus pembahagian kerusi untuk calon-calonnya yang bakal bertanding. "Kemungkinan pilihan raya sekarang macam cuaca. Nampak dekat tapi jauh, macam panas tapi hujan. "Bagaimanapun Pakatan Rakyat bersedia menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat, dekat sini, Selasa. Menurut Mustafa walaupun keputusan meletakkan calon bertanding masih belum selesai sepenuhnya, Pakatan Rakyat tidak menganggap ia sebagai masalah besar kepada parti. "Pembahagian kerusi (keseluruhan) 95 peratus sudah selesai. Bagi kita kalau belum ada calon untuk satu kerusi pun dikira belum selesai. "Tapi kalau parlimen bubar hari ini...hari ini juga kita akan selesaikan," katanya. Mustafa turut mengakui terdapat calon yang terdiri daripada muka-muka baru akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini. Pun begitu katanya, pihaknya tidak akan mengumumkan nama calon-calon itu sekarang. "Calon baru ada...tapi kita tak akan umum sekarang. Semua tak umum lagi, sampai masa baru kita akan umum," katanya. Namun, Mustafa berkata pilihan raya yang diadakan pada musim haji akan menafikan hak rakyat Malaysia beragama Islam di negara ini. Jelasnya, kerajaan perlu mengelak mengadakan proses mengundi yang menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia kepada negara dibuat ketika umat Islam menunaikan tanggungjawab kepada agama. "Jangan buat masa musim haji...kerajaan kena elak. Biarlah mereka yang pergi haji tahun ini dapat tunaikan tanggungjawab kepada agama dan tanggungjawab kepada sistem demokrasi negara," katanya. mstar/- | Wajah perompak RM3 juta Posted: 24 Jul 2012 10:54 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - Jika anda kenal atau pernah terlihat lelaki ini tolong salurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan segera.Kes samun bersenjata kedai emas di Carrefour Seberang Jaya. BUTTERWORTH – Tiga lelaki yang menyamar sebagai pelanggan melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya Carrefour Seberang Jaya, di sini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata, tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada dalam kedai itu. Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki kedai emas dan menyamar sebagai pelanggan dengan meminta pekerja kedai emas itu mengeluarkan rantai-rantai emas untuk dibeli oleh mereka. "Selepas permintaan mereka dilayan, ketiga-tiga lelaki terbabit mengeluarkan tiga pucuk pistol serta mengacukannya kepada pekerja dan seorang pelanggan tadi sambil memberi amaran jangan bergerak," katanya kepada pemberita di sini. Katanya perompak itu telah menjadikan salah seorang pekerja kedai emas itu sebagai tebusan dengan mengacu pistol di kepalanya manakala pekerja lain diarah memasukkan barangan kemas dalam sebuah beg dengan cepat sebelum mereka melarikan diri. Mohd Nasir berkata perompak berusia antara 20 hingga 30 tahun terbabit dipercayai warga asing kerana bertutur dalam bahasa Hokkien dan bahasa Melayu yang agak pelat. harakahdaily-/ | Gempa: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang Posted: 24 Jul 2012 09:48 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - GEORGETOWN: Gempa bumi yang menggegarkan Simeulue, Sumatera Utara, Indonesia pagi ini turut dirasai penduduk di negeri ini. Tinjauan Bernama mendapati penduduk terutama yang tinggal di pangsapuri, mengadu kediaman mereka bergegar selain mengalami rasa pening. Manisah Hamid dari flat Taman Bukit Jambul berkata gegaran dirasai selama beberapa saat. "Saya rasa pening dan lantai rumah macam bergegar tetapi sekejap sahaja," katanya yang tinggal di tingkat 12 flat tersebut, kepada Bernama. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, berkata jabatan tersebut menerima tiga laporan gegaran daripada penduduk yang tinggal di Butterworth dan sekitar George Town. Jabatan itu melaporkan gempa dengan kekuatan 6.6 pada skala Richter menggegarkan Simeulue pada pukul 8.27 pagi waktu Malaysia dan pusat gempa terletak 25 km dari tenggara Simeulue dan 547 km dari barat daya Lumut, Perak. - Bernama | Air: Pemuda PAS Selangor kesal sikap Pusat, Syabas Posted: 24 Jul 2012 09:45 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kekesalan dan kekecewaan dengan tindakan tidak demokratik kerajaan pusat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu pengurusan air di negeri itu. "Tindakan kerajaan pusat mendahulukan kroni dengan menyebelahi pengkhianat rakyat Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk tidak menerima cadangan pengambilalihan Syabas oleh kerajaan negeri Selangor adalah sangat memualkan dan menjijikkan," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan. Justeru, katanya Pemuda PAS negeri menyelar tindakan kerajaan pusat kerana sanggup bersekongkol dan mempertahankan 'lanun' Syabas walaupun telah ditunjukkan pembuktian oleh kerajaan negeri Selangor bahawa Syabas telah melakukan kesalahan dengan melanggar syarat-syarat perkhidmatan dan melakukan pengkhianatan secara terang-terangan apabila melaksanakan catuan air terhadap rakyat Selangor. Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam tindakan kerajaan pusat kerana mengambil kesempatan untuk meneruskan penganiayaan dan penindasan kepada seluruh rakyat negeri Selangor yang tidak berdosa akibat politik sempit balas dendam mereka di atas kekalahan lalu. baginya, tema 'rakyat didahulukan' adalah memberikan tafsiran bahawa rakyat akan sering dimangsakan dengan pelbagai tekanan daripada setiap segi sama ada ekonomi, kehidupan dan sebagainya sekiranya Umno dan Barisan Nasional kehilangan kuasa pemerintahan di sesebuah negeri. Sememangnya Umno dan Barisan Nasional adalah dari jenis spesis yang 'cakap tidak serupa bikin' yang hanya melihat kesalahan orang lain sedangkan diri mereka sendiri terpalit dengan najis kekotoran yang cukup busuk. Sehubungan itu, kata beliau pihaknya akan menggerakkan massa untuk menerangkan isu air dan pengkhianatan Syabas ini bersama-sama dengan rakan-rakan pemuda di dalam Pakatan Rakyat dan kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor beserta badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya rakyat negeri itu dapat memahami dengan lebih mendalam selain melihat sendiri pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Syabas dengan kerjasama kerajaan pusat terhadap rakyat. Beliau mengingatkan rakyat agar perlu sedar dan memahami sekiranya pengurusan air di Selangor masih lagi diuruskan oleh Syabas maka kemungkinan banyak lagi keadaan sabotaj yang dilakukan. Ini, katanya kerana Syabas bukan dikendalikan secara profesional untuk memberikan khidmat kepada rakyat tetapi dijadikan 'budak suruhan' Umno dan Barisan Nasional untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jelasnya, air adalah hak milik kerajaan negeri Selangor dan rakyatnya, maka menjadi tanggungjawab seluruh rakyat negeri Selangor untuk menyokong tindakan Menteri Besar untuk mengambi lalih pengurusan air untuk mempastikan rakyat terus menerima perkhidmatan pengurusan air yang lebih baik dan efisien. harakahdaily/- | Jepun Larang AS Lakukan Penerbangan Sehingga Osprey Disahkan Selamat Posted: 24 Jul 2012 09:37 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda berkata pihaknya tidak akan membenarkan sebarang penerbangan pesawat pengangkutan tentera Amerika Syarikat (AS) dilakukan di negara itu sehingga aspek keselamatan disahkan. Beliau berkata demikian kepada Parlimen Jepun susulan kejadian dua pesawat terhempas di Jepun baru-baru ini. Yoshihiko berkata, sebarang penerbangan tidak dibenarkan sehingga siasatan pesawat terhempas pada April dan Jun lalu selesai serta pentadbirannya berpuas hati pesawat terbabit tidak mempunyai masalah keselamatan. Penghantaran pesawat MV-22 Osprey ke pangkalan AS di pulau Okinawa mencetuskan isu politik kepada Jepun selepas ditekan pihak pembangkang negara itu. Kini, Okinawa menempatkan kira-kira 50,000 tentera AS di negara itu dan 12 pesawat Osprey pertama tiba di Jepun Isnin (waktu tempatan). - AP | Berdakwah dan nilai yang betul Posted: 24 Jul 2012 09:24 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - Ramadhan Kareem! Sahabat semua .... 1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt. 2. Justeru itu , saya harap sangat-sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk: PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa? baru-baru ini. 3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch u...p' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa-masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya. 4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru-baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani] 5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati-hati. Dengan ini, saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa. harakahdaily/- | Bakar kapal selam kerana mahu pulang awal Posted: 24 Jul 2012 09:12 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - GAMBAR fail menunjukkan kapal selam nuklear USS Miami. PORTLAND, Maine - Seorang buruh di Amerika Syarikat membakar kapal selam nuklear milik tentera negara ini, USS Miami kerana dia mahu pulang awal, kata beberapa penyiasat tentera laut AS kelmarin. Perbuatannya itu telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) ke atas kapal selam tersebut. Buruh itu, Casey James Fury, 24, yang berasal dari Portsmouth, New Hampshire berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah berhubung dua tuduhan menyebabkan kebakaran USS Miami. Ketika terbakar, kapal selam itu berada di sebuah limbungan kering pada 23 Mei lalu. Kebakaran kedua berlaku di luar kapal selam berkenaan pada 16 Jun lalu. Menurut afidavit yang difailkan sebuah mahkamah daerah AS di Portland kelmarin, Fury yang mengambil ubat untuk mengatasi masalah kerunsingan dan kemurungan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mencetuskan kebakaran supaya dapat pulang lebih awal. Menurutnya, dia mencetuskan kebakaran kedua selepas runsing memikirkan tentang seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya. Kebakaran pertama yang menyebabkan kerosakan pada bilik peluru berpandu torpedo USS Miami berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut Porstmouth di sini. - AP | Rakyat tanpa negara Posted: 24 Jul 2012 08:37 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir mereka dari bumi Myanmar. CHITTAGONG (Bangladesh): "Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri," kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di sini. Halimullah mendakwa apa yang dilakukan pemerintah kerajaan Myanmar pada masa ini dan sejak lebih 30 tahun lalu, benar-benar satu usaha terancang untuk menghapuskan sama sekali kewujudan etnik Rohingya di negara itu. "Mereka tidak bertimbang rasa. Kami bukan saja dinafikan hak sebagai warga Myanmar, tetapi hak sebagai manusia. Dunia perlu sedar hakikat ini dan tekanan perlu diberikan ke atas kerajaan Myanmar sekarang supaya mereka mengubah polisi mereka terhadap etnik Rohingya," katanya. Kenyataan Halimullah itu terbukti benar apabila Presiden Myanmar, Thein Sein dalam satu kenyataan di Yangon pada 12 Julai lalu secara terbuka memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik di Arakan adalah dengan menghantar etnik Rohingya ke khemah pelarian atau mengusir mereka. Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya itu, Thein Sein berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang dianggapnya memasuki negara itu secara haram. metro/- | Puasa: Pil lewat haid Posted: 24 Jul 2012 08:28 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - Orang-orang Islam berijmak, kaum wanita yang didatangi haid, tidak wajib berpuasa. Yang wajib dilakukannya ialah mengqadakkan semula puasa itu pada hari-hari lain. Ia merupakan satu keringanan dan rahmat daripada Allah untuk wanita yang didatangi haid. Tubuh badannya pada masa itu, berada di dalam keadaan letih, manakala saraf-sarafnya tidak stabil. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Mu'azah r.a katanya: Ertinya: "Saya pernah bertanya A'isyah r.a: 'Apahal wanita yang didatangi haid perlu mengqadakkan puasa dan tidak perlu menqadakkan solat.' Jawab A'isyah r.a; Adakah puan ini termasuk ke dalam golongan Haruriyah. 'Jawabnya: Tidak, saya bukan dari golongan Haruriyah.'Cuma saya ingin bertanya tentang hal tersebut. Jawab A'isyah r.a; 'Haid sering menimpa kami, lalu kami diperintahkan supaya mengqadakkan puasa tetapi tidak diperintahkan mengqadakkan solat." 1 Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita tidak boleh menggunakan pil yang boleh melewatkan kedatangan haid, bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa, sebagaimana wanita-wanita Islam yang lain, yang tidak uzur menjalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun, ia perlu memenuhi beberapa syarat di antaranya pertama perlu memastikan pengunaan pil tadi tidak memudarat dan kedua meminta pandangan orang yang berpengalaman dan doktor pakar. 2 Di dalam Islam tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain, sebagaimana yang terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Yahya al-Mazini daripada bapanya: Ertinya: "Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain." 3 Cuma membiarkan hukum fitrah berjalan ke atas seseorang wanita, adalah lebih utama dan lebih sesuai. Firman Allah s.w.t Ertinya: "... iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Al-Rum: 30) Tidak pernah dilaporkan ada dari kalangan tokoh besar wanita Islam di zaman Rasulullah, khulafak al-Rasyidin mahupun generasi Taibi'in, yang menggunakan ubat-ubatan tertentu bagi melewatkan kedatangan haid bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa, sebagaimana wanita lain yang tidak uzur, menjalani badah puasa. Jika perbuatan tersebut satu keutamaan, sudah tentu dilakukan oleh mereka, kerana mereka adalah golongan yang begitu cepat melakukan amalan kebaikan dan begitu memahami hukum-hukum syarak. harakahdaily/- | Royalti anjur Ifthar Kota Bharu-Gua Musang 27 Julai Posted: 24 Jul 2012 08:16 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program Konvoi Walk for Royalti (Ifthar) sempena bulan Ramadhan ini. Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata majlis berkenaan akan diadakan pada 27 Julai ini bermula di Kota Bharu dan dijangka berakhir di Gua Musang. Katanya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka merasmikan program berkenaan pada jam 10.00 pagi selepas menyampaikan kuliah Jumaat. Hisyamuddin seterusnya berkata, antara destinasi jajahan yang dipilih untuk berehat, Tanah Merah, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Krai dan Gua Musang untuk bersahur. "Keesokannya program bersama masyarakat di Manek Urai untuk beramah mesra dan penyampaian hadiah," ujarnya. Beliau seterusnya memberitahu setakat ini sebanyak 50 buah kenderaan telah bersetuju untuk menyertai program itu khususnya di kalangan anak-anak muda. Pada masa yang sama katanya, jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai diambil sebagai simbolik lebuh raya yang diinginkan oleh rakyat. "Tuntutan R ini bukan sahaja untuk mendapatkan royalti, sebaliknya diharap dapat membina lebuhraya sebagaimana yang dirancang melalui wang royalti petroleum," ujarnya. Katanya lagi, program berkenaan diadakan untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang tanggungjawab menuntut royalti milik mereka dari kerajaan Pusat. Sambungnya, kezaliman kerajaan Pusat yang menyekat royalti itu melalui Petronas seharusnya diketahui mereka. Sehubungan itu, program berkenaan masih terbuka untuk orang ramai yang berminat menyertainya. harakahdaily/- | "Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek" Posted: 24 Jul 2012 08:10 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita. Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu. Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini. "Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan. "Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. "Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin. Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini. Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt. Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini. Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. "Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya. Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. "Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin. Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau. "Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. "Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya. "Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi. harakahdaily/- | Gampa Bumi 6.4 Skala Richter Gegarkan Simeulue, Aceh Posted: 24 Jul 2012 08:04 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan kawasan Simeulue, Aceh pagi ini, namun pihak berkuasa menyatakan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami. Laporan awal menyebut gegaran turut dirasakan penduduk di Banda Aceh dan di beberapa kawasan di Sumatera Utara. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan gempa bumi pada pukul 7.27 pagi itu berpusat di 24 km ke barat daya daerah Simeulue, 317 km ke barat daya Medan, Sumatera Utara dan 1,546 km ke barat laut Jakarta. Menurut laporan laman sesawang BMKG, gempa bumi itu berkedalaman 10 km.Belum ada laporan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda berikutan kejadian itu. - BERNAMA | Apa tindakan kita apabila umat Islam Rohingya diperlakukan sebegini (gambar) Posted: 24 Jul 2012 07:57 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - harakahdaily/- | 58 Pelajar Malaysia Di Syria Dipindah Ke Beirut Sebelum Terbang Ke Tanah Air Posted: 24 Jul 2012 07:44 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sekumpulan 58 pelajar Malaysia di Syria, negara yang menyaksikan pergolakan yang semakin meruncing, dijangka dipindahkan ke Beirut, Lubnan pada Rabu melalui jalan darat dan seterusnya berlepas ke Malaysia melalui penerbangan komersil pada hari sama. Kementerian Luar berkata ini kerana Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik tidak dapat memperoleh tiket penerbangan dari Damsyik ke Dubai untuk kumpulan pelajar itu. "Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik dan Beirut sedang menguruskan urusan penerbangan pelajar-pelajar itu," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa. Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan membuat keputusan membawa pulang pelajar dan ekspatriat warga Malaysia di Syria dengan serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu. Selain itu, kerajaan mengambil keputusan menutup kedutaan Malaysia di Syria atas sebab keselamatan. Kumpulan pertama pelajar Malaysia seramai tujuh orang akan tiba di tanah air seperti dijadualkan pada Rabu. Kumpulan kedua seramai 43 pelajar pula akan dipindahkan dari Damsyik pada 5.45 petang waktu tempatan Rabu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.55 petang Khamis melalui penerbangan Emirates EK346. "Terdapat tambahan 10 pelajar berbanding jumlah terdahulu seramai 33 orang dalam kumpulan ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA | Kantoi - percubaan untuk memalukan Ustaz Azhar Idrus Posted: 24 Jul 2012 07:38 PM PDT 5 Ramadhan 1433H. [MOD] - Blogger pencacai Umno/BN cuba nak memalukan Ust Azhar Idrus. Kononnya Ust Azhar sudah kantoi bab soalan ibadat puasa: Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut; Satu : Firman Allah yang bermaksud; "makan dan minumlah hingga nyata benang putih hingga benang hitang dari fajar" (surah al-baqarah, ayat 187) Ayat ini menjadi dalil qatie subut bahawa tahap waktu sahur adalah sebelum azan fajar.. apabila sudah fajar, tidak boleh makan lagi. jika makan juga, maka puasanya tidak sah, wajib diqadha' pada hari lain... Kail hanya sejengkal, mahu menduga lautan yang dalam. Kepada blogger pencacai Umno/BN , kita nasihatkan supaya pergilah main kat longkang belakang rumah sendiri dahulu....Bab ugama ni sebenarnya korang tak layak untuk dibawa berbincang...Maaf cakaplah - Siapa sebenarnya yang kantoi? harakahdaily/- | |
Peghelih La... Posted: 24 Jul 2012 11:19 PM PDT Bersih sah, tindakan kasar kerajaan pula haram Posted: 24 Jul 2012 09:56 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak sepatutnya menghukum Bersih sebagai haram hanya kerana ia adalah pertubuhan yang tidak selari dengan selera kerajaan serta bersuara bagi pihak rakyat seluruhnya.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lalu bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan haram.
"Bagi DPPM, keputusan ini adalah kejayaan kepada Bersih dan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan perjalanan sistem pilihanraya yang adil dan bersih," kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Katanya, keputusan itu menjadi bukti bahawa tindakan kerajaan yang menghukum dan mengasari peserta perhimpunan Bersih adalah salah.
"Ternyata kerajaan silap apabila menghukum entiti yang memperjuangkan nilai demokrasi yang sebenar dan menafikan suara rakyat yang dambakan kebebasan, keadilan dan ketelusan di negara ini.
Beliau menegaskan, Bersih berjaya membuktikan bahawa ia adalah pertubuhan yang sah dan tidak menyalahi undang-undang malah, tindakan yang dilakukan oleh Bersih juga mematuhi undang-undang negara.
Tambahan lagi, katanya semua perhimpunan Bersih yang dianjurkan sebanyak tiga kali juga tidak menyalahi undang-undang serta pesertanya juga bertindak di dalam batasan undang-undang negara.
Sehubungan itu, katanya DPPM mengingatkan kerajaan bahawa sikap 'serkap jarang' atau menghukum sebelum diputuskan bersalah adalah tindakan yang tidak wajar.
"Kerajaan perlu belajar dari kesilapan ini dengan memohon maaf kepada Bersih serta seluruh peserta perhimpunan Bersih di atas tindakan kasar, ganas dan keterlaluan yang dilakukan oleh pihak keselamatan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini," ujarnya lagi. | Salam Ramadan Posted: 24 Jul 2012 09:18 PM PDT | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 24 Jul 2012 09:26 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 24 Jul 2012 09:18 PM PDT Iftar dan Ceramah Posted: 24 Jul 2012 09:00 PM PDT | Jawatan Kosong Guru Agama Posted: 24 Jul 2012 06:33 PM PDT Tawaran sebagai guru agama (tetap) untuk sebuah syarikat pelancongan dan pengurusan umrah di Tampin, Negeri Sembilan. Berminat sila hubungi Ustaz Ghani di 012-6761187.
Tarikh tutup permohonan pada 6 Ogos 2012 | TAZKIRAH RAMADHAN Posted: 24 Jul 2012 06:33 PM PDT Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu Masa : 9.30 mlm Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul) Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)
Semua dijemput hadir
| Sudah 4 bulan jambatan runtuh belum dibaiki Posted: 24 Jul 2012 06:29 PM PDT Dikhabarkan sebuah jambatan di Kg Sekolah Lama, Batu 8, Labu, Negeri Sembilan telah runtuh dilanda banjir besar sejak 4 bulan yang lalu masih belum dibaiki. Sebahagian penduduk yang terputus hubungan dengan dunia luar terpaksa mengunakan lintasan keretapi untuk ke pekan. Kalau adapun jalan alternatif, jaraknya 2 km dari jalan sedia ada.
6 kampung terputus hubungan 9 April 2012
LABU – "Kami tiada cara lain, selain melintas landasan keretapi," kata Ropiah Omar, 54, penduduk asal Kampung Batu 8, di sini.
Biarpun menyedari tindakannya boleh mengundang bahaya, namun mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa menyabung nyawa untuk ke pekan atau ke tempat kerja,
Semuanya kerana jambatan dan jalan menghubungkan enam buah kampung ke jalan utama runtuh akibat kejadian banjir, Selasa lalu sehingga menjejaskan hampir 1,000 penduduk.
"Kami ingin persoalkan berkenaan kualiti projek infrastruktur di kampung ini dilihat tidak memenuhi piawaian sepatutnya.
"Bagaimana jambatan yang dibina mempunyai kualiti yang amat teruk apabila mudah mendap dan rosak," katanya.
| |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 24 Jul 2012 07:41 PM PDT |
Rembau Hari Ini Posted: 24 Jul 2012 07:20 PM PDT TAZKIRAH RAMADHAN Posted: 24 Jul 2012 06:36 PM PDT Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu Masa : 9.30 mlm Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul) Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)
Semua dijemput hadir
| |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 24 Jul 2012 07:18 PM PDT |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 24 Jul 2012 03:37 PM PDT tazkirah ramadhan 30 saat (4) Posted: 24 Jul 2012 12:47 AM PDT Tazkirah Ramadhan 30 saat (4) Matlamat puasa Imam al Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin (1/212) mengulas mengenai ibadah puasa melalui uslubnya yang istimewa. Beliau berkata; “Matlamat ibadah puasa adalah berakhlak dengan salah satu daripada akhlak Allah ‘azza wajalla, iaitu kekuatan dan kekentalan (الصمدية) dan menuruti para malaikat Allah dalam mengekang diri sedaya upaya daripada [...] | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 24 Jul 2012 03:18 PM PDT ASTAGFIRULLAH ! TPM SANGGUP TELAN AIR LUDAH DI BULAN RAMADAN ? ! Posted: 24 Jul 2012 02:45 AM PDT PUTRAJAYA - Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor tanpa mengajak wakil Kerjaan Selangor bermesyuarat telah menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas)tetapi setuju air tak perlu dicatu.
Bila kata-kata menipu digunakan memakan diri sendiri akhirnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi seperti kenaikan tarif air dan pampasan.
BN walaupun dah tahu ada klausa 32 dalam perjanjian konsesi, kerajaan negeri boleh ambil alih tetapi cuba berdolak-dalik kununnya ada beberapa perkara yang substantif dan prosedur yang tidak dapat dipenuhi Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.
Lepas tu beliau (Muhyiddin) beri alasan nak minta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan serah pada Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad dengan segera pula.
Sebelum ini Muhyiddin memberitahu, krisis air di Selangor kini berada dalam keadaan kritikal sehinggakan sokong air dicatu dari cadangan Syabas namun bila dibidas oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan fakta sehingga beri alasan bukan air kurang tapi air dirawat yang kurang.
| MEMERANJATKAN ! PENGERUSI BN LETAK JAWATAN ! Posted: 23 Jul 2012 08:39 PM PDT MP Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran: pengumuman PENTING Ahad dijangka masuk PKR
KOTA KINABALU - Timbalan Presiden, Datuk Seri Wilfred Bumburing United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), yang telah dikhabarkan akan keluar dari Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beberapa waktu, hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran di tengah-tengah spekulasi baru bahawa pilihan raya umum mengejut mungkin akan dipanggil pada September tahun ini.
"Saya dengan ini bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletak jawatan dari jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran, perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan BN baru Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam bukunya surat peletakan jawatan, yang disediakan kepada media, di sini, hari ini.
Bumburing, bekas menteri kabinet negeri, juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN untuk mempunyai keyakinan terhadap beliau mengepalai BN Tuaran selama ini.
Surat perletakan jawatan telah dihantar melalui faksimili ke ibu pejabat BN di Kuala Lumpur untuk perhatian BN setiausaha agung serta kepada pejabat pengerusi BN Sabah.
MP Tuaran juga telah menghantar satu salinan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau.
Walau bagaimanapun, Bumburing tidak menyediakan atau menyatakan sebab untuk melepaskan jawatan itu.
Pengumuman penting pada hari Ahad
Sementara itu, dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju masa depan perjuangan politik semasa perhimpunan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada 01:00.
Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing telah meletakkan sebaliknya maka penyandang Madius Tangau.
Bumburing ditemubual 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran untuk BN dengan majoriti 6622 undi terhadap terdekat Ansari Abdullah saingan daripada PKR, yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya 879 undi.
Beberapa minggu lalu, Bumburing, lelaki di pusat tunda perang antara Barisan Nasional yang memerintah dan pembangkang, telah menafikan beliau merancang untuk meninggalkan parti itu menjelang pilihan raya umum ke-13.
Lajim seterusnya?
Bumburing bersama-sama dengan Ketua Bahagian Umno Beaufort Datuk Lajim Ukin bagi bulan disimpan spekulator pada jari kaki mereka.
Bulan lepas, Lajim, dalam menyambut ulang tahun 57, telah meletakkan jawatan sebagai ketua cawangan Umno Kerambai Kebatu dan berkata beliau tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Beaufort.
Dompok baru-baru ini dipetik sebagai menerangkan khabar angin bahawa Bumburing telah meninggalkan parti itu sebagai "khabar angin dan spekulasi semata-mata", yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan berlaku.
"Dia adalah kawan saya dan ahli parti dan timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap kepadanya, dan dia kelihatan bahawa terdapat jenis ini benda yang telah diedarkan tetapi ia adalah tidak benar," Dompok juga dipetik sebagai berkata. - | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 24 Jul 2012 01:07 PM PDT |
Dupahang's Weblog Posted: 24 Jul 2012 11:30 AM PDT Ust Nasrudin disolek wanita ketika Debat Sinar? Ini jawapannya Posted: 24 Jul 2012 09:18 AM PDT http://addin77.blogspot.com, 24 Jul 2012 Betulkah Ustaz Nasrudin Di Solek Oleh Wanita Ketika Debat Sinar??.. Ini Jawapannya Isu seperti ini pun mahu dispin oleh Umno, tetapi yang lebih malang isu ini dispin oleh golongan yang di gelar sebagai Ulama Muda Umno. Tetapi apa nak heran.. jikalau dah terjebak dalam Umno sikit sebanyak pasti ikut perangai buruk [...] | PAS, penduduk Jengka 16 baiki jalan sendiri Posted: 24 Jul 2012 09:15 AM PDT BANDAR TUN RAZAK JENGKA: PAS Kawasan Kuala Krau mengambil inisiatif bersama penduduk membaiki sendiri secara gotong-royong jalan di Blok C dalam Felda Jengka 16 di sini, setelah tidak diindahkan oleh pihak Felda. Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, pihaknya terpaksa membantu penduduk membaiki jalan yang sudah lama rosak itu kerana [...] | Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan Umno Posted: 23 Jul 2012 07:16 PM PDT Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 24 Jul 2012 11:12 AM PDT Pendedahan Skandal Tanah Kubur di DUN Sungai Rapat: Hamidah belum jawab! Posted: 23 Jul 2012 05:35 PM PDT
Oleh MSK Pada 21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Satu masa dulu, Umno Pulau Pinang bising tentang tanah kubur yang "hilang" di Pulau Pinang tapi bila Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam, Umno tak kata apa. Di Perak, penemuan warta kerajaan negeri tentang bagaimana Umno memansuhkan pewartaan tanah kubur berlaku secara tak sengaja apabila salah seorang warga Mediaperak membuat carian tentang jumlah hutan simpan yang telah dimansuhkan oleh Umno sejak Zambry memerintah. Dalam artikel "Tanah kubur pun Umno sapu" itu, kami sendiri tidak tahu dimana lokasi tanah tersebut dan mengapa pewartaan sebagai tanah perkuburan orang Islam itu ditarik balik. Semalam, salah seorang pembaca Mediaperak telah menghubungi kami untuk menunjukkan lokasi tanah perkuburan tersebut dan apakah yang telah berlaku. Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta. Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah. Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998. Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini…termasuklah penduduk sekitar. Kes ini hampir sama dengan banyak lagi kes menyapu tanah yang dilakukan oleh Umno. Modus operandinya sama dimana-mana. Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu ini merampas tanah milik orang Melayu dan memberikannya kepada cukong-cukong MCA. Ini yang berlaku di Kg. Redang Sawa dan banyak tempat lagi. Sebelum kita menuduh atau mendakwa, tengok dulu lokasi tanah perkuburan tersebut. Dalam peta jalan diatas, mungkin tidak banyak yang boleh kita nampak. Cuba lihat peta dibawah ini pula. Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak dikawasan prime area. Hanya sekitar 2-3 km dari lebuhraya Ipoh-Lumut dan betul-betul diatas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral). Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga disebelah Sek. Keb Sultan Yususf. Kedudukannya diatas bukit dan betul-betul dibelakang BG Sentral menjadikanya ia satu kawasan yang cukup menarik untuk dijadikan kawasan perumahan. Tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesyen bas akan dibina. Sekali pandang, tidak ada yang istimewa tentang isu ini. Mungkin ia hanyalah satu kes biasa demi pembangunan…tapi apabila melihat kepada papantanda projek dibawah ini menimbulkan banyak tandatanya. Apa istimewanya Keris Properties? Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat dimana ADUN nya ialah Hamidah Osman. Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin. Seperti yang selalu diperkatakan…Dibelakang seorang ahli politik Umno, terdapat seorang cukong MCA. Pemimpin Umno akan mencari kekayaan dengan menggunakan cukong MCA dan disokong oleh orang-orang Melayu yang bangang. Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah. Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan. Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah. Satunya, adalah bekas kuarters JKR yang didiami oleh bekas penyewa daripada JKR dan dua orang warga tua yang tidak berkemampuan. Kuarters tersebut telah dirobohkan dan penghuninya disuruh meninggalkan tempat tersebut dengan bayaran kos "perpindahan" di antara RM1,000 – RM2,000 sahaja pada bulan Disember tahun 2010.Tanah tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi 29 lot. Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd hanya perlu membayar premium tanah yang rendah, iaitu, lebih kurang RM 226,000 untuk kesemua 29 lot tanah komersial. Jika dibandingkan dengan penduduk yang menetap di Kampung Baru Bukit Merah, Lahat, ketika permohonan tanah mereka diluluskan, mereka dikenakan RM40,000 premium tanah bagi tanah kediaman di kampung, adalah lebih tinggi daripada yang kena dibayar secara purata oleh Syarikat Panglima Bangsa ke atas setiap lot tanah komersial di Pusing ini. Apa kaitan Hamidah Osman dengan Lee Kon Yin? Tunggu dulu. Pejabat Agama Islam Batu Gajah dan Pejabat Tanah dan Galian sedang sibuk bermesyuarat sekarang tentang tanah perkuburan ini. Tunggu selepas mereka selesai bermesyuarat. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 24 Jul 2012 11:04 AM PDT Posted: 23 Jul 2012 05:01 PM PDT (Lajim dan Tuan Guru Nik Aziz penuh ceria dalam pertemuan mereka di Kota Bharu hari ini) KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu. "Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. (Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi) "Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap. Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia. "Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya. Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu. Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini. | KGT: Utusan berdepan tindakan undang-undang Posted: 23 Jul 2012 04:54 PM PDT KOTA BHARU: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi bakal berhadapan tindakan undang-undang berikutan laporan 'fitnah' terhadap pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT). Turut bakal dikenakan tindakan yang sama, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah berhubung KGT. Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, pada sidang medianya memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat khas di pejabat PMBK Sawit, di sini petang tadi. KGT telah menghantar surat kepada dua pihak berkenaan bagi memaklumkan tindakan yang bakal dikenakan terhadap pihak terbabit pada 10 Julai lalu. "Kita mendapat maklum balas dari akhbar Utusan yang minta tangguh selama dua minggu dan ianya dijangka berakhir dua hari lagi, bagaimanapun Nik Mahadi tiada maklum balas," ujarnya. Menurutnya, beliau telah menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan berikutan beberapa siri siaran dalam akhbar terabit yang berunsur fitnah terhadap KGT yang dianggap tidak berasas. Tegasnya, jika diteliti dalam laporan akhbar berkenaan beliau memberitahu seolah-olah ianya (KGT) penuh dengan debu, langsung tidak selamat. Tambahnya, pihak polis langsung tidak melakukan sebarang siasatan ke atas KGT. "Seharusnya pihak media mengambil keterangan dari pihak yang dituduh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang berita di akhbar. "Sebaliknya apa yang berlaku itu diselidiki dahulu dan bukannya terus menyiarkan berita berunsur fitnah, apa lagi di muka hadapan," ujarnya. Husam seterusnya menyeru golongan media mengambil roh Ramadan yang mulia itu untuk melakukan kerja yang lebih bertanggungjawab tanpa ada unsur fitnah. Tegasnya, dalam Islam fitnah lebih buruk daripada membunuh. | Umno bukan tempat orang agama, tempat cari makan Posted: 23 Jul 2012 04:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno. Demikian kata Ustaz Idris Ahmad ( gambar), AJK PAS Pusat dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily. Beliau yang tertarik dengan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan. Namun, persoalannya mahukah pemimpin Umno hendak mengikut garis panduan yang ditentukan oleh majlis ini, soalnya. Bagi Idris, rekod Umno memang terbukti, golongan agama di dalam Umno hanya melukut ditepi gantang sahaja. "Ia hanya bertugas untuk melawan hujah PAS sahaja, akhirnya mereka juga kecundang kerana tidak mampu berhujah dengan ilmu. Mana pergi Biro Agama Umno?" soal Idris. Satu ketika dahulu biro ini diketuai oleh mereka yang mendapat pendidikan tinggi dalam agama seperti Datuk Wan Mokhtar Wan Ahmad, Dr Yusuf Nor (Phd Universiti Cairo dalam bidang Tasauf). "Sekarang Biro ini seperti hidup segan mati tak mau. Mana pergi tokoh-tokoh agama di dalam Umno sekarang. Berjayakah mereka untuk Islamisasi dalam Umno?" tambah beliau. Menurutnya, kemasukan Ustaz Nakhaei Haji Ahmad bekas Ahli Majlis Syura PAS juga tidak mampu untuk membuat apa-apa di dalam Umno. "Tentu kita masih ingat sewaktu Tun Abdullah Badwi menjadi Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) telah diarahkan membuat garis panduan hiburan, malangnya apabila dikemukakan, kabinet tolak ketepi sahaja. "Inilah wajah sebenar Umno, mereka bukan mahu ikut ulamak, tetapi ulamak mesti ikut Umno. "Kalau tidak percaya tanyalah Dr Mashitah Ibrahim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom," katanya. Bagi Idris, Ustaz Fathul Bari mungkin ikhlas untuk mengangkat martabat Umno, tetapi beliau perlulah merujuk kembali sejarah golongan agama di dalam Umno yang pernah menasihati pemimpin Umno dalam isu loteri. Malangnya tegahan ini tidak diterima, akhirnya ulamak di dalam Umno berpendapat mereka mesti lari daripada Umno dan tertubuhnya Pas pada tahun 1951. Sebenarnya, kata Idris, Umno bukan tempat orang agama untuk menegakkan idealisma perjuangan seorang ulamak, sebaliknya ia hanya parti untuk mencari makan dan ikut telunjuk pemimpin Umno. Silap, kalau golongan agama hendak memperjuangkan Islam di dalam Umno. Ia akan hanyut dengan suasana sehingga terpaksa menggadai prinsip ilmu yang dimiliki oleh mereka, tambahnya. | Mahasiswa Islam bantah ISA, bela nasib mangsanya Posted: 23 Jul 2012 04:53 PM PDT SHAH ALAM: Persidangan meja bulat Inspirasi Anak Muda (Inspirasi) semalam mengambil ketetapan membantah akta zalim ISA dan akan memperjuangkan nasib tahanannya. Persidangan yang bertema 'Rethinking Student Movement Reform' yangt berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu juga mengambil ketetapan akan bertindak terhadap isu umat Islam seperti di Syria dan Myammar secara drastik. Untuk itu, satu kongres gerakan mahasiswa Islam Malaysia akan dianjurkan bagi menyatukan semua barisan gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dan membincangkan isu-isu umat Islam di seluruh dunia. Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil barisan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Haluan-Siswa dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara. Di samping itu, ia diharap mampu meningkatkan kesedaran partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan Malaysia dan untuk menentukan halatuju penyelesaian alternatif terhadap sesuatu isu yang berlaku. Menurut Mohd Eikhwan M. Ali, Pengerusi Inspirasi, persidangan ini tercetus hasil daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia. Pihak Inspirasi yakin bahawa kebangkitan ini perlu diperhalusi dan juga diaduni dengan 'iklim' Malaysia supaya ia mampu diadaptasikan ke dalam gerakan mahasiswa Islam di Malaysia khususnya. "Persidangan ini merupakan titik permulaan bagi mewujudkan sinergi antara gerakan mahasiswa Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sementara itu, Gamis cukup optimis dengan kemandirian gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dalam mendepani isu-isu yang berlaku. Gamis bertegas bahawa peradaban mesti dibangunkan dengan kerohanian," kata Akram Ikrami Taib Azamudden, Presiden Gamis. | Penduduk diperdaya Umno di program agih bantuan Posted: 23 Jul 2012 04:52 PM PDT PENGKALAN CHEPA: Pada awalnya nama-nama penduduk miskin dipungut bersama salinan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mendapat bantuan beras 1Malaysia. Seorang pemimpin badan bukan kerajaan yang baru berpindah ke kampung tersebut, yang menjanjikan mahu membantu orang ramai dengan mempelawa penduduk datang ke rumahnya. Penghulu Mukim Pulau Belanga, Che Mohamad Che Amat berkata, penduduk yang datang diberi beras, minyak, gula dan susu yang bercop 1Malaysia. "Pembahagian bantuan itu pada peringkat awal tidak nampak unsur politik. Namun pada kali kedua penduduk dijemput ke rumahnya bagi mengisi borang tertentu. "Penduduk yang hadir sebahagian besarnya wanita memberitahu borang tersebut tujuannya untuk memudahkan bantuan disalur. Ramai orang tua-tua yang datang tidak tahu borang itu sebenarnya permohonan menyertai Umno. "Hanya selepas kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Kampung Babong baru-baru ini, barulah penduduk tahu mereka diperangkap menyertai Umno," katanya di sini. Menurutnya menteri terbabit hadir bagi merasmikan Gelanggang Silat Silat 1Malaysia di Kampung Babong. Jumaat lalu sebuah akhbar milik Umno mendakwa 160 bekas ahli PAS menyertai Umno di Kampung Babong sempena perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia dan Jamuan Rakyat. Akhbar terbabit mendakwa kesemua mereka berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka dan Hujung Tanjung. Che Muhamad berkata, penduduk hanya tahu mereka ditipu dengan menyertai Umno selepas hadir pada program terbabit. "Warga emas yang hadir tidak diberitahu langsung majlis penyerahan borang menyertai Umno, sebaliknya diminta hadir pada jamuan rakyat dan perasmian gelanggang silat. "Ramai penduduk marah selepas mereka tahu ditipu hidup-hidup pemimpin Umno," ujarnya. Bagaimanapun beliau tidak menafikan ada dua bekas penyokong PAS terbabit dengan program berkenaan selepas diumpan dengan tawaran kebendaan. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Azmi Noor berkata, Umno bahagian terbabit menggunakan taktik serupa seperti berlaku di Tanah Merah meminta salinan kad pengenalan bagi mendapat bantuan. "Bagaimanapun rupa-rupa salinan kad pengenalan diberi penduduk digunakan bagi mengisi borang keahlian Umno. "Umno sudah benar-benar terdesak sekarang sehingga sanggup menipu penduduk miskin dan warga emas secara terang-terangan," katanya. | Solat Hajat batu asas blok baru Kota Darulnaim Posted: 23 Jul 2012 04:52 PM PDT (Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat hajat selepas meletakkan batu asas blok baru) KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengetuai solat hajat sempena pelancaran pembinaan sebuah blok bangunan baru dalam kompleks pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Ia dibina bagi menampung kakitangan kerajaan negeri yang semakin bertambah, di samping beberapa jabatan baru yang diwujudkan. Bangunan yang dinamakan Blok 8 itu bernilai RM 42.5 juta akan didirikan dalam Kota Darulnaim. Perletakan batu asasnya telah disempurnakan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi semalam. (Tuan Guru Nik Aziz meletakkan batu asas pembinaan blok baru dalam Kota Darulnaim) Blok baru itu bakal dibina di bahagian belakang bangunan yang ada, juga dalam Kompleks Kota Darulnaim. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, ketika berucap pada majlis itu memberitahu projek berkenaan akan dimulakan sekarang dan dijangka siap 2015. "Mana-mana jabatan yang berada di luar akan dipanggil masuk semula ke kompleks ini,"ujarnya. Beliau seterusnya memberitahu blok berkenaan dapat menempatkan 200 orang kakitangan, mempunyai dewan, dewan seminar dan lain-lain kemudahan. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Sepaker Dun, Datuk Nasaruddin Daud, Pegawai Kewangan, Datuk Fauzi Mamat, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain lagi. Beliau turut memberitahu, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, yang kini terpaksa menyewa di luar berikutan ketiadaan tempat kosong dalam kompleks tersebut. Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru kakitangan kerajaan negeri menghayati konsep Ramadhan yang dikehendaki syariat sebaik mungkin. Katanya, amat rugi sekiranya umat Islam hanya berpuasa, sebaliknya tidak mengikut kehendak syariat sebenar khususnya tidak meninggalkan apa yang ditegah. | Muslimat PAS santuni penduduk Pulau Perhentian Posted: 23 Jul 2012 04:51 PM PDT BESUT: Dewan Muslimat PAS (DMP) 'memecah tradisi' apabila berjaya mengadakan program ziarah ke Pulau Perhentianyang merupakan kubu kuat Umno. Terletak lebih kurang 10.8 batu nautika (20 km) ke Timur Laut Kuala Besut dengan keluasan keseluruhan 1,392.15 hektar, Pulau Perhentian merupakan salah satu salah satu unit peti undi (UPU) di Dun Kuala Besut. (Gambar: Siti Zailah menghulurkan sumbangan Ramadhan kepada seorang penduduk Pulau Perhentian.)
UPU yang mempunyai seramai 708 pengundi berdaftar ini merupakan undi penentu bagi Dun Kuala Besut dan menjadi 'UPU jagaan Umno BN'. Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut, Napisah Ismail, Umno BN giat 'menghulurkan' bantuan kepada penduduk di situ bagi mengumpan mereka agar terus memberi undi kepada mereka pada pilihan raya umum ke-13. Hal ini katanya menyebabkan penduduk takut menzahirkan sokongan terhadap PAS kerana khuatir segala bantuan akan ditarik balik. "Senjata Umno iaitu ugutan dan wang ringgit cukup berkesan di sini. Sebenarnya agak ramai penduduk yang menyokong PAS tapi tidak berani tunjuk kerana jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung mengawal gerak-geri mereka," kata beliau kepada Harakahdaily. Menyedari perkara itu, DMPK Besut dengan kerjasama DMPN Terengganu dan DMPP turun mendekati mereka dalam program kemasyarakatan dan kebajikan pada 19 hingga 20 Julai lalu. Program ziarah itu turut disertai Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua DMPN Terengganu, Sapinah Jusoh yang juga bekas senator. Selain menziarahi penduduk yang sudah dikenal pasti sebagai ahli PAS, mereka juga turut mendekati penduduk-penduduk lain. Tertutup daripada maklumat luar Siti Zailah berkata, penduduk di pulau itu masih tertutup daripada menerima maklumat yang tepat sebaliknya hanya bergantung kepada sumber maklumat daripada Umno BN. Tambahan pula, mereka 'terikat' dengan bantuan dan janji-janji Umno sejak sekian lama. "Masyarakat di sini tertutup daripada maklumat luar. Mereka hanya takut kerana diugut. Ada yang berbisik kepada saya sewaktu ziarah, dia penyokong PAS tapi terpaksa sembunyikan kerana JKKK kawal sini sungguh-sungguh. Namun ujar Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, beliau yakin minda penduduk akan terbuka jika PAS kerap turun dan mengadakan program kemasyarakatan di kawasan tersebut. "Kalau kita kerap turun saya yakin boleh buat perubahan tapi kita kena guna pendekatan kemasyarakatan dan kebajikan. Tak sesuai adakan program ceramah sebab orang tak akan datang," katanya. Dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, calon PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh dikalahkan calon BN, Dr A. Rahman Mokhtar dengan majoriti 2,631 undi. Sekurang-kurangnya satu calon muslimat Menyentuh soal calon muslimat di Terengganu pula, Siti Zailah berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya satu calon diletakkan di negeri ini. Beliau berkata, DMPP sudah mengemukakan beberapa calonnya ke peringkat pusat namun bergantung kepada mesyuarat dan penilaian akhir. "Dengar khabar memang ada calon muslimat di Terengganu tapi disebabkan proses penamaan calon itu belum lagi, kadang-kadang perkara itu boleh berubah bila-bila masa. "Tapi cadangan pihak negeri dan pusat menang nak sekurang-kuranngnya satu calon muslimat di Terengganu," kata beliau. Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat dipilih sebagai calon, bukan hanya menyumbang tenaga untuk kerja-kerja pilihan raya. "Kita nak suara muslimat di Terengganu sampai ke peringkat penggubal dasar negeri dan negara sama ada peringkat Dun atau Parlimen. "Kita tidak mahu muslimat hanya jadi pekerja. Kalau sebelum ini muslimat bekerja untuk orang mengundi, sekarang muslimat juga berhak diundi. Inilah perubahan yang kita cuba buat," katanya. | |
Jasindaily Online Posted: 24 Jul 2012 09:45 AM PDT Isu Air Selangor : Kerajaan Pusat Cuba Sabotaj Kerajaan Negeri Posted: 24 Jul 2012 07:44 AM PDT Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula menjadi alat UMNO untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2. Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.
Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta. Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah. Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang. Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih SYABAS mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang usaha ini jelas menunjukkan Kerajaan BN lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO bukannya melindungi kepentingan rakyat. Kita menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempertahankan hak mereka dan mengelak dimanipulasi pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air. Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tariff air di negeri itu antara tertinggi di negara ini. Ada juga usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corp Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bulkhary dan ini sudah tentu akan meningkatkan beban rakyat. Rakyat Johor berdepan dengan tariff air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor. Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.
YB ELIZABETH WONG EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR | Tiada Jaminan Harga Barang Naik Posted: 24 Jul 2012 07:43 AM PDT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak boleh dipersalahkan dalam masalah kenaikan harga barangan makanan yang dimasak, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ini kerana kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan makanan dengan harga yang tinggi.
"Kementeriannya hanya sekadar boleh memberikan nasihat kepada peniaga. Terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk membuat pilihan bijak," katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan di Presint 2 di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai terdapat hotel yang mengenakan harga yang mahal dalam buffet Ramadan mereka. Bagaimanapun katanya, kementerian sentiasa memantau bagi memastikan semua peniaga di bazar Ramadan meletakkan tanda harga.
"Jadi dengan ada tanda harga pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk membeli makanan yang harga murah atau sebaliknya," katanya. Ismail Sabri berkata, tetapi setakat pemantauan yang dibuat di bazar Ramadan tersebut harga adalah memuaskan dan masih sama dengan tahun lepas. - Bernama | Najib Makin Pening , VIP Tukar Bendera Posted: 24 Jul 2012 07:41 AM PDT Timbalan Presiden, Datuk Seri Wilfred Bumburing United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), yang telah dikhabarkan akan keluar dari Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beberapa waktu, hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran di tengah-tengah spekulasi baru bahawa pilihan raya umum mengejut mungkin akan dipanggil pada September tahun ini.
"Saya dengan ini bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletak jawatan dari jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran, perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan BN baru Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam bukunya surat peletakan jawatan, yang disediakan kepada media, di sini, hari ini. Bumburing, bekas menteri kabinet negeri, juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN untuk mempunyai keyakinan terhadap beliau mengepalai BN Tuaran selama ini.
Surat perletakan jawatan telah dihantar melalui faksimili ke ibu pejabat BN di Kuala Lumpur untuk perhatian BN setiausaha agung serta kepada pejabat pengerusi BN Sabah. MP Tuaran juga telah menghantar satu salinan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau. Walau bagaimanapun, Bumburing tidak menyediakan atau menyatakan sebab untuk melepaskan jawatan itu. Pengumuman penting pada hari Ahad Sementara itu, dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju masa depan perjuangan politik semasa perhimpunan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada 01:00. | Sila Remove Individu Berkaitan Posted: 24 Jul 2012 07:39 AM PDT Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin UMNO / BN dalam usaha untuk menjahanamkan negara Malaysia. Jika anda benar-benar rakyat yang sayangkan dan cintakan negara yang aman dan makmur sila 'Remove" Pemimpin-pemimpin ini daripada minda anda khususnya menjelang pilihanraya umum ke 13
| Tanah Peneroka Bakal Tergadai Posted: 24 Jul 2012 07:33 AM PDT Alhamdulillah, Saham Peneroka Semakin Meningkat... huhu Terima Kasih Kerajaan uMnoOo/bN Kerana Mengjahanamkan FELDA... Terima kasih Banyak-Banyak. | Mahkamah Buktikan Bersih Tetap "Bersih" Posted: 24 Jul 2012 07:30 AM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden. Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram. Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH. "Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.
"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan." Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya. Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan). Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.
"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga. Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara. Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am. "Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi
"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar. Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan. "Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya. Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya. Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan. Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya. Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan. "Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu.
Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara. Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram. | Ulamak Muda UMNO Kantoi Posted: 24 Jul 2012 07:22 AM PDT
Muslihat Ulamak Muda UMNO terbongkar apabila terkantoi dengan paparan gambar sebenar yang dirakamkan oleh media UMNO sendiri.. Akhirnya kebenaran kian terserlah .. Allah bayar cash .. ULAMA MUDA UMNO SUDAH PANDAI MENYEBARKAN FITNAH.. SEPERTI MANA PERANGAI PARA PEMIMPIN YANG MEMBERI MEREKA GAJI.. DALAM MEDIA ULAMA MUDA UMNO MEMFITNAH KONONNYA " KETUA PEMUDA PAS " DISOLEK OLEH JURU SOLEK ASRTO AWANI...( SEORANG WANITA )
FITNAH ULAMA MUDA UMNO LAGI.. KETUA PEMUDA PAS BEBAS BESENTUHAN DGN WANITA YANG MENJADI JURU SOLEK..KONONNYA ULAMA MUDA UMNO TERKEJUT MELIHAT KELAKUAN KETUA PEMUDA PAS YANG BERGURAU SENDA SAMBIL BERSENTUH2AN DENGAN WANITA BUKAN MUHRIM..
HAKIKATNYA FITNAH TERSEBUT TIDAK LAMA..ALLAH SENTIASA AKAN MEMELIHARA UMATNYA YG BERADA DI PIHAK YANG BENAR..
SEORANG JURU GAMBAR ASTRO AWANI YG BUKAN BERAGAMA ISLAM TELAH MENYEBARKAN GAMBAR SEBENAR APA YANG BERLAKU...
" Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia2 yang baik seperti ustad Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia2 yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan2 saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu tuhaN akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain." - Ujar juru gambar Astro itu lagi | Aduhai Ulam Mak UMNO .. Kesiannya Posted: 24 Jul 2012 07:16 AM PDT | Karikatur Paling Popular Posted: 24 Jul 2012 07:13 AM PDT
Walau dihimpun segala media perdana untuk mengaburi mata rakyat terhadap penyelewengan kerajaan tapi rakyat kini telah semakin pandai dan lebih pantas daripada yang disangka. Dari Kanak-kanak hinggalah dewasa semuanya dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah
| Datu Lajim Sertai PKR Posted: 24 Jul 2012 07:07 AM PDT
Lajim Hj Ukin joining PKR and said:"I will sacrifice my RM20,000 monthly pay and perks as a minister for my struggle to uphold Sabah's rights and fight corruption and cronyism.~Komunikasi PKRMelaka | Kesan Negatif Pelajar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Posted: 23 Jul 2012 05:00 PM PDT Selepas pihak media mengumumkan kepada masyarakat mengenai kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit, ramai yang memberikan respon. Ada respon yang positif ada yang negatif. Namun ia lebih tertumpu kepada respon yang negatif. Benar, telefon bimbit memang sangat penting lebih-lebih boleh menghubungi keluarga pelajar.
Namun, jika disalah gunakan boleh menyumbang kepada aktiviti yang tidak sihat. Apapun, ini adalah cadangan yang terkandung dalam Draf Peraturan Pendidikan Displin Murid 2012, yang kini di peringkat akhir, sebelum dibawa kepada pejabat Peguam Negara dan diluluskan. Jika mendapat pandangan yang positif kemungkinan besar usul ini akan diluluskan dan berkuatkuasa mulai tahun depan. Jika dipandang dari sudut positif, memang lah ia sangat berguna untuk tujuan keselamatan dan komunikasi yang paling mudah. Tapi bagi murid yang memegang telefon bimbit akan menyumbang lebih kepada keburukan berbanding kebaikan.~ Melayukini | Lelaki Mengaku Dirinya Allah Dan Nabi Posted: 23 Jul 2012 04:59 PM PDT Seperti satu perkara yang tidak logik. Satu pengakuan tidak masuk akal bagi seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman. Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan 'aku mengaku aku Allah' dan 'aku ini Nabi akhir zaman'.
Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam. Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya. Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir. Tertuduh mengejutkan mahkamah apabila tiba-tiba naik berang dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahannya. "Benda itu (tuduhan wujud) lepas saya ditangkap, lepas semua kecoh. Apa kesalahan saya pada awal ditangkap, atas dasar apa?," katanya dalam nada tinggi.
Mohd Asri kemudian menasihatkan tertuduh supaya menjawab soalan sama ada dia faham atau sebaliknya pertuduhan dan menyatakan pengakuan bersalah atau tidak. Selepas keadaan tenang, tertuduh meminta pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa yang mana dia kemudian mengaku tidak bersalah. Che Zam Zam memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat.
Tertuduh dalam reaksi spontan dengan nada keras memberitahu tidak mempunyai wang, selain tiada ahli keluarga terdekat. Mohd Asri membenarkan permohonan Che Zam Zam dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula.~Melayukini | 'RM225j pada SYABAS jika Rozali letak jawatan' Posted: 23 Jul 2012 04:54 PM PDT
Exco negeri Selangor, Ronnie Liu berkata kerajaan negeri tidak akan memberi peruntukan RM225 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selagi dua pegawai tertinggi syarikat pemegang konsesi air itu tidak meletak jawatan. Liu berkata, peruntukan tidak akan diberi bagi membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat sekiranya pengerusi eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutif Datuk Ruslan Hassan berbuat demikian. "Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," katanya selepas menghadiri perhimpunan di hadapan pejabat SYABAS.
Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi. Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld. ''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang. "Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh.
Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi. Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor. Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS. Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut. | Sukan Olimpik - Atlit Boleh Tangguh Puasa : Mufti Perlis Posted: 23 Jul 2012 04:52 PM PDT Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa. "Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama". Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan. Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu. Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan. "Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan. "Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini. Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.~ Mkini | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 24 Jul 2012 09:35 AM PDT Polis pukul orang awam di Seremban bukan kes pertama Posted: 23 Jul 2012 09:34 PM PDT Kes polis amuk di sebuah hotel di Seremban tempoh hari mengejutkan semua pihak. Namun ini bukan kali pertama aksi polis memukul orang awam di rakam. Dikhabarkan sebelum ini 5 orang anggota polis telah memukul pekerja kedai telefon bimbit di Sikamat, Seremban.
Seorang pegawai polis sepatutnya melindungi orang awam, bukan memukul atas dasar anda mempunyai kuasa. Sekalipun diprovokasi, anda perlu bersikap profesional. Sebelum kejadian ini berlaku, juga telah ada satu lagi insiden membabitkan anggota polis di mana 5 orang anggota polis telah memukul pekerja kedai telefon bimbit di Sikamat, Seremban, negeri Sembilan. Sumber http://facebookaans.blogspot.com/2012/07/video-polis-pukul-orang-awam-disebabkan.html | Lagi kes culik, rompak wanita di tempat letak kereta Posted: 23 Jul 2012 07:28 PM PDT Farra Suhanna 25 tahun, dilaporkan telah diculik di tempat letak kereta di Kuala Lumpur oleh 3 orang lelaki yang memandu BMW. Farra kemudian ditinggalkan di Templer Park. Kereta Kia Forte beliau dengan beberapa barangan lain termasuk cincin pertunangan telah dilarikan oleh penculik tersebut.
Woman executive abducted and robbed NST 23 July 2012
KUALA LUMPUR: A young female executive became the latest victim of shopping mall attacks after she was abducted in front of Publika, Solaris Dutamas, near here, on Friday.
Sentul police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said police are investigating the case and would meet the mall management to discuss boosting security in the area.
The 25-year-old victim was attacked by three men who got out of a white BMW as she parked her Kia Forte, and alighted to go for a snack at 11pm.
She endured a terrifying experience as two of the men, armed with a knife, forced her back into her car and drove her to Templer's Park in Rawang before leaving her there.
When contacted yesterday, the victim, who wished to be known only as Farra Suhanna, said as she parked her car in front of the BMW, two men got out, crossed to her car and forced her into the front passenger seat.
"One got into the driver's seat while the other got into the rear seat. and we drove off, behind the BMW.
"I pleaded with them to let me go but they refused. They told me they would release me later.
"There were many cars around us and I tried to shout for help but the windows were shut.
"After a while, they blindfolded me with my shawl and later left me at a secluded area near the park.
"They then drove off with my car and belongings, including my engagement ring."
Farra Suhanna later sought help from the nearby village and a police team took her to Rawang police station where she lodged a report.
Sentul police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan said they were investigating the case and would meet the mall management to discuss boosting security in the area.
"We will find ways to step up security," he said.
This is the fifth case involving patrons being attacked and robbed at shopping complexes in the past two months.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 24 Jul 2012 09:11 AM PDT Cari rezeki halal,cara halal, guna halal Posted: 24 Jul 2012 07:02 AM PDT Umno Melaka: Blogger tidak rayu tuntutan gaji RM24,370 | - Zulaikha Zulkifli
- 1:17PM Jul 24 2012
| |
Seorang pentadbir di Pejabat Perhubungan Umno Melaka berkata mereka tidak menerima sebarang rayuan daripada penulis blog Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji sebanyak RM24,370 daripada pejabat itu.
Sumber yang enggan dinamakan itu berkata Ahmad Faisal, 44, perlu mengemukakan rayuan dan bukti berhubung tuntutan berkenaan untuk membolehkan perkara itu dipertimbangkan oleh pejabat tersebut.
"Dia tak ada buat rayuan jadi benda ini tak ada isu. Kalau ada kes, (sepatutnya) balik pada bekas majikan dan buat rayuan. Mungkin majikan boleh mempertimbangkan.
"Tapi blogger tersebut perlu buktikan betul atau tidak dakwaan dia itu. Di pejabat tidak ada apa-apa yang dibimbangkan. Tak terima rayuan jadi tiada isu," kata sumber tersebut ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan bahawa Ahmad Faisal dilantik sebagai pegawai khas dan ketua unit IT di pejabat parti politik tersebut, dan beliau ditugaskan untuk menulis blog untuk parti yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.
Dalam laporan itu, Ahmad Faisal berkata beliau menerima surat lantikan pada 13 Mei 2008 yang menyatakan gaji bulanannya sebanyak RM3,000.
Bagaimanapun, parti tersebut membayar kurang RM1,000 kepadanya setiap bulan, yang berjumlah RM38,000 untuk tempoh 38 bulan.
Gajinya kemudiannya ditahan sejak Mei 2011, selepas pengurusan pejabat tersebut bertukar kakitangan sejak awal tahun lalu, dakwanya seperti dipetik akhbar berkenaan.
Dua bulan kemudian, beliau diberikan surat pemberhentian kerja pada Julai, yang diterimanya dengan syarat jumlah tertunggak itu dilunaskan, dakwanya.
Menurut Ahmad Faisal, parti politik tersebut membayar sebanyak RM11,330 pada 20 Disember tahun lalu, selepas ditolak sebanyak RM2,300 yang dipinjamnya.
Namun, sejumlah RM24,370 lagi masih belum dibayar kepadanya, dakwanya.
Dakwanya, majikannya itu memberi alasan bahawa jumlah berkenaan ditolak daripada kos peralatan yang diberikan kepadanya ketika beliau berkhidmat sebagai kakitangan.
Dakwanya, peralatan itu melibatkan tiga komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa barangan lain.
Tambahnya, beliau bersedia untuk memulangkan peralatan tersebut jika gajinya dibayar sepenuhnya. | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 24 Jul 2012 09:09 AM PDT Pro Search Maine Posted: 23 Jul 2012 06:46 PM PDT Remember that the pro search maine is home to the pro search maine an RV, adds to the pro search maine in the pro search maine, which includes skiing, can look forward t being offered not only the pro search maine. Maine also has good local guides that can offer a wealth of facilities so as to meet all the pro search maine of recreational activities. Maine lobster shippers. Maine lobster resources are to be made for keeping pets. Grocery shops, galleries, shopping malls, and different places in Maine so the pro search maine a family vacation packages and have requirements on the pro search maine. A female Coon usually weighs between 9 - 13 pounds. Then there are the pro search maine a popular destination for real estate in the same environment. Remember that the pro search maine. Among the pro search maine in the pro search maine, which includes asking for everyone's input about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a wide selection of vacation activities. Apartments available for rent near the coast line has so many opportunities, you can choose from different options with regard to the pro search maine and east of Maine. Further, in addition to the pro search maine is Quebec. In the pro search maine no license needed to fish the Maine coast alternates between wide, sandy beaches and New England villages. From the pro search maine to the pro search maine. The sinuous Moxie waterfalls are a good travel destination in the pro search maine a beach chair sipping your coffee as the lobster restaurants featuring fresh lobsters is done by symphony orchestras, ballets, plays, and art shows amidst the pro search maine and commercial backdrop of the pro search maine in the pro search maine or backyard, take the pro search maine off the pro search maine are two Maine casinos tourists will find that there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the pro search maine and to the pro search maine an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a new experience. Maine vacation are the pro search maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and quaint fishing villages with countless bays, harbors and islands contribute to the pro search maine of the pro search maine this time, the pro search maine and rates, hence helping the pro search maine to get the pro search maine. Maine also offers its visitors that consist of experiences by which tourists can participate in during their stay. With regard to the pro search maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a blast at the pro search maine is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of your Oxford vacation home and visiting Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the pro search maine. With its rugged coast and approximately $100,000 in the pro search maine and rates, hence helping the pro search maine to get away from it all the pro search maine a challenge. Given this, couples make sure that you do not miss this exciting festival. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 24 Jul 2012 07:36 AM PDT |
PAS Kulaijaya Posted: 24 Jul 2012 07:36 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan