CINA ISLAM (林川興) Posted: 06 Jul 2012 01:20 AM PDT Buruh berdepan hukuman mati Posted: 06 Jul 2012 12:40 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - GONG PASIR – Seorang buruh berkemungkinan berdepan hukuman gantung jika disabitkan kesalahan memiliki dadah selepas ditahan polis narkotik di sini, pagi kelmarin. Suspek, 48 dari perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tanjung Pagar ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Wahid Sujani kira-kira jam 9.20 pagi di hadapan sebuah rumah di Gong Pasir. Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek dikatakan bertindak melemparkan satu beg sebelum polis berjaya menahannya. Bagaimanapun pemeriksaan ke atas beg terbabit dipercayai miliknya menemui beberapa kotak rokok yang mengandungi botol berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin. Turut ditemui 200 pil kemerahan disyaki dadah jenis methampethamine. Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum ditahan reman mengikut 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membolehkan siasatan terperinci dilakukan ke atasnya. Jika bukti mencukupi, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut dan pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk membolehkan suspek dituduh di mahkamah atas kesalahan memiliki dadah berbahaya itu. Sinar Harian | TTS: Peneroka Keratong akan saman Felda Posted: 06 Jul 2012 12:37 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TEMERLOH: Felda sekali lagi akan berhadapan dengan saman daripada peneroka di atas kecuaian agensi berkenaan menguruskan kepentingan peneroka dengan baik. Pengerusi Jawatan Bertindak Peneroka Felda Keratong 8, Jaludian Mat Hussain 52, (gambar) berkata, pihaknya telah mengesan kesalahan Felda membuat pemotongan berebihan wang Tabung Tanam Semula (TTS). Katanya, agensi berkenaan telah terlebih potong wang peneroka bagi TTS dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda setelah segala usaha untuk berunding tidak dilayan. "Kami telah mengutus surat kepada Felda tetapi tidak mendapat layanan," katanya. Jelas Jaludian, Felda telah melakukan kesilapan apabila membuat potongan bagi TTS melebihi tempoh sepatutnya. Difahamkan, Felda telah membuat potongan sebanyak RM40 sebulan selama 20 tahun bagi seorang peneroka namun angesi berkenaan didapati meneruskan potongan walaupun tempoh telah tamat. Peneroka meminta wang berkenaan dikembalikan kepada peneroka dengan segera. Jaludian berkata, pihaknya kini telah mendapatkan nasihat dari peguam dan akan memfailkan saman dalam masa terdekat ini. Menurut Jaludian, peneroka sebenarnya tidak berminat untuk menyaman Felda namun tindakan agensi berkenaan yang enggan berunding dan mengembalikan wang lebihan itu memaksa peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah. Sebelum ini peneroka turut menyaman agensi berkenaan dalam isu Kadar Perahan Gred (KPG) dan wang TTS yang gagal dipulangkan Felda kepada peneroka yang mengusahakan tanaman semula secara persendirian. Jaludian menasihatkan peneroka di seluruh negara supaya membuat semakan bagi memastikan tiada potongan berlebihan untuk TTS. Ini kerana apabila wang berkenaan sudah masuk keakauan Felda ia sukar untuk dipulangkan kepada peneroka seperti yang berlaku kepada wang TTS dimana sehingga ini masih ada peneroka yang menanam sendiri belum menerima wang mereka. Katanya keadaan mungkin menjadi lebih sukar apabila Felda kini dikuasai oleh pihak lain yang tidak tahu asal usul Felda. Sinar Harian | Janin dalam kotak kasut Posted: 06 Jul 2012 12:36 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - MELAKA - Seorang penjaga kaunter tandas Melaka Sentral, di sini terkejut apabila mendapat tahu kotak kasut berisi daging yang ditemui dalam tandas lelaki, awal pagi semalam adalah janin. Kotak putih dibungkus dengan plastik berwarna coklat itu diterima Salmah Hamid, 45, kira-kira 8 malam oleh seorang pemandu bas yang menggunakan tandas berkenaan. Salmah berkata, dia didatangi seorang pemandu bas berusia lingkungan 30-an yang membawa kotak berkenaan. "Masa itu saya sedang duduk di kerusi kaunter. Pemandu bas itu keluar dari tandas lelaki sambil membawa kotak kasut dan meletakkannya atas kerusi kosong di sebelah saya. "Dia meminta saya tengok isi kotak itu. Saya tanya apa isi dalamnya. Dia kata ada 'daging'. "Saya terus tidak berani hendak buka dan memang tak mahu tengok apa isi kotak itu, lalu meminta dia bawa kotak itu ke bilik pengawal," katanya. Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan rakanrakannya terdapat janin tidak cukup bulan di kotak itu, sebaik saja polis tiba ke Melaka Sentral untuk membuat pemeriksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah berkata, janin yang ditemui itu berusia lingkungan enam hingga tujuh bulan. "Janin lelaki cukup sifat itu dijumpai dalam kotak kasut dalam keadaan bersih dan tiada uri serta tidak dibalut sebarang kain. "Siasatan awal dipercayai janin berkenaan baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Muhammad Koey berkata, polis masih mengesan suspek bagi membantu siasatan kes mengkut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. "Siasatan awal juga mendapati kejadian berlaku antara jam 5 dan 8 pagi. Setakat ini, polis cuba mengenal pasti suspek menerusi kamera litar tertutup," katanya. Beliau berkata, janin berkenaan dibawa ke Hospital Melaka, di sini untuk tindakan selanjutnya. Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Turus (Siasatan Seksual dan Keganasan Rumah Tangga) D11, Asisten Superintendan Noor Zarini Ariffin di talian 06-2854222 atau 019-7731273 bagi membantu siasatan. Sinar Harian | Kerana RM100, ugut mahu bakar rumah Posted: 06 Jul 2012 12:30 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Hanya kerana tidak dapat RM100 yang diminta daripada bapanya, seorang penganggur tergamak mengugut akan mencederakan semua ahli keluarga dan membakar kediaman mereka, dalam kejadian di Kampung Tok Hakim, Padang Midin, Ahad lalu. Bagaimanapun, tindakan Abdul Hakim Che Jaafar, 23, membawanya ke penjara setelah dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM4,000 atau empat bulan penjara. Hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam selepas tertuduh mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera, dengan niat menyebabkan ketakutan kepada bapanya, Che Jaafar Ali, 55, di kediaman mereka pada jam 10 pagi, 1 Julai lalu. Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang berehat di rumah bersama ahli keluarga lain sebelum didatangi tertuduh yang meminta wang RM100 daripadanya. Mangsa tidak mengendahkan permintaannya itu menyebabkan dia naik angin lalu mengugut akan mencederakan mangsa serta ahli keluarga dalam rumah ketika itu. Dia turut mengugut akan membakar kediaman yang menjadi tempat berlindung mereka sekeluarga selama ini. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, memandangkan sebelum ini, dia kerap mengamuk dan merosakkan peralatan rumah disebabkan mahu duit. Abd Hakim ditangkap pada hari kejadian. Sinar Harian | Terengganu mengamuk, belasah Sarawak 6-1 Posted: 06 Jul 2012 12:26 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KUANTAN - Tewas pada perlawanan pembukaan Rabu lalu, Terengganu hari ini bangkit dengan semangat baru apabila membenam Sarawak 6-1 pada perlawanan peringkat kumpulan temasya Sukan Malaysia ke-15 di padang Majlis Perbandaran Kuantan di sini. Juara bertahan itu mempamer aksi garang dengan asakan-asakan berbisa khususnya menerusi kapten pasukan Muhammad Fakhrurazi Musa dan Mohd Fahmi Izzudin Mohd Zaki. Mohd Fahmi Izzudin menyumbat gol sulung Terengganu pada minit ke-29 diikuti tujahan Mohd Faidzol Fazreen Shamsuddin pada minit ke-36 menjadikan kedudukan 2-0. Sarawak bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-41 apabila sepakan penalti oleh Maxwell Boly Uchigol tepat ke dalam gol Terengganu. Namun, gol itu gagal membendung kemaraan skuad Penyu yang sekali lagi meledakkan gawang Sarawak menerusi Mohd Fahmi Izzudin sejurus sebelum berakhir babak pertama. Bersambung babak kedua, Terengganu meneruskan pesta gol menerusi Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit ke-47, Muhammad Fakhrurazi (minit ke-54) dan Muhammad Amirul Syahmi Ash'ari (minit ke-63), dengan kedudukan tamat masa perlawanan 6-1. Mengulas kemenangan itu kepada Bernama kemudian, Mohd Fakhrurazi berkata, beliau dan rakan-rakan mendapat motivasi baru selepas tewas 0-3 pada pasukan tuan rumah Pahang kelmarin. "Kali ini kami turun dengan moral yang lebih tinggi, untuk menebus kekalahan dengan Pahang, dan juga untuk memastikan Terengganu akan mempertahankan kejuaraan," katanya. Beliau berkata, Terengganu juga tidak boleh leka dan harus sentiasa bersedia dalam setiap perlawanan meskipun menentang lawan bukan pasukan pilihan. "Semua pasukan kami anggap hebat dan kami akan melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Terengganu," katanya. Perlawanan peringkat kumpulan acara bola sepak berlangsung sehingga Ahad ini bagi memilih lapan pasukan terbaik untuk berentap dalam pusingan suku akhir pada Selasa depan. – Bernama Sinar Harian | Penjara 8 tahun rogol anak tiri Posted: 06 Jul 2012 12:25 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - SEREMBAN – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol anak tirinya, tahun lalu. Tertuduh berusia 27 tahun itu kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin. Ahmad Kamar dalam penghakimannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa tarikh ditangkap. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya berusia tujuh tahun di daerah ini, kirakira 5.45 petang pada 10 September 2011. Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta 10 sebatan jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, anak tiri tertuduh berusia empat tahun memberitahu ibunya, bahawa tertuduh berada di dalam bilik air bersama mangsa. Ibu mangsa kemudian ternampak tertuduh memeluk mangsa dari belakang dalam keadaan bogel. Ahmad Kamar berkata, kesalahan dilakukan tertuduh amat serius dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ainul Wardah Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sinar Harian | 25 pelajar keracunan makanan Posted: 06 Jul 2012 12:23 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PORT DICKSON – Seramai 25 pelajar di sebuah sekolah kebangsaan, di sini dikejarkan ke Klinik Kesihatan Port Dickson setelah mengalami keracunan makanan disyaki selepas menikmati makanan nasi ayam dalam satu program di sebuah sekolah di Pasir Panjang, kelmarin. Difahamkan, kesemua pelajar tahap dua sekolah tersebut tiba di klinik dengan dihantar oleh guru selepas mereka mengadu sakit perut ketika sesi pembelajaran di sekolah, semalam. Salah seorang bapa pelajar berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendapat panggilan daripada pihak sekolah mengatakan anaknya dibawa ke klinik selepas mengalami cirit-birit kerana keracunan makanan. "Pihak sekolah menelefon saya kira-kira jam 10 pagi memaklumkan anak saya mengalami sakit perut. "Malam tadi (semalam) anak saya ada juga mengadu sakit perut, namun saya fikir ia sakit biasa sahaja dan hanya menyuruhnya berehat, namun tidak menyangka ia akibat keracunan makanan," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Port Dickson, semalam. Seorang pelajar pula mendakwa, dia makan nasi ayam namun tidak tahu sama ada sudah basi ataupun tidak. "Ketika itu, saya lapar dan hanya makan begitu juga dengan rakan-rakan lain," katanya yang enggan dikenali. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di klinik berkenaan mendapati beberapa pelajar sedang mendapatkan ubat sambil ditemani guru dan ibu bapa. Kesemua pelajar terbabit bagaimanapun dilihat meninggalkan klinik selepas kira-kira dua jam kemudian. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, semua pelajar yang terlibat berada di dalam keadaan stabil dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. "Bagaimanapun, kita akan menyiasat punca kejadian ini kerana ia adalah sesuatu perkara yang serius dan tidak sepatutnya berlaku," katanya. Ismail turut memberi amaran kepada pengusaha kantin sekolah dan mana-mana pengusaha makanan agar memastikan makanan yang disediakan kepada pelajar atau pelanggan sentiasa bersih. "Kita mempunyai undang-undang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut dan mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas," katanya. Sinar Harian | Lena asmara tidak panjang Posted: 06 Jul 2012 12:19 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - AMPANG - Sepasang kekasih yang sedang lena tidur di dalam sebuah bilik di sebuah rumah kedai, di sini, terkejut dengan kehadiran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam serbuan di kediaman berkenaan, awal pagi semalam. Pasangan yang bekerja di sebuah hotel di ibu kota itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi setelah penguat kuasa menerima aduan mengenai pasangan tersebut di rumah itu sehingga menimbulkan keraguan penduduk. Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika ditahan lelaki itu memberi alasan dia terpaksa mengikut teman wanitanya pulang ke rumah itu kerana keretanya rosak. "Lelaki berkenaan turut memberi alasan tidak dapat pulang ke rumahnya di Kajang kerana tiada pengangkutan awam dan dia perlu hadir di tempat kerja pada awal pagi. "Difahamkan bilik sewa itu milik rakan mereka dan rakannya tidak mengetahui kehadiran pasangan berkenaan," katanya. Menurutnya, ketika penguat kuasa mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang perempuan berbaju dan berseluar pendek membuka pintu. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki hanya memakai seluar pendek sedang nyenyak dalam keadaan tertiarap atas katil," katanya. Ahmad Nawi berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut," katanya. Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Sinar Harian | Tiga individu dicari polis bantu siasatan kes bunuh Posted: 06 Jul 2012 12:17 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - BATU PAHAT - Pihak polis sedang mencari tiga lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang remaja pada 24 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketigatiga lelaki berkenaan dipercayai turut berada di tempat kejadian itu berlaku. Menurutnya, Tee Kas Suat @ Ah Wee, 25; Goh Si Tak @ Ah Tak, 31 dan Gan Song Kuey, 24; beralamat terakhir di Senggarang dicari polis bagi melengkapkan siasatan. "Kami percaya ketiga-tiga lelaki ini dapat membantu siasatan pembunuhan ke atas Aw Soon Ming, 17, yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badan di parkir sebuah pasar raya bulan lalu," katanya ketika sidang mediadi Balai Polis Yong Peng di sini, semalam. Beliau berkata, polis juga giat mengenal pasti seorang lagi remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan. "Sehubungan itu, kami mengharapkan kerjasama daripada orang awam ataupun saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau mengenali empat lelaki itu untuk menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan," katanya. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng, Lim Kee Moi Sinar Harian | Berang cerita mati pucuk tersebar, suami belasah isteri Posted: 06 Jul 2012 12:16 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PETALING JAYA – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya. Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk. Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil. "Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya," katanya. Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya. Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga. "Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia," katanya. Sinar Harian | Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS Posted: 06 Jul 2012 12:11 AM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula. "Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah," katanya. Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. Harakah Daily | Sukma: Terengganu kuasai taekwondo Posted: 05 Jul 2012 09:08 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TERENGGANU berjaya memastikan dua emas menjadi milik mereka di pentas taekwondo dan juga emas pertama untuk berada di kedudukan keenam temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, semalam. Sharifah Maryam Alawiyah Syed Abdul Hamid memastikan pingat emas pertama untuk skuad Penyu bagi kategori Lightweight 57 hingga 62 kilogram (kg), sebelum Nur Dhia Liyana Shaharuddin menambah koleksi pingat seterusnya menerusi kategori Bantamweight 49 hingga hingga 53 kg. Manakala, Shirley Kua Xiao Zie menambah koleksi emas Sarawak bagi kategori melebihi 73 kg dan memastikan Sarawak mendaki satu anak tangga ke kedudukan ketiga dengan mengumpul sembilan mata. Bagi kategori lelaki melebihi 87kg menjadi milik atlet R Abinasan dari Negeri Sembilan, dan Chew Wei Yan memenangi emas bagi kategori Bantamweight 58 hingga 63 kg. Sinar Harian | Bunuh diri kerana gagal bayar sewa Posted: 05 Jul 2012 09:07 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - BERLIN - Seorang lelaki berumur 53 tahun yang diusir dari rumah sewanya di bandar Karlsruhe, Jerman, bertindak membunuh diri selepas menembak empat tebusan termasuk teman wanitanya. Kejadian yang berlaku kelmarin, menyaksikan suspek seorang penganggur telah menembak mati seorang penolong pengurus dan tukang kunci yang cuba mengusir pasangan itu dari rumah sewa mereka, menurut polis. "Malang sekali, mangsa keempat yang ditembak suspek adalah seorang penyewa yang baru sahaja memasuki rumah berkenaan. "Pihak polis tidak sempat berbuat apa-apa bagi mengelakkan kejadian itu berlaku ke atas mangsa," kata ketua polis Karlsruhe, Roland Lay. Selain menjumpai lima mayat semasa serbuan, polis turut menemui selaras senapang patah, senapang, dua pistol, peluru dan sebutir bom tangan tiruan dalam pangsapuri itu serta dipercayai dibeli secara haram. Polis berkata, suspek yang juga pekerja sosial telah menjemput sepasukan polis ke rumahnya sebelum menembak mati kesemua tahanan termasuk dirinya sendiri. Sinar Harian | Liga Super: Azraai tagih khidmat Owana Posted: 05 Jul 2012 09:06 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - NEGERI Sembilan menagih khidmat penyerang berbisanya, Jean Emmanuel Effa Owona untuk menggugat benteng pertahanan Kedah di Stadium Darul Aman, malam ini. Tekad untuk melakukan kebangkitan selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut, jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kehadiran semula Owona yang menyuntik semangat pasukan untuk menebus maruah yang tercalar sebelum ini. "Saya yakin dengan kembalinya momentum serangan termasuk Ahmad Shakir Ali mampu membantu kami untuk mencipta kemenangan di laman lawan," katanya yang telah menasihatkan Owona supaya dapat mengawal emosi supaya insiden digantung perlawanan tidak berulang. Bukan mahu mendabik dada, Azraai yang juga bekas pengendali skuad Kenari berkata, anak buahnya juga perlu memanfaatkan peluang dengan situasi pasukan Kedah yang masih tercari-cari rentak dalam perlawanan. "Saya mahu mereka kekal fokus dan disiplin yang tinggi kerana kalau boleh saya mahu perlawanan selesai dalam 90 minit dan tidak pulang dengan tangan kosong. "Namun, kami masih perlu berwaspada terutama dengan ketua pasukan mereka, Baddrol Bakhtiar, penyerang Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar dan pemain import, Safi Al- Fatah," katanya. Untuk rekod, skuad Hoben Jang Hoben kini menghuni tangga keenam dengan 33 mata, manakala skuad kendali Wan Jamak Wan Hassan di kedudukan ke-12 dengan 25 mata dalam carta Liga Super setakat ini. Sinar Harian | Wartawan Sudan berhimpun protes sekatan terhadap media Posted: 05 Jul 2012 09:05 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KHARTOUM - Lebih 100 wartawan Sudan berhimpun di ibu negara kerana memprotes tindakan penapisan dan sekatan kerajaan terhadap media. "Protes kumpulan media kali ini adalah yang paling besar berbanding acara yang dianjurkan sebelum ini," kata wartawan veteran, Faisal Mohammed Salih, kelmarin. Perhimpunan menentang KHARTOUM - Lebih 100 wartawan Sudan berhimpun di ibu negara kerana memprotes tindakan penapisan dan sekatan kerajaan terhadap media. "Protes kumpulan media kali ini adalah yang paling besar berbanding acara yang dianjurkan sebelum ini," kata wartawan veteran, Faisal Mohammed Salih, kelmarin. Perhimpunan menentang keengganan terhadap penapisan dan tindakan mengganggu para wartawan. "Kami tahu mereka (suruhanjaya) tidak akan berbuat apa-apa dengan memo ini tetapi mereka telah mengalu-alukan kehadiran pengamal media ini," katanya sambil menambah protes tersebut dilakukan untuk meningkatkan kebebasan bersuara. Sinar Harian | Harimau Muda: Kim Swee fokus Liga S Posted: 05 Jul 2012 09:04 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KETIADAAN kelibat wonderkid Malaysia, Nazmi Faiz dalam skuad Harimau Muda A yang memulakan cabaran bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar sedikitpun tidak menjejaskan persiapan skuad kendalian Ong Kim Swee mengharungi pusingan kedua Liga Singapura (Liga S) 13 Julai ini. Bakal menentang Tanjong Pagar United FC Jumaat depan, Kim Swee kini tekad untuk mengalih tumpuan pasukannya dalam menebus kekecewaan tewas mengejut 1-2 kepada Myanmar ketika saingan Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon Selasa lalu. "Meskipun Nazmi sudah tidak beraksi bersama skuad negara, namun dengan kehadiran pemain pertahanan kanan yang juga kapten pasukan, Mahali Jasuli serta Mohd Affize Faisal Mamat yang tidak dapat bersama ketika Kelayakan Piala AFC B-22 lalu, saya pasti kami mampu mencapai sasaran kejuaraan dalam meneruskan saingan liga," katanya kepada Sinar Harian semalam. Menyifatkan kejayaan menewaskan lawan sama 3-0 dalam pusingan pertama Mac lalu adalah permulaan yang baik buat pasukannya, Kim Swee bagaimanapun enggan mendabik dada dan menasihatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah dengan keupayaan skuad kendalian T Pathmanathan yang kini menduduki tangga ke-10 liga. "Kita mungkin mempunyai sedikit kelebihan dari segi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa dan juga program latihan di luar negara, namun begitu, masa boleh merubah segalanya. Oleh itu kami perlu lebih fokus dan tidak terlalu mengambil mudah dengan kemampuan pihak lawan," katanya. Harimu Muda kini berada di tangga keenam (23 mata) dari 12 perlawanan dengan perbezaan dua perlawanan daripada pendahulu liga, Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) yang mengumpul 29 mata daripada 14 perlawanan. Sinar Harian | Kubur Arafat akan digali semula Posted: 05 Jul 2012 09:02 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin menyatakan bersedia untuk menggali semula kubur Yasser Arafat, susulan pendedahan laporan makmal di Switzerland yang mendakwa punca Allahyarham meninggal dunia disebabkan racun polonium-210.(Gambar Hiasan) Tindakan itu bagi membolehkan pakar mengambil sampel untuk penyelidikan lebih terperinci, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kematian misterinya. Lapan tahun lalu, balu Allahyarham menolak bedah siasat dijalankan ke atas suaminya, tetapi beliau mengubah fikiran selepas laporan tersebut mendedahkan suaminya mungkin telah diracun. Allahyarham dilaporkan jatuh sakit secara tiba-tiba sebelum menghembuskan nafas terakhir semasa berumur 75 tahun pada 11 November 2004. Agency | Awang Adek-Hon Cheong: Banyak lagi akan didedah Posted: 05 Jul 2012 08:52 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Biarpun cabaran dibuat sejak minggu lalu, namun sehingga kini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek masih membisu berhubung hubungan beliau dengan ahli peniagaan Chung Hon Cheong. Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang Adek untuk tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan. "Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa 3 minggu diberikan semakin berlalu. "Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas eidulFitri," kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin. Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong. Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut. Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran. Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999. Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan. "Itu hanya sebahagian dari dokumen lain. Banyak dokumen lain seperti pembayaran road tax, insurans, kelab golf, bil - bil seperti telefon yang atas nama Awang diuruskan oleh ahli perniagaan tersebut," tegas Badrul. Harakah Daily | Penyakit misteri bunuh 61 budak di Kemboja Posted: 05 Jul 2012 08:48 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PHNOM PENH - Pegawai kesihatan di Kemboja kini bertungkus-lumus mencari punca sejenis penyakit misteri yang meragut lebih daripada 60 nyawa kanak-kanak negara itu sejak dua bulan lalu. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), sindrom yang tidak didiagnosis itu membunuh 61 orang daripada 62 kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital sejak April lalu, tetapi tidak menunjukkan ianya merebak menerusi manusia ke manusia. Jurucakap WHO, Aphaluck Bhatiasevi memberitahu, petugas kesihatanmasih cuba untuk mengenal pasti sama ada kes melibatkan penyakit serupa atau terdiri daripada kumpulan pelbagai penyakit. Kesemua kanak-kanak yang dijangkiti adalah di bawah umur 7 tahun dan mengalami demam panas diikuti dengan gejala neurologi serta masalah pernafasan teruk dalam masa singkat. Kes berkenaan dilaporkan berlaku di beberapa hospital 14 wilayah yang kebanyakannya terletak di selatan Kemboja. Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Man Bung Heng berkata, pencarian punca sebaran penyakit misteri itu akan mengambil masa dan mengesahkan bahawa negara-negara jiran telah dimaklumkan mengenainya. Sinar Harian | Hughes teruja jelajah pertama Posted: 05 Jul 2012 08:47 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TERUJA untuk memulakan jelajah pertamanya ke Asia, pengurus Queens Park Rangers (QPR), Mark Hughes berharap Super Hoops dapat memikat hati "peminat baru" terutama penyokong di Malaysia. Menyifatkan jelajah pra-musim sebagai medium mengeratkan hubungan antara pasukan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Asia Tenggara, Hughes yakin lawatan mereka sememangnya amat tepat di dalam dan di luar padang. "Saya tahu betapa besarnya EPL di sana (Asia Tenggara). Jadi saya yakin ia pasti sangat hebat apabila kita bertemu de ngan mereka. "Jelajah ini juga bukan sekadar untuk menarik peminat baru, sebaliknya berharap pemain akan dapat kembali ke England dengan skuad yang lebih cergas di penghujung lawatan," katanya. QPR bakal bertandang ke Kota Kinabalu pada aksi persahabatan pertama menentang Sabah di Stadium Likas sebelum bertemu The Red Warriors di Stadium Shah Alam 20 Julai nanti. Hughes yang menyertai QPR pada pertengahan musim lalu turut berhasrat untuk mempersiapkan pemainnya dalam bentuk yang sempurna bagi menghadapi musim baru. Sinar Harian | Krisis nuklear Jepun angkara manusia Posted: 05 Jul 2012 08:43 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TOKYO - Krisis nuklear di loji Fukushima, tahun lalu, adalah angkara perbuatan manusia dan bukan hanya disebabkan oleh bencana tsunami, menurut laporan siasatan akhir, semalam. Laporan Suruhanjaya Siasatan Bebas itu mendapati krisis tersebut berpunca daripada pakatan rahsia kerajaan bersama pengawal selia Tokyo Electric Power (Tepco). Mereka percaya perbuatan khianat menyebabkan krisis nuklear dan kebocoran radiasi itu tercetus. Siasatan tersebut adalah yang ketiga dijalankan berhubung krisis nuklear sejak bencana nuklear terburuk di Chernobyl pada 1986. Sinar Harian | Israel tolak naik taraf status kolej Posted: 05 Jul 2012 08:41 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TEL AVIV - Majlis Pendidikan Tinggi Israel, semalam, memutuskan untuk tidak mengubah taraf sebuah kolej di Ariel kepada universiti. Jurucakap majlis itu, Sharon Achdut berkata, lima daripada tujuh ahli jawatankuasa menolak untuk menaik taraf status institusi tersebut kerana khuatir ia akan meningkatkan lagi kemarahan negara antarabangsa dan penduduk Palestin di Tebing Barat. Difahamkan, jika kolej berhampiran kawasan penempatan kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin itu diiktiraf sebagai universiti, ia akan memberi peluang lebih besar kepada penduduk Yahudi untuk terus menguasai Tebing Barat. Sinar Harian | BBC dituduh godam laman sesawang stesen TV Iran Posted: 05 Jul 2012 08:39 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - TEHERAN - Stesen Televisyen Iran, kelmarin, menuduh Syarikat Penyiaran Britain (BBC) menggodam laman sesawang mereka dan mengubah keputusan tinjauan berhubung program nuklear di negara itu, namun BBC menafikan dakwaan tersebut. Tuduhan itu dibuat selepas sebuah stesen penyiaran Britain melaporkan 63 peratus daripada responden di Iran menggesa projek pengayaan uranium dihentikan sebagai pertukaran untuk menamatkan sekatan ekonomi yang dikenakan negara Barat. Bagaimanapun, Teheran menegaskan hanya 24 peratus membantah projek tersebut dan selebihnya menyokong penutupan laluan strategik, Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap sekatan itu. Kesatuan Eropah (EU) mula mengenakan sekatan ke atas eksport minyak dan ekonomi Iran bermula 1 Julai lalu. Sinar Harian | Lelaki tidak mengaku bersalah guna wang palsu Posted: 05 Jul 2012 08:33 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Taktik seorang bekas tentera menggunakan sekeping not RM100 palsu untuk membeli di sebuah kedai runcit di Ketereh di sini, terbongkar, apabila dia dicekup dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Bekas tentera berkenaan, Mohd Naim Mansor, 31, bagaimanapun tidak mengaku bersalah menggunakan wang palsu itu. Dia didakwa menggunakan wang tersebut itu sebagai tulen di sebuah kedai runcit di Taman Desa Pahlawan, Ketereh di sini, pada jam 9 pagi, 19 Jun lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 489B yang membolehkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Pada prosiding sama, tertuduh juga menafikan pemilikan empat wang palsu, RM100, RM50, RM10 dan RM1 di balai Kok Lanas di sini, pada jam 12 tengah hari, tarikh sama. Bagi tuduhan kedua itu, tertuduh berdepan penjara yang boleh sampai 10 tahun. Bagaimanapun, susulan daripada pengakuan tidak bersalah tersebut, Hakim Azman Mustapha menetapkan sebutan semula pada 3 September depan, sementara itu, dia dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Terdahulu, peguam bela Khidmat Bantuan Guaman, Aisyah Abdullah, memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin berikutan isteri tertuduh masih dalam tempoh berpantang. "Isterinya baru sahaja melahirkan anak mereka yang ketiga, 10 hari lalu. Kehadiran tertuduh di sisinya diperlukan bagi dia mengharungi tempoh selepas bersalin dengan lebih baik," katanya. Sinar Harian | EPL: Persie tinggalkan Arsenal Posted: 05 Jul 2012 08:25 PM PDT 16 Syaaban 1433H. [MOD] - PENYERANG sensasi Arsenal, Robin Van Persie yang menjadi rebutan beberapa kelab ternama bola sepak Inggeris akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan karier bersama Arsenal, musim depan. Dalam satu kenyataan rasmi di laman webnya, beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah pertimbangan sewajarnya dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas berbincang dengan Ketua Eksekutif, Ivan Gazidi. "Saya fikirkan mengenai keputusan ini semasak-masaknya untuk tidak menyambung kontrak bersama Arsenal. Anda berhak untuk tidak bersetuju mengenai apa yang saya lakukan dan saya menghormati segala pandangan yang diberikan. "Apa pun terjadi, saya tetap berbangga bersama kelab ini selama lapan tahun. Saya sayangkan kelab dan penyokong di sini kerana tempat saya membesar dan menjadi pemain bola sepak seperti hari ini," katanya. Van Persie yang memasuki musim terakhir kontraknya yang bernilai £80,000 (RM246,000) seminggu bersama Gunners kini menjadi taruhan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang sedang berusaha mendapatkan bintang Belanda itu dengan tawaran £20 juta (RM99.2 juta). Sinar Harian | |
PAS KDAS 3 Posted: 05 Jul 2012 09:27 PM PDT |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 05 Jul 2012 09:25 PM PDT Pusat Khidmat sudah buat surat,langkah lain masuk suratkhabar! Posted: 05 Jul 2012 05:34 AM PDT Penduduk Taman Berkat di hadapan tapak pembinaan yang berhampiran rumah mereka.Fadhil Idris ,Pegawai Khas DS Nizar bersama penduduk.Ikhtiar yang dibuat Fadhil Idris,masuk Sinar Harian,Utusan dan Berita Harian taubat lahum boleh siar. Terima kasih Sinar Harian. TAIPING - Penghuni hampir 40 rumah di jalan utama dan Lorong 15, Taman Berkat, di sini, hidup dalam kebimbangan apabila rumah mereka retak disebabkan aktiviti keluar masuk lori ke tapak pembinaan di kawasan berhampiran. Wakil penduduk, Zulkifli Baharom, 54, berkata, bahagian lantai rumahnya retak termasuk di ruang dapur dan bilik tidur akibat pergerakan tanah yang berlaku di situ. Menurutnya, surat aduan sudah dibuat kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT) agar membuat kajian semula mengenai lori bermuatan tanah dan bahan binaan yang melalui jalan taman, di sini disekat. "Pihak pemaju didakwa gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MPT dalam isi surat rasmi jabatan berkenaan bertarikh 15 April 2011 sehingga menimbulkan beberapa masalah termasuk keretakan pada dinding dan lantai rumah, kerosakan dan mendapan pada jalan," katanya. Selain itu, penduduk juga terdedah dengan pencemaran debu dan habuk yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah mengancam keselamatan mereka. "Kita telah mencadangkan agar pihak pemaju mencari jalan alternatif untuk pergerakan keluar masuk lori ke tapak pembinaan di Mukim Jebong," katanya. Kamaruddin Razali, 65, berkata, lebih 40 penduduk telah menurunkan tanda tangan sebagai bantahan termasuk membuat tiga laporan polis secara serentak pada 20 Jun lalu atas kerosakan yang berlaku. "Bagaimanapun, penduduk rasa kesal kerana belum ada tindakan dilakukan memandangkan lori-lori berkenaan masih meneruskan operasi seperti biasa. "Sepatutnya pemaju membina jalan alternatif tanpa mengganggu ketenteraman penduduk selain membahayakan keselamatan kanak-kanak yang pergi dan balik ke sekolah," katanya. Aziz Ahmad, 43, berkata, MPT perlu bertegas dalam membuat keputusan agar pihak pemaju projek pembinaan membina jalan alternatif yang dicadangkan. "Jika perkara ini terus berlaku, jalan utama penduduk keluar masuk akan terjejas teruk selain berlaku kerosakan seperti jalan berlubang dan retak. "Kita berharap tindakan segera dilakukan sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak dingini yang akhirnya merugikan semua pihak termasuk membayar pampasan di atas kerugian penduduk yang terlibat akibat projek berkenaan," katanya. Hantar surat aduan dan bantahan SEMENTARA itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohamad Fadhil Idris berkata, pihaknya telahpun menghantar surat kepada MPT atas aduan yang diterima daripada penduduk setempat berhubung masalah rumah retak dan pencemaran debu yang berlaku. Menurutnya, setelah menjalankan pemantauan, pihaknya mendapati lori-lori yang menggunakan laluan utama penduduk di kawasan taman berkenaan dikenal pasti sebagai punca utama kerosakan berlaku. "Kita amat berharap pihak MPT dapat segera bertindak sebelum masalah menjadi semakin serius jika terus dibiarkan tanpa perhatian tegas," katanya. MPT keluar surat henti operasi PENGARAH Kejuruteraan MPT, Kamaruzzaman Kamari di dalam suratnya sebelum ini bertarikh 15 April 2012 kepada pihak pemaju berkata, pihaknya telah menerima surat permohonan untuk menggunakan jalan Taman Berkat oleh pihak pemaju untuk kerja-kerja tanah skim perumahan di atas lot 1761. Bagaimanapun, katanya, pihak MPT telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi termasuklah pemaju perlu meletakkan bonggol di beberapa lokasi yang ditentukan selain mematuhi syarat-syarat kelulusan kerja tanah. Menurutnya, pemaju juga ditegaskan agar menyediakan 'washing bay' dan lain-lain peralatan berkaitan seperti 'high pressure water jet'. "Selain itu, pihak pemaju juga diingatkan agar meletakkan papan tanda lalu lintas mengikut arahan Teknikal Jabatan Kejuruteraan pada jalan keluar masuk dan persimpangan yang terdapat di taman tersebut. "Bukan itu sahaja malah, kawasan laluan kenderaan perlu dipasang dengan papan tanda had laju iaitu 30 kilometer sejam dan menjadi tanggungjawab pemaju membaiki jalan yang dilalui jika berlaku kerosakkan dengan kadar segera selain membersihkan kenderaan yang keluar ke jalan awam serta dala keadaan bertutup. "Kita turut menyediakan had masa bagi laluan kenderaan yang hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari dan 2 petang sehingga 5 petang," katanya. Kamaruzzaman ketika dihubungi Sinar Harian semalam, menegaskan pihaknya sedang menyediakan surat kepada pemaju bagi menghentikan segera pengangkutan lori dari melalui jalan taman tersebut sehingga pihak pemaju mengambil tindakan membina jalan alternatif seperti yang dibangkitkan penduduk kepada pihak MPT. sinar | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 05 Jul 2012 09:12 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 05 Jul 2012 09:06 PM PDT Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi Posted: 04 Jul 2012 11:13 PM PDT KULIAH ILMU Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir | |
MTD N24 Bemban Posted: 05 Jul 2012 09:01 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 05 Jul 2012 07:34 PM PDT Posted: 04 Jul 2012 08:41 PM PDT Hasrat seorang ADUN Johor untuk menjadikan negerinya sebagai negeri yang pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang Hudud yang sebenar ke atas semua rakyat negeri itu amat disanjung tinggi.
Langkah pertama yang perlu dibuat oleh beliau ialah memastikan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003) dipinda terlebih dahulu supaya menepati kehendak Islam.
Secara sepintas lalu berikut dinyatakan beberapa fasal (seksyen) yang amat bercanggah dengan Islam di dalam Enakmen itu;
SEKSYEN 19. MINUMAN YANG MEMABUKKAN
(1) Mana-mana orang yang di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sebagai perbandingan dinyatakan bentuk denda di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (Kelantan) 1993 yang didakwa tidak menepati kehendak Islam.
22 (1) Syurb adalah kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan siapa yang melakukan kesalahan ini, samada mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.
Dan di TerengganuEnakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002
5 (2) Sesiapa yang melakukan kesalahan Syurb hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan, jika dia mengulangi kesalahan kali kedua dan seterusnya maka dia akan dikenakan hukuman sebat sebanyak empat puluh kali sebatan, manakala kali ketiga ditambah dengan hukuman Ta'zir sebanyak empat puluh kali sebatan dan jika mengulangi kali keempat atau seterusnya akan disertakan dengan hukuman tahanan Ta'zir.
Bagi kezalahan zina pula Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor (2003) memperuntukkan:
SEKSYEN 27. PERSETUBUHAN LUAR NIKAH
(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. (2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (Kelantan) 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002dinyatakan:
11 (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati. (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu-mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.
Ada beberapa lagi kesalahan yang dihukum dengan Hudud dan Qisas yang belum dibincangkan di sini.
Apa pun kita doakan UMNO Johor akan tampil dengan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Johor yang baru yang betul-betul menepati kehendak Islam seperti yang dicadangkan oleh ADUN berkenaan. | Posted: 04 Jul 2012 08:03 PM PDT PAS desak PM jelaskan penamatan jawatan KP Perkhidmatan AwamThe Malaysian Insider – Tue, Jul 3, 2012Oleh Amin Iskandar KUALA LUMPUR, 3 Jul — Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak jelaskan sebab mengapa khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah ditamatkan pada 1 Julai lalu. Menurut ahli parlimen Pokok Sena itu, kontrak perkhidmatan Abu Bakar seharusnya tamat tempoh dalam masa tiga tahun lagi. "Tan Sri Abu Bakar Abdullah baru sahaja menandatangani surat untuk melanjutkan tugasnya sehingga umur 60 tahun dan beliau sekarang ini baru berumur 57 tahun. "1.4 juta penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui mengenai misteri penamatan jawatan beliau," kata Mahfuz (gambar) lagi. Mahfuz mendakwa bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan oleh kerana terdapatnya amalan politik di peringkat tertinggi penjawat awam mengambil contoh mantan ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang dilantik sebagai Pengerusi Petronas sehari selepas tamat perkhidmatan. Naib Presiden PAS itu merujuk kepada khabar angin yang menyatakan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan akibat daripada kontroversi skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini yang dibatalkan selepas mendapat bantahan majoriti penjawat awam yang berjawatan rendah. "Tidak adil untuk menjadikan Abu Bakar kambing hitam kepada kegagalan SBPA. SBPA sudah bermula semenjak Tan Sri Ismail Adam menjadi Ketua Pengarah lagi. "Majlis Gaji Kebangsaan yang dipengerusikan oleh perdana menteri turut maklum dengan SBPA dan menyokong sepenuhnya sebelum ditarik balik," kata bekas ketua pemuda PAS itu. Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa, Tan Sri Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan dengan menggunakan Perkara 49 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. "Peraturan 49 hanya digunakan untuk kes-kes yang melibatkan isu ketenteraman awam dan perkara-perkara yang boleh merugikan negara. "Kerajaan harus jelaskan kepada orang ramai, apakah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga menganggu ketenteraman awam atau SBPA yang dijadikan sebab," gesa Mahfuz. Abu Bakar sebelum ini dilaporkan enggan memberikan komen tentang sebab-sebab penamatan perkhidmatannya tetapi berkata bahawa beliau bersedih dengan peristiwa itu. Penamatan perkhidmatan Abu Bakar berlaku timbul tatkala perbincangan mengenai sikap neutral penjawat awam timbul akibat daripada kenyataan Ketua Setiausaha Negara baru, Datuk Seri Ali Hamsa yang mahu penjawat awam tidak terpengaruh kepada janji pembangkang. | Posted: 04 Jul 2012 07:59 PM PDT http://sanggahtoksago.blogspot.com, | 05 Jul 2012 |
Sehingga pagi ini, pemburuan saya terhadap cerita diva Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah dan penyanyi bersuara lantang Ning Baizura nak masuk PAS belum menemui jawapan. Sumber-sumber "penyiasat" bebas saya, tidak memberi apa-apa maklumat berkaitan. Juara lagu 1990, Aishah Ariffin yang saya hubungi juga masih belum dapat menghubungi Kak Pah. Katanya, nombor telefon lama sudah bertukar. Dah tamat perkhidmatan. "Tengah cari no telefon baru dia," kata Aishah kepada saya. Namun siasatan terus berjalan bagi mendapatkan kepastian. Jika benar kedua-duanya masuk PAS, sudah pasti yang memberi impak politik yang besar terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta upaya melakari wajah baharu politik Malaysia. Pada hemat saya, cerita biduanita terkenal tanahair Kak Pah nak masuk PAS muncul sebaik diva itu mendaftarkan diri sebagai pengundi setelah selama ini dia tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai parti Islam PAS dan akan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.
Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian 30 Jun 2012 bertajuk "Salahuddin: tanding di Johor bukan bunuh diri" turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyebutkan dalam satu ceramahnya di Johor baru-baru ini. Salahuddin turut menyebut nama Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi. Apapun, saya sedang meneruskan siasatan untuk mempastikan ianya menjadi kenyataan. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 05 Jul 2012 07:17 PM PDT Pemuda Mesti Sanggup Dan Bersedia Ditarbiyah Posted: 05 Jul 2012 05:01 AM PDT oleh : Lajnah Tarbiah Pemuda Dun Sura KAMPUNG MOLEK : Pemuda DUN Sura telah berkesempatan menjemput Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah untuk menyampaikan motivasi khusus bertajuk 'Kepentingan Tarbiyah' kepada seluruh pemuda DUN Sura baru-baru ini. Program yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu terlebih dahulu bermula dengan majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa pemuda DUN Sura bagi membina jiwa pemuda yang sentiasa terdedah dengan hembusan roh tarbiyah yang berterusan.Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman dalam mukaddimah taujihatnya memperingatkan para pemuda bahawa kita sebagai hamba mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam kehidupan ini. Allah menilai seseorang bukanlah disebabkan paras rupanya yang cantik tetapi melalui hatinya yang bersih sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
Sirah turut merakamkan seseorang yang hitam seperti Bilal, Khabab dan perempuan yang sentiasa menyapu masjid Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam termasuk antara yang dijamin syurga. Beliau mengingatkan bahawa pemuda PAS mestilah sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang ditarbiyah bagi membina jiwa-jiwa pejuang agama Allah. Bahkan, Rasulullah sendiri menghadapi suatu tempoh tarbiyah khusus daripada Allah Taala sebelum dibangkitkan dan dilantik sebagai Rasul utusan Allah pada usianya 40 tahun.
"Oleh sebab itulah, dalam kehidupan Nabi, Allah telah mentarbiyah Nabi. (Nabi pernah bersabda): Tuhanku yang mendidikku, dan aku menerima sebaik-baik didikan. Allah sendiri mentarbiyah Nabi. Tarbiyah yang diberikan oleh Allah adalah sebaik-baik tarbiyah" tegas beliau yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah DPPNT. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa istiqamah adalah perkara yang penting dalam perjuangan ini. Baca lagi....DI SINI
| |
Rembau Hari Ini Posted: 05 Jul 2012 07:15 PM PDT Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi Posted: 04 Jul 2012 11:15 PM PDT KULIAH ILMU Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 05 Jul 2012 03:17 PM PDT KITA SANTUNI RAKYAT WILAYAH ! EMPAT BELAH NANTI ! Posted: 05 Jul 2012 02:20 AM PDT PAS Wilayah Persekutuan akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat PAS Wilayah Perskeutuan. Kali ini PAS Wilayah Perseketuan memilih lokasi ditengah-tengah badaraya Kuala Lumpur sebagai pusat penganjurannya. Himpunan ini akan diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012, dan bertempat di dua lokasi berasingan. Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya. Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan-kawasan menjelajah Kuala Lumpur. Dijangkakan 1000 buah motosikal serta 200 buah kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing. Antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan-pimpinan PAS WP. Prof Dr Nik Zain akan turut hadir menyampaikan ucapan kelak. Di sebelah malamnya pula, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Lokasi Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri akan menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai Himpunan ini. Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke 13 yang akan dipimpin oleh Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri, Setiausaha Dewan Ulama' PAS Pusat. Selepas solat Isyak pada jam 9.00 malam, kemuncak program bermula dengan pidato daripada pimpinan-pimpinan PAS Pusat. Antara pimpinan PAS Pusat yang akan hadir adalah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad – Ajk PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK, Ustaz Nasrudin Hassan- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Timbalannya Ustaz Nik Mohd Abduh, Setiasuaha Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Balasubramaniam - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS. Selain mereka, PAS WP juga menjemput Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Datuk Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng. Artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti. PAS WP juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS. Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar menyertai PAS dalam majlis tersebut. Seluruh ahli PAS, penyokong serta rakyat dijemput untuk menghadiri himpunan Hijau ini dengan memakai baju berwarna hijau bagi memeriahkannya. | AN WANG SENG & KULIAH TOK GURU ! Posted: 04 Jul 2012 11:26 PM PDT Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan. Dalam buku ini juga saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tesebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain. Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada generasi yang akan datang." - Ann Wan Seng, Penulis KANDUNGAN Jumaat (1) - Menyuruh kepada yang Makruf, Melarang kepada yang Mungkar Jumaat (2) - Taubat Jumaat (3) - Takwa Jumaat (4) - Dosa Pahala Jumaat (5) - Tauhid Jumaat (6) - Sedekah Jumaat (7) - Doa Jumaat (8) - Rezeki Jumaat (9) - Kiamat dan Akhirat Jumaat (10) - Hijrah Jumaat (11) - Terima Islam sebagai Ad-Din Jumaat (12) - Fasik Jumaat (13) - Keluarga Jumaat (14) - Dakwah Jumaat (15) - Kelebihan Hari Jumaat Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk) Mukasurat = 218 Penulis = Ann Wan Seng Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/ | PROJEK BOLEH DAPAT FREE KANTOI ! Posted: 04 Jul 2012 07:53 PM PDT Tricubes akan merayu kepada Bursa M'sia Tricubes Bhd akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Bursa Malaysia yang menolak cadangan rancangan penstrukturan semulanya secepat mungkin.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Tricubes berkata penolakan oleh Bursa hanya akan menjejaskan status penyenaraian bukan mempengaruhi kemampuan syarikat untuk menjalankan perniagaannya seperti biasa. "Syarikat ingin memberi jaminan kepada pemegang saham dan pelanggan yang syarikat pada kedudukan kewangan yang baik dan terus dengan perniagaan seperti biasa," katanya. Tricubes berkata ia telah memulakan saluran perniagaan baru (bayar setiap perkhidmatan digunakan) yang berulang dan urus niaga yang mempunyai kesan positif terhadap unjuran kewangan syarikat. Projek-projek termasuk pembayaran saman trafik melalui mesin juruwang automatik; E-Post (menghantar notis digital/bil/ penyata melalui akaun myemel); dan Tamtamcrm (langganan berdasarkan kepada sistem pengurusan hubungan pelanggan). Pada Selasa, Bursa menolak cadangan Tricubes dengan menyatakan yang sekuriti syarikat akan digantung mulai 11 Julai setelah syarikat tidak dapat menunjukkan ia boleh kembali menguntungkan dan juga daya maju segmen perniagaan baru. Syarikat dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan projek emel 1Malaysiapada April 2011. - Bernama | ANTARA SELANGOR DAN SELANGAU MENUJU PERSAMAAN ! Posted: 04 Jul 2012 06:51 PM PDT Selangau adalah salah satu daerah dalam kawasan Sibu di Serawak.Keluasannya ialah 3,795 km/persegi. Ada tempat namanya Selangau tempat menjadi tumpuan orang-orang dari utara serawak ketika menuju kearah selatan yakni ke Kuching.Tempat ini pasti dikunjungi sebagai tempat R&R sebagaimana yang ada yang disediakan di lebuh raya PLUS utara-selatan di semenanjung Malaysia,apatah lagi jika dihari minggu(Ahad)banyaklah orang-orang yang datang samada yang tinggal dari hutan,ladang-ladang,kampong-kampong berdekatan,kawasan-kawasan balak,hulu-hulu sungai dan bukit bukau turun ke pekan itu dengan menggunakan pelbagai kenderaan untuk mencari sesuatu yang dihajati.Sungguh meriah dan seronok melihat keceriaan mereka yang menghidupkan Pekan Selangau itu dari dulu dan sampai sekarang. Bebalik pulak tentang sebuah negeri disemenanjung yang seiras nama iaitu Selangor diperintah oleh kerajaan Pakatan rakyat dan pembangkangnya Umno(BN)pun menjadi daya tarikan rakyat baik dari utara,selatan,timur dan barat suka berkunjung kesana kerana" macam-macam pun ada " tambahan pula semenjak dari dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat banyaklah pujian yang diterima dari rakyatnya dan memenangi award pujian dari Ketua audit negara serta berjaya merehatkan bekas MBnya kerana terbabit dengan bab-bab yang kurang sihat.Dengar cerita terkini ramai rakyatnya dari kanak-kanak,golongan muda remaja,dewasa dan orang tua-tua baik jantan maupun betina suka sangat dengan warna hijau sampai pakai baju pun warna hijau.Oleh kerana untuk memenuhi pemintaan kehijauan dihati sanubari rakyat Selangor itu. Maka Pas one of alliance dalam Pakatan Rakyat menganjurkan Himpunan Hijau Keputrajaya demi Keadilan,Ketelusan,Keamanan dan Kebajikan.Jom ramai-ramai rakyat Selangor datang ke stadium di Kuala Selangor pada 15 Julai ini.Teman teringat kata-kata pengunjung Selangau di serawak. Katanya kitak(kita atau kami) suka selangau sebab itu selangau hidup sampai kini. Mudahan Selangau di Serawak akan membuahkan perubahan minda dan undi untuk kemenangan Pakatan Rakyat kelak. | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 05 Jul 2012 09:34 AM PDT Pemuda Mesti Sanggup Dan Bersedia Ditarbiyah Posted: 05 Jul 2012 04:53 AM PDT oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun SuraKAMPUNG MOLEK : Pemuda DUN Sura telah berkesempatan menjemput Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah untuk menyampaikan motivasi khusus bertajuk 'Kepentingan Tarbiyah' kepada seluruh pemuda DUN Sura baru-baru ini. Program yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu terlebih dahulu bermula dengan majlis berbuka puasa bersama jawatankuasa pemuda DUN Sura bagi membina jiwa pemuda yang sentiasa terdedah dengan hembusan roh tarbiyah yang berterusan. Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman dalam mukaddimah taujihatnya memperingatkan para pemuda bahawa kita sebagai hamba mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dalam kehidupan ini. Allah menilai seseorang bukanlah disebabkan paras rupanya yang cantik tetapi melalui hatinya yang bersih sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Sirah turut merakamkan seseorang yang hitam seperti Bilal, Khabab dan perempuan yang sentiasa menyapu masjid Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam termasuk antara yang dijamin syurga. Beliau mengingatkan bahawa pemuda PAS mestilah sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang ditarbiyah bagi membina jiwa-jiwa pejuang agama Allah. Bahkan, Rasulullah sendiri menghadapi suatu tempoh tarbiyah khusus daripada Allah Taala sebelum dibangkitkan dan dilantik sebagai Rasul utusan Allah pada usianya 40 tahun. "Oleh sebab itulah, dalam kehidupan Nabi, Allah telah mentarbiyah Nabi. (Nabi pernah bersabda): Tuhanku yang mendidikku, dan aku menerima sebaik-baik didikan. Allah sendiri mentarbiyah Nabi. Tarbiyah yang diberikan oleh Allah adalah sebaik-baik tarbiyah" tegas beliau yang juga Ketua Lajnah Tarbiyah DPPNT. Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa istiqamah adalah perkara yang penting dalam perjuangan ini. Dalam kitab-kitab terdahulu, 3 nama iaitu Barsiso, Bal'am dan Sa'labah antara tiga cerita masyhur yang diuji dengan penghujung yang buruk walaupun sebelumnya dikenali dengan seorang yang sangat hebat mendidik manusia lain mengenali Allah Taala. Nabi Sollallahu'alaihiwasallam menerima tarbiyah jangka pendek dan jangka panjang daripada Allah. Nabi telah diuji dengan ketiadaan bapanya sendiri ketika masih dalam kandungannya. Manakala ibunya meninggal selepas 6 tahun diikuti dengan datuknya 2 tahun selepas itu. Semasa kecil, beliau mengembala kambing kemudian mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga. semuanya terselit unsur-unsur tarbiyah yang tersendiri daripada Allah sebelum memikul amanah sebagai seorang Utusan Allah. "Yang keduanya bagaimana Nabi Sollallahu'alaihiwasallam cekal dan sabar apabila meninggalnya bapa, ibu. Sehinggalah Allah melantik Nabi menjadi Rasul dan diturunkan ayat iqra' sebagai wahyu yang pertama. Rupa-rupanya Allah Taala keluarkan satu pengisytihran; wahai Muhammad, kemuncak dan kunci mentarbiyah manusia mestilah dengan ilmu. Nak ubah manusia mestilah dengan ilmu. Pasal apa Allah turun iqra' kepada Nabi di padang pasir yang gersang? Kalau nak suruh ramai yang ikut Nabi dengan mudah, lantik Nabi sebagai ketua dan berikan rezeki yang melimpah ruah. Inilah asas tarbiyah sebenarnya. Bagi sesiapa yang nak berubah atau mengubah orang lain mestilah dengan ilmu. Allah mengubah masyarakat yang asalnya jahat di Mekah dengan asas dan paksi ilmu", terang beliau dengan penuh kesungguhan menarik perhatian para pemuda. Selain itu, beliau memperingatkan bahawa kerja tarbiyah adalah untuk mengeluarkan segala sifat yang tidak baik dalam diri manusia dan digantikan dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Begitulah yang berlaku kepada rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam yang dibersihkan hatinya dua kali dan disuntik dengan hikmah oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah Taala. Berikut adalah antara isi penting motivasi tarbawi yang disampaikan oleh beliau: 1) Manusia mestilah sentiasa mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. 2) Jasad dan rupa paras bukanlah ukuran di sisi Allah, tetapi hati adalah menjadi tempat suluhan dan nilaian Allah. 3) Pemuda yang mengakui sebagai pejuang agama Allah mestilah sentiasa bersedia untuk ditarbiyah tidak kira yang dipimpin mahupun yang memimpin. Bahkan, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam sentiasa melalui proses tarbiyah jangka pendek dan jangka panjang khusus daripada Allah yang merupakan sebaik-baik tarbiyah yang pernah dilalui manusia. 4) Istiqamah sangat penting dalam perjuangan. Sesuatu amalan dikira mengikut penghujungnya samada baik ataupun sebaliknya. 5) Asas dan kunci kepada tarbiyah adalah ilmu. Itulah rahsia diturunkan ayat iqra' sebagai wahyu pertama. 6) Tugas Rasul Sollallahu'alaihiwasallam bahkan seluruh pewaris perjuangan rasul: menerangkan kekuasaan Allah kepada manusia, menyucikan jiwa serta mengajarkan manusia mengenai kitab dan hikmah. 7) Sihir yang paling bahaya adalah Sihir Dunia yang memutuskan hubungan seseorang hamba dengan Allah Taala sebagaimana yang ditegaskan oleh Malik bin Dinar. 8) Setiap individu Muslim yang ingin berjaya mestilah sentiasa ditiupkan ruh tarbiyah dan tazkiyah dalam jiwanya. Kualiti pejuang agama ini lebih penting daripada kuantitinya. 9) Kemenangan bukanlah sesuatu yang diberikan percuma. Jangan hanya sekadar mendoakan dan mengimpikan kemenangan yang segera tanpa kita sendiri tidak berada dalam keadaan bersedia untuk memikul amanah berat mengisi kemenangan dengan perkara yang diredhai Allah Taala. 10) Tiga perkara dalam usaha tazkiyah: sentiasa melazimi zikir pada Allah, melazimi masjid dan sentiasa bersama Al-Quran. p/s : Video penuh taujihat tarbawi ini akan menyusul | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 05 Jul 2012 09:32 AM PDT Presiden PAS anggap polis, tentera dan penjawat awam sebagai rakan bukan musuh Posted: 05 Jul 2012 07:17 AM PDT 15 Sya'ban 1433 H | 5 Julai 2012 Basiron Abd Wahab, | 03 Jul 2012 | (Puluhan ribu yang mendengar amanat Presiden PAS dalam Himpunan Hijau Pahang)TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh. Oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan. "Kita jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN sahaja," katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini. Perhimpunan itu diadakan di Dataran Hikmah, Kerdau. Ustaz Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa. Malah beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa. Menurut beliau, yang baru pulaang dari negara-negara Arab, beliau dimaklumkan ramai rakyat Malaysia bekerja di sana tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kerana Malaysia tidak mengizinkan rakyatnya di luar negara mengundi tidak seperti negara lain. "Mereka itu tidak boleh mengundi pos," katanya. Abdul Hadi turut mengingat ahli PAS dan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia untuk mengambil alih Putrajaya jika diizinkan Allah. Katanya perubahan akan berlaku dan semua petugas perlu bekerja dengan ikhlas. | NOH bantai UNISEL supaya boleh jadi calon MB??! Posted: 05 Jul 2012 06:58 AM PDT Polls delay worsening MBs' race, say BN sourcesBy Jahabar Sadiq Editor July 05, 2012 Najib's desire to see his transformation programmes carried out has led many to believe he is willing to install new leaders to achieve this. — File pic KUALA LUMPUR, July 5 — The delay in calling polls is intensifying the race for state mentris besar and chief ministers among Barisan Nasional (BN) leaders who believe Datuk Seri Najib Razak will make changes to ensure his transformation programmes are carried out at all levels by trusted lieutenants, say sources within the ruling federal coalition. Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has already said he was willing to move to Putrajaya after helming the tiny state since 1999. The Malaysian Insider had reported in May that only Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan and his Perlis counterpart, Datuk Seri Md Isa Sabu, are among the few assured of continuing in their posts if BN retains both states. "The race is getting wider as long as elections are not called. More people are eyeing the posts and lobbying to be given a chance," a BN leader told The Malaysian Insider. It is learnt that Najib, who is BN chairman and Umno president, has met with a number of Umno leaders seen as capable of succeeding those who have led the states since Tun Dr Mahathir Mohamad's tenure as PM, which ended in 2003. Apart from Mohd Ali, other long-serving mentris besar are Datuk Abdul Ghani Othman, who has been helming Johor since 1995, and Pahang's Datuk Seri Adnan Yaakob, who took office in 1999. The longest-serving chief minister is Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who led BN to victory in the Sarawak election last year in what is seen as his last term since assuming office in 1981, the same year Dr Mahathir came to power. BN sources say Tangga Batu MP Datuk Idris Haron is the leading candidate to replace Mohd Ali as the state chief executive. A close associate of the Malacca chief minister, Idris is now chairman of Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), the government agency that revives abandoned housing projects apart from handling low-cost housing programmes. Idris also had a short-lived career as a deputy minister in Tun Abdullah Badawi's administration after Election 2008 but was dropped by Najib who took over in April 2009. The other two candidates in the running to be Malacca chief minister are Masjid Tanah MP Datuk Wira Abu Seman and state exco member Datuk Ghafar Atan. All three are Umno division leaders, said a source. In Perak, Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir is tipped to join the federal Cabinet after the next general election, switching with Second Finance MInister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, another BN source said. "Perak has a lot of warlords eyeing the top state post. A switch is seen as beneficial," added the source, explaining that there are a few who think they can do a better job than Zambry. The Pangkor assemblyman was a surprise choice as MB after BN took over the state in February 2009, when three Pakatan Rakyat (PR) lawmakers walked out of the ruling coalition. Pahang is tipped to have Lanchang assemblyman and state Umno No. 2 Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin replace Adnan, whose experience is said to be useful in Putrajaya. In Kedah, there is mounting speculation that International Trade and Industry Deputy Minister Datuk Mukhriz Mahathir could be the next MB if BN regains the state that PR won in 2008. The Jerlun MP is also the Kedah Umno deputy chief but holds no elected post in the state chapter. BN sources say the race for the top post in Johor, Selangor and Terengganu is also getting crowded as long as polls are delayed. Najib has to call for an election by next April although there was speculation of polls this month or after Budget 2013 is tabled on September 28. The frontrunner for Selangor is state Umno deputy chief Datuk Seri Noh Omar, but the source said several corporate figures have also been included in the list sent to Najib, who is also the state party chief. "There are new names every other week but Najib is careful and meticulous, he will take his time to decide," he said. Sources had told The Malaysian Insider in May that BN will also take into consideration the views of the various state Rulers before nominating anyone for the top state post. "It must be someone agreeable to the respective state Ruler, otherwise there will be chaos," one source said, pointing out to last-minute changes in Perlis and Terengganu after Election 2008. After the March 8, 2008 general election, then BN chief and Prime Minister Abdullah had nominated Datuk Seri Shahidan Kassim to continue as Perlis MB but Md Isa was sworn by the Raja of Perlis as the latter claimed support of eight fellow Umno assemblymen in the 15-seat state assembly. In Terengganu, the state Ruler rejected Abdullah's nominee, Datuk Seri Idris Jusoh, to continue as MB and instead swore in Datuk Seri Ahmad Said despite overwhelming protest from the state Umno and the temporary sacking of the new MB from the party. The issue was later resolved when Abdullah agreed to the Ruler's choice. Najib, who is going through the candidates lists, has said that he will make the final decision on candidates and even seat allocation in the 13-member coalition. Although he has been in government for more than 30 years, this will be Najib's first time leading the coalition into an election and to win a personal mandate. Analysts agree that Najib will win the next general election, with only the margin of victory in question. The next general election will see an additional 2.2 million voters to 12 million registered to cast their ballots. The Election Commission (EC) has also accepted recommendations for indelible ink and a minimum 10-day campaign period in the next election following protests for a clean and fair election. | |
Jasindaily Online Posted: 05 Jul 2012 09:15 AM PDT HINA ISTANA JOHOR : UNCLESEEKERS KENA TAHAN Posted: 05 Jul 2012 06:55 AM PDT Mohd Sayuti Omar
Akhirnya blogger yang menggunakan nama samaran Uncleseekers atau Syed Abdullah Syed Hussein Alattas telah ditahan polis malam tadi. Syed Abdullah yang sebelum ini merupakan pimipin kepada sebuah team pencerap hantu dikehendaki polis ekoran pendedahan berani beliau dalam blognya mengenai cerita-cerita di istana Johor.Semua orang menggeleng kepala dan ada yang memuji keberanian Syed Abdullah 'menyerang' istana Johor. Paling mengujakan bagaimana Syed Abdullah boleh bertahan untuk beberapa minggu atau bulan dari ditahan polis. Saya sendiri ditanya oleh banyak orang mengenai keberanian Syed Abdullah namun tidak sedia untuk mengomennya urusan keberanian dan integriti adalah urusan peribadi. Malam tadi satu PM masuk ke box saya meminta saya memberi ulasan berhubung keberanian Uncleseekers tetapi saya menjawabnya tidak perlu mengulas mengenai itu. Kedua subjek itu, Uncleseekers dan istana Johor tidak menarik minat saya. Sebab itu kalau ada rakan-rakan tag cerita fasal beliau dan menyertakan sekali ULR alamat blog untuk dilayari saya membuangnya.
Isu Syed Abdullah kita serahkan kepada polis untuk menguruskannya. Kalau benar apa yang ditulis itu boleh menjejaskan institusi raja-raja khasnya dan meruntuhkan kekuatan dan integriti Melayu, ia wajar diambil tindakan dan penulis seperti itu perlu juga diawasi. Cuma satu diharapkan jangan tahan Syed Abdullah begitu saja jauh sekali hanya untuk mengancamnya agar tidak menulis, tetapi bawa ke mahkamah dan pihak terbabit harus menyamannya untuk membolehkan Syed Abdullah menjawab segala dakwaan dan tuduhan beraninya itu.
Dalam pada itu saya mendapat tahu pihak polis sedang mengesan dan mencari beberapa orang lagi blogger "liar" maksudnya blogger yang tidak mempedulikan etika dalam penulisan atau yang menulis dalam kotak berwarna malam di waktu malam. Diingatkan kepada blogger berkenaan berhati-hati jangan sampai diserkup polis atau anda perlu mengubah segera irama penulisan anda biar beretika.Sama-sama kita tunggu apa pula 'keberanian' Syed Abdullah nanti. Saya percaya selepas selesai disoalsiasat oleh polis beliau akan mencatatkan pengalaman itu untuk para penjenguk blognya.
sumber : http://www.msomelayu.blogspot.com/ | The Store Sengaja BiKin Panas Posted: 05 Jul 2012 06:49 AM PDT Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. | Punca Bola Sepak Melaka Jatuh Posted: 05 Jul 2012 06:43 AM PDT Percaya atau tidak, itulah realiti sebenarnya yang berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) yang terpaksa mencari dana berjumlah RM3 juta bagi menampung kos jurulatih dan pemain terutama pemain dari luar Melaka.Kemerosotan bola sepak Melaka disebabkan penghijrahan ramai pemain berbakat ke negeri lain berikutan tawaran gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Mafa yang hanya sekitar RM600 di bawah paras gaji kemiskinan sedangkan kos untuk sukan bola sepak adalah tinggi.
Mafa sekadar mampu membayar gaji antara RM600 dan RM800 sebulan, manakala pasukan lain membayar antara RM1,500 dan RM2,000 lebih tinggi dari Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa). Hutang Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) pula telah meningkat kepada RM2 juta dan ia tidak termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak dibayar berjumlah lebih RM300,000 serta denda dan dividen menjangkau RM700,000.Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) mengharapkan dana dari kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM200,000 dan keadaan ini belum mampu untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Gaji pemain yang rendah menyebabkan ramai pemain tidak bersemangat untuk bermain.
Sumber : Pas Melaka | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 05 Jul 2012 09:01 AM PDT Warga emas di kampung-kampung sering menjadi sasaran penjenayah. Posted: 05 Jul 2012 12:40 AM PDT Barang kemas isteri lesap 5 Julai 2012
REMBAU – Seorang warga emas dekat sini, rugi kira-kira RM5,000 apabila barang kemas milik isterinya dibawa lari dua lelaki yang menyamar ingin membeli barangan kitar semula dan wakil sebuah program hiburan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Zakaria Taha, 79, dan isterinya, Lijah Ngah, 71, didatangi salah seorang daripada lelaki berkenaan di kediaman mereka yang mahu membeli beberapa barangan kitar semula seperti besi, plastik dan lain-lain.
Menurutnya, tidak berapa lama kemudian, seorang lagi lelaki keluar dari kereta jenis Proton Waja berwarna biru yang dinaiki dan menyatakan mereka juga wakil daripada program hiburan sambil mengeluarkan sepucuk surat.
"Selepas saya buka sampul surat berkenaan tertera gambar mesin basuh di sekeping kertas dan dua lelaki berkenaan menyatakan saya sudah memenangi hadiah berkenaan.
Bagaimanapun, saya dikehendaki mengisi borang bagi mengesahkan hadiah berkenaan.
"Ketika itu, saya seolah-olah leka dan menurut sahaja kata lelaki berkenaan yang meminta maklumat peribadi serta nombor siri barangan kemas untuk diisikan dalam borang berkenaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.
Zakaria berkata, selepas mencatatkan nombor siri emas iaitu seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan cincin yang dibeli isteri di Makkah, dua lelaki berkenaan memulangkan semula barangan kemas kepadanya.
"Namun selepas itu, mereka meminta saya untuk menangkap gambar di kedai gambar terdekat dan membawa barangan kemas sebagai bukti.
"Oleh kerana tiada kedai gambar di Lubok China dan lokasi terdekat hanya di Masjid Tanah, Melaka, saya menaiki kereta dua lelaki berkenaan untuk ke sana," katanya.
Menurutnya, sebelum mengambil gambar, dia diminta menyerahkan barangan kemas namun setelah selesai mengambil gambar, dua lelaki itu menghilangkan diri. Dia membuat laporan di Balai Polis Kota.
| Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi Posted: 04 Jul 2012 11:14 PM PDT KULIAH ILMU Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 6 Julai 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir | Penjenayah mudah dapat senjata, orang kampung susah Posted: 04 Jul 2012 06:22 PM PDT Harapkan pagar, pagar makan padi. Kebimbangan rakyat mengenai tahap keselamatan di negara ini makin meningkat hari demi hari. Apatah lagi yang terlibat dalam kes jenayah ialah mereka yang sepatutnya melindungi orang awam. Penjenayah begitu mudah memiliki senjata api hanya dengan RM500, sedangkan orang awam, terutamanya orang kampung yang ada kebun atau dusun begitu susah untuk mendapatkan lesen senjata api, untuk mengawal musuh tanaman terutamanya babi hutan.
Anggota Rela buat sewaan pistol ditahan
4 Julai 2012 - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) ditahan polis bersama sepucuk pistol jenis Revolver dan enam butir peluru di tepi jalan dekat Taman Gambang Damai di sini, kelmarin.
Suspek yang berusia 48 tahun itu dipercayai memberi perkhidmatan penyewaan pistol tersebut dengan mengenakan bayaran hanya RM500.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin setelah menerima maklumat berkenaan.
Ketika ditahan, suspek yang dipercayai sedang menunggu seseorang di tepi jalan itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas setelah bergelut dengan anggota polis.
''Hasil pemeriksaan lanjut, sepucuk pistol Revolver dan enam butir peluru ditemui terselit di pinggang suspek.
''Lanjutan itu, polis telah menyerbu rumah suspek yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menemui 10 butir lagi peluru pistol itu dan sepucuk senapang patah milik Rela bersama 30 butir peluru selain sebuah komputer riba,'' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini semalam.
Kata beliau, pihaknya percaya pistol yang disewakan suspek itu telah digunakan dalam beberapa kes samun bersenjata di sekitar Kuantan.
Katanya juga, siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah telah menjalankan aktiviti penyewaan pistol berkenaan sejak dua bulan yang lalu.
''Pistol itu juga dipercayai dibeli suspek dari seorang kenalannya dari Thailand di Rompin beberapa bulan lalu dengan harga RM500 dan komputer riba yang ditemui itu pula didakwanya diberi salah seorang pelangannya sebagai tukaran bagi bayaran sewa pistol,'' katanya.
''Hasil tangkapan ke atas suspek, kita percaya beberapa kes samun di sekitar Kuantan dapat diselesaikan dan polis kini memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan. - UTUSAN
| PROMOSI KRAF MANTAI 2012 Posted: 04 Jul 2012 06:21 PM PDT Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18 Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan.
Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf (produk rotan, buluh, batik, songkok dll), jualan masakan tradisional (lemang, bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok dll, jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan), aktiviti interaktif kraf dan pelbagai aktiviti menarik.
Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Mantai 2012
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Urusetia Promosi Kraf Mantai 2012 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan Jalan Dato' Abdul Kadir 70503, Seremban 06-7671388 ( T ) 06-7671450 ( F )
| FORUM MENJELANG RAMADHAN Posted: 04 Jul 2012 04:40 PM PDT | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 05 Jul 2012 07:23 AM PDT |
mtdchenderoh Posted: 05 Jul 2012 07:10 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan