Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 12 Jul 2012 03:13 AM PDT Mood Perubahan Rakyat Posted: 11 Jul 2012 04:26 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan "momentum" semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya. "Mood perubahan itu ada," kata Anwar dalam temuramah bersama akhbar British The Guardian hari ini. Dan sama seperti yang telah dinyatakan pada Financial Times, Anwar mengulangi kenyataan bahawa ini adalah peluang terakhir beliau untuk menang dalam PRU. Akhbar itu menggelar Anwar sebagai "lelaki yang paling digemari untuk dibenci di Malaysia", dengan menekankan dua isu liwat yang dikatakan sebagai politik kotor oleh ketua pembangkang itu, di samping dituduh sebagai agen Zionis serta anti Islam dan juga seorang gay. Kali ini Anwar muncul dalam apa yang dikatakan sebagai perjuangan politiknya yang terakhir, selepas beliau menyatakan hasratnya untuk bersara dalam Financial Times baru-baru ini sekiranya tewas dalam PRU akan datang. "Saya yakin kita akan menang dan membawa perubahan," kata Anwar kepada The Guardian. Laporan The Guardian juga menyatakan terdapat ramai yang tidak menyukai Anwar tetapi bersamanya untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikatakan autoktratik dan tidak lagi memahami aspirasi rakyat. Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa imej yang lebih baik untuk Barisan Nasional — menghapuskan imej negatif, iaitu dengan menghapuskan undang-undang keselamatan dalam negeri yang penuh kontroversi dan menggubal undang-undang kebebasan berhimpun. Walaupun sudah menggubal undang-undang baru, pertempuran ganas antara polis dan penunjuk perasaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu - mencalarkan imej pentadbiran Najib yang seterusnya mengakibatkan beliau menangguhkan pilihan raya walaupun sebelum ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Puak berhaluan kanan dalam UMNO menjadi halangan bagi program transformasi Najib dalam kerajaan. Kolumnis dan peguam terkemuka, Art Harun berkata, Bersih telah menyebabkan jarak antara kerajaan dan rakyat melebar — berlaku lebih banyak lagi pembongkaran hal ehwal rasuah dan salah guna kuasa. Pilihan raya yang adil dan bersih juga ditekankan dalam hal ini. "Daftar pemilih yang tidak bersih mungkin menjadi punca kekalahan kami dan cara mereka untuk memenangi undi, itu yang merisaukan kami," kata Nurul Izzah, anak kepada Anwar yang berusia 31 tahun itu. "Dahulu, kami ada sedikit maklumat, tetapi kini kami berjaya memperoleh banyak pembohongan dan penipuan mereka." Beliau mendakwa bahawa ada 10,000 nama muncul tiba-tiba dalam daftar pemilih di kawasannya. Anwar yang dilihat menjadi tonggak kekuatan antara parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi untuk menumpaskan Barisan Nasional, memberitahu The Guardian Pakatan terpaksa melupakan perbezaan mereka dan bekerjasama demi rakyat dalam masyarakat yang berbilang agama dan kaum. "Kita telah berbincang dalam membentuk polisi ekonomi, polisi sosial serta kedudukan agama, kemudian kita cari titik persetujuan," kata beliau yang mewakili PR. "Jurang antara mereka yang fanatik dengan ekstremisme semakin melebar, kita perlu ada pendekatan liberal. "Kami gelar diri kami sebagai golongan liberal, kita harus memastikan nilai intelektual berkembang, dan tidak menggunakan kuasa ganas untuk tujuan politik," kata Anwar | |
PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 12 Jul 2012 03:12 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 12 Jul 2012 01:22 AM PDT Occupy: Mengapa ditahan, mereka mahu jumpa MB Posted: 12 Jul 2012 12:59 AM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang mengecam tindakan pihak polis yang bertindak menahan sekumpulan 31 orang peserta 'Occupy Pejabat MB', 10 Julai lalu. Pengerusinya, N. Balasubramaniam, berkata kesemua mereka yang ditahan itu sewajarnya didengari masalah, bukan bertindak menahan mereka. "Mereka merupakan penduduk kampung yang masalah mereka sudah sekian lama tertangguh untuk diselesaikan. Lagipun, mereka bukan membuat kekecohan, cuma ingin menemui menteri besar sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau, tindakan pihak polis yang menahan mereka termasuk kanak-kanak, menunjukkan sikap polis yang 'double standard'. Katanya, dalam banyak kejadian jenayah, pihak polis tidak bertindak sepantas itu untuk mengambil langkah pencegahan. "Apa yang lebih penting, tindakan yang boleh diambil ialah mendengar apa yang mereka mahukan. Kalau menteri besar tiada, berilah satu tarikh lain untuk temujanji semula, bukan bertindak menahan mereka," tegas beliau dalam nada kesal. Pada program 'Occupy Pejabat MB' itu, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam. Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan mereka tamat. Seseorang itu hanya boleh ditahan tidak lebih dari 24 jam. Harakah Daily | Hapus ISA: Transformasi Najib tipu rakyat Posted: 12 Jul 2012 12:58 AM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat kesal kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu zalim masih terus digunapakai oleh kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tanpa berlaku istilah 'transformasi' atau ianya dihapuskan sehingga kini. "Dan kami menyatakan sokongan agar mendesak kesemua baki 45 tahanan dibebaskan dengan segera," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss (gambar). Malah, katanya DPPM ingin bersama turut berhimpun membantah kezaliman ISA yang telah dirancang pada 15 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting, Taiping jam 11.00 pagi. Menurutnya, DPPM yakin rakyat yang menentang kezaliman ISA akan turun bersama bagi menyuarakan bantahan dan kekejaman bukan sahaja kepada mangsa tetapi kepada seluruh ahli keluarga mangsa sehingga kini. Justeru, katanya DPPM mengharapkan rakyat dan terutamanya anak muda bangkit menzahirkan bantahan bersama kelak. "Marilah sama-sama kita tunjukkan simpati terhadap semua mangsa dan ahli keluarga serta sokongan agar mereka semua dibebaskan dengan segera," ujarnya. Beliau dalam satu kenyataan berkata, sudah tentu juga masyarakat antarabangsa tertipu dengan istilah 'transformasi' yang dijanjikan Najib terhadap akta lapuk lagi zalim itu perlu didedahkan. Katanya, pendedahan baki tahanan ini bukti bahawa kezaliman ISA masih menjadi akta yang paling zalim yang masih dikekalkan sebenarnya. Menurutnya lagi, rakyat umpama tertipu tentang penghapusan akta ini selama ini jika pendedahan mogok lapar yang dilancarkan oleh 45 orang tahanan yang masih berada di dalam kem tahanan tersebut diketahui umum juga akhirnya. Beliau berkata, DPPM merancang untuk menjelajah seluruh negara untuk mendedahkan kezaliman ISA yang sebenarnya masih 'kuat' bertahan di dalam pemerintahan Najib selama ini. "Kami akan mendedahkan kezaliman ISA ini oleh kerana kepimpinan Najib tidak menepati janji untuk menghapuskan akta zalim ini. "Semua ini adalah pembohongan semata-mata bagi menutup suara rakyat!" tegasnya. Harakah Daily | Akta Keharmonian bukti Najib demokrat palsu Posted: 12 Jul 2012 12:57 AM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi disajikan 'transformasi' layu lagi lesu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang kali ini berjanji memansuhkan Akta Hasutan 1948 hanya untuk digantikan dengan satu akta baru yang bakal diberi nama Akta Keharmonian Nasional. "Walaupun pemansuhan Akta Hasutan ini apabila dipandang dengan mata kasar kelihatan positif, namun rekod prestasi pentadbiran Najib jelas membuktikan bahawa usaha-usaha 'transformasi' beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah helah politik yang tiada daya politik untuk melaksanakan Reformasi Politik yang telus, menyeluruh, dan dituntut segenap rakyat Malaysia," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) dalam satu kenyataan. Katanya, rekod prestasi pentadbiran Najib dengan terang menunjukkan beliau adalah seorang demokrat palsu apabila diingatkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dimansuhkan dan kemudian diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, yang sama zalim seperti ISA. Di samping itu, ujarnya penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan mengekang hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman, terutamanya apabila Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin dituduh bersalah di bawah akta itu berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Selain itu, ujarnya Akta Keterangan (Pindaan) 2012 yang berusaha mengekang hak rakyat Malaysia bersuara, terutamanya di media atas talian seperti blog, Facebook dan Twitter, dan menggunapakai prinsip 'bersalah hingga dibukti tidak bersalah' (guilty until proven innocent). Justeru, tegasnya PKR menggesa Najib untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa-kuasa drakonian yang sama ibarat menggantikan tubuh badan anti-demokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh; demi membuktikan bahawa beliau adalah seorang demokrat sejati dan bukannya seorang demokrat palsu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menggesa Najib mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) yang bersifat bi-partisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta Keharmonian Nasional yang beliau cadangkan, di mana JKP itu harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum. Harakah Daily | Majlis media sosial jangan bersifat politik Posted: 11 Jul 2012 11:58 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Idea penubuhan majlis media sosial disambut baik PAS, bagaimanapun ia perlu menjadi satu platform yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Ia juga perlu dilihat bukan hanya untuk memantau media sosial membabitkan pembangkang kerajaan, tetapi turut memantau media sosial yang bercanggah dengan norma-norma murni. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dengan pemantauan menyeluruh tanpa bersifat terpilih, idea ini perlu dilaksanakan secara serius. "Mungkin ia idea politik, tapi kalau ia dijadikan platform yang betul-betul adil dan tidak berpihak, ia tiada masalah. Majlis sebegini pun wujud di negara-negara lain seperti Amerika. Kita tidak mahu majlis ini hanya memantau tindakan pembangkang semata-mata, tapi dalam masa sama membiarkan sahaja 'pihak-pihak lain' berbuat apa sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim untuk menubuhkan sebuah majlis media sosial di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek, termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mencadangkan keahlian majlis itu perlu diwakili semua pihak, sama ada daripada kalangan kerajaan dan juga Pakatan Rakyat, selain NGO-NGO dan pihak-pihak berkaitan. "Keahlian yang terbuka sebegini memberi ruang untuk semua pihak melontarkan pandangan bagi memastikan majlis itu satu platform yang serius dan tidak bersifat politik semata-mata, dan mampu memberikan manfaat bersama," tegas beliau lagi. Rais dalam kenyataannya semalam, berkata majlis berkenaan juga boleh memainkan peranan dalam mempastikan kandungan media sosial di negara ini mencerminkan industri kandungan tempatan dan bukan semata-mata bergantung kepada negara lain. Dengan adanya majlis itu juga, masyarakat akan mengetahui betapa pentingnya memahami apa yang menjadi salah di sisi undang-undang dalam dunia biasa adalah juga salah di sisi dunia siber. Harakah Daily | Presiden PAS bertemu pimpinan tertinggi Ikhwan Posted: 11 Jul 2012 11:57 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KAHERAH: Rombongan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut diraikan dalam satu pertemuan bersama pimpinan Ikhwan Muslimin di ibu pejabat baru pergerakan itu di Jabal Muqattam di sini. Rombongan yang juga turut disertai wakil kerajaan Negeri Kelantan itu turut dibawa bertemu dengan seluruh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Ikhwan Muslimin (Maktab Irsyad) yang mengadakan mesyuarat mingguan mereka semalam. Antara pimpinan tertinggi Ikhwan yang ditemui termasuklah mantan Mursyidul Am Dr Mehdi Akif, Mursyidul Am Dr. Muhammad Badi'e, Dr. Mohd Ezzat serta Dr. Khairat Shater, bekas calon Presiden Ikhwan yang dibatalkan pencalonannya. Di kesempatan itu, presiden sekali lagi menyampaikan ucapan tahniah daripada PAS di atas kejayaan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam pilihan raya lalu dan kemenangan Dr Mohamad Mursi sebagai presiden negara itu. Tuan Guru Abdul Hadi kemudian turut diberi penghormatan oleh pemimpin ikhwan mengimami solat Zohor di bangunan itu yang dibuka sejurus kejatuhan bekas presiden Hosni Mubarak ketika revolusi rakyat tahun lalu. (Gambar atas) Selepas itu, Tuan Guru turut dibawa bertemu dengan Saiful Islam iaitu anak kepada pengasas Ikhwan Muslimin, As-Syahid Imam Hassan al-Banna di kediaman beliau di Dokki di sini. Dalam pertemuan hampir sejam itu, Saiful Islam turut melahirkan harapan agar 'tsunami' politik yang berlaku di Mesir turut sampai ke Malaysia khususnya pada pilihan raya umum ke-13 ini. Di akhir pertemuan, beliau menghadiahkan gambar asal Imam Hassan al-Banna kepada Tuan Guru. Pada sebelah malamnya, presiden memenuhi jemputan bertemu dengan anak Kelantan di Wisma Kelantan di Seksyen 7 di sini. Wisma Kelantan atau nama sebenarnya Wisma Sultan Muhammad V merupakan bangunan baru untuk penempatan anak-anak Kelantan di Mesir yang dibina dengan kos lebih RM17 juta oleh kerajaan negeri. Bangunan itu dijadual dirasmikan oleh Sultan Kelantan dalam masa terdekat. Hari ini pula, Tuan Guru Abdul Hadi akan ke Tunisia bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti An-Nahdah, Rashid Ghanoushi. Harakah Daily | Banyak pengiktirafan Unisel di bawah Pakatan Posted: 11 Jul 2012 11:55 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Semenjak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor pada 2008, Universiti Industri Selangor (Unisel) menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Demikian dinyatakan oleh pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali ketika menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) berhubung kejayaan Unisel yang boleh dibanggakan. Jelasnya lagi, kedudukan Unisel adalah setaraf dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) apabila menerima pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 2009. Beliau memberitahu, Unisel juga dikenali Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), berbanding dengan universiti di bawah pentadbiran Umno BN. "Suka saya khabarkan dalam sidang Dun yang mulia ini, bahawa di akhbar-akhbar pro kerajaan menceritakan tentang pencapaian Unisel di bawah pengurusan Pakatan Rakyat antaranya menjadi juara mencipta model satelit nano dan pertukaran pelajar ke Jepun. Selain itu, ada juga akhbar melaporkan tentang kejayaan Unisel melahirkan pelajar terbaik dalam bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan Institut Kejuruteraan Malaysia," katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini. Tambah beliau lagi, jumlah kemasukan pelajar pada tahun ini juga meningkat sebanyak 13,528 sehingga Jun lalu, berbanding ketika Umno BN mentadbir Selangor. Harakah Daily | RM11.87 juta rebet air pangsapuri di Selangor Posted: 11 Jul 2012 11:54 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Sejak program rebet air percuma diperkenalkan pada bulan Jun 2010, lebih kurang RM11.87 juta nilai rebet air percuma telah diberi kepada 250 kawasan pemajuan pangsapuri yang terdiri daripada 77,378 unit kediaman. "Bagi kawasan di bawah MPAJ, sebanyak 43 kawasan pemajuan pangsapuri terdiri daripada 15,634 unit kediaman telah membuat tuntutan rebet air percuma," ujar Iskandar Abdul Samad (gambar). Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selamngor itu berkata, pelaksanaan program pemberian rebet air percuma pada peringkat awalnya dilaksanakan melalui kupon. Walau bagaimanapun, jelasnya terdapat kelemahan dalam melaksanakan kaedah itu berikutan kekurangan tenaga kerja daripada pihak pengurusan bangunan. Ini, katanya sama ada pihak pemaju, Badan Pengurusan Bersama [Joint Management Body (JMB)] atau Perbadanan Pengurusan [Management Corporation (MC)] yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam tuntutan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Selain dari itu, katanya kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kos tambahan bagi kerja-kerja percetakan kupon. Justeru itu, jelas beliau lagi pada tahun 2011, penggunaan kupon telah dimansuhkan dan diganti dengan kaedah pengebilan amaun rebet air percuma secara automatik pada bil air unit kediaman setiap pembeli. "Kaedah terbaru ini adalah lebih telus, mudah dan sukar untuk disalah guna oleh pemaju, JMB atau MC," ujarnya yang juga Adun Chempaka. Beliau menjelaskan, selanjutnya pada tahun 2012, kaedah pemberian rebet air percuma dipermudahkan melalui konsep "Lapor dan Dapat" dengan format tuntutan kepada Syabas yang lebih ringkas supaya pengagihan rebet air percuma dapat dibuat secara berkesan dan meluas kepada semua pangsapuri kos rendah di Selangor. Harakah Daily | RHB tidak denda pekerja penuhi tuntutan agama Posted: 11 Jul 2012 11:53 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "RHB tidak pernah dan tidak akan mendiskriminasikan mana-mana pekerja kami," kata Pengarah Urusan RHB Bank, Johari Abdul Muid. Justeru, beliau menjelaskan pihak RHB tidak pernah mengugut, menyalahkan atau mendenda mana-mana pekerja kerana memenuhi tuntutan agama di dalam atau di luar waktu bekerja seperti mana yang dipaparkan dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2012. "Kami juga tidak akan menghalang mana-mana perkerja kami daripada memenuhi tuntutan agama," jelasnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, adalah polisi RHB bahawa jumlah masa yang munasabah yang diambil untuk makan atau mengerjakan solat di luar waktu bekerja adalah termasuk dalam waktu kerja lebih masa. Katanya, pemotongan hanya berlaku jika terdapat penggunaan masa yang tidak munasabah (excessive time taken). "Walaupun polisi tersebut telah digunapakai selama beberapa tahun, hingga ke hari ini, pihak RHB tidah pernah menyalahkan atau mendenda mana-mana pekerja yang telah mengambil jangka masa yang tidak munasabah untuk makan atau mengerjakan solat atau menyalahgunakan kemudahan elaun kerja masa tambahan," ujarnya. Harakah Daily | Cara tahan 31 penduduk Cameron dikesali Posted: 11 Jul 2012 11:52 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan kekesalan mereka terhadap sikap pihak berkuasa yang menahan 31 penduduk Cameron Highland yang berhimpun dengan aman di depan Pejabat MB Pahang kelmarin. (Penduduk Cameron membuat khemah di depan pejabat MB Pahang sebelum mereka ditahan polis - gambar Pahang Daily) Bagi Suaram, tindakan polis membebaskan mereka di saat-saat akhir menjelang tempoh tahanan reman tamat tidak wajar. "Seolah-olah pihak berkuasa menunggu arahan dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan," kata jurucakap Suaram dalam satu kenyataan mereka hari ini. Selasa 10 Julai baru-baru ini, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam. Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya. 31 dari mereka ditahan manakala dua yang dibebaskan adalah seorang Orang Asli dan seorang lagi lelaki tua. "Seluruh episod ini membayangkan tangkapan ke atas penduduk ini dibuat berdasarkan arahan dan polis menunggu arahan apa dakwaan yang mahu dibuat ke atas mereka. "Jadi kenapa mereka ditangkap? Ia jelas menunjukkan orang awam ditangkap dahulu sebelum pihak atasan membuat keputusan dan arahan apa yang hendak dibuat," kata R. Thevarajan, Koorditor Hak Keadilan Suaram. Suaram difahamkan, 25 dari mereka ditahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2011 kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa perhimpunan mereka. Tahanan lelaki telah diugut untuk dibuat ujian air kencing di bawah Akta Dadah Merbahaya. Selepas itu mereka di dakwa dibawah Seksyen 90 Akta Polis 1971 kerana membuat kecoh di balai polis. Namun akhirnya mereka dibebaskan dengan jaminan polis tanpa sebarang dakwaan. "Suaram beranggapan polis keliru samada untuk mendakwa mereka atau tidak kerana mereka adalah penduduk miskin yang menghadapi masalah isu tanah, paksaan pindah dan perobohan rumah. "Ketua Polis Negara perlu memberikan penjelasan bagaimana mereka dikendalikan termasuk oleh pegawai yang menguruskan kes di Balai Polis Kuantan bernama Mohd Jasmani," desak Suaram dalam kenyataannya. Harakah Daily | Sekatan haram Israel jejas ekonomi Gaza Posted: 11 Jul 2012 08:52 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - GENTING GAZA - Sekatan haram Israel dikenakan ke atas Gaza sejak lima tahun lalu kononnya atas alasan keselamatan tetapi sebenarnya memberi kesan terhadap ekonomi di Gaza. Sebanyak 30 peratus perniagaan terpaksa ditutup dan 80 peratus penduduk bergantung dengan bantuan kemanusiaan. Badan kebajikan Oxfam dan Badan Pembangunan Eksport Palestin (Paltrade) melaporkan tiada sebab Gaza masih perlu bergantung kepada bantuan kemanusiaan kerana sebelum sekatan haram itu, Gaza adalah sebuah bandar industri yang agak pesat membangun. Secara purata, 1,034 lori membawa barangan termasuk tanaman kontan meninggalkan Gaza untuk dipasarkan. Sekatan ke atas ekonomi di Gaza telah memberi kekecewaan besar kepada penduduk Palestin kerana ramai yang terpaksa menganggur dan bergantung kepada bantuan kerajaan. Oxfam dan PalTrade menggesa sekatan ke atas Gaza ditarik balik sebagai langkah pertama memulihkan ekonomi dan membina kehidupan lebih baik. Sinar Harian | Pemain bola Palestin dibebaskan Posted: 11 Jul 2012 08:49 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - GENTING GAZA - Pemain bola sepak Palestin, Mahmoud Sarsak yang nekad mogok lapar tiga bulan di penjara Israel, dibebaskan kelmarin menerusi satu perjanjian yang dipersetujui pihak berkuasa Israel. Sarsak, 25, berkata, dia tidak melupakan nasib saudaranya yang masih meringkuk di dalam penjara Israel. "Ini adalah kemenangan untuk kami dan saya ucapkan terima kasih kepada Palestin dan badan antarabangsa yang menyokong saya," katanya. Sarsak melancarkan mogok lapar sebagai membantah tindakan rejim Zionis yang mengenakan hukuman tahanan pentadbiran ke atasnya selepas ditahan pada Julai 2009. Tindakan beliau sehingga menjejaskan kesihatannya itu, menarik perhatian antarabangsa termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Sinar Harian | Sukma: Skuad bola sepak Terengganu pulang tanpa pingat Posted: 11 Jul 2012 08:48 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUANTAN – Air mata Hasrol Syawal Hamid, sudah cukup menggambarkan betapa dia menjadi orang yang paling kecewa selepas Terengganu gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir bola sepak Sukma, kelmarin. Ini kerana, dia gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir ketika mereka berdepan situasi hidup mati selepas terikat 2-2 dengan Kuala Lumpur dalam masa tambahan. Namun, Hasrol Syawal tidak harus terus-terusan menyalahkan diri sendiri. Mungkin bukan rezeki Terengganu untuk pertahankan pingat emas buat tahun keempat kali ini, apatah lagi, adik-adik skuad Penyu Muda dilihat bermain dengan baik sekali, termasuk Syawal sendiri. Bagaimanapun, perjuangan dan tentangan habis-habisan hingga akhirnya skuad Penyu Muda dinafikan hak ke separuh akhir menerusi penentuan penalti, seharusnya diambil sebagai pengalaman dan pengajaran bermakna buat mereka. Meskipun terpaksa pulang hampa tanpa meraih sebarang pingat selepas ditewaskan 4-5 oleh Wilayah Persekutuan dalam penentuan penalti setelah kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat masa tambahan, kebangkitan Terengganu setelah ketinggalan 0-2 harus dipuji. Biarpun sekadar mara ke peringkat suku akhir, pengurus pasukannya, Marzuki Sulong nyata berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemainnya sehingga membawa ke perlawanan masa tambahan. Justeru, beliau menerima kekalahan itu sebagai cabaran baru dalam memperkuatkan lagi pasukannya pada masa depan. "Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan anak buah saya, mereka sudah mencuba yang terbaik dan kita boleh lihat kesungguhan mereka setelah ketinggalan, 0-2 pada separuh masa yang pertama. "Namun, mereka berjaya bangkit, sehingga kita dapat menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua walaupun terpaksa berjuang dengan 10 pemain apabila salah seorang pemain dikenakan kad merah dan berjaya mengikat kedudukan sehinggalah berakhir masa tambahan," katanya ketika ditemui sejurus perlawanan berakhir, petang kelmarin. Marzuki turut melahirkan kesedihan di atas kekalahan itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang memberi sokongan padu kepada atlet bola sepak Terengganu. Ketika ditanya perancangan masa depan pasukan, Marzuki yakin pasukannya mampu memberi saingan sengit pada kejohanan akan datang berdasarkan usia pemain yang ratarata masih muda (19 tahun) dan masih mempunyai dua tahun untuk digilap penuhnya. "Selepas ini kita akan terus meneruskan program pembangunan sukan bola sepak dengan mencari bakat baru sebagai skuad pelapis," katanya. Sementara itu, pengendali skuad Wilayah Persekutuan, Mohamed Razip Ismail mengakui Terengganu sukar untuk ditumpaskan, namun dengan semangat tinggi dan fokus dalam mencapai kemenangan, akhirnya berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir. "Biarpun mendahului 2-0 pada babak pertama, nyata Terengganu bangkit mengikat kedudukan sehingga mengheret ke masa tambahan dan penentuan penalti, ini pernah terjadi dua tahun lalu, namun kali ini berpihak kepada kami," katanya. Sinar Harian | Gabungan Patogen punca penyakit misteri di Kemboja Posted: 11 Jul 2012 08:48 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - PHNOM PENH - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Kemboja mengenal pasti punca penyakit misteri meragut 60 kanak-kanak di Kemboja adalah disebabkan kewujudan tiga virus di dalam tubuh kanak-kanak tersebut. Gabungan virus itu dikenali sebagai Patogen terdiri daripada Enterovirus 71, Streptokokus dan denggi, manakala pengambilan steroid yang tidak bersesuaian berupaya mengaktifkan virus tersebut sekali gus melemahkan sistem imunisasi badan. Sementara itu, Doktor Pediatrik Hospital Kantha Bopha, Dr Beat Richner berkata, setakat ini tiada kes kematian baru dicatatkan. Sinar Harian | Karya disekat, mahu diberi anugerah pula - Zunar Posted: 11 Jul 2012 08:43 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkefli Anuar Ulhaq menolak anugerah dan tropi bernilai RM10,000 dari Perdana Menteri berdasarkan prinsip. (Zunar dengan karya-karyanya) "Bagaimana mungkin saya menerima anugerah dari Perdana Menteri sedangkan di bawah pemerintahan beliau hak dan kebebasan saya sebagai kartunis dinafikan," kata Zunar dalam kenyataannya. Beliau mengulas kenyataan beberapa rakan kartunis yang mengkritiuk beliau kerana menolak anugerah itu. Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai yang menyiarkan artikel bertajuk "Kartunis Zunar didakwa Keliru" serta "Kartun bukan Platform Kutuk Pemimpin". Dalam laporan tersebut, kartunis-kartunis tempatan mengkritik beliau, antara lain kerana menolak anugerah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri serta pendirian politik dalam karya beliau. Sejak mula berkarya, kata Zunar, beliau tidak pernah berhasrat untuk mengkritik karya atau pendirian sesama kartunis kerana itu bagi beliau tidak wajar. "Namun kerana ia dibangkitkan, saya perlu memberi penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada 20 Jun lepas, Kelab Putra Malaysia bersama beberapa pertubuhan menganjurkan program "Anda, PM & Kartunis" di Pasar Seni. Bebarapa kartunis tempatan, termasuk Zunar ditawarkan anugerah berupa trofi dan wang tunai RM10,000. Anugerah ini bakal disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak. "Memang saya menolak anugerah ini, tetapi saya tidak keliru malah penolakan ini atas soal prinsip berdasarkan fakta-fakta," kata Zunar. Pada September 2010, Zunar ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap beberapa jam sebelum pelancaran buku "Cartoon-O-Phobia". Beliau disiasat di bawah Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan. Pejabat beliau di Brickfields telah dua kali diserbu, manakala lebih 500 buah bukunya dirampas ketika serbuan tersebut. Selain itu, enam buah buku-buku kartun beliau diharamkan sejak 2009, iaitu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun edisi 1, 2 dan 3 serta 1Funny Malaysia. "Tidak cukup dengan itu, kilang-kilang pencetak yang mencetak buku saya diugut penarikan lesen, begitu juga kedai-kedai yang menjual buku saya di seluruh Malaysia," cerita Zunar. Beliau mahu kerajaan mengembalikan hak-haknya sebagai kartunis. "Tanpa mengembalikan hak-hak saya, anugerah dan wang tunai tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai, malah tidak keterlaluan kalau saya anggap itu sebagai 'gula-gula pelembut sahaja," katanya. Zunar juga didakwa berat sebelah dan sepatutnya berkecuali dalam berkarya. "Ingin saya jelaskan pendirian bahawa apabila kezaliman berlaku, kita wajar memihak dan membela pihak yang dizalimi. Berkecuali bererti menyokong pihak yang zalim," katanya. Beliau juga berkata, konflik yang berlaku bukan soal pertembungan politik antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, tetapi jauh lebih besar. "Iaitu antara rakyat menentang pemerintah yang zalim. Dalam konteks saya, kartunis menentang pemerintah zalim," tegasnya. Zunar adalah salah seorang kartunis politik di Malaysia. Tahun lepas beliau dianugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washington. Beliau juga mengadakan pameran kartun di Bilbao, Sepanyol dan di London hujung tahun lepas dan awal tahun ini. Harakah Daily | Nik Aziz lancar buku 'Bertemu Janji Allah' Posted: 11 Jul 2012 08:42 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Buku kompilasi kuliah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 'Bertemu janji Allah' selamat dilancarkan oleh beliau sendiri baru-baru ini. Buku yang dianggap segar sepanjang zaman ini adalah himpunan kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan sempena Pesta Buku Selangor yang berlangsung di SACC Mall 8 Julai lepas. Turut hadir pada majlis tersebut, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd dan boleh didapati disemua kedai buku seluruh negara. Ia boleh juga dipesan secara online melalui www.kemilau.net.my. Buku berkulit keras ini adalah buku pertama terbitan syarikat ini yang dicetak di Indonesia. Ia dijual dengan harga RM39.00. Harakah Daily | Pemuda PAS tuntut Awang Adik jelas cek RM80,000 Posted: 11 Jul 2012 08:41 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau. Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010. Pemuda PAS juga meminta Awang Adik menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau. Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT). Harakah Daily | Mangsa simbah asid: 'Kami sedia maafkan dia' Posted: 11 Jul 2012 08:31 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - BERSERI – "Kami sedia maafkan individu yang terlibat dalam kes simbah asid ke atas anak lelaki bongsu kami dengan syarat individu terbabit tampil berjumpa saya, isteri dan Hanif," luahan bapa kepada mangsa simbah asid, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 26 tahun. Sunaid@Shuib Mat, 65, berkata, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan sudi memaafkan individu yang bertindak menyimbah asid ke muka anaknya. Menurutnya, jika individu terbabit tampil berjumpa dengan mereka sekeluarga, dia sanggup menutup kes terbabit dengan izin mangsa. "Hanif sendiri pernah memaklumkan saya bahawa dia reda dengan apa yang berlaku, dia juga akan memaafkan individu terbabit asalkan datang berjumpa. "Lagipun dia sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah haji bersama saya dan isteri. Jadi dengan memaafkan individu terbabit, dia (Hanif) lebih lega dan selesa. Malah kami juga sanggup menutup kes terbabit, kerana perkara sudah berlaku," katanya di rumahnya di sini, semalam. Sunaid berkata, kini Hanif sudah dapat menerima takdir bahawa dia tidak dapat melihat seperti insan normal lain setelah tragedi hitam yang berlaku pada 13 Mei tahun lalu. Bagaimanapun, sebagai bapa, dia sebak melihat anak yang dahulunya lahir normal, kini hilang keupayaan melihat. Namun, sebagai bapa Sunaid tertanya-tanya perkembangan kes anaknya itu yang kini menyepi se-telah setahun berlalu tanpa sebarang maklum balas dari pihak yang bertanggungjawab. Terdahulu, seorang pemandu lori, Muhamad Hanif Sunaid@ Shuib melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang apabila didakwa disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali kira-kira jam 1 pagi 13 Mei 2011 di rumahnya Kampung Sentang, Utan Aji. Dalam kejadian itu, Muhamad Hanif baru pulang dari bekerja sebelum didatangi lelaki tidak dikenali yang memberi salam sambil mengetuk pintu. Setelah pintu dibuka, individu terbabit didakwa menyembah asid kepada mangsa. Sinar Harian | Peragut berjaya diberkas Posted: 11 Jul 2012 08:28 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - IPOH – Polis berjaya memberkas seorang lelaki selepas sejam meragut seorang wanita ketika menunggang motosikal di Bercham di sini, petang kelmarin. Suspek berusia 25 tahun itu dikehendaki polis apabila terlibat dalam 30 kes samun dan ragut sekitar bandar raya itu sejak awal tahun ini. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, hasil siasatan mendapati suspek aktif melakukan aktiviti itu di Taman Canning, Taman Ipoh dan Sungai Senam. Menurutnya, suspek juga didapati positif dadah menjadikan kerjaya ragut dan samun sebagai sumber pendapatannya mensasarkan pelajar kolej dan wanita. "Kita merampas pelbagai beg tangan, dompet, empat telefon bimbit, 11 kad pengenalan, 10 lesen memandu, 22 kad bank, enam kad pelajar dan sebuah buku bank simpanan di rumah sewanya di Bercham. "Dengan tertangkapnya suspek, kita dapat selesaikan 30 kes ragut dan samun yang aktif kebelakangan ini," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam. Ahmad Termizi berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau iaitu cuba mendatangkan kecederaan kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Sinar Harian | Penganggur tuduh ugut ibu dengan pisau Posted: 11 Jul 2012 08:26 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengugut ibunya menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Kampung Surau Bator, Bachok, bulan lalu. Bagaimanapun, tertuduh Mohd Ayub Mat Jusoh, 31, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik semalam. Mohd Ayub didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Rahmah Botok, 64, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu kayu di sebuah rumah di Kampung Surau Bator pada jam 2 pagi, 13 Jun lalu. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan semalam dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintendan Mohd Yazid Yahya manakala tertuduh yang merupakan seorang penganggur tidak diwakili peguam. Mohd Yazid menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 tetapi tidak ada sebarang rayuan dikemukakan olehnya dan Mohd Asri mengekalkan jaminan RM4,000 terhadap Mohd Ayub serta menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan kes. Sinar Harian | Rusa jangan leka Posted: 11 Jul 2012 08:25 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - SEREMBAN - Jangan leka dan jangan pandang rendah kemampuan Sabah. Begitulah nasihat jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah kepada pemain skuad Rusa menjelang pertemuan kedua-dua pasukan Sabtu ini. Azraai berkata, meskipun Sabah berada dalam kedudukan kedua terbawah Liga Super, skuad Badak itu tetap perlu dihormati. Menurutnya, kemampuan Sabah terbukti dalam pertemuan menentang Selangor di Stadium Shah Alam kelmarin (Selasa). "Meskipun mereka ketinggalan 0-3 kepada Selangor, mereka berjaya mengejar dan hanya kalah tipis 2-3. Ini sudah cukup membuktikan Sabah bukanlah pasukan yang boleh dipandang mudah. "Mereka ada kekuatan mereka sendiri, lebih-lebih lagi perlawanan Negeri Sembilan menentang mereka adalah di Stadium Likas," katanya. Di atas kertas, skuad Rusa pada kedudukan keenam liga nyata bukan tandingan buat Sabah yang setakat ini hanya mampu mencatat enam kemenangan daripada 25 perlawanan. Bagaimanapun, Azraai enggan membiarkan statistik itu melekakan anak buahnya, lebih-lebih lagi selepas persembahan mengecewakan Negeri Sembilan yang sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur, kelmarin. Sambil menganggap persembahan menentang Kuala Lumpur sebagai mengecewakan, Azraai mahu pemain skuad Rusa memberikan tumpuan penuh pada perlawanan terakhir menentang Sabah nanti. "Walaupun ini perlawanan terakhir, saya mahu semua pemain memberikan sepenuh tumpuan kerana saya mahu pulang dari Sabah dengan tiga mata penuh. "Ini bukan mudah, sebab itu saya mahu mereka berikan tumpuan penuh atas padang dan jangan leka," katanya. Sinar Harian | Kemalangan: Penunggang remaja maut Posted: 11 Jul 2012 08:24 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU- Seorang bapa tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak lelakinya terbaring kaku di atas jalan setelah terlibat kemalangan di jalan Pengkalan Chepa-Kota Bharu, di sini, semalam. Lelaki terbabit, cuba ditenangkan ahli keluarganya yang turut berada di tempat kejadian namun masih menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib anaknya itu. Kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Mohamad Firdaus Ismail, 21, yang menunggang motosikal gagal mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dari arah jalan bertentangan dan bertembung antara satu sama lain. Ibu mangsa, Yam Salleh, 60, berkata, anak bongsu dari tujuh beradik itu dalam perjalanan mengambilnya, selepas dia selesai kerja di Sekolah Menengah (SM) Teknik, Pengkalan Chepa jam 4 petang. "Firdaus menghantar makcik ke tempat kerja setiap hari dengan menaiki motosikal. "Pagi tadi (semalam) dia sempat menghantar makcik ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi dan berjanji akan mengambil makcik selepas selesai waktu kerja, namun makcik dikejutkan dengan berita kematiannya selepas terlibat dalam kemalangan," katanya. Menurutnya, selepas menerima berita kematian Firdaus dari salah seorang anaknya, dia terus ke tempat kejadian dengan majikan. "Allah lebih sayangkan nyawanya, dan makcik terima kematiannya dengan redha. Sebelum ini, dia berperangai pelik kerana beria-ia meminta makcik merisik teman wanitanya yang tinggal berhampiran rumah," katanya. Ibunya berkata, dia berhasrat untuk berbincang dengan kakak dan abang Firdaus tentang urusan itu bagi menyatakan hajat anaknya itu namun tidak kesampaian. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian. Sinar Harian | Jurutera rugi RM12,000 disamun lelaki berparang Posted: 11 Jul 2012 08:22 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - SEREMBAN - Seorang jurutera syarikat penerbangan mengalami kerugian dianggarkan RM12,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Kristal di sini, dimasuki kumpulan penyamun bersenjatakan parang dalam kejadian Isnin lalu. Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 50-an yang baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah terkejut diserbu tiga lelaki yang kemudiannya mengacukan parang ke arahnya. Sumber polis berkata, seorang daripada suspek terbabit menunggu di luar rumah, sementara tiga rakannya yang lain memasuki kediaman berkenaan. "Empat lelaki yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum tiga daripadanya masuk ke dalam rumah mangsa sambil mengugutnya dengan mengacukan parang. "Mereka melarikan beg sandang berjenama LV milik mengandungi wang tunai RM8,000 dan rantai leher milik anak mangsa, telefon bimbit serta beberapa barangan berjenama," katanya. Menurutnya, semua suspek yang memakai topi keledar tidak mencederakan mangsa dan melarikan diri selepas mendapat hasil samun. "Siasatan awal mendapati suspek masuk ke rumah mangsa melalui pintu pagar dan pintu rumah yang tidak berkunci," katanya. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban atau hubungi talian 06-6033222 bagi membantu siasatan," katanya. Sinar Harian | Carroll jadi rebutan West Ham Posted: 11 Jul 2012 08:22 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - PEMILIK bersama West Ham United, David Gold dilaporkan bakal melakukan satu perpindahan sensasi bagi mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Andy Carroll, musim depan. West Ham menyuarakan keinginan tersebut selepas pengurus skuad The Reds, Brendan Rodgers mendedahkan bahawa beliau bersedia untuk meminjamkan Carroll kepada mana-mana pasukan yang berminat. Gold dipetik BBC berkata, "buat masa ini tiada rundingan yang berlaku antara kami dengan Liverpool." "Namun, itu tidak bermakna kami tidak akan mendapatkan Carroll. Apa-apa pun kami tengah berusaha," katanya. Carroll meninggalkan Newcastle apabila memilih untuk bersama Liverpool pada Januari 2011 dengan bayaran £35 juta (RM173 juta) dan telah menjaringkan 11 gol dalam 56 penampilannya. Bagi mendapatkan Carroll, West Ham United dilihat bersedia untuk membayar gaji yang lumayan kepada Carroll iaitu berjumlah £80,000 (RM396,028) bagi tempoh pinjaman selama satu musim. Bagaimanapun, penyerang England itu berazam untuk terus kekal bersama Liverpool meskipun perlu bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama Liverpool. Spekulasi itu bertambah hangat apabila sumber rapat Carroll mendedahkan: "Tiada peluang untuk Carroll meninggalkan Liverpool. Dia akan kekal di Anfield. AC Milan boleh melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan Carroll." "Carroll juga tidak akan menyertai Newcastle dan West Ham secara pinjaman atau sebaliknya." jelasnya lagi. Sinar Harian | Kes ragut: Keluarga mangsa mahu peragut dihukum Posted: 11 Jul 2012 08:20 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - GEORGETOWN – "Kami mahu polis segera tangkap dua peragut jahat itu dan hukum mereka dengan hukuman setimpal atas apa yang mereka lakukan keatas mak saudara kami." Itu gesaan ahli keluarga Tan Kim Chuan, 60, yang maut selepas diragut dua lelaki bermotosikal dalam satu kejadian di kawasan tempat letak motosikal di perumahan flat Padang Tembak di sini awal pagi kelmarin. Khoo Khim Khim berkata, ibu saudaranya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum hari kejadian. Beliau berkata, makciknya yang juga seorang ibu tunggal memang akan bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap ke tempat kerja di kedai kopi di Lebuh Carnavon. Menurutnya, makciknya yang tidak mempunyai anak itu akan berjalan seorangdiri ke tempat kerja dengan menaiki bas. "Sebelum ini, dia ke kedai bersama suaminya. Namun selepas suaminya meninggal beberapa tahun lalu dia pergi ke tempat kerja berseorangan. "Saya tidak sangka pertemuan dengannya beberapa hari lalu di kedai adalah pertemuan yang terakhir. Saya amat sedih dan marah atas kejadian yang menimpanya ," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Difahamkan mayat Kim Chuan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina, Batu Gantung kira-kira jam 2 petang ini. Sinar Harian | EPL: Van Persie jadi idaman Fergie Posted: 11 Jul 2012 08:18 PM PDT 22 Syaaban 1433H. [MOD] - PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson semalam dilaporkan berkunjung ke London dalam usaha memburu khidmat penyerang Arsenal, Robin van Persie. Satu sumber menyebut, Fergie cuba mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu selepas Van Persie enggan menyambung kontrak baharu bersama The Gunners. Jiran terdekat, Manchester City khabarnya sanggup membayar RM148 juta untuk pemain yang sudah menjangkau usia 29 tahun, namun tidak bagi United yang melihat faktor usia sebagai satu isu. Namun begitu, Robin difahamkan khuatir mengenai polisi penggiliran pemain seperti yang diterapkan pengurus City, Roberto Mancini. Berita ini nyata menggembirakan hati Fergie apabila dia mahu menggandingkan dengan penggempur England, Wayne Rooney di bahagian serangan apabila berada di Old Trafford. Bagaimanapun, Fergie harus menunggu keputusan akhir untuk mendapatkannya kerana dia terlibat siri perlawanan Jelajah Asia menentang Pilihan Malaysia pada 24 Julai depan. Sinar Harian | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 12 Jul 2012 01:17 AM PDT Selangor akan lantik 5 pengaudit akaun untuk kes Talam Posted: 11 Jul 2012 07:21 AM PDT SHAH ALAM, 11 Julai – Kerajaan negeri Selangor akan menjemput lima pengaudit akaun untuk melihat bagaimana pengstrukturan hutang yang dipersetujui Talam Corporation dan mahu membersihkan nama kerajaan negeri berkenaan tuduhan yang dibuat oleh MCA – mendakwa berlakunya penyelewengan wang, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Khalid menyatakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) [...] | Rakan-rakan saya sokong saya sertai PAS – Hairie Posted: 11 Jul 2012 07:06 AM PDT Ramai artis yang berubah menjadi Muslim dan Muslimah yang sejati mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Ada tak artis macam nie yang masuk UMNO? | |
PAS KDAS 3 Posted: 11 Jul 2012 09:35 PM PDT |
misbahul munir Posted: 11 Jul 2012 09:32 PM PDT |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 11 Jul 2012 09:17 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 11 Jul 2012 07:24 PM PDT Posted: 10 Jul 2012 10:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.Menurutnya, p | Posted: 10 Jul 2012 10:44 PM PDT REKOD DUNIA!! 3,500 SAMAN PENEROKA KEPADA FELDA Lagi berita disin
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 11 Jul 2012 03:11 PM PDT SENJATA AMPUH BOLEH BUAT BN LUMPUH Posted: 11 Jul 2012 09:40 AM PDT Pakatan Rakyat jangan lengah mendirikan lokasi WIFI percuma sebanyaknya kerana Kerajaan BN telah memperbanyakkan pemberian net book atau laptop mini kepada rakyat Malaysia melalui pelajar sekolah di mana net book ini adalah senjata utama yang boleh mempercepatkan penerimaan maklumat kepada rakyat. Bila net book dipasangkan dengan WIFI maka ia akan menjadi senjata ampuh yang boleh melumpuh malah membunuh pengARUH parti Barisan Nasional hingga ke akar ummbi.Teman setuju benar WIFI dipasang disegenap pekan, masjid ,surau, kedai di Hulu Selangor terutama di masjid bukit sentosa dan bandar baru bukit sentosa.
BERITA baik untuk rakyat negeri Selangor. Dalam perbahasan di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan semua masjid dan surau di Selangor mendapat kemudahan wifi percuma.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.
"Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak," katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri.
Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.
"Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan," katanya.
Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.
Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.
"Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi," katanya [Selangorku].
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/masjid-dan-surau-di-selangor-akan-dapat.html#ixzz20KesqP38 | KEBENARAN PR BUAT BN GENTAR ! Posted: 11 Jul 2012 03:17 AM PDT [Selangorku] Shah Alam 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.
Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.
"Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Kelulusan juga diberi kepada sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah," katanya.
Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.
Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).
Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23); Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 8), pusat hiburan (13).
Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).
"Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik," katanya.
Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.
"Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.
"Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah," jelasnya.
P/s: Terburai lagi! | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 11 Jul 2012 11:37 AM PDT Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan Posted: 10 Jul 2012 06:42 PM PDT (Ustaz Hadi dan rombongan berbincang dengan Dr Musa di pejabatnya dekat Kaherah) KAHERAH: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta rombongan tiba di Mesir hari ini dalam rangka lawatan rasmi beliau selepas perubahan tampuk kepimpinan baru di bawah Presiden, Mohammed Mursi. Beliau tiba di sini kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dan bakal melalui jadual yang sangat padat sepanjang dua hari berada di sini. Turut mengiringi beliau adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. Lawatan beliau yang pernah belajar di Mesir sehingga ke peringkat master sebelum ini antara lain bagi meninjau perkembangan yang sedang berlaku di sini. Rombongan presiden juga dijangka bertemu pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang beliau sertai serta pimpinan parti politik Freedom and Justice Party (FJP) yang menguasai kerusi parlimen Mesir selepas pilihan raya lalu. Dalam program pertamanya hari ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut diraikan dalam satu pertemuan dengan Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas di pejabat pergerakan itu yang terletak di pinggir bandar Kaherah di sini. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Fraksi Parlimen Hamas di Gaza Dr. Khalil Al Heyya. (Berbincang dengan Dr Musa, Hamas) Selain bertukar-tukar pandangan, pertemuan hampir sejam itu antara lain turut membincangkan soal perkembangan semasa yang sedang berlaku di Timur Tengah serta perkembang di bumi Palestin. Dalam program lain hari ini, Tuan Guru juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif petang ini waktu tempatan. Presiden juga dijadual menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini malam ini. | Bicara Ambang Ramadhan Posted: 10 Jul 2012 06:42 PM PDT | Pengerusi Kada cuba sembunyikan isu sebenar Posted: 10 Jul 2012 06:41 PM PDT KOTA BHARU: Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Tan Sri Annuar Musa disifatkan cuba menyembunyi kegagalan projek menyiapkan benteng sebagai punca air tidak dapat dialirkan ke sawah. Sebaliknya melalui kenyataan media baru-baru ini beliau menyalah pula aktiviti perlombongan pasir sebagai punca air tidak dapat dialirkan ke sawah. Sedangkan kerja-kerja pembinaan benteng di hadapan rumah pam di Kemubu gagal disiap mengikut jadual dikenal pasti antara punca utama. Anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, berdasar kepada penjelasan pegawai KADA, benteng sepatutnya siap dibina pada Jun lalu, namun terpaksa dilanjut pula kepada Oktober. "Fungsi benteng untuk menahan air sungai supaya boleh dipamkan ke tali air KADA seterusnya dialirkan ke sawah padi di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu," katanya ketika melawat projek berkenaan hari ini. Lawatan itu turut dihadiri Adun Kadok, Azami Mohd Nor, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Negeri, Mat Rahim Ismail dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Sebelum ini Annuar dilaporkan mendakwa paras air Sungai Kelantan semakin rendah disebabkan aktiviti perlombongan pasir secara besar-besaran, pembalakan dan penerokaan tanah berleluasa di kawasan hulu. | Ceramah Terkini : 13hb Julai 2012 Posted: 10 Jul 2012 06:41 PM PDT | Najib takut PRU, mageran kekalkan kuasa? Posted: 10 Jul 2012 06:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Adakah pilihan raya tidak akan diadakan langsung jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan Barisan Nasional (BN)? Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, adakah Najib akan mengisytiharkan pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di bawahnya untuk membolehkan beliau terus berkuasa jika beliau terus tidak berjumpa tarikh dan waktu yang sesuai dan menguntungkan BN untuk mengadakan pilihan raya. "Inilah kali pertama dalam sejarah kita melihat seorang Perdana Menteri yang paling takut untuk menghadapi pilihan raya sehingga beliau kelihatan seolah-olah tidak mahu mengadakan pilihan raya sama sekali kerana tidak berani dan tidak mampu menghadapi arus kebangkitan rakyat. "(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kata, Najib ialah Perdana Menteri yang dengan Mahathir dia takut, dengan Perkasa dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut. "Ada lagi yang Najib takut. Takut umum tarikh pilihan raya," katanya. Mahfuz menyifatkan perbuatan menyorok tarikh pilihan raya semata-mata kerana hendak mendapatkan tarikh yang sesuai dan menguntungkan BN adalah perbuatan menganiaya rakyat dan tidak demokratik. "Bila tarikh pilihan raya disorok, rakyat jadi sukar hendak mengatur kehidupan. Umpamanya, mereka yang hendak ke tanah suci jadi terhalang untuk membuat keputusan kerana bimbang akan bertembung dengan tarikh pilihan raya. "Nak buat kenduri susah, nak merancang perjalanan susah, semuanya takut bertembung dengan tarikh pilihan raya yang Perdana Menteri umum ikut suka hatinya sesuai dengan kepentingan diri dan partinya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Tindakan itu juga sangat tidak demokratik kerana tarikh pilihan raya dipilih berdasarkan kepentingan BN dan bukan berdasarkan kepentingan rakyat, katanya. Mahfuz berkata, pihaknya boleh bertolak ansur pada waktu bila sekalipun pilihan raya akan diadakan asalkan bukan musim perayaan dan musim haji umpamanya. "Tidak mengapa hendak adakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan, asalkan bukan musim haji atau musim perayaan. "Yang penting, tetapkan tarikhnya supaya ia tidak menyusahkan rakyat," kata beliau. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan berbincang dengan Peguam Negara berhubung cadangan bagi memastikan pilihan raya umum diadakan setelah tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun. Nazri berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Peguam Negara bagi meastikan sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda atau sebaliknya. "Saya nak minta nasihat daripada Peguam Negara kalau ada keputusan macam ini, bagaimana nak dilakukan. Sama ada kita buat pindaan Perlembagaan atau diadakan dalam peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya. | Petani Pekan minta Najib dengar masalah mereka Posted: 10 Jul 2012 06:40 PM PDT PEKAN: "Tidak ada istimewanya berada di kawasan Perdana Menteri (PM) kerana nasib kami penanam padi tidak pernah dibela," uah seorang penduduk Pahang Tua. Md. Fadzir Bidin, 44, merupakan salah seorang daripada lebih 500 penanam padi di kampung Pahang Tua, Langgar dan Lamir di daerah ini yang pernah diisytiharkan sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang dahulu. Projek seluas 1,226 ekar itu mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Pahang, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS). Menurut Fadzir yang juga ketua blog Melur, para petani di tiga kampung berkenaan banyak kali terpaksa menanggung kerugian akibat hasil rosak, kerana masalah mesin jentuai (jentera penuai padi), yang tidak dihantar tepat pada masanya. Katanya, urusan jentuai di bawah kendalian Pasfa namun sering kali menimbulkan masalah mengakibatkan hasil pendapatan petani merosot sehingga 50 peratus. "Umpamanya pada musim lalu petani di Pahang Tua sahaja telah kerugian tidak kurang daripada RM84,000. Biasanya dalam satu ekar mereka dapat dua tan kalau jadi seperti ini hasil pendapatan merosot sehingga 50 peratus. "Masalah seperti ini bukannya baru tetapi sudah berlarutan sejak 10 tahun, kenapa jadi begini sehingga tidak membuat perkiraan awal membawa masuk mesin-mesin ini oleh Pasfa. "Selain mesin sistem perairan juga menimbulkan banyak masalahtan juga banyak masalah, pembajakan tanah paya pula tidak sempurna di samping kelewatan barang subsidi seperti baja dan racun," ujarnya ketika ditemui di sini. Menurut Fadzir, selain sering membuat laporan kepada agensi berkenaan perkara tersebut juga sudah banyak kali diadukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Peramujaya namun tiada tindakan diambil. Mereka juga sudah menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Pekan namun masih tiada tindakan penyelesaian. "Harapan kami kalau boleh Najib turun-turunlah dengar masalah petani di sini. Ini semua saudara mara waris dia belaka. Walaupun kami pengundi dia tapi nak mengadu secara langsung tak pernah dapat kerana banyak sangat birokrasi. Ketua kampung dan wakil rakyat juga tidak menyampaikan masalah kami dengan jujur. "Masalah dibiar berlarutan seperti inilah yang membuatkan Najib hampir kalah dalam PRU 1999. Jadi eloklah Najib datang lunaskan slogan pemerintahannya iaitu Rakyat didahulukan, Janji ditepati dan YB turun padang," tegasnya. Seorang petani lagi, Wan Zulbazlan Wan Nasir, 38, berkata sudah tiga orang Menteri Pertanian yang datang ke kampung mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Effandi Norwawi dan Datuk Seri Noh Omar lalu mengumumkan kawasan tersebut sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang oleh Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri Pahang sebagai Jelapang Padi negeri. Katanya, kerajaan juga sudah mengumumkan suntikan sebanyak RM30 juta tetapi sehingga kini tidak nampak menguntungkan petani dan nasib mereka tidak berubah. "Satu lot paya petani bersamaan dua ekar. Kos RM700 seekar jadi RM1,400. Harga padi RM1,150 setan. Pada masa ini petani sudah boleh mengusahakan padi dua kali setahun, jadi sepatutnya sudah boleh menjadi sumber pendapatan utama," katanya. Isrulnizam Yusof, 30, pula berkata mereka mengadu ialah untuk menjaga undi Najib juga sebab itu harap Najib selepas berlegar menabur janji seluruh negara, sesekali turunlah ke kampung asalnya menjenguk masalah penanam padi di sini biar jabatan kerajaan memberi perkhidmatan lebih baik. | Media baru: Najib resah dengan generasi muda Posted: 10 Jul 2012 06:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kena sedar bahawa generasi muda tidak boleh dibodoh dan digula-gulakan begitu sahaja, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. "Zaman untuk membodohkan rakyat sudah berlalu. Sekarang bukan zaman Perdana Menteri tahun 70-an, tetapi zaman millenium baru yang sarat dengan maklumat sepantas kilat," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib meminta generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam, supaya persepsi yang terdapat menerusi internet dan media sosial tidak mengganggu mereka di dalam membuat keputusan. Katanya, ucapan Najib menandakan keresahan beliau kepada generasi muda yang tidak lagi bergantung kepada media yang dikongkong oleh BN yang sarat dengan provokasi dan fitnah. Idris berkata, macam mana generasi muda hendak mendengar nasihat daripada seorang pemimpin yang tidak mempunyai daya intelektual untuk berhujah. Ini, katanya kerana cabaran untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak disambut sedangkan ia adalah medan percambahan fikiran, merupakan pendekatan baru yang perlu diambil untuk menguji kematangan dan tahap intelektual. "Generasi muda yang ada ialah mereka yang bermaklumat, tidak boleh dikongkong oleh mana-mana pihak. Mereka akan berfikir, kalau dah hebat sangat kenapa tidak sanggup untuk berdebat," katanya. Oleh itu, ujar beliau Najib jangan marah jika generasi muda tidak bersama dengan Umno, kerana mereka menilai berdasarkan ilmu dan fakta. Soalnya, macam mana Najib hendak memaksa generasi muda menolak laporan internet dan media sosial di zaman langit terbuka. "Menjadi tanda tanya kepada mereka apakah laporan yang dikeluarkan oleh internet itu palsu. Jika laporan itu palsu kenapa mereka tidak ambil tindakan undang-undang," ujarnya lagi. Idris menambah, generasi celik maklumat tidak boleh menerima ketika mereka terpaksa memerah tenaga untuk mendapat kerja, sedangkan kroni Umno mendapat peluang dengan begitu mudah. "Apakah ini satu persepsi, fitnah atau laporan palsu yang disiarkan oleh media sosial, yang mereka tidak dapat daripada media lama?" tanya Idris. Contohnya, kata beliau laporan melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta, projek NFC kepada suami Shahrizat sebanyak RM250 juta, Raja Farhana anak Raja Nong Chik dianugerah projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor sebanyak RM30.8 juta, Ikhwan anak Jamaludin Jarjis mendapat projek Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM128.4 juta. | Reformasi parlimen jadikan Malaysia lebih baik Posted: 10 Jul 2012 06:38 PM PDT PETALING JAYA: Reformasi parlimen menjadi agenda utama Pakatan Rakyat dalam menjadikan Malaysia lebih baik apabila memenangi piihan raya umum yang akan datang. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu pemisahan kuasa boleh bermula dengan reformasi parlimen yang akan memberi kuasa dan mengukuhkan institusi perundangan untuk memberi 'check and balance' terhadap kezaliman eksekutif dan ketidaksenonohan kehakiman. "Pengasingan kuasa adalah prinsip utama yang struktur demokrasi yang berfungsi dan membolehkan keseimbangan kuasa lebih dinamik untuk menghasilkan penyelesaian yang terbaik. "Serta menyatakan semua perkara terutamanya dalam bidang membuat dasar, pelaksanaan dasar dan kajian semula dasar," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Tambahnya, pengasingan kuasa akan memastikan ketelusan dan akauntabiliti tadbir urus yang baik yang akan mengurangkan terhadap penyalahgunaan kuasa serta rasuah, yang akan membenarkan kepentingan semua pemegang saham diwakili secara saksama. "Penubuhan struktur jawatankuasa dengan ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah jurang politik yang meliputi semua aspek utama kerajaan termasuk kewangan, pendidikan, kesihatan, pertahanan, undang-undang, perkhidmatan awam di kalangan orang lain dengan mandat untuk mengadakan pengawasan dan dimasukkan ke dalam tadbir urus utama. "Semua perkara-perkara ini yang akan menjamin penyertaan penuh demokrasi dan akauntabiliti untuk rakyat," kata beliau. Beliau yang memberi contoh dalam isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang mendapati satu contoh tadbir urus demokrasi yang lemah. "Jika ada jawatankuasa parlimen mengenai perkhidmatan awam, maka tidak akan wujud flip-flop dasar birokrasi yang akan memberi manfaat kepada golongan elit melalui pelarasan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja biasa. "Ia bukan sahaja meningkatkan jurang gaji yang sudah luas sebagai salah satu yang tertinggi di dunia tetapi juga meluaskan ketidakadilan sosial majoriti untuk memberi manfaat kepada minoriti elit," jelas Nurul Izzah. Beliau percaya dengan pembaharuan parlimen menyediakan 'check and balance' rakyat tidak akan menanggung lagi beban kewangan seperti penyelewengan di dalam NFC, PKFZ, SELEX, Scorpene, Istijuara dan banyak lagi. | |
Pemuda Guchil Posted: 11 Jul 2012 09:47 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 11 Jul 2012 09:45 AM PDT BUAL BICARA MUAMALAH Posted: 10 Jul 2012 06:35 PM PDT Tajuk : Muamalah Madinah Bersama : Dato Ismail dan Tn Hj Awaluddin Mohal Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Tarikh : 11 Julai 2012, Rabu Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Semua dijemput hadir
Maklumat lanjut sila hubungi Shamsul 019-6532973
Sempena SEMINAR FATWA MUAMALAT
*************
SEMINAR FATWA MUAMALAT Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban Masa : 8 pg – 4 ptg
Pembentang : Dr Zaharudin Abd Rahman Dr Zulkilfli Albakri Dr Asyraf Wajdi Dusuki Dr Azman Mohd Noor Dr Amir Shaharuddin Ust Abdullah Jalil Ust Azrul Azlan Iskandar
PENGANJUR Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Muamalah Events
PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan AKPK | Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah Posted: 10 Jul 2012 05:29 PM PDT 10 Julai 2012 : Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.
Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini.
"Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).
"Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.
"Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.
"Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.
Kes masih disiasat
"Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar," kata Mohd Fahmy.
Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau.
Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini.
"Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam.
"Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna.
"Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam", jelas Mohd Fahmy.
| |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 11 Jul 2012 09:41 AM PDT XPDC Gateh PAS Ganti Umno Posted: 11 Jul 2012 01:52 AM PDT XPDC berbasikal ke Hutan Lipur Menderu, Kg Chabang, Kerteh. (45 km dr Dungun)
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 11 Jul 2012 09:07 AM PDT ISU TALAM FOR DUMMIES Posted: 11 Jul 2012 02:20 AM PDT Talam for Dummies | - Nathaniel Tan(Malaysiakini)
- 11:40AM Jul 7, 2012
| |
COMMENT "Confusing" probably describes most of our initial attempts to get to the bottom of what the deal was between Talam Corporation and Selangor. With a little diligence, clear thinking and attention to detail however, most mysteries can be unravelled and articulated efficiently. This article attempts to explain in easy to understand terms the background and context of this issue, how Selangor recovered the debt owed to it by Talam, and how this debt recovery differs from the bailouts we have seen at the federal level. In the beginningThe story begins in the late eighties and early nineties, with an engineer and project manager who worked in Selangor state subsidiary PKNS - one Chan Ah Chye. This man later goes on to form Talam Corporation, and before long - possibly due to close connections with the ruling elite in Selangor, then headed by BN menteri besar Muhammad Muhammad Taib - becomes a major player in the Selangor property and development scene. Over time, an extremely large amount of state land is alienated to Talam, who basically gets it for free. A strong imagination is not required to speculate in whose pockets any resulting profit eventually ends up. Talam's modus operandi seems to be to pledge this land to the bank in exchange for huge loans, which they then use to finance their development and profit making projects. In essence, since they got the land free, they have successfully achieved money for nothing (it is uncertain as to whether "chicks for free" were involved). The 'wise' businessmen of that era believed in the dictum of never using your own money when you can use someone else's. This heavy lending continued to characterise Talam's business approach, and their loans consistently kept getting bigger and bigger. Tumbling downOf course, no student of recent economic trends is unfamiliar with the concept of a bursting bubble. The financial collapse of the late nineties brings Talam's debt-ridden house of cards crashing down. An overgearing of loans and inability to service them halts various half-completed projects, rendering them idle, half-built ruins. I ncredibly however, this does not prevent Talam and their political patrons from altering their basic modus operandi. In 2001, under BN menteri besar Khir Toyo ( right), three parcels of land are alienated by Selangor to Talam via their subsidiary Maxisegar Sdn Bhd, who undertakes to construct Unisel's campus at an estimated cost of RM750 million. It will probably come as no surprise that Talam failed to complete this project. By September 2006, the company had been classified as an affected company under Practice Note 17 (PN 17), indicating dire financial straits. New sheriff in townIn 2008, when Khalid Ibrahim assumes the menteri besar's post, he inherits a situation in which Talam owes the state and its subsidiaries (among other creditors), a great deal of money. Urban legend has it that when Talam was called in to explain why they have never endeavoured to pay their debts, the sheepish reply given was, "No one ever asked us to." Thankfully for the citizens of Selangor, there was a new sheriff in town. Corporate finance is not only an area of expertise for Khalid ( left) - it is a passion. With great gusto, he set out to solve this problem, and recover that which was owed by Talam to the people of Selangor. The problem was undoubtedly challenging, but after some work and careful strategising, a plan was set into motion. The end goal was simple: to leverage the assets still held by Talam to repay the debt Talam owed to the Selangor and its state subsidiaries. The technical nitty-grittyMaking this happen was a technically complicated process that required considerable financial acumen. The summary is this: firstly, the debts that were owed by Talam to Selangor state subsidiaries were properly booked and accounted for - something that, very suspiciously, had not been done before. Once these debts were acknowledged by all parties, the debts were consolidated and transferred to one state subsidiary - Menteri Besar Incorporated (MBI), which was then responsible for collecting the debts from Talam in the form of land and cash. The rest of this section explains how this was done. It is a boring and complex explanation, but I list it here for the record and for those interested. Talam owed RM392 million in debt to three Selangor state subsidiaries: KHSB, PIYSB, and PNSB. After acknowledging and booking these debts, the next step was to have another state subsidiary, Selangor Industrial Corporation (SIC), purchase these debts from the other three companies. A loan from CIMB Bank of RM 392 million was given to SIC to complete this purchase. In November 2009, the state exco and legislative assembly both approve a grant of RM392 million to MBI, who then use the funds to purchase the original consolidated debt from SIC. SIC then uses those funds to pay off their CIMB loan. The end result is as simple as the transaction itself is complex - without any major or excessive transactional expenses, Talam now owes the same amount of money to just one state subsidiary, instead of the original three. Restructuring and successful collectionIt is important to note that at no point are funds transferred from taxpayer monies to Talam. Funds have instead only been transferred from one pocket of the state to another. This differs wildly from federal bailouts of corporations like Indah Water Konsortium, MAS, or the Putra/Star LRT, where taxpayer money was injected directly into companies that had probably lost untold amounts via mismanagement, corruption and plundering. The transfers in the Talam debt restructuring allowed for a structure in which there is a clear acknowledgement and accounting for the RM392 million owed by Talam, and a single company for them to pay it to. The story does not end there. Another extremely important milestone in this tale is that MBI has in fact already succeeded in recovering all RM392 million in debt owed by Talam. For those who would like to keep score, this recovery came in two forms. RM340.88 million was recovered via acquisition of land and assets: 1,322 acres of land in Bukit Beruntung worth RM150.28 million, 2,264 acres of land in Bestari Jaya worth RM105.3 million, 400 acres of land in Ulu Yam and 60% equity in Ulu Yam Golf & Country Resort worth RM22.2 million, 134 acres of land in Danau Putra worth RM52.1 million and five office units in Menara Pandan worth RM11.1 million. The remaining RM51.12 million was collected in cash: RM12 million from sales of land in Puncak Jalil, RM5 million in cash assignments from EON, RM7.68 million in payments by Unisel for earthworks, RM9.04 million from the sale of 25.94 acres of land in Bukit Beruntung, and RM17.4 million from sales of 218 acres of land in Bestari Jaya. Go ahead, count it - it's all there. Facts trump hype - againHow can we summarise this? For more than a decade under BN, one corporation owed the state hundreds of millions of ringgits. Within a year or two of taking over, Khalid managed to collect on these debts, instantly increasing the amount of money available to spend on welfare programmes throughout Selangor. Scandal?Yes, it's a scandal that Talam was allowed to get the free lunch it did under BN, and it's a scandal it took this long for to create the change in government that succeeded in cleaning up the mess. I t would be insulting to suggest that this article is titled specifically in the hopes that Chua Tee Yong ( left) would take the time to carefully peruse the facts within. Nevertheless, perhaps he may find the exercise beneficial in his longer term efforts to maintain what little credibility he has left. Said credibility is shrinking at about the same rate at which he is reducing the amount of money claimed to be 'misused' by Selangor - from RM1 billion, to RM260 million, to RM42 million. Before long, he may have to measure in sen instead. Perhaps Chua fancies himself a Rafizi Ramli. What he fails to understand however, is that Rafizi's exposes are not just all about 'glamorous' press conferences and big numbers. Behind every expose is a ton of hard work and solid research. Behind Chua appears only to be blind ambition that extends far beyond ability, and a shameful mainstream media that think that hype can overturn facts. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 11 Jul 2012 07:15 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan