Isnin, 16 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 16 Jul 2012 01:33 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ketua pemuda Umno Johor bertukar dalam permainan politik pilihan raya, kata sumber

Posted: 16 Jul 2012 12:38 AM PDT

Pemuda UMNO Johor yang sedang kacau bilau, ini tanda2 awal sebelum PAS dapat tawan Johor pada PRU akan datang ———————————————————————————————————————————————————————————- KUALA LUMPUR, 16 Julai – Perebutan kuasa di Johor telah menyebabkan ketua pemuda Umno negeri ditukar dengan calon lebih neutral pada hujung minggu lalu kerana menteri besar, Datuk Abdul Ghani Othman membuat percubaan untuk kekal [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Jul 2012 01:16 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


MAJIKAN & PEKERJA BERINOVATIF PENGGERAK TRANSFORMASI KKP

Posted: 16 Jul 2012 12:52 AM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً، وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ.
اَشْهَدُ اَنْ لآ ِالَـهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلـِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Hidup adalah anugerah Allah s.w.t. Manusia hidup di dunia yang sementara, di mana akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Manakala, kerja merupakan tanggungjawab dan amanah. Kerja hendaklah dengan niat kerana Allah semata-mata kerana ianya adalah satu ibadah untuk bekalan di akhirat kelak.

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah SWT menciptakan manusia dan jin adalah untuk beribadah dan menjadi hamba Allah iaitu menguruskan dunia ini dengan sebaik mungkin mengikut standard peraturan yang ditetapkan-Nya.

Sebagai pekerja Allah di atas dunia ini samada bekerja dengan kerajaan, swasta dan bekerja sendiri, Kita mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Persekitaran kerja yang selamat perlu dihayati dan diamalkan. Islam menegaskan supaya kita melakukan sesuatu kerja dengan cara selamat dan sihat dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Muslimin yang di rahmati Allah,
Islam memerintahkan kita melakukan sesuatu kerja dengan cara yang sebaik-baiknya dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 195 berbunyi ;
وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿١٩٥﴾

Maksudnya : "Dan belanjakanlah apa yang ada pada kamu untuk menegakkan agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. Perbaikilah segala usaha dan perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha supaya banyak amalannya".

Dengan membudayakan amalan kerja selamat dan sihat, sekaligus memelihara dan melindungi nyawa manusia agar kehidupannya dapat diteruskan sebagai hamba Allah SWT. Akan tetapi sekiranya nyawa tidak dipelihara maka akan terjadilah kebinasaan dan kerosakan dan seterusnya membawa kepada kematian yang sia-sia. Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 70:
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْ ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍۢ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۭ قَدِيرٌۭ ﴿٧٠﴾

Maksudnya: " Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. "

Oleh yang demikian kita patut bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan ke atas kita melalui nyawa yang diberikannya dan dengan nyawa itulah kita dapat menikmati indahnya kehidupan, keindahan alam dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita.

Muslimin yang di rahmati Allah,
Kerja merupakan tanggungjawab dan amanah. Manusia perlu bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Bukan itu sahaja, ianya adalah tanggungjawab untuk memajukan dunia. Kualiti pekerjaan dalam memberi perkhidmatan berinovatif sebagai penggerak transformasi KKP dapat memuaskan kepada dua pelanggan iaitu Allah SWT dan manusia sekaligus menyempurnakan amanah terhadap diri, ahli keluarga, sesama makhluk dan terhadap Pencipta. Kehidupan kerja selamat perlu dihayati dan diamalkan.

Pekerja perlu tahu punca dan akibat kemalangan. Di mana, kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah berkaitan dengan pengabaian keselamatan dan kecuaian pekerja itu sendiri sehingga mengakibatkan kematian, kecacatan dan kecederaan.

Bukan itu sahaja, aspek kesihatan di tempat kerja juga perlu di hayati dan diamalkan di mana pekerja yang terdedah kepada risiko-risiko bahaya yang mengancam kesihatan mereka di mana kesannya hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang iaitu setelah pekerja itu bersara. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:

وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ ﴿٧٧﴾
Maksudnya: " Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan".

Ketika mengulas perkara yang sama mengenai kecemerlangan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: "Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun." (Riwayat Baihaqi)

Muslimin yang di rahmati Allah,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja terjamin. Tema pada tahun ini amat lengkap di mana penglibatan majikan dan pekerja perlu seiring untuk mencapai amalan Budaya Kerja Selamat dan Sihat.

Bagi membolehkan seseorang itu bekerja dengan selamat, tempat kerja mestilah bebas dari terdedah kepada bahaya, ia perlu dikenalpasti dan langkah kawalan atau pencegahan hendaklah dilaksanakan. Disamping memastikan semua pekerja diberi pengetahuan, kemahiran dan maklumat yang sesuai untuk melakukan sesuatu kerja atau tugas dengan selamat.

Sekiranya semua ini dapat dipraktikkan dengan berkesan, maka sudah pasti keselamatan di tempat kerja akan dapat dicapai dan pekerja dapat menjalani kehidupan dengan selamat dan sihat.

Di antara matlamat sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, adalah untuk memberi kesedaran kepada majikan dan pekerja serta masyarakat umumnya, tentang keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan cara menerapkan semangat berpasukan dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Dengan ini, dapat menghindar berlakunya kemalangan atau musibah yang tidak diingini di tempat kerja.

Muslimin yang di rahmati Allah,
Menurut data yang direkodkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), bilangan kes maut akibat kerja telah meningkat secara global. Adalah dianggarkan setiap tahun, seramai 2.3 juta pekerja maut akibat daripada kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerjaan manakala setiap tahun sebanyak 317 juta kes kemalangan berlaku di tempat kerja. Di Malaysia, Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja setanding dengan negara maju.

Manakala, statistik tempatan yang dikumpulkan oleh Kementerian Sumber Manusia, sehingga 2011, kadar kemalangan di tempat kerja bagi seribu orang pekerja ialah 3.4. Berdasarkan kajian dan analisa ke atas kadar kemalangan tersebut, oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, didapati trend kadar kemalangan industri Negara mengalami satu penurunan yang stabil.

Penurunan kadar kemalangan ini adalah dipercayai disebabkan oleh faktor peningkatan kesedaran dan amalan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan dan pekerja di Negara ini. Namun masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan agar kadar kemalangan ini sejajar dengan negara maju.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ،
وَإِن يَمْسَسْكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّۢ فَلَا كَاشِفَ لَهُۥٓ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍۢ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ ﴿١٧﴾

Maksudnya : " Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menghapusnya melainkan Dia sendiri dan jika ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.( Surah al-An'am ayat : 17)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Muslimin yang di rahmati Allah,
Para pekerja perlu tahu yang mereka mesti bekerja di persekitaran selamat dan sihat supaya pengamalan kerja selamat dapat dihayati dengan sepenuhnya. Kerjasama semua pihak amatlah perlu di mana, para majikan dapat memainkan peranan dalam pengamalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Apa yang penting, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, kerana setiap kerja yang dijalankan akan menimbulkan risiko dan bahaya kepada kesihatan.

Kehidupan kerja selamat akan dapat diperolehi dengan beberapa kaedah iaitu bekerja mengikut prosedur kerja selamat serta patuh kepada peraturan keselamatan. Pekerja hendaklah peka dan patuh kepada peraturan keselamatan dan peraturan kerja yang berkaitan di tempat kerja. Pekerja hendaklah juga menjauhi perbuatan yang tidak selamat dan mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di tempat kerja.

Maka, bersempena dengan sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara yang ditetapkan pada minggu ke 2 bulan Julai setiap tahun dan pada tahun ini ianya bermula pada 8 hingga 14 Julai dengan tema "Majikan & Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi KKP". Kerajaan melalui Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia, merasakan tema ini amat bersesuaian dalam meningkatkan amalan kerja selamat di semua sektor industri.

Penyataan tema tersebut menyentuh tentang tekad dan semangat yang perlu ada pada setiap majikan dan pekerja di Negara ini dalam menghadapi perubahan yang perlu demi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada di tahap baru yang lebih memuaskan. Kehidupan yang berkualiti hanya dapat dinikmati apabila kita bekerja di dalam suasana yang selamat dan sihat. Untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat, para majikan dan pekerja perlu berperanan untuk mencegah, menghapuskan serta mengurus risiko yang terdapat di tempat kerja dan persekitarannya dengan baik.

Muslimin yang di rahmati Allah,
Marilah, sama-sama kita berusaha menghayati kehidupan kerja selamat dengan mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat. Dengan semangat budaya kerja seumpama ini diharap dapat menjamin kesejahteraan ummah dan akan menggalakkan daya saing Negara di dalam dunia globalisasi yang serba mencabar ini. Mudah-mudahan kita semua diteguhkan pendirian untuk sentiasa mengamalkan sikap yang baik dan dijauhi serta dihindari dari segala malapetaka.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Jalan Kampung Perlu Dinaiktaraf serta Masalah Penduduk Yang Masih Memerlukan Bantuan

Posted: 16 Jul 2012 12:35 AM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEKENU - Kampung Selanyau terletak dalam Kawasan Parlimen Sibuti. Sebuah perkampungan yang majoritinya adalah masyarakat kaum Kadayan. Kebanyakan mereka adalah petani dan ada juga yang bekerja dengan kerajaan dan syarikat swasta. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Selanyau mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Baru-baru ini kita buat kunjungan ke kampung tersebut untuk meninjau keadaan kehidupan masyarakat disitu. Secara amnya penduduk disitu hidup dalam keadaan aman damai dan tiada sebarang gangguan dari pencemaran alam.

Cuma ada beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah iaitu masalah jalan kampung yang agak sempit dan juga beberapa kerosakan yang boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pengguna kenderaan atau penunggang motorsikal tidak memandu dengan cermat lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mereka juga memohon agar dipasang lampu jalan kerana pada waktu malam jalan tersebut agak gelap.

Mungkin selama ini penduduk kampung ada buat aduan tetapi tidak diambil peduli oleh pihak yang berkenaan dan mungkin ada sesetengah pihak beranggapan isu ini remeh temeh tetapi sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan sudah tentu ini akan merosakkan jalan tersebut dengan lebih teruk lagi. Sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, mereka mengharap agar pihak kerajaan dapat menurap jalan tersebut serta membaiki jalan yang rosak dan lopak itu dengan segera.

Disamping itu terdapat juga masalah keluarga yang memohon bantuan E-Kasih dan juga PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) masih belum dapat ditunaikan oleh pihak yang menjaga hal-ehwal kebajikan masyarakat. Menurut salah seorang penduduk disitu, dia mengadu kepada pihak kami yang dia sudah 4 kali mengisi borang PPRT tetapi sehingga kini masih belum dapat jawaban yang memuaskan dari pihak yang berkenaan.

Apabila diaju kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan masyarakat, jawaban mereka amat mengecewakan dimana kata pegawai bertugas disitu "Borang PPRT belum diterima atau mungkin tercicir, kena buat sekali lagi." Sudah 4 kali beliau memohon tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima jawaban yang positif.

Kita mendesak agar pihak kerajaan melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, kerana setiap mereka yang layak seharusnya diberi keutamaan bukan hanya diberi kepada mereka yang ada kepentingan politik atau kroni saja.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Peniaga Kecil Melayu/Bumiputera Ditekan dengan Peraturan Baru MBM

Posted: 16 Jul 2012 12:08 AM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

MIRI: Peraturan baru Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk para peniaga di gerai Bazar Ramadan pada tahun ini sangat menyusahkan dan membebankan terutama sekali kepada para peniaga kecil yang kurang berkemampuan.

Kami menerima banyak aduan dari pengusaha atau peniaga kecil tentang bayaran sewa gerai Bazar Ramadan sebanyak RM300 yang dikenakan untuk setiap gerai adalah terlalu mahal dan mereka mahu dikurangkan dengan harga yang berpatutan.

Encik Kasim seorang penjual 'Burger' memberitahu pihak kami tentang masalah peraturan baru yang dikenakan kepada setiap peniaga yang hendak menjual di gerai Bazar Ramadhan mesti melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk suntikan kesihatan untuk membolehkan mereka berniaga disitu.

Menurutnya, Kos suntikan termasuk pemeriksaan kesihatan adalah terlalu tinggi boleh mencecah ratusan ringgit dan belum lagi terpaksa bayar sewa sebanyak RM300 untuk tapak gerai dan juga lain-lain kos, ini sudah tentu membebankan mereka yang kurang berkemampuan.

Bulan ramadhan adalah bulan untuk menambah rezeki untuk para peniaga kecil Melayu/Bumiputera untuk menampung Kos serta belanja untuk persiapan Hari Raya Aidil Fitri. Dengan pendapatan tambahan ini sekurang-kurangnya dapat menampung Kos pembelanjaan seharian mereka.

Sepatutnya pihak pemerintah atau pihak yang berkuasa mengambil berat masalah rakyat yang berpendapatan rendah, bukannya dengan menambahkan beban mereka dengan Kos tambahan yang melampau seperti mengenakan syarat-syarat ketat untuk berniaga.

Memang niat pihak berkuasa untuk menjaga kebersihan dan kesihatan untuk para peniaga dan pengguna adalah baik tetapi tidak semestinya mengenakan caj yang melampau untuk menekan para peniaga kecil Melayu/Bumiputera yang kurang berkemampuan.

Kita mendesak agar pihak kerajaan atau pihak MBM menarik balik peraturan yang membebankan para peniaga kecil tersebut. Kalau hendak laksanakan juga peraturan atau caj bayaran tersebut, pihak yang berkenaan sepatutnya mempertimbangkan atau kurangkan caj agar para peniaga kecil dapat sama-sama meneruskan perniagaan mereka pada bulan ramadhan tahun ini.

Kerajaan sepatutnya meringankan bebanan rakyat bukannya menambahkan bebanan keatas peniaga dan juga pengguna semata-mata untuk menampung Kos perbelanjaan Negara. Kita harap pihak kerajaan mengambil perhatian serius terhadap masalah dan aduan rakyat ini sebelum ramadhan dengan mengambil tindakan sewajarnya. Pihak berkuasa seharusnya adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Samseng upahan ganggu ceramah Anwar ditangkap

Posted: 15 Jul 2012 11:58 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

SELALU sangat ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng upahan terdiri daripada mat rempit yang menunggang motorsikal secara berkumpulan untuk membuat bising di kala ceramah berlangsung.

Pernah sebelum ini samseng-samseng upahan seperti ini membaling mercun, melontar batu malah ada yang berani menyerang orang, contohnya kisah Samseng Jalan Kebun dulu rujuk sini [Ketua samseng].

Namun lain halnya dengan kisah salah seorang samseng upahan yang mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi semalam, apa punya malang nasib dia telah ditangkap kerana mengganggu ceramah.

Difahamkan samseng itu nyaris-nyaris dipukul oleh orang ramai, mujur ada pihak yang menenangkan, kalau tidak memang jadi lempeng kena bedal.

Bagaimanapun, samseng itu dikatakan mengaku telah diupah oleh parti lawan untuk menganggu ceramah Anwar Ibrahim, dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis.

Di bawah ini rakaman video ketika samseng upahan itu ditangkap.

harakahdaily/-

Fahami Konsep ketaatan kepada pemimpin

Posted: 15 Jul 2012 11:44 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

Baru-baru ini berlangsung Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu ketaatan kepada pemimpin sesebuah negara. Isu ini penting bagi menjelaskan konsep ketaatan kepada pemimpin agar umat tidak terbabas dalam memberi ketaatan kepada pemimpin.

Sebenarnya ketaatan kepada pemimpin sering diperbincangkan dalam kuliah pengajian di masjid dan surau tetapi kefahaman tentang konsep ketaatan itu selalunya tidak mencapai maksud sebenar. Apatah lagi kalau perbincangan itu menyentuh isu politik.
Taat kepada pemimpin adalah wajib berdasarkan firman Allah s.w.t.:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Maksudnya: Wahai orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu. Jika kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka rujuklah kepada Allah dan Rasul (al-Quran dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, demikian lebih baik dan sebaik-baik tindakan. (Surah al-Nisa': 59)

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, maka tidak siapa yang boleh berpaling daripada mentaati kedua-duanya. Malah mereka yang ingkar daripada perintah itu dalam bahasa kasarnya boleh disebut sebagai kafir. Firman Allah s.w.t.

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: Katakanlah Muhammad kepada umat Islam, taatlah kepada Allah dan Rasul, maka jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang Kafir. (Surah Ali Imran : 32)

Jadi, ketaatan kepada Allah dan Rasul ini semua sudah maklum, dan semua umat Islam sudah akur dengan perintah itu. Cuma dalam hal ini, tahap ketaatan kita masih rendah. Kalau kita sembah Allah dalam solat sekadar perbuatan dan amalan, tidak pada hati dan jiwa. Kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih mengumpat orang, kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih mendedahkan aurat, kita kata taat kepada Allah tetapi kita masih cuai dalam melaksanakan ibadah lain.

Bayangkan kalau ketaatan kepada Allah pun masih tidak boleh diberi 100 peratus, bagaimana ketaatan kepada pemimpin. Di sinilah barangkali kita lihat ramai umat Islam gagal untuk mentaati pemimpin mereka. Malah kadang-kadang kita taat kepada pemimpin kerana ada udang di sebalik batu, kita taat tetapi ada maksud yang kita harapkan daripada pemimpin itu.

Siapa Pemimpin Kita
Apabila menyebut pemimpin, tidak seharusnya kita rujuk hanya kepada pemimpin negara atau negeri sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ، وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُمْ، وَامْرَأَةُ الرَّجُلِ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ، وَمَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ الرَّجُلِ، وَمَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، مِنْ هُنَا لَمْ يُخَرِّجَاهُ.

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. katanya, setiap kamu adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin, maka ketua negara yang memerintah adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diperintah, dan lelaki itu pemimpin terhadap keluarganya,

dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Dan isteri seseorang lelaki (suami) itu pemimpin terhadap rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dan hamba seorang tuan adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya.

Ketahuilah semua kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan. Di sinilah kedua pihak itu tidak mungkin dipisahkan.

Jelas di sini, pemimpin terdapat banyak jenis dan kategori. Maka bapa pemimpin kepada keluarga, isteri pemimpin kepada rumah dan anak suami, malah hamba juga menjadi pemimpin untuk menjaga harta tuannya. Maka setiap seorang daripada mereka itu dipertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya.

Dalam sesebuah kariah ada pemimpin, dalam masjid ada pemimpin dan dalam organisasi ada pemimpin. Pemimpin tersebut boleh dinamakan dengan pelbagai panggilan mengikut kedudukannya: PM, menteri, YDP, ketua, pengerusi, presiden, nazir dan pegawai dll.

Ketaatan Kepada Pemimpin Tidak Mutlak

Ketaatan kepada pemimpin seperti yang dijelaskan di atas tidak mutlak berbanding ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Namun walaupun tidak mutlak ketaatan itu tetap penting dalam proses pentadbiran dan pengurusan manusia. Tanpa ketaatan, pengurusan akan jadi tidak terurus malah boleh jadi pemimpin itu akan melakukan semua kerja seorang diri. Apalah ertinya sesuatu pentadbiran kalau arahan pemimpin tidak dipatuhi oleh orang bawahannya.

Walau bagaimanapun ketaatan kepada pemimpin boleh gugur apabila pemimpin itu mengarahkan sesuatu perintah ke arah perkara yang maksiat atau melanggar syariat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

لا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ
Maksudnya: Tiada ketaatan terhadap makhluk pada hal-hal maksiat kepada pencipta. (Riwayat Ahmad, Tabarani)

Oleh sebab itu, setiap arahan dan perintah perlu dilihat kepada tujuannya. Jika jelas bercanggah dengan Islam, boleh abaikan dengan cara yang baik. Sebaliknya jika ada kebaikan daripada perintah itu maka perintah itu perlu ditaati. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

لا طاعة لأحد فى معصية الله إنما الطاعة فى المعروف
Maksudnya: Tiada ketaatan kepada seseorang pada perkara dosa kepada Allah, sesungguhnya ketaatan hanya pada yang baik sahaja. (Riwayat al-Bukhari Muslim dan Abu Daud, Nasai dan Ibn Hibban)

Berdasarkan dua hadis di atas, bolehlah dirumuskan bahawa ketaatan kepada pemimpin di semua peringkat adalah kerana kebaikan perintah dan arahannya. Ciri-ciri kebaikan sesuatu arahan pemimpin ialah:

Arahannya tidak bercanggah dengan dasar Islam
Dasar dan arahannya memberi manfaat kepada umum/rakyat
Arahannya ada maslahah untuk menyelamatkan Islam dan umat
Tindakannya tidak merugikan Islam dan umatnya.

Oleh sebab itu sebagai rakyat sesebuah negara atau negeri, kita perlu halusi ciri-ciri kebaikan yang ada pada perintah dan arahan pemimpin tersebut. Jika menepati ciri-cirinya wajiblah kita taat kepada pemimpin negara dan negeri, tetapi jika sebaliknya wajiblah kita menolaknya.

Berdasarkan itu, tidaklah semua arahan yang datang daripada pemimpin kesukaan kita perlu ditaati dan tidak juga semua arahan yang datang daripada pemimpin yang dibenci boleh ditolak. Semuanya mestilah dirujuk bersandarkan kepada ciri-ciri di atas.

Katalah suatu arahan pemimpin berbunyi begini: "Semua umat perlu bertolak ansur dalam soal amalan agama lain ketika menyambut perayaan demi perpaduan masyarakat." Arahan ini jelas bertentangan dengan Islam dan merugikan Islam dan umatnya. Maka menyedari keadaan itu, kita tidak wajib taat arahan tersebut. Malah atas dasar itu tidak berdosa kalau kita abaikan arahan itu.

Walau bagaimanapun arahan lain yang baik daripada pemimpin yang sama masih wajib ditaati. Malah tidak wajarlah dengan penolakan satu arahan, maka semua arahan yang baik kita tolak juga.

Arahan Mengikut Peraturan dan Undang-undang

Sebenarnya kebanyakan dasar dan arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin baik negeri mahupun pusat, belum pernah dibuat oleh Rasulullah dan kerajaan Islam terdahulu. Namun arahan tersebut sangat berkait rapat dengan kehidupan rakyat. Kalau semua yang diarah oleh kerajaan melibatkan rakyat di sudut pembangunan rohani dan jasmani wajiblah ditaati.

Cuma dalam arahan itu kadang-kadang ada peraturan yang ditetapkan sama ada kerajaan pusat atau negeri dilihat seperti menyusahkan. Banyak prosedur yang perlu dilalui, namun percayalah kalau dilihat di sebaliknya akan kita temui kebaikan kepada rakyat secara umum. Oleh sebab itu peraturan tersebut wajib dipatuhi.

Sebagai contoh; untuk berkahwin sesuatu pasangan itu perlu mengikuti kursus pra perkahwinan, mengambil ujian saringan HIV, dan mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah tempatan. Peraturan itu memang seperti menyusahkan, tetapi kesannya adalah untuk kebaikan umat Islam walaupun peraturan itu tidak ada dalam Islam.

Jika arahan ini tidak dipatuhi, mereka yang hendak berkahwin tidak mahu berkursus, tidak mahu ambil ujian saringan hiv, kemudian berkahwin sendiri di rumah pengantin perempuan dengan berwalikan bapa sendiri dan dua saksi. Walaupun perkahwinan itu sah mengikut Islam, tetapi proses perkahwinan yang dijalankan itu adalah satu kesalahan. Pasangan itu telah tidak taat kepada pemimpin, dan boleh didakwa. Hakikatnya mereka berdosa kerana melanggar peraturan kerajaan. Dan setiap yang berdosa ertinya mereka menempa jalan ke neraka.

Begitu juga dengan peraturan lalu lintas, semua aturan itu jelas untuk kepentingan pengguna jalan raya. Jika kita membantah lalu tidak mahu ikut peraturan, selain berdosa, dia mendedahkan dirinya kepada bahaya kemalangan. Bayangkan kalau dia meninggal dunia dalam keadaan melanggar peraturan jalan raya, sudah tentu dia mati dalam keadaan berdosa.

Berbalik kepada seminar yang telah pun berakhir itu, kita tidak ada alasan untuk tidak mentaati pemimpin. Oleh sebab itu rakyat Selangor sebagai contoh, mereka wajib mentaati pemimpin negeri yang terdiri daripada Sultan, Menteri Besar dan EXCOnya.

Dan pada masa yang sama mereka juga wajib mentaati pemimpin di peringkat pusat yang terdiri daripada Yang diPertuan Agung, Perdana Menteri dan Menteri selagi arahannya tidak bercanggah dengan Islam.

Jika semua ini dapat difahami dan dihayati oleh Rakyat Malaysia, kita akan berada dalam negara ini dengan selamat, maju dan jaya.

Fikrah Islamiah

Awang Adek perlu bersih nama

Posted: 15 Jul 2012 11:28 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

MULA-mula akhbar mendedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin dikatakan ada peranan memungkin seorang saudagar diberi hak mencetak dua juta keping not kertas dua ringgi semasa dia menjadi orang besar di Bank Negara.

Dia dikatakan terus mendapat banyak faedah dari saudagar itu sekalipun dia sudah lama keluar dari Bank Negara.

Kali kedua saya terbaca Cikgu Bard, orang kuat PKR berasal dari Rembau mengulangi dakwaan terhadap Dr. Awang Adek seperti yang didedahkan oleh akhbar tadi dan mencabar timbalan menteri itu supaya segera membuat penjelasan apakah dakwaan itu betul atau sebaliknya.

Cikgu Bard memilih Bachok, pangkalan politik Awang Adek sendiri untuk membuat cabaran itu di hadapan sekitar 8,000 pendengar, dipercayai ramai ahli UMNO mendengar dakwaan terbuka itu.

Cikgu Bard biasanya ada bukti kukuh bila dia membuat kenyataan. Dialah orang mendedahkan penemuan cincin bernilai RM24 juta di KLIA dihantar kepada isteri Perdana Menteri dari sebuah syarikat di New York. Nyonya Rosmah dan suaminya tidak membuat penjelasan atas dakwaan itu.

Kini Cikgu Bard orang kepercayaan Perdana Menteri pula untuk membersihkan namanya dari tohmah semasa berkhidmat di Bank Negara dulu.

Awang Adek telah ditolak oleh pengundi dalam PRU 2008 dulu. Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak mengambil orang kalah pilihanraya untuk menjadi menteri. Apabila Najib jadi Perdana Menteri, dia jadikan Awang Adek sebagai senator diamanahkan menjadi Timbalan Menteri Kewangan yang menteri kewangannya ialah Najib juga.

Kementerian Kewangan adalah yang besar dan penting. Ia ditadbirkan oleh dua orang penting yang amanahnya dipersoal. Menteri kewangannya dipertikai amanahnya dalam banyak perkara dan dilihat boros membelanjakan wang Negara. Dia mengambil Awang Adek yang disangsikan juga amanahnya untuk jadi timbalan menterinya.

Menterinya Najib terkenal sebagai orang yang tidak peduli terhadap saksiah dan amanahnya yang dipersoal. Seolah-olah kiamat dunia jika dia membuat penjelasan. Apa jadi pada integriti Kementerian Kewangan dan kedudukan kewangan negara apabila kementerian itu diletakkan di bawah dua orang diragui integritinya?

Dr. Awang baru ditohmah. Seorang yang didakwa tidak lagi bersalah selagi tidak diputuskan bersalah oleh mahkamah. Dr. Awang belum boleh dikira orang salah. Dia baru ditohmah dan orang yang ditohmah sentiasa diragui untuk memikul amanah besar.

Dengan tohmah itu dia sudah jadi timbalan menteri yang diragui. Apabila Kementerian Kewangan diterajuai oleh lebih dari seorang yang dpersoal integriti dan amanahnya, maka dunia hilang keyakinan terhadap pentadbiran kewangan kita.

Untuk itu Awang Adek perlu tampil kemuka untuk membuat penjelasan bagi membersihkan nama baiknya.

Kita mahu Awang Adek membersihkan namanya supaya dalam PRU 13 nanti kiranya dia menjadi calon nanti, dia tidak diragui pengundi dan jika dia terpilih sebagai orang yang bersih, pengundi Bachok tidak malu beroleh wakil rakyat yang ada kelas dan maruah.

Jika dia tidak membersihkan namanya, ia menambah sakit peluang menang bagi BN. Jika dia menjadi Menteri Besar bayangan, maka dengan nama tidak bersih itu tdak diduga memberi peluang untuk mengambil Kelantan.

Jika dia tidak mengambil apa-apa langkah membela diri, maka orang mulai menyangka akan sebab dia meninggalkan Bank Negara sedang dia berkedudukan tinggi dan menyertai UMNO sedang UMNO Kelantan tidak menjamin peluang yang cerah.

Dan orang juga boleh menyangka, menyertai UMNO itu bukan kerana hendak berjuang demi dakyat dan negara, tetapi untuk mencari perlindungan. UMNO biasa memberi kekebalan kepada sesiapa yang dipercayai salah laku dalam sesuatu perkara.

Awang Adek belum dikira bersalah tetapi belum dikira bersih.

harakahdaily/-

Umno itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan

Posted: 15 Jul 2012 11:21 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

Muhyiddin menyeru agar UMNO mempertahankan kerusi Gelang Patah habis-habisan kerana Gelang Patah merupakan kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor dan mempunyai infrastuktur yang terbaik di negeri Johor. Di dalam kawasan ini jugalah terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbagai-bagai infrastruktur terbaik di negeri Johor.

Kenyataan seperti ini yang datangnya dari Timbalan Perdana Menteri dan ianya membayangkan bahawa negeri Johor juga merupakan negeri yang sangat ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU yang akan datang ini. Kenyataan yang membayangkan ketakutan dari pihak BN tidak pernah kita dengar sebelum ini jika ia melibatkan negeri Johor kerana Johor sebelum ini merupakan kubu kuat BN sejak negara mengadakan pilihanraya.

BN dan UMNO di negeri Johor sebelum ini hanya mengambil pilihanraya umum sebagai satu pesta sahaja kerana bak kata orang UMNO semasa parti itu kuat dahulu, 'calon UMNO tidak payah turun berkempen. Hantarkan songkok untuk mewakili calon-calon-calonnya sahaja sudah cukup dan BN akan menang'. Tetapi kenyataan yang datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan anak Johor ini, amat jelas yang BN di Johor tidak boleh lagi bercakap takbur seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dan rakyat lebih fokus untuk mencari pemimpin dan parti yang lebih berguna dari dahulu.

Muhyiddin meminta UMNO dan BN Johor perlu melipat gandakan usaha untuk mempertahankan Gelang Patah daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Ia bermakna Johor terutamanya di Gelang Patah UMNO sedang berada di posisi defensif di tengah-tengah kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat sekarang ini. Jika Gelang Patah yang merupakan kubu tradisi BN Johor sudah berada di posisi defensif, bagaimana agaknya di kawasan-kawasan lain yang lebih lemah dari Gelang Patah?

Mungkin apa yang dikatakan oleh setengah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Johor yang mereka (BN) kali ini akan hilang sepuluh kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang akan datang itu memang akan menjadi kenyataan. Mungkin itu jugalah sebabnya kenapa Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang sekarang mewakili kawasan Kubang Kerian mengambil keputusan untuk kembali ke Johor untuk menjadikan impian PR menjadi pemerintah kepada kerajaan Johor menjadi kenyataan selepas PRU yang akan datang ini.

Jika penekanan dan tumpuan kepada kawasan Gelang Patah ini keterlaluan mungkin ada kemungkinan yang Gelang Patah dan beberapa kawasan Parlimen di Johor akan kekal dalam BN dan yang lainnya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tidak ada perkara yang tidak menjadi kemungkinan dalam politik negara pada hari ini. Contohnya tidak pernah sesiapa terfikir yang UMNO akan menjadi seperti hari ini; fakir dalam perjuangannya serta miskin dalam nilai dan budaya bangsa yang dipimpinnya.

Itu semualah yang menjadikan UMNO sudah hilang seluruh identitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang bermaruah dan berintergriti sehinggakan parti itu tidak akan kebah dari stigma yang terlalu buruk di sisi pandangan rakyat yang ramai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

OKU pohon semua masjid ada RAM

Posted: 15 Jul 2012 11:08 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

Tarikh 16 July 2012

Kepada
Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Dato' Seri.
PER: PERMOHONAN MEMBAIK PULIH KESELURUHAN MASJID DIMALAYSIA.
Salam sejahtera Y.A.B Dato Seri,dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,

2. Saya salah seorang warga orang kurang upaya yang sepenuhnya menggunakan kerusi roda selepas terbabit kemalangan 12 tahun lalu ingin mengusulkan beberapa perkara yang sangat penting untuk kami warga OKU,dimana kemudahan setiap masjid wajib ada RAM bagi memudahkan kami bersolat dimasjid dan tak terlepas solat jumaat.

3. Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan saya dididk sebagai seorang Islam,dan nilai nilai murni Islam terlalu menebal dihati saya, tetapi saya terlalu sedih kerana saya tidak dapat bersolat jumaat bersama sama dengan saudara Islam yang lain. Dan saya juga memahami nasib nasib warga OKU yang lain dimana pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dimasjid.

4.Seandainya saya menjalani kehidupan di amerika syarikat atau juga di israil tidaklah saya hairan sekiranya kerajaan mereka tidak menyediakan kemudahan khusus untuk saya beribadat dimasjid, tetapi saya sangat hairan sekiranya Dato' Seri sebagai seorang islam tetapi tidak memahami kami warga OKU yang juga sama sama ingin beribadat kepada pencipta kami ALLAH SWT.

5. Saya melihat Dato'Seri melupakan kami yang warga OKU untuk hidup saksama dengan masyarakat lain,sedangkan slogan Dato Seri, "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" Jika difikir balik masih relevenkah slogan itu?

6.Dato'Seri menaikkan pelbagai bonus kakitangan kerajaan kakitangan buruh dan memberi kepelbagaian bonus kepada mereka yang terbabit,tetapi adakah Dato'Seri memberikan bonus bonus itu juga kepada kami warga oku? Pasti tidak bukan, Bahkan elaun elaun yang ada pada JKM juga sudah lama tidak diupdate,sedangkan barang-barang makan sentiasa naik jadi dimana hak kami sebagai warga OKU, Kami juga rakyat Malaysia, bukan pendatang asing yang harus dianak tirikan.

7. Saya berharap Dato'Seri fikir dan kaji balik tentang permohonan saya ini,dan saya sangat berharap permohonan saya ini diluluskan,kerana saya meminta kepada seorang yang juga beragama Islam dan seseorang mempunyai kuasa dalam pemerintah. Dan saya berharap Dato'Seri memahami maksud saya.

Sekian,
Nur Ikhwan Arifin

Kes Yasser: Suha saman

Posted: 15 Jul 2012 11:04 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

ZURICH: Balu Yasser Arafat akan memulakan tindakan undang-undang di Perancis ekoran dakwaan pemimpin veteran Palestin itu meninggal akibat keracunan radioaktif, kata peguamnya semalam.

Menurut Marc Bonnant, Suha Arafat memutuskan untuk mengemukakan aduan perundangan pada bulan ini.

Kata Bonnant, prosiding perundangan itu akan dilakukan di Perancis kerana Yasser meninggal dunia di sebuah hospital tentera negara itu pada 2004.

"Suha memang menyokong tindakan menggali semula mayat suaminya bagi membolehkan siasatan dibuat.

"Dia akan mengemukakan dakwaan ke atas beberapa individu yang tidak diketahui kerana meracun suaminya," katanya. Institut Fizik Radiasi di Switzerland - yang menganalisis contoh biologi diambil daripada tubuh Yasser - menemui bahan polonium dalam kuantiti luar biasa dan keputusan itu dilaporkan rangkaian berita al-Jazeera bulan ini.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Suha dilaporkan memberi persetujuan supaya contoh diambil daripada mayat Yasser selepas mayatnya digali semula dari kuburnya di Ramallah. Anak saudara Yasser, Nasser al-Qidwa, Khamis lalu mendakwa Israel meracun pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin itu dan menggesa pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan. - AFP

Koperal kecewa gaji rendah

Posted: 15 Jul 2012 10:57 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

KANGAR - Seorang anggota Polis berpangkat koperal di sini kecewa apabila gaji yang diperolehnya lebih rendah berbanding gaji Koperal lantikan Time Based.

Beliau yang berusia 40an dan enggan dikenali berkata, beliau dan rakanya mewakili hampir 3,000 anggota senasib dengannya di seluruh negara memohon pihak berkaitan supaya mengkaji semula taraf gaji yang diberikan kepada mereka.

Menurutnya, di Perlis lebih kurang 36 anggota berpangkat koperal yang terpaksa menerima gaji yang rendah walaupun taraf pangkat mereka sama dengan Koperal Time Based.

"Kami merupakan koperal yang sebelum ini mengambil Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), baru lulus satu bahagian tiba-tiba diumumkan bahawa PTK dimansuhkan, kalau tidak salah saya pada 2010. Sejak itu kami tidak mendapat anjakkan gaji.

"Semua koperal yang senasib dengan kami terkilan kerana koperal hakiki gajinya lebih rendah daripada Koperal Time Based, walaupun ada di antara kami yang berkhidmat lebih lama. Perbezaan gaji melebihi RM300," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun kenaikan gaji diumumkan April lalu, gaji yang diperoleh mereka masih berada di takuk lama dan tidak dapat menyaingi Koperal Time Based.

Difahamkan, gaji maksimum bagi Koperal Time Based ialah RM3,347.78 manakala koperal hakiki gaji maksimumnya RM2,993.38, perbezaannya sebanyak RM354.40. "Kami berterima kasih kepada kerajaan yang meluluskan kenaikan gaji dan Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memperjuangkan hak pekerja, namun kami koperal hakiki masih ketinggalan dari segi tangga gaji.

"Kami berharap pihak yang berkaitan prihatin terhadap nasib yang diterima koperal hakiki dan memohon jasa baik pihak berkenaan untuk mengkaji semula tangga gaji. Kami tidak memohon gaji yang lebih dari Koperal Time Based, etapi cukuplah jika gaji kami diselaraskan seperti mereka," katanya.

sinar harian/-

Umno gerun hadapi fenomena sertai PAS

Posted: 15 Jul 2012 10:49 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

(Salah seorang yang menyertai PAS di Stadium Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR: Fenomena kemasukkan ramai bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS pada masa kini menggerunkan Umno-BN.

Tindakan tersebut juga membuktikan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menakluki Putrajaya.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya dalam Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

"Bekas orang nombor tiga dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari sudah pun menyertai PAS, jadi ahli seumur hidup dan saya juga nampak bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan sedang mengintai-intai untuk bersama kita.

"Hari ini Tan Sri Musa dah kata perangkaan jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM tak boleh dipercayai sebenarnya jenayah meningkat dengan dahsyat," katanya yang popular dengan panggilan Mat Sabu.

Dalam perhimpunan yang dihadiri kira-kira lebih 6,000 hadirin itu, tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.

Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib.

Manakala seorang lagi adalah bekas Pengarah Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Yusuf Hassan.

Menurut Yusuf, kemasukan golongan pesara kerajaan dalam PAS akan dapat membantu parti itu mengurus tadbir kerajaan apabila PR memenangi pilihan raya kelak.

"Saudara semua jangan takut kerana kita menyediakan pakar-pakar dari dalam kerajaan dari pelbagai bidang untuk membantu saudara-saudari semua mengurus tadbir negara ini dengan baik.

"Pengalaman yang kami ada, akan kami curahkan untuk membantu rakyat dan menjadi negara yang paling baik," ujar beliau.

harakahdaily/-

50 murid cirit birit dan muntah selepas makan nasi goreng

Posted: 15 Jul 2012 10:42 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

IPOH: Seramai 50 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat, Medan Gopeng di sini mengalami cirit birit dan muntah secara tiba-tiba dipercayai selepas makan nasi goreng di kantin sekolah pagi tadi.

Kejadian berlaku antara jam 9 hingga 10 pagi seleaps murid tahun empat hingga enam mengadu sakit perut dan muntah.

berita harian/-

Tuduh Pemuda PAS menipu: Umno dituntut penjelasan

Posted: 15 Jul 2012 10:39 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Pemuda PAS Johor mendesak Pemuda Umno membuat penjelasan ekoran dakwaan mereka terhadap PAS sebelum ini kerana terbukti dakwaan PAS sebelum ini.

Ini berikutan perubahan pucuk pimpinan Pemuda Umno Johor mulai esok, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar).

"Saya mewakili rakyat Negeri Johor mahukan penjelasan daripada semua Ketua-ketua Pemuda UMNO yang telah menafikan dalam akhbar dan menuduh Pemuda PAS Johor dengan pelbagai
tuduhan.

"Rakyat Johor mahu tahu siapa yang menipu dalam pergolakkan Pemuda UMNO Johor.

"Adakah Pemuda UMNO menipu rakyat Johor? Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini," kata Suhaizan dalam kenyataannya hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengumumkan pertukaran Ketua Pemuda Umno Johor.

Kketuanya, Mohd Fadil Muskon (gambar) disingkirkan dari jawatannya.

Beliau digantikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru 14 Julai lepas.

"Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Dalam kenyataannya pada 28 Jun 2012 lalu, Suhaizan berkata, 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fadil Muskon.

Mereka telah mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan.

Namun kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan ini dengan menuduh beliau dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai tuduhan.

"Kini dengan perubahan kepimpinan UMNO Negeri Johor bermula esok membuktikan kebenaran
kenyataan saya sebelum ini.

"Mustahil bagi mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan disaat-saat genting menghadapi pilihanraya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menawannya," kata Suhaizan dalam kenyataannya itu.

The Malaysian Insider dalam laporannya pula berkata, Pemuda Umno Johor berpecah dua dengan satu kumpulan yang dipimpin oleh Mohd Fadil Muskon bertembung dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Mohd Fadil Muskon, dikatakan mempunyai masalah dengan Ghani selepas menganjurkan perhimpunan taat setia kepada Sultan Johor pada 10 Jun lalu dalam isu pembelian nombor pendaftaran 'WWW 1'.

"Fadil disuruh supaya tidak menganjurkan acara tersebut kerana ia akan memberikan imej negatif kepada Umno.

"Semenjak itu, beliau tidak disukai dan kepimpinan negeri mahukan beliau digantikan," kata sumber kapada The Malaysian Insider, tulis Editornya, Jahabar Sadiq.

Perhimpunan Menjunjung Taat Setia di Istana Pasir Pelangi dihadiri ramai tetapi hanya beberapa kerat pemimpin Umno negeri untuk menyokong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dikhabarkan pemimpin Umno negeri mahu menjarakkan diri mereka dalam isu pembelian nombor pendataran kenderaan beharga RM520,000 oleh sultan pada ketika keadaan ekonomi yang tidak baik.

harakahdaily/-

'Buku Jingga Wanita' janji RM50 sebulan untuk suri rumah

Posted: 15 Jul 2012 10:22 PM PDT

26 Syaaban 1433H. [MOD] -

Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya.

Ia antaranya dengan memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 bulanan kepada suri rumah tidak bekerja dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah.

"Pakatan berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam masyarakat.

"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.

malaysiakini/-

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 Jul 2012 09:13 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Jom terus berubah, BN semakin parah

Posted: 15 Jul 2012 04:17 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Jul 2012 09:05 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kilang proses ayam jejas penduduk kampung

Posted: 15 Jul 2012 07:22 PM PDT


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 15 Jul 2012 07:34 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Santuni Faqir Miskin Menjelang Ramadhan

Posted: 15 Jul 2012 12:54 AM PDT

DUNGUN, 15 Julai Ahad - Seminggu menjelang tibanya bulan Ramadhan al-Mubarak, seramai 130 orang faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini, mendapat perhatian daripada ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Majlis sumbangan ini yang berlangsung di Bangunan DUN Sura merupakan di antara aktiviti tahunan di DUN Sura sejak ianya dimenangi semula oleh PAS pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Para  penerima sumbangan yang dipilih daripada seluruh cawangan dalam DUN Sura ini tidak  melalui sebarang proses penapisan dari segi pegangan politik masing-masing.

Majlis sumbangan telah diadakan pada pagi 14 Julai Sabtu dan berakhir menjelang waktu tengahari.
Sumbangan telah disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, Pengarah DUN Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Muslimat DUN Sura, Hajjah Rokiah Yusoff dan Ketua Hubungan Antara Kaum DUN Sura, Enche Alias Muda.
Hadir sama Timbalan Pengarah DUN Sura, Haji Mohd Amin Hamid, Setiausaha DUN Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed dan sebahagian AJK DUN Sura.

YDP PAS Dungun Gesa Siasatan Menyeluruh Penyelewengan RM1j LRTSB

Posted: 14 Jul 2012 08:56 PM PDT


KUALA TERENGGANU– PAS menggesa pihak berkuasa mengadakan penyiasatan secara menyeluruh ke atas pihak-pihak yang terbabit berhubung kait dengan penyelewe ngan sebanyak RM1 juta Dana Kebajikan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (gambar ketika sumbangan penghargaan UPSR 2011 kepada warga Tionghua), ia melibatkan dana awam yang sepatutnya digunakan bagi membantu membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

baca artikel penuh...di sini.

PAS LENGGONG

Posted: 15 Jul 2012 07:32 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 15 Jul 2012 02:48 AM PDT

SU DHPP Perak memaklumkan perkara ini dalam ceramahnye di lawin semalam. katanye ketika dia berucap itu barangkali najib sedang berucap. Katanye lagi semua koperasi dikehendaki menyediakan bas bagi menghantar 40 orang ke majlis itu. tiap -tiap peserta diberi RM30.00
Huh betul seperti yang disebut oleh Saudara Nali (sorri kalau nama tersilap)

Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara

http://greenboc.blogspot.com, 15 Jul 2012

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.

Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.
Lihat: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/najib-dimalukan-di-hari-koperasi-negara.html

Posted: 15 Jul 2012 02:43 AM PDT

Pelakon Adam Hamid pula sertai PAS

Anis Nazri, 15 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.

Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.

Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.

Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.

Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.

Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.

Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.

Posted: 14 Jul 2012 07:44 PM PDT

umno akan pertahan gelang patah - muhyiddin
Semalam di gelang patah
Kenapa ya???????????

Rembau Hari Ini

Posted: 15 Jul 2012 07:31 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kilang proses ayam jejas penduduk kampung

Posted: 15 Jul 2012 07:13 PM PDT


PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 15 Jul 2012 07:15 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


TOKOH UMNO HINA HUKUM ALLAH

Posted: 15 Jul 2012 02:28 AM PDT

ERA TUNDUK PADA ISRAEL SUDAH BERAKHIR

Posted: 15 Jul 2012 02:27 AM PDT

FOMCA LANCAR MENIFESTO TUNTUTAN RAKYAT

Posted: 15 Jul 2012 02:25 AM PDT

HARAM PILIH CALON YANG BUAT KEROSAKAN

Posted: 15 Jul 2012 02:23 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Jul 2012 07:12 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Adakah Kompleks Islam Sarawak Jadi Kemegahan Umat Islam Sarawak?

Posted: 15 Jul 2012 11:50 AM PDT

Apa kaitan Kompleks Islam Sarawak Dengan Umat Islam Sarawak?
KUCHING - Sebuah Kompleks Islam Sarawak yang masih dalam pembinaan setinggi 17 tingkat, dengan Kos kira-kira RM100 juta ringgit dibina di tapak Jabatan Agama Islam Sarawak, yang meliputi keluasan 1.2 hektar dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Kompleks Islam Sarawak ialah Mercu Tanda dan Kebanggaan Umat Islam Negeri Sarawak demikian menurut pandangan TBS.

Betulkah komplek ini suatu kebanggaan kepada umat Islam Sarawak? Sudahkah TBS melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sebuah organisasi Islam yang Dinamik dan Pembela kepada umat manusia khususnya masyarakat Islam Sarawak seperti mana dalam Visi TBS?

Seperti umum mengetahui bahawa Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak untuk membantu umat Islam Sarawak yang kurang berkemampuan khususnya golongan 8 asnaf.

Badan yang beribu pejabat di Kuching, Sarawak ini menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus (mentadbir) Dana Zakat, Dana Wakaf dan Dana Baitulmal disamping memberi penerangan tentang kewajiban berzakat, berwakaf dan bersedekah khususnya bagi umat Islam di negeri Sarawak.

Zakat yang dibayar oleh pembayar zakat selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak bagi kelapan-lapan asnaf zakat.

Firman Allah yang bermaksud:- 'Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)

Adakah pembinaan Kompleks Islam Sarawak yang menggunakan wang zakat ini menepati hukum syarak dan bagaimana pula tentang nasib umat Islam Sarawak yang masih lagi belum mendapat pembelaan sepenuhnya.

Masih ramai lagi umat Islam Sarawak yang hidup di bawah tahap kemiskinan dan sepatutnya mereka ini diberi keutamaan dalam bentuk bantuan kebajikan, pelajaran dan juga bidang ekonomi agar mereka ini nanti dapat hidup berdikari. Memang tidak dinafikan TBS ada membantu golongan asnaf ini tetapi ianya tidak begitu jelas dan kelihatan atau telus.

Bukan kita menentang kemajuan dan pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh TBS tetapi biarlah ianya benar-benar memberi manafaat kepada semua umat Islam khususnya umat Islam Sarawak yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan juga arus pembangunan. Kalau perkara ini dapat direalisasikan maka tiada masalah untuk membina bangunan yang tinggi dan megah ditengah-tengah kotaraya setelah umat Islam Sarawak bebas dari kehidupan dibawah tahap kemiskinan.

Kita mendesak agar projek pembangunan yang menggunakan wang zakat dipantau sepenuhnya oleh pihak yang beramanah dan tidak disalahgunakan semata-mata untuk bermegah dan berbangga dengan kemewahan sehingga mengabaikan peranan dan tanggungjawab sebenar TBS terhadap lapan golongan asnaf dan juga umat Islam Sarawak.

Kita mahu wang zakat tersebut benar-benar sampai kepada golongan sasaran bukannya hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu saja yang suka bermegah dengan bangunan tinggi yang belum tentu boleh memberi menafaat dan keuntungan kepada umat Islam Sarawak yang benar-benar memerlukannya.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
What is relevance of the Sarawak Islamic Complex with Sarawak Muslims?
KUCHING – A Sarawak Islamic Complex under construction as high as 17 storeys, with a cost of about RM100 million ringgits built on site of Islamic Religious Department, which covers an area of 1.2 hectares is fully funded by Sarawak Baitulmal Fund (SBF). Sarawak Islamic Complex is the Landmark and the Pride of the Muslim State according to the views of SBF.

Are these complexes a pride to Sarawak Muslims? Have SBF fully discharge their responsibilities as a Muslim dynamics organization and defender of mankind, especially the Muslim community in Sarawak as SBF Vision?

As such general knows that Sarawak Baitulmal Fund (SBF) was established by the Sarawak government and responsible role in the management of Zakat, Waqf and alms in Sarawak to help the Muslims of Sarawak, who are less fortunate, especially the 8 recipients (asnaf).

The body which is headquartered in Kuching, Sarawak has facilities to collect, distribute, manage (govern) Zakat funds, endowment funds and treasury funds as well giving an explanation of zakat obligation, endowment and alms especially for Muslims in Sarawak.

Zakah paid by the taxpayers other than Zakah purifies wealth and souls of the paying Zakah is one of the main funding source for welfare goals and development in accordance with the provisions of Islamic law for the eight recipients of zakah.

Allah says which means: As-Sadaqat (here it means Zakah) are only for the Fuqara' (poor), and Al-Masakin (the poor) and those employed to collect (the funds); and for to attract the hearts of those who have been inclined (towards Islâm); and to free the captives; and for those in debt; and for Allah's Cause (i.e. for Mujahedin - those fighting in the holy wars), and for the wayfarer (a traveller who is cut off from everything); a duty imposed by Allah. And Allah is All-Knower, All-Wise. (Surah At-Taubah, Ayat 60)

Is the construction of the Sarawak Islamic Complex using this Zakah money meet with the Islamic law and how about the plight of Sarawak Muslims which is still not getting the full defense.

There are many Muslims who live in Sarawak under the poverty line and these should be given priority in terms of welfare, education and economic fields so that they will be able to live independently. There's no denying SBF is helping the recipients but it is not very clear and visible or transparent.

We are not against the progress and development to be undertaken by SBF but let it really beneficial to all Muslims, especially Sarawak Muslims which is still far behind in economic fields as well as the mainstream development. If the matter can be realizable there is no problem to build a high and magnificent building in the middle of the city after the Muslim of Sarawak is free from living under the poverty line.

We urges development projects using Zakah money is fully monitored by a trustworthy and not abused just to boast and pride in the luxury until ignore the actual roles and responsibilities of the SBF to eight recipients and also Sarawak Muslims.

We want the Zakah money really reach the target group not only benefit certain parties alone, who likes to boast of high buildings, which may or may not gives benefit and profits to the Muslims of Sarawak who really need it.

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Jul 2012 11:39 AM PDT

Dupahang's Weblog


Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai 2012

Posted: 15 Jul 2012 07:33 AM PDT

http://ajijoi.blogspot.com/ KUALA LUMPUR (14.7.12): Hanya 10 orang wakil-wakil daripada ANAK dan NGO-NGO yang pergi menyerahkan memorandum kepada pihak istana dengan diiringi oleh pihak polis. Manakala pimpinan yang lain, meneruskan ucapan-ucapan mereka buat hadirin yang dianggarkan sebanyak hampir 10 ribu orang itu. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man CheguBard Tamrin Tun Ghafar Baba Dr Hatta Ramli Datin [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 15 Jul 2012 11:03 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum

Posted: 14 Jul 2012 06:40 PM PDT



KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.

Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.

"Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.

"Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi.
Terima kasih polis
Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

"Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka.

"GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya.

Tunggu campurtangan Agong

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera.

"Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

"Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya.

Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang.

Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana.

Juara tilawah jadi inspirasi anak Kelantan

Posted: 14 Jul 2012 06:39 PM PDT


KOTA BHARU, 14 Julai: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nikdul  AbAziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali (gambar kiri) yang telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H.

Menulis di laman Facebook beliau, Nik Aziz berharap kejayaan Ustaz Muhamad Anuar akan menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.

"Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.. tahniah!" tulis beliau.

Muhammad Anuar Ghazali, 36, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari di Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir malam tadi.

Muhammad Anuar memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. mengalahkan qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus dan qari Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).

Bagi kategori qariah (wanita) dimenangi peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.

Hasnae menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.

Penyampaian hadiah kepada qari disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sementara Raja Permaisuri Agong pula kepada qariah

Juara mendapat hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Oren buktikan perhimpunan aman tanpa provokasi

Posted: 14 Jul 2012 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.

"Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Istana Negara petang tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan perhimpunan dan perarakan dengan baik sehingga memorandum berjaya diserahkan kepada pihak istana.

Perhimpunan bermula dengan solat Zuhur di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berarak sehingga Jalan Dutamas 1.

Polis hanya membenarkan peserta yang berjumlah kira-kira 5,000 berkumpul di situ dan menutup laluan.

Mereka berkumpul sambil mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, wakil-wakil NGO sementara enam wakil ke diiringi kereta polis ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

"Walaupun peringkat awalnya kita cadang nak berarak sampai istana tapi hasil perbincangan dengan pihak polis mereka hanya membenarkan kita berhenti di sini (Jalan Dutamas 1) dan pihak polis iring kita untuk hantar memorandum, adi keseluruhan berjalan dengan baik," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Polis akui Himpunan Oren berlangsung aman

Posted: 14 Jul 2012 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pihak polis mengakui Himpunan Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berlangsung dalam suasana aman.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pihak polis akan memastikan hajat dan matlamat mana-mana pihak ditunaikan kerana itu adalah hak mereka.

Ketika ditanya mengapa anggota FRU tidak ditugaskan mengawal dalam Himpunan Oren hari ini,  beliau berkata keadaan tidak memaksa mereka berbuat demikian.

"Kita buat penilaian sendiri, kalau keadaan tidak mamaksa...dan sebagainya, kita bukan suka mencari...cuma jangan mencetuskan perkara yang melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui media di hadapan Pintu 3 Istana Negara sebaik sahaja rombongan GSF beredar selepas mengadap Agong.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari enggan memberitahu jumlah anggota keselamatan yang bertugas dalam himpunan ini walaupun berkali-kali ditanya pihak wartawan.

"Tak pelah itu soal keselamatan, anggota hari ini mencukupi untuk menghadapi apa-apa kemungkinan tidak perlu saya bagitahu jumlah anggota polis yang bertugas hari ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan dua orang wakil dari GSF yang tidak dibenarkan masuk ke istana kerana nama mereka tidak ada di dalam senarai asal yang difakskan ke pihak istana sebelum ini.

"Nama-nama yang terdapat dalam faks dihantar pada Istana kita benarkan, setelah kita sahkan nama betul mereka kita benarkan mereka masuk. Yang mana saya boleh sahkan, pihak istana bersedia terima memorandum GSF," katanya.

Justeru katanya, keadaan di hadapan istana dalam keadaan yang baik dan tidak ada perkara yang tidak diingini dan memudaratkan berlaku.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Peguam Mohd Harris Abdullah yang menggantikan tempat Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dan Wakil NGO Raja Abd Rahman, tidak dibenarkan masuk ke istana kerana pertukaran itu dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Tarik balik karikatur hina pemimpin Pakatan

Posted: 14 Jul 2012 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menerima satu 'mock up' komik karikatur yang menghina pemimpin Pakatan Rakyat, selain berbaur fitnah.

Naskhah karikatur yng dianggarkan setebal 50 muka surat itu diterima oleh salah seorang exco Pemuda PAS dan diserahkan kepada Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, hari ini.

Ketika menunjukkan karikatur itu kepada wartawan, Nasruddin berkata pihaknya tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab di sebalik penerbitan karikatur tersebut.

"Karikatur ini diterima oleh salah seorang exco kami yang berada di Kuala Lumpur. Kami percaya, ia belum diterbitkan lagi dan mungkin ada pihak yang ingin kami tahu lebih awal," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, karikatur yang dihantar melalui pos itu jelas menghina dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat dengan pemaparan karikatur yang jelek dan tidak bermaruah.

Sambil tidak menuntut sesiapa untuk menjelaskan penerbitan karikatur itu, Nasruddin menyebut terdapat cetakan pada belakang naskhah komik tersebut yang tercetak 'Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Umno Malaysia, Tingkat 38, PWTC'.

Beliau yang kesal dengan penerbitan komik karikatur itu bagaimanapun tidak mahu membuat sebarang kesimpulan dengan cetakan tersebut, sebaliknya meminta pihak yang bertanggungjawab menerbitkan karikatur itu menarik semula komik tersebut,

Selain itu, beliau juga menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Pakatan Rakyat untuk bertemu bagi berhujah secara matang, dan tidak bertindak tidak matang dengan menghina sedemikian.

"Saya percaya, jika inilah sikapnya (membuat fitnah), rakyat akan semakin meluat," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar memantau perkara tersebut dengan kadar segera.

Noh kata tidak salah terlibat projek udang

Posted: 14 Jul 2012 06:37 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) mengakui mempunyai pegangan dalam projek penternakan udang di Tanjong Karang tetapi menegaskan ia bukan satu kesalahan.

"Jadi, seorang menteri perumahan tidak boleh beli rumah. Apakah itu juga konflik kepentingan?" soal beliau balik apabila ditanya wartawan mengenainya.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, beliau mendakwa ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.

Dewan Negeri Selangor baru-baru ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) (gambar) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan itu.

"Tambahan pula, tanah itu bukan milik saya sendiri. Ya, saya menjalankan perniagaan penternakan udang bersama dengan ahli perniagaan lain, ini pun tidak boleh ke?" katanya ketika menjawab soalan wartawan selepas melancarkan satu program Bank Pertanian semalam.

"Saya mesti menegaskan bahawa perniagaan ini dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan sebelum menjadi menteri. Saya membuat perniagaan itu bukan kerana Kementerian Pertanian, jadi apa yang salahnya?" kata Noh sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Cina itu.

Mengenai sama ada perniagaan penternakan udang itu akan menimbulkan isu konflik kepentingan kerana kedudukan portfolio beliau, Noh menyangkal.

Sebab beliau menjalankan perniagaan penternakan udang ialah keinginan untuk merasai kehidupan seorang petani dan beliau sendiri berminat dalam pertanian.

Sementara itu, pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa ia berniaga dengan Noh dalam projek usahasama ternakan udang itu.

Bercanggah dengan Noh, Chu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa menteri berkenaan hanyalah pemilik sebahagian projek penternakan udang itu seluas 100 ekar di Tanjung Karang, dan syarikatnya adalah penyewa.

Jenayah: Hishammuddin kena debat dengan Musa

Posted: 14 Jul 2012 06:36 PM PDT


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hendaklah berani berdebat dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kadar jenayah untuk membuktikan kerajaan tidak berbohong.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat kini mendapat gambaran bahawa kerajaan berbohong apabila mendakwa indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Bila perkara itu diumumkan, Musa terus kata, kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan.

"Beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Sebagai bekas Ketua Polis Negara, Musa mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai perkara itu dan apabila beliau menafikan, itu dengan sendirinya memberi pengertian bahawa kerajaan berbohong," katanya.

Jika Hishammuddin berani berdebat dengan Musa, kata Mahfuz, rakyat boleh membuat penilaian sipakah yang bercakap benar.

"Bukan itu sahaja, perdebatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai indeks kadar jenayah negara ini, sama ada betul-betul turun atau tidak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Rakyat juga, katanya lagi, boleh menilai sama ada Hishammuddin seorang ahli politik yang bercakap benar atau tidak.

"Musa pula bukan ahli politik dan tidak seperti Hishammuddin, beliau dilihat tidak mempunyai kepentingan politik," kata Mahfuz.

Beliau berharap Hishammuddin mempunyai keberanian untuk menghadapi Musa dalam perdebatan mengenai indeks kadar jenayah itu dan membuktikan bahawa kerajaan yang diwakilinya tidak berbohong semata-mata untuk bermain politik dalam perkara itu.

"Jika indeks kadar jenayah negara tidak turun seperti yang didakwa oleh kerajaan melalui kenyataan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu, pada masa itu rakyat bolehlah mengukuhkan lagi keputusan mereka bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasionallah yang mesti diturunkan," tegas Mahfuz.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Jul 2012 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Runtuh lagi di Terengganu, kebetulan atau kecuaian?

Posted: 14 Jul 2012 07:31 PM PDT

100 penghuni asrama terjejas, pagar asrama turut runtuh
Sinar Harian - 15 Julai 2012

PAKA - "Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan, seketika kemudian air keluar dari tangki sehingga melimpah di sekitar pagar berdekatan asrama sekolah.

Demikian kata Mohd Redzuan Zamri, 31, saksi kejadian tangki air pecah di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka yang terletak di atas menara setinggi kira-kira 10 meter itu pecah, menyebabkan air takungannya mencurah keluar sehingga kawasan berdekatan digenangi air.

Pagar asrama sepanjang kira-kira 10 meter juga turut runtuh, selain bumbung sebuah bangunan berdekatan mengalami kerosakan teruk terkena air yang jatuh dari tangki air terbabit.

Ketika kejadian, terdapat hampir 80 pelajar perempuan mendiami asrama tiga tingkat yang terletak kira-kira 50 meter dari menara menempatkan tangki air berkenaan, selain hampir 40 pelajar lelaki yang difahamkan sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.

Menceritakan detik sebelum kejadian itu, Redzuan yang juga pengawal keselamatan di sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di pondok pengawal, beberapa meter dari menara tangki air terbabit.

Menurutnya, sebaik mendengar bunyi letupan, dia terus bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku sebelum melihat air mencurah-curah keluar dari tangki yang pecah itu.

"Mula-mula saya terkejut juga, ingat apa yang meletup.

Rupa-rupanya tangki air pecah, nasib baik tiada pelajar yang cedera," katanya.

Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan pihak pengurusan sekolah bagaimanapun gagal apabila pengetua sekolah berkenaan tidak menjawab panggilan yang dibuat.

Kejadian itu merupakan tragedi runtuhan yang pertama sejak sekolah berkenaan beroperasi lebih lima tahun lalu.

Akibat kejadian itu, sebahagian besar penghuni asrama lelaki dan perempuan juga difahamkan terpaksa pulang ke rumah masing-masing kerana menghadapi masalah gangguan air.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Jul 2012 09:30 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


GO GREEN; KUALA SELANGOR

Posted: 15 Jul 2012 02:45 AM PDT

Himpunan HIJAU ke PUTRAJAYA @PAS SELANGOR
Stadium KUALA SELANGOR malam ini bermula MAGHRIB berjemaah

JOM JOIN

ADUN SELAT KLANG rasmi agihan bantuan RAMADHAN ,HARI RAYA kepada 695asnaf fakir, miskin di masjid Kpg Delek

Posted: 14 Jul 2012 09:56 AM PDT

 14.7.12
DUN SELAT KLANG

YB Dr Hjh Halimah Ali menyempurnakan majlis perasmian agihan bantuan kepada asnaf fakir miskin di masjid Nurul Amin, Kpg Delek Klang.

Sebanyak RM561,890 di peruntukkan yang diagihkan menurut keperluan keluarga asnaf. Bantuan seorang dari RM600-1000 untuk mengurangkan bebanan kewangan mereka menghadapi Ramadhan dan Hari Raya.
 Mudah-mudahan Allah melimpahkan rezeki yang lebih dan berkat untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan hingga mencapai martabat yang mampu menyumbang pula kepada orang lain.

Jasindaily Online

Posted: 15 Jul 2012 09:09 AM PDT

Jasindaily Online


KEMPEN SAYANGI SELANGOR RETORIK UMNO

Posted: 15 Jul 2012 08:55 AM PDT

Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''. 

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.

Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.

Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.

Menurut sumber Malaysiakini, iklan tersebut telah dipasang secara berjajaran bermula daripada stesen KL Sentral sehingga ke stesen komuter menghala ke Pelabuhan Klang.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.

Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab pihak itu.

Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.

Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya. 

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bendera BN telah dinaikkan di stesen komuter laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, Mohd Zin Mohamed menafikan mengeluarkan arahan membenarkan bendera BN di pasang di kesemua 28 stesen komuter di Selangor. -mk

Patutlah Kena Cerai .. Nusyuz rupanya

Posted: 15 Jul 2012 08:37 AM PDT

Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,"ujar Yahya Ibrahim, 82 ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya 'mencabar' supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno."Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik."Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka."Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,"ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya. "Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya."Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,"ujarnya.Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang, yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya."Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,"ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.

Saya bergiat dalam politik dah lama - Adam Hamid

Posted: 15 Jul 2012 06:14 AM PDT

PAS terus menjadi wadah pilihan utama artis berhijrah apabila pelakon dan pengarah muda berbakat besar Adam Hamid menyertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi. Penerbit filem 'Cinta Terakhir' itu pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Angin, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang. Malam tadi pemuda kacukan Kelantan-Pakistan itu meneruskan fenomena artis tanah air berhijrah ke dalam PAS. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Yang menariknya beliau yang menjadi ahli PAS seumur hidup memberitahu media, berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat. Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni. 


 "Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya seperti yang dilaporkan media. Berkenaan peluang dan kerjayanya selepas menyertai PAS, beliau berkata tidak gentar jika disenaraihitamkan kerana hanya menyerahkan segalanya kepada takdir namun usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa. Sementara itu Adam yang memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun, berkata beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama. "Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya menyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," tegasnya. Ketabahan dan keazaman yang kuat membuat Adam mengharungi apa juga badai yang mendatang di dalam perjalanan seninya. Adam yang juga bekas handyman ini menguasai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah. Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair utk slot RTM pada tahun 2001.~HRKH

UNDANG ARTIS UNTUK TAMBAH DOSA GURU-GURU

Posted: 15 Jul 2012 06:11 AM PDT

Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka. Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato' Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza. Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin. Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.

 "Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah. "Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit," kata satu sumber di sini. Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar. Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan. "Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. 

Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS," kata mereka. Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan. Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan. "Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998," katanya di sini. Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya. Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.

 "Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut," katanya. Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan. Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.

Abby Sahut Cabaran AC Mizal Untuk Debat

Posted: 15 Jul 2012 02:14 AM PDT


Oleh: HARITS ASYRAF
Sebelum ini, AC Mizal telah mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkenaan isu yang dikatakan telah menghina dan mencabar kredibiliti PDRM.Lantaran dari itu, Abby telah menyahut cabaran AC menerusi kenyataannya di laman sosial, Twitter.
Dia turut menyatakan yang tindakan serta kata-katakannya sewaktu perhimpunan di hadapan Kem Kemunting pada 8 Julai lalu bukanlah satu penghinaan.Justeru, Abby telah mencabar AC sama ada boleh menerima hakikat jika Abby berjaya membuktikan yang kata-katanya bukanlah satu penghinaan.
Abby turut menyatakan apa yang diluahkannya pada perhimpunan tersebut merupakan kritikan terhadap salah laku segelintir mereka (PDRM).Selain itu, dia juga akan hadir membawa bukti, saksi dan magsa untuk ditunjukkan kepada AC Mizal.
Diharap supaya perdebatan tersebut dapat diadakan secara terbuka buat tontonan umum agar penonton dapat membuat kesimpulan mereka masing-masing.Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja 'bekas pegawai Polis' beraksi di pentas perdebatan.

Patutlah Sukma Kali Ni Hambar

Posted: 15 Jul 2012 02:13 AM PDT


Berita ini pasti tak keluar di TV3suku atau mana-mana entiti penyiaran pro kerajaan. Ini kerana ianya melibatkan kewangan negeri dan juga menutup kelemahan yang terdapat dalam penganjuran sukma 2012. sudah pasti ianya akan mengundang kemurkaan Tuanku Sultan Pahang. 

3 Himpunan Yang Cukup Ditakuti BN

Posted: 15 Jul 2012 02:09 AM PDT


Mahathir 'Larikan' Duit Rakyat Selangor ?

Posted: 15 Jul 2012 02:05 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad melarikan wang rakyat Selangor ke Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri. Perkara itu didedahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. "Semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, duit pembayar cukai rakyat Selangor (yang dilarikan) ke Langkawi adalah paling tinggi, tapi perkara itu tidak pernah dibincangkan. 


"Dulu wakil dalam sidang DUN tidak berani nyatakan perkara tersebut," kata Adun Ijok itu menjawab pertanyaan Adun Meru, Abd Rani Osman berkenaan pembayaran cukai rakyat Selangor kepada Kerajaan Pusat. Khalid berkata, sejak memegang tampuk pimpinan negeri itu pada 2008, beliau tidak akan membenarkan duit pembayar cukai Selangor 'dikebas' begitu sahaja.

 "Sekarang saya berani untuk bertemu Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut kerana melibatkan duit rakyat. Saya akan carikan keadilan bagi mereka. "Walaupun setiap tahun Kerajaan Pusat tidak pernah keluarkan pernyataan terperinci, namun kita boleh anggarkan jumlah pembayaran cukai rakyat Selangor melalui gaji perkapita dan pendapatan bulanan mereka," jelas Khalid.

Bapa Altantuya Mahu Heret Mahathir Ke Mahkamah

Posted: 15 Jul 2012 02:01 AM PDT

Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya. Setev Shaaribuu (bertali leher) "Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini," kata Setev dalam satu kenyataan. 


Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam. Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu. Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah. "Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah. 

"Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007," jelas Setev. Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini. "Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu," katanya.

Pemimpin UMNO Selangor "Sebat" 30 Ekar Tanah

Posted: 15 Jul 2012 01:58 AM PDT

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dianugerahkan 30 ekar tanah di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995. Suee Lim menunjukkan bukti Noh pemilik tanah berkenaan. Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Menurut beliau, Noh membeli tanah tersebut dengan harga RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta.

 "Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya pada perbahasan semalam. Kata Suee Lim, Noh kemudian mengusahakan tanah tersebut bersama syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd bagi projek ternakan udang pada 2001. "Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri berkenaan. "Di manakah maruah Umno BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya. Noh buat pertama kalinya memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang pada April 1995. 

Noh Omar Akui Kejayaan Kerajaan PR Selangor

Posted: 15 Jul 2012 01:54 AM PDT

Kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang bersetuju meneruskan pemberian air percuma di Selangor sekiranya dapat merampas semula negeri itu membuktikan beliau turut mengiktiraf kejayaan Pakatan Rakyat (Pakatan). Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Najwan Halimi, tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu menunjukkan beliau terdesak meniru Pakatan bagi meneruskan usaha merampas negeri itu. "Kenyataan tersebut jelas mengiktiraf pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ditunjangi KEADILAN dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri.

 "Umno semakin cenderung meniru idea serta dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan terutamanya dalam soal melibatkan kebajikan rakyat," katanya pada kenyataan. Kata Najwan, walaupun pahit untuk Noh terima hakikat bahawa beliau terpaksa menjilat semula ludahnya yang lantang sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan negeri akan muflis kerana air percuma. 

"Jika sebelum ini pimpinan Umno Selangor mengkritik keras dasar pemberian air percuma kepada rakyat dan menganggap tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri, ternyata mereka kini telah mulai menerima hakikat bahawa dasar tersebut sememangnya memberikan manfaat besar kepada rakyat. "AMK Selangor menyeru agar Noh Omar bersikap matang dan terbuka serta turut sama-sama membantu kerajaan Selangor menyelesaikan isu-isu tertentu yang merumitkan kelancaran pelaksanaan dasar pemberian air percuma ini demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com

Umno MCA gadai lebih 4,000 ekar tanah rakyat S’ngor kepada Talam

Posted: 15 Jul 2012 01:52 AM PDT

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai.Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank."Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank. "Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta.

 Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian. "Hasil bersih RM392 juta bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Minggu lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Pusat, Datuk Chua Tee Yong menuduh Talam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion. 

Beliau juga menuduh Talam menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada Kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Tee Yong mempertikaikan tindakan Talam itu kerana mereka berjaya menjual tanah tersebut dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran. Dalam pada itu, Rafizi mengecam tindakan Tee Yong yang memutar belit fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor. Rafizi berkata, Tee Yong dan pemimpin MCA sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Selangor bukan memutarbelitkan fakta. "Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pemimpin MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat," katanya. 

PM DIMALUKAN RAKYAT SENDIRI

Posted: 15 Jul 2012 01:42 AM PDT


Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama. Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.


SUMBER : greenboc 

Adam Hamid Pula Bersama PAS

Posted: 15 Jul 2012 01:39 AM PDT

Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi. Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut. 

Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS. Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu. Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.

 Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebajikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari. Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS. Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan. Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam. Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.

Sultan Melaka Celaka ? - DR. MAZA

Posted: 15 Jul 2012 01:35 AM PDT

"Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat," kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA. Tweet Dr Asri pada Isnin lalu. Dr Asri juga menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Uncle Seekers @ Syed Abdullah Hussien Al-Attas yang kini disiasat polis kerana mengktitik Sultan Johor.

 "Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan." Sebelum Dr Asri menulis tentang "Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja", merujuk kepada tulisan Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu. Rakyat British menegur raja mereka dan ini bagi memastikan mereka juga ada tanggungjawab terhadap pembayar cukai. 

Beliau juga mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Dr Asri juga membuat perbandingan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin. "Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman," tulis beliau lagi.

credit : ekeleh.com

Giliran Noryn Aziz Peningkan AC Mizal

Posted: 15 Jul 2012 01:33 AM PDT


Nampaknya AC Mizal makin pening.Sokongan untuk Abby Abadi makin bertambah.Kini Noryn Aziz bersama PAS.Dia menjadi tetamu Santai Bersama Selebriti 13 Julai 2012. Tahniah kerana sudi bersama PAS, semoga makin bersemangat. Juga AC Mizal terpaksalah mendapat semangat Jamal dan Amy Search untuk berdebat dengan Abby Abadi. Lagu-lagu Jamal Abdillah dan Amy Search masih sedap didengar walaupun mereka Umno. Kalau dari AC Mizal, bolehlah kita dengar debatnya. Tahniah Noryn. Kini ingin menunggu giliran Nasha Aziz bersama PAS, insyaallah…dia tak akan seksi lagi!!






cerdit to : ekeleh

HIMPUNAN OREN- SELAMATKAN FELDA BERLANGSUNG DENGAN AMAN

Posted: 14 Jul 2012 08:13 PM PDT

Salmiyah Harun

Pihak polis mengakui Himpunan Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berlangsung dalam suasana aman. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pihak polis akan memastikan hajat dan matlamat mana-mana pihak ditunaikan kerana itu adalah hak mereka.Ketika ditanya mengapa anggota FRU tidak ditugaskan mengawal dalam Himpunan Oren hari ini,  beliau berkata keadaan tidak memaksa mereka berbuat demikian."Kita buat penilaian sendiri, kalau keadaan tidak mamaksa...dan sebagainya, kita bukan suka mencari...cuma jangan mencetuskan perkara yang melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui media di hadapan Pintu 3 Istana Negara sebaik sahaja rombongan GSF beredar selepas mengadap Agong.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari enggan memberitahu jumlah anggota keselamatan yang bertugas dalam himpunan ini walaupun berkali-kali ditanya pihak wartawan."Tak pelah itu soal keselamatan, anggota hari ini mencukupi untuk menghadapi apa-apa kemungkinan tidak perlu saya bagitahu jumlah anggota polis yang bertugas hari ini," katanya. Beliau turut menjelaskan dua orang wakil dari GSF yang tidak dibenarkan masuk ke istana kerana nama mereka tidak ada di dalam senarai asal yang difakskan ke pihak istana sebelum ini."Nama-nama yang terdapat dalam faks dihantar pada Istana kita benarkan, setelah kita sahkan nama betul mereka kita benarkan mereka masuk. Yang mana saya boleh sahkan, pihak istana bersedia terima memorandum GSF," katanya.Justeru katanya, keadaan di hadapan istana dalam keadaan yang baik dan tidak ada perkara yang tidak diingini dan memudaratkan berlaku.Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Peguam Mohd Harris Abdullah yang menggantikan tempat Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dan Wakil NGO Raja Abd Rahman, tidak dibenarkan masuk ke istana kerana pertukaran itu dimaklumkan pada saat-saat akhir. 

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 15 Jul 2012 07:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TARBIAH : JIHAD MENURUT ISLAM

Posted: 14 Jul 2012 08:28 AM PDT

mtdchenderoh

Posted: 15 Jul 2012 07:18 AM PDT

mtdchenderoh


MANTAN PESURUHJAYA PAS PERAK, KINI DIRAWAT DI HOSPITAL PANTAI PUTERI, KUALA LUMPUR

Posted: 14 Jul 2012 10:26 AM PDT


Al- Fadhil Ustaz Azizan Desa mantan Pesuruhjaya Pas Perak kini dirawat di hospital Pantai Puteri, Kuala Lumpur kerana didapati mengalami ketumbuhan di bahagian usus. Menurut menantunya, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan 2 hari yang lalu selepas keadaan kesihatannya tidak stabil.

Beliau kini merupakan Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Padang Rengas. Mudah- mudahan beliau akan cepat sembuh dan kembali menyumbangkan baktinya dalam dakwah, Insyaallah.

Landskap Siasah

Posted: 15 Jul 2012 07:15 AM PDT

Landskap Siasah


Bengkel isu antarbangsa bersama UJN

Posted: 15 Jul 2012 01:43 AM PDT

Saya dan Wardah baru selesai menyertai bengkel UJN (Universal Justice Network) Pengemblengan NGO Islam Isu Umat Islam Antarabangsa yang diadakan di Dewan Persekutuan Seruan Islam Perak semalam 14 Julai 2012.
 Program ini adalah kerjasama MAPPIM bersama Persekutuan Seruan Islam Perak serta UJN Malaysia yang berpusat di Pulau Pinang.

Antara matlamat program ini adaah seperti yang dijelaskna oleh Cikgu Haji  Azmi Abd Hamid bertujuan untuk mengeratkan jalinan kerja antara NGO Islam berhubung dengan isu umat Islam Antarabangsa serta memperkukuh gerak kerja UJN di peringkat Malaysia.
UJN suatu wadah antarabangsa yang ditubuhkan  memiliki kerjasama dengan islamic Human right Commission yang berpusat di UK.



Semoga bengkel ini membantu saya dan isteri untuk terus meneruskan agenda cakna dan sedar akan isu umat antarabangsa sekaligus membuat 'sesuatu' untuk mereka yang masih dipandang sepi oleh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan