Rabu, 11 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 11 Jul 2012 01:33 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ijtimak Pas Tg Malim

Posted: 10 Jul 2012 11:11 PM PDT

Tarikh : 13 Julai 12 (jumaat)
Masa : Mula Maghrib berjamaah
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas Tg Malim, Espek Serigala

Semua ahli Pas wajib hadir

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Jul 2012 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Taktik menyamar tak menjadi

Posted: 11 Jul 2012 01:23 AM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

SENAI – Taktik seorang warga Indonesia menyamar sebagai warga tempatan dengan mengemukakan sijil kelahiran palsu tidak berhasil apabila dia ditahan bersama sembilan lagi warga asing dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri Johor di sini, semalam.

Serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohamad Nasir Abas bersama 12 anggota penguatkuasa dimulakan dari jam 10 pagi hingga 3.45 petang, semalam.

Operasi dijalankan di tiga lokasi berasingan iaitu kilang membuat perabot di Taman Indah Jaya, medan selera di Saleng dan kedai runcit Bakar Batu.

Mohamad Nasir berkata, seramai 83 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan sepuluh dari mereka yang berumur di antara 20 hingga 39 tahun ditahan kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

"Serbuan dijalankan hasil dari maklumat disampaikan orang awam, di mana sepuluh warga asing ditahan membabitkan enam warga Indonesia dan empat warga Myammar.

"Enam dari mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit sah.

"Manakala empat lagi didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa pas dan permit," katanya.

Selain itu katanya, kesemua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Pekan Nenas dan turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Atipsom 2007 dan Akta Pasport 1960.

Katanya, seorang majikan berusia 30 tahun turut diarah hadir ke pejabat Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian

Bekas PM Israel didapati bersalah

Posted: 11 Jul 2012 01:04 AM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS - Sebuah mahkamah Israel membebaskan bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert daripada dua tuduhan rasuah semalam tetapi mendapatinya bersalah berhubung satu tuduhan yang lebih ringan dalam keputusan yang beliau sifatkan sebagai adil.

Mahkamah Daerah di Baitulmuqaddis membebaskan Olmert daripada tuduhan menerima beberapa sampul surat berisi wang dan mengemukakan caj palsu beberapa kali semasa melakukan lawatan ke luar negara.

Namun, Olmert didapati bersalah kerana memberi kemudahan kepada seorang bekas rakan sekerjanya ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri.

Olmert masih berdepan satu perbicaraan lain berhubung tuduhan beliau menerima rasuah semasa memegang jawatan Datuk Bandar Baitulmuqaddis dalam projek pembinaan sebuah kompleks perumahan di sini.

Namun, keputusan untuk membebaskan beliau daripada dua tuduhan paling serius pada perbicaraan itu termasuk dakwaan yang memaksanya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2008 dilihat sebagai satu kemenangan peribadi buat Olmert.

Namun, beliau didapati bersalah kerana bersikap pilih kasih dengan meluluskan permohonan kontrak rakannya, Uri Messer semasa Olmert berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Beliau didapati bersalah kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan kepentingan negara.

Kesalahan itu boleh menyebabkan beliau dihukum maksimum penjara tiga tahun.

Bagaimanapun, hujah tentang hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas Olmert akan bermula pada September depan. - Agensi

Jongkong emas RM2j

Posted: 10 Jul 2012 11:42 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula 27 Julai ini.

Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).

Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti.

Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.

"Saya cabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas.

"Jika berjaya, KLRC menerusi skim hadiah kemenangan kami akan memberikan ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM2 juta kepada pemain yang meraih pingat emas.

"Ini semua adalah sokongan KLRC terhadap pemain negara dalam usaha memastikan Malaysia berjaya merealisasikan impian untuk memenangi pingat emas buat kali pertama pada Sukan Olimpik," kata Andrew.

Andrew berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan ganjaran tersebut di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar.

Ditanya mengapa ganjaran tersebut hanya untuk barisan pemain badminton negara dan tidak kepada atlet-atlet yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Andrew berkata: "Saya sangat cintakan sukan badminton.

"Sebab itu, ganjaran ini hanya untuk pemain badminton negara sahaja."

Bagaimanapun, Andrew menjelaskan bahawa jika terdapat lebih daripada seorang pemain badminton negara yang meraih pingat emas, jongkong emas seberat 12.5 kilogram itu akan dibahagikan sama rata.

Enam pemain negara yang bakal beraksi di London diketuai oleh jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.

Sementara itu, Chong Wei menganggap ganjaran tersebut bakal menjadi motivasi kepada barisan pemain negara untuk berusaha menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia.

"Saya harap ganjaran ini akan menaikkan lagi semangat bukan sahaja buat diri saya sendiri tetapi kepada lima lagi pemain yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti.

"Jika ada yang mengatakan ia hanya memberi tekanan kepada pemain tetapi bagi saya tidak. Jika kita kekal fokus, kita boleh melakar kejayaan," jelas Chong Wei yang turut hadir pada majlis tersebut bersama lima lagi pemain negara semalam.

Dengan habuan yang diumumkan oleh KLRC itu, barisan pemain badminton negara berpeluang untuk membawa pulang RM4 juta andai berjaya menjelmakan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij dunia itu.

Sebelum ini, Kementeria Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) menawarkan RM1 juta kepada setiap pemenang pingat emas Sukan Olimpik.

Jumlah tersebut bertambah apabila sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd., turut menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas.

kosmo/-

Hasil tangkapan luar biasa

Posted: 10 Jul 2012 11:40 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Nelayan di Pantai Kempadang, di sini, memperoleh hasil tangkapan luar biasa sejak dua hari lalu apabila mendapat kira-kira 300 kilogram (kg) ikan kembung selepas setengah jam menurunkan pukat di laut.

Situasi itu didakwa luar biasa kerana pada kebiasaannya mereka hanya memperoleh antara 40 hingga 50 kg ikan kembung sehari. Walaupun terkejut namun nelayan terbabit bersyukur atas rezeki tidak dijangka itu, malah ada menjualnya secara lelong.

Lelong RM5 sekilo

Bagi nelayan, Omar Baru, 54, dia yang baru lima tahun menjadi nelayan tidak menyangka apabila mendapat hasil tangkapan dua tong seberat 120 kg dalam tempoh singkat.

"Tidak sampai satu jam, pukat saya dipenuhi ikan kembung. Saya anggap ia sebagai rezeki dan tidak memikirkan perkara lain," katanya ketika ditemui di Pantai Kempadang.

Dia turut melelong ikan itu kepada orang ramai pada harga RM5 sekilo.

Ahmad Khir Johari Talib, 42, pula berkata, hasil tangkapan luar biasa diperoleh nelayan di situ bermusim kerana tahun lalu juga terjadi situasi sama.

Namun, tangkapan kali ini lebih banyak sehingga mencecah 300 kg iaitu tiga tong. "Biasanya susah hendak dapat tangkapan sebanyak itu. Kami juga pulang awal kerana bot penuh," katanya.

Faktor arus dan plankton Sementara itu, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Adnan Hussain berkata, fenomena itu adalah biasa disebabkan faktor arus dan plankton.

Menurutnya, ikan kembung terdiri daripada jenis 'telagik' iaitu ikan berada di permukaan air dan biasanya bergerak dalam kumpulan.

"Justeru, nelayan terbabit mungkin terserempak dengan kumpulan ikan itu menyebabkan mereka memperoleh tangkapan dalam kuantiti yang banyak.

"Ikan itu juga bergerak mengikuti arus membawa kumpulan ikan ke pantai.

Selain itu, kumpulan ini mungkin mengejar sekumpulan 'plankton' sebelum memasuki pukat nelayan," katanya.

sinar harian/-

Adun Umno-BN Tidak Ikut Tatacara DUN, Panggil Exco “You”.

Posted: 10 Jul 2012 11:37 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 10 JULAI : Dua Adun Umno-BN ditegur dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini berhubung tindakan mereka yang tidak mengikut tatacara DNS.

Di awal perbahasan, Sulaiman Abdul Razak (Permatang – BN) di tegur Speaker, Datuk Teng Chang Khim kerana tidak meminta izinnya untuk bertanya soalan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Dr. Halimah Ali.

Malah, Sulaiman turut tidak memanggil Teng dengan panggilan 'Tuan Speaker' apabila bercakap dengannya di dalam DNS itu.

Teng berkata perbuatan Sulaiman itu seolah-olah membelakangkan peranan Speaker sebagai Ketua Dewan.

"Adun sepatutnya meminta izin (laluan) daripada saya sebelum ingin mencelah atau mengemukakan soalan kepada pembahas. Dalam mana-mana mesyuarat seorang ahli perlu meminta izin pengerusi sebelum bertanyakan soalan.

"Ini tidak, dengan saya pun Yang Berhormat tidak panggil saya 'Tuan Speaker', sedangkan bercakap terus kepada saya," katanya.

Sementara itu, selang beberapa minit kemudian, Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali-BN) turut diberikan teguran yang sama oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamad Talha.

Beliau ditegur kerana bercakap menggunakan panggilan 'You' kepada Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika mengajukan soalan.

Bagaimanapun, beliau memberi alasan terpaksa menggunakan panggilan itu kerana Timbalan Speaker lambat bertindak.

"Panggilan yang sepatutnya ialah Yang Berhormat (YB) atau Ahli Dewan bukan 'You'," tegur Haniza.

selangorku/-

Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut

Posted: 10 Jul 2012 11:29 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

"Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kelulusan juga diberi kepaaa sesebuah premis selepas semua urusan diterima dari agensi luar seperti Bomba, polis dan Jabatan Kesihatan Daerah," katanya.

Ronnie menambah, setakat ini sebanyak 571 premis rumah urut dan 775 pusat hiburan yang berlesen di negeri itu.

Pecahan mengikut PBT ialah ; Majlis Bandaraya Shah Alam, rumah urut (32), pusat hiburan (39) ; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, rumah urut (77), pusat hiburan (218); Majlis Perbandaran Klang, rumah urut (83), pusat hiburan (89) ; Majlis Perbandaran Ampang, rumah urut ( 54), pusat hiburan (96 ).

Manakala Majlis Bandaraya Subang Jaya, rumah urut (69), pusat hiburan (154) ;Majlis Perbandaran Selayang, rumah urut (80), pusat hiburan (61) ; Majlis Perbandaran Kajang, rumah urut (118), pusat hiburan (35) ; Majlis Daerah Kuala Langat, rumah urut (13), pusat hiburan (23) ; Majlis Daerah Kuala Selangor, rumah urut ( 8), pusat hiburan (13).

Selain itu bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, rumah urut (12), pusat hiburan (11) dan Majlis Daerah Sabak Bernam, rumah urut (11), pusat hiburan (21).

"Bagaimanapun, PBT tidak mempunyai rekod premis tidak sah kerana pemantauan sentiasa dijalankan, banyak lesen sudah ditarik balik," katanya.

Jelasnya, semua Exco bersedia untuk menyertai operasi bersepadu bersama agensi kerajaan antaranya Imigresen dan Polis.

"Saya minta Umno-BN jangan sesekali menggunakan isu rumah urut, kalau berani nak buat dedahkan rumah urut dan pusat hiburan di negeri yang di tadbir Umno-BN, jangan salahkan Selangor sahaja.

"Juga jangan salahkan hotel bajet sebagai tempat maksiat kerana kita mesti memikirkan hotel bajet sebagai tempat perlancongan dan tidak semua orang kaya untuk tinggal di hotel mewah," jelasnya.

selangorku/-

Finaz Yunus akhirnya mohon maaf kepada Abby Abadi

Posted: 10 Jul 2012 10:48 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu.

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil)

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.

Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.

1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah

Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: "Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

-ehgosip

Tidak tahan bau busuk

Posted: 10 Jul 2012 10:46 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

FELDA SUNGAI KOYAN - Penduduk di sini resah berikutan terpaksa menghadapi masalah longgokan sampah di laluan utama Felda Sungai Koyan Satu yang berlarutan sejak hampir sebulan lalu.

Penduduk, Mat Bazar Mohamad, 70, berkata, masalah lambakan sampah berhampiran Bazar Mara itu sememangnya mencemarkan pemandangan, apatah lagi lokasi tersebut merupakan kawasan yang padat dengan penempatan penduduk.

Menurutnya, masalah itu berlaku berikutan sikap tidak prihatin sesetengah penduduk yang menjadikan kawasan tepi jalan terbabit sebagai tempat membuang sampah.

"Longgokan sampah tersebut menghasilkan bau busuk hingga mengganggu keselesaan pengunjung Bazar Mara dan kedai makan berhampiran.

"Saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja membuang sampah di kawasan terbabit," katanya, di sini, semalam.

Seorang pengguna jalan raya, Abdul Kadir Hamid, 56, berkata, dia kecewa dengan sikap sesetengah penduduk yang membuang sampah di tepi jalan.

Menurutnya, masalah itu secara tidak langsung memberi imej negatif kepada pekan Sungai Koyan yang juga merupakan laluan utama pelancong untuk ke Cameron Highlands.

"Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penduduk menyebabkan pekan Sungai Koyan tercemar dengan masalah sampah dilonggokkan di merata-rata tempat.

"Saya berharap penduduk dapat menjaga kebersihan kerana kawasan ini merupakan antara lokasi transit pelancong sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Jika kawasan sekitar bersih, maka kita akan lebih sihat," katanya.

sinar harian/-

Dua kali permohonan ditolak

Posted: 10 Jul 2012 10:25 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KG BARU PANGSENAM (Temerloh) - Seorang anak berharap permohonan ibu dan adik lelakinya untuk mendapatkan bantuan di bawah program e-Kasih mendapat perhatian pihak berkaitan.

Abdul Sulan Mohamad Nor, 60, berkata, mereka sudah mengemukakan permohonan sebanyak dua kali untuk mengganti dan membaiki atap serta dinding rumah yang kian mereput itu.

Menurutnya, permohonan pertama dibuat atas nama ibunya, Ropiah Mat Aali, 74, dan permohonan kedua pula atas nama adik lelakinya, namun kedua-duanya ditolak.

"Rumah usang itu didiami adik saya yang tidak bekerja kerana sakit. Ibu pula kian uzur dan kini dijaga seorang lagi adik yang tinggal bersebelahan rumah terbabit.

"Penglihatan ibu semakin kurang menyebabkan kami terpaksa membawanya ke rumah adik. Namun, dia tidak mahu dan ingin tinggal di rumahnya sendiri sedangkan kami bimbang jika berlaku sesuatu padanya," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Sulan berharap permohonan ibu dan adiknya mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan.

"Keadaan rumah ini sangat daif menyebabkan kami tidak mahu ibu tinggal di situ. Oleh itu, kalau dapat bantuan di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), itu lebih baik," katanya.

sinar harian/-

Gesa tukar 'Pakcik' warden suka menghendap

Posted: 10 Jul 2012 10:15 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA NERANG - Susulan laporan mengenai dakwaan penghuni sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin dicabul oleh warden, timbul desakan agar pihak pengurusan asrama segera menggantikan kakitangan itu dengan orang lain.

Salah seorang penghuni asrama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar, ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi
penghuni di asrama berkenaan.

Menurutnya, warden berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar 'pakcik' itu sudah mula menimbulkan rasa kurang
selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.

"Mana tidaknya, pakcik dan keluarganya tinggal berhampiran asrama kami namun tugas pakcik lebih kepada menjaga penghuni puteri manakala tugas isterinya, makcik pula menjaga penghuni lelaki.

"Saya sendiri pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah tentu kami lebih berasa selesa.

Namun tiada tempat untuk kami mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan dilihat asyik menyokong pakcik," katanya.

Liya berkata, berikutan keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.

"Sebelum timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.

"Sebab itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang membuatkan kami berasa tidak selesa," katanya.

Sementara itu, Liya turut mendakwa menyaksikan kelakuan pakcik yang bertindak memeluk dan mencium salah seorang penghuni puteri di asrama itu.

Selain pengakuan daripada Liya, seorang lagi penghuni rumah berkenaan, berusia lingkungan 16 tahun, turut tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang mengenai satu lagi kes cabul.

Mengikut laporan polis yang dibuat kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Julai lalu, penghuni terbabit mengaku pernah dicabul ketika berusia 11 tahun.

"Saya dipeluk tanpa kerelaan. Kawan-kawan saya juga ada yang kena. Malah kami pernah dimarahinya (warden) dengan kata-kata lucah apabila mengadu kepada orang kampung bahawa dia suka menghendap dan mencabul penghuni puteri.

"Laporan ini saya buat agar polis dapat mengambil tindakan tegas terhadapnya," katanya.

sinar harian/-

PAS Wilayah ajak rakyat ke Himpunan Hijau 14 Julai

Posted: 10 Jul 2012 10:01 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menyeru rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat supaya hadir ke Himpunan Hijau pada 14 Julai ini.

Setiausahanya, Khairul Anuar Abdul Manap berkata, Himpunan Hijau itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan Munajat Perdana Umat Islam Kuala Lumpur diiringi dengan pidato pembakar semangat oleh pimpinan PAS Pusat serta tokoh-tokoh yang dijemput hadir.

Katanya, PAS WP ingin mengingatkan peserta-peserta agar memakai baju Hijau sebagai warna konsep program di samping membawa sejadah masing-masing serta berwuduk bagi menyertai Munajat selepas Maghrib nanti.

Beliau berkata, PAS WP akan membariskan pemimpin tertinggi antaranya Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Idris Ahmad dan Mazlan Aliman ( AJK PAS Pusat), Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) serta Vincent Lee selaku Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Selain itu, PAS WP juga menjemput tokoh-tokoh yang telah menyertai PAS seperti Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Ramli Buyung (Naib Presiden Kanan Felcra Bhd), Abdullah Ali (lagenda bolasepak negara), Kamal Bachaa (bekas Ahli MKT PPP) serta Cikgu Nazri Nordin (bekas AJK Umno Bahagian Gopeng).

Beliau menambah, bagi warga Kuala Lumpur khususnya ahli dan penyokong-penyokong PAS, Himpunan Hijau sebagai penyuntik semangat bagi menghadapi PRU13.

Menurutnya, tiga buah parlimen yang diamanahkan untuk PAS bertanding, iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan menjadi asas kekuatan PAS di Kuala Lumpur ini.

Katanya, Putrajaya bukan lagi sebuah kawasan selamat bagi Umno kerana ia boleh runtuh bila-bila masa ditawan PAS manakala Labuan pula akan mencatat sejarah menjadi pertarungan paling sengit dalam PRU13 kelak manakala Titiwangsa, satu-satunya Parlimen yang dimenangi oleh PAS, menjadi benteng penting untuk dipertahankan kemenangannya.

"Himpunan Hijau PAS WP kali ini diadakan di ambang Ramadhan bagi memperkukuh tarbiyah dan keimanan umat Islam menghadapi bulan penuh rahmat ini," ujarnya.

Di samping itu, tambah beliau momentum himpunan itu menjadi azimat dan bekal semangat buat semua rakyat pulang ke kampung pada musim perayaan nanti bagi membuat perubahan dalam PRU13.

Ujarnya, warga Kuala Lumpur adalah ejen perubahan paling penting bagi melatari landskap politik negara ini.

"Perubahan penting pasca PRU13 nanti dimulai dengan 'tsunami politik' warga Kuala Lumpur nanti, dan akan diikuti oleh negeri-negeri lain seluruhnya, Insya Allah," katanya.

harakahdaily/-

Kereta hampir putus

Posted: 10 Jul 2012 09:57 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Mengerikan apabila kereta Perodua Kancil dinaiki dua guru remuk teruk, malah hampir putus dua apabila kenderaan itu bertembung sebuah kereta di Jalan Ipoh-Gerik, berhampiran Kuari Pecah Batu, di sini, menyebabkan seorang daripada guru terbabit maut manakala rakannya parah, kelmarin.

Kejadian berlaku apabila kereta di naiki guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJC) Kota Tampan itu gagal mengelak sebuah kereta Nissan Cefiro yang memasuki laluannya menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung.

Dalam kejadian pada jam 9.15 itu, mangsa dikenali sebagai Bang Kah Hin, 30, dari Kulim, Kedah maut akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala rakannya, Chua Hui Thean, 29, parah.

Sementara itu, pemandu sebuah kereta satu lagi yang berusia 44 tahun parah dan dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, siasatan mendapati dua guru berkenaan dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi pasar malam di Highland Park, di sini.

"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

metro/-

Benarkah Najib Demokrat Palsu?

Posted: 10 Jul 2012 09:49 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

Setelah disenaraikan dalam kelompok "aukokrat baru" dalam sebuah makalah berjodol "A 21st-century checklist of the new autocrats", penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori "Democrat Palsu" atau "False Democrat".

Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.

Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah: Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.

Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.

Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan "title" barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara "gentleman" dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang "negarawan" yang disanjung.

Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan "biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan".Komitmen beliau memberikan suara 'semak-imbang' dan 'pertentangan legitimate' dari pihak pembangkang dan pihak sivil-NGO adalah kunci kepada kayu ukor seorang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya BERSIH, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang 'legitimate'. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara 'engagement' yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan 'reformasi' yang dipinta rakyat.

Paling jelas kes GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiaya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.

Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui 'reformasi minda' sebenar. Beliau masih buat-buat pekak terhadap 9 orang tehanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lebih mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Apakah jiwa demokrat palsu terselak dan terdedah?

Bagitu juga halnya dalam 'transformasi ekonomi dan pentadbiran'. Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau 'Program Transformasi Kerajaan' tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada 'tender terbuka' sebagai lambang kepada 'ketelusan dan kebertanggungjawaban' sebuah kerajaan.

Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.

Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang dikatakan akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang jelasnya memperolehi markah terendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan. Berbanding 7 pembida, George Kent jauh terkebelakang bukan sahaja di segi berpengalaman teknikal tetapi juga keupayaan kewangan kerana yang lain, ada telah siapkan projek menjangkaui RM5 bilion. Sangat malang.

Najib menangguhkan pembubaran parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan 'approval rating'nya di kacamata rakyat dan pengundi. Berapa banyak lagi program 'bela rakyat' yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen?

Demokrat tulen punya batasan dalam memberi 'hadiah' yang tidak menjejaskan 'reformasi ekonomi jangka jauh' yang diperlukan negara. Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen?

Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini ke arah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus kekal berkuasa.

Kalau begitu, sukar hendak ditolak dakwaan bahawa Najib adalah seorang Demokrat Palsu!

harakahdaily/-

Indonesia beri IMF pinjaman RM3.2 bilion

Posted: 10 Jul 2012 09:40 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Indonesia mengesahkan akan memberi pinjaman AS$1 bilion (RM3.2 bilion) kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas kata sepakat dicapai dalam perbincangan antara Pengerusi IMF, Christine Lagarde dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, semalam.

Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Hatta Rajasa mengesahkan, pinjaman dalam bentuk bon itu dibuat daripada dana Bank Indonesia dan bukannya dari peruntukan negara.

"Kami mengenakan syarat, bahawa IMF perlu menyalurkan bantuan ini dengan tidak mengehadkan kepada zon Eropah sahaja, bantuan perlu disalurkan juga kepada negara Asia dan Afrika," katanya.

Manakala, Gabenor Bank Indonesia, Darmin Nasution yang turut terlibat dalam perbincangan terbabit mengesahkan bank pusat akan membeli bon IMF yang dilihat sebagai deposit kukuh dan kekal sebagai rizab negara.

Beliau berkata, IMF kini mempunyai dana AS$436 bilion (RM1.4 trilion) dan bantuan dana dari Indonesia itu hanya akan digunakan sekiranya jumlah dana IMF berkurang kepada AS$100 bilion (RM318 bilion).

"Kebarangkalian dana IMF menyusut amat tipis, kami yakin pinjaman yang diberikan oleh negara ini mungkin tidak akan digunakan," katanya.

Sementara itu, Lagarde berkata, 188 negara anggota IMF kini diambang krisis ekonomi yang serius dan memberi kesan teruk kepada negara berpendapatan rendah.

sinar harian/-

Calon PAS bertanding di Mukah?

Posted: 10 Jul 2012 09:32 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya di P.213 Parlimen Mukah, Sarawak pada pilihan raya umum ke-13.

Untuk tujuan itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menghantar tiga wakil kawasan pembantu bagi memperkemas jentera di kawasan tersebut bermula 2 hingga 6 Julai lalu.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad (gambar bawah), timbalan Pesuruhjaya Melaka, Bahiki Islamil dan timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Rosidi Husain.

Menurut Mohamad Nor, dua orang dilantik sebagai pengarah pilihan raya di Dun Balingian dan Dun Dalat.

"PAS sudah bertemu dengan pimpinan DAP Mukah tapi belum berkesempatan bertemu pimpinan PKR. Tapi akan ada lawatan susulan selepas ini dan kita akan bertemu dengan kedua-dua pemimpin parti ini," kata beliau kepada harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, PAS Mukah juga sudah mula mengadakan program kemasyarakatan melibatkan semua kaum.

70 peratus penduduk Parlimen Mukah terdiri daripada Melayu, 20 peratus Cina dan 10 peratus kaum-kaum lain.

"Berdasarkan tinjauan, PAS mendapat sambutan memberangsangkan di sana dan berpeluang mendapat sokongan yang kuat dariapda mereka pada pilihan raya akan datang," katanya.

Menyentuh soal calon pula, Mohamad Nor berkata, PAS Sarawak sudah menghantar beberapa nama ke pusat berdasarkan kesesuaian dengan kerusi tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PAS mempunyai peluang besar untuk menang jika meletakkan calon yang berwibawa dan dikenali.

Ini kerana katanya, Ahli Parlimen BN Mukah, Datuk Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dikatakan mempunyai sedikit masalah dengan penduduk beragama Kristian.

"Kalau BN kekalkan calon, kita ada harapan untuk menang dengan syarat PAS meletakkan calon yang berwibawa," katanya.

harakahdaily/-

Bashar rancang tamatkan konflik

Posted: 10 Jul 2012 09:23 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

IMEJ yang dimuat naik dari laman YouTube pada 9 Julai lalu menunjukkan asap akibat pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak kelihatan di wilayah Daraa.Bashar(gambar kecil)

GENEVA - Presiden Syria, Bashar Al-Assad bercadang untuk menamatkan konflik di Syria secara berperingkat bermula dengan beberapa daerah yang mengalami keganasan terburuk, kata Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)/Liga Arab ke Syria, Kofi Annan pada satu sidang media di Teheran, Iran semalam.

"Beliau membuat cadangan melalui pendekatan bermula di beberapa daerah yang mengalami keganasan terburuk dengan mengekang keganasan di semua lokasi tersebut dan menamatkan keganasan di seluruh negara," kata Annan, menurut teks PBB.

Bekas Setiausaha Agung PBB itu enggan memberikan butiran lanjut tetapi memberitahu, pelan Bashar perlu dibincangkan bersama pihak pemberontak Syria.

Pada sidang media yang sama, Annan mengulangi pandangannya bahawa Iran boleh memainkan peranan positif dalam mencari penyelesaian politik di Syria.

Satu pertemuan antara kuasa besar dunia di Geneva pada 30 Jun lalu menegaskan bahawa elemen ketenteraan dalam konflik tersebut tidak akan diteruskan.

"Ia bermakna kita perlu mencari satu penyelesaian damai dan tidak lagi membekalkan senjata kepada pihak-pihak terlibat dalam konflik di Syria," jelas Annan.

Annan kemudian tiba di Iraq semalam dalam misi kunjungan ke negara-negara sekutu Syria di Asia Barat.

Jurucakap pemerintah Iraq, Ali Al-Dabbagh berkata, Annan akan menemui Perdana Menteri, Nouri Al-Maliki bagi membincangkan kaedah sesuai untuk menamatkan pertumpahan darah di Syria.

Ali memberitahu, Baghdad merancang untuk menawarkan beberapa jalan penyelesaian bagi menamatkan pergolakan di negara itu yang berlanjutan sejak 16 bulan lalu.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut.

Annan cuba mendapatkan sokongan sekutu-sekutu Damsyik untuk menyelamatkan pelan damainya yang kini menemui kebuntuan bagi menamatkan keganasan di Syria.

Beberapa aktivis memberitahu, pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahanya di Syria telah meragut nyawa lebih 17,000 orang setakat ini. - Agensi

Perlabuhan Tok Bali hasil inisiatif Sultan - Husam

Posted: 10 Jul 2012 09:20 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

(Mohamad Sabu lancar kutipan dana Lebuhraya Rakyat di Taman Melewar)

KUALA LUMPUR: Dengan inisiatif Tuanku Sultan Kelantan, Kelantan kini mempunyai sebuah perlabuhan yang baik iaitu Perlabuhan Tok Bali.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam ucapannya dekat sini berkata, kini Kelantan mengeksport 40,000 ton besi seminggu ke China melalui perlabuhan ini.

"Insya Alllah sebulan lagi, kadar ini akan meningkat kepada 100,000 ton seminggu," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.

Husam berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran kutipan dana Lebuhraya Rakyat di Dewan KUIZM, Taman Melewar baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan disertai oleh para seniman dan artis yang bersama PAS.

Antara yang ada di majlis itu adalah Datuk A Samad Said, Dinsman, Hairie Hashim dan lain-lain.

Dinsman dan Hairie (gambar) telah turun dari pentas dan membawa uncang wang untuk memungut sumbangan dari orang ramai.

3 projek mega

Menurut Husam, kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyenaraikan tiga projek besar untuk dilaksanakan di negeri itu namun ditolak oleh Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.

Projek itu adalah menaikkan taraf lapangan terbang yang ada ke taraf antarabangsa, membuat spine road atau jalan tulang belakang di Kelantan dan perlabuhan.

"Ketiga-tiganya ditolak oleh Tun Dr Mahathir. Tetapi atas inisiatif Tuanku Sultan Kelantan, Perlabuhan Tok Bali berjaya dibina," kata Husam.

(Tuanku Sultan Kelantan [pemandu jentera] ketika majlis pecah tanah Perlabuhan Tok Bali 29 Mac lalu)

Menurut Husam, Kelantan negeri kecil sahaja untuk membebaskan dirinya sendiri tetapi ia cukup besar untuk membebaskan ummah dari kongkongan.

Lebuhraya Rakyat, menurut Husam akan mempunyai dana yang cukup untuk pembinaannya kalau kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh untuk membinanya.

Husam juga berkata, dia ditanya bagaimana Kelantan mahu menyelenggarakan lebuhraya ini setelah siap nanti kerana belanjanya juga tentu besar.

Husam menjelaskan, antaranya dengan mengenakan caj tertentu kepada lori-lori besi yang hendak ke Tok Bali yang akan melalui lebuhraya rakyat ini.

"Insya Allah penyelenggaraan kita selesai dengan caj ini. Dengan itu, rakyat yang marhain bolehlah melaluinya dengan percuma," kata Husam.

Husam juga berkata, kenapa kutip derma untuk pembinaan lebuhraya ini?

"Kenapa wakaf dikutip kalau dah ada cara-cara pembiayaannya?

"Kita kutip wakaf kerana nakkan lebuhraya ini tidak sama dengan lebuhraya Plus.

"Kita nak sambungkan lebuhraya ini ke akhirat juga," jelas Husam.

harakahdaily/-

Seksaan jam 2 pagi

Posted: 10 Jul 2012 08:29 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga yatim piatu didakwa diperlakukan seperti 'hamba abdi' oleh ibu dan bapa saudaranya sejak sebulan lalu.

Kanak-kanak itu mendakwa dia bukan saja dipaksa bangun tidur seawal jam 2 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah seperti mengemas dan mencuci pakaian serta tandas, malah jika enggan atau lewat berbuat demikian dia ditampar, diterajang serta dipukul dengan penyangkut baju serta rotan.

Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak berkenaan yang didera pasangan suami isteri berusia 30-an itu berakhir jam 1.30 tengah hari kelmarin apabila diselamatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mangsa menceritakan kejadian dia didera kepada guru di sekolahnya.

Sebaik menceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan kepada JKM, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah pasangan terbabit di Bandar Mahkota, di sini, sebelum menahan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut.

Sumber polis berkata, rahsia penderitaan mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu kepada guru sekolahnya mengenai kekejaman ibu dan bapa saudaranya.

metro/-

Petani Pekan minta Najib dengar masalah mereka

Posted: 10 Jul 2012 08:19 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

PEKAN: "Tidak ada istimewanya berada di kawasan Perdana Menteri (PM) kerana nasib kami penanam padi tidak pernah dibela," uah seorang penduduk Pahang Tua.

Md. Fadzir Bidin, 44, merupakan salah seorang daripada lebih 500 penanam padi di kampung Pahang Tua, Langgar dan Lamir di daerah ini yang pernah diisytiharkan sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang dahulu.

Projek seluas 1,226 ekar itu mendapat kerjasama Jabatan Pertanian Pahang, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Menurut Fadzir yang juga ketua blog Melur, para petani di tiga kampung berkenaan banyak kali terpaksa menanggung kerugian akibat hasil rosak, kerana masalah mesin jentuai (jentera penuai padi), yang tidak dihantar tepat pada masanya.

Katanya, urusan jentuai di bawah kendalian Pasfa namun sering kali menimbulkan masalah mengakibatkan hasil pendapatan petani merosot sehingga 50 peratus.

"Umpamanya pada musim lalu petani di Pahang Tua sahaja telah kerugian tidak kurang daripada RM84,000. Biasanya dalam satu ekar mereka dapat dua tan kalau jadi seperti ini hasil pendapatan merosot sehingga 50 peratus.

"Masalah seperti ini bukannya baru tetapi sudah berlarutan sejak 10 tahun, kenapa jadi begini sehingga tidak membuat perkiraan awal membawa masuk mesin-mesin ini oleh Pasfa.

"Selain mesin sistem perairan juga menimbulkan banyak masalahtan juga banyak masalah, pembajakan tanah paya pula tidak sempurna di samping kelewatan barang subsidi seperti baja dan racun," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurut Fadzir, selain sering membuat laporan kepada agensi berkenaan perkara tersebut juga sudah banyak kali diadukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Peramujaya namun tiada tindakan diambil. Mereka juga sudah menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Pekan namun masih tiada tindakan penyelesaian.

"Harapan kami kalau boleh Najib turun-turunlah dengar masalah petani di sini. Ini semua saudara mara waris dia belaka. Walaupun kami pengundi dia tapi nak mengadu secara langsung tak pernah dapat kerana banyak sangat birokrasi. Ketua kampung dan wakil rakyat juga tidak menyampaikan masalah kami dengan jujur.

"Masalah dibiar berlarutan seperti inilah yang membuatkan Najib hampir kalah dalam PRU 1999. Jadi eloklah Najib datang lunaskan slogan pemerintahannya iaitu Rakyat didahulukan, Janji ditepati dan YB turun padang," tegasnya.

Seorang petani lagi, Wan Zulbazlan Wan Nasir, 38, berkata sudah tiga orang Menteri Pertanian yang datang ke kampung mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Effandi Norwawi dan Datuk Seri Noh Omar lalu mengumumkan kawasan tersebut sebagai Jelapang Padi Negeri Pahang oleh Kementerian Pertanian dan kerajaan negeri Pahang sebagai Jelapang Padi negeri.

Katanya, kerajaan juga sudah mengumumkan suntikan sebanyak RM30 juta tetapi sehingga kini tidak nampak menguntungkan petani dan nasib mereka tidak berubah.

"Satu lot paya petani bersamaan dua ekar. Kos RM700 seekar jadi RM1,400. Harga padi RM1,150 setan. Pada masa ini petani sudah boleh mengusahakan padi dua kali setahun, jadi sepatutnya sudah boleh menjadi sumber pendapatan utama," katanya.

Isrulnizam Yusof, 30, pula berkata mereka mengadu ialah untuk menjaga undi Najib juga sebab itu harap Najib selepas berlegar menabur janji seluruh negara, sesekali turunlah ke kampung asalnya menjenguk masalah penanam padi di sini biar jabatan kerajaan memberi perkhidmatan lebih baik.

harakahdaily/-

Fokus Parlimen Jerantut: PR sedia tawan Jerantut

Posted: 10 Jul 2012 08:09 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

JERANTUT - Pakatan Rakyat (PR) Jerantut meletakkan keyakinan tinggi untuk memberi sangat sengit pada PRU 13 kelak, ditambah hasrat pengunduran Tengku Azlan antara yang memberi laluan dan harapan cerah parti lawan untuk menang.

Pengerusi PR Jerantut, Dr Hamzah Jaaffar berkata, bagi kesemua kerusi Dun dan Parlimen Jerantut, muka-muka baru akan diletakkan sebagai calon bertanding kelak, yang terdiri daripada kepimpinan muda.

Menurutnya, pemilihan kepimpinan muda dilakukan berikutan sokongan pengundi muda khususnya saluran 3 dan 4 memberangsangkan, dan membuktikan keyakinan mereka kepada PR dan Pas Kawasan Jerantut.

"PR melihat PRU 13 mempunyai peluang cerah untuk menawan kerusi Parlimen Jerantut, kerana gelombang perubahan pemikiran rakyat yang mahukan pembaharuan sedang giat berlaku.

"Senario politik kini memperlihatkan gelombang perubahan ini dizahirkan di seluruh kerusi parlimen dalam negara ini, khususnya kalangan pengundi muda yang menuntut pelbagai perubahan dan pembaharuan dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Dr Hamzah yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, sekiranya Parlimen Jerantut juga meletakkan calon muda mewakili BN kelak, ia tetap tidak menggugat Pas dan PR, berikutan rakyat sememangnya sudah bosan dengan BN.

Menurutnya, PR Jerantut sendiri antara yang bakal memberikan saingan sengit mendepani PRU 13 kelak, serta memastikan beroleh kemenangan walau tidak pada keseluruhan Parlimen, tetapi pada kerusi Dun yang disasarkan.

"Senario perubahan pucuk pimpinan dalam Umno Jerantut juga memberi kelebihan kepada kita, justeru komponen PR di sini tidak akan membiarkan BN menang selesa di Parlimen Jerantut. Kita juga sudah menghantar senarai pencalonan kepada pusat untuk dipertimbangkan, dan pastinya bagi berdepan cabaran BN, kita juga menggunakan sifir yang sama iaitu meletakkan kepimpinan muda sejajar dengan perubahan dimahukan akar umbi," katanya.

Dr. Hamzah berkata, kerusi Dun Damak dan Dun Tahan antara yang memberi harapan cerah untuk PR tawan.

Menurutnya, PR Jerantut menyerahkan kepada pusat untuk menentu dan menyaring calon bagi diletakkan untuk bertanding di kerusi Dun Damak, namun yang pasti bagi PRU 13 kali ini percaturannya adalah menentang secara dua penjuru.

"Arus perubahan dan selera pengundi antara yang semakin ketara memberikan gambaran awal PR boleh menang besar.

"Walau kita berdepan halangan penyampaian maklumat penyelewengan Umno kepada pengundi saluran satu dan dua, namun PR berpuas hati kerana penyampaian maklumat dan kesedaran dapat diberikan kepada saluran muda yang celik IT, serta berpihak kepada PR," katanya.

Dr. Hamzah berkata, PR Jerantut optimis bakal memenangi salah satu kerusi pada PRU 13 kali ini, ditambah peneroka di tanah rancangan Felda sendiri bukan lagi kubu kuat BN berikutan pelbagai isu berbangkit tidak selesai yang memberikan tamparan kepada peneroka.

"Kita gembira kerana sokongan kaum Cina kepada PR semakin meningkat menerusi pertambahan cawangan Dap , selain Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) turut dapat menarik lebih ramai kaum India bersama PR.

"Begitu juga bagi masyarakat Melayu dan orang asli yang turut menolak BN serta berpihak kepada PR," katanya.

Dr Hamzah juga turut mengesahkan bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Jerantut kelak menentang BN, manakala Pengarah Operasi Bagi Dun Pulau Tawar, Yohanis Ahmad dan Alif Faizal dari ANAK, dicalonkan untuk kerusi Dun Pulau Tawar.

Bagi kerusi Dun Tahan, PR Jerantut menyenaraikan dua pencalonan iaitu Pengarah Operasi Dun Tahan, Zakuan Ahmad Badarudin dan beliau sendiri, untuk bertanding mewakili Pas di kawasan berkenaan.

sinar harian/-

Kalau pejabat PM tak selamat, tempat lain...

Posted: 10 Jul 2012 08:00 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat kejadian amuk yang berlaku di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya semalam sebagai satu manifestasi ketidakamanan yang berlaku di negara kita ini.

Dalam kejadian tersebut, seorang penganggur lelaki telah mati ditembak anggota polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

"Tragedi amuk di depan JPM ini dilihat benar-benar mencalar kredibiliti Najib kerana ianya berlaku di kawasan pejabat beliau sendiri," kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.

Ini, ujarnya ditambah dengan pengumuman "3K Berkembar" iaitu Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan oleh Najib di Bandar Baru Bangi sehari sebelum tragedi itu.

"Dengan kejadian amuk ini, maka timbul persoalan di benak fikiran rakyat Malaysia, di manakah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang dimomokkan oleh Najib?" ujarnya.

Ini, kerana katanya Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Di sana juga, ujar Kamaruzaman terletaknya penginapan bagi para penjawat awam yang bekerja di Putrajaya.

"Sekiranya Jabatan Perdana Menteri yang terkenal dengan sistem keselamatan yang ketat pun tidak selamat, bagaimana pula dengan jaminan keselamatan di tempat-tempat lain?" tanya beliau lagi.

Justeru, kata beliau jaminan keselamatan dan keamanan dilihat hanyalah ungkapan kosong semata-mata.

Tambahnya, DPPWP juga melihat status keselamatan negara yang kian samar apabila polis yang dilihat sebagai penjaga keamanan turut dijadikan sebagai tebusan oleh lelaki tersebut yang hanya bersenjatakan pedang samurai sahaja.

Ini, ujarnya sekaligus menunjukkan bahawa betapa lemahnya kaedah sistem keselamatan yang terdapat di Jabatan Perdana Menteri tersebut.

Justeru, katanya DPPWP menyifatkan pengumuman 3K Berkembar Najib tidak lain hanyalah omongan kosong demi menutup kelemahan kerajaan Umno BN dan ianya dilihat sebagai strategi kuno Umno BN untuk memancing undi semata-mata.

"Namun begitu, syabas diucapkan kepada pihak polis yang masih mampu menangani tragedi amuk ini walaupun terpaksa melepaskan beberapa das tembakan," katanya.

harakahdaily/-

Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan

Posted: 10 Jul 2012 07:57 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

(Ustaz Hadi dan rombongan berbincang dengan Dr Musa di pejabatnya dekat Kaherah)

KAHERAH: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta rombongan tiba di Mesir hari ini dalam rangka lawatan rasmi beliau selepas perubahan tampuk kepimpinan baru di bawah Presiden, Mohammed Mursi.

Beliau tiba di sini kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dan bakal melalui jadual yang sangat padat sepanjang dua hari berada di sini.

Turut mengiringi beliau adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Lawatan beliau yang pernah belajar di Mesir sehingga ke peringkat master sebelum ini antara lain bagi meninjau perkembangan yang sedang berlaku di sini.

Rombongan presiden juga dijangka bertemu pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang beliau sertai serta pimpinan parti politik Freedom and Justice Party (FJP) yang menguasai kerusi parlimen Mesir selepas pilihan raya lalu.

Dalam program pertamanya hari ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut diraikan dalam satu pertemuan dengan Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas di pejabat pergerakan itu yang terletak di pinggir bandar Kaherah di sini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Fraksi Parlimen Hamas di Gaza Dr. Khalil Al Heyya.

(Berbincang dengan Dr Musa, Hamas)

Selain bertukar-tukar pandangan, pertemuan hampir sejam itu antara lain turut membincangkan soal perkembangan semasa yang sedang berlaku di Timur Tengah serta perkembang di bumi Palestin.

Dalam program lain hari ini, Tuan Guru juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif petang ini waktu tempatan.

Presiden juga dijadual menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini malam ini.

harakahdaily/-

Jiran terkejut tindakan Khalil Afandi

Posted: 10 Jul 2012 07:54 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA – "Sebulan yang lalu arwah Khalil ada datang ke rumah bersama isteri dan anaknya bertanya khabar kami sekeluarga, dia salam banyak kali dengan saya, percakapannya agak laju dan sukar difahami," kata jiran arwah Khalil, Sahak Mat Dan, 60.

Menurutnya, Khalil tidak bercakap apa-apa mengenai aktivitinya.

"Dia lahir dan membesar di Kampung Lindungan sebelum berpindah ke sini (Taman Lindungan Jaya) sejak berkahwin dia tinggal di Puchong dan sejak itu kami jarang bertemu.

"Saya terkejut selepas mendengar berita dia ditembak mati polis kerana mengamuk di Putrajaya sedangkan di sini dia terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang tua,"katanya ketika ditemui di Taman Lindungan Jaya, semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi jirannya Hashim Abdullah, 64, berkata, sejak ibunya meninggal dunia pada tahun 2008 rumah itu dihuni oleh salah seorang adik lelakinya.

Menurut Hashim, arwah Khalil juga sempat bertemunya ketika datang ke situ sebulan yang lalu.

"Dia tidak cakap apa-apa cuma tanya sihat ke tidak, itu sahaja dan dia kelihatan ceria," katanya.

Difahamkan arwah Khalil merupakan anak ketiga dari enam beradik seorang berperwatakan periang dan mudah digauli.

Adik lelaki arwah ketika ditemui di rumahnya pula enggan mengulas lanjut apa yang berlaku.

Dalam kejadian 2.30 petang kelmarin, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan polis di tangan dan bahagian ari-ari manakala rakannya Muhdalina Adam, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, terkena tembakan di paha kanan selepas mengamuk di kompleks Pejabat Perdana Menteri.

sinar harian/-

Fail rayuan kes Anwar sudah dijangka

Posted: 10 Jul 2012 07:49 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat sudah dijangka.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin, tindakan rayuan itu sekali gus disifatkan sebagai rayuan terpilih.

Beliau juga percaya, kerajaan akan berterusan mengasak Anwar untuk memastikan Ketua Pembangkang itu tidak berada di pentas politik.

"Mereka akan asak Anwar dan mereka sanggup membuat rayuan walaupun Mahkamah Tinggi mendapati tidak ada bukti kukuh di mana ia tidak perlu lagi dilanjutkan kes itu," katanya kepada Harakahdaily.

Januari lalu, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Semalam, Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan kelmarin.

Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga hari ini untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah.

Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.

harakahdaily/-

Lelaki mengamuk di JPM rupanya pemuja Tun Mahathir

Posted: 10 Jul 2012 07:45 PM PDT

21 Syaaban 1433H. [MOD] -

KELMARIN seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Blogger Umno sehabis boleh cuba mengaitkan kejadian itu dengan Pakatan Rakyat terutama Parti Islam, PAS. Tambah lucu ada blogger Umno yang mendakwa memiliki bukti kukuh MiLo SuaM telah mengupah pejuang berani mati itu kah kah kah.

Namun hasil tinjauan di blog milik lelaki tersebut, mendapati dia merupakan seorang pemuja Tun Mahathir. Tulisan terakhir di blognya dilihat memberikan pujian melambung kepada Dr Mahathir sebaliknya mengutuk Tuan Guru Nik Aziz.

Dia memuji Tun Mahathir sebagai satu-satunya manusia berjiwa besar yang pernah ditemui sepanjang hidupnya. Malah setuju jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia [Jayanegara].

Dia nak puja Tun Mahathir, nak kutuk TG Nik Aziz bukanlah persoalan di sini, namun ia membuktikan bahawa lelaki ini bukan penyokong Pakatan Rakyat. Jika dia penyokong Pakatan Rakyat masakan mengutuk TG Nik Aziz dan memuja Tun Mahathir.

Jelas sekali blogger Umno terkantoi di situ, propaganda bodoh mereka akhirnya memakan diri. Kita tunggu apa pula respon mereka selepas ini.

harakahdaily/-

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 10 Jul 2012 09:23 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS tinjau kegagalan BN di Sabah

Posted: 10 Jul 2012 04:27 AM PDT

KENINGAU: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawat ke beberapa sekolah daif di seluruh daerah ini telah menarik perhatian PAS untuk mendekati sekaligus merasai keadaan dan kedaifan yang digembar-gemburkan seperti mana yang telah didedahkan oleh media internet terutama Facebook sejak beberapa bulan lalu.





BUKTI... Datuk Tuan Ibrahim bersama Hisammuddin bergambar berlatarbelakangkan pintu pagar sekolah
Antara sekolah yang sempat ditinjau ialah  Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud yang hanya 5 kilometer dari Pekan Keningau.

Keadaan pondok pengawal yang usang, bangunan yang membahayakan keselamatan serta keadaan yang daif menarik minat beberapa rombongan PAS Malaysia yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Malaysia bersama Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Malaysia, N. Subramaniam serta Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa rombongan lain.

Menurut Datuk Tuan Ibrahim, pihaknya seakan tidak percaya apabila dikatakan harga yang mencecah RM 170,000 untuk satu bangunan berukuran 20 x 20 kaki itu yang akan menempatkan pelajar seramai 30 orang dalam satu kelas.

"Apakah benar kelas sekecil ini bernilai RM170,000 sebagaimana yg dihebahkan," soal Tuan Ibrahim.
DAIF... belajar hanya beratapkan khemah yang disediakan oleh pihak PIBG sekolah
Ada juga kelas sementara yang dibina hasil sumbangan ikhlas guru guru dan inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Ia dibina untuk menyelesaikan masalah pelajar yang belajar di bawah khemah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hisammuddin Sulaiman turut menyelar sikap pemimpin Kerajaan Sabah yang gagal memberikan komitmen dengan kehadiran Perdana Menteri ke Keningau bulan lalu.

"Ini salah satu tempat yang gagal untuk Najib dan pemimpin BN Sabah lain lawati. Ada banyak lagi kawasan-kawasan daif yang ada didaerah ini dan juga Pensiangan.

"Dan, kita akan dedahkan satu persatu," ujar beliau yang juga Yang DiPertua PAS Pensiangan.

Terdahulu, Datuk Tuan Ibrahim turut dibawa melewati beberapa jalan utama di Sook, Pensiangan yang menghubungkan beberapa buah kampung antaranya Kg. Sinulihan Baru, Kg. Batu Luguyan, Kg. Mansiat dan sebagainya.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jul 2012 09:18 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


BUAL BICARA MUAMALAH

Posted: 10 Jul 2012 06:33 PM PDT

Tajuk : Muamalah Madinah
Bersama : Dato Ismail dan Tn Hj Awaluddin Mohal
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Tarikh : 11 Julai 2012, Rabu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut sila hubungi Shamsul 019-6532973

Sempena SEMINAR FATWA MUAMALAT

*************

SEMINAR FATWA MUAMALAT
Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg

Pembentang :
Dr Zaharudin Abd Rahman
Dr Zulkilfli Albakri
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Azman Mohd Noor
Dr Amir Shaharuddin
Ust Abdullah Jalil
Ust Azrul Azlan Iskandar

PENGANJUR
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events

PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan AKPK

Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah

Posted: 10 Jul 2012 05:33 PM PDT

10 Julai 2012 : Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.

Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini.

"Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).

"Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.

"Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.

"Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.

Kes masih disiasat

"Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar," kata Mohd Fahmy.

Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau.

Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini.

"Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam.

"Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna.

"Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam", jelas Mohd Fahmy.

PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Jul 2012 07:36 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Jalan Rosak dan Sempit, Masih Ada Rakyat Yang Perlu Bantuan

Posted: 10 Jul 2012 10:28 AM PDT

Jalan Kampung Perlu Dinaiktaraf serta Masalah Penduduk Yang Masih Memerlukan Bantuan
BEKENU - Kampung Selanyau terletak dalam Kawasan Parlimen Sibuti. Sebuah perkampungan yang majoritinya adalah masyarakat kaum Kadayan. Kebanyakan mereka adalah petani dan ada juga yang bekerja dengan kerajaan dan syarikat swasta. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Selanyau mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Baru-baru ini kita buat kunjungan ke kampung tersebut untuk meninjau keadaan kehidupan masyarakat disitu. Secara amnya penduduk disitu hidup dalam keadaan aman damai dan tiada sebarang gangguan dari pencemaran alam.

Cuma ada beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah iaitu masalah jalan kampung yang agak sempit dan juga beberapa kerosakan yang boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pengguna kenderaan atau penunggang motorsikal tidak memandu dengan cermat lebih-lebih lagi pada waktu malam. Mereka juga memohon agar dipasang lampu jalan kerana pada waktu malam jalan tersebut agak gelap.
Mungkin selama ini penduduk kampung ada buat aduan tetapi tidak diambil peduli oleh pihak yang berkenaan dan mungkin ada sesetengah pihak beranggapan isu ini remeh temeh tetapi sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan sudah tentu ini akan merosakkan jalan tersebut dengan lebih teruk lagi. Sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, mereka mengharap agar pihak kerajaan dapat menurap jalan tersebut serta membaiki jalan yang rosak dan lopak itu dengan segera.

Disamping itu terdapat juga masalah keluarga yang memohon bantuan E-Kasih dan juga PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) masih belum dapat ditunaikan oleh pihak yang menjaga hal-ehwal kebajikan masyarakat. Menurut salah seorang penduduk disitu, dia mengadu kepada pihak kami yang dia sudah 4 kali mengisi borang PPRT tetapi sehingga kini masih belum dapat jawaban yang memuaskan dari pihak yang berkenaan.

Apabila diaju kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan masyarakat, jawaban mereka amat mengecewakan dimana kata pegawai bertugas disitu "Borang PPRT belum diterima atau mungkin tercicir, kena buat sekali lagi." Sudah 4 kali beliau memohon tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima jawaban yang positif.

Kita mendesak agar pihak kerajaan melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, kerana setiap mereka yang layak seharusnya diberi keutamaan bukan hanya diberi kepada mereka yang ada kepentingan politik atau kroni saja.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Need Upgraded Road and the Residents Still Need Help
BEKENU - Selanyau village is located within the Sibuti Parliamentary. A majority of villages are Kadayan communities. Most of them are farmers and some are working with governments and private companies. The journey from Miri city to Selanyau takes about 50 minutes.

Recently we made a visit to the village to see the living conditions of the community there. In general, the people there live in peaceful condition and no interference from environmental pollution.

But there are some problems that should be considered by the authorities that is the problem of the relatively narrow roads and some damage that can lead to accidents if vehicles or motorists not driving carefully especially at night. They also sought to install street lights at night because the roads are quite dark.

Maybe all this while the villagers have made complaints, but not taken care by the parties concerned and thought there may be some trivial issue, but if the problem is allowed to continue this certainly will damage the road even more severely. Before things go wrong, they hope that the government is able to pave the road and repair the damaged roads and pothole immediately.

In addition there is also the problem of families applying for assistance E-Kasih and the PPRT (Hardcore Poor Development Programme) has yet to be fulfilled by the in charge of the social welfare affairs. According to one of the resident there, she complained to us that she had four times fill in the form of PPRT, but until now has not get a satisfactory answer from the parties concerned.

When confronted to the party responsible for the welfare of society, their answers were disappointing where the duty officer said there "the form of PPRT has not been received or may be left out, have to do it again."It is four times she applied, but so far not received a positive response.

We urge the government to perform the duties with trust, honesty and fairness to all regardless of race, religion and political belief, for all those who qualify should be a priority not only given to those who have political interests or cronies only.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 10 Jul 2012 07:31 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Kerajaan buka kedai runcit, habis! rakyat kena buka kilang kereta?

Posted: 09 Jul 2012 09:21 PM PDT

Inilah persoalan yang sesuai ditimbulkan untuk menyambut pengumuman Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu, sebagaimana yang disiarkan agensi berita BERNAMA semalam (9 Julai 2012) di mana Exco berkenaan, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, Kerajaan negeri Terengganu akan melancarkan sebuah lagi anak syarikat yang diberi nama T'Hardware, yang memberi fokus kepada pembukaan rangkaian peruncitan dan pemborongan pembekalan barangan binaan dan perkakasan.

Sebelum ini telah ada rangkaian kedai T'Shoppe dan T'Café, juga merupakan rangkaian kedai milik Kerajaan Negeri yang prestasinya seakan 'hidup segan, nampak macam nak mati'!

Persoalannya, dengan begitu banyak lagi peluang perniagaan berskala besar dengan modal jutaan ringgit yang boleh diceburi oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, kenapa mereka perlu bersaing dalam bidang peruncitan yang sepatutnya menjadi sumber ekonomi rakyat biasa.

Tak berapa bijak, kalau ayah berebut rezeki dengan anak sendiri, sedangkan ayah sebagaimana diumumkan, untuk permulaan sahaja, T'Hardware telah diperuntukkan antara RM200,000 dan RM1 juta untuk modal pusingan syarikat. Mana mungkin rakyat yang boleh diibaratkan sebagai anak dalam sebuah keluarga nak bersaing dengan kerajaan yang sepatutnya berperanan sebagai seorang ayah yang penyayang dalam hal ini.

Dalam konteks perniagaan runcit seperti ini,  Kerajaan sepatutnya hanya berperanan untuk memastikan tidak berlaku monopoli perniagaan, konspirasi menentukan harga, persaingan berat sebelah dan lain-lain gejala tidak sihat dalam pasaran. Dengan kawalan dan penguatkuasaan yang adil dan berkualiti, rakyat akan mendapat peluang ekonomi yang  seimbang, harga barangan dan perkhidmatan berkualiti dengan kos yang sepatutnya.

Pada masa yang sama juga, kerajaan pula boleh menumpukan kepada tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan asas dan sektor kebajikan tidak boleh dijadikan sumber untuk mencari keuntungan, sebaliknya ia termasuk dalam tanggungjawab asasi Kerajaan. Kerajaan tidak boleh 'berniaga' dengan rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Kerana itulah, Lujnah Pengguna PAS Terengganu menyeru kepada Kerajaan Terengganu untuk menghindarkan sebarang bentuk 'persaingan tidak sihat' dengan rakyat sendiri dalam apa jua perancangan kegiatan ekonomi. Pelanduk dan gajah, adalah tak adil untuk bersaing walaupun ada ketikanya kecerdikan pelanduk mampu menundukkan sang gajah.

Ambillah iktibar dan buatlah koreksi yang sepatutnya di atas kegagalan T'Shoppe dan T'café sebelum ini kerana dana yang digunakan adalah dana awam atau duit rakyat!

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 10 Jul 2012 07:23 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Bekas Setiausaha DUN Perak Sertai PAS

Posted: 10 Jul 2012 08:16 AM PDT

Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri(foto) mengisytiharkan diri menyertai PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.
Abdullah hadir pada program anjuran PAS Perak semalam.

Dalam ucapan sulungnya beliau melahirkan kekesalan di atas tindakannya semasa menjadi Setiausaha Dun Perak pada zaman pemerintahan PR dan selepas itu kerajaan tersebut digulingkan secara rompakan oleh BN.

"Kalau kerajaan yang ada hari ini baik dan betul perjalanannya, buat apa saya memilih untuk bersama PAS?"

Kata-kata Abdullah itu di sambut dengan laungan Allahu Akhbar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya pada majlis High Tea sebagai meraikan personaliti dan pegawai Tinggi Kerajaan yang baru menyertai PAS di Hotel Hill City Ipoh semalam.
Abdullah juga menceritakan betapa pada tahun 2009, ianya mendapat tekanan dari kerajaan Zambry Kadir.

"Terlalu ramai yang mengutuk saya. Ada blog yang menulis Abdullah Antong, bertaubatlah kamu" ujar Abdullah merujuk kepada blog Al-Husseyn.

Antara ikon baru Pas yang turut hadir ialah Leman Raja Lawak; bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Haji Omar; bekas Ketua Jamaah Nazir KPM, Tokoh Guru Negeri Perak 2011, Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin; pelakon Leftenan Adnan, Hairie Othman; bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim dan Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Bin Haji Abd. Hamid.


sumber : http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/07/alhamdulillah-abdullah-antong-kini.html 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 10 Jul 2012 07:20 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


JOM KONVOI ARC AMPANG ke HIMPUNAN HIJAU @ KUALA SELANGOR

Posted: 10 Jul 2012 01:23 AM PDT

JOM RAMAI 2 KE HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA!

Posted: 10 Jul 2012 01:19 AM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 10 Jul 2012 01:23 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Ini Dia Dokumen Sahkan Najib Campurtangan Projek LRT Ampang

Posted: 10 Jul 2012 02:51 AM PDT

PKR telah mendedahkan satu dokumen (lihat lampiran di bawah) yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan. -mk

Jawatankuasa Perolehan Menteri
Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012).

JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:

1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,
2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan
4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.

Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama. Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.

Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.

Saya mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:

1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?

2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan

3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?

Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Apakah pertimbangan sebenar Dato’ Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?

Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?

Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?

Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato’ Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.

Pun begitu, saya percaya Dato’ Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.

Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato’ Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012

gr1eenboc



Media baru: Najib resah dengan generasi muda

Posted: 10 Jul 2012 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kena sedar bahawa generasi muda tidak boleh dibodoh dan digula-gulakan begitu sahaja, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. 

“Zaman untuk membodohkan rakyat sudah berlalu. Sekarang bukan zaman Perdana Menteri tahun 70-an, tetapi zaman millenium baru yang sarat dengan maklumat sepantas kilat,” ujarnya kepada Harakahdaily. 

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib meminta generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam, supaya  persepsi yang terdapat menerusi internet dan media sosial tidak mengganggu mereka di dalam membuat keputusan. 

Katanya, ucapan Najib menandakan keresahan beliau kepada generasi muda yang tidak lagi bergantung kepada media yang dikongkong oleh BN yang sarat dengan provokasi dan fitnah. 

Idris berkata, macam mana generasi muda hendak mendengar nasihat daripada seorang pemimpin yang tidak mempunyai daya intelektual untuk berhujah. 

Ini, katanya kerana cabaran untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak disambut sedangkan ia adalah medan percambahan fikiran, merupakan pendekatan baru yang perlu diambil untuk menguji kematangan dan tahap intelektual. 

“Generasi muda yang ada ialah mereka yang bermaklumat, tidak boleh dikongkong oleh mana-mana pihak. Mereka akan berfikir, kalau dah hebat sangat kenapa tidak sanggup untuk berdebat,” katanya. 

Oleh itu, ujar beliau Najib jangan marah jika generasi muda tidak bersama dengan Umno, kerana mereka menilai berdasarkan ilmu dan fakta. 

Soalnya, macam mana Najib hendak memaksa generasi muda menolak laporan internet dan media sosial di zaman langit terbuka. “Menjadi tanda tanya kepada mereka apakah laporan yang dikeluarkan oleh internet itu palsu. Jika laporan itu palsu kenapa mereka tidak ambil tindakan undang-undang,” ujarnya lagi. 

Idris menambah, generasi celik maklumat tidak boleh menerima ketika mereka terpaksa memerah tenaga untuk mendapat kerja, sedangkan kroni Umno mendapat peluang dengan begitu mudah. 

“Apakah ini satu persepsi, fitnah atau laporan palsu yang disiarkan oleh media sosial, yang mereka tidak dapat daripada media lama?” tanya Idris. 

Contohnya, kata beliau laporan melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta, projek NFC kepada suami Shahrizat sebanyak RM250 juta, Raja Farhana anak Raja Nong Chik dianugerah projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor sebanyak RM30.8 juta, Ikhwan anak Jamaludin Jarjis mendapat projek Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM128.4 juta. 


Utusan hilang integriti siar berita fitnah

Posted: 10 Jul 2012 02:18 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dalam PRU ke 13 nanti. 

Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat. 

DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat. 

Dasar ‘ampu’ atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak ‘dibakulsampahkan’ untuk menyenangkan pihak tertentu. 

DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti ini. Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup.

Seolah-olah, mereka mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata. 

DPPM ingin menegaskan, bahawa DAP hanya bertanding tidak lebih dari 60 buah kerusi Parlimen daripada keseluruhannya 222 buah, atau lebih tepat lagi 40 buah kerusi Parlimen di negara ini.

Kerusi-kerusi inilah yang mempunyai majoriti pengundi Cina di negara ini. Bagaimana mungkin DAP boleh bertanding di kerusi majoriti Melayu selebihnya?

Sudah tentu fakta yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia jauh bercanggah dari kebenarannya. 

Justeru, DPPM meminta Ketua Pengarang, kumpulan editor dan pihak berkepentingan dalam Utusan Malaysia agar segera insaf dari terus melakukan pembohongan. 

Rakyat semakin benci dengan penipuan yang tidak bermaruah dan politik fitnah seperti ini. 
Zaman ini rakyat semakin celik maklumat dan cerdik dalam menilai sesuatu.

Rakyat tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah liar yang ditaburkan bagi mengabui pemikiran mereka. Jangan sampai Utusan Malaysia menjadi bankrap disebabkan etika pemberitaan yang jahat dan jangan sampai pula Umno BN kalah teruk dalam PRU ke-13 disebabkan penolakan rakyat terhadap mereka ekoran berita mengarut seperti ini! 

Riduan ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 10 Jul 2012 01:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


JOM KONVOI ARC AMPANG ke HIMPUNAN HIJAU @ KUALA SELANGOR

Posted: 10 Jul 2012 01:23 AM PDT

JOM RAMAI 2 KE HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA!

Posted: 10 Jul 2012 01:19 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 10 Jul 2012 11:44 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bicara Selebriti : 18hb Julai 2012

Posted: 09 Jul 2012 07:35 PM PDT

Himpunan Oren 2012

Posted: 09 Jul 2012 07:34 PM PDT

MOU Antara MPKB-BRI Dengan S S Microbial

Posted: 09 Jul 2012 07:29 PM PDT









Majlis menandatangani perjanjian pembangunan pusat kitar semula dan kompos antara MPKB-BRI dengan SS MICROBIAL telah disaksi oleh YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Negeri Kelantan.

Rindu Ramadhan

Posted: 09 Jul 2012 06:53 PM PDT


Ceramah Terkini 15hb Julai 2012

Posted: 09 Jul 2012 06:52 PM PDT

Fikirkan...

Posted: 09 Jul 2012 06:27 PM PDT

DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu

Posted: 09 Jul 2012 06:24 PM PDT


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti.

Bagaimanapun, beliau hanya berkata "karut semua tu".

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.

"Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja," ujarnya.

Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya.

Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.

Moral: Najib umpama ‘menepuk air di dulang’

Posted: 09 Jul 2012 05:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kenyataan Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa pemimpin yang ingin menjadi Perdana menteri Malaysia mesti bebas daripada belenggu masalah moral umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

"Kata-kata beliau itu sendiri sebenarnya membuktikan bahawa beliaulah orang yang paling tidak layak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebenarnya," kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.

Katanya, Najib tanpa rasa malu dan bersalah menuding kesalahan kepada orang lain dan berasakan hanya beliau sahajalah yang tiada masalah moral.

Sedangkan, ujarnya seluruh Malaysia dan dunia tahu pelbagai isu moral yang sedang terpalit di badannya, ianya bukan sahaja terhadap dirinya sahaja tetapi turut melibatkan isterinya juga.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Najib seharusnya membersihkan dahulu isu-isu dan skandal-skandal yang sedang dihadapinya.

Ujarnya, umum mengetahui bagaimana Najib terpalit dengan isu pembunuhan Altantuya dan yang terkini skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang turut melibatkan diri beliau sendiri.

"Ketidaklayakan Najib sebagai seorang Perdana Menteri turut dipersoalkan apabila isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut sama terpalit dalam isu pembelian cincin RM24 juta," katanya.

Menurut Kamaruzaman, nyatalah Najib kini menjadi liabiti bukan sahaja kepada Umno BN tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

"Ianya turut ditambah dengan penglibatan isterinya, Rosmah. Namun harus diingat, bukan sahaja Najib yang mempunyai isu dan skandal moral, malahan pemimpin Umno BN memang terkenal dengan pelbagai isu tersebut," ujarnya.

Menurutnya, Malaysia akan punah apabila ditadbir oleh ahli keluarga yang penuh dengan pelbagai skandal dan isu moral.

"Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menolak bukan sahaja Najib, tetapi juga parti Umno BN yang kini  hari kian menjadi beban. Mengundi Umno BN bagaikan mendukung biawak yang hidup," katanya lagi.

DAP90: Politik Najis Umno - Mahfuz

Posted: 09 Jul 2012 05:11 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu lagi bukti politik najis Umno, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

(Keakrapan yang cuba dileraikan Umno)

"Umno terlalu terdesak kerana takut kehilangan kuasa sehingga pendakyah utama parti itu tidak merasa bersalah sedikit pun bermain politik kotor.

"Ini satu lagi politik najis Umno," kata beliau ketika menolak pembohongan Utusan Malaysia kononnya DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) parti itu didakwa oleh akhbar tersebut akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut serta dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan berkata, jumlah 90 kerusi tidak pernah timbul dalam mana-mana perbincangan.

Paling banyak, DAP hanya akan bertanding 60 kerusi, kata beliau.

Sementara itu, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena menyifatkan pembohongan itu sebagai sebahagian dari politik perkauman Umno.

Ia akibat dari ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi kesedaran semakin ramai rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menolak Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah berputus asa sama sekali untuk mendapatkan undi dari kaum Cina terutamanya, ia kini semakin cemas apabila melihat semakin ramai orang Melayu yang menyokong PR.

"Sudah tentu Umno mendapat laporan bahawa semakin ramai orang Melayu yang sakit hati kepadanya dan tidak sabar-sabar lagi menanti pilihan raya umum untuk mengajar parti itu," kata Mahfuz sambil memberitahu peningkatan sokongan orang-orang Melayu kepada PAS dan PKR semakin konsisten.

"Jumlah kehadiran orang-orang Melayu ke majlis-majlis dan program-program kita semakin bertambah termasuk di Johor.

"Peningkatan keahlian baru PAS contohnya begitu konsisten dan tidak pernah berkurangan," katanya.

Untuk menghadapi keadaan itu, Umno mencipta pelbagai pembohongan untuk menakut-nakutkan orang Melayu kepada PR.

"Umno yang selama ini menggadai dan mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu cuba menggambarkan para pemimpin Melayu dalam PR juga akan menggadai kepentingan orang-orang Melayu seperti yang dilakukannya.

"Pencuri sentiasa menuduh orang lain pun akan mencuri seperti dia,

"Umno yang mengkhianati Melayu tak henti-henti cuba memfitnahkan PR juga akan mengkhianati Melayu seperti yang dilakukannya," kata Mahfuz (gambar).

Dalam perkembangan berkaitan, DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu.

"Karut, karut, karut!" Malaysiakini memetik Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

DAP90: Utusan pembohong - Lim Kit Siang

Posted: 09 Jul 2012 05:10 PM PDT


KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, Utusan Malaysia hari ini sah sebagai "surat khabar pembohong" dan bukannya akhbar apabila ia jelas tidak jujur dan membelakangkan etika kewartawanan.

Ini ekoran laporan mereka yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke 13 nanti sebagai tajuk utama muka hadapan.

Utusan yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen meliputi 40.5% jumlah kerusi parlimen, manakala PAS dan PKR akan bertanding masing-masing 66 buah kerusi  parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"I merupakan sebuah kempen jahat, anti-nasional dan tidak bertanggungjawab oleh propagandis UMNO semata-mata untuk menyemarakkan lagi kecurigaan  antara kaum bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO tewas dan barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti," kata Kit Siang dalam kenyataannya.

Menurutnya, pada minggu lalu, beliau telah menempelak taktik menakut-nakutkan rakyat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad  sendiri apabila beliau memberi amaran bahawa pengundi Cina merupakan penentu (kingmakers) keputusan pilihan raya umum ke 13.

Orang Melayu dakwa beliau dibahagikan kepada tiga bahagian kecil malah dakwanya lagi bahawa pengundi Cina pula akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

"Saya telah menjelaskan bahawa realiti yang sebenarnya menunjukkan bahawa pengundi Cina tidak akan menjadi penentu berdasarkan aritmetik pilihan raya," jelasnya.

Faktanya, cuma terdapat 34 buah kerusi dari 222 kerusi parlimen yang menempatkan majoriti pengundi Cina.

Malah sekiranya Pakatan Rakyat memenangi semua kerusi pengundi Cina, ia cuma sekadar mewakili 15 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

Lagipun, jelasnya, terdapat 55 kerusi parlimen lagi dimana pengundi Cina cuma membentuk 30 hingga 50 peratus pengundi.

Walaupun sekiranya PR mampu untuk memenangi 80 peratus undi masyarakat Cina, ia masih memerlukan antara 35 hingga 40 peratus sokongan dari komuniti lain untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut.

Secara keseluruhan ia bermaksud pengundi Cina hanya membentuk lebih 30 peratus jumlah pengundi di 89 kerusi parlimen, jelas beliau.

Malah sekiranya PR memenangi keseluruhan kerusi ini (yang mana ia memerlukan sokongan majoroti dari komuniti lain), ia hanya akan membentuk 40 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen yang sebenarnya tidak mencukupi untuk merangkumi majoriti kerusi parlimen.

"Sekarang, propagandis Umno telah melakukan kempen menakut-nakutkan rakyat untuk menyemarakkan rasa curiga dan saling tidak percaya antara kaum – yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing 66 kerusi.

"Dakwaan ini adalah dakwaan liar dan tidak berasas sama sekali," tegas beliau.

Penentuan kerusi antara parti-parti Pakatan Rakyat juga masih belum selesai sepenuhnya dan DAP pula tidak akan mempertimbangkan untuk bertanding lebih dari 60 kerusi atau kurang dari 28 peratus dari 222 kerusi parlimen.

Walaupun pembohongan yang mengatakan DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen telah ditempelak dan dinafikan sekeras-kerasnya, cerita palsu ini akan dicanang semula oleh propagandis dan pemutarbelit Umno mengunakan helah penipuan yang lain.

Ia bertujuan menakutkan pengundi Melayu dengan dakwaan bahawa DAP akan menjadi parti yang mendominasi berbanding PAS dan PKR, sehingga dakwaan mereka ke tahap memutuskan siapa yang akan menjadi Perdanan Menteri.

Bagi Kit Siang, rtakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama maupun daerah sedang berhadapan dengan ujian besar dalam sejarah negara yang melihat samada mereka  dapat membezakan pembohongan dan kepalsuan sebagai fakta seperti dipaparkan pada "akhbar pembohong" seperti Utusan Malaysia.

"Ia juga merupakan ujian kritikal kepada kita semua samada negara dan demokrasi di Malaysia telah matang apatah lagi ia telahpun melangkau usia lebih separuh abad," tambahnya.

Faktar sebenar mengenai perkara ini ialah adakah hanya kerana dengan perkara tersebut menentukan sokongan majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat, katanya.

"Tetapi apa yang membuatkan saya terfikir dari pembohongan terkini propagandis Umno ini enunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak  dan mereka semakin percaya bahawa Umno-BN boleh ditewaskan melalui peti undi pada pilihan raya umum ke 13 nanti," katanya lagi.

Ini juga, tambahnya, merupakan sebab Najib terus menunda tarikh pilihan raya umum ke 13.

Khairiah, senator wanita ke-7 lantikan PAS Kelantan

Posted: 09 Jul 2012 05:10 PM PDT




KUALA LUMPUR: Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Khairiah Mohamed, 38, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi.

Khairiah dicadangkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) yang lepas.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberi kepercayaan penuh dan melantik saya sebagai senator.

"Amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini akan saya tunaikan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara," jelasnya kepada pemberita di lobi parlimen.

Beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarganya dan juga Dewan Muslimat PAS negeri yang sentiasa menyokong perjuangannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keyakinan bahawa Khairiah dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Khairiah atas perlantikan sebagai senator, ini merupakan senator yang ketujuh dari muslimat sepanjang PAS memerintah Kelantan.

"Saya yakin dengan pengalaman dan latar belakang beliau miliki, Khairiah dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih berkesan kepada dewan dan negara," katanya.

Khairiah sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun di MPKB BRI berasal dari Kubang Kerian, kini menetap di Kampung Sabak Pengkalan Chepa.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya.

DAP 90: Utusan cuba takutkan pengundi Melayu

Posted: 09 Jul 2012 05:03 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan bahawa DAP akan bertanding di 90 kawasan Parlimen adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu.

Pendapat itu dikongsi bersama oleh Ahli Dewan Negara daripada Pakatan Rakyat ketika ditemui Harakahdaily pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Menurut Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) yang mewakili Kelantan, isu yang dimainkan itu merupakan isu lama dan ia adalah sebagai usaha sentimen untuk menakutkan rakyat negara ini terutamanya Melayu bahawa negara ini bakal diterajui oleh DAP.

"Ia lebih kepada politik untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya nanti.

"Selain itu juga ia merupakan isu lama yang sentiasa digembar-gemburkan setiap kali tibanya pilihan raya walaupun tiada asasnya tetapi mereka tetap melakukannya," jelasnya.

Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang mewakili Pulau Pinang pula mempersoalkan dari manakah fakta itu diperolehi.

"Kita ingin tahu dari mana fakta tersebut diperolehi dan bagi saya ia adalah satu angka yang luar biasa dan mustahil.

"Kita tidak boleh main politik seperti ini dengan budaya ugut dan menakutkan pengundi dalam keadaan kita berada pada senario politik yang matang," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat perlu lebih berwaspada dalam setiap isu yang ingin dimainkan demi perpaduan kaum negara ini.

Sebelum itu, Utusan Malaysia mendakwa DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding 90 kawasan Parlimen.

Manakala PAS dan PKR pula masing-masing akan bertanding di 66 kawasan Parlimen.

Tumpu pilihan raya, usah layan Hasan Ali

Posted: 09 Jul 2012 05:03 PM PDT


SHAH ALAM: PAS Selangor meminta ahlinya supaya menumpukan usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayan karenah Datuk Dr Hasan Mohamad Ali yang telah terpinggir.

Tindakan Dr. Hasan mengadakan cerita kononnya akan diadakan debat di antara beliau dengan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pada 11 Julai akan datang jelas menunjukkan gerakan Jati semakin hilang pedoman.

Kini Hasan Ali mahu mencari populariti melalui PAS.

Setiausaha PAS Selangor, Mohamad Khairuddin Othman (gambar) berkata PAS Selangor telah bersetuju agar Pesuruhjaya Selangor serta ahlinya tidak melayan karenah Hasan Ali.

"Tumpuan kita untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Mengapa Dr Hasan Ali mahu berdebat dengan kita? Jati bukan parti politik. Bukankah masalah yang ada di Selangor ini adalah masalah yang ditimbulkan dan ditinggalkan oleh beliau?" soal beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Khairuddin, Hassan telah meninggalkan masalah sewaktu diamanahkan menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dulu ketika mempunyai ruang sebesar-besarnya untuk berjuang.

Tegas Khairuddin lagi, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik dari zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

Sehubungan itu, PAS Selangor bersama-sama dengan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) memutuskan bersama agar tidak melayan karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana beliau pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan tetapi gagal.

Ada pemimpin Umno seperti Tuan Guru Nik Aziz?

Posted: 09 Jul 2012 04:54 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Soalnya, adakah pemimpin lain yang bersifat seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kalangan Umno BN?" tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Riduan Mohd Nor (gambar).

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap rakyat Kelantan taksub kepada kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga menjangkakan BN sukar memerintah Kelantan selagi ada insan bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"DPPM menganggap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad seakan menghina rakyat Kelantan," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rakyat Kelantan dianggap tidak rasional sehingga sanggup taksub tidak tentu pasal terhadap kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja ucapan daripada beliau.

Hakikatnya, kata Riduan rakyat Kelantan tidak seperti yang ditanggapi oleh Tun Dr Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu perkembangan politik tanah air.

Beliau berkata Mahathir tidak faham istilah taksub dengan kasih.

Jelasnya lagi, rakyat Kelantan sebenarnya amat kasih dan sayang kepada kepemimpinan Tuan Guru yang zuhud, sederhana, amanah, lemah lembut dan warak itu.

Katanya, Tuan Guru adalah ulama yang dalam masa yang sama menjadi pemimpin umat.

"Watak dan keperibadian beliau yang tinggi bukan dibuat-buat, sebaliknya ia adalah watak beliau secara tersendiri yang bertitik tolak dari ilmu dan sifat ketaqwaan beliau.

"Tidak terdengar kisah penyalahgunaan kuasa semasa pemerintahan beliau, mementingkan kroni, mengkayakan beliau dan keluarganya, jauh sekali dari mengambil rasuah," katanya lagi.

Menurut Riduan, rumah yang diduduki Tuan Guru adalah sama sebelum menjadi Menteri Besar sehingga kini, tiada pengawal keselamatan yang menjaga setiap saat rumah beliau itu.

Malah, ujarnya Tuan Guru juga tidak kekok makan minum dan bermesra dengan rakyat di mana sahaja, makan nasi bungkus di gerai atau di kedai biasa, berjalan tanpa pengawal pengiring, dan tidur di mana sahaja beliau ditempatkan.

Kata Riduan lagi, MB Kelantan juga sanggup menginfakkan sebahagian dari pendapatan beliau kepada rakyat dan kerajaan Kelantan.

"Beliau juga tidak menetap di kediaman rasminya dengan memilih kediaman sendirinya. Lebih dari itu, setiap pagi Jumaat beliau memimpin kuliah Ilmu di Kota Bharu sehingga menjadi ikutan ribuan pendengar untuk hadir," katanya.

Dengan kehidupan sedemikian, kata Riduan itulah rakyat menyayangi beliau.

"DPPM meyakini, jika watak Tuan Guru sama seperti pemimpin Umno BN yang lainnya, beliau bukan setakat dicemuh, malah ditolak oleh rakyat Kelantan.

"Andai kata beliau lebih mengutamakan keluarga, sanak saudara, kehidupan beliau yang mewah serta bersifat angkuh terhadap rakyat, sudah lama Kelantan akan bertukar ganti dengan pemimpin lainnya dan PAS pula akan ditolak jauh ke tepi," ujarnya lagi.

Sebaliknya pula, kata beliau jika ada pemimpin Umno yang bersifat sama seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah pasti rakyat akan mengasihi pemimpin tersebut dan akan dijamin untuk terus kekal memerintah negeri atau negara.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Jul 2012 09:40 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dua suri rumah trauma disamun

Posted: 09 Jul 2012 11:23 PM PDT

Sinar Harian 10 Julai 2012

MANTIN – Dua suri rumah melalui detik cemas apabila disamun empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian berasingan, di Taman Pinggiran Bayu, Mantin, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berada di luar pagar rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, empat lelaki yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan rumah mangsa pertama, sebelum semua suspek menyerbu mangsa berusia 30 tahun itu.

Menurutnya, semua suspek bersenjatakan parang mengacukan senjata itu ke leher mangsa dan terus merentap gelang tangan serta dua loket rantai milik mangsa.

"Mangsa yang ketakutan menjerit dan suaminya yang ketika itu di dalam rumah segera keluar untuk membantu isterinya tetapi salah seorang suspek menendang kakinya.

"Suspek sama turut menyamun seorang pekerja yang mengecat pagar rumah mangsa, berusia 33 tahun, sebelum melarikan telefon bimbit dan kunci motosikal milik mangsa," katanya.

Yusoff berkata, tidak lama kemudian, keempat-empat penjenayah melakukan samun terhadap seorang suri rumah berusia 50-an yang melalui lorong taman perumahan itu.

"Penjenayah menghampirinya dan merentap seutas rantai leher yang dipakai mangsa. "Semua kejadian samun ini melibatkan kerugian hampir RM6,000. Bagaimanapun semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana melakukan samun berkawan tanpa senjata api," katanya.

BN sudah tiada peruntukan kewangan?

Posted: 09 Jul 2012 11:22 PM PDT

Arahan supaya kertas peperiksaan percubaan PMR dicetak oleh pihak sekolah tidak wajar dan ianya perlu dicetak oleh pihak JPNS sendiri sepertimana kebiasaannya.

Arahan ini akan membebankan sekolah khususnya dari segi kos dan biasanya sekolah akan menyerahkan bebanan kos kpd ibubapa dgn kutip yuran.

Tindakan ini menggambarkan kerajaan BN sudah tiada peruntukan kewangan bagi pendidikan.

Tindakan ini juga mendedahkan kertas soalan PMR Percubaan ini bocor...akan jumpa JPNS secepat mungkin utk bincang isu ini

Pemuda Guchil

Posted: 10 Jul 2012 09:12 AM PDT

Pemuda Guchil


Fulamak !!!! Kalau Bro Bikers Pun dah Sokong Tok Guru..pening kepala lagi Amano..

Posted: 10 Jul 2012 02:01 AM PDT

Posted: 10 Jul 2012 01:57 AM PDT

[VIDEO & BERGAMBAR] Amukan Di Putrajaya: "Imam Mahadi" Ke Lanun?

Posted: 10 Jul 2012 01:56 AM PDT

WWW 1: Nizar saman Utusan, TV3 RM100 juta

Posted: 10 Jul 2012 01:55 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 10 Jul 2012 07:39 AM PDT

PAS Kulaijaya


JANJI DI TEPATI oleh BN

Posted: 09 Jul 2012 07:57 PM PDT

PUASA RAMADHAN.

Posted: 09 Jul 2012 07:03 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 10 Jul 2012 07:34 AM PDT

mtdchenderoh


PERANGAI HODOH PENGERUSI MASJID (UMNO)

Posted: 09 Jul 2012 09:55 AM PDT

Seperti biasa salah sebuah masjid di DUN Chenderoh mengadakan kuliah maghrib. Sudah menjadi kebiasaan orang kampung mengambil kesempatan menghantar juadah makanan dengan niat bersedekah. Malam tu seorang hamba Allah bersedekah roti canai (agak banyak kuantitinya).

Selepas solat isyak, semua jamaah menikmati hidangan terutamanya roti canai. Seorang sahabat amat terkejut dengan perangai pengerusi masjid tersebut yang sedang "main tuju- tuju" cebisan roti canai dengan rakannya. Kedua- duanya umur pesara yang layak di panggil Tok.

Lantas...dijerkahnya kedua- dua orang tua berkenaan, berang melihat perangai orang tua yang tak sepatutnya berlaku. Sahabat ni terus pulang tanpa menjamah  juadah tersebut. Manakala pengerusi masjid dan rakannya terkebil- kebil malu apabila semua pandangan jamaah tertumpu kepada mereka.

Nasib rakyat selagi UMNO memerintah... apabila jawatan diserahkan kepada yang bukan ahlinya hanya kerana atas dasar kepentingan politik...

BERITA POLITIK UTUSAN ...KENA BACA TERBALIK

Posted: 09 Jul 2012 09:10 AM PDT

Utusan Meloya begitulah sifatnya. Fitnah, penipu, putar belit.... segala sifat- sifat MAZMUMAH kini sudah sebati dengan sifat akhbar UMNO ini. Mungkin mereka sendiri dah dapat merasakan hayat UMNO/ BN dah sampai ke penghujungnya maka kini mereka bertindak seolah- olah  Pejuang Berani Mati bagi UMNO/ BN.

Persetankan segala etika kewartawanan, yang penting hidangkan apa sahaja umpan, mudah- mudahan ada yang mengena.

Bayangkan sebuah akhbar perdana mengambil sumber dari tulisan- tulisan blog- blog upahan. Sumber dari blog- blog munafik tu pulak mendapat tempat di muka hadapan sebuah akhbar perdana... di mana kredibiliti wartawan serta editornya?

Kini utusan meloya selayaknya berada di bawah ranking akhbar- akhbar tabloid kerana kejijikannya yang mensajikan berita- berita yang amat memalukan selaku akhbar arus perdana.

Jika anda membaca angka- angka atau fakta- fakta politik dalam utusan meloya, kaedah bacaannya perlu diterbalikkan angka atau fakta tersebut bagi mendapatkan berita yang sebenar.

Jika dikatakan DAP akan bertanding 90 kerusi parlimen PRU ke 13... terbalikkan angka 9 dan anda akan menemui angka 60...

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Jul 2012 07:31 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BETULKAH UMNO MEMPERJUANGKAN ISLAM ?

Posted: 09 Jul 2012 11:06 PM PDT

HIMPUNAN HIJAU BAGAN DATOH : MERIAH DAN HANGAT !

Posted: 09 Jul 2012 10:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 10 Jul 2012 07:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


SANTAI ANAK MUDA

Posted: 09 Jul 2012 10:21 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 10 Jul 2012 03:25 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Lapan sekeluarga diacu parang

Posted: 09 Jul 2012 02:04 PM PDT

Petikan : Sinar Harian
Asri menunjukkan pintu bilik tidurnya yang terbelah dua selepas penjenayah terbabit memecahkannya deMARANG – Lapan sekeluarga terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila banglo dua tingkat didiami mereka di Jalan Cangkul Abas, Undang di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu, semalam.

Penjenayah terbabit turut bertindak memecah pintu bilik tidur sehingga terbelah dua dengan menggunakan tong gas memasak dan mengikat tiga ahli keluarga tersebut dengan tali termasuk mengacu parang panjang ke leher mangsa.

Pemilik banglo, Asri, 40, berkata, mereka hanya mahukan duit dan emas sahaja, malah mengugut akan mencederakan ahli keluarga termasuk melarikan isterinya jika permintaan tidak ditunaikan.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia sedang tidur bersama isterinya, Norhayati Kamaruddin, 32, dan anak bongsu mereka berusia sembilan bulan di tingkat atas manakala bapa dan ibu mentua bersama tiga lagi anak mereka pula tidur di tingkat bawah.

Katanya, dia terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi dentuman sangat kuat menghentam pintu bilik tidurnya, dan muncul seorang penjenayah yang terus meluru ke arahnya sambil menghunuskan parang panjang.

"Dia (penjenayah) yang berpakaian seperti seorang penoreh getah menutup mukanya, tetapi saya sempat melihat wajahnya ketika kain menutup mukanya itu tertanggal.

"Gara-gara masih tidak berpuas hati dengan barang diambil, penjenayah itu membawa isteri saya turun ke tingkat bawah selepas mengugut akan melarikannya, namun tidak berbuat demikian sebaliknya meninggalkan isteri saya di luar rumah," katanya.

Bapa empat anak itu berkata, selepas yakin kesemua suspek itu sudah melarikan diri, dia dibantu ahli keluarga lain berjaya membuka ikatan dan bersyukur setelah mendapati tiada anggota keluarga tercedera dalam kejadian itu.

"Mereka bagaimanapun berjaya melarikan sebuah kamera jenama Canon, external hard disk, komputer riba, lima telefon bimbit, barang kemas milik isteri dan ibu mentua saya," katanya yang tidak dapat menganggarkan jumlah kerugian akibat kejadian itu.

Sementara itu, ibu mentuanya, Khatijah Saad, 67, memberitahu, penjenayah itu turut memecahkan pintu bilik tidur tingkat bawah dengan menggunakan tong gas dan mengikat tangan dan kaki suaminya, Kamaruddin Hamzah, 70-an sebelum naik ke tingkat atas.

Menurutnya, penjenayah terbabit juga sempat memakan buah-buahan di ruang tamu sambil menggeledah setiap ruang rumah sebelum melarikan diri.

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, pihak polis kini sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes yang akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Jul 2012 01:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Juruteknik dipenjara 4 tahun rompak pekerja stesen minyak

Posted: 10 Jul 2012 12:58 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Seorang juruelektrik dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merompak seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh dengan bersenjatakan parang Februari lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan tertuduh, Mohd Shafizan Ramli, 20, menjalani hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Februari.

Mohd Shafizan didakwa bersama-sama seorang lagi yang dihadapkan ke mahkamah pada 5 Mac lalu, Mohamad Zakwan Awang Chek, 20, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang dengan mengambil sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1,881.73 daripada Md Taher Md Mokbul Hossain.

Mohamad Zakwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan Mahkamah Sesyen yang sama menetapkan 20 Julai ini tarikh perbicaraan.

Mohd Shafizan didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex Seksyen 27 di sini, kira-kira jam 9.45 malam pada 13 Februari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika Md Taher dan seorang lagi pekerja stesen minyak warga Bangladesh, Md Rajur Ahammad, berada di kaunter pembayaran, tertuduh masuk meminta rokok daripada Md Rajur.
Tertuduh kemudian masuk ke kaunter bayaran lalu mengacu parang kepada Md Taher dan mengarahkan Md Rajur mengeluarkan wang dari mesin kaunter bayaran.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Ketika ditanya Latifah mengapa dia melakukan kesalahan itu, tertuduh berkata dia terpengaruh dengan rakan-rakannya.

Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berkata, kedua-dua pekerja stesen minyak berkenaan tidak mengalami kecederaan.

- BERNAMA

Utusan hilang integriti siar berita fitnah

Posted: 10 Jul 2012 12:55 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dalam PRU ke 13 nanti.

Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Dasar 'ampu' atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak 'dibakulsampahkan' untuk menyenangkan pihak tertentu.

DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti ini.

Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup. Seolah-olah, mereka mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata.

DPPM ingin menegaskan, bahawa DAP hanya bertanding tidak lebih dari 60 buah kerusi Parlimen daripada keseluruhannya 222 buah, atau lebih tepat lagi 40 buah kerusi Parlimen di negara ini. Kerusi-kerusi inilah yang mempunyai majoriti pengundi Cina di negara ini.

Bagaimana mungkin DAP boleh bertanding di kerusi majoriti Melayu selebihnya? Sudah tentu fakta yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia jauh bercanggah dari kebenarannya.

Justeru, DPPM meminta Ketua Pengarang, kumpulan editor dan pihak berkepentingan dalam Utusan Malaysia agar segera insaf dari terus melakukan pembohongan.

Rakyat semakin benci dengan penipuan yang tidak bermaruah dan politik fitnah seperti ini.

Zaman ini rakyat semakin celik maklumat dan cerdik dalam menilai sesuatu. Rakyat tidak sesekali terpengaruh dengan dakyah liar yang ditaburkan bagi mengabui pemikiran mereka.

Jangan sampai Utusan Malaysia menjadi bankrap disebabkan etika pemberitaan yang jahat dan jangan sampai pula Umno BN kalah teruk dalam PRU ke-13 disebabkan penolakan rakyat terhadap mereka ekoran berita mengarut seperti ini!

harakahdaily/-

Dunia Politik Mesir kalut

Posted: 10 Jul 2012 12:51 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

Kaherah: Speaker parlimen Mesir, Saad el-Katatni, semalam memanggil ahli parlimen untuk mengadakan sidang esok selepas presiden baru negara itu, Mohamed Morsi mengarahkan supaya pembubaran parlimen oleh mahkamah sebelum ini dibatalkan.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, keputusan Morsi dilihat sebagai usaha mengukuhkan kuasa beliau sebagai presiden dan cabaran terbuka kepada pemimpin tentera yang memerintah negara itu sejak 16 bulan lalu apabila bekas presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Tentera menyerahkan pemerintahan kepada Morsi kurang dua minggu lalu, tetapi terus memegang kuasa yang tidak dapat dicabar.

Penganalisis berkata, kemelut terbaru itu dijangka menjerumuskan semula Mesir ke kancah keganasan dan keadaan tidak menentu.

Bangunan parlimen terus dikawal polis semalam, walaupun sekumpulan penyokong Morsi berkumpul di luar. Ramai ahli parlimen puak Islam yang menguasai 70 peratus kerusi dewan berkata mereka akan menghadiri sidang diadakan. Puak bukan Islam bagaimanapun berkata mereka akan memulaukannya.

Hormati undang-undang

"Kami tidak mungkin hadir sidang dan mengingkari mahkamah. Kita mesti menghormati undang-undang dan mematuhi perintah mahkamah," kata ahli parlimen sekular, Imad Gad.
Sementara itu Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir berkata semua keputusan membubarkan parlimen muktamad.

"Semua keputusan dan perintah Mahkamah Agung Perlembagaan adalah muktamad, tidak boleh dirayu dan mesti dipatuhi semua institusi negeri," kata satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beberapa pihak dilaporkan sudah ke mahkamah untuk mencabar keputusan Morsi, manakala mahkamah berkata pihaknya akan meneliti kes itu.

Kenyataan itu juga menegaskan keputusan mahkamah tidak mempunyai motif politik, sebaliknya bagi melindungi perlembagaan negara.

Kelmarin, Morsi mengarahkan parlimen yang dibubarkan, disahkan semula, tindakan dilihat penganalisis satu cabaran kepada tentera yang menguatkuasakan perintah mahkamah untuk membubarkan parlimen sebelum ini.

Beliau mengeluarkan satu perintah presiden merungkaikan perintah yang dibuat bulan lalu untuk membubarkan Perhimpunan Rakyat dan mengundang dewan bersidang semula.

Perintah itu juga menetapkan pertubuhan pilihan raya baru parlimen dua bulan selepas diluluskan pungutan suara perlembagaan negara itu dan menggunakan undang-undang kawal selia parlimen.
AFP

Mansuh ISA, agenda politik kerajaan

Posted: 10 Jul 2012 12:48 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

50 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan akta zalim ISA. Perjuangan rakyat ini dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan. Ribuan aktivis telah menjadi mangsa akta zalim ini. Sepanjang perjuangan ini juga Kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah.

Kenyataan terbaru Perdana Menteri menunjukkan Kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalah guna. Menurut laporan portal Malaysiakini bertarikh 9 Julai,

Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuhkan kerana tidak membantu survival politik pemerintah. ISA tidak berjaya mengekang kemaraan politik bahkan menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.

Kenyataan ini menunjukkan pemansuhan ISA bukanlah atas dasar Kerajaan benar-benar ingin berubah dan menghormati tuntutan rakyat, tetapi lebih untuk menjaga kepentingan politik Barisan Nasional yang semakin tergugat sejak tsunami politik 2008. Perdana Menteri seolah-olah mengesahkan bahawa ISA digunakan untuk mengekang kemaraan politik pihak lawan tetapi usaha itu telah gagal dan berubah menjadi sebaliknya. Oleh kerana kezaliman ISA telah menjadi elemen motivasi yang memacu kebangkitan rakyat, maka secara terdesak Kerajaan terpaksa memansuhkan ISA.

Pemansuhan ini bukanlah atas dasar Kerajaan Barisan Nasional menginsafi kesilapan ekoran kezaliman ISA, tetapi hanya semata-mata ingin menyelamatkan survival politik parti yang memerintah. Maka benarlah selama ini apa yang dikatakan oleh masyarakat sivil dan Gerakan Mansuhkan ISA yang menyifatkan ISA sebagai alat politik Kerajaan yang digunakan untuk menjaga keselamatan parti pemerintah dan bukannya keselamatan negara.

Oleh itu tidak hairan jika Kerajaan enggan membebaskan baki tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Hal ini kerana baki tahanan merupakan individu biasa yang tidak boleh mendatangkan risiko politik kepada Barisan Nasional. Oleh itu pembebasan mereka bukan perkara kritikal yang perlu dipertimbangkan. Sedangkan mereka juga masih dizalimi di bawah ISA yang menafikan hak mereka untuk mendapat keadilan. 45 orang ini juga dijadikan alat oleh Kerajaan untuk mempertahankan ego parti pemerintah yang selama ini menyifatkan ISA sebagai undang-undang yang adil.

Kenyataan Perdana Menteri ini juga GMI sifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri seperti mengatakan segala tindakan dalam ISA seperti menangkap tanpa bicara, menyeksa tahanan, mengurung tahanan bertahun-tahun dan kemudian membebaskan tahanan, merupakan langkah rasmi yang direstui oleh Kerajaan untuk mengekang kebangkitan seteru politik pemerintah. Tanpa menyesali segala penyeksaan dalam ISA, Perdana Menteri sebaliknya seperti mengiktiraf segala kerja kotor yang berlaku dan tidak menyifatkannya sebagai satu kesalahan.

Jika Perdana Menteri menyifatkan ISA sebagai telah gagal mengekang kemaraan politik lawan, maka apakah SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan yang menggantikan ISA akan mengambil alih tugas tersebut dengan lebih berkesan?. Keadaan ini menyebabkan rakyat memiliki asas yang kuat untuk meragui ketelusan Kerajaan dalam menggubal akta baru ini.

Walaupun terdapat klausa khusus dalam akta baru yang mengatakan tidak akan ada penahanan bermotifkan perbezaan politik, namun klausa itu masih bersifat umum. Sebagai contohnya, sepanjang ISA digunakan untuk mengekang politik lawan, alasan yang digunakan untuk menangkap tidak menjelaskan bahawa penangkapan itu kerana perbezaaan poltitik, namun lebih kepada tuduhan yang direka seperti ancaman untuk mengadakan rusuhan dan ancaman untuk menggulingkan kerajaan.

GMI menuntut:

Perdana Menteri segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga yang telah dizalimi. GMI menyifatkan Perdana Menteri telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang menganggap pemansuhan ISA sebagai langkah positif Kerajaan yang ingin berubah menjadi lebih baik. Namun jelas pemansuhan tersebut hanya digunakan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional yang semakin terhakis.

Kerajaan perlu segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA tanpa sebarang kelengahan. Semua tahanan perlu dibebaskan atau diberi hak perbicaraan di mahkamah. GMI menuntut Menteri Dalam Negeri mengunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan ISA

Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Keadilan dan Rekonsiliasi bagi menyiasat kes-kes penyeksaan dalam tahanan ISA dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan. Tahanan ISA dan keluarga juga perlu diberi pampasan yang setimpal dengan penderitaan yang telah mereka alami.

Kerajaan juga perlu menarik balik atau memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) yang digubal bagi menggantikan ISA. GMI berpendirian undang-undang pencegahan seperti akta baru ini tidak perlu ada kerana berisiko untuk disalah guna seperti mana kerajaan telah menyalah gunakan ISA.

Sekian.
Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi GMI

Syukri Razab

Penyelaras Suaram

Untung atas angin, Selcat teliti kontrak Kuis

Posted: 10 Jul 2012 12:41 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkemungkinan akan mengadakan sesi pendengaran awam mengenai penyelewengan pembinaan asrama Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, langkah tersebut perlu diberi perhatian supaya maklum balas jelas isu itu dapat diberikan dan tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

"Ahli Jawatankuasa akan mempertimbangkannya dan tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan itu," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Selangor 2012, semalam.

Sebelum ini, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, bekas Menteri Besar Selangor didakwa memberi kontrak kepada sebuah syarikat untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi keperluan 6,000 pelajar Kuis bernilai RM125.8 juta.

Walau bagaimanapun, kontrak itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah lagi syarikat dengan nilai RM96.1 juta kerana syarikat tersebut hanya bertindak sebagai orang tengah.

Rafizi mendakwa, syarikat asal menerima kontrak terbabit dikuasai seorang Adun Barisan Nasional (BN) negeri ini yang memiliki 51 peratus pegangan saham manakala isteri Adun BN terbabit memiliki enam peratus dan selebihnya dimiliki oleh syarikat pihak ketiga yang menerima manfaat kontrak.

Selain itu, bekas Menteri Besar itu juga didakwa menetapkan syarikat milik Adun BN itu diberi konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada Kuis dengan kadar sewa RM15.4 juta setahun.

Malah, sepanjang tempoh tersebut, walaupun kesemua urusan itu secara 'atas angin' tetapi syarikat terbabit menerima durian runtuh sebanyak RM508 juta dan keuntungan sebanyak 524 peratus.

Sehubungan itu, konsesi sewa asrama tersebut membebankan pengurusan Kuis dan anggaran sewa yang sepatutnya hanya separuh dari jumlah asal iaitu RM6 juta setahun.

sinar harian/-

Media baru: Najib resah dengan generasi muda

Posted: 10 Jul 2012 12:32 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kena sedar bahawa generasi muda tidak boleh dibodoh dan digula-gulakan begitu sahaja, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Zaman untuk membodohkan rakyat sudah berlalu. Sekarang bukan zaman Perdana Menteri tahun 70-an, tetapi zaman millenium baru yang sarat dengan maklumat sepantas kilat," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib meminta generasi muda perlu dilatih supaya mempunyai kemahiran berfikir secara mendalam, supaya persepsi yang terdapat menerusi internet dan media sosial tidak mengganggu mereka di dalam membuat keputusan.

Katanya, ucapan Najib menandakan keresahan beliau kepada generasi muda yang tidak lagi bergantung kepada media yang dikongkong oleh BN yang sarat dengan provokasi dan fitnah.

Idris berkata, macam mana generasi muda hendak mendengar nasihat daripada seorang pemimpin yang tidak mempunyai daya intelektual untuk berhujah.

Ini, katanya kerana cabaran untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak disambut sedangkan ia adalah medan percambahan fikiran, merupakan pendekatan baru yang perlu diambil untuk menguji kematangan dan tahap intelektual.

"Generasi muda yang ada ialah mereka yang bermaklumat, tidak boleh dikongkong oleh mana-mana pihak. Mereka akan berfikir, kalau dah hebat sangat kenapa tidak sanggup untuk berdebat," katanya.

Oleh itu, ujar beliau Najib jangan marah jika generasi muda tidak bersama dengan Umno, kerana mereka menilai berdasarkan ilmu dan fakta.

Soalnya, macam mana Najib hendak memaksa generasi muda menolak laporan internet dan media sosial di zaman langit terbuka.

"Menjadi tanda tanya kepada mereka apakah laporan yang dikeluarkan oleh internet itu palsu. Jika laporan itu palsu kenapa mereka tidak ambil tindakan undang-undang," ujarnya lagi.

Idris menambah, generasi celik maklumat tidak boleh menerima ketika mereka terpaksa memerah tenaga untuk mendapat kerja, sedangkan kroni Umno mendapat peluang dengan begitu mudah.

"Apakah ini satu persepsi, fitnah atau laporan palsu yang disiarkan oleh media sosial, yang mereka tidak dapat daripada media lama?" tanya Idris.

Contohnya, kata beliau laporan melupuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta, projek NFC kepada suami Shahrizat sebanyak RM250 juta, Raja Farhana anak Raja Nong Chik dianugerah projek membina Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor sebanyak RM30.8 juta, Ikhwan anak Jamaludin Jarjis mendapat projek Pusat Kawalan Trafik Udara Subang bernilai RM128.4 juta.

harakahdaily/-

Selangor tolak Langat 2 bukan kerana politik

Posted: 10 Jul 2012 12:23 AM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Senator Syed Husin Ali (gambar) memberitahu Dewan Negara, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) bukan kerana politik tetapi masalah ekonomi.

Beliau berkata, harga air akan bertambah jika kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan Loji Langat 2 itu nanti.

Malah jelas beliau, masalah penstrukturan semula air antara Syabas dan Kerajaan Selangor menjadi masalah sulit apabila kementerian dan kerajaan pusat masuk campur.

"Adakah ini diakui oleh kerajaan?" soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan hari ini.

Dalam soalan asal, Senator Ahamad Yusop meminta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan laporan media bahawa jika tiada kata sepakat antara Kerajaan Pusat dan negeri berkaitan isu air, akan berlaku krisis air yang teruk di Lembah Klang menjelang tahun 2014 dan melibatkan jutaan penduduk.

Dalam jawapannya, timbalan menteri berkenaan, Datuk Noriah Kasnon berkata, negeri Johor sudah melangkah kepada penstrukturan semula memperlihatkan kejayaannya dalam mendepani masalah air.

Bagaimanapun, Syed Husin bangun mencelah dan membidas timbalan menteri terbabit bahawa harga air di negeri Johor lebih tinggi berbanding Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor menegaskan projek Loji Langat 2 tidak perlu disegerakan kerana bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan pusat yang mendahulukan projek loji rawatan itu seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor.

harakahdaily/-

Anak buaya di parkir

Posted: 09 Jul 2012 11:47 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

TAWAU: Seorang pegawai perladangan yang cuba meletakkan kenderaannya di bahagian tempat letak kereta di depan rumahnya di Kampung Cina, Jalan Ranggu, Batu 8 1/2, di sini, malam Ahad lalu, terkejut apabila mendapati benda yang disangkanya kayu sebenarnya seekor anak buaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, pegawai berkenaan iaitu Aziz Djudja, 41, yang baru saja tiba di rumahnya, berasa hairan apabila melihat satu 'benda' sedang menunggu di tengah tempat letak kereta di depan rumahnya.

Menurutnya, beliau kemudian memberhentikan kenderaannya dan turun untuk cuba mengalihkan benda yang disangka kayu kerana menghalang laluannya.

"Bagaimanapun, apabila didekati, kayu itu seakan-akan bergerak kemudian saya cuba memerhatikan dengan lebih dekat dan terkejut apabila mendapati ia seekor anak buaya sepanjang dua meter," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aziz berkata, bimbang buaya itu mengganas, dia kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau untuk menangkap buaya berkenaan.

metro/-

WWW 1: Nizar saman Utusan, TV3 RM100 juta

Posted: 09 Jul 2012 11:44 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.

"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.

Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. (Gambar)

Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.

Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama.

"Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.

Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar.

harakahdaily/-

Najib utama pengurusan awam dari tangani jenayah

Posted: 09 Jul 2012 11:39 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan kenapa program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pencegahan jenayah hanya melebihkan kepada pengurusan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Belanjawan 2012 yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi lima aktiviti dasar.

"Saya beranggapan bahawa konsep 'keputusan besar pantas' itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara ini.

"PKR yakin seluruh rakyat mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah dan ini hanya boleh diperolehi daripada tatakelola dan pengurusan yang kukuh," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mereka perlu bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata memikirkan persepsi umum.

"Program tranformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71 peratus daripada jumlah belanjawan yang diperuntukkan adalah untuk NKRA.

"Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menunpukan persepsi rakyat awam," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama beliau turut mengulangi bahawa PKR belum menerima maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung unit khas (SB) yang melebihkan aktiviti mengintip rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah.

"Rakyat dan PKR khususnya akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab," katanya lagi.

harakahdaily/-

Isu Talam: PR tunjuk kehebatan pengurusan

Posted: 09 Jul 2012 11:36 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Selepas mematahkan serangan ahli parlimen Labis MCA Chua Tee Yong bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar) melihat hikmah di sebalik ribut yang ditimbulkan.

Pua berkata sensasi yang disengajakan oleh anak presiden MCA itu telah membolehkan rakyat melihat kehebatan pentadbiran Pakatan Rakyat dalam mengurus wang rakyat.

"Chua bukan sahaja tidak dapat membezakan antara debit dan kredit di dalam akaun perimbangan, beliau juga mempunyai cara 'menolak matematik' yang menarik – dua tolak satu dapat tiga (2-1=3)," sindir Pua.

Terdahulu, Chua telah memanggil satu sidang akhbar mendakwa kerajaan Selangor telah menyeleweng RM1 bilion dalam menyelamatkan Talam.

Kemudian, beliau mengurangkan jumlah tersebut kepada RM42 juta, yang beliau katakan yang terlebih bayar kepada syarikat tersebut.

Pua mengingatkan sekali lagi bahawa hutang Talam adalah hasil peninggalkan bekas kerajaan BN di Selangor.

"Apa yang lebih teruk ialah tiada usaha oleh pentadbiran BN untuk mendapatkan bayaran kepada hutang tersebut," kata beliau.

Beliau menambah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menampilkan kemahuan politik dengan mendapatkan kembali hutang RM392 juta daripada Talam dalam masa setahun.

Selain itu, Pua berkata kerajaan negeri turut mendapat RM676 juta aset yang dinilai pada harga RM685 juta.

Dengan pendapatan sedemikian, Pua berkata ia membolehkan kerajaan Selangor untuk membelanjakan wang dalam program kebajikan dan infrastruktur, dan meningkatkan jumlah simpanan kerajaan negeri kepada RM1.9 bilion daripada RM733 juta pada 2008.

Perkara ini, kata Pua sangat berbeza dengan cara BN menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), di mana hutang RM589.15 juta bekas bosnya Tan Sri Tajuddin Ramli telah dinyahkan oleh kerajaan.

"Tidak timbul persoalan apabila mentadbir negara dengan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, sebagaimana yang ditunjukkan di atas, Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa ia membolehkan rakyat Malaysia mencapai potensi penuh mereka," tegas Pua.

harakahdaily/-

Lintasan rasa: Sudah ada darah luruh di Putrajaya

Posted: 09 Jul 2012 11:32 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

Kejadian amuk di pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam menyebabkan berlaku kematian apabila polis tidak ada ikhtiar lain untuk menghalang si pengamuk melainkan menembaknya, merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kompleks kerajaan Putrajaya. Kejadian berdarah itu seharusnya diambil iktibar oleh semua pihak dan perlu memastikan ia tidak akan berulang lagi.

Negara tidak memerlukan tindakan-tindakan agresif berani mati seperti itu. Kita semua kena waras dalam melakukan tindakan sehingga tidak mencatatkan sejarah malang buat negara dan bangsa. Dalam kejadian semalam tidak dapat disahkan siapa yang benar dan siapa terkhilaf? Sudah pasti ada pihak yang benar dan salah dalam kejadian itu. Sebabnya, kalau kedua-dua benar, ia tidak sampai senapang meletup dan darah tumpah di pintu masuk ke pejabat Perdana Menteri.

Cuma apa yang terus menyendap di dalam kepala saya sebaik membaca laporan mengenai kejadian itu, teringat kepada kata-kata dan ucapan Perdana Menteri Ha Najib Razak mengenai kesediaannya untuk mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir. Najib dalam satu kenyataan membalas tindakan dan usaha gigih pembangkang untuk merampas kuasa politik, menegaskan yang beliau (UBN) akan mempertahankan kekuasaan itu sehingga ke titisan darah terakhir. Satu kenyataan yang penuh emosi.

Ucapan Najib itu masih dalam konotasi politik. Tetapi dari sudut lain ia bersifat jenayah. Hal-hal atau unsur darah, tembak, bunuh dan sebagainya adalah unsur-unsur jenayah atau dikaitkan dengan perilaku jenayah. Apakah kata-kata Najib tempoh hari telah merangsang si pengamuk untuk bertindak demikian? Begitukah?

Makanya orang politik hendaklah menjaga mulut dan perasaan. Mereka perlu kawal kata-kata dan butir ucapan jangan sampai bersifat atau ada elemen jenayah kerana ia memberi reaksi kepada pihak lain. Perlu ingat yang menghidup manusia ini perasaan. Perasaan pula menguasai diri seseorang itu. Jika seseorang gagal mengawal perasaan maka berlakulah kejadian-kejadian yang di luar normal kehidupan seperti apa yang berlaku itu.

Mudah-mudahan di masa akan datang.. bermula hari ini, jangan ada sesiapa yang bermain dengan perasaan atau pun mengusik perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Berpolitiklah dengan cermat dan waspada. Mungkin orang yang menyebut kata-kata jenayah tidak bermaksud sampai ke tahap seburuk itu dan ia hanya gurauan...atau ancaman, tetapi kena ingat orang yang mendengar dan menerimanya ada penilaian lain. Kata-kata yang tidak bijak itu boleh membenihkan dendam yang akhirnya berbuah kejahatan.

Atas peribadi saya menyeru kepada semua pihak hentikan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasaan di antara satu sama lain. Juga hendaklah perbuatan jahat yang sampai mengganggu hak asasi seseorang dibatasi dan diawasi. Bertindak waras dan serderhanalah dalam apa juga bidang kerana itu adalah sebaik-baik tindakan. Tindakan melampau membahayakan semua orang dan boleh membakar negara.

Bila berlaku tragedi amuk di JPM dan ada kematian dan pembunuhan yang buruknya adalah negara kita juga. Kendati Tuhan boleh mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki kita diberi hak dan dituntut mendoakan agar takdir itu tersisih jauh dan tidak berlaku. Perlu kita menyedari di mana kita (berdiri dan mengambil timbang rasa) di antara kuasa hamba dan kuasa Tuhan dalam konteks ini.

harakahdaily/-

Kereta melekat pada pokok

Posted: 09 Jul 2012 11:27 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KLANG - Dua remaja maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di kiri laluan di Jalan Langat berhadapan sebuah pusat membeli-belah Jusco Bukit Tinggi dari arah Klang menghala Banting, di sini malam, kelmarin.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, pemandu mangsa dikenali C S Selvam Kumar, 24, dan rakannya, R S Sureandran, 23, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.50 malam ketika kedua-duanya menaiki kereta dari arah Klang menghala Banting.

"Berdasarkan siasatan kereta itu disyaki dipandu laju menyebabkan kereta jenis Honda itu gagal dikawal lalu terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok di sebelah kiri laluan di lokasi kejadian.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan melekat pada pokok berkenaan selain remuk teruk menyebabkan kedua-dua penumpang pula mengalami kecederaan parah," katanya.

Beliau berkata, mayat kedua- dua mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Untuk dibedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

sinar harian/-

Status Parlimen: Tentera beri Presiden Mesir amaran

Posted: 09 Jul 2012 10:47 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) Mesir mahu keputusan membubarkan Parlimen dihormati - dilihat sebagai amaran secara langsung kepada Presiden Mohammed Mursi, yang kelmarin mengarahkan agar dewan perwakilan bersidang semula.

Scaf mengarahkan bangunan Parlimen ditutup ekoran keputusan mahkamah bulan lalu mengisytiharkan pilihan raya Parlimen sebagai tidak sah dan ia harus dibubarkan.

Semalam, Mahkamah Perlembagaan Agung menolak perintah dikeluarkan oleh Mohammed, mahu Parlimen bersidang semula.

Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai satu cabaran ke atas kepimpinan Mohammed yang mengangkat sumpah sebagai presiden yang baru lebih seminggu lalu – ketua negara yang pertama selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Ia juga kemungkinan membawa kepada krisis perlembagaan dan krisis politik baru di era pasca-Hosni.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Scaf berkata pihaknya yakin kesemua institusi negara itu akan menghormati undang-undang dan perlembagaan Mesir.

Berdasarkan keputusan Mohammed, Speaker telah memanggil satu sidang Parlimen hari ini.

Laporan BBC pula menyebut orang ramai pula sudah mula berhimpun di Dataran Tahrir – lokasi utama kebangkitan rakyat tahun lalu - menjelang sidang Parlimen yang dijangka bermula jam 10 pagi ini waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Malah laporan BBC menyebut bahawa keputusan Scaf dijangka menambah kemarahan di kalangan pengikut dan penyokong Ikwanul Muslimin yang memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya Parlimen yang diadakan enam bulan lalu.

Pengikut dan penyokong pergerakan itu mendakwa pihak tentera yang enggan menghormati undang-undang dengan memberi kuasa kepada pihaknya selepas pilihan raya Parlimen dan pemilihan presiden selesai diadakan.

Mohammed merupakan presiden pertama daripada kalangan orang awam.

sinar harian/-

Mayat bayi disangka patung

Posted: 09 Jul 2012 10:25 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

SELAYANG – Seorang peniaga pisang goreng terkejut kerana plastik yang disangkakan mengandungi patung kanak-kanak rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang ditemui di longkang berhampiran tempat niaganya sekitar Selayang Baru di sini jam 1.30 petang, semalam.

Menceritakan kejadian, saksi yang dikenali Norlisa Abdullah berkata, dia ketika itu sedang menyapu lantai kedainya untuk memulakan operasi perniagaan dan secara kebetulan menjenguk longkang yang berada di sebelah gerainya.

"Ketika ingin bersihkan lantai berhampiran longkang itu, saya terlihat suatu bungkusan yang mengandungi kepala bayi yang pada mulanya saya ingat hanyalah patung.

"Saya kemudiannya mengambil sebatang kayu untuk meneliti lebih dalam kepala mangsa sebelum pasti rambutnya adalah menyerupai bayi yang baru lahir dan lengkap bertali pusat," katanya.

Menurutnya, plastik itu hanya diikat di bahagian leher bayi menyebabkan kepalanya terkeluar.

"Sejurus kemudian, saya meminta bantuan daripada jiran berhampiran sebelum seorang daripadanya membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis menerima laporan sekitar jam 2 petang dan menemui mayat bayi dalam longkang di Jalan 62, Selayang Baru di sini.

"Mayat bayi yang dijumpai dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat serta ditutup dengan satu kotak, dibungkus kertas surat khabar dan beg plastik.

"Jantina bayi tersebut adalah lelaki dan bangsa belum diketahui serta tiada kesan kecederaan dilaporkan," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawahSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran serta membuang bayi, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

sinar harian/-

Bakar kereta sebab langgar remaja

Posted: 09 Jul 2012 10:16 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

Keadaan kereta jenis Proton Saga dibakar orang awam yang didakwa melanggar seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa patah kaki kanan, dalam kejadian malam kelmarin.

KLANG - Bengang tindakan pemandu kereta yang didakwa memandu laju hingga menyebabkan kecederaan seorang remaja, orang awam bertindak membakar kereta jenis Proton Saga itu dalam kejadian sekitar jam 11.45 malam di Batu 2, Jalan Kampung Jawa, di sini malam kelmarin.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, orang awam bertindak sedemikian selepas simpati melihat seorang penunggang motosikal berusia 17 tahun yang cedera dan patah kakinya terdampar di jalan berkenaan sejurus kejadian.

Menurutnya, mangsa disyaki dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah Klang menghala bulatan Jalan Kebun.

"Keadaan di lokasi kejadian sedikit tegang bagaimanapun keadaan dapat dikawal sepenuhnya apabila polis dari IPD Klang Selatan tiba di situ.

"Mangsa berusia 17 tahun yang patah kaki kanan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, hingga kini hanya pemandu kenderaan terbabit membuat laporan di Balai Trafik Klang Selatan, semalam.

"Berdasarkan maklumat daripada pemandu itu, dia mendakwa penunggang motosikal datang dari arah bertentangan dan telah memasuki laluannya ketika melintas kenderaan di hadapan.

"Berikutan itu, dia mendakwa gagal mengelak lalu berlaku pertembungan antara keretanya dan motosikal mangsa," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kejadian tepat masih belum diketahui memandangkan polis kini hanya mendapat laporan daripada sebelah pihak iaitu pemandu kenderaan.

"Selepas kita mengambil keterangan daripada penunggang motosikal, barulah memudahkan siasatan kita," katanya.

Rosly berkata, tindakan orang awam membakar kenderaan itu juga dipercayai ada kaitan dengan kemalangan itu dan kini siasatan lanjut masih diteruskan.

sinar harian/-

Warga emas pandu Volvo lama sejauh hampir 4.8 juta kilometer

Posted: 09 Jul 2012 10:14 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

GORDON memandu kereta Volvo P1800 miliknya di Babylon, New York semalam.

NEW YORK - Seorang bekas guru di Amerika Syarikat (AS), Irvin Gordon berharap dapat mencatat perjalanan sejauh 4.8 juta kilometer (km) bersama kereta merah kesayangannya, Volvo P1800 keluaran 1966 tidak lama lagi, lapor laman berita chron.com semalam.

Setakat ini, odometer kereta dua pintu itu mencatat jarak perjalanan melebihi 3.2 juta km atau hampir 1,176 pusingan mengelilingi dunia.

Gordon, 72, berharap dapat mencatat jarak 4.8 juta km menjelang tahun hadapan. Warga emas itu cuma perlu memandu sejauh 54,400km lagi untuk melakukan pencapaian tersebut.

"Saya seronok memandu kereta ini," kata Gordon yang membayar $4,150 (RM13,228) untuk kenderaan tersebut pada 30 Jun, 1966.

"Ketika itu, ia bersamaan gaji saya selama setahun," tambahnya.

Gemar melakukan perjalanan jauh, Gordon adalah pemegang Guinness World Record kategori Kenderaan Perbatuan Tinggi sejak 2002 dan merupakan orang pertama yang mencatat rekod tersebut.

Menurutnya, dia mengambil masa 21 tahun untuk mencapai jarak 1.6 juta km dan 15 tahun lagi untuk mencecah 3.2 juta km.

Kini bergelar duda selepas bercerai dengan isterinya, Gordon memandu sekitar 136,000km hingga 160,000km setiap tahun.

Kebanyakan perjalanan itu dilakukan untuk bersiar-siar atau menyaksikan pertunjukan automobil di seluruh AS.

Ditanya sama ada dia akan menukar kereta lama tersebut dengan model baharu, Gordon menyatakan perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

"Kenapa saya perlu menukar kereta ini? Ia ibarat seorang wanita yang baik, anda tidak akan mencari yang lain," ujarnya. - AP

Apple Kalah Saman Paten Terhadap Samsung Galaxy Tab

Posted: 09 Jul 2012 09:24 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

LONDON: Syarikat Samsung dari Korea Selatan pada Isnin, menang dalam perebutan paten terhadap pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS) Apple, apabila hakim British membuat keputusan bahawa tablet Samsung Galaxy tidak cukup 'sama', untuk dikelirukan dengan iPad keluaran Apple.

Mahkamah tinggi di Britain memutuskan tablet Galaxy yang dibuat oleh Samsung, syarikat elektronik terbesar di dunia, tidak melanggar reka bentuk berdaftar Apple dan pengguna tidak mungkin keliru dengan tablet iPad.

"Mereka tidak mempunyai reka bentuk sama dan persamaan melampau yang dimiliki oleh reka bentuk Apple," Hakim, Colin Birss berkata ketika keputusan mahkamah dibuat.

"Mereka tidaklah sama."

iPad memegang sekitar 65 peratus pasaran komputer tablet global, dengan Galaxy Samsung membuat sekitar enam peratus jualan global, menurut penyelidik.

Seorang jurucakap Samsung mengalu-alukan penghakiman itu dan memberi amaran kepada lawannya terhadap tindakan undang-undang selanjutnya.

Apple dan Samsung terlibat dalam perebutan paten antara satu sama lain di mahkamah antarabangsa, dengan kedua-dua syarikat bersaing untuk kepentingan yang lebih besar dalam pasaran telefon pintar dan tablet.

MSTAR/-

53 pemandu bas mogok tiga jam

Posted: 09 Jul 2012 08:59 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

BEBERAPA penumpang menunggu perkhidmatan bas yang terjejas selepas 53 pemandu mengadakan mogok di Melaka Sentral semalam.

MELAKA - Perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini tergendala kira-kira tiga jam apabila 53 pemandu bas mengadakan mogok di Melaka Sentral di sini dari pukul 8 hingga 11 pagi semalam.

Ia bagi membantah tindakan majikan mereka, Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas, Azam Sabtu, 39, kerana didakwa mengambil wang penumpang tanpa mengeluarkan tiket.

Ekoran laporan itu, pemandu terbabit ditahan oleh polis di rumahnya pada 3 Julai lalu.

Wakil pemandu, Rosman Wahab, 49, berkata, tindakan pengurusan Panorama Melaka tidak wajar kerana kes tersebut sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat dalaman tanpa melibatkan pihak polis.

"Kes hanya melibatkan segelintir pemandu tetapi yang kena tempiasnya pemandu-pemandu lain," katanya di sini semalam.

KOSMO/-

Cuba lagi bunuh janda

Posted: 09 Jul 2012 08:54 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

TAPAH: Selepas empat tahun, sekali lagi seorang guru wanita nyaris maut diletupkan bekas suaminya apabila lelaki itu didakwa sengaja meletakkan bom di bawah kereta wanita berkenaan yang diparkir di pekarangan Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, di sini.

Dalam kejadian jam 9.40 malam Selasa minggu lalu, guru berusia 50-an itu, bagaimanapun terselamat selepas menemui alat yang mencurigakan dipasang berhampiran tangki minyak dan ekzos Proton Saga miliknya.

Mangsa yang mengesyaki alat berkenaan bom dan bimbang kereta meletup apabila enjin dihidupkan, bergegas membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, sejurus menerima laporan, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa kereta berkenaan sebelum menemui satu alat yang disyaki bom.

Bagaimanapun, ketika itu, alat berkenaan sudah dialihkan dari bawah kereta mangsa oleh pengawal keselamatan sekolah dan meletakkannya di kawasan terbuka kerana bimbang ia meletup.

metro/-

Perarakan lilin memperingati perhimpunan BERSIH 2.0

Posted: 09 Jul 2012 08:45 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

Kira-kira 300 orang menghadiri perarakan sambil membawa lilin menuju ke Stadium Merdeka bagi memperingati perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9 Julai tahun lalu.

Peserta mula berarak kira-kira pukul 8.10 malam dari Dataran Merdeka walaupun hujan agak lebat pada ketika itu.

Peserta juga dilihat membawa payung bewarna kuning - warna rasmi BERSIH dan memakai baju hujan berwarna sama sebagai tanda sokongan kepada gabungan itu.

Kira-kira lebih 10 orang anggota polis juga kelihatan di sekitar Dataran Merdeka bagi mengawasi peserta.

Dari Dataran Merdeka, peserta melalui Jalan Tun Perak, Jalan Silang, Jalan Sultan, Jalan Hang Jebat dan Jalan Changkat Stadium sebelum tiba ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 8.50 malam.

Beberapa orang anggota polis juga dilihat mengikuti perarakan itu ke stadium.

Setibanya di Stadium Merdeka, kesemua peserta berkumpul di pintu masuk stadium sambil melaungkan ''BERSIH''. Selepas itu, peserta diminta untuk bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan itu tahun lalu.

Selepas bertafakur, acara dimulakan dengan memberi laluan kepada anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat untuk memberikan ucapan.

Selepas Wong memberikan ucapan yang penuh bersemangat, tiba giliran wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu pengarah eksekutifnya, E. Nalini untuk memberikan ucapan.

Nalini yang turut berucap bagi pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendesak agar kesemua tahanan di Kem Kamunting dibebaskan.

"Kika akan terus mendesak agar semua tahanan dibebaskan. Pada 15 Julai ini, kita akan mengadakan demonstrasi di depan Kem Kamunting. Kita akan terus desak," katanya.

NONEKemudian, sebelum perhimpunan itu bersurai, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah pula berucap sambil menyanyikan lagu 'selamat hari lahir BERSIH 2.0'.

Selepas selesai menyanyikan lagu itu, peserta beramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku.

Peserta mula bersurai kira-kira pukul 9.25 malam selepas Negaraku dinyanyikan dan wisel ditiupkan.

Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan tahun lalu bagi menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya adil dan bersih.

Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) itu turut menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan lapan tuntutan mereka terhadap sistem pilihan raya negara.

malaysiakini/-

Wabak misteri di Kemboja dirungkai

Posted: 09 Jul 2012 08:32 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENDUDUK kampung menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan anak-anak mereka di luar sebuah hospital di Phnom Penh, Kemboja semalam.

PHNOM PENH - Beberapa pakar kesihatan menemui kaitan kematian misteri berpuluh kanak-kanak di Kemboja dengan virus penyakit tangan, kaki dan mulut, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Penemuan dibuat ketika mereka giat berusaha mengenal pasti punca penyakit misteri itu.

Menurut WHO dan Kementerian Kesihatan Kemboja, daripada 59 kes yang direkodkan, sekurang-kurangnya 52 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga 11 tahun maut ekoran penyakit misteri itu sejak pertengahan April lalu.

Namun, keputusan ujian makmal baru-baru ini menunjukkan sebahagian besar sampel positif Enterovirus 71 (EV-71) yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Seorang pakar kesihatan awam untuk WHO Kemboja, Nima Asgari memberitahu agensi berita AFP bahawa virus tersebut belum pernah ditemui di Kemboja tidak seperti beberapa negara rantau Asia Tenggara lain.

Namun, Asgari memberitahu, lebih banyak ujian perlu dilakukan untuk mengenal pasti sama ada terdapat virus lain dalam wabak tersebut.

"Penemuan ini penting kerana ia membongkar misteri penyakit ini," katanya.

Tambah Asgari, penyakit tangan, kaki dan mulut adalah penyakit berjangkit dan merebak menerusi sentuhan langsung dengan bendalir badan atau najis orang yang dijangkiti.

Kaedah terbaik untuk membendung penyakit itu katanya adalah dengan menjaga kebersihan diri. - AFP

Segelas air pengikat cinta

Posted: 09 Jul 2012 08:06 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

BAHAGIA...Idris dan Rohani diarak dengan beca ke majlis persandingan, semalam.

KOTA BHARU: "Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin).

"Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga," kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK.

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.

Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.

METRO/-

(Gambar) Amuk samurai di Putrajaya, seorang mati

Posted: 09 Jul 2012 07:43 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.

Turut ditembak rakannya seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Berita Berkaitan:

[MK] Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.
Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

P/s: Betulkah pasangan tersebut mahu menggulingkan kerajaan? Kenyataan itu pula dikeluarkan oleh Utusex, surat khabar yang paling banyak kena saman!

Sumber gambar: Pelbagai

Kemas Kini:
Yang berikut ialah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia tentang insiden tersebut:

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'IMAM MAHADI ' manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).

HARAKAHDAILY/-

Pelupusan Sampah Di Kelantan Guna Teknologi Moden Dari Taiwan

Posted: 09 Jul 2012 07:28 PM PDT

20 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Masalah pelupusan sampah dan sisa pepejal di negeri ini akan diselesaikan tidak lama lagi menggunakan teknologi moden dari Taiwan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) memeterai perjanjian usaha sama dengan Syarikat SS Microbial Sdn Bhd bagi mewujudkan pusat pelupusan sampah dan sisa pepejal itu.

"Saya harap impian saya selama 20 tahun untuk menyelesaikan masalah sampah di negeri ini akan selesai apabila terlaksananya projek ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu, Isnin.

Yang Dipertua MPKB Fauzi Mat menandatangani perjanjian itu bagi pihak MPKB manakala syarikat tersebut diwakili Pengarah Urusannya, Lim Kok Eng.

Nik Abdul Aziz berkata satu kawasan seluas 4 hektar di Kampung Telong, Bachok akan dijadikan tapak pusat pelupusan tersebut.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Fauzi berkata pusat kitar semula dan kompos itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dibina berasaskan biologi dan alam sekitar untuk mereputkan sisa pepejal organik menggunakan mikrob untuk dijadikan baja organik.

Beliau berkata MPKB akan menyewakan tapak kilang sisa pepejal itu kepada syarikat berkenaan selama 20 tahun, melibatkan empat fasa.

"Melalui kaedah teknologi baru ini, MPKB akan mendapat pulangan hasil RM335,000 dalam tempoh 20 tahun, di samping dapat mengurangkan kos memproses dan melupus sebanyak 70 peratus," katanya.

Fauzi juga berkata melalui teknologi itu, sampah jenis organik akan direputkan menggunakan mikrob bagi menghasilkan baja organik yang boleh digunakan dalam sektor pertanian.

Beliau berkata setakat ini, MPKB memungut sampah berjumlah 300 tan sehari serta 110,000 tan metrik setahun, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 70 peratus adalah sampah jenis organik seperti sisa makanan, sayur-sayuran, buah-buahan serta haiwan. - BERNAMA

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 10 Jul 2012 01:06 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ceramah Hairi Othman dan Leman Raja Lawak di Besout 2

Posted: 09 Jul 2012 06:22 PM PDT





MTD N24 Bemban

Posted: 09 Jul 2012 09:42 PM PDT

MTD N24 Bemban


RAMADHAN KAREEM / IHYA RAMADHAN PASTI AS SALAM @ PAS KAMPUNG AYER PANAS

Posted: 09 Jul 2012 07:14 AM PDT

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang .Sukacita dimaklumkan PASTI As Salam dengan kerjasama PAS Cawangan Ayer Panas akan menganjurkan beberapa program sempena bulan yang mulia ini seperti tahun-tahun yang sudah.
Sehubungan dengan itu Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa penganjur dengan sukacita menjemput tuan sama-sama menyertai program yang kami anjurkan bagi memeriahkan Ramadhan ini

misbahul munir

Posted: 09 Jul 2012 09:10 PM PDT

misbahul munir


Abdullah Antong akan tetap sokong PAS sekalipun belum rasmi jadi ahli PAS

Posted: 09 Jul 2012 08:32 PM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 09 Jul 2012 07:45 PM PDT

DUN CHINI

Posted: 09 Jul 2012 07:31 PM PDT

DUN CHINI


PILIH PEMIMPIN BERWIBAWA

Posted: 09 Jul 2012 01:15 AM PDT


Mazlan Aliman.
Najib menyeru rakyat pilih pemimpin berwinawa dan bermoral. Dia sindir DS Anwar dan kaitkan pula dgn jam omega dll.

Bermoral sangat kah Najib?
Mcmna kisah dia dengan seorang artis di Port Dickson suatu ketika dulu?
Sejauh mana hubungan dengan Altantuya Sharibu?
Bagaimana dia berkahwin dengan Rosmah Mansor dan nasib isteri pertamanya?

Itu baru sedikit pendedahan mengenai moral Najib dengan wanita. Belum lagi sejarah dia sewaktu jadi MB Pahang. Terlalu banyak skandal yg diceritakan sendiri kawan2 yg rapat dengan dia.
Jangankan nak cerita pasal moral DS Anwar, moral dia sendiri pun di cerita merata2....

Sebab itu politik kita biarlah di urus secara intelek. Berdebat dan berhujah secara matang dan sihat. Bukan politik porno dan samseng. Jatuhkan maruah dan fitnah musuh politik guna media dan jentera kerajaan.
Heret Saiful, Umi Hafilda, Ezam, Zulkifli Nordin, Hassan Ali dll utk aibkan DS Anwar dengan berbagai fitnah.

Mufti Perak dan Ulama Muda Umno tolong jawab; berakhlak dan bermoral ke cara seperti ini?
Bayangkan sampai ke tahap gambar bogel kononnya DS Anwar di sebar hingga ke Masjid?

Tak cukup lagi, gambar Tuan Guru Nik Aziz sedang di liwat DS Anwar, Tuan Guru Hj Hadi berpelukan dengan Kit Siang dalam keadaan telanjang bulat, YB Salahudin berzina dengan isteri orang.....Astaghfirullah
Di edar merata rata tempat... Bukan setakat petugas saraf Umno yg buat, SB pun tumpang semangkuk.
Kena tangkap pula tu oleh petugas PR!!!

Sudah hilang aqal cara berpolitik Umno....politik longkang yg tak bertamadun!

Wahai Najib, lebih baik suluh diri sendiri dulu. Muhasabah banyak2. Isteri sendiri pun terlalu banyak masalah..

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Jul 2012 03:47 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PARTI MELAYU BURUK PERANGAI , TANAH REZAB TERGADAI !

Posted: 09 Jul 2012 03:03 AM PDT

SHAH ALAM 9 Julai: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebanyak 3,252 ekar tanah rezab Melayu yang dirampas dan dijual oleh Umno Barisan Nasional (BN) sejak mentadbir negeri itu berpuluh tahun dahulu masih belum diganti.

"Setakat ini, kerajaan negeri mempunyai rekod sebanyak 3,252 ekar tanah rizab Melayu masih belum diganti.

"Jadi kita tetap berusaha untuk mencari tanah bagi menggantikannya, tapi biar ia sepadan, maknanya jika tanah itu tanah di bandar, bermakna tanah yang mesti diganti juga tanah di bandar," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, Adun Sekincan, Ng Suee Lim, bangun mencelah bertanya kepada Khalid mengenai status tanah rizab Melayu di Kampung Bagan Nakhoda Omar yang masih menempatkan kediaman kaum Cina yang bekerja sebagai nelayan.

"Buat masa ini kita tidak boleh melepaskan lagi warta pemilikan tanah tersebut, namun kerajaan negeri masih mencari tanah yang mahu digantikan.

"Apa pun, kita mahu gantikan tanah tersebut biar sesuai, kita mengikut dasar dan kaedah yang ditetapkan, tidak mahu lepaskan begitu sahaja dan kemudian baru mahu mencari tanah ganti," jelas Khalid.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32492

ANTARA PEWARIS NABI DAN PEWARIS JUDI ! NAUZUBILLAH !

Posted: 09 Jul 2012 12:21 AM PDT

Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bangang la.

Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Najib Razak pewaris Genting



Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk

http://www.negarakita.com/Post-468488-BONGKAR%3A+Ni+Dia+Pewaris+Sebenar+Pusat+Judi+Genting

MENGATA ORANG KAMU YANG LEBIH

Posted: 08 Jul 2012 09:23 PM PDT


Contoh masaalah moral dan skandal yang belum terjawab ialah:

1 – Scandal Scorpene yang melibatkan wang rakyat berjumlah sebanyak RM500Juta..

2- Terbunuhnya gadis dari Monggolia yang bernama Altantuya di Malaysia sedangkan rekod imigresen menunjukkan beliau tidak memasuki Malaysia.. (dia terjun dari langit kot?)

3-Terjualnya dokumen sulit pertahanan negara..

4-Scandal Balak di Sabah yang melibatkan RM400 Juta baca di ( SINI )

5-Kemana menghilang lebih dari 40 buah Skyhawk di Nevada?

6-Apa dah jadi dengan dua buah enjin jet Sukhoi ketika pendaratan sulong di Gong Kedak (Enjin Sukhoi bukannya Enjin jet F5E)

7-Kenapa landasan terbang TUDM di Gong Kedak yang baru siap dibina terpaksa diturap semula?

Tulis banyak-banyak pasal aset tentera ni.. nanti pencacai UMNO kata aku tak patriotik pulak..

8-Apa dah jadi dengan scandal yang melibatkan RM 8.25 billion antara MBB dan PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) ?

9-Paling baru .. kenapa Syarikat George Kent diberikan secara terus projek yang bernilai LRT RM1Biilion?..

10-Apa pula kaitan Syarikat George Kent ini dengan Syarikat dari Perancis yang menjual Kapal Selam itu (yang ni.. sikit hari lagi Rafizi akan jelaskan…)

11-Paling menarik aku kira ialah persoalan ini.. Siapakah VVIP UMNO yang ditangkap berkhalwat bersama dengan seorang artis disebuah hotel di Port Dickson?

12- Kenapa Isa Samad yang telah dibuktikan oleh UMNO sebagai pesalah rasuah dilantik menjadi Pengerusi Felda?

Kalau nak tahu banyak lagi.. korang copy ayat ni.. 'Scandal Najib' dan paste dalam Google…

INNALILLAH ...SEMUA BLOGGER SAMADA UMNO ATAU PAKATAN RAKYAT AKAN PERGI JUA !

Posted: 08 Jul 2012 05:34 PM PDT

Berita diambil dari blog GREENBOC mengenai sahabat teman jua di alam perjuangan menentang kebatilan dan menegakkan keadilan Allah s.w.t san sunnah Rasulullah S.A.W iaitu Facebooker/blogger Tinta Hijau Kembali Ke Rahmatullah!!.....

Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ...................

Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Battutah


سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

Paparan blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit yang beralamat di malaysiaberih.blogspot.com


Ulasan GreenBoc (GB)

Seorang demi seorang telah kembali ke rahmatullah. Bebeberapa minggu yang lepas blogger D'Perbatasan Sdr Amir Fadzil, kini Tinta Hijau Dari Kaki Bukit, Sdr Nik Hazman Nik Hashim. Terasa benar dengan kehilangan mereka... dan yang tinggal hanya kenangan...

Allah swt lebih menyayangi mereka...

Namun yang GB masih terkilan, (dengan maaf) para pemimpin parti kita semacam tak kisah lansung pemergian mereka ini... sedangkan mereka inilah tunggak media baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Ribuan ahli mencari-cari dan membaca tulisan mereka setiap hari...

Namun, tidak mengapa, sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Mengetahui peranan blogger-blogger ini dan semuga Allah saja yang membalas kegigihan mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dunia siber sekian lama sekalipun manusia di dunia lalai dan lupa pengorbanan dan jasa mereka. GB pernah menulis mengenai nasib blogger PAS/PR di Bilakah PAS Akan Iktiraf Sumbangan Blogger Pula?

GB yakin Allah akan mengangkat dan menempatkan blogger ini di kedudukan yang wajar di dalam parti tidak lama lagi.

Di sebalik itu, sebenarnya ada yang paling istimewa dan paling manis: Allahyarham Sdr Nik Hazman Nik Hashim telah diambil oleh Allah swt tatkala sedang berada di bumi suci Mekah... ia tampak seperti satu penghargaan dariNya yang tiada tara nilainya... yang mana nikmat itu bukan semua orang dapat mengecapinya. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh para mukminin, solehin dan syuhada, amin ya rabbal 'alamin. Alfatihah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan