CINA ISLAM (林川興) Posted: 17 Jul 2012 01:46 AM PDT Ada pejawat awam rugi akibat gaji SSM 2012 Posted: 16 Jul 2012 09:54 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
Salam, Admin tertarik dengan luahan seorang kawan yang merupakan penjawat awam baru-baru ini tentang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tahun 2012, yang menyatakan ada pihak dari kakitangan awam yang rugi dari kenaikan tersebut.
Oleh sebab itu Admin membuat keputusan untuk menulis tentang perkara ini bagi mendapatkan penjelasan yang tepat tentang perkara ini (daripada sesiapa sahaja, termasuk anda sebagai pembaca).
Rugi yang dimaksudkan di sini ialah, terdapat perbezaan kenaikan gaji bagi senior dan junior di dalam skim SSM yang menyebabkan ada kakitangan mendapat jumlah gaji lebih sedikit, walaupun hakikatnya beliau lebih kanan dan lebih tinggi senioritinya.
Contohnya adalah seperti dalam jadual di bawah (Ali intake Okt 2008 dan Ahmad intake Mac 2009):
Klik pada jadual untuk paparan lebih besar
* Kalau dilihat daripada segi perkiraan gaji, seolah-olah Ahmad adalah lebih kanan berbanding Ali walaupun secara dasarnya Ali adalah kanan daripada Ahmad.
* Perbezaan senioriti gaji Ali berbanding Ahmad hanya 3 bulan, iaitu pada bulan Oktober, November & Disember berbanding Ahmad yang melebihi gaji sepanjang Januari – September iaitu sebanyak 9 bulan.
* Kalau dilihat Gross income antara Ali & Ahmad setahun, ternyata Ahmad melebihi daripada Ali.
* Impak gaji senioriti akan terlibat bagi KGT pada bulan 7 & 10.
* Impak ini juga akan terlibat secara menyeluruh ke semua penjawat bagi semua skim.
harakahdaily/- | Cipta peralatan kecergasan dengan kayu Posted: 16 Jul 2012 09:49 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
TITOV melihat anaknya menguji salah satu peralatan kecergasaan yang diciptanya di pekarangan rumah mereka di Novopyatnitskoye kelmarin.
MOSCOW - Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov mencipta lebih 20 peralatan kecergasan dengan menggunakan kayu.
Peralatan itu dihasilkan dengan menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang komponen logam.
Titov yang berusia 63 tahun yang merupakan seorang penternak lebah tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia.
Menurutnya, buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan ciptaannya itu. - Reuters | Flashmob mahasiswa bebas 45 tahanan ISA esok Posted: 16 Jul 2012 09:38 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu siri 'Fllashmob' di ibu negara berhubung isu ISA yang tidak lagi selesai sehingga hari ini walaupun PM telah mengumumkan pemansuhan akta yang lebih bersifat 'zalim' itu sejak September tahun lalu lagi.
Pengerusinya, Safwan Anang (gambar) berkata, mahasiswa tetap dengan pendirian bahawa selagi Kem Tahanan Kamunting masih dibuka selagi itu kerajaan hanya retorik dengan janji manis.
Tegasnya, SMM berpendirian bahawa rakyat harus terus bangkit menolak penggunaan akta 'menahan orang tanpa bicara' ini. Ini adalah disebabkan kerajaan sehingga sekarang hanya mampu bermain dengan janji-janji manis dengan kononnya ingin menghapuskan undang-undang yang bersifat kuno walaupun dengan menggantikannya pula dengan undang-undang yang lebih ketat antaranya seperti akta himpunan aman.
"Mahasiswa merasakan perkara ini harus diceritakan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang apakah perkara sebenar yang sedang berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, rakyat perlu tahu bahawa sehingga sekarang masih ada lagi dari kalangan rakyat Malaysia sendiri yang ditahan di bawah ISA.
SMM juga, ujarnya berpendirian tegas dalam isu pemansuhan ISA terutama apabila respons menteri yang bertanggungjawab penuh dalam mempertahan akta zalim ini hanyalah dilihat sebagai sindiran kepada tahanan dan mereka yang turut membantah akta ISA.
"Menteri seperti ini lebih baik meletakkan jawatan daripada terus menzalimi rakyat sendiri," katanya.
Justeru, tambah beliau SMM menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia yang cakna dengan isu itu untuk sama-sama turun ke Flashmob Mahasiswa Bebaskan 45 Tahanan ISA esok, 17 Julai jam 12 tengah hari di Kuala Lumpur Sentral.
"Kami juga menjemput seluruh rakan-rakan media untuk turut bersama esok. Kita sampaikan mesej penting ini kepada seluruh rakyat Malaysia!" katanya.
harakahdaily/- | Tiada air percuma jika laksana Langat 2 Posted: 16 Jul 2012 08:52 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.
Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.
Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-
1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.
2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.
3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. (Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)
4) Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.
5) Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.
6) Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.
7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .
Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.
"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.
Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.
harakahdaily/- | Lelaki Israel bakar diri Posted: 16 Jul 2012 08:49 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
TEL AVIV – Seorang penunjuk perasaan Israel membakar dirinya dalam satu perhimpunan dan detik mencemaskan itu juga sempat dirakamkan oleh jurugambar serta kamera stesen televisyen yang membuat liputan protes tersebut.
Lelaki berumur 40-an itu dipercayai mencurahkan cecair mudah terbakar ke atas badannya sebelum membakar diri di hadapan orang ramai yang terkejut dengan tindakannya.
Penunjuk perasaan lain yang berada berdekatan lelaki tersebut cuba memadamkan api tersebut menggunakan air dan baju mereka.
Perhimpunan pada malam Sabtu lalu, di ibu negara, Tel Aviv, diadakan sebagai menandakan ulang tahun pertama demonstrasi besar-besaran di Israel bagi menentang kos hidup yang tinggi di negara rejim Zionis itu, tahun lalu.
Lelaki itu meninggalkan sepucuk surat mempersalahkan kerajaan Israel di atas masalah kewangan yang dihadapinya.
Dia kini sedang dirawat di hospital selepas melecur teruk.
sinar harian/- | Wanita PR lancar Agenda Wanita Malaysia Posted: 16 Jul 2012 08:08 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) merangkumi dasar bersama mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup yang berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda.
AWM menekankan tiga elemen utama iaitu pemberdayaan, pengiktirafan dan pelaksanaan.
Bagi mencapai matlamat ini, AWM berhasrat menubuhkan Pusat Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional bagi merealisasikan keberkesanan undang-undang yang merangkumi penubuhan baru dan pemberdayaan pusat krisis sedia ada, penambahan pusat kaunseling dan pemberdayaan NGO yang mendokong usaha ini.
Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng, mereka berkata, penubuhan Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) sangat penting bagi melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing dalam masyarakat.
Wanita Pakatan Rakyat juga berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 sebulan daripada Pakatan Rakyat khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita di dalam masyarakat.
"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberi tidak boleh berbentuk sekali sekala tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata kenyataan itu.
Selain itu, caruman sebanyak RM10 sehingga RM100 digalakkan diberi oleh para suami kepada isteri setiap bulan sebagai tabung simpanan hari tua, skim perubatan wanita dan tabung bantuan musibah apabila berlaku bencana, kemalangan atau kematian.
"Sesungguhnya, AWM yang kita lampirkan ini adalah cerminan harapan dan pelan bertindak Wanita Pakatan Rakyat melihat perlu dilaksanakan kelak diperingkat persekutuan.
"Kelak agenda yang kita mahu warwarkan bukan setakat pelan dan dasar yang menggubal tetapi kita mahu agenda yang menerapkan falsafah dan membudayakan agenda wanita di peringkat nasional dengan jelas," kata kenyataan itu.
harakahdaily/- | PAS dakwa PM tandatangan surat pecat KP JPA Posted: 16 Jul 2012 08:01 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
PAS mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menandatangani surat penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kini sudah membaca dan mempunyai salinan surat itu bagi membuktikan dakwaannya.
"Ada salinan surat itu kepada saya. Saya tidak boleh tunjuk... Kalau beliau nak nafi, nafilah.
"Siapa tandatangan, dia kena jawablah," dakwa anggota Parlimen Pokok Sena itu dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.
Ditanya Malaysiakini selepas itu, Mahfuz menjelaskan, kandungan surat Najib itu antaranya menyatakan penamatan tugas Abu Bakar dibuat berdasar Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).
Apakah kepentingan awam yang dimaksudkan?
Tiada penjelasan lanjut berhubung perenggan yang dirujuk itu, tambah Mahfuz lagi.
Tandatanya penamatan tugas itu bermula apabila Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa sebelum ini dilapor berkata bukan beliau menandatangani surat penamatan tugas Abu Bakar.
Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen di ibu negara hari ini, Mahfuz juga memberitahu beliau telah menyerahkan surat menuntut penjelasan Najib berhubung isu tersebut melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Surat itu antaranya membangkitkan penamatan Abu Bakar berdasarkan Peraturan 49 yang melibatkan isu "atas kepentingan awam serta gagal tapisan keselamatan".
"Persoalan yang timbul apakah maksud kepentingan awam serta keselamatan negara yang membolehkan peraturan tersebut digunakan dalam penamatan perkhidmatan Abu Bakar sebagai ketua pengarah perkhidmatan awam?" soalnya.
Surat itu juga mendesak Najib menjelaskan jenis kesalahan jenayah keselamatan yang dilakukan oleh Abu Bakar.
malaysiakini/- | Mubarak diarah kembali ke penjara Posted: 16 Jul 2012 07:52 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
Kaherah: Ketua pendakwa Mesir semalam mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak yang disabitkan bersalah kembali ke penjara selepas hampir sebulan selepas dipindahkan ke hospital tentera selepas dilaporkan diserang angin ahmar.
Abdel Meguid Mahmud mengeluarkan arahan untuk memindahkan Mubarak dari Hospital Tentera Maadi ke hospital penjara Tora selepas kesihatannya semakin pulih, kata pejabat pendakwa dalam satu kenyataan. Pada 4 Julai lalu, Mahmud mengarahkan pembentukan jawatankuasa pakar perubatan meneliti kesihatan Mubarak, 84, dan memastikan sama ada beliau boleh dipindahkan semula ke penjara, kata timbalan ketua pendakwa, Adel al-Saeed.
Doktor bersetuju kesihatan Mubarak kini stabil dengan ubat dan dianggap baik untuk seseorang pada usianya, kata Saeed.
Jawatankuasa berkenaan mendapati tiada alasan untuk Mubarak kekal di Hospital Tentera di Maadi atau hospital lain dengan kemudahan khas, tambahnya.
Kesihatan Mubarak tidak menentu berikutan pemindahannya ke hospital pada 19 Jun lalu. –AFP | Apa punca Muhyiddin sampai takut Gelang Patah pun jatuh ke tangan PR? Posted: 16 Jul 2012 07:44 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
Malaysiakini melaporkan: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi."
Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.
"Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini. - Mkini.
Kalau tengok ke jumlah majoriti yang calon BN menang masa PRU12 dulu tak berapa sesuai Muhyiddin sampai kena kata dia mau BN Gelang Patah berusaha habis-habisan mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah. Majoriti 8.851 undi bukannya sikit. Kalau di bawah 1,000 undi patut la kut Muhyiddin kata macam tu.
Tapi itulah sebenarnya realiti di Johor sekarang ni. Kalau majoriti bawah 10,000 pun Muhyiddin dah tak sedap hati maknanya memang tak mustahil macam kata sebilangan penganalisa politik yang Johor akan dilanda tsunami politik masa PRU13 nanti.
Kalau tengok keputusan pilihanraya kat bawah ni mungkin hangpa akan manpak sesuatu.
[Sumber: Hrkh Cetak] Dari majoriti 31,666 undi masa PRU11 boleh berkurang kepada cuma 8,851 udi masa PRU12. Itu dalam keadaan pengundi cina masih ramai mengundi calon BN, tak macam di Selangor dan Perak masa PRU12.
Kalau betul pengundi cina akan undi calon PR sehingga ke 90%, memang kompom Gelang Patah pun akan jatuh ke tangan PR pada PRU13 nanti. Dengan peratus pengundi cina lebih 50% memang patut sangat Muhyiddin susah hati dengan Parlimen Gelang Patah.
Lagi satu, yang mungkin jadi penyebab Muhyiddin Yasin tak sedap duduk dengan Gelang patah ni pasai ada jugak khabar angin yang kata ada kemungkinan Salahuddin Ayub akan bertanding di Parlimen Gelang Patah. Walaupun masa PRU12 dulu kerusi ni calon dari PKR yang bertanding tak mustahil PAS dan PKR akan bertukar kerusi.
Selain dari tu ada jugak khabar angin yang kata Salahuddin Ayub akan bertanding di Dun Nusajaya. Kalau Salahuddin bertanding di Dun Nusajaya tentu punya akan bagi kesan kepada Parlimen Gelang Patah pasai Dun Nusajaya di bawah Parlimen Gelang Patah.
Walaupun penchachai Umno dok kata Salahuddin Ayub di halau dari Kelantan dan akan 'terbunuh' di johor tapi tu tak lebih dari sekadar usaha depa nak spin. Yang sebenarnya Umno Johoe memang cukup rasa tergugat dengan keputusan Salahuddin Ayub balik bertanding di negeri kelahiran dia tu.
Sebenarnya bukan takat Gelang Patah saja yang Muhyiddin tak senang duduk tapi ada 8 lagi kerusi parlimen yang pengundi melayu bawah 50% yang berpotensi untuh calon BN kalah.
Itu tak termasuk lagi 8 kerusi ang pengundi melayu di bawah 55% yang jugak berpotensi untuk Pakatan Rakyat menang. Nak tau detail pasai kerusi-kerusi tu siap dengan analisa politik Johor dari kacamata PAS hangpa boleh baca dalam Harakah cetak edisi terbaru (16-19 Julai)
harakahdaily/- | 3 pelajar Malaysia selamat dalam kebakaran Posted: 16 Jul 2012 07:36 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
PASUKAN bomba Ames bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di South Meadow Apartments, semalam. - AGENSI NEW YORK 16 Julai - Tiga pelajar Malaysia berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran di sebuah blok pangsapuri di South Meadow Apartments, di bandar raya Ames, Iowa, kira-kira 1,900 km dari sini, awal pagi semalam.
Mohamad Khairi Zulkarnian, Mohd Aminuddin Hamid dan Mohd Khairi Ismail yang kesemuanya berusia 21 tahun adalah pelajar tahun dua kursus kejuruteraan di Iowa State University.
Mohamad Khairi ketika dihubungi Bernama di sini berkata, mereka kini tinggal sehelai sepinggang selepas hanya sempat menyelamatkan telefon bimbit dan dompet masing-masing dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu.
"Ketika kejadian kami sedang tidur apabila dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu rumah yang disertai arahan selamatkan diri menyebabkan kami bergegas bangun dan keluar dari unit kediaman itu," katanya.
Katanya, sebelum kejadian mereka bertiga mengadakan sesi mentelaah bersama.
Katanya, beliau tinggal di situ bersama Mohd Aminuddin dan Hazwan Izzudin yang pulang bercuti di tanah air, sementara Mohd Khairi pula tinggal di tempat lain, namun datang menginap di rumahnya sejak beberapa hari lepas.
Terdapat 17 pelajar Malaysia tinggal di kompleks perumahan itu, tetapi kebanyakan mereka sedang bercuti di tanah air atau melancong di sekitar Amerika Syarikat, katanya.
Menurut Mohamad Khairi, kediaman mereka rosak paling teruk berbanding unit lain.
Sementara itu, portal berita Iowa State Daily.com melaporkan kira-kira 100 orang tinggal di pangsapuri 56 unit berkenaan, namun tiada kecederaan dilapor dalam kejadian tersebut.
Laporan itu juga menyebut kebakaran dipercayai bermula dari garaj di bahagian bawah apartmen.
Laporan itu juga memetik pegawai perhubungan awam untuk bandar raya Ames, Susan Gwiasda sebagai berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9 pagi, namun bomba berada di lokasi kejadian sepanjang hari bagi memantau situasi. — BERNAMA | Patutlah 30,000 hadir dalam 1M4U.. ada kerahan tenaga rupanya.. lihat buktinya.. Posted: 16 Jul 2012 07:27 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
semua sedia maklum bahawa kerahan tenaga adalah satu perkara yang diamalkan dan diwajibkan ke atas semua kaum lelaki yang merupakan warganegara Singapura.
Di negara tersebut setiap lelaki warganegara mereka yang mencecah usia 18 tahun akan dikerah menjalani khidmat sepenuh masa dalam Perkhidmatan Negara (National Service) selama dua tahun.
Ianya penting untuk keselamatan negara mereka disebabkan faktor jumlah penduduk yang kecil jika dibandingkan dengan negara-negara jiran mereka.
Tahukah anda bahawa 'Kerahan Tenaga' ini juga terpaksa diwujudkan di Malaysia di bawah pentadbiran Najib?
Menariknya di negara kita ini bukan belia yang berusia 18 tahun ke atas yang dikerah tetapi Kakitangan Kerajaan, Pelajar-pelajar dan juga sesiapa sahaja yang perlu akan dikerah.
Malangnya ianya tidak langsung membawa sebarang faedah kepada negara, faedahnya hanya untuk pemimpin-pemimpin terbabit sahaja.
Selain Najib yang sering menggunakan kaedah ini untuk menampakkan kepada umum bahawa majlis yang dihadirinya mendapat sambutan meriah, Mukhriz dan Muhyiddin juga mempraktikkan kaedah yang sama.
Dimana Muhyiddin suatu masa dulu telah mengerahkan setiap Syarikat menghantar sekurang-kurangnya 200 orang kemajlisnya – sila baca di ( SINI )
Manakala Mukhriz pula yang dikatakan terdesak untuk menjadi MB Kedah telah mengerahkan seluruh pelajar UiTM Pulau Pinang yang dilahirkan di Kedah untuk hadir ke majlisnya – sila lihat di ( SINI )
Meskipun kerahan tenaga yang dilakukan oleh Najib pada perasmian Hari Kooperasi Negara di Bukit Jalil telah memalukannya dimana para pelajar yang dikerah telah membuat bising ketika beliau berucap dan orang ramai yang dikerah hadir keluar ketika Najib berucap – sila lihat video di ( SINI )
Najib tidak berputus asa.. lagi satu kerahan tenaga dilakukan olehnya..
Media-media yang dikuasai Kerajaan UMNO/BN melaporkan..
Program 1Malaysia 4Youth telah berjaya dilangsungkan semalam dengan kehadiran lebih kurang 30,000 belia yang hadirnya daripada pelbagai sektor seperti RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain malah ada juga yang hadir secara individu.
Sesuai dengan gelaran 'Bapa Pengumuman Negara' yang diberikan kepadanya, Najib telah mengumumkan sebanyak RM100 Juta akan disalurkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan-pertubuhan belia..
Yang pasti.. Kroni akan gembira.. belia tetap ternganga..
Untuk mendapatkan jumlah kehadiran seramai 30,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media dikawal Kerajaan UMNO/BN itu, Najib terpaksa menjalankan kerahan tenaga sekali lagi.
Najib terpaksa menyediakan 'T' Shirt, makan minum dan pengangkutan secara percuma (ditanggung oleh rakyat jelata) untuk merialisasikannya.
Dokumen yang didedahkan menunjukkan Kolej Komuniti sahaja telah dipaksa mengerahkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar untuk menyertai program Najib 1M4U itu.
Itu kerahan untuk Kolej Komuniti.. sudah tentu kerahan tenaga ini juga telah dipraktikkan terhadap sektor RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
harakahdaily/- | Debat Sinar Harian Khamis ini temukan Nasrudin-Fathul Bari Posted: 16 Jul 2012 07:13 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian kali ketiga berlangsung Khamis ini - mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa – isu yang pastinya menjadi tumpuan kebanyakan pihak yang dekat dengan dunia politik.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, topik itu dipilih mengambil kira perkembangan semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) khususnya yang berkaitan dengan kepentingan penyertaan golongan muda dalam pilihan raya umum.
"Sebagaimana dua debat sebelum ini, kami melihat pembahas yang ditemukan kali ini akan membincangkan topic yang amat menarik ini dengan membina dan konstruktif, mewakili dua aliran ideologi yang berbeza," kata beliau.
Debat Sinar Harian kali ini, yang akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, akan dijayakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.
Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan sahaja, kata Abdul Jalil.
"Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan," katanya lagi.
Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat.
Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada kedua-dua pendebat itu, boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atau http://www.facebook.com/SinarHarian atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my.
sinar harian/- | Hanya mahu duit janda Posted: 16 Jul 2012 07:08 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Impian indah seorang janda beranak tiga untuk melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan bulan ini musnah selepas teman lelakinya bukan sekadar menghilangkan diri, malah turut melarikan wang RM30,000 miliknya.
Wanita berusia 29 tahun itu menyerahkan RM30,000 ketika kali terakhir berjumpa lelaki terbabit di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 29 dan 30 Jun lalu dan wang berkenaan kononnya untuk membeli barang hantaran serta urusan majlis perkahwinan mereka.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shanti, 29, berkata, dia bersedia menyerahkan wang berkenaan pada dua pertemuan berkenaan kerana yakin dengan kesungguhan teman lelakinya itu mahu memperisterikannya walaupun mereka baru sebulan berkenalan.
Shanti berkata, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu melalui seorang rakan dan bersetuju berkahwin selepas tertarik sikapnya mengambil berat terhadap dirinya serta anak-anak.
"Kami bertemu buat kali pertama pada akhir Jun lalu dan dalam pertemuan itu, dia menyatakan jatuh cinta pandang pertama terhadap saya dan mahu mengambil saya sebagai isteri.
METRO/- | Mayat dua wartawan Iraq yang dibunuh di Syria dikeluarkan Posted: 16 Jul 2012 06:57 PM PDT 27 Syaaban 1433H. [MOD] -
BAGHDAD: Mayat dua wartawan Iraq yang ditikam dan ditembak mati di Damsyik, diserahkan kepada pos sempadan Syria hari ini, kata pegawai tempatan.
"Dua wartawan Iraq, Ali Juburi al-Kaabi dan Falah Taha, dibunuh dengan pisau dan peluru di kawasan Jaramana," kata Komander Iraq pos sempadan Al-Waleed, Kolonel Abdelbasit al-Hilo, yang merujuk kepada pinggir bandar Damsyik. "Pasukan polis dan perisik Syria menyerahkan mayat wartawan itu bersama laporan perubatan hospital kepada pos sempadan Al-Waleed, hari ini. Mereka dipercayai dibunuh kelmarin," katanya. - AFP | Paycomm gagal bayar RM2.9 juta kepada pekerja Posted: 16 Jul 2012 08:39 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Paycomm gagal membayar sebanyak RM2.9 juta baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan.
Arahan bayar itu dikeluarkan selepas tuntutan pekerja dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayarnya, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramanian (gambar) dalam satu kenyataannya.
Menurut kenyataan itu lagi, daripada 246 kes yang telah difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sebanyak 122 kes masih dalam kendalian Mahkamah Perusahaan.
Kenyataan ini dikeluarkan ekoran piket yang dibuat bekas pekerja Paycomm baru-baru ini.
Perhimpunan pada 12 Julai 2012 oleh seramai 50 bekas pekerja Paycomm Network Sdn Bhd (Paycomm) di hadapan Menara Dato' Onn Putra World Trade Centre turut disertai oleh Timbalan Presiden, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Puan M. Sarasvathy.
Ia adalah berikutan penutupan syarikat Paycomm pada bulan November 2010 dan kegagalan majikan untuk membayar baki gaji bulan Jun, Julai 2010 serta tanpa diberi apa-apa faedah penamatan kerja.
Turutan daripada itu, pada bulan Oktober 2010 hingga Ogos 2011, seramai 238 bekas pekerja syarikat ini telah memfailkan tuntutan sebanyak RM4.9 juta untuk baki gaji untuk bulan Jun dan Julai 2010 serta bayaran faedah penamatan kerja di 21 Pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara.
Manakala seramai 246 bekas pekerja Paycomm telah memilih untuk memfailkan kes mereka di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk dipulihkan pekerjaan.
"Semua tuntutan tersebut telah dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayar sebanyak RM2.9 juta untuk baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja.
"Namun begitu Paycomm gagal membuat pembayaran disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan," kata kenyataan itu.
Jabatan Tenaga Kerja juga telah memfailkan 18 kes pendakwaan di mahkamah sivil di seluruh negara.
Pada masa yang sama Jabatan telah mengkaji kes ini untuk diambil tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Pelbagai inisiatif telah dan cuba diambil oleh Kementerian dalam memastikan pekerja mendapat pembelaan sewajarnya, katanya.
Pada 22 Mac 2012, bekas pekerja Paycomm yang dipimpin oleh pemimpin Parti Sosialis Malaysia, iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput telah berhimpun di hadapan Bangunan Kementerian Sumber Manusia untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia bagi mendapatkan penglibatan Menteri Sumber Manusia dalam menyelesaikan tuntutan mereka.
Pihak kepimpinan PSM menyatakan bahawa mereka tidak mengharapkan penyelesaian melalui undang-undang, tetapi berharap agar Menteri Sumber Manusia dapat mempertimbangkan untuk campurtangan sekiranya terdapat kemungkinan penglibatan GLC (Government Link Company) sebagai pemegang syer.
Pada 2 April 2012, Menteri Sumber Manusia telah berjumpa dengan wakil pekerja Paycomm yang turut disertai oleh Timbalan Presiden PSM dan telah membincangkan berkenaan tuntutan terhadap Paycomm yang didakwa keseluruhannya berjumlah RM 49 juta melibatkan seramai 549 orang di seluruh negara.
Menteri Sumber Manusia telah menyatakan bahawa sekiranya dakwaan bahawa pemegang syer tunggal Paycomm juga terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berasas, maka beliau akan cuba berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan bergantung kepada siasatan lanjut dan hasil perbincangan dengan semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kewangan.
Pihak Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah mengambil pelbagai inisiatif samada melalui saluran undang-undang atau inisiatif konsultansi untuk menyelesaikan tuntutan ini.
Namun perkara ini telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik dan memberi gambaran bahawa Kerajaan khususnya Menteri Sumber Manusia tidak mengambil apa-apa tindakan dalam menyelesaikan masalah pekerja.
Kementerian Sumber Manusia berharap semua bekas pekerja Paycomm dapat memahami kedudukan sebenar kes ini dan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
Pada masa yang sama, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, mereka bolehlah menghubungi Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-88865054, kata kenyataan itu.
harakahdaily/- | Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit” Posted: 16 Jul 2012 08:35 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA SELANGOR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang 'sakit'.
Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.
"Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan," katanya.
Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.
"Ini semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong kepimpinan yang berintegriti dan bersih," tambah beliau.
"Lawan gergasi yang lama berkuasa"
(Ribuan manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor)
Turut memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh 'Cina' adalah melucukan.
"Dulu Koh Tsu Koon tu Melayu kah?" ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin.
"Kalau Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya."
Mengakhiri ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah.
"Kita bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa."
DAP gadai tanah rizab Melayu?
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan kepentingan rakyat dan negara.
"Siapakah yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan Bank Bumiputera, adakah DAP?"
Menurut beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.
"Dulu bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan orang Melayu.
"Tapi kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?" jelas beliau.
harakahdaily/- | KPPA: Penamatan Abu Bakar ada kaitan dengan Najib? Posted: 16 Jul 2012 08:16 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia berikutan surat penamatan perkhidmatan tersebut ditandatangani sendiri Najib mengikut Peraturan 49 Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.
Bercakap pada sidang media di lobi parlimen, Mahfuz berkata umum mengetahui peraturan 49 itu ialah penamatan perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam atas kepentingan awam serta gagal tapisan keselamatan.
"Persoalannya, apakah maksud kepentingan awam serta keselamatan negara yang membolehkan peraturan 49 digunakan dalam penamatan perkhidmatan Abu Bakar?
"Najib perlu menjelaskan apakah kesalahan jenayah keselamatan yang menjejaskan kepentingan awam yang dilakukan Abu Bakar itu," tegas Mahfuz.
Tambah Mahfuz, menjadi amalan biasa perkhidmatan awam negara, pegawai tertinggi kerajaan akan dinaikkan pangkat mereka mengikut gred dan kekananan jawatan.
Mahfuz berpandang, Abu Bakar sewajarnya dinaikkan ke jwatan Ketua Setiausaha Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan memandangkan beliau memegang gred Turus dua, berbanding Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang bergred turut tiga.
"Saya melihat terdapat beberapa perkara pelik yang berlaku di sebalik kedua-dua krisis ini. Penamatan khidmat Abu Bakar dan pelantikan Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak melalui proses rundingan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," kata beliau lagi.
Sebelum itu, beliau menyerahkan surat kepada Najib melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, di parlimen.
Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.
Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.
Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.
Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.
harakahdaily/- | Syabas gagal, kerajaan negeri akan campurtangan Posted: 16 Jul 2012 08:05 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
(MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim)
SHAH ALAM: Masalah kekurangan air tidak sepatutnya berlaku dan kerajaan Negeri Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan.
Untuk menjaga kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah meminta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas.
Jawatankuasa ini akan minta Syabas memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sementara itu, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh Syabas
Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah, dakwa Khalid.
"Kerajaan Negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana Syabas jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna," katanya.
Ini jelas ditunjukkan apabila Syabas setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion.
Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.
Berdasarkan alasan di atas, maka Kerajaan Negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.
Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri "step-in" dalam operasi SYABAS.
Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini, tegasnya.
harakahdaily/- | Ramai lagi Tan Sri, Datuk akan tinggalkan Umno Posted: 16 Jul 2012 07:57 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
(Mohamad Sabu berucap di Stadium Kuala Selangor malam tadi)
KUALA SELANGOR: Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama.
"Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
"Ramai lagi datuk dan tan sri yang menunggu masa meninggalkan Umno," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor, malam tadi.
Beliau berkata, semakin ramai rakyat berani menzahirkan tentangan kepada Umno BN kerana isu rasuah dan penyelewengan dalam parti itu semakin terdedah, malah oleh bekas pemimpin Umno sendiri.
"Kita lihat pegawai kerajaan setelah pencen isi borang PAS dan minta rakyat tolak Umno. Kenapa ramai sangat rakyat nak tolak Umno sekarang?
(Antara yang menyertai PAS malam tadi)
"Tidak lain dan tidak bukan kerana Umno amalkan rasuah, ketirisan, penyelewengan," katanya di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri stadium.
Perkauman
Menyedari perkara ini kata Mohamad, Umno BN giat memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dengan melaga-lagakan orang Melayu dengan DAP.
"Jalan lain tidak ada bagi Umno untuk mempertahankan kuasa. Mereka berhujah di sudut perkauman.
"Ketika kita berhimpun di sini, kita lihat sebaran dibuat kepada Melayu Islam mengenai DAP. Barangkali penuh di luar sana disebar bahawa kalau Umno kalah yang akan jadi perdana menteri ialah DAP. Ini pembohongan," kata beliau sambil memegang risalah mengutuk DAP yang disebar di seluruh Malaysia.
Tambah beliau, tindakan terdesak ini untuk menarik undi orang Melayu.
"Mereka gunakan ini untuk tarik Orang Melayu. Mereka tak harapkan Cina, tak harapkan India. Oang Asli pun mereka tak harap," katanya.
harakahdaily/- | Pelajar dedah detik cemas ketika dirompak di Mesir Posted: 16 Jul 2012 07:52 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
TANAH MERAH: Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang terselamat dalam kejadian rompakan di Kaherah baru-baru ini, Muhaimin Yahya (gambar) melahirkan rasa syukur kerana terselamat pada insiden tersebut.
Bagaimanapun beliau terkilan seorang rakannya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25 maut selepas terjatuh dari sebuah van ketika cuba menyelamatkan diri.
Mereka merupakan pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman di Shoubra.
Sebelum itu mereka menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.
Abdul Muhaimin, 25 ketika ditemui petang semalam berkata, beliau dan Allahyarham berdepan dengan detik cemas ketika menaiki sebuah van untuk pulang ke kediaman di Shoubra.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu membuat pusingan. Sepatutnya tidak perlu berbuat demikian.
"Sebelum itu ada satu keluarga lain dalam van, namun mereka turun awal sebaik melalui sebuah terowong. Arwah memberitahu dia agak risau sebelum tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelah pemandu mengacukan pisau lipat.
"Lelaki itu cuba menyeluk saku seluarnya tetapi tidak berjaya dan dia sempat menepis. Arwah kebetulan duduk dekat pintu van.
"Sebaik perompak di sebelahnya berpindah ke belakang, dia terus membuka pintu dan keluar menyelamatkan diri," katanya yang pulang ke tanah air, beberapa hari lalu.
Bagaimanapun ketika itu van dipandu laju menyebabkan Abdul Khafiz cedera parah di kepala selepas terjatuh.
Katanya, selepas van bergerak perlahan beliau terjun ke luar dan berlari meluru ke tempat arwah jatuh.
"Abdul Khafiz dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah. Kemudian dipindah ke Hospital Amal, Ain Shams. Mangsa koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia," ujarnya.
Mangsa berasal dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor. Jenazahnya disembahyang di Dataran Hayyu A'syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir pada petang Rabu.
Muhaimin yang hanya cedera ringan dalam kejadian tersebut juga memberitahu mangsa sering menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah.
Beliau merupakan anak kepada Ketua Urusan Ulamak PAS Tanah Merah, Yahya Daud yang juga Imam Masjid Mukim Alor Pasir, Dun Kemahang.
Pagi semalam keluarga terbabit yang tinggal di Kampung Alor Pasir juga menerima kunjungan anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Muhaimi yang pulang bercuti selepas selesai menduduki peperiksaan juga memberitahu beliau akan meneruskan pengajian di Kaherah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
harakahdaily/- | Tuntutan Oren penentu masa depan Melayu Posted: 16 Jul 2012 06:17 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
(Perhimpunan Oren di Kuala Lumpur Sabtu lepas)
Tuntutan Perhimpunan Oren mengenai isu penyenaraian FGVH dalam bursa saham harus menjadi titik perubahan politik Melayu di negara ini. Ia bukan sahaja isu yang berkait dengan hak peneroka Felda malah harus dilihat sebagai isu penentu nasib dan masa depan orang Melayu.
Teras yakin dengan kedudukan ekonomi dunia dan rantau dalam keadaan meleset untuk jangka waktu yang agak panjang, penyenaraian aset Felda dalam pasaran saham akan mendedahkan peneroka kepada manipulasi aset mereka dalam Koperasi Felda oleh pembeli dan penjual saham.
Ini dilihat sebagai isu pokok yang dibantah oleh peneroka . Namun harus difahami kemungkinan terlepasnya harta paling berharga kepada orang Melayu iaitu tanah adalah bencana terbesar kepada nasib orang Melayu.
Aset tanah bukan hanya harus dilihat sebagai komoditi semata-mata namun ia adalah tapak pembinaan bangsa yang sangat asasi. Kehilangan tanah bermakna hilangnya segala kekuatan sosio-ekonomi dan politik Melayu.
Tergadainya tanah Melayu bermakna hilangnya wilayah dan tercabutnya kemerdekaan malah kedaulatan bangsa.
Sebab itu Teras berpendirian tuntutan rakyat agar Felda diselamatkan bukan hanya soal hak peneroka. Ia adalah agenda menjaminkan kesinambungan bangsa Melayu dalam aspek sosial , ekonomi , budaya , politik serta survival bangsa.
Menolak dan membantah langkah kerajaan dalam isu ini semestinya perlu dilihat sebagai satu gerakan perubahan politik Melayu. Ketika kemerdekaan Tanah air diperjuangkan, wilayah bangsa Melayu diidentitikan dengan tanah. Oleh kerana itu kehilangan tanah Felda milik orang Melayu seharusnya dibangkitkan semula sebagai tuntutan politik bangsa .
Jika kerajaan maseh beria-ia untuk meneruskan langkah penyenaraian FGVH atas alasan potensi ekonomi, Teras tetap menyatakan langkah itu mengundang kepada kesilapan yang besar.
Tidak ada sesiapapun dikalangan ahli ekonomi yang dapat menjaminkan nilai saham FGVH akan kekal kukuh. Hanya dengan perhitungan nilai saham semasa dan membuat unjuran bahawa pendapat peneroka akan jauh lebih baik, hanya satu andaian.
Bukan satu perkara yang mustahil satu penyenaraian berakhir dengan kerugian besar kepada syarikat bila keseluruhan bursa saham menghadapi krisis keyakinan akibat ekonomi global.
Ketika ini terjadi manipulasi dan spekulasi saham akan menjadi sasaran. Aset Felda dalam bentuk tanah akan jatuh ketangan orang asing.
Teras menyokong penuh memorandum Perhimpunan Oren untuk dipertimbangkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong. Sikap keras kerajaan untuk tidak mahu mempertimbangkan tuntutan rakyat harus diteliti dengan serius oleh YDP Agong.
Bagi bangsa Melayu, hanya ada satu pilihan. Isu ini seharusnya dijadi titik tolak politik orang Melayu untuk menolak kerajaan dalam PRU 13 akan datang.
Penulis adalah Presiden Teras pengupayaan Melayu (TERAS) | Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Posted: 16 Jul 2012 01:51 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…
| Ahlan Ya Ramadan Karim Posted: 16 Jul 2012 01:42 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
Ramadan datang lagi menemui orang-orang yang beriman dengan menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Sebenarnya sebagai seorang mukmin yang rindukan Ramadan, mereka sudah mula menunggu kedatangannya sejak bulan Rejab lagi. Malah mereka mengharapkannya dalam doa mereka agar sempat bersama Ramadan sehingga akhirnya. Sebuah hadis daripada Anas bin Malik menyebut:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ ، قَالَ : " اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ " .
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a bahawa nabi SAW ketika masuk bulan Rejab berdoa: "Ya Allah berkati kami pada Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke Ramadan." (Riwayat Tabarani)
Persoalan sekarang, bagaimana pula dengan mereka yang tidak pernah rindukan Ramadan? Hal ini kerana pada mereka datang Ramadan atau tidak, sama sahaja, malah ada yang rasa susah dengan kedatangannya. Ertinya mereka tidak gembira dengan kedatangan Ramadan. Bolehkah mereka berpuasa Ramadan nanti dalam keadaan itu?
Ibadah setahun sekali ini tidak menjanjikan kepada kita bahawa setiap orang akan bertemu. Hal ini kerana umur kita bukan kita yang menentukannya. Ramai juga boleh berpuasa pada tahun lalu, puasa kali ini tidak bersama kita lagi. Malah ada yang sedang menunggu pada tahun ini pun belum tentu sempat berpuasa pada hari pertama. Oleh sebab itu peluang yang Allah berikan ini tidak harus disia-siakan. Sebaiknya mulai bulan Rejab lagi mereka akan berpuasa sebagai persiapan awal sekali gus melatih untuk lebih maju ke hadapan. Malah mereka harus membuat persiapan untuk bertemu bulan Ramadan seperti berikut:
1. Bersihkan hati daripada sifat tidak ikhlas. 2. Banyakkan puasa sunat terutama puasa Syaaban. 3. Banyakkan ibadah sunat seperti solat sunat, baca al-Quran dan bersedekah. 4. Belajar tentang hukum hakam puasa, iaitu tentang sah batal dan seumpamanya. 5. Berdoa supaya kita dapat sampai ke Ramadan dan dapat melakukan puasa dengan sempurna.
Seterusnya menjelang Ramadan, kita perlu berazam untuk melakukan puasa bagi memenuhi tawaran Allah dan Rasul-Nya iaitu diampunkan dosa mana-mana yang terdahulu. Tawaran ini terdapat dalam hadis berikut: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ، وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فِي فَضْلِ رَمَضَانَ لَتَمَنَّيْتُمْ أَنْ يَكُونَ سَنَةً ".
Daripada Abi Hurairah dia berkata sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya mana-mana yang terdahulu. Dan kalau kamu tahu kelebihan Ramadan nescaya kamu mengharapkan Ramadan itu setahun." (Riwayat al-Rabi' bin Habib) Dalam hadis yang lain juga daripada Abu Hurairah r.a baginda bersabada: مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan malam Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya mana-mana yang terdahulu." (Muttafa' Alaih) Hadis seterusnya berbunyi:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" :مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".
Daripada Abu Hurairah sesungguhnya dia berkata, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mendirikan Lailatulqadar dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya mana-mana yang terdahulu." (Riwayat Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas, pembaca perlu mengambil perhatian serius bagaimana menghidupkan Ramadan sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Yang penting di sini, tawaran beroleh keampunan Allah mana-mana dosa yang terdahulu, harus disahut dengan sebaiknya kerana syaratnya amat mudah; puasa dengan penuh keimanan; dan puasa dengan penuh keinsafan. Berpuasa dengan penuh keimanan bermaksud, puasa semata-mata kerana yakin kepada Allah dan rukun iman yang lain. Maka kerana yakin, mereka tidak sanggup menipu dalam berpuasa. Ternyata syarat ini ramai yang berjaya walaupun ramai juga yang berpuasa kerana takut kepada undang-undang dan malu kepada kawan-kawan. Ada juga yang berpuasa kerana isteri suruh atau bapa mentua suruh atau bos suruh.
Manakala syarat kedua, berpuasa dengan penuh keinsafan ramai yang gagal. Hal ini kerana ramai yang berpuasa, tapi kekal sifat sombongnya. Mereka tidak dapat rasa benar-benar sebagai hamba Allah. Mereka berpuasa tetapi tidak rasakan puasa ini boleh mendidik jiwanya. Dan mereka berpuasa tidak dapat rasakan bahawa dengan puasa ini boleh meninggikan maruah Islam dan umatnya. Dan kalaupun mereka bersimpati kepada orang susah, miskin sekadar mengharapkan pahala yang berganda.
Mereka gagal dalam hal ini mungkin kerana hadis di atas gagal difahamkan mesej sebenar. "Ihtisaban" dalam hadis di atas selalu difahamkan sebagai mengharap pahala, lalu kerana itu mereka berpuasa kerana hendakkan pahala. Mengapa kita mengharapkan pahala sedangkan Allah sudah tawarkan yang lebih besar iaitu pengampunan? Semoga selepas ini kita dapat betulkan semula bagaimana kita seharusnya berpuasa dalam bulan Ramadan.
Selamat menjalani ibadah Ramadan Karim, kulu ammin wa antum bilkhair
Fikrah Islamiah | Penyakit Kita 3 serangkai boleh dirawat sendiri Posted: 16 Jul 2012 01:33 AM PDT 26 Syaaban 1433H. [MOD] -
Anda tahu penyakit tiga serangkai? Penyakit ini dulu-dulunya dikenali dengan penyakit orang kaya-kaya. Tetapi sekarang penyakit itu sudah tidak memilih bulu, bahkan kanak-kanak juga ada yang terkena penyakit itu. Tahukah anda mengapa semua itu boleh berlaku dan bagai cara mengatasinya?
Sebenarnya penyakit ini apabila singgah pada seseorang, doktor tidak boleh memberi jaminan untuk sembuh. Apa yang boleh dilakukan ialah sekadar memberi ubat untuk bertahan sahaja. Lazimnya mereka akan makan ubat itu sehingga akhir hayatnya.
Walau bagaimanapun hasil tinjauan, pemerhatian, pembacaan dan keterangan doktor, saya dapati ada isu yang boleh diperhalusi. Dalam hal ini saya simpulkan begini; ketiga-tiga penyakit itu adalah diundang sendiri oleh ampunya diri, lalu kerana itu dia sendirilah yang perlu menolaknya. Adapun ubat-ubatan yang dimakan hanya sebagai usaha luaran yang tidak banyak membantu ke arah penyembuhan.
Di sini saya perturunkan hasil kajian saya supaya dengan itu anda dapat merawatnya sendiri dengan izin Allah. Bil Penyakit Punca Rawatan
1Kencing manis
Pemakanan yang tidak mengikut sistem yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul lalu jadilah makanan itu tidak seimbang. Gula berlebihan dalam badan bukan kerana banyak guna gula, tetapi kerana saluran dan fungsi tubuh badan yang tidak lagi mengikut sistem yang betul.
1.Makan dan minum mengikut sunnah iaitu 1/3 untuk udara, 1/3 untuk makanan dan 1/3 untuk air. 2.Seterusnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. 3.Makanan yang seimbang diperlukan seseorang terdiri dari karbohidrat, lemak, dan protein yang darinya mengumpulkan 2000 kalori sehari.
2Darah tinggi
Sikap dan tindakan manusia dalam kehidupan yang mudah stress, cepat marah orang, suka sangka buruk kepada orang lain, dan suka hasad dengki atas kejayaan orang lain. Hakikatnya dia tidak redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya dan orang lain.
1.Jangan stress maka apa yang berlaku diserahkan kepada Allah dan fikirkan positif yang pastinya ada hikmahnya.
2.Jangan cepat marahkan orang, sebaliknya nilai diri; mungkin kita yang bersalah. Setelah itu mintalah maaf.
3.Jangan sangka buruk sebaliknya bersangka baik apa yang kita lihat tidak sesuai dengan kita.
4.Jangan dengki dengan kejayaan orang lain sebaliknya kongsikan kegembiraan dengan kejayaannya. 3
Jantung
Ibadah terutama solat yang dilakukan untuk Allah tidak menepati kehendak Allah dan Rasul. Cara berdiri, rukuk, duduk dan sujud yang betul boleh mencantikkan jantung. Begitu juga dengan puasa, cara sahur, tidur, solat sunat dan cara berbuka puasa yang betul boleh mengaktifkan jantung.
1.Belajarlah solat cara Rasulullah.
2.Belajarlah cara puasa, sahur, imsak, berbuka puasa dengan yang betul.
3.Belajarlah cara zikir dengan betul.
Mungkin anda yang membaca artikel ini rasa tidak logik kerana tidak ada bukti saintifik dan tidak disokong oleh mana-mana doktor. Tidak mengapa, kalau tidak mahu mempercayainya. Malah kalau anda menentangnya saya tidak berkecil hati. Tetapi kalau anda cuba kaitkan apa yang ditulis dengan ciptaan Allah, anda akan lihat betapa semua yang terjadi di dunia ini sangat bersangkut paut dengan takdir Allah.
Allah menciptakan manusia tentu Allah tahu yang terbaik untuk manusia lalu disediakan panduan dan peraturan. Jadi, kalau manusia tidak mengikutnya pasti akan menerima akibat yang buruk. Bandingannya samalah kalau kita milik sebuah kerata, manual yang disediakan untuk memudahkan kita mengendalikan kereta itu. Sebagai contoh, had kelajuan, tempoh servis dan tempoh masa kegunaan sesuatu alat dalaman. Kalau kita tidak mematuhinya pasti pendek hayat kereta itu.
Kalau anda percaya dengan kajian saya dan bersetuju dengan punca dan cara merawatnya, cubalah dengan hati yang ikhlas. Nanti Allah akan kembalikan kesihatan anda kepada yang sebaiknya. Selamat mencuba.
Fikrah Islamiah/- | |
Jasindaily Online Posted: 16 Jul 2012 09:40 AM PDT Tak Cukup Dengan Dipijak, Dihina Bangsanya juga Posted: 16 Jul 2012 02:17 AM PDT Seorang lagi peserta Bersih, Kumar Suppiah memaklumkan, beliau dipijak beberapa kali oleh polis dan penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Beliau turut menunjukkan bukti baju tersebut yang dipakainya pada 28 April, di mana banyak kesan tapak kasut sehingga mengejutkan semua yang hadir dalam sidang kedua pendengaran awam oleh Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam. "Mereka pijak saya kerana pakai baju kuning Bersih, seolah-olah ia adalah satu kesalahan besar," kata Kumar.Katanya, polis turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti, "keling," dan "aku akan hapuskan kau bila sampai balai nanti". "Polis pegang kolar saya dan heret sampai Dataran Merdeka, sambil itu pelbagai kata-kata kesat telah saya terima," jelas Kumar depan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Kumar ditahan selama lebih enam jam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) sebelum dibebaskan pada jam 12.30 malam.~Keadilandaily.com | Polis belasah peserta Bersih berkali-kali Posted: 16 Jul 2012 02:12 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey
Saksi pertama sidang ketiga pendengaran awam Bersih 3.0 memberitahu, muka dan kepalanya disepak anggota polis berkali-kali di Jalan Masjid India sebelum ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol). "Saya telah dikepung 10 (anggota) polis. Mereka sepak muka, kepala dan badan saya berkali-kali," kata Adrian Loh Kok Swee. Andrian, 39, juga dinafikan hak untuk memanggil peguam mahupun keluarga, malah air juga tidak diberikan sewaktu beliau ditahan di Pulapol.
"Saya ditahan sekitar jam 7.30 petang, dan ketika itu, saya dilarang membuat panggilan kepada sesiapa pun. Bila saya minta air untuk minum, polis juga tak mahu beri," jelas Andrian. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen, hari ini. Menurut Andrian, polis tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat dan bertanya: 'kenapa pakai baju kuning?'. Adrian kemudian terpaksa dibawa ke hospital sewaktu dalam tahanan dan doktor mengesahkan tisu abdomen belakangnya terkoyak akibat dibelasah. Turut dipanggil menjadi pemerhati, wakil polis dan Badan Peguam. Pada 6 dan 11 Julai lalu, seramai enam saksi tampil memberi keterangan di hadapan panel yang sama.~Keadilandaily.com | Dari Johor : Pacak Bendera Bulan, Angkara Protes Posted: 16 Jul 2012 01:50 AM PDT Pontian - Kubu kuat UMNO-Barisan Nasional di salah satu kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut ini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan beberapa batang bendera 'bulan' yang di pacak di pintu masuk Kampung Parit Selangor, dekat sini, hujung bulan lepas. Menurut sumber, perbuatan itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bagi memberi kejutan kepada UMNO cawangan yang didakwa tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berhubung beberapa kemudahan prasarana di kampung terbabit. Sehubungan itu, sebagai tanda protes kepada kegagalan mewujudkan suasana kampung yang kondusif dipercayai tindakan itu dilakukan bagi menarik 'perhatian' pemimpin tempatan agar prihatin kepada tuntutan mereka.
Difahamkan, YB Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian telah melalui kampung tersebut bagi merasmikan pembinaan Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Puteri Menangis yang jaraknya kira-kira 1 kilometer dari kampung tersebut. Bagaimanapun, sehari selepas ia di pacak, tinjauan dilakukan mendapati, bendera itu sudahpun dicabut dipercayai ada pihak yang 'terasa' dan kurang selesa dengan perkembangan yang mengejutkan itu. Fenomena seperti ini berlaku di beberapa lokasi lain di dalam kawasan DUN Benut petanda keaiban UMNO telah terbongkar dan diselongkar dari kalangan mereka sendiri. | Lagi Cawangan Pas Ditubuhkan Posted: 16 Jul 2012 01:48 AM PDT Sokongan rakyat Melaka kepada PAS bertambah padu apabila sebuah lagi cawangan baru ditubuhkan di Dun Durian Tunggal. Cawangan ini yang dibina atas tanah persendirian mendapat sambutan masyarakat setempat. Penaja bagi penubuhan cawangan baru ini merupakan bekas imam masjid kg tersebut. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Y. Bhgia Hj Adly Zahari, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Menurutnya, "PAS perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat menguasai politik yang akan diterajui kelak. Pada masa yang sama kita tidak boleh lari dari menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Kerana Islam menuntut penganutnya menyebarluaskan Islam." Menurutnya lagi, "menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk menguruskan muka bumi Allah ini dengan mentadbir dengan acuan Islam. Nak urus kampung, negeri, negara memerlukan kuasa dan untuk dapatkan kuasa perlukan gerakan yang kuat. Penubuhan cawangan ini diyakini berupaya untuk memperkukuh dan memperkuat gerakan PAS khususnya di Melaka."~PASMELAKA | Polis Iringi Himpunan Oren Posted: 16 Jul 2012 01:25 AM PDT Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib. Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia. Kumpulan itu berarak melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya Jalan Dutamas 1.
Kumpulan berkenaan kemudiannya disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan berhampiran persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1. Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam. Dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu."" Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia. "Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH (Felda Global Ventures Holdings Berhad), kita tetap lawan habis-habisan," katanya.
Katanya, perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah." Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu, katanya. Selain itu, barisan peguam sedang membuat penelitian di peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan, tambah Mazlan. Bahkan, katanya lagi, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas didakwanya dipaksa membeli saham untuk dilaburkan di FGVH. Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ pula turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat didakwa "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya. Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang. Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings. Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman. Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut. Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini serta pihak Istana yang sudi menerima memorandum tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang. Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang. "Mereka berjalan dengan aman sepanjang perjalanan dan semasa tempoh berada di kawasan ini, peserta tidak menimbulkan sebarang kekacauan. "Pihak polis berjaya mengawal selia himpunan ini untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Memorandum garis lima perkara Ditanya berhubung terdapat peserta membawa kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun ke bawah seperti yang dilarang bawah Akta Perhimpunan Aman, Zakaria berkata: "Kita akan tengok... (Tindakan) kita akan tentukan kemudian," katanya. Gerakan Selamatkan Felda yang menganjurkan perhimpunan hari ini menggariskan lima perkara utama dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong, antaranya: Felda Global Ventures Holdings (FGV) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur bukan peneroka. Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960 Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah. "Sudilah kiranya, Tuanku meneliti aduan dan fakta yang kami berikan dan belas kasihan rakyat jelata yang tertindas ini, mengharapkan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang amat kami hormati untuk menasihatkan Perdana Menteri dan pihak pemerintah, supaya membatalkan penyenaraian yang sudah berlaku," memorandum itu dipetik. | Kerajaan Negeri Mahu Ambil Alih SYABAS Posted: 16 Jul 2012 01:19 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu mahu melaksanakan haknya untuk mengambil alih operasi syarikat pemegang konsesi air negeri - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Katanya, ini kerana kerajaan Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh SYABAS kerana pengawal selia air negeri dan ahli lembaga pengarah SYABAS tidak dimaklumkan. Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid berkata, tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah. Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri "step-in" dalam operasi SYABAS. Sementara itu, dalam satu kenyataan, Khalid menjelaskan, bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri telah meminta Datuk Setiausaha kerajaan negeri bersama pengawal seelia air negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS.
Jawatankuasa tersebut, katanya, akan minta SYABAS memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa. Sementara itu, kata Khalid lagi, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh SYABAS. "Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah. "Kerajaan negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana SYABAS jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna," kata Khalid. Ini, tambahnya, jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion.
"SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik," kata Khalid lagi. Berdasarkan alasan di atas, katanya, maka kerajaan negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut. "Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri "step-in" dalam operasi SYABAS. "Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini," katanya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan